Focus @ MyKuale
Cetakan Pertama / First Printing 2021
@ Makmal Penyelidikan Pendidikan SISC+ PPD Kuala Kangsar
Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
secara elektronik atau bercetak termasuk gambar, rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada Makmal Penyelidikan Pendidikan SISC+,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
All rights reserved. No parts of this publication may be reproduced or transmitted in any form
or any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information
storage and retrieval system, without permission in writing from the Makmal Penyelidikan
Pendidikan SISC+, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Diterbitkan di Malaysia / Published in Malaysia
Sidang Penyunting:
Azneezal Ar-Rashid bin Mohd Ramli, Ma Noralasikin binti Abdul Manaf,
Zalina binti Jamalludin, Khairulamri bin Sulaiman, Yusnita binti Muniar,
Sapura binti Dalmi, Zaileha binti Hasine, Haswati binti Mohd Wasir,
Norsiah binti Ahmad Jalaluddin, Dr. Chen Siew Peng
Makmal Penyelidikan Pendidikan SISC+,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,
33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
Tel : +605-7761184
Faks : +605-7761188
KANDUNGAN Halaman
1
Perkara 2
Maklumat Umum 11
Nota Ekspres Kertas 1 25
Nota Ekspres Kertas 2 28
Kertas 1: Set 1 39
Kertas 2: Set 1 42
Kertas 1: Set 2 52
Kertas 2: Set 2 55
Kertas 1: Set 3 65
Kertas 2: Set 3 68
Kertas 1: Set 4 78
Kertas 2: Set 4 81
Kertas 1: Set 5 91
Kertas 2: Set 5
Skema Jawapan
MAKLUMAT UMUM
FORMAT INSTRUMEN BAHARU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
BAHASA MELAYU (1103)
Bil Perkara Kertas 1 (1103/1) Kertas 2(1103/2) Kertas 3 (1103/3) Kertas 4 (1103/4)
100 markah 100 markah 70 markah 30 markah
1 Jenis
Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis Ujian Lisan Ujian Mendengar
2 Jenis Item Subjektif Respons Subjektif Respons Subjektif Respons Objektif Aneka
Terhad Terhad Terhad Pilihan
Subjektif Respons Subjektif Respons Subjektif Respons Objektif Pelbagai
Terbuka Terbuka Terbuka Bentuk
3 Bilangan Bahagian A Bahagian A Bahagian A Subjektif Respons
Soalan Satu saja Sistem & Aplikasi Individu Terhad
Soalan berdasarkan Bahasa Satu petikan/bahan
kombinasi pelbagai S1-Morfologi rangsanagn yang 4 – 6 petikan
bahan rangsangan S2-Sintaksis disediakan untuk
S3-Penyuntingan setiap calon Instrumen
Jawab 1 soalan S4-Bahasa Melayu mengandungi 20
Standard Bersoal jawab hingga 25 soalan
Bahagian B S5-Peribahasa dengan pentaksir (wajib jawab
Empat Soalan (dari sekolah lain) semua soalan)
berdasarkan Bahagian B
domain S6-Petikan Umum Bahagian B Jawapan
Jawab satu S7-Petikan Sastera Kumpulan berdasarkan
daripada empat S8 -Novel Satu tajuk/tema petikan
soalan umum disediakan
Bahagian C untuk
Jumlah soalan : S9- Rumusan perbincangan
5 soalan dalam kumpulan
Jumlah soalan : (3-5 orang satu
9 soalan kumpulan)
4 Konstruk Kemahiran menulis Kemahiran Kemahiran Kemahiran
Mengaplikasi membaca mendengar dan mendengar
Menganalisis Memahami bertutur Memahami
Menilai Mengaplikasi Memahami Mengaplikasi
Mencipta Menganalisis Mengaplikasi Menganalisis
Menilai Menganalisis
Mencipta Menilai
1
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
NOTA EKSPRESS: KERTAS 1
KARANGAN RESPONS TERHAD
Bahagian A Kertas 1 (1103/1)
1 30 markah dan masa menjawab 30 minit
Satu soalan saja dan wajib dijawab
2 Soalan dikemukakan daripada pelbagai bahan rangsangan merangkumi 18 tema dalam DSKP
3 Contoh bahan rangsangan seperti gambar ilustrasi, foto, kartun,iklan, dialog, e-mel, catatan
4 Dua atau tiga bahan dikemukakan.
Murid perlu teliti dan fahami maklumat berkaitan tema/isu dalam setiap bahan
5 Tema dikemukakan dalam pernyataan soalan
6 Semua soalan berformat boleh dikemukakan dalam bahagian ini.
Karangan berformat seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, resume, syarahan,rencana
7 Calon perlu menulis karangan 150 hingga 200 patah perkataan
Cadangan Binaan Perenggan
Pendahuluan 3 ayat
Perenggan Isi 2- 3 isi
Penutup 70 patah perkataan setiap isi
3 ayat
Model karangan Hafal dan Tulis bagi PELAJAR POTENSI LULUS.
Dalam meniti arus kemodenan ini, isu yang berkaitan dengan
_______________________________________________________________________________________
sering dibincangkan oleh masyarakat. Umum mengetahui bahawa________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sebenarnya terdapat pelbagai______________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Persoalannya, apakah_____________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Salah satu ________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah _________________________________________________________________________________
Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Kesannya,_______________________________________________________________________________
Jelaslah bahawa salah satu _________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
2
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
adalah__________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Selain itu, _______________________________________________________________________
Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Natijahnya,_____________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Benarlah bahawa salah satu _______________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah dengan___________________________________________________________________________
Di samping itu ____________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Impaknya,______________________________________________________________________________
Tegaslah bahawa salah satu _______________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah dengan __________________________________________________________________________
Sebagai kesimpulannya, terdapat tiga ________________________________________________
iaitu___________________________________________________________________________________,
_______________________________________________________________________________________
dan ____________________________________________________________________________________
Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama antara satu sama lain bagai aur dengan tebing bagi
memastikan____________________________________demi kebaikan semua pihak.
3
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Contoh Item - Domain Kesihatan
Penularan wabak Covid-19 di Malaysia semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Situasi ini telah
menyebabkan rakyat semakin takut dan bimbang untuk keluar dari rumah kerana wabak tersebut
telah meragut nyawa jutaan manusia di seluruh dunia. Pelbagai pihak telah terkesan akibat daripada
peningkatan kes tersebut. Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meminta
orang ramai supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard ( SOP ) yang telah ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara ( MKN ) supaya dapat memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Berdasarkan saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) di atas, bincangkan cara-cara untuk
mencegah penularan wabak Covid-19.
Jawapan contoh karangan Model Hafal dan Tulis
Dalam meniti arus kemodenan ini, isu yang berkaitan dengan cara-cara untuk mencegah
penularan wabak Covid-19 sering dibincangkan oleh masyarakat. Umum mengetahui bahawa kes Covid-19
di Malaysia semakin meningkat. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mencegah penularan wabak
Covid-19. Persoalannya, apakah cara-cara yang boleh kita lakukan untuk mencegah wabak tersebut?
Salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk mencegah penularan wabak Covid-19 adalah dengan
memakai pelitup hidung dan mulut. Sebagai contohnya, kita boleh memakai pelitup hidung dan mulut yang
mempunyai tiga lapisan. Kesannya, kita dapat mengelakkan diri daripada terkena jangkitan wabak
tersebut. Jelaslah bahawa salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk mencegah penularan wabak
Covid-19 adalah dengan memakai pelitup hidung dan mulut.
Selain itu, kita juga harus mengelakkan diri daripada berada di tempat-tempat awam yang sesak
untuk mencegah penularan wabak Covid-19. Sebagai contohnya, pusat-pusat beli-belah, pasar-pasar awam
dan panggung wayang. Natijahnya, kita dapat mencegah diri kita daripada dijangkiti oleh pesakit Covid-19.
Benarlah bahawa salah satu cara yang harus kita lakukan untuk mencegah penularan wabak Covid-19
adalah dengan mengelakkan diri daripada berada di tempat-tempat awam yang sesak.
Di samping itu, kita mestilah kerap mencuci tangan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Sebagai contohnya, kita boleh mencuci tangan dengan menggunakan cecair pembasmi pencuci kuman
yang lain seperti Dettol dan Lifebouy. Impaknya, anggota badan kita akan terhindar daripada jangkitan
Covid-19. Tegaslah bahawa salah satu cara yang boleh kita lakukan bagi mengelakkan diri daripada
jangkitan Covid-19 adalah dengan kerap mencuci tangan.
Sebagai kesimpulannya, terdapat tiga acara yang boleh kita lakukan untuk mencegah penularan
wabak Covid-19 iaitu memakai pelitup hidung dan mulut, mengelakkan diri daripada berada di tempat-
tempat awam yang sesak dan kerap mencuci tangan dengan menggunakan cecair pembasmi kuman. Oleh
itu, semua pihak haruslah bekerjasama antara satu sama lain bagai aur dengan tebing bagi memastikan
penularan wabak Covid-19 dapat dicegah demi kebaikan semua pihak.
( 295 patah perkataan )
Ulasan Pemeriksa : 38
T – menjawab tugasan 70
I – masih relevan, huraian masih menarik dan jelas, contoh masih sesuai
B – masih gramatis dari segi kata dan ayat. Kosa kata masih luas 3030
P – masih sesuai dan berkesan
4
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Model karangan Hafal dan Tulis bagi PELAJAR SEDERHANA.
Dalam mendepani arus ledakan teknologi maklumat yang semakin mencabar ini, isu yang
berkaitan dengan _________________________________________________________________________
sering dibincangkan oleh masyarakat dan acap kali diuar-uarkan oleh pihak media. Umum mengetahui
bahawa_________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sebenarnya terdapat pelbagai______________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Persoalannya, apakah_____________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
________________________________________________________?
Bagi menjawab persoalan yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat bahawa salah satu
_______________________________________________________________________________________
adalah _________________________________________________________________________________
Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Kesannya,______________________________________________________________________________
Jelaslah bahawa salah satu ________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah__________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sebagai lontaran idea yang seterusnya, saya turut berpendapat bahawa
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Natijahnya, _____________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Benarlah bahawa salah satu _______________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah_________________________________________________________________________________
Dari perspektif yang berbeza pula, saya juga ingin menegaskan
bahawa_________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Impaknya, ______________________________________________________________________________
Sudah jelas lagi nyata, salah satu ____________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah__________________________________________________________________
5
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Sebagai penghias bicara yang terakhir, terdapat tiga _____________________________________
iaitu___________________________________________________________________________________,
_______________________________________________________________________________________
dan ____________________________________________________________________________________
Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama antara satu sama lain bagai aur dengan tebing bagi
memastikan____________________________________demi kemaslahatan semua pihak. Kata orang bijak
pandai bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sesungguhnya, sepakat membawa
berkat.
Contoh Item - Domain Awam
Kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar sekolah semakin meningkat sejak akhir-
akhir ini. Pihak polis percaya salah satu punca utama berlakunya kemalangan tersebut adalah
sikap cuai pelajar itu sendiri. Pelbagai kempen kesedaran telah diadakan untuk menanganinya
namun usaha murni tersebut ibarat mencurah garam ke laut.
Sumber : Berita Harian
Bincangkan punca-punca berlakunya kes tersebut.
Jawapan contoh karangan Model Hafal dan Tulis
Dalam mendepani arus ledakan teknologi maklumat yang semakin mencabar ini, isu yang
berkaitan dengan punca-punca peningkatan kes kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah
sering dibincangkan oleh masyarakat dan acap kali diuar-uarkan oleh pihak media massa. Umum
mengetahui bahawa kes kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah semakin meningkat.
Sebenarnya terdapat pelbagai punca berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya dalam kalangan
pelajar sekolah. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya
dalam kalangan pelajar sekolah?
Bagi menjawab persoalan yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat bahawa salah satu
punca berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah adalah sikap cuai
pelajar itu sendiri. Sebagai contohnya, pelajar tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal
ke sekolah. Kesannya, kepala pelajar akan tercedera jika berlaku kemalangan. Jelaslah bahawa salah satu
punca berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah adalah sikap cuai
pelajar itu sendiri.
Sebagai lontaran idea yang seterusnya, saya turut berpendapat bahawa keadaan jalan raya yang
rosak juga turut menjadi punca berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar
sekolah. Sebagai contohnya, jalan raya yang berlubang, licin dan tidak rata. Natijahnya, pelajar yang
menggunakan jalan tersebut akan terlibat dalam kemalangan yang boleh meragut nyawa. Benarlah
bahawa salah satu punca lain berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya adalah keadaan jalan raya
yang rosak.
Dari perspektif yang berbeza pula, saya juga ingin menegaskan bahawa faktor cuaca juga
menjadi punca berlakunya dalam peningkatan kes kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah.
Sebagai contohnya, apabila hujan lebat jalan raya akan menjadi licin. Impaknya, pelajar akan terbabas
6
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
semasa menunggang motosikal. Sudah jelas lagi nyata, salah satu punca terakhir berlakunya peningkatan
kes kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah adalah faktor cuaca.
Sebagai penghias bicara yang terakhir, terdapat tiga punca berlakunya peningkatan kes
kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah iaitu sikap cuai pelajar, faktor keadaan jalan raya ,
dan faktor cuaca. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama antara satu sama lain bagai aur dengan
tebing bagi memastikan kemalangan jalan raya dapat dielakkan demi kemaslahatan semua pihak. Kata
orang bijak pandai bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sesungguhnya, sepakat
membawa berkat.
( 345 patah perkataan )
Ulasan Pemeriksa :
T – menjawab tugasan 50
I – masih relevan, huraian masih menarik dan jelas, contoh masih sesuai
B – masih gramatis dari segi kata dan ayat. Kosa kata masih luas
P – masih sesuai dan berkesan
70
7
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Model karangan Hafal dan Tulis bagi PELAJAR POTENSI CEMERLANG.
Dalam menelusuri era langit terbuka yang semakin mencabar ini, isu yang berkaitan dengan
_______________________________________________________________________________________
sering dibincangkan oleh masyarakat dan acap kali diuar-uarkan oleh pihak media massa melalui siaran
berita di kaca-kaca televisyen atau di dada-dada akhbar tempatan. Umum mengetahui bahawa
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Hal ini dikatakan demikian kerana___________________. Sebenarnya terdapat
pelbagai________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Persoalannya, apakah_____________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
__________________________?
Bagi menjawab persoalan yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat bahawa salah satu
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah _________________________________________________________________________________
Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Kesannya,_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Jelaslah bahawa salah satu ________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah__________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sebagai lontaran idea yang seterusnya pula, saya turut berpendapat
bahawa________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Natijahnya,______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sudah terang lagi bersuluh, salah satu _______________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah__________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
8
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Bagi menelusuri wadah perbincangan yang terakhir, saya juga ingin mencadangkan
______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Impaknya,_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Sudah jelas lagi nyata, __________________ terakhir yang boleh dilakukan oleh
____________________________________________ bagi _______________________________________
_______________________________________________________________________________________
adalah__________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Berdasarkan premis-premis dan huraian yang telah dinyatakan tadi, dapatlah disimpulkan
bahawa terdapat tiga _____________________________________________________________________
iaitu___________________________________________________________________________________,
_______________________________________________________________________________________
dan ____________________________________________________________________________________
Oleh itu, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan usaha serta bekerjasama antara satu sama lain
bagai aur dengan tebing bagi memastikan_____________________________demi kemaslahatan semua
pihak. Kata orang bijak pandai bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Sesungguhnya, sepakat membawa berkat.
Contoh Item - Domain Awam
“…amalan membaca dalam kalangan anak-anak semakin kurang dipraktikkan dalam
kehidupan seharian mereka sejak akhir-akhir ini. Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan
bagi memupuk amalan mulia ini agar permata negara yang kita sayangi ini menjadi insan
berminda kelas pertama yang dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain..”
Tun Dr Mahathir Mohamad, Ikon Membaca Malaysia.
Berdasarkan petikan di atas, huraikan pendapat anda tentang peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa
bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Jawapan contoh karangan Model Hafal dan Tulis
Dalam menelusuri era langit terbuka yang semakin mencabar ini, isu yang berkaitan dengan
peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak
sering dibincangkan oleh masyarakat dan acap kali diuar-uarkan oleh pihak media massa melalui siaran
berita di kaca-kaca televisyen atau di dada-dada akhbar tempatan. Umum mengetahui bahawa amalan
membaca sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seseorang terutamanya bagi anak-anak yang
masih kecil. Hal ini dikatakan demikian kerana orang yang rajin membaca akan memperoleh ilmu
pengetahuan yang sangat luas. Sebenarnya terdapat pelbagai peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa
9
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Persoalannya, apakah peranan yang boleh
dimainkan oleh ibu bapa bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak?
Bagi menjawab persoalan yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat bahawa salah satu
peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak
adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan awam untuk membaca buku. Sebagai contohnya, ibu
bapa boleh meluangkan masa senggang pada hujung minggu untuk membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan desa atau Perpustakaan Negara. Kesannya, anak-anak akan berasa teruja kerana dapat
membaca pelbagai bahan bacaan yang digemari oleh mereka. Jelaslah bahawa salah satu peranan yang
boleh dimainkan oleh ibu bapa bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak adalah dengan
membawa mereka ke perpustakaan awam untuk membaca buku.
Sebagai lontaran idea yang seterusnya pula, saya turut ingin menegaskan bahawa menjadi suri
teladan kepada anak-anak juga merupakan peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa bagi memupuk
amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membaca buku cerita,
novel dan berbagai-bagai jenis surat khabar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian bersama dengan
anak-anak pada masa lapang. Natijahnya, anak-anak akan bertambah minat dan suka untuk membaca
buku. Sudah terang lagi bersuluh, salah satu peranan lain yang boleh dimainkan oleh ibu bapa bagi
memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak adalah dengan menjadi suri teladan yang baik agar
dapat dicontohi oleh anak-anak.
Bagi menelusuri wadah perbincangan yang terakhir, saya juga ingin mencadangkan ibu bapa
supaya menerangkan kebaikan atau faedah amalan membaca kepada anak-anak mereka. Sebagai
contohnya, ibu bapa boleh memberitahu anak-anak bahawa amalan membaca bukan sahaja boleh mengisi
masa lapang bahkan juga dapat menambah dan memperluas ilmu pengetahuan seseorang. Impaknya,
anak-anak akan lebih berminat untuk membaca kerana mereka dapat menjadi orang yang berilmu dan
berpengetahuan luas. Sudah jelas lagi nyata, peranan terakhir yang boleh dimainkan oleh ibu bapa bagi
memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak adalah dengan menerangkan kebaikan atau faedah
amalan membaca.
Berdasarkan premis-premis dan huraian yang telah dinyatakan tadi, dapatlah disimpulkan
bahawa terdapat tiga peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa bagi memupuk amalan membaca
dalam kalangan anak-anak iaitu menjadi suri teladan, membawa anak-anak ke perpustakaan awam dan
menerangkan kebaikan atau faedah amalan membaca kepada anak-anak. Oleh itu, semua pihak haruslah
menggembleng tenaga dan usaha serta bekerjasama antara satu sama lain bagai aur dengan tebing bagi
memastikan setiap peranan yang telah dijalankan membuahkan hasil yang baik demi kemaslahatan semua
pihak. Kata orang bijak pandai bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sesungguhnya,
sepakat membawa berkat.
( 495 patah perkataan )
Ulasan Pemeriksa :
Menjawab tugasan 68
Idea relevan, huraian sangat jelas, menarik dan matang 70
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
Kosa kata luas dan tepat
Pemerengganan sangat menarik dan berkesan
10
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
NOTA EKSPRESS: KERTAS 2
Bahagian A Kertas 2 (1103/2)
NOTA DAN PANDUAN
MENUKAR PROSA KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD.
A. CIRI-CIRI
Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan, kita dapat mengenalpasti
beberapa ciri utama bahasa tersebut.
1. Huruf dan perkataan
a. Penggunaan huruf Jawi.
Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain
untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dan nya.
b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan
dengan hukum Islam.
Allahtaala
Daulat
wallahualam
c. Penggunaan bahasa istana:
beradu (tidur)
bersiram (mandi)
gering (sakit)
santap (makan)
d. Terdapat kosa kata klasik:
berahi (cinta)
ceritera (cerita)
masyghul (sedih)
e. Penggunaan kata pangkal ayat
Adapun
Alkisah
Arakian
Hatta
Maka
Sebermula
syahadan
11
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
2. Sintaksis
a. Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana
menggunakan kata hubung.
b. Terdapat ayat susunan songsang
c. Penggunaan ayat pasif.
B. CARA MEMAHAMI/ PROSES/FORMAT MEMODENKAN.
1. Pelajar perlu ingat jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa Melayu moden.
2. Baca keseluruhan petikan sehingga faham.
3. Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan.
4. Jangan menokok tambah butir-butir lain yang tiada dalam petikan bahasa klasik.
5. Nama-nama khas jangan ditukar.
6. Ketahui perbezaan antara bahasa klasik dengan bahasa istana (tidak perlu
ditukar).
7. Struktur ayat bahasa klasik bertentangan dengan bahasa moden.
Sebagaicontoh:
Bahasa klasik: Maka berangkatlah baginda ke istana
Bahasa moden: Lalu baginda berangkat ke istana
Baginda tidak perlu ditukar kerana bahasa istana
8. Kekerapan menggunakan struktur ayat pasif dalam bahasa klasik.
Sebagai contoh:
Bahasa klasik: Maka oleh diparang oleh Hang Tuah kepala dua orang yang
mengamuk itu terbelah dua.
Bahasa moden: Lalu Hang Tuah memarang kepala dua orang yang mengamuk itu
dan terbelah dua.
C. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MENJAWAB
SOALAN MEMODENKAN.
1. Senaraikan dulu watak-watak dalam petikan prosa klasik tersebut. Pastikan anda
berjaya mengenal pasti beberapa watak yang mempunyai persamaan agar
pemilihan kata ganti nama tepat dan sesuai.
2. Nyatakan latar tempat iaitu tempat prosa klasik itu diceritakan.
3. Nyatakan pokok persoalan yang ada dalam petikan tersebut.
4. Buangkan perkataan klasik seperti maka, arakian, syahadan, lah, pun, ataupun
perkataan yang tidak perlu.
5. Perkataan klasik yang ada dalam petikan tersebut, perlu ditukar kepada bahasa
moden.
12
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Contoh:
".............telah didengar oleh Maharaja Sukarama akan "
13
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Perkataan yang sukar difahami dan tidak boleh ditukarkan
maksudnya boleh dikekalkan.
Ditambangkan (dibaling)
Genta (loceng)
Cerpu
2
• Gelaran, jawatan, alat peperangan dan sebagainya
hendaklah dikekalkan. Namun frasa "Tuan" (Tuan Puteri
Hang Li Po) perlu digugurkan kerana "tuan" menunjukkan
gelaran jantina untuk perempuan pada masa dahulu
tetapi tidak pada masa sekarang.
• Pelajar tidak boleh menambah idea, meninggalkan
sebarang ayat atau isi penting kerana ini akan menjejaskan
markah.
14
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
• Bahasa klasik juga banyak menggunakan penanda wacana "
klasik seperti maka, arakian, syahdan, hatta dan sebagainya.
Penanda wacana ini perlu ditukarkan kepada penanda wacana
moden.
Contoh
■ ".......Adapun Raja itu memiliki puteri yang ............."
ditukar menjadi:
■ ".......Raja itu memiliki seorang Puteri yang........"
• "........Syahdan adapun Paduka Demang pun masuk
• ".......Paduka Demang masuk....... "
Kata ganti diri "nya" juga dirujuk kepada Sultan. Dalam
penggunaan bahasa istana kata ganti nama diri 11 nya"tidak
boleh digunakan untuk Sultan. Oleh sebab itu, wajar
diperbetulkan.
■ Contoh:
• .... Sultan Mansor Syah pun kembali ke istananya ...
"ditukar kepada:
■ 11••••••Sultan Mansor Syah kembali ke
istana baginda"
15
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
16
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN
1. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang berbeza
(contoh petikan prosa, puisi, dan grafik) tetapi mempunyai tema yang sama.
2. Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan.
3. Pelajar perlu mengenal pasti SEMUA fokus yang terdapat dalam semua bahan.
4. Markah keseluruhan isi ialah 20 markah. (pendahuluan : 2 markah, isi : 16 markah, kesimpulan : 2
markah)
5. Pelajar perlu mengemukakan 8 isi lengkap (Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan menyentuh
setiap fokus)
6. Markah bahasa dinilai secara holistik 10 markah. (cemerlang 8/10, baik 5/7, sederhana 3/4, lemah
1/2)
7. Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.
8. Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan.
9. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei.
PANDUAN RINGKAS JAWAPAN
PENDAHULUAN (2 FOKUS)
Rumusan membincangkan ----fokus 1---- dan ----fokus 2----. ( 2 markah)
Rumusan membincangkan ----fokus 1----. (1 markah)
PENDAHULUAN (3 FOKUS)
Rumusan membincangkan ----fokus 1----, ----fokus 2---- dan ----fokus 3----. (2 markah)
Rumusan membincangkan ----fokus 1---- dan ----fokus 2----. (1 markah)
PEMBAHAGIAN ISI CONTOH ISI 3 FOKUS
CONTOH ISI 2 FOKUS Bilangan isi dalam bahan Bilangan isi diterima
Bilangan isi dalam bahan Bilangan isi diterima BAHAN 1
BAHAN 1
Fokus 1 – 2 isi 2/1/0 Fokus 1 – 6 isi 5
Fokus 2 – 6 isi 5/6 Fokus 2 – 2 isi 1/0
BAHAN 2 BAHAN 2
Fokus 1 – 4 isi 1/ 2 Fokus 1 – 2 isi 1
Jumlah 8 BAHAN 3
Fokus 3 – 3 isi 1/2
Jumlah 8
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ----[tema]---- hendaklah ----[cadangan]---- agar ----[kesan]----.
17
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Setiap tahun Malaysia meraikan Hari Kebangsaan. Diam tidak diam sudah lebih separuh abad negara
kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan, menjelang sahaja bulan Ogos atau juga
dikenali bulan kebangsaan, agensi atau kementerian yang berkenaan akan mula menjalankan Kempen
Kibarkan Jalur Gemilang sebagai usaha untuk meningkatkan semangat patriotik. Program-program yang
bercorak kenegaraan seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik dan pementasan teater drama juga
dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej
semangat cinta akan negara sampai kepada golongan sasaran. Namun, program-program tersebut kurang
berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak
kemerdekaan tersebut.
Perkara yang menjadi kebimbangan banyak pihak ialah generasi muda tidak mengambil endah
tentang hari kebangsaan. Mereka sewajarnya menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam. Sebagai
generasi muda yang bertanggungjawab mereka berperanan untuk membina kejayaan negara iaitu sanggup
bekerja keras untuk negara. Mereka juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini
demikian kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.
Tanggungjawab lain yang perlu dilakukan oleh generasi muda ialah mereka perlu membantu pihak
kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana keamanan
dapat mengelakkan negara daripada serangan musuh sama ada berbentuk fizikal atau psikologi. Tambahan
pula, tugas generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan
dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan bersama-sama.
Selain itu, generasi muda yang akan mengisi perjuangan kemerdekaan hendaklah memastikan prinsip
demokrasi akan terus diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa
kedua 58 tahun kemerdekaan memerlukan komitmen semua pihak terutama generasi muda.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Di manakah Semangat Patriotisme Kita’
Dewan Siswa, Ogos 2015
18
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Bahan 2 – Grafik
Cadangan Jawapan
Isi bahan 1 (Petikan)
Fokus 1 - Usaha-usaha meningkatkan semangat patriotisme generasi muda
1. Kempen Kibarkan Jalur Gemilang
2. Program program yang bercorak kenegaraan (seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik dan
pementasan teater drama) juga dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan
agensi agensi kerajaan
Fokus 2 - Tanggungjawab / peranan / tugas generasi muda
1. Membina kejayaan negara
2. Mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan
3. Membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara
4. Memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan
5. Mengisi perjuangan kemerdekaan
6. Memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini
19
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Isi bahan 2 (Grafik)
Fokus 1 - Usaha-usaha meningkatkan semangat patriotisme generasi muda
1. Pelancaran Bulan Kebangsaan
2. Menyambut Hari Kebangsaan
3. Menyambut Hari Malaysia
4. Menghayati tema hari kebangsaan
Cadangan Jawapan
Rumusan membincangkan usaha-usaha meningkatkan semangat patriotisme generasi muda [fokus
1] dan tugas generasi muda.[Fokus 2].
Usaha-usaha meningkatkan semangat patriotik ialah Kempen Kibarkan Jalur Gemilang[b1]. Selain
itu, pelancaran Bulan Kebangsaan[b2] dan menghayati tema hari kebangsaan[b2].
Tugas generasi muda ialah membina kejayaan negara. Selain itu, mementingkan kecemerlangan dalam
pendidikan dan membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Di samping
itu, memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan. Seterusnya,
mengisi perjuangan kemerdekaan.
Kesimpulannya, semangat patriotisme generasi muda [tema] hendaklah kita tingkatkan [cadangan] agar
kemakmuran negara terus kekal selamanya. [kesan]
20
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Baca petikan dan sajak serta teliti bahan grafik di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan, sajak dan bahan.
Budaya hidup dalam keseronokan atau dikenali sebagai hedonisme merupakan amalan hidup
masyarakat Barat. Di Malaysia, budaya hedonisme ini telah meresap dalam sanubari golongan remaja yang
menyebabkan mereka lebih mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik. Penyerapan budaya ini
berlaku kerana kekurangan nilai dan pengamalan agama dalam kalangan remaja.
Budaya hedonisme ini jika tidak dibendung akan membabitkan masalah yang lebih besar seperti
jenayah rogol, pembuangan bayi dan seks bebas. Remaja terjebak dalam budaya keseronokan ini kerana
mereka terpengaruh dengan budaya Barat. Tanpa pemikiran yang matang mereka mudah menerima budaya
hidup Barat yang cenderung ke arah keseronokan dan hiburan.
Selain itu, remaja terlibat dalam budaya keseronokan ini kerana kurangnya maklumat hedonisme
yang diterima oleh mereka. Tambahan pula, kebanyakan remaja merujuk rakan sebaya tentang persoalan
hubungan sosial yang telah mendapat maklumat daripada sumber yang salah seperti Internet.
Tidak dinafikan kebanyakan remaja yang terlibat dalam budaya ini menghadapi tekanan dalam
kehidupan mereka. Remaja juga kurang kefahaman tentang keburukan amalan hedonisme. Pengetahuan
yang cetek akibat kurang membaca menyebabkan remaja tidak mampu menilai kesan buruk budaya
tersebut terhadap diri sendiri. Lebih memburukkan keadaan apabila sikap prihatin masyarakat semakin
luntur. Masyarakat hari ini lebih mementingkan ahli keluarga sendiri tanpa mempedulikan permasalahan
yang wujud dalam komuniti mereka.
Lantaran itu, ibu bapa haruslah memahami perkembangan jiwa anak-anak remaja dan
mengukuhkan jiwa anak-anak dengan didikan agama yang mantap sejak mereka kecil. Pada masa yang
sama, ibu bapa perlu mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan curahan kasih sayang.
Dipetik dan diubahsuai daripada
'Hedonisme: Mengapa Terus Hantui Remaja',
oleh Dr. Aminudin bin Mansor, Fokus SPM, Julai 2014
21
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Bahan 2 – Sajak
Virus Dari Langit Global
Virus-virus giat mengalir
meniti pembuluh-pembuluh darah
menjengah ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonisme kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari peribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda.
Kontang sudah ladang yang subur
semaian hijau yang kita benih
bergerimiskan curahan peradaban dan
dibajai akhlak pekerti
diterapkan angin hitam sosial
merebak menyusup jati diri
sekujur jiwa belia generasi
Virus-virus ini diutus dari langit global
percikan sampah dari jendela siaran
hibur sumbang dari pentas kayangan
libur songsang dari halaman maya
terselaklah tabir ketulusan
dengan bakteria gejala
berleluasa menjajah dasar atma
rapuhnya pertimbangan akal anak-anak bangsa
susila dan budaya tidak lagi bernyawa
pabila virus mazmumah terpercik mendiami jiwa
hilangnya nanti dan kupingku dinoda
menjadi puing-puing harapan ayahanda.
Nur Suhada Sayuti
‘Antologi Kubentang Sehelai Peta’,
Dewan Bahasa dan Pustaka
22
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Bahan 3 – Grafik
Fokus 1 - punca-punca remaja terlibat dengan budaya hedonisme [5/6 isi]
Bahan 1
1. kekurangan nilai dan pengamalan agama
2. mereka terpengaruh dengan budaya Barat
3. kurangnya maklumat hedonisme yang diterima oleh mereka
4. remaja merujuk rakan sebaya tentang persoalan hubungan sosial
5. menghadapi tekanan dalam kehidupan mereka
6. Remaja juga kurang kefahaman tentang keburukan amalan hedonisme
7. sikap prihatin masyarakat semakin luntur
Bahan 2
1. rancangan ‘sampah’ yang disiarkan di televisyen (percikan sampah dari jendela siaran)
2. hiburan yang berlebih-lebihan (hibur sumbang dari pentas kayangan)
3. pengaruh daripada Internet(libur songsang dari halaman maya)
4. anak-anak bangsa yang lemah dalam pertimbangan (rapuhnya pertimbangan akal anak-anak
bangsa)
[sekurang-kurangnya 1 isi daripada bahan 2]
23
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Fokus 2 – peranan ibu bapa/langkah mengelakkan/menangani/mengatasi budaya hedonisme [1/2 isi]
Bahan 1
1. ibu bapa haruslah memahami perkembangan jiwa anak-anak remaja
2. mengukuhkan jiwa anak-anak dengan didikan agama yang mantap
3. ibu bapa perlu mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan curahan kasih sayang
Bahan 3
1. Memupuk nilai murni dalam keluarga
2. Mewujudkan suasana yang harmoni
3. Menyediakan tempat tinggal yang selamat untuk anak-anak
4. Memantau pergerakan dan aktiviti harian anak-anak
5. Mengambil berat tentang perkembangan anak-anak
[sekurang-kurangnya 1 isi daripada bahan 3]
Fokus 3 - Kesan budaya hedonisme dalam masyarakat/terhadap remaja [1/2 isi]
Bahan 1
1. lebih mementingkan diri sendiri
2. bersikap materialistik
Bahan 2
1. generasi muda semakin biadab (kebiadaban kian merebak)
2. budaya songsang mula diamalkan oleh remaja (menyemai benih radiasi songsang menerjah minda)
3. generasi muda makin tidak berkualiti(kontang sudah ladang yang subur)
4. budaya dan adab resam makin dilupakan (susila dan budaya tidak lagi bernyawa)
5. sikap mazmumah mula jadi kebiasaan (apabila virus mazmumah terpercik mendiami jiwa)
[Sekurang-kurangnya 1 isi daripada bahan 2]
24
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHASA MELAYU KERTAS 1: SET 1
BAHAGIAN A
[30 markah]
SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.
3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi
SP menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.
Maklumat di bawah berkaitan dengan wabak Covid-19. Huraikan pendapat anda tentang wabak
Covid-19. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab, marilah kita saling membahu dan
bekerjasama antara satu sama lain bagai aur dengan tebing untuk menangani penularan wabak Covid-19
ini daripada terus membunuh jutaan nyawa manusia yang tidak berdosa. Kata peribahasa Melayu
mencegah lebih baik daripada mengubati.
25
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHAGIAN B
[70 markah]
SK 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.
SP 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan
bahasa berbudaya.
1. DOMAIN PENDIDIKAN
KUALA LUMPUR: Penggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial sehingga mempengaruhi cara
berbahasa di alam realiti, antara cabaran yang perlu ditangani bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam
masyarakat. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pengguna media sosial dilihat
menekankan kepantasan mesej yang mahu disampaikan, berbanding penggunaan bahasa dan tatabahasa
yang betul. "Sehubungan itu, golongan masyarakat tanpa mengira umur perlu terus menggunakan bahasa
Melayu dengan baik di samping memartabatkan penggunaan bahasa itu tanpa mengira keadaan," katanya
semasa melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2017 peringkat kebangsaan di Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) di sini, hari ini.
Sumber: Berita harian 2 Oktober 2017
Petikan akhbar menerangkan isu bahasa rojak dan slanga kini mencetuskan kerisauan banyak pihak.
Masyarakat tidak peka bahawa penggunaan bahasa kebangsaan kian terhakis disebabkan penggunaan
bahasa rojak.
Bincangkan keburukan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja kepada negara.
2. DOMAIN AWAM
Pendedahan BH baru-baru ini mengenai Sungai Kim Kim kembali tercemar menimbulkan persoalan sejauh
mana sungai di negara ini akan terus menjadi mangsa kerakusan manusia dan sampai bila ia akan
berterusan. Berdasarkan rekod aduan pencemaran diterima Jabatan Alam Sekitar (JAS), terdapat
peningkatan pada 2019 dan 2020 berbanding tahun sebelumnya. Ini menunjukkan peningkatan kesedaran
awam dalam kalangan masyarakat lebih peka dengan isu alam sekitar. Kerjasama semua agensi penguat
kuasa pada peringkat kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu pencemaran alam
sekitar amat penting agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan lebih berkesan di bawah bidang kuasa
masing-masing.
Sumber: Berita Harian 14 Mac 2021
Berdasarkan petikan di atas, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani isu pencemaran alam sekitar
ini. Huraikan Langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua pihak untuk mengatasi masalah pencemaran
ini supaya masalah ini tidak berterusan hingga ke hari ini.
26
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
3. DOMAIN PERIBADI
Dalam meniti arus ledakan teknologi maklumat yang semakin mencabar ini, urusan hidup
kita menjadi lebih cepat, mudah dan berkesan dengan adanya pelbagai aplikasi di dalam telefon
pintar. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat telah menjadikan negara kita setaraf dengan
negara-negara maju yang lain. Kemajuan dalam bidang IT ini juga dapat dilihat dalam bidang
pendidikan yang mana pada era pandemik Covid-19, guru-guru telah mengaplikasikan pelbagai
kaedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Antaranya Google Meet,
Google Classroom, Canva dan Zoom. Pembelajaran secara maya merupakan talian hayat bagi guru
untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran agar pelajar-pelajar tidak terus ketinggalan
dalam pelajaran.
Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.
Berdasarkan pernyataan di atas, kita mengetahui bahawa pembelajaran secara maya boleh dijadikan
sebagai salah satu alternatif bagi menjalankan sesi pengajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).
Huraikan pendapat anda tentang kelebihan pembelajaran secara maya.
4. DOMAIN KERJAYA
Pada era langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini, isu kesukaran untuk mendapatkan
pekerjaan dalam kalangan graduan lepasan universiti sering diperkatakan oleh masyarakat.
Menurut kajian yang dilakukan Kementerian Sumber Manusia, penawaran kerja yang sedikit dan
lambakan graduan lepasan universiti yang semakin bertambah pada setiap tahun telah
menyebabkan peluang seseorang graduan untuk mendapat kerja sangat tipis. Pihak majikan pula
hanya akan memilih calon yang benar-benar layak dan berkebolehan sahaja untuk dipanggil ke
sesi temu duga. Untuk memperoleh pekerjaan yang diidam-idamkan, seseorang graduan haruslah
membuat pelbagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga. Hal ini dikatakan demikian
kerana hanya calon yang berkualiti, berkeyakinan, dan mempunyai bakat yang luar biasa sahaja
yang akan mendapat tawaran kerja daripada majikan.
Sumber: Internet
Sebagai seorang graduan lepasan univerisiti, huraikan persiapan-persiapan yang harus anda
lakukan sebelum menghadiri sesi temu duga.
27
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHASA MELAYU KERTAS 2: SET 1
BAHAGIAN A
[35 markah]
SOALAN 1: MORFOLOGI
SK 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
SP 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua kata kerja. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Pegawai Kanan Belia dan Sukan Usim selaku Ketua Projek Prosumerisme Tanaman Nanas MD2 Usim,
Nur Ekhmal Bukhary berkata, objektif utama yang ingin dicapai melalui tanaman nanas MD2 ini ialah
meningkatkan pendapatan warga Usim terutama golongan B40 dalam meneruskan kelangsungan hidup
pasca pandemik global. "Kami juga mahu meningkatkan bilangan syarikat milik warga Usim yang berdaftar
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selaku pencipta kerja dan meningkatkan bilangan inkubator
keusahawanan berasaskan prosumerisme dalam Usim.”Sehingga Mac lalu, kami sudah jalankan beberapa
siri kursus Asas Pra Pengenalan Tanaman Projek Prosumer Nanas MD2 dengan membabitkan 25
peserta.”Bagi menggalakkan pembabitan jabatan lain di Usim pula, kami mengagihkan Starter Kit Tanaman
Nanas MD2 iaitu 50 sulur nanas beserta 10 beg tanah organik, polibeg dan baja kepada Pasukan Latihan
Pegawai Simpanan (Palapes), Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Perumahan Pelajar
(Prupel) dan Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS)," katanya.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Semai Budaya pengeluar”
oleh Harian Metro, 10 Mei 2021
[8 markah]
KATA SENDI AYAT
KATA SENDI AYAT
KATA KERJA AYAT
KATA KERJA AYAT
28
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 2: SINTAKSIS
SK 5.3 Memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam pelbagai bidang
SP 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang,
dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.
Berdasarkan petikan di bawah, bina empat ayat songsang bagi ayat yang telah digariskan dengan betul.
Ayat Biasa : _____________________________________
Ayat Songsang : _____________________________________
Nama asal Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong, manakala pauh pula ialah sejenis buah
manga yang bersaiz kecil. Bandar ini pada mulanya hanyalah petempatan kecil sebilangan masyarakat
Melayu. Nama Klian Pauh telah ditukarkan kepada Taiping bersempena dengan tamatnya Perang Larut
pada tahun 1874. Perang ini tercetus daripada pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina yang
melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San.Persatuan kongsi
gelap daripada kedua-dua puak ini bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Bangunan
warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai yang seni
binanya adalah daripada pengaruh Inggeris. Terdapat 83 buah rumah kedai dan 34 buah bangunan awam
di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda tempat yang penting
di Taiping. Bahan binaannya diimport dari China. Seni bahannya dipengaruhi pula oleh seni bina colonial
yang berkembang pada abad ke – 16 hingga pertengahan abad ke – 20.
Dipetik dan diubah suai daripada
Taiping Bandar Warisan,
Buku Teks BM Tingkatan 4
[8 markah]
29
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
SK 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks
SP 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-
petikan tersebut.
Petikan 1
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula sedia mempertimbang cadangan untuk
mengkaji undang-undang yang melibatkan penjualan arak ekoran berlakunya banyak insiden kemalangan
jalanraya yang membabitkan pemandu mabuk belakangan ini. Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta
333) bakal menyaksikan hukuman yang lebih ketat dikenakan terhadap individu yang disabitkan kesalahan
memandu dibawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara merbahaya. Kemudaratan atau bahaya
yang berkaitan dengan perbuatan minum minuman beralkohol bukan hanya kepada peminumnya sahaja,
tetapi juga pada keluarga dan masyarakat yang tidak pernah mengambil minuman beralkohol. Banyak
individu yang tidak bersalah menjadi mangsa kerakusan peminum alkohol. Setiap undang-undang haruslah
dihormati dan dipatuhi. Pilihan sebenar terletak pada tangan setiap individu, sama ada hendak mematuhi
atau melanggarnya kerana ikut rasa, akan binasa ikut hati, akan mati.
Dipetik dan diubah suai daripada
Nyawa Terancam Akibat Alkohol,
oleh Jessica Ong Hai Liaw dan Abdul Hamid Moiden,
Dewan Masyarakat, Bil. 10/2020, Hlm.26
[6 markah]
Petikan 2
Oktober merupakan bulan yang agak sibuk buat mahasiswa kerana mereka perlu pulang ke Kampus
selepas beberapa minggu cuti semester. Hati mahasiswa berbunga-bunga untuk pulang ke kampus kerana
sudah lama tidak berjumpa dengan rakan-rakan. Mereka juga rindu untuk belajar secara bersemuka (face to
face) di dalam bilik darjah. Namun, peningkatan kes Covid-19 terutama di Kedah atau Sabah menuntut
mahasiswa belajar secara pembelajaran terbuka (ODL) di luar kampus. Beberapa buah universiti
membenarkan mahasiswa berada di kampus jika mahasiswa menghadapi masalah seperti tiada akses
internet, keadaan persekitaran rumah yang kurang kondusif bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan sebagainya. Mahasiswa yang memilih untuk belajar secara atas talian di rumah
sudah tentu mempunyai justifikasi sendiri sebelum membuat keputusan tersebut.
Dipetik dan diubah suai daripada
Antara Ilmu dan Wang
oleh Mohd Rozaimy Ridzuan
My Metro, 29 Oktober 2020
[5 markah]
30
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD
SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera
SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera
dikeratinya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit
yang terlalu buas itu. Maka datang pula seorang lagi. Dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja
katanya, "Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi”.
Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]
SOALAN 5: PERIBAHASA
SK 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan
SP 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut
konteks.
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam
rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang- undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka
panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini,
sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti perbuatan pasti akan
diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang.
[6 markah]
31
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHAGIAN B
[35 markah]
SOALAN 6: PETIKAN UMUM
SK 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan
SP 2.3.1 Membaca,menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul
berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacan yang sesuai
Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kira-kira 7.7 bilion orang penduduk dunia memerlukan makanan pada setiap hari untuk meneruskan
kelangsungan hidup. Oleh yang demikian, Malaysia turut memberikan perhatian terhadap aspek
pengeluaran makanan negara. Kerajaan memberikan penekanan terhadap pengeluaran dan produktiviti
makanan bagi memenuhi tahap sara diri, di samping menyediakan bekalan bahan makanan yang
mencukupi, berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh penduduk di negara ini.
Pelbagai pihak menerusi sektor masing-masing memainkan peranan untuk mengekalkan sumber
makanan yang mencukupi kepada penduduk negara termasuk sektor pengeluaran ayam daging. Sektor
penternakan ayam mengeluarkan sebanyak 1583 tan metrik daging ayam pada tahun 2017, berbanding
dengan penggunaannya sebanyak 1530 tan metrik. Hal ini menunjukkan pengeluaran daging ayam di negara
ini telah mencapai tahap sara diri sebanyak 104 peratus. Setiap penduduk Malaysia menikmati sebanyak
51.5 kilogram daging ayam dalam tempoh setahun.
Dipetik dan diubah suai daripada
"Industri Penternakan Ayam dalam Pengeluaran Makanan Negara"
oleh Mahamad Fauzi Ab. Razak,
Dewan Masyarakat, September 2020
32
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Bahan 2
Industri padi dan beras perlu pembaharuan selepas terperangkap dalam kerangka struktur dan ekosistem
yang sama lima dekad. Strategi tepat dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan harga padi yang tinggi
kepada pengeluar, harga yang stabil dan beras bermutu kepada pengguna dan mencapai tahap sara diri
sekali gus menjamin bekalan makanan negara.
Biarpun sektor hiliran kian mengukuh, tetapi pendapatan petani tidak menunjukkan kemajuan.
Pendapatan bersih bulanan petani dianggar RM300 hingga RM650 per hektar. Hanya 12 peratus petani
memiliki sawah melebihi 4 hektar untuk mencapai pendapatan lebih RM2000 per hektar sebulan. Dasar
harga siling beras membebankan pengguna miskin. Oleh sebab harga siling lebih tinggi daripada harga
sempadan menyebabkan mereka membayar cukai tidak langsung lebih tinggi. Hal ini bertentangan dengan
matlamat jaminan bekalan makanan yang bertujuan membantu pengguna miskin.
Dipetik dan diubah suai daripada
"Industri Padi Perlu Institusi Betul"
Oleh Prof. Dr. Fatimah Mohamed Arshad,
Berita Harian, 9 Februari 2020
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud meneruskan kelangsungan. [2 markah]
(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, mengapakah kerajaan memberikan penekanan terhadap
pengeluaran makanan dan padi? [3 markah]
(iii) Harga padi tempatan yang tidak stabil memberikan impak kepada petani dan pengguna.
Pada pendapat anda, apakah impak negatif sekiranya harga padi tidak stabil?
[3 markah]
(iv) Anda seorang siswazah yang masih menganggur. Keluarga anda pula memiliki sebidang tanah
yang tidak diusahakan.
Nyatakan usaha-usaha yang anda lakukan untuk kelangsungan hidup. [4 markah]
33
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA
SK 4.1 memahami dan mengapresiasi karya sastera
SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Hakim, cucu Kaduk ialah seorang yang terpelajar. Hal Hakim inilah yang hendak kuceritakan di sini. Dia
belajar hingga ke universiti, barangkali berkat namanya yang bermaksud bijaksana itu. Hakim semakin
sedar betapa banyaknya ketidakadilan yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dunia ini penuh dengan
penganiayaan. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah datuknya yang
telah terlepas ke tangan raja. Dia bercerita dan berbincang dengan sahabat baiknya Azam, seorang
mahasiswa jurusan undang-undang. Mereka bersetuju bahawa ini merupakan satu penganiayaan dan mula
mengatur strategi untuk menuntut hak yang dirampas.
Dipetik daripada cerpen "Kaduk, Ayam dan
Raja " oleh Zurinah Hassan,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
DBP, 2014
Bahan 2
Pantun Ilmu
Belah kelapa nampak tombong,
Air kelapa dibuat ubat,
Apabila berilmu janganlah sombong,
Kelak dibenci oleh sahabat.
Pasang api membakar besi,
Untuk dipalu dibuat parang,
Ilmu itu hendaklah dikongsi,
Baharulah berkat ilmu berkembang.
Helora Mohirin,
PISMP 4 D, IPG KBM 2013
34
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Bahan 3
Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Onn Malini
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, 2014.
(i) Berdasarkan bahan 3, berikan maksud menangkis tohmahan. [2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, tergambar kesungguhan pengarang berusaha mengingatkan
pembaca agar menguasai ilmu dan berhati-hati mengharungi kehidupan agar diri tidak tertipu.
Nyatakan kesungguhan pengarang berdasarkan bahan-bahan tersebut. [4 markah]
(iii) Karya sastera sarat dengan nasihat untuk dijadikan iktibar kepada pembaca. Pada pendapat
anda, mengapakah pengarang menitipkan nasihat menerusi karya yang dihasilkannya?
[3 markah]
(iv) Generasi muda yang merupakan tunggak negara pada masa hadapan perlu menjaga diri dan
menghargai masa. Malangnya, anda mendapati ada sekumpulan remaja yang melepak saban
malam di kawasan lapang tidak jauh dari rumah anda.
Sebagai remaja yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah
ini? [3 markah]
35
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 8: NOVEL
SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yg menarik dalam prosa
moden dan prosa tradisional
i. Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Kini datuk bercerita tentang cara cara menyembuhkan penyakit secara tradisional. Memang dalam soal ini
datuk boleh disebut pakar, macam doktor. Dia jenis manusia yang bijak memanfaatkan bahan sedia ada
atau bahan percuma menjadi bahan kegunaan untuk kesihatan dan kecantikan. Misalnya, hampas kopi
dijadikannya losen tangan. Hampas teh untuk menyegarkan mata, ubi kayu bagi menghilangkan buasir.
Lobak pula bagi melancarkan air kencing dan mengurangkan sakit kepala, Biji mangga dijadikan tepung
untuk masakan Kulit mangga yang dikeringkan untuk membantu melancarkan pengaliran darah ketika
datang haid.
Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan bahan-bahan sedia ada atau bahan-bahan percuma yang dapat menjadi bahan kegunaan
untuk kesihatan dan kecantikan.
[4 markah]
ii. Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Jendela Menghadap Jalan, Karya Ruhaini Matdarin
(b) Songket Berbenang Emas, Karya Khairuddin Ayip
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.
[6 markah]
36
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHAGIAN C
[30 markah]
SOALAN 9: RUMUSAN
SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.
3.5.2 Menulis untuk mengolah maklumat dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai
SP sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang
gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1
Pelancongan adalah industri ketiga terpenting negara selepas pembuatan dan komoditi. Namun 3.5 juta
pekerja dalam sektor itu terkesan akibat penularan pandemik COVID-19. Pada tiga bulan pertama tahun ini
sahaja, industri ini kerugian RM9 juta dan meningkat mendadak ketika tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Menteri Kewangan pada satu wawancara memaklumkan pelancongan
sektor pertama terkesan dengan wabak dan terakhir dijangka pulih. Menyingkap kesan besar industri ini,
kita dikejutkan penamatan operasi beberapa hotel ternama di beberapa bandar besar seperti Melaka, Ipoh,
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Alasan utama tempoh PKP yang panjang menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan perniagaan.
Kos operasi terpaksa ditanggung, namun tiada keuntungan berikutan tiada pelanggan, terutama apabila
sempadan negara ditutup sepenuhnya kepada pelancong asing. Mereka juga memberi alasan tempahan
dibuat pelancong asing dibatalkan. Dalam satu laporan, pembatalan tempahan bilik hotel ketika itu
mencecah RM58 juta. Pada masa sama, ramai dibuang kerja atau disuruh mengambil cuti tanpa gaji, atau
mengalami pemotongan gaji bulanan. Dalam satu tinjauan, kos gaji pekerja sahaja satu per tiga daripada kos
operasi hotel keseluruhannya. Selain perhotelan, sektor penerbangan tidak terkecuali. Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 menjadi tempat parkir segala jenis model kapal terbang bagi
ketiga-tiga syarikat penerbangan negara. Pendekatan sama diambil, iaitu membenarkan pekerja mengambil
cuti tanpa gaji atau pemotongan gaji.
Kerajaan melalui pelan rangsangan ekonomi seperti Pakej Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Pelan Jana
Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memberi beberapa insentif kepada sektor ini. Antaranya insentif
langsung termasuk pengecualian cukai pelancongan sehingga Disember 2020, pembayaran ansuran cukai
ditangguhkan dan geran padanan RM100 juta untuk mengekalkan pekerja mereka. Insentif tidak langsung
pula pengecualian cukai individu RM1,000 kepada pembayar cukai yang melancong dalam negara sehingga
Disember 2021 dan e-kupon untuk setiap tambang kapal terbang, tambang kereta api dan tempat tinggal
untuk pelancongan domestik sahaja.
Walaupun pelbagai insentif diberi kepada sektor ini terutama untuk rakyat Malaysia, permintaan
mereka masih diunjur kurang berbanding pelancong luar negara. Industri pelancongan masih bergantung
permintaan luar negara berbanding domestik. Rakyat kita pula masih sangsi untuk melancong dan
membawa keluarga, terutama kanak-kanak dan ibu bapa yang berusia.
Sumber: Internet
37
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Bahan 2
38
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHASA MELAYU KERTAS 1: SET 2
BAHAGIAN A
[30 markah]
SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.
3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi
SP menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.
Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah pencemaran sungai yang dihadapi oleh penduduk di
kawasan tempat tinggal anda. Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak
berkuasa yang berkenaan untuk mengadukan masalah tersebut dan cadangkan tindakan yang perlu diambil
untuk mengatasinya. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan sahaja.
39
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHAGIAN B
[70 markah]
SK 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.
SP 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan
menggunakan bahasa berbudaya.
1. DOMAIN AWAM
Malaysia merupakan tanah tempat tumpahnya darah kita. Kita sepatutnya berasa bangga
kerana dilahirkan di bumi bertuah ini. Nama Malaysia sangat terkenal di mata dunia kerana
mempunyai pemimpin yang bijak seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan itu sahaja,
Malaysia juga kaya dengan pelbagai khazanah alam yang amat cantik dan berharga seperti
Pulau Sipadan di Sabah dan Taman Negara di Pahang. Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa juga dapat menjalani kehidupan dengan aman dan harmoni tanpa
berlakunya sebarang pergaduhan. Keunikan Malaysia sering menjadi buah mulut para
pelancong dari seantero dunia. Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia yang prihatin dan
bertanggungjawab, kita haruslah melakukan pelbagai cara untuk menzahirkan rasa cinta dan
sayang akan negara.
Sumber: Internet.
Berdasarkan pernyataan di atas, tulis sebuah rencana yang bertajuk cara-cara
untuk menzahirkan rasa cinta dan sayang akan negara.
2. DOMAIN PERIBADI
KUALA LUMPUR: YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar sikap saling menghormati dalam
kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu dikekalkan kerana ia merupakan salah
satu teras utama perpaduan negara. Menurut Perdana Menteri, sikap saling menghormati antara
rakyat pelbagai kaum dan agama ini merupakan kekuatan utama perpaduan yang telah lama
terjalin.
Sumber: Dipetik daripada ucapan
Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Astro Awani 11 Febuari 2021
Berdasarkan petikan ucapan di atas, sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan rakyat
pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu dikekalkan demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
Sebagai ibu bapa, apakah peranan yang perlu dilakukan untuk membentuk sikap saling menghormati
dalam diri anak-anak .
Ulaskan peranan-peranan tersebut.
40
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
3. DOMAIN PENDIDIKAN
Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukan lagi suatu mata pelajaran yang asing kepada murid-
murid. Hal ini dikatakan demikian kerana sejak di sekolah rendah lagi, mereka sudah mempelajari
mata pelajaran ini. Tambahan pula, mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua
calon Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan murid
yang beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan
membosankan sedangkan banyak faedah yang dapat diperoleh melalui mata pelajaran ini. Oleh
itu, Pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi menyemai minat murid untuk terus belajar
mata pelajaran Sejarah agar tidak luput ditelan zaman. Kata cendekiawan Melayu, orang yang
melupakan sejarah akan terus mengulanginya pada masa yang akan datang.
Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah dalam
kalangan murid khasnya dan generasi muda amnya pada zaman ini.
4. DOMAIN AWAM
“Saya mohon orang ramai agar sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter, memakai
pelitup hidung dan mulut serta menggunakan hand sanitizer semasa berada di tempat- tempat
awam. Hal ini dapat membantu dan mencegah diri kita daripada dijangkiti virus Covid-19. Jika tiada
apa-apa urusan yang penting orang ramai dinasihatkan supaya duduk di dalam rumah. Jika
terpaksa keluar rumah atas urusan kerja, anda dinasihatkan supaya menjauhi tempat yang sesak
kerana virus tersebut amat mudah merebak di kawasan yang sesak. Sekiranya anda mengalami
gejala seperti batuk, selesema, demam dan hilang deria bau yang berpanjangan, silalah berjumpa
dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Kita jaga kita. Sesungguhnya, mencegah lebih baik
daripada mengubati ”
Sumber : Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Berdasarkan ucapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia di atas, kita dapat mengetahui bahawa wabak
Covid-19 semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia. Situasi ini amatlah membimbangkan
kerana virus tersebut telah mengorbankan nyawa yang banyak. Huraikan kesan-kesan penularan wabak
Covid-19 di negara kita.
41
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHASA MELAYU KERTAS 2: SET 2
BAHAGIAN A
[35 markah]
SOALAN 1: MORFOLOGI
SK 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
SP 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul
mengikut konteks.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda penuh. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Berdasarkan pernyataan guru-guru sekolah agama swasta, bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di Selatan Thai, sama ada tulisan Jawi atau tulisan Rumi di sekolah-sekolah agama wilayah
sempadan selatan dihasilkan oleh para guru yang mengajar agama dan Bahasa Melayu. Hingga kini, buku-
buku tersebut masih digunakan di sekolah-sekolah agama walaupun persatuan sekolah agama telah
menggunakan buku-buku yang dihasilkan oleh pihak kerajaan.
Dipetik dan diubahsuai daripada;
“Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Di Selatan Thai”
Oleh: Suraiya Chapakiya
Dewan Bahasa Bil. 1 2020
[6 markah]
KATA GANDA PENUH AYAT
KATA GANDA PENUH AYAT
KATA GANDA PENUH AYAT
42
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 2: SINTAKSIS
SK 5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
SP 5.2.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan
betul mengikut konteks.
Berdasarkan petikan di bawah, bina ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang tepat
bagi frasa yang bergaris. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf
condong.
Menurut Ismail, bekalan vaksin sedia ada mencukupi dan Pharmaniaga mampu membantu kerajaan
mempercepatkan proses vaksinasi. "Tak timbul isu kekurangan vaksin. Ini kerana Pharmaniaga sudah
menandatangani perjanjian untuk bekalkan 12 juta dos vaksin (Sinovac) kepada rakyat Malaysia. Kilangnya
mampu membotolkan 500,000 dos vaksin setiap minggu jadi, 2 juta botol tersedia dalam sebulan.”
"Setakat ini, kilang (Pharmaniaga)sudah siap membotolkan 1.8 juta dos vaksin dan akhir Jun nanti,2 juta
dos lagi tersedia menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 3.8 juta boleh dibekalkan kepada kerajaan,"
katanya pada sidang media secara maya selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang berteknologi tinggi
Pharmaniaga, hari ini. Lawatan itu bertujuan mengetahui perkembangan terkini dan proses pengilangan,
isian dan sempurnakan (fill & finish) vaksin Covid-19 Sinovac. Menurut Ismail Sabri, beliau berpuas hati
dengan persediaan dan perkembangan yang ditunjukkan Pharmaniaga dalam penyediaan vaksin Sinovac.
Dipetik dan diubahsuai daripada
Bekalan Vaksin Sinovac Mencukupi
Oleh: Redzuan Muharam
Harian metro 23 Mei 2021
[6 markah]
43
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
SK 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.
SP 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea
dalam pelbagai teks.
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin
petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Dengan mengisi masa lapang remaja bukan sahaja dapat mengelakkan diri dari membuang masa
dengan aktiviti yang tidak berfaedah malahan dapat dihindari masalah sosial yang semakin meruncing di
kalangan remaja belakangan ini. Seterusnya, bersukan juga penting untuk menyemai semangat
permuafakatan dan kesukanan. Dewasa ini, kita dapat menyaksikan ramai orang yang menjadikan bidang
sukan sebagai platform untuk membina kerjaya. Sukan bukan sekadar riadah semata-mata tetapi juga
bidang yang mampu menjanakan pulangan yang lumayan. Namun, ramai ibu bapa yang mahu anak fokus
dalam bidang akedemik berbanding dengan bidang sukan. Selain itu, sukan merupakan saluran paling
berkesan bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Walaupun begitu, minat masyarakat untuk
bersukan kian habis kerana terdapat kemudahan sukan dan tempat rekreasi yang rosak akibat vandalisma.
Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bersukan belum meningkat menyebabkan faedahnya kian
dipandang enteng.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Remaja Aktif Bersukan'
Oleh Norsuhaila Ibrahim, Dewan Siswa, Mac 2017
[6 markah]
Petikan 2
Selain amalan membelanjakan wang secara ekonomi, pemilihan kedai yang tepat untuk harga
yang berpatutan juga perlu remaja lakukan. Remaja boleh menampung perbelanjaan kehidupan harian
sebagai pelajar dengan menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapat sampingan seperti
perniagaan kecil-kecilan. Sebagai contoh, pelajar institusi pengajian tinggi yang layak mendapat debit kad
pelajar berjumlah RM250 yang menggantikan Baucar Buku 1Malaysia boleh meringankan beban
pembelian buku atau alat tulis. Selain itu, remaja juga boleh bekerja secara sambilan selepas kelas tamat
atau ketika cuti semester. Sehubungan dengan itu, penjanaan wang turut dapat dilakukan dengan
menggunakan bakat serta kemahiran yang ada, seperti mengambil upah dengan menghasilkan lukisan
vidio grafik dan laman sesawang. Oleh itu, setiap remaja disarankan mendalami ilmu pengurusan
kewangan yang berkesan.
Dipetik dan diubah suai daripada
'Pengurusan Kewangan Remaja'
oleh Noraziah Mohd Amin,
Dewan Siswa, Mac 2017
[5 markah]
44
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu