The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DALILA BINTI BURHAN (KKBEN), 2024-03-18 21:21:02

LAPORAN TAHUNAN 2021 KKBEN

LAPORAN TAHUNAN 2021 KKBEN

Keywords: LAPORAN TAHUNAN,KOLEJ KOMUNITI BENTONG,2021

LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021


Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian daripada terbitan ini TIDAK BOLEH diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam sebarang bentuk sama ada secara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada Pengarah Kolej Komuniti Bentong. Kolej Komuniti Bentong telah sedaya upaya memastikan maklumat yang terkandung dalam laporan ini adalah betul dan sahih. Namun pihak kolej tidak menjamin ketepatan dan kesempurnaannya. Pihak kolej juga berhak sepenuhnya membuat sebarang perubahan kepada mana-mana maklumat dan huraian yang terdapat dalam laporan ini pada bila-bila masa. Pengguna laporan ini hendaklah merujuk kepada pihak kolej untuk mengesahkan ketepatan dan maklumat terkini dan huraian dalam kandungan laporan ini sebelum bertindak berasaskan kandungan dan huraian berkenaan. Pihak kolej tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kekhilafan, kebinasaan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat atau huraian yang diperolehi daripada laporan ini. (C) Hak Cipta KOLEJ KOMUNITI BENTONG 2021 Kementerian Pengajian Malaysia Diterbitkan oleh : Kolej Komuniti Bentong Kementerian Pengajian Tinggi Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat KM 6, Karak Setia 28600 Karak Pahang E-mel : [email protected] Laman Web : kkbentong.jpkk.edu.my Tel : 09 2319460 Fax : 092319461


Unit Pembelajaran Sepajang Hayat 52 Unit Peperiksaan 72 Unit Penyelidikan dan Inovasi 87 Unit Latihan Industri 94 Unit Jaminan Kualiti 105 Unit Pembangunan Pelajar 117 Unit Pengambilan Pelajar 129 Unit Psikologi 139 Unit Belia dan Sukan 148 Unit Keusahawanan 159 Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat 169 Unit Latihan 200 Unit Pembangunan 203 Unit Pentadbiran dan Kewangan 214 Senarai Kandungan Sidang Redaksi 4 Perutusan Pengarah 5 Selayang Pandang 6 Maklumat Korporat 7 Pengurusan Tertinggi 9 Carta Organisasi 10 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 11 Maklumat Pergerakkan Staf 12 Kenaikkan Pangkat 13 Program Pengoperasian Perniagaan 14 Program Teknologi Maklumat 23 Program Teknologi Elektrik 31 Program Teknologi Pembinaan Bangunan 45


Sidang Redaksi AZHAR BIN AHMAD DALILA BINTI BURHAN SITI HAJAR BINTI ABDUL RAJAB RUSLIANA BINTI RUSLE ZAYANAH BINTI SUPYAN SITI JULIANA BINTI HAMIM KHAIRIANA BINTI RAZALI SHARMILI BINTI MOHAMED RAFI NOORHIDAYAH BINTI MOHD JAAFAR @ ABD RAHMAN NORLIANA BINTI ALI MUHAMMAD ANWAR BIN ABDUL HALIM Ts SITI KHAIRUNNISA BINTI BAHARUDIN LAPORAN TAHUNANK O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021 MUHAMAD IZWAN BIN FAUZI TS NOR HASLINDA BINTI SHAMSUDIN MANISAH BINTI MOHAMAD *tiada dalam gambar 4


Bismillahirrahmanirrahim, Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penerbitan Buku Laporan Tahunan 2021 ini. Sesungguhnya segala kejayaan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Kolej Komuniti Bentong sepanjang tahun 2021 adalah kesinambungan kepada tradisi semangat kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak walaupun menempuh pelbagai cabaran berhadapan pendemik covid-19 serta bencana banjir yang melibatkan pelajar, kakitangan serta sebahagian daripada bangunan dan kemudahan di Kolej Komuniti Bentong. Buku Laporan Tahunan ini merupakan dokumentasi bertulis dan bergambar yang merakamkan aktiviti, program dan projek yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021. Penerbitan laporan tahunan ini diharapkan dapat membantu kolej untuk menyebarkan berita, aktiviti dan maklumat-maklumat penting untuk pengetahuan masyarakat dan juga sebagai satu elemen mempromosikan kolej kepada umum. Syabas kepada semua warga Kolej Komuniti Bentong yang telah menyumbang tenaga, masa dan buah fikiran dalam merealisasikan pelbagai program dan aktiviti sehingga membuahkan kejayaan. Buat julung kalinya, anugerah Tokoh TVET dan Tokoh Bitara diperkenalkan sempena Bulan Akademia Peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah dan Puan Nur Farhana binti Hamdan telah terpilih menerima anugerah BITARA. Tahniah kepada Puan Suraya Hanim Binti Ahmad Razan, menerima Anugerah Pembentangan Terbaik keseluruhan bagi sesi pembentangan peserta sempena 5th Polytechnic And Community College Research Of Intellectual Seminar 2021 (PolyCCRISe 2021) yang telah berlangsung secara dalam talian melalui aplikasi google meet. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laporan tahunan pada kali ini. Besarlah harapan saya, agar penerbitan seterusnya akan dapat memaparkan lebih banyak maklumat terkini tentang perkembangan kolej yang boleh dikongsi bersama. Sekian Terima kasih Perutusan Pengarah Mohammad Faizal bin Ahmad | Pengarah Kolej Komuniti Bentong 5


Kolej Komuniti Bentong adalah sebuah dari sepuluh buah Kolej Komuniti di Negeri Pahang. Mula ditubuhkan pada bulan Mac 2003. Kolej ini terletak di KM 6 Karak Setia, Pekan Karak Bentong. Ia adalah sebuah institusi pendidikan dibawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sebuah kampus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Dewan Kuliah, Dewan Seminar, Bengkel-bengkel , Dewan serbaguna, Gelnggang Futsal, Gelanggang Woodball, Surau, Kantin dan mempunyai kemudahan liputan talian internet yang baik. Kolej Komuniti Bentong menawarkan empat (4) kursus utama ditawarkan di Kolej Komuniti Bentong iaitu, Kursus Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Pengoperasian Perniagaan. Di samping itu terdapat juga kursus-kursus pendek dijalankan bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan latihan dan kemahiran secara berterusan. Selayang Pandang Kolej Komuniti Bentong berperanan memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Selain itu juga, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengurusan tertinggi KKBEN bagi memastikan kebolehpasaran graduan KKBEN setanding dengan graduan institusi TVET yang lain di Malaysia. KKBEN komited memastikan setiap program pengajian yang ditawarkan mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Usaha ini adalah untuk memperlihatkan KKBEN sebagai satu destinasi kejayaan dan mampu menandingi keupayaan IPT lain di Malaysia. 5 6


VISI MISI Menjadi peneraju dan pendidikan latihan teknikal dan vokasional serta hab pembelajaran sepanjang hayat menjelang 2025 Membangun komuniti setempat sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional serta pembelajaran sepanjang hayat. Maklumat Korporat 7


OBJEKTIF Maklumat Korporat Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat. Menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community) Menganjurkan dan menyediakan latihan peringkat kemahiran (upskilling), latihan pemantapan kemahiran (reskilling) dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat. Mewujudkan dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegah taruh (stakeholder) Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif serta berkualiti. 8


9 Pengurusan Tertinggi KOLEJ KOMUNITI BENTONG En Mohammad Faizal bin Ahmad PENGARAH En Mohd Faridz bin Zubir TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK Pn Wan Azimas binti Wan Mahmud TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN


Carta Organisasi 10


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 NOR HISHAM BIN MAYIDIN MOHD FARIDZ BIN ZUBIR SAIFUL KASMAN BIN MOHAMAD NAZATUL AZURA BIN MASDAR KOLEJ KOMUNITI BENTONG Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Syabas dan tahniah....... 11


Fadli bin Aziz Penolong Pustakawan S29 04.01.2021 Bertukar dari KPKT Mohamad Hafizi bin Masdar PPPT DH 41 02.02.2021 Mula berkhidmat Hazlinda binti Shamsudin PPPT DH41 15.03.2021 Bertukar dari KK Kota Marudu Zulkefly bin Mukhtar PPPT DH44 02.08.2021 Bertukar dari Politeknik Sultan Idris Shah Norhayati binti Mohamed Basir PPPT DH52 12.09.2021 Bertukar dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Norzelan bin Saleh PPPT DH52 15.09.2021 Bertukar dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Mohammad Faizal bin Ahmad PPPT DH48 15.09.2021 Bertukar dari KK Pekan Maklumat Pergerakan Staf PERTUKARAN MASUK STAF BAHARU 12


Che Ani binti Che Kar PPPT DH34 03.05.2021 Bertukar ke Politeknik Kota Bharu Ahmad Saiful bin Abdul Manaf PPPT DH44 03.05.2021 Bertukar ke Politeknik Metro Kuantan Ahmad Muzzafar bin Che Lah@ Abdul Aziz Pengarah PPPT DH48 15.09.2021 Bertukar ke KK Rompin Nur Hafiza binti Ishak Pegawai Psikologi S44 01.11.2021 Bertukar ke KPWKM Rasyida binti A’alaf PPPT DH48 01.12.2021 Bertukar ke Politeknik Banting Maklumat Pergerakan Staf PERTUKARAN KELUAR STAF BAHARU 13


PROGRAM PENGOPERASIAN PERNIAGAAN LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021


Program Pengoperasian Perniagaan telah mula ditawarkan pada tahun 2003, dengan nama asal Program Perakaunan dan Perniagaan. Program ini telah menawarkan kursus-kursus dalam bidang Perakaunan dan Perniagaan. Namun begitu, berdasarkan permintaan semasa, program ini telah ditukar nama kepada Program Pengoperasian Perniagaan, selaras dengan Sijil Pengoperasian Perniagaan yang ditawarkan. Program Sijil Pengoperasian Perniagaan ini berbentuk sepenuh masa dan memulakan pengambilan pertama pada sesi Mac 2015. Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang dapat membantu dan mampu menyediakan modal insan ke alam pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini juga menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengoperasian perniagaan yang sesuai bagi kerjaya dalam bidang Pengoperasian Perniagaan. Program Pengoperasian Perniagaan PENGENALAN 15


16 Berikut adalah antara kursus yang ditawarkan bagi sijil ini; SEMESTER Matematik Pengurusan Etika Perniagaan Pemasaran Digital Pengurusan Pejabat Pendidikan Islam1 /Pendidikan Moral 1 Kemahiran Insaniah Aplikasi Komputer Communicative English SEMESTER Undang-undang Perniagaaan Prinsip Perakaunan Prinsip Pemasaran Keusahawanan Asas Komunikasi Perniagaan Pendidikan Islam 2/Pendidikan Moral 2 Ko-Kurikulum (Kelab) SEMESTER Prinsip Ekonomi Statistik Pembangunan Perniagaan Pengurusan Sumber Manusia Prinsip Pengurusan Workplace English Ko-Kurikulum (Sukan) Pengajian Malaysia 1 Latihan Industri SEMESTER KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Makmal Perakaunan 1 (Berkomputer), Makmal Perakaunan 2 , Bilik Kuliah 13


17 Staf Akademik Program Pengoperasian Perniagaan DR. SHARMILI BINTI MOHAMED RAFI, NORZI BINTI NGAVI , AFFIDA HANIS BINTI SHOHAILI (KPro), RUSLIANA BINTI RUSLE, NUR SYAHIRA BINTI MOHD SALLEH, NOORHIDAYAH BINTI MOHD JAAFAR@ABD RAHMAN Daripada kiri :


18 TAHUN 2021 BIL AKTIVITI TARIKH PENGLIBATAN 1. Kursus Pengucapan Awam 05.04.2021 Pensyarah & Pelajar  2. Amali Perniagaan Luar Kolej Bersama Peniaga Pasar Malam 07.04.2021 Pensyarah & Pelajar 3. Amali Perniagaan Dalam Kolej Komuniti Bentong 26.04.2021 Pensyarah & Pelajar 4. Mesyuarat Semakan Dokumen Kurikulum Bersama Alumni 09.09.2021 Pensyarah & Pelajar AKTIVITi 2021Program Pengoperasian Perniagaan


19 Galeri Aktiviti Program Pengoperasian Perniagaan Program dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri pelajar. Antara kemahiran yang dipelajari ialah kemahiran eye contact, kejelasan suara, body language dan teknik penyampaian. Kemahiran ini amat sesuai untuk pelajar perniagaan dalam meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi. Keyakinan dan kemahiran komunikasi adalah nilai tambah untuk pelajar perniagaan berdaya saing dalam dunia pekerjaan yang sangat mencabar. Kursus Pengucapan Awam


20 Galeri Aktiviti Program Pengoperasian Perniagaan Aktiviti ilmiah ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi peluang kepada pelajar ilmu perniagaan secara praktikal di pasar malam bersama peniaga. Pelajar juga boleh meningkatkan kebolehan komunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan melalui interaksi dengan peniaga dan pelanggan. Selain itu, pelajar dapat menunjukkan sikap kerjasama dalam kumpulan dan ciri-ciri keusahawanan dalam perspektif yang lebih realistik dalam dunia perniagaan. Amali Perniagaan Luar Kolej bersama Peniaga Pasar Malam


21 Galeri Aktiviti Program Pengoperasian Perniagaan Aktiviti ilmiah ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi peluang kepada pelajar berkaitan ilmu perniagaan secara praktikal. Pelajar juga boleh meningkatkan kebolehan komunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan apabila berinteraksi dengan pelanggan. Selain itu, pelajar dapat menunjukkan sikap kerjasama dalam kumpulan dan memupuk ciri-ciri keusahawanan dalam diri mereka. Amali Perniagaan dalam Kolej Komuniti Bentong


22 Galeri Aktiviti Program Pengoperasian Perniagaan Mesyuarat semakan dokumen ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat dan pendapat daripada alumni mengenai kurikulum Sijil Pengoperasian Perniagaan. Alumni yang terlibat adalah terdiri daripada pengurus, usahawan, kerani dan staf di kedai peruncitan. Pandangan daripada alumni penting bagi memperbaiki kurikulum seiring dengan peredaran dunia pekerjaan. Selain itu, mesyuarat ini juga dapat membantu pensyarah mendapatkan idea dan pengetahuan daripada alumni dalam memahami isu semasa dalam dunia pekerjaan. Mesyuarat Semakan Dokumen Kurikulum Bersama Alumni


PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021


Program Teknologi Maklumat PENGENALAN 24 Teknologi Maklumat (IT) memainkan peranan penting dalam dunia hari ini. Perubahan pesat dan kemajuan dalam Teknologi Maklumat membantu meminimumkan masa yang diperlukan dalam setiap aspek kehidupan. Persekitaran abad ke-21 memerlukan seseorang untuk berpengetahuan dan bijak menggunakan komputer dan internet. Teknologi Maklumat digunakan secara meluas dalam setiap bidang kehidupan. Tiada kerja yang lengkap tanpa menggunakan IT. Tiada sumber maklumat dianggap sah tanpa rujukan dan petikan yang mungkin melalui internet. Tahap potensi produktiviti dan hasil yang diingini boleh ditingkatkan secara progresif dengan penggunaan internet dan sistem teknologi. Oleh itu, program ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berpotensi untuk menyesuaikan penggunaan teknologi dan bertanggungjawab dalam komputer sistem serta teknologi rangkaian untuk menghadapi cabaran baru bidang teknologi maklumat selaras dengan keperluan negara. Pelajar mempunyai peluang untuk mendapatkan pengetahuan yang berkaitan dengan sistem komputer dan rangkaian secara teori dan praktikal. Ia membantu mereka memperoleh wawasan yang luas mengenai IT. Program ini juga memerlukan pelajar untuk menjalani Latihan Industri untuk memastikan pelajar dapat memperolehi persekitaran kerja yang betul serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


25 Program Teknologi Maklumat Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat yang yang sesuai untuk kerjaya dalam teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan dalam bidang ini akan membolehkan graduan memulakan kerjaya dalam pelbagai bidang seperti: KEMUDAHAN DISEDIAKAN Kemudahan yang disediakan bagi pelajar Program Sijil Teknologi Maklumat ialah : • Makmal Pengaturcaraan 1 • Makmal Pengaturcaraan 2 • Makmal Multimedia • Makmal Pemasangan Komputer • Makmal IOT Juruteknik Komputer Pembantu Pengaturcara Usahawan Teknologi Maklumat Pentadbir IT Pembangun Laman Web Sokongan Projek IT Sokongan Meja Bantuan Juruteknik Perkhidmatan IT


26 Staf Akademik Program Teknologi Maklumat Daripada kiri : DALILA BINTI BURHAN, Ts. SITI KHAIRUNNISA BT BAHARUDIN (KPro), NURFARHANA BINTI HAMDAN, MUHAMMAD ANWAR BIN ABDUL HALIM, MOHAMAD HAFIZI BIN MASDAR, NAZATUL AZURA BINTI MASDAR, Ts. SURIYATI BINTI ABDUL MOKHTAR, NORMAH BINTI ABDUL MALIK


BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1.    STM MYCCSKILLS 1 Februari 2021 Kolej Komuniti Bentong 2.    STM Appreciation Day 15 Disember 2021 D’Bilut Agro Farm 3.    Kursus Augmented Reality 6-7 Oktober 2021 Kolej Komuniti Bentong 4.    Mesyuarat Program STM 27 Mei 2021 Kolej Komuniti Bentong 5.    Mesyuarat Semakan Data Peperiksaan Sesi Disember 2020 28 Julai 2021 Kolej Komuniti Bentong AKTIVITi 2021 Program Teknologi Maklumat 27


28 Galeri Aktiviti Program Teknologi Maklumat STM MYCCSKILLS


29 Galeri Aktiviti Program Teknologi Maklumat STM Appreciation Day


30 Galeri Aktiviti Program Teknologi Maklumat Kursus Augmented Reality


PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021


32 Program Teknologi Elektrik PENGENALAN Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali sebagai Sijil Pemasangan Elektrik) direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini. Pada Sesi Julai 2017, Sijil Teknologi Elektrik telah ditawarkan di Kolej Komuniti Bentong dengan menggunakan struktur dan Kurikulum Semakan Mei 2018. Pada Sesi 1 2021, penawaran program ini menggunakan kurikulum yang baharu iaitu Versi 1 2021. Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang teknologi elektrik selari dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar akan diberi peluang menerokai kerjaya di dalam bidang teknologi elektrik. Program ini mendedahkan pelajar tentang pengetahuan teori dan amali dengan mempraktikkan konsep teknologi elektrik.


Program Teknologi Elektrik Tempoh pengajian bagi Sijil Teknologi Elektrik adalah 4 Semester. Pelajar akan menjalani Latihan Industri pada Semester 4. Antara prospek kerjaya bagi Program Teknologi Elektrik adalah pelajar berpotensi menjadi juruteknik yang berkebolehan dan dapat menyesuaikan diri untuk menyokong aspirasi negara dalam menyediakan tenaga kerja teknologi kejuruteraan. Kemudahan yang disediakan bagi pelajar Program Teknologi Elektrik ialah : - Makmal Elektrik dan Elektronik Makmal Teknologi Elektrik Makmal Pendawaian Elektrik Makmal Elektrik Industri (BK 1 dan 2) Bengkel Pendawaian Terbuka 1 Bengkel Pendawaian Terbuka 2 33


34 Staf Akademik Program Teknologi Elektrik Daripada kiri : NURUL NADIAH BINTI HASHIM, SITI JULIANA BINTI HAMIM, NORAZLIN BINTI AHMAD, WIDYAWATIE BT NAWI, NORZELAN BIN SALEH (KPro), NOR HISHAM BIN MAYIDIN


TAHUN 2021 BIL AKTIVITI TARIKH PENGLIBATAN 1 Bengkel Penyediaan Dokumen SRR02 Sijil Teknologi Elektrik 2 – 5 Mac 2021 Pensyarah : 9 orang 2 Bengkel Semakan Dokumen SRR02 Atas Talian Bagi Program Pengajian Kolej Komuniti Fasa 2 Di Bawah Badan Profesional Majlis Akreditasi Teknologi (TTAC), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) – SKE 15 Mac 2021 Pensyarah : 8 orang 3 Persediaan Lawatan Penilaian dan Proses Akreditasi Program MBOT secara talian 1 Julai 2021 Pensyarah : 8 orang 35 AKTIVITi 2021 Program Teknologi Elektrik


TAHUN 2021 BIL AKTIVITI TARIKH PENGLIBATAN 5 Lawatan Audit Pemeriksa Luar (External Examiner) untuk Program Teknologi Elektrik KK Bentong secara atas Talian 30 September - 1 Oktober 2021 Pensyarah : 8 orang 6 Lawatan Penanda Aras Program Teknologi Elektrik dari Kolej Komuniti Kuantan ke Kolej Komuniti Bentong 29 Oktober 2021 Pensyarah : 8 orang 7 Lawatan Penanda Aras ke KK Arau 30 Oktober 2021 hingga 1 November 2021 Pensyarah : 5 orang pensyarah SKE dan 3 orang dari unit Peperiksaan 8 Kursus Membaiki Motor Elektrik dengan Industri 24 November 2021 Pelajar : 8 pelajar SKE Pensyarah : 2 orang 36 AKTIVITi 2021 Program Teknologi Elektrik


37 Galeri Aktiviti Program Teknologi Elektrik Bengkel Penyediaan Dokumen SRR02 Sijil Teknologi Elektrik Bengkel ini telah dilaksanakan untuk memastikan semua pensyarah bersedia dengan penyediaan dokumen SRR02 Sijil Teknologi Elektrik. Bengkel ini dijalankan pada 2 Mac 2021 sehingga 5 Mac 2021. Tugas-tugas telah dibahagikan dan semakan setiap dokumen telah dibincangkan bagi memastikan dokumendokumen memenuhi kriteria yang diperlukan dalam persediaan Audit MBOT pada tahun 2022 nanti.


38 Galeri Aktiviti Program Teknologi Elektrik Bengkel Semakan Dokumen SRR02 Atas Talian Bagi Program Pengajian Kolej Komuniti Fasa 2 Di Bawah Badan Profesional Majlis Akreditasi Teknologi (TTAC), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) – SKE Bengkel ini telah dilaksanakan oleh pihak JPPKK untuk Kolej Komuniti Bentong mengenai semakan dokumen akreditasi MBOT. Semua staf telah terlibat dalam bengkel ini. Bengkel ini dijalankan pada 15 mac 2021 secara atas talian. Tujuan bengkel ini adalah untuk memastikan semua pensyarah bersedia dengan dokumen lengkap yang diperlukan dalam persediaan Audit MBOT pada tahun 2022 nanti.


39 Galeri Aktiviti Program Teknologi Elektrik Persediaan Lawatan Penilaian dan Proses Akreditasi Program MBOT secara talian Satu webinar persediaan menghadapi audit MBOT telah dijalankan pada 1 Julai 2021. Semua pensyarah menghadiri taklimat ini dan sesi perkongsian oleh kolejkolej lain telah di audit juga turut terlibat.


40 Galeri Aktiviti Program Teknologi Elektrik Bengkel Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan Rubrik bagi Kurikulum versi 2021 Program Peringkat Sijil Kolej Komuniti (Bidang Kejuruteraan Elektrik – Kluster 2) Kursus SEE10023 Alat Pengukuran Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memurnikan lagi JSU dan Rubrik bagi Kursus SEE 10023 Alat Pengukuran. Bengkel ini telah dihadiri oleh Pn Norazlin binti Ahmad dan Pn Rasyida binti A’alaf. Bengkel ini telah berlangsung selama 3 hari bagi mencapai objektif.


41 Galeri Aktiviti Program Teknologi Elektrik Lawatan Audit Pemeriksa Luar (External Examiner) untuk Program Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Bentong secara atas Talian Program Sijil Teknologi Elektrik akan menjalankan sesi audit sebenar MBOT (Akreditasi Teknologi) pada tahun 2022, oleh yang demikian syarat wajib perlu ada untuk audit ini adalah audit oleh Pemeriksa Luar (External Examinar). Sesi ini tidak dapat dijalankan secara bersemuka disebabkan faktor keselamatan Covid 19. Oleh itu lawatan secara talian sahaja dijalankan pada 30 September hingga 1 Oktober 2021 yang melibatkan semua pensyarah, pelajar dan juga alumni (SKE) Kolej Komuniti Bentong.


42 Galeri Aktiviti Program Teknologi Elektrik Lawatan Penanda Aras Program Teknologi Elektrik dari Kolej Komuniti Kuantan Lawatan Penanda aras ini bertujuan untuk memenuhi khidmat dan nasihat kepada Kolej Komuniti Kuantan mengenai program Solar di Kolej Komuniti Bentong. KK Bentong telah melaksanakan CSR pemasangan sistem solar Rumah Komuniti KK Bentong oleh pensyarah dan juga pelajar. KK Bentong juga turut memberi kerjasama dari segi kepakaran dalam bidang ini agar dapat dimanfaatkan kepada kolej-kolej lain yang berminat.


43 Galeri Aktiviti Program Teknologi Elektrik Lawatan Penanda Aras ke KK Arau dan KK Langkawi Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk memenuhi saranan oleh panel penilai luar untuk audit MBOT. Disamping itu, ia juga dapat mendedahkan kepada peserta lawatan tentang pengurusan sistem peperiksaan mengikut kehendak MBOT. Justeru itu, dengan lawatan ini juga dapat menambah pengetahuan tentang penyediaan Fail Penyelaras Kursus (FPK), penyediaan soalan pentaksiran pelajar dan proses pelaksanaan moderasi skrip jawapan pelajar. Lawatan ini disertai oleh 5 orang pensyarah dari program SKE dan 3 orang dari unit peperiksaan.


44 Galeri Aktiviti Program Teknologi Elektrik Kursus membaiki Motor Elektrik dengan Industri Kursus ini melibatkan 8 orang pelajar dan 2 orang pensyarah bertempat di Makmal Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Bentong oleh pihak industri. Tujuannya adalah untuk mendedahkan pelajar SKE dan juga pensyarah dalam bidang pembaikan motor elektrik. Kursus ini dijalankan pada 24 November 2021.


PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021


46 Program Teknologi Pembinaan Bangunan PENGENALAN Program Teknologi Pembinaan telah ditubuhkan pada tahun 2007 dengan menawarkan kursus Sijil Teknologi Pembinaan. Pada tahun 2013 iaitu Sesi Julai 2013, ditawarkan pula Sijil Kolej Komuniti Berterusan, SKK(T) iaitu Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan. Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang teknologi pembinaan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Dalam program ini, pelajar akan diberi peluang menerokai kerjaya di dalam bidang teknologi pembinaan. Program ini juga mendedahkan pelajar tentang pengetahuan teori dan amali dengan mempraktikkan konsep teknologi pembinaan.


47 Program Teknologi Pembinaan Bangunan Tempoh pengajian bagi Sijil Teknologi Pembinaan adalah 4 Semester. Pelajar akan menjalani Latihan Industri pada Semester 4. Antara prospek kerjaya bagi Program Teknologi Pembinaan ialah penyelia tapak bina, kontraktor, sub kontraktor, pembantu juruukur bahan, kerani tapak, usahawan dan penyelia keselamatan & kesihatan pekerjaan. 2. Kemudahan Disediakan Kemudahan yang disediakan bagi pelajar Program Teknologi Pembinaan ialah : - 1) Makmal Konkrit 2) Bengkel Bata 3) Bengkel Kerja Kayu 4) Bengkel Ukur 5) Bengkel Perkhidmatan Bangunan


48 Staf Akademik Program Teknologi Pembinaan Bangunan Daripada kiri : ZAYANAH BINTI SUPYAN, HARYATI BINTI BAHARUDDIN, NUR FARAHIYAH BINTI SIDIK AHMAD, NORAINI BINTI MAT LUJI (KPro), AZWAN BIN HARUN, RATNA DEWI BT HALIFI, SITI HAJAR BINTI ABDUL RAJAB, WAN AZIMAS BINTI WAN MAHMUD, SURAYA HANIM BINTI AHMAD RAZAN (tiada dalam gambar)


TAHUN 2021 BIL AKTIVITI TARIKH PENGLIBATAN 1 Aktiviti pelajar : Estimating Drawing Camp 27 April 2021 Pensyarah : 3 orang Pelajar : 12 pelajar STPB 2 (Sesi Dis 2020) 2 Kursus OSH Coordinator (Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) 5-8 Oktober 2021 Pensyarah : 10 orang 49 aktiviti 2021 Program Teknologi Pembinaan Bangunan


50 Program Teknologi Pembinaan Bangunan Estimating Drawing Camp Program Estimating Drawing Camp diadakan pada 27 April 2021 bertempat di Kolej Komuniti Bentong secara dalam talian. Program ini disertai oleh 12 orang pelajar semester 2 dan 3 orang pensyarah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai subjek Anggaran Kos dan Ukur Kuantiti. Selain itu, penganjuran program ini juga dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas terutamanya dalam skop kerja berkaitan anggaran kos dan ukur kuantiti bangunan. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan kaedah pengiraan pengukuran kuantiti bangunan secara teori dan praktikal. Selain itu, ia juga dapat mempelbagaikan kemahiran hard-skill pada setiap pelajar Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan. Seterusnya, program, ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada pensyarah dalam merancang PdP agar dapat memenuhi kehendak Kurikulum Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan. Galeri Aktiviti


Click to View FlipBook Version