51 Program Teknologi Pembinaan Bangunan Kursus OSH Coordinator (Penyelaras Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan) Kursus OSH Coordinator (Penyelaras Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan) ini diadakan pada 5 hingga 8 Oktober 2021 bertempat di Kolej Komuniti Bentong secara dalam talian. Kursus ini disertai oleh 10 orang pensyarah Program Teknologi Pembinaan Bangunan. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan pensyarah mempraktikkan kemahiran berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang telah dipelajari. Di samping itu, ilmu yang diperolehi juga dapat dimanfaatkan oleh peserta agar dapat disebarluas kepada pelajar dan staf sokongan yang lain. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tambahan kepada pensyarah Galeri Aktiviti
UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021
53 Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat PENGENALAN Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat dikenali sebagai UPSH merupakan sebuah jabatan yang menjadi pelaksana pelbagai aktiviti yang boleh diikuti untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan individu bagi mewujudkan masyarakat yang berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. Justeru, Kolej Komuniti Bentong turut menawarkan kursus-kursus pendek kepada masyarakat dan komuniti setempat. OBJEKTIF 1. Menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan komuniti berpengetahuan (k-communities). 2. Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melatih semula (reskilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat. 3. Menyediakan rangkaian strategik (strategic networking) untuk mengukuhkan aktiviti sosio ekonomi di kalangan pelanggan setempat dan pelabur (stakeholder). 4. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti.
54 Staf Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat RUSLIANA BINTI RUSLE NURFARHANA BINTI HAMDAN KHAIRIANA BINTI RAZALI (Ketua Unit) SURAYA HANIM BINTI AHMAD RAZAN
55 pencapaian Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat sepanjang tahun (kpi) 2021
56 senarai kursus Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat sepanjang tahun 2021
57 senarai kursus Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat sepanjang tahun 2021
58 senarai kursus Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat sepanjang tahun 2021
59 senarai kursus Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat sepanjang tahun 2021
60 senarai kursus Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat sepanjang tahun 2021
61 senarai kursus Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat sepanjang tahun 2021
62 Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
63 Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
64 Galeri Aktiviti Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
65 Galeri Aktiviti Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
66 Galeri Aktiviti Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
67 Galeri Aktiviti Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
68 Galeri Aktiviti Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
69 Galeri Aktiviti Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
70 Galeri Aktiviti Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
71 Galeri AktivitiUnit Pembelajaran Sepanjang Hayat
UNIT PEPERIKSAAN LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021
PENGENALAN Unit Peperiksaan Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Bentong bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan yang berkaitan dengan penilaian dan persijilan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Unit Peperiksaan adalah merangkumi: Urusan pendaftaran kursus pelajar dan pensyarah Urusan pemantauan proses Penilaian Akhir Urusan pemprosesan keputusan penilaian Urusan persijilan Urusan pentadbiran Unit Peperiksaan 73
Unit Peperiksaan OBJEKTIF Antara objektif utama Unit Peperiksaan adalah: Merancang, menyedia dan menyelaras program-program aktiviti penilaian dan peperiksaan. Mengeluarkan dan mengedarkan arahan, peraturan dan pekeliling berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan. Menerima, merekod dan menyimpan semua dokumen-dokumen atau borang yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan. Menyediakan laporan keputusan peperiksaan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej. Menyediakan dan mengedarkan semua keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Kolej dan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti (slip, transkrip dan sijil). 74
Unit Peperiksaan Staf Daripada kiri : DALILA BINTI BURHAN, ZAYANAH BINTI SUPYAN ( Pegawai Peperiksaan), SITI HAJAR BINTI ABDUL RAJAB, SITI JULIANA BINTI HAMIM 75
BIL KPI Sasaran 2021 Pencapaian 2021 Perancangan Aktiviti Catatan 1 Menguruskan keputusan peperiksaan pelajar 2 2 Memastikan Keputusan Peperiksaan SKK tersedia (available) untuk dirujuk oleh pelajar dalam masa seminggu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej. Pelajar dapat mengetahui keputusan peperiksaan sehari selepas mesyuarat peperiksaan di peringkat Kolej Komuniti Bentong. 2 Mengadakan semakan data lulusan 2 2 Menyediakan senarai lulusan Sijil Kolej Komuniti untuk disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. Pelajar boleh mengambil transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian (kohort 2 dan kohort 3) di Unit Peperiksaan. Bilangan lulusan Kohort 2- 19 orang Kohort 3 - 65 orang Unit Peperiksaan PENCAPAIAN TAHUNAN (KPI) 2021 76
BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1 Bengkel Community College Management System (CCMS) & Penilaian 28 Januari 2021 Dalam talian, (Google Meet) 2 Majlis Penyampaian Anugerah Pengarah Sesi Jun 2020 30 April 2021 Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Bentong 3 Bengkel Outcome Based Education (OBE) dan Penilaian Peringkat Kolej Komuniti Bentong 21 September 2021 Dalam talian, (Google Meet) 4 Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Pahang Tahun 2021 26 Oktober 2021 Dalam talian, (You Tube) 5 Lawatan Penanda Aras Unit Peperiksaan dan Unit Elektrik 30 Oktober 2021 – 1 November 2021 Kolej Komuniti Langkawi dan Kolej Komuniti Arau SENARAI AKTIVITI TAHUN 2021 Unit Peperiksaan 77
BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT 6 Bengkel Pembinaan Item Pentaksiran / Penilaian Peringkat Kolej Komuniti Bentong 18 November 2021 Dalam talian, (Google Meet) 7 Taklimat Peperiksaan dan OBE Pelajar Sesi Disember 2020 4 Mac 2021 D`Teroh Villa, Karak 8 Taklimat Peperiksaan dan OBE Pelajar Sesi 1 2021/2022 24 September 2021 Dalam talian, (Webex) 9 Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Peringkat Kolej Komuniti Bentong Sesi Disember 2020 2 Ogos 2021 Dalam talian, (Google Meet) 10 Taklimat Gred T dan Penilaian Alternatif pada Pensyarah Sijil Teknologi Maklumat 8 Jun 2021 Dalam talian, (Google Meet) SENARAI AKTIVITI TAHUN 2021 Unit Peperiksaan 78
BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT 11 Taklimat Gred T dan Penilaian Alternatif pada Pelajar Sijil Teknologi Maklumat 25 Jun 2021 Dalam talian, (Google Meet) 12 Peperiksaan Akhir bagi Sesi Disember 2020 (Penilaian Alternatif Sijil Teknologi Maklumat) 28 Jun 2021 – 16 Julai 2021 Dalam talian, (Google Classroom) SENARAI AKTIVITI TAHUN 2021 Unit Peperiksaan 79
Unit Peperiksaan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Pahang Tahun 2021 telah diadakan secara dalam talian pada 26 Oktober 2021. Majlis ini diadakan di Kolej Komuniti Temerloh. Majlis ini merupakan alternatif bagi pelaksanaan majlis konvokesyen yang dilaksanakan secara konvensional semasa musim pandemik. Majlis konvokesyen pada kali ini meraikan 1075 orang graduan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya di 10 buah Kolej Komuniti negeri Pahang. Kolej Komuniti yang terlibat adalah Kolej Komuniti Bentong, Kolej Komuniti Kuantan, Kolej Komuniti Paya Besar, Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Pekan, Kolej Komuniti Rompin, Kolej Komuniti Jerantut, Kolej Komuniti Raub, Kolej Komuniti Bera dan Kolej Komuniti Lipis. Kesemua graduan terdiri daripada pelajar Kohort 1 dan Kohort 2. MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ KOMUNITI NEGERI PAHANG TAHUN 2021 Galeri Aktiviti 80
Unit Peperiksaan MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ KOMUNITI NEGERI PAHANG TAHUN 2021 Majlis konvokesyen ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah semua Pengarah Kolej Komuniti Negeri Pahang. Kolej Komuniti Bentong selaku tuan rumah Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Pahang Tahun 2021 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Galeri Aktiviti 81
Unit Peperiksaan BENGKEL COMMUNITY COLLEGE MANAGEMENT SYSTEM (CCMS) DAN PENILAIAN Bengkel Community College Management System (CCMS) dan Penilaian telah diadakan pada 28 Januari 2021 secara dalam talian mengunakan platform Google Meet. Bengkel ini diadakan bagi memberi kaedah yang betul kepada pensyarah untuk mengisi kehadiran dan markah penilaian pelajar ke dalam CCMS. Ini adalah penting dalam proses penilaian pelajar. Penceramah bagi bengkel ini adalah En. Suhalil bin Omar dari Bahagian Peperiksaan & Penilaian, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti serta Pn. Norazuwa bt Salehudin dari Kolej Komuniti Temerloh. Galeri Aktiviti 82
83 Unit Peperiksaan MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGARAH SESI JUN 2020 Majlis Anugerah Pengarah diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang mendapat status akademik Cemerlang iaitu mendapat Purata Nilai Mata (PNM) 3.67 dan ke atas bagi sesi Jun 2020. Selain itu, majlis ini juga diadakan bagi memberi semangat kepada pelajar untuk terus maju jaya dalam pembelajaran walaupun ketika ini menggunapakai kaedah pembelajaran hybrid (bersemuka dan dalam talian). Majlis ini telah diadakan di Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Bentong pada 30 April 2021. Majlis ini diadakan 2 sesi mengikut kapasiti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada musim pendemik Covid-19. Galeri Aktiviti
84 Unit Peperiksaan BENGKEL OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) DAN PENILAIAN PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BENTONG Bengkel Outcome Based Education (OBE) dan Penilaian Peringkat Kolej Komuniti Bentong telah diadakan pada 21 September 2021 secara dalam talian dengan menggunakan platform Google Meet. Bengkel ini diadakan untuk menambah pengetahuan pensyarah berkenaan OBE yang telah dilaksanakan di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penceramah bagi bengkel pada kali ini adalah En. Asmawi bin Muda @ Othman, pensyarah dari Kolej Komuniti Kuantan. Beliau juga merupakan Master Trainer bagi Jawatankuasa Pengurusan Bank Soalan Kolej Komuniti bagi kluster 2, Bidang Kejuruteraan Elektrik. Galeri Aktiviti
85 Unit Peperiksaan LAWATAN PENANDA ARAS UNIT PEPERIKSAAN DAN UNIT ELEKTRIK Lawatan penanda aras sering dilaksanakan oleh sebuah institusi bagi meningkatkan perkhidmatan dan menambahbaik mutu kerja. Unit Peperiksaan dan Unit Elektrik telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Langkawi. Lawatan ini dimulai dengan melawat Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Langkawi pada 31 Oktober 2021 disusuli dengan Kolej Komuniti Arau pada 1 November 2021. Galeri Aktiviti
86 Unit Peperiksaan BENGKEL PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN/ PENILAIAN PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BENTONG – 18 NOVEMBER 2021 Bengkel Pembinaan Item Pentaksiran / Penilaian Peringkat Kolej Komuniti Bentong telah diadakan pada 18 November 2021. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah kursus untuk menghasilkan item pentaksiran/ penilaian yang berkualiti. Bengkel ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Peserta bengkel ini terdiri daripada 38 orang pensyarah. Penceramah bagi bengkel ini adalah En. Md Emran bin Saidi dari Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Beliau juga merupakan Master Trainer bagi Jawatankuasa Pengurusan Bank Soalan Kolej Komuniti bagi kluster 2, Bidang Kejuruteraan Elektrik. Galeri Aktiviti
UNIT PENYELIDIKAN INOVASI DAN KOMERSIALISASI LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021
88 Unit Penyelidikan,Inovasi dan Komersialisasi Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersilisasi adalah sebuah unit yang bertangungjawab sebagai peneraju di Kolej Komuniti Bentong dalam usaha untuk memperluaskan akses dan dan meningkatkan kualiti graduan dan institusi secara keseluruhan melalui aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Fokus utama Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialisasi adalah untuk mendedahkan, membudayakan dan memperkasakan aktiviti penyelidikan, penulisan dan inovasi dikalangan warga kolej Komuniti Bentong. PENGENALAN Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga Kolej Komuniti Bentong Membudayakan penyelidikan & penulisan serta produk inovasi di Kolej Komuniti Bentong Meneraju kajian & penyelidikan bagi keperluan Kolej Komuniti Bentong. Menjalinkan kolaborasi dengan pihak luar berkaitan penyelidikan dan inovasi Memberi khidmat rundingan dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi Mengurus dan mengawal selia kemudahan dan sokongan penyelidikan dan inovasi. OBJEKTIF
89 Unit Penyelidikan,Inovasi dan Komersialisasi NORLIANA BINTI ALI (Pegawai UPIK), NURUL NADIAH BINTI HASHIM, NORHAYATI BINTI MOHAMED BASIR (tiada dalam gambar) Daripada kiri :
BIL PENCAPAIAN CATATAN 1 Penerbitan di Jurnal Puan Rusliana binti Rusli. Perceive Usefulness of Instagram as a Marketing Tool in Higher Education Institutions. Journal of ICT in Education (JICTIE) vol 8, Issue 1, 2021. 2 Pertandingan Inovasi: PERISA ‘ 21 Puan Norhazlinda binti Shamsudin: Development of Dual Water Catcher System for Community Puan Sharmili binti Mohamed Rafi: My Business Tool Kit 3 International Creative and Innovative Product Exhibition 2021 (ICnPE) Puan Sharmili binti Mohamed Rafi & Rusliana binti Rusle: My Business Tool Kit Mendapat Pingat Perak 4 Pembentangan di Polyccrise ’2021, Kolej Komuniti Temerloh Puan Siti Aishah binti Sahairi: Kesediaan Pelajar Kolej Komuniti Bentong Terhadap Pembelajaran dan Pengajaran dalam Talian (PdPDT). Puan Suraya Hanim binti Ahmad Razan: Kajian Pembinaan Pelabuhan Tukun Tiruan bagi Tujuan Pemuliharaan Hidupan Liar dan Marin di Pulau Songsang, Yan Kedah. Menerima anugerah: Pembentangan terbaik PENCAPAIAN TAHUNAN (KPI) 2021 Unit Penyelidikan,Inovasi dan Komersialisasi 90
91 KURSUS PENULISAN ILMIAH (ANDA TULIS, ANDA DAPAT) 25.3.2021 Kolej Komuniti Bentong Galeri Aktiviti Unit Penyelidikan,Inovasi dan Komersialisasi
92 ASAS PENYELIDIKAN 6.9.2021 KOLEJ KOMUNITI BENTONG Galeri Aktiviti Unit Penyelidikan,Inovasi dan Komersialisasi
93 Penyertaan pensyarah Kolej Komuniti Bentong, di Polytechnic and Community College Research of Intelectual Seminar. (PolyCCRise2021) Galeri Aktiviti Unit Penyelidikan,Inovasi dan Komersialisasi
UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI (UPLI) LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021
95 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) PENGENALAN OBJEKTIF Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Kolej Komuniti Bentong bertanggungjawab dalam menguruskan sesi latihan industri pelajar. Melalui latihan industri pelajar didedahkan kepada alam pekerjaan sebenar dalam pelbagai aspek antaranya komunikasi, etika serta amalan keselamatan di tempat kerja. Sesi latihan industri juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari. Peranan unit ini bukan sekadar mengendalikan sesi latihan industri, malah ia juga bertanggungjawab dalam melaksanakan program-program yang bersesuaian agar dapat membuka ruang kepada pelajar dan bekas pelajar untuk memasuki alam pekerjaan sekaligus meningkatkan nilai tambah graduan. Memastikan semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan industri berjalan dengan lancar dan berkesan dengan: Memastikan pelajar ditempatkan di firma yang bersesuaian dengan program yang diikuti. Menguruskan lawatan penyeliaan latihan industri agar ianya berjalan mengikut perancangan. Memastikan keputusan penilaian pelajar mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Mengendalikan program-program yang berkaitan agar dapat: Memberi peluang kepada graduan untuk mendapat pekerjaan. Membuka peluang kepada graduan untuk menimba kemahiran dari penyelia yang berpengalaman. Meningkatkan kemahiran teknikal graduan. Memberi peluang kepada graduan dan bakal graduan untuk mendapatkan persijilan / pertauliahan dari badan profesional berkaitan bidang yang diceburi. Melengkapkan graduan dengan nilai tambah supaya dapat bersaing dengan graduan IPTA / IPTS yang lain. Melahirkan graduan yang dapat memenuhi kehendak pasaran kerja. 96
97 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) NORZI BINTI NGAVI, AZWAN BIN HARUN, NOORHIDAYAH BINTI MOHD JAAFAR@ABD RAHMAN, WIDYAWATIE BT NAWI Daripada kiri :
PENCAPAIAN TAHUNAN (KPI) 2021 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Sepanjang tahun 2021, terdapat 3 sesi pelajar yang menjalani latihan industri. Bilangan pelajar yang menjalani latihan industri pada sesi Mac, Julai dan November masing –masing adalah sebanyak 56, 10 dan 96 orang pelajar. Kesemua pelajar telah mendapat tempat menjalani latihan industri sebelum sesi latihan bermula. Maklumat lanjut mengenai pelajar yang menjalani latihan industri bagi tahun 2021 mengikut sesi dan program adalah seperti berikut: PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI 98
PENCAPAIAN TAHUNAN (KPI) 2021 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Bagi tujuan penilaian, pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti atau kini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK), telah mengeluarkan garis panduan khas iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Industri Kolej Komuniti. Di dalam garis panduan tersebut, pembahagian penilaian markah pelajar adalah seperti berikut: MAKLUMBALAS INDUSTRI TERHADAP PELAJAR Secara keseluruhannya, industri memberikan maklumbalas yang memuaskan kepada prestasi keseluruhan pelajar yang menjalani latihan industri di tempat mereka. 99
100 Unit Perhubungan dan Latihan Industri TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SIRI 1 YANG MENJALANI (UPLI) LATIHAN INDUSTRI SESI 1 DAN SESI 2 2021 Setiap kali bermulanya semester baru, pelajar tahun akhir akan diberi taklimat latihan industri. Sebanyak dua siri taklimat pelajar yang wajib dihadiri pelajar. Siri pertama taklimat latihan industri adalah mengenai permohonan dan siri kedua adalah mengenai etika lapor diri dan peraturan yang perlu dipatuhi semasa menjalani latihan industri. Taklimat latihan industri siri 1, adalah mengenai tatacara permohonan tempat latihan industri pelajar. Selain itu juga, taklimat bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar kaedah memohon tempat untuk latihan industri, menerangkan mengenai pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada pada pelajar dan menyediakan para pelajar daya saing dan daya tahan yang tinggi sebelum memasuki dunia pekerjaan. Melalui taklimat ini Unit Perhubungan dan Latihan Industri dapat memberi penerangan yang jelas mengenai tatacara permohonan yang betul. Turut diedarkan pada hari berkenaan adalah Borang Maklumat Pelajar( BMP) dan Borang Jawapan Permohonan Pelajar (BJPP) . Galeri Aktiviti