The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salbiahmatisa, 2021-10-26 01:40:35

full modul bm latest

svm 3

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera

SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang
berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia
berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas-
kemas lalu dibawanya kembali.

Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

SOALAN 5: PERIBAHASA

SK 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan.

SP 4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan,
madah pujangga dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut
Walaupun Shahida dan Shahira sepasang kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan perwatakan
yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar untuk menegakkan
pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberikan nasihat agar mereka bertolak ansur yang
berlarutan itu antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan berakhir apabila mereka mula
insaf dan bermaafan-maafan.

[6 markah]

45
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHAGIAN B
[35 markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

SK 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan

SP 2.3.1 Membaca,menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul
berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacan yang sesuai

Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Sejak belakangan ini, rekod kualiti alam sekitar di negara ini menunjukkan kemerosotan baik dalam soal
kualiti udara, sampah sarap atau tanah. Prof. Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman menyatakan 25 batang
sungai dilaporkan tercemar dengan Johar mencatat kadar tertinggi, diikuti Pulau Pinang dan Melaka.
Pembangunan negara yang pesat dalam pelbagai bidang turut menyumbang kemerosotan kualiti alam
sekitar. Hari ini, tanpa kita sedari hubungan antara kesihatan dengan keselamatan, terutama bagi
masyarakat bandar kian terancam.

Kualiti udara negara juga terjejas akibat pencemaran yang berpunca daripada asap, habuk, gas
karbon dioksida, monoksida dan metana, bahkan mengandungi virus serta kuman yang boleh
menyebarkan penyakit melalui pernafasan, sentuhan atau pendedahan secara langsung. Pertambahan
jumlah penduduk di negara ini turut menyumbang peningkatan penjanaan sampah sarap, terutama di
kawasan bandar. Secara semula jadi, alam sekitar boleh menyerap pencemaran jika kuantitinya sedikit.

Dipetik dan diubah suai daripada
"Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar Jejaskan Keselamatan

dan Kesejahteraan Hidup Masyarakat Bandar"
oleh Prof. Madya Dr. Haryati Shafii

Bahan 2

SUNGAI PETANI - Suspek yang membakar tapak pelupusan sampah di Semeling sehingga mengakibatkan
kebakaran besar sejak lima hari lalu ditahan ketika sedang membakar kabel, kira-kira pukul 2.00 petang
tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Penolong Pesuruhjaya Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 35
tahun ditahan kerana disyaki menyebabkan kebakaran di tapak pelupusan sampah terbabit.

"Setakat ini, lelaki itu mengakui telah membakar longgokan sampah bagi mendapatkan tembaga
dan barangan bernilai," katanya. Beliau berkata, hasil laporan bomba mendapati terdapat unsur-unsur
jenayah khianat hasil daripada tangkapan suspek itu. Beberapa kilogram tembaga dan wayar yang dicuri
turut dirampas. Katanya, suspek akan direman bagi membantu siasatan. Hasil ujian air kencing
mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis morfin. Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 447
Kanun Keseksaan dan Seksyen 29A Akta Alam Sekitar.

Dipetik dan diubah suai daripada
"Suspek Bakar Tapak Pelupusan Sampah Ditahan"
oleh Siti Zubaidah Zakaraya, Sinar Harian, 24 Januari 2020

46
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud menyumbang kemerosotan. [2 markah]

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan punca kualiti udara terjejas dan usaha kerajaan

menangani masalah tersebut? [3 markah]

(iii) Masalah pencemaran alam terus berlaku walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh
kerajaan.

(iv) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat berterusan melakukan pencemaran alam

sekitar? [3 markah]

(v) Kumpulan anda ditugaskan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar untuk membersihkan pantai yang
tercemar.
Nyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh kumpulan anda untuk menarik perhatian orang
ramai agar mengunjungi pantai yang sebelum ini sepi daripada perhatian masyarakat.
[4 markah]

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

SK 4.1 memahami dan mengapresiasi karya sastera

SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Tanyalah Diri dicairkan oleh pemimpin
Tika melewati A Famosa yang gelap mata dan fikir
tergamit sejarah masa lalu fitnah dan rasuah
masa keris dan berdaulatan sudah terasuk jiwa
tak dapat membenteng kemaraan sedang Tuah dihukum bunuh
orang-orang Portugis dan Jebat lebih sedia mabukkan darah
dengan kepala ilmu baru hampir 500 tahun sudah berlalu
menghujani kota Melaka dengan peluru Portugis, Belanda dan Inggeris
dan memaksa sultan lari ke hulu. tidak betah lagi bermain untung
tentang gold, gospel dan glory
Tahun 1511 telah mengajar kita Melaka sudah lebih 30 tahun mengenal
hulubalang berilmu kebal nilai kemerdekaan.
tak dapat membendung perpaduan
semangat keperwiraan yang kental Maarof Saad
Dewan Sastera, DBP, Mac 1988

47
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Bahan 2

"Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita vang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti
agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita vang masih ada. Andai kedua-dua
sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati
Allah."

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di
pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang
pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk
mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.

Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar
dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para
warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia
dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan kepentingan diri masing-masing.

Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta
fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing, bangun untuk berjuang
menegakkan identiti sendiri.

Dipetik daripada cerpen "Munsyi" oleh Husna Nazri,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP, 2014

Bahan 3

NORA : Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan negara sendiri. Jahanam Negara

kita ini kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu aku ada kawan macam kau.

AIMAN : Janganlah merajuk. Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. Hmm, apa kata aku

belanja kau sarapan pagi ini?

NORA : Tak payahlah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku. Jangan ingat dengan wang kau

boleh dapat semua perkara yang kau mahukan.

(AIMAN terkejut dengan tindakan NORA kepadanya. Selama ini mereka sentiasa bersependapat dalam

pelbagai perkara. Tetapi tidak pada kali ini. AIMAN kehairanan, lalu terus menuju ke kantin).

SUNDARANI : Kau dapat masuk kem mana?
AIMAN : Kem? Kem Majidi. Hahaha.
SUNDARANI : Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku, itu kem untuk askar

AIMAN saja. Macam Kem Pulada.
: Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya perkara yang
SUNDARANI
aku cakap. Bahaya orang macam kau ini, senang kena tipu. Kau sibuk tanya aku, kau
dapat kem mana?
: Kem De Bana, Jempol.

Dipetik daripada drama "Berkhidmat untuk Negara"
oleh Affix Zulkarnaen Adam,

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP, 2014

48
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud membenteng kemaraan. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, tergambar semangat patriotik dalam kalangan anak watan.

Nyatakan punca berlakunya penjajahan, kesan penjajahan dan usaha mewujudkan semangat

patriotik dalam kalangan remaja. [4 markah]

(iii) Selama lebih 2000 tahun, negara dijajah sama ada menerusi campur tangan politik atau
pendudukan. Kini, penjajahan baharu berlaku menerusi media dan ekonomi.

Berikan pendapat anda tentang penjajahan baharu yang dilakukan oleh kuasa besar dunia.
[3 markah]

(iv) Walaupun negara kita sudah merdeka, namun tindak-tanduk masyarakat Malaysia seakan-
akan negara kita belum merdeka sepenuhnya.

Ulas pernyataan tersebut dengan bukti-bukti yang sesuai. [4 markah]

SOALAN 8: NOVEL

SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.

SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yg menarik dalam prosa
moden dan prosa tradisional

i. Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Raiha tersenyum lebar melihat gelagat anak dan anak-anak buahnya. Dalam hati berbunga rasa syukur
yang teramat sangat melihat perubahan yang begitu ketara. Eda sudah tidak sugul lagi. Eda sudah
melupakan segala ejekan dan kata-kata orang tentang wajahnya; hidung peseklah, mata kuyulah,
keropoklah! Eda sekarang, Eda yang sudah matang. Empat tahun di universiti seakan-akan telah
mengubah pendirian tentang konsep kecantikan pada diri Eda. Raidah menebak. Dia memang sangat
bersyukur dan terharu.

Dipetik daripada novel Tirani
Karya Beb Sabariah

Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah perubahan-perubahan pada diri Eda yang membuatkan Raiha berasa bersyukur? [4 markah]
ii. Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(b) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan
kepada para pembaca.

[6 markah]

49
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHAGIAN C
[30 markah]

SOALAN 9: RUMUSAN

SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.

3.5.2 Menulis untuk mengolah maklumat dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai

SP sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang

gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 - Petikan

Hasil laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hotsuit dan We Are Social menunjukkan bahawa
remaja di Malaysia semakin obses dengan media sosial. Ketagihan media sosial dalam kalangan remaja
berlaku kerana media sosial merupakan platform komunikasi yang interaktif dan melangkau segenap
benua. Selain itu, remaja pada hari ini menjadikan media sosial sebagai rujukan utama untuk
mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Kewujudan aplikasi Bigo Live dan TikTok yang
memerlukan remaja melakukan pelbagai aksi seperti menari mengikut rentak lagu membuat remaja
tertarik untuk menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut. Secara tidak langsung, hal ini menjadikan remaja
ketagih akan media sosial.

Ketagihan media sosial membawa pelbagai kesan negatif kepada remaja. Antara kesan tersebut
termasuklah pembaziran wang dan masa berlaku. Wang mengalir dengan begitu mudah kerana remaja
terpaksa membayar bil internet yang tinggi untuk melayari alam maya yang disukai. Masa pula terbazir
begitu sahaja apabila remaja terlalu fanatik dengan media sosial. Hubungan antara remaja dengan ahli
keluarga turut menjadi renggang. Dalam hal ini, remaja terlalu asyik melayan rakan di alam maya sehingga
mengabaikan orang tersayang yang berada di hadapan mata. Bagi remaja yang masih bersekolah,
ketagihan media sosial dapat menyebabkan pelajaran mereka merosot. Hal ini berlaku demikian kerana
remaja terlalu asyik melayari media sosial sehingga tidak mengulang kaji pelajaran. Seterusnya, ketagihan
media sosial memungkinkan remaja terutamanya perempuan menjadi mangsa penipuan. Mereka mudah
percaya akan kenalan dalam media sosial dan sanggup mengikut segala kemahuannya sehingga maruah
diri tergadai.

Satu lagi kesan ketagihan media sosial ialah remaja mengalami kemurungan. Kesan yang paling buruk
ialah remaja cenderung untuk membunuh diri. Perkara ini telah terbukti apabila seorang remaja di
Kuching, Sarawak memilih untuk membunuh diri selepas membuat undian di media sosial. Keputusan
hidup matinya hanya dipertimbangkan melalui alam maya. Betapa besarnya kuasa media sosial sehingga
telah menjadi satu 'medium' untuk mencabut nyawa. Media sosial akan terus menjadi platform informasi
dan hiburan dan hanya pengguna sahaja yang bertanggungjawab atas tindakan mereka. Masalah
ketagihan media sosial dalam kalangan remaja perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana remaja
merupakan aset negara yang sangat penting. Merekalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan
negara pada masa hadapan.

Dipetik dan diubah suai daripada www.nadinegara.com

50
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Bahan 2 - Grafik

51
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU KERTAS 1: SET 3

BAHAGIAN A
[30 markah]

SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.

3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi

SP menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan

penanda wacana yang sesuai.

Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di
bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150-200 patah
perkataan.

a)

Daripada [email protected]

Kepada [email protected]

Subjek Permainan Tradisional.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Menemui sahabatku Aina yang kini berada di Malaysia.
Apa khabar saudari di sana? Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Saya difahamkan yang
saudara amat gemar bermain permainan tradisional pada masa lapang. Jadi, bolehkah saudari

menceritakan keistimewaan permainan tradisional yang ada di tempat saudari? Saya tidak suka
bermain permainan tradisional. Saya lebih gemar bermain permainan video pada masa lapang.
Sekiranya saya mengetahui keistimewaan permainan tradisional maka tidak mustahil saya akan
beralih minat kepada permainan tradisional suatu hari nanti. Semoa saudari dapat menjelaskan

kepentingan permainan dengan secepat yang mungkin. Terima kasih. Saya menantikan balasan e-
mel daripada saudari.

Sahabatmu
Rifqi.

52
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

b)

Daripada [email protected]

Kepada [email protected]

Subjek Barangan Buatan Malaysia.

Menemui sahabatku Zulin yang kini berada di Malaysia. Apa khabar saudari di sana? Doa dan
harapan saya agar saudari dan keluarga berada dalam keadaan yang sihat. Saya dan keluarga di sini
sihat seadanya. Saya amat berminat membeli – belah secara dalam talian. Saya bercadang
untuk membeli beberapa barangan buatan Malaysia seperti labu sayong, baju batik dan tikar
mengkuang. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya yakin bahawa saudari mengetahui
kebaikan membeli barangan buatan negara sendiri. Oleh itu, moleklah kiranya saudari
menerangkan kebaikan barangan buatan Malaysia kepada saya agar saya dapat membuat
pembelian yang lebih banyak nanti. Sampai di sini sahajalah coretan saya pada kali ini. Semoga
berjumpa lagi. Bye.

Sahabatmu,
Danish.

BAHAGIAN B
[70 markah]

SK 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.

SP 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan
bahasa berbudaya.

1. DOMAIN KERJAYA

Setiap pelajar pasti mempunyai kerjaya impian yang ingin direalisasikan pada suatu hari nanti. Kerjaya
impian bermaksud bidang pekerjaan yang ingin diceburi selepas menamatkan pengajian di kolej atau
universiti. Antara kerjaya yang sering menjadi dambaan para pelajar ialah doktor, peguam, akauntan,
pensyarah, guru, dan sebagainya lagi. Namun begitu, terdapat pelbagai cabaran yang harus kita
tempuhi dalam merealisasikan kerjaya impian. Kata orang bijak pandai, yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Oleh itu, seseorang pelajar yang bercita-cita tinggi,
mereka haruslah berusaha dengan tekun dan gigih untuk mencapai kerjaya impian masing-masing.

Sumber: Buku Teks BM Tingkatan 4.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan persediaan-persediaan yang harus dilakukan oleh pelajar
bagi merealisasikan kerjaya impian mereka.

53
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

2. DOMAIN AWAM

Penggunaan ubatan herba daripada tumbuhan semula jadi dalam kalangan masyarakat Malaysia bukanlah
suatu perkara baharu. Penggunaan yang kerap kali didengari adalah bertujuan mengubati penyakit seperti
kencing manis, darah tinggi dan kanser. Masyarakat Malaysia yang terlalu taksub dengan penggunaan
ubatan herba tradisional akan sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi membelinya tanpa
memikirkan keberkesanan pengambilannya terlebih dahulu.

Sumber: Disediakan Oleh: Profesor Madya Dr. Hazrulrizawati Abd Hamid
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Petikan di atas menyatakan penggunaan ubatan herba daripada tumbuhan semula jadi dalam kalangan
Masyarakat bukanlah suatu yang baharu. Oleh itu, jelaskan kelebihan-kelebihan tumbuhan herba dalam
bidang perubatan pada era zaman ini.

3. DOMAIN AWAM

Sukan Menjana Kesihatan Tubuh Badan dan Mencerdaskan Fikiran merupakan salah satu slogan yang
amat sinonim bagi menggambarkan kepentingan sukan dalam kehidupan. Namun pada era langit terbuka
ini, golongan remaja khususnya para pelajar dikatakan kurang berminat untuk bersukan. Hal ini berlaku
demikian kerana mereka lebih suka bermain dengan pelbagai permainan video yang ada di dalam telefon
bimbit mereka. Sikap ini perlu diubah agar negara kita dapat melahirkan modal insan berminda kelas
pertama yang aktif dan sihat. Sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba
basikal dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran.
Oleh itu, para pelajar disarankan supaya melibatkan diri dalam aktiviti sukan lasak agar masa senggang
mereka dapat diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4

Berdasarkan pernyataan di atas, tulis sebuah rencana yang menarik dan bermaklumat tentang faedah-
faedah sukan lasak.

4. DOMAIN PENDIDIKAN

Bidang teknikal dan vokasional amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Kebanyakan negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman amat menitikberatkan bidang ini bagi
melahirkan tenaga kerja mahir yang lebih berkualiti. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) bagi memupuk minat golongan pelajar
dalam kedua-dua bidang tersebut. Salah satunya adalah dengan memperkasakan bidang TVET melalui
penubuhan Kolej Vokasional, Sekolah Teknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara ( KKTM ) dan
Giat Mara. Sememangnya tidak dapat kita nafikan lagi bahawa bidang vokasional dan teknikal amat
penting dalam memastikan negara kita dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.

Anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai pertandingan syarahan. Berdasarkan maklumat di
atas, sediakan teks syarahan yang bertajuk kepentingan Pendidikan Vokasional dan Teknik kepada
pelajar.

54
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU KERTAS 2: SET 3

BAHAGIAN A
[35 markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI

SK 5.1- Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang

SP 5.1.3- Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul
mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnya terletak pada
bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda,lima prinsip Rukun Negara telah diterapkan sejak bangku
sekolah demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian terdapat segelintir rakyat yang telah memuat
naik kata-kata yang menghina institusi tersebut melalui laman sosial. Oleh itu, hukuman yang lebih berat
perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibat kerana setiap rakyat Malaysia perlu akur bahawa kesetiaan
kepada Raja dan Negara ialah tanggungjawab kita bersama.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’

Oleh Nurul Muhaminah
Dewan Masyarakat, bil 2/2017

[6 markah]

KATA MAJMUK AYAT

KATA MAJMUK AYAT

KATA MAJMUK AYAT

55
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 2: SINTAKSIS

SK 5.2- Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang

SP 5.2.1- Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan
betul mengikut konteks.

Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian kenal pasti empat jenis ayat yang terdapat dalam petikan,
iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah.

Sejak 1975, masalah obesiti menjadi kebimbangan global. Persoalannya, apakah cara yang terbaik untuk
mengatasi masalah obesiti? Terdapat pelbagai cara mengatasi masalah berat berlebihan dan obesiti.
Antaranya melalui penjagaan diet seimbang. Jangan makan secara berlebihan terutamanya makanan yang
mengandungi gula dan lemak yang banyak. Wahai ibu bapa, jagalah pemakanan anak-anak! Hal ini
demikian kerana, makanan sihat penting untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Atasi Obesiti Agenda
PBB Demi Kemakmuran Dunia;

Oleh: Hanifaa Ramli, Berita Harian

[4 markah]

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

SK 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.

SP 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea
dalam pelbagai teks.

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin
petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Gambaran sesuatu subjek dapat digunakan dengan mudahnya dalam Pdp untuk meningkatkan
pemahaman dan ingatan murid melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Guru dapat
menjelaskan arahan kompleks mahupun konsep untuk pemahaman murid dengan menggunakan bantuan
TMK bagi mengelakkan ketidak fahaman atau salah tafsir terhadap sesuatu topik atau subjek yang mereka
pelajari. Perkara yang paling menarik ialah TMK menjadikan proses PdP di dalam kelas lebih aktif bila guru-
guru dapat membuat sesi interaktif untuk mengekalkan minat murid-murid. Keadaan ini secara tidak
langsung mewujudkan proses PdP yang menyeronokan dan menjadikan suasana PdP lebih menarik untuk
mengelakkan perasaan bosan dalam kalangan murid, selain dapat menghiburkan murid-murid.
Sesungguhnya, TMK adalah alat komunikasi pembelajaran yang dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran. Seterusnya, kebolehan komunikasim global melalui TMK membantu
murid-murid yang berbeza budaya dan Geografi setempat bertukar- tukar maklumat dan pengalaman.

Dipetik dan diubah suai daripada
"Pembelajaran Melangkau Sempadan
oleh Nurul Muhaiminah, Dewan Masyarakat, Bil. 3 2017

[6 markah]

56
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Petikan 2

Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau- pulau di Borneo
sehingga ke hutan tropika dan syurga beli belah, kerajaan akan menjadikan industri pelancongan sebagai
sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Pengumuman langkah-langkah
pro aktif ekonomi baru-baru ini telahmmenyaksikan peruntukan tambahan RM80 juta untuk memperhebat
aktiviti promosi pelancongan dalam pasaran terpilih termasuk di negara-negara ASEAN, Cina dan India.
Langkah ini melibatkan program yang dapat membangunkan produk ikonik termasuklah memberi nafas
baharu kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana yang seterusnya, menjadikan
tempat tersebut sebagai satu destinasi yang lebih menarik dan mudah pelawat kunjungi. Visi Program
Transformasi Nasional adalah untuk mewujudkan sebuah sistem yang mapan bagi membangunkan negara
demi kepentingan rakyat Malaysia. Oleh itu, industri pelancongan memainkan peranan penting bagi
memperkukuhkan kepelbagaian ekonomi Malaysia yang telah memanfaatkan rakyat Malaysia secara
keseluruhannya.

Dipetik dan diubah suai daripada
'Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara kepada Ekonomi Negara'

Berita Harian, Oktober 2015)

[5 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

SK 4.1- Memahami dan mengapresiasi karya sastera

SP 4.1.1- Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun
masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak
pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah
bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi
patik, patiklah mengalahkan Melaka itu."

Dipetik daripadaBurung Terbang Dipipiskan Lada,
dalam antologi Sejadah Rindu.

Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

57
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 5: PERIBAHASA

SK 4.2 - Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan.

SP 4.2.1- Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan,
madah pujangga dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks.

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Dr. Hamdi : Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-
Rajeswari pura kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran.
Mei Lin
Rajeswari : Betul tu Dr. Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malahan
kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kewangan kepada jiran-jiran yang
susah.

: Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan
kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan
itu.

: Saya setuju dengan pendapat Mei Ling itu.
[6 markah]

BAHAGIAN B
[35 markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

SK 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan

SP 2.3.1 Membaca,menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul
berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacan yang sesuai

Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Sejajar dengan kemajuan teknologi masa ini, peranti seperti telefon pintar yang terdiri daripada pelbagai
jenama, seperti Samsung, Apple, Huawei, dan Lenovo menjadi kegilaan generasi muda sekarang. Rata-rata
semua peringkat umur masyarakat termasuk murid sekolah rendah memiliki peranti tersebut. Tahukah
adik bahawa penggunaan telefon pintar tanpa pantauan memberikan kesan negatif kepada diri?

Seakan-akan menjadi tradisi kepada ibu bapa kini yang memberikan telefon pintar berinternet
kepada anak sebagai hadiah hari lahir atau ganjaran kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Pemberian ini bertujuan untuk memberikan perangsang dan galakan kepada anak untuk lebih

58
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

berjaya dalam peperiksaan yang akan datang. Walau bagaimanapun, tidak banyak ibu bapa yang

memantau penggunaan peranti itu selepas memberikan peranti itu kepada anak.

Telefon pintar boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda. Dengan memiliki
telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan

cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantasnya. Bagi sesetengah remaja,

mereka bijak untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian.

Dipetik dan diubah suai daripada
"Telefon Bimbit Bawa Kebaikan'

oleh Shakira Khairudin,
Dewan Pelajar, Julai 2019

Bahan 2

Kini semakin ramai pengguna telefon bimbit menggunakan peranti canggih sebesar separuh tapak tangan
mereka itu ke arah yang lebih positif dan produktif. Jika dahulu mereka banyak menggunakan data hanya
untuk melayari Internet dan berinteraksi melalui WhatsApp sesama kelompok, kini telefon bimbit sudah
dijadikan alat untuk meningkatkan ekonomi serta kemahiran diri.

Dalam kata lain, kepada mereka yang pintar, telefon pintar kini sudah menjadi alat untuk mencari
dan menambah rezeki. Contohnya, pemandu Uber atau Grab hampir bergantung sepenuhnya pada telefon
pintar mereka untuk mencari pelanggan.

Dipetik dan diubah suai daripada
"Telefon Pintar Jadikan Manusia Lebih Pintar?',

MyMetro, 14 Julai 2017

(i) Berdasarkan bahan 1, apakah maksud frasa kegilaan generasi muda sekarang?
[2 markah]

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan persamaan pendapat kedua-dua penulis berkaitan

kesan positif penggunaan telefon bimbit. [3 markah]

(iii) Dewasa ini, remaja sering menyalahgunakan telefon bimbit sehingga menjejaskan prestasi
pelajaran mereka.

Bincangkan jenis-jenis penyalahgunaan telefon bimbit yang sering berlaku dalam kalangan

remaja. [3 markah]

(iv) Semasa anda mengawasi pusat sumber sekolah pada waktu rehat, anda melihat seorang murid
sedang menggunakan telefon bimbit untuk mengemaskinikan status di media sosialnya.
Mengikut peraturan yang telah ditetapkan, murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit
ke sekolah.

Nyatakan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk menghentikan kesalahan tersebut.
[4 markah]

59
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

SK 4.1 memahami dan mengapresiasi karya sastera

SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. "Ini surat peletakan jawatan saya. Tidak
cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga. Kalau tiada di hospital ini,
saya yakin ada di hospital lain."

Profesor Doktor Juaidi ternganga.
Doktor Murni berlari menggapai tanganku. "Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah daripada
awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma dalam Unit Rawapan Rapi
kecuali Profesor Doktor Juaidi."
Cahaya kalimantang menyinari dinding pejal Unit Rawatan Rapi. Aku tersilau dalam redup mata
Doktor Murni. Seakan-akan tergema suara Munkar dan Nakir menyoal: siapa saudaramu, wahai Nusia?

Dipetik daripada cerpen "Gerhana Manusia" oleh Aminah Mokhtar,
Antologi Sejadah Rindu, KPM, 2015

Bahan 2

IBU: Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga masuk ke universiti.
ARIF: Betul mak cik, tetapi ... masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu mendapat kasih
sayang secukupnya.
IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah.
PELAKON I: Pak cik, mak cik ... kita marilah sama-sama membantu Azmir. Dia amat memerlukan perhatian
dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan semangat dan perangsang daripada
kita semua, bukan kutukan dan hukuman.
PELAKON II: Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak tertanggung.
Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang dialaminya menjadi lebih parah.
ARIF: Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan segera sebelum
terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi, pak cik dan mak cik. Kami minta diri dulu.

Dipetik daripada drama "Bukan Gila" oleh Sharif Shaary
Antologi Sejadah Rindu, KPM, 2015

60
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Bahan 3

Seloka Emak Si Randang

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Antologi Harga Remaja,
KPM, 2010

(i) Berdasarkan bahan 2, berikan maksud kutukan dan hukuman. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, terdapatnya nilai kemanusiaan menerusi watak yang dipaparkan.

Nyatakan nilai kemanusiaan dalam setiap bahan. [4 markah]

(iii) Kini, kesedaran masyarakat untuk menderma darah semakin meningkat. Kempen derma darah
juga kerap kali diadakan terutamanya ketika negara menghadapi pendemik COVID-19.

Berikan pandangan anda tentang kepentingan-kepentingan menderma darah.
[3 markah]

(iv) Rakan anda menghadapi masalah tekanan perasaan namun keluarga rakan anda itu tidak
cakna akan masalah yang dihadapinya.

Sebagai rakan karib, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk membantu rakan anda
itu? [4 markah]

61
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 8: NOVEL

SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.

SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yg menarik dalam prosa
moden dan prosa tradisional

i. Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Akhimya Embong dibenarkan pulang. Tidak sampai seminggu dia ditahan. Sebenarnya, jika boleh, dia ingin
pulang lebih awal sebab mahu berkerja, mahu melihat rumah, mahu menjaga anak-anaknya. Tapi doktor
ada alasan tersendiri. Patukan ular boleh membawa maut dan perlu diawasi betul-betul. Kata Kata doktor
semacam mengancamnya. Mahu atau tidak, terlantarlah dia di wad.

Kini keinginannya ke kebun meluap-luap. Tetapi badannya begitu lemah. Seluruh kekuatannya
semacam disedut oleh tedung petualang itu. Mungkin juga bukan kerana tedung tetapi suntikan yang
bertalu-talu di punggung. Cuma tinggal semangat, mampukah dia seperti dulu?

Dipetik daripada novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip

Kementerian Pendidikan Malaysia

a) Nyatakan sebab sebab Embong mahu segera pulang ke rumah

[4 markah]

ii. Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
b) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat
dalam setiap novel tersebut.

[6 markah]

62
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHAGIAN C
[30 markah]

SOALAN 9: RUMUSAN

SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.

3.5.2 Menulis untuk mengolah maklumat dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai

SP sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang

gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1: Petikan

Perniagaan dalam talian amat popular pada masa ini. Banyak pihak yang mendakwa bahawa perniagaan
Internet amat menguntungkan, murah dan mudah dijalankan. Sebaliknya, jika peniaga mengurus peluang
tersebut dengan kesilapan besar, peluang yang ada tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Antara kesilapan tersebut termasuklah tidak menentukan kategori atau target pelanggan. Jika peniaga
tidak mengkhususkan pelanggan, mereka akan terlepas peluang untuk mengiklankan produk secara terus
kepada pelanggan. Kesilapan lainnya, memulakan perniagaan yang bukan minat sehingga proses
pembelajaran dan selok-belok bisnes dirasakan amat terbeban. Tidak mempunyai dedikasi dan komitmen
yang tinggi juga salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh peniaga. Walaupun ada masa
keuntungan yang diperoleh agak sedikit, mereka perlu untuk bersabar dan meneruskan perniagaan
tersebut. Semakin lama di dalam industri, semakin mereka sedar tentang kesukaran berniaga. Bagi
usahawan yang berjaya, semua pahit getir ketika mula-mula menjalankan perniagaan dalam talian itu
merupakan pengajaran untuk lebih maju ke hadapan. Tidak kurang juga menjangkakan akan mendapat
keuntungan dengan banyak dalam masa yang singkat sedangkan perniagaan sebegini mendapat untung
yang sedikit atau tidak ada untung untuk tahun pertama.

Namun begitu tidak dapat disangkal bahawa perniagaan dalam talian banyak kelebihannya. Urusan
perniagaan dalam talian dapat dilakukan tanpa memerlukan ruang atau tempat seperti perniagaan
konvensional yang memerlukan premis untuk menjalankan proses jual beli. Perniagaan dalam talian juga
mudah dijalankan dengan modal yang lebih rendah. Hal ini disebabkan peniaga tidak perlu mengeluarkan
wang yang lebih untuk membeli aset seperti bangunan, alatan dan kelengkapan semasa memulakan
perniagaan. Risikonya lebih rendah dan peniaga dapat mengendalikan sendiri perniagaan
mereka tanpa perlu mengupah pekerja. Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga
beroperasi selama 24 jam pada setiap hari. Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna Internet
membeli-belah dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Di samping itu, peniaga tidak perlu memantau urusan tempahan sepanjang hari kerana mereka cuma
perlu menyediakan sistem tempahan automatik demi kemudahan pengguna seterusnya mengurus urusan
penghantaran tempahan sebaik sahaja pejabat pos dibuka. Selain itu, perniagaan dalam talian
mampu meluaskan pasaran produk ke pasaran global atau antarabangsa. Kemudahan kepada pengguna
pula, mereka tidak perlu meninggalkan rumah atau pejabat sekali gus menjimatkan minyak dan masa
perjalanan ke kedai menjadi antara tarikan utama perniagaan dalam talian terus menjadi pilihan. Majoriti
orang ramai lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi pusat beli-

63
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

belah. Apatah lagi ketika pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia. Seterusnya, aplikasi perniagaan
secara dalam talian membolehkan pihak pengguna memilih pelbagai pilihan produk yang ditawarkan oleh
pihak peniaga.

Dipetik dan diubah suai daripada
'Internet dan Masa Depan Perniagaan dalam Talian

Sinar Harian, 21 Februari 2020

Bahan 2: Grafik

64
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU KERTAS 1: SET 4

BAHAGIAN A
[30 markah]

SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.

3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi

SP menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan

penanda wacana yang sesuai.

Maklumat di bawah berkaitan dengan pembelajaran secara dalam talian. Huraikan pendapat anda
tentang pembelajaran secara dalam talian. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200
patah perkataan.

Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab, kita haruslah menggunakan pelbagai
kemudahan yang telah disediakan oleh ibu bapa untuk belajar secara dalam talian dengan
berhemah. Jangan jadikan penularan wabak Covid-19 ini sebagai alasan untuk kita tidak mahu
meneruskan pembelajaran di rumah. Tuntutlah ilmu hingga ke negara China kerana ilmu pelita hidup.
Tanpa ilmu hidup kita akan menjadi gelap dan tidak bermakna.

65
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHAGIAN B
[70 markah]

SK 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.

SP 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan
bahasa berbudaya.

1. DOMAIN AWAM

Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi yang kuat dalam kehidupan pada zaman milenium ini
telah menyebabkan modus operandi para penjenayah siber juga semakin canggih. Kini, jenayah digital
yang menggunakan telefon pintar sebagai saluran modus operandi semakin berleluasa. Sebagai buktinya,
banyak kes penipuan yang didalangi oleh Macau Scam sering dilaporkan oleh pihak media massa. Mangsa
bukan sahaja mengalami kerugian dari segi wang malah turut menjadi trauma. Jenayah siber merupakan
jenayah yang berprofile tinggi dan wajar dibendung dari awal supaya orang ramai tidak terus menjadi
mangsa. Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan setiap panggilan dan
khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu yang tidak dikenali. Kata peribahasa
Melayu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Sumber : Harian Metro

Berdasarkan keratan akhbar Harian Metro di atas, bincangkan usaha-usaha yang boleh kita lakukan
untuk menangani jenayah siber.

2. DOMAIN PERIBADI

Amalan menabung dalam kalangan generasi muda semakin kurang dipraktikkan sejak akhir- akhir ini.
Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Insolvensi Negara yang jelas
menunjukkan bahawa ramai anak muda yang telah diisytihar sebagai muflis kerana tidak mampu
membayar hutang kad kredit akibat terlalu obses dalam berbelanja. Keghairahan dan kegembiraan
dalam berbelanja telah menyebabkan hilangnya minat seseorang untuk menabung. Umum mengetahui
bahawa amalan menabung perlu dididik sejak di bangku sekolah lagi. Ibu bapa perlu menerangkan
kepentingan menabung kepada anak-anak agar mereka dapat menghindari sifat suka berbelanja
mengikut nafsu. Menabunglah walaupun hanya sedikit kerana peribahasa Melayu ada menyatakan
bahawa sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Sesungguhnya, menabung ialah amalan yang mulia.

Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4

Memang tidak dapat dinafikan amalan menabung amat penting dalam kehidupan manusia. Anda sebagai
seorang individu yang peka tentang perkara ini, jelaskan kepentingan amalan menabung dalam kalangan
masyarakat.

66
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

3. DOMAIN PENDIDIKAN

Hamba bermadah dalam hikayat,
Elok berperi hati terpersona,
Sastera nan indah mendidik rakyat,
Nilai murni tersisip makna.

“ ..Sastera ialah ciptaan seni yang disampaikan dengan menggunakan Bahasa yang indah secara lisan
mahupun tulisan. Melalui Bahasa yang indah, penulis menyampaikan buah fikiran dan meluahkan
perasaan, sekali gus menggambarkan ketinggian budaya sesuatu masyarakat. Oleh itu, kepentingan
Kesusasteraan Melayu dalam dunia pendidikan kini wajar direncanakan penggunaannya secara
berkesan. Kesusasteraan Melayu penting dalam membina keterampilan berfikir, memancarkan
kilauan tahasa daripada tutur bicara, dan mendidik murid menghayati pelbagai nilai tentang manusia
dan duniawi yang tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat. Sewajarnya karya sastera
dipertahankan supaya tak pupus ditelan zaman.”

Sumber : Richard a/l Ignacy, Guru Bahasa Melayu.

Berdasarkan pandangan guru Bahasa Melayu di atas, jelaskan usaha- usaha yang boleh dilakukan oleh
pelbagai pihak untuk memartabatkan karya sastera dalam kalangan generasi muda.

4. DOMAIN PENDIDIKAN

Generasi muda yang sekarang popular dengan sebutan Gen-Y perlu menjiwai bahasa Melayu (BM)
supaya wujud rasa kecintaan ke atas bahasa kebangsaan itu serta memastikan ia terus dimartabatkan.
Sikap golongan Gen-Y hari ini amat membimbangkan kerana mereka tidak ambil peduli untuk mempelajari
BM dengan baik kecuali ketika di sekolah.

Mereka juga sudah tidak lagi mempelajari seni Bahasa Melayu seperti seloka, gurindam, pantun dan
syair, malah ia seolah-olah dilupakan, kata Sasterawan Bahasa, Prof Madya Dr Lim Swee Tin. Tidak ramai
anak muda yang menggunakan Bahasa Melayu dengan baik apatah lagi untuk menghayati dan
memahaminya sehingga mahir dalam segenap segi bahasa itu. Beliau berkata demikian pada Seminar
Bahasa Melayu, Kerana Mulut Bahasa Binasa di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak
(IPTAR) yang diadakan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, baru-baru ini.

Sumber: Berita Harian 6 November 2014

Berdasarkan petikan di atas, bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar untuk
memartabatkan Bahasa Melayu supaya wujud rasa kecintaan ke atas Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar.

67
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU KERTAS 2: SET 4

BAHAGIAN A
[35 markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI

SK 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang

SP 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul
mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama terbitan. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Usaha kerajaan memperkasa Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) tahun ini bertepatan
memandangkan ekonomi semasa yang terjejas akibat pandemik korona virus (Covid-19). Kempen ini
sebagai langkah bagi merangsang dan merancakkan pertumbuhan ekonomi domestik. Selain itu, kempen
ini juga dapat meningkatkan kesedaran pengguna tentang kewujudan produk tempatan dan menggalakkan
pembelian.

Diubah suai daripada
‘Barangan buatan Malaysia rancakkan ekonomi domestik’

Sinar Harian 13 September 2020

[6 markah]

KATA TERBITAN AYAT

KATA TERBITAN AYAT

KATA TERBITAN AYAT

68
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 2: SINTAKSIS

SK 5.2- Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang

SP 5.2.1- Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan
betul mengikut konteks.

Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat yang bergaris dengan
tepat.

Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Sarapan diambil pada setiap pagi sebelum
memulakan sesuatu urusan. Pengambilan sarapan sebenarnya sangat baik untuk kesihatan seseorang.
Sarapan membekalkan tenaga dan nutrient yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan harian.
Antaranya termasuklah meningkatkan daya ingatan dan menurunkan tahap kolestrol jahat. Ramai orang
ke restoran atau warung pada waktu pagi untuk bersarapan. Sarapan kegemaran masyarakat Malaysia
ialah nasi lemak dan roti canai. Walaupun sarapan baik untuk kesihatan namun pemilihan menu
hendaklah bertepatan dengan gizi seimbang.

Dipetik dan diubah suai daripada:
‘Kepentingan Sarapan Pagi’

Oleh Nasuha Badrul Huzaini, Dewan Kosmik,Bil 7/2018

[6 markah]

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

SK 3.6- Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.

SP 3.6.1- Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea
dalam pelbagai teks.

Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak
perlu menyalin petikan tersebut.

Masyarakat di Malaysia dikatakan mempunyai tahap kesedaran yang rendah dalam hal yang
berkaitan dengan mempertahankan hak mereka sebagai pengguna. Kajian profile pengguna yang dilaksana
menunjukkan bahawa taraf kesedaran pengguna Malaysia hanya pada kadar 58 peratus, sekali gus
membuktikan bahawa sebahagian rakyat Malaysia, samaada tidak tahu akan hak mereka sebagai
pengguna; ataupun tidak tahu menggunakan hak mereka sebagai pengguna. Dalam usaha kerajaan menuju
di arah tahap negara maju, tidak wajar sekiranya pengguna masih bersikap tidak peduli akan hak mereka
sehingga rela menindas dan menjadi mangsa keadaan. Bahkan masih banyak pengguna yang tidak sedar
akan haknya hingga mudah ditipu peniaga yang tidak bertanggung jawab. Walaupun mempunyai latar
belakang pendidikan yang tinggi, hal ini bukanlah menjadi pra-syarat untuk pengguna tidak ditipu.
Daripada suri rumahtangga, pekerja kilang, pekerja swasta, penjawat awam, termasuklah golongan
korperat dan profesional, semua lapisan masyarakat berpotensi untuk dijadikan mangsa peniaga yang
tidak beretika dalam urus niaga. Sebenarnya, hal ini berpunca daripada sikap peniaga yang gemar mengaut
keuntungan dengan memperdaya pengguna. Berdasarkan kajian oleh kementerian Perdagangan Dalam

69
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), terdapat pengguna yang tidak mengetahui saluran untuk
menuntut hak mereka sekiranya pihak tertentu nafikan.

Dipetik dan diubah suai daripada
'Melindungi Hak Anda sebagai Pengguna'

oleh Azahar Rahmad,
Dewan Ekonomi, Mac 2017

[13 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

SK 4.1- Memahami dan mengapresiasi karya sastera

SP 4.1.1- Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang
banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang
Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk
rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun
Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”

Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada

dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

SOALAN 5: PERIBAHASA

SK 4.2 - Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan.

SP 4.2.1- Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan,
madah pujangga dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks.

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Masyarakat Acheh berhadapan dengan gempa bumi kuat yang mengakibatkan banyak rumah dan
bangunan runtuh. Tidak lama kemudian, mereka menghadapi tsunami yang meragut ratusan ribu nyawa.
Kehidupan masyarakat Acheh selepas itu penuh dengan penderitaan dan kesedihan. Insaf dengan
kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat Acheh, rakyat Malaysia yang menganggap mereka seperti
saudara turut merasai kesengsaraan dan penderitaan itu. Lantas, satu gerakan bantuan kemanusiaan
dilancarkan oleh rakyat Malaysia. Gerakan ini telah mewujudkan pasukan bantuan yang turut bersama-
sama menghadapi cabaran hebat dalam misi membantu rakyat Acheh.

[6 markah]

70
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHAGIAN B
[6 markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

SK 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan

SP 2.3.1 Membaca,menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul
berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacan yang sesuai

Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Sukan Menyihatkan Tubuh Anda! Begitulah adik, slogan yang selalu dicanangkan oleh banyak pihak tentang
kepentiìngan bersukan. Adakah adik berminat dalam sukan? Pada tahun ini, Malaysia menjadi tuan rumah
Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA ke-29. Temasya dwitahunan yang mula diadakan pada tahun 1959 di
Bangkok ini merupakan temasya sukan berprestij buat atlet yang bertanding dari seluruh negara ASEAN.
Malaysia pertama kali menjadi tuan rumah pada tahun 1965 dan kali terakhir pada tahun 2001. Malaysia
telah menjadi negara tuan rumah sebanyak enam kali. Kini, setelah 16 tahun, Malaysia kembali menjadi
pentas beraksi para atlet ASEAN.

Di pentas dunia pula, Malaysia buat pertama kalinya menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956
sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1992, Malaysia memenangi pingat pertama melalui acara
badminton dalam Sukan Olimpik. Pasangan beregu negara, Razif Sidek dan Jalani Sidek telah
menyumbangkan pingat gangsa buat negara. Pada siri Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun
2016, Datuk Lee Chong Wei telah menyumbangkan pingat perak buat negara. Pada ketika itu, sorakan
penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum menunjukkan penyatuan bangsa di Malaysia.

Dipetik dan diubah suai daripada
"Sukan Menyemai Perpaduan'
oleh Abdul Ghani Abu,
Dewan Pelajar, Ogos 2017

71
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Bahan 2

Kegiatan sukan merupakan kegiatan yang mendatangkan manfaatyang besarkepada kita. Kegiatan sukan
mempunyai banyak kepentingan kepada murid. Oleh sebab itu, setiap murid perlulah melibatkan diri secara
aktif dalam kegiatan sukan. Jika aktiviti menyihatkan ini dijalankan secara berkumpulan dan percampuran
antara kaum, semestinya persefahaman antara murid ini mula terbentuk.

Kegiatan sukan mempunyai banyak faedah kepada murid, termasuklah dapat menyihatkan badan.
Hal ini dikatakan demikian kerana semasa melakukan aktiviti sukan, badan akan mengeluarkan peluh. Oleh
itu, badan akan menjadi sihat dan otak pun cerdas. Murid yang aktif dalam kegiatan sukan dapat
mengelakkan diri daripada penyakit, seperti obesiti dan penyakit jantung.

Bagi murid yang mempunyai bakat yang boleh diketengahkan, sukan mampu mengharumkan
namanya, keluarga, dan negara pada masa hadapan.

Dipetik dan diubah suai daripada
'Faedah Bersukan kepada Murid'

oleh Azhar Salleh,
Dewan Pelajar, Ogos 2017

(i) Berdasarkan bahan 2, apakah maksud frasa manfaat yang besar? [2 markah]

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan pendapat penulis berkaitan kepentingan bersukan.
[3 markah]

(iii) Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bagi menarik minat masyarakat untuk
bersukan, namun masih belum mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
[3 markah]

(iv) Salah seorang ahli keluarga anda sedang mengalami masalah obesiti yang serius. Sebagai
seorang atlet sukan, anda mempunyai sedikit pengetahuan bagi membantunya mengurangkan
berat badan.

Huraikan cara anda memujuknya untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat.
[4 markah]

72
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

SK 4.1 memahami dan mengapresiasi karya sastera

SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Maka sembah Temenggung, "Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini patik
sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggui;
maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung."

Maka Laksamana pun berdatang sembah, "Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan
barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke
bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu."

Maka titah raja, "Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau Laksamana pergi
berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana." Maka Laksamana pun
berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

Hei! Kersani mengalirlah dikau Di mana bumi kupijak
Menjadi raksa Di situ langit kujunjung
Mengisi belikat punggungku Alang-alang menyeluk pekasam
Agar aku bisa berdiri Biar sampai ke pangkal lengan
Tegap dan segak Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
Hei! Sepuluh helai daun sirih Mentera semerah padi
Kugentas bersama Mentera semerah padi
Bunga cengkih jadilah dikau Mentera semerah padi
merah pekat mengisi uratku
Agar bisaku berlangkah Lirik lagu "Mentera Semerah Padi"
Gagah dan tampan M. Nasir
Bagaikan si jantan yang berkokok

73
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Bahan 3

Pahlawan kemerdekaan
(Kepada Pahlawan Pahang)

PAHLAWAN Sungai Semantan berubah merah
jika hilangmu tanpa pusara bukan sarap hilir ke kuala
jika puasaramu tanpa nama bukan rakit mudik ke hulu
jika namamu tanpa bunga arus merahnya menjulang mayat
penjajah mengatakan engkau derhaka pahlawan bangsa pahlawan rakyat
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya tujuh liang dadanya tersayat

Gema seabad silam Pahlawan!
Inggeris datang meredah Pahang untukmu derita untukmu penjara
bersama peluru bersama senapang bukan bintang tersemat di dada
membunuh menangkap setiap pejuang semangatmu api negara berdaulat
Namamu terukir di jantung rakyat.

Usman Awang
Dalam Puisi-Puisi Pilihan,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(v) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud frasa bukan barang-barang penjurit? [2 markah]

(vi) Berdasarkan semua bahan di atas, apakah kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan
diri? [4 markah]

(vii) Pada pendapat anda, apakah langkah meningkatkan semangat remaja untuk menyertai seni

mempertahankan diri? [3 markah]

(v) Dalam perjalanan pulang dari sekolah, anda melihat beberapa orang lelaki sedang membuli
seorang murid yang bersaiz lebih kecil. Berdasarkan pengamatan anda, murid tersebut sedang
meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.

(viii) Apakah tindakan anda untuk membantu murid tersebut? [3 markah]

74
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 8: NOVEL

SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.

SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yg menarik dalam prosa
moden dan prosa tradisional

i. Baca petikan novel di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Mak Milah bangun meninggalkan suaminya. Pak Saidi hanya menggelengkan kepalanya
Sejak kepulangan Adnan tempoh hari, kerisauan isterinya tidak pernah surut. Dia mengerti
perasaan isterinya itu kerana ketiga-tiga orang anaknya menceburi bidang yang amat berbahaya ketika ini.
Namun, dia amat berbangga ketiga-tiga orang anaknya berada dalam angkatan tentera. Walau apa-apa
pun yang terjadi, dia telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan meredakan segalanya
kerana sudah menjadi hukum Allah, setiap manusia akan kembali kepada-Nya.Pak Saidi pasrah.

Dipetik daripada
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karya Abdul Latip bin Talib
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan perasaan yang dialami oleh Mak Milah dan Pak Saidi apabila ketiga-tiga anak mereka menyertai
tentera

[4 markah]

ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
b) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.

Jelaskan dua peristiwa yang paling menarik dalam satu novel yang anda kaji. Mengapakah anda
mempunyai pandangan sedemikian?

[6 markah]

75
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHAGIAN C
[30 markah]

SOALAN 9: RUMUSAN

SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.

3.5.2 Menulis untuk mengolah maklumat dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai

SP sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang

gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supava menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1

Dewasa ini banyak orang memperkatakan kepentingan sejarah dalam pembinaan nagara bangsa.Bagi
sebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang
diukur, malahan pembangunan modal insan dilihat sebagai antara elemen terpenting dalam menemukan
jatuh bangunnva sesebuah tamadun bangsa. Kepelbagaian ilmu pengetahuan yang dibekalkan
kepadapelajar tidak cukup untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian bangsa Dalam diri mereka
sendiri perlu disemai rasa cinta, hormat dan bangga akan bangsa dan negara. Dalam konteks semasa,
subjek sejarah diberikan tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri murid menjadi insan yang
seimbang.Pada subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan agar generasi muda yang lahir daripada sistem
pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotisme yang jitu. Malahan pengajarannya juga dilihat
sebagai pendekatan terbaik untuk menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan
generasi muda. Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan minat murid terhadap subjek Sejarah, guru
harus lebih kreatif dan inovatif apabila mengajar Sejarah. Mereka tidak harus terlalu berorientasikan
peperiksaan sebaliknya mempelbagaikan proses pengajaran untuk mencetuskan minat murid untuk
mengetahui peristiwa Sejarah tersebut berlaku.

Subjek Sejarah tidak berdiri sendiri. Sejarah merentas pelbagai disiplin ilmu, seperti Geografi, Kimia,
Fizik, Biologi dan Matematik. Oleh sebab itu, banyak tokoh ilmuwan Islam, seperti Ibnu Sina, al Khawarizmi
dan al-Farabi, bukan sahaja mahir dalam bidang masing-masing malahan mendalami ilmu sejarah atau
disebut falsafah. Hal ini dikatakan demikian kerana kesinambungan kedua-dua bidang ilmu mampu
membentuk pemikiran yang kritis dan menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih menyeluruh.
Kekurangan yang ada pada tamadun sesuatu bangsa dapat diketahui apabila mengimbas sejarah, dan
kelemahan itu dapat ditampung apabila wujud kesedaran untuk membela nasib bangsa itu sendiri.

Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya supaya menjadi pengadil atau hakim terhadap sesuatu
peristiwa yang sudah berlaku, sebaliknya sejarah mengajak pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-
apa yang berlaku dan menambah baik setiap tindakan demi masa depan. Oleh itu, guru sejarah boleh
membawa murid-murid melawat ke tempat-tempat bersejarah kerana lawatan tersebut membolehkan
mereka mengetahui kisah yang berlaku di situ dan mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku.
Sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969, mengajar kita tentang kepentingan toleransi dan
semangat bersatu padu. Oleh sebab itulah, pimpinan negara pada masa itu memperkenalkan Rukun
Negara sebagai satu wadah untuk merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pengetahuan
tentang warisan silam negara membolehkan individu mengenal identiti dan membentuk jati diri yang

76
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

mantap, terutama dalam kalangan generasi muda. Semangat diri yang kental dalam membela nasib
bangsa, agama dan negara merupakan maruah diri yang paling bernilai daripada simpanan wang yang
berjuta-juta, tetapi digunakan untuk tujuan yang sia-sia. Remaja perlu tabah dalam menghadapi cabaran
yang semakin hebat di samping menjamin agar wawasan negara dan bangsa terus dipertahankan untuk
selama-lamanya.

(Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Dewan Sisu, Januari)

Bahan 2

77
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU KERTAS 1: SET 5

BAHAGIAN A
[30 markah]

SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.

3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi

SP menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan

penanda wacana yang sesuai.

Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan kitar semula. Huraikan pendapat anda tentang amalan
kitar semula. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya kepada manusia. Alam sekitar
haruslah dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak mendatangkan mudarat kepada manusia. Namun
begitu. terdapat segelintir manusia yang bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing. Mereka sanggup mencemarkan alam sekitar demi mengaut keuntungan atas angin tanpa
memikirkan kesan yang akan diterima akibat daripada perbuatan terkutuk mereka itu. Oleh itu, semua
pihak harus saling membahu dan berkolaborasi antara satu sama lain bagi menangani masalah ini agar
kita dapat hidup dalam suasana yang bersih, aman dan selamat. Cintailah Alam Sekitar.

78
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHAGIAN B
[70 markah]

SK 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.

SP 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan
bahasa berbudaya.

1. DOMAIN AWAM

Seni dan kreativiti
Setinggi-tinggi anugerah Ilahi
Mencanai akal, mengukir jati diri
Membangkitkan estatika, membangunkan budaya.

Rangkap sajak di atas menjelaskan kepada kita tentang maksud dan kepentingan seni dalam kehidupan.
Seni dan kreatif merupakan dua perkataan yang saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain.
Orang seni sememangnya mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Terdapat pelbagai cabang seni di negara
kita. Antaranya seni lukisan mural dan grafiti, seni muzik tradisional caklempong, seni urutan terapeutik,
seni masakan tradisi, seni tarian Mak yong dan seni terarium. Kepelbagaian cabang seni itu telah
menjadikan negara kita sangat unik dan dikagumi oleh pelancong asing. Oleh itu, seni dan budaya wajar
kita kekalkan agar tidak luput ditelan zaman. Golongan muda wajar diberikan pendedahan awal agar dapat
mewarisi keindahan dan keunikan seni dan budaya di negara kita.

Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak bagi
mengekalkan seni dan budaya di negara kita.

2. DOMAIN PERIBADI

Isu kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar sudah menjadi topik perbincangan yang hangat
dalam kalangan ahli akademik dan industri. Kebanyakan ahli akademik melihat kecemerlangan tersebut
dalam konteks akademik semata-mata. Indikator utama yang digunakan adalah dengan melihat jumlah
gred A yang dicapai oleh pelajar. Jumlah gred A yang banyak memberikan gambaran bahawa pelajar yang
terlibat ialah pelajar yang cemerlang.

Pihak industri mempunyai pandangan yang berbeza dalam memberikan definisi kecemerlangan
kepada pelajar. Bagi pihak industri, kecemerlangan itu bukan sahaja tertumpu pada jumlah gred A yang
diperoleh semata-mata tetapi yang lebih penting ialah kemampuan pelajar yang terlibat mempamerkan
kemahiran insaniah mereka. Antara kemahiran tersebut termasuklah kemahiran berkomunikasi,
kepimpinan, menyelesaikan masalah, dan bekerja dalam kumpulan. Kemahiran insaniah jauh lebih
bermakna kepada pihak industri berbanding dengan jumlah gred A yang dimiliki.

Sumber: Dipetik dan diubah suaikan daripada Haziah binti Che Husin. “Tidak Ada
Bezanya, Bidang Akademik dan Vokasional “ dlm. Dewan Siswa, Jun 2015

Kandungan petikan di atas menerangkan pandangan daripada ahli akademik dan pihak industri tentang
keperluan yang perlu ada pada seseorang individu untuk mendapat tempat dalam bidang pekerjaan dalam

79
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

era zaman ini.Sebagai seorang murid, apakah persediaan-persedian yang perlu ada pada diri anda untuk
menyiapkan diri mendapat pekerjaan dalam era zaman ini.

3. DOMAIN PERIBADI

Pemimpin belia teguh wawasan,
Dipandang mulia dengan pengetahuan,
Negara teguh menjadi impian,
Hidup sentosa zaman-berzaman.

Pantun empat kerat di atas menjelaskan kepentingan belia dalam sesebuah negara. Golongan belia
merupakan pewaris tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Mereka perlulah mempersiapkan
diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan supaya dapat memimpin negara dengan lebih baik pada suatu
hari nanti. Belia pada dekad ini menghadapi pelbagai cabaran dan perlu bersaing untuk mencapai
kemajuan dalam hidup. Oleh itu, para belia perlulah bersiap siaga dari segi mental dan fizikal serta
mengenali pelbagai potensi yang di dalam diri masing- masing agar dapat memberikan sumbangan kepada
negara. Janganlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana Belia
Positif, Terserlah Wibawa.

Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.

Peranan golongan belia dalam memajukan negara sememangnya tidak dapat kita nafikan lagi.
Berdasarkan pernyataan di atas, sebagai seorang belia, huraikan ciri-ciri pemimpin belia yang perlu ada
dalam diri seorang belia pada zaman ini.

4. DOMAIN PENDIDIKAN

Kokurikulum adalah kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia adalah wadah
pembinaan jasmani, emosi dan rohani selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
bertujuan membentuk generasi yang seimbang. Justeru, merujuk surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1985
bertarikh 2 Januari 1985, setiap murid sama ada dari sekolah kerajaan atau bukan kerajaan diwajibkan
mengambil sekurang-kurangnya satu aktiviti Pasukan Badan Beruniform, satu aktiviti persatuan atau kelab
dan satu aktiviti sukan atau permainan.

Sumber: Nor Suhara Bt Haji Fadzil, Dr Jamil Bin Ahmad
Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Malaysia

Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan kepentingannya.
Huraikan kepentingan-kepentingan pembabitan pelajar dalam kegiatan kokurikulum seiring dengan
pencapaian dalam bidang akademik.

80
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU KERTAS 2: SET 5

BAHAGIAN A
[35 markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI

SK 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang

SP 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul
mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan satu kata adjektif. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Bagi memastikan keperluan modal insan ini tercapai, pembudayaan inovasi dan kreativiti pada semua
peringkat masyarakat perlu dipergiat menerusi pelaksanaan program dan aktiviti berteraskan sains,
teknologi dan inovasi (STI). Penglibatan menyeluruh semua pihak seperti pihak guru, pelajar, ibu bapa,
pertubuhan bukan kerajaan dan industri diyakini dapat meningkatkan kesedaran dan minat terhadap
kepentingan STI. Bagi memberi impak yang lebih besar dan menyeluruh, satu minggu khas perlu
dikhususkan sebagai salah satu inisiatif untuk menyemarakkan Gerakan Sains Kebangsaan. Berikutan itu,
kerajaan telah menetapkan Minggu Sains Negara disambut pada minggu pertama bulan April setiap tahun
bermula pada tahun 2018.

Dipetik dan diubah suai daripada
Minggu Sains dan Teknologi

Portal Rasmi Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (Mosti)

[6 markah]

KATA NAMA AM AYAT

KATA NAMA AM AYAT

KATA ADJEKTIF AYAT

81
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 2: SINTAKSIS

SK 5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang

SP 5.2.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan
betul mengikut konteks.

Baca petikan dibawah dengan teliti. Kemudian klasifikasikan frasa yang bergaris dan dihitamkan dalam
petikan tersebut sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Bahasa merupakan alat untuk mengungkapkan fikiran, perasaan, kemahuan dan menyampaikan pelbagai
maklumat dan berkongsi pengetahuan. Bahasa sering digunakan oleh seseorang untuk menunjukkan
keupayaan dalam mengungkapkan isi kandungan yang pelbagai. Semakin tinggi manfaat dan ilmu dalam
kandungan yang dibawanya dan semakin luas liputan masyarakat yang menggunakanya, semakin
tinggilah kedudukan bahasa tersebut di mata masyarakat. Oleh itu peningkatan martabat bahasa harus
dimulakan dengan penggunaanya dalam semua aspek kehidupan. Walau bagaimanapun, usaha ini
memerlukan perancangan yang rapi dan menyeluruh, yang memerlukan penyertaan pelbagai pihak.
Sokongan daripada pelbagai pihak amat penting demi memertabatkan bahasa.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pemartaban Bahasa Berbatukan Teknologi’

Oleh: Norhafizah Husin
Dewan Bahasa Bil 6/2019

[6 markah]

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

SK 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.

SP 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea
dalam pelbagai teks.

Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak
perlu menyalin petikan tersebut.

Bagi mencapai sasaran kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai perniagaan, sejumlah
RM450 juta diperuntukkan untuk program berimpak tinggi, seperti penanaman buah-buahan dan sayur-
sayuran, menyediakan geran pemadanan, penyelidikkan produk herba dan penternakan ikan dalam
sangkar. Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga bersetuju untuk memberikan
insentif kepada usahawantani muda yang terlibat secara serius bagi memajukan sektor pertanian negara.
Pada masa yang sama, kementerian turut memberikan kelulusan pembiayaan awal melalui Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga yang memberikan pinjaman sebanyak RM100 ribu tanpa caruman. Di
samping itu, Kementerian memberikan sumbangan bukan wang sebanyak 30 peratus daripada kos projek
yang melibatkan peralatan pertanian dalam sektor yang diceburi. Selain intensif itu, kerajaan turut
mensasarkan usaha bagi meringankan beban yang petani kecil tanggung, antaranya melalui ambang
pendaftaran Skim Kadar Rata di bawah cukai barangan dan perkhidmatan. Pada masa yang sama,
belanjawan di tahun ini juga melanjutkan insentif pengurangan kos pengeluaran bahan makanan melalui

82
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

galakan cukai yang diteruskan hingga tahun 2020. Dalam pada itu, langkah menaik tarafkan infrastruktur
saliran dan pengaliran dilakukan disamping melaksanakan program penurunan harga. Kerajaan menyedari
bahawa pemasaran hasil pertanian juga menjadi cabaran pada pengusaha tanaman. Oleh itu, kerajaan telah
menambahkan 50 pasar tani dan mewujudkan 150 Agrobazar Rakyat 1 Malaysia di seluruh tanah air.
Sesungguhnya, golongan muda seharusnya merebut peluang yang terbuka luas dalam industry makanan.

Dipetik dan diubah suai daripada
'Suntikan Dana Lahirkan Agropreneur Muda'

oleh Munirah A. Hamid,
Dewan Ekonomi, Ogos 2017

[13 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera

SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun
Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka
anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-
duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa
beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara
Diraja.

Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada

dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

SOALAN 5: PERIBAHASA

SK 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan.

SP 4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan,
madah pujangga dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks.

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Tuan Haji : Jika tidak ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiridalam menentukan
Ahmad hala tuju negara, kita akan dianggap tidak mempunyai pendirian kerana hanya
mengikut kehendak orang lain.
Prof. Hasniza
: Jadi, anak muda perlulah sedar akan tanggungjawab mereka mempertahankan
Tuan Haji negara dan sanggup berkorban sehingga titisan darah terakhir.
Ahmad
: Kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan legasi negara
supaya setanding dengan negara maju.

83
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

[6 markah]

BAHAGIAN B
[35 markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

SK 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan

SP 2.3.1 Membaca,menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul
berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacan yang sesuai

Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

IPOH : Sukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi juga merupakan ejen perpaduan dan
menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Menteri Belia dan
Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sukan perlu dimartabatkan oleh semua pihak sekaligus
merapatkan hubungan sesama kaum.

Apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat menghapuskan tembok politik perkauman
dan agamal Sukan bukan sahaja untuk kita lihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana sukan
merupakan ejen perpaduan yang akan menyatukan kita dan rakyat Malaysia perlu bangga dengan negara
dan Jalur Gemilang. "Pastikan Malaysia boleh," katanya dalam ucapan perasmian Sukan Malaysia ke-19
(SUKMA XIX) Perak 2018 di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya pula berkata, sebagai
tuan rumah kepada acara sukan terbesar negara, pihaknya berbesar hati meraikan kehadiran hamper 12
000 atlet dan pegawai daripada semua kontinjen. "Kerajaan negeri menaruh setinggi harapan agar temasya
SUKMA ke-19 ini akan menjadi pentas mencungkil bakat baharu negara untuk menyambung obor
perjuangan atlet senior di peringkat antarabangsa. "Saya juga senada dengan harapan Menteri Belia dan
Sukan yang mahu melihat SUKMA 2018 Perak ini meneruskan tradisi melahirkan tokoh sukan dan berharap
agar ada dalam kalangan bintang muda menyinar sehingga peringkat Olimpik dan kejohanan dunia suatu
hari nanti," katanya. Tirai temasya dwitahunan dibuka secara rasmi oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian dan menyalakan obor kejohanan.

Dipetik dan diubah suai daripada
"Sukan Mampu Satukan Masyarakat - Syed Saddiq'
oleh Muhammad Apendy Issahak dan Zahratulhayat Mat Arif,

Berita Harian Online, 11 September 2018

84
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Bahan 2

Bersukan merupakan salah satu bentuk aktiviti fizikal yang baik untuk kesihatan badan. Adakah anda tahu
tentang kepentingan bersukan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan, iaitu saluran
darah berjalan dengan lancar, mental dan fizikal yang cergas selepas bersukan, otak menjadi lebih aktif,
dan membantu mengimbangkan tenaga badan.

Tidak cukup dengan kegiatan harian, hujung minggu atau waktu terluang, kita juga perlu
meringankan badan dengan melakukan aktiviti sukan. Namun, disebabkan oleh kekangan masa mahupun
masalah peribadi, kita sering berasa malas untuk melakukan kegiatan sukan.

Kehidupan zaman moden ini banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran terutama
golongan profesional yang sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan masa.
Walau bagaimanapun, kita tetap boleh mengekalkan kesihatan meskipun sudah tidak melakukan senaman.
Antara kebaikan bersukan jalah dapat meningkatkan stamina, membantu mengawal berat badan,
membantu membina tulang dan otot yang sihat, mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol,
mengurangkan tekanan, serta meningkatkan keyakinan diri.

Selain itu, jangan terlalu berharapkan kapsul ubat-ubatan untuk kesihatan. Sebaliknya, cuba
lakukan aktiviti sukan di luar. Jika aktiviti sukan di luar tidak sesuai, anda boleh melakukan aktiviti sukan
dalaman. Oleh itu, jangan terlalu cepat berputus asa biarpun anda hanya melakukan aktiviti sukan yang
sedikit ataupun dalam masa yang singkat. Perkara penting ialah anda harus berpeluh ketika bersukan.
Berpeluh penting bagi membantu tubuh kita kekal sejuk dan peluh memberi tanda-tanda seseorang itu
sihat.

Dipetik dan diubah suai daripada
'Bersukan Demi Kesihatan', Berita Kampus

(i) Berdasarkan bahan 1, apakah maksud frasa ejen perpaduan? [2 markah]

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan faedah bersukan yang menyebabkan sukan patut

diamalkan oleh setiap masyarakat. [3 markah]

(iii) Aktiviti sukan yang dilakukan pada hari ini turut memberikan faedah dari aspek sosial.

Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut? [3 markah]

(iv) Masyarakat pada hari ini tidak prihatin dan memandang remeh penjagaan kesihatan yang baik.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku? [4 markah]

85
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

SK 4.1 memahami dan mengapresiasi karya sastera

SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

NEK SINAH : Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak asam
AIMAN pedas.
: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma orang
NEK SINAH gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak
Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.
AIMAN : Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia
NEK SINAH tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia pulang.
AIMAN Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.
: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk
saja.Macamlah esok dah nak kiamat.
: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
: Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi
makan. Tak perlu sentiasa aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak
kecil lagi.

Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’
Oleh Affix Zulkarnaen Adam

antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2
“Banjir dulu, pindah juga ke pusat pemindahan…tapi susah. Mak Piah ni kencing kerap, kadang-kadang tak
sempat ke bilik air. Kali ni, biarlah duduk di rumah. Daripada sakit telinga dengar umpat caci orang, lebih
baik menahan lapar di rumah sendiri.”

Ya Allah beginikah saya apabila tua nanti?
“Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah.”
Sebaik-baik terluncur perkataan terakhir daripada mulut saya, Mak Piah menerkam memeluk ke
tubuh yang telah lama tidak didakap ibu.

Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’
oleh Che Soo Ismail

antologi Cerita Akhir Tahun,
Utusan Publications & Distributors, 2012

86
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Bahan 3 Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi Aku bagi mereka
malam sepi tiada makna
bagai kalung anakku bakaku
yang melingkari leherku baik setia mahupun derhaka
tidak berubah keesokan hari semoga disirami benih keinsafan
siapa yang akan datang menjengukku menjadi penawar dalam hati
keluhan seorang tua sunyi. embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
Keheningan tasik ada yang mati
kehijauan rumput ada yang hidup
hanya menjadi bayangan tiada yang kekal kecuali Tuhan.
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahun dilupai Teo Wei Sing
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik Suara Anak Pahang, 2009
kucari erti hidup Pekan Ilmu Sdn. Bhd.
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

(i) Berdasarkan bahan 2, apakah yang dimaksudkan dengan frasa daripada sakit telinga dengar

umpat caci orang? [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan di atas, nyatakan masalah yang dihadapi golongan tua kini.

[4 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan isu pengabaian warga tua semakin menjadi-

jadi kini? [3 markah]

(iv) Setiap manusia akan melalui masa tua suatu masa nanti.

Apakah persediaan yang akan anda buat bagi memastikan hari tua anda kelak lebih bermakna?
[4 markah]

87
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SOALAN 8: NOVEL

SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.

SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yg menarik dalam prosa
moden dan prosa tradisional

i. Baca petikan novel di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Felicia mengeluh singkat. Sejurus, dia mengerling ke arah Doktor Mohammad yang baru sahaja
sampai di pusat rawatan itu. Baru satu jam yang lalu, Doktor Mohammad yang bertugas secara on call
pada malam itu meninggalkan bangunan PRPK, dipanggil kembali untuk menangani masalah kelahiran
pramatang seorang bayi perempuan yang belum cukup masa dan menghadapi kesukaran untuk bernafas.
Bayi perempuan yang Tarikh konsepsinya tidak diketahui dengan pasti itu, beratnya kurang daripada 2.5 kg
pada masa dilahirkan, kemudian diletakkan di dalam incubator di sisi ibunya.

Dipetik daripada
Novel Pantai Kasih
Karya Azmah Nordin
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan masalah yang dihadapi oleh bayi yang dibantu oleh Doktor Mohammad.

[4 markah]

ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
b) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel
tersebut

[6 markah]

88
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

BAHAGIAN C
[30 markah]

SOALAN 9: RUMUSAN

SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan
grafik.

3.5.2 Menulis untuk mengolah maklumat dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai

SP sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang

gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supava menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 - Petikan

Perpaduan merujuk satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial,
agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti serta dapat diterima oleh majoriti
golongan etnik di negara ini. Merujuk Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah
diberikan kepada sistem persekolahan yang bercorak kebangsaan Jelaslah bahawa sistem pendidikan,
khususnya sekolah merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum.

Oleh hal yang demikian, sekolah perlu memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara
kaum. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum dan membolehkan mereka
berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah harus menitikberatkan aspek
pendidikan yang harmonis. Nilai-nilal rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap
subjek. Semangat perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi
dan moral pelajar. Perpaduan sesama pelajar akan dapat dieratkan sekiranya bahasa kebangsaan
digunakan secara meluas mencakupl urusan rasmi atau tidak rasmi dalam perbualan sehari-harian dan
menjadi bahasa pendidikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan telah memberikan kesan yang positif dalam menanam sifat perpaduan
ke dalam diri pelajar sekolah pada peringkat sekolah rendah lagi. Pelajar dan guru dapat mewujudkan
hubungan komunikasi yang baik dengan berkongsi infrastruktur yang sama, sekali gus mewujudkan
perpaduan dalam kalangan kaum Selain itu, pihak sekolah juga boleh menerapkan perpaduan melalui
aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat
kakitaan dalam diri pelajar, malah aktiviti ini dapat menjadi platform yang berguna untuk membina daya
kepemimpinan diri dan mengasah kemahiran insaniah para pelajar.

Dipetik dan diubah suai daripada
Porpaduan Kaum Sekolah Sebagai Agon Penyatuan

oleh Zulfazlan Jumrah,
Dewan Siswa, Ogos 2017

89
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Bahan 2 - Grafik

90
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

SKEMA JAWAPAN

KERTAS 1: SET 1

BAHAGIAN A

Pendahuluan

Dunia telah digemparkan dengan penularan penyakit berjangkit iaiti wabak Covid 19 – dikesan di
Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun 2019. Penularan wabak COVID-19 secara global
telah menjangkiti lebih 100 juta manusia -mengakibatkan kehilangan lebih 2 juta nyawa setakat ini -
penyebaran jangkitan koronavirus juga telah mengubah corak kehidupan manusia serta
merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastic -Status Covid 19 di Malaysia adalah
sebanyak 2, 470 kes pada 29 Mac 2020 dengan angka kematian sebanyak 34 orang - terdapat
beberapa cara kehidupan norma baru yang perlu diamalkan oleh rakyat untuk mencegah penularan
wabak penyakit ini.

Isi-isi penting

1. Kerap membasuh tangan – basuh tangan menggunakan sabun atau sanitizer
2. Penjarakan sosial – jaga jarak 1 meter – amalkan pada setiap masa
3. Gunakan pelitup muka – Ketika berada di tempat awam
4. Elakkan 3S iaitu berada ditempat sesak, sempit dan sembang dekat

Kesimpulan

Kesimpulannya, Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus COVID-19
dengan seriusnya, maka marilah kita menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan supaya
boleh kembali kepada sedia kala. Diharapkan dalam tempoh ini, negara kita akan pulih dan wabak ini
boleh dikawal.

BAHAGIAN B

1. DOMAIN PENDIDIKAN
Pendahuluan

Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin
ketara- melahirkan genarasi muda yang tidakmenguasai bahasa Melayu dengan betul
sepenuhnya- memperlihatkansituasi masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu
diungkapkan dengan matang dan seolah-olah kelihatan tidak serius- gejala ini secara
tidak langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam
kalangan masyarakat

91
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

Isi-isi penting:
 negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik
 Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.
 Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan
salah faham
 Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini
akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-
undang, dan budaya.
 Bahasa rojak membunuh Bahasa ibunda.

Kesimpulan
Penggunaan Bahasa rojak dalam kalangan generasi muda sudah menjadi gaya hidup wajib bagi

mereka untuk membuktikan bahawa mereka mengikuti perkembangan semasa - individu yang
menggunakan Bahasa melayu baku dianggap sebagai skema dan ketinggalan zaman - para pemimpin
dan pendidik perlulah terus memupuk generasi muda dengan memberi bimbingan dan teladan
kepada nereka agar sikap menghargai bahasa rasmi negara ini dapat berterusan.

2. DOMAIN AWAM

Pendahuluan
Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat yang berlaku di negara kita
pada alaf globalisasi ini.-Masyarakat yang bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing tidak mengendahkan kebersihan alam sekitar - alam sekitar yang
bersih penting dalam kehidupan kita - kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.
-langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.

Isi-isi penting
 mengurangkan penggunaan bahan kimia. -bahan kimia akan mendatangkan
pencemaran kepada alam sekitar - mendatangkan impak dalam jangka masa yang
panjang kepada alam sekitar. - penggunaan racun serangga dan pendingin hawa
merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius - Akibat daripada
penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon
dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada
masyarakat di jagat raya -Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit
yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya. -turut memberi
impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar
bagi menampung kos perbelanjaan hospital-penggunaan bahan kimia ini perlu
dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang
dianugerahi oleh Tuhan -Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam
sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

 menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan
persekitaran- sebagai langkah menjaga alam sekitar kita.- Hanya segelintir sahaja
kilang yang mematuhi piawaian kebersihan-pelepasan asap kilang dan pembuangan
sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku
tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air -menyebabkan

92
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan
peratusan oksigen di dalam air - undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak
berkuasa -Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah
kekurangan air bersih dan sumber protein --majoriti masyarakat akan mendapat
penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein

 program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian -
mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar- kita
seharusnya membuka mata akan sahutan kerajaan - bahan-bahan buangan boleh
diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan
bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula -bahan
buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan
surat khabar boleh juga dijadikan tisu- “sambil menyelam minum air” -sumber-
sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk
memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan-negara juga dapat
menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia - dapat
memelihara kebersihan alam sekitar. - program kitar semula ialah salah satu cara
untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

 kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam
sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. -
masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. -dapat menyedarkan
manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. -kempen kesedaran ini akan
dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam
sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan
alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak
mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya
negara kita akan tercemar-kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Kesimpulan

Konklusi, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar-, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat Malaysia
dengan kerajaan amat diperlukan -menjaga kebersihan juga merupakan separuh
daripada iman-dapat menarik pelancong-pelancong dari seantero dunia - - kita patut
menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia supaya menggembleng tenaga menjaga
kebersihan dan keamanan negara Malaysia sinonim dengan slogan negara “Negara
Bersih, Rakyat Sihat.

3. DOMAIN PERIBADI

Pendahuluan
Sistem pendidikan maya telah diperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk
memartabatkan lagi sistem pendidikan kita agar bertaraf dunia- bertujuan untuk
melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding dengan sistem pendidikan di
negara-negara maju - meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran agar boleh
diaplikasikasikan di seluruh dunia - merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang

93
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu

akan memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran -dapat ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang melepasi
sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah- banyak kelebihan yang bakal kita dapati. -
pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan
waktu pembelajaran di dalam kelas-para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang
dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu - pembelajaran secara asinkronis ini
memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-
mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama- lebih banyak informasi dapat
digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi- sistem ini turut membuka peluang untuk para
pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel- dapat menjimatkan lagi masa
para pelajar.

Isi-isi penting

 para pelajar dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung
dari alam maya - E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi - pemprosesan kata,
hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. - para pelajar tidak
perlu membawa buku yang banyak. -mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT) di yang Panjang - mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar
dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas- menjadi suatu wahana dengan
pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar-internet juga boleh dijadikan
sebagai medium rujukan- internet juga dianggap sebagai perpustakaan maya yang
menyimpan khazanah ilmu pengetahuan - maklumat yang diperoleh lebih cepat,
mudah dan dapat menjimatkan masa.

 para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka
dengan pensyarah- Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) membolehkan para pensyarah
mengendalikan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat
dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai
tanpa melibatkan kos yang tinggi - konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun
Abdul Razak dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka
dengan pensyarah seperti masa ini - golongan seperti suri rumah dan pesara dapat
terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan.
Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang
hayat yang digalakkan oleh kerajaan

 pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti
penginapan dan pembelanjaan - pendidikan maya boleh dilakukan di rumah- secara
tidak langsung telah menjimatkan kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar.

 beberapa sekolah kluster telah mengambil beberapa langkah untuk mempraktikkan
pendidikan maya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti
menghantar tugasan melalui e-mel dan juga melakukan pembentangan melalui
pengunaan computer - para pelajar juga digalakkan untuk menguasai perisian
komputer seperti Microsoft Words, Microsoft Power Point dan sebagainya - banyak
universiti telah diiktiraf sebagai Universiti penyelidikan seperti Universiti Malaya dan
juga Unversiti Sains Malaysia untuk melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara
kita.

94
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu


Click to View FlipBook Version