Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Rajah 1: Tahap bagi Penyertaan Politik Belia di Selangor
90 84.4 81.7
80
70 64.8
Peratusan (%) 60
50
40 33.2
30 18.3
20 15.6
10 0 2 0
0 Aktiviti Aktviti Politik
Aktiviti Politik Tidak (keseluruhan)
Politik
Formal Formal
Rendah (min: 1.00-2.33) 84.4 64.8 81.7
Sederhana (min: 2.34-3.67) 15.6 33.2 18.3
Tinggi (min: 3.68-5.00) 0 20
Sumber: Data kajian lapangan 2016
Petunjuk: Min ± Sp : aktiviti politik formal (1.63±0.58); aktiviti politik tidak formal (2.13±0.70);
aktiviti politik keseluruhan (1.85±0.533)
Kesimpulan
Senario politik Malaysia kian mencabar khususnya dalam memahami konteks politik
belia terhadap politik. Belia di Malaysia dilihat semakin matang, kritis dan kompleks
serta mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan politik. Mereka juga tidak lagi
terpengaruh dengan permainan politik semasa seperti isu perkauman dan janji-janji
palsu. Malah, belia di Malaysia juga cenderung kepada aktiviti yang lebih bebas dan
tidak terikat dengan mana-mana parti politik dan organisasi formal. Perubahan bentuk
penyertaan politik ini dilihat telah mempengaruhi landskap politik di Malaysia masa
kini.
Penyertaan politik merupakan mekanisme penting dalam proses demokrasi. Malah,
penyertaan politik kini tidak hanya diukur dalam pilihan raya sahaja atau aktiviti
secara tradisional. Namun ia telah meluas kepada aktiviti yang lebih pelbagai,
kurang bersifat formal dan dipengaruhi oleh media sosial. Hal ini menunjukkan
proses demokrasi di Malaysia semakin berkembang apabila berubahnya bentuk
penyertaan dan pertambahan masyarakat. Fenomena penyertaan politik belia dalam
94
Penyertaan Politik Belia di Selangor
bentuk formal dan tidak formal menunjukkan berlakunya perkembangan demokrasi
di Selangor. Perkara ini memberikan implikasi kepada kerajaan supaya tidak melihat
politik dengan pandangan yang sempit dan mengambil kira perspektif politik belia
bagi memastikan proses demokrasi berkembang dengan lebih efektif dan berkesan.
Pendekatan rasional pilihan merupakan pendekatan yang sesuai dikaitkan dengan
belia di Malaysia (Ghazali Mayudin, 2006). Hal ini kerana belia di Malaysia dilihat
semakin matang dan bermaklumat dalam membuat pilihan. Mereka mahukan sesuatu
isu itu diselesaikan berorientasikan belia (Saifudin, 2010). Tambahan pula, belia
kini tidak mudah terpengaruh dengan politik perkauman seperti dahulu. Mereka
cenderung untuk memilih aktiviti yang tidak berunsurkan partisan. Seperti yang telah
dibincangkan ramai belia bertindak menjadi pengundi atas pagar tanpa terpengaruh
dengan tarikan yang di bawa setiap parti (Utusan Online, 2010). Mereka tidak
terpengaruh dengan janji-janji parti, namun mengundi berdasarkan isu semasa.
Minat dan orientasi penyertaan politik belia dilihat lebih ke arah aktiviti yang santai
dan bebas daripada ideologi kepartian. Perkara ini seharusnya menjadi perhatian
pemimpin parti politik dan NGO supaya lebih bijak mewujudkan aktiviti politik
yang sesuai dengan jiwa belia tetapi tidak mengenepikan pendedahan kepada nilai
demokrasi Malaysia. Ini penting untuk menarik minat belia supaya lebih terlibat
dalam aktiviti politik yang sihat dan mendidik mereka menjadi warganegara yang
bertanggungjawab. Sebagai sebuah negeri yang maju, belia di Selangor mempunyai
potensi yang besar dan penting untuk membantu kepada perkembangan demokrasi
negara yang sihat dan matang. Kerajaan negeri, parti politik dan NGO perlu
mengembleng tenaga serta menghasilkan idea yang lebih segar dalam mengwujudkan
ruang politik yang lebih sesuai dengan minat dan orientasi belia di Selangor.
Rujukan
Abdul Hadi Samsi, Amaludin Ab Rahman & Ku Hasnita Ku Samsu. (2013). Persepsi
belia terhadap parti politik dan tahap penglibatan politik di Selangor. Malaysian
Journal of Youth Studies, 9, 107–120.
Ahmad Ismadi (2016, 19 Nov). Himpunan Bersih 5: Polis sahkan tahan 12 individu.
Sinar Online, Diakses di http://www.sinarharian.com.my
Bakker, T. P., & de Vreese, C. H (2011). Good News for the Future? Young People,
Internet Use, and Political Participation. Communication Research, 38 (4),
451-470
Barber, B. R. (1984). Strong Democracy: Participatory Politics for a New Age.
Berkeley: University of California Press.
Badie, B., Berg-Schlosser, D., & Morlino, L. (2011). International Encyclopedia Of
Political Science. London: SAGE Publication.
95
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Bennett, W. (2005, September). Civic Learning in Changing Democracies:
Challenges for Citizenship and Civic Education. Kertas kerja annual meeting
of the American Political Science Association, Marriott Wardman Park, Omni
Shoreham, Washington Hilton, Washington, DC.
Das, P. (1996). Modern political theory. Delhi: New Central Book Agency.
Checkoway, B. (2013). Education For Democracy by Young People in Community-
Based Organizations. Youth and Society, 45(3), 389–403.
Cole, G. D. H (1920). Social Theory. New York: Frederick A.Stokes,
Cunningham, F. (2002). Theories of democracy: A critical introduction. London &
New York: Routledge.
Dahl, R. (1998). On Democracy. London: Yale University Press.
Ekman, J., & Amnå, E. (2012). Political participation and Civic Engagement: Towards
a New Typology. Human Affairs, 22, 283–300.
Farthing, R. (2010). The politics of youthful antipolitics: representing the “issue” of
youth participation in politics. Journal of Youth Studies, 13(2), 181–195.
Fatimah Akmal & Ali Salman (2015). Partisipasi politik belia secara ‘online’melalui
ruang demokrasi maklumat media baru. Malaysian Journal of Communication,
31(1), 81-100.
Fukui, H. (2000). Informal Politics in East Asia. Dalam L. Dittmer, H. Fukui, & P. N.
S. Lee (Eds.), Pacific Affairs. United Kingdom: Cambridge University Press.
Diakses di http://doi.org/10.2307/3557758
Ghazali Mayudin (2006). Demokrasi dan pilihan raya di Malaysia. Dalam Ghazali
Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud, Zaini Othman, Demokrasi Kepimpinan
dan Keselamatan dalam Politik Malaysia (pp. 50-65). Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ismail Sualman, Siti Zabedah Shariff , Shira Haniza Yaakop, and Azli Mahmood.
(2013). Influence of Political Issues, Media and Personality Traits on Voting
Trend. Proceedings of 2013 2nd International Conference on Humanity, History
and Society(ICHHS 2013), 78-83. Diakses di http://www.ipedr.com
Haslinda Abdullah, Dzuhailmi Dahalan, Azimi Hamzah, Ismi Arif Ismail, Ezhar
Tamam, Abdul-Lateef Abdullah, Sarjit S. Gill, Nobaya Ahmad & Turiman
Suandi (2012). Majlis Belia Malaysia: Quo vadis transformasi era semasa.
Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(7), 13-19.
96
Penyertaan Politik Belia di Selangor
Henn, M., Weinstein, M., & Forrest, S. (2005). Uninterested youth? Young people’s
attitudes towards party politics in Britain. Political studies, 53(3), 556-578.
Henn, M., & Foard, N. (2014). Social Differentiation In Young People’s Political
Participation: The Impact Of Social And Educational Factors On Youth
Political Engagement In Britain. Journal of Youth Studies, 17(3), 360–380.
Hilal Azmi (2015) “Pengundi muda sangat-sangat atas pagar” – Khairy. Astro Awani.
8 Oktober. Diakses di http://www.astroawani.com
Kerajaan Negeri Selangor (2017). Sejarah Negeri Selangor. Di akses di http://www.
selangor.gov.my/index.php/pages/view/124
Lamprianou, I. (2013). Contemporary Political Participation Research: A Critical
Assessment. Dalam K. N. Demetriou (Ed.), Democracy in Transition.
Heidelberg: Springer Berlin Heidelberg.
Macpherson, C. B. (1977). The Life and Times of Liberal Democracy. Oxford: Oxford
University Press.
Marien, S., Hooghe, M., & Quintelier, E (2010). Inequalities in non-institutionalised
forms of political participation: A multi-level analysis of 25 countries. Political
Studies, 58(1), 187-213.
Merdeka Center (2014). Asian Barometer Survey Wave 4 (2014-2016). Diakses di
www.asianbarometer.org/pdf/MY_tech_w4.pdf
Mohamed Nawab Mohamed Osman. (2013). The youth vote in GE 2013 : Kingmakers
in the making?. Singapore: Nanyang Technological University.
Mohd Hariszuan Jaharudin (2014). Pilihan Raya Umum ke-13: Perubahan budaya
politik Malaysia dan krisis legitimasi moral Barisan Nasional. Kajian Malaysia,
32, 149–169.
Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar (2012). Pendapat dan Keperluan
Generasi Muda Di Kawasan Parlimen Muar, Johor. Journal of Social Science
and Humanities, 7(1), 50–63.
Muhammad Febriansyah & Muhammad Takiyuddin Ismail (2013). Partisipasi Anak
Muda Dalam Politik Baru Di Malaysia. Kertas kerja Simposium Kebudayaan
Indonesia Malaysia (SKIM), 12-14 November. Universitas Padjajaran,
Bandung, Indonesia.
97
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
MyIlham (2015, November 12). Golongan Muda Kecewa Dengan Politik Kerajaan,
Pembangkang, Kata Penganalisis. Ilham Centre. Diakses di http://ilhamcentre.
com/
Nazni Noordin, N., Sawal, Mohd Zool Hilmie Mohamed Sawal, Syazliyati
Ibrahim, Zaliha Hj Hussin, Zaherawati Zakaria, & Jennifah Nordin (2010).
Malaysian young voters voices: Make or break political development?.Dalam
International Conference on Sciences and Social Sciences (CSSR) (pp. 426-
430). Kuala Lumpur:IEEE
Norsyuhada Shiratuddin et al (2016). Generation Y’ S Political Participation and
Social Media in Malaysia. Malaysian Journal of Communication, 32 (1), 125–
143.
O’Toole et al (2003). Turning out or left out? Participation and non-participation
among young people. Contemporary politics, 9 (1), 45-61.
O’Toole, T., Marsh, D., & Jones, S. (2003). Political Literacy Cuts Both Ways: The
Politics of Non-participation among Young People. The political quarterly, 74
(3), 349-360.
Pandian, S.(2010). Malaysia’s 12th general election: An analysis. European Journal
of Social Sciences, 14 (4), 508-523.
Pateman, C. (1970). Participation and democratic theory. London: Cambridge
University Press.
Putnam, R. D., Leonardi, R., & Nanetti, R. Y. (1994). Making democracy work: Civic
traditions in modern Italy. Princeton: Princeton University Press.
Quintelier, E. (2007). Differences in political participation between young and old
people. Contemporary Politics, 13(2), 165–180.
Rossi, F. M. (2009). Youth political participation: Is this the end of generational
cleavage? International Sociology, 24(4), 467-497.
Rousseau, J.J (1973). The Social Contract. London: J. M. Dent and Son
Sabucedo, J & Constantino, A (1991). Types of political participation: A
multidimensional analysis. European Journal of Political Research, 20(1),
93-102
Saifuddin Abdullah (2010). Benarkan pelajar IPT anggotai parti politik. Di akses di
www.saifuddinabdullah.com
98
Penyertaan Politik Belia di Selangor
Samsuddin A. Rahim (2010). Media, demokrasi dan generasi muda: Analisis
keputusan pilihan raya umum ke-12. Jurnal Komunikasi, 26(2), 1-15
Schumpeter, J. A. (2013). Capitalism, socialism and democracy. London & New
York: Routledge
Sinar Online (2013). Perpecahan golongan muda, rawat sebelum parah, 2 Mei.
Diakses di http://www.sinarharian.com.my
Sinar Online (2013). SPR: 84.84 peratus mengundi pada PRU13, 6 Mei. Diakses di
http://www.sinarharian.com.my
Sinar Online (2015). Mahasiswa sertai Bersih 4.0 berdepan tindakan, 26 Ogos.
Diakses di http://www.sinarharian.com.my
Utusan Online (2010, 26 Julai). 62 % Pengundi Muda Atas Pagar. Diakses di http://
ww1.utusan.com.my/
Vissers, S., & Stolle, D. (2014). The Internet and new modes of political participation:
online versus offline participation. Information, Communication & Society,
17(8), 937-955.
Yaacob, Raja, Raja Ahmad Iskandar, Abdul Mutalib Embong, Mohamed Noor Azelin
& Abdur-Rahman MA (2012). Generation Y: A Generation that Shapes the
Political Landscape and Dimension in Malaysia. World Academy of Science,
Engineering and Technology, 72, 1162-1168.
Zainal Rashid (2013). Mentransformasikan Gerakan Belia. Utusan Online. Januari
25. Diakses di http://ww1.utusan.com.my/
99
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Pembangunan Belia Positif Melalui
Pementoran Dalam Kalangan Belia
Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia
Mohd Mursyid Arshad, Ismi Arif Ismail, Turiman Suandi & Zoharah Omar
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
Pengenalan
Pembangunan kepemimpinan belia merupakan agenda penting dalam agenda
Transformasi Nasional 2050 (TN 50) (Mohd Najib Abdul Razak, 2017). Berdasarkan
polisi semasa berkaitan belia di Malaysia, belia pengajian tinggi merupakan salah
satu kumpulan sasaran dalam agenda pembangunan belia oleh kerajaan (Dasar Belia
Malaysia, 2015). Justeru, kepemimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi boleh
diserlahkan menerusi pendedahan pengalaman yang meluas dan latihan profesional
dalam pembangunan kepemimpinan. Bab ini akan meneroka strategi pembentukan
‘5C’ (competence, confidence, connection, character dan caring) sepertimana yang
terkandung dalam Pembangunan Belia Positif (PYD) menerusi kaedah pementoran
dalam sebuah program pembangunan kepemimpinan perdana yang melibatkan
pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Bab ini turut mengupas
bagaimana inisiatif ini mendayaupayakan pemimpin belia IPT untuk menyumbang
kepada pembangunan diri mereka sendiri, keluarga, komuniti dan industri.
Senario Kepemimpinan Belia di Malaysia
Pembangunan belia positif (PYD) adalah satu proses bertujuan membina kompetensi
belia (Delgado, 2002; Lerner et al., 2005; 2015). Menurut Li dan Wang (2009) dan
Mohd Mursyid (2016), pembangunan kepemimpinan merupakan salah proses yang
berfungsi sebagai pemangkin bagi membangunkan elemen belia positif dalam potensi
diri seseorang (Lerner et al., 2015).
Belia perlu mempunyai bakat yang menonjol, berwibawa, berpengetahuan luas dan
mempunyai kepakaran yang tinggi sebagai pemimpin (Hershatter & Epstein, 2010;
Hastings et al., 2011). Dasar Belia Malaysia 2015-2035 dan agenda Transformasi
Nasional 2050 (TN50) (Mohd. Najib Abdul Razak, 2017) juga memberikan
penekanan kepada proses pembangunan kemahiran kepemimpinan dalam kalangan
golongan muda.
Walau bagaimanapun, Kress (2006) mendapati bahawa kebanyakan belia masih
kurang berkemampuan untuk membuat keputusan yang penting sekiranya kemahiran,
hikmah dan motivasi sebagai pemimpin tidak diwarisi secara terancang daripada
mereka yang lebih berpengalaman. Dalam konteks komuniti, kesinambungan
kepemimpinan belia yang tidak terancang menyebabkan pemimpin muda tidak terikat
secara kukuh kepada komuniti (Hastings et al., 2011).
100
Pembangunan Belia Positif Melalui Pementoran Dalam
Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia
Situasi sama turut dihadapi oleh kebanyakan belia di Malaysia. Persepsi ini diutarakan
oleh mereka dalam kajian Indeks Belia Malaysia 2015 bagi indikator berkaitan
kesediaan belia untuk memimpin yang menunjukkan skor pada tahap yang sederhana
(Indeks Belia Malaysia, 2015). Malah, trend ini menunjukkan berlakunya penurunan
dalam skor indeks 2015 dalam kategori kepimpinan ini berbanding dengan skor dalam
Indeks yang sebelumnya (Indeks Belia Malaysia, 2015). Justeru, langkah drastik yang
diambil oleh pembuat polisi dalam Dasar Belia Malaysia ialah untuk menurunkan had
umur belia yang sebelum ini di antara 15 hingga 40 tahun kepada 15 hingga 30 tahun
bertujuan memberikan pendedahan yang lebih awal kepada mereka yang berumur di
bawah 30 tahun untuk memimpin dan dalam masa yang sama mempercepatkan proses
kematangan belia Malaysia pada usia yang lebih muda (Dasar Belia Malaysia, 2015).
Adalah diharapkan menjelang usia 30 tahun, sebilangan belia ini sudah bersedia untuk
memimpin di tahap yang lebih tinggi iaitu sebagai pemimpin perdana dalam politik,
ekonomi, sosial, komuniti dan industri bukan sahaja dalam konteks Malaysia tetapi
juga di peringkat global.
Oleh yang demikian, timbul persoalan sejauh manakah belia Malaysia bersedia
untuk memimpin komuniti, industri dan Negara? Apakah strategi yang dilakukan
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta pemegang taruh pembangunan belia
yang lain seperti mewujudkan program Felo Perdana, Parlimen Belia, 1M4U,
MyCORPS dan sebagainya berupaya menyediakan pelapis kepemimpinan baharu
yang berwibawa sebagai penggerak pembangunan Negara dan dunia sejagat? Kupasan
bab ini akan menerokai inisiatif pewarisan kepemimpinan ini dan cuba menjawab
persoalan yang dilontarkan dengan memfokuskan kepada belia yang terlibat sebagai
peserta dalam program Felo Perdana yang memadankan pemimpin belia IPT untuk
bekerja bersama dan belajar daripada mentor pemimpin yang berpengalaman di
beberapa Kementerian dan Industri.
Konsep Pementoran
Pembangunan kepemimpinan belia yang lazimnya dilaksanakan menerusi penglibatan
belia di dalam aktiviti berpersatuan (Seevers & Dormody, 1995), aktiviti kokurikulum
(Ricketts & Rudd, 2002), latihan kemahiran dan latihan singkat di organisasi
(MacNeil, 2006), dan pengikatan belia dengan penglibatan sivik dengan komuniti
(Wheeler & Edlebeck, 2006). Kaedah pementoran juga semakin mendapat perhatian
dalam proses membangunkan kepemimpinan belia (Garcia, 2009; Campbell et al,
2012; Lerner et al., 2013). Kebanyakan negara maju telah melaksanakan program
pembangunan kepemimpinan belia dengan menggunakan kaedah pementoran dalam
menyediakan potensi mereka untuk memimpin (Gracia, 2009; Solansky, 2010).
Menurut Kay dan Hinds (2012), pementoran adalah perhubungan antara dua pihak
di mana mentor bertindak membimbing protégé dalam tempoh masa tertentu ke arah
pencapaian objektif yang dipersetujui bersama. Pementoran adalah sebuah proses
perkongsian ilmu pengetahuan dalam mengetahui bagaimana untuk melakukannya
dan melibatkan usaha mengembangkan pengetahuan dan kemahiran protégé (Rhodes
& DuBois, 2008). Pementoran bermula dengan protégé mempelajari perkara yang
101
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
berkaitan melalui pemerhatian, penjelasan atau penerangan daripada mentor dan
diakhiri dengan interaksi antara mentor yang menggunakan pelbagai pendekatan
untuk pembelajaran (Reagan-Porras, 2013). Melalui pementoran, pembelajaran
protégé bermula dengan memerhatikan amalan dan tindakan mentor. Pembangunan
kepemimpinan yang berkesan adalah menerusi role model yang menjadi contoh
ikutan (Brown & Trevino, 2013).
Menurut Ragins dan Kram (2007), pementoran adalah satu proses yang meletakkan
aspek pengajaran dan pembelajaran antara mentor dan protégé. Pengaruh mentor
dalam peningkatan pembelajaran protégé meliputi sumbangan kepada penambahan
pengetahuan sedia ada yang dimiliki protégé berdasarkan suasana pementoran efektif
yang diwujudkan dan penggalakan potensi serta sokongan penyerlahan bakat protégé
yang boleh dikembangkan (Bozeman & Feeney, 2007). Sokongan dan bimbingan
yang diperoleh dari mentor mempengaruhi peningkatan pembelajaran protégé
(Allen et al., 2004; Eby et al., 2013). Menurut Kay dan Hinds (2012), protégé akan
lebih mempelajari tentang organisasi, suasana politik dalam sesebuah institusi,
perkembangan individu, pencapaian matlamat dan nilai-nilai daripada komuniti
melalui pementoran. Kesan dari pementoran bukan hanya sekadar memahami
organisasi, tetapi turut memiliki kualiti untuk merencana polisi organisasi (DuBois
et al., 2011).
Pementoran boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu pementoran formal dan tidak
formal (Hezlett, 2005; Parise & Forret, 2008; DuBois et al., 2011). Menurut Pryce
dan Keller (2013), pementoran formal dan tidak formal masing-masing mempunyai
perbezaan dalam perkembangan pembelajaran. Melalui pementoran formal, protégé
dan mentor dipadankan bersama melalui struktur pembelajaran dengan bantuan
sokongan organisasi (Ragins & Kram, 2007; Eby et al., 2013). Pementoran formal
memerlukan penetapan sasaran bagi meningkatkan pembangunan sistem sokongan
dalam hubungan pementoran terhadap belia terutamanya kepada belia yang tidak
pernah mempunyai akses dan pengalaman dalam pementoran (Dolan & Brady, 2012).
Menurut Rohs (1999) dan Solansky (2010), prestasi kepimpinan boleh dipertingkatkan
melalui program kepimpinan formal. Cabaran utama dalam proses pementoran adalah
bagi meningkatkan keupayaan protégé untuk mempamerkan prestasi mereka secara
lancar dan efisyen (Hezlett, 2005). Namun begitu, Kay dan Hinds (2012) menekankan
bahawa pementoran adalah berkait rapat dengan bantuan mentor terhadap pencapaian
yang penting untuk diperolehi protégé. Hubungan pementoran formal berlaku dalam
pelaksanaan yang lebih strategik serta menunjukkan perhubungan pementoran yang
kuat antara mentor dan protégé (Reagan-Porras, 2013).
Pembangunan Belia Positif
Pembangunan belia positif (PYD) adalah terma yang terbentuk daripada perkaitan
antara Teori Pembangunan Sistem dengan usaha penggalakan hasil yang optimum
melalui program dan polisi belia (Lerner et al, 2013). Menurut Overton dan Muller
(2012), belia mempunyai kekuatan dan aset tersendiri yang boleh dibangunkan dalam
pembinaan PYD. PYD terdiri daripada elemen ‘5C’ iaitu kompetensi (competence),
102
Pembangunan Belia Positif Melalui Pementoran Dalam
Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia
keyakinan (confidence), karakter (character), pengikatan (connection) dan penyayang
(caring) (Lerner et al., 2005; 2011).
Walau bagaimanapun, terdapat dua aset utama yang perlu dibangunkan terlebih
dahulu iaitu aset individu dan aset ekologi yang mendorong kepada pembentukan ‘5C’
(Lerner et al., 2005; Lerner et al., 2010; Agans et al., 2014). Aset individu merupakan
kekuatan dalaman belia yang meliputi kekuatan kognitif, emosi dan tingkah laku yang
membentuk dalaman belia untuk menjadi yang lebih baik (Silbereisen & Lerner, 2007;
Lerner et al., 2010). Manakala aset ekologi adalah aset luaran seperti jaringan sosial,
jaringan institusi, individu disekeliling dan kebolehan untuk mengakses pelbagai
sumber (Lerner et al., 2005; Agans et al., 2014). Aset ekologi dalam PYD memainkan
peranan penting sebagai pelengkap kepada aset individu untuk menjadikan belia
sebagai individu yang dibangunkan dengan nilai positif.
Seperti yang dibincangkan oleh Geldhof et al. (2015), Model ‘5C’ ini memainkan
peranan dalam meningkatkan PYD menerusi program yang membina set kemahiran
belia yang merangkumi kemahiran sosial dan pemikiran kritis, menggalakkan
keupayaan belia untuk mempraktikkan kemahiran tersebut dan meningkatkan akses
belia terhadap sumber kontekstual yang berkaitan misalnya menggalakkan interaksi
positif belia dengan rakan sebaya dan menyediakan peluang kepada belia untuk
membentuk pengikatan dengan masyarakat. Kelima-lima ‘C’ tersebut hanya dapat
dibangunkan apabila kekuatan individu selari dengan sumber dan peluang yang
diperolehi daripada persekitaran (Agans et al., 2014; Geldhof et al., 2015). Kekuatan
individu yang sejajar dengan aset kontekstual dapat membantu meningkatkan ‘5C’
belia menerusi perhubungan antara individu dengan konteks (Lerner et al., 2013) dan
secara langsung mempengaruhi bentuk sumbangan (contribution) positif kepada diri,
keluarga dan komuniti (Lerner et al., 2010). Lerner et al. (2005; 2011) menggambarkan
konsep proses pembangunan PYD seperti dalam Rajah 1:
Rajah 1: Perkaitan model sistem pembangunan individu positif dalam PYD
(Lerner et al., 2005; 2011)
103
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Proses pembangunan individu dalam PYD melibatkan adaptasi developmental
regulations di antara kekuatan belia dan pembangunan aset yang berada dalam
sesebuah ekologi. Setiap individu belia memiliki kekuatan sedia ada dan konteks yang
berada di sekeliling belia dapat menyediakan sumber yang diperlukan belia sebagai
sebuah ‘developmental asset’ (Benson, Scales & Syvertsen, 2011). Menurut Bowers
et al. (2015), apabila kekuatan yang dimiliki belia dipadankan dengan sumber yang
berada di sekeliling konteks, maka belia dapat dibangunkan.
Perkaitan antara Pementoran dan PYD dalam Pembangunan Kepemimpinan
Berdasarkan perbincangan literatur berkaitan kepemimpinan dan PYD serta kajian
penyertaan pemimpin belia dalam program kepemimpinan bersama mentor pemimpin
di sektor awam, swasta, komuniti dan industri menunjukkan bahawa penglibatan
pelajar secara aktif dalam struktur kepemimpinan di institusi pengajian tinggi dan dalam
konteks yang lebih luas akan menyediakan aset ekologi yang mampu membangunkan
aset dalaman belia. Setiap individu belia memiliki kekuatan dan berkeupayaan untuk
mengubah tingkah laku dan karakter psikologi (Lerner et al., 2013). Menurut Agans
et al. (2014), perubahan belia ke arah positif menerusi pembinaan PYD mempunyai
perkaitan dengan pembangunan keupayaan kognitif, kecenderungan, sikap dan
pengukuhan hubungan sosial sebagai kekuatan individu.
Oleh yang demikian, kekuatan individu belia dapat disesuaikan dengan sumber sekeliling
menyokong proses pembangunan positif yang turut dipengaruhi oleh keluarga, institusi
pendidikan dan komuniti yang mana golongan dewasa juga memainkan peranan dalam
proses pembangunan tersebut (Theokas & Lerner, 2006; Rhodes & DuBois, 2008).
Seperti yang dinyatakan oleh Catalano et al. (1999) dan DuBois et al. (2011), proses
pembangunan belia yang efektif perlu menyasarkan pengikatan hubungan di antara
belia dan dewasa yang secara langsung memberi implikasi positif dalam meningkatkan
peluang belia untuk terlibat dalam aktiviti sosial.
Pada masa yang sama, pengikatan hubungan antara belia dan golongan dewasa yang
terdiri daripada barisan kepemimpinan di dalam setiap institusi pengajian tinggi
membolehkan fungsi yang dimainkan protégé akan lebih menyeluruh kerana wujud
unsur dorongan serta bimbingan daripada mentor (Zarrett et al., 2009).
Dalam konteks pembelajaran pementoran, Lee et al. (2013) mendapati proses
fasilitasi dan melatih (coaching) dapat membantu proses pembangunan belia dan
penyumbang utama kepada pembelajaran baharu. Menurutnya lagi, proses fasilitasi
dalam pementoran didapati membantu pembelajaran sikap pemimpin belia yang
dibangunkan. Manakala peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan dan pentadbir
di institusi pengajian tinggi menerusi proses pementoran dapat membantu dalam
pembangunan kemahiran dan pengetahuan pemimpin belia.
104
Pembangunan Belia Positif Melalui Pementoran Dalam
Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia
Kesimpulan dan Cadangan
Berdasarkan perbincangan konseptual di atas, proses pementoran dapat membantu
pengukuhan aset ekologi yang terdiri dari elemen jaringan individu, sosial, institusi
dan akses terhadap sumber serta aset individu yang meliputi kekuatan kognitif, emosi
dan tingkah laku belia. Berdasarkan Model PYD, aset ekologi dan aset individu
diperlukan dalam pembinaan elemen ’5C’ (competence, confidence, connection,
character dan caring) yang memberi kesan positif kepada sumbangan (contibution)
yang boleh dilakukan belia sebagai pemimpin dalam konteks pembangunan diri,
keluarga, komuniti dan masyarakat.
Kaedah pementoran merupakan pendekatan yang menekankan pembinaan dan
pembangunan karier protégé secara efektif yang dibangunkan oleh mentor (Armstrong,
Allinson, & Hayes, 2002; Garvey, 2014). Melalui pementoran, pembangunan psikososial
individu akan berlaku secara lebih berkesan (Rhodes & DuBois, 2008). Berdasarkan
pertimbangan daripada kesemua elemen yang dinyatakan, kaedah pementoran
dilihat berpotensi untuk menyediakan platform dan membuka ruang kepada protégé
mendapatkan aset individu dan ekologi melalui model pembangunan sistem dalam
PYD. Proses pembangunan belia berlaku melalui pengukuhan aset individu dan aset
ekologi, yang dapat dipercepatkan melalui pementoran belia. Kemahiran kepimpinan
protégé turut dibimbing dan dibantu oleh mentor selaku pemimpin organisasi atau
institusi yang lebih berpengalaman (Garvey, 2014).
Secara tidak langsung, pengaruh dan akses kemudahan yang dimiliki mentor turut
membuka peluang yang besar kepada protégé untuk mendapatkan pengaruh serta akses
kemudahan yang sama. Berdasarkan kerangka pada Rajah 2 berikut dapat memberikan
gambaran teori bagaimana kaedah pementoran berpotensi untuk membuka peluang
dan mempercepatkan proses protégé untuk mendapatkan akses menerusi pembangunan
aset individu dan ekologi yang pada akhirnya menyumbang kepada pembangunan
belia positif dalam kepemimpinan belia.
Rajah 2: Bagaimana pementoran membuka peluang dan mempercepatkan proses
protégé untuk mendapatkan akses menerusi pembangunan aset individu dan ekologi
105
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Berdasarkan rumusan di atas, terdapat beberapa cadangan yang dapat dikemukakan
dalam menerapkan pendekatan pementoran dalam membangunkan kepemimpinan
belia di institusi pengajian tinggi. Cadangan pertama adalah menerusi kaedah
pementoran, pemimpin belia akan mendapat manfaat daripada jaringan yang sedia ada
yang dibina oleh mentor yang terdiri daripada pihak pengurusan, pentadbir dan tenaga
pengajar di institusi pengajian tinggi.
Cadangan kedua, pemimpin belia yang merupakan protégé adalah berpotensi untuk
memperluaskan jaringan sedia ada yang diperolehi daripada mentor dengan membuka
akses kepada sumber yang lebih luas. Pada masa yang sama, lingkungan aset
individu dan ekologi yang merupakan aset yang perlu ada pada individu pemimpin
belia berkenaan dapat dikembangkan melalui kaedah pementoran sebelum mereka
dibangunkan dengan nilai positif. Pada akhirnya, kualiti pemimpin belia yang
dibangunkan berpotensi tinggi untuk menyumbang kepada peningkatan kendiri,
keluarga, komuniti dan masyarakat sepertimana yang diaspirasikan dalam Dasar Belia
Malaysia 2015-2035 dan agenda besar Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Rujukan
Agans, J. P., Champine, R. B., DeSouza, L. M., Mueller, M. K., Johnson, S. K., &
Lerner, R. M. (2014). Activity involvement as an ecological asset: Profiles
of participation and youth outcomes. Journal of Youth and Adolescence, 43,
919–932. http://doi.org/10.1007/s10964-014-0091-1
Allen, T. D., Eby, L. T, Poteet, M. L., Lentz, E., & Lima, L. (2004). Career benefits
associated with mentoring for proteges: A meta-analysis. Journal of Applied
Psychology, 89(1), 127-136. http://dx.doi.org/10.1037/0021-9010.89.1.127
Armstrong, S. J., Allinson, C. W., & Hayes, J. (2002). Formal Mentoring Systems:
An Examination of the Effects of Mentor/Protege Cognitive Styles on the
Mentoring Process. Journal of Management Studies, 39(8), 1111–1137. http://
doi.org/10.1111/1467-6486.00326
Benson, P. L., Scales, P. C., & Syvertsen, A. K. (2011). The contribution of the
developmental assets framework to positive youth development theory and
practice. In R. M. Lerner, J. V. Lerner, & J. B. Benson (Eds.), Advances in
child development and behavior (pp. 125-228). Elsevier Publishing.
Bozeman, B., & Feeney, M. K. (2007). Toward a useful theory of mentoring: A
conceptual analysis and critique. Administration & Society, 39(6), 719–739.
http://doi.org/10.1177/0095399707304119
Brown, M. E., & Trevino, L. K. (2013). Do role models matter? An investigation
of role modeling as an antecedent of perceived ethical leadership. Journal
of Businees Ethics, 122, 587–598. http://doi.org/10.1007/s10551-013-1769-0
106
Pembangunan Belia Positif Melalui Pementoran Dalam
Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia
Bowers, E. P., Johnson, S. K., Warren, D. J. A., Tirrell, J. M., & Lerner, J. V. (2015).
Promoting Positive Youth Development. In E. P. Bowers, G. J. Geldhof, S. K.
Johnson, L. J. Hillard, R. M. Hershberg, J. V. Lerner, & R. M. Lerner (Eds.),
Promoting positive youth development: Lessons from the 4-H study (pp. 97–
120). New York, NY: Springer. http://doi.org/10.1007/978-3-319-17166-1
Campbell, C. M., Smith, M., Dugan, J. P., Komives, S. R. (2012). Mentors and college
student leadership outcomes: The importance of position and process. The
Review of Higher Education, 35(4), 595-625. doi: 10.1353/rhe.2012.0037
Catalano, R. F., Berglund, M. L., Ryan, J. A. M., Lonczak, H. S., & Hawkins, J. D.
(1999). Positive youth development in United States: Research findings on
evaluations of youth development program. Washington, DC: Department of
Health and Human Services.
Dasar Belia Malaysia (2015). Dasar Belia Malaysia: Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. ISBN 978-967-
13402- 0-2.
Delgado, M. (2002). New frontiers foryouth development in the twenty-first century
revitalizing youth development. New York: Columbia University Press.
Dolan, P., & Brady, B. (2012). A guide to youth mentoring: Providing effective social
support. London: Jessica Kingsley Publishers.
DuBois, D. L., Portillo, N., Rhodes, J. E., Silverthorn, N., & Valentine, J. C. (2011).
How effective are mentoring programs for youth?: A systematic assessment
of the evidence. Psychological Science in the Public Interest, 12(2), 57–91.
doi:10.1177/1529100611414806
Eby, L. T., Allen, T. D., Hoffman, B. J., Baranik, L. E., Sauer, J. B., Baldwin, S.,
Morrison, M. A., Kinkade, K. M., Maher, C. P., Curtis, S., & Evans, S. C.
(2013). An interdisciplinary meta-analysis of the potential antecedents,
correlates, and consequences of protégé perceptions of mentoring.
Psychological Bulletin,139(2): 441-476. doi: 10.1037/a0029279
Garcia, C. P. (2009). Leadership lessons of the white house fellows. New York:
McGraw Hill.
Garvey, B. (2014). Mentoring in coaching world. In E. Cox, T. Bachkirova and D. A.
Clutterbuck (Eds.), The Complete Handbook of Coaching (2nd ed., pp. 361-
374). Los Angeles: Sage Publications Ltd.
Geldholf, G. J., Bowers, E. P., Mueller, M. K., Napolitano, C. M., Callina, C. S.,
Walsh, K. J., Lerner, J. V., & Lerner, R. M. (2015). The five Cs model of
positive youth development. In E. P. Bowers, G. J. Geldhof, S. K. Johnson, L.
J. Hillard, R. M. Hershberg, J. V. Lerner, & R. M. Lerner (Eds.), Promoting
107
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
positive youth development: Lessons from the 4-H study (pp. 161–186). New
York, NY: Springer. http://doi.org/10.1007/978-3-319-17166-1
Hastings, L. J., Human, N., & Bell, L. C. (2011). Developing a Paradigm Model of
Youth Leadership Development and Community Engagement : A Grounded
Theory. Journal of Agricultural Education, 52(1), 19–29. doi:10.5032/
jae.2011.01019
Hershatter, A., & Epstein, M. (2010). Millennials and the world of work: An
organization and management perspective. Journal of Business and
Psychology, 25, 211–223. http://doi.org/10.1007/s10869-010-9160-y
Hezlett, S. A. (2005). Protégés learning in mentoring relationships: A review of the
literature and an exploratory case study. Advances in Developing Human
Resources, 7(4), 505-526.
Indeks Belia Malaysia (2015). Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.
Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Kay, D., & Hinds, R. (2012). A practical guide to mentoring: Using coaching and
mentoring skills to help others achieve their goals (5th ed.). Oxford: How to
Books Ltd.
Kress, C. A. (2006). Youth leadership and youth development: Connections and
questions. New Directions For Youth Development, 109 (1), 45-56. doi:
10.1002/yd.154
Lee, K. M., Eric Krauss, S., Suandi, T., & Hamzah, A. (2013). Exploring the
contribution of mentoring practices to mentee learning in a Malaysian youth
development programme. International Journal of Adolescence and Youth,
3843 (June), 1–14. http://doi.org/10.1080/02673843.2013.862732
Lerner, R.M., Lerner, J.V., Almerigi, J., Theokas, C., Phelps, E., Gestsdottir, S.,
Naudeau, S., Jelicic, H., Alberts, A.E., Ma, L., Smith, L.M., Bobek, D.L.,
Richman-Raphael, D., Simpson, I., Christiansen, E.D., & von Eye, A. (2005).
Positive youth development, participation in community youth development
programs, and community contributions of fifth grade adolescents: Findings
from the first wave of the 4-H study of positive youth development. Journal of
Early Adolescence. 25(1): 17–71.
Lerner, R. M., von Eye, A., Lerner, J. V., Lewin-Bizan, S., & Bowers, E. P. (2010).
The meaning and measurement of thriving: A view of issues. Journal of Youth
and Adolescence, 39 (7), 707-719.
Lerner, R. M., Lerner, J. V., & Benson J. B. (2011). Positive youth development:
Research and applications for promoting thriving in adolescence. In R. M.
Lerner, J. V. Lerner, & J. B. Benson (Eds.). Advances in child development and
behavior (pp. 2-13). London: Elsevier Publishing.
108
Pembangunan Belia Positif Melalui Pementoran Dalam
Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia
Lerner, R. M., Lerner, J. V., Lewin-Bizan, S., Bowers, E. P., Boyd, M., Mueller, M.,
Schmid, K., Napolitano, C. (2011). Positive youth development: Processes,
programs, and problematics. Journal of Youth Development, 6(3), 40-64.
Lerner, R. M., Napolitano, C. M., Boyd, M. J., Mueller, M. K., & Callina, K. S.
(2013). Mentoring and positive youth development. In D. L. DuBois, & M.
J. Karcher (Eds.), The handbook of youth mentoring (2nd ed.). (pp. 17-27).
Thousand Oaks: Sage Publications Inc.
Lerner, R. M., Lerner, J. V., Bowers, E. P. & Geldholf, G. J. (2015). Positive youth
development: A relational developmental systems model. In R.M. Lerner, W.
F. Overton, & P. C. M. Molenaar (Eds.), The handbook of child psychology
and developmental science (7th ed.). (pp. 607-651). New Jersey: John Wiley
and Sons Inc.
Lerner, R. M. (2005). Positive youth development, participation in community
youth development programs, and community contributions of fifth-grade
adolescents: Findings from the first wave of the 4-h study of positive
youth development. The Journal of Early Adolescence, 25(1), 17–71.
doi:10.1177/0272431604272461
Li, G., & Wang, B. (2009). Adolescent Leadership Development: A Review.
International Conference on Teaching and Computational Science (WTCS
2009) Proceedings (pp. 753–758). Shenzhen: Advances in Intelligent and Soft
Computing.
MacNeil, C. A. (2006). Bridging generations: Applying “adult” leadership theories
to youth leadership development. New Directions for Youth Development,
109(1), 27-43.
Najib Razak. (2017). Transformasi Nasional 2050. Retrieved from https://www.
najibrazak.com/en/blog/transformasi-nasional-2050/
Overton, W. F., & Muller, U. (2012). Meta-theories, theories and concepts in the study
of development. In R. M. Lerner, M. A. Easterbrooks, & J. Mistry (Eds.),
Comprehensive handbook of psychology: Developmental psychology (pp. 19-
58). New York: Wiley.
Parise, M. R., & Forret, M. L. (2008). Formal mentoring programs: The relationship
of program design and support to mentors’ perceptions of benefits and costs.
Journal of Vocational Behavior, 72(2), 225–240. http://doi.org/10.1016/j.
jvb.2007.10.011
Ragins, B. R., & Kram, K. E. (2007). The roots and meaning of mentoring. In B. R.
Ragins, & K. E. Kram (Eds.), The handbook of mentoring at work: Theory,
research and practice (pp. 3-17). Thousand Oaks: Sage Publications Inc.
Reagan-Porras, L. L. (2013). Dynamic duos: A case review of effective mentoring
program evaluations. Journal of Applied Social Science, 7(2), 208–219.
doi:10.1177/1936724412467019
109
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Rhodes, J. E., & Dubois, D. L. (2008). Mentoring relationships and programs for
youth. Current Directions in Psychological Science, 17(4), 254–258. http://
doi.org/10.1111/j.1467-8721.2008.00585.x
Ricketts, J. C., & Rudd, R. D. (2005). Critical thinking skills of selected youth
leaders: the efficacy of critical thinking dispositions, leadership, and academic
performance. Journal of Agricultural Education, 46 (1), 32-43.
Rohs, F. R. (1999). Response shift bias: a problem in evaluating leadership development
with self-report pretest-posttest measures. Journal of Agricultural Education,
40(4), 28–37. http://doi.org/10.5032/jae.1999.04028
Seevers, B. S., & Dormody, T. J. (1994). 4-H youth participation in leadership
development activities: A tri-state study. Journal of Agricultural Education,
35 (4), 49-54.
Silbereisen, R. K., & Lerner, R. M. (2007). Approaches to positive youth development.
London: Sage Publications.
Solansky, S. T. (2010). The evaluation of two key leadership development program
components: Leadership skills assessment and leadership mentoring. The
Leadership Quarterly, 21(4), 675–681. doi:10.1016/j.leaqua.2010.06.009
Theokas, C., & Lerner, R. M. (2006). Promoting positive development in adolescence:
The role of ecological assets in family, schools and neighbourhoods. Applied
Developmental Science, 10(2), 61-74.
Wheeler, W., & Edlebeck, C. (2006). Leading, learning and unleashing potential: Youth
leadership and civic engagement. New Directions for Youth Development,
109, 89-97.
Zarrett, N., Fay, K., Li, Y., Carrano, J., Phelps, E., & Lerner, R. M. (2009). More than
child’s play: Variable- and pattern-centered approaches for examining effects
of sports participation on youth development. Developmental Psychology,
45(2), 368-382. http://dx.doi.org/10.1037/a0014577
110
Belia di Institusi Penjara: Hakikat dan Cabarannya
Belia di Institusi Penjara:
Hakikat dan Cabarannya
Mohd Roslan Rosnon, Haslinda Abdullah & Asnarulkhadi Abu Samah
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Pengenalan
Jabatan Penjara Malaysia berjaya mentransformasi program pemulihan banduan,
daripada pendekatan hukuman kepada pemulihan insan. Transformasi ini selari dengan
perkembangan semasa yang menitikberatkan pembangunan semula modal insan agar
banduan yang pulih menjadi warganegara yang produktif serta menyumbang kepada
pembangunan masyarakat dan negara. Hal ini selaras dengan Rancangan Malaysia ke
11 iaitu memberi fokus kepada kesejahteraan hidup rakyat (Unit Perancang Ekonomi,
2015). Kerajaan sentiasa melaksanakan pendekatan pembangunan yang seimbang
dengan memberikan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan
rakyat (Unit Perancang Ekonomi, 2015). Kesejahteraan merujuk kepada taraf dan
kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal dan psikologi individu.
Kesejahteraan adalah penting bagi meningkatkan produktiviti dan mobiliti sosial serta
mengukuhkan kesepaduan sosial dan perpaduan nasional (Unit Perancang Ekonomi,
2015).
Oleh itu, sebagai sebuah institusi pemulihan, Jabatan Penjara Malaysia diberi
tanggungjawab untuk memulihkan banduan agar menjadi insan yang patuh kepada
undang-undang sekaligus kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Pada masa
yang sama, tanggungjawab ini juga untuk memastikan banduan yang pulih tidak
terjebak dalam aktiviti jenayah seterusnya mengelak daripada dimasukkan semula
ke dalam penjara. Oleh yang demikian, penjara hari ini telah berubah fungsi dan
peranannya bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai iaitu melahirkan masyarakat
yang lebih harmoni dan produktif. Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh
Jabatan Penjara dan pihak berwajib malah ia perlu di sokong dan di dokong oleh
semua masyarakat di Malaysia. Stigma dan prejudis terhadap bekas banduan perlu
di padam dalam diri masyarakat supaya proses pemulihan terhadap banduan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Selaras dengan itu, Jabatan Penjara Malaysia telah merencanakan pelbagai program
bagi memenuhi keperluan semasa dalam memastikan banduan yang akan dibebaskan
bersedia dan tidak ketinggalan dari segi kemajuan yang ada. Memandangkan
golongan belia merupakan penghuni paling ramai dipenjara, justeru keperluan modal
insan adalah menjadi keutamaan dalam pengisian program pemulihan banduan.
Sejajar dengan itu, pelbagai program persijilan kemahiran, pendidikan diperingkat
sekolah, ijazah, tahfiz dan sebagainya disediakan di dalam tirai besi bagi memastikan
banduan tidak ketinggalan dari segi pendidikan dan modal insan. Peluang-peluang
111
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
ini bagi memastikan banduan juga mendapat manfaat keperluan modal insan sebagai
keperluan dan persediaan bagi menempuh kehidupan diluar tirai besi yang lebih
mencabar dan kompetetif. Oleh yang demikian, bab ini akan membincangkan dan
memberi fokus kepada hakikat dan cabaran golongan banduan ini dalam menempuhi
kehidupan selepas keluar dari tirai besi.
Jabatan Penjara Malaysia: Populasi Banduan Dan Program Pemulihan
Populasi Banduan
Malaysia mempunyai beberapa akta dan peraturan yang memperincikan
tanggungjawab dan hak pihak berkuasa dalam penahanan dan pemulihan banduan,
iaitu Akta Penjara (Pindaan) 2015, Peraturan-peraturan Penjara 2000, Akta Kanak-
Kanak 2001 dan Kaedah-kaedah Sekolah Henry Gurney 1949 (Wan Roslili & Najibah,
2015). Perlembagaan Persekutuan juga menyediakan peruntukan yang berkaitan
dengan hak asasi manusia (Shamrahayu, 2010). Antara hak asasi yang diiktiraf oleh
Perlembagaan Persekutuan termasuklah kebebasan diri (Perkara 5), larangan daripada
dijadikan abdi atau buruh paksa (Perkara 6), perlindungan daripada undang-undang
jenayah berkuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang (Perkara 7), hak layanan
dan perlindungan sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8), larangan buang
negeri dan kebebasan bergerak (Perkara 9), kebebasan bercakap, berhimpun serta
menubuhkan dan menyertai persatuan (Perkara 10), kebebasan beragama (Perkara
11), hak berkenaan dengan pelajaran (Perkara 12) dan hak terhadap harta (Perkara 13)
(Shamrahayu, 2010). Kesemua peruntukan yang berkaitan dengan hak asasi manusia
boleh diguna pakai dalam pengurusan banduan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan
menggariskan beberapa peruntukan hak asasi manusia dan menetapkan beberapa
akta dan peraturan berkisarkan pengurusan dan layanan terhadap banduan, Kerajaan
Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan layanan
terhadap banduan, memperbaik infrastruktur institusi penjara dan melaksanakan
program pemulihan yang terbaik.
Di peringkat antarabangsa, United Nations mengiktiraf hak banduan yang berkaitan
dengan pencegahan jenayah dan layanan terhadap pesalah melalui Standard Minimum
Rules for the Treatment for Prisoners (SMR), yang diterima pakai oleh Kongres
Pertama Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada tahun 1955 dan diluluskan oleh
Majlis Ekonomi dan Sosial melalui Resolusi 663C (XXIV) pada 31 Julai 1957
dan Resolusi 2076 (LXII) pada 13 Mei 1977 (Wan Roslili & Najibah, 2015). SMR
memperincikan hak banduan dan memperuntukkan garis panduan sebagai rujukan
oleh mana-mana negara berhubung dengan layanan yang perlu diberikan terhadap
banduan. SMR disemak semula pada tahun 2015 dan kini dikenali sebagai Nelson
Mendela Rules untuk memperingati mendiang Nelson Mandela (Wan Roslili &
Najibah, 2015). Malaysia tidak terkecuali dalam perkara ini bagi memastikan hak
banduan terpelihara.
112
Belia di Institusi Penjara: Hakikat dan Cabarannya
Justeru, bagi memastikan hak banduan ini terpelihara, program berkaitan dengan
pemberian sijil kemahiran, pendidikan dan keagamaan merupakan inisiatif yang
disediakan oleh pihak penjara bagi memastikan banduan dan penghuni penjara
mendapat manfaatnya. Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah yang
di tahan di penjara, peluang pendidikan tidak pernah diabaikan oleh pihak penjara.
Kewujudan Sekolah Henry Gurney dan juga Sekolah Integriti memberi peluang
kepada kanak-kanak ini untuk mendapatkan hak pendidikan yang sama rata tanpa
diskriminasi. Ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12 berkenaan
hak pendidikan dan Perkara 2, 28 dan 29 dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-
Kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu pada 20 November 1989 dan telah diratifikasikan oleh Malaysia pada
Februari 1995 (SUHAKAM, 2005). Justeru, peluang pendidikan ini adalah penting
bagi melahirkan generasi belia berisiko yang berilmu dan mampu menyumbang
kepada kesejahteraan dan pembangunan negara.
Populasi banduan di negara ini pada kadar yang tinggi sejak tahun 2000 hingga 2016,
daripada 27,358 ke 56,612 orang banduan iaitu mencatatkan 106.93% kenaikan
bilangan banduan dalam tempoh 16 tahun (Jabatan Penjara Malaysia, 2016). Kenaikan
yang ketara bermula pada tahun 2010, dengan bilangan banduan seramai 38,387
orang dan kadar kenaikan sebanyak 47.48% dalam tempoh kurang daripada 6 tahun
(Jabatan Penjara Malaysia, 2016). Perkara ini menjadikan Malaysia di kedudukan 50
teratas di dunia dengan nisbah banduan sebanyak 184 per 100,000 orang penduduk
(Walmsley, 2013). Daripada jumlah banduan terkini, 28.7% ialah warganegara asing
dan 61% penjara di Malaysia mengalami masalah lebihan penghuni atau kesesakan
terutamanya di penjara Sungai Buloh (94.13%), Pulau Pinang (85.64%), Pengkalan
Chepa (64.13%), Kajang (42.38%) dan Kota Kinabalu (45.20%) (Jabatan Penjara
Malaysia, 2016).
Berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh Jabatan Penjara Malaysia juga, seramai
2353 orang merupakan penghuni pelajar di sekolah Henry Gurney dan Sekolah
Integriti pada tahun 2016 (Jabatan Penjara Malaysia, 2016b). Bilangan pelajar di
Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti ini melibatkan mereka yang berumur
bawah 21 tahun. Ini merupakan golongan belia yang amat penting bagi menyumbang
kepada kemajuan negara untuk masa hadapan. Pelajar ini merupakan pesalah daripada
pelbagai kesalahan jenayah. Statistik bilangan pelajar ini amat membimbangkan dan
perlu dipandang serius. Berikut merupakan taburan statistik bilangan pelajar mengikut
sekolah sehingga 31 Mei 2016.
113
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Jadual 1: Statistik Bilangan Pelajar Di Sekolah Henry Gurney
Dan Sekolah Integriti Sehingga 31 Mei 2016
Bil Nama Sekolah Bil. Muster
1 Sekolah Integrasi Penjara Kajang 344
2 Sekolah Integrasi Penjara Kluang 227
3 Sekolah Integrasi Penjara Marang 67
4 Sekolah Integrasi Penjara Sg.Petani 499
5 Sekolah Integrasi Penjara Kuching 27
6 Sekolah Integrasi Penjara Kota Kinabalu 181
7 Sekolah Integrasi Penjara Muar 21
8 Sekolah Henry Gurney Tanjung Mas 679
9 Sekolah Henry Gurney Keningau 210
10 Sekolah Henry Gurney Wanita Kk 30
11 Sekolah Integrasi Penjara Bentong 16
12 Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo 52
Jumlah 2353
Sumber: Jabatan Penjara Malaysia (2016b)
Bagi pesalah residivis pula, menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan
Penjara Malaysia, bilangan residivis iaitu pengulang laku jenayah yang dipenjarakan
semula adalah sebanyak 8.7% dalam tempoh 3 tahun (Jabatan Penjara Malaysia,
2016). Hal ini menunjukkan majoriti banduan di penjara Malaysia ialah banduan
yang kali pertama dipenjarakan. Kebanyakan pesalah ini merupakan golongan belia
yang produktif dan mampu memberikan sumbangan kepada negara. Isu peningkatan
bilangan banduan yang mendadak ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan
melibatkan banyak negara di dunia. Permasalah ini boleh diatasi dengan sokongan
semua pihak bagi memastikan. Oleh yang demikian, Jabatan Penjara Malaysia telah
mengorak langkah bagi memastikan kadar pengulangan banduan dapat dikurangkan.
Program Pemulihan
Jabatan Penjara Malaysia telah memperkenalkan Modul Program Pembangunan Insan
(PPI) yang bertujuan untuk memulihkan banduan melalui pembentukan disiplin,
pengukuhan sahsiah, program kemahiran dan program kemasyarakatan (Jabatan
Penjara Malaysia, 2014b). Strategi utama pemulihan banduan yang dilaksanakan
oleh Jabatan Penjara Malaysia meliputi aspek penahanan banduan (incarceration),
pemulihan insan (rehabilitation) serta kemasyarakatan banduan (reintegration)
(Haslinda, et al., 2016). Sementara itu program pasca bebas penjara dan pemulihan
di luar penjara meliputi Sistem Parol, Pusat Kehadiran Wajib, Program Pemulihan
114
Belia di Institusi Penjara: Hakikat dan Cabarannya
Kemasyarakatan serta Rumah Perantaraan juga dilaksanakan bagi memastikan
banduan bersedia untuk keluar dan bersama-sama masyarakat (Haslinda, et al.,
2016). Kesemua program pemulihan ini bagi memastikan pemulihan banduan dapat
dilaksanakan dengan baik. Namun, proses pemulihan ini bukan sahaja berlaku di
dalam tembok batu ini sahaja ia perlu diteruskan diluar tembok bagi memastikan
pengukuhan proses pemulihan ini berlaku. Oleh yang demikian, semua pihak perlu
memikul tanggungjawab ini bagi memastikan pemulihan banduan berlaku secara
holistik.
Program pembentukan disiplin yang dijalankan dipenjara adalah bagi membentuk
banduan supaya patuh pada peraturan dan arahan (Jabatan Penjara Malaysia, 2014b).
Program ini membentuk disiplin para banduan dan merupakan program asas.
Program pengukuhan sahsiah pula menekankan pembentukan jati diri yang positif
dan perubahan tingkah laku (Jabatan Penjara Malaysia, 2014b). Program ini memberi
fokus kepada pembentukan jati diri dan sahsiah diri bagi pemantapan pengisian
rohani dan dalam para banduan. Selain itu, program kemahiran juga dijalankan di
penjara bagi tujuan melahirkan insan yang mahir dan bersijil dalam bidang kemahiran
(Jabatan Penjara Malaysia, 2014b). Program ini merupakan program yang praktikal
dan mampu memberikan kesediaan dalam melahirkan tenaga mahir adalam kalangan
banduan. Memandangkan golongan belia merupakan populasi terbesar di dalam
penjara, program kemahiran ini adalah penting bagi mewujudkan tenaga mahir
dalam kalangan belia di penjara. Walaupun mereka berada di dalam tirai besi, namun
kemahiran yang diberikan mampu menjadikan banduan ini sebagai tenaga mahir
dalam menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Program ini
dilihat mampu memberikan peluang kepada banduan untuk bekerja apabila mereka
dibebaskan nanti.
Di penjara juga terdapat program kemasyarakatan yang memberi peluang untuk
banduan berkhidmat kepada masyarakat serta memberi pendedahan kepada banduan
untuk kembali menjalani kehidupan sebagai warganegara yang berguna (Jabatan
Penjara Malaysia, 2014b). Program pemasyarakatan ini memberi peluang kepada
banduan untuk bekerja dalam pelbagai sektor terutamanya pertanian, perikanan
dan sebagainya. Program ini merupakan program jalinan kerjasama pelbagai agensi
dalam memberikan peluang kepada para banduan untuk lebih berkemahiran dalam
sektor pertanian dan perikanan. Peluang ini dilihat mampu memberikan pendedahan
kepada belia dipenjara bagi persediaan dalam melahirkan tenaga kerja dalam dua
sektor ini. Justeru, kemahiran yang diberikan kepada belia di dalam penjara ini dapat
memberikan pengalaman dan kemahiran yang berguna untuk digunakan setelah
keluar daripada penjara.
Cabaran Masa Depan Belia Dan Institusi Kepenjaraan
Sudah pasti walau apa sekalipun yang dilakukan, cabaran mendatang sudah pasti
ada dan perlu diharungi. Cabaran ini bukan sekadar ditanggung oleh institusi penjara
namun belia yang dipenjarakan juga mempunyai cabaran yang lebih besar dalam
115
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
mendepani kehidupan yang lebih mencabar. Oleh yang demikian, perencanaan
program pemulihan di penjara adalah penting bagi memastikan belia-belia yang
dipenjarakan dapat dibentuk dengan sewajarnya agar mereka boleh menyumbang
kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Sokongan padu masyarakat tanpa
mengira latarbelakang kaum dan agama juga diperlukan bagi memberi sumbangan
terhadap proses pemulihan penghuni penjara. Masyarakat boleh menabur bakti dari
segi sumbangan yang bukan berbentuk wang ringgit malah perkongsian idea kreatif
dan ilmu pengetahuan. Hal ini bagi membantu memulihkan penghuni kembali
menjalani kehidupan normal. Malah, penerimaan masyarakat terhadap bekas penghuni
dengan memberi ruang dan peluang kedua kepada golongan banduan ini amatlah
diharapkan agar mereka tidak tersisih dan tidak kembali melakukan kesalahan.
Usaha memulihkan banduan adalah tanggungjawab besar dan sangat mencabar
kerana mereka mempunyai latar belakang kehidupan dan kesalahan jenayah berbeza.
Oleh yang demikian, semua pihak boleh turun padang dan bersama-sama memikul
tanggungjawab ini bagi memastikan keberjayaan program pemulihan banduan.
Cabaran dalam mendepani masyarakat
Dalam mendepani masyarakat apabila bebas daripada penjara merupakan cabaran
bagi banduan dan juga cabaran secara tidak langsung kepada Jabatan Penjara
itu sendiri. Penerimaan masyarakat kepada bekas penghuni penjara masih lagi
mengecewakan. Berapa kerat sahaja penghuni penjara yang telah dibebaskan berjaya
mengharungi kehidupan seperti yang diharapkan. Kebanyakan mereka dipandang
dengan pandangan negatif menyebabkan mereka sukar meneruskan kehidupan
sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak penjara semasa di dalam proses
pemulihan. Ini merupakan scenario biasa dan stigma yang masih lagi membelenggu
masyarakat hari ini. Stigma ini menyebabkan penolakan terhadap bekas banduan dan
akhirnya memberikan tekanan kepada bekas banduan. Natijahnya banduan kembali
untuk melakukan jenayah. Oleh yang demikian, siapakah yang perlu mengembalikan
kepercayaan yang telah hilang dari pemikiran dan hati masyarakat. Jawapannya sudah
tentu banduan itu sendiri.
Oleh itu, banduan perlulah mempunyai sikap yang bersungguh-sungguh untuk
berubah supaya ia dapat mengembalikan kepercayaan itu kepada masyarakat. Di
pihak masyarakat pula, sikap terbuka dan memberi ruang serta peluang perlu ada
dalam diri masyarakat. Hal ini kerana stigma dan diskriminasi dalam masyarakat
terhadap banduan perlu dikikis dan dibuang. Bekas banduan perlu berada di hati
masyarakat dengan menerima mereka dan cuba memberi sokongan kepada mereka
dari pelbagai aspek. Sikap memberi sokongan ini mampu membuatkan banduan terus
pulih dan tidak kembali ke jalan yang salah. Oleh itu, masyarakat perlu membuktikan
kesediaan, sokongan, kerjasama, dan komitmen yang tinggi untuk membantu institusi
pemulihan seperti penjara melaksanakan tanggungjawab menjadikan bekas banduan
sebagai insan yang dapat berperanan dengan berkesan dan berbakti kepada masyarakat
dan negara.
116
Belia di Institusi Penjara: Hakikat dan Cabarannya
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Haslinda et al. (2016), tahap penerima
masyarakat terhadap bekas banduan masih lagi pada tahap sederhana dengan catatan
min keseluruhan hanya 2.92 (lihat jadual 2). Dapatan kajian ini menggambarkan
bahawa masyarakat masih lagi ragu-ragu dalam menerima banduan kepangkuan
masyarakat. Oleh yang demikian, ini merupakan cabaran besar bagi banduan dan
Jabatan Penjara bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat dalam memberikan
peluang kepada banduan untuk diterima dalam masyarakat. Kempen kemasyarakatan
dengan tujuan untuk mendidik masyarakat sivil menerima bekas banduan perlu
dipergiatkan. Peranan ini tidak seharusnya dibebankan ke atas institusi penjara
sahaja, bahkan perlu melibatkan agensi kerajaan yang lain, NGO, swasta dan orang
perseorangan supaya stigma negatif terhadap banduan dan institusi penjara dapat
dikurangkan.
Jadual 2: Tahap Penerimaan Masyarakat terhadap Bekas Banduan (n =171)
Kategori n (%) min sp
Rendah (1.00 – 1.99) 3 (1.8) 2.92 .39
Sederhana (2.00-2.99) 88 (51.5)
Tinggi (3.00-4.00) 80 (46.7)
Sumber: Haslinda et al. (2016)
Selain itu, pentadbir Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), organisasi dan agensi
kerajaan dan bukan kerajaan, agensi, pihak pengurusan masjid, bahkan juga segenap
lapisan masyarakat perlu berpadu tenaga bagi menjayakan matlamat untuk menghakis
stigma negatif terhadap banduan. Bantuan terhadap golongan bekas banduan ini
bukan sahaja dilaksanakan secara formal malah ia boleh dilakukan secara tidak tidak
formal. Insitusi masjid dan rumah ibadat yang lain perlu memberikan peluang kepada
bekas banduan dari segi libat diri dalam aktiviti di masjid dan rumah agama tanpa ada
rasa was-was dan curiga. Sebagai contohnya, memberi peluang kepada belia bekas
banduan sebagai Bilal dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan sebagainya. Langkah ini
memberikan pengiktirafan kepada belia bekas banduan malah membolehkan bekas
banduan berasa dekat dengan masyarakat. Justeru, dapat membentuk semula pribadi
belia banduan ke arah yang lebih baik.
Cabaran mendapatkan pekerjaan dan sokongan majikan/Agensi pekerjaan
Cabaran mendapatkan pekerjaan merupakan isu semasa belia hari ini. Sebagai sebuah
negara yang menuju kepada negara maju dan pendapatan tinggi, peluang pekerjaan
hari ini adalah lebih kompetatif. Justeru, belia perlu bersaing sesama sendiri untuk
memastikan peluang itu dikecapi dan dinikmati. Namun belia berisiko seperti belia
banduan ini juga perlu bersaing dengan belia di luar sana dalam keadaan sama rata.
Namun, belia banduan ini tidaklah seharusnya ditolak mentah-mentah tanpa diberi
pertimbangan yang sewajarnya untuk diterima bekerja. Peluang kedua perlu diberikan
kepada belia bekas banduan ini. Hal ini bagi memastikan belia banduan terus
117
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
mendapat tempat dihati masyarakat dan mereka dapat meneruskan kehidupan yang
lebih mencabar. Sumber pendapatan merupakan elemen penting bagi memastikan
belia banduan tidak terus terlibat dengan masalah jenayah. Lebih-lebih lagi kos
sara hidup yang tinggi hari ini sudah pasti akan membebankan mereka. Oleh yang
demikian, majikan perlu membuka ruang kepada bekas banduan untuk berkhidmat di
agensi atau syarikat mereka bagi memastikan ekonomi mereka terus stabil.
Konsep mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan bekas banduan boleh
diadakan seperti yang diadakan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang
kira-kira satu peratus daripada peluang pekerjaan di peruntukkan untuk mereka. Hari
ini kita dapat lihat majikan selalunya mendapatkan khidmat pekerja asing kerana tak
ramai yang nak bekerja dalam sektor tertentu, justeru majikan boleh menggunakan
khidmat bekas banduan sebagai ganti kepada pekerja asing. Program Kemahiran di
institusi penjara juga perlu selari dengan keperluan tenaga kerja di pasaran. Umum
mengetahui sektor pekerjaan 3D (Dirty, Danger, Difficult) di negara ini masih belum
memanfaatkan sepenuhnya warganegara tempatan sehingga meningkatkan aliran
keluar wang ke luar negara serta menyebabkan kadar pengangguran meningkat dalam
kalangan warga tempatan. Majoriti banduan di institusi penjara adalah di peringkat
umur produktif iaitu dalam kalangan belia. Oleh yang demikian, tenaga mereka ini
boleh digunakan untuk mengisi pekerjaan ini. Oleh yang demikian, diharapkan
majikan dapat memberi peluang kepada belia banduan ini mereka dapat meneruskan
kelangsungan hidup dan mereka ini juga adalah aset negara yang perlu dilibat sama
dalam memacu kemajuan negara.
Walaupun di dalam penjara terdapat jalinan kerjasama antara pihak penjara dan
industri namun ia sekadar terhenti setakat dalam tembok sahaja. Jalinan kerjasama ini
perlu diteruskan di luar tembok batu ini dengan memberi peluang pekerjaan kepada
belian banduan. Kebanyakan belia banduan mempunyai kemahiran yang setaraf
dengan tenaga mahir di luar sana dan ianya adalah kerugian kepada negara sekiranya
banduan tidak diberi peluang serta ruang untuk bekerja mengikut kepakaran masing-
masing. Jabatan Penjara Malaysia telah menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
bagi 10 bidang kemahiran menerusi program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
melibatkan 38 institusi penjara di seluruh negara. Antara produk yang dihasilkan oleh
banduan ialah barangan kraftangan, batik, songket makanan dan pelbagai lagi. Oleh
yang demikian, agensi pekerjaan di saran memberi sokongan kepada bekas banduan
dengan menerima mereka untuk pekerja dan mengiktiraf kemahiran mereka.
Selain itu, Jabatan Penjara juga telah memberikan pendidikan formal seperti
Sekolah Integrasi, pendidikan di peringkat master dan PhD kepada para banduan
bagi memastikan belia banduan ini tidak ketinggalan dari segi peluang pendidikan.
Keberjayaan program ini bukan sekadar pengisisan pendidikan bagi memenuhi
masa lapang belia banduan di dalam penjara, namun Jabatan Penjara berhasrat bagi
menyediakan tenaga mahir untuk memastikan masa depan belia banduan ini terjamin.
Justeru, agensi pekerjaan dan universiti seharusnya memandang graduan daripada
118
Belia di Institusi Penjara: Hakikat dan Cabarannya
penjara ini untuk ditempatkan di agensi mereka. Ini merupakan satu sokongan moral
bagi memberi peluang kedua kepada para belia banduan untuk meneruskan kehidupan
seperti sedia kala.
Kesimpulan
Malaysia mempunyai wawasan yang jelas untuk menjadi sebuah negara maju
berasaskan acuan sendiri menjelang tahun 2020. Dalam usaha merealisasikan
wawasan tersebut, tidak dapat dinafikan pembangunan manusia merupakan teras
untuk mencapai matlamat ini. Rakyat Malaysia yang berkualiti tinggi serta kaya
dengan nilai dan sejahtera rohani menjadi paksi untuk menegakkan wawasan 2020.
Matlamat ini bukan sahaja tertumpu kepada masyarakat tertentu namun ia melibatkan
semua lapisan masyarakat termasuk golongan banduan. Namun, untuk mencapai
matlamat tersebut pelbagai cabaran perlu diatasi, seperti aspek pemulihan banduan,
stigma masyarakat dan peluang pekerjaan supaya dapat mencapai tahap kesejahteraan
hidup yang baik dalam kalangan belia banduan ini. Jabatan Penjara dan orang awam
perlu sedar bahawa pesalah yang ditahan di penjara merupakan sebahagian daripada
anggota masyarakat dan akan kembali ke pangkuan masyarakat. Sekiranya mereka
tidak dipulihkan, mereka mungkin terus melakukan jenayah dan hal ini bakal
mengancam keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Oleh yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan yang besar bagi
memastikan banduan terus pulih. Penerimaan banduan kepangkuan masyarakat perlu
diterima tanpa sebarang syarat supaya banduan merasa mereka dihargai dan diterima.
Hal ini bagi memastikan banduan terus pulih dan mengelakan dari melakukan
jenayah berulang. Majoriti banduan adalah dalam kalangan belia, justeru golongan
ini perlu diberi peluang kedua bagi memastikan sumber tenaga muda digunakan
sebaiknya dalam memacu pembangunan negara. Kita semua adalah merupakan agen
pemulih terhadap banduan. Sudah pastinya masyarakat merupakan agen terpenting
kerana masyarakat merupakan golongan yang sentiasa berada di sekitar kehidupan
banduan dan bekas banduan. Oleh itu sokongan dan penghargaan terhadap bekas
banduan terutamanya golongan belia banduan perlu diterjemahkan melalui tindakan
kita terhadap penerimaan mereka tanpa prejudis. Banduan merupakan sebahagian
daripada masyarakat oleh itu ia merupakan tanggungjawab kita bersama.
Rujukan
Haslinda, A., Asnarulkhadi, A. S., Bahaman, A. S., Mohd Roslan, R., Murni, W. N.,
Dzuhailmi, D. & Siti Rahah, H. (2016). Kajian Impak Program Pemulihan
Banduan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Jabatan Penjara Malaysia (2016a). Statistik penjara 2016. Kajang: Ibu Pejabat Jabatan
Penjara Malaysia.
119
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Jabatan Penjara Malaysia (2016b). Statistik Bilangan Pelajar Di Sekolah Henry
Gurney Dan Sekolah Integriti. Dimuat naik pada 30 Jun 2017 di laman
http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-bilangan-pelajar-di-
sekolah-henry-gurney-dan-sekolah-integriti. Sehingga 31 Mei 2016
Jabatan Penjara Malaysia (2014a). Perlepasan Banduan Secara Lesen. Kajang: Ibu
Pejabat Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia (2014b). Program Pembangunan Insan. Kajang: Ibu
Pejabat Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia (2013). Sistem Parol. Kajang: Ibu Pejabat Jabatan Penjara
Malaysia
Shamrahayu, A. Z. (2010). Hak Asasi Banduan dan Undang-Undang di Malaysia:
Analisis Permulaan. KANUN: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 22(3), pp.
1-21.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) (2005). Konvensyen Mengenai
Hak Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM)
Unit Perancang Ekonomi (2015). Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).
Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Walmsley, R. (2013). World Prison Population List (10th Edition). London, United
Kingdom: International Centre For Prison Studies.
Wan Roslili, A. M. & Najibah, M. Z. (2015). Isu Dalam Penahanan dan Pemulihan
Banduan di Malaysia. KANUN: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 27(1),
pp 143-168.
120
Pembangunan Belia Orang Asli di Malaysia: Satu Ulasan
Pembangunan Belia Orang Asli di Malaysia:
Satu Ulasan
Mohd Roslan Rosnon, Asnarulkhadi Abu Samah & Haslinda Abdullah
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Pengenalan
TN50, atau Transformasi Nasional 2050, merupakan satu inisiatif pembangunan
negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh
matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun. Kejayaan dalam merealisasikan
Transformasi Nasional (TN50) menjelang 2050 memerlukan kerajaan mendengar
aspirasi dan pandangan golongan muda di negara ini. Ini bermakna para belia hari
ini merupakan generasi penerus kesinambungan pembangunan negara yang akan
menikmati manfaatnya pada masa akan datang. Belia Orang Asli juga tidak terkecuali
dalam menyumbang dan mendokong aspirasi ini demi kemakmuran negara pada
masa akan datang. Namun, adakah kemakmuran negara akan dapat di rasai oleh
semua golongan dan lapisan masyarakat di negara ini? Isu mengenai keterpinggiran
masyarakat Orang Asli sering menjadi tumpuan sarjana dalam perbincangan tentang
pembangunan sesebuah negara. Ini adalah atas dasar bahawa tidak semua komuniti
dalam sesebuah negara mendapat hak dan kesaksamaan seperti yang diidamkan
dalam mengecapi arus perdana pembangunan. Sering kali kita terdengar masyarakat
Orang Asli terpinggir dari arus pembangunan. Adakah ia benar atau persepsi semata-
mata? Namun yang jelas ialah, masyarakat Orang Asli masih ketinggalan dalam
pembangunan berbanding dengan masyarakat lain yang kelihatan lebih maju dan
berdaya saing.
Oleh yang demikian, perancangan pemimpin dan kerajaan pada hari ini adalah
penting bagi melaksanakan agenda pembangunan secara holistik dan merangka
persiapan untuk negara melangkah ke fasa kemajuan yang lebih mencabar menjelang
2050. Hal ini bagi memastikan setiap masyarakat di Malaysia ini akan dapat merasai
nikmat pembangunan itu sendiri. Selaras dengan itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) telah merangka dan Pelan Strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli 2016 –
2020 bagi memastikan pembangunan masyarakat Orang Asli selaras dengan inspirasi
negara dalam menuju sebagai sebuah negara maju. Pelan strategik ini merupakan
kesinambungan daripada Pelan Strategik JAKOA 2011-2015 yang mempunyai 7 teras
dan salah satu terasnya adalah memberi fokus kepada modal insan dan kemahiran
belia. Teras ini adalah sangat penting bagi memberikan kesediaan dari segi minda,
rohani dan spiritual terhadap Orang Asli untuk menempuh pembangunan yang lebih
mencabar supaya mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan.
121
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Populasi Belia Orang Asli
Akta 134 dalam Perlembagaan Malaysia ada mendefinisikan Orang Asli. Dalam Fasal
3(i) Akta 134 diungkapkan takrifan tentang siapa yang dianggap sebagai Orang Asli
di sisi undang-undang. Kesemua bahagian Fasal 3(i) a, b dan c menegaskan bahawa
Orang Asli itu hanya boleh dianggap sebagai Orang Asli selagi seseorang itu bercakap
dalam bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli, adat dan kepercayaan
Orang Asli (Hassan, 1998). Orang Asli adalah istilah Melayu yang bermaksud ‘orang
asal’ atau ‘first people’ (Nicholas, 2000, p. 1). Masyarakat Orang Asli adalah antara
kelompok peribumi yang mendiami semenanjung Malaysia. Pada dasarnya mereka
terbahagi kepada tiga kelompok utama, iaitu kelompok Melayu-Proto, Senoi dan
Negrito (sila rujuk jadual 1). Setiap kelompok ini terbahagi pula kepada beberapa
suku kaum yang menjadikannya 18 suku kaum. Orang Asli boleh dianggap sebagai
kumpulan minoriti pribumi Malaysia, berbanding dengan kumpulan minoriti lain
seperti masyarakat India dan Cina. Penduduk Orang Asli pada tahun 2010 adalah
178, 197, hanya 0.6% daripada penduduk Malaysia seramai 28.3 juta (Department of
Orang Asli Development, 2011, p. 19).
Jadual 1:Penempatan dan Pembahagian Suku Kaum Orang Asli
di Semenanjung Malaysia
Suku Suku Kaum Kawasan dan Asal Usul
Bangsa
Negrito Kintaq, Kinsew, Penghuni di hutan belantara di kawasan Utara
Jahi, Mendriq, Semenanjung Malaysia, terutamanya di Kedah,
Bateq, Lanoh Kelantan, Perak dan Selatan Thailand
Senoi Semai, Temiar, Penghuni di hutan dan pinggir hutan di negeri
Che’Wong, Jahut, Perak, Pahang Kelantan dan Selangor. Ketua
dipanggil Batin dan dibantu oleh Jenang, Juru
Semaq Beri, Kerah dan Panglima (hidup secara berkelompok
Mahmeri sekitar 50-100 keluarga).
Melayu Temuan, Semelai, Penghuni di tanah rendah dan pesisir pantai
Proto Jakun/Temoq, Semenanjung Malaysia. Kebanyakannya
Orang Kanaq, terdapat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka
Orang Seletar, dan Johor. Mereka dipercayai berasal dari
Orang Kuala Yunan, China.
(Sumber daripada JHEOA, 2004 dan telah dimodifikasi oleh Mohd Roslan, 2010, p. 27)
Dari segi populasi dalam kalangan belia Orang Asli, mengikut statistik yang
dikeluarkan oleh JAKOA pada tahun 2016, seramai 92388 orang merupakan belia
yang berumur 15 hingga 40 tahun (rujuk jadual 2). Jumlah ini merupakan satu jumlah
yang besar iaitu lebih kurang 52 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi
orang asli adalah berumur 15 hingga 40 tahun. Ia merupakan satu angka yang besar
dan memberi impak untuk masa hadapan. Hal ini kerana, golongan ini merupakan
122
Pembangunan Belia Orang Asli di Malaysia: Satu Ulasan
golongan yang akan mencorak dan meneruskan kesinambungan nilai, warisan dan
budaya Orang Asli serta penentu kepada kemakmuran masyarakat Orang Asli pada
masa kini dan akan datang. Oleh yang demikian, golongan ini perlu dibentuk dengan
baik supaya ia selari dengan impian negara untuk menjadi sebuah negara maju
menjelang 2020.
Jadual 2: Bilangan Belia Orang Asli mengikut Jantina dan Umur
KUMPULAN UMUR LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PENDUDUK
15 - 20 TAHUN 13,404 12,768 26,172
21 - 30 TAHUN 20,078 19,178 39,256
31 - 40 TAHUN 14,450 12,510 26,960
JUMLAH 47,932 44,456 92,388
(Sumber: Department of Orang Asli Affairs, 2016, p. 29)
Pembangunan Belia Orang Asli
Pembangunan belia minoriti adalah satu isu yang penting dalam pembangunan
negara. Namun begitu subjek ini masih dianggap sebagai satu isu yang mudah dan
kurang mendapat perhatian (Samsudin, 2007). Walhal cabaran yang sedang dihadapi
oleh generasi belia minoriti hari ini dalam membentuk jati diri yang diharapkan oleh
masyarakat dilihat sangat sukar di era globalisasi ini di mana zaman menunjukkan
perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat. Umum mengetahui,
transformasi sosial yang berlaku dalam negara pada abad ke-21 ini telah memberikan
implikasi yang besar kepada gaya fikir dan gaya hidup generasi belia arus perdana dan
belia minoriti terutamanya Orang Asli. Isu dan cabaran yang dihadapi golongan belia
Orang Asli hari ini adalah manifestasi persekitaran yang terbentuk seiring dengan
kemajuan ekonomi dan perkembangan ICT. Walau bagaimanapun tidak dinafikan
bahawa perkembangan teknologi maklumat juga banyak memberikan kesan yang
positif kepada belia. Namun adakah belia Orang Asli juga menikmati manfaat itu?
Atau sebenarnya ia menyebabkan jurang yang semakin melebar? Hal ini adalah
disebabkan aksesbiliti yang terhad dari aspek ekonomi dan sosial.
Oleh itu, usaha membangunkan belia Orang Asli adalah berat dan memerlukan
penglibatan banyak pihak terutama agensi kerajaan. Masalah utama sebilangan besar
belia Orang Asli adalah tahap pendidikan yang rendah dan peluang ekonomi yang
terhad. Tahap pencapaian akademik dalam kalangan anak-anak Orang Asli masih
rendah, berbanding kaum lain di negara ini (Mohd Roslan, 2014, 2015; Mohd Roslan
& Sara, 2015). Dalam keadaan negara memerlukan tenaga terlatih dan berkemahiran,
kelayakan akademik Orang Asli ini tidak dapat membantu mereka untuk menyumbang
secara lebih positif kepada pembangunan negara. Tanpa kelayakan sewajarnya
mereka tidak mampu menjawat jawatan yang baik yang menjanjikan pendapatan yang
lumayan. Akibatnya, mereka akan terus berada dalam kancah kemiskinan ditambah
dengan ketiadaan sumber lain (tanah, hutan) yang produktif bagi meningkatkan
123
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
kedudukan ekonomi mereka. Kemiskinan seterusnya mewujudkan pelbagai masalah
lain seperti keadaan pemakanan yang tidak memuaskan, taraf kesihatan yang rendah,
dan umumnya kualiti hidup yang tidak memuaskan. Justeru, ia memberi kesan yang
besar terhadap kualiti hidup dan kemakmuran pembangunan yang seimbang.
Pembangunan Kemahiran Belia Orang Asli
Wawasan 2020 adalah fokus utama Malaysia dalam mencapai impiannya untuk
menjadi sebuah negara maju. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, aspek
pendidikan menjadi fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang ketinggalan
dalam arus perdana. Justeru, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan
Orang Asli untuk meningkatkan taraf pendidikan dalam kalangan Orang Asli melalui
anisiatif program jangka pendek dan panjang yang telah dan akan dilaksanakan.
Melalui Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli, 2011-2015 telah menggariskan melalui
Teras 1 iaitu Pembangunan Modal Insan, Strategi ke-5 bagi melahirkan tenaga kerja
Orang Asli yang terlatih. Justeru, sebanyak RM1.5 juta peruntukan disediakan untuk
melaksanakan pelbagai program seperti Program Karnival Kerjaya Orang Asli,
Program ‘Job On Training dan Program ‘Jejak Kerjaya’ (Department of Orang Asli
Development, 2011, p. 84). Kesemua program ini adalah bagi memastikan masyarakat
Orang Asli terus terdedah kepada prospek kerjaya yang lebih bersasar dan juga bagi
meningkatkan ekonomi mereka. Program-program ini merupakan kesinambungan
program-program sebelum ini yang bermula daripada Rancangan Malaysia Ke-8
(RMKe-8) sehingga kini.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-8, kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan
dan Pendidikan (PLP) dengan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi
membolehkan kumpulan masyarakat Orang Asli mengikuti kursus-kursus latihan
jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk kemahiran asas MLVK (Sijil
Kemahiran Malaysia SKM I & SKM II) (Department of Orang Asli Development,
2011). Melalui program ini, ia dapat meningkatkan kemahiran masyarakat Orang
Asli supaya mereka mampu mendapat pekerjaan atau mengusahakan perniagaan
perkhidmatan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya
mengeluarkan mereka serta keluarga dari belenggu kemiskinan. Antara sektor
kemahiran yang ditawarkan adalah seperti berikut:
• Jahitan
• Kerani Tempahan dan Tiketan
• Penyedia Makanan
• Prime Mover operator
• Masakan
• Pemprosesan makanan
• Baik pulih komputer
• Mekanik motor
• Elektrikal
• Dandanan/kecantikan/gunting rambut
124
Pembangunan Belia Orang Asli di Malaysia: Satu Ulasan
• Marin
• Hiasan dalaman
• Kraf tangan
• Pembuatan bot fibre glass
• Pemandu pelancong
• Pemandu kereta motor/bot
• Baik pulih telefon bimbit, kasut dan sebagainya
Walau bagaimanapun, dalam memilih bidang-bidang kemahiran yang akan dibiayai
oleh kerajaan, JAKOA berperanan penting untuk menyesuaikan bidang-bidang
kemahiran yang disediakan dengan minat dan kemampuan peserta mengikut kehendak
pasaran semasa. Oleh yang demikian, minat terhadap sesuatu kerjaya perlu dipupuk
dan di semai dalam jiwa raga kanak-kanak Orang Asli bermula di peringkat sekolah
lagi. Selain daripada kemahiran yang ditawarkan, terdapat juga pelajar-pelajar
cemerlang Orang Asli yang diberikan biasiswa dan dihantar ke institusi pengajian
luar negara dan di dalam negara.
Sungguhpun begitu, Malaysia kini dalam fasa Revolusi Perindustrian Ke Empat
(Industri 4.0). Revolusi perindustrian pertama tertumpu pada penggunaan mesin
berkuasa wap, kedua pada elektrik untuk mengubah barisan pemasangan dan ketiga
berkisar kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk terus mengautomasikan
lagi barisan pengeluaran. Revolusi Perindustrian Ke Empat ini akan menyaksikan
Internet of Things (IoT) membaik pulih bukan sahaja perniagaan, tetapi hampir semua
aspek kehidupan seharian. Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi belia Orang
Asli. Hal ini kerana jika dianalisis kepada program kemahiran yang disediakan kepada
belia Orang Asli, meraka masih lagi berada di tahap antara revolusi kedua dan ketiga.
Justeru, mereka masih jauh ketinggalan. Sudah pasti cabaran yang besar akan bakal
dihadapi oleh belia Orang Asli dari segi kerjaya dan masa depan mereka. Oleh itu,
pelan pembangunan terhadap belia Orang Asli seharusnya seiring dengan kehendak
Industri 4.0 supaya mereka menjadi sebahagian dari sumber tenaga kerja dan dapat
menyumbang kepada pembangunan negara. Sudah pastinya JAKOA sebagai badan
dan agen perubahan kepada masyarakat Orang Asli perlu mengambil langkah drastik
dengan memberikan latihan yang memberi fokus kepada tuntutan semasa terutamanya
Industri 4.0. Hal ini kerana, melalui program ini diharapkan dapat mencapai matlamat
utamanya iaitu untuk membangunkan ekonomi masyarakat Orang Asli dan keluar
dari kepompong kemiskinan.
Pembangunan Transformasi Pendidikan Tinggi Orang Asli
Jabatan Kemajuan Orang Asli juga tidak lari dalam merencanakan program
pendidikan tinggi dalam kalangan belia Orang Asli. Pelbagai anisiatif seperti
insentif dan biasiswa dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya telah diberikan kepada murid Orang Asli
yang cemerlang. Biasiswa ini bukan sahaja diberikan diperingkat pengajian di dalam
negara malah pengajian luar negara juga di taja. Mengikut statistik yang dikeluarkan
125
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli, seramai 765 pelajar Orang Asli yang menuntut di
institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara (rujuk jadual jadual 3) (Department
of Orang Asli Affairs, 2016). Bidang jurusan yang diikuti adalah pelbagai dan berbeza
peringkat pengajian.
Jadual 3: Bilangan Pelajar Orang Asli di Institusi Pengajian Tinggi
TAHUN MATRIKS/ SIJIL PRA- DIPLOMA IJAZAH JUMLAH
ASASI DIPLOMA
2010 7 55 2 167 236 467
2011 5 48 8 203 254 518
2012 23 55 17 284 312 691
2013 22 52 63 370 332 839
2014 25 33 108 420 238 824
2015 6 44 54 431 269 804
2016 12 25 48 373 298 756
(Sumber: Department of Orang Asli Affairs, 2016, p. 71)
Bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) pula, ia ditawarkan kepada pelajar Orang
Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM, Diploma serta
Ijazah dan mendapat CGPA 3.00 dan keatas. Program ini dilaksanakan dengan
kerjasama beberapa agensi penajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program ini
telah bermula pada tahun 2012 (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
2016). Dalam tahun 2016, seramai 18 orang pelajar Orang Asli layak menyambung
pengajian ke luar negara dan sehingga tahun 2016 seramai 72 Orang Pelajar Orang
Asli telah dan akan melanjutkan pengajian ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana
Muda, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang (Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, 2016, p. 1). Jadual 4 merupakan data pelajar Orang Asli
di luar negara. Program Ijazah Luar Negara ini merupakan satu strategi kerajaan ke
arah meningkatkan peluang bagi pelajar- pelajar Orang Asli mendapat pendidikan ke
peringkat yang tertinggi khususnya di Universiti luar negara.
Jadual 4: Bilangan Pelajar Orang Asli di Luar Negara
TAHUN JUMLAH
2010 1
2011 4
2012 7
2013 14
2014 14
2015 14
2016 18
JUMLAH 72
(Sumber: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 2016, p. 1)
126
Pembangunan Belia Orang Asli di Malaysia: Satu Ulasan
Pendidikan tinggi belia Orang Asli menunjukkan peningkatan bilangan kemasukan
pelajar ke institusi pengajian tinggi dari tahun ke tahun. Namun, dari segi perencanaan
dan hala tuju pendidikan tinggi bagi belia Orang Asli tidak mempunyai arah yang
jelas. Belia Orang Asli yang memasuki institusi pengajian tinggi mengambil bidang
yang berbeza-beza mengikut minat dan pencapaian akademik mereka. Tiada
perencanaan yang baik dan kemas sasaran bidang yang ingin dikuasai dan diperlukan.
Adalah menjadi satu harapan, jika Jabatan Kemajuan Orang Asli mempunyai jalinan
kerjasama yang akrab dengan institusi pengajian tinggi dari segi pengambilan
khas pelajar Orang Asli terhadap sesuatu jurusan tertentu mengikut keutamaan dan
keperluan semasa yang dianggap penting dan kritikal untuk pembangunan belia Orang
Asli. Kaedah ini pernah dilakukan di Australia, dengan penumpuan bidang pendidikan
tinggi untuk Aboriginal People dan Torres Strait Islander adalah mengikut keperluan
semasa yang dianggap kritikal dalam menyelesaikan sesuatu isu dan permasalahan
yang dihadapi oleh Aboriginal People dan Torres Strait Islander.
Di Australia, pada tahun 1960an, pengambilan pelajar ke isntitusi pengajian tinggi
dalam kalangan Aboriginal People dan Torres Strait Islander adalah berfokus kepada
jurusan pendidikan menjadi keutamaan (Watts, 1981, 1982; Watts & Gallacher, 1964)
bagi menyelesaikan isu berkenaan keciciran dalam kalangan Aboriginal People dan
Torres Strait Islander. Hal ini adalah kerana bagi melatih dan meramaikan guru dalam
kalangan mereka (Aboriginal People sendiri) supaya dapat menarik minat golongan
Aboriginal People dan Torres Strait Islander untuk ke sekolah dan menerima
pendidikan formal. Kesannya, pencapaian pendidikan dalam kalangan Aboriginal
People dan Torres Strait Islander memberangsangkan dan ramai bijak pandai dapat
dilahirkan. Kemudian, pendidikan tinggi bagi Aboriginal People dan Torres Strait
Islander berfokus kepada bidang kejururawatan, sains sosial dan sebagainya. Pada hari
ini mereka lebih memberi fokus kepada bidang sains dan teknologi untuk meramaikan
pakar dalam kalangan Aboriginal People and Torres Strait Islander mengusai bidang
tersebut (Ministerial Council for Education Early Childhood Development and Youth
Affairs, 2010). Hal ini adalah penting bagi memastikan setiap bidang dapat dikuasai
oleh mereka.
Kaedah ini boleh juga diaplikasi di Malaysia. Pengenalpastian kepada bidang
keutamaan perlu ditentukan oleh JAKOA berdasarkan isu dan permasalahan semasa.
Pengambilan khas ke insitusi pengajian tinggi perlu diberikan kepada pelajar Orang
Asli supaya ia dapat membantu belia Orang Asli dalam menyelesaikan isu dan
permasalahan semasa. Pemfokusan ini adalah penting bagi memastikan belia Orang
Asli dapat mengusai sesuatu bidang yang menjadi keperluan semasa dan akhirnya
akan terus berkembang dan cemerlang. Road mapping ini perlu ada dalam kamus
pentadbiran JAKOA supaya hasrat dan matlamat untuk melihat belia Orang Asli maju
dan berkembang seiring arus perdana dapat direalisasikan.
127
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Program Pembangunan Keusahawanan
Pogram pembangunan usahawan dalam kalangan Orang Asli telah diberi fokus
penting dalam mewujudkan masyarakat Orang Asli terutamanya belia yang terlibat
dengan peniagaan serta dapat meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi mereka.
Justeru, pelbagai program dan bantuan diberikan serta khidmat nasihat bagi
memastikan lebih ramai usahawan dilahirkan dalam kalangan belia Orang Asli.
Kerjaya sebagai usahawan ini dilihat mampu memberikan peluang kepada belia
Orang Asli untuk menjana pendapatan mereka kerana kebanyakan penempatan Orang
Asli terletak dikawasan pinggir dan pedalaman dan jauh dari kawasan kegiatan
ekonomi. Oleh yang demikian, kerjaya usahawan membuka ruang kepada masyarakat
Orang Asli terutamanya untuk memperkembangkan kerjaya seiring dengan latihan
kemahiran yang telah diberikan. Sehingga tahun 2015 seramai 534 orang usahawan
telah dilahirkan (rujuk jadual 5) dalam kalangan masyarakat Orang Asli merangkumi
pelbagai bentuk perniagaan seperti kedai jahitan, bengkel, kedai runcit dan sebagainya
(Department of Orang Asli Affairs, 2015, 2016)
Jadual 5: Bilangan Usahawan dalam Kalangan Orang Asli
NEGERI BILANGAN USAHAWAN
Kelantan 50
N. Sembilan 51
Perak 66
Selangor 79
Johor 84
Pahang 204
JUMLAH 534
(Sumber: Department of Orang Asli Affairs, 2016, p. 89)
Program Pembangunan Keusahawanan perlu bersifat holistik dan dinamik. Hal ini
kerana, bantuan bukan hanya tertumpu kepada bantuan modal ekonomi malah ia perlu
mencakupi modal sosial dan insan. Smart partnership ini perlu bersifat berpanjangan.
Hal ini bagi memastikan belia dan masyarakat Orang Asli terus berdaya maju dan
memiliki konsitensi dalam menceburi bidang perniagaan. Kemahiran keusahawanan
adalah elemen yang paling utama bagi memberi input kepada belia Orang Asli.
Kemahiran ini bukan bererti mengadakan seminar, latihan dan kursus semata-mata
malah ia perlu mencakupi elemen sokongan dan dokongan dari segi pemasaran,
promosi, kemahiran ICT dan sebagainya. Kerjasama erat pemodal (Agensi) dan
perlaksana (belia Orang Asli) perlu untuk jangka masa yang lebih panjang sehingga
perlaksana benar-benar boleh berdiri dengan kaki sendiri. Orang Asli perlu di treat
begitu kerana mereka perlukan bimbingan yang lebih dekat dan konsisten supaya
mereka benar-benar dapat menguasai teknik perniagaan.
128
Pembangunan Belia Orang Asli di Malaysia: Satu Ulasan
Kesimpulan
Sungguhpun masyarakat Orang Asli sering dilabelkan sebagai masyarakat yang
terpinggir dan miskin, namun perubahan masa serta kedinamikan kemajuan telah
membawa kepada perubahan dari segi sosioekonomi mereka. Oleh itu, belia Orang
Asli perlu diberikan bimbingan secara berterusan supaya lebih ramai lagi yang
berjaya dan bekerjaya seperti masyarakat arus perdana. Dalam mencapai TN50,
belia Orang Asli perlu mengubah pemikiran dan keluar daripada kepompong supaya
tiada jurang perbezaan antara mereka dengan kaum lain di negara ini. JAKOA juga
perlu memainkan peranan dan bersungguh-sungguh bagi membantu belia Orang Asli
bagi mencapai hasrat TN50 ini. Walaupun dasar sedia ada hari ini banyak menumpu
sekadar bagi mencapai Wawasan 2020, namun penulis tetap optimis bahawa landasan
kemajuan yang digariskan hari ini mendokong dan memberi kelangsungan bagi
mencapai aspirasi TN50. Kita perlu terima hakikat bahawa pembangunan ini sifatnya
adalah dinamik dan semasa. Oleh yang demikian, corak pembangunan hari ini adalah
menjadi asas kepada kemajuan masa hadapan.
Oleh itu, pendidikan merupakan elemen yang sangat penting yang boleh mencetuskan
perubahan dan kemajuan dalam masyarakat Orang Asli dalam mendepani hasrat
TN50. Kegagalan generasi muda memajukan diri mereka melalui pendidikan akan
mengakibatkan masyarakat Orang Asli terus terpinggir. Pendidikan merupakan alat
yang mampu merubah pemikiran dan mengeluarkan belia Orang Asli dari kepompong
mereka hari ini. Generasi muda ini lah adalah tonggak harapan untuk mengubah
nasib dan cara kehidupan moden sejajar dengan pembangunan masa kini. Justeru,
pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dan
progresif bagi merencanakan elemen pembangunan yang lebih segar dan semasa bagi
memastikan belia Orang Asli seiring dengan belia arus perdana.
Selain itu, pembangunan yang diharapkan adalah satu bentuk pembangunan yang
dapat memberikan kesejahteraan hidup serta kelangsungan budaya dan jati diri
sesebuah bangsa. Justeru, adalah menjadi satu cabaran yang besar bukan sahaja belia
Orang Asli malah belia arus perdana bagi memastikan kemajuan yang dikecapi tidak
pernah menidakkan dan menghapuskan nilai, budaya dan jati diri. Pembangunan perlu
bersifat lokal dan acuan sendiri. Sesungguhnya masyarakat Orang Asli merupakan
masyarakat yang unik dan perlukan perhatian yang mendalam. Analisis keperluan
perlu dibuat sebelum sesuatu pembangunan diajukan kepada mereka. Ini bagi
memastikan pembangunan yang direncanakan untuk mereka disambut dengan tangan
yang terbuka. Adalah menjadi satu harapan apabila Malaysia mencapai tahap negara
maju pada tahun 2020 dan kelangsungan kemajuan pada 2050 nanti, masyarakat
Orang Asli juga diharapkan dapat bersama-sama menikmati kesejahteraan hidup
sebagai mana yang dinikmati oleh kaum dan bangsa lain di negara ini.
129
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Rujukan
Department of Orang Asli Affairs. (2015). Statistik Usahawan Orang Asli 2011-2015.
Retrieved from http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-
usahawan-orang-asli-2011-2015
Department of Orang Asli Affairs. (2016). Data Maklumat Asas Orang Asli 2016.
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia.
Department of Orang Asli Development. (2011). Pelan Strategik Jabatan Kemajuan
Orang Asli 2011-2015 (Strategic Plan of Department of Orang Asli
Development 2011-2015). Kuala Lumpur: Department of Orang Asli
Development (JAKOA).
Hassan, M. N. (1998). Masyarakat Orang Asli dan Akta 134 (Akta Orang Asli):
Kaitannya dengan pembangunan. In M. N. Hassan (Ed.), Warga Pribumi
Menghadapi Cabaran Pembangunan (pp. 88-120). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. (2016). Latar Belakang Program
Ijazah Luar Negara. Retrieved from http://www.rurallink.gov.my/program-
ijazah-luar-negara-orang-asli/
Ministerial Council for Education Early Childhood Development and Youth Affairs.
(2010). Aboriginal and Torres Strait Islander Education Plan 2010-2014.
Carlton South Victoria: Ministerial Council for Education, Early Childhood
Development and Youth Affairs (MCEECDYA).
Mohd Roslan, R. (2010). Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Sebagai Petunjuk
Pembangunan Komuniti Orang Asli Di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
(Master Master), Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Mohd Roslan, R. (2014). Challenges on the Orang Asli’s Rights in Mainstream
Education in Malaysia: An Overview. Malaysian Journal on Human Rights,
57-72.
Mohd Roslan, R. (2015). Orang Asli Education Policy: Equity and Recognition.
Paper presented at the International Conference on Access to Justice for
Indigenous Peoples: An Inclusive and Integrated Approach to Human
Rights 2015, University Malaya.
Mohd Roslan, R., & Sara, C. (2015). Discourse Of Indigenous Education Policy:
The Malaysian Case. International Journal for Innovation Education and
Research, 3(10), 126-140.
130
Pembangunan Belia Orang Asli di Malaysia: Satu Ulasan
Nicholas, C. (2000). The Orang Asli and the Contest for Resources: Indigenous
Politics, Development and Identity in Peninsular Malaysia. Copenhagen:
International Work Group for Indigenous Affairs.
Samsudin, A. R. (2007). Generasi Belia: Satu Cetusan Pandangan. Putrajaya: Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia.
Watts, B. H. (1981). The Report of Aboriginal Futures: Review of research and
Developments and Related Policies in the Education of Aborigines.
Retrieved from Brisbane:
Watts, B. H. (1982). Aboriginal Futures: Review of Research and Developments and
Related Policies in the Education of Aborigines A Summary. Retrieved from
Canberra:
Watts, B. H., & Gallacher, J. D. (1964). Report on An Investigation into the Curriculum
and teaching methods used in Aboriginal Schools in the Northern Territory.
Canberra: Minister of State and Territories, Parliament House.
131
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Persilatan dan Pembangunan Komuniti Belia –
Kes Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
1,2 Asnarulkhadi Abu Samah & 2Shukri bin Janudin
1 Institut Pengajian Sains Sosial, UPM
2Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Pengenalan
Pengertian pembangunan komuniti seharusnya tidak hanya tertumpu kepada usaha
memperbaiki keadaan ekonomi sahaja. Sejak merdeka usaha berkaitan dengan
pembangunan ekonomi komuniti telah banyak diperkatakan sama ada dalam media,
tulisan rencana, debat mahu pun kajian impirikal oleh para sarjana. Ruang lingkup
masa yang merentasi perbincangan sangat panjang bermula dari era pra merdeka,
era Dasar Ekonomi Baru (DEB), pasca DEB hinggalah sekarang iaitu era menjelang
tahun 2020. Kurang sangat diketengahkan peranan badan bukan kerajaan (atau
lebih dikenali sebagai Non-govermental Organisation, NGO) dalam membangunkan
komuniti. Ini mungkin di sebabkan pengertian pembangunan komuniti begitu
terfokus kepada aspek ekonomi dan program khusus yang direncanakan untuk
memperbaiki ekonomi komuniti berkaitan. Sebenarnya pembangunan komuniti perlu
dilihat dalam konteks yang lebih luas yang menyentuh keseluruhan aspek kehidupan
komuniti seperti kesihatan, komunikasi, pengangkutan, pendidikan, keselamatan,
perpaduan (termasuk integrasi komuniti) dan pembentukan aset atau modal manusia.
Ada diantara aspek ini yang boleh dijayakan oleh badan bukan kerajaan antaranya
seperti beberapa persatuan silat. tanah air. Antaranya ialah Persatuan Seni Silat Cekat
Malaysia (PSSCM) yang selama lebih daripada lima dekad telah menggerakkan
penglibatan komuniti pesilat supaya mencintai seni kebudayaan dan persilatan
Melayu secara sukarela, sambil cuba mengukuhkan penyatuan dalam kalangan ahli
yang rata-ratanya generasi belia. Bab ini cuba membincangkan bagaimana silat dan
persilatan menerusi persatuan seperti PSSCM ini mampu bergerak membangunkan
komuniti pesilat, khususnya belia tanah air.
Komuniti Pesilat
Umumnya, silat adalah seni mempertahankan diri seperti juga silambam, kung ku,
tekwan-do yang disertai oleh ramai belia mahupun orang dewasa. Malah ada diantara
seni ini telah diangkat statusnya sebagai sukan pada peringkat antarabangsa. Pada
perspektif umum, seni pertahanan diri ini sering dikaitkan dengan sesuatu etnik,
kaum atau bangsa. Hal ini disebabakan terdapat kecenderungan hanya satu kaum
sahaja yang mendominasi kepakaran seni tersebut, jumlah keahlian dalam organisasi
berkenaan, malah mudah juga dipersepsikan sesuatu seni mempertahankan diri itu
berasal dari kaum atau bangsa tertentu. Akibatnya, satu-satu seni mempertahankan
diri telah diasosiasikan dengan bangsa dan kaum komuniti tertentu - komuniti Cina
dengan kung-fu; komuniti India dengan silambam; dan silat bagi komuniti Melayu.
132
Persilatan dan Pembangunan Komuniti Belia – Kes Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Persepsi eksklusif inilah juga yang menzahirkan penglibatan etnik tertentu dalam
satu-satu jenis seni mempertahankan diri, sehingga mudah diperhatikan komuniti
pesilat biasanya disinonimkan dengan Melayu.
Dewasa ini, persepsi ini mudah disanggah. Perkembangan seni silat, seperti juga
tekwan-do dan ju-do, telah melewati sempadan etnik, bangsa dan wilayah. Silat yang
dikatakan sebagai warisan Melayu, kini telah berada di negara Barat seperti Amerika
Syarikat. Malah di tanah air sendiri, bangsa lain telah berjinak-jinak dengan seni
mempertahankan diri ini. Begitu juga dengan penglibatan etnik atau kaum Melayu
dalam persatuan tekwan-do, ju-do dan seumpamanya.
Namun, istilah “komuniti silat” masih boleh digunapakai, bukan melihatnya dari
persepsi eksklusif tetapi dari sudut kesatuan ahli-ahlinya. Jika kesatuan komuniti
terbina di atas kekuatan ikatan sosial sesama ahli komuniti, para pesilat juga
mempunyai ciri kesatuan itu. Kesatuan ini dimungkinkan oleh dua perkara iaitu
kesamaan minat dan kepentingan bersama dalam kalangan para pesilat. Minat untuk
bersama-sama menyertai kegiatan silat atau persatuan silat dalam kalangan individu
tanpa mengiran peringkat umur, jantina, warna kulit atau kepercayaan mampu
mewujudkan ikatan sosial yang kuat sesama mereka, apatah lagi jika di -sama
menjaya dan mempertahankan aktiviti mereka. Selain minat, kepentingan bersama
sesama ahli silat
Persilatan Melayu – penelitian pustaka
Kajian terhadap persilatan banyak dilakukan oleh para pengkaji sama ada dari dalam
mahupun luar negara. Namun kajian-kajian tersebut lebih membicarakan persoalan
falsafah, tokoh, nilai seni, adab, teknik serta kehebatan ilmu silat semata-mata.
Dalam konteks Malaysia, beberapa kajian telah memberi fokus kepada peranan
ilmu dan persatuan silat dalam konteks alam Melayu. Seawal tahun 60’an, Ahmad
(1967) pernah menulis mengenai Silat Terlak Nata: Pesaka Hulubalang Melayu yang
menjelaskan teknik-teknik buah pukulan di dalam silat tersebut yang berasal dari
etnik Minangkabau. Ku dan Wong (1978) pulah menjelaskan seni silat dari sudut
tafsiran, seni, falsafah dan fungsi di dalam masyarakat Melayu. Manakala Satoru
(2004) telah membincangkan peranan seni silat dalam pembentukan sosio-budaya
masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Farrer (2006) pula cuba merungkai
nilai dan sifat mistik yang terkandung di dalam Seni Silat Haqq. Sementara itu, Kechot
(2009) merungkai keunikan seni randai yang bersumberkan dari gerak pencak silat
yang berasal dari etnik Minangkabau, Sumatera yang telah tersebar luas di Negeri
Sembilan.
Terdapat juga beberapa penulisan berpendekatan sejarah mengenai persilatan Melayu,
selain daripada teknik silat itu sendiri. Halimah Hj. Ahmad (1978) menerusi kajiannya
bertajuk Hanafi bin Haji Ahmad dan Seni Silat Cekak memfokuskan penulisannya
kepada riwayat perjalanan hidup pengasas Silat Cekak dari tahun 1923 hingga 1977.
Mokhtar (1980) menulis mengenai perkembangan seni silat di negeri Melaka, disiplin
133
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
dan teknik Silat Melayu Melaka. Berbeza pula dengan Anuar (1987) yang juga
Guru Utama Silat Seni Gayung Fatani Malaysia, menulis mengenai perkembangan
dan teknik-teknik dalam silat olahraga. Pengkaji seperti Samsudin (2005) pula telah
membincangkan secara mendalam sejarah perkembangan, seni, teknik dan adat yang
terdapat dalam ilmu Silat Gayong. Sementara Kamdi (2008) menulis mengenai
sejarah perkembangan dan sistem pembelajaran Seni Silat Sendeng di Johor. Pengkaji
seperti Soh (1991) memberi tumpuan kepada sejarah perkembangan dan teknik-
teknik persilatan di dalam Silat Sekebun di Kelantan manakala Kadir & Basri (2001)
lebih memfokuskan kepada teknik-teknik dalam Seni Silat Jatuh di Pahang. Selain itu
terdapat juga penulis yang memberi fokus kepada satu-satu jenis persilatan Melayu
seperti Silat Cekak, antaranya Abdul Majid Ismail (PSSCM, 2015). Berlainan sedikit
dengan Megat Ainuddin (2009. Beliau walaupun memperkatakan tentang teknik silat
tetapi menfokuskan kepada teknik senaman silat yang sesuai dipelajari oleh kaum
wanita. Sumbangan nilai seni persilatan dalam pementasan teater dan drama pernah
diperkatakan oleh Latif (2012).
Ada juga dalam kalangan penulis yang memfokuskan kepada aspek modal insan
dan modal sosial dalam persilatan, walaupun istilah atau terma ini tidak mereka
gunakan dalam penulisan masing-masing secara khusus. Zain et al. (2002) misalnya
telah membincangkan kesan penekanan disiplin ilmu Silat Gayung terhadap para
pelajar di sebuah sekolah menengah di Johor Baharu. Manakala Esa et al. (2014)
pula membincangkan usaha Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) dalam
menyemai kemahiran insaniah terutamanya dari aspek kepimpinan di kalangan para
mahasiswa sebagai golongan belia di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
yang menyertai kegiatan ko-kurikulum Silat Gayong institusi pengajian tersebut.
Silat yang dahulunya yang hanya dianggap sebagai seni mempertahankan diri,
kini mendapat perhatian kerajaan. Shapie et al. (2016) antara penulis yang pernah
memperkatakan hal ini bila membicarakan inisaitif yang dilakukan oleh Pertubuhan
Seni Gayung Fatani ke arah merealisasikan konsep Seni Silat Malaysia berdasarkan
pengiktirafan kerajaan serta pencapaian pertubuhan tersebut dalam beberapa
kejohanan silat pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Daripada kajian pustaka
yang ringkas di atas dapat dirumuskan penelitian tertumpu kepada silat itu sendiri
– sejarah, jenis, asal silat tertentu, dan keahlian dan perluasan silat dalam kalangan
mereka yang masih belajar iaitu generasi belia.
Pembangunan Komuniti Belia Menerusi Persatuan Silat
Silat dan modal sosial
PSSCM mempunyai komuniti sasaran tersendiri iaitu masyarakat yang meminati dan
ingin mempelajari seni silat. Melalui ilmu seni silat, masyarakat khususnya generasi
muda diperkenalkan dan diajar dengan ilmu-ilmu mempertahankan diri. Dalam
proses pembelajaran silat, mereka turut diasuh dengan nilai-nilai mencintai seni
budaya, menghormati sesama manusia, menghargai nikmat keamanan serta menjaga
134
Persilatan dan Pembangunan Komuniti Belia – Kes Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
kerukunan negara. Asasnya seni merupakan sesuatu yang diciptakan oleh manusia
yang mengandungi nilai-nilai keindahan dan membangkitkan perasaan manusia
untuk memuja atau mengikutnya. Budaya menurut Shafii (2010) berakar umbi dari
seni yang halus dan menjadi sebuah sarana yang diciptakan manusia hingga menjadi
suatu kepercayaan, ikutan, adat-resam, nilai, undang-undang dan pemakaian harian
manusia. Seni silat pula merupakan salah satu dari cabang seni budaya. Menurut
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia - PESAKA (2015) seni silat ditafsirkan
sebagai satu ilmu dan sistem pertahanan diri yang diwarisi oleh orang-orang Melayu
di Nusantara sejak kurun ke 13. Pada masakini terdapat lebih 446 buah jenis silat di
Malaysia bernaung di bawah PESAKA.
Sebagai sebuah persatuan berteraskan persilatan dan kebudayaan, komuniti Silat
Cekak di bawah PSSCM mempunyai sifat dan skala lokaliti yang lebih meluas. Ini
memandangkan ahli-ahli PSSCM berada di pelbagai lokasi yang berbeza di seluruh
negara. Namun mereka tetap boleh bersatu padu di bawah kepimpinan seorang Guru
Utama dan Presiden. Ahli-ahli komuniti silat juga diasuh agar sentiasa bersatu dan
menyertai pelbagai program dan aktiviti persatuan walau di mana mereka berada.
Menurut Ab. Majid (2002), ahli-ahli Silat Cekak tertakluk dan terikat dengan peraturan
yang digazetkan melalui ikrar taat setia mereka kepada lima pantang larang serta
Perlembagaan PSSCM. Setelah diterima belajar mereka akan melalui suatu proses
pembelajaran komprehensif yang mendidik dan memimpin mereka ke arah menjadi
seorang pengamal Silat Cekak yang berjiwa murni sesuai dengan fitrah manusia untuk
bergelar Melayu - mukmin.
Selama lebih lima dekad PSSCM terlibat secara langsung di dalam proses
membangunkan komuniti Melayu melalui wadah persilatan. Persatuan silat adalah
merupakan wadah yang dapat membangunkan komuniti silat. Pembangunan komuniti
silat dapat diteliti dalam aspek modal sosial yang terbentuk dalam kalangan ahli yang
menyertai persatuan dan aktiviti atau program yang dianjurkan oleh persatuan.
Modal sosial selalunya dirujuk sebagai perhubungan dalam kalangan individu yang
berlaku dalam satu struktur sosial yang melaluinya ahli dapat memanfaat darinya
bagi mencapai matlamat (Coleman, 1994). Hubungan sosial ini diperkukuhkan dalam
satu jaringan sosial yang mengamalkan sifat timbal balik, percaya mempercayai yang
memudahkan kerjasama untuk mencapai matlamat bersama (Putnam, 2000). Dalam
ertikata lain, modal sosial mempunyai nilai tertentu , dan nilai itulah yang memelihara
ikatan sesama ahli dalam sesuatu struktur sosial. Sifat atau ciri seumpama ini boleh
kedapatan dalam sesebuah organisasi seperti persatuan silat. Persatuan silat sama
ada yang bersifat tidak formal atau formal, seperti PSSCM mempunyai nilai yang
dikongsi bersama oleh ahli-ahli mereka. Mempertahankan jati diri adalah nilai yang
dipegang oleh ahli yang diperkukuhkan dengan ikrar taat sedia kepada persatuan. Nilai
inilah juga yang menguatkan ikatan sosial dan hubungan sosial antara ahli yang boleh
dianggap sebagai hubungan sosial mendatar dan juga diantara ahli dengan barisan
kepimpinan yang merupakan hubungan sosial menegak. Kesemua hubungan sosial
135
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
seumpama ini yang berlangsung dalam hiraki struktur sosial sesebuah persatuan silat
tersebut, menepati konsep ikatan modal sosial (bonding social capital), meminjam
istilah Putnam (2000).
Perkongsian nilai ini juga memungkinkan kerjasama terjalin antara ahli biarpun
mereka menganggotai persatuan dari kawasan atau peringkat yang berbeza-beza.
Hubungan sosial yang terjalin antara ahli-ahli silat merupakan perhubungan yang
kekal untuk satu tempoh masa yang lama sehingga dapat dianggap sebagai satu
asset yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai sesuatu perkara atau matlamat yang
sekiranya dilakukan sendiri, matlamat tersebut tidak dapat dicapai. Hal ini juga
menyebabkan Bourdieu dan Wacquant (1992) menyebut bahawa modal sosial adalah
satu sumber, sama ada secara vitual atau yang sebenar dimiliki oleh individu atau
kumpulan, adalah dirujuk kepada hubungan atau jaringan sosial antara manusia
(individu). Bagi sekumpulan ahli silat dalam sesebuah penempatan atau daerah,
khususnya PSSCM, aset ini boleh digunakan secara positif. Ini kerana hubungan
sosial inilah yang menjadi landasan untuk mereka bekerjasama. Coleman (1994)
yang juga mengganggap modal sosial sebagai model aset individu yang terbina dari
struktur sosial yang (1988) memperkatakan bahawa modal sosial adalah kemampuan
manusia untuk bekerjasama dalam mencapai matlamat umum
Dalam kalangan komuniti silat, menerusi hubungan sosial inilah juga semangat hormat
menghormati antara satu sama lain dibudayakan dalam kalangan ahli persatuan silat,
selain daripada membina ikatan atau hubungan baru sesama mereka (berkenalan).
Pemimpin dan pengikut bukan sahaja dapat berkenalan dan berinteraksi tetapi juga
belajar selok belok dalam menguruskan organisasi/ persatuan silat. Persatuan jugalah
wadah bagi ahli-ahli mengasah bakat kepimpinan dan sama-sama belajar mengatur
tindakan, merancang, membentuk strategi dan melaksanakan keputusan bersama
yang diambil. Ini kerana komuniti silat menerusi persatuan seperti PSSCM bukan
sahaja berlatih bersilat tetapi juga menjayakan beberapa aktiviti kerja komuniti dari
masa ke semasa. Penyertaan ahli silat dalam program patriotisme peringkat nasioanal
adalah seperti Himpunan Rakyat Bersatu (Sept 2015), Perhimpunan Pesilat PESAKA
Malaysia Merdeka (Sept 2015), dan sukarelawan Perarakan Hari Kebangsaan ke 60
(Ogos 2017) adalah antara medium ahli-ahli silat dapat berinteraksi dan berhubung
sesama mereka. Dalam hubungan sosial secara mendatar ini juga merela melaksanakan
kerja-kerja sukarela yang dapat menambah pengalaman berorganisasi.
Ertinya di sini, modal sosial mempunyai fungsi yang tersendiri seperti hujah Coleman
(1994) dalam meneliti sesebuah organisasi, persatuan, keluarga atau komuniti . Dalam
persatuan silat dapat dikesan bahawa modal sosial itu dilingkungi oleh struktur
sosialnya (seperti hirarki organisasi pemimpin-pengikut dan nilai seperti hormat
menghormati sesama ahli dan juga pemimpin meskipun dari segi usia mungkin
seseorang itu masih muda) dan menerusi sturktur sosial itulah juga tindakan sosial
dipermudahkan, dibudayakan dan dilaksanakan. Seperti kata Coleman (1994: 302),
“Social capital is defined by its function. It is not a single entity, but a variety of
different entities having two characteristics in common; they all consists of some
136
Persilatan dan Pembangunan Komuniti Belia – Kes Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
aspect of social structure, and they facilitate certain actions of individuals who are
within the structure”.
Keterlibatan ahli komuniti silat dalam kerja sukarela tidak hanya terbatas dalam
lingkungan persatuan mereka sahaja, malahan melibatkan kerjasama dengan
organisasi luar dari persatuan mereka. Keterlibatan persatuan sikat dengan Sekolah
Bimbingan Jalinan Kasih (Kementerian Pendidikan Malaysia), Jalan Chow Kit,
K.Lumpur dalam menjayakan program kesukarelaan bersama anak-anak gelandangan,
membantu mangsa banjir di bawah program Titipan Kasih Harian Metro (daerah
Perak Tengah) pada Januari 2015 dengan usaha sama pihak News Strait Times Press
(M) serta terlibat dalam sukarelawan Misi Pelayaran Nautical Aliya (Foof Flotilla for
Myanmar) (Feb 2017) dan terbaharu sebagai sukarelawan Sukan SEA K.Lumpour
2017 (Ogos 2017). Membuat hubungan dengan pihak luar seperti dalam program
seumpama ini juga adalah satu bentuk jaringan modal sosial yang mampu meluaskan
potensi aset persatuan dan peluang bekerjasama dengan agensi luar. Jalinan hubungan
luar seumpama ini dikenali oleh Putnam (2000) sebagai bridging social capital.
Ahli komuniti silat berpeluang menjalinkan hubungan yang merentasi batasan
ideologi persatuan masing-masing dengan pihak luar sambil meluaskan pengalaman,
pengetahuan, memperolehi maklumat baru serta berkemungkinan memperoleh
manfaat bertimbal balas dengan pihak luar tersebut.
Silat dan modal insan
Silat adalah medium bagi pembentukan keupayaan berlaku dalam kalangan
ahli. Malah silat sebagai satu seni yang penuh dengan tradisi – nilai dan amalan
tertentu- mempunyai satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahlinya. Adap
dan kesopanan yang diterapkan dalam PSSCM contohmya merupakan satu norma
yang perlu diakuri dalam kalangan pesilat. Norma-norma yang disosilaisasikan oleh
persatuan menerusi persilatan dan aktiviti persatuan berupaya membentuk jati diri
dalam kalangan komuniti silat. Jati diri inilah yang membentuk kepribadian ahli
silat sebagai manusia atau insan yang mempunyai pelbagai peranan – sebagai ahli
dalam persatuan silat; ahli dalam keluarga; ahli dalam komuniti/jiran dan juga sebagai
warganegara. Keperibadian yang berteraskan nilai-nilai positif merupakan unsur yang
boleh mendayaupayakan ahli dalam komuniti silat. Ertinya, sebelum pesilat dapat
berfungsi secara positif dalam masyarakat sebagai para sukarelawan misalnya, telah
terbentuk nilai positif dalam diri dan dalam persatuan mereka. Nilai positif yang
disosialisasikan oleh persatuan masing-masing mampu membina benteng pertahanan
dalaman dari asakan-asakan negatif yang boleh menjejaskan moral, harga diri dan
nama baik pesilat. Kesemua ini adalah modal insan yang merupakan intangible
asset yang boleh dianggap sebagai peluncur kepada pendayaupayaan komuniti silat.
Maksudnya, tanpa modal ini, mereka tidak mungkin berada pada tahap siapsiaga
untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, jiran/komuniti,
masyarakat dan negara.
137
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Selain daripada membentuk keperibadian, silat juga mempromosikan kebersihaan
dan kesihatan fizikal dan kerohanian. Ini satu ‘tarbiayah’ persatuan silat ke atas ahli-
ahlinya. Fizikal yang sihat dan bersih juga adalah satu modal insan, yang selalunya
dianggap enteng. Suka bersih dan kelihatan bersih bukannya satu sikap yang diwarisi.
Ia boleh dan perlu dipelajari dan dibudayakan. Bersih, sihat dan cergas membentuk
perwatakan positif. Watak positif adalah nilai tambah kepada sifat sempurna
seseorang insan. Ditambah pula dengan pakaian seragam persatuan silat seperti
PSSCM menyerlahkan lagi modal insan komuniti pesilat. Kelihatan bersih, sihat,
cergas dan berketrampilan juga adalah modal insan yang berharga dalam membina
generasi komuniti pesilat yang berdaya dan berupaya.
Akhir sekali, silat juga memupuk kepimpinan. Asas kepimpinan adalah disiplin.
Disiplin pula adalah tiang seri bagi persatuan silat seperti PSSCM. Kedua-dua,
kepimpinan dan disiplin adalah ibarat irama dan lagu yang jarang dapat dipisahkan.
Disiplin diri dan mengakuri disiplin berpersatuan yang dibudayakan ke atas setiap
individu pesilat membina satu lagi modal insan iaitu daya kepimpinan. Seperti juga
sikap sukakan bersih dan kelihatan bersih, daya kepimpinan juga boleh dipupuk
dan dipelajari. Semakin lama individu itu mengikuti persatuan silat, semakin besar
kemungkinan mereka berpeluang membina daya kepimpinannya. Menguruskan masa,
mentadbir sumber, membina jaringan, dan menguruskan konflik sebagai sebahagian
daripada ilmu kepimpinan yang boleh dipelajari oleh komuniti silat dalam persatuan
mereka. Perlu diketahui bahawa tidak semestinya mereka yang berdisiplin itu terus
dipilih menjadi pemimpin persatuan atau organisasi, namun setidak-tidaknya mereka
mampu dan bertanggungjawab memimpin diri sendiri dan keluarga masing-masing.
Kemampuan memimpin diri sendiri dan keluarga masing-masing, secara kolektif juga
dapat menyumbang kepada kestabilan hidup bermasyarakat dan bernegara.
Silat, Pendayaupayan dan Pembangunan Komuniti Pesilat
Penglibatan seseorang dalam persatuan silat adalah secara sukarela. Tiada siapa
yang memaksa individu menyertai persatuan silat tertentu. Mereka yang menyertai
PSSCM adalah atas pilihan dan kemahuan sendiri. Ertinya penyertaan sukarela dalam
persatuan silat adalah atas minat berdasarkan pandangan dan perspektif individu. Di
sinilah, pada peringkat awal lagi, suasana keterbukaan dipraktiskan oleh persatuan
silat. Persatuan silat juga mengamalkan praktis kepimpinan terbuka. Pemimpin
persatuan tidak dipengaruhi oleh warna kulit, ideologi politik, kedudukan ekonomi
atau pun keturunan. Pratis seumpama ini membuka ruang seluas-luasnya untuk
pendayaupayaan berlaku. Maksud pendayaupayaan di sini adalah satu keadaan
yang dapat mengizin dan menggalakkan ahli persatuan berperanan sehingga dapat
menguasai sendiri urusan hal ehwal pentadbiran, pengurusan dan perjalanan organisasi
(persatuan) tanpa dipengaruhi dan dikuasai oleh mana-mana pihak luar demi menjaga
kepentingan kolektif ahli dan matlamat persatuan. Di sini dapat diertikan bahawa
pendayaupayaan itu adalah satu proses yang berterusan boleh berlaku menerusi
persatuan silat.
138
Persilatan dan Pembangunan Komuniti Belia – Kes Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Selain daripada satu seni mempertahankan diri, silat juga adalah agen sosialisasi.
Aspek ini telah dijelaskan di atas, bila mana seseorang pesilat itu disosialisasikan
dengan nilai, adap dan peraturan dalam persatuan sehingga membentuk jati diri.
Bersama-sama jati diri, pesilat diasuh dengan ilmu persilatan, semangat keberanian,
keyakinan, dan kesabaran dapat mengukuhkan lagi modal insan. Modal insan inilah
yang menjadi salah satu resipi untuk tindakan sosial ahli-ahli dalam persatuan silat
mendayaupayakan diri mereka. Kebolehan ahli- ahli PSSCM menjayakan beberapa
siri kerja komuniti adalah manifestasi pendayaupayaan yang mereka peroleh dengan
penglibatan dalam persatuan.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, modal sosial adalah satu lagi elemen
pendayaupayaan yang terbina menerusi silat. Hubungan persaudaraan atau
silatulrahim antara pesilat dan antara persatuan silat dalam PSSCM mampu melahirkan
satu sinergi tenaga dalam menjayakan aktiviti seperti yang telah dizahirkan dalam
beberapa kerja kemasyarakatan oleh pihak PSSCM. Sementara itu, jaringan sosial
dengan agensi luar pula menambahkan lagi kebrangkalian memperoleh sumber
bila diperlukan. Kesemua ini adalah kekuatan komuniti silat yang sesungguhnya
menggalakkan proses pendayaupayaan berlaku. Kaitan antara modal insan, modal
sosial dan pendayaupayaan dapat diilustrasi dalam rajah di bawah.
Rajah 1: Modal sosial, modal insan dan pendayaupayaan
Reruang pendayaupayaan Keberanian
Hubungan
sesama ahli
dalam
persatuan
Modal Kepimpinan Keyakinan
sosial
Modal
Hubungan Hubungan Insan
antara dengan
persatuan agensi luar
kesihatan Jati diri
fizikal
Reruang pendayaupayaan
Dengan kewujudkan dua modal yang terhasil dari silat dan aktivti persilatan dapat
menjelmakan pula reruang untuk pendayaupayaan berlaku. Ahli silat atau pesilat
mempunyai peluang dan ruang untuk mengasah dan mempertajamkan bakat mereka
dalam kepimpinan, pengurusan dan berorganisasi sambil menambah pengalaman dan
lain-lain kemahiran sosial sepanjang mereka terlibat dalam persatuan dan aktiviti
persatuan. Justeru, modal insan dan modal sosial ini bersifat akumulatif, iaitu kedua-
dua modal ini semakin bertambah selagi mana ahli silat secara individu mahupun
secara berkumpulan terlibat terus secara sukarela menyertai silat dan menjayakan
aktiviti persatuan. Komuniti pesilat yang memiliki modal sosial dan modal insan yang
139
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
terhasil menerusi penglibatan mereka dalam aktiviti persilatan adalah komuniti yang
membangun.
Kesimpulan
Proses membangunkan komuniti tidak hanya terletak di atas tanggungjawab
pemerintah semata-mata. Bagi mencapai matlamat pembangunan yang menyeluruh
dari segi sosio-ekonomi, politik, keselamatan dan sebagainya, peranan badan bukan
kerajaan seharusnya tidak dipandang sebelah mata. Sebagai sebuah NGO, PSSCM
telah memainkan peranannya dalam membangunkan modal manusia (modal insan
dan modal sosial) dalam kalangan ahli persatuan yang majoritinya generasi belia,
selain memainkan peranan mengembang dan mempertahankan seni budaya silat agar
tidak lapuk dik hujan dan lekang dik panas. Peranan ini merupakan satu usaha murni
bagi melengkapi proses pembangunan negara khususnya bagi generasi belia yang
bakal menerajui negara pada masa hadapan.
Rujukan
Ab. Majid (2009). Penerapan Jati Diri Melalui Ilmu Bela Diri: Pendekatan Seni Silat
Cekak Malaysia dlm Budaya Cekak: Kompendium Kertas Kerja, Seminar,
Kursus dan Ucapan. PSSCM. Selangor: Penerbit PSSCM, 88.
Ahmad, H.(1967). Pesaka Hulubalang Melayu: Silat Terlak Nata.
Anuar Abdul Wahab (1987). Silat Olahraga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Bourdieu, P. and Wacquant, L. (1992) An Invitation to Reflexive Sociology, Chicago,
University of Chicago Press
Coleman, J. S. (1988–9) ‘Social Capital in the Creation of Human Capital’, American
Journal of Sociology, 94, 95–120.
Coleman, J. S. (1994) Foundations of Social Theory, Belknap Press, Cambridge MA
Esa, A., Khalid, K., Warman, S., & Ali, A. I. (2014). Penerapan dan kesedaran
kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum silat dalam kalangan pelajar
UTHM.
Farrer, D. S. (2006). Seni silat haqq: A study in Malay mysticism (Doctoral
dissertation).
Halimah Hj Ahmad (1978). Hanafi Hj Ahmad dan Seni Silat Cekak. Kertas kerja Tahun
Akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya. (Tidak diterbitkan).
Kadir, N.A., & Basri, N. H. (2001). Seni Silat Jatuh di Pahang: Konsep & Perbandingan
Dengan Pencak Silat.
140
Persilatan dan pembangunan komuniti belia – Kes Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Kamdi Kamil (2008). Seni Silat Sendeng: sejarah dan ko-kurikulum pembelajaran,
Johor Bharu: Yayasan Warisan Johor.
Kechot, A. S. (2009). Laporan kajian randai warisan masyarakat Minang Negeri
Sembilan: meneroka perkembangan dan taburannya. Jurnal Melayu, 4, 161-
172.
Ku, A. B. K. M., & Wong, K. K. (1978). Silat Melayu: The Malay Art of Attack and
Defense.
Latiff, Z. A. (2012). Revisiting Pencak Silat: The Malay Martial Arts in Theatre
Practice and Actor Training. Asian Theatre Journal, 29 (2), 379-401.
Megat Ainuddin MMN (2009) Senaman Silat Wanita. Kuala Lumpur: Al-Ameen
Serve Holding
Mokhtar Haji Yahya (1980). Silat Melayu Melaka, Warisan Seni Mempertahankan
Diri. Majlis Seni Silat Negeri Melaka
Mokhtar Haji Yahya (1980). Silat Melayu Melaka, Warisan Seni Mempertahankan
Diri. Majlis Seni Silat Negeri Melaka
PESAKA (2015). Latar Belakang dlm http://www.pesakamalaysia.org.my/?page_
id=494 [Diakses pada 23 Disember 2016].
PSSCM (2015). Jubli Emas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 1965-2015. Kuala
Lumpur: Terbitan PSSCM, 123-125
Putnam, R. D. (1993b) ‘The Prosperous Community: social capital and public life’,
The American Prospect, 4, 13, 11–18.
Putnam, R. D. (2000) Bowling Alone: the collapse and revival of American
community, Simon and Schuster, New York.
Satoru, T. (2004). Perubahan Peranan Dan Fungsi Institusi Persilatan Melayu Di
Semenanjung Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia).
Shafii, H. (2010). Kelestarian alam dalam seni budaya melayu: pantun sebagai
bayangan falsafah alam dlm http://eprints.uthm.edu.my/1856/1/
KELESTARIAN_ALAM_DALAM_SENI_BUDAYA_DR_HARYATI_
SHAFII_2010.pdf. [Diakses pada 22 Disember 2016].
Shamsuddin, S. (2005). The Malay art of self-defense: silat seni gayong. North
Atlantic Books.
Shapie, M. N. M., & Elias, M. S. (2016). Silat: The curriculum of Seni Silat
Malaysia. Revista de Artes Marciales Asiáticas, 11(2s), 122-125.
141
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Soh, T. I. T. (1991). Silat sekebun: seni silat melayu dengan tumpuan kepada
seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Zain, M., Rosdi, M., & Safar, A. (2002). Seni Bela Diri Persatuan Silat Seni Gayung
Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda, Johor Bahru,
Johor Darul Tazim Dan Kaitannya Dengan Disiplin Pelajar (Doctoral
dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
142
143