Kesimpulan
Kesimpulannya, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada
seluruh lapisan masyarakat - membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan
akademik - dapat meluaskan lagi horizon minda para pelajar - para pelajar akan lebih
terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksanakan secara
menyeluruh - walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai.
Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan
oleh semua bertunjangkan pepatah “sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang” -
pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah
berganding bahu bersama kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara
kita agar “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju yang lain.
4. DOMAIN KERJAYA
Pendahuluan
Sesi temu duga ialah masa yang bermakna kerana berdepan dengan bakal majikan bagi
mempromosi pencapaian akademik,pengalaman,kemahiran dan kesungguhan yang ada
pada calon.- menyakinkan bakal majikan mengenai kehebatan diri- platform untuk majikan
mengenali lebih dekat bakal pekerjanya.Setiap soalan yang dikemukakan oleh penemu duga
bertujuan mencabar minda dan daya tahan bagi menilai dan menguji keupayaan calon
sebelum memilih yang terbaik- persediaan terbaik perlu dilakukan dengan rapi dan tersusun.
Isi- isi penting
Pengetahuan - calon perlu membuat sedikit kajian bagi mendapatkan maklumat dan
membaca mengenai organisasi yang mungkin menjadi majikan - perlu tahu latar
belakang atau profil organisasi,pengurusan tertinggi,bentuk operasi,jenis
keluaran,maklumat kewangan di samping cabaran yang dihadapi.Pengetahuan itu
memberi kelebihan dan menunjukkan calon amat berminat dengan organisasi itu
kerana mengetahui banyak perkara mengenainya- mengenai kerja yang dipohon-
calon perlu tahu bidang tugas dan waktu kerja yang dipohon - cuba hubungi pihak
majikan untuk mendapatkan maklumat kerja yang bakal dipohon - perlu bersedia
dengan pengetahuan am dan perkembangan semasa termasuk berkaitan
ekonomi,politik,sosial dan antarabangsa.
Penampilan diri - amat penting dan sering diberi perhatian oleh bakal majikan-
tanggapan pertama orang lain terhadap calon- sangat penting kerana boleh
mempengaruhi keputusan pengambilan kerja yang dipohon -berilah perhatian
mengenai penampilan diri sebelum menghadiri temu duga -bagi lelaki,potonglah
rambut jika memilki rambut panjang di samping kemaskan wajah seperti misai dan
kumis agar kelihatan segak dan tampan -bagi wanita yang tidak bertudung
pula,guntinglah rambut jika perlu supaya nampak lebih rapi, anggun dan menawan-
pastikan kuku dan gigii kelihatan bersih dan cantik - memberi gambaran peribadi
bahawa calon seorang yang tahu mengurus diri serta pentingkan kekemasan dan
kebersihan diri - kenakan pakaian yang difikirkan sesuai dan terbaik bagi calon.
Memfail sijil dan dokumen - Semua sijil dan dokumen penting termasuk skrol
diploma dan ijazah,transkrip keputusan peperiksaan,sijil kokurikulum dan sijil
95
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
kelahiran perlu dimasukkan ke dalam folder- menggambarkan bahawa calon ialah
seorang yang kemas,teliti dan sistematik,malah mudah dibawa serta memudahkan
pihak penemu duga menyemak sijil dan dokumen itu - salinan resume sebagai
persediaan jika diminta oleh penemu duga - bawakan surat panggilan temu duga
sebagai bukti calon dipanggil oleh bakal majikan.
Semak keperluan temu duga sebelum pergi- alon perlu menyemak semua
bahan,peralatan dan folder yang mengandungi sijil dan dokumen penting agar tiada
yang tertingga - Jika tetinggal menyebabkan calon tidak tenteram,tidak selesa serta
mengganggu fikiran semasa ditemu duga.
Kesimpulan
Kesimpulannya – perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, menjaga penampilan diri
dan menyediakan pelbagai dokumen yang dapat menyakinkan pihak majikan untuk
mengambil sebagai pekerja.
KERTAS 2: SET 1 BAHAGIAN A
SOALAN 1: MORFOLOGI
KATA SENDI AYAT
Di
Maksud :kata sendi nama kata depan Digunakan untuk tempat
Contoh ayat : Murid-murid sedang bermain di padang.
KATA SENDI AYAT
Kepada
Maksud :Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang
membawa maksud tujuan
Contoh ayat: Ayah mengirim surat kepada abang yang sedang
menuntut ilmu di England.
KATA KERJA AYAT
Mengagihkan
Maksud : membahagikan, memberikan
Contoh ayat: Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung telah mengagihkan
bantuan makanan kepada mangsa banjir.
KATA KERJA AYAT
meningkatkan Maksud : meninggikan kedudukan,memperbesar , memperhebat
Contoh ayat : daya usaha ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara
SOALAN 2: SINTAKSIS
i. Ayat biasa: Nama asal Taiping ialah Klian Pauh.
Ayat songsang: Klian Pauh ialah nama asal Taiping.
ii. Ayat biasa : Bandar ini pada mulanya hanyalah petempatan kecil sebilangan
masyarakat Melayu.
96
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Ayat songsang: Hanyalah petempatan kecil sebilangan masyarakat Melayu. bandar
ini pada mulanya.
iii. Ayat biasa : Nama Klian Pauh telah ditukarkan kepada Taiping bersempena
dengan tamatnya Perang Larut pada tahun 1874.
Ayat songsang: Bersempena dengan tamatnya Perang Larut pada tahun 1874,
nama Klian Pauh telah ditukarkan kepada Taiping.
iv. Ayat biasa : Terdapat 83 buah rumah kedai dan 34 buah bangunan awam di
Taiping.
Ayat songsang: Di Taiping, terdapat 83 buah rumah kedai dan 34 buah bangunan
Awam.
SOALAN 3: PENYUNTINGAN Betul
Petikan 1 mempertimbangkan
jalan raya
Bil Salah berat
1. mempertimbang di bawah
2. jalanraya berbahaya
3. ketat kepada
4. dibawah
5. merbahaya Betul
6. pada kampus
Petikan 2 bilik kuliah
Bil Salah dan
1. Kampus Internet
2. bilik darjah secara dalam talian
3. atau
4. internet
5. secara atas talian
SOALAN 4: BAHASA STANDARD
Setelah hari hampir siang ramai orang melalui kawasan itu. Mereka terjumpa mayat seorang
penjahar; lalu mereka segera mengerat telinga dan dipersembahkan kepada raja dengan berkata,
“Wahai tuanku, inilah tandanya patik yang membunuh penjurit yang ganas itu. Kemudian datang
seorang lagi. Dia mengerat kepala mayat penjahat itu, lalu dibawa menghadap raja sambal berkata,
"Inilah tandanya patik membunuh penjahat ini pada malam tadi”.
SOALAN 5: PERIBAHASA
i) Makan suap
(ii) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
(iii) Ayam terlepas, tangan bau tahi / Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru
BAHAGIAN B
PETIKAN UMUM
(i) Maksud rangkai kata meneruskan kelangsungan
- Melanjutkan kesinambungan
(ii) Penekanan terhadap pengeluaran makanan
- Memenuhi tahap sara diri
97
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
- Menyediakan bekalan bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat
untuk dimakan.
- Penekanan terhadap pengeluaran padi
- Memastikan harga padi yang tinggi kepada pengeluar
- Harga yang stabil dan beras bermutu kepada pengguna
- Mencapai tahap sara diri sekali gus menjamin bekalan makanan negara.
(iii) Impak harga padi tidak stabil
- Menyebabkan petani yang menanam padi akan mengalami kerugian lalu beralih ke
tanaman lain.
- Pengguna akan memilih beras import menyebabkan beras tempatan tidak laku dan
kerajaan pula kerugian daripada aspek pengaliran wang ke luar negara.
(iv) Usaha-usaha mengusahakan tanah untuk meneruskan kelangsungan hidup
- Usahakan dengan pertanian yang sesuai berdasarkan jenis tanah dan iklim dengan
mendapatkan nasihat daripada pegawai Jabatan Pertanian.
- Menyiapkan kertas kerja untuk memohon bantuan kewangan daripada Agrobank
sebagai modal pusingan untuk membeli perlatan yang sesuai dan benih yang
bemutu.
( Dua idea dengan ayat yang lengkap akan memperoleh markah maksimum)
PETIKAN SASTERA
(i) Maksud rangkai kata menangkis tohmahan
- Menepis tuduhan
(ii) Kesungguhan pengarang mengingatkan pembaca agar menguasai ilmu dan berhati-hati
mengharungi kehidupan
Bahan 1- pengarang menegaskan bahawa ilmu yang dipelajarinya membuatkan dia tahu
mengenai kes tanah datuknya yang terlepas ke tangan raja.
Bahan 2- pengarang menasihati kita agar tidak sombong jika mempunyai ilmu dan
sentiasa berkongsi ilmu agar ilmu sentiasa berkat dan berkembang.
Bahan 3 - pengarang mengingatkan kita supaya berani menangkis tohmahan untuk
mempertahankan maruah diri dan negara.
(iii) Sebab pengarang menitipkan nasihat menerusi karya yang dihasilkan
- Sebelum era Internet, kebanyakan masyarakat gemar membaca karya sastera dan
peluang itu digunakan oleh pengarang untuk memberikan nasihat secara tidak
langsung.
- Sesuatu karya dianggap berkualiti sekiranya berjaya menyuntik kesedaran dan
seterusnya mengubah cara berfikir remaja.
(iv) Cara membantu mengatasi masalah remaja melepak
- Berbincang dengan persatuan penduduk untuk mencari penyelesaian masalah
98
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
- Bersama-sama wakil penduduk yang disegani akan menemui remaja tersebut untuk
menasihati mereka
- Mencadangkan agar persatuan penduduk mencari dana untuk membina gelanggang
yang sesuai supaya golongan remaja boleh memanfaatkan masa dengan beriadah
seperti bermain futsal.
NOVEL
i. Bahan-bahan sedia ada atau bahan-bahan percuma yang dapat menjadi bahan kegunaan untuk
kesihatan dan kecantikan;
- hampas kopi dijadikan losen tangan
- hampas teh untuk menyegarkan mata
- ubi kayu untuk menghilangkan buasir
- lobak bagi melancarkan air kencing dan mengurangkan sakit kepala
- kulit mangga yang dikeringkan untuk membantu melancarkan pengaliran darah ketika datang haid
ii. Dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut:
Novel Jendela Menghadap Jalan
1.Persoalan masalah kepincangan rumah tangga
Contoh: Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.
2. Persoalan keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam.
Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya
tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.
Novel Songket Berbenang Emas
1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada
Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah
ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan
memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin
dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.
BAHAGIAN C:
RUMUSAN
Pendahuluan:
Rumusan membincangkan impak Covid-19 terhadap sektor pelancongan dan insentif
kerajaan untuk membangunkan semula sektor pelancongan.
[2 markah]
Fokus 1 (Bahan 1)
- Impak Covid-19 terhadap sektor pelancongan.
1. Tempoh PKP yang panjang menyebabkan kegiatan perniagaan tidak dapat dijalankan.
2. Sektor pelancongan terpaksa menanggung kos operasi namun keuntungan tiada.
3. Tempahan daripada pelancong asing telah dibatalkan.
99
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
4. Ramai pekerja sektor pelancongan dibuang kerja atau disuruh ambil cuti tanpa gaji.
Fokus 2 (Bahan 2)
- Insentif kerajaan untuk membangunkan semula sektor pelancongan.
1. Pengecualian cukai pelancongan sehingga Disember 2020.
2. Pembayaran ansuran cukai ditangguhkan.
3. Memberi geran padanan RM100 juta.
4. Pengecualian cukai individu RM1000 kepada individu yang melancong dalam negara.
5. Memberikan e-kupon untuk setiap tambang kapal terbang, dan tambang keretapi.
6. Memberikan e-kupon tempat tinggal untuk pelancong domestik.
Fokus 1 (Bahan 2)
1. Penurunan perbelanjaan pelancong luar negara akibat sekatan perjalanan.
2. Penurunan pelancong domestik.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, pihak kerajaan harus memain peranan yang lebih aktif untuk memulihkan
sektor pelancongan negara agar ekonomi negara menjadi lebih baik.
[2 markah]
KERTAS 1: SET 2
BAHAGIAN A
Pendahuluan
Alamat pengirim – alamat dan nama pengirim – tarikh – panggilan hormat – tajuk
Pengenalan diri dan tujuan surat ditulis
Isi-isi penting
Pembuangan sampah- sarap di merata-rata tempat
Pembuangan sisa toksid dari kilang
Pembuangan sisa kumbahan dan najis ternakan
Penutup
Berharap masalah ini dapat diselesaikan dan menyatakan sokongan terhadap sebarang
tindakan yang akan diambil.
BAHAGIAN B
DOMAIN AWAM
Pendahuluan
Lirik lagu "Negaraku" mempunyai maksud yang jelas bagaimana cara rakyat Malaysia perlu
membuktikan mereka cinta akan negara, begitu juga diri saya. Hal ini demikian kerana negara kita
Malaysia yang dikenali dahulu dengan nama Malaya pernah dijajah oleh kolonial Jepun dan diikuti
British tetapi oleh sebab kebijaksanaan dan semangat cinta akan negara, berbekalkan jiwa yang
kental, mempunyai jati diri yang tinggi pejuang-pejuang negara hati kecil saya teruja menghargai
100
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
jasa-jasa mereka. Oleh sebab itu, sebagai warganegara Malaysia, saya perlu menunjukkan rasa
bangga akan negara tercinta walaupun saya tidak mampu berjuang seperti pejuang tersohor yang
kita semua tahu. Persoalannya, apakah cara saya untuk menunjukkan rasa bangga akan negara
tercinta?
saya akan sentiasa menuntut ilmu sebagai pelajar berminda kelas pertama sebagai wahana
untuk memacu kemajuan negara tercinta pabila saya dewasa. Sebagai warganegara sayang
akan negara, saya akan memastikan diri saya mempunyai ilmu yang cukup untuk saya
meneruskan kepimpinan negara marcapada apabila saya dewasa kelak - masyarakat akan
memandang tinggi diri saya dan saya akan berkolaborasi dengan kepimpinan negara untuk
memacu Malaysia ke arah negara maju berdaulat dan dipandang tinggi masyarakat dunia.
Tegasnya, saya akan sentiasa menuntut ilmu sebagai pelajar berminda kelas pertama
sebagai wahana untuk memacu kemajuan negara tercinta pabila saya dewasa.
saya perlu akur dan mengikuti undang-undang negara yang digubal pemimpin kerajaan
semasa. Sebagai contoh di negara kita terdapat pelbagai undang-undang yang perlu saya
akur seperti undang-undang jalan raya, undang-undang beragama, undang-undang berkait
dengan tanah, undang-undang berpolitik, dan sebagainya. Sekiranya saya akur dan bangga
dengan kerajaan semasa, bermakna saya telah menunjukkan cinta akan negara dan begitu
juga dengan masyarakat jagatraya. Seterusnya, dengan patuh kepada undang-undang
negara, negara akan mampu mengorak langkah menjadi negara maju pabila saya dan
masyarakat akur dengan hala tuju kepimpinan negara. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai
seorang warganegara yang berdaulat saya perlu akur dan mengikuti undang-undang negara
yang digubal pemimpin kerajaan semasa untuk menunjukkan saya cinta dan bangga akan
negara.
saya perlu bangga dan membeli produk keluaran tempatan. Slogan “ Belilah barangan
keluaran tempatan”, amat terkesan dijiwa saya. Hal ini kerana saya perlu merujuk jatuh
bangunnya sebuah negara bangsa atas sikap rakyatnya seperti masyarakat negara Jepun
dan juga Korea Selatan. Kemajuan dua negara maju dunia berkenaan bergantung kepada
rakyatnya kerana rakyat Korea Selatan dan Jepun maju kerana rakyatnya amat patriotik
dengan mengutamakan keluaran atau produk negara mereka sebagai barangan yang
digunakan dalam kehidupan seharian.. Oleh sebab itu, saya akan mengutamakan barangan
keluaran tempatan apabila membeli barangan. Tegasnya, sebagai warganegara yang
cinta akan negara, saya perlu bangga dan membeli produk keluaran negara untuk kegunaan
saya seharian.
saya sebagai seorang warganegara akan turut serta memeriah dan menyambut hari
berkenaan. Sekiranya diizinkan Tuhan, dan ibu bapa saya mempunyai kelapangan saya akan
meminta ibu bapa membawa saya menghadiri sambutan hari kemerdekaan sama ada
sambutan berkenaan diadakan di peringkat daerah, negeri atau di peringkat kebangsaan.
Sekiranya saya melibatkan diri semasa sambutan hari kemerdekaan sekolah saya sebenarnya
membantu pihak sekolah menjayakan program hari kemerdekaan berkenaan dan sekurang-
kurangnya saya dapat menonjolkan semangat cinta saya akan sekolah dan negara dan
meningkatkan kemahiran serta bakat saya, contohnya semasa menyampaikan deklamsi
sajak dan semasa memperagakan aktiviti pentomin. Oleh sebab itu, sudah terang lagi
bersuluh, saya sebagai seorang warganegara akan turut serta memeriah dan menyambut
hari kemerdekaan negara dengan cara dan kemampuan dan cara saya sendiri kerana ukur
101
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
baju di badan sendiri.
saya akan sentiasa menghormati simbol dan imej negara iaitu bendera Malaysia . Seyogia,
saya sebagai warganegara saya akan memastikan keberadaan imej dan simbol negara
berkenaan berada di tempat yang sesuai kerana di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung. Oleh sebab itu, antara langkah yang boleh saya ambil untuk menunjukkan cinta
dan bangga saya menjadi rakyat Malaysia yang tinggal di negara berdaulat ini , saya akan
mengibarkan bendera Malaysia di halaman rumah saya dan membantu pihak sekolah
menaikkan bendera Malaysia di kelas dan di sekitar kawasan sekolah. Tegasnya sebagai
seorang warganegara yang cinta dan bangga akan negara, saya akan sentiasa menghormati
simbol dan imej negara iaitu bendera Malaysia sebagai bendera negara kita.
Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk saya menunjukkan bangga dan cinta saya
terhadap negara. Sebagaimana perbincangan di atas saya mampu menunjukkan cinta dan bangga
saya terhadap negara sekiranya saya sentiasa menuntut ilmu sebagai pelajar berminda kelas
pertama sebagai wahana untuk memacu kemajuan negara tercinta pabila saya dewasa, saya juga
perlu akur dan mengikuti undang-undang negara yang digubal pemimpin kerajaan semasa, saya
perlu bangga dan membeli produk keluaran tempatan, saya sebagai seorang warganegara akan turut
serta memeriah dan menyambut hari kemerdekaan negara, dan saya akan sentiasa menghormati
simbol dan imej negara iaitu bendera Malaysia. Sekiranya saya mampu melaksanakan perkara
seperti di atas saya merupakan rakyat yang cinta dan bangga menjadi rakyat Malasyia. Sebaliknya,
jika saya memandang enteng perkara di atas sudah pasti saya tidak sedar bahawa saya ialah
warganegara tetapi tidak sedar akan kewujudan saya di negara Malaysia. Saya berbangga menjadi
warganegara Malaysia semoga Malaysia akan terus maju dan rakyatnya aman bahagia.
DOMAIN PERIBADI
Pendahuluan
Dalam era pascakemerdekaan, ibu pertiwi kita yang bebas daripada penjajahan kuasa asing telah
pesat membangun bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Rentetan itu, semua rakyat Malaysia
berasa gah dan bangga. Namun demikian, pencapaian yang dikecapi masih telah tidak memuaskan
beberapa pihak. Hal ini demikian kerana, tahap rohaniah masyarakat kini semakin merosot apabila
masyarakat dapat mengetahui bahawa generasi kini tidak menghormati warga emas yang
sepatutnya disanjung tinggi. Maka hal ini memperlihatkan bahawa generasi kini mengalami
pembangunan yang tidak seimbang dari aspek lahiriah dan rohaniah. Oleh hal yang demikian kerana,
ibubapa harus turun padang untuk mengatasi masalah ini daripada terus menjadi tabiat golongan
muda yang menjadi tunjang negara kita.
Isi-isi penting
ibu bapa harus memainkan peranan mereka dalam menyemai sikap menghormati warga
tua dengan mendidik dan mengajar anak-anak supaya sentiasa memegang sikap tersebut.
Hal ini dapat dilakukan apabila anak-anak masih bertatih lagi ataupun semasa anak-anak
berumur setahun jagung. Hal ini demikian kerana segala perkara yang diajar kepada anak-
anak akan mudah diterap dalam sanubari mereka dan seterusnya menjadi ikutan selagi
hayat dikandung badan. Maka, sikap menghormati orang tua perlu disemai dalam diri anak-
102
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
anak sejak bertatih lagi sesuai dengan kata-kata pujangga yang berbunyi melentur buluh
biarlah waktu rebungnya. Tamsilnya, anak-anak perlu diajar supaya sentiasa bersalam
kepada warga tua dan tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan warga tua. Selain
itu, anak-anak perlu dididik supaya menundukkan kepala sedikit semasa berjalan di
hadapan warga tua. Tuntasnya, ibubapa hatus menyemai sikap menyemai orang tua sejak
kecil lagi.
Ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak. Hal ini demikian
kerana, setiap perkara yang dilakukan oleh ibubapa akan menjadi jejak langkah anak-anak.
Hal ini seumpama dengan peribahasa bagaimana acuan, bagitulah kuihnya dan bapa borek,
anak rintih. Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa harus mempamerkan sikap
menghormati warga tua dalam diri mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa harus
menghormati dan mendengar nasihat serta pandangan yang dikemukakan oleh warga tua.
Selain itu, ibubapa juga harus memberi keutamaan kepada orang tua meraka dalam
melakukan sesuatu perkara. Selain itu, ibu bapa harus memenuhi selagi keutamaan dan
kehendak warga tua. Malahan, ibubapa tidak sepatutnya memaksa anak-anak supaya
menghormati orang tua, sedangkan ibubapa sendiri tidak mempunyai sikap menghormati
orang tua. Hal ini diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Tegasnya,
ibubapa perlu menjadikan dirinya sebagai inspirasi kepada anak-anak.
Ibu bapa dapat menyemai sikap menghormati orang tua dengan memberi didikan agama
yang sempurna. Hal ini demikian kerana, setiap agama mewajibkan umatnya menghormati
dan menyayangi orang tua. Maka, sikap menghormati orang tua datangnya daripada
penerapan ilmu agama sejak usia yang masih muda. Oleh hal yang demikian kerana, ibu
bapa perlu berperanan agar setiap anak mempunyai asas agama yang mantap. Seniman
agung terkenal, Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan bahawa irama dan lagu tidak dapat
dipisahkan. Jika dipisahkan, maka pincanglah lagu tersebut. Konsep ini juga boleh
diasimilasikan antara agama dengan kehidupan. Agama dan hidup tidak dapat dipisahkan.
Jika dipisahkan, maka pincanglah hidup kita. Dengan pendidikan agama anak-anak akan
lebih didedahkan dengan cara-cara menghormati orang tua. Deduksinya, penyerapan nilai
agama dan kerohanian dalam diri anak-anak merupakan salah satu usaha untuk
menerapkan sikap menghormati orang tua
Ibu bapa juga dapat memperkasakan sikap menghormati orang tua dengan mengadakan
pelbagai aktiviti kekeluargaan. Analoginya, majlis makan malam, hari keluarga, hari jadi
nenek atau datuk dan lain-lain. Dengan demikian, ahli keluarga bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan persaudaraan, malah dapat menyemai sikap menghormati orang
tua. Hal ini dapat diibaratkan seperti sambil menyelam, minum air. Maka, ibubapa perlu
memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti tersebut. Rentetan itu, anak-anak dapat mengenali dan berinteraksi dengan orang
tua tersebut iaitu datuk dan nenek yang tinggal berjauhan. Sementara itu, warga tua
tersebut akan berasa dirinya sentiasa dihargai dan dihormati oleh cucu mereka selain anak-
anak. Di samping itu, aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menghormati dan
menghargai jasa orang tua. Tuntasnya, ibubapa harus memastikan anak-anak merekan
menyertai aktiviti-aktiviti kekeluargaan.
Ibu bapa juga dapat menerapkan sikap menghormati orang tua dengan memberi kesedaran
kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, jikan sesuatu perkara disedar, maka anak-anak
103
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
dapat menghayati dan menerapkan dalam diri mereka. Dalam hal in, ibubapa harus
menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya sikap menghormati orang tua dan jasa
orang tua yang tidak ternilai. Hal ini dapat dilakukan melalui cerita dan pengajaran dan nilai
murni. Selain itu ibu bapa juga mengajar anak-anak supaya sentiasa mengutamakan orang
tua dalam melakukan apa-apa perkara jua. Contohnya, samada menikmati juadah, anak-
anak perlu mengutamakan orang tua untuk menikmati dahulu. Deduksinya, ibubapa harus
menyedarkan anak-anak tentang kepentingan sikap menghormati orang tua.
Kesimpulan
Mata pena ini telah sampai ke noktah maka dapatlah saya simpulkan bahawa ibu bapa
memang harus memainkan peranan vital dalam memupuk sikap menghormati orang tua.
Untuk mencapai usaha ini, setiap ahli keluarga patut memainkan peranan masing-masing
tetapi bukan menadah tangan ke langit untuk menunggu kejatuhan lampu ajaib Alaidin. Jika
tidak, kerohaniah golongan muda ini akan merosot di samping keruntuhan akhlak anak-
anak akan menjejaskan nama baik keluarga kerana setiap sikap yang dimiliki olah anak-anak
dikatakan sebagai pantulan daripada sikap keluar. Maka, ibubapa harus berusaha untuk
merealisasikan sikap menghormati warga emas dalam sanubari anak-anak supaya mereka
dapat memahami bahawa dunia ini berputar dan pada suatu hari diri mereka jua menjadi
tua serta mengharapkan layanan yang sopan daripada generasi yang lebih muda daripada
mereka.
DOMAIN PENDIDIKAN
Pendahuluan
Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para pelajar masa ini. Mereka tidak memahami
bahawa Sejarah amat penting untuk masa depan negara. Jadi, mereka yang gagal untuk mempelajari
sejarah mereka pasti mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan mempelajari
sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan, dan
sebagainya. Setiap rakyat Malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara
kita dan pembentukan negara Malaysia itu sendiri kerana ini merupakan sejarah negara kita. Oleh
itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.
Isi-isi penting
Sejarah dapat menjadi iktibar kepada kita supaya tidak melakukan kesalahan yang pernah
dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang
tidak mempelajari sejarah berkemungkinan mengulangnya dan membawa kepada kejatuhan
negara. Pada zaman pendudukan Jepun, orang kita terdahulu hidup terseksa dan dibunuh
tanpa belas kasihan akibat mempercayai janji palsu Jepun. Sesungguhnya, seseorang yang
mempelajari sejari dapat mengambil iktibar daripadanya.
Sejarah dapat menimbulkan rasa patriotisme dalam kalangan pelajar. Jika kita lihat keadaan
pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah
bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Akibat daripada itu, semangat
patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan pelajar.
Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak diendahkan oleh para pelajar hari ini kerana
104
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah sedangkan
sambutan itu wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Mereka harus
sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang diperoleh oleh mereka pada hari ini
ialah hasil usaha pewira-pewira negara kita. Dengan itu, nama mereka sentiasa meniti di
bibir masyarakat kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama.
generasi muda dapat menyedari kepentingan perpaduan kaum. Hal ini dikatakan demikian
kerana kestabilan negara bergantung pada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat pokok
dan rakyat ibarat akar, pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita.
Jika rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil. Dengan itu, perpaduan dapat
dikekalkan. Negara kita pernah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi
persalahfahaman antara kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan
perpaduan negara itu ibarat telur di hujung tanduk, Selepas terjadinya peristiwa hitam ini,
kita mestilah sentiasa memastikan bahawa antara kaum dipelihara agar tragedi tidak
berulang kembali.
Mata pelajaran Sejarah dapat melahirkan generasi muda yang lebih matang dan berfikiran
waras. Subjek Sejarah dipenuhi kisah hidup masyarakat silam. Dengan itu, pelajar dapat
melihat pelbagai perjalanan hidup, keputusan, dan tindakan manusia. Mereka juga dapat
melihat pelbagai akibat daripada pelbagai perlakuan manusia. Semua hal itu akan menjadi
panduan dan pengajaran supaya muda-mudi akan mengutip tindakan mulia dan menjauhi
tindakan yang pernah membawa kepada kehancuran. Secara tidak langsung, hal ini dapat
menimbulkan kesedaran dalam diri pelajar. Kesannya, mereka akan belajar bersungguh-
sungguh supaya dapat menyumbang ke arah pembangunan negara kelak.
mata pelajaran Sejarah mampu mewujudkan jati diri dalam kalangan generasi muda. Sejarah
mendedahkan ketinggian peradaban dan tamadun nenek moyang kita. Pelajar akan dapat
melihat ketinggian nilai seni, adat resam, dan pemikiran mereka. Mereka turut akan sedar
dan menghargai warisan bangsa sendiri. Bukan itu sahaja, mereka akan berasa bangga
terhadap pencapaian dan kedudukan warisan sendiri. Natijahnya, golongan muda akan
membentuk identiti diri dan tidak akan mengagung-agungkan budaya Barat. Tegasnya,
Sejarah penting untuk membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda.
Kesimpulan
Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah terbukti mempunyai pelbagai kepentingan,
terutamanya kepada para pelajar. Sejarah merupakan ilmu hidup yang memandu manusia untuk
menjalani kehidupan yang sempurna. Di sebalik setiap lembaran teks sejarah, terkandung pelbagai
pedoman hidup dan pengajaran bagi memandu generasi muda hari ini. Subjek ini harus diberikan
perhatian sewajarnya oleh para pendidik, ibu bapa, dan pelajar. Oleh hal yang demikian, semua
pihak perlulah berusaha mencapai matlamat mata pelajaran Sejarah demi kesejahteraan dan
keamanan negara.
DOMAIN AWAM
Pendahuluan
Seluruh dunia umumnya dan negara Malaysia khasnya amat terkesan dengan penularan wabak
Covid 19 yang bermula pada hujung tahun 2020. Wabak yang bermula dari salah sebuah daerah
iaitu Wuhan di negara China telah tersebar dengan meluas ke seluruh dunia dan meninggalkan
105
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
pelbagai kesan yang amat teruk daripada segi ekonomi dan sosial negara. Pelbagai kesan yang telah
dikenal pasti dan diantaranya akan dipaparkan di bawah ini.
Isi-isi penting:
Segala bentuk aktiviti perniagaan diarahkan menghentikan perniagaan mereka contohnya
aktiviti perniagaan pasar malam, aktiviti pelancongan, pawagam-pawagam dan sebagainya.
Ramai rakyat yang hilang mata pencarian dan bilangan rakyat menganggur semakin
meningkat.
Aktiviti kebudayaan dan keagamaan juga ditangguh contoh aktiviti solat Jumaat, solat
berjemaah 5 waktu di masjid, dihadkan jumlah bilangan Jemaah yang dibenarkan untuk
melaksanakan solat di masjid dan begitu juga aktiviti-aktiviti keagamaan lain.
Aktiviti pelancongan juga menerima kesan yang sangat teruk kerana negara tidak lagi
menerima kemasukan pelancong-pelancong dari negara luar dan pelancongan dalam
negara juga tidak dibenarkan dan terbatas. Banyak hotel-hotel telah bankrap dan menutup
pengoperasian akibat tidak mampu menanggung kos yang tinggi.
Pandemik ini menyebabkan institut pengajian tinggi (IPT) negaradan juga sekolah beralih
kepada sistem pembelajaran maya serta membatalkan program-program luar. Semua
sekolah diarahkan ditutup selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah
dilancarkan oleh pihak kerjaan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
mengumumkan pembatalan dua buah peperiksaan awam negara, iaitu Ujian Penilaian
Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan Tiga bagi tahun ini.
Kesimpulan
Kerajaan telah dan akan melaksanakan pelbagai cara untuk membantu rakyat demi kelangsungan
hidup mereka seperti melancarkan Bantuan Prihatin dan memberi bantuan sokongan modal kepada
golongan – golongan yang sedia ada dan mereka yang telah diberhentikan kerja untuk memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan. Semua rakyat diminta mematuhi SOP dan arahan yang telah
dikeluarkan oleh kerajaan agar rantaian wabak ini dapat diputuskan dan ekonomi negara dapat
dijanakan semula dan rakyat dapat hidup dengan selesa.
KERTAS 2: SET 2 BAHAGIAN A
AYAT
SOALAN 1: MORFOLOGI
KATA GANDA PENUH
Guru-guru Contoh ayat : Guru-guru dikehendaki untuk membuat rancangan
pengajaran harian sebelum memulakan sesi pembelajaran dan
pengajaran
106
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
KATA GANDA PENUH AYAT
Sekolah-sekolah Contoh ayat : Sekolah-sekolah disekitar kawasan Perintah kawalan
Pergerakkan (PKP) diarahkan untuk ditutup bagi mengurangkan risiko
jangkitan Covid-19
KATA GANDA PENUH AYAT
Buku-buku Contoh ayat : Abu dan Ali menyusun buku-buku yang baru tiba di
perpustakaan.
SOALAN 2: SINTAKSIS
i. Kilangnya mampu membotolkan 500,000 dos vaksin setiap minggu
Berapakah bilangan dos vaksin yang mampu dibotolkan oleh pengilang pada setiap minggu?
ii. akhir Jun nanti,2 juta dos lagi tersedia menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 3.8 juta
boleh dibekalkan kepada kerajaan,"
Bilakah pengilang akan menyediakan 2 juta dos vaksin untuk dibekalkan kepada kerajaan?
iii. Lawatan itu bertujuan mengetahui perkembangan terkini dan proses pengilangan, isian dan
sempurnakan (fill & finish) vaksin Covid-19 Sinovac.
Apakah tujuan lawatan kerja di kilang berteknologi tinggi Pharmaniaga?
SOALAN 3: PENYUNTINGAN Betul
daripada membuang masa
Petikan 1 menghindari
dalam kalangan
Bil Salah akademik
1. dari membuang masa luntur
2. dihindari vandalisme
3. di kalangan
4. akedemik Betul
5. habis
6. vandalisma dilaku oleh remaja
pendapatan
Petikan 2 kad debit
dan
Bil Salah video
1. remaja lakukan
2. pendapat
3. debit kad
4. atau
5. vidio
107
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 4: BAHASA STANDARD
Setelah hari malam Kertala Sari mula memasuki kota. Dia mendengar bunyi orang berkawal
dan bunyi lembing perisai bergemeretak. Lalu Kertala Sari pun membaca mentera dan berjalan
ditengah-tengah orang ramai lalu masuk ke dalam rumah Bendahara. Kertala Sari pun mencuri harta
yang berharga dan dibawa olehnya pulang.
Keesokan harinya Bendahara pun terkejut (gemparlah) mengatakan bahawa beliau
mengalami kecurian.
SOALAN 5: PERIBAHASA
(i) Lain dulang, lain kaki atau Lain padang, lain belalang / Rambut sama hitam, hati lain-lain.
(ii) Seperti anjing dengan kucing
iii) Carik -carik bulu ayam akhirnya bercantum juga / Air dicencang tidak akan putus
BAHAGIAN B
PETIKAN UMUM
(i) Maksud rangkai kata menyumbang kemerosotan
- Membantu mengurangkan
(ii) Punca kualiti udara terjejas dan usaha menangani masalah tersebut
Punca – pencemaran yang berpunca daripada asap, habuk, gas karbon dioksida,
monoksida dan metana, bahkan mengandungi virus serta kuman.
Usaha menangani – menangkap suspek yang disyaki telah menyebabkan kebakaran di
tapak pelupusan sampah.
(iii) Sebab masyarakat berterusan melakukan pencemaran alam sekitar
- Masyarakat bersikap mementingkan diri sendiri kerana merasakan kerosakan tidak
memberikan kesan yang ketara kepada dirinya.
- Hukuman yang dikenakan tidak menakutkan dan denda yang dikenakan masih
mampu dibayar.
(iv) Usaha yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian orang ramai agar mengunjungi
pantai yang sebelum ini sepi
- Apabila mendapat tugasan, kami terus mengedarkan maklumat kepada penduduk
setempat menerusi media sosial dan risalah agar bersama-sama mengadakan
gotong-royong membersihkan pantai pada waktu dan tarikh yang ditetapkan.
- Pada tarikh yang dijanjikan, kerja-kerja membersihkan pantai dan membina tempat
istirahat dilakukan dengan bantuan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Persekitaran yang sudah cantik dihebahkan dalam media sosial untuk menarik
perhatian pengunjung agar datang berkelah.
(Dua idea dengan ayat yang lengkap akan memeperoleh markah maksimum)
108
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
PETIKAN SASTERA
(i) Maksud rangkai kata membenteng kemaraan
Menahan kemajuan
(ii) Punca penjajahan, kesan penjajahan dan usaha mewujudkan semangat patriotik
Bahan 1 – penjajahan berlaku apabila pemimpin gelap mata, berlakunya fitnah dan
rasuah
Bahan 2 – kesan penjajahan ialah Kota besar kehilangan segala nilai tradisi dan berlaku
pemisahan puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik
sehingga mengundang resah dan amarah.
Bahan 3 – sebahagian remaja diwajibkan menyertai Program Latihan Khidmat Negara
untuk mewujudkan semangat patriotik.
(iii) Penjajahan baharu yang dilakukan oleh kuasa besar dunia
- Menerusi media seperti Internet, buku dan filem mampu mempengaruhi pemikiran
masyarakat untuk menyokong dan membenarkan tindakan yang dilakukan oleh
negara kuasa besar.
- Penjajahan ekonomi pula keinginan kuasa besar menguasai ekonomi dunia menerusi
sistem kapitalis dan tekanan berterusan terhadap negara-negara lain menerusi
perjanjian perdagangan yang berat sebelah.
(iv) Bukti tindak-tanduk masyarakay Malaysia seolah0olah negara kita belum merdeka
sepenuhnya
- Penggunaan bahasa Melayu dianggap kelas rendah berbanding dengan bahasa
Inggeris
- Masyarakat lebih mengutamakan barangan import yang mewah daripada barangan
keluaran tempatan
- Cara hidup masyarakat yang kebaratan dengan berpakaian mencolok mata dan
berkelakuan sumbang yang bertentangan dengan budaya timur dan Islam
NOVEL
I.Perubahan-perubahan pada diri Eda yang membuatkan Raiha berasa bersyukur:
- Eda sudah tidak sugul lagi
- Eda sudah melupakan segala ejekan dan kata-kata orang tentang wajahnya
- Eda sudah matang
- Eda telah mengubah pendiriannya tentang konsep kecantikan
iii. Peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan kepada para pembaca:
Novel Jendela Menghadap Jalan
109
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
1. Peristiwa membantu mengubati pesakit
- Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan
tradisional melalui penggunaan herba.
- Datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-
tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.
Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja yang menghidap
penyakit dengan perubatan tradisional.
Novel Songket Berbenang Emas
1. Peristiwa sanggup membantu orang lain
- Tauke Lim sanggup membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia walaupun
berlainan bangsa.
- Penduduk kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani kerana kita mestilah membantu sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan.
BAHAGIAN C
RUMUSAN
Pendahuluan:
Rumusan membincangkan punca-punca ketagihan media sosial, kesan-kesan ketagihan media
sosial, dan langkah-langkah mengatasi masalah ketagihan media sosial dalam kalangan remaja.
Fokus 1 (Bahan 1)
Punca-punca Ketagihan Media Sosial
1 Media sosial merupakan platform komunikasi yang interaktif dan melangkau segenap benua.
2 Remaja pada hari ini menjadikan media sosial sebagai rujukan utama untuk mendapatkan
maklumat tentang sesuatu perkara
3 Kewujudan aplikasi seperti Bigo Live dan TikTok yang memerlukan remaja melakukan pelbagai aksi
seperti menari mengikut rentak lagu membuat remaja tertarik untuk menggunakan aplikasi-aplikasi
tersebut.
Fokus 2 ( Bahan 1)
Kesan-kesan Ketagihan Media Sosial
1 Pembaziran wang dan masa berlaku.
2 Hubungan antara remaja dengan ahli keluarga menjadi renggang
3 Bagi remaja yang masih bersekolah, ketagihan media sosial dapat menyebabkan pelajaran mereka
merosot.
4 Memungkinkan remaja terutamanya perempuan menjadi mangsa penipuan.
5 Mengalami kemurungan.
6 Cenderung untuk membunuh diri.
Fokus 1 (Bahan 2)
110
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Punca-punca Ketagihan Media Sosial
1 Kurang perhatian daripada ibu bapa.
2 Terpengaruh oleh rakan sebaya.
3 Mendapat hiburan secara percuma.
Penutup
Kesimpulannya, remaja perlulah bijak dalam membuat pilihan ketika menggunakan media sosial
agar dapat mengurangkan ketagihan mereka terhadap media sosial.
KERTAS 1: SET 3
BAHAGIAN A
E-mel A
Pendahuluan
Mengucapkan terima kasih atas kiriman e-mel -menyatakan khabar diri - Pada era pascamodenisasi
ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya
pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya
golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang
moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan
sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan
tradisional kepada bangsa dan negara.
Isi-isi penting
permainan tradisional ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini
demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang
melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh
disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional
juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau
bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian.
Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat
memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.”
permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri
pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati
juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita
yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati
pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“,
setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain
dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima
bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan
alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat
memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada
bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata, permainan tradisional
merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan.
111
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang
bangsa. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita
dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang
sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira
bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak .
Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan
tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat.
Penutup
Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh
itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi
kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”
Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh
supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa
terhanyut oleh arus globalisasi.
E-mel B
Pendahuluan
Mengucapkan terima kasih atas kiriman e-mel - menyatakan khabar diri - kita iaitu rakyat jelata
Malaysia sentiasa mengagung-agungkan barangan import sehingga menafikan kualiti barangan
buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak
peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia
seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli
barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai
kebaikan dan faedah bagai menyelam sambil minum air sekiranya kita membeli barangan buatan
Malaysia. Persoalannya, apakah kemaslahatan dan faedah yang diundang dengan menyokong
barangan buatan tempatan?
Isi-isi penting
kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia.
- barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan - barangan
buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada
barangan import. Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama
Bata telah mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa
bertanding di pasaran kasut di Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa
barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan
dari kualiti barangan, Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia
ke puncak jagat sekali gus meningkatkan imej negara. Di samping itu, dengan harga yang
lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan semasa membeli
barangan buatan
Malaysia.
semangat patriotisme yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakat sekiranya sikap
sering mengagung-aguungkan barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk dalam
kalangan anak watan Malaysia. Mengapakah dikatakan demikian? Pada zaman serba moden
yang penuh dan sarat dengan ranjau, onak dan duri ini, rakyat Malaysia khususnya golongan
112
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
remaja mempunyai semangat cinta akan negara yang tipis bak senipis kulit bawang lantaran
itu mereka tidak mengambil berat tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan
ibu pertiwi. Malahan terlalu banyak barangan import telah membanjiri pasaran tempatan
saban tahun. Oleh hal yang demikian, dengan menggalakkan angkatan muda membeli
barangan buatan tempatan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa
sebenarnya “Malaysia Boleh” yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita bukanlah sesuatu
yang sia-sia sahaja persis kata-kata mutiara “kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau
sudah betung, tidak terpatah lagi.” Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan
mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “membeli barangan buatan tempatan merupakan
teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri.” Kata-kata
hikmat tersebut jelas menunjukkan bahawa sememangnya industri tempatan negara kita
dapat berkembang maju dengan menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan
Malaysia - dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan
barangan import. Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat
membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Deduksinya, kita dapat
memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai aspirasi negara menjadi negara
industri.
Penutup
Sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan
buatan tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh
strata masyarakat bak peribahasa “bagai serampang dua mata” dan “bagai makan menanak
nasi.” Oleh hal yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan
berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia
supaya dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini. Wahai,
anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak
berganti beliung untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang
dan terbilang! Malaysia Boleh!
BAHAGIAN B
DOMAIN KERJAYA
Pendahuluan
Setiap orang mempunyai aspirasi kerjaya masing-masing. Kerjaya yang dipilih akan menentukan
kejayaan hidup seseorang. Demi mencapai kejayaan hidup , seseorang itu perlu berusaha untuk
merealisasikannya. Kerjaya impian saya ialah menjadi seorang doktor psikologi. Kerjaya yang amat
mencabar dan berisiko ini merupakan cita-cita saya sejak di bangku sekolah lagi. Untuk mencapai
hasrat ini, saya perlu berusaha menyiapkan diri dengan persediaan-persediaan yang lengkap kerana
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
113
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Ilmu pengetahuan yang mendalam - memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan yang
mendalam berkaitan kerjaya yang ingin saya ceburi. Hal ini memastkan nekad saya tidak
mudah rapuh kerana ketinggian ilmu yang saya miliki - membaca bahan bacaan yang
bertemakan bidang psikologi - Ilmu pengetahuan dapat mematangkan saya untuk
menguruskan kehidupan - Oleh hal yang demikian, saya sewajarnya meningkatkan ilmu
pengetahuan dan keyakinan diri bagi merealisasikan cita-cita saya iaitu menjadi seorang
doktor psikologi yang berjaya.
Kemahiran sosial - perlu melengkapkan diri dengan kemahiran sosial seperti kemahiran
berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah. -
menguasai lebih banyak bahasa untuk menjadi modal insan yang kamil dan yakin pada diri
sendiri apabila berhadapan onak dan duri - melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan
kokurikulum kerana ini merupakan kesempatan untuk saya mengaplikasikan kemahiran-
kemahiran tersebut. Sesungguhnya, usaha untuk memilki kemahiran sosial sangat mustahak
untuk menceburkan diri dalam kerjaya yang mencabar ini.
Jati diri yang mantap - sewajarnya mempunyai jati diri yang mantap -sentiasa memastikan
diri saya seimbang dari segi fizikal dan mental - mempunyai minda yang kreatif dan inovatif
- mampu menangani masalah-masalah yang bakal saya tempuhi pada masa hadapan kelak.
Kesannya, saya mampu mengemukakan idea-idea yang bernas untuk menghasilkan
keputusan yang tepat dan berkualiti. Sesungguhnya, kemampuan untuk berfikir secara
kreatif dan inovatif serta kritis mampu memberi nilai tambah kepada diri saya.
Peka terhadap isu semasa - sentiasa sensitif serta peka terhadap isu semasa kerana saya
tidak mahu menjadi katak di bawah tempurung - menjadikan diri saya lebih prihatin dan
memahami terhadap masalah yang semakin menular bagai cendawan tumbuh selepas
hujan- membaca surat khabar dan menonton berita mahupun melungsuri internet untuk
mengetahui isu-isu semasa berkaitan hal dalam dan luar negara terutamanya hal yang
berkaitan kerjaya yang saya minati. Impaknya saya berupaya menangkis sebarang halangan
ketika menjakankan tugas kelak.
Penutup Karangan
Kesimpulannya, inilah usaha dan persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mencapai
cita-citanya. Oleh hal yang demikian, saya akan sentiasa menitikberatkan kemajuan diri dalam aspek
jasmani,rohani, emosi dan sosial. Semoga hasrat saya terlaksana kerana tiada kejayaan tanpa usaha
dan kesungguhan.
DOMAIN AWAM
Pendahuluan
Di Malaysia misalnya, masyarakat Melayu terutamanya menggunakan pelbagai spesies tumbuh-
tumbuhan ubatan untuk merawat penyakit secara tradisional, contohnya tongkat ali, kacip fatimah
dan pegaga. Keberkesanan atau ketepatan sesuatu penemuan ramuan ubatan sentiasa diselidiki dan
dibangunkan bagi memastikan produk yang dihasilkan daripada tumbuhan itu adalah berkualiti
tinggi serta selamat digunakan melalui piawaian bahan mentah dan produknya. Antara khasiat dan
kegunaan tumbuh-tumbuhan untuk rawatan jenis-jenis penyakit termasuklah antialergi, antioksidan,
114
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
antiradang, antimikrobial, antibakterial, antiparasit, antifertiliti (antikesuburan), antipiretik,
antiseptik, antiasma, diabetis (kencing manis) dan darah tinggi.
Isi-isi penting
Antara kebaikan perubatan secara tradisional ialah kos perubatan yang lebih murah jika
dibandingkan dengan perubatan secara klinikal. Bahan-bahan perubatan diperoleh dari
kawasan tempat tinggal kita. Sebagai contoh, daun belimbing buluh boleh dijadikan ubat
darah tinggi, daun misai kucing dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, daun
bunga raya putih pula dapat menurunkan kepanasan demam.
Tumbuhan herba ini juga sering digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa
masakan. Tumbuhan herba yang biasa digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit,
halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang menakjubkan tetapi telah
dilupakan, sedangkan tumbuh-tumbuhan itu mudah diperoleh.
Tumbuhan herba mudah didapati.- tumbuh meliar di kawasan sekeliling rumah
Tumbuhan herba meningkat daya ketahanan badan melawan penyakit/ meningkat tahap
imunasi-
Kesimpulan
Kini, kita semua telah menyedari akan kebaikan ubatan tradisional dan menyokong industri ubatan
yang menggunakan tumbuh-tumbuhan herba. Industri ini diharapkan akan terus berkembang demi
kesihatan sejagat.
DOMAIN AWAM
Pendahuluan
Remaja sekarang memang tahan lasak- gemar menceburi aktiviti yang lasak dan mencabar.
Mengelakkan mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala negatif yang tidak menguntungkan
sesiapa pun - sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal - Aktiviti
ini perlu diperluas di peringkat sekolah dengan harapan dapat membentuk individu yang mempunyai
ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran - telah ditegaskan oleh mantan Menteri Belia dan
Sukan, Datuk Azalina Othman Said supaya belia di Malaysia menceburi bidang sukan lasak sama ada
semasa mereka masih bersekolah atau selepas berhenti sekolah. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelbagai kemudahan kepada belia untuk menceburi
bidang sukan ini. Persoalannya, apakah kebaikan menyertai sukan lasak, bak kata peribahasa, ”kata
tiada angin, maskan pokok bergoyang.”
Isi-isi penting
membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri untuk menghadapi cabaran - sekarang
remaja kita tidak mempunyai ketahanan diri untuk menghadapi cabaran apabila berada di
dunia luar - mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditempatkan di pusat
serenti. Mulai tahun 2004, program Latihan Khidmat Negara diperkenalkan dan pelajar
lepasan SPM diwajibkan menyertai program ini secara berperingkat- mereka didedahkan
dengan aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi
warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak. -sukan
lasak perlu diperkenalkan dalam kalangna remaja sebagai usaha untuk membina ketahanan
diri dan berdaya juang -Pelajar dapat dijauhkan daripada terbabit dalam kegiatan negatif
115
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
pelajar dapat dijauhkan daripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan
gengsterisme. Pelajar sekarang tidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan,
permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah kerana aktiviti ini tidak mencabar minda
dan fizikal mereka. Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar supaya
mereka dapat memperagakan diri dan kebolehan mereka di khalayak ramai. Bermain bola
sepak, bola jaring, dan sepak takraw dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini,
persis kata peribahasa, ”zaman beralih, musim bertukar.” Lantaran itu, terdapat ramai
remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal sebagainya di luar
waktu persekolahan. Jadi, usaha untuk memperkenalkan sukan lasak perlu dimulakan dari
sekarang.
Sukan lasak dapat memupuk semangat perpaduan dan bekerjasama dalam kalangan
manusia. Kerjasama dalam pasukan melahirkan perasaan saling membantu antara satu sama
lain. Berikutan dengan itu, semangat perpaduan akan tertanam dalam kalangan masyarakat,
mengikut kata orang tua-tua, ”tidak kenal maka tak cinta.” Semangat perpaduan amat
penting kepada Malaysia yang mempunyai perbezaan kaum. Keamanan Negara juga
menjadi kelebihan kepada Malaysia diberikan kepercayaan menganjurkan sukan bertaraf
antarabangsa.
Penutup
Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak tidak membahayakan diri. Sebaliknya, sukan
lasak memang boleh mendatangkan banyak faedah kepada manusia.
Sukan lasak perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaaan supaya kita dapat
mengenal pasti bakat generasi muda dan mengasah bakat itu. Sesungguhnya, bakat anak-
anak boleh diasah walaupun tidak menunjukkan kecemerlangan pada peringkat awal, bak
kata peribahasa, ”belakang parang kalau diasah lagikan tajam.” Impaknya, kita akan
mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak di peringkat
antarabangsa
DOMAIN PENDIDIKAN
Pendahuluan
Pendidikan Teknik dan Vokasional yang merupakan salah satu cabang sistem pendidikan yang
berlandaskan industri untuk melatih individu dalam kemahiran tertentu seperti bidang automatif,
animasi dan hospitaliti. Namun begitu, rakyat Malaysia seringkali memandang rendah terhadap
mereka yang berkecimpung dalam aliran pendidikan perindustrian ini. Oleh hal yang demikian,
kepentingan pendidikan teknik dan vokasional hendaklah dibincangkan untuk kemaslahatan kita
bersama.
Isi-isi penting
Kepentingan Technical and Vocational Education and Training (TVET) atau dalam bahasa
melayunya dikenali sebagai Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah melahirkan individu
yang mahir dalam pelbagai kemahiran teknikal. Hal ini dikatakan demikian kerana TVET
melengkapi setiap individu dengan ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang akademik
tetapi juga ilmu kemahiran teknikal dalam pengendalian sesuatu peralatan. Ilmu kemahiran
teknikal adalah seperti pertukangan, elektronik, pateri, automotif, amalan bengkel mesin,
116
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
kimpalan dan fabrikasi logam.. Oleh sebab itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
mendapat keputusan yang kurang menyerlah dalam peperiksaan awam itu tidak perlulah
risau dan berputus asa menghadapi liku-liku kehidupan. Bagi menebus silap yang lama,
mereka perlulah mengambil peluang dalam bidang TVET ini untuk melengkapkan diri dengan
ilmu kemahiran yang berguna sepanjang hayat kerana di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan.
Pendidikan Teknik dan Vokasional juga penting untuk menjana individu yang mempunyai
ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang yang pelbagai. Individu yang berkecimpung dalam
TVET akan memperoleh input baharu yang tidak diketahui semua orang. Input-input baharu
ini akan menjadi nilai tambah bagi individu untuk menambah baik kualiti diri serta
masyarakat. Pengetahuan baru ini adalah seperti mengetahui proses-proses kemahiran yang
perlu dilakukan bagi mengendali sesuatu mesin atau proses dalam pemasangan sesuatu
peralatan. Kemahiran yang dapat dipelajari adalah pengetahuan tentang sistem pendawaian
yang mana merupakan sistem yang membekalkan elektrik kepada sesuatu bangunan..
Namun begitu, Pendidikan Teknik dan Vokasional bukanlah hanya tertumpu pada
pendidikan secara formal semata-mata tetapi juga boleh dipelajari secara tidak formal
dengan adanya kecanggihan teknologi pada hari ini. Oleh hal yang demikian, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa Pendidikan Teknik dan Vokasional mampu melahirkan individu yang
berkemahiran tinggi serta kompeten.
kepentingan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang seterusnya iaitu kebolehupayaan
individu yang mempunyai pendidikan TVET untuk memenuhi peluang pekerjaan di negara
Malaysia. Bagi menangkis perspektif negatif terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional
yang dianggap tidak penting ini, pelbagai pihak seperti pihak kerajaan dan ibu bapa haruslah
memainkan peranan dengan mendorong anak-anak remaja dalam bidang TVET demi
memperbanyakkan produk pengeluaran Malaysia. Tuntasnya, kebolehupayaan bagi individu
yang mengikuti kursus dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk memenuhi pasaran
negara tidak dapat disangkal lagi.
melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berinovasi. Pendidikan Teknik dan
Vokasional dikatakan mampu menjana individu yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif.
Dengan kemahiran teknikal yang diperoleh, individu ini sendiri mampu mencipta atau
menambah baik produk yang sedia ada di pasaran.. Buktinya adalah dengan adanya
pertandingan reka cipta pada peringkat pelbagai peringkat termasuklah kebangsaan dan
antarabangsa. ramai anak muda telah mula melakar kejayaan dalam pertandingan inovasi di
peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, Pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) ini telah mengharumkan nama negara apabila berjaya membolot tiga hadiah utama
dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta (IIDEX) 2019 peringkat antarabangsa. Tuntasnya,
sudah terang lagi bersuluh bahawa TVET mampu melahirkan masyarakat yang
berpengetahuan tinggi dan berinovasi.
dapat menggalakkan pembangunan negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara-negara mapan di seluruh dunia seperti Russia, China dan Jepun.
Kerajaan telah melaburkan berjuta-juta wang untuk membangunkan institusi pengajian yang
berteraskan TVET dalam usaha menyediakan sumber tenaga mahir dalam kalangan anak
tempatan. Sebagai sebuah negara yang sedang merintis arus pembangunan ini, Malaysia
memerlukan lebih ramai pekerja mahir dalam kalangan warga tempatan untuk menguruskan
industri perkilangan seperti industri pemakanan, kosmetik, dan petroleum. Anak tempatan
haruslah tidak memandang enteng akan isu ini dan seharuslah mengambil peluang untuk
menjadi seorang pekerja mahir untuk membantu dalam pembangunan ekonomi dalam
negara serta tidak melepaskan tanggungjawab ini kepada warga asing.
117
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Penutup
Sebagai penutup wacana, Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah amat vital untuk
membangunkan sebuah negara lestari pada masa hadapan. Sebagai rakyat yang berhasrat untuk
memajukan Malaysia agar menjadi sebuah negara mapan, janganlah kita melepaskan peluang untuk
menjadi pekerja mahir dalam sektor peindustrian agar produk buatan Malaysia diusahakan,
dibungkus dan dijaga kualitinya oleh anak watan kita sendiri dan bukan lagi warga asing. Cukuplah
sehingga hari ini kita mengharapkan kudrat mereka, kini tiba masanya kita berdiri di atas kaki sendiri
untuk mengorak langkah untuk melakukan perubahan yang besar buat negara dan bangsa dengan
memanfaatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional.
KERTAS 2: SET 3 BAHAGIAN A
SOALAN 1: MORFOLOGI
KATA MAJMUK AYAT
Warganegara
Maksud : rakyat sesebuah Negara (yang terdiri daripada asli tempatan
ataupun orang asing yang telah diterima menjadi rakyat mengikut
undang-undang)
KATA MAJMUK AYAT
tanggungjawab
KATA MAJMUK Maksud : kewajiban yang dipikul oleh seseorang
Jati diri AYAT
Maksud: sifat atau ciri yang unik dan istimewa ( daripada segi adat,
budaya dan agama) yang menjadi teras dan lambing keperibadian
seseorang individu.
SOALAN 2: SINTAKSIS
i. Persoalannya,apakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah obesiti?
Ayat Tanya
ii. Jangan makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi gula dan
lemak yang banyak.
Ayat perintah
iii. Wahai ibu bapa, jagalah pemakanan anak-anak!
Ayat Seruan
iv. Sejak 1975, masalah obesiti menjadi kebimbangan global
Ayat Penyata
118
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 3: PENYUNTINGAN Betul
Petikan 1 ketidakfahaman
Dipelajari oleh mereka
Bil Salah apabila
1. ketidak fahaman menyeronokkan
2. mereka pelajari ialah
3. bila geografi
4. menyeronokan
5. adalah
6. Geografi
Petikan 2 Betul
beli-belah
Bil Salah proaktif
1. beli belah China
2. pro aktif dikunjungi oleh pelawat
3. Cina memperkukuh
4. pelawat kunjungi
5. memperkukuhkan
SOALAN 4: BAHASA STANDARD
Semua orang Siam yang telah kembali dari Melaka telahpun sampai ke negara Siam, lalu Awi
Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Paduka Bubunnya berasa sangat marahdan baginda
berhasrat hendak menyerang sendiri negeri Melaka. Paduka Bubunnya, mempunya seorang putera
yang bernama Cau Pandan. Cau Pandan telah bermohon sembah Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya
bahawa beliau hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, perlengkapanlah patik,
patiklah yang akan mengalahkan Melaka."
SOALAN 5: PERIBAHASA
i. Bermuka-muka / Talam dua muka
ii. Ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua
iii. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga/ Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua
BAHAGIAN B
PETIKAN UMUM
(i) Maksud frasa kegilaan generasi muda sekarang
- Perkarab yang menjadi ikutan remaja
(ii) Persamaan pendapat kedua-dua penulis berkaitan kesan positif penggunaan telefon
bimbit
- Remaja dapat melayari Internet dan media sosial.
119
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
- Menjadi alat hiburan untuk menghilangkan tekanan remaja
- Untuk meningkatkan ekonomi.
(iii) Jenis-jenis penyalahgunaan telefon bimbit
- Menonton filem lucah
- Menghantar maklumat palsu
- Berbual di dalam kumpulan sembang sehingga mengabaikan pelajaran
(iv) Langkah-langkah menghentikan kesalahan membawa telefon bimbit
- Melaporkan kesalahan murid tersebut kepada guru.
- Menegur secara berhemah.
- Merampas telefon bimbit tersebut.
- Menulis nama murid tersebut yang bertujuan untuk menakutkannya.
PETIKAN SASTERA
(i) Maksud kutukan dan hukuman
Cercaan dan seksaan
(ii) Nilai kemanusiaan dalam setiap petikan
Bahan 1 – Doktor Murni mengajak Nusia untuk menderma dua pek darah bagi
menyelamatkan semua pesakit yang koma di Unit Rwatan Rapi
Bahan 2 – Pelakon 1 mengajak pak cik dan mak cik membantu Azmir dengan
memberikan perhatian, kasih sayang, semangat dan perangsang.
Bahan 3 – emak Si Randang bermurah hati menyediakan makanan apabila orang asing
lalu di depan rumahnya.
(iii) Kepentingan menderma darah
- Menyelamatkan nyawa orang lain
- Badan menjadi lebih sihat kerana badan menggantikan sel-sel darah baharu
- Mengekalkan kecergasan
(iv) Tindakan membantu rakan yang menghadapi tekanan perasaan
- Menjadi tempat dia meluahkan perasaan agar dia merasa tenang apabila
masalahnya didengar
- Membawanya berjumpa dengan kaunselor supaya dia mendapat bantuan daripada
pakar
120
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
NOVEL
i.Sebab-sebab Embong mahu segera pulang ke rumah:
- Embong mahu berkerja
- Embong mahu melihat rumah
- Embong mahu menjaga anak-anaknya
- keinginan Embong untuk pergi ke kebun meluap-luap
ii.Persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam novel.
Novel Jendela Menghadap Jalan
1.Kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan
Contoh : Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa keganasan
Seman.
2.Kegigihan menangani isu kubah
Contoh : Lili dan Danel gigih berusaha memberikan cadangan untuk menyelesaikan isu kubah yang
menjadi konflik penduduk kampung.
Novel Songket Berbenang Emas
1. Kegigihan dalam menuntut ilmu
Contoh : Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi masalah
kekeluargaan seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang dipatuk ular.
2.Kegigihan menguruskan rumah tangga/keluarga
Contoh : Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik yang
masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital.
BAHAGIAN C
RUMUSAN
Pendahuluan
Rumusan membincangkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh peniaga dan kelebihan-
kelebihan peniagaan dalam talian.
Fokus 1 ( Bahan 1)
Kesilapan yang Dilakukan oleh Peniaga Online
1 Tidak menentukan kategori atau target pelanggan.
2 Memulakan perniagaan yang bukan minat sehingga proses pembelajaran dan selok-belok bisnes
dirasakan amat terbeban.
3 Tidak mempunyai dedikasi dan komitmen yang tinggi.
4 Menjangkakan akan mendapat keuntungan dengan banyak dalam masa yang singkat sedangkan
perniagaan sebegini mendapat untung yang sedikit atau tidak ada untung untuk tahun pertama.
Fokus 2 (Bahan 1)
Kelebihan Perniagaan Dalam Talian.
1 Urusan perniagaan dalam talian dapat dilakukan tanpa memerlukan ruang atau tempat.
2 Perniagaan dalam talian juga mudah dijalankan dengan modal yang lebih rendah
3 Risikonya lebih rendah dan peniaga dapat mengendalikan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu
mengupah pekerja
121
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
4 Memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama 24 jam pada setiap hari
5 Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna Internet membeli belah dalam talian pada
bila-
bila masa dan di mana-mana sahaja.
6 Peniaga tidak perlu memantau urusan tempahan sepanjang hari kerana cuma perlu menyediakan
sistem tempahan automatik demi kemudahan pengguna.
7 Mampu meluaskan pasaran produk ke pasaran global atau antarabangsa.
8 Pengguna tidak perlu meninggalkan rumah atau pejabat sekali gus menjimatkan minyak dan masa
perjalanan ke kedai.
9 Aplikasi perniagaan secara dalam talian membolehkan pihak pengguna memilih pelbagai pilihan
produk yang ditawarkan oleh pihak peniaga.
Fokus 1 (Bahan 2)
Kesilapan yang dilakukan oleh Peniaga
1 Menunggu terlalu lama untuk melancarkan produk/perkhidmatan
2 Tidak mendengar kehendak pelanggan.
3 Menyelesaikan masalah yang tidak penting,
4 Tidak ada kelainan yang ketara dengan peniaga lain.
5 Memilih topik yang tidak kisah
6 Memulakan dengan jangkaan yang salah
7 Menghabiskan masa dengan berfikir dan tidak
bertindak
8 Melakukan perniagaan secara berseorangan.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, peniaga dalam talian harus memudahkan urus niaga dengan pelanggan agar
ekonomi semakin maju.
KERTAS 1: SET 4
BAHAGIAN A
Pendahuluan
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di seluruh negara dilihat bukan saja
memberi cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan pelajar juga terpaksa berdepan pelbagai isu.
Namun begitu ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu anakanak untuk
meneruskan pembelajaran dirumah dengan menggunakan medium sosial contoh seperti whatsapp,
telegram dan sebagainya serta mahir menggunakan aplikasi google classroom, google meet , zoom
meeting dan sebagainya.. Anak-anak memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan ibu bapa perlu menggunakan pelbagai
kaedah untuk menarik minat anak-anak untuk terus belajar di rumah.
Isi-isi penting
mengikuti perkembangan pembelajaran anak.- subjek apa yang merupakan masalah
terbesar bagi anak anda- bertanya secara santai tentang kemajuan pelajaran mereka- ibu
bapa boleh bertanya terus dengan guru yang mengajar anak mereka - ibu bapa boleh
mengetahui prestasi pembelajaran anak anda berada di tahap yang mana.
122
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
ibu bapa perlu mendorong anak supaya lebih suka untuk belajar - perhatian ibu bapa untuk
membantu anak menyiapkan kerja sekolah - dapat membangkitkan semangat anak-anak.
Sekiranya ibu bapa tidak mampu untuk membantu anak-anak dalam pelajaran, ibu bapa
boleh mengambil langkah lain dengan memberikan tuisyen kepada anak-anak. Dengan
bantuan guru dan tutor yang pakar dalam bidang masing-masing, ini dapat memberikan
kefahaman kepada anak-anak sekaligus dapat menambahkan minat mereka untuk belajar.
Ibu bapa sentiasa memberikan pujian kepada anak-anak anda. Tidak semua anak dilahirkan
genius tetapi kepandaian boleh diasah dan dibentuk. Sentiasa lah memberikan semangat
dan kata-kata positif setiap hari sebelum mereka ke sekolah atau ketika mereka sedang
mengulang kaji pelajaran. Puji anak dengan cara realistik. Berikan pujian pada anak yang
menekankan sisi positif atau kelakuan positif yang menjadi kekuatan anak. Tambahan pula,
anak yang diberi pujian akan belajar untuk selalu melakukan hal yang lebih baik lagi di dalam
setiap perbuatan mereka.
Kesimpulan
Jelas di sini bahawa penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak dalam menghadapi
pembelajaran di rumah aktiviti bukan sahaja membantu menyokong sekolah dan para guru tetapi
pemangkin memberi semangat serta motivasi kepada anak-anak dalam pembelajaran.Penglibatan
para ibu bapa supaya secara aktif, proaktif, kreatif dan memberi inovasi kepada pendidikan di
tempat masing-masing amatlah diperlukan dewasa ini di mana pendidikan anak-anak adalah agenda
utama bagi memberikan masa hadapan yang cerah.
BAHAGIAN B
DOMAIN AWAM
Kewujudan undang-undang siber yang sedia ada masih belum mampu untuk menampung
atau membanteras jenayah siber yang semakin bijak dan berleluasa. Jenis ancaman boleh berbentuk
pencerobohan, serangan penyahan perkhidmatan, penggodam, serangan kod berbahaya, dan spam.
Serangan siber yang paling kerap ialah menerusi spam. Bagi tempoh Julai-Disember 2005, Malaysia
berada pada kedudukan kelapan daripada 10 buah negara di wilayah Asia Pasiflk yang kerap
diserang oleh penyerang siber.
Isi-isi penting
penguatkuasaan undang-undang perlu berubah selaras dengan perkembangan teknologi
yang ada sekarang. Biasanya penjenayah siber terdiri daripada bekas kakitangan yang
diberhentikan dan berniat untuk membalas dendam terhadap bekas majikan mereka.
Mereka mungkin juga terdiri daripada vendor yang tidak setuju dengan kontrak yang
diberikan, kakitangan penyelenggaraan atau penggodam yang menggunakan pengetahuan
mereka untuk membuat keuntungan atau individu yang mendapat akses daripada
kakitangan yang tidak jujur. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang
ditubuhkan pada 1998 merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab memberikan
laporan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi dalam membantu siasatan Jenayah
siber dari segi Jenis, kesan, dan sifatnya.
kerajaan telah mengambil langkah keselamatan ICT semenjak tahun 1997 dengan
menubuhkan MyCERT dan NISER pada tahun 1998 untuk memberi perkhidmatan pakar
123
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
runding berkaitan dengan keselamatan rangkaian sistem ICT kepada sektor awam dan
swasta. Jaminan keselamatan seperti ini amat diperlukan kerana perbelanjaan dalam
rangkaian sistem ICT adalah tinggi mencecah berbilion ringgit.
Kesedaran mengenai ancaman siber di peringat global pula telah mendorong kerajaan untuk
menubuhkan Institut Kerjasama Pelbagai Hala Antarabangsa Memerangi Keganasan Siber
(IMPACT) pada tahun 2006. IMPACT, yang disokong oleh Symantec Coproration (Amerika
Syarikat), Tren Micro (Jepun) dan Kapersky (Rusia), akan membolehkan kerajaan di seluruh
dunia untuk bertukar maklumat dan idea Bagi memudahkan perkongsian kemahiran dan
amalan terbaik dengan objektif bagi membanteras ancaman siber di peringkat global.
Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM42 juta sebagai geran kepada
IMPACT baru-baru ini untuk menangani ancaman dan serangan siber dan bukti komltmen
kerajaan dalam keselamatan ICT global.Mimos Berhad (Mimos) memperkenalkan Kit FIRST
(Forensic Investigation and Recovery System Tools) Bagi membantu melicinkan operasi pihak
berkuasa menyiasat kes-kes jenayah siber. Kit yang terdiri daripada sekeping cakera padat
perisian FIRST Imager itu merupakan alat untuk membantu menyelamat dan memulihkan
bukti digital yang telah dipadamkan daripada komputer atau sebarang alat simpanan data
elektronik.
Selain itu, undang-undang siber turut dicipta di beberapa buah negara di seluruh dunia bagi
menangani masalah jenayah siber yang berleluasa dalam Internet. Negara kita tidak
terkecuali daripada mengadakan undang-undang siber sendiri. Walau bagaimanapun, ibarat
seperti melepaskan syarat untuk membuktikan negara mempunyai prosedur tertentu untuk
menapis aktiviti negatif penjenayah siber. Kewujudan undang-undang siber yang sedia ada
masih belum mampu untuk menampung atau membanteras jenayah siber yang semakln
bijak dan berleluasa. Undang-undang siber Malaysia kelihatan belum cukup meluas dan
merangkumi semua aspek. Sehingga kini, Malaysia telah mempunyai undang-undang siber
seperti Akta Tandatangan Digital 1997 yang telah diperbaharui pada tahun 2002. Akta ini
bertujuan untuk melindungi syarikatsyarikat korporat daripada penipuan dalam perniagaan.
Tegasnya, undang-undang siber dan yang berkaitan dengannya perlu dikaji dari semasa ke
semasa mengikut tahap ancaman global yang selalu berubah-ubah.
Kesimpulan
Sebenarnya, tidak ada jalan pintas dalam menangani ancaman siber. Jalan yang terbaik ialah
setiap individu perlulah memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa dan
kemampuan yang ada. Pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani risiko
ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan
untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Sumber kewangan dan staf yang mahir perlu diadakan dan
mencukupi. Bagi individu pula, perlu ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko daripada
ancaman siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing. Di pihak kerajaan
pula, kerajaan perlu mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan
melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini, dan praktikal. Kerajaan juga perlu menentukan
wujudnya organisasi bebas yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan maklumat yang boleh
memberi khidmat dan nasihat tentang cara yang betul dan sesuai untuk menangani ancaman siber.
Organisasi ini kelak diharapkan dapat dirujuk oleh semua golongan masyarakat di Malaysia secara
mudah.
124
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
DOMAIN PERIBADI
Pendahuluan Karangan Menabung
Kedudukan kewangan seseorang melambangkan kematangannya menguruskan kehidupan -wang
tidak dapat membeli semua benda di bumi ini tetapi wang juga penting dalam kehidupan - amalan
menabung semakin hari semakin dipandang sepi oleh golongan muda pada hari ini - mereka selesa
menghabiskan wang dengan pelbagai aktiviti kehidupan masing-masing - apakah kebaikan amalan
menabung dalam kalangan masyarakat dalam arus globalisasi ini?
Isi-isi penting
Guna pada waktu kecemasan - tidak perlu bergantung pada orang lain jika kita berprinsip
sediakan payung sebelum hujan - kita dapat menggunakan wang tabungan untuk membiayai
kos perubatan ahli keluarga kita - dapat mengelakkan masalah perubatan atau komplikasi
jika tidak mendapat rawatan segera - wang tabungan penting untuk menghadapi hujan
cabaran dalam kehidupan masyarakat
mengamalkan sikap berjimat cermat - kebanyakan ahli masyarakat bersikap boros pada
musim gaji masuk ke dalam akaun bank -membeli makanan, minuman dan mendapatkan
hiburan yang sebenarnya tidak begitu penting - amalan menabung dapat mendisiplinkan diri
kita agar menyimpan wang sedikit demi sedikit di bank - ingatlah bahawa wang tabungan itu
sedikit demi sedikit, lama-lama akan menjadi bukit juga
membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah - hari ini hari orang, esok hari kita
kerana malang yang menimpa seseorang itu tidak berbau - membantu keluarga yang
memerlukan dana untuk menghantar anaknya belajar di luar negara - meringankan beban
kewangan yang dihadapinya selain dapat menjalin hubungan yang erat - keluarga ialah
orang pertama yang dapat kita bantu jika kita mengamalkan amalan menabung
membeli apa-apa barangan yang ingini - tidak perlu bergantung pada orang lain untuk
mendapatkan barangan yang ingin kita beli - menabungkan wang untuk membeli kereta,
rumah, dan hadiah hari jadi yang kita impikan juga - mendapat kepuasan dan kegembiraan
kerana kita tidak perlu berhutang dengan siapa-siapa - kita dapat membeli barangan yang
kita sukai dengan amalan menabung yang sangat murni
Kesimpulan
Amalan menabung ialah amalan yang terbaik untuk mendewasakan masyarakat tentang
wang -pengurusan wang peribadi ialah disiplin yang paling sukar dikuasai kerana manusia sering
alpa - kewangan sesebuah negara juga ada kaitan dengan sikap rakyatnya yang boros berbelanja -
masyarakat yang menabungkan wang juga dapat merangsang peningkatan ekonomi negara - saya
berharap agar semua ahli masyarakat akan mula menabung untuk kebaikan diri sendiri - amalan
menabung mestilah dimulakan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya - amalan
menabung membawa kebaikan kepada masyarakat jika diamalkan dengan baiknya
125
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
DOMAIN PENDIDIKAN
Pendahuluan
Pendahuluan
Masyarakat harus diberitahu akan keistimewaan sastera tradisional ini untuk mendorong mereka
lebih mendalami dan meminati sastera yang indah tersebut. Masyarakatharus didedahkan kepada
keunikan dan keindahan sastera tradisional seperti syair, gurindam, dan seloka. Pelbagai usaha
daripada semua pihak perlu dilakukan demi menjamin generasi yang akan datang ini masih
meminati dan tahu tentang sastera tradisional ini.
Isi- isi penitng
pihak media massa merupakan pihak yang amat mustahak untuk memulakan usaha
mempertahankan sastera tradisional dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana,
media massa merupakan satu medium yang mempengaruhi masyarakat kini. Sebagai
contoh, pihak media massa boleh menghidupkan watak-watak dalam cerita rakyat melalui
perfileman. Watak-watak ini akan menarik perhatian mereka untuk menyedarkan
kepentingan sastera tradisional, di samping dapat mendirikan masyarakat yang ideal. Selain
itu, pihak media massa juga boleh mempertahankan sastera tradisional dengan
mengajurkan pertandingan sastera. Contohnya, pertandingan mencipta puisi dan sebagai.
Maka, masyarakat yang meminati sastera dapat menonjol bakat mereka di samping dapat
memenangi hadiah yang sangat istimewa . Secara tidak langsung, masyarakat akan
mengenali dan mecintai sastera tradisional ini.Tegasnya, pihak media massa harus
bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan sastera.
kerajaan didapati memainkan peranan penting dalam mempertahankan sastera tradisional.
Kerajaan juga harus turun padang bagi mempertahankan sastera tradisional melalui sistem
pendidikan negara. Dalam hal ini, kerajaan telah meletakkan bahagian komsas dalam silibus
pembelajaran di sekolah. Namun, kerajaan harus memberi tekanan yang optimum terhadap
pelaksanaan ini. Dengan demikian, kerajaan boleh berjaya memdedahkan pelbagai jenis
prosa tradisional, syair, dan pantun kepada para pelajar. Maka, para pelajar yang bakal
memimpin masyakarat terdedah kepada nilai-nilai dan nasihat yang terkandung dalam
sastera tradisional. Nilai-nilai dan pengajaran yang diterapkan ke dalam pelajar akan menjadi
dasar dan asas kehidupan masa hadapan mereka apabila mereka mampu memgaplikasi
segala yang dipelajari. Sebagai hasilnya, usaha-usaha ini mampu mempertahankan sastera
negara. Tuntasnya, pihak kerajaan juga harus mengambil langkah bagi mempertahankan
sastera negara.
guru-guru bahasa yang berkhidmat di sekolah perlu memikul tanggungjawab untuk
mempertahankan sastera tradisional. Hal ini demikian kerana, tenaga mengajar ini
mempunyai pengaruh yang penting dalam mendorong para pelajar menghargai sastera atau
sebaliknya. Guru yang cemerlang merupakan guru yang dapat mempengaruhi para pelajar
mencintai sastera yang kini menjadi pembelajaran mereka. Maka, guru bahasa harus
menyusun strategik dalam mengajar sastera tradisional dengan lebih efektik. Sebagai
hasilnya, para pelajar dapat menghayati setiap perkataan dalam sastera trasidional, di
samping dapat menghargai sastera tradisional sebagai harta kesayangan. Sesungguhnya,
guru-guru merupakan kunci untuk mempertahankan sastera tradisional supaya khazanah ini
dapat dikekalkan bagi generasi yang akan datang.
126
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang signifikan dalam usaha mempertahankan
sastera tradisional. Ibu bapalah insan yang terdekat dengan anak mereka. Maka, ibu bapa
harus mendidik anak mereka dengan pelbagai sastera tradisional seperti cerita rakyat
'Bawang Merah,Bawang Putih' yang amat menarik. Ibu bapa juga perlu mendalami dan
menyelidik nilai-nilai murni dan pengajaran yang dibawa oleh cerita rakyat tersebut dan
seterusnya disampaikan kepada anak-anak. Seperti yang kita maklumi anak diibaratkan
sehelai kain putih. Jika diwarnai dengan pelbagai warna maka cerahlah masa depan anak,
jika ditumpah dengan warna hitam, maka gelaplah masa depan mereka.. Dengan demikian,
anak-anak akan meminati untuk mengetahui cerita tersebut dengan lebih lanjut. Buktinya,
anak-anak akan tidak sabar dan menanti-nantikan untuk cerita seterusnya pada malam
berikut. Tegasnya, ibu bapa harus berperanan untuk mempertahankan sastera tradisional.
masyarakat sendiri juga harus mengambil inisiatif untuk mengenali pelbagai sastera
tradisional. Sekiranya kerajaan mengadakan sebarang kempen berkenaan sastera
tradisional, masyarakat yang harus bertindak mengambil bahagian dalam program tersebut.
Tidak gunanya kempen yang berkenaan sastera, jika masyarakat tidak bekerjasama dan tidak
bersokong. Persis mutiara kata, 'bertepuk sebelah tangan, tidak berbunyi' memang tepat
sekali sekiranya perkara ini berlaku. Sikap yang sedemikian mampu menghapuskan identiti
dan mutiara makna rakyat ini pada masa akan datang. Tuntasnya, masyarakat sendiri perlu
mengorak langkah bagi mempertahankan sastera tradisional.
Kesimpulan
Sebagai penghias bicara akhir, tidak boleh kurangnya usaha daripada mana-mana pihak
sekiranya keinginan untuk mempertahankan sastera tradisional dalam kalangan masyarakat.
Setiap pihak harus menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh tekun, gigih, dedikasi, dan
berdaya maju supaya matlamat dapat dicapai seperti yang diharapkan. Sastera tradisional ini
harus dipelihara dalam setiap generasi akan datang supaya karya-karya generasi dahulu
tidak menjadi sia-sia.
DOMAIN PENDIDIKAN
Pendahuluan
Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar pendidikan yang telah banyak membawa
kemajuan kepada pembangunan negara -dapat menerapkan perpaduan dalam kalangan rakyatnya-
wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem
pendidikan negara-rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa
kebangsaan. - berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana telah dikekalkan sehingga sekarang
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua pihak perlulah bekerjasama untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.
Isi-isi penting:
1. Kita sebagai pelajar perlu rajin mempelajari bahasa Melayu - merupakan satu-satunya
bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Pelajar boleh menyemai
minat dalam mempelajari bahasa Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan seperti
mendengar lagu Melayu- boleh melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah dan
badan-badan yang relevan- pelajar boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan
127
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri bahasa Melayu di kelas-
menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel
mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan bahasa
Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar memartabatkan bahsa
Melayu.
2. Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak
harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan bahasa
Melayu di peringkat lokal. Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing,
tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan
'Melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat
kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.
3. Selain itu, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus
dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa Cina
dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan.
Guru-guru di sekolah perlu mengajar murid-murid menguasai bahasa Melayu dengan cara
yang berkesan. Sebagai contoh, guru boleh mengajar murid murid dengan perkataan Melayu
yang senang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu
seperti aktiviti menyanyi dan bercerita. Pelbagai pertandingan yang menarik minat para
pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu juga boleh dianjurkan seperti pertandingan
menulis karangan, bersyair dan menyanyi. Sudah tentulah para pelajar akan lebih meminati
bahasa Melayu setelah menyertai pertandingan sebegini. Dengan itu, tujuan
memartabatkan bahasa Melayu dapat dicapai.
4. Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari
rakyat pelbagai kaum, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang mencapai minat
umum terhadap keindahan bahasa Melayu. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa
anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama
Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang
berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah
yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.
5. Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dab bahasa rasmi amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah
peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi
perniagaan atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang
akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai
bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan
sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua
128
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa
Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia.
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat
bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai
bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan
dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya melupakan kebolehan bahasa Melayu untuk
membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang kurik itu kendi, yang merah itu
saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di
bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas.
KERTAS 2: SET 4 BAHAGIAN A
SOALAN 1: MORFOLOGI
KATA TERBITAN AYAT
Pertumbuhan Maskud: proses pertambahan atau pembesaran sesuatu kuantiti
dengan masa. Kuantiti itu boleh jadi fizikal (seperti peningkatan
ketinggian,
Contoh ayat :
Kadar pertumbuhan pokok cili lebih cepat dan subur setelah Pak Abu
meletakkan baja organik
KATA TERBITAN AYAT
kesedaran Maksud: perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan
keadaan politik.
Contoh ayat : Ibu bapa mestilah memupuk kesedaran sayang akan
negara kepada anak- anak sejak kecil lagi
KATA TERBITAN AYAT
kewujudan
Maksud : memperlihatkan dgn benda yg nyata.
Contoh ayat: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya lebih berhati-hati
berikutan kewujudan pendemik Covid-19 di seluruh dunia.
SOALAN 2: SINTAKSIS
i. Sarapan membekalkan tenaga dan nutrient yang diperlukan oleh badan untuk
melakukan urusan harian.
FN+FK
ii. Ramai orang ke restoran atau warung pada waktu pagi untuk bersarapan.
FN+FSN
iii. Sarapan kegemaran masyarakat Malaysia ialah nasi lemak dan roti canai.
FN+FN
129
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Bil Salah Betul
1. profile profil
2. dilaksana dilaksanakan
3. taraf tahap
4. samaada sama ada
5. di ke
6. menindas ditindas
7. Bertanggung jawab bertanggungjawab
8. pra-syarat prasyarat
9. rumahtangga rumah tangga
10. korperat korporat
11. memperdaya memperdayakan
12. kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
13. pihak tertentu nafikan dinafikan oleh pihak tertentu
SOALAN 4: BAHASA STANDARD
Selanjutnya, pada suatu hari Tun Perak pun datang menghadap Duli Yang Dipertuan dan
duduk di tanah bersama-sama orang lain. Lalu bentara yang bergelar Seri Amerta pun berkata
kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, semua orang Kelang ini menghadap baginda dan mengadu
kepada ke bawah Duli Yang Dipertuan tentuang tuan. Orang teluk rantau yang lain yang menghadap
baginda semuanya lelaki; tetapi orang Kelang yang dibawa Tun Perak menghadap telah membawa
isteri masing-masing. Mengapakah demikian sikap tuan?”
SOALAN 5: PERIBAHASA
i. Sudah jatuh ditimpa tangga
ii. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
iii. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
BAHAGIAN B
PETIKAN UMUM
(i) Maksud frasa manfaat yang besar
- Kelebihan yang banyak
(ii) Kepentingan bersukan
- Menyihatkan badan
- Mengharumkan nama negara
- Menyatupadukan kaum
130
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
(iii) Punca-punca program bagi menarik minat masyarakat bersukan belum mendapat
sambutan yang memberangsangkan
- Kesibukan bekerja
- Sukan dalam talian yang semakin popular
- Kurang mendapat galakan daripada keluarga
(iv) Cara memujuk mengamalkan gaya hidup sihat
- Mengajaknya berjoging dalam jarak yang dekat setiap hari
- Membeli makanan yang berkhasiat untuk menukar gaya pemakanannya
- Membawanya berjumpa dengan doctor untuk menerangkan kesan buruk jika tidak
mengubah gaya hidup
- Memotivasikannya dengan memberikan kata-kata perangsang
PETIKAN SASTERA
(i) Maksud frasa bukan barang-barang penjurit
Bukan pahlawan yang biasa
(ii) Kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri
- Membantu orang lain juka diperlukan
- Berkhidmat kepada pemimpin
- Memelihara pusaka lama
- Nama akan dikenang jika ilmu digunakan ke arah kebaikan
(iii) Langkah meningkatkan semangat remaja untuk menyertai seni mempertahankan diri
- Sekolah wajar menubuhkan kelab seni mempertahankan diri untuk menggalakkan
penyertaan murid-murid
- Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai pertandingan seni mempertahankan
diri
- Kerajaan membuka peluang kepada remaja untuk menyertai pertandingan seni
mempertahankan diri ketika di sekolah
(iv) Tindakan membantu murid yang dibuli
- Menelefon pihak polis untuk mendapatkan bantuan
- Menegur secara berhemah
- Mendapatkan bantuan daripada orang yang lebih dewasa
- Menggunakan ilmu seni mempertahankan diri hanya ketika perlu
NOVEL
i. Perasaan yang dialami oleh Mak Milah dan Pak Saidi apabila ketiga-tiga anak mereka
menyertai
tentera ialah
131
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
- Mak Milah bimbang apabila ketiga-tiga anaknya menyertai tentera.
-Pak Saidi berasa bangga, reda dan pasrah.
ii. Dua peristiwa yang paling menarik dalam satu novel yang anda kaji. Mengapakah anda
mempunyai
pandangan sedemikian?
Novel Jendela Menghadap Jalan
1.Peristiwa mengubati pesakit
-Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan
rawatan tradisional melalui penggunaan herba.
Sebab
-Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana penggunaan herba dalam perubatan
tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital
kerana kos rawatan yang tinggi.
2.Peristiwa menyelesaikan masalah kubah surau
- Lili , Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
orang-orang kampung yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya
hanya
mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama usianya.
Sebab
- Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel
berlainan bangsa dan agama, mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam
untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa.
Novel Songket Berbenang Emas
1.Peristiwa menyelamatkan nyawa orang lain
- Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.
Sebab
- Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sifat berani yang ada pada Dahlia yang
sanggup menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa orang lain ini jarang dimiliki oleh
orang lain. Walaupun Dahlia seorang gadis, namun dia berani terjun ke dalam sungai yang berarus
deras itu demi menyelamatkan nyawa orang lain.
2.Peristiwa sanggup membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama
- Tauke Lim juga sanggup memberi keluarga Dahlia membeli barang secara hutang kerana amat
memahami penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Embong.
Sebab
- Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama kita
mestilah bersedia membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada sesiapa sahaja
yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama.
132
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHAGIAN C
RUMUSAN
Pendahuluan
Rumusan membincangkan kepentingan/faedah/kebaikan menghayati sejarah dan usaha-
usaha/langkah-langkah guru Sejarah menarik minat murid mempelajari Sejarah.
Fokus 1 (Bahan 1)
Kepentingan menghayati sejarah dalam kalangan murid
1.Membentuk keperibadian diri murid menjadi insan yang seimbang
2.Generasi muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotik
yang jitu
3. Menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan generasi muda
4. Membentuk pemikiran yang kritis
5.Menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih menyeluruh
6.Pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku
7. Menambah baik setiap tindakan demi masa depan
Fokus 2 (Bahan 1)
Usaha-usaha memupuk minat murid untuk mempelajari Sejarah
1.Guru harus lebih kreatif dan inovatif apabila mengajar Sejarah.
2. Guru boleh membawa murid-murid melawat ke tempat-tempat bersejarah.
Fokus 1 (Bahan 2)
Kepentingan menghayati sejarah dalam kalangan murid
1. Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memperkasakan subjek Sejarah agar dapat membina
identiti negara bangsa Malaysia yang cemerlang.
KERTAS 1: SET 5
BAHAGIAN A
Pendahuluan
Alam sekitar merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya . Di dada-dada
akhbar tempatan contohnya akhbar Berita Harian sering mengutarakan rencana amalan kitar semula
memberikan nilai yang paradoks apabila rakyat Malaysia khususnya amat liat untuk mengamalkan
kitar semula. Pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar sudah mula melakukan
inisiatif dengan menggalakkan masyarakat mengamalkan amalan kitar semula kerana amalan ini
dapat menjamin persekitaran alam yang sihat. Persoalannya, apakah faedah amalan kitar semula
dan kesannya kepada alam sekitar?
Isi-isi penting
melestarikan alam sekitar - bahan-bahan buangan atau barangan terpakai tidak akan
dibuang ke tempat yang tidak sepatutnya. Sampah sarap dan bahan buangan yang tidak
berada di tempat pelupusan sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang
yang menetap berhampirannya contohnya berlakunya pencemaran Sungai Kim-Kim di Johor
yang telah mengakibat kematian dan gangguan kesihatan penduduk di sekitarsungai
tersebut. Oleh yang demikian, masyarakat harus menyahut seruan kerajaan untuk
melakukan kitar semula yang dapat dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti gotong-royong
133
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
perdana. Kesannya, masalah pencemaran yang berlaku di negara Malaysia dapat diatasi
dengan lebih efektif dan pragmatik. Sudah terang lagi bersuluh, melestarikan alam sekitar
merupakan salah satu kepentingan amalan kitar semula.
menambahkan pendapatan masyarakat. Hal ini diutarakan demikian kerana sesetengah
masyarakat beroleh pendapatan tetap atau sampingan melalui amalan jual beli bahan
terbuang dan terpakai sekali gus dapat menurunkan peratus pengangguran di Malaysia.
Kesannya dapat meningkatkan ekonomi individu dan sesebuah organisasi keluarga
terutama yang mempunyai banyak tanggungan. Tamsilnya, masyarakat terutama pihak ibu
bapa boleh menjual majalah dan surat khabar lama ke kilang atau kedai membeli kertas
untuk dikitar semula selain dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak
kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jelaslah bahawa pendapatan
masyarakat dapat ditambah merupakan kepentingan amalan kitar semula.
persekitaran alam yang ceria - Perkara ini dapat dilaksanakan melalui kaedah guna semula
barangan terpakai. Barangan terpakai tersebut dapat dimanfaatkan untuk menceriakan
persekitaran berbanding hanya berada di pusat pelupusan sampah. Sebagai contohnya,
botol-botol plastik terpakai dapat digubah dan dijadikan sebagai sebuah pasu mini selain
dapat menghiasi pagar rumah dengan terdapat pokok bunga bervariasi warna di dalamnya.
Kesannya dapat mengatasi masalah kepupusan sumber bahan mentah dengan cepat.
Tegasnya, antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat menceriakan alam sekitar
melalui penghasilan produk baru.
Kesimpulan
Deduksinya, untuk mendapatkan faedah atau kepentingan alam sekitar, semua pihak haruslah seia
sekata untuk istiqamah dalam mengamalkan amalan kitar semula. Masyarakat tidak boleh
memandang remeh perkara ini supaya alam ini selamat untuk didiami oleh generasi sekarang dan
akan datang agar keindahan alam akan terus dapat dinikmati. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia
diseru untuk terus mengamalkan amalan kitar semula dan berupaya meluaskan horizon pemikiran
masyarakat untuk melahirkan generasi yang cinta akan alam sekitar
BAHAGIAN B
DOMAIN AWAM
Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-
Melayu, Cina dan India disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum
Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia
ini mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang.
Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam,muzik,
agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap
kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu dilakukan oleh semua pihak agar tradisi kebudayaan
dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan masyarakat sekarang ekoran daripada arus
pemodenan yang semakin berleluasa.
134
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Isi-isi penting:
Seseorang individu itu memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan sesuatu
kebudayaaan kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak
akan berhasil. Seseorang individu dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan
yang tinggi untuk meneruskan budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri
supaya kebudayaan itu dapat terus dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak muda dalam
kaum Melayu seharusnya membuka mata mereka untuk belajar tentang tarian Melayu
seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang, Tarian Joget, Dikir Barat, dan sebagainya. Selain
dari segi kesenian, adat resam juga tidak dilupakan kerana dalam masyarakat Melayu
terdapat adat sebelum perkahwinan yang masih diamalkan seperti adat merisik, meminang
dan barkahwin. Walau bagaimanpun, terdapat sesetangah masyarakat melayu yang telah
mengabaikannya ekoran arus pemodenan. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan
peranan untuk terus mengekalkan setiap budaya dalam kaum mereka.
pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan
dalam semua kaum di Malaysia. Pihak sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang
berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan
peranan yang agak penting kerana menjadi rumah kedua kepada golongan kanak-kanak dan
remaja selepas rumah mereka dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh golongan ini di
sekolah. Pihak sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina,
Tarian India, Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah mengenai
budaya setiap kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga dapat menggalakkan pelajar
untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak
sekolah haruslah memainkan peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap
cintakan budaya Malaysia dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi.
Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi kaum-
kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat
Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat
tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh
diadakan di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai
aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian
dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-
basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri
atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya. Aktiviti seperti
ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum
disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting
dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di
peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.
mengadakan kempen-kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan
budaya masing-masing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-
kempen yang diadakan oleh pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan
masyarakat betapa pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan
oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan haruslah dibuat secara
berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang
135
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
boleh dilakukan ialah “Bersama Kita Mengekalkan
Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan Bangsa”. Semua pihak boleh mendapat
kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen
yang akan dijalankan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia
perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak
terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat
Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan
sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga
turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang
demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan
dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.
DOMAIN PERIBADI
Pendahuluan
Era penyejagatan pada masa ini semakin hari semakin berkembang pesat ekoran sikap
manusia yang sentiasa berusaha untuk mencapai dan mendominasi kejayaan dalam
kehidupan. Manusia juga sanggup melakukan apa-apa sahaja tanpa berputus asa untuk
memperoleh kejayaan, bak kata pepatah Melayu, genggam bara api biar sampai jadi
arang. Saya meminati sesuatu bidang kerjaya yang amat mencabar dan berisiko. Oleh itu,
persediaan awal adalah amat penting sebelum saya dapat menceburi bidang pekerjaan ini.
Saya perlulah melakukan beberapa persediaan yang sewajarnya kerana yang bulat tidak
datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
melengkapkan diri saya dengan kemahiran insaniah yang meliputi beberapa aspek, iaitu
kemahiran berkomunikasi, mempunyai pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan
maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran
kepimpinan. Sebagai contoh, semasa berada di alam persekolahan dan pengajian tinggi, saya
perlulah menggunakan peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti
kemasyarakatan, sukan atau kebudayaan. Hal ini adalah kerana kemahiran insaniah dapat
mempersiapkan diri saya dengan kemahiran yang boleh diaplikasikan pada masa hadapan
terutamanya semasa berada dalam alam pekerjaan.
saya perlu mempunyai daya saing yang tinggi kerana saya merupakan golongan pemuda-
pemudi yang bakal berhadapan dengan dunia yang kian mencabar ini. Sesungguhnya remaja
di Malaysia amat berbeza dengan remaja di negara lain. Mereka sememangnya sudah diajar
berdikari sejak kecil lagi manakala remaja di negara kita masih ditatang bagai minyak yang
penuh. Jadi, tidak hairanlah mereka lebih matang dan daya saing mereka lebih tinggi
daripada remaja di negara kita. Menyedari hakikat ini, saya perlu kental dan tidak mudah
berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai rintangan. Saya juga mesti membekalkan
diri saya dengan semangat juang yang tinggi untuk mencapai matlamat saya. Jelaslah
membuktikan bahawa seseorang yang ingin mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi
perlulah memiliki daya saing yang tinggi.
136
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
saya juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap bidang pekerjaan
yang bakal saya ceburi itu. Hal ini adalah kerana ketinggian ilmu yang saya miliki dapat
memastikan jati diri saya tidak mudah rapuh. Sejak kecil lagi, rakyat Jepun telah didedahkan
dengan amalan membaca kerana mereka percaya bahawa membaca itu jambatan
ilmu. Hanya dengan membaca, mereka berupaya memajukan negaran mereka dengan
pelbagai teknologi moden yang canggih. Jadi, saya perlu banyak membaca buku-buku yang
berkaitan dengan bidang yang saya minati. Saya percaya bahawa ilmu pengetahuan yang
tinggi mampu mematangkan saya untuk mengatur setiap langkah kehidupan. Sememangnya
pelangi hari ini tidak mampu berjanji untuk muncul pada hari keesokan.
saya perlulah sentiasa sensitif dan prihatin terhadap isu semasa. Saya tidak mahu
menjadi seperti katak di bawah tempurung. Hal ini adalah supaya saya lebih peka terhadap
masalah yang kian menular seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan sama ada di
negara kita atau di luar negara. Saya mestilah memiliki semangat inkuiri yang kuat dan tinggi
supaya saya sentiasa lebih sensitif dan peka terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliling saya.
Hal ini dapat dicapai sekiranya saya rajin membaca surat khabar dan melayari internet untuk
mengetahui isu-isu semasa. Dengan cara ini, saya berupaya untuk menangkis sebarang
cabaran ketika saya bekerja dalam dunia pekerjaan yang berisiko dan mencabar.
saya perlu mempunyai minda yang kreatif dan inovatif. Hal ini dikatakan demikian kerana
seseorang yang dapat berfikir di luar kotak dan berani melakukan anjakan paradigma
mampu untuk menongkah arus dan mendepani cabaran semasa. Sebagai seorang pelajar,
kejayaan akademik memang merupakan satu kepentingan untuk berjaya dalam kehidupan
tetapi tidak dapat disangkalkan juga bahawa mempunyai nilai tambah diri seperti nilai
kepimpinan dan berfikir secara kreatif serta kritis juga signifikan untuk berjaya dalam kerjaya
yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, pemikiran saya yang kreatif dan inovatif dapat
menangani cabaran-cabaran yang bakal saya tempuhi kelak terutamanya pada era
globalisasi ini dan dapat mengemukakan idea-idea yang bernas yang dapat meningkatkan
kualiti kerja saya kelak. Tuntasnya, kemampuan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif
dapat membantu saya ketika melibatkan diri dalam kerjaya yang saya idamkan.
Kesimpulan
Konklusinya, persediaan-persediaan inilah yang wajar saya lakukan sebagai prasyarat untuk
mencapai kejayaan dalam pekerjaan saya nanti. Oleh itu, saya perlulah menitikberatkan
kemajuan diri saya dalam semua aspek sama ada dalam aspek jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial. Dengan cara ini, saya pasti dapat menangkis segala dugaan yang
mendatang kerana saya percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Semoga impian saya akan menjadi realiti dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa.
DOMAIN PERIBADI
Pendahuluan
Belia pada hari ini merupakan pemimpin negara pada masa hadapan. Namun begitu, remaja
yang merupakan tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata
mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan
arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara sarjana, “jika ingin melihat masa
hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini”. Jelaslah di sini, kita dapat lihat
bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.
137
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
Persoalannya, apakah ciri-ciri yang perlu saya miliki sebagai remaja yang menjadi tonggak
negara pada masa hadapan?
Isi-isi penting
keiltizaman yang tinggi. Saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dalam aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu
elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. -
saya perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi menuntut segala
pengetahuan terutamanya ilmu Sains dan Matematik. Arus permodenan telah
memungkinkan segalanya untuk remaja menimba ilmu melalui pelbagai wahana seperti
membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya - tanpa remaja
yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut.
perlu beretika dan bersahsiah mulia. Kepatuhan yang teguh kepada ajaran agama perlu ada
dalam diri saya supaya dapat menjadi benteng kepada diri saya. -ketaatan kepada ajaran
agama juga dapat membentuk sahsiah yang terpuji dalam diri saya. Sebagai contoh, ajaran
agama dapat melatih diri saya untuk berfikiran rasional supaya dapat membezakan baik
buruk sesuatu perkara - saya tidak akan terpengaruh dalam kebejatan sosial yang boleh
mencemarkan nama baik negara- disiplin dalam diri saya juga terpelihara.
ciri kreatif dan inovatif juga perlu saya titik beratkan untuk memacu pembangunan negara
yang gemilang - semangat inkuiri yang tinggi juga perlu saya miliki. Hal ini demikian kerana,
hanya mereka yang berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat
mengecapi kejayaan yang terbilang contoh dalam industri teknologi maklumat dan dan
komunikasi (ICT), orang yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan
menikmati buah kejayaan yang manis. Justeru, pembangunan negara akan tercapai jika
negara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif.
saya haruslah mengekalkan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Dewasa ini, isu remaja mudah
terpengaruh dengan gejala sosial semakin hangat diperkatakan. Keadaan ini bertambah
keruh apabila remaja mudah dipengaruhi dengan budaya kuning dan semakin melupakan
budaya timur. Sebagai contoh, cara berpakaian dan pertuturan harian golongan muda hari
ini bersifat “kebaratan”. Namun begitu, jika remaja berjati diri, sudah tentu mereka sentiasa
sanggup mempertahankan budaya timur yang sememangnya kaya dengan pelbagai amalan
yang luhur. Persis kata peribahasa, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Namun
demikian, remaja harus mengekalkan unsur ketimuran agar tidak dilupai. Program Latihan
Khidmat Negara ialah antara program yang dapat menjamin jati diri dan menanam sikap
cinta akan negaradalam kalangan remaja.
sifat keterbukaan harus saya miliki juga dalam usaha menjadi tonggak negara pada masa
hadapan. Melalui sifat ini, saya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain dengan
tenang dan tidak akan menimbulkan sebarang prasangka yang buruk terhadap mereka.
Selaras dengan misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu
bumbung atau lebih dikenali sebagai satu bangsa, satu bahasa dan satu negara.,maka sifat
keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan kami menjadi pemimpin yang mampu
membangunkan negara kami dengan penuh komited dan dipayungi perpaduan antara
rakyat.
saya juga perlu memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang ingin membangunkan
negara perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada
alaf yang baharu penuh dengan kompetitif, remaja perlu mempunyai kecergasan fizikal dan
bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan remaja di negara maju yang lain - remaja patut mengamalkan
138
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan,
beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok,
kegiatan maksiat dan lain-lain kerana terlajak perahu dapat diundur, terlajak laku buruk
padahnya. Remaja harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset utama yang tidak ternilai.
Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan
dengan slogan “rakyat sihat, negara maju”.
Kesimpulan
Sebagai intiha, aspek-aspek di atas sangat perlu kita miliki dan praktikkannya kerana perkara
ini sudah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk menjana pembangunan negara persis
mutiara kata pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal
menerajui tampuk kepemimpinan negara haruslah merdeka daripada belenggu gejala sosial.
Ghalibnya, hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara.. Semoga
negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju
yang lain dan terkenal di seantero dunia.
DOMAIN PENDIDIKAN
Pendahuluan
Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.
Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab
atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada
setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan
malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Kegiatan
kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak
mengecewakan. Sebenarnya, apakah faedah-faedah yang saya peroleh daripada aktiviti kokurikulum
yang telah saya sertai?
nilai kepemimpinan dapat disemai dan subur dalam diri saya - penting supaya negara
kita tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan kerana generasi
muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara -melalui kegiatan kokurikulum,
terdapat pelajar yang dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi
mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini,
pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan,
amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. - nilai kepemimpinan
dapat dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti kokurikulum yang saya ceburi.
dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara kaum dalam jiwa saya. Perpaduan amat
penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur terutamanya dalam negara
yang berbilang kaum seperti Malaysia. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak
ahlinya - terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Nilai
perpaduan dapat dipupuk apabila saya bersatu dengan rakan yang berbangsa lain dalam
sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, saya dan rakan saya yang berbangsa Cina dan India
mewakili pasukan kami untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun
seperti dalam pasukan bola jarring - kami akan bersatu dan bekerjasama ibarat ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mencapai kejayaan pasukan - kegiatan
kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam
diri saya.
139
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
memupuk nilai berdikari dalam diri saya. Berdikari membawa maksud keupayaan
bertindak sendiri, berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. Dalam
aktiviti kokurikulum, nilai berdikari boleh ditanam melalui penyertaan dalam pasukan
beruniform -contoh, saya perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah
sendiri. Izharlah bahawa nilai berdikari dapat dipupuk melalui penglibatan secara aktif
dalam aktiviti kokurikulum yang saya sertai.
membentuk disiplin diri saya - untuk mencapai kejayaan -Pelajar yang tidak berdisiplin
susah untuk Berjaya -Disiplin juga dapat membentuk sikap tanggungjawab seseorang
pelajar. Peraturan yang ditetapkan dalam unit beruniform bertujuan untuk membentuk
disiplin diri dan melatih mereka supaya berperibadi tinggi dan luhur. Sebagai contohnya,
saya akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Kesimpulan
Kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek pemupukan pelbagai
nilai murni - Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi muda sudah pasti usaha
pembangunan negara akan terbantut kerana mereka merupakan jentera penggerak kemajuan
negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
KERTAS 2: SET 5
BAHAGIAN A
SOALAN 1: MORFOLOGI AYAT
KATA NAMA AM
Ibu bapa Contoh ayat :Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau pergerakkan
anak-anak mereka.
KATA NAMA AM AYAT
kerajaan
Contoh ayat: Bantuan pinjaman buku teks telah diberi oleh kerajaan
kepada murid-murid sekolah.
KATA ADJEKTIF AYAT
Besar Maksud: tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya:
Rumahnya ~ lagi cantik. 2 hampir dewasa; tahu membezakan yg buruk
Contoh ayat - Pak Kasim memerlukan guni yang lebih besar untuk
mengisi ubi keledek yang baru dituainya tadi.
140
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
SOALAN 2: SINTAKSIS
i. untuk mengungkapkan fikiran.
Frasa Sendi Nama
ii. menunjukkan keupayaan dalam mengungkapkan isi kandungan yang pelbagai.
Frasa Kerja
iii. semakin tinggilah kedudukan bahasa tersebut di mata masyarakat.
Frasa Adjektif
iv. peningkatan martabat bangsa
Frasa Nama
v. memerlukan perancangan yang rapi
Frasa Kerja
vi. amat penting demi memertabatkan bahasa
Frasa Nama
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Bil Salah Betul
1. penyelidikkan penyelidikan
2. dalam sangkar di dalam sangkar
3. usahawantani usahawan tani
4. caruman cagaran
5. Kementerian kementerian
6. intensif insentif
7. mensasarkan menyasarkan
8. petani kecil tanggung ditanggung petani kecil
9. di pada
10. menaik tarafkan menaiktarafkan
11. disamping di samping
12. pada kepada
13. industry industri
SOALAN 4: BAHASA STANDARD
Lalu Seri Nara Diraja pun tersenyum apabila Tun Nina Madi diberi gelaran Tun Bijaya Maha
Menteri oleh Sultan Muzaffar Syah. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar,
orang-orang Melayu telah pun berpecah, sebahagian telah berpihak kepada Paduka Raja dan
sebahagian lagi berpihak kepada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya orang yang
berpengaruh/terkenal. Maka Seri Nara Diraja tidak berbaik-baik dengan Paduka Raja, senantiasa
berbalah/bergaduh; dan telah beberapa kali Paduka Raja didapati Paduka Raja berada di kampung
Seri Nara Diraja.
SOALAN 5: PERIBAHASA
i. Kerbau dicucuk hidung
ii. Biar putih tulang, jangan putih mata
iii. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara / Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
141
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
BAHAGIAN B
PETIKAN UMUM
(i) Maksud frasa ejen penyatuan
Wakil penyatuan / kerjsama / penggabungan
(ii) Faedah bersukan
- Merapatkan hubungan sesama kaum
- Tembok politik perkauman dan agama dapat dihapuskan
- Menjadikan mental dan fizikal cergas
(iii) Faedah sukan dari sudut sosial
- Mendapat kawan baharu
- Memupuk semangat setia kawan
- Membentuk disiplin
(iv) Faktor-faktor memandang remeh penjagaan kesihatan
- Sibuk dengan kerjaya dan pelajaran
- Menganggap sukan merupakan aktiviti yang membuang masa dan memenatkan
- Lebih gemar melapangkan minda dengan hiburan seperti melepak, menonton
wayang dan karaoke.
PETIKAN SASTERA
(i) Maksud frasa daripada sakit telinga dengar umpat caci orang
Daripada mendengar orang berkata buruk orang lain
(ii) Masalah yang dihadapi golongan tua kini
- Tidak dihormati golongan muda
- Tinggal sendirian di desa
- Dianggap sebagai golongan yang menyusahkan oleh masyarakat
- Mereka sentiasa merindui ahli keluarga yang tidak pulang menjenguk mereka
(iii) Isu pengabaian warga tua semakin menjadi-jadi
- Anak-anak sibuk dengan kerjaya
- Ibu bapa tidak mahu mengikut anak-anak tinggal di kota
- Masyarakat menganggap golongan tua sebagai golongan yang menyusahkan
-
(iv) Persediaan memastikan hari tua lebih bermakna
- Membuat simpanan yang mencukupi
- Menjaga kesihatan sejak muda
- Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak
- Mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni supaya mereka menghargai jasa ibu
bapa
142
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu
NOVEL
i. Masalah yang dihadapi oleh bayi yang dibantu oleh Doktor Mohammad ialah,
- Bayi yang menghadapi kelahiran pramatang
- Bayi itu menghadapi kesukaran bernafas
- Bayi itu tidak diketahui tarikh konsepsi dengan pasti
- Berat bayi tersebut kurang daripada 2.5kg
ii. Latar Masyarakat dalam novel yang dikaji
Novel Jendela Menghadap Jalan
1.Masyarakat kampung
-Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk
Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.
2.Masyarakat yang saling membantu
-Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa.
Novel Songket Berbenang Emas
1.Masyarakat kampung
- Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua
kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-
lain.
2.Masyarakat yang saling membantu
- Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak
Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.
BAHAGIAN C
RUMUSAN
Fokus 1 (Bahan 1)
Langkah-langkah memupuk perpaduan kaum
1. Penekanan telah diberikan kepada sistem persekolahan yang bercorak kebangsaan
2.Sekolah perlu memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum
3. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah harus menitikberatkan aspek pendidikan yang harmonis
4.Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek
5. Bahasa kebangsaan digunakan secara meluas
6. Pelaksanaan Sekolah Wawasan
7. Pihak sekolah juga boleh menerapkan perpaduan melalui aktiviti kokurikulum
Fokus 2 ( Bahan 1)
Kepentingan memupuk perpaduan kaum
1. Perpaduan mengekalkan keharmonian
Fokus 1( Bahan 2)
Langkah memupuk perpaduan kaum
1. Rakyat harus bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum
2. Ibu bapa perlu sentiasa menerapkan nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil.
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong langkah-langkah pihak sekolah dalam memupuk
perpaduan kaum agar masyarakat majmuk di Malaysia dapat hidup aman damai.
143
FOCUS@mykuale Bahasa Melayu