i
BELIA
MASA KINI
Cabaran, Potensi dan Harapan
Editor
Asnarulkhadi Abu Samah
Siti Zobidah Omar
Dzuhailmi Dahalan
Nurul Akhtar Kamarudin
i
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Hakcipta Terpelihara 2018 Institut Sosial Malaysia
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara juga sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pengarah Institut Sosial Malaysia. Pendapat dan pandangan penulis tidak
semestinya mewakili pendapat dan pandangan Institut Sosial Malaysia.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh dikemukakan kepada:
Kluster Penyelidikan dan Pembangunan
Institut Sosial Malaysia
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lot PT 13856, KM 6 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban
Sungai Besi
57100 Kuala Lumpur
Tel: 03-7985 3333 Faks: 03-7985 3300
Emel: [email protected]
Web: www.ism.gov.my
ii
Kandungan i
vi
Kata Pengantar 1
5
Seulas Pinang
16
Pendahuluan 28
Asnarulkhadi Abu Samah 40
52
Pengalaman Majlis Belia Malaysia Melaksanakan Pengisian
Dasar Belia Malaysia 2015-2035 64
Jufitri Joha, Syafiqah Abdul Rahim & Mohd Syazwan 78
Kamarul Bahrin 86
Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Delinkuen dalam iii
Kalangan Remaja
Patonah Zakaria, Nobaya Ahmad & Amna Md Noor
Tingkah Laku Prososial Dalam Kalangan Mahasiswa
Noor Shahirah Muhammad Nizam & Azlina Mohd Khir
Belia dan Penyalahgunaan Bahan di Malaysia
Siti Hajar Razali & Hanina Halimatisaadiah Hamsan
Penghayatan Amalan Religiositi Dalam Pemantapan
Akauntabiliti Belia Muslim Profesional
Mohamad Zaid bin Mohd Zain, Abd Lateef Krauss Abdullah,
Turiman Suandi & Azimi Hamzah
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG di Lembah Klang
Syafilah Kamaruddin & Siti Zobidah Omar
Siswazah dan Keusahawanan
Mohani Abdul, Mastora Yahya & Nor Wahiza Abdul Wahat
Penyertaan Politik Belia di Selangor
Alia Shuhada Binti Marjuni, Zatul Himmah Adnan &
Lee Yok Fee
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan 100
111
Pembangunan Belia Positif Melalui Pementoran Dalam 121
Kalangan BeliaInstitusi Pengajian Tinggi di Malaysia 132
Mohd Mursyid Arshad, Ismi Arif Ismail, Turiman Suandi &
Zoharah Omar
Belia di Institusi Penjara: Hakikat dan Cabarannya
Mohd Roslan Rosnon, Haslinda Abdullah &
Asnarulkhadi Abu Samah
Pembangunan Belia Orang Asli di Malaysia: Satu Ulasan
Mohd Roslan Rosnon, Asnarulkhadi Abu Samah &
Haslinda Abdullah
Persilatan dan Pembangunan Komuniti Belia – Kes Persatuan
Seni Silat Cekak Malaysia
Asnarulkhadi Abu Samah & Shukri Janudin
iv
Kata Pengantar
Kata Pengantar
Penerusan agenda pembangunan negara perlu melibatkan
belia sebagai rakan kongsi. Mereka ialah generasi pewaris
negara. Namun bukan mudah untuk melahirkan generasi
pewaris yang terbilang. Generasi belia berhadapan dengan
perubahan global yang begitu drastik. Segelintir mereka
tidak dapat mendepani arus perubahan yang pantas, lalu
hanyut dengan ujian yang datang. Usaha yang strategik
perlu dilakukan agar peluang yang lebih bermakna
dapat diberikan kepada belia untuk menggunakan
sepenuhnya kekuatan mereka secara dalaman,
sekaligus menyumbang secara positif kepada
pembangunan negara.
Atas keprihatinan ini, maka penerbitan buku
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan
Harapan yang dihasilkan oleh Institut Sosial
Malaysia (ISM) dengan kerjasama kumpulan penyelidik di Institut Pengajian
Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia sememangnya amat dialu-alukan.
Kemunculan buku ini diakui memberi nilai tambah kepada mana-mana individu dan
pemegang taruh yang mempunyai belia sebagai klien ke arah mengukuhkan sistem
sokongan yang dapat memacu belia negara sebagai rakan pembangunan menjelang
2050.
Penerbitan buku ini adalah lanjutan daripada kerjasama IPSAS dan ISM di dalam
penganjuran 3rd International Conference on Youth 2016 sebelum ini, di mana kertas
kerja dalam bentuk extended abstract yang dibentangkan oleh peserta seminar telah
dipilih untuk dijadikan penerbitan dalam bab buku ini. Saya berharap buku ini dapat
memberi manfaat yang besar serta input tambahan kepada golongan sasaran kerana
penerbitannya ternyata menyumbang kepada korpus ilmu khususnya dalam bidang
pembangunan belia negara.
Syabas saya ucapkan kepada urusetia ISM dan kumpulan penyunting IPSAS yang
terlibat di dalam menjayakan penerbitan buku ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga
saya ucapkan kepada semua penulis yang telah menyumbang makalah mereka dalam
penerbitan ini. Semoga peranan yang disumbangkan dapat membantu negara di dalam
mengupayakan generasi belia sebagai rakan pembangunan.
Prof. Madya Dr. Asnarulkhadi Abu Samah
Pengarah
Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
2018
v
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Seulas Pinang
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana dengan restu-Nya Buku BELIA MASA KINI:
CABARAN, POTENSI DAN HARAPAN berjaya diterbitkan hasil
kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Institut Pengajian Sains
Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia. Penerbitan buku ini
adalah susulan hasil kajian daripada pembentang dari dalam
dan luar negara yang dibentangkan dalam International
Conference for Youth (ICYouth) pada tahun 2016.
Saya percaya kompilasi hasil-hasil kajian ke dalam bentuk
dokumen bertulis merupakan satu
wadah yang penting sebagai rujukan
kepada semua pihak terutamanya
dalam bidang yang berkaitan dengan
belia. Belia merupakan barisan
pelapis dan pemimpin negara yang
akan mencorakkan masa hadapan negara.
Malaysia pada hari ini sudah tentu akan jauh berbeza
dengan Malaysia pada tahun 2050. Masa hadapan negara
pada ketika itu merupakan tanggungjawab belia mulai
hari ini. Oleh itu, penerbitan buku ini adalah amat tepat
pada waktunya dan boleh dijadikan bahan rujukan dan
panduan sejajar dengan Transformasi Nasional 2050
(TN50) yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri khususnya untuk golongan belia.
Semoga isu-isu berkaitan dengan belia yang dikupas dan
dibincang dalam buku ini akan memberi pencerahan,
inspirasi, idea dan ilham kepada pihak pemegang taruh
untuk merangka program-program secara hands on yang mantap dan konstruktif
dalam memacu transformasi pembangunan belia di negara ini.
Sekian, Terima kasih
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
DR. AL-AZMI BIN BAKAR
Pengarah
Institut Sosial Malaysia
vi
Pendahuluan
Pendahuluan
Asnarulkhadi Abu Samah
Institut Pengajian Sains Sosial
Universiti Putra Malaysia
Belia adalah satu kelompok sumber manusia yang signifikan dalam sesebuah negara.
Signifikan belia bukan sahaja dari sudut bilangan populasi yang diwakilinya, yang
agak besar dari segi peratusan keseluruhan penduduk negara tetapi juga kumpulan
umur ini adalah sumber manusia yang muda, bertenaga, berpotensi dan produktif.
Walaupun takrifan belia berbeza-beza mengikut negara, namun secara umum, bagi
Malaysia, belia mudah ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 15-40 tahun. Dari
sudut perkembangan manusia, lingkungan umur ini dianggap sebagai awal dewasa.
Sementara itu, dari perspektif sosiologi, kohort umur seseorang individu yang
dikenali sebagai belia itu boleh mempunyai status dan rol yang berbeza-beza. Beliau
mungkin seorang pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti; seorang pekerja
(sektor swasta, kerajaan, peniaga/usahawan); seorang suami/isteri; ataupun seorang
bapa/ibu. Tegasnya di sini, belia adalah satu kategori individu-individu yang dari
sudut lingkungan umur agak panjang, dan justeru itulah juga kedudukan belia dalam
sesebuah negara itu sering diberi perhatian oleh pendidik, dikaji oleh para penyelidik,
diperkatakan oleh ahli politik, dirancang dan diprogramkan oleh para teknokrat dan
para menteri.
Penyataan bahawa “belia adalah kumpulan pendesak”, “penentu hala politik negara”,
“penentu pola kepenggunaan (barangan dan media baru)”, “penggerak inovasi”,
“penyumbang modal manusia” dan “usahawan muda”, begitu sinonim dengan belia.
Peranan belia semakin hari semakin diperlukan, dijangkakan atau diharapkan, malah
ditagih oleh masyarakat umum, apatah lagi kepimpinan negara.
Dalam kerangka pemikiran umum seperti yang digambarkan dalam penyataan di
atas, maka belia adalah aset besar negara. Membina sahsiah dan keperibadian yang
positif, kemudian mengadunkannya dengan norma budaya masyarakat pelbagai etnik
negara dan misi nasional adalah satu tuntutan besar untuk direalisasikan bersama oleh
pemimpin peringkat persatuan, komuniti / kejiranan, daerah, negeri dan kebangsaan
seperti Majlis Belia Malaysia. Bagi memungkinkan ini berlaku belia dari peringkat
awal lagi perlu disosialisasikan dengan budaya pembangunan belia positif (positif
youth development). Penerusan proses membudayakan belia dengan rangsangan yang
positif mampu mencorakkan tingkah laku belia yang bersifat prososial, proaktif dan
mempunyai empati yang tinggi. Pelbagai medium boleh menyediakan wadah untuk
proses ini berlaku. Sekolah dan persatuan belia pada pelbagai peringkat umur yang
dikemudikan pula oleh beberapa model kepimpinan yang segar mampu membina
keupayaan positif belia.
Belia yang mempunyai nilai dan kualiti positif adalah modal manusia yang berpotensi
menjana kemakmuran negara. Sumbangan belia kepada kemakmuran negara tidak
hanya wajar dinilai dari aspek kuantitatif seperti membantu meningkatkan produktiviti
1
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
negara atau menjana ekonomi/ pendapatan negara menerusi penglibatan aktif mereka
dalam sektor pengeluaran, dan lain-lain pasaran pekerjaan, tetapi aspek kualitatif juga
penting diberi perhatian yang sama. Pembentukan sahsiah, disiplin diri, dan semangat
patriotik adalah antara aspek kualitatif yang turut sama menyumbang kepada modal
manusia sesebuah negara. Belia yang berdisiplin dan bersemangat patriotik mampu
menghindari diri dari gejala anti sosial, perbuatan yang menyalahi undang-undang
negara serta menyah-kendiri fahaman atau ideologi yang membahayakan diri, agama
dan negara. Jika sebaliknya berlaku, kesemua ini mempunyai kos sosial terhadap
kerajaan (negara). Kerajaan terpaksa mewujukan peruntukan khas bagi membiayai
program atau intervansi bagi menangani gejala-gejala sosial yang boleh memberi
ancaman kepada keharmonian dan keselamatan negara. Ini melibatkan kos kepada
negara yang ditanggung pula oleh pembayar cukai. Oleh itu program atau aktiviti
pencegahan awal perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib. Aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh pertubuhan sukarela seperti persatuan silat, yang terbukti mampu
membina daya tahan, jati diri dan disiplin belia perlu diberi perhatian dan seharusnya
dihargai oleh kerajaan, kementerian dan Majlis Belia Malaysia. Persatuan silat dari
pelbagai latar belakang budaya boleh diketengahkan dengan lebih serius sebagai satu
platform untuk mempergiatkan lagi semangat kesukarelaan dalam kalangan belia
negara ini.
Dunia pantas berubah. Persekitaran ekonomi, teknologi, pekerjaan, perkhidmatan
dan seumpamanya juga berubah dengan cepat. Hal ini menjadikan pengurusan belia
bukannya satu perkara yang mudah. Kepelbagaian dari segi keperluan, citrasa, minat
dan masalah yang dihadapi oleh belia mengikut umur, jantina, latar belakang sosio-
ekonomi dan budaya sudah dapat menggambarkan kompleksiti dalam pengurusan
belia. Perbezaan seumpama ini menyebabkan sesuatu program yang dirancang tidak
dapat diterima dengan mudah atau dilaksanakan untuk semua lapisan umur belia
merentasi pelbagai etnik, umur dan lokasi. Atas faktor inilah terdapat kes-kes program
pembangunan komuniti belia yang tidak mendapat sambutan yang menggalakan dari
kelompok umur tertentu. Dalam hal ini pihak perancang dan pelaksana pembangunan
belia berhadapan dengan cabaran yang besar bagi merangka program atau aktiviti
yang sesuai dengan citarasa belia, terutamanya dalam kalangan belia minoriti seperti
Orang Asli. Slogan pembangunan inklusif yang diwar-warkan oleh kerajaan mungkin
hanya tinggal retorik sahaja sekiranya pihak teknokrat gagal menerobosi halangan-
halangan budaya dan struktural komuniti minoriti dalam menggalakan penglibatan
dan penerimaan program pembangunan. Jika keadaan atau ‘cerita’ lama ini berterusan,
nescaya idea besar pihak pemerintah menjayakan Transformasi Nasional 50, dengan
sokongan dan penyertaan belia akan menemui jalan yang sukar. Mengetahui punca
penolakan atau punca kurangnya penerimaan ataupun penglibatan kelompok
belia tertentu terhadap program pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan dan
berusaha memperbaikinya boleh membantu memajukan lagi kelompok belia minoriti,
terutamanya dari kalangan mereka yang rentan (disadvantaged).
Kepekaan belia mengenai perkembangan dan cabaran semasa adalah satu maklumat
kepada mereka. Sebagai satu maklumat ia adalah input untuk bertindak. Sebaliknya,
belia yang kurang peka dengan tuntutan semasa, ditambah pula dengan sikap selesa
dan cepat berpuas hati serta memilih pekerjaaan memberi kesan yang kurang baik
2
Pendahuluan
kepada generasi muda negara. Bagi belia lepasan ijazah pertama misalnya, pekerjaan
di sektor perkhidmatan dan profesional yang sekian lama menjadi idaman majoriti
graduan telah lama berada pada tahap hampir tepu. Ruang untuk menepatkan diri
dalam sektor kerajaan khususnya, semakin sukar. Graduan yang tidak berani
meneroka laluan baru mencari rezeki atau pendapatan boleh menyumbang kepada
peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah negara. Salah satu bidang
yang masih lagi luas untuk diterokai oleh belia lulusan institusi pengajian tinggi
adalah keusahawanan. Bidang ini berpotensi menjadi kerjaya utama pilihan graduan,
jika diberi galakan, panduan, bimbingan serta ‘coaching’ yang betul dan berterusan.
Kerajaan dari masa ke semasa telah memperbaiki sistem perkhidmatan untuk
kemudahan rakyat, dan salah satu sistem perkhidmatan teknologi yang dibangunkan
adalah MyEG. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat
urusan rasmi dengan agensi kerajaan, termasuklah golongan belia. Golongan ini
yang sering dianggap sebagai generasi IT savvy secara umumnya dijangkakan dapat
memanfaatkan kemudahan sistem perkhidmatan elektronik dengan peratusan yang
besar sehingga boleh melakarkan pola penggunaan yang signifikan. Namun ketepatan
sangkaan ini bergantung kepada beberapa aspek seperti kepekaan, penerimaan dan
kemahiran (kebolehan) belia menggunakan sistem teknologi yang dibangunkan itu.
Isu semasa berkaitan dengan belia adalah penyertaan politik. Sering didengari dalam
media cetak dan elektronik yang menyelar sesetengah belia negara ini lesu dalam hal
ehwal politik dan tidak menghiraukan politik – tidak mendaftar sebagai pemilih, tidak
mengundi dan tidak mengambil tahu tentang perkembangan politik negara. Lesunya
belia dalam politik sedikit sebanyak boleh memberi kesan negatif kepada negara.
Rendahnya libat sama belia dalam politik boleh menjejaskan kiraan indeks kualiti
hidup negara. Ini kerana penyertaan politik diambilkira sebagai indikator dalam
kiraan skor indeks kualiti hidup rakyat Malaysia. Memandangkan peratusan populasi
belia adalah besar, ini boleh menjejaskan kiraan mata indeks berkenaan. Pada satu
sudut yang lain pula ketidakpekaan belia terhadap politik negara dalam jangka masa
yang panjang jika berleluasa boleh memberi kesan yang kurang baik dalam sistem
pemerintahan demokrasi negara.
Satu lagi cabaran dalam aspek pengurusan belia adalah mereka dalam institusi koreksi
seperti penjara. Berbeza dengan majoriti belia yang hidup bebas dalam persekitaran
ekologi-sosial semula jadi, belia yang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan
dari sudut undang-undang negara yang perlu melalui beberapa tahap program koreksi,
menjalani hidup dalam persekitaran yang terkawal. Walau bagaimanapun, kebajikan
mereka dari aspek kesihatan, pemakanan, kerohanian dan pengetahuan/kemahiran
diperlihara sebaik mungkin oleh pihak institusi, meskipun penambahbaikan dalam
beberapa aspek teknikal yang masih boleh dikenalpasti untuk tujuan pemantapan.
Cuma cabaran yang diluar kawalan belia yang bakal dibebaskan adalah penerimaan
masyarakat luar. Ertinya, integrasi (bekas) banduan dengan masyarakat masih belum
menjadi agenda utama bersama, walaupun perkara ini sudah menjadi satu polisi bagi
dipihak penjara.
3
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu biasa mendengar perumpamaan
“Dalam setandan kelapa, tidak semua airnya manis”, dan begitu juga dalam konteks
belia. Walaupun majoriti belia negara ini dalam kategori mereka yang memiliki
kualiti belia positif, namun masih ada yang kurang bernasib baik yang terjerumus
dalam tingkah laku anti sosial seperti delinkuen, penyalahgunaan bahan seperti gam
dan ubat batuk, ketagihan alkohol, rokok elektrik (vape) dan dadah. Menunding
jari kepada individu yang terlibat bukannya satu langkah positif ke arah perubahan.
Semua pihak dalam persekitaran ekologi-sosial belia bertanggungjawab menyediakan
suasana yang kondusif bagi seorang insan –belia- untuk membesar dan dewasa
sehingga menjadi seorang manusia yang berfungsi. Pastinya dalam persekitaran
ekologi –sosial belia yang paling terdekata adalah keluarga dan ahli-ahlinya. Agen
sosialisasi asas ini sewajarnya dapat menyediakan ruang yang kondusif dan harmoni
bagi seseorang insan belia itu berinteraksi dengan mesra sesama mereka sehingga
terasa menerima sokongan emosi, selain dapat merasakan diberi perlindungan fizikal.
Lapisan kedua terdekat selepas keluarga, adalah jiran/ komuniti dan seterusnya diikuti
pula oleh persatuan (pemimpin). Jika kesemua pemegang taruh (stakeholders) kepada
belia dapat memainkan peranan masing-masing iaitu sama-sama menyediakan wadah
yang menyokong perkembangan positif belia, maka usaha melentur buluh dari rebung
dapat dilaksanakan dengan berhasil.
Umumnya, jangkaan mengenai kedudukan dan peranan terhadap belia oleh
masyarakat dan pemimpin negara semakin tinggi berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Dalam suasana dunia yang serba kompetatif, hal ini menjadi isu dan
cabaran kepada mereka. Usaha berterusan pihak pemerintah bersama-sama agensinya
perlu mendapat sokongan dari golongan sasaran, iaitu belia sendiri. Namun pada
masa yang sama, hal ehwal pengurusan belia tidak seharusnya diletakkan pada
bahu pemerintah sahaja. Organisasi atau persatuan belia yang sekian lama menjadi
pelengkap sokongan inisiatif kerajaan masih relevan membantu membangunkan
komuniti belia negara ini. Begitu juga dengan badan induk yang mewakili belia iaitu
Majlis Belia Malaysia masih mempunyai ruang yang luas untuk mendayaupayakan
belia supaya kehadirannya terasa oleh penduduk negara ini. Cara atau pendekatan
baharu sejajar dengan perkembangan penggunaan media sosial boleh diterokai
sebagai medium komunikasi baru oleh badan induk ini yang mewakili generasi belia
mendapatkan pandangan, idea dan cadangan daripada mereka yang di luar daripada
persatuan belia. Idea yang dikumpulkan adalah input yang boleh diambilkira oleh
badan induk ini dalam memantapkan lagi program/aktiviti bagi memenuhi hasrat dan
citarasa kelompok belia yang pelbagai serta menambakbaik butiran polisi belia yang
sedia ada. Namun, sokongan dan kerjasama daripada masyarakat umum pelbagai
peringkat, status, kedudukan dan peranan sosial adalah sama penting dalam membina
persekitaran yang kondusif bagi perkembangan positif belia dari lepasan sekolah
hingga menjangkau ke alam pekerajaan negara ini.
4
Pengalaman Majlis Belia Malaysia Melaksanakan Pengisian Dasar Belia Malaysia 2015-2035
Pengalaman Majlis Belia Malaysia
Melaksanakan Pengisian Dasar Belia Malaysia
2015-2035
Jufitri Joha1, Syafiqah Abdul Rahim2 & Mohd Syazwan Kamarul Bahrin2
1Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia
2 Unit Penyelidikan Majlis Belia Malaysia
Pengenalan
Perbincangan mengenai DBN telah bermula sejak tahun 1967 yang mana ianya telah
mula dicadangkan oleh MBM (Majlis Belia Malaysia, 1990). Setelah pelbagai bentuk
perbincangan dan pembentangan, Dasar Belia Negara (DBN) telah dilancarkan pada
tahun 1985. Beberapa tahun kemudian, kerajaan merasakan tahap pemahaman dan
penghayatan terhadap dasar belia masih rendah. Justeru, setelah mengambilkira
pandangan semua pihak semasa sesi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN),
sekretariat MPBN telah mencadangkan DBN disemak dan digantikan dengan Dasar
Pembangunan Belia Negara (DPBN).
DPBN menyatakan definisi belia di Malaysia adalah anak muda berusia 15-40 tahun
dan fokus untuk program serta aktiviti pembangunan belia adalah kepada anak muda
berusia 18 hingga 25 tahun (Bahagian Pembangunan Belia, 1997). Kerajaan Malaysia
komited memberikan penumpuan terhadap program pembangunan belia dengan
memperuntukkan dana sebagai contoh sebanyak RM 738 juta ($USD 227 juta) dalam
Belanjawan Negara 2013. Selain itu, dalam kenyataan Majlis Konsultasi Belanjawan
2015 juga turut ditekankan bahawa belia akan menjadi daya utama ekonomi negara
(Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2014). Kenyataan ini jelas menunjukkan kerajaan
Malaysia memberi pengiktirafan terhadap belia Malaysia.
Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015 - 2035 yang merupakan edisi semakan ketiga
yang lebih komprehensif memberikan takrifan baru kepada belia mencakupi
mereka yang berumur 15 hingga 30 tahun sebagai konsep utama DBM bagi
memastikan kesinambungan kepimpinan masa hadapan negara. Selain itu DBM
turut mengandungi tiga lagi konsep utama merangkumi Holistik dan Berpandukan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; Futuristik, Relevan dan Terkini; dan
Merentas Pelaksana dan Generasi (Kementerian Belia Malaysia, 2015). DBM jelas
merupakan sebuah dokumen yang menerangkan kepentingan falsafah pembangunan
belia kepada pemegang taruh bagi menyerlahkan potensi belia sebagai tonggak utama
pembangunan strategik negara pada masa hadapan.
Belia yang berumur 15-30 tahun ini dianggarkan berjumlah sekitar 9.1 juta atau 30
peratus daripada jumlah penduduk Malaysia (Norshafawati, 2014). Ia menggambarkan
betapa Malaysia mempunyai aset yang amat berharga dan harus diserlahkan
potensinya. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia sebagai
5
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
pemegang taruh utama pembangunan utama negara telah dan sedang melakukan
usaha untuk menyerlahkan bakat dan potensi belia yang tidak ternilai termasuk
mempopularkan pendekatan pembangunan belia positif (PYD) (Haslinda et al., 2012)
seperti yang termaktub di dalam salah satu konsep utama DBM 2015-2035.
PYD secara ringkas merupakan model yang bersifat strength based model dan asset-
based approach yang menganggap belia sebagai aset, berubah daripada pendekatan
tradisional iaitu deficit model (Lerner, 2007) yang memfokuskan kepada masalah
belia. Terdahulu, Benson (1997) telah memperkenalkan 40 Aset Pembangunan yang
merupakan model konsep pengalaman sosialisasi untuk semua belia yang terdiri
daripada aset dalaman dan aset ekologi. Konsep ini diadaptasi dan diperkembangkan
oleh sekumpulan penyelidik UPM (Azimi & Zanariah, 2007) mengikut konteks
budaya lokal sebelum diadaptasi oleh DBM menjadi 48 Aset Kesejahteraan Belia
Malaysia. Semakin banyak pemilikan aset-aset oleh belia maka semakin sejahtera
diri mereka dalam mencapai matlamat akhir iaitu menjadi belia yang mempunyai
8C iaitu penyayang (Caring), kompeten (Competent), karakter (Character), yakin
(Confident), kerjasama (Cooperation), bertimbang rasa (Considerate), kompetitif
(Competitive) dan sekaligus memberikan sumbangan (Contribution) yang positif
dalam masyarakat dan membangunkan Negara. 48 Aset ini juga digunakan sebagai
asas utama mekanisme penilaian keberkesanan DBM (Haslinda et al., 2016).
Selain KBS di pihak Kerajaan, Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan pemegang
taruh yang penting dalam pembangunan belia mewakili sektor NGO dan diiktiraf oleh
Kerajaan di bawah Seksyen 49, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
(Kerajaan Malaysia, 2007).
Peranan Majlis Belia Malaysia
MBM bertindak sebagai medium perantara penyaluran suara belia akar umbi kepada
pihak kerajaan terutamanya. Hal ini digariskan dalam Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia yang lebih dikenali sebagai Akta 668 menggariskan MBM
sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan. Selaras dengan
fasal yang dijelaskan dalam akta tersebut MBM turut mewakili suara belia dalam
pelbagai platform nasional berkaitan polisi pembangunan belia dan Negara seperti
Majlis Konsultasi Belanjawan Tahunan, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara,
Majlis Sosial Negara, Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian
Antara Penganut Agama (JKMPKA), Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN),
Jawatankuasa Implementasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di bawah Unit
Perancang Ekonomi (EPU) dan yang terbaru Sekretariat Transormasi Nasional 2050.
Melalui penglibatan dalam MPBN, pemerhati dalam Parlimen Belia Malaysia dan
SDG melalui unit perancangan EPU, MBM melaksanakan tugas dalam menyebarkan
maklumat dan penerangan berkenaan isu-isu pertubuhan belia serta perkaitan langsung
dengan pembangunan belia. Melalui penglibatan bersama dengan agensi-agensi
6
Pengalaman Majlis Belia Malaysia Melaksanakan Pengisian Dasar Belia Malaysia 2015-2035
kerajaan ini, MBM telah mengemukakan pendapat mengenai hal ehwal pembangunan
belia dan pertubuhan belia.
MBM turut berperanan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam
pergerakan belia. Oleh itu, MBM giat menjalankan program kesukarelaan yang diberi
nafas baru melalui Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia atau Malaysian Youth
Volunteer Community (MYVOC). MYVOC diuruskan dengan memberi penekanan
kepada pengkhususan kemahiran para sukarelawan. Ini bertepatan dengan keperluan
dari semasa ke semasa yang memerlukan sukarelawan terlatih dan mahir dalam satu-
satu bidang bagi membantu di lapangan.
Selain beberapa peranan yang dimainkan MBM seperti di atas, salah satu fungsi utama
MBM adalah untuk merancang dan melaksanakan pembangunan belia (Haslinda
et al., 2012) berdasarkan DBM sebagai asasnya (Asnarulkhadi, 2009) agar DBM
tidak hanya tinggal sebagai kenyataan bertulis (Azimi, 2002) tanpa dipraktikkan.
Pemerhatian ini memfokuskan kepada pandangan dan kefahaman kepimpinan
utama MBM terhadap aspirasi pembangunan belia Negara, DBM dan hasrat KBS,
dalam usaha membangunkan belia. Penelitian mendalam terhadap kefahaman dan
pengalaman kepemimpinan tertinggi MBM sekiranya tidak diterokai atau diselami
maka akan menyebabkan berlakunya kelompongan berterusan dan ketara di antara
aspirasi besar DBM dan kefahaman serta praktis kepimpinan MBM.
Beberapa Pemerhatian Penting
DBM merupakan dokumen panduan futuristik yang penting bagi mempersiapkan
belia sehingga 2035 berhadapan dengan cabaran getir di masa hadapan. Oleh kerana
itu, amat wajar pemimpin MBM sebagai pemegang taruh utama pembangunan belia
Negara memahami konsep konsep yang terkandung di dalam DBM khususya PYD
yang menjadi tonggak utama DBM untuk memahami cara mendekati belia masakini
bagi mempersiapkan mereka untuk masa hadapan yang lebih mencabar serta
menyelaraskan segala program dan aktiviti pembangunan belia ke arah mencapai
matlamat dan agenda utama DBM. Justeru, penulisan ini cuba untuk merungkai
persoalan
1. Apakah itu Dasar Belia Malaysia (DBM) menurut perspektif
Kepimpinan MBM?
2. Sejauh manakah kepimpinan MBM telah melaksanakan agenda DBM
dalam program dan aktivitinya?
MBM Sebagai Organisasi Induk
Sebagai badan induk pertubuhan belia Malaysia, MBM bergerak atas dasar suara
belia, badan pelaksana dan penilai dasar-dasar sosial dan ekonomi egara. Justeru,
matlamat MBM yang termaktub di dalam perlembagaan MBM perlu dilihat secara
7
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
meluas daripada lensa belia kini dan belia masa hadapan. Salah satu kandungan dalam
perlembagaan MBM adalah membantu memajukan dan menggalakkan kegiatan-
kegiatan belia serta perkembangan kerja-kerja oleh pertubuhan belia sukarela
menerusi usaha bersama (Perlembagaan MBM, 2007)
Terdapat pelbagai jenis struktur organisasi dan cara kerja bagi NGO dan majlis belia
di seluruh dunia. Maka tidak hairanlah, peranan majlis belia nasional di negara-negara
lain akan berbeza dari MBM. Salah satu perbezaan ketara adalah MBM diiktiraf di
dalam akta, ini bermakna keberadaan dan kewujudan MBM tidak dapat dinafikan.
MBM mengamalkan struktur jawatan eksekutif yang dipertandingkan, dewan tertinggi
sebagai ‘auditor’, badan gabungan sebagai ahli dan sekretariat sebagai ‘tangan
pelaksana’. Antara satu andaian awal yang dapat dibuat mengenai mengapa struktur
ini dilaksanakan adalah ianya mengikut norma dan cara sesebuah struktur demokrasi
berfungsi pada masa itu. Ini adalah disebabkan adaptasi struktur World Assembly of
Youth, kerana MBM dahulu bermula sebagai cawangan WAY (Fawzi, 1980).
Sekretariat memainkan peranan sebagai kompas kepada MBM dan para stafnya
dianggap sebagai pekerja belia. Justeru, selain dari melaksanakan tugas-tugas program,
sekretariat perlu menjalankan tugas pengurusan pejabat dan pengurusan maklumat
dan data. Oleh itu, terdapat keperluan di mana bidang tugas yang khusus, dinyatakan
dalam prosedur kerja, syarat perkhidmatan ataupun ‘handbook’. Dokumen ini adalah
seperti garis panduan organisasi. Pada masa yang sama ianya turut membantu dalam
menjelaskan keperluan untuk memahami prinsip organisasi, seterusnya membuka
ruang kreativiti kepada ahli sekretariat dan ahli jawatankuasa kerja dalam pelaksanaan
tugas-tugas harian, dan pengurusan program.
Sekretariat MBM diketuai oleh Setiausaha Agung yang memenangi jawatan
atau dilantik. Tugas Setiausaha Agung berdasarkan Perlembagaan MBM adalah
(i) bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden, (ii) melaporkan kepada
Pesiden segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran pejabat, (iii)
mendapatkan persetujuan daripada Presiden berkenaan dengan pengambilan pegawai-
pegawai dan anggota-anggota ibu pejabat (Sekretariat) dan juga pemberhentian
mereka itu (iii) bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat.
Sebagai sebuah pertubuhan, struktur dan entiti kompleks MBM yang menaungi
pertubuhan belia yang berbeza perlu diambil kira dalam penelitian ini. MBM
sepertimana organisasi lain, turut melalui proses penyesuaian dan peralihan kepimpinan
serta fungsi. Fungsi-fungsi pejabat sekretariat dan fungsi jawatankuasa kerja juga
tidak statik, dan sering berubah mengikut permintaan program pembangunan belia
dan keperluan masyarakat semasa.
Dari sudut internal, fungsi-fungsi yang sering berubah tadi perlu berasaskan tujuan
yang kukuh. Seperti yang pernah dibincangkan oleh Nga (2010) , tekanan politik
8
Pengalaman Majlis Belia Malaysia Melaksanakan Pengisian Dasar Belia Malaysia 2015-2035
sememangnya menjadi faktor kepada kecenderungan perubahan hala tuju pertubuhan
belia di Malaysia. Pendekatan terkini MBM yang dilihat sangat meluas menyebabkan
haluan dan jenis aktiviti yang dipilih juga tidak mendalam. MBM telah melaksanakan
pelbagai program berbentuk penyelesaian masalah sosial, perhubungan awam dan
kesedaran, serta program kerjasama. Namun disebabkan skop fungsi yang terlampau
luas, ianya memberi ruang yang terhad dari sudut pelaksanaan yang mapan dan
berfokus. Elemen ini boleh menyebabkan susutan kualiti dalam pelaksanaan program.
Hal ini berkait rapat dengan tekanan politik dan pendanaan yang diterima oleh
MBM, yang mana ia dapat menjejaskan potensi dan reputasi MBM sebagai badan
yang sedang berusaha keras dalam membawa suara belia dari pelbagai pertubuhan.
Setiap pertubuhan yang bernaung di bawah MBM turut mempunyai kepentingan dan
tujuan khusus terhadap ahlinya. Maka struktur kompleks MBM ini, memberi lebih
nuansa berbeza dalam menjelaskan jenis pendekatan yang dipilih MBM. Pendekatan
yang dipilih MBM lebih bersifat selamat dan dianggap memilih jalan tengah, kerana
MBM lebih cenderung untuk mengekalkan kedudukan sedia ada dan terus memberi
ruang kepada badan gabungannya untuk turut terlibat sama dalam program-program
pembangunan belia. MBM turut bersifat kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan namun,
sering mengambil jalan diplomasi dalam menyelesaikan perbezaan pendapat secara
tertutup. Antara pendekatan diplomasi MBM adalah pertemuan tertutup dengan
pihak kementerian berkenaan dan penyerahan memorandum cadangan. Oleh keranan
pendekataan sebegini, cabaran yang dilalui MBM adalah seperti sesuatu cadangan
diterima, namun tidak dilaksanakan atau dibincangkan secara tuntas oleh agensi
berkaitan. Oleh kerana pertemuan atau cadangan tersebut bersifat tertutup, ianya tidak
mendapat liputan luar, justeru isu yang dibincangkan tidak mendapat tekanan dari luar
untuk dibawa ke peringkat seterusnya.
Dapatan dan Perbincangan
Perspektif Kepimpinan MBM terhadap Dasar Belia Malaysia (DBM)
Kepimpinan MBM melihat DBM sebagai salah satu cara kerajaan untuk memastikan
kesejahteraan anak muda, terutama dari sudut ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan
sosial. Justeru kepimpinan MBM turut mempunyai ekspektasi dan jangkaan terhadap
fungsi DBM itu sendiri. Salah satu jangkaan pemimpin MBM terhadap DBM adalah,
DBM seharusnya menjaga kelangsungan pertubuhan belia. Jangkaan terhadap DBM
ini berkait rapat dengan kepentingan pertubuhan kebangsaan yang bernaung bersama
MBM. Pertubuhan kebangsaaan ini mempunyai cawangan di peringkat negeri, dan
cawangan kecil sehingga di peringkat daerah dan kawasan. Pertubuhan kecil dan
pertubuhan tunggal ini disertai oleh anak-anak muda yang kebanyakannya memilih
untuk menyertai pertubuhan belia bagi menzahirkan kehendak politik mereka. Oleh
itu, sekiranya DBM dilihat sebagai ancaman terhadap pergerakan tersebut, ini ianya
jelas menunjukkan pertembungan dalam mencapai matlamat bersama.
9
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Kepimpinan MBM secara dasarnya menerima baik DBM kerana ianya dilihat dapat
bersama-sama menggembling tenaga seluruh pihak dalam memastikan pembangunan
belia dapat terus dilaksanakan dan menjadi salah satu agenda penting negara.
Dapatan awal menunjukkan bahawa kepimpinan MBM memahami asas dan kandungan
DBM namun pelaksanaannya tidak dilakukan secara strategik dan sistematik.
Kepimpinan MBM memahami asas kandungan DBM sepertimana ditegaskan oleh
Presiden MBM untuk sesi 2016-2018, “bahawasanya MBM mengangkat DBM ini
sebagai satu program contoh komitmen pembangunan belia dan ia dikagumi dan
menarik minat negara-negara lain” (Majlis Belia Malaysia, 2015) . Asas DBM yang
bertunjangkan PYD diketengahkan melalui jenis-jenis program yang dilaksanakan,
sebagai contoh program latihan kepimpinan MIB, latihan kesukarelaan MYVOC,
dan jalinan kerjasama yang konsisten dengan pertubuhan serta agensi luar negara.
Pelaksanaan dasar yang tidak strategik dan sistematik pula merujuk kepada program-
program jangka pendek dan ad-hoc, yang mana ianya bersifat responsif terhadap
isu yang memerlukan tindakan segera seperti misi bantuan bencana, atau jemputan
melaksanakan program belia secara kerjasama. Pertindihan program seringkali
berlaku sekiranya program-program perlu berjalan serentak. Hal ini timbul kerana
setiap jawatankuasa MBM mempunyai kumpulan sasar dan program yang berbeza.
Malah, bagi jemputan kerjasama pula, MBM mempunyai tekanan untuk mengekalkan
fungsi dan tujuan sebagai platform belia, justeru program perlu dilaksanakan mengikut
tempoh masa yang ditawarkan oleh agensi atau kementerian berkaitan.
Selain itu, terdapat juga kekeliruan apabila bercakap mengenai DBM secara umum
di dalam kerangka masyarakat massa, yang mana kebanyakannya tertumpu kepada
pelaksanaan had umur belia. Perkara ini jelas apabila terdapat wakil belia di peringkat
negeri seperti di dalam Sidang Dewan Tertinggi MBM Kali ke-101 kebanyakan ahli
gabungan dari sebuah majlis belia peringkat negeri tidak bersetuju dengan DBM
melalui sesi Town Hall yang telah dijalankan. Namun begitu, kepimpinan hanya
tidak bersetuju dalam soal pelaksanaan had umur (Majlis Belia Malaysia, 2015).
Ini kerana, bagi ahli pertubuhan belia di Malaysia, mereka memahami kesan dari
sudut pelaksanaan had umur. Antara kesan yang telah dilalui dan dilihat oleh ahli
pertubuhan belia semasa perubahan dasar belia sebelum ini adalah; pertubuhan belia di
peringkat cawangan kebanyakannya tidak lagi aktif, disebabkan perubahan mendadak
dan kurang ahli-ahli yang lebih muda di peringkat cawangan dan pertubuhan belia
tunggal. Pengalaman mereka semasa tempoh peralihan dasar sebelum ini melihat
pergelutan dan perjuangan untuk sesebuah pertubuhan belia kembali stabil.
Kewujudan pertubuhan belia dalam sebuah masyarakat mencerminkan kepelbagaian
dan keseimbangan demokrasi masyarakat tersebut. Ia juga dapat menunjukkan tahap
penglibatan politik belia dalam sesebuah masyarakat.
Perbincangan dan mesyuarat mengenai dasar belia juga banyak berkisar soal had umur
dan hanya melihat penglibatan MBM dalam mesyuarat tersebut sebagai pemberi input
mengenai soal pelaksanaan. Cadangan dan kebimbangan yang dikemukakan MBM
tidak mendapat perhatian. Salah satu kebimbangan MBM adalah ancaman kepada
10
Pengalaman Majlis Belia Malaysia Melaksanakan Pengisian Dasar Belia Malaysia 2015-2035
kelangsungan pertubuhan belia, ini adalah kerana ianya akan mengambil masa
lebih lama dari cadangan 2018 untuk mempromosi dan meningkatkan penglibatan
konsisten anak muda dalam pertubuhan belia.
Isu had umur ini telah dibincangkan di dalam pengajian belia dan terdapat pendapat
menyatakan had umur belia hanya penting untuk kegunaan pihak kerajaan mengawal
rakyat melalui polisinya. Justeru akan terdapat perubahan seperti penerimaan bantuan
kewangan pendidikan, kesihatan, dan insentif untuk kebajikan belia.
Pemfokusan DBM kepada soal had umur ini juga dipengaruhi oleh peranan media yang
menjelaskan DBM secara terhad. Dalam kebanyakan liputan media mengenai DBM,
artikel dan tajuk liputan hanya menumpukan kepada dengan elemen penurunan had
umur. Maka hal ini secara langsung telah mengalih perbincangan penting mengenai
pembangunan belia, serta perbincangan kandungan penting seperti soal pendidikan,
dan tahap ekonomi belia. Perhatian lebih beralih kepada isu ‘kosmetik’ seperti had
umur. Isu had umur ini juga mendapat perhatian pihak media kerana pertubuhan belia
dianggap eksklusif dan hanya memberi prioriti terhadap ahlinya. Perkara ini jelas
kerana kebanyakan anak muda secara rawak tidak mengetahui kewujudan MBM
sekiranya mereka tidak terlibat atau didedahkan dalam kegiatan sukarelawan dan
aktivisme dari peringkat sekolah. Meskipun soal kehadiran (presence) MBM telah
dibincangkan berulang kali oleh Haslinda et al (2012), kajian kajian tersebut terhad
kepada melihat MBM sebagai sebuah sebuah struktur bebas tanpa mengambilkira
faktor luaran seperti pendanaan dan kesan dinamika kuasa dengan kementerian, serta
tekanan agenda neoliberalisma dari pelbagai sudut.
Tidak dinafikan, agenda politik dan dasar tidak dapat dipisahkan. Adalah satu
kenyataan yang naif sekiranya memisahkan perbincangan mengenai dasar tanpa
melihat kepada keperluan politik secara khusus. Penglibatan ahli politik dan agenda
politik untuk memperkenalkan dasar-dasar popular perlu turut diambil kira. Alasan
pertama yang dikemukakan oleh kementerian adalah bagi menyelaras had umur
mengikut kayu ukur antarabangsa (Kementerian Belia Malaysia, 2015)7. MBM
berpandangan bahawa Kementerian seharusnya melihat kepada konteks struktur dan
politik sesebuah negara yang dicontohi. Furlong (2013) membahaskan kepentingan
bagi penyelidik pangajian belia untuk memahami anak muda menerusi pandangan
yang tidak didominasi perspektif kebaratan semata-mata. Beliau mengulas lanjut
dengan menyatakan keperluan untuk memahami belia, dan memberi kesedaran
tentang cabaran dan kemajuan belia dalam meningkatkan tahap kehidupan belia di
negara membangun (Furlong, 2013). Struktur organisasi majlis belia negara luar
adalah jelas tidak sama dengan struktur organisasi MBM.
Sebab kedua yang dinyatakan bagi perubahan had umur, adalah bagi memberi peluang
kepada anak muda terlibat dalam kepimpinan. Ianya jelas melihat MBM sebagai medan
melatih pemimpin (Haslinda et al, 2012). Namun begitu, elemen individualisasi yang
semakin diterima masyarakat, di mana anak muda tidak perlu untuk bergerak secara
kolektif untuk diterima dan diiktiraf sebagai pemimpin perlu diambil kira dalam
11
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
membincangkan soal kepimpinan muda. Ini kerana masyarakat lebih melihat kepada
kejayaan individu dan mengisolasi faktor kolektif dalam memberi definisi ‘kejayaan’
dan ‘kebolehpimpinan’ individu anak muda tersebut.
Retreat Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diadakan pada 26
dan 27 November 2015 di Bangkok, Thailand menyatakan MBM menerima DBM
dengan terbuka tetapi bersyarat. Tiga cadangan dikemukakan MBM dalam penerimaan
DBM semasa retreat berkenaan ialah; (i) Urusan pembangunan belia di bawah
Jabatan Perdana Menteri (JPM) sepenuhnya atau (ii) Dasar Pembangunan Belia di
bawah JPM manakala aktiviti dan perlaksanaan di bawah KBS atau (iii) Mewujudkan
badan berkanun eg: Suruhanjaya Belia Malaysia (Majlis Belia Malaysia, 2015)
Komitmen MBM dalam Melaksanakan DBM dalam Program dan Aktivitinya
MBM dilihat secara dasarnya menyambut baik perlaksanaan DBM berdasarkan
penubuhan biro-biro di bawah jawatankuasa kerja MBM yang berasaskan kepada
sembilan (9) bidang keutamaan belia di dalam DBM (Majlis Belia Malaysia, 2016).
1 Belia 1 Kemahiran (1B1K) adalah inisiatif MBM dalam mendekati dan membantu
belia bagi mendapatkan peluang kedua membina kehidupan mereka dengan
memilih bidang teknikal dan vokasional (TVET) sebagai kerjaya mereka. Semenjak
penubuhannya pada 2010, seramai 4,976 belia telah dibantu melalui program 1B1K
untuk mendapatkan latihan di institusi-institusi kemahiran kerajaan & swasta.
Latihan kepimpinan menjadi fokus MBM dalam melahirkan pemimpin belia di bawah
30 tahun menjelang 2018 dengan penubuhan Skuad MiB 300. Begitu juga dengan
inisiatif penubuhan MYVOC yang memberi fokus kepada gerakan kesukarelaan dan
kemasyarakatan MBM.
Malah, penubuhan Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) membuktikan usaha
MBM dalam mengangkat dan mengiktiraf pekerja belia di negara ini sejajar dengan 9
bidang keutamaan yang digariskan di dalam DBM, iaitu profesionalisme kerja belia.
Cabaran MBM Sebagai Pertubuhan Belia
Tidak dapat dinafikan fungsi kepimpinan adalah penting kerana kepimpinan akan
mengemudi arah tuju sesuatu organisasi. Turut jelas dalam data adalah pertembungan
matlamat peribadi dan matlamat organisasi dalam kalangan pemimpin. Hal ini
menjadi antara cabaran utama kepada sesebuah pertubuhan belia khususnya apabila
parti politik, pemimpin politik dan individu seringkali menggunakan pertubuhan belia
untuk kepentingan peribadi atau kepentingan politik (Nga & King, 2006). Secara
langsung ianya memberi impak terhadap elemen keutamaan dalam pelaksanaan
program-program pembangunan belia.
12
Pengalaman Majlis Belia Malaysia Melaksanakan Pengisian Dasar Belia Malaysia 2015-2035
Justeru walaupun secara prinsipnya kepimpinan MBM memahami dan menggunakan
DBM sebagai panduan dalam perancangan program tahunan semasa retreat
kepimpinan, kepimpinan MBM masih lagi bergelut untuk membuat keputusan
memilih dan mengatur program yang perlu dilaksanakan, mengikut prioriti dan secara
sistematik. Situasi ini menjelaskan kecenderungan MBM melaksanakan program-
program dalam bentuk yang ‘im-promptu’ dan bersifat ‘ad-hoc’. Nga (2010) dalam
kajiannya menggariskan batasan pertubuhan belia dari sudut pendanaan. Ini kerana
pertubuhan belia seperti MBM menerima bantuan dana dari kerajaan, justeru secara
tidak langsung terdapat elemen political control atau kawalan politik antara penaja
dan penerima tajaan.
Kesimpulan dan Cadangan
Kepimpinan MBM secara umumnya memahami akan kandungan dan asas DBM
yang berpaksikan PYD. Namun perbincangan mengenai DBM hanya terhad kepada
had umur di mana hal ini dilihat sebagai ancaman kepada kelangsungan pertubuhan
belia secara amnya. Pengaruh liputan media dan keperluan ahli politik tertentu juga
mempengaruhi dan memacu perbincangan mengenai had umur. Maka, kepimpinan
MBM seharusnya lebih bertegas tanpa memikirkan kepentingan politik peribadi
dalam bersuara mewakili belia secara keseluruhannya.
Kepimpinan MBM juga telah pun melaksanakan PYD melalui programnya dan
aktivitinya, namun tidak secara sistematik, strategik dan mendalam. MBM seharusnya
perlu menekankan program jangka panjang yang terancang berdasarkan DBM,
dan mengurangkan program ad-hoc atas permintaan kementerian atau pihak yang
mempunyai kepentingan lain. MBM seharusnya meletakkan prioriti yang jelas dalam
membuat pilihan jenis aktiviti dan program yang dilaksanakan bagi memastikan kesan
mendalam dan bukan bersifat sekali (one off) sahaja. Pelaksanaan program bersifat
ad-hoc dan one off menyebabkan lebih banyak kos kewangan yang perlu ditanggung,
serta meletakkan MBM sebagai satu organisasi yang tidak kukuh pegangannya.
Meskipun MBM melaksanakan program berlandaskan konsep PYD yang menggarap
semangat DBM, kepimpinan MBM seharusnya menunjukkan pendirian yang jelas
dalam pelaksanaan programnya. Justeru, makalah ini melihat terdapat keperluan
untuk mengkaji secara empirikal tentang sejauhmana MBM dan KBS memacu
pembangunan belia di Malaysia sebagai rakan kongsi strategik dengan menjadikan
DBM sebagai asa rujukan bersama. Kajian lanjut perlu meliputi faktor-faktor sama
ada MBM melaksanakan DBM, dan membincangkan fungsi sebenar DBM. Perlu
diberi penekanan juga skop dasar belia, yang bukan sahaja melibatkan aktiviti belia,
malah ianya merangkumi tahap kesejahteraan belia. Aktivis, penyelidik dan pekerja
kerajaan perlu memahami cabaran yang wujud dalam menilai kesejahteraan belia
secara objektif.
13
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Rujukan
Asnarulkhadi, A.S. (2009). Kelompaangan Dasar Belia Negara Menyangga Potensi
Belia Menerusi Pendekatan Transformasi Konflik. Malaysian Journal of
Youth Studies, 1, 1-22.
Azimi Hamzah, Turiman Suandi, Ezhar Tamam (2002). Persatuan Belia di Malaysia:
Perkembangan dan Penyerlahan Potensi. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Azimi Hamzah & Zanariah, M.N. (2007). Readiness of Youth as Pillars of Developed
Countries. Kuala Lumpur: Institute for Youth Research Malaysia, Ministry of
Youth and Sports Malaysia.
Bahagian Pembangunan Belia. (1997). Dasar Pembangunan Belia Negara. Putrajaya:
Kementerian Belia Malaysia.
Fawzi, MA Mohd Basri. (1980). Pergerakan Belia di Malaysia. Kuala Lumpur:Majlis
Belia Malaysia.
Furlong, A. (2013). Youth studies : an introduction. New York: Routledge.
Haslinda Abdullah, Dzuhailmi Dahalan, Azimi Hamzah, Ismi Arif Ismail, Ezhar
Tamam, Abdul-lateef Abdullah, S. S., & Gill, Nobaya Ahmad, T. S. (2012).
Majlis Belia Malaysia : Quo vadis transformasi era semasa. Malaysia Journal
of Society and Space, 7(7), 13–19.
Kementerian Belia Malaysia. (2015). Dasar Belia Malaysia. Putrajaya: Kementerian
Belia Malaysia.
Kerajaan Malaysia. Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Pub. L.
No. Akta 668 (2007). Dalam talian: http://www.ippbm.gov.my/dokumen/akta-
pertubuhan-belia-dan-pembangunan-belia-2007.pdf
Lerner, R.M. (2007). The Good Teen. New York: Crown Publisher
Majlis Belia Malaysia, 2015, Ucapan Presiden Majlis Belia Malaysia dalam Majlis
Perundingan Belia Negara Sidang 2 Penggal ke -30, Tahun 2015- 2016.
Kementerian Belia dan Sukan:Kuala Lumpur.
Majlis Belia Malaysia, (2015). Pembentangan Kumpulan 4, Advokasi, Antarabangsa
Dan Isu Semasa, dibentangkan di Retreat Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia
Malaysia pada 26-27 November 2015 di Bangkok, Thailand.
Majlis Belia Malaysia, (2015). Minit Sidang Dewan Tertinggi Kali Ke-101, 24
November 2015 Kuala Lumpur.
14
Pengalaman Majlis Belia Malaysia Melaksanakan Pengisian Dasar Belia Malaysia 2015-2035
Majlis Belia Malaysia .(2007). Perlembagaan Majlis Belia Malaysia. Kuala Lumpur.
Majlis Belia Malaysia (2016). Minit mesyuarat Jawatankuasa Kerja pertama sesi
2016-2018.
Majlis Belia Malaysia. (1990). Kertas Cadangan Kajian Kekesanan Pelaksanaan
DBN. Simpanan Digital Arkib dan Sumber MBM.
Nga, J. L. H., & King, V. T. (2006). Youth organisations participation in the nation
building of Malaysia. Dalam talian: %5C%5CIps-srv-003%5Cistr%5CDonn
a%5Cwpdocs%5CDonna%5CConferences%5CBangkok 2006%5CFollow
Up%5CWorking Papers%5CPapers%5CNga.Janice.doc
Nga, J. L. H., King, V. T., & Parnwell, M. (2010). Youth Organizations as a Starting
Point to Formal Politics : A Case of Malaysia. Nepalese Journal of Public
Policy and Governance, xxvii(4), 33–48.
Norshafawati Abd Azimi. (2014). Aspirasi Kepimpinan Belia. Buletin Fakta. Institut
Penyelidikan Pembangunan Malaysia. Dalam talian: http://www.iyres.gov.
my/dokumen/buletin/buletin-edisi-4-2014.pdf
Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2014). Ucapan Majlis Konsultasi Bajet 2015
Kementerian Kewangan. Dalam talian: http://www.pmo.gov.my/home.
php?menu=speech&page=1908&news_id=714&speech_cat=2
Sidang Dewan Tertinggi MBM Kali ke-101, Perkara 8.12; Ucapan oleh Ahli Dewan
Tertinggi MBM berkenaan DBM.
Zainah Shariff, Shariffah Mamat, Mohd Rizal Mohd Sham, & Nur Aqilah Syazwani
Mohd Noor (2016). Indeks Belia Malaysia: Pengukur Kesejahteraan Hidup
Belia. Malaysian Journal of Youth Studies, 15, 1-7.
15
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Delinkuen
dalam Kalangan Remaja
Patonah Zakaria, Nobaya Ahmad & Amna Md Noor
Jabatan Sains Kemasyarakatan Dan Pembangunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Malaysia.
Pengenalan
Umum mengetahui bahawa remaja adalah golongan yang mudah menerima
perubahan dalam perkara-perkara yang bersifat negatif dan positif. Kadangkala
golongan ini sukar membuat pertimbangan dan pilihan yang rasional dalam tindakan
mereka. Oleh itu, golongan remaja ini adalah golongan yang perlu diberi perhatian
oleh masyarakat. Pertamanya, bab ini akan membincangkan tentang konsep remaja
yang diperkenalkan oleh sarjana barat dan juga dari sudut pandangan Islam melalui
definisi yang dibincangkan dari dulu hingga sekarang. Kedua, bab ini menyentuh
serba sedikit tentang isu dan senario semasa yang melibatkan remaja dalam dan
luar negara. Ketiga, aspek keluarga sebagai role model kepada perubahan dan
perkembangan remaja dengan diselitkan beberapa bukti daripada sorotan kajian lepas
turut dikupas. Keempat, bab ini membentangkan hasil kajian yang dilaksanakan di
sebuah negeri terpilih di Semenanjung Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah yang
telah dijalankan oleh penulis tentang masalah delinkuen remaja melibatkan jenis salah
laku remaja, tahap delinkuensi remaja dan faktor keluarga beserta beberapa cadangan
penambahbaikan. Akhirnya, melalui penulisan ini satu kesimpulan tentang masalah
tingkah laku sosial terutamanya masalah tingkah laku delinkuen dalam kalangan
remaja akan dibincangkan.
Siapa Remaja?
Pada zaman globalisasi, pelbagai masalah sosial yang melibatkan golongan remaja
semakin meruncing. Umum telah mengetahui bahawa zaman remaja merupakan
zaman peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Pelbagai definisi
telah digunakan oleh para sarjana barat untuk menerangkan istilah remaja. Secara
kronologinya, World Health Organization (WHO) mendefinisikan remaja sebagai
individu yang berumur antara 10 hingga 19 tahun (Aaro, 2007). Antara sarjana yang
terawal yang menerangkan zaman remaja ini adalah Hall (1904), beliau menerangkan
zaman remaja ini sebagai zaman “storm dan stress” di mana remaja pada ketika ini
mengalami pelbagai konflik dalam diri seperti fizikal dan emosi. Golongan remaja ini
juga dipercayai mudah terpedaya dengan anasir-anasir negatif terutamanya pengaruh
dari luar. Emosi remaja pada peringkat ini adalah sukar diramal dan sesetengahnya
tidak boleh dikawal. Konteks hubungan sosial remaja yang semakin luas juga
menyebabkan golongan ini mudah terjerumus dalam tingkah laku yang melanggar
undang-undang. Walau bagaimanapun, ahli psikologi kontemporari (cth., Eccles et
16
Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja
al., 1993; Offer & Schonert-Reichl, 1992; Petersen et al., 1993; Steinberg & Levine,
1997) menolak teori Stanley Hall yang mana mereka berpendapat situasi “storm and
stress” ini bukanlah universal atau tidak dapat dielakkan.
Erik Erikson (1963) menerangkan lapan tahap perkembangan manusia melalui
teori Erikson. Setiap tahap perkembangan ini dikaitkan dengan krisis yang harus
diselesaikan oleh individu untuk berpindah dari satu tahap ke tahap berikutnya.
Menurut beliau, peringkat remaja berada pada tahap kelima yang mana zaman
remaja bermula pada saat akil baligh antara usia 12 hingga 18 tahun. Pada peringkat
ini, remaja mencari identiti diri melalui penerokaan nilai peribadi, kepercayaan,
matlamat melalui ruang lingkup interaksi mereka iaitu keluarga, sekolah dan juga
masyarakat. Apabila seorang remaja bergaul dalam lingkungan yang baik maka akan
tercipta identiti yang baik. Namun sebaliknya, jika remaja gagal untuk mewujudkan
identiti yang positif maka remaja tersebut boleh mengalami kekeliruan identiti dan
membentuk tingkah laku negatif.
Selain perspektif barat, terdapat juga ilmuwan islam yang menerangkan peringkat
perkembangan manusia di mana menurut Imam al Ghazali, beliau menyatakan
bahawa manusia mengalami empat peringkat perkembangan. Peringkat pertama
adalah peringkat al-janin iaitu anak dalam kandungan ibu. Peringkat kedua ialah al-
tifl, iaitu peringkat awal kanak-kanak. Peringkat ketiga ialah al-tamyiz iaitu peringkat
di mana kanak-kanak telah dapat membezakan mana yang baik dan buruk dan akal
mulai berkembang dalam memahami sesuatu ilmu. Peringkat keempat ialah peringkat
al-auliya dan al-anbiya iaitu peringkat akal manusia tertinggi iaitu para nabi dan wali
(Nuril, 2013). Walaupun tiada istilah remaja secara khusus dalam Islam, namun Islam
mengkategorikan peringkat remaja ini sebagai peringkat umur manusia yang bermula
daripada akil baligh sehingga menjelang akhir usia 30an yang mana pada peringkat
ini berlakunya perubahan dari segi fizikal, kognitif (pemikian) dan psikososial (emosi
dan keperibadian) (Fuad Ifrah al-Bustani, 1982).
Secara umumnya, zaman remaja digambarkan sebagai zaman yang penuh dengan
cabaran di mana berlakunya perkembangan sistem peralihan multi-proses yang
merangkumi ketidak matangan dan pergantungan sosial zaman kanak-kanak ke
dalam kehidupan dewasa, dengan matlamat dan jangkaan yang dipenuhi potensi
pembangunan, agensi peribadi, dan kebertanggungjawaban sosial (Greenfield,
Keller, Fuligni, & Maynard, 2003; Steinberg, 2002). Juga, remaja tidak sepenuhnya
mampu memahami konsep yang kompleks, hubungan antara tingkah laku dan
akibat, atau tahap kawalan mereka mempunyai lebih daripada membuat keputusan
tentang kesihatan fizikal dan mental malah termasuk yang berkaitan dengan tingkah
laku seksual. Ringkasnya, teori perkembangan melihat remaja sebagai tempoh
pertumbuhan di mana berlakunya proses perubahan fizikal, emosi dan pembentukan
identiti diri.
17
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Fenomena Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja
Di peringkat global, masalah tingkah laku sosial menjadi salah satu topik yang sering
menjadi fokus perbincangan dan sehingga kini masih mencari jalan penyelesaian
yang terbaik untuk mengatasinya. Masalah sosial yang semakin meruncing,
menjadi satu cabaran yang perlu di atasi setiap negara apatah lagi dalam keadaan
dunia digital tanpa sempadan. Secara umumnya, delinkuen merujuk kepada aktiviti
melanggar undang-undang (yang tidak serius) atau melakukan perkara yang tidak
diterima masyarakat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Menurut Ghafani (2007),
delinkuen ditakrifkan sebagai tingkah laku yang dilarang oleh undang-undang dan
berlawanan dengan norma-norma masyarakat, undang-undang negara dan agama
seperti mencuri, merompak, merogol, menagih dadah, menderhaka kepada kedua
ibu bapa dan bergaduh. Manakala, secara asasnya delinkuen ialah tingkah laku yang
menyimpang daripada norma-norma masyarakat dan secara khususnya ditujukan
kepada mereka yang melanggar undang-undang yang ditubuhkan.
Juvana delinkuen boleh melibatkan individu perseorangan atau secara berkumpulan
yang mana kebiasaannya berpunca daripada kemarahan, kekecewaan atau sudah
menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Menurut United Nations
Children’s Fund atau UNICEF (2012), agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang
diAmerika Syarikat membuat anggaran seramai satu juta penahanan jenayah delinkuen
adalah melibatkan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Antara jenayah yang sering
dilakukan adalah yang berkaitan jenayah harta benda (cth; merompak dan mencuri
kenderaan bermotor), kesalahan vandalisma, penyalah gunaan dadah, membawa dan
memiliki senjata dan kelakuan yang tidak senonoh. Dalam pada itu, negara membangun
seperti Afrika, Amerika Latin dan India juga dilaporkan mempunyai golongan remaja
yang terlibat dalam aktiviti kumpulan haram dan jenayah jalanan. Kumpulan ini juga
lebih cenderung untuk melakukan jenayah kecurian, rompakan dan rogol, manakala
hanya sebilangan kecil jenayah yang melibatkan pembunuhan dan serangan dengan
niat untuk mencederakan atau memudaratkan tubuh badan individu lain. Antara
punca utamanya adalah faktor kemiskinan yang membelenggu masyarakat tersebut
sehingga mendorong golongan muda yang rata-ratanya menghabiskan masa di jalanan
mengikuti kumpulan sindiket dan penyeludupan bagi tujuan mendapatkan wang dan
perlindungan (UNICEF, 2012). Juga, United Nations Office on Drugs and Crime atau
UNODC dan World Bank (2007) mendapati bahawa majoriti golongan remaja yang
terlibat dalam aktiviti delinkuen atau keganasan adalah sebagai sebahagian daripada
aktiviti kumpulan mereka.
Malaysia juga berhadapan dengan masalah yang sama di mana mengikut Kementerian
Pendidikan, sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
direkodkan terlibat dalam salah laku disiplin berat atau yang berunsur jenayah bagi
tempoh Januari hingga Jun 2014. Kesalahan yang dilakukan kumpulan pelajar
tersebut melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme
dan kes buli (“Salah laku disiplin berat,” 2014). Manakala kes jenayah yang diteliti
menerusi rekod polis seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul
18
Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja
juga merupakan antara kes tertinggi penglibatannya dalam kalangan pelajar sekolah
iaitu 18,900 (0.35%) pada 2007 dan 18,360 (0.34%) pada 2006 (Muhammed &
Suria, 2012). Tambahan pula, menurut statistik Kementerian Pelajaran Malaysia
(2013), sebanyak 16.18 peratus pelajar sekolah telah terlibat dalam gejala ponteng
sekolah yang melibatkan 17, 343 orang pelajar. Gejala ponteng sekolah merupakan
tingkah laku delinkuen yang tertinggi diikuti perlakuan kurang sopan 14.37 peratus
membabitkan 15, 407 orang pelajar dan tingkah laku yang berunsurkan jenayah 13.36
peratus membabitkan 14, 321 orang pelajar.
Walaupun laporan statistik menunjukkan penurunan dari segi kadar penglibatan
remaja dalam masalah salah laku sosial berbanding beberapa tahun yang lepas, tetapi
jumlah penglibatan remaja dalam gejala sosial masih di tahap membimbangkan
dan perlu dititikberatkan kerana remaja merupakan aset negara yang paling penting
dan merupakan generasi pewaris masa depan. Menurut Nobaya, Ezhar dan Turiman
(2007), belia hari ini merupakan refleksi kepada masyarakat dalam menentukan masa
hadapan negara dari pelbagai segi seperti sistem kepercayaan, nilai, sikap dan tingkah
laku.
Keluarga sebagai Role Model
Umumnya, terdapat pelbagai faktor yang sering dikaitkan dengan masalah tingkah
laku delinkuen remaja antaranya ialah faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor
media massa dan faktor persekitaran sekolah dan tempat tinggal. Walau bagaimanapun,
hanya faktor keluarga yang akan diberikan penekanan yang terperinci dalam
bab ini. Hal ini demikian kerana, keluarga merupakan golongan yang paling awal
berinteraksi dan terdekat dengan remaja. Bailon dan Maglaya (1978) menjelaskan
keluarga sebagai dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga kerana
pertalian darah, perkahwinan atau pengangkatan seperti ibu, bapa, dan anak-anak.
Mereka berinteraksi antara satu sama lain, mempunyai peranan masing-masing dan
menciptakan serta mempertahankan suatu budaya. Keluarga mempunyai peranan-
peranan tersendiri dalam perkembangan dan pembentukan tingkah laku remaja yang
mana terdapat kajian lepas yang menunjukkan bahawa hubungan positif dengan
keluarga dapat meningkatkan pelarasan kanak-kanak semasa fasa perkembangan dan
berfungsi sebagai penampan kepada tingkah laku bermasalah (Losel & Farrington,
2012; Reingle et al., 2011). Walaupun sifat hubungan berubah, namun kelangsungan
hubungan keluarga dan asas emosi yang selamat adalah penting untuk perkembangan
positif remaja.
Parsons dan Bales (1956), menekankan hakikat bahawa tingkah laku sosial manusia
tidak terbentuk secara semula jadi sejak lahir, tetapi tingkah laku ini dipelajari pada
zaman awal kanak-kanak menerusi proses sosialisasi. Hakikat ini bertepatan dengan
teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura (1977) yang mengemukakan idea di
mana tingkah laku seorang manusia itu boleh dipelajari melalui pemerhatian daripada
persekitaran sosial dan kepercayaan tentang keupayaan diri contohnya persekitaran
keluarga. Walaupun remaja sedang menuju ke arah kebebasan dari segi fizikal, emosi
19
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
dan kognitif, namun mereka masih dalam proses perkembangan di mana anak-anak
muda masih memerlukan kestabilan dalam persekitaran keluarga, dan asas emosi
yang selamat untuk menerokai dunia luar. Oleh itu, keluarga menjadi tempat untuk
mereka kembali mendapatkan keyakinan, sokongan dan kasih sayang tanpa syarat
dalam masa yang sukar.
Para penyelidik terdahulu telah banyak mengupas berkenaan aspek keluarga sebagai
faktor pelindung dan juga risiko dalam salah laku juvana. Hoeve et al. (2009),
menyatakan bahawa dalam kajian meta-analisisnya melaporkan beratus-ratus kajian
telah diterbitkan sejak tahun 1950-2007, yang menunjukkan terdapat pengaruh
langsung aspek keluarga terhadap tingkah laku devian remaja. Remaja yang tinggal
dengan keluarga yang tidak berfungsi dengan baik akan lebih cenderung untuk
terlibat dengan masalah tingkah laku sosial (Henderson, Dakof, Schwartz, & Liddle,
2006). Selain itu, Zainudin dan Norazmah (2011) menilai permasalahan remaja yang
ponteng sekolah mempunyai kaitan dengan sosio ekonomi keluarga. Tambahan pula,
hasil kajian lepas menegaskan bahawa konflik ibu bapa adalah signifikan dengan
tingkah laku delinkuen remaja (Cui et al, 2007;. Gerard et al., 2006; Housknecht
& Hango, 2006; Sabour Esmaeili & Yaacob, 2011). Perubahan sifat hubungan
antara ibu bapa dan anak menjadi faktor pelindung yang penting untuk kesejahteraan
psikologi remaja, di mana hubungan positif ibu bapa dan anak adalah faktor utama
yang mengurangkan tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja.
Jadi, dapat disimpulkan bahawa keluarga mempengaruhi perkembangan tingkah laku
delinkuen remaja dan jelas menunjukkan bahawa keluarga dapat menjana ketahanan
diri remaja dari pelbagai aspek terutamanya daripada aspek psikologi mereka. Imam
Al-Ghazali berpendapat bahawa individu telah dilahirkan dalam kondisi membawa
fitrah yang sihat dan seimbang, yang selanjutnya kedua orang tua dan lingkungan
yang memberikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam membezakan perkara baik
dan buruk. Oleh itu, wajarlah dikatakan keluarga sebagai role model kepada remaja
kerana setiap tingkah laku yang ada pada keluarga akan menjadi refleksi kepada diri
remaja. Sorotan dapatan kajian lepas jelas menunjukkan bahawa hubungan ibu bapa
dan remaja muncul sebagai peramal yang paling kuat dalam tingkah laku delinkuen
remaja.
Tingkah Laku Delinkuen Remaja: Analisis Kajian Semasa
Rentetan daripada pelbagai isu sosial dan tingkah laku yang melibatkan remaja
timbul, satu kajian berkenaan tingkah laku delinkuen remaja telah dijalankan di
negeri terpilih Semenanjung Malayia pada Februari 2015. Penemuan analisis kajian
semasa dipecahkan kepada beberapa tajuk berikut iaitu Jenis tingkah laku delinkuen;
Tahap tingkah laku delinkuen remaja sekolah; dan Faktor hubungan kekeluargaan dan
tingkah laku delinkuen.
20
Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja
Jenis Tingkah Laku Delinkuen
Hasil kajian menunjukkan majoriti remaja mempunyai rekod negatif iaitu pernah
terlibat dalam masalah salah laku delinkuen di sekolah. Secara spesifiknya, dapatan
kajian mendapati penglibatan tertinggi remaja dalam tingkah laku delinkuen
majoritinya dalam tingkah laku ponteng iaitu ponteng kelas atau sekolah dan diikuti
dengan salah laku menipu dalam peperiksaan yang mana status penglibatannya adalah
di tempat kedua tertinggi. Ketiganya, terdapat sebahagian kecil remaja sahaja yang
dilaporkan terlibat dalam salah laku menyembur atau menconteng cat pada dinding
bangunan. Keempat adalah tingkah laku menyelinap masuk ke tempat awam tanpa
kebenaran dan memusnahkan harta benda awam, kedua-duanya mempunyai peratusan
penglibatan yang sama rendah. Manakala penglibatan remaja dalam tingkah laku
mencuri barangan bernilai dari kedai atau dengan individu lain adalah yang paling
minoriti penglibatannya.
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat iaitu Kajian Pengawasan
Kelakuan Risiko Belia 2015, didapati kebanyakan pelajar sekolah yang terlibat
dalam tingkah laku berisiko adalah menjadi penyebab utama kepada morbiditi dan
mortaliti. Walaupun terdapat penurunan dari segi tingkah laku kesihatan yang berisiko
(contohnya, menunggang dengan pemandu yang minum alkohol, pergaduhan fizikal,
penggunaan rokok semasa, penggunaan alkohol dan aktiviti seksual), tetapi kekerapan
tingkah laku lain dan hasil kesihatan masih tidak berubah (contohnya percubaan
bunuh diri, penggunaan tembakau tanpa asap, penggunaan ganja, dan menghadiri
kelas pendidikan jasmani) atau telah meningkat (misalnya, ponteng sekolah kerana
masalah obesiti dan keselamatan) (Kann et al., 2016). Melalui kajian ini, didapati
pelbagai masalah tingkah laku berisiko yang melibatkan remaja wujud dan perkara
ini memberi risiko yang tinggi kepada pembangunan negara jika tiada pencegahan
besar-besaran dilakukan kerana masa depan sesebuah negara bergantung kepada
golongan remaja masa kini.
Tahap Tingkah Laku Delinkuen Remaja Sekolah
Dalam kajian semasa, pengukuran skor telah dibahagikan kepada tiga tahap iaitu
rendah, sederhana dan tinggi yang mana semakin tinggi skor, semakin tinggi tahap
tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja yang dikaji. Pertama, majoriti golongan
remaja yang terlibat dalam tingkah laku delinkuen adalah berada pada tahap yang
sederhana. Seterusnya, laporan menunjukkan di peringkat kedua tertinggi, tingkah
laku delinkuen adalah pada tahap yang tinggi dan hanya sebilangan kecil sahaja
remaja yang mempunyai tahap tingkah laku delinkuen yang rendah. Keseluruhannya,
dapatan kajian menunjukkan majoriti remaja yang terlibat dalam tingkah laku
delinkuen adalah di tahap yang sederhana.
21
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Faktor Hubungan Kekeluargaan dan Tingkah Laku Delinkuen
Terdapat empat elemen hubungan kekeluargaan yang dikaji iaitu penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti, kefungsian keluarga, masa bersama keluarga dan hubungan dengan ibu
bapa. Hasil kajian semasa menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan
antara masa bersama keluarga dengan tingkah laku delinkuen remaja di mana tingkah
laku delinkuen menurun apabila remaja lebih banyak meluangkan masa bersama
keluarga. Kajian ini telah disokong oleh kajian lepas yang dijalankan oleh Hoeve et al.
(2012) yang mendapati keluarga yang berfungsi dengan baik dapat membentuk ikatan
yang lebih kuat dengan keluarga dan sekaligus mencegah remaja daripada terlibat
dengan delinkuens.
Seterusnya, elemen penglibatan ibu bapa dalam aktiviti, kefungsian keluarga dan
hubungan dengan ibu bapa didapati tiada hubungan yang signifikan dengan tingkah
laku delinkuen. Ini menunjukkan jumlah masa yang diluangkan bersama keluarga
adalah faktor yang penting dalam mengawal tingkah laku delinkuen remaja. Menurut
Zainudin dan Norazmah (2011), ibu bapa yang jarang meluangkan masa di rumah
dan sering sibuk bekerja akan mempengaruhi penglibatan pelajar dalam masalah
sosial. Kajian ini telah disokong dengan beberapa kajian meta-analisis yang mana
mendapati bahawa faktor keluarga adalah faktor paling berisiko dalam peningkatan
tingkah laku delikuens dalam kalangan remaja. Sebagai contoh, laporan daripada
Biro Statistik Keadilan Amerika Syarikat mendapati bahawa 72 peratus juvana yang
dipenjara berasal daripada keluarga yang berpecah-belah (Alfrey, 2010). Tambahan
lagi, beberapa kajian telah membuktikan bahawa penglibatan ibu bapa seperti lebih
banyak masa dihabiskan dengan ibu bapa membawa kepada kurang penyertaan dalam
jenayah dan kenakalan. Hal ini demikian kerana ketidakmampuan remaja untuk
meluangkan masa yang panjang bersama ibu bapa kemungkinan para remaja untuk
menyimpang ke arah tingkah laku yang negatif adalah tinggi (Keijsers et al., 2010).
Melalui kajian ini dapatlah dilihat bahawa aspek keluarga adalah penting dalam
perkembangan tingkah laku remaja. Walaubagaimanapun, perubahan demi perubahan
yang berlaku menyebabkan peranan keluarga dilihat semakin berkurangan dan keluarga
memainkan peranan yang terhad dalam kehidupan anak-anak muda. Oleh itu, adalah
penting untuk menyuburkan semula insitusi keluarga dengan menganjurkan program
berorientasikan keluarga seperti sukan dan rekreasi dan program pemantapan institusi
keluarga agar dapat mengembalikan semula hubungan ibu bapa dan anak serta ahli
keluarga seperti yang sepatutnya.
Selain itu, peranan kerajaan juga penting dalam mencegah tingkah laku delikuen
daripada berleluasa seperti penganjuran program keremajaan dan meningkatkan lagi
usaha menarik minat remaja melibatkan diri dalam aktiviti nyang dianjurkan. Salah
satu program asas tetapi sangat penting untuk diperkukuhkan lagi pelaksanaannya
adalah program kesedaran melalui penganjuran aktiviti secara mega seperti ceramah
atau forum perdana dan kempen perangi gejala sosial kepada setiap lapisan masyarakat
22
Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja
agar mereka sedar dan sanggup bekerjasama memantau aktiviti delinkuensi bersama-
sama pihak berkuasa.
Intervensi awal juga adalah penting untuk membantu golongan muda melalui
kehidupan yang penuh pancaroba dengan jayanya tanpa terjerumus ke dalam tingkah
laku delinkuen dengan menyokong pembangunan aset dan daya tahan seseorang
individu. Justeru itu, beberapa penyelidik lepas telah mempromosikan satu model yang
dilihat mampu untuk mengurangkan kadar jenayah contohnya Model Pembangunan
Belia Positif yang mana model ini bertujuan untuk memenuhi keperluan belia yang
mungkin berisiko untuk memasuki sistem keadilan juvana. Hal ini demikian kerana
model ini merangkumi enam domain kehidupan seperti kerja, pendidikan, hubungan,
komuniti, kesihatan, dan kreativiti. Tambahan pula dengan penekanan dua aset utama
yang diperlukan oleh semua belia iaitu (1) pembelajaran atau pelaksanaan dan (2)
ikatan atau semangat kekitaan, model ini penting sebagai landasan kepada golongan
muda untuk melibatkan diri dalam program seperti program pengurusan tingkah laku
dan bilik darjah, penyelesaian konflik dan kurikulum pencegahan keganasan, program
pencegahan buli dan program mentor dan bimbingan. Justeru itu, hasil khidmat
sokongan yang diberikan kepada golongan muda dalam menangani enam domain
kehidupan tersebut akan memberikan kesan yang positif kepada remaja seperti dapat
mengurangkan penglibatan mereka dalam aktiviti delinkuen.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, generasi muda adalah pemangkin masa depan negara.
Sehubungan itu, semua pihak termasuk pihak berkuasa, ibu bapa, guru, dan individu
lain perlu bersedia berhadapan dengan masalah gejala sosial ini. Dapatan kajian
menunjukkan majoriti golongan remaja mencatatkan tahap tingkah laku delinkuen
yang sederhana dan penemuan kajian mendapati tingkah laku ponteng kelas dan
sekolah adalah tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh remaja masa kini.
Walaupun secara kasarnya dilihat penglibatan pelajar dalam tingkah laku delinkuen
adalah masih di peringkat sederhana, tetapi masyarakat tidak boleh hanya bersikap
sambil lewa sahaja dalam menangani masalah ini.
Selain itu, kajian semasa dalam makalah ini yang dijalankan oleh penulis juga
membuktikan bahawa keluarga mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
tingkah laku delinkuen remaja di mana kualiti masa yang diluangkan bersama keluarga
menjadi ukuran kepada masalah tingkah laku delinkuen remaja. Antara aktiviti yang
menjadi indikator bagi remaja meluangkan masa bersama keluarga adalah seperti
melakukan kerja-kerja rumah bersama, beriadah dan melancong bersama keluarga.
Ringkasnya, semakin banyak masa yang diluangkan bersama keluarga, semakin
kurang penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral tersebut dan
secara tidak langsung kadar penglibatan remaja dalam tingkah laku delinkuensi dapat
dikawal. Sebaliknya, kurangnya peluang bersama keluarga menyebabkan anak-anak
cenderung melakukan tingkah laku delinkuen seperti mencuri, merosakkan harta
23
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
benda sekolah dan harta benda awam, vandalisma dan menyertai kumpulan atau geng
dan memecah masuk rumah. Oleh itu, ibu bapa perlulah prihatin dengan keperluan
anak dan lebih banyak meluangkan masa bersama anak-anak agar masalah tingkah
laku mereka dapat dikawal.
Kesimpulannya, keluarga merupakan faktor penting dalam pembentukan tingkah laku
remaja. Anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab
untuk mencorakkan anak-anak samada ke arah yang baik ataupun buruk. Justeru itu,
menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membantu golongan remaja mengharungi
kehidupan yang penuh dengan cabaran ini agar kadar jenayah di negara ini dapat
dibendung dan di atasi. Pada masa hadapan, dicadangkan agar lebih banyak kajian
meta-analisis dijalankan secara lebih meluas dan diperkembangkan untuk meneroka
dengan lebih mendalam bentuk-bentuk pencegahan dan rawatan yang sesuai dan
lebih spesifik mengikut ciri-ciri yang berbeza seperti kumpulan umur, jantina dan saiz
sampel agar rawatan atau program yang dilaksanakan lebih berkesan.
Rujukan
Aaro, L.E. (2007). Cambridge Handbook of Psychology, Health and Medicine:
Adolescent lifestyle. Cambridge University Press.
Albert Bandura. (1977). Social Learning Theory. Prentice Hall: University of
Michigan.
Alfrey, C. (2010). Juvenile Delinquency and family Structure: Implications for
marriage and relationship education. Retrieved April 20th, 2010 from http://
www.healthymarriageinfo.org/ docs/juveniledelinquency.pdf.
Bahagian Kependudukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara. (2013). Laporan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia
2011. Dimuat turun pada September 1, 2014, daripada http://www.lppkn.
gov.my/index.php?option=com_ docman&view= document&alias=29
laporan-kajian-indeks-kesejahteraan-keluarga-malaysi 2011&category_
slug=kependudukan& Itemid=240.
Bailon, S.G. & Maglaya, A.S. (1987). Family Health Nursing: the Proses. Philippines:
UP College on Nursing Diliman.
Cui, M., Donnellan, M. B., & Conger, R. D. (2007). Reciprocal influences between
parents’ marital problems and adolescent internalizing and externalizing
behavior. Developmental Psychology, 43(6), 1544-1552. Retrieved from
http://dx.doi.org/10.1037/0012-1649.43.6.1544.
24
Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja
Deal, A.G., Trivette, C. & Dunst, C.J., (1988). Family Functioning Style Scale. In
C.J. Dunst, C.M. Trivette, & A.G. Deal (Eds.). Enabling and empowering
families: Principles and guidelines for practice (pp. 179-184). Cambridge,
MA: Brookline Books.
Eccles, J. S., Midgely, C, Wigfield, A., Buchanan, C. M., Reuman, D., Flanagan, C.,
& Maclver, D. (1993). Development during adolescence: The impact of stage-
environment fit on young adolescents’ experiences in schools and in families.
American Psychologist, 48, 90-101.
Erikson, E. H. (1963). Youth: Change and challenge. (Ed.). Basic books. New York:
Norton.
Fuad Irfah al-Bustani. (1982). Mu’jam al-Thulab. Beirut: Dar Masyriq.
Gerard, J. M., Krishnakumar, A., & Buehler, C. (2006). Marital conflict, parent-child
relations, and youth maladjustment: A longitudinal investigation of spill-
over effects. Journal of Family Issues, 27(7), 951-975. Retrieved from http://
dx.doi.org/10.1177/ 0192513X05286020.
Greenfield, P. M., Keller, H., Fuligni, A., & Maynard, A. (2003). Cultural pathways
through universal development. Annual Review of Psychology, 54, 461-490.
Ghafani, A. (2007). Kenakalan Remaja dari Perspektif Islam. Dimuat turun pada
Ogos 2014, dari http://halaqah.net/v10/index.php.
Hall, G. S. (1904). Adolescence: Its psychology and its relation to physiology,
anthropology, sociology, sex, crime, religion, and education (Vols. I & II).
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Henderson, C. E., Dakof, G.A., Schwartz, S.J., Liddle, H. A. (2006). Family
Functioning, Self-Concept, and Severity of Adolescent Externalizing
Problems. J Child Fam Stud, 15, 721–731. Doi: 10.1007/s10826-006-9045-x.
Hoeve, M., Dubas, J. S., Eichelsheim, V. I., van der Laan, P. H., Smeenk, W., &
Gerris, J. R. M. (2009). The relationship between parenting and delin-quency:
A meta-analysis. Journal of Abnormal Child Psychology, 37, 749–775.
Doi:10.1007/s10802-009-9310-8.
Hoeve, M., Stams, G. J. J., Van Der Put, C. E., Dubas, J. S., van der Laan, P. H., &
Gerris, J. R. (2012). A meta-analysis of attachment to parents and delinquency.
Journal of Abnormal Child Psychology, 40(5), 771–785.
Houseknecht, S. K., & Hango, D. W. (2006). The impact of marital conflict and
disruption on children’s health. Youth and Society, 38(1), 58-89. Dimuat turun
daripada http://dx.doi.org/10.1177/0044118X06287862.
25
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Kamus Dewan. (Edisi Keempat.). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kann, L., McManus, T., Harris, W.A., et al. (2016). Youth Risk Behavior Surveillance
— United States, 2015. MMWR Surveillance Summaries, 65(6), 1–174. Doi:
http://dx.doi.org/10. 15585/mmwr.ss6506a1.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). (2013). Hala Tuju Sektor Pembangunan
Kemanusiaan. Unit Hal Ehwal Murid, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keijsers, L., Branje, S.J.T., VanderValk, I.E., & Meeus, W. (2010). Reciprocal effects
between parental solicitation, parental control, adolescent disclosure, and
adolescent delinquency. Journal of Research on Adolescence, 20, 88-113.
Losel, F. & Farrington, D. (2012). Direct Protective and Buffering Protective Factors
in the Development of Youth Violence. American Journal of Preventive
Medicine, 43(2S1), S8–S2.
McLeod, S. A. (2013). Erik Erikson. Dimuat turun daripada www.simplypsychology.
org/Erik-Erikson.html.
Muhammed, S. & Suria, A. J. (2012). Mengenal Pasti Punca Punca Masalah Ponteng
Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Journal of Educational
Psychology & Counseling, 6, 50-73. Dimuat turun daripada https:// core.
ac.uk/download/ pdf/11799909.pdf.
Nobaya, A., Ezhar, T. & Turiman, S. (2007). Youth Participation in Civil Society.
Round Table Discussion on Youth for Nation Building, Session 4. Selangor:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan
Sukan Malaysia dan Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia.
Nuril, R. (2013). Konsep pendidikan anak dalam perspektif Al-Ghazali. Universiti
Muhammadiyah Gresik: JIPPTUMG.
Offer, D., & Schonert-Reichl, K. A. (1992). Debunking the myths of adolescence:
Findings from recent research. Journal of the American Academy of Child &
Adolescent Psychiatry, 31, 1003-1014.
Parsons, T., & Bales, R. (1956). Family, socialization and interaction process.
London: Routledge and Kegan Paul.
Petersen, A. C., Compas, B. E., Brooks-Gunn, J., Stemmler, M., Ey, S., & Grant, K.
E. (1993). Depression in adolescence. American Psychologist, 48, 155-168.
26
Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja
Reingle, J.M., Wesley, G. J., & Mildred, M.M. (2011). Generational Differences in
Serious Physical Violence Among Hispanic Adolescents: Results from a
Nationally Representative, Longitudinal Study. Race and Justice, 1, 277–91.
Sabour Esmaeili, N., & Yaacob, S. N. (2011). Post-divorce parental conflict and
adolescents’ delinquency in divorced families. Asian Culture and History,
3(2), 34-40.
Sabour Esmaeili, N., Yaacob, S. N., & Juhari, R. (2013). Predictors of Delinquency
among Adolescents of Divorced Families. Asian Social Science, 9(11).
Doi:10.5539/ ass.v9n11p41.
Salkind, N.J. (2004). An Introduction to Theories of Human Development. Thousand
Oaks, London, New Delhi: Sage Publications. International Education and
Publisher.
Steinberg, L. (2002). Adolescence (6th ed.). Boston, MA: McGraw Hill.
Steinberg, L., & Levine, A. (1997). You and your adolescent: A parents’ guide for
ages 10 to 20. New York: Harper Perennial.
Thornberry, Krohn, Lizotte, Smith & Tobin. (2003). Self- reported delinquency:
Rochester Youth Development Study.
Thornberry, T.P., Krohn, M.D., Lizotte, A.J., Smith, C.A., & Tobin, K. (2003).
Gangs and delinquency in developmental perspective. New York: Cambridge
University Press.
United Nations Children’s Fund (UNICEF). (2012). The State of the World’s Children
2012: Children in an Urban World. Sales No. E.12.XX.1. Retrieved from
http://www.unicef.org/sowc2012/pdfs/SOWC%202012Main%20Report_
EN_13Mar2012.pdf.
United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) & Latin America and
the Caribbean Region of the World Bank. (2007). Crime, Violence, and
Development: Trends, Costs, and Policy Options in the Caribbean. Report
No. 37820 (March). Retrieved from http://www.unodc.org/pdf/research/Cr_
and_Vio_Car_E.pdf.
Utusan Online. 13,359 pelajar terlibat salah laku disiplin berat. (2014, November 07).
Dimuat turun daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/13-359-
pelajar-terlibat-salah-laku-disiplin-berat-1.21677#ixzz4un52b56J.
Zainudin, S., & Norazmah, M.R. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja
Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh,
Melaka. Journal of Education Psychology & Counseling, 1, 115-140.
27
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Tingkah Laku Prososial
Dalam Kalangan Mahasiswa
Noor Shahirah Muhammad Nizam & Azlina Mohd Khir
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor
Pengenalan
Mahasiswa merupakan agen perubahan yang penting untuk membawa negara ke tahap
yang lebih maju dan mereka adalah golongan yang menjadi sumber inspirasi dalam
kalangan remaja yang ingin melanjutkan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. Oleh
itu, menjadi tanggungjawab mereka sebagai seorang mahasiswa untuk mempunyai
penampilan dan keterampilan yang selayaknya untuk dijadikan sebagai model
ilmuwan kepada para remaja di luar sana. Selain daripada mempunyai kemahiran
insaniah yang merujuk kepada istilah sosiologi iaitu ciri-ciri keperibadian, daya
tarikan sosial, kemampuan berinteraksi, norma peribadi, sikap kepekaan serta sikap
optimis seseorang, golongan mahasiswa juga perlu mempunyai nilai kemanusiaan
bagi melengkapkan nilai keperibadian mereka sebagai bakal pemimpin masa depan
negara. Nilai kemanusiaan boleh dipupuk dengan menjadikan tingkah laku prososial
sebagai amalan harian. Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan membantu
secara sukarela kepada individu yang memerlukan tanpa mengharapkan sebarang
balasan (Baron & Byrne, 2003). Perbuatan menolong ini juga adalah salah satu
daripada tanggungjawab sosial yang seharusnya dijadikan amalan kerana dengan
bertingkah laku menolong, kita dapat meningkatkan nilai akhlak dalam diri, selain
kita juga akan dapat dibantu oleh orang lain pada masa hadapan.
Tingkah laku prososial merupakan nilai universal yang sentiasa dipraktikkan dari
sudut agama atau sistem kepercayaan. Agama Islam sebagai contoh yang sangat
memandang tinggi nilai-nilai yang yang mendorong kepada tingkah laku prososial
serta kedamaian. Masyarakat yang mempunyai akhlak yang baik akan saling tolong
menolong, berkasih sayang dan memaafkan seperti firman Allah dalam Surah al-
Maidah ayat 2 :
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa,
dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya”
(Al-Maidah : 2)
Selain itu, bertingkah laku prososial dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat
dan hidup dalam situasi saling kenal mengenali, tidak berpuak-puak malah saling
hormat menghormati antara satu sama lain sebagaimana firman Allah dalam Surah
al-Hujurat, ayat 49:
28
Tingkah Laku Prososial Dalam Kalangan Mahasiswa
“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah s.w.t ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha
Mengetahui lagi Maha mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan
amalan kamu)”
(Al-Hujurat : 49)
Oleh itu, tingkah laku prososial merupakan satu amalan yang mulia dan amat
dititikberatkan bukan sahaja dalam agama Islam malahan dalam setiap agama yang
ada di dunia ini. Tingkah laku prososial ini bukan sahaja penting untuk dipraktikkan di
peringkat universiti, malah amat wajar tingkah laku ini diterapkan dalam pendidikan
awal kanak-kanak supaya mereka boleh menjadi seorang individu yang mempunyai
sifat belas kasihan kepada manusia di sekeliling mereka.
Tingkah Laku Prososial
Dalam sejarah, istilah tingkah laku prososial digunakan sejak tahun 1970-an dan para
saintis sosial menggunakan istilah ini sebagai antonim untuk tingkah laku antisosial.
Kepentingan tingkah laku prososial dan motivasi psikologi telah menjadi faktor utama
dalam sesuatu kumpulan. Ma’rof (2001) mengatakan bahawa tingkah laku prososial
adalah suatu perbuatan menolong, memberi dan mengambil berat yang dilakukan
oleh seseorang tanpa ada rasa terpaksa dan bukan kerana ada kepentingan untuk diri
mereka sendiri. Tingkah laku prososial ini mempunyai dua konsep yang berbeza
iaitu pertama ialah perbuatan atau aktiviti, manakala yang kedua adalah altruisme.
Altruisme ialah mengambil berat mengenai kebajikan orang lain dengan niat yang
ikhlas dan memenuhi keperluan orang lain tanpa mengharapkan sebarang bentuk
balasan daripada tindakannya itu (Taylor et al., 2009). Contoh altruisme adalah seperti
seseorang individu yang memberi derma kepada individu ataupun kumpulan tanpa
mengharapkan penghargaan, pengaruh politik atau peningkatan dari segi ekonomi.
Ini menunjukkan aktiviti menderma adalah tindakan prososial dan altruisme adalah
motivasi untuk melakukan tindakan tersebut. Tingkah laku ini boleh terjadi kerana
sikap tanggungjawab serta tahap moral yang tinggi individu tersebut, membolehkan
bantuan yang dihulurkan itu dapat membantu meningkatkan kesejahteraan hidup orang
yang menerima bantuan tersebut. Dengan erti kata lain, tingkah laku ini terjadi akibat
daripada sikap tanggungjawab dan moral seseorang individu tersebut yang bertindak
untuk menolong tanpa mengharapkan ganjaran sosial, material dan psikologikal. Oleh
itu, secara jelasnya altruisme boleh dikatakan sebagai satu keinginan dan kemurahan
hati seseorang individu untuk menolong orang lain walaupun melibatkan kos. Justeru,
untuk menjadi masyarakat yang berakhlak baik, tingkah laku prososial harus menjadi
tumpuan utama dalam membimbing generasi muda yang bakal menjadi pemimpin
negara kelak kerana segalanya bermula dari bawah dan golongan belia khususnya
29
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
golongan mahasiswa adalah generasi yang berilmu dan pemangkin masa hadapan
negara yang perlu diasuh dengan baik supaya imej negara terjaga.
Peringkat dalam Tingkah Laku Prososial
Berdasarkan kajian psikologi sosial yang melibatkan tingkah laku prososial
mengatakan bahawa tingkah laku prososial berlaku dalam tiga peringkat iaitu mikro,
meso dan makro (Penner et al., 2005) :
1) Peringkat Mikro
Peringkat mikro adalah mengenai asal-usul kecenderungan prososial dan sumber
variasi dalam kecenderungan manusia dalam menghulurkan pertolongan. Para
pengkaji terdahulu mengkaji mengapa ada individu yang sanggup memberikan
bantuan sehingga sanggup untuk berkorban dan jawapan kepada persoalan ini adalah
kerana melibatkan teori evolusi, sifat biologi dan genetik berdasarkan tindakan, proses
perkembangan dan faktor-faktor personaliti individu tersebut. Pakar-pakar psikologi
sosial mengatakan bahawa pada peringkat ini tingkah laku menolong yang dilakukan
didefinasikan sebagai motivasi altruisme.
2) Peringkat Meso
Peringkat ini memberi fokus kepada pertolongan interpersonal iaitu antara pemberi
pertolongan dan penerima pertolongan dalam konteks tingkah laku tertentu. Setiap
pertolongan yang diberikan akan dimotivasikan oleh ganjaran yang bakal diterima
dan keadaan ini melihat secara rasionalnya individu yang memberikan bantuan
mengambil berat tentang kepentingan bagi diri mereka sendiri begitu juga jika mereka
ingin membantu dalam keadaan kecemasan. Secara amnya, individu yang ingin terlibat
dalam membantu orang lain mempunyai tiga mekanisma iaitu i) proses pembelajaran,
ii) standard sosial dan peribadi serta iii) bangkitan dan pengaruh untuk bertingkah
laku prososial kepada individu lain. Penjelasan pembelajaran mengaplikasikan
prinsip-prinsip umum daripada teori pembelajaran khususnya pembelajaran sosial
dan pelaziman operan, untuk memperoleh kemahiran membantu dan kepercayaan
tentang kenapa kemahiran ini perlu digunakan untuk manfaat orang lain (Grusec et
al., 2002). Apa yang cuba disampaikan di sini adalah dengan menggunakan segala
kemahiran yang kita ada untuk membantu orang lain jika mereka berada di dalam
situasi kecemasan kerana kita mampu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.
Bagi standard sosial dan peribadi, Dovidio (1984) menekankan bagaimana norma
masyarakat seperti tanggungjawab sosial dan amalan timbal balik (reciprocity)
boleh menggalakkan tingkah laku prososial bagi mengekalkan imej yang positif atau
mencapai ciri-ciri diri yang ideal (Schwartz & Howard 1982) dan boleh memenuhi
keperluan atau standard peribadi mereka (Omoto & Snyder 1995). Bagi bangkitan
dan pengaruh, ia dilihat membawa peranan yang penting dalam memotivasikan emosi
seseorang individu tersebut untuk bertingkah laku prososial. Selain itu, dengan adanya
30
Tingkah Laku Prososial Dalam Kalangan Mahasiswa
pengaruh sebagai elemen asas seseorang individu tersebut berpotensi untuk bertingkah
laku prososial. Mekanisme bangkitan dan pengaruh ini dapat juga membantu untuk
meningkatkan motivasi egoistik dan motivasi altruistik mereka.
3) Peringkat Makro
Tindakan prososial yang berlaku pada peringkat makro adalah dalam konteks
kumpulan dan organisasi yang besar, yang dirancang dan berterusan untuk tempoh
yang panjang. Pada peringkat ini, ia menfokuskan kepada kerjasama yang dinamik
dalam tingkah laku membantu orang lain secara sukarela. Pakar sosiologi Wilson
(2000) mengatakan bahawa faktor yang membawa kepada aktiviti sukarelawan
adalah institusi sosial, keluarga dan organisasi yang melibatkan keagamaan di mana
institusi ini memainkan peranan yang penting dalam pembuatan keputusan untuk
menjadi sukarelawan.
Dimensi Tingkah Laku Prososial
Terdapat beberapa dimensi dalam tingkah laku prososial iaitu altruistik, mematuhi,
emosi, mengerikan, orang ramai dan anonymous Carlo et al., (2003). Melalui kajian-
kajian lepas menunjukkan bahawa dimensi-dimensi ini dapat digunakan untuk
mengukur tingkah laku prososial bagi pelbagai etnik, lelaki mahupun perempuan
di seluruh negara. Jadual 1 di bawah memaparkan dimensi-dimensi tingkah laku
prososial berserta penerangan yang dikemukakan oleh Carlo (2003).
Jadual 1 : Dimensi-dimensi Tingkah Laku Prososial
Dimensi Penerangan
Altruistik Membantu tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran
Mematuhi Membantu apabila diminta
Emosi Membantu kerana keadaan membangkitkan perasaan emosi
Mengerikan Membantu dalam krisis atau kecemasan
Orang ramai Mengharapkan ganjaran dan kebenaran daripada bantuan
Anonymous Membantu tanpa diketahui
Sumber : Carlo (2003)
Selain itu, salah seorang pengkaji tingkah laku prososial, Knickerbocker (2003)
telah mengenal pasti gabungan dua aspek utama yang mendorong individu untuk
bertingkah laku prososial iaitu motivasi egoistik dan altruistik. Pemacu utama bagi
motivasi egoistik adalah merujuk kepada imej dan kepentingan diri sendiri untuk
bertingkah laku prososial kepada individu lain dan individu yang mempunyai
motivasi egoistik selalunya akan menghulurkan bantuan jika ada insentif sebagai
ganjaran terhadap pertolongannya (Simpson & Willer, 2008). Sebaliknya, individu
yang mempunyai motivasi altruistik lebih cenderung untuk menghulurkan bantuan
tanpa mengira ganjaran atau reputasi yang bakal diperolehinya. Walau bagaimanapun,
ada kemungkinan bagi individu yang altruistik untuk memperolehi beberapa
faedah peribadi daripada tindakan prososial mereka, seperti kepuasan peribadi
(Knickerbocker, 2003).
31
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Melalui pendekatan motivasi egoistik, setiap tingkah laku prososial yang dilakukan
adalah untuk mendapatkan faedah atau kerjasama pada masa hadapan dan apa yang
mendorong seseorang untuk membantu orang lain ialah faedah yang nyata dan
dapat dilihat oleh individu tersebut secara langsung atau tidak langsung. Perkara
ini sebenarnya menolak idea motivasi altruistik di mana individu secara sukarela
membantu dan hanya merasakan kepuasan dan manfaat kepada diri sendiri (Clohesy,
2000; Khalil, 2004). Pendekatan sedemikian telah mengabaikan proses emosi
individu yang membantu, termasuk perasaan empati dan simpati individu tersebut.
Belas kasihan untuk memberi manfaat kepada orang lain dan pengorbanan adalah
dianggap bermakna untuk meningkatkan imej kendiri dan penghargaan sosial. Oleh
itu, Knickerbocker telah mengkategorikan tingkah laku prososial dimensi mengerikan,
orang ramai, emosi dan mematuhi ke dalam motivasi egoistik, manakala, dimensi
altruistik dan anonymous dalam motivasi altruistik. Melihat kepada perbezaan yang
pelbagai pada kedua-dua tingkah laku prososial altruistik dan egoistik ini,bab ini
membincangkan satu kajian yang yang berkaitan dan memberi tumpuan kepada
masyarakat Asia dan minoriti.
Mengapa Orang Membantu? Motif Bagi Tingkah Laku Prososial
Tingkah laku prososial telah didefinisikan dalam pelbagai cara dan secara umumnya
tingkah laku prososial adalah segala tindakan menolong yang menguntungkan orang
lain, tanpa harus menyediakan ganjaran langsung kepada orang yang menolong
dan mungkin membahayakan dirinya sendiri. Misalnya: Amin lari ke dalam rumah
yang sedang terbakar demi menyelamatkan seorang anak kecil yang terperangkap di
dalamnya. Dalam hal ini, tingkah laku Amin disebut dengan tingkah laku prososial.
Individu yang mementingkan diri sendiri biasanya tidak akan mengambil berat
mengenai kepentingan orang lain kerana terdapat perbezaan antara tindakan yang
mempunyai kepentingan diri sendiri semata-mata dengan tindakan yang bertujuan
mengharapkan ganjaran atau faedah untuk diri mereka sendiri di samping ingin
membantu orang lain (enlightened self-interest). Menurut Eisenberg (1996), tingkah
laku prososial ini adalah satu tindakan sukarela yang berdasarkan niat untuk memberi
manfaat serta bantuan kepada orang lain.
Pada masa kini, ahli psikologi sosial telah mengembangkan kajian mengenai tingkah
laku prososial dengan mengklasifikasikan tingkah laku prososial kepada dua kategori,
pertama ialah dengan menilai tingkah laku prososial secara umum dan yang kedua
ialah menilai tingkah laku prososial berdasarkan situasi yang tertentu (Carlo &
Randall, 2002). Kategori tingkah laku prososial yang paling biasa diukur adalah
kategori yang pertama. Tingkah laku prososial secara umum ditakrifkan sebagai
penilaian kepada kecenderungan peribadi seseorang individu untuk membantu (Green
et al., 1994; Johnson et al., 1989; Rushton et al, 1981) dan nilai yang diukur pada
individu ini adalah seperti kecekapan sosial (Rydell et al., 1997; Ladd & Profilet,
1996). Manakala, kategori kedua iaitu, tingkah laku prososial yang diukur berdasarkan
situasi yang tertentu yang sering dikaitkan dengan pemerhatian tingkah laku untuk
membantu dalam keadaan menderma wang, membantu mengambil barang yang jatuh
32
Tingkah Laku Prososial Dalam Kalangan Mahasiswa
dan lain-lain lagi yang sering dibuat melalui eksperimen (Carlo & Randall, 2002).
Kajian mengenai tingkah laku prososial adalah terhad kerana kajian terdahulu telah
menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis tingkah laku prososial dan setiap jenis
mempunyai kaitan peribadi dan berdasarkan situasi yang berbeza (Carlo dan Randall,
2002). Beberapa jenis tingkah laku prososial berlaku dalam konteks yang berbeza,
seperti semasa keadaan kecemasan, dalam keadaan mengerikan atau keadaan yang
melibatkan emosi. Ia juga boleh menjadi hasil daripada keinginan yang membawa
kepada tingkah laku prososial individu tersebut. Tambahan pula, jenis tingkah
laku prososial mungkin berbeza mengikut umur dan jantina lelaki dan perempuan
(Eisenberg et al., 2006; Fabes et al., 1999).
Simpati dan Empati
Simpati bermaksud perasaan dukacita yang dirasai dan ditunjukkan oleh seseorang
individu kepada individu lain yang sedang bersedih dengan tujuan meringankan
kesedihan yang dialami olehnya. Empati membawa maksud tindak balas afektif dan
kognitif yang kompleks kepada emosi orang lain dan termasuk kemampuan untuk
merasakan keadaan emosi orang lain, merasa simpati dan cuba untuk menyelesaikan
masalah serta mengambil perspektif orang lain (Baron & Byrne, 2005). Perasaan
empati ini boleh menjadi asas kepada simpati dan seterusnya dapat mempengaruhi
seseorang individu tersebut untuk bertingkah laku prososial. Manusia itu sendiri
mempunyai kebolehan empati, seperti berasa sedih sebagaimana yang dirasai oleh
mangsa dan keadaan ini membolehkan dirinya bersimpati terhadap mangsa. Oleh itu,
dengan bantuan yang dihulurkan seseorang itu boleh mengurangkan perasaan sedih
yang dirasai oleh mangsa dan juga dirinya sendiri. Tingkah laku prososial adalah satu
tenaga peneguh yang menyediakan kepuasan kepada individu yang menghulurkan
bantuan serta kepada individu yang dibantu. Hubungan antara empati, simpati dan
tingkah laku prososial boleh dilihat melalui Rajah 1.
Empati Rendah Mengalami Menolong Motivasi
(Gerak balas kemurungan didorong untuk Egoistik
emosi lemah peribadi mengurangkan
berkaitan dengan tekanan Mengurangkan
perasaan orang Merasai kemurungan
lain) penderitaan peribadi
orang lain
Seseorang Menolong Mengurangkan
Memerlukan didorong untuk kemurungan
Pertolongan mengurangkan orang lain
tekanan
Empati Tinggi
(Gerak balas
emosi tinggi
berkaitan dengan
perasaan orang
lain)
Motivasi
Altruistik
Rajah 1 : Hubungan Simpati dan Empati dan Tingkah Laku Prososial
33
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Rajah 1 menunjukkan hipotesis yang dikemukakan oleh Batson et al., (1981).
Berdasarkan hipotesis ini, dengan merasai empati terhadap mangsa, seseorang itu
akan terdorong untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mangsa dengan
bertindak menolong mangsa. Dalam keadaan ini individu tersebut telah didorong oleh
motivasi altruistik. Motivasi egoistik pula mendorong individu menolong mangsa
dengan tujuan untuk mengurangkan kemurungan peribadinya dengan kata lain
seseorang itu menolong bagi kepentingan peribadinya walaupun ianya mendatangkan
kebaikan kepada mangsa.
Model Kognitif Latane dan Darley
Model kognitif Latene dan Darley adalah model yang pertama dihasilkan oleh Latene
& Darley (1970) berpandukan kajian yang pernah mereka jalankan. Model kognitif
ini menerangkan bahawa seseorang itu berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang
tingkah laku prososial ataupun tidak. Latane dan Darley (1970) telah mencadangkan
lima peringkat dalam proses yang melibatkan sesuatu tafsiran terhadap situasi yang
berlaku dan keputusan untuk bertindak iaitu:
i) Mereka menyedari kecemasan
Bystander menyedari kecemasan yang berlaku dan mungkin disebabkan
beberapa kekangan seperti persekitaran yang bising dan terlalu padat
sehingga boleh menghalang penglihatan bystander yang berada di tempat
kejadian untuk menghulurkan bantuan. Tetapi mungkin ada juga sesetengah
bystander berpura-pura tidak menyedari situasi kecemasan yang berlaku
yang mungkin memerlukan pertolongan mereka. Mereka mungkin berjalan
secara laju sambil menundukkan muka tanpa melihat tempat kejadian.
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan bystander tersebut tidak mahu
menolong atau tidak tahu bagaimana mereka boleh menghulurkan bantuan.
ii) Mendefinisikan sebagai kecemasan
Mendefinisikan kejadian sebagai kecemasan, boleh dilihat sebagai bantuan
yang hanya akan dihulurkan jika, bystander tersebut mentafsir kejadian
tersebut sebagai satu kecemasan dan memastikan mangsa benar-benar
memerlukan bantuan, berkemungkinan bystander tersebut akan memberi
pertolongan.
iii) Mengambil tanggungjawab
Manusia lebih bersedia membantu orang lain yang berada dalam kecemasan
jika mereka bersendirian berbanding jika sekiranya terdapat ramai orang
lain yang berada di tempat kejadian, (Latene & Nida, 1981). Mengapa
kejadian seperti ini berlaku? Salah satu sebab perkara ini berlaku adalah
kerana mereka merasakan mereka tidak bertanggungjawab untuk bertindak
kerana mereka beranggapan bahawa individu lain juga mempunyai
tanggungjawab yang sama. Perkara ini berkaitan dengan penyebaran
tanggungjawab di mana, semua tanggungjawab akan jatuh pada seseorang
34
Tingkah Laku Prososial Dalam Kalangan Mahasiswa
individu jika individu itu bersendirian. Sebaliknya, jika empat individu yang
lain bersamanya, maka tanggungjawab tersebut akan dibahagi mengikut
individu yang hadir.
iv) Mengetahui cara membantu
Jika seseorang individu itu tahu cara untuk membantu apabila berada
dalam situasi kecemasan, beliau akan lebih cenderung untuk menghulurkan
bantuan. Berkemungkinan individu tersebut mempunyai ilmu asas mengenai
pertolongan cemas dan mempunyai kemahiran serta pengalaman yang
berguna untuk membantu orang lain. Ada juga sesetengah individu tidak
mempunyai kemahiran dan ilmu yang boleh digunakan dalam membantu
mangsa dan cenderung untuk mengelakkan diri jika mereka berada dalam
situasi kecemasan.
v) Memutuskan cara untuk membantu
Pada peringkat ini, seseorang itu mungkin menyedari akan situasi kecemasan
yang berlaku dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk menghulurkan
bantuan, tetapi masih ada yang tidak mahu membantu. Terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi tindakan menolong individu, seperti individu
yang menolong akan mendapat kecederaan atau kehilangan harta bendanya
dan dalam bentuk psikologikal serta sosial, seperti malu atau mendapat
reaksi yang negatif daripada orang yang dibantu. Contohnya, jika terdapat
seorang kanak-kanak yang berkeliaran tanpa penjaga dan tiba-tiba diheret
oleh individu lain secara kasar, mereka mungkin beranggapan individu itu
adalah ahli keluarga kanak-kanak tersebut yang bersikap demikian untuk
mengajar kanak-kanak tersebut. Jika seseorang datang untuk menolong,
mereka akan dianggap sebagai mencampuri urusan orang lain.
Tingkah Laku Prososial dalam Kalangan Mahasiswa
Menyentuh mengenai belia zaman kini, secara realitinya mereka sangat terdedah
dengan pelbagai unsur negatif media sosial yang boleh mempengaruhi nilai-nilai
ketimuran yang telah diserapkan dalam diri mereka sejak kecil. Statistik Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), (2012) menunjukkan kira-kira
63 peratus belia menggunakan laman sosial pada masa lapang mereka dan keadaan
ini jelas menunjukkan bahawa besarnya pengaruh internet dalam kehidupan seharian
belia di Malaysia. Di sini dapat dilihat kurangnya interaksi sosial belia kerana menurut
statistik IYRES, hanya sebanyak 19 peratus golongan belia melibatkan diri dalam
kerja sukarela. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi nilai moral dan etika golongan
belia khususnya mahasiswa. Dalam kamus dewan edisi keempat, perkataan mahasiswa
didefinisikan sebagai pelajar atau penuntut yang belajar di institusi pengajian tinggi
dan mereka adalah intelektual muda yang sedang mengalami proses pembelajaran
dan memiliki tanggungjawab sosial dalam bertingkah laku yang bersesuaian dengan
norma masyarakat.
35
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Mahasiswa harus mempunyai tingkah laku prososial untuk meningkatkan nilai
kemanusiaan dengan melakukan kerja-kerja secara sukarela. Pemerhatian mendapati
penglibatan masyarakat Malaysia dalam aktiviti sukarela pada peringkat awal hanya
dipelopori golongan dewasa berbanding golongan muda. Walau bagaimanapun,
perkembangan terkini menunjukkan lebih ramai golongan muda yang terdiri daripada
pelajar sekolah, kolej dan universiti terlibat dengan aktiviti sukarela terutamanya
dalam khidmat masyarakat (Siti Hawa, 2002). Melalui penglibatan dalam program
sukarela, tingkah laku prososial dapat dipupuk dalam kalangan mahasiswa, selain
meningkatkan kesedaran mereka untuk menghulurkan bantuan kepada individu yang
memerlukan.
Berdasarkan salah satu kajian tingkah laku prososial di dua buah Universiti Awam
di negeri Selangor, kajian mendapati tingkah laku prososial mahasiswa berada pada
tahap yang sederhana (Noor Shahirah & Azlina, 2016). Dari segi dimensi tingkah
laku prososial, dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiwa berkecenderungan
untuk bertingkah laku prososial dalam keadaan tidak diketahui, mematuhi arahan,
berdasarkan emosi individu dan situasi yang mengerikan. Seterusnya, kajian
mendapati kecenderungan tingkah laku prososial mempunyai perbezaan yang
signifikan bagi dimensi altruistik, emosi, mengerikan dan orang ramai berdasarkan
jantina. Mahasiswa lelaki lebih cenderung untuk menawarkan bantuan dalam keadaan
berbahaya daripada mahasiswa perempuan.
Selain itu, dalam kajian Mohd Kasim (2008) mendapati hanya empat peratus daripada
responden dalam kalangan mahasiswa melibatkan diri dalam kerja sukarela pada tahap
yang sederhana. Selebihnya, 96 peratus responden mempunyai tahap penglibatan yang
rendah dalam kerja sukarela. Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Mohd Yasin
(2005) ke atas sejumlah 254 mahasiwa mendapati sebanyak 77.2 peratus responden
pernah menyertai kerja sukarela. Namun hanya 0.8 peratus sahaja yang aktif dalam
kerja sukarela. Ini bererti, sebanyak 76.4 peratus daripada keseluruhan mahasiswa
mempunyai tahap penglibatan yang rendah. Kurangnya penglibatan mahasiswa dalam
kerja sukarela akan mendorong mereka untuk bersifat individualistik.
Di sini dapat dilihat bahawa penglibatan mahasiswa dalam kerja sukarela dan tingkah
laku prososial khususnya masih berada pada tahap yang rendah dan sederhana. Ini
bermakna masih terdapat ruang untuk disuntikkan lagi semangat bantu-membantu
kepada individu atau kumpulan yang memerlukan dalam kalangan mahasiswa di
Malaysia. Selain itu, mereka juga harus berani dan bersiap sedia untuk menghulurkan
bantuan dalam apa jua situasi termasuk kemalangan, bencana alam dan masalah sosial
seperti kes buli. Kata bijak pandai, jika mahu melihat masa depan sesebuah negara
itu, maka lihatlah bagaimana keadaan generasi mudanya pada hari ini. Merujuk
kata-kata ini, jelas menunjukkan golongan belia khususnya mahasiswa yang bakal
mencorakkan tampuk kepimpinan negara kelak harus sedar tentang tanggungjawab
dan harapan yang disandarkan kepada mereka dalam meniti ranjau yang penuh
cabaran. Keterampilan sahsiah dan kesarjanaan ilmu merupakan persiapan yang
penting dalam mematangkan mahasiswa untuk mewarisi kepimpinan negara pada
masa hadapan.
36
Tingkah Laku Prososial Dalam Kalangan Mahasiswa
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, tingkah laku prososial dalam kalangan mahasiswa berada
pada tahap yang sederhana kerana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi
mereka untuk bertingkah laku prososial. Tetapi secara lahiriahnya setiap belia di
Malaysia pasti mempunyai nilai altruistik yang telah diterapkan dalam kehidupan
mereka dan jika mereka berhadapan dengan situasi yang memerlukan bantuan,
mereka boleh membantu tanpa sebarang paksaan. Makalah ini menyarankan agar
kajian di masa akan datang oleh pengkaji sains sosial dan psikologi meneliti secara
mendalam mengenai tingkah laku prososial masyarakat Malaysia secara umum. Ini
kerana kajian seperti ini tidak banyak dilakukan berbanding dengan negara maju.
Di Jepun dan Korea misalnya, penekanan masyarakat mereka diberikan terutama
kepada generasi Y untuk bertingkah laku prososial dalam kehidupan seharian mereka.
Walau bagaimanapun, untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti bukanlah sesuatu
yang mudah, oleh itu, penerapan nilai bantu-membantu haruslah ditanam seawal di
peringkat sekolah rendah lagi. Pada masa yang sama, masyarakat merentas generasi
perlu diberi kesedaran akan kepentingan tingkah laku prososial dalam kehidupan
seharian agar keharmonian masyarakat terpelihara.
Rujukan
Baron, R. A. dan Byrne, D. (2005). Psikologi Sosial. Jilid 2. Alih Bahasa: Ratna
Djuwita. Edisi Kesepuluh. Jakarta: Erlangga.
Batson, C. D., Duncan, B. D., Ackerman, P., Buckley, T., & Birch, K. (1981). Is
empathic emotion a source of altruistic motivation? Journal of Personality
and Social Psychology, 40, 290-302.
Carlo, G., & Randall, B. A., (2002). The Development of a Measure of Prosocial
Behaviors for Late Adolescents. Journal of Youth and Adolescence, 31(1),
31-44.
Carlo, G., Hausmann, A., Christiansen, S., & Randall, B. A. (2003). Sociocognitive
and behavioral correlates of a measure of prosocial tendencies for
adolescents. The Journal of Early Adolescence, 23(1), 107-134.
Carlo, G., Roesch, S. C., and Koller, S. H. (1999). Similarities and differences in
prosocial moral reasoning between Brazilian and Anglo-American college
students. Interamerican Journal of Psychology 33: 151–172.
Clohesy, W. W. (2000). Altruism and the Endurance of the Good. Voluntas:
International Journal of Voluntary and Nonprofit Organizations, 11(3),
237-253.
37
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Dovidio JF. 1984. Helping behavior and altruism: an empirical and conceptual overview.
In Advances in Experimental Social Psychology, ed. L Berkowitz, vol. 17,
pp. 361–427. New York: Academic.
Eagly, A. H., & Crowley, M. (1986). Gender and Helping behavior: A meta analytic
review of the social psychological literature. Psychological Bulletin, 100,
283-308.
Eisenberg, N., Fabes, R. A., & Spinrad, T. L. (2006). Prosocial development. In:
Eisenberg N, Damon W, editors. Handbook of child psychology. Vol. 3.
Social, emotional, and personaliy development. 6th edition Wiley; New
York: 2006. (pp. 646-718).
Fabes, R. A., Carlo, G., Kupanoff, K., & Laible, D. (1999). Early adolescence and
prosocial/moral behavior I: The role of individual processes. The Journal of
Early Adolescence, 19(1), 5-16.
Green, B., Shirk, S., Hanze, D., & Wanstrath, J. (1994). The Children’s Global
Assessment Scale in clinical practice: an empirical evaluation. Journal
of the American Academy of Child & Adolescent Psychiatry, 33(8), 1158-
1164.
Grusec JE, Davidov M, Lundell L. 2002. Prosocial and helping behavior. In Blackwell
Handbook of Childhood Social Development: Blackwell Handbooks of
Developmental Psychology, ed. PK Smith, CH Hart, pp. 457–74. Malden,
MA: Blackwell Sci.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Khalil, E. L. (2004). Is a group better off with more altruists? Not necessarily. Journal
of economic behavior & organization, 53(1), 89-92.
Knickerbocker, R. L. (2003). Prosocial behavior. Center on Philanthropy at Indiana
University, (pp. 1-3).
Ladd, G. W., & Profilet, S. M. (1996). The Child Behavior Scale: A teacher-report
measure of young children’s aggressive, withdrawn, and prosocial
behaviors. Developmental psychology, 32(6), 1008-1024.
Latane, B., & Darley, J. M. (1970). The unresponsive bystander: Why doesn’t he
help?.
Ma’rof, R. (2001). Psikologi Sosial, Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia
Serdang.
38
Tingkah Laku Prososial Dalam Kalangan Mahasiswa
Mohd Kasim, M. (2008). Penglibatan mahasiswa institusi pengajian tinggi swasta
dalam kerja kesukarelawanan komuniti: satu kajian kes di kalangan
mahasiswa UNITEN dan KLIU Kolej. Universiti Putra Malaysia.
Mohd Yasin, F. N. (2005). Pengetahuan dan penglibatan dalam kerja-kerja
kesukarelawanan komuniti: satu kajian kes di kalangan mahasiswa UPM.
Universiti Putra Malaysia.
Noor Shahirah, M, N., & Azlina, M. K. (2016). Kecenderungan tingkah laku prososial
dalam kalangan mahasiswa di Selangor. In: International Conference on
Youth (ICYOUTH) 2016. Institute for Social Science Studies, Universiti
Putra Malaysia, pp.407-410.
Omoto AM, Snyder M. 1995. Sustained helping without obligation: motivation,
longevity of service, and perceived attitude change among AIDS volunteers.
Journal of Personality and Social Psychology. 68:671–87.
Penner, L. A., Dovidio, J. F., Piliavin, J. A., & Schroeder, D. A. (2005). Prosocial
Behavior: Multilevel perspectives. Annual Review Psychology, 56, 365-
392.
Rydell, A. M., Hagekull, B., & Bohlin, G. (1997). Measurement of two social
competence aspects in middle childhood. Developmental psychology, 33,
824-833.
Schwartz SH, Howard JA. 1982. Helping and cooperation: a self-based motivational
model. In Cooperation and Helping Behavior: Theories and Research, ed.
VJ Derlega, J Grzelak, pp. 327–53. New York: Academic.
Simpson, B., & Willer, R. (2008). Altruism and indirect reciprocity: The Interaction
of Person and Situation in Prosocial Behavior. Social Psychology
Quarterly, 71(1), 37-52.
Siti Hawa, A. (2002). Volunteerism and the Development of Malaysian Social Care
System. School of Health Science, University Science Malaysia.
Smith, W. (2000). Grassroots Associations. Thousand Oaks, CA : Sage.
Taylor, Shelley E., dkk, (2009). Psikologi Sosial. Edisi Kedua Belas, Penerbit
Kencana, Jakarta.
Wilson J. 2000. Volunteering. Annual Review of Psychology. 26:215–40.
39
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Belia dan Penyalahgunaan Bahan di Malaysia
Siti Hajar binti Razali & Hanina Halimatusaadiah binti Hamsan
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,
Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia.
43000 Serdang, Selangor
Pengenalan
Bab ini ditulis atas rasa kesedaran dan keprihatinan kepada permasalahan yang
sedang melanda golongan belia di negara ini. Belia merupakan golongan yang
sangat berharga untuk sesebuah negara kerana mereka bakal mewarisi kepimpinan
negara di masa akan datang. Oleh yang demikian, apa jua masalah yang menghimpit
golongan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan mudah. Peningkatan kes salah
laku yang membimbangkan dalam kalangan belia menyebabkan golongan ini sering
dikaitkan dengan masalah sosial. Justeru itu, bab ini akan mengupas isu berkenaan
salah satu salah laku belia iaitu penyalahgunaan bahan dalam kalangan belia yang
dilihat semakin menular dan membimbangkan semua pihak tidak kira sama ada
dalam kalangan belia sendiri, ibu bapa atau sesiapa sahaja. Bermula dengan definisi
dan kepentingan belia kepada negara, bab ini akan membincangkan juga tentang
masalah sosial yang melanda golongan belia zaman ini dengan memberi tumpuan
kepada masalah salahlaku penyalahgunaan bahan. Penyalahgunaan bahan ini merujuk
kepada perbuatan menghisap rokok termasuk vape, meminum minuman beralkohol
dan pengambilan dadah. Penulisan ini akan turut membincangkan satu kajian yang
dijalankan oleh penulis sendiri yang mengkaji aspek pola dan punca belia melakukan
penyalahgunaan bahan yang boleh menjurus kepada permasalahan sosial.
Belia
Golongan belia di negara ini mewakili 40 peratus daripada populasi penduduk di
Malaysia (KBS, 2015). Mereka merupakan aset negara yang sangat penting kerana
mereka yang akan menjadi pewaris kepada kepimpinan negara yang ada kini.
Golongan belia adalah penggerak dan tunggak kemajuan dan kejayaan sesebuah
negara. Negara yang memiliki golongan belia yang hebat pasti akan mencapai
kejayaan dengan cemerlang berbanding dengan negara yang diwarisi oleh golongan
belia yang lemah dan tidak berdaya saing. Kehebatan golongan ini dapat dilihat pada
petikan kata-kata mantan presiden Indonesia iaitu Soekarno yang berkata ‘berikan
aku 10 orang pemuda, nescaya akan kugoncangkan dunia’ (Layar, 2014). Berdasarkan
kata-kata tersebut, jelas menunjukkan bahawa Soekarno begitu mengangkat dan
memandang tinggi pada kekuatan golongan belia hingga mengibaratkan 10 orang
pemuda sahaja sudah mampu menggoncangkan dunia.
Namun bukan hanya Soekarno yang mampu melihat kekuatan belia yang luar biasa
malah ramai lagi cendekiawan yang mengagumi golongan ini. Prof. Dr. Haji Abdul
40
Belia dan Penyalahgunaan Bahan di Malaysia
Malik bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka
pernah mengatakan bahawa pemuda adalah penggalas perjuangan dan mereka
harus berilmu untuk menerangi kehidupan manusia (Layar, 2014). Jika kita melihat
daripada sudut pandang agama Islam, terdapat beberapa hadis junjungan besar
Rasulullah s.a.w yang menyebut tentang pemuda. Antaranya adalah hadis riwayat
Bukhari dan Muslim yang menyatakan Rasulullah s.a.w bersabda bahawa antara tujuh
golongan manusia yang akan dinaungi Allah di bawah naungan Arsynya pada hari
tidak ada naungan selain naungan Allah azza wa jalla adalah :1) imam yang adil, 2)
pemuda yang tumbuh dalam ibadat kepada Allah, 3) lelaki yang mengingati Allah
dalam kesunyian (bersendirian) kenudian dia menangis (kerana takut kepada azab
Allah), 4) lelaki yang hatinya bergantung pada rumah Allah, 5) dua orang yang saling
mencintai,bertemu dan berpisah kerana Allah, 6) lelaki yang diajak berzina oleh
perempuan yang memiliki kedudukan dan cantik tetapi dia menolak dengan berkata
‘sesungguhnya aku takut kepada Allah’ dan 7) lelaki yang bersedekah dengan sesuatu
yang ia sembunyikan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh
tangan kanannya.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad Ahmad menyatakan
bahawa daripada Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata ‘kami ikut berperang
bersama Rasulullah walaupun pada saat itu kami masih muda’. Kedua-dua hadis
tersebut dapat menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedudukan golongan belia
dalam membangunkan sesebuah institusi tidak kira samada institusi keluarga atau
negara. Jika kita mengimbau kembali sejarah kegemilangan tamadun Islam pastinya
kita akan teringat kepada seorang pemuda Islam yang berjaya mengukir nama sebagai
seorang pemimpin Islam muda yang digeruni dan dikagumi oleh dunia. Beliau
adalah Muhammad Al-Fatih atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fatih.
Nama Al-Fatih adalah berasal daripada kata terbitan ‘al-fath’ seperti surah al-fatihah
yang bermaksud pembukaan atau pembuka yang besar. Sesuai dengan makna nama
tersebut, Muhammad Al-Fatih telah berjaya menawan Konstantinople pada usia muda
iaitu ketika berusia 21 tahun. Beliau yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 ini banyak
memberi sumbangan dan bakti kepada perkembangan dan kemajuan tamadun Islam
(Abdul, 2010). Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih turut disebut dalam salah satu
hadis junjungan besar Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam
Al-Musnad yang menyatakan ‘Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera’.
Banyak lagi sejarah lain yang menunjukkan bahawa belia adalah satu golongan yang
hebat dan boleh membawa perubahan yang besar kepada sesebuah negara. Justeru,
sekiranya pembangunan dan perkembangan insaniah belia tidak dititikberatkan dan
dipandang serius, apakah yang akan berlaku pada kepimpinan negara pada masa
hadapan?. Sudah pastinya generasi belia akan menjadi porak peranda dan tidak berdaya
saing. Mungkin sahaja generasi belia nanti akan terdiri daripada golongan manusia
yang tidak amanah, bertanggungjawab dan cekap dalam pengurusan kerja. Lantas
apabila golongan seperti ini diangkat menjadi pengganti kepada tampuk kepimpinan
tertinggi kerajaan, apakah pula yang akan terjadi kepada negara?. Sudah pastinya kita
41
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
tidak mahu negara yang kita cintai dipimpin oleh golongan yang tidak amanah dan
bertanggungjawab. Sekiranya mereka ini menjadi pemimpin kelak, pastinya kita akan
melihat situasi di mana gejala rasuah, samseng, penyeludupan dadah dan masalah
jenayah lain akan berleluasa serta sukar dibendung. Negara pula akan dikenali sebagai
sebuah negara yang tidak maju dan berdaya saing. Tidak mustahil juga negara boleh
menduduki carta teratas kes rasuah dan jenayah di dunia sekaligus menjadikan
Malaysia sebuah negara yang tidak selamat. Hal ini akan memberi impak kepada
industri lain dalam negara seperti pelancongan, pelaburan dan sebagainya. Banyak
kesan negatif yang akan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia sekiranya
perkara ini terjadi.
Namun suasana dan situasi yang berbeza akan dirasai oleh semua rakyat Malaysia
sekiranya golongan yang memegang tampuk kepimpinan negara adalah sebaliknya.
Bayangkan apabila Malaysia mampu melahirkan generasi belia yang bersikap
amanah, bertanggungjawab dan berdaya saing sudah pastinya mereka ini mampu
membawa nama negara ke mata dunia. Apabila golongan belia ini mengambil alih
tampuk pemerintahan negara, mereka pastinya akan melakukan banyak perubahan
yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan kepada negara. Golongan belia yang
menjadi para pemimpin yang bersikap jujur dan bersemangat ini pastinya tidak akan
membiarkan gejala rasuah berlaku dalam barisan kepimpinan mereka. Begitu juga
dengan masalah jenayah dalam negara dan masalah sosial yang melibatkan golongan
belia di zaman mereka nanti pasti akan dibendung secara habis-habisan. Mereka sudah
pastinya ingin melahirkan golongan belia yang bebas dan bersih daripada masalah
sosial dan jenayah untuk menjadi pengganti kepada barisan kepimpinan negara. Oleh
itu, mengambil berat tentang pembangunan sahsiah golongan belia adalah merupakan
suatu perkara yang penting kerana masa depan negara bergantung kepada mereka.
Di Malaysia, belia ditakrifkan sebagai warganegara Malaysia samada lelaki atau
perempuan yang berumur 15 hingga 40 tahun. Walau bagaimanapun, had umur belia di
negara ini akan ditukarkan kepada 15 hingga 30 tahun berkuatkuasa pada tahun 2018
selaras dengan piawaian antarabangsa (KBS, 2015). Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia telah memperkenalkan Dasar Belia Malaysia yang telah menggariskan
beberapa perkara utama berkaitan pembangunan dan kesejahteraan golongan belia.
Salah satu perkara yang digariskan dalam Dasar Belia Malaysia adalah tiga matlamat
utamanya iaitu meningkatkan keterlibatan belia sebagai warga bertanggungjawab
dalam inisiatif di peringkatan negara, serantau dan antarabangsa, menyerlahkan
potensi setiap individu belia dengan meraikan kepelbagaian dan kelainan masing-
masing serta yang terakhir adalah memperluas akses kepada bidang keutamaan dan
inisiatif pembangunan belia untuk dimanfaatkan oleh kesemua kumpulan sasaran.
Kumpulan sasaran ini terdiri daripada lapan jenis belia meliputi belia bersekolah, belia
pengajian tinggi, belia berkerjaya, perkumpulan belia, belia massa, belia Malaysia
antarabangsa, belia minoriti dan terpinggir serta belia berisiko.
Dasar Belia Malaysia pada tahun 2015 juga telah menggariskan tiga teras utama dalam
perancangan jangka masa panjang mereka yang dijangka dapat dicapai menjelang
42
Belia dan Penyalahgunaan Bahan di Malaysia
tahun 2035. Tiga teras utama tersebut adalah pembangunan belia positif, dari belia
untuk belia dan teras ketiga ialah belia sebagai sumber dan aset negara. Selain itu,
terdapat juga enam jenis mekanisme telah diperkenalkan bagi mengukur atau menilai
pencapaian belia. Keenam-enam mekanisme itu merangkumi indeks belia Malaysia,
kajian pembangunan kesejahteraan asset belia Malaysia, penilaian pembangunan
belia 8C, penilaian 11 petunjuk belia sebagai sumber dan aset negara, penilaian ke
atas 9 bidang keutamaan belia dan yang terakhir ialah perbandingan dengan belia di
peringkat antarabangsa. Bagi menjayakan pelan pembangunan belia ini, 10 kumpulan
perlaksana telah dikenalpasti oleh Dasar Belia Malaysia yang dinamakan di bawah
Konsep Merentas Pelaksana. Kumpulan pelaksana ini terdiri daripada keluarga,
masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Belia dan Sukan serta
agensi persekutuan, kerajaan negeri, institusi Pendidikan dan penyelidikan, media,
syarikat berkaitan kerajaan dan swasta, kepimpinan politik dan yang kesepuluh ialah
NGO belia dan individu belia.
Dalam pada itu, Dasar Belia Malaysia bagi tahun 2015 juga telah mengenalpasti lapan
karakter utama belia Malaysia. Lapan karakter tersebut merangkumi rajin, beragama,
cenderung kepada teknologi, sedia untuk didekati, pengguna yang dinamik,
berorientasikan keluarga, cenderung kepada konservatif dan optimis tentang masa
depan yang diselubungi kebimbangan. Mengenali dan memahami karakter-karakter
utama golongan belia adalah amat penting untuk menjayakan dan melaksanakan
pelan pembanguna belia yang telah digariskan. Kesemua perancangan dan pelan
yang telah diperkenalkan melalui Dasar Belia Malaysia ini membuktikan bahawa
pihak kerajaan benar-benar memandang serius mengenai kemajuan, kebajikan dan
pembangunan sahsiah golongan belia di negara ini. Ianya dapat dilihat apabila sejak
Rancangan Malaysia Ke-9, pendekatan aset atau asset-approach telah digunapakai
menggantikan pendekatan defisit (deficit-approach) untuk mengatasi masalah sosial
dalam kalangan belia.
Pendekatan aset ini mencadangkan agar pembangunan belia menumpukan kepada
pembangunan aset yang boleh merealisasikan potensi belia untuk menjadi orang
dewasa yang bertanggungjawab. Pendekatan aset juga mengandaikan bahawa dengan
meningkatkan keupayaan potensi belia ke arah yang positif maka dengan sendirinya
faktor risiko belia akan berkurangan dan seterusnya boleh meminimakan masalah
sosial dalam kalangan belia (Hanina & Mohd, 2015). Hasilnya, terdapat kesan positif
yang mana kajian Indeks Belia Malaysia 2015 menunjukkan peningkatan Indeks
daripada 68.7 pada tahun 2006 kepada 71.43 pada tahun 2015 walaupun hanya dua
domain yang melepasi indeks 80 iaitu domain bebas tingkahlaku devian dan domain
aktiviti senggang. Domain-domain lain pula menjulat daripada 49.34 hingga 78.47
(Indeks Belia Malaysia 2015). Walau bagaimanapun, pihak kerajaan menyedari
hakikat bahawa disebalik peningkatan kepada Indeks Belia Malaysia masih terdapat
banyak permasalahan sosial belia yang masih menyumbang kepada sebahagian isu
permasalahan negara. Oleh yang demikian, kesemua pihak perlu mempertingkatkan
lagi usaha bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan belia pewaris negara ini.
43