Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Belia dan Masalah Sosial
Tinjauan literatur telah menunjukkan bahawa banyak kajian berkaitan masalah sosial
belia di Malaysia yang telah dilaksanakan. Pihak kerajaan, golongan profesional dan
ahli-ahli akademik umpamanya sentiasa bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan
bagi memberi tumpuan untuk mengurangkan keterlibatan belia dalam gejala sosial.
Melalui pelbagai kajian yang dijalankan, ianya dapat memberi gambaran dan rujukan
kepada pihak-pihak berkaitan dalam merangka usaha bagi mengatasi masalah sosial
yang melibatkan golongan belia di negara ini.
Berdasarkan kajian, masalah salahlaku dalam kalangan belia telah dikesan seawal
tahun 2001 lagi (Zamzuri, 2003). Beberapa kesalahan yang telah dikenalpasti dilakukan
oleh golongan belia adalah seperti berkhalwat, menjadi gay dan lesbian, mencuri,
bergaduh, melanggar peraturan, menghisap rokok dan menyalahgunakan dadah. Hasil
dapatan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan menunjukkan masalah-masalah
sosial seperti mencuri, menyamun, bergaduh, lari dari rumah, perlakuan seks bebas,
kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya yang membabitkan remaja
yang juga termasuk dalam golongan belia jelas menunjukkan kadar peningkatan yang
semakin membimbangkan (Zainudin & Norazmah, 2011).
Kajian oleh Zainudin Sharif dan Norazmah Mohamad Roslan (2011) yang dijalankan
di Melaka terhadap 86 orang pelajar Sekolah Tunas Bakti mendapati bahawa faktor
diri sendiri paling mempengaruhi responden terlibat dalam masalah sosial berbanding
pengaruh rakan sebaya dan permasalahan persekitaran sekolah. Di samping itu,
analisis kajian juga mendapati bahawa latar keluarga bukanlah merupakan faktor
penting responden terlibat dalam masalah sosial. Berdasarkan dapatan kajian ini
juga didapati bahawa faktor utama responden terlibat dalam masalah sosial adalah
disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah mereka
lakukan. Perasaan ingin tahu yang wujud dalam diri mereka mendorong mereka
melakukan apa sahaja tanpa memikirkan baik atau buruknya kesan perlakuan mereka
tersebut.
Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM), sebanyak 7,816 kes jenayah sosial dicatatkan pada tahun 2013 berbanding
hanya 3,700 kes pada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan terdapat peningkatan kes
jenayah sosial sebanyak 4,116 kes. (Kosmo dan Berita Harian,2014). Laporan akhbar
Kosmo (2014) juga menujukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana
meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun. Keadaan bertambah buruk
apabila laporan membuktikan bahawa penglibatan belia bersekolah dilihat meningkat
sebanyak 57 peratus dengan 1,632 kes dicatatkan pada tahun 2013 berbanding dengan
1,042 kes pada tahun 2012. Hal ini membuktikan bahawa masalah sosial dalam
kalangan belia masih berada pada tahap yang membimbangkan dan perlu dibendung
segera.
44
Belia dan Penyalahgunaan Bahan di Malaysia
Berdasarkan salah satu teori psikologi iaitu teori yang diperkenalkan oleh ahli
psikologi, Erik Erikson ada menyatakan beberapa peringkat perkembangan psikologi
seorang manusia. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, usia golongan belia
adalah bermula daripada 15 tahun sehingga 40 tahun. Sekiranya kita merujuk kepada
teori Erik Erikson ini, golongan belia merangkumi dua peringkat perkembangan iaitu
peringkat kelima yakni remaja (12 sehingga 18 tahun) dan keenam yakni dewasa muda
(18 sehingga 40 tahun). Menurut Erikson, peringkat perkembangan psikologi kelima
atau disebut sebagai ‘identiti atau kekeliruan peranan’berlaku apabila seseorang
remaja itu berusaha untuk mencari identiti dan peranannya dalam komuniti. Remaja
akan mencari ruang dan peluang untuk mencipta identiti mereka agar sesuai dengan
persekitaran atau komuniti. Malah, Erikson juga turut menyatakan bahawa remaja
pada peringkat ini berkemungkinan merasa tidak berpuas hati dengan imej mereka
dan cuba untuk mengubahnya bagi mendapatkan identiti yang diingini. Namun
apabila mereka sudah berjaya menerima imej dan identiti mereka maka mereka telah
mempunyai elemen yang disebut sebagai fidelity dalam diri mereka. Ianya menjadikan
remaja itu menerima diri mereka seadanya dan perbezaan yang ada pada diri orang
lain. Remaja yang terlibat dengan masalah sosial berkemungkinan sedang mencuba
untuk mencari identiti mereka bagi menjadikan diri mereka diterima dalam kalangan
komuniti iaitu rakan-rakan mereka.
Kemudian setelah melalui peringkat kelima, remaja akan melangkah ke peringkat
seterusnya yang disebut sebagai dewasa muda atau juga dikenali dengan nama
‘intimasi atau pengasingan’. Pada peringkat perkembangan keenam ini, remaja
mula melangkah ke alam dewasa muda dengan belajar untuk berkongsi kehidupan
mereka dengan bukan ahli keluarga secara intim. Individu pada peringkat ini belajar
untuk memberikan komitmen kepada satu perhubungan untuk jangka masa yang
panjang. Kejayaan individu dalam melalui peringkat ini akan menghasilkan sebuah
perhubungan yang selesa, selamat dan dipenuhi kasih sayang. Mereka yang berjaya
mendapatkan kejayaan itu akan mempunyai elemen cinta atau kasih sayang dalam diri
mereka manakala bagi yang gagal akan memilih untuk mengasingkan diri daripada
orang lain. Pengasingan diri ini dilakukan kerana mereka takut untuk memberikan
komitmen pada perhubungan dan hubungan intim. Kesan daripada pengasingan diri
ini boleh membawa kepada kemurungan dan kesunyian pada diri individu tersebut.
Individu yang terlibat dengan masalah sosial di peringkat ini mungkin didorong
oleh rasa ingin dicintai dan mempunyai hubungan intim tanpa memikirkan tentang
komitmen dalam perhubungan lantas membawa mereka terlibat dengan masalah
sosial seperti anak luar nikah, khalwat dan sebagainya.
Selain itu, terdapat satu lagi teori psikologi yang turut dikaitkan dengan belia dan
masalah sosial iaitu teori pembelajaran sosial yang diilhamkan oleh ahli psikologi
bernama Albert Bandura. Berdasarkan teori ini, seorang individu itu melakukan
sesuatu dengan mempelajarinya daripada orang lain. Proses pembelajaran ini
melibatkan beberapa peringkat iaitu memerhati, meniru dan menjadikan model.
Melalui pemerhatian, individu belajar bagaimana tingkahlaku itu dilaksanakan
kemudian mereka akan menilai samada mereka mampu melakukannya ataupun tidak.
45
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Sekiranya mereka mempunyai kemampuan maka tingkahlaku tersebut akan dilakukan
dengan cara meniru perlakuan oleh orang lain yang pernah diperhatikan dan yang
dijadikan model dalam melakukan tingkahlaku tersebut. Berbalik kepada isu masalah
sosial, belia berkemungkinan melihat banyak contoh di sekeliling mereka sewaktu
kecil yang boleh dijadikan model untuk ditiru. Apabila mereka telah merasakan
mereka mampu melakukan tingkahlaku tersebut seperti contoh apabila mereka telah
berganjak usia, mereka merasakan mereka boleh dan mamou melakukan tingkahlaku
itu lantas meniru perlakuan orang yang telah dijadikan sebagai model.
Belia dan Penyalahgunaan Bahan
Penyalahgunaan bahan dalam kalangan belia bukan lagi merupakan satu isu yang
baru. Malah ianya telah sering diperkatakan dan dibincangkan hampir setiap tahun.
Masalah salahlaku ini juga memberikan sumbangan besar kepada peningkatan masalah
sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan belia kini. Apabila berbicara
tentang penyalahgunaan bahan, ianya merangkumi perbuatan seperti menghisap
rokok termasuk rokok elektronik yang dikenali sebagai vape, meminum minuman
beralkohol dan mengambil dadah seperti syabu, ganja, pil khayal dan menghidu gam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (2012) seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan
Malaysia menyatakan jumlah perokok di Malaysia terus meningkat dan mencecah
seramai 4.7 juta orang pada 2011. The Channel News Asia (2015) pula melaporkan
bahawa jumlah pengguna vape di Malaysia dianggarkan mencecah sejuta orang.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa rokok dan vape boleh memberikan kesan
negatif kepada penggunanya seperti kajian oleh Hahn dan rakan (2014) di Jerman,
England dan rakan (2015), Cantrell (2014) dan ramai lagi.
Penyalahgunaan alkohol seperti meminum minuman beralkohol sehingga mabuk
boleh mengundang banyak keburukan seperti kemalangan, pergaduhan dan penyakit.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2011 meletakkan Malaysia di tangga
ke 10 negara yang paling banyak mengambil alcohol (Star, 2011). Penyalahgunaan
dadah pula bukan lagi isi yang baru di Malaysia dengan melihat statistik terbaru
oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 2015 menunjukkan jumlah
penagih meningkat kepada 26,668 orang berbanding tahun sebelumnya. Kebanyakan
rakyat Malaysia telah lama didedahkan dengan maklumat tentang keburukan
penyalahgunaan dadah ini oleh ramai pihak. Begitu juga dengan maklumat mengenai
keburukan merokok dan minuman beralkohol. Walau bagaimanapun, peningkatan kes
penyalahgunaan bahan ini tetap berlaku dan berdasarkan statistik yang ditunjukkan
sebelum ini, masalah ini didominasi oleh golongan belia.
Oleh itu timbul beberapa persoalan seperti apakah sebenarnya punca belia melakukan
salah laku ini? dan apakah jenis salah laku yang paling utama dilakukan oleh belia?.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penulis dalam mengenalpasti pola dan punca-
punca belia melakukan salah laku penyalahgunaan bahan mendapati bahawa terdapat
beberapa faktor yang mendorong belia melakukan salah laku ini. Hasil kajian tersebut
telah diklasifikasikan mengikut jenis bahan yang disalahgunakan seperti berikut :
46
Belia dan Penyalahgunaan Bahan di Malaysia
a) Penggunaan rokok elektronik (vape)
Majoriti belia yang terlibat dalam kajian ini bersetuju bahawa mereka menghisap
vape disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah vape adalah bahan yang
mudah didapati dan mempunyai kepelbagaian rasa dan ianya sangat sesuai untuk
menggantikan tembakau dan rokok biasa. Selain itu, mereka juga merasakan
dengan menghisap vape seseorang itu akan kelihatan lebih bergaya disamping
tiada akta pengharaman bahan atau kempen kesedaran yang meluas mengenainya
dan kepercayaan bahawa vape tidak merbahaya.
b) Merokok
Belia bersetuju bahawa rokok sudah menjadi kebiasaan dan tabiat mereka
disamping membantu menghilangkan tekanan terhadap tugasan dan mencari
idea. Selain itu, pengaruh rakan yang merokok dan sifat ingin mencuba sesuatu
yang baru juga mendorong mereka untuk merokok malah ada belia yang
menganggap perbuatan merokok itu menjadikan mereka kelihatan segak dan
bergaya.
c) Minuman beralkohol
Pengaruh rakan dan sifat berani apabila dicabar merupakan punca utama belia
mengambil minumam beralkohol. Di samping itu, mereka juga menjadikan
minuman beralkohol ini sebagai cara untuk menghilangkan tekanan sama ada
tekanan di tempat kerja, di rumah mahu pun peribadi. Dalam pada itu, ada juga
belia yang bersetuju bahawa minuman beralkohol ini mampu menjadi bahan
perangsang terutamanya ketika mabuk dan hanya segelintir yang menyatakan
mereka mengambilnya adalah kerana paksaan rakan.
d) Penyalahgunaan dadah
Kebanyakan belia bersetuju bahawa pengaruh rakan adalah faktor utama mereka
terlibat dengan pengambilan dadah. Ini didikuti oleh faktor-faktor lain seperti
sifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru, menghilangkan tekanan
dan sebagai bahan perangsang. Dalam pada itu, ada juga belia yang mengatakan
bahawa mereka mengambil dadah adalah kerana paksaan.
Melalui kajian ini, dapat dilihat bahawa kekuatan jati diri dan mental adalah faktor
utama bagi membendung diri belia daripada terlibat dalam permasalahan sosial.
Aspek pertahanan dalaman diri ini perlu ditekankan dalam setiap program kesedaran
yang melibatkan belia. Di samping itu, peranan orang-orang di sekeliling seperti ibu
bapa, guru dan masyarakat juga penting dalam membentuk sahsiah belia. Menurut
Azizi (2011), ibu bapa, rakan dan institusi pendidikan dan orang sekeliling merupakan
faktor yang signifikan dalam pembentukan jati diri belia. Belia perlu diberi pendidikan
dengan cara yang bersesuaian dengan zaman mereka. Tidak dilupakan aktiviti fizikal
juga boleh membantu mengisi masa lapang belia dengan cara yang lebih sihat. Ianya
bukan sahaja menyumbang kepada pencegahan masalah sosial malah membantu
meningkatkan taraf kesihatan belia dan mengeratkan hubungan antara belia berlainan
kaum. Aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dan melakukan kerja-kerja
47
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
kebajikan boleh mengisi masa lapang belia dengan perkara yang menghilangkan
stress dan tidak membosankan (Ahmad, 2003).
Kesimpulan
Golongan belia sememangnya merupakan aset kepada negara yang harus dijaga dan
dibangunkan dengan sebaiknya. Kepincangan golongan ini mampu memberi tanda
bahawa negara juga akan mengalami pergolakan di masa akan datang. Kebolehan
dan kemampuan golongan ini tidak harus dipandang rendah malah perlu digunakan
dengan sebaiknya dalam membangunkan negara. Namun cabaran terbesar golongan
ini adalah pengaruh sosial dan ianya harus ditangani dengan sebaiknya agar mereka
bebas daripada dibelenggu oleh masalah sosial yang tiada kesudahan. Pelbagai pihak
perlu berganding bahu dalam membantu negara melahirkan generasi belia yang dapat
memacu Malaysia ke arah kejayaan di masa akan datang.
Rujukan
Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail (2004). Pengaruh Media Massa Terhadap Pegangan
Nilai Akhlak Remaja: Kajian Ke Atas Fakir Miskin Di Kawasan Luar
Bandar. Conference paper.Http://Repo.Uum.Edu.My/Id/Eprint/1821
Abdul Latip Talib. 2010. Muhammad Al Fateh, Penakluk Konstantinopel. Siri
Pahlawan Islam. PTS Litera Utama Sdn Bhd
Ahmad Redzuwan. 2003. Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam : Punca dan
Penyelesaian. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Agensi Antidadah Kebangsaan. 2015. Maklumat Dadah 2015. Kementerian Dalam
Negeri
Albert Bandura. 1971. Social Learning Theory. Stanford University. Library of
Congress Card Number 75-170398
Asmah Suboh, Nurulhuda Azizi & Mascilla binti Hamzah (2011). Masalah Salah Laku
Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan
Gaya Keibubapaan. Journal of Education Psychology & Counseling,
volume 1 Mac 2011, Pages 77-93 / ISSN: 2231-735X JJ
Azizi Yahya. (2011). Perkembangan Emosi: Emosi Remaja dan Pembentukan Konsep
Kendiri (Part 14)
Azizi Yahya dan Rosnah Buang (nd). Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengsterisme
Di kalangan Remaja Di beberapa Buah Sekolah Menengah Di empat
Buah Negeri. not specified . pp. 1-12. (Unpublished). http://eprints.utm.
my/1483/1/FAKTOR-jurnal1.pdf
48
Belia dan Penyalahgunaan Bahan di Malaysia
Cantrell, F. L. (2014). Adverse effects of e-cigarette exposures. Journal of Community
Health, 39(3), 614–616.
Chin Pek Lian, Low Li Chueen and Vivian Low Yen Yeong (2005). Isu-Isu Masalah
Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan Penyelesaian. Kertas Kerja seminar.
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/
Kertaspenuh/Kertas%2018.pdf
Chuang, Y., Ennett, S. T., Bauman, K. E., & Foshee, V. A. (2005). Neighborhood
influences on adolescent cigarette and alcohol use: Mediating effects
through parent and peer behaviors. Journal of Health and Sosial Behavior,
46, 187-204.
Cubbin, C., Santelli, J., Brindis, C. D., & Braveman, P. (2005). Neighborhood context
and sexual behaviors among adolescents: Findings from the National
Longitudinal Study of Adolescent Health. Perspectives on Sexual and
Reproductive Health, 37, 125-134.
Eamon, M. K. (2001). Poverty, parenting, peer and neighborhood influences on young
adolescent antisosial behavior. Journal of Sosial Service Research, 28, 1-23.
England, L. J., Bunnell, R. E., Pechacek, T. F., Tong, V. T., & MacA- fee, T. A. (2015).
Nicotine and the developing human: A ne- glected element in the electronic
cigarette debate. American Journal of Preventive Medicine, 49(2), 286-293.
Erikson, E., & Boeree, C. G. (2006). ERIK ERIKSON [ 1902 – 1994 ] Dr. C. George
Boeree, 1–17.
Gan Swee Eng. 2013. Faktor-faktor mempengaruhi tingkahlaku vandalisme di
kalangan pelajar sekolah menengah di zon Labis, Johor. Universiti
Teknologi Malaysia: Johor.
Hahn, J., Monakhova, Y. B., Hengen, J., Kohl-Himmelseher, M., Schüssler, J., Hahn,
H., … Lachenmeier, D. W. (2014). Electronic cigarettes: overview of chemical
composition and exposure estimation. Tobacco Induced Diseases, 12(1), 23.
Hanin Falina Mohd Hashim & Siti Nor Lailiyah Ibrahim (2014). Faktor-faktor Yang
Mempengaruhi Masalah Disiplin Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat.
Kolokium Penyelidikan & Inovasi, Wilayah Selangor.
Hanina H. Hamsan & Mastura Mohamad (2010). Belia Berisiko: Profil, Faktor
Penyebab dan Intervensi. Putrajaya: IPPBM.
Hanina H. Hamsan & Mohd Dahalan (2015). Kajian Permasalahan Sosial Belia
Malaysia. Putrajaya: IPPBM.
49
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Harlina Harliza Siraj, Hanina H. Hamsan, Khaidzir Ismail & Mohd. Zaki Ibrahim
(2012). Risk and protective factors affecting adolescent reproductive and
sexual health in Peninsular Malaysia. Unpublished research report. LPPKN:
Kuala Lumpur
Hirschi, T. (1977). Causes and prevention of juvenile delinquency. Sociological
Inquiry, 47, 322-341.
Imam Ahmad bin Hanbal (1/390,432) dalam Musnad Ahmad, Al-Musnad (4/335)
Imam al-Bukhâri, dalam Kitab al-Adzân, no. 660, dan Muslim, kitab Zakât, no. 1031
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 2015. Dasar Belia Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2013. Garis panduan pengendalian penyalahgunaan
Amphetamine Type Stimulant (ATS) dan Psikostimulant lain di peringkat
primer dan komuniti. Putrajaya.
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2015. Ringkasan kandungan cecair rokok
elektronik dan vape.
Layar, D. I. B. (2014). Di balik layar kemerdekaan, (I).
McLoyd, V. C. (1998). Socioeconomic disadvantage and child development. American
Psychologist, 53, 185–204.
Mohd Dahlan A. Malek & Ida Shafinaz Mohamed Kamil (2010).Jenayah Dan Masalah
Sosial Di Kalangan Remaja: Cabaran Dan Realiti Dunia Siber.eprints.ums
Mohd Mursyid Arshad, Ismi Arif Ismail, Turiman Suandi & Steven Eric Krauss
(2010). Penglibatan Belia dalam Fenomena Mat Rempit: Implikasi Terhadap
Praktis Pembangunan Belia Malaysia Malaysian Journal Of Youth Studies,
Volume 3 : 2010. Pg193-224
Nor syamaliah ngah dan bahiyah ishak(2013). Jenayah siberdi Malaysia.Buletin
Akademik, UiTM (Terengganu).
Peterson, C.H., Buser, T.J., Westburg, N.G. (2010). Effects of Familial Attachment,
Sosial Support, Involvement, and Self-Esteem on Youth Substance Use and
Sexual Risk Taking. The Family Journal, 18:369.
Roslee Ahmad,Mohamed Sharif Mustaffa, Sulaiman Shakib Mohd Noor, Ahmad
Jazimin Jusoh &Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, (2008). Punca,
Kesan Dan Langkah Untuk Menangani Tingkah Laku Seksual Pelajar
Mengikut Pendekatan Kaunseling Islam. Kertas kerja.Konvensyen
Pendidikan Nasional 2008.(UPSI), pada 2-4 Jun 2008.
50
Belia dan Penyalahgunaan Bahan di Malaysia
Swahn, M. H. & Bossarte, R. M. (2009). Assessing and Quantifying High Risk:
Comparing Risky Behaviors by Youth in an Urban, Disadvantaged
Community with Nationally Representative Youth. Public Health Rep., 124
(2).
Star, 23 Mei 2011. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2011/05/23/msia-
di-tangga-ke10-negara-paling-tinggi-ambil-alkohol
Sumisha, N. (2015). Malaysia to regulate sale of e-cigarette liq- uids. The New
York Times. http://www.channelnewsasia.com/channelnews/asiapacific/
malaysia-to-regulate-sale/2248560.html
Tolan, P. H., & Henry, D. (1996). Patterns of psychopathology among urban-poor
children: Co-morbidity and aggression effects. Journal of Consulting and
Clinical Psychology, 64, 1094–1099.
Zainudin Sharif dan Norazmah Mohamad Roslan (2011). Journal of Education
Psychology & Counseling, volume 1 Mac 2011, Pages 115-140 / ISSN:
2231-735X.
Zamzuri Abdul Majid, (2003), Tingkahlaku Delinkuen Di Kalangan Mahasiswa
Universiti. Unpublished Thesis.
Berita Harian. 4 Mei 2014.
Kosmo. 2 Oktober 2014.
Utusan Malaysia, 12 Jun 2012.
Utusan Malaysia. 14 Ogos 2015.
51
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Penghayatan Amalan Religiositi Dalam
Pemantapan Akauntabiliti Belia Muslim
Profesional
Mohamad Zaid bin Mohd Zain, Abd Lateef Krauss Abdullah, Turiman Suandi & Azimi Hamzah
Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia
Pengenalan
Peranan belia dalam pembangunan sesebuah negara sememangnya tidak dapat
dinafikan lagi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan maju atau mundurnya sesebuah
tamadun bangsa pada masa hadapan diukur daripada tahap kualiti belia pada masa
kini. Ini terbukti melalui sejarah daripada sirah (perjalanan hidup) Nabi Muhammad
s.a.w., yang telah membuktikan bahawa tamadun Islam dibina dengan sokongan kuat
oleh golongan belia seperti Abu Bakar Al-Siddiq yang pada ketika itu berumur 37
tahun, Umar Al-Khattab berumur 27 tahun dan Uthman Bin Affan berumur 34 tahun.
Manakala tugas belia yang merupakan tunggak sesebuah negara pula ditonjolkan oleh
para Sahabat yang memegang jawatan penting seperti Jaafar Bin Abi Talib yang telah
dilantik menjadi ketua rombongan hijrah dari Mekah ke Habsyah ketika berumur
20 tahun. Sementara Usamah bin Zaid pula dilantik sebagai panglima tentera Islam
dan dihantar ke Palestin ketika berumur 18 tahun (Mohd Ismail, 2005; Rohana et al.,
2013).
Pada masa kini pula, pemantapan akauntabiliti belia Muslim profesional berhadapan
dengan era globalisasi dan kemajuan teknologi yang semakin pesat serta berhadapan
dengan pelbagai isu dan cabaran yang menuntut kekuatan diri dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek (Nurul Izzati dan Nazirmuddin, 2011). Oleh itu, amalan religiositi
yang merangkumi aspek ad-din (al-Quran dan al-hadis) perlu dijadikan rujukan utama
belia Muslim profesional agar dapat bekerja mengikut akhlak al-Quran, memiliki jati
diri, bersifat musleh dan berakauntabiliti tinggi. Ini kerana, amalan religiositi yang
ditunjangi oleh keyakinan kepada Allah s.w.t adalah sempurna berbanding dengan
sistem nilai yang ditentukan oleh peradaban manusia yang hanya melalui pemikiran
logik akal, aspek tradisi dan budaya sebagai penentu baik buruk sesuatu tingkah laku
(Nurul Izzati dan Nazirmuddin, 2011).
Belia Negara Sebagai Belia Muslim Profesional
Dasar Pembangunan Belia Kebangsaan Malaysia 1997 mendefinisikan belia sebagai
individu yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Lingkungan umur yang ditetapkan
oleh Malaysia ini disifatkan sebagai ‘economically active’ iaitu menyatukan para
belia dalam program pembangunan yang sama walau pun aktiviti dan program
pembangunan belia di negara ini lebih memberi fokus kepada belia yang berusia 18
hingga 25 tahun (Mohd Razali & Sarjit, 2010; Faizah, 2007; Kementerian Belia Dan
Sukan, 1997; Rohana et al., 2013).
52
Penghayatan Amalan Religiositi Dalam Pemantapan Akauntabiliti Belia Muslim Profesional
Terbaru, Dasar Belia Malaysia yang akan dilaksanakan mulai 2018 bagi menggantikan
Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 telah menetapkan had umur belia dari 15
tahun hingga 30 tahun berbanding 15 tahun hingga 40 tahun sebelum ini. Ini kerana
Dasar Belia Malaysia 2018 merupakan dasar yang lebih komprehensif, memberi
tumpuan kepada pembangunan belia bagi mencapai matlamat negara. Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak (Ucapan RMK-11) menyatakan bahawa dasar
(baharu) ini antaranya bertujuan untuk memaksimumkan potensi setiap belia agar
dapat menggilap potensi diri sehingga ke tahap maksimum bagi memastikan negara
terus kekal hebat dan unggul. Pemerkasaan belia diperoleh melalui penerapan nilai,
akhlak, ilmu kemahiran dan keusahawan serta semangat jati diri bagi meneruskan
kesinambungan kepimpinan negara (Fadzliaton, t.th).
Melalui Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11) dan Dasar Belia Negara, kerajaan
Malaysia telah mengumumkan cadangan pelaksanaan tiga projek perintis bagi
1Malaysia Youth City, iaitu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan peruntukan
sebanyak RM 100 juta, yang menyediakan ekosistem komprehensif bagi membolehkan
belia meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan. Ini adalah
kerana pihak kerajaan melihat golongan belia ini sebagai modal insan terpenting
kepada pembangunan negara. Maju atau mundur sesebuah negara bergantung penuh
kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompetensi dan kemahiran insaniah (Ucapan
RMK-11).
Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang untuk melahirkan generasi belia yang
berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Dasar ini diwujudkan
bagi memastikan keupayaan belia menggembleng kekuatan, ketahanan pembangunan
sosial, ekonomi dan politik negara. Golongan belia dikategorikan kepada golongan
berumur antara 15-40 tahun dan meliputi 42% daripada jumlah 20 juta penduduk
Malaysia. Ini menunjukkan generasi belia mempunyai kuasa, pengaruh dan mampu
menjadi pencetus kepada ideologi serta semangat baru dalam pentadbiran negara
(ippbm,2008). Percambahan idea-idea berterusan daripada golongan belia pula
penting bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar dan perancangan untuk
pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak
terlepas dari cabaran-cabaran penularan budaya negatif dan salah laku terutamanya di
kalangan golongan belia. Mereka perlu berhadapan dengan alaf baru yang mencabar
dan menuntut agar golongan belia lebih berwaspada (ippbm, 2008).
Selain itu, perkataan profesional berasal daripada kata dasar ‘profesion’ yang
bermaksud pekerjaan yang memerlukan latihan khas dan berkemahiran tinggi. Ia
merangkumi sifat-sifat seperti kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan sesuatu
perkara (Kamus Dewan, 1997). Selain itu, profesional juga merujuk kepada profesion
individu sebagai suatu pekerjaan yang tetap, menghasilkan pendapatan yang diterima,
dikaitkan dengan kesetiaan dan komitmen serta pembentukan tingkahlaku yang
positif sehingga membawa kepada pencapaian matlamat organisasi (Sharifah Hayaati,
Asmak dan Mohd Izani, 2009).
53
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Manakala kepercayaan dan penghayatan religiositi merupakan langkah terbaik
dalam usaha mencegah dan menentang segala unsur negatif yang berpotensi untuk
mempengaruhi golongan belia. Di dapati, semakin tinggi pengetahuan agama,
maka semakin rendah kecenderungan belia untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak
bermoral dan menyalahi undang-undang negara. (Dzuhailmi et al., 2014). Permulaan,
pembentukan dan penyesuaian diri semasa bekerja merupakan satu manifestasi
pengalaman hidup dan akan menjadi nilai tetap dalam hidup (Mann, 2010). Pekerja
Muslim yang bekerja keras lebih cenderung untuk maju dalam hidup apabila
meneroka tahap penghayatan amalan religiositi serta mengaplikasikannya, sekaligus
menggalakkan individu Muslim menjangkau tahap seorang mukmin yang profesional
(Pahrol, 2010).
Jadi, kajian ini menakrifkan belia Muslim profesional sebagai individu yang
beragama Islam, berusia di antara 15 hingga 40 tahun (mengikut takrifan Dasar
Pembangunan Belia Negara 1997), mengamalkan ajaran Islam secara komprehensif,
merangkumi cara berfikir, bercakap, bertingkahlaku, menetapkan prinsip, membuat
keputusan dan mengambil tindakan dalam segenap aspek kehidupan, berdasarkan
pengetahuan dan kefahaman religiositi. Di samping itu, turut mempunyai pendidikan
tinggi, berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang, mempunyai pekerjaan yang tetap,
menghasilkan pendapatan yang diterima serta mempunyai komitmen dan akauntabiliti
yang tinggi melalui pembentukan tingkahlaku yang positif sehingga membawa
kepada pencapaian matlamat organisasi.
Konsep Amalan Religiositi
Religiositi didefinisikan sebagai keislaman yang secara jelas mentauhidkan Allah,
iaitu tunduk dan patuh kepada segala perintah dan larangan Allah s.w.t. melalui ajaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. (Haron Din et.al, 1987: 26; Zulkiple dan
Nor Salimah, 2006). Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, amalan religiositi
didefinisikan sebagai perlaksanaan dan pengamalan agama oleh individu Muslim
yang merangkumi akidah, ibadah dan akhlak. Setiap amalan yang dipraktikkan
turut melibatkan individu lain, keluarga, masyarakat dan negara. Amalan religiositi
bertindak sebagai satu bentuk penyelesaian di dalam mengatasi masa kesusahan.
Amalan agama seperti solat berkait rapat dengan kesejahteraan dan pencapaian dalam
kehidupan, memberi implikasi ketenangan jiwa dan penyelesaian semasa menghadapi
tekanan (Pargament, 1997; Saeed, 2011).
Manakala Saeed (2011) menyatakan amalan religiositi merupakan perbuatan yang
melibatkan diri dalam amalan, kepercayaan dan sikap yang khusus kepada iman.
Amalan religiositi merupakan “proses penting berkaitan dengan kesucian diri”,
dikaitkan dengan kesejahteraan, tahap kepuasan yang lebih tinggi dan mempunyai
makna yang lebih besar di dalam kehidupan. Seorang Muslim yang bertakwa percaya
bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap amalan-amalan semasa hidup di
dunia. Ganjaran atau hukuman individu pada hari kiamat adalah bergantung kepada
keredhaan Allah s.w.t. Oleh itu, hubungan yang baik di antara manusia sebagai hamba
54
Penghayatan Amalan Religiositi Dalam Pemantapan Akauntabiliti Belia Muslim Profesional
kepada Allah s.w.t. menjadi matlamat asas dan penggerak kepada mana-mana orang
Islam di dalam menjalani seluruh kehidupan dengan beretika (Shalabi, 2010).
Konsep Penghayatan Amalan Religiositi
Dari segi bahasa Arab perkataan penghayatan berasal dari kata akar ‘hayat’ yang
membawa maksud hidup. Manakala kata kerja ‘menghayati’ bererti mengalami dan
merasai (dalam batin) atau meresap ke dalam jiwa. Manakala ‘penghayatan’ pula
bermaksud perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dalam batin. Oleh
yang demikian, seseorang boleh dianggap menghayat amalan religiositi apabila
segala tindakan dan cara hidupnya dipengaruhi oleh penghayatannya terhadap Islam
(Sheikh Othman Sheikh Salim, 2002: 447; Zulkiple dan Nor Salimah, 2006 ).
Al-Qaradawi (1984) menggambarkan konsep penghayatan amalan religiositi sebagai
mengamal dan menghayati pegangan akidah secara menyeluruh. Individu Muslim
perlu menjadikan ibadat sebagai amalan dan pegangan kehidupan, meletakkan syariah
sebagai peraturan, menjadikan akhlak mulia sebagai pegangan hidup serta menjauhi
perbuatan seperti syirik yang ditegah oleh Allah s.w.t.
Amalan religiositi yang tidak diimplementasikan secara total ke dalam kehidupan
terutamanya ketika bekerja menggambarkan bahawa ajaran agama Islam tidak
dihayati sebagaimana ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w., yang telah dibuktikan
keberkesanannya melalui pembinaan dan pembangunan empayar ketamadunan dalam
lipatan sejarah manusia. Pandangan ini turut memberi signal yang jelas bahawa dalam
konteks penghayatan agama di negara ini, Islam belum dihayati semaksimumnya
sebagai suatu cara hidup, selayak dengan potensinya yang telah terbukti membawa
pembangunan dan ketamadunan dalam sejarah manusia sejagat. Oleh yang demikian,
Islam perlu dihayati, diikuti dengan pelaksanaan amali agar dapat memberikan impak
yang besar kepada pembangunan manusiawi, dalam konteks pembangunan secara
holistik melalui gabungan pengetahuan, kemahiran dan aspek kerohanian. Islam
bukan sahaja merupakan intipati kepada fikiran dan pengetahuan, malah pemangkin
kepada tingkah laku yang terpuji. Selain itu, penghayatan amalan religiositi memberi
pengaruh yang besar terhadap personaliti, keyakinan diri, ketenangan emosi dan
kebahagiaan hidup (Yusuf Qardhawi, 1985; Hasnan Kassan, 2002; Hamka 1997;
Jamiah et al., 2004). Oleh itu, seluruh kehidupan manusia mesti bersumber kepada
Islam yang mengandungi sistem hidup yang selari dengan fitrah kemanusiaan, sekaligus
berkemampuan untuk merealisasikan kebenaran dalam semua aspek kehidupan. Ini
kerana melalui penghayatan kepada sistem inilah yang akan mendorong belia kepadaa
hala tuju yang tepat bagi mencapai matlamat sebenar kewujudan manusia di dunia ini
(Sayyid Qutb, 1983: 5; Zulkiple dan Nor Salimah, 2006).
Belia Muslim profesional membuat keputusan berakauntabiliti setiap hari semasa
bekerja. Pelbagai aspek akan mempengaruhi keputusan akhir dan kadang kala
melibatkan situasi dan kekangan yang sukar kerana bukan semua pihak yang terlibat
akan melihat keputusan itu secara positif. Dalam sesetengah keadaan, tindakan yang
55
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
diambil tidak selalunya mudah diterima oleh rakan sekerja. Namun, belia Muslim
profesional yang membuat keputusan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah perlu
memastikan bahawa keadaan yang janggal ini tidak mempengaruhi akauntabiliti,
sebaliknya menilai setiap keputusan dari sudut religiositi. Ini kerana Islam merupakan
perlembagaan sosial yang mengajar umat Islam berkenaan ibadat dan penglibatan
diri ketika berurusan dengan orang lain dan ia berkaitan dengan elemen akauntabiliti,
seiring dengan kepercayaan dan tindakan perlaksanaan (Moayedi, 2009) semasa
bekerja serta mempunyai kaedah terbaik dalam menangani sifat manusia yang
melibatkan pembangunan personaliti, perubahan kesedaran, pengurusan tekanan,
dan hubungan sosial (Bagasra, 2010). Mengikut perspektif Islam, Al-Quran dan
hadis adalah asas kepada tingkah laku dan corak pemikiran pekerja muda Muslim
profesional dan merupakan sumber utama kepada semangat diri, jiwa dan hati
manusia (Bagasra, 2010) .
Terdapat dua konsep untuk menerokai penghayatan amalan religiositi belia Muslim
profesional iaitu:
1. Konsep Tazkiyah An-Nafs Mengikut Perspektif Imam Al-Ghazali
Al-Ghazali (1988); Mardzelah et al., (2009) banyak memberikan tumpuan kepada
persoalan dalaman diri manusia, yang menjadi pembangunan diri manusia secara
keseluruhan melalui kaedah pembersihan jiwa (Tazkiyah An-Nafs) di dalam
kitab Ihya’ Ulum al-Din dan Minhaj al-’Abidin. Tazkiyah An-Nafs merupakan
‘pembersihan jiwa’ dan pembentukan akhlak melalui cara-cara yang diperintahkan
oleh syarak. Hasil tazkiyah memberikan kesan positif kepada perilaku individu, sama
ada dalam melaksanakan hubungannya dengan Allah s.w.t. atau hubungan sesama
makhluk. Perilaku yang dimaksudkan adalah tutur kata atau gerak geri anggota
badan yang selaras dengan kehendak Allah s.w.t. Di antara saluran untuk mencapai
pembersihan jiwa (merangkumi akhlak) adalah melalui ibadat seperti solat, puasa,
zikir, bertafakur, membaca al-Qur’an, qiyam al-lail, bermuhasabah, mengingati mati,
di samping mengukuhkan hati dengan tauhid, ikhlas, sabar, syukur, takut dan harap
kepadaNya, lemah lembut, jujur serta menjauhi dan merawat segala penyakit hati
seperti riya’, ujub dan lain-lain sifat keji kerana boleh menjejaskan ibadah seseorang
(Al-Ghazali, 2004: 237-249; Zulkiple dan Nor Salimah, 2006).
2. Konsep Murabathah Mengikut Perspektif Imam Al Ghazali
Personaliti manusia yang mengikut konsep Al-Quran itu sendiri merupakan gabungan
di antara ruh (semangat), al-nafs (jiwa atau pemikiran), al-qalb (hati) dan al-aql
(akal) (Bagasra, 2010). Menurut pemikiran Islam tradisional, mengatasi nafs adalah
perjuangan utama seorang manusia, untuk berhubung dengan Tuhan dan dengan itu
memenuhi peranan seseorang sebagai hamba Pencipta. Penglibatan dalam tingkah
laku yang tidak diingini akan menyebabkan ciri-ciri personaliti yang tidak diingini,
dan bertentangan dengan motivasi manusia untuk menyembah Allah dan mendapat
ganjaran daripadaNya.
56
Penghayatan Amalan Religiositi Dalam Pemantapan Akauntabiliti Belia Muslim Profesional
Konsep Murabathah merupakan saranan Imam Al Ghazali di dalam kitab
Ihya’Ulumuddin yang merangkumi Musyaratah, Muraqabah, Muhasabah,
Mu’aqabah, Mujahadah dan Mu’atabah. Seorang pekerja muda Muslim profesional
perlu mengimplementasikan secara berterusan konsep musyaratah, muraqabah,
muhasabah, mu’aqabah dan mujahadah bukan sahaja pada hati tetapi mencakupi
amalan seharian.
Konsep Musyaratah (menepati syarat-syarat kejayaan) dan Muhasabah (menilai
diri sendiri) cenderung menumpukan aspek dalaman seperti jujur dan amanah
yang mampu melahirkan akauntabiliti yang tinggi. Manakala, prinsip Muraqabah
(mengawal diri secara berterusan) dan Mu’aqabah (mengekalkan tindakan yang benar
(tanggungjawab) secara berterusan) pula mendorong kepada aspek tanggungjawab
dan kesungguhan dalam menjalankan kerja. Akhirnya, nilai profesionalisme yang
didukung oleh konsep Mujahadah (berusaha bersungguh-sungguh) dan Mu’atabah
(menghakis sifat-sifat buruk) menuntut belia Muslim melaksanakan kerja dengan
menggunakan kaedah yang terbaik.
Kualiti Peribadi Definisi Nota dan rujukan
1. Musyaratah Perjanjian hati
2. Muraqabah Penetapan syarat-syarat kejayaan iaitu
Pemerhatian menanam keazaman pada diri sendiri
3. Mujahadah tingkah laku mengenai sasaran pencapaian dalam
kehidupan
4. Muhasabah Penentangan
hawa nafsu Mengawal diri secara berterusan dan
berusaha untuk capai tahap ihsan iaitu
Penilaian diri merasai bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat
kelakuan hambaNya. Bertujuan untuk
menjaga kesopanan diri, mengelakkan
maksiat serta berwaspada terhadap penyakit
rohani seperti malas, curi tulang dan
menyalahkan orang lain.
Usaha bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t.
Bertujuan untuk mendekatkan diri dengan
Allah s.w.t., membina akhlak peribadi serta
berhadapan dengan hawa nafsu seperti malas
bekerja dan pecah amanah.
Menghitung dan menganalisis amalan harian
yang dilakukan. Penilaian diri bertujuan
untuk mengenalpasti kelemahan agar tingkah
laku yang sama tidak berulang.
57
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
5. Mu’aqabah Peneguhan Bertujuan untuk menerapkan sifat
rohani bertanggungjawab di atas tindakan yang
dilakukan. Menekankan sikap tidak harap
pada sanjungan dan pujian di atas kebaikan,
malah menerima kritikan dengan terbuka.
Berusaha untuk mengekalkan tindakan yang
benar secara berterusan.
6. Muatabah Pembersihan Menggunakan konsep mengkritik diri
Jiwa sendiri dengan kritikan membina. Ia sebagai
peringatan agar tidak menjadikan Kesilapan
itu sebagai satu kebiasaan dan mendorong
individu menghakis sifat buruk.
Jadual 1: Konsep Hisbah Kendiri Mengikut Pandangan Imam Al-Ghazali
Sumber: Mardzelah Makhsin, Ab. Halim Tamuri, Mohd. Aderi Che Noh dan Mohamad Fadhli
Elias, 2012, Hisbah Pembelajaran Kendiri dalam Pendidikan Islam, Journal of Islamic and
Arabic Education 4(1), ms 45-60.
Keperluan Pendekatan Penghayatan Amalan Religiositi Dalam Pemantapan
Akauntabiliti Belia Muslim Profesional
Setiap pekerjaan memerlukan individu yang amanah, jujur dan berakauntabiliti.
Setiap kerjaya memerlukan satu proses pembentukan sahsiah sejak dari kecil, melalui
pendidikan formal dan informal supaya memiliki sifat-sifat yang memenuhi ciri-ciri
pekerja yang berkualiti. Kebanyakan penjawat skim pekerjaan bidang profesional
memulai tugas mereka seawal umur 25 tahun, iaitu selepas memperolehi segulung
ijazah di peringkat universiti. Ini menunjukkan golongan ini berada dalam lingkungan
umur belia seperti yang telah didefinisikan oleh kerajaan Malaysia. Seperti yang kita
sedia maklum, belia merupakan golongan yang bertenaga, lebih produktif, malah
mampu menyalurkan sumbangan tenaga kerja ekonomi yang lebih baik sehingga
golongan ini seringkali dikatakan sebagai harta, aset atau hak milik yang berguna
kepada negara (Aishah, 2008).
Menurut Burks (2006), penyelidikan sering dilakukan terhadap kepercayaan
religiositi di peringkat individu dan kumpulan tertentu. Beliau turut menyatakan
bahawa individu yang menunjukkan tahap religiositi yang tinggi cenderung untuk
mempunyai pandangan yang konservatif mengenai isu-isu kelakuan moral. Selain
itu, Burks (2006) juga berpendapat bahawa amalan religiositi sebenarnya memberi
kesan di dalam keseluruhan hidup seseorang individu. Beliau mengatakan bahawa
religiositi mewujudkan rangka kerja yang bermakna bagi keseluruhan hidup seseorang
individu. Oleh itu, keputusan untuk mengenepikan amalan religiositi bagi memenuhi
kehendak peribadi sehingga mempengaruhi akauntabiliti semasa bekerja adalah tidak
realistik. Ini adalah kerana religiositi bukan hanya digunapakai mengikut situasi-
situasi yang tertentu sahaja, malah tidak boleh dilakukan penyesuaian mengikut
58
Penghayatan Amalan Religiositi Dalam Pemantapan Akauntabiliti Belia Muslim Profesional
kepentingan peribadi pekerja. Sebaliknya, religiositi adalah berbentuk komprehensif
yang membawa maksud keseluruhan aspek kehidupan seseorang pekerja profesional
berkait rapat di antara satu sama lain berdasarkan rangka kerja yang terkandung di
dalam elemen religiositi ini. Religiositi mungkin boleh menjadi perkara yang sangat
peribadi, tetapi keputusan berakauntabiliti semasa bekerja menjadikan ianya berubah
kepada berbentuk umum kerana setiap keputusan yang diambil akan memberi kepada
orang lain.
Dalam kajian religiositi oleh Conroy dan Emerson (2004) menyatakan secara
umumnya religiositi dikaitkan dengan sikap yang lebih beretika dan berakauntabiliti.
Semakin beretika seseorang pekerja muda Muslim profesional, semakin tinggilah
darjah akauntabiliti yang terbentuk di dalam diri mereka. Walaupun Kohlberg (1981,
ms 336) berpendapat bahawa religiositi dan pertimbangan moral merupakan dua
perkara yang berbeza, tetapi beliau menyatakan persetujuan mengenai religiositi
mempengaruhi tindak balas seseorang individu secara sedar dan berfungsi sebagai
sokongan terhadap moral ketika membuat keputusan.
Manakala Azimi (2007) mendapati majoriti belia Malaysia belum mencapai kesediaan
yang tinggi untuk menjadi tunggak sebuah negara maju. Ia memerlukan usaha,
komitmen, keadilan dan kesamarataan, dinamik dan berdaya saing, beretika dan
beragama, masyarakat progresif dan pendayaupayaan, iltizam dan berkeyakinan tinggi,
matang dan demokratik, patriotisme, prihatin serta penyayang. Ini menggambarkan
peningkatan signifikan dan perhatian serius harus diberikan kepada golongan belia
agar potensi mereka dapat digilap dan diketengahkan.
Sementara itu, kajian Mohd Faisal et al., (2008); Dzuhailmi et al., (2014) menunjukkan
amalan religiositi seperti keupayaan membaca al-Quran masih berada di tahap yang
rendah. Ini mungkin disebabkan oleh sikap individu itu sendiri terhadap al-Quran
seperti malas ataupun boleh jadi melibatkan isu kemahiran. Sikap sambil lewa
terhadap penghayatan amalan religiositi menyebabkan belia mudah terjebak dalam
kancah permasalahan dan ini dibuktikan melalui pendedahan kes-kes yang melibatkan
belia dilaporkan di media-media tempatan sebelum ini, merupakan antara bukti yang
nyata akibat dari mengambil tindakan dan keputusan tanpa berdasarkan keimanan
(Dzuhailmi et al., 2014).
Oleh itu, amalan religiositi merupakan satu pendekatan yang berhubungkait dengan
akauntabiliti. Secara umumnya, teori amalan religiositi menghuraikan hubungan
antara penghayatan amalan religiositi dengan pemantapan akauntabiliti individu.
Akauntabiliti kepada Allah s.w.t menyebabkan individu sebagai hambaNya berusaha
untuk meningkatkan iman dan ibadat melalui amalan religiositi (Tazkiyah an-Nafs)
yang merangkumi solat, membaca al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersedekah.
Amalan religiositi yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian ini pula perlu disertai
dengan hisbah atau penilaian kendiri, melalui konsep Murabathah yang diperkenalkan
oleh Imam Al-Ghazali.
59
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Di antara elemen tersebut adalah musyaratah, muraqabah, muhasabah, mu’aqabah,
mujahadah dan mu’atabah. Ke dua-dua konsep ini mempunyai kitaran dan saling
mempengaruhi di antara satu sama lain. Anggapan bahawa penghayatan amalan
religiositi yang merangkumi ibadat solat, puasa, zakat dan haji hanya merupakan
amalan agama semata-mata telah menyempitkan konsep agama Islam itu sendiri.
Isu di sini bukan semata-mata bentuk luar ibadat, tetapi perubahan dalaman individu
dalam bentuk akhlak yang mendorong kepada peningkatan diri, hasil daripada
perlaksanaan dan penghayatan amalan religiositi.
Religiositi berperanan penting dalam mencorak kehidupan belia pada masa kini
dan hadapan. Pegangan religiositi yang longgar dikhuatiri membawa akibat yang
buruk, bukan sahaja pada diri belia itu sendiri, malah dalam kehidupan berkeluarga,
bermasyarakat dan bernegara. Di Malaysia, belia mewakili 42.5 peratus bilangan
penduduk Malaysia (Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2013;
Dzuhailmi et al., 2014) dan dianggarkan mencapai 44 peratus daripada bilangan
penduduk Malaysia pada tahun 2020. Jumlah yang besar ini sememangnya berpotensi
mencorakkan senario dalam negara. Oleh itu, agama atau religiositi merupakan
prinsip terbaik yang sepatutnya dipegang oleh belia dalam proses membuat keputusan
yang betul dan adil.
Kesimpulan
Pembangunan amalan religiositi belia Muslim profesional yang positif jelas
membentuk kekuatan dalaman, menunjukkan bahawa ia berasaskan falsafah Islam
yang menekankan kekuatan dan potensi belia di dalam memacu pemantapan
akauntabiliti ketika bekerja. Ia juga lebih bersifat holistik dan menyeluruh dalam
orientasi kerja, menggunakan pendekatan pencegahan salah laku dan mempunyai
penyelesaian yang berlandaskan al-Quran dan al-Hadis terhadap masalah-masalah
yang berlaku. Salah satu tujuan penghayatan amalan religiositi belia Muslim
profesional adalah untuk mengalihkan paradigma yang sememangnya berlaku dalam
masyarakat pada hari ini. Kaedah “mencegah lebih baik daripada merawat” perlu
diberi penekanan, iaitu daripada memfokuskan kepada masalah etika yang berlaku,
kepada mengambil langkah pencegahan dari awal, iaitu menggunakan pendekatan
yang lebih menyeluruh, dengan cara membangunkan jati diri melalui peningkatan
tahap penghayatan amalan religiositi yang mampu untuk menyokong pembangunan
akauntabiliti diri yang jitu. Memandangkan belia Muslim profesional merupakan
sumber manusia yang penting dalam usaha menggalakkan pembangunan negara serta
mempunyai komitmen yang mendalam untuk meningkatkan prestasi organisasi dan
negara, maka amat penting golongan ini bekerja dengan satu set ramalan kendiri,
hasil daripada penerapan konsep penghayatan amalan religiositi dan disokong oleh
pengalaman pendidikan dan falsafah akauntabiliti di tempat kerja.
60
Penghayatan Amalan Religiositi Dalam Pemantapan Akauntabiliti Belia Muslim Profesional
Rujukan
Aishah Hj. Kasa. (2009). Pembangunan instrumen pengukuran psikologi
keusahawanan belia malaysia. (Tesis yang tidak diterbitkan). Universiti
Putra Malaysia
Al-Qaradawi, Yusuf. (1984). Ke arah perlaksanaan syariah islamiyyah. Terjemahan
Abdul Rahman Ahmad Jerlun. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Anisah Beth Bagasra. (2010). Acculturation, religious commitment and
conceptualization of mental illness in the muslim american
community. (Disertasi Ijazah Sarjana). Diakses pada 25 Februari
2016 melalui laman web http://search.proquest.com/pqdtglobal/
docview/868570354/8818977EA672486FPQ/1?accountid=42518
Azmii Hamzah. (2007). Kesediaan belia sebagai tunggak negara maju. Pusat
Pengembangan, Kemajuan dan Pemajuan Profesional Universiti Putra
Malaysia
Bryan D. Burks. (2006). The Impact of Ethics Education and Religiosity on
the Cognitive Moral Developing of Senior Accountingand Business
Students in Higher Education. (Tesis Ijazah Sarjana). Diakses pada 23
Februari 2016 melalui laman web http://search.proquest.com/pqdtglobal/
docview/304909496/5AD2D62BEA384E40PQ/1?accountid=42518
Buletin Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia diakses pada 10 Mac
2017 melalui laman web http://www.ippbm.gov.my/dokumen/buletin/edisi-
iii-sept-2008.pdf
Conroy, S., & Emerson, T. (2004). Business ethics and religion: Religiosity as a
predictor of ethical awareness among students. Journal of Business Ethics.
50(4), 383-396.
Dina Shalabi. (2010). A Multiple Case Study on Parents’ Perspective about the
Influence of the Islamic Culture on Muslim Children’s Daily Lives. (Tesis
Ijazah Sarjana). Diakses pada 18 Februari 2016 melalui laman web
http://search.proquest.com/pqdtglobal/
docview/871415369/9CF041A3DB6A43D5PQ/1?accountid=42518
Dzuhailmi Dahalan, Steven Eric Krauss, Azimi Hamzah dan Abd Hadi Sulaiman.
(2014). Pegangan agama dalam kalangan belia pelbagai kaum di malaysia.
Journal of Social Science and Huminities Vol. 9, No. 1 (2014) 117-130
61
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Fadzliaton. (t.th). Rancangan Malaysia Ke-11. Bab 5 Model Pembangunan Insan
diakses pada 1 Mei 2017 melalui laman web https://www.slideshare.net/
Fadzliaton/rancangan-malaysia-ke11-bab-5-pembangunan-modal-insan
Jamiah Hj Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd Noah dan Hasnan Kasan. (2004).
Prinsip pengukuran religiositi dan personaliti religiositi daripada perspektif
Islam. Kertas Kerja International Seminar On Islamic Thought, 2004 di
Universiti Kebangsaan Malaysia, 7-9 Disember 2004.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), op.cit., h. 930.
Kohlberg, L. (1981). Essays in Moral Development: The Philosophy of Moral
Development (Harper Row, New York, NY).
Mardzelah Makhsin, Ab. Halim Tamuri, Mohd. Aderi Che Noh dan Mohamad Fadhli
Elias, 2012, Hisbah Pembelajaran Kendiri dalam Pendidikan Islam, Journal
of Islamic and Arabic Education 4(1), ms 45-60.
Melissa Janine Mann. (2010). Identifying antecedents of work ethic beliefs and the
relationship between work ethic beliefs and in-role and extra-role work
behavior: New work ethic dimensions and scale introduced. (Tesis Doktor
Falsafah). Diakses pada 25 Jun 2016 melalui ProQuest Database
http://search.proquest.com./pqdtglobal/docview/837437473/
CD628FCEB3A24330PQ/1?accountid=42518
Naghmeh Nancy Moayedi. (2009). Islamic Work Ethic and Muslim Religious Belief
Impact on Organizational Commitment in the Workplace. (Disertasi yang
tidak diterbitkan). University of Phoenix.
Nurul Izzati bt Nazirmuddin dan Nazirmuddin bin Ahmad. (2011). Pembangunan
Modal Insan Di Malaysia: Satu analisis dari perspektif al-hadis, seminar
antarabangsa sunnah nabawiyah: realiti dan cabaran semasa (MUSNAD)
buku sunnah nabi
Pahrol Mohamad Juoi.(2010). Mukmin Profesional Celik Mata Hati. Terbitan Telaga
Biru Sdn. Bhd.
Rancangan Malaysia Ke Sebelas 2016-2020. Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat
Ucapan YAB Perdana Menteri Di Dewan Rakyat 21 Mei 2015 diakses pada
5 Mei 2017 melalui laman web https://www.epu.gov.my/sites/default/files/
Teks-Ucapan-RMK11.pd
62
Penghayatan Amalan Religiositi Dalam Pemantapan Akauntabiliti Belia Muslim Profesional
Rohana Tan, Norhasni Zainal Abidin, Azimi Hamzah & Fathiyah Mohd Fakharuddin.
(2013). Pengaruh faktor psikososial ke atas penghayatan akhlak islam
dalam kalangan belia institusi pengajian tinggi awam terpilih di malaysia.
Jurnal Personalia Pelajar 16 (2013): 55-64
Sarah Saeed. (2011). Use of islamic faith practices as a coping mechanism
for chronic illness. (Tesis Ijazah Sarjana). Diakses pada 18 Februari
2016 melalui laman web http://search.proquest.com/pqdtglobal/
docview/1475203500/7ED8A1F768EA429APQ/1?accountid=42518
Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, Asmak Ab. Rahman dan Mohd Izani bin
Mohd Zain. (2009). Pengukuhan nilai dan profesionalisme di kalangan
penjawat awam ke arah efektif governan di Malaysia. Jurnal Syariah. ms
559-592
Zulkiple Abd Ghani dan Nor Salimah Abu Mansor. (2006). Penghayatan Agama
Sebagai Asas Pembangunan Pelajar Analisis Terhadap Beberapa Pandangan
Imam Al-Ghazali. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bangi Selangor.
63
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG
di Lembah Klang
Syafila Kamarudin & Siti Zobidah Omar
Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
Pengenalan
Kini, teknologi berasaskan Internet semakin menjadi keutamaan kepada manusia
di seluruh dunia. Internet bukan sahaja penting sebagai alat untuk berkomunikasi
(Efe, 2015) dan medan untuk bersosial (Jeong & Coyle, 2014) tetapi Internet juga
membantu manusia untuk menyelesaikan pelbagai jenis tugasan perkhidmatan
seperti yang terdapat pada aplikasi MyEG (Kamarudin, Omar, & Ahmad Ghazali,
2016). Perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi MyEG bukan sahaja dapat
mempercepatkan urusan seseorang malah ia turut mengubah cara manusia beroperasi
iaitu daripada perkhidmatan kaunter kepada perkhidmatan atas talian.
Secara umumnya, aplikasi MyEG adalah merupakan aplikasi yang menyediakan
pelbagai jenis perkhidmatan khusus untuk rakyat Malaysia. Antara perkhidmatan
yang terdapat pada aplikasi MyEG termasuklah pembaharuan permit pekerja asing,
pembaharuan permit kerja pembantu rumah, gantian MyKad, baharui lesen memandu,
saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM), dan
lain-lain lagi. Dengan adanya pelbagai jenis perkhidmatan tersebut maka secara tidak
langsung dapat membantu masyarakat untuk menyelesaikan urusan mereka dengan
lebih cepat dan mudah (Mahbob, Nordin, Salman, Sulaiman, & Abdullah, 2011)
tanpa perlu beratur panjang di meja kaunter. Selain dapat membantu mempercepatkan
urusan masyarakat, aplikasi MyEG juga dapat membentuk interaksi digital dua
hala antara pihak kerajaan dengan rakyat (Evans & Yen, 2006). Interaksi digital
yang berlangsung antara pengguna MyEG dengan kerajaan atau pihak pembekal
perkhidmatan membolehkan kedua-dua belah pihak berurusan secara atas talian tanpa
perlu bersemuka. Segala proses tindak balas antara kedua-dua belah pihak ini akan
diselesaikan secara atas talian. Menurut Kasimin, Mohd Idris, & Sahari (2011) mereka
menyatakan bahawa dengan adanya aplikasi atas talian seperti yang ditawarkan oleh
perkhidmatan MyEG, ia dapat membantu pengguna untuk berurusan dan berinteraksi
secara atas talian dengan pihak kerajaan. Di samping itu juga, kewujudan aplikasi
MyEG dapat membawa belia kepada tahap peningkatan penggunaan yang maksimum
dengan cara mengamalkan pendekatan berpusat rakyat dalam inisiatif e-kerajaan
untuk rakyat (Axelsson & Lindgren, 2010). Pendekatan ini menumpukan penyertaan
golongan belia samada mengambil kira keperluan dan kehendak atau penglibatan
mereka secara formal dalam proses pelaksanaan aplikasi MyEG ini. Kajian oleh
Hirschheim & Klein (2003) menyatakan bahawa pelaksanaan secara berpusatkan
rakyat perlu diberi perhatian kerana dengan tumpuan yang diberikan kepada rakyat
akan lebih menghasilkan kualiti penggunaan teknologi yang lebih baik.
64
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG di Lembah Klang
Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan aplikasi
MyEG oleh belia dan mengetahui tahap penerimaan mereka terhadap aplikasi MyEG.
Hal ini kerana, beberapa kajian telah membuktikan bahawa kadar penerimaan
dan penggunaan aplikasi MyEG oleh belia masih belum berada pada tahap yang
memuaskan. Penggunaan aplikasi ini dikatakan tidak digunakan secara meluas oleh
mereka (Tajuddin, Said, Rosdi, Nguyen, Tee, Mohd Rameli, & Abdul Karim, 2013).
Selwyn (2003) menyatakan bahawa gangguan seperti kekurangan sumber bahan
dan maklumat, takut menggunakan teknologi, tidak mendapat sokongan dari orang
terdekat, dan keadaan teknologi menjadi halangan kepada belia untuk menggunakan
teknologi baharu tersebut. Manakala menurut Mohd Rawi, Omar, & Shahkat Ali
(2012), mereka menjelaskan hanya terdapat sebahagian sahaja individu yang berminat
untuk menggunakan perkhidmatan atas talian disebabkan oleh urusan kerja mereka
dan selebihnya menggunakan teknologi baharu untuk tujuan bersosial (Mustafa &
Hamzah, 2010).
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG
Sejak kebelakangan ini, penyelidikan berkenaan perkhidmatan elektronik semakin
popular dalam kalangan penyelidik. Banyak artikel telah ditulis dalam pelbagai
bidang kajian, terutamanya bagi lima tahun kebelakangan ini (Lytras, Mathkour,
Abdalla, Yanez-Marquez, & Ordonez de Pablos, 2014). Jumlah kajian yang memberi
tumpuan kepada penggunaan aplikasi atas talian dalam perkhidmatan elektronik
semakin meningkat. Walaupun kajian berkenaan aplikasi MyEG masih belum ramai
yang melakukannya (Kamarudin, et al., 2016), tetapi kajian berkenaan e-kerajaan
sangat banyak dikaji dan dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh penyelidik
diseluruh dunia terhadap e-kerajaan negara masing-masing.
Kajian lalu banyak membincangkan isu mengenai penerimaan dan penggunaan
perkhidmatan e-kerajaan dari pelbagai bentuk aplikasi kerajaan. Sebagai contoh,
kajian oleh Zainal Abidin, Sahari, Kasimin, & Mohd Idris (2011) yang menjalankan
penyelidikan mengenai e-kerajaan berspektifkan budaya e-pengguna. Para penyelidik
tersebut melihat tahap keperluan e-pengguna terhadap sistem e-kerajaan Malaysia.
Begitu juga kajian secara empirik oleh Mahbob et al., (2011) mereka menjalankan
penyelidikan mengenai inovasi perkhidmatan awam Malaysia melalui pelaksanaan
e-kerajaan. Kajian tersebut memberi tumpuan tentang penerimaan e-servis di Lembah
Klang. Seterusnya, Hung, Chang, & Yu (2006) turut mengkaji faktor penentu bagi
penerimaan perkhidmatan e-kerajaan di Taiwan. Para penyelidik ini mengkaji dari
perspektif pemfailan cukai atas talian dan sistem pembayaran oleh masyarakat di sana.
Oleh itu, melalui kepelbagaian kajian mengenai e-kerajaan yang dinyatakan, maka
penyelidikan ini memberi tumpuan kepada penerimaan belia terhadap penggunaan
aplikasi MyEG.
Bagi mengkaji penerimaan masyarakat terhadap aplikasi MyEG, penyelidik telah
menyediakan teori yang menjadi asas kepada penerimaan sesebuah teknologi baharu.
Teori tersebut ialah Model Penerimaan Teknologi (TAM) oleh Davis (1989). Kajian
65
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
menunjukkan faktor kebergunaan dan faktor mudah digunakan yang terdapat pada
model TAM adalah sangat relevan bagi mengkaji penerimaan masyarakat terhadap
teknologi baharu. Kajian lalu menunjukkan kedua-dua faktor ini mempunyai
hubungan yang signifikan terhadap niat tingkahlaku dan penerimaan seseorang
terhadap teknologi (Carter & Belanger, 2003).
2.1 Model Penerimaan Teknologi
Model Penerimaan Teknologi (TAM) diadaptasi daripada Theory Reasoned Action
(TRA) yang secara khususnya digunakan untuk model penerimaan pengguna
terhadap sistem maklumat (Davis, Bagozzi & Warshaw, 1989). Teoritikal model
TAM ini diasaskan kepada beberapa penggabungan teori-teori yang telah dibentuk
seperti Self–efficacy, Contingent Decision Behavior, dan Adoption of Innovation
(Davis, 1989). Hasil percantuman pengetahuan berhubung dengan teori tersebut telah
menyumbang kepada sokongan teoritikal terhadap faktor kebergunaan dan faktor
mudah digunakan sebagai penentu tingkahlaku. Setiap kajian yang dijalankan adalah
untuk mendapatkan pengukuran yang lebih baik bagi menerangkan penggunaan
sesebuah teknologi (Davis, 1989). Ia juga menumpukan kepada struktur teoritikal
yang dibina iaitu kebergunaan dan mudah digunakan dan kemudian dapat diteorikan
menjadi asas bagi penentu penggunaan sesebuah sistem (Davis, 1989).
Rajah 1: Model Penerimaan Teknologi (TAM)
Kebergunaan
Pemboleh ubah Mudah digunakan Perlakuan Penggunaan
luaran Tindak balas kognitif Keinginaan sebenar
Pendorong luaran Niat Tingkahlaku
Rajah 1 menunjukkan terdapat dua pemboleh ubah dalam menentukan penerimaan
Rajah 1 menunjukkan terdapat dua pemboleh ubah dalam menentukan penerimaan
pengguna terhadap aplikasi iaitu niat dan tingkahlaku. TAM memfokuskan kepada
peranan kebergunaan dan mudah digunakan dalam meramal keinginan seseorang
terhadap penggunaan teknologi baharu (Davis, 1989). Kedua-dua faktor ini dijadikan
faktor asas dalam menentukan tahap penerimaan pengguna terhadap keinginan untuk
menggunakan sistem baharu seperti aplikasi MyEG. Keinginan pengguna terhadap
sistem baharu merupakan peramal yang paling baik bagi penggunaan sistem yang
sebenar dan ia disarankan dalam penyelidikan psikologi dan TAM itu sendiri (Davis
et al., 1989). Niat tingkahlaku ditentukan oleh sikap pengguna terhadap sesebuah
teknologi. Atribut sikap ini kemudian ditentukan oleh dua faktor penting iaitu
kebergunaan dan mudah digunakan (Davis et al., 1989).
66
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG di Lembah Klang
Faktor kebergunaan adalah merujuk kepada tugas yang melibatkan produktiviti,
prestasi, dan keberkesanan (Davis, 1989). Ini adalah kepercayaan penting yang
dikenal pasti dalam menyediakan pandangan diagnostik tentang bagaimana sikap
pengguna ke arah penggunaan dipengaruhi. Faktor kebergunaan mempunyai kesan
langsung ke atas niat dalam menentukan sikap pengguna. Faktor ini menjadi konstruk
yang signifikan dalam penggunaan literatur bagi e-kerajaan (Carter & Belanger,
2003). Kajian oleh Mohd Suki, Ramayah, & Mohd Suki (2008) mendapati niat
tingkahlaku pengguna adalah didorong oleh faktor kebergunaan. Manakala faktor
mudah digunakan pula menunjukkan sikap terhadap penerimaan sesebuah teknologi.
Faktor ini memberi penilaian kepada individu dalam menggunakan sistem (Davis,
1989). Kebergunaan dan mudah digunakan adalah konstruk yang berbeza tetapi
saling berkaitan. Faktor mudah digunakan dapat menyumbang dari aspek peningkatan
prestasi. Faktor ini juga menjadi konstruk yang ketara dalam penggunaan literatur
e-kerajaan (Carter & Belanger, 2003). Hsu, Wang, & Chiu, (2009) mendapati faktor
mudah digunakan adalah peramal yang lebih kukuh bagi kajian e-fail berbanding
faktor kebergunaan. Faktor ini dipengaruhi secara positif oleh niat tingkahlaku untuk
menggunakan sistem (Fagan, Wooldridge, & Neill, 2008).
Melalui perbincangan teori di atas, untuk konteks kajian ini teori TAM adalah teori
yang dapat memberikan panduan kepada tahap penerimaan pengguna terhadap
aplikasi MyEG. Hal ini disebabkan oleh elemen pada teori TAM seperti kebergunaan
dan mudah digunakan adalah elemen yang sangat penting dalam meramal pandangan
pengguna berkenaan sikap mereka terhadap penerimaan aplikasi MyEG. Hal ini
kerana niat tingkahlaku pengguna adalah berbeza antara satu sama lain sebelum
mereka menerima dan menggunakan aplikasi MyEG tersebut.
Metodologi
Responden
Seramai 396 orang belia yang tinggal di kawasan Lembah Klang telah mengambil
bahagian dalam kajian ini. Pemilihan golongan belia adalah berdasarkan kepada
kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia dan mereka berumur antara 20 hingga
40 tahun. Kriteria umur ini adalah menepati definisi belia yang dikeluarkan oleh
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Golongan belia dipilih sebagai responden
disebabkan oleh mereka merupakan kumpulan umur yang paling ramai menggunakan
Internet (SKMM, 2014), paling tinggi menggunakan perkhidmatan atas talian
dan menjadi penyumbang terbesar dalam jumlah populasi rakyat Malaysia iaitu
2,601,145 orang (LPPKN, 2008). Kesemua calon-calon dipilih berdasarkan kepada
teknik persampelan bertujuan. Jadual 1 di bawah meringkaskan berkenaan demografi
responden.
67
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Profil Jadual 1: Demografi Peratus
Kekerapan 71.2
Jantina 282 28.8
Lelaki 114 68.4
Perempuan 271 17.2
68 12.4
Bangsa 49 2.0
Melayu 8 .5
Cina 2 7.3
India 29 47.2
Lain-lain 187 34.3
136 10.6
Umur 42
<20
21-25
26-30
31-35
>36
Instrumen
Kesan penggunaan dan penerimaan aplikasi MyEG oleh belia terhadap pemboleh
ubah yang dikaji memerlukan penyelidikan yang mendalam dan analisis kuantitatif
menyediakan alat yang diperlukan untuk penyelidikan ini (Vivar, McQueen, Whyte, &
Armayor, 2007). Oleh itu, kajian ini sepenuhnya menggunakan pendekatan kuantitatif
iaitu menerusi kaedah tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada
responden. Menurut Md Johan & Hamdan (2012), penggunaan borang soal selidik
adalah sangat baik kerana merangkumi beberapa kriteria iaitu data lebih mudah untuk
dikumpulkan, sesuai untuk gambaran sebenar persoalan dan bilangan responden yang
ramai dapat diadakan.
Hasil kajian
Kekerapan Belia Menggunakan Perkhidmatan MyEG
Merujuk kepada Jadual 2, jenis perkhidmatan yang kerap digunakan oleh
pengguna MyEG ialah saman JPJ sebanyak 11.1 peratus (SP=1.09). Diikuti dengan
perkhidmatan saman PDRM sebanyak 7.8 peratus (SP=1.07). Manakala secara
keseluruhannya pula, jadual menunjukkan bahawa majoriti responden adalah
tidak pernah menggunakan jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak MyEG
terutamanya perkhidmatan tambah nilai atas talian (92.2%), pembaharuan permit
pekerja asing (98.2%), pembaharuan permit kerja pembantu rumah (98.5%),
gantian MyKad (98.7%), e-insolvensi, Sistem Tukar Milik Sementar (STMS), dan
1 Malaysia Identification (1MID) masing-masing dengan peratusan 99.7 peratus,
dan akhir sekali ialah perkhidmatan Sistem Tukar Milik Sukarela (STMSR) (100%).
Hal ini menjelaskan bahawa belia menggunakan aplikasi MyEG hanya untuk tujuan
menyemak atau membayar saman JPJ. Manakala jenis perkhidmatan yang lain yang
68
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG di Lembah Klang
ditawarkan oleh aplikasi MyEG seperti Sistem Tukar Milik Sukarel (STMSR), Sistem
Tukar Milik Sementar (STMS), 1 Malaysia Identification (1MID) dan e-insolvensi
adalah perkhidmatan yang tidak pernah dan tidak kerap digunakan oleh pengguna
aplikasi MyEG ini.
Jadual 2: Kekerapan Pengguna Menggunakan Perkhidmatan MyEG
Item 1 (% kekerapan) 5 SP
234
Jenis perkhidmatan
Saman JPJ 38.9 16.7 32.8 11.1 .5 1.09
Saman PDRM 43.7 21.2 25.8 7.8 1.5 1.07
Baharui auto insuran dan cukai jalan 59.6 23.5 9.6 5.8 1.5 .974
Baharui lesen memandu 61.9 27.3 7.6 2.8 .5 .793
Perkhidmatan tambah nilai atas talian 92.2 2.3 3.3 2.0 .3 .593
Pembaharuan permit pekerja asing 98.2 - .5 1.0 0.3 .386
Pembaharuan permit kerja pembantu rumah 98.5 .5 .5 .5 - .265
Gantian MyKad 98.7 1.0 .3 - - .142
e-Insolvensi 99.7 - .3 - - .101
1 Malaysia Identification (1MID) 99.7 .3 - - - .050
Sistem Tukar Milik Sementar (STMS) 99.7 .3 - - - .050
Sistem Tukar Milik Sukarel (STMSR) 100 - - - - .000
Lain-lain 99.7 - .3 - - .050
Nota: 1: tidak pernah, 2: tidak kerap, 3: sederhana kerap, 4: kerap, dan 5: sangat kerap
Selaras dengan hasil dapatan oleh Mahbob et al. (2011) mendapati majoriti pengguna
e-servis adalah menyemak saman JPJ (80.2%) dan menyemak saman PDRM (75%).
Mereka menambah, bagi aktiviti membayar saman JPJ dan PDRM pula masing-
masing (34.9%) dan (33.2%). Kekerapan pengguna MyEG menggunakan dua jenis
perkhidmatan ini adalah disebabkan oleh aktiviti ini merupakan aktiviti yang perlu
diambil perhatian kerana pihak berkuasa seringkali melakukan operasi ketika di jalan
raya. Maka dengan itu pengguna jalan raya terutamanya memerlukan satu aplikasi
khas seperti aplikasi MyEG bagi membantu mereka untuk menyemak atau membayar
saman tersebut dengan kadar segera.
Manakala bagi perkhidmatan jenis 1 Malaysia Identification (1MID), Sistem
Tukar Milik Sementara (STMS) dan Sistem Tukar Milik Sukarela (STMSR)
adalah perkhidmatan yang tidak mendapat sambutan oleh pengguna MyEG kerana
majoriti responden tidak pernah dan tidak kerap menggunakan perkhidmatan
tersebut. Dalam kajian ini juga penyelidik kerap ditanya oleh responden yang mana
kebanyakan mereka tidak mengetahui secara jelas makna dan fungsi ketiga-tiga jenis
perkhidmatan tersebut termasuk juga e-insolvensi. Maka, penyelidik berpendapat
69
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
bahawa ketidaktahuan dan ketidakpercayaan responden terhadap perkhidmatan
tersebut adalah punca responden menjawab skala tidak pernah dan skala tidak kerap
untuk menggunakan perkhidmatan yang dinyatakan. Hal ini turut dibincangkan
dalam kajian lalu oleh Yoon (2009) yang menyatakan terdapat hubungan positif yang
signifikan antara faktor kepercayaan dengan keinginan pengguna Internet sebelum
menggunakan sistem baharu. Beliau turut menjelaskan betapa pentingnya faktor
kepercayaan dalam diri seseorang pengguna sebelum mereka menggunakan sistem
baharu yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan kepada mereka.
Tahap penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG
Berikut adalah hasil kajian untuk pemboleh ubah yang digunakan iaitu Niat
Tingkahlaku, Tingkahlaku Penggunaan, Halangan Penggunaan dan Kebimbangan
Penggunaan.
Niat Tingkahlaku
Dalam konteks kajian ini, niat tingkahlaku merupakan satu bentuk keinginan yang
kuat oleh pengguna terhadap penerimaan aplikasi MyEG. Jadual 3 menunjukkan item
“Saya bercadang untuk menggunakan aplikasi MyEG pada masa akan datang” adalah
item yang memiliki skor min tertinggi 4.16 (SP=0.65). Perkara ini menjelaskan
bahawa responden bersetuju untuk menggunakan aplikasi MyEG pada masa akan
datang kerana dapat memberi kemudahan kepada mereka. Secara keseluruhannya
pula, elemen niat tingkahlaku berada pada tahap yang tinggi dengan skor min
keseluruhan 4.04 yang mana menjelaskan tahap penerimaan belia terhadap aplikasi
MyEG adalah tinggi dan mereka bersetuju untuk meneruskan penggunaan aplikasi ini
pada masa hadapan. Hal ini membuktikan pengguna dapat menerima aplikasi MyEG
sebagai aplikasi yang menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada mereka.
Jadual 3: Niat Tingkahlaku Pengguna terhadap Penerimaan Aplikasi MyEG
Item Min SP
Saya bercadang untuk menggunakan aplikasi MyEG 4.16 .65
pada masa akan datang.
Saya berhasrat untuk menggunakan aplikasi MyEG 4.15 .63
pada masa hadapan.
Saya percaya bahawa keinginan saya terhadap 4.09 .76
aplikasi MyEG pada masa ini akan terus meningkat
pada masa akan datang.
Saya percaya minat saya terhadap aplikasi MyEG 4.03 .80
akan meningkat pada masa hadapan
Saya meramalkan bahawa saya akan menggunakan 3.82 .78
aplikasi MyEG pada masa hadapan.
Min keseluruhan: 4.04
Tahap penerimaan (Rendah: 1.00 – 2.33, Sederhana: 2.34 – 3.67, Tinggi: 3.68 – 5.00)
70
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG di Lembah Klang
Tingkahlaku Penggunaan
Seterusnya adalah hasil dapatan bagi tingkahlaku penggunaan aplikasi MyEG oleh
pengguna. Elemen tingkahlaku penggunaan menjelaskan berkenaan perlakuan
dan tindak balas responden terhadap aplikasi MyEG. Jadual 4 menunjukkan item
“Menggunakan aplikasi MyEG adalah idea yang baik” adalah tertinggi iaitu min 4.15
(SP=0.70). Hal ini memberi penerangan bahawa pengguna turut bersetuju menyatakan
penggunaan aplikasi MyEG dalam kehidupan seharian mereka adalah baik dan
bermakna. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya juga elemen tingkahlaku
penggunaan berada pada tahap yang tinggi dengan skor min keseluruhan sebanyak
3.96. Keadaan ini menunjukkan tindak balas pengguna terhadap penerimaan aplikasi
MyEG adalah tinggi dan mereka bersetuju untuk menggunakan aplikasi ini dari
semasa ke semasa kerana pada pandangan mereka ia adalah idea yang baik.
Jadual 4: Tingkahlaku Penggunaan terhadap Penerimaan Aplikasi MyEG
Item Min SP
Menggunakan aplikasi MyEG adalah idea yang baik. 4.15 .70
4.12 .77
Saya akan terus menggunakan aplikasi MyEG dari semasa
ke semasa. 3.99 .78
3.96 .81
Saya suka menggunakan aplikasi MyEG.
3.62 .83
Saya akan mengesyorkan kepada orang lain untuk menggu-
nakan aplikasi MyEG.
Menggunakan aplikasi MyEG adalah menyeronokkan.
Min keseluruhan: 3.96
Tahap penerimaan (Rendah: 1.00 – 2.33, Sederhana: 2.34 – 3.67, Tinggi: 3.68 – 5.00)
Halangan Penggunaan
Hasil dapatan kajian ini juga turut melihat elemen halangan penggunaan oleh pengguna
aplikasi MyEG. Elemen ini menjelaskan kekangan yang berlaku ketika menggunakan
aplikasi tersebut. Jadual 5 menunjukkan item yang memperolehi nilai min tertinggi
iaitu 3.79 (SP=0.74) ialah “Mencari maklumat pada aplikasi MyEG tidak mengambil
banyak masa”. Diikuti dengan elemen “Menggunakan perkhidmatan MyEG tidak
mengganggu tumpuan kepada tugas saya” dengan nilai min 3.77 (SP=0.74). Hal ini
menjelaskan bahawa responden bersetuju menyatakan aplikasi MyEG adalah aplikasi
yang tidak perlu mengambil masa yang lama ketika menggunakannya disamping
mereka masih boleh meneruskan tugas harian mereka dengan baik. Manakala
responden sederhana setuju menyatakan “Menggunakan perkhidmatan MyEG tidak
mendedahkan kepada kebocoran maklumat peribadi” dengan min 3.54 (SP=0.78).
Ini disebabkan oleh hampir separuh pengguna tidak mengetahui samada maklumat
peribadi mereka masih selamat atau sudah terdedah ketika menggunakan aplikasi
tersebut. Kegusaran yang dialami oleh pengguna ini menghalang mereka untuk
menggunakan aplikasi MyEG. Oleh itu, secara keseluruhan bagi halangan penggunaan
berada pada tahap sederhana dengan skor min keseluruhan 3.66. Ini disebabkan oleh
71
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
terdapat pengguna yang merasa masih ada kekangan ketika menggunakan aplikasi
MyEG terutamanya apabila melibatkan maklumat peribadi masing-masing.
Jadual 5: Halangan Penggunaan terhadap Penerimaan Aplikasi MyEG
Item Min SP
Mencari maklumat pada aplikasi MyEG tidak mengambil 3.79 .74
banyak masa. .74
.84
Menggunakan perkhidmatan MyEG tidak mengganggu 3.77 .78
tumpuan tugas saya.
Keselamatan privasi lebih terjamin ketika menggunakan 3.56
MyEG.
Menggunakan perkhidmatan MyEG tidak mendedahkan 3.54
kepada kebocoran maklumat peribadi.
Min keseluruhan: 3.66
Tahap penerimaan (Rendah: 1.00 – 2.33, Sederhana: 2.34 – 3.67, Tinggi: 3.68 – 5.00)
Kebimbangan Penggunaan
Item terakhir bagi penerimaan aplikasi MyEG ialah kebimbangan penggunaan. Dalam
konteks kajian ini elemen kebimbangan penggunaan menekankan aspek internal iaitu
perasaan yang dialami oleh responden ketika melayari aplikasi MyEG. Hasil kajian
pada Jadual 6 mendapati item “Saya berasa bimbang apabila menggunakan aplikasi
MyEG” adalah item tertinggi iaitu min 2.42 (SP=0.96). Diikuti dengan item yang
memiliki nilai min kedua tertinggi 2.37 (SP=0.97) iaitu “Saya takut memikirkan
bahawa saya boleh kehilangan banyak maklumat ketika menggunakan MyEG dengan
menekan butang yang salah”. Perkara tersebut menjelaskan pengguna tidak bersetuju
menyatakan bahawa mereka berasa bimbang dan takut ketika menggunakan aplikasi
MyEG. Hal ini membuktikan pengguna mempunyai tahap keyakinan yang tinggi
apabila menggunakannya. Manakala item “Aplikasi MyEG menakutkan saya” adalah
item yang memiliki nilai min terendah iaitu 1.79 (SP=0.87). Begitu juga dengan item
“Saya merasakan aplikasi MyEG adalah tidak selamat” dengan min 1.93, SP=0.92.
Keadaan ini menunjukkan bahawa responden sangat tidak setuju apabila dikatakan
aplikasi MyEG memberi kesan negatif kepada diri mereka seperti takut dan berasa
tidak selamat ketika menggunakan aplikasi ini. Oleh itu, secara keseluruhan elemen
kebimbangan penggunaan berada pada tahap rendah dengan skor min keseluruhan
2.15. Hal ini menjelaskan bahawa pengguna aplikasi MyEG adalah pengguna yang
yakin dan mereka juga tidak bersetuju merasakan aplikasi MyEG memberi impak
negatif kepada perasaan mereka.
72
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG di Lembah Klang
Jadual 6: Kebimbangan Penggunaan terhadap Penerimaan Aplikasi MyEG
Item Min SP
Saya berasa bimbang apabila menggunakan aplikasi MyEG. 2.42 .96
Saya takut memikirkan bahawa saya boleh kehilangan banyak 2.37 .97
maklumat ketika menggunakan MyEG dengan menekan
butang yang salah.
Saya teragak-agak untuk menggunakan aplikasi MyEG kerana 2.27 .98
takut membuat kesilapan yang saya tidak boleh dibetulkan.
Saya merasakan aplikasi MyEG adalah tidak selamat. 1.93 .92
Aplikasi MyEG menakutkan saya. 1.79 .87
Min keseluruhan: 2.15
Tahap penerimaan (Rendah: 1.00 – 2.33, Sederhana: 2.34 – 3.67, Tinggi: 3.68 – 5.00)
Hasil Keseluruhan Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG
Jadual 7 menunjukkan kedudukan bagi setiap elemen yang telah diuji. Hasil kajian
mendapati niat tingkahlaku penggunaan adalah elemen yang paling utama dengan
nilai min 4.04 yang mana menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi. Dapatan
ini menjelaskan bahawa niat tingkahlaku adalah elemen yang paling disetujui oleh
pengguna untuk menerima aplikasi MyEG. Seterusnya diikuti dengan tingkahlaku
penggunaan dengan nilai min 3.96 juga menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi.
Keadaan ini menerangkan tingkahlaku penggunaan turut dipersetujui oleh pengguna
sebagai elemen bagi penerimaan aplikasi MyEG. Bagi halangan penggunaan pula
dengan nilai min 3.66 menunjukkan tahap penerimaan yang sederhana. Perkara
ini menjelaskan bahawa elemen halangan penggunaan sederhana disetujui oleh
pengguna untuk mereka menerima aplikasi MyEG. Manakala elemen kebimbangan
penggunaan dengan nilai min 2.15 menjelaskan tahap penerimaan adalah rendah.
Ini membuktikan bahawa kebimbangan penggunaan merupakan elemen yang tidak
disetujui oleh pengguna untuk menerima aplikasi MyEG. Melalui hasil dapatan kajian
ini dapat disimpulkan bahawa tahap penerimaan pengguna terhadap aplikasi MyEG
berada pada tahap sederhana dengan min keseluruhan 3.45 (SP=0.36).
Jadual 7: Nilai Min Keseluruhan terhadap Penerimaan Aplikasi MyEG
Item Min SP
Niat tingkahlaku 4.04 0.64
Tingkahlaku penggunaan 3.96 0.68
Halangan penggunaan 3.66 0.67
Kebimbangan penggunaan 2.15 0.83
Keseluruhan 3.45 0.36
Tahap penerimaan (Rendah: 1.00 – 2.33, Sederhana: 2.34 – 3.67, Tinggi: 3.68 – 5.00)
73
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Dapatan kajian yang diperolehi ini juga turut menyokong teori yang digunakan
iaitu teori TAM. Hasil kajian menunjukkan bahawa keinginan pengguna terhadap
penggunaan aplikasi MyEG adalah bergantung kepada niat tingkahlaku setiap
pengguna. Seperti mana yang ditekankan dalam teori TAM, aspek niat tingkahlaku
adalah faktor peramal yang paling baik bagi penggunaan sesebuah sistem baharu
(Davis et al., 1989). Maka dengan itu, keadaan ini menjelaskan dengan kehadiran
niat yang positif maka penerimaan pengguna terhadap aplikasi MyEG juga turut
positif. Hasil dapatan ini adalah selaras dengan teori TAM yang mana mendapati niat
tingkahlaku dan tingkahlaku penggunaan menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi
oleh pengguna aplikasi MyEG.
Kesimpulan
Aplikasi MyEG merupakan kemudahan secara atas talian yang disediakan oleh
pihak kerajaan untuk rakyat. Namun, hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi
MyEG pada hari ini adalah tertumpu kepada jenis-jenis perkhidmatan tertentu sahaja
seperti saman JPJ dan saman PDRM. Seharusnya kesemua jenis perkhidmatan dalam
aplikasi MyEG digunakan oleh setiap pengguna. Justeru, beberapa cadangan dapat
disumbangkan kepada pihak terbabit. Pertama, pihak kerajaan khususnya pihak
MyEG boleh meneliti semula jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Ini adalah penting bagi memastikan tidak terdapat perkhidmatan yang diwujudkan
dalam aplikasi MyEG tetapi tidak digunakan oleh pengguna. Di samping dapat
memberi tumpuan kepada perkhidmatan yang kerap digunakan oleh pengguna
belia khususnya. Kedua, memandangkan kajian ini dijalankan di Lembah Klang
maka adalah diharapkan bagi penyelidik akan datang menjalankan penyelidikan di
setiap negeri di Malaysia. Hal ini kerana penerimaan masyarakat terhadap sesebuah
teknologi baharu adalah berbeza yang tinggal di bandar dan di luar bandar (Akhter,
Onishi, & Kidokoro, 2009) terutama masalah capaian Internet. Justeru, secara
kesimpulannya belia pada hari ini adalah golongan yang bergelut dengan kemajuan
dunia sains dan teknologi. Maka usaha pihak kerajaan dalam memastikan rakyat
mendapat kemudahan dari segi infrastruktur adalah suatu usaha yang sangat murni
dan perlu diteruskan supaya rakyat dapat menerima aplikasi MyEG dengan baik.
Rujukan
Akther, M. S., Onishi, T., & Kidokoro, T. (2009). Demand Analysis of E-Government
in Developing Countries, diakses daripada http://miha2.ef.uni-lj.si/cost298/
gbc2009-proceedings/papers/P032.pdf
Axelsson, K. M. U. & Lindgren, I. (2010). Exploring the importance of citizen
participation and involvement in e-government projects: Practice,
incentives, and organization. Transforming Government: People, Process
and Policy, 4(4), 299-321.
Carter, L. & Belanger, F. (2003). Diffusion of innovation & citizen adoption of
e-government. The 5th International Conference on Electronic Commerce
(ICECR-5), Pittsburg, PA, 57-63.
74
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG di Lembah Klang
Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance
of information technology. MIS Quarterly, 13(3), 319-340.
Davis, F. D., Bagozzi, R. P., & Warshaw, P. R. (1989). User acceptance of computer
technology: A comparison of two theoretical models. Management Science,
35(8), 982–1003.
Efe, H. A. (2015). The relation between science student teachers’ educational use of
web 2.0 technologies and their computer self-efficacy. Journal of Baltic
Science Education, 14(1), 142–154.
Evans, D., & Yen, D. C. (2006). E-Government: Evolving relationship of citizens
and government, domestic, and international development. Government
Information Quarterly, 23(2), 207-235.
Fagan, M. H., Wooldridge, B. R., & Neill, S. (2008). Exploring the intention to use
computers: An empirical investigation of the role of intrinsic motivation,
extrinsic motivation, and perceived ease of use. Journal of Computer
Information Systems, 48(1), 31-37.
Hirschheim, R. & Klein, H. (2003). Crisis in the IS field? A critical reflection on the
state of the discipline. Journal of the Association for Information Systems,
4(5), 237-293.
Hsu, M. K., Wang, S. W., & Chiu, K. K. (2009). Computer attitude, statistics anxiety
and self-efficacy on statistical software adoption behavior: An empirical
study of online MBA learners. Computers in Human Behavior, 25(1), 412–
420.
Hung, S.Y., Chang, C. M., & Yu, T. J. (2006). Determinants of user acceptance of the
government services: The case of online tax filling and payment systems.
Government Information Quarterly, 23(1), 97-122.
Jeong, Y., & Coyle, E. (2014). Why are you worrying about on Facebook and Twitter?
An empirical investigation of young social network site users’ privacy
perceptions and behaviors. Journal of Interactive Advertising, 14(2), 51–59.
Kamarudin, S, Omar, S. Z, & Ahmad Ghazali, A. H. (2016). Hubungan Faktor
Persekitaran dengan Penerimaan Perkhidmatan E-kerajaan bagi Aplikasi
MyEG. (Tesis Master yang tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Malaysia.
75
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Kasimin, H., Mohd. Idris, S. H., & Sahari, N. (2011, Jun). Kesedaran dan penggunaan
perkhidmatan awam dalam talian di kalangan berbagai golongan rakyat.
Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia
ke VI, Melaka, Malaysia. Diakses daripada http://www.ukm.my/fep/
perkem/pdf/perkemVI/PERKEM2011-1-2A4.pdf
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. (2008). Diakses
daripada http://www.lppkn.gov.my/index.php?option=com_
joomgallery&view=category&catid=4&Itemid=468&lang=ms
Lytras, M. D., Mathkour, H. I., Abdalla, H., Yanez-Marquez, C., & Ordonez de
Pablos, P. (2014). The social media in academia and education research
R-evolutions and a paradox: Advanced next generation social learning
innovation. Journal of Universal Computer Science, 20(15), 1987–1994.
Mahbob, M. H., Nordin, M. Z., Salman, A., Sulaiman, W. I. W., & Abdullah, M. Y.
H. (2011). Government to citizen: advocacy of government on-line systems
and their acceptance among citizens. The Innovation Journal: The Public
Sector Innovation Journal, 16(3), 1-13.
Md Johan, O. & Hamdan, H. (2012). Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
profesion keguruan dikalangan pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan
Teknikal Kejuruteraan. Diakses daripada http://eprints.utm.my/11752/1/
Faktor.pdf,2011
Mohd Rawi, A. S. H., Omar, S. Z., & Shahkat Ali, M. S. (2012). Tahap hubungan
antara pelbagai faktor terpilih dengan keinginan menggunakan e-dagang
dalam kalangan pengguna internet. Jurnal Pengajian Media Malaysia,
13(2), 11-28.
Mohd Suki, N., Ramayah, T., & Mohd Suki, N. (2008). Internet shopping acceptance:
Examining the influence of intrinsic versus extrinsic motivations. Direct
Marketing: An International Journal, 2(2), 97-110.
Mustafa, S. E., & Hamzah, A. (2010). Media sosial: Tinjauan terhadap laman jaringan
sosial dalam talian tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 12(2), 37-
52.
Selwyn, N. (2003). Apart from technology: understanding people’s non-use of
information and communication technologies in everyday life. Technology
in Society, 25(1), 99-116.
76
Penerimaan Belia terhadap Aplikasi MyEG di Lembah Klang
SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). (2014). Internet users
survey 2014. Diakses daripada http://www.skmm.gov.my/Resources/
Statistics/Internet-users-survey/Hand-phone-Users-Survey-2014.aspx
Tajuddin, N., Said, H., Rosdi, R. I., Nguyen, T. V., Tee, T. C., Mohd Rameli, M.
R., Abdul Karim, N. (2013). Keperluan medium perkhidmatan atas talian
dalam pelaksanaan penasihatan akademik. 2nd International Seminar on
Quality and Affordable Education (ISQAE 2013) http://educ.utm.my/wp-
content/uploads/2013/11/721.pdf
Vivar, C. G., McQueen, A., Whyte, D. A., & Armayor, N. C. (2007). Getting started
with qualitative research: Developing a research proposal. Nurse researcher,
14(3), 60–73.
Yoon, C. (2009). The effects of national culture values on consumer acceptance of
e-commerce: Online shoppers in China. Information & Management, 46(5),
294-301.
Zainal Abidin, N., Sahari, N., Kasimin H., & Mohd Idris, S. H. (2011, June).
E-kerajaan: Ke arah mewujudkan budaya e-pengguna dalam kalangan
rakyat Malaysia. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia ke VI. Retrieved from http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/
perkemVI/PERKEM2011-1-2A3.pdf
77
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Siswazah dan Keusahawanan
Mohani Abdul1, Mastora Yahya2 dan Nor Wahiza Abdul Wahat3
1 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
2 Institut Pengajian Siswazah, Universiti Kolej Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur, Malaysia
3 Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia
Pengenalan
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang berkembang pesat di seluruh dunia
berdasarkan beberapa faktor seperti penyediaan peluang pekerjaan bagi mengatasi
masalah pengangguran dan juga sebagai satu jentera pemangkin dan inkubator yang
berpotensi dalam menaik tarafkan teknologi. Bidang keusahawanan juga berfungsi ke
arah penambahbaikan produk serta penghasilan inovasi pasaran. Justeru amat penting
bagi kerajaan Malaysia untuk mengikuti trend ini kerana kadar pengangguran di
kalangan belia Malaysia adalah tinggi.
Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Shanmugam (2017), berdasarkan kaji
selidik pada tahun 2015, angka pengangguran negara berada pada 3.1%, di mana
kadar pengangguran dalam kalangan belia adalah kira-kira 10.7% - iaitu tiga kali
kadar purata kebangsaan. Selain itu, Shanmugam (2017) juga melaporkan bahawa
dalam tenaga kerja, peratusan menganggur adalah lebih tinggi dalam kalangan belia
yang berpendidikan tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai pendidikan
tinggi. Contohnya pada tahun 2015, 15.3% yang menganggur daripada 405,000 belia
adalah mereka yang berpendidikan tinggi, sementara hanya 9.8% yang menganggur
adalah dalam kalangan mereka yang tidak berpendidikan tinggi.
Pengangguran dalam Kalangan Belia dan Siswazah
Walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin tinggi, peluang pekerjaan yang
diwujudkan dalam ekonomi Malaysia masih tertumpu pada pekerjaan berkemahiran
rendah dan sederhana seperti yang dilaporkan oleh Dian Hikmah Mohd Ibrahim dan
Mohd. Zaidi (2016). Menurut mereka, ini adalah kerana industri dalam negera masih
lagi dalam aktiviti nilai ditambah yang rendah, yang menekankan kecekapan kos dan
pergantungan pada tenaga kerja yang murah, dan bukannya menggalakkan aktiviti
inovasi sebagai sumber pertumbuhan. Selanjutnya mereka melaporkan bahawa
kadar pengangguran belia semakin meningkat sejak kebelakangan ini kerana kadar
pengambilan pekerja yang menurun sejak akhir tahun 2014. Sentimen perniagaan
yang berhati-hati dan prestasi ekonomi yang makin sederhana telah menghalang
sektor perniagaan daripada menambah bilangan pekerja mereka. Golongan belia
merupakan golongan yang paling mudah terjejas oleh tren ini di mana kumpulan ini
mungkin merupakan kumpulan terakhir yang diambil bekerja tetapi yang pertama
akan diberhenti disebabkan kekurangan pengalaman, asimetri maklumat yang lebih
tinggi tentang pasaran pekerja, dan kurangnya kemahiran berkomunikasi dengan
majikan.
78
Siswazah dan Keusahawanan
Walaupun tumpuan media banyak difokuskan kepada kesukaran pekerja yang
diberhentikan kerja, kesan pengambilan pekerja yang semakin perlahan mempunyai
impak yang lebih luas kepada ekonomi, dan menjejaskan peluang mendapatkan
pekerjaan terutamanya dalam kalangan belia dan pencari kerja baharu.Tren ini
mungkin berkaitan dengan rantaian bekalan global dan corak pewujudan pekerjaan
dalam ekonomi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia..
Faktor-Faktor Mempengaruhi Pengangguran dalam Kalangan Siswazah
Terdapat beberapa faktor yang telah dikemukakan ke atas kekurangan kebolehpasaran
dalam kalangan graduan tempatan. Berdasarkan Laporan daripada Pengarah
Eksekutif Kesatuan Majikan Malaysia, En. Shamsuddin Bardan (2017), faktor
yang teratas sekali dalam senarai itu adalah ketidaksepadanan antara latihan yang
diberikan di universiti dan set kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Majikan
berpendapat bahawa kurikulum universiti semasa tidak mencerminkan keperluan
kemahiran semasa. Perkembangan dalam pengangguran siswazah telah menimbulkan
beberapa soalan dasar bagi ekonomi sedang pesat membangun seperti di Malaysia
bagi meningkatkan kualiti dan sistem pendidikan untuk menghadapi industri yang
berkembang pesat seperti penyediaan modal insan dan pemadanan buruh dalam
pasaran seperti yang diperlukan oleh pasaran.
Menurut salah seorang pelajar dalam tahun tiga di Fakulti Pengajian Bahasa di
sebuah universiti tempatan, antara faktor yang menyebabkan pengangguran dalam
kalangan siswazah ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan
atau sesuatu pekerjaan yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan
bidang mereka semasa belajar di universiti. Mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa
melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka. Mereka
juga lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau jawatan lain
yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja daripada
menganggur. Pemikiran “lebih baik menganggur” ini perlu dibuang dari minda setiap
graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah merugikan sektor yang
memerlukan tenaga kerja.
Manakala menurut seorang pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa, pengangguran
dalam kalangan siswazah semakin meningkat setiap tahun adalah di antara isu-isu
yang saban hari diperkatakan. Antara faktor yang menyumbang terhadap kewujudan
dilema ini adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
dengan baik serta kebanjiran siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga
swasta yang begitu besar sehinggakan nisbah jumlah penganggur dan kerja kosong
tidak sama rata. Selain itu juga, taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan
siswazah-siswazah yang agak rendah, membuatkan mereka jarang diberi peluang
pekerjaan.
Mengikut pendapat daripada salah seorang pensyarah universiti tempatan pula, pihak
swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan akademik,
79
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
kerana kos untuk mengadakan latihan intensif kepada pekerja baharu memerlukan
perbelanjaan yang tinggi dan memberi kesan terhadap hasil keuntungan kepada
sesebuah syarikat. Ia juga menekankan bahawa siswazah juga harus bijak dan aktif
dalam berkomunikasi serta cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum.
Peranan Kementerian Pengajian Tinggi dalam Keusahawanan
Aspek pembangunan keusahawanan, terutamanya dalam kalangan masyarakat
Bumiputera telah diberikan perhatian yang serius sejak pengenalan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) pada tahun 1971. Melalui dasar ini pembangunan keusahawanan dalam
kalangan masyarakat bumiputera telah menjadi agenda penting negara dalam usaha
untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB), yang telah dikenal pasti sebagai pendekatan utama untuk menyusun semula
masyarakat dan dalam memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih aktif dalam
pembangunan ekonomi negara. Pembangunan Keusahawanan khasnya usahawan
Bumiputera adalah tertumpu kepada empat kumpulan sasaran iaitu golongan pelajar,
siswa/siswazah IPT, serta golongan belia dan wanita. Dalam konteks kumpulan sasar
ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berperanan untuk menerajui pembangunan
keusahawanan dalam kalangan siswa/siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi
mengatasi masalah pengangguran yang semakin parah.
Amat penting bagi kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) untuk mengatasi masalah ini sebelum terlambat. Sebagaimana yang kita
ketahui bahawa aktiviti keusahawanan telah lama diperakui sebagai pemangkin
kepada pembangunan ekonomi (Lambing dan Kuehl, 2000) di samping bertindak
sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya
saing sesebuah negara Seiring dengan matlamat Kerajaaan untuk melahirkan modal
insan yang berkualiti, inovatif dan kreatif bagi memacu transformasi ekonomi
negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan seterusnya mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020, pendidikan dan program serta aktiviti pembudayaan
keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT perlu diperkukuh secara holistik. Malah
tidak dapat dinafikan bahawa setiap elemen kemahiran insaniah ataupun soft-skills
seseorang mahasiswa seperti kemahiran berkomunikasi, berdaya saing dan berdaya
tahan serta mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi adalah merupakan subset kepada
nilai-nilai yang terdapat di dalam diri seorang usahawan.
Program keusahawanan di IPT yang berstruktur dan holistik melalui Pelan Tindakan
Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 memberi peluang kepada
pelajar untuk menjana pendapatan semasa dalam pengajian, di samping berupaya
meningkatkan tahap employability mereka. Manakala, idea keusahawanan dan pelan
perniagaan yang dihasilkan melalui kerjasama antara pelajar, pensyarah, industri dan
kumpulan sasar di bawah program keusahawanan sosial pula mampu untuk mendayakan
ekonomi masyarakat dan komuniti setempat. Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi
Pendidikan Tinggi 2016-2020 ini juga memerlukan komitmen dari pelbagai pihak,
khususnya IPT itu sendiri agar ianya dapat mewujudkan ekosistem keusahawanan
80
Siswazah dan Keusahawanan
yang kondusif dan lestari demi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah “Entrepreneurial Nation”.
Program Menggalakkan Keusahawanan dalam kalangan Belia dan Siswazah
Terdapat juga beberapa program lain yang telah dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia
melalui agensi-agensinya seperti Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera
(TUBE) oleh SME Corp, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 oleh
Kementerian Pengajian Tinggi, Program Latihan Keusahawanan oleh MARA dan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA.
Program TUBE yang dikendalikan oleh SME Corp merupakan inisiatif Kerajaan bagi
menggalakkan generasi belia menceburi bidang keusahawanan. Ia tercetus sewaktu
Kongres Usahawan Muda Bumiputera yang dianjurkan oleh MITI pada 27 - 29 Mac
2014. Semasa Majlis Penutup Kongres pada 29 Mac 2014, YAB Perdana Menteri,
Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan peruntukan sejumlah
RM10 juta kepada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan Program TUBE pada
tahun 2014.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau
PPPM(PT) menggariskan 10 lonjakan utama dalam usaha untuk mewujudkan sistem
pendidikan tinggi yang terbaik bagi membolehkan Malaysia bersaing di peringkat
global. Selaras dengan aspirasi PPPM(PT) untuk menyemai minda keusahawanan
ke dalam seluruh sistem pendidikan tinggi dan mewujudkan sistem pendidikan yang
mampu melahirkan graduan bercirikan keusahawanan dan menjadi penjana pekerjaan,
serta memastikan kemampanan kewangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara,
selanjutnya pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan Pelan
Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020 sebagaimana yang telah dibincangkan di
atas.
Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk Bumiputera
memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri
keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.
Program‐program di bawah latihan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar,
bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan
keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang
dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan dan PUSMA Negeri serta dengan
kerjasama agensi‐agensi kerajaan, swasta dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
Manakala agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
telah menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada siswazah Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Menurut
Pengarah Cawangan Pembangunan Usahawan Siswazah dan Projek Khas FAMA,
Encik Alwi Anang, pinjaman yang diwujudkan di bawah Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani sejak awal tahun 2015 telah menyediakan pinjaman ‘one-
off’’ antara RM10,000 hingga RM50,000. Menurut beliau sehingga kini, seramai 53
81
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
usahawan muda lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah terpilih untuk menerima
pinjaman berkenaan bagi menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang khusunya
agromakanan dan pertanian (sinar harian on-line 1 Julai 2016).
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pula baru-baru ini telah
memperkenalkan Program Siswazah Perantis dengan mensasarkan graduan muda
Bumiputera yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya
pilihan. Perantis yang berjaya menyertai program latihan ini akan berpeluang
untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang
terutamanya bidang perniagaan yang ingin diceburi. Menerusi program latihan ini,
ia akan membantu pelajar untuk mendalami selok belok dunia perniagaan melalui
latihan di syarikat-syarikat naungan PUNB. Syarikat-syarikat naungan PUNB ini pula
akan dijadikan mentor kepada bakal peserta untuk mengadakan latihan keusahawanan
mereka kelak.
Program-program yang dikendalikan oleh pelbagai agensi kerajaan ini secara
langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan
merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan. Program-
program ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan bakal usahawan muda yang
dinamik dan berdaya tahan dalam pelbagai bidang untuk memantapkan pembangunan
keusahawanan yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan belia dan pelajar-
pelajar IPT tempatan.
Kesediaan Pelajar di Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menceburkan diri
dalam bidang Keusahawanan
Diskripsi di bawah ini adalah didasarkan kepada kajian ke atas pelajar di 2 buah
Universiti Awam dan 2 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di lembah Klang.
Proses pembelajaran subjek keusahawanan di Universiti Awam dan Swasta
Pembelajaran subjek keusahawanan adalah terhad kepada kuliah dan pembelajaran
berasaskan projek di mana pelajar dikehendaki melengkapkan projek semester mereka
mengenai cadangan perniagaan yang terdiri daripada laporan dan persembahan.
Terdapat beberapa usaha untuk menggabungkan beberapa aktiviti perniagaan di mana
pelajar benar-benar mengambil bahagian dalam menjual produk mereka. Ini adalah
kerana kurikulum subjek ini terhad kepada tiga jam kredit dan keusahawanan hanya
satu subjek wajib yang dikenakan oleh universiti.Walau bagaimanapun pembelajaran
subjek keusahawanan di KUPTM (sebuah universiti swasta di Malaysia) agak
berbeza, di mana subjek keusahawanan diajar dalam pendekatan yang lebih holistik,
di mana pengajaran subjek digabungkan antara pembelajaran kelas dan pengalaman
hidup sebenar. Proses inovasi dikembangkan di luar kelas dan pelajar digalakkan
menjalankan perniagaan di luar waktu kelas mereka.
82
Siswazah dan Keusahawanan
Manakala di UNITEN pula, para pelajar didedahkan aktiviti keusahawanan
yang berprinsipkan asas keusahawanan, meliputi inovasi, etika perniagaan dan
pengurusan kewangan yang dilihat sebagai pemangkin bagi melahirkan graduan
yang berjiwa usahawan yang berkualiti dan berjaya. Inisiatif ini juga selari dengan
Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT yang dilancarkan pada awal 2010 untuk
melahirkan usahawan atau graduan yang bekerja sendiri. Selanjutnya, seperti
Program Pembangunan Universiti Kepimpinan Axiata yang banyak dapat memberi
pengalaman yang mana matlamat utamanya adalah untuk meletakkan konsep
kepimpinan dalam amalan, memberi tumpuan kepada menangani cabaran dunia
sebenar dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah-ubah. Program ini
juga merupakan satu inisiatif kepimpinan unik untuk anak muda dalam menunjukkan
kecemerlangan akademik dan penglibatan dalam kokurikulum.
Dari segi tenaga pengajar pula, kebanyakan daripada tenaga pengajar bagi subjek
keusahawanan di IPTA merupakan pensyarah tetap bagi institut pengajian tersebut
jika dibandingkan bagi IPTS, yang mana kebanyakan daripada tenaga pengajarnya
adalah bertaraf sambilan. Contohnya - mereka ini juga ada yang bekerja di bank,
syarikat-syarikat swasta dan sebagainya.
Bantuan kewangan dari pihak universiti
Selain dari proses pembelajaran subjek keusahawanan di universiti, para pelajar
dari KUPTM telah diberikan sokongan keusahawanan yang kuat dari pihak pemilik
dan pembiaya kolej universiti iaitu Majlis Amanag Rakyat (MARA). Pelajar diberi
bantuan keusahawanan bukan sahaja melalui kurikulum akademik tetapi MARA
juga mempunyai beberapa program keusahawanan bukan akademik yang selari
dengan program akademiknya untuk menyokong pelajar yang berminat untuk
memulakan perniagaan mereka sendiri setelah tamat pengajian. Program sebegini
merangkumi Pertandingan PUTRA, Biz Fest dan Inovasi. Selanjutnya pihak MARA
juga menganjurkan pertandingan inovasi untuk pelajarnya sebagai platform untuk
mempamerkan produk atau perkhidmatan inovatif mereka melalui BIZ Fest. BIZ
Fest ini berfungsi sebagai platform bagi pelajar untuk melibatkan diri dalam beberapa
bentuk pemasaran sebenar produk inovasinya atau menjalankan beberapa aktiviti
perniagaan. Peranan MARA yang paling menonjol adalah komitmennya dalam
menyediakan pinjaman mudah bebas faedah sejumlah RM 10,000 di bawah skim
PUTRA kepada mana-mana pelajar tahun akhir yang berminat untuk memulakan
perniagaan mereka sendiri.
Manakala bagi para pelajar dari universiti awam pula, contohnya para pelajar dari
Universiti Putra Malaysia (UPM), mereka telah diberi pendedahan keusahawanan
melalui aktiviti kokurikulum oleh pihak kolej kediaman masing-masing selain
daripada mengikuti kelas subjek keusahawanan di fakulti yang diwajibkan ke atas
mereka oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Aktiviti-aktiviti seperti
pertandingan rancangan perniagaan dan pertandingan perniagaan yang paling kreatif
dan inovatif telah diadakan pada setiap tahun untuk menanam minat kepada para
83
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
pelajarnya untuk menjadi seorang usahawan apabila bergraduat kelak. Berbanding
dengan KUPTM, segala perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti keusahawanan bagi
kurikulum akademik di UPM adalah ditanggung sendiri oleh para pelajar, manakala
bagi aktiviti keusahawanan kokurikulum oleh pihak kolej kediaman pula dibiayai
oleh tabung kolej kediaman itu sendiri.
Kerjaya sebagai usahawan
Kebanyakan pelajar dari universiti awam hanya berminat untuk menjadi usahawan
selepas mendapat pengalaman bekerja samada disektor awam atau swasta. Walau
bagaimanapun masih ada juga pelajar dari universiti awam yang bercita-cita untuk
terus menjalankan perniagaan sebaik sahaja bergraduat. Kebanyakan daripada
mereka ini mempunyai saudara mara yang menjalankan perniagaan yang berjaya, dan
besar kemungkinan ini juga dapat memberi dorongan kepada pelajar tersebut untuk
mencebur diri dalam bidang perniagaan.
Manakala para pelajar dari universiti swasta pula, mereka lebih suka mencebur diri
dalam bidang keusahawanan sebaik sahaja mereka bergraduat. Mereka ini lebih suka
berdikari dan bebas bergerak tanpa dikongkong sementelah kebanyakan daripada ibu
bapa mereka adalah merupakan usahawan yang berjaya. Besar kemungkinan juga
mereka ini telah mendapat dorongan daripada pensyarah-pensyarah mereka yang juga
merupakan pensyarah sambilan yang merupakan pekerja-pekerja di sektor-sektor
swasta.
Kesimpulan
Pengangguran di kalangan siswazah di Malaysia semakin meningkat. Kebanyakan
mereka bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi
mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan
graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan status
mereka sebagai bekas penuntut universiti. Pengangguran dalam kalangan siswazah
akan terus berlaku sekiranya mereka tidak berusaha mencari alternatif baharu untuk
membina kerjaya persendirian atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi
seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakkan ekonomi negara
di samping dapat berperanan memberi peluang pekerjaan kepada golongan lain.
Ruang bagi golongan mahasiswa menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian,
perniagaan dan keusahawanan begitu luas yang mana turut dibantu oleh pelbagai
agensi kerajaan seperti SME Corp, MARA, FAMA dan lain-lain lagi. Disamping
itu pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga tidak terkecuali dalam memberi
pendedahan awal kepada para pelajar di IPT sebelum mereka bergraduat. Para pelajar
diwajibkan mengambil subjek keusahawanan disamping menjalankan aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang berkaitan dengan keusahawanan supaya para graduan yang bakal
dilahirkan oleh IPTA dan IPTS di Malaysia ini berjiwa usahawan yang berkualiti dan
berjaya.
84
Siswazah dan Keusahawanan
Dari segi kesediaan para pelajar di IPTA dan IPTS di Malaysia, berdasarkan kepada
hasil kajian yang telah dijalankan, di dapati para pelajar yang mewakili IPTS agak
lebih bersedia untuk menceburkan diri mereka dalam bidang keusahawanan selepas
bergraduat berbanding dengan para pelajar IPTA. Perbezaan ini mungkin hasil
daripada proses pembelajaran dan pendedahan kepada aktiviti keusahawanan di IPT
masing-masing. Walau bagaimanapun sikap para pelajar itu sendiri amatlah penting
dalam menentukan kejayaan masa depan mereka.
Rujukan
Dian Hikmah Mohd Ibrahim dan Mohd. Zaidi (2016). “Pengangguran Belia di
Malaysia: Perkembangan dan Pertimbangan Dasar”, Laporan Tahunan
2016, Bank Negara Malaysia.
Lambing, Peggy dan Kuehl, Charles R. (2000). Entrepreneurship: Second Edition.
Prentice Hall. New Jersey.
Laporan dari Pengarah Eksekutif Kesatuan Majikan Malaysia (2017). http://
www.humanresourcesonline.net/malaysian-employers-federation-local-
employers-hesitant-to-hire-fresh-grads/ muat turun pada 17 Julai 2017.
Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (2016-2020). Kementerian
Pengajian Tinggi, Malaysia.
Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (2015-2025). Kementerian
Pengajian Tinggi, Malaysia.
Sinar Harian On-line – ‘Pinjaman tanpa faedah kepada siswazah keusahawanan”
bertarikh 1 Julai 2016 melalui sesawang http://www.sinarharian.
com.my/nasional/pinjaman-tanpa-faedah-kepada-siswazah-
keusahawanan-1.538331 pada 15 Julai 2017.
Shanmugam, N. (2017). “Unemployment among graduates needs to be
sorted out fast”at http://www.thestar.com.my/business/business-
news/2017/03/25/unemployment-among-graduates-needs-to-sorted-out-
fast/#TfmzqCXEePXUXKPi.99
85
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Penyertaan Politik Belia di Selangor
Alia Shuhada Marjuni, Zatul Himmah Adnan & Lee Yok Fee
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
Pengenalan
Penyertaan politik dalam kalangan belia merupakan satu petunjuk yang penting dalam
menilai kematangan proses demokrasi dalam sesebuah negara. Ini kerana belia ialah
generasi pelapis yang penting dalam menentukan hala tuju dan sistem politik negara.
Pada masa kini kebanyakan belia dikatakan lebih bersikap tidak memihak (non-
partisan) dan lebih cenderung kepada melibatkan diri secara tidak langsung dalam
politik atau aktiviti politik tidak formal. Beberapa kajian lepas telah menunjukkan
bahawa belia di beberapa negara termasuk United Kingdom semakin kurang berminat
untuk terlibat dalam aktiviti formal politik seperti pilihan raya dan penyertaan dalam
parti politik (O’Toole, Marsh & Jones 2003; Henn, Weinstein & Forrest 2005; Rossi
2009; Marien, Hooghe, & Quintelier 2010; Henn & Foard, 2014). Penyertaan belia
dalam aktiviti formal politik seperti mengundi atau menyertai parti politik didapati
semakin merosot. Malahan mereka dikatakan lebih cenderung kepada aktiviti politik
tidak formal atau saluran tidak formal seperti menyertai demonstrasi pertubuhan
bukan kerajaan dan menjadikan media sosial sebagai medium utama perbincangan
politik.
Situasi ini juga tidak terkecuali berlaku di Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat beberapa kajian telah mencatatkan kepentingan peranan belia atau faktor undi
belia dalam menentukan keputusan pilihan raya di Malaysia khasnya sejak Pilihan
Raya ke 12 (PRU12) (Raja Ahmad Iskandar 2012; Samsuddin 2010; Nazni et al 2010).
Sokongan belia kepada partisan dikatakan mempunyai peranan yang penting dalam
mewarnakan politik Malaysia pada masa akan datang. Walau bagaimanapun kajian
tersebut tidak membincangkan sepenuhnya corak penyertaan politik belia Malaysia.
Timbul persoalan, adakah belia Malaysia mempunyai penglibatan yang aktif dalam
aktiviti politik formal? Adakah pendirian mereka seiring dengan perkembangan
semasa politik? Hakikatnya corak penyertaan politik belia adalah penting dan
berpengaruh dalam menentukan corak dan warna politik Malaysia. Dalam masa yang
sama terdapat kebimbangan masyarakat dan pemimpin terhadap pendirian politik
belia yang dikatakan atas pagar dalam pengundian dan bersikap tidak acuh terhadap
pilihan raya sebagai sebahagian saluran rasmi sistem demokrasi di Malaysia (Hilal
Azmi 2015; Utusan Online 2010). Adakah belia di Malaysia tidak lagi berminat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti atau sistem politik Malaysia?
Kajian yang dilakukan oleh Makmal Belia Barisan Nasional (Utusan 2010) dan
Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) (Mohd
Nawab 2013) menunjukkan bahawa belia mempunyai pendirian yang tidak jelas
86
Penyertaan Politik Belia di Selangor
terhadap politik kepartian dan bersikap tidak memihak terhadap perkembangan
politik negara. Namun, hal ini tidak bermakna belia di Malaysia tidak mengendahkan
langsung kepada politik negara atau tidak terlibat langsung dalam proses demokrasi.
Sebaliknya mereka dikatakan mula menggunakan medium alternatif sebagai saluran
aktiviti politik mereka dan mempunyai pendirian yang berbeza daripada aliran utama
masyarakat umum (Muhammad Febriansyah & Muhammad Takiyuddin Ismail 2013).
Dalam erti kata yang lain mereka lebih cenderung dalam aktiviti politik tidak formal
atau ruang penyertaan yang tidak lagi terhad melalui saluran rasmi politik iaitu pilihan
raya atau parti politik semata-mata. Kajian oleh Ilham Centre1 pula menyatakan
bahawa belia tidak lagi terpengaruh dengan janji parti, namun mengundi berdasarkan
sesuatu isu (myIlham, 2015). Hal ini bermakna tumpuan belia dalam isu politik juga
tidak lagi terbatas kepada isu politik kepartian sahaja tetapi juga kepada isu semasa
politik yang lebih luas.
Belia masa kini juga dikatakan sedang mencari ruang baru yang bebas daripada politik
yang keterlaluan dan mula menjauhkan diri daripada pendekatan politik tradisional
iaitu mencari ruang politik yang kurang formal (Zainal Rashid, 2013). Perubahan
ini tidak boleh dianggap bahawa belia tidak berminat atau tidak mahu terlibat dalam
aktiviti politik. Sebaliknya perubahan ini dikatakan merupakan satu perkembangan
yang terhasil daripada pengaruh globalisasi yang menjadikan penyertaan politik
menjadi semakin luas iaitu tidak terikat dengan aktiviti politik formal sahaja tetapi
politik tidak formal juga (Henn & Foard, 2012). Sikap belia ini dilihat memberikan
cabaran kepada parti politik dan pemerintah untuk merancang strategi untuk
memastikan belia tidak terjebak dalam medium atau bentuk penyertaan yang tidak
sihat dan mengetepikan nilai-nilai demokrasi yang baik.
Fokus utama artikel ini ialah untuk membincangkan corak dan tahap penyertaan
politik belia di Selangor. Selangor ialah sebuah negeri yang mempunyai pembangunan
yang pesat berbanding dengan negeri lain di Malaysia dan telah diisytiharkan sebagai
negeri pertama berstatus maju pada tahun 2005 (Kerajaan Negeri Selangor 2017).
Selangor juga mempunyai banyak pusat pendidikan dan perindustrian yang menjadi
tumpuan para belia untuk mendapatkan pendidikan dan mencari peluang pekerjaan.
Selain itu, Selangor ialah negeri yang sering menjadi tumpuan dalam pilihan raya
ekoran berada di bawah pimpinan kerajaan pakatan pembangkang selama dua
penggal. Corak dan tahap penyertaan belia di Selangor dilihat penting untuk dikaji
untuk mengetahui secara umum budaya politik generasi muda di Selangor. Apakah
pandangan belia di Selangor terhadap pengundian dan pilihan raya? Apakah tahap
penyertaan politik belia di Selangor? Apakah bentuk aktiviti politik yang menjadi
pilihan belia di Selangor? Persoalan ini akan dibincangkan dalam artikel ini seterusnya
untuk mendapatkan gambaran umum kecenderungan politik belia di Selangor.
1 Ilham Centre merupakan pertubuhan yang merencana program pembangunan modal insan, menjalankan
penyelidikan dari sudut ekonomi, politik dan sosial serta terlibat dalam pelbagai lapangan masyarakat.
Laman sesawang rasmi pertubuhan ini ialah http://ilhamcenter.com/
87
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Penyertaan Politik dan Demokrasi
Kepentingan “penyertaan politik” perlu difahami dalam kerangka demokrasi.
Demokrasi boleh ditakrifkan dalam beberapa konteks melibatkan rakyat, pemimpin,
ruang, hak, sistem dan institusi. Umumnya, demokrasi sering dikaitkan dengan
beberapa konsep utama seperti kesaksamaan, sama rata, hak asasi, keadilan,
pengundian, peluang, pemilihan, pengundian, penyertaan, pemimpin dan rakyat.
Selain itu, terdapat beberapa keadaan yang sering dibincangkan sebagai demokrasi
seperti bentuk kerajaan yang mengutamakan suara rakyat, agihan peluang yang sama,
melibatkan penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung, sistem yang
mengutamakan kesaksamaan peluang dalam kalangan rakyat, pemimpin dilantik
daripada rakyat, rakyat mempunyai pilihan untuk memilih pemimpin, sistem yang
tiada diskriminasi dan lain-lain lagi (Das 1996). Dalam ertikata yang lain, sesuatu
proses atau sistem boleh dinamakan sebagai “demokratik” jika mempunyai atau
memenuhi beberapa ciri, unsur dan keadaan.
Menurut Badie, Berg-Schlosser dan Morlino (2011) dan Lamprianou (2013)
penyertaan politik merujuk kepada aktiviti yang berniat mempengaruhi tindakan atau
proses membuat keputusan kerajaan yang boleh memberi kesan kepada kehidupan
masyarakat. Umumnya, kebanyakan sarjana politik bersetuju bahawa penyertaan
rakyat dalam politik merupakan satu unsur yang penting dalam sistem demokrasi
sesebuah negara (Cole 1920; Pateman 1970; Macpherson 1977; Rousseau 1994;
Dahl 1998; Cunningham 2002; Barber 2003). Jika aliran sarjana demokrasi realis
seperti Schumpeter (2013) meletakkan pengundian pilihan raya sebagai satu unsur
penting dalam sistem demokrasi, Pateman (1970) pula mempopularkan kepentingan
penyertaan sebagai satu unsur penting dalam demokrasi. Beliau mempopularkan teori
penyertaan demokrasi yang dibincangkan oleh sarjana seperti Rousseau (1994) dan
Cole (1920) yang berpandangan bahawa individu dan institusi tidak boleh bergerak
berasingan dalam sesebuah negara yang demokratik. Bagi pendukung teori ini, mereka
berpendapat penyertaan rakyat dalam politik di peringkat bawah dan perwakilan
di peringkat atasan adalah penting bagi memastikan demokrasi yang sebenar dapat
dicapai. Persoalannya apakah bentuk dan ruang penyertaan politik yang sesuai dan
dianggap demokratik? Bagaimanakah tahap penyertaan politik rakyat diukur?
Penyertaan politik boleh dilihat dalam pelbagai dimensi. Bentuk dan aktiviti penyertaan
politik berkembang mengikut peredaran masa malahan pada masa kini dipengaruhi
luas oleh perkembangan teknologi. Terdapat beberapa bentuk dan medium penyertaan
politik yang dibincangkan oleh beberapa sarjana politik antaranya ialah penyertaan
politik secara atas talian dan dalam talian (Vissers & Stolle, 2014), menggunakan
medium yang jelas dan tidak (Ekman & Amna, 2012), bersifat tradisional dan bukan
tradisional (Sabucedo & Constantino 1991) atau secara formal dan tidak formal (Henn
& Foard, 2012). Pengkelasan bentuk dan jenis aktiviti penyertaan politik ini tidak
bersifat mutlak dan berbeza mengikut pandangan sarjana dan pengkaji politik. Apa
yang jelas, bentuk penglibatan masyarakat dalam aktiviti politik tidak lagi bersifat
konvensional iaitu hanya menumpukan aktiviti yang ditaja oleh pihak pemerintah atau
88
Penyertaan Politik Belia di Selangor
memerlukan penglibatan awam secara jelas dan terbuka. Sebaliknya ia melibatkan
kepelbagaian medium dan lebih bebas. Untuk perbincangan, artikel ini memilih untuk
menumpukan kepada pendekatan politik secara formal dan tidak formal.
Penyertaan politik formal merujuk kepada aktiviti politik yang berada di bawah
undang-undang ataupun institusi dan aktiviti formal ini lebih berstruktur (Fukui,
2000; Lamprianou, 2013). Manakala penyertaan politik tidak formal pula bermaksud
penyertaan politik yang berada di bawah peraturan sendiri dan tidak tertakluk
di bawah undang-undang atau institusi (Fukui, 2000). Namun, aktiviti ini tidak
semestinya menyalahi undang-undang ataupun bersifat haram. Dalam konteks di
Malaysia, penyertaan politik formal ini amnya dikaitkan dengan penyertaan rakyat
dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau pengundi dan pembabitan sebagai
ahli dalam parti politik atau organisasi yang ditubuhkan secara rasmi. Penyertaan
politik tidak formal pula merujuk kepada pembabitan rakyat secara longgar, adhoc
atau tidak memerlukan keahlian rasmi dalam aktiviti yang bersifat politik. Contohnya
menghadiri secara bebas mana-mana himpunan parti atau organisasi. Penyertaan
secara tidak formal ini juga meliputi penglibatan dalam perbincangan topik semasa
politik melalui media massa khasnya media sosial seperti facebook, twitter, blog dan
lain-lain. Dalam ertikata lain, dimensi penyertaan politik di Malaysia juga dilihat
seiring dengan perkembangan semasa.
Penyertaan Politik Belia Selangor
Perbincangan penyertaan politik belia di Selangor ini berdasarkan kajian empirikal
melalui soal selidik yang dilaksanakan di empat buah daerah di Selangor iaitu
Gombak, Klang, Petaling dan Hulu Langat. Empat daerah ini mempunyai populasi
belia yang tertinggi di Malaysia (Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia, 2012). Seramai
398 orang yang terdiri daripada belia yang berumur 24 hingga 40 tahun yang terlibat
dalam tinjaun ini. Pemilihan kategori umur ini dibuat berdasarkan pertimbangan
bahawa kumpulan belia ini telah layak mengundi sekurang-kurangnya pada pilihan
raya lepas. Perbincangan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu penyertaan belia
terhadap pengundian pilihan raya, penyertaan belia dalam aktiviti politik dan tahap
penyertaan politik belia di Selangor.
Penyertaan belia dalam pengundian pilihan raya
Penyertaan politik dalam pilihan raya merupakan salah satu aspek penting dalam
pengukuran demokrasi sesebuah negara. Walaupun kajian barat telah menunjukkan
penurunan kadar keluar mengundi yang serius dalam kalangan belia, namun kajian di
Selangor menunjukkan menunjukkan kadar keluar mengundi belia yang tinggi. Jadual
1 menunjukkan perincian penyertaan belia dalam pengundiaan pilihan raya. Bilangan
belia di Selangor yang keluar mengundi dalam pilihan raya lalu adalah sebanyak
62.6 peratus (249 orang). Dapatan ini mengukuhkan data peratusan keluar mengundi
di Selangor iaitu 87.4 peratus pada PRU-13 yang lepas. Perkara ini menunjukkan
belia di Selangor masih lagi berminat melibatkan diri dalam pilihan raya di Malaysia.
89
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Mereka masih percaya bahawa mereka boleh membuat perubahan politik melalui
penyertaan dalam pilihan raya. Hanya sebilangan kecil (1.0 peratus atau 4 orang)
yang tidak mengundi dalam pilihan raya disebabkan mereka menganggap mengundi
ini tidak wajib.
Namun begitu, sebilangan belia (37.4 peratus atau 149 orang) didapati tidak mengundi
dalam pilihan raya yang lepas walaupun mereka telah layak menjadi pengundi.
Kajian ini juga telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan belia tidak
keluar mengundi. Faktor utama belia tidak mengundi ialah mereka belum mendaftar
sebagai pengundi dengan peratusan 21.1 peratus (84 orang). Data juga menunjukkan
terdapat belia yang tidak berminat untuk mengundi 7.5 peratus (30 orang) dan kecewa
dengan politik 4.0 peratus (16 orang). Kajian ini tidak mengenal pasti lanjut untuk
mengetahui punca utama belia tidak berminat dan kecewa dengan politik. Namun
terdapat kajian lain yang pernah membincangkan hal ini. Belia dikatakan kecewa dan
hilang minat terhadap politik disebabkan kerajaan sering mengabaikan pandangan
dan kepentingan belia apabila menyelesaikan isu atau dalam pembuatan dasar atau
program negara (Mohd Fuad & Junaidi, 2012). Ini mungkin merupakan sebahagian
daripada punca belia merasakan mereka tiada kepentingan dalam negara bertindak
untuk tidak mengundi.
Selain itu, kajian ini menunjukkan 1.5 peratus (6 orang) belia tidak mengundi dalam
pilihan raya disebabkan mereka merasakan undian mereka tidak memberi kesan
kepada negara dan keputusan undian. Perkara ini pernah diakui oleh Ismail Sualman
(2016) yang menyatakan sebahagian belia tidak berminat dengan politik disebabkan
belia memberi alasan mengundi tidak membawa faedah dan kesan kepada mereka.
Selain itu, dapatan Merdeka Centre2 (2014) turut mempunyai dapatan yang sama
apabila hanya 37 peratus rakyat Malaysia didapati percaya mereka mampu memberi
kesan kepada politik di Malaysia. Jumlah yang kecil belia yang tidak mengundi
yang ditunjukkan oleh kajian ini, diharapkan belia di Selangor masih boleh menjadi
pemangkin kepada proses demokrasi di Selangor. Akhir sekali, hanya sebilangan
kecil belia 2.3 peratus (9 orang) yang tidak mengundi dalam pilihan raya dengan
memilih faktor lain-lain.
2 Merdeka Centre adalah firma penyelidikan pendapat yang ditubuhkan dengan menumpukan keupayaan
sebuah pasukan ahli sains sosial dan profesional dalam bidang ekonomi, sains politik, komunikasi,
pengurusan pemasaran dan masyarakat sivil.
90
Penyertaan Politik Belia di Selangor
Jadual 1 : Penyertaan belia dalam pengundian pilihan raya
Pernyataan Ya Tidak
(%) (%)
Adakah anda mengundi dalam pilihan raya yang lalu? 249 149
( 62.6%) ( 37.4%)
Jika tidak, apakah sebab anda tidak (%)
keluar mengundi?
1. Tidak berminat mengundi 30 ( 7.5%)
2. Belum mendaftar 84 ( 21.1%)
3. Mengundi adalah tidak wajib 4 ( 1.0%)
4. Undian saya tidak memberi kesan 6 ( 1.5%)
kepada negara/ keputusan undian
5. Kecewa dengan politik 16 ( 4.0%)
6. Lain-lain 9 ( 2.3%)
Sumber: Data kajian lapangan 2016
Penyertaan belia dalam aktiviti politik
Secara keseluruhannya penyertaan belia dalam aktiviti politik di Selangor didapati
tidak begitu memberangsangkan bagi mereka yang menyokong kepada penglibatan
aktif belia secara partisan dalam politik. Jadual 2 menunjukkan perincian bentuk
penyertaan belia dalam aktiviti politik. Belia di Selangor didapati mempunyai
kecenderungan untuk bersikap tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Data
menunjukkan 51.5 peratus (205 orang) belia didapati tidak menyokong mana-mana
parti politik. Data ini seiring dapatan kajian yang dilakukan oleh Makmal Belia
Barisan Nasional (Utusan 2010) iaitu 62 peratus pengundi muda berdaftar terdiri
daripada pengundi atas pagar. Peratusan pengundi ini terdiri daripada belia yang
mengundi berdasarkan isu semasa dan pemikiran rasional. Fenomena pengundi
atas pagar dalam kalangan belia ini memberi kesukaran kepada parti politik dalam
menjangkakan keputusan pilihan raya yang akan datang. Malah mereka ini juga yang
dikatakan sebagai aktor utama dalam PRU-12 yang telah menyebabkan BN gagal
mengekalkan dua pertiga majoriti (Pandian, 2010).
Seterusnya, data kajian juga menunjukkan 92 peratus (366 orang) belia tidak
menganggotai mana-mana parti politik. Dapatan kajian ini didapati seiring dengan
hasil kajian Ilham Centre yang mendapati sebahagian belia ini tidak suka terlibat
dalam parti serta bebas daripada dogma kepartian (myIlham, 2015). Belia lebih
gemar bersikap tidak memihak dalam politik negara dan mengundi dalam pilihan
raya berdasarkan isu semasa dan tidak dipengaruhi parti politik tertentu. Dapatan
seterusnya turut menyokong kepada kecenderungan belia yang dilihat bersikap tidak
partisan iaitu apabila hanya 1.3 peratus (5 orang) belia didapati memegang jawatan
dalam mana-mana parti politik sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau negeri.
91
Belia Masa Kini: Cabaran, Potensi dan Harapan
Selain itu, hanya 7.5 peratus (30 orang) belia menganggotai organisasi bukan kerajaan
(NGO) dan daripada 30 belia ini, hanya 1.8 peratus (7 orang) belia memegang
jawatan dalam organisasi bukan kerajaan (NGO). Dapatan ini dilihat seiring dengan
tahap penyertaan politik formal belia di Selangor yang rendah sebagaimana yang
ditunjukkan dalam bahagian seterusnya dan di Rajah 3. Dapatan ini didapati seiring
dengan kenyataan presiden Majlis Belia Selangor yang menyatakan hanya 2.5 juta
belia sahaja di Malaysia menyertai persatuan berbanding 12 juta belia yang ada
(Zainal Rashid, 2013). Kumpulan belia ini dikatakan tidak berminat dengan parti,
tidak bersedia dalam persatuan dan bergerak dalam entiti yang pelbagai. Perkara ini
menunjukkan belia di Selangor inginkan kebebasan tanpa terikat dengan persatuan
atau parti tertentu.
Jadual 2 :Penyertaan belia dalam aktiviti politik
Pernyataan Ya Tidak
(%) (%)
Adakah anda menyokong mana-mana parti politik? 193 205
( 48.5%) ( 51.5%)
Adakah anda menganggotai mana-mana parti politik? 32 366
( 8.0%) ( 92%)
Jika Ya, adakah anda memegang jawatan dalam mana- 5 27
mana parti politik (cawangan, bahagian, negeri)? ( 1.3%) ( 6.8%)
Adakah anda menganggotai mana- mana organisasi 30 368
bukan kerajaan (NGO)? ( 7.5%) ( 92.5%)
Jika Ya, adakah anda memegang jawatan dalam mana- 7 23
mana organisasi bukan kerajaan (NGO)? ( 1.8%) ( 5.8%)
Sumber: Data kajian lapangan 2016
Tahap penyertaan politik belia di Selangor
Secara amnya, belia di Selangor didapati kurang melibatkan diri dalam penyertaan
politik formal. Rajah 1 menunjukkan tahap penyertaan politik belia secara formal
di Selangor adalah rendah, iaitu dengan bacaan min 1.63. Politik formal dalam
konteks ini merujuk kepada aktiviti seperti menandatangani petisyen dan mengedar
risalah parti politik. Walaupun Jadual 1 menunjukkan kadar keluar mengundi belia
di Selangor tinggi tetapi belia didapati tidak mempunyai kecenderungan yang tinggi
dalam aktiviti formal yang lain. Ini menimbulkan ironi kerana belia seolah-olah tahu
tanggungjawab sebagai pengundi tetapi tidak berminat untuk terlibat dalam aktiviti
politik yang bersifat terbuka atau mendedahkan pilihan politik mereka. Kajian lepas
mengaitkan dapatan ini dengan sebab sikap pemimpin parti politik yang mengabaikan
keupayaan dan pandangan belia berkaitan politik. Hal ini menyebabkan belia merasa
tiada faedah akan diperoleh melalui penyertaan mereka dalam aktiviti politik
(Norsyuhada et al, 2016). Perkara ini boleh merugikan negara memandangkan belia
boleh menyumbang kepada pembangunan negara melalui idea dan inovasi yang lebih
segar terhadap pembentukan dasar awam.
92
Penyertaan Politik Belia di Selangor
Selain itu, penyertaan politik tidak formal dalam kalangan belia di Selangor adalah
rendah (min sebanyak 2.13). Hal ini menunjukkan belia di Selangor juga tidak aktif
melibatkan diri dalam aktiviti politik tidak formal seperti menyertai aktiviti yang
dianjurkan NGO dan membincangkan isu politik dalam laman sosial. Walaupun
aktiviti politik tidak formal lebih menepati jiwa belia kerana bersifat bebas, namun
belia di Selangor sering ditakut-takutkan dengan undang-undang yang menyekat
mereka untuk terlibat aktif dalam penyertaan politik tidak formal. Sebagai contoh,
Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan telah digunakan bagi menahan beberapa
individu yang terlibat dalam BERSIH 5 kerana ingin mencegah berlakunya rusuhan,
menggugat keamanan dan ketenteraman awam (Ahmad Ismadi Ismail, 2016). Selain
itu, kerajaan juga dikatakan memantau individu yang cuba menyebar maklumat negatif
dalam media sosial (Sinar Online, 2015). Tindakan sebegini mampu menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan belia dan lebih berhati-hati dalam sebarang aktiviti
politik. Hal sebegini menyebabkan belia cenderung mengelak untuk menyertai politik
tidak formal.
Namun, secara perbandingan belia didapati lebih cenderung melibatkan diri dalam
aktiviti tidak formal berbanding aktiviti formal. Hal ini berdasarkan kepada nilai min
bagi penyertaan politik tidak formal lebih tinggi, iaitu sebanyak 2.13 berbanding
min penyertaan politik formal sebanyak 1.63. Aktiviti politik tidak formal ini lebih
digemari belia disebabkan aktiviti ini memberi kebebasan belia dalam berinteraksi
dengan masyarakat sekeliling (myIlham, 2015) manakala penyertaan politik formal
dikatakan memerlukan belia terikat dengan ideologi kepartian. Penyertaan politik
tidak formal menyediakan ruang dan peluang kepada belia untuk mengutarakan
pandangan dan idea politik mereka tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.
Kelebihan dan tarikan ini yang menyebabkan belia cenderung kepada politik tidak
formal.
Secara keseluruhannya tahap penyertaan belia di Selangor didapati rendah dengan
81.7 peratus (325 orang) dan bacaan min 1.85. Ini menunjukkan bahawa majoriti belia
di Selangor kurang melibatkan diri dalam aktiviti politik. Kajian yang dibuat Abdul
Hadi, Ku Hasnita & Amaludin (2013) sebelum ini turut membuktikan fenomena yang
sama. Dapatan ini juga menyokong data yang diperoleh Merdeka Centre (2014) yang
menunjukkan hanya 31 peratus rakyat Malaysia menyertai aktiviti politik walaupun
kadar keluar mengundi yang tinggi. Walaupun belia menjalankan tanggungjawab
sebagai rakyat dengan mengundi tetapi ini tidak dapat membuktikan sepenuhnya
bahwa mereka akan melibatkan dalam aktiviti politik yang lain. Kajian oleh Merdeka
Centre tersebut menghubungkaitkan fenomena ini dengan kegagalan kerajaan
menyelesaikan isu yang berkaitan belia seperti isu pengangguran dalam kalangan
belia, isu pendidikan dan taraf hidup yang semakin meningkat. Malah, sekatan
undang-undang seperti Akta Hasutan kepada mereka yang menghadiri perhimpunan
demonstrasi dikatakan mewujudkan budaya takut (culture of fear) dalam kalangan
belia sehingga mempengaruhi belia untuk terlibat aktif dalam politik. Penyertaan
politik yang rendah ini dilihat boleh memberikan kesan yang kurang sihat dalam
proses pematangan demokrasi di Selangor untuk jangka masa yang panjang.
93