The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nixzal82, 2023-03-11 13:13:50

BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM TAHUN 2023/24

BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/24

BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM KOKURIKULUM


PERKARA MS PERKARA MS Kata-kata Aluan Guru Besar 3 Organisasi Unit-Unit Kokurikulum 49 - 53 Kata-kata Aluan PK Kokurikulum 4 Tugas dan Tanggungjawab AJK Kokurikulum 54 - 59 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 5 PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH 60 Visi dan Misi KPM 6 Bidang Tugas Jawatankuasa Pembangunan Sukan 61 - 62 Ikrar Perkhidmatan & Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia 7 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH 63 Teras Perkhidmatan Awam & Budaya Kerja Sekolah 8 AJK Pemantauan Kokurikulum Skolah 64 Etika Kerja 9 Jadual Pemantauan Kokurikulum Sekolah 65 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) 10 - 20 Borang Pemantauan Aktiviti Kokurikulum 66 Tatasusila Profesion Perguruan 21 – 23 AJK Penilaian Kokurikulum Sekolah 67 LATAR BELAKANG KOKURIKULUM SEKOLAH 24 Penilaian Aktiviti Kokurikulum 68 – 69 Falsafah, Piagam Pelanggan, Visi dan Misi Sekolah dan Unit Kokurikulum 25 – 27 Markah Penglibatan Ahli 70 – 72 Objektif, Matlamat dan Piagam Pelanggan Unit Kokurikulum 28 – 32 AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA KO-KURILKULUM 73 – 77 Strategi dan Polisi 33 PENGURUSAN MESYUARAT, KEWANGAN DAN FAIL 78 Dasar Kokurikulum Sekolah 34 Pengurusan Mesyuarat 79 - 80 Panduan Pelaksanaan Kokurikulum 35 Pengurusan Kewangan 81 - 82 Status Pelaksanaan Kokurikulum 36 – 37 Pengurusan Fail 83 Polisi Keselamatan Kokurikulum Sekolah 38 – 40 TAKWIM 84 - 99 Proses Kerja Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 41 – 42 LAMPIRAN 100 - 131 Tindakan Ketua Guru Penasihat 43 Catatan Guru 131 - 141 Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah 44 - 48 “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” ISI KANDUNGAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi tahun 2023/24 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah pedalaman yang dikenali ramai di negeri Kelantan. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah pembangunan pendidikan baik dari sudut akademik, sukan dan sahsiah murid-murid asli pedalaman. Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan Kokurikulum ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua. Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama. Selamat bertugas, sekian terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, ..............................................……… (ENCIK MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN) Guru Besar SK Balar, Gua Musang GAMBAR ENCIK MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN GURU BESAR SK BALAR “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” KATA-KATA ALUAN


KATA-KATA ALUAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM GAMBAR ENCIK NIK ZAL HISHAM BIN NIK KOB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK BALAR, GUA MUSANG Assalamualaikum W.B.R Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah Subhanawata’ala kerana masih diberi kesihatan dan kesempatan untuk kita sama-sama menabur bakti dan berbudi kepada anak bangsa di Tanah Air tercinta ini. Mudah-mudahan pada sesi 2023/24 ini, kita dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan lebih baik lagi. Terima kasih kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Balar yang telah memberikan khidmat yang baik sepanjang sesi 2022/23 dalam usaha menjayakan kegiatan kokurikulum selaras dengan kehendak dan kemahuan Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan kegiatan kokurikulum menjadi pemangkin kepada pembentukan insan kamil seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sepertimana yang kita semua ketahui, tahun ini banyak perubahan dan pembaharuan yang berlaku dalam pendidikan dan tidak terkecuali dalam kokurikulum ini. Seperti tahun yang lepas, kita dikehendaki melaksanakan beberapa perubahan baru seperti perlaksanaan “Satu Murid Satu Sukan” dan pelbagai pembaharuan lain. Perubahan juga akan berlaku di dalam penilaian murid di mana Peperiksaan UPSR dan PMR tidak lagi semata-mata dinilai berteraskan akademik sahaja, malah kokurikulum akan menjadi penyumbang yang penting dalam pencapaian murid. Oleh yang demikian, tugas dan tanggungjawab kita akan bertambah dan sama-samalah kita berganding tenaga menjayakannya. Saya berharap dengan adanya “Buku Pengurusan Kokurikulum” ini, akan sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan membantu para guru dalam melaksanakan urusan kokurikulum di sekolah ini sepanjang sesi persekolahan 2023/24. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua guru atas komitmen yang telah lalu dan berharap agar ianya akan diteruskan dengan penuh keikhlasan pada masamasa akan datang. Terima kasih dan Selamat Menjalankan Tugas ..............................................……… ( EN. NIK ZAL HISHAM BIN NIK KOB) Penolong Kanan Kokurikulum SK BALAR, GUA MUSANG.


UNSUR ROHANI DAN EMOSI Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut : Keyakinan terhadap Tuhan Kepercayaan beragama Kemantapan jiwa Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat Berbudi pekerti mulia Berbakti dan berkorban UNSUR JASMANI Ciri-ciri unsur jasmani ialah : Kecergasan fizikal dan kesihatan diri Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK Percaya dan patuh kepada Tuhan. Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu UNSUR INTELEK Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut : Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif Daya pemikiran yang logik dan analisis Ilmu yang bermanfaat Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. INTELEK ROHANI JASMANI EMOSI Insan yang Seimbang dan Harmonis Ilmu Pengetahuan dan Akhlak Mulia Tanggungjawab Dan Sumbangan Kepada Masyarakat Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhant “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup yang demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:- Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan VISI KPM MISI KPM IKRAR RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” VISI DAN MISI KPM


KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYISA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERASTERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI: BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan intergrti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut : IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah; KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undangundang, peraturan dan etika jabatan; KEEMPAT Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; KELIMA Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; KEENAM Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilainilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” IKRAR PERKHIDMATAN AWAM


Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. Berpegang teguh kepada ajaran agama. 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objektif sekolah. Kerja adalah ibadah. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. Kepimpinan melalui tauladan. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil. Mengamalkan kerja sepasukan serta bermesyuarat. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa. Menentukan objektif bagi setiap tugasan. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” TERAS PERKHIDMATAN AWAM DAN BUDAYA KERJA SEKOLAH


Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masingmasing. Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi. Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaikbaiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-NYA. BEKERJA DENGAN AZAM MENGABADIKAN DIRI KEPADA TUHAN Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal. BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa. BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. BEKERJA DENGAN SEMANGAT PADU PASUKAN DAN BERSEPADU FIKIRAN “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” ETIKA KERJA


TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut : Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk jawatankuasa induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN. Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan. Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan Malaysia. Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat, Kempen Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum. Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat pernacangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP. MEMANTAPKAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL Membina kurikulum kesenian. Membina Sekolah Seni. Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa. Membudayakan penggunaan tulisan Jawi. MEMUPUK KECINTAAN TERHADAP SENI, WARISAN DAN BUDAYA BANGSA Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan. MEMUPUK KEFAHAMAN YANG JELAS TERHADAP PENDEKATAN ISLAM HADARI “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan berikut: TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara. MENGADAKAN LEBIH BANYAK PILIHAN PENDIDIKAN KEPADA IBU BAPA DAN PELAJAR Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan. Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah. Menyediakan pusat akses. Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah. Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai. Mengadakan latihan dan bimbingan. Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan. MENINGKATKAN KEUPAYAAN DAN PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills. Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab. Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan pelajar. MENGADAKAN LEBIH BANYAK PILIHAN PENDIDIKAN KEPADA IBU BAPA DAN PELAJAR Menyediakan pentaksiran alternatif. Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi. Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. MEMANTAPKAN AISTEM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN SUPAYA LEBIH HOLISTIK “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum. Meningkatkan penyertaan murid. Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan. Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua. Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh. Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan. Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG. Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM. MEMANTAPKAN PROGRAM KOKURIKULUM DAN SUKAN Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin sekolah. Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar. Mempelbagaikan saluran aduan terus. MEMPERKUKUHKAN DISIPLIN PELAJAR Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi. Memantapkan kurikulum sains dan matematik. MEMANTAPKAN KURIKULUM “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi memperkasakan SK : Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM. Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah. Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih. PELUASAN PROGRAM PRASEKOLAH Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar. Meningkatkan kualiti guru. PEMANTAPAN KEPIMPINAN PENGETUA/GURU BESAR DAN KUALITI GURU Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat. PENGUKUHAN BUDAYA SEKOLAH Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M. Memperluas j-QAF. Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil. Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas. Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah. PEMANTAPAN KURIKULUM Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan. Meningkatkan penyertaan murid. PEMANTAPAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKAN “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Menambahbaik sistem sokongan. Menambah bilangan jawatan pembantu guru. PENAMBAHBAIKAN SISTEM SOKONGAN Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah. Memantapkan program intervensi. PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK Meningkatkan kualiti prasarana SK. Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan. Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi. Pembestarikan sekolah. MENYEDIAKAN INFTASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS MENCAKUPI DAN BERKUALITI “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut: TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman. Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). Merapatkan jurang digital. MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR Penguasaan 3M. Pengurangan kadar keciciran. Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya. Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan. Memantapkan program pendidikan khas inklusif. Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf. Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di pusat perkhidmatan. Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan. Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas. Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas. Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia. MENINGKATKAN KADAR PENYERTAAN DAN MENGURANGKAN RISIKO KECICIRAN Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman. Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. MENINGKATKAN BILANGAN GURU TERLATIH DAN MENGIKUT OPSYEN DI KAWASAN PEDALAMAN “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Pemantapan sistem pengagihan bantuan. Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM). Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan. Menilai impak program secara berkala. Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD). Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta. MENAMBAH BAIK SISTEM PENGAGIHAN BANTUAN KEPADA PELAJAR MISKIN, BEKERPELUAN KHAS DAN KUMPULAN MINORITI “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut: TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris. Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen. Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi. Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum. MENAMBAH BAIK SISTEM PEMILIHAN CALON GURU Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru. Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa. Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki. MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G. MEMANTAPKAN KERJAYA GURU “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru. Mensifarkan GSTT. Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan. Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran. Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru. Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi. MENAMBAH BAIK PERSEKITARAN KERJA DAN KEBAJIKAN GURU Penyediaan mekanisme bekalan guru. Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru. Menambahbaik sistem maklumat guru. Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. MEMANTAPKAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan. Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut : TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua. Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. MEMASTIKAN KEPIMPINAN TEGUH DAN BERKESAN Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga. Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu dicapai oleh guru dan jurulatih. Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan. PEMILIHAN GURU DAN JURULATIH BERKEBOLEHAN DAN BEKEMAHIRAN TINGGI Perlantikan sekolah. Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah. MEMILIH KELOMPOK SEKOLAH CEMERLANG Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program. Melaksanakan penilaian sekolah kluster. Melaksanakan penarafan kendiri. Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi. Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar negara. MEWUJUDKAN AKAUNTABILITI “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran. BPPDP, 2006. Kad Laporan keempat seperti Disember 2008. TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik. Melaksanakan penarafan kendiri. MEWUJUDKAN PIAWAIAN DAN PENANDAARASAN Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara. Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara. Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara. Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru. Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik minat pelajar. Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia. Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa. Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara. Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA. Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa. Memperkasa kolej matrikulasi. MENJADIKAN MALAYSIA PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning). Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International Baccalaureate dan peperiksaan Standard Admission Test (SAT) MERINTIS PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN CATATAN : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan). “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 01 Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. 02 Melahirkan rakyat yang menghayati nilai. 03 Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. 04 Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 05 Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 06 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 07 Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. 08 Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 09 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 10 Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. 11 “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” ANJAKAN PPPM


LATAR BELAKANG KOKURIKULUM SEKOLAH


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. SEKOLAH KEBANGSAAN BALAR 18300 GUA MUSANG KELANTAN DARUL NAIM


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” MISI SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN BALAR 18300 GUA MUSANG KELANTAN DARUL NAIM MISI Sekolah Kebangsaan Balar berjaya melahirkan pelajar yang cekap 4M. Gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri serta pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam persekitaran yang harmonis berasaskan pengurusan yang cekap, bersistematik, berkesan dan cemerlang.


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” VISI SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN BALAR 18300 GUA MUSANG KELANTAN DARUL NAIM VISI Sekolah Kebangsaan Balar berusaha menjadikan Sekolah Kebangsaan (Murid Orang Asli) yang terbaik dan melahirkan warga sekolah yang cemerlang selaras dengan aspirasi dan kehendak negara.


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN BALAR 18300 GUA MUSANG KELANTAN DARUL NAIM PIAGAM PELANGGAN Kami warga Sekolah Kebangsaan Balar bertekad akan, Berusaha mendidik setiap murid sekolah ini ke arah kecemerlangan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Memberi perkhidmatan yang cekap dan layanan mesra kepada semua pelanggan kami. Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif, selamat, selesa serta ceria. Membina akhlak murid yang mulia yang berpaksikan patuh kepada Allah swt., ibubapa dan negara.


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” LAGU SEKOLAH 1. LAGU SEKOLAH LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN BALAR BERPADU TENAGA DALAM SEKOLAH DEMI PELAJARAN YANG DIHARAPKAN KITA SERUMPUN KITA SEALIRAN DI SANA MENYAMBUNG WAWASAN WALAU CABARAN DATANG MELANDA AMANAH BESAR HARUS DILAKSANA KITA SERUMPUN TIADA BERBEZA DI SINI LAHIR INSAN YANG MULIA BELAJAR BIARLAH BERJAYA AMANAH JUJUR JADIKAN BUDAYA HORMAT HORMATI SESAMA KITA PERATURAN SEKOLAH AMALKAN BERSAMA GURU MANA YANG KAMI HADAPI TETAP DISANJUNG TETAP DIHORMATI DEMI MASA DEPAN KAMI BELAJAR DAN BERBAKTI (3X)


PENGENALAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH TAKRIF/DEFINISI KOKURIKULUM Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 ( Peraturan Kursus Pengajian ) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jilid 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan- Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.” KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM/AKTA, PEKELILING DAN PERUNDANGAN Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut : Penyertaan dalam sukan dan permainan Penyertaan dalam persatuan dan kelab Penyertaan dalam badan beruniform Penyertaan lain sebagai mana ditentukan oleh Menteri Rujuk Sub Peraturan 3(3) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A)531/97 Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib (Rujuk seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996, (Akhta 1950). Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah satu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Rujuk sub seksyen 135(1) Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550) Dan jika kesalahan itu dilakukan berterusan maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan. Rujuk sub seksyen 135(2) Akta 550 Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib, Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986, KP(BS)8591/Jld 11(41) bertarikh 15 Januari 1986


VISI DAN MISI UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH Mencungkil bakat dan kecemerlangan murid agar boleh bersaing di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam semua aspek kokurikulum. Menerapkan nilai-nilai positif tentang aktiviti kokurikulum di kalangan murid. Menerapkan kefahaman yang jelas dan betul tentang tujuan kokurikulum di sekolah. Menjadikan kokurikulum sebagai gedung mendidik minda kea rah pembentukan disiplin yang cemerlang. “Menjana kecemerlangan kokurikulum agar dapat bersaing di peringkat sekolah, daerah, negeri dan peringkat kebangsaan.” VISI UNIT KOKURIKULUM MISI UNIT KOKURIKULUM


OBJEKTIF, MATLAMAT & PIAGAM PELANGGAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM Merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat, minat dan potensi diri dalam semua bidang yang diceburi. MATLAMAT UNIT KOKURIKULUM Mencungkil dan mengembangkan bakat, kebolehan dan kemahiran pelajar dalam sukan, permainan, unit beruniform serta persatuan dan kelab. Mengasah minat, hobi atau kegemaran pelajar secara terancang, berhalatuju, sistematik dan bermanfaat. Membantu, memastikan dan menaikkan imej sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan. Membentuk murid yang berdisiplin dan mementingkan nilai kerjasama melalui aktiviti kokurikulum. PIAGAM PELANGGAN UNIT KOKURIKULUM Memastikan kegiatan kokurikulum merentasi kurikulum. Menjadikan kokurikulum asas disiplin diri. Memastikan murid dapat mengembangkan bakat daripada aktiviti yang dilakukan. Melahirkan murid yang cerdas, aktif dan berketrampilan. Melatih murid untuk membentuk karisma dan sikap bertanggungjawab. Menjadikan murid lebih ceria dan bersedia.


STRATEGI UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan,beberapa strategi pelaksanaan perlu diikuti: Kegiatan kokurikulum dan akademik yang telah dijadualkan hendaklah seimbang. Aktiviti kokurikulum yang dirancang perlu bersesuaian dengan kurikulum. Pihak sekolah dari semasa ke semasa perlu menambahkan bilangan persatuan/kelab sukan /unit beruniform untuk memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif. Setiap murid akan melibatkan diri secara aktif sama ada secara individu atau kumpulan. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya 3 aktiviti iaitu satu daripada persatuan/kelab, satu daripada sukan/permainan dan satu daripada pasukan unit pakaian seragam. Setiap persatuan/kelab sukan/unit beruniform perlu merancang dengan teliti, menarik, kreatif dan berfaedah bagi aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti tersebut perlulah dipelbagaikan seperti lawatan, khidmat masyarakat, latihan, kursus, pertandingan iaitu meliputi aktiviti rutin dan developmental. Bilangan perjumpaan perlulah sekurang-kurangnya 12/18 kali setahun dan setiap perjumpaan dipenuhi pelbagai aktiviti yang memakan masa 1 jam iaitu 12/18 kali X 1 jam. Setiap penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum tentang perkembangan dan kemajuan serta pencapaiannya perlu dinilai dan direkodkan. Penghargaan hendaklah diberi kepada murid yang aktif dan banyak memberi sumbangan serta mengharumkan nama sekolah sebagai insentif disamping sebagai sumber inspirasi kepada murid lain. Kehadiran pelajar dalam kokurikulum perlulah 80% atau sekurang-kurangnya 10 kali, bagi membolehkan menerima sijil atau dicatat rekod penglibatan kokurikulum dalam sijil berhenti sekolah/ surat akuan.


DASAR UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH 1. Dasar kokurikulum sekolah adalah selaras dengan dasar sekolah. 2. Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. 3. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah wajib. 4. Setiap pelajar adalah wajib (pelajar Tahun 3-6) menyertai ketiga-tiga unit kokurikulum iaitu satu kelab sukan/permainan, satu badan beruniform,dan satu persatuan akademik atau kelab bukan akademik. 5. Pelajar diwajibkan menyertai aktiviti 1Murid 1Sukan (1M1S) dan programprogram kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 6. Hari Rabu pada setiap minggu merupakan hari kokurikulum. 7. Pada hari Rabu, pelajar diwajibkan memakai samada pakaian seragam lengkap atau T-shirt badan beruniform atau T-shirt Khas Kokurikulum sekolah. 8. Penyelaras unit berkenaan adalah bertanggungjawab untuk menyelaraskan perjalanan aktiviti pada hari tersebut. 9. Waktu perlaksanaan aktiviti kokurikulum adalah mulai 0700 petang sehingga 0800 pagi. Pelajar tidak dibenarkan pulang sehingga tamat aktiviti kokurikulum. 10.Pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan atau sengaja ponteng aktiviti kokurikulum akan dikenakan tindakan selaras dengan peraturan sekolah. 11.Hari Selasa ditetapkan sebagai hari perlaksanaan program 1M1S. Aktiviti permainan dijalankan bermula 0330 petang hingga 0430 petang. Aktiviti dijalankan mengikut jadual yang diatur dan diselia oleh guru permainan berkenaan. 12.Guru-guru penasihat wajib melaksanakan program kokurikulum seperti yang telah dirancang dan tanggungjawab terhadap pelajar sepanjang aktiviti berjalan. 13.Aktiviti yang telah dijalankan hendaklah dilaporkan di dalam buku laporan aktiviti yang telah disediakan. 14.Buku rekod aktiviti perlu diserahkan kepada PK kokurikulum setiap kali selepas aktiviti untuk semakan. 15.PK Kokurikulum, PK Hem, Guru Kanan Mata pelajaran dan penyelaras unit kokurikulum bertanggungjawab menyelia dan memantau perjalanan aktiviti kokurikulum pada setiap minggu.


PANDUAN PELAKSANAAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM Kandungan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah: Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: Penyertaan dalam sukan dan permainan Penyertaan dalam persatuan dan kelab dan Penyertaan dalam badan beruniform Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97 Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut: Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan. Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 Hobi dan rekreasi Sukan dan permainan Badan beruniform atau Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar Rujuk peraturan 4 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jil.42/No.11 (Tambahan No.41), Perundangan (A), P.U.(A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998.


STRATEGI PELAKSANAAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja badan beruniform, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. (Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld.11(29) bertarikh 2hb.Januari 1985) Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kurikulum di sekolah. (Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS)8591/Jld.11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985) Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong –royong memperbaiki kawasan sekolah, dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian. (Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985 KP(BS)8591/Jld.11(29) bertarikh 2hb Januari 1985) Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2000, KP(BS)8591/Jld.XVI(16) bertarikh 13 Nov.2000) Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jld.11(41) bertarikh 15 Januari 1986) Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh juga dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat. (Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985, KP.8591- 11(32) bertarikh 2hb Februari 1985)


PERUNTUKAN MASA UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH PERUNTUKAN MASA KEGIATAN KOKURIKULUM Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No.5652 Jil.11/Bil.27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut ; Sekolah Menengah Sekolah Rendah Tugas dan Tanggungjawab Guru Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa untuk melantik guru sebagai guru penasihat bagi menjalankan tugas-tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia ada. (Rujuk dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Bahagian 2 ) TINGKATAN ALIRAN PERUNTUKAN MASA Peralihan 1,2,3 dan 6 180 minit seminggu Tingkatan 4 dan 5 Sastera 180 minit seminggu SRT 180 minit seminggu Perdagangan 180 minit seminggu Sains 140 minit seminggu Pertanian 140 minit seminggu Teknik 100 minit seminggu TAHUN PERUNTUKAN MASA 3 dan 4 60 minit seminggu 5 dan 6 120 minit seminggu


POLISI KESELAMATAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH Polisi ini harus dibaca bersama : SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989 Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:8/1996 Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:3/1995 Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:25/1998 DAN BIL:3/1979 Pendidikan Jasmani SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:24/1988 Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:25/1988 Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL:1/1995 Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah. Catatan: Sila Rujuk Polisi Keselamatan Kokurikulum Sekolah untuk mendapatkan keterangan lebih terperinci.


POLISI KESELAMATAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH PENGENALAN Aktiviti kokurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran. RASIONAL SK BALAR, GUA MUSANG bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan. Menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan. OBJEKTIF Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Mengelakkan berlakunya kemalangan semasa kokurikulum dijalankan Mendisiplinkan diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan. PERANAN MURID Melaporkan taraf kesihatan diri kepada guru Mengikut arahan guru/jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan. Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan. Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan. PERANAN JURULATIH/GURU Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui: Poster Perhimpunan Mingguan Ceramah Bengkel Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Edaran Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat Memaklumkan kepada ibubapa dan pihak berkenaan Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.


POLISI KESELAMATAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH PERANAN IBU BAPA DAN PENJAGA Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masingmasing. Meneliti dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti. Menyediakan bahan keperluan anak/jagaan sepanjang aktiviti dijalankan. Mengenalpasti jurulatih/guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon jurulatih/guru berkenaan dan pihak sekolah. POLISI Memastikan warga SK.Kampung Senau adalah tertakluk kepada Peraturan Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum. Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua polisi,peraturan dan langkah-langkah keselamatan diikuti sepenuhnya. Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai atau sekolah. Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil:3/1995) Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga sekolah melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi. Semua warga SK.Kampung Senau adalah tertakluk kepada polisi ini. LAPORAN KESELAMATAN,KECEDERAAN DAN KEMALANGAN Dalam memastikan sebarang kecederaan, kemalangan dan kematian yang berlaku di sekolah terutamanya semasa pelaksanaan kokurikulum,serta mudah untuk dijadikan bahan rujukan oleh mana-mana pihak, sekolah dikehendaki menyediakan pelaporan dalam bentuk dokumentasi yang jelas dan kemas. Guru penasihat persatuan/kelab perlulah dengan segera membuat pelaporan berhubung sebarang kecederaan, kemalangan yang berlaku semasa aktiviti dijalankan dalam buku laporan khas yang disediakan oleh pihak sekolah. Antara maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam pelaporan berkenaan adalah seperti : Nama Pelajar dan individu yang terlibat Tarikh, tempat dan masa kecederaan/kemalangan berlaku Bentuk kecederaan pada pelajar Nama Guru yang membuat pelaporan Tahap kecederaan dan kemalangan Tindakan lanjut oleh guru berkenaan Tandatangan dokumen pelaporan Pengesahan pelaporan oleh Guru Besar atau pegawai bertanggungjawab


Mula Arah KUK buat perancangan aktiviti kokurikulum Lantik Penyelaras Sediakan draf Perancangan Pelaksanaan aktiviti kokurikulum Bentang ke Mesyuarat Kokurikulum Terima ? Memberi taklimat kepada pelajar baru Serah borang pemilihan Lantik Ketua Guru Penasihat dan Guru Penasihat Mesyuarat Perancangan Aktiviti Kokurikulum bersama ketua guru penasihat Edar borang Pemilihan kepada pelajar baru Kumpul borang yang dilengkapi pelajar baru Edar senarai nama pelajar baru A Ya Tidak PROSES KERJA PELAKSANAAN KOKURIKULUM


PROSES KERJA PELAKSANAAN KOKURIKULUM Mesyuarat merancang aktiviti kokurikulum Sedia perancangan semester dan serah salinan ke KUK Jemput fasilitator (jika perlu) Laksana aktiviti dan ambil kehadiran Buat laporan aktiviti Nilai pelajar dan isi markah Serah rekod markah kepada penyelaras Semak dan tandatangan senarai nama dan rekod markah pelajar Masukkan markah ke dalam BKP Serah rekod markah pelajar kepada KUK Semak senarai dan rekod markah dan sahkan Serah satu salinan rekod markah kepada KUP A Sediakan laporan hasil pemantauan dan laporkan dalam Mesyuarat Kokurikulum


TINDAKAN KETUA GURU PENASIHAT Mesyuarat merancang aktiviti kokurikulum Laksanakan aktiviti kokurikulum Buat pemantauan pelaksanaan aktiviti kokurikulum Dapatkan maklum balas pelajar terhadap pelaksanaan Penilaian terhadap pelajar dan mengisi markah Serah rekod markah kepada penyelaras Semak dan tandatangan senarai nama dan rekod markah pelajar Masukkan markah ke dalam BKKP Serah rekod markah pelajar kepada KUK Tamat


Pengerusi EN. MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN Guru Besar Naib Pengerusi I EN. NIK ZAL HISHAM BIN NIK KOB Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi II EN. MOHAMMAD NORZAIRI BIN MOHAMED Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi III EN. MD FAIZUL BIN ABDULLAH @ YUNUS Penolong Kanan HEM Setiausaha Kokurikulum EN. MUHAMMAD MUKMIN BIN RAZANI Setiausaha Sukan EN. MUHD ROHAZLAN BIN MOHD RASHID Penyelaras Kelab dan Persatuan EN. MOHD FAIZUL NAZWAN BIN FOIZI Penyelaras Unit Beruniform EN CHE ZULKIFLI BIN CHE SUKRI Penyelaras Sukan Permainan EN. KAMAL SHAHRIMAN BIN MD. YUSOFF AJK TERTINGGI PENGURUSAN KOKURIKULUM “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


Setiausana Kokurikulum EN. MUHAMMAD MUKMIN BIN RAZANI Setiausaha Sukan EN. MUHD ROHAZLAN BIN MOHD RASHID Penyelaras Kelab dan Persatuan EN. MOHD FAIZUL NAZWAN BIN FOIZI Penyelaras Unit Beruniform EN. CHE ZULKIFLI BIN CHE SUKRI Penyelaras Sukan Permainan EN. KAMAL SHAHRIMAN BIN MD. YUSOFF Ketua Guru Penyelaras TKRS EN. NOR MUHAMMAD AL-KHAIRI BIN ISMAIL Ketua Guru Penyelaras PENGAKAP EN. ZULHAZMI BIN CHE SEMAN Ketua Guru Penyelaras KELAB BAHASA MELAYU EN. MUHAMMAD ZAID BIN MOHD JUHAN Ketua Guru Penyelaras KELAB BAHASA INGGERIS EN. MUHAMMAD BIN MAT YASIM Ketua Guru Penyelaras KELAB STEM EN. NOOR FAIZAL BIN MOHD NOORDIN Ketua Guru Penyelaras PEND. AGAMA ISLAM/BAHASA ARAB EN. FAIZAL BIN DERAMAN Ketua Guru Penyelaras KELAB RUKUN NEGARA CIK RASTILA A/P RAHMAN Ketua Guru Penyelaras RUMAH SUKAN MERAH EN. AHMAD SOFIAN BIN MUSTAFA Ketua Guru Penyelaras RUMAH SUKAN BIRU EN. WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD ZIN Ketua Guru Penyelaras RUMAH SUKAN KUNING EN. NOOR MAZLAN BIN ISMAIL Ketua Guru Penyelaras RUMAH SUKAN HIJAU EN. MUHAMMAD BIN MAT YASIM Ketua Guru Penyelaras BOLA SEPAK EN. MUHAMMAD SYIBLI BIN CHE ARIFFIN Ketua Guru Penyelaras BOLA JARING PN. ASMAWATI BINTI AHMAD Ketua Guru Penyelaras BOLA BALING EN. MOHD RUDZEL BIN MOHD ZIM Ketua Guru Penyelaras RAGBI EN. WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD ZIN Ketua Guru Penyelaras SEPAK TAKRAW EN. AHMAD SOFIAN BIN MUSTAFA Ketua Guru Penyelaras K. KEBUDAYAAN EN. MOHD HALIM BIN MOHAMAD ZAID Ketua Guru Penyelaras K. DOKTOR MUDA EN. NIK ZULKEFLI BIN NIK MAN Ketua Guru Penyelaras OLAHRAGA EN. FAIZAL BIN DERAMAN Pengerusi EN. MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN Guru Besar Naib Pengerusi I EN. NIK ZAL HISHAM BIN NIK KOB Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi II EN. MOHAMMAD NORZAIRI BIN MOHAMED Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi III EN. MD FAIZUL BIN ABDULLAH @ YUNUS Penolong Kanan HEM ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


Penasihat EN. MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN Guru Besar Pengerusi EN. NIK ZAL HISHAM BIN NIK KOB Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha EN. KAMAL SHAHRIMAN BIN MD. YUSOFF Penyelaras Sukan Permainan RAGBI EN. WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD ZIN (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1. En. Muhammad Mukmin Bin Razani 2. En. Muhammad Bin Mat Yasim BOLA SEPAK EN. MUHAMMAD SYIBLI BIN CHE ARIFFIN (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1. En. Noor Faizal bin Mohd Noordin 2. En. Muhd Rohazlan Bin Mohd Rashid BOLA BALING EN. MOHD RUDZEL BIN MOHD ZIM (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1. En. Muhammad Zaid Bin Mohd Juhan 2. En. Zulhazmi bin Che Seman BOLA JARING PN. ASMAWATI BINTI AHMAD (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1. Cik Rastila A/P Rahman SEPAK TAKRAW EN. AHMAD SOFIAN BIN MUSTAFA (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1. En. Che Zulkifli bin Che Sukri 2. En. Nor Muhammad AlKhairi bin Ismail OLAHRAGA EN. FAIZAL BIN DERAMAN (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1.En. Mohd Faizul Nazwan bin Foizi 2.En. Mohd Halim bin Mohamad Zaid 3.En. Noor Mazlan Bin Ismail 4. En. Nik Zulkefli bin Nik Man ORGANISASI PENGURUSAN SUKAN PERMAINAN “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


Penasihat EN. MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN Guru Besar Pengerusi EN. NIK ZAL HISHAM BIN NIK KOB Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha EN. MOHD FAIZUL NAZWAN BIN MOHD FOIZI Penyelaras Kelab dan Persatuan PERSATUAN BAHASA INGGERIS EN. MUHAMMAD BIN MAT YASIM (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1. En. Zulhazmi bin Che Seman PERSATUAN BAHASA MELAYU EN. MUHAMMAD ZAID BIN MOHD JUHAN (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1 En. Mohd Rudzel bin Mohd Zim 2. En. Kamal Shahriman Bin Md. Yusoff 3.En. Noor Mazlan Bin Ismail PERSATUAN STEM (SN&MT) EN.MOHD NOOR FAIZAL BIN MOHD NOORDIN (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1.En. Ahmad Sofian bin Mustafa 2.En Che Zulkifli Bin Che Sukri KELAB RUKUN NEGARA CIK RASTILA A/P RAHMAN (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1.Pn. Asmawati binti Ahmad PERSATUAN PEND. ISLAM & BAHASA ARAB EN. FAIZAL BIN DERAMAN (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1.En. Muhammad Syibli bin Che Ariffin 2.En. Nor Muhammad Al-khairi Bin Ismail KELAB KEBUDAYAAN EN. MOHD HALIM BIN MOHAMAD ZAID (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1.En. Mohd Arif Bin Mahamad 2.En.Muhamad Rahiman Bin Hasan 3.Cik Zanariah Binti Ibrahim 4.Pn. Nor Shuhada Binti Wan Ibrahim KELAB DOKTOR MUDA EN. NIK ZULKEFLI BIN NIK MAN (KETUA PENASIHAT) Guru Penasihat 1.En. Wan Mohd Azuan Bin Wan Mohd Zin ORGANISASI PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


Penasihat EN. MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN Guru Besar Pengerusi EN. NIK ZAL HISHAM BIN NIKKOB Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha EN. CHE ZULKIFLI BIN CHE SUKRI Penyelaras Unit Beruniform UB1- PENGAKAP KETUA: EN. ZULHAZMI BIN CHE SEMAN PENOLONG KETUA: CIK RASTILA A/P RAHMAN GURU PENASIHAT 1. En. Mohd Rudzel bin Mohd Zim 2. En. Kamal Shahriman Bin Md. Yusoff 3. En. Noor Faizal bin Mohd Noordin 4. En. Ahmad Sofian bin Mustafa 5. En. Muhammad Bin Mat Yasim 6. En. Muhammad Zaid Bin Mohd Juhan 7. En. Wan Mohd Azuan Bin Wan Mohd UB2- TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH KETUA: EN. NOR MUHAMMAD AL-KHAIRI BIN ISMAIL PENOLONG KETUA: PN. ASMAWATI BINTI AHMAD GURU PENASIHAT 1. En. Muhammad Syibli bin Che Ariffin 2. En Mohd Faizul Nazwan Bin Foizi 3. En. Mohd Halim bin Mohamad Zaid 4. En. Muhd Rohazlan Bin Mohd Rashid 5. En. Noor Mazlan Bin Ismail 6. En. Faizal Bin Deraman ORGANISASI PENGURUSAN BADAN PERUNIFORM “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


Setiausana Sukan EN. MUHD ROHAZLAN BIN MOHD RASHID Penyelaras Sukan EN. KAMAL SHAHRIMAN BIN MD. YUSOFF RUMAH SUKAN Guru Penyelaras TAHUN 1 CIK RASTILA A/P RAHMAN Guru Penyelaras TAHUN 2 PN. ASMAWATI BINTI AHMAD Guru Penyelaras TAHUN 3 EN. WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD Guru Penyelaras TAHUN 4 EN. FAIZAL BIN DERAMAN Guru Penyelaras TAHUN 5 EN. MOHD HALIM BIN MOHAMAD ZAID Guru Penyelaras TAHUN 6 EN MOHD FAIZUL NAZWAN BIN FOIZI KETUA PASUKAN SEKOLAH Ketua Jurulatih OLAHRAGA EN. FAIZAL BIN DERAMAN Ketua Jurulatih BOLA SEPAK EN. MUHAMMAD SYIBLI BIN CHE ARIFFIN Ketua Jurulatih BOLA BALING EN. MOHD RUDZEL BIN MOHD ZIM Ketua Jurulatih BOLA JARING PN. ASMAWATI BINTI AHMAD Ketua Jurulatih RAGBI EN. WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD Ketua Jurulatih SEPAK TAKRAW EN. AHMAD SOFIAN BIN MUSTAFA Pengerusi EN. MOHD HAZLIMI BIN MAT ARRIFFEN Guru Besar Naib Pengerusi I EN. NIK ZAL HISHAM BIN NIK KOB Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi II EN. MOHAMMAD NORZAIRI BIN MOHAMED Penolong Kanan Kurikulum Naib Pengerusi III EN. MD FAIZUL BIN ABDULLAH @ YUNUS Penolong Kanan HEM ORGANISASI PENGURUSAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM Program kecemerlangan kokurikulum diurus secara profesional dan terancang. Penasihat En. Mohd Hazlimi bin Mat Arriffen Guru Besar Pengerusi En. Nik Zal Hisham Bin Nik Kob PK Kokurikulum En. Muhammad Mukmin Bin Razani En. Muhd Rohazlan Bin Mohd Rashid En. Kamal Shahriman bin Md Yusoff Setiausaha Kokurikulum Setiausaha Sukan Pengurus Kejohanan Sukan Bil Rumah Sukan Ketua Penasihat Guru Penasihat 1 KUNING En. Noor Mazlan Bin Ismail En. Mohd Hazlimi bin Mat Arriffen En. Mohd Rudzel bin Mohd Zim En. Zulhazmi bin Che Seman En. Muhammad Mukmin Bin Razani En. Faizal bin Deraman En. Mohamad Ridzuan bin Alias Cik Zanariah binti Ibrahim 2 MERAH En. Ahmad Sofian bin Mustafa En. Nik Zal Hisham bin Nik Kob En. Kamal Shahriman bin Md Yusoff En. Muhammad Syibli Bin Che Ariffin En. Nor Muhammad Al-khairi Bin Ismail Cik Rastila A/P Rahman En. Abdul Razif bin Mamat En. Nur Yuhazraa bin Mohamad Lazim 3 BIRU En. Wan Mohd Azuan Bin Wan Mohd Zin En. Mohammad Norzairi bin Mohamed En. Che Zulkifli bin Che Sukri En. Noor Faizal bin Mohd Noordin En. Mohd Halim bin Mohamad Zaid Pn. Asmawati binti Ahmad En Mohd Arif bin Mahamad En. Muhamad Hakimi bin Mohd Noh 4 HIJAU En. Muhammad bin Mat Yasim En. Md Faizul bin Abdullah @ Yunus En Mohd Faizul Nazwan Bin Foizi En. Muhammad Zaid Bin Mohd Juhan En. Nik Zulkefli bin Nik Man En. Muhammad Rahiman bin Hassan Pn. Nur Shuhada binti Wan Ibrahim ORGANISASI PENGURUSAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


Click to View FlipBook Version