Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) TAKLIMAT LAPOR DIRI DAN ETIKA LATIHAN INDUSTRI SIRI 2 PELAJAR LI SESI 1 2021 DAN SESI 2 2021 Taklimat Lapor Diri dan Etika Latihan Industri diberikan kepada pelajar bagi memaklumkan berkenaan dengan tatacara menjalani latihan industri dan peraturan sepanjang latihan industri yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Tujuan Taklimat diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan etika menjalani latihan industri, menerangkan mengenai garis panduan perlaksanaan latihan industri kepada pelajar dan menyediakan para pelajar daya saing dan daya tahan yang tinggi sebelum memasuki dunia pekerjaan. Melalui taklimat ini Unit Perhubungan dan Latihan Industri dapat memberi penerangan yang jelas mengenai etika menjalani latihan industri. Pelajar turut diingatkan supaya mendapatkan Buku Laporan Harian Latihan Industri dan Surat Lapor Diri di Unit Perhubungan dan Latihan Industri sebelum memulakan latihan industri. Turut diedarkan pada hari berkenaan adalah Buku Garis Panduan Perlaksanaan Latihan Industri Kolej Komuniti. Galeri Aktiviti 101
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) BENGKEL PENULISAN RESUME Bengkel Penulisan Resume telah diadakan khusus untuk pelajar yang menjalani latihan industri pada sesi 2 2021. Bengkel ini dijalankan bermula pada 8.30 pagi sehingga 1.30 petang. Objektif bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang resume, memberi pendedahan tentang cara-cara untuk menulis resume kepada pada pelajar dan mengajar teknik penulisan yang bersesuaian mengikut jenis pekerjaan yang dipohon. Secara keseluruhannya bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan juga berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Galeri Aktiviti 102
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) PROGRAM MISI BANTUAN BANJIR (PROGRAM ALUMNI) PROGRAM BUAL BICARA LATIHAN INDUSTRI & PEMBANGUNAN KERJAYA ANDA Galeri Aktiviti 103
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) SHARING SESSION YOUR SUCCESS IS OUR STORY INDUSTRIAL TALK – CREATE YOUR CAREER MAP Galeri Aktiviti 104
UNIT JAMINAN KUALITI LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021
Unit Jaminan Kualiti PENGENALAN Unit Jaminan Kualiti adalah sebuah unit pengurusan maklumat berkesan bagi semua pegawai kanan, staf akademik dan organisasi mengenai dokumen terperingkat prosedur kerja, pelan strategik dan prosedur pembelajaran dan pengajaran (PDP) di Kolej Komuniti Bentong. Unit ini merancang, melaksana dan menguruskan penerimaan dokumen terperingkat yang mematuhi piawaian dan standard akreditasi MQA, MBOT dan persijilan yang bersesuaian 106
Unit Jaminan Kualiti Ts. SURIYATI BINTI ABDUL MOKHTAR, NAZATUL AZURA BINTI MASDAR, DR. SHARMILI BINTI MOHAMED RAFI, Ts. SITI KHAIRUNNISA BT BAHARUDIN, WIDYAWATIE BT NAWI Daripada kiri : 107
BIL AKTIVITI TARIKH PENGLIBATAN 1 Bengkel Pelan Strategik 2021 23,24 & 26 Februari 2021 Pegawai Kanan dan Ketua Program 2 Taklimat Penyediaan FRP 08 Mac 2021 Unit Jaminan Kualiti Semua Pensyarah 3 Bengkel Awareness EOMS oleh SIRIM 14 Jun 2021 Unit Jaminan Kualiti Semua Warga Kolej 4 Bengkel Persediaan EOMS 23 Jun 2021 Unit Jaminan Kualiti Semua Warga Kolej 5 Semakan Prosedur Kerja ke arah EOMS 17-23 Ogos 2021 Unit Jaminan Kualiti Semua Pemegang Proses Kerja 6 Audit 1 EOMS SIRIM 13 -14 September 2021 Unit Jaminan Kualiti Semua Pemegang Proses Kerja 7 Lawatan Penanda Aras Ke arah EOMS di Kolej Komuniti Kuala Langat 24 November 2021 Unit Jaminan Kualiti dan Pemegang Proses Unit Jaminan Kualiti PENCAPAIAN TAHUNAN (KPI) 2021 108
Unit Jaminan Kualiti BENGKEL PELAN STRATEGIK 23,24 &26 JUN 2021 Pelan Strategik disediakan berdasarkan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025 dan fasa 1 2020-2025 yang menerangkan hala tuju perjalanan organisasi berdasarkan 6 teras strategik dengan pemantauan daripada Sistem PERSIST yang telah diperkenalkan pada tahun 2021 oleh Jabatan Pendidikan Politeknik. Pelan Strategik ini dihasilkan gabungan daripada Transformasi Politeknik, Pemerkasaan Kolej Komuniti, Eleven Malaysia Plan 2016-2020, Malaysia Education Blue Print 2015-2025 dan Industri 4.0. Pelan Strategik menerangkan betapa besarnya tanggungjawab warga kolej dalam menjalankan semua tugas hakiki dalam mencapai kecemerlangan institusi. Merancang dan menyedia pelan strategik tahun 2021 rentetan daripada pencapaian tahun 2020 mengikut 6 TERAS berikut: Teras 1: Memastikan Graduan TVET Berkualiti Teras 2: Memantapkan Governan Yang Responsif Dan Mampan Teras 3: Pemerkasaan Bakat Teras 4: Pemantapan Program Pengajian Teras 5: Memperkukuh Kolaborasi Industri, Komuniti Dan Alumni Teras 6: Memperkasa Penyelidikan Dan Inovasi Galeri Aktiviti 109
Unit Jaminan Kualiti TAKLIMAT PENYEDIAAN FRP 08 MAC 2021 Taklimat Kualiti dijalankan setiap semester bagi memudahkan kefahaman pensyarah dalam menyediakan dokumen Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) dengan lebih efektif. Taklimat ini mengandungi segala penambahbaikan yang telah dibuat oleh Unit Jaminan Kualiti seperti berikut: Pengedaran Kurikulum, Takwim akademik dan Jadual Waktu (Kawalan Dokumen) Penerangan mengenai hebahan Kurikulum dan capaian merujuk kepada study plan JPPKK. Penerangan Capaian dokumen PdP seperti Garis Panduan PdP dan Port Folio, Fail Penilaian, Kit PdP, Maklumat Program, Pemantauan PdP, Bank Soalan dan Moderasi serta lain-lain yang berkaitan dengan Unit Jaminan Kualiti dan pensyarah. Link Capaian Kit Dokumen Kualiti KKbentong ialah di https://drive.google.com/drive/folders/1KguUo39ga8QiRnNaG0M2Gbo8bjD7LQ2Y?usp=sharing Penerangan Garis Panduan PdP Edisi 2020. Penggunaan I FRP SRKP Versi 15 Penyediaan Fail Penyelaras Kursus Galeri Aktiviti 110
Unit Jaminan Kualiti SEMAKAN PROSEDUR KERJA KE ARAH EOMS 23 JUN 2021 Bengkel Penyediaan Dokumen dijalankan bagi menyelaraskan dan menambahbaik manual kualiti dan prosedur kerja Kolej Komuniti Bentong. Galeri Aktiviti 111
Unit Jaminan Kualiti Bengkel Awareness EOMS SIRIM 14 Jun 2021 Organisasi pendidikan hendaklah mewujud, melaksana, menyelenggara (maintain) dan menambahbaik secara berterusan EOMS, termasuk proses yang diperlukan dan interaksi proses-prosesnya, sejajar dengan keperluan EOMS. Galeri Aktiviti 112
Unit Jaminan Kualiti BENGKEL PENYELARASAN DOKUMEN EOMS MENGIKUT UNIT 3-4 OGOS 2021 SEMAKAN DOKUMEN PROSEDUR KERJA SEMUA UNIT DI KOLEJ KOMUNITI BENTONG Galeri Aktiviti 113
Unit Jaminan Kualiti Bengkel Semakan MPK 17-23 Ogos 2021 Penyelarasan Semua Prosedur Kerja Galeri Aktiviti 114
Unit Jaminan Kualiti AUDIT SIRIM EOMS ‘STAGE 1’ 13-14 SEPTEMBER 2021 Organisasi Pendidikan hendaklah mewujud, melaksana, menyelenggara (maintain) dan menambahbaik secara berterusan EOMS, termasuk proses yang diperlukan dan interaksi proses-prosesnya, sejajar dengan keperluan EOMS melalui proses audit. Galeri Aktiviti 115
Unit Jaminan Kualiti Lawatan Penanda Aras EOMS di Kolej Komuniti Kuala Langat 24 November 2021 Galeri Aktiviti 116
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021
Unit Pembangunan Pelajar PENGENALAN Unit Pembangunan Pelajar (UPP) merupakan satu komponen yang terpenting dalam pentadbiran hal ehwal pelajar. Unit ini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pelajar, mengurus selia urusan pentadbiran dan kewangan, perancangan dan pelaksanaan aktiviti pelajar, tatatertib dan disiplin, bantuan kewangan dan kebajikan pelajar. Unit ini merupakan pemangkin ke arah pembentukan kecemerlangan, kewibawaan dan keterampilan pelajar melalui pelaksanaan program pembangunan sahsiah pelajar. Pelbagai perancangan dan pelan tindakan telah dirancang untuk mencapai matlamat kolej untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah pelajar. Pendekatan ini akan dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk menjadi insan cekal, bijak berkomunikasi, boleh memimpin dan berfikiran terbuka serta yakin kepada diri sendiri. Dalam membentuk kecemerlangan pelajar, aspek akademik dan kokurikulum haruslah seimbang dan saling melengkapi antara satu sama lain. Unit Pembangunan Pelajar memikul tanggungjawab dalam memastikan keseimbangan tersebut wujud pada diri setiap pelajar. 118
Unit Pembangunan Pelajar OBJEKTIF Bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengurus dan memastikan semua urusan pelajar yang berkaitan dengan hal-hal pelajar berjalan dengan lancar seperti : 1) Hal-hal kebajikan pelajar seperti bantuan kewangan, insurans dan kebajikan am pelajar dijaga. 2) Hal-hal disiplin pelajar dipantau dan diselia sepanjang berada di kolej. 3) Memastikan Hari Suai Kenal Pelajar bagi pelajar sepenuh masa berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. 4) Menubuhkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di kolej sebagai wakil suara pelajar-pelajar bagi membantu pelajar mendapatkan kemudahan yang sedia ada di kolej, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar, menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar. 119
Unit Pembangunan Pelajar MOHAMAD HAFIZI BIN MASDAR NUR FARAHIYAH BINTI SIDIK AHMAD *tiada dalam gambar NOR AZIMAH BINTI IBRAHIM (Pegawai Pembangunan Pelajar) 120
BIL KPI SASARAN 2021 PENCAPAIAN 2021 PERANCANGAN AKTIVITI 1 JPP - Pilihanraya Kolej 1 kali setahun 1 Membuat hebahan, penamaan calon dan pilihanraya dijalankan setahun sekali. 2 Aktiviti JPP 4 program setahun 4 Menjalankan aktiviti berkaitan akademik, riadah, sukarelawan, esport dan sebagainya. 3 Insurans pelajar 100% 100% Mendaftarkan dan memperbaharui perlindungan insurans berkelompok pelajar pada setiap tahun. 4 Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) 100% 100% Membuat hebahan berkenaan BKPKK. Mengenalpasti pelajar yang layak dan memastikan mereka mendapat bantaun kewangan pelajar. 5 Kewangan 100% 100% Memastikan kelancaran pengurusan kewangan OS 41000 dan OS 42000. Unit Pembangunan Pelajar PENCAPAIAN TAHUNAN (KPI) 2021 121
BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1 HALAQAH ILMU - RUKUN SOLAT DAN BACAAN ANJURAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) 5 FEBRUARI 2021 SECARA DALAM TALIAN 2 PERTANDINGAN E-SPORT PUBG ANJURAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) 18 MAC 2021 SECARA DALAM TALIAN 3 PILIHANRAYA JPP SESI 2021/2022 07 APRIL 2021 KOLEJ KOMUNITI BENTONG 4 MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JPP TAHUN 2021 09 APRIL 2021 KOLEJ KOMUNITI BENTONG 5 PROGRAM ZIARAH MAHABBAH RAMADAN BERSAMA PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BENTONG 28 APRIL 2021 SEKITAR KARAK 6 PROGRAM AKADEMIK JPP - SPELL IT RIGHT 26 NOVEMBER 2021 KOLEJ KOMUNITI BENTONG 7 KEM KEPIMPINAN JPP 4 & 5 DISEMBER 2021 KEM SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT, SELANGOR Unit Pembangunan Pelajar aktiviti 2021 122
BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT 8 TAZKIRAH MALAM LAILATULQADAR ANJURAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 7 MEI 2021 SECARA DALAM TALIAN 9 MESYUARAT JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) BERSAMA PIHAK PENGURUSAN KOLEJ KOMUNITI BENTONG 09 JUN 2021 SECARA DALAM TALIAN 10 PROGRAM SEMANIS KASIH HARAPAN 22 JULAI 2021 SEKITAR KARAK DAN BENTONG 11 PROGRAM SEMARAK MERDEKA 19 OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER 2021 SECARA DALAM TALIAN 12 PROGRAM JPP- KURSUS PERTOLONGAN CEMAS 15 NOVEMBER 2021 KOLEJ KOMUNITI BENTONG 13 PROGRAM PENDAKIAN BUKIT HALIA & CSR MENJAGA ALAM SEKITAR 17 DISEMBER 2021 BUKIT HALIA, KARAK Unit Pembangunan Pelajar aktiviti 2021 123
Unit Pembangunan Pelajar PROGRAM SEMANIS KASIH SEBAKUL HARAPAN Unit Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) telah melaksanakan sesi ziarah serta agihan bakul makanan kepada para pelajar Kolej Komuniti Bentong yang terkesan sepanjang musim pandemik ini. Program ini telah berjaya mengedarkan sebanyak 9 bakul makanan kepada para pelajar sekitar Karak dan Bentong. Sumbangan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban serta menceriakan para pelajar yang terkesan sepanjang musim pendamik ini Galeri Aktiviti 124
Unit Pembangunan Pelajar AKTIVITI PENDAKIAN BUKIT HALIA DAN CSR PEMBERSIHAN KAWASAN PENDAKIAN Pendakian Bukit Halia merupakan salah satu daripada daripada aktiviti yang dilaksanakan bagi menenuhi aktiviti Unit Pembangunan Pelajar didalam silibus Grooming the Champions. Program ini secara tidak langsung meningkatkan kekuatan fizikal, kekuatan mental serta kekuatan rohani para peserta. Disamping itu juga penekanan kepada pentingnya menjaga alam sekitar tidak kira dimana sahaja mereka berada. Galeri Aktiviti 125
Unit Pembangunan Pelajar KUNJUNGAN ZIARAH MAHABBAH RAMADAN ANJURAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KE RUMAH SEWA PELAJAR DI SEKITAR KARAK Program Ziarah Mahabbah Ramadan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Bentong bersama pihak pengurusan melakukan sesi ziarah ke rumah-rumah sewa pelajar di sekitar Karak dan menyampaikan sumbangan keperluan makanan bagi membantu meringankan kos sara hidup pelajar. Galeri Aktiviti 126
Unit Pembangunan Pelajar PROGRAM SPELL IT RIGHT ANJURAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SPELL IT RIGHT! adalah suatu pertandingan mengeja yang dijalankan dalam bahasa Inggeris bagi mencungkil bakat pelajar Kolej Komuniti Bentong dalam pengetahuan mengenai pembendaharaan kata yang terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain menambah ilmu pengetahuan, program ini juga bertujuan untuk memupuk keberanian pelajar dalam menonjolkan diri di khalayak ramai yang mampu untuk menaikkan keyakinan diri untuk tampil ke hadapan. Tambahan pula, Unit Pembangunan Pelajar ingin memperbanyakkan dan membudayakan ilmu dalam kebanyakan program yang dikhususkan kepada semua pelajar Kolej Komuniti Ilmu. Galeri Aktiviti 127
Unit Pembangunan Pelajar KEM KEPIMPINAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) Kem Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi tahun 2021 telah diadakan di Kem Sungai Congkak pada 4 hingga 5 Disember 2021. Objektif Kem Kepimpinan ini diadakan adalah untuk memupuk nilai kepimpinan, disiplin dan kerjasama antara ahli JPP, memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua ahli JPP tentang pegurusan diri secara berkesan dan juga menguji daya tahan mental, fizikal dan rohani setiap peserta. Galeri Aktiviti 128
UNIT PENGAMBILAN PELAJAR LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021
Unit Pengambilan Pelajar PENGENALAN Unit Pengambilan berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan, pendaftaran dan rekod pelajar Kolej Komuniti. Unit Pengambilan merancang, melaksana, mengurus dan menyemak proses penawaran, pendaftaran dan urusan hal-hal pengambilan pelajar bagi semua program pengajian di Kolej Komuniti berdasarkan ketetapan syarat-syarat kemasukan bagi memastikan norma yang ditetapkan pada setiap ambilan tercapai seterusnya menjadi peneraju institusi TVET yang unggul. Pada masa yang sama, unit ini bekerjasama dengan beberapa unit lain seperti Unit Penerangan dan Unit Pembangunan Pelajar dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan syarat dan cara untuk menyambung pengajian ke Kolej Komuniti. Antara objektif utama Unit Pengambilan adalah : Mengurus norma ambilan pelajar Menguruskan urusan permohonan dan penawaran kepada pelajar-pelajar baharu. Menguruskan urusan pendaftaran pelajar baharu dan pelajar senior. Menguruskan urusan hal-hal pelajar seperti pertukaran kolej dan pertukaran program. Menyediakan fail untuk penyimpanan rekod dan data secara sistematik. Memastikan maklumat di dalam sistem dikemaskini sentiasa oleh penasihat akademik. Memastikan dokumen-dokumen di dalam Fail Peribadi Pelajar dikemaskini oleh Penasihat Akademik/Pensyarah Kelas sentiasa. OBJEKTIF 130
Unit Pengambilan Pelajar 131 RATNA DEWI BINTI HALIFI (Pegawai Pengambilan) AZWAN BIN HARUN NORAZLIN BINTI AHMAD
BIL KPI SASARAN Sesi I 2021/2022 PENCAPAIAN Sesi I 2021/2022 PERANCANGAN AKTIVITI 1 Bilangan program dibuka 4 4 Menggalakkan aktiviti promosi ke seluruh daerah Bentong dan menggiatkan penggunaan media sosial sebagai tempat untuk menyalurkan maklumat berkenaan dengan permohonan menyambung pengajian 2 Peratus kemasukan pelajar berdasarkan Norma Ambilan Pelajar SKE – 60 SPP – 60 STM – 60 STP – 60 SKE – 69 (115%) SPP – 20 (33%) STM – 17 (28%) STP – 25 (42%) Menggalakkan aktiviti promosi ke seluruh daerah Bentong dan menggiatkan penggunaan media sosial sebagai tempat untuk menyalurkan maklumat berkenaan dengan permohonan menyambung pengajian Unit Penhambilan Pelajar PENCAPAIAN TAHUNAN (KPI) 2021 132
BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1 Program Hari Pendaftaran Pelajar Baharu dan Senior Sesi Disember 2020 (Kemasukan Mac 2021) 3 - 4 Mac 2021 Kolej Komuniti Bentong 2 Bengkel Penyelarasan dan Penggunaan CCMS Modul HEP Peringkat Kolej Komuniti Bentong 1 Mac dan 7 April 2021 Kolej Komuniti Bentong 3 Program Hari Pendaftaran Pelajar Baharu dan Senior Sesi I 2021/2022 22 – 23 September 2021 Kolej Komuniti Bentong 4 Bengkel Penggunaan dan Penyelarasan CCMS Modul HEP Peringkat Kolej Komuniti Bentong 20 September dan 12 November 2021 Kolej Komuniti Bentong 5 Program 1 get 1 Sepanjang tahun Kolej Komuniti Bentong 6 Promosi Kemasukan Pelajar Sepanjang tahun Facebook dan Instagram rasmi KKBEN 7 Membuka Booth/Career Talk / Pameran Sepanjang tahun Sekitar Daerah Bentong Unit Pengambilan Pelajar aktiviti 2021 133
Unit Pengambilan Pelajar PROGRAM HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN SENIOR SESI DISEMBER 2020 (KEMASUKAN MAC 2021) Anjuran : Unit Pengambilan Tarikh/Hari : 3 – 4 Mac 2021 Tempat : Kolej Komuniti Bentong Penyertaan : Pelajar Baharu dan Senior Kolej Komuniti Bentong Bagi Sesi Disember 2020, Kolej Komuniti Bentong perlu mengambil pelajar seramai 60 orang berdasarkan Unjuran Norma Ambilan Pelajar Baharu Kolej Komuniti bagi tahun 2020. Program Hari Pendaftaran Pelajar Baharu akan dilaksanakan secara fizikal mengikut Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti Sesi Disember 2020 (Kemasukan Mac 2021) dimana urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara berperingkat bagi memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-satu masa Pada hari pendaftaran, Kolej Komuniti Bentong menerima tetamu yang terdiri daripada waris dan penjaga kepada bakal pelajar. Sehubungan itu, taklimat telah diberikan kepada waris dan penjaga berkaitan penawaran khususnya di Kolej Komuniti Bentong serta laluan kerjaya atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Waris dan penjaga juga telah diberi penerangan mengenai proses pengasingan pelajar yang akan dilaksanakan. Selain itu, slot bersama Pengarah Kolej Komuniti Bentong turut dijalankan bagi memberi peluang kepada tetamu untuk bertanyakan lebih lanjut berkenaan kolej komuniti. Galeri Aktiviti 134
Unit Pengambilan Pelajar BENGKEL PENYELARASAN DAN PENGGUNAAN CCMS MODUL HEP PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BENTONG SESI DISEMBER 2020 Tarikh kursus : 01 Mac 2021 dan 07 April 2021 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Kolej Komuniti Bentong Bilangan peserta : 9 orang Penasihat Akademik Objektif kursus : Memberi pendedahan kepada pensyarah kelas untuk mendaftarkan pelajar dalam CCMS – Modul HEP. Memberi pendedahan kepada pensyarah kelas untuk mengemaskini data pelajar di dalam CCMS. Menerangkan kepada pensyarah kelas kaedah untuk mendapatkan data pelajar dari CCMS. Galeri Aktiviti 135
Unit Pengambilan Pelajar PROGRAM HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN SENIOR SESI I 2021/2022 Anjuran : Unit Pengambilan Tarikh/Hari : 22 – 23 September 2021 Tempat : Kolej Komuniti Bentong Penyertaan : Pelajar Baharu dan Senior Kolej Komuniti Bentong Bagi Sesi I 2021/2022, Kolej Komuniti Bentong perlu mengambil pelajar seramai 240 orang berdasarkan Unjuran Norma Ambilan Pelajar Baharu Kolej Komuniti bagi tahun 2021. Program Hari Pendaftaran Pelajar Baharu dan Senior akan dilaksanakan secara atas talian mengikut Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti Sesi I 2021/2022 di mana Jawatankuasa Pendaftaran sahaja yang terlibat semasa hari pendaftaran dijalankan. Galeri Aktiviti 136
Unit Pengambilan Pelajar BENGKEL PENYELARASAN DAN PENGGUNAAN CCMS MODUL HEP PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BENTONG SESI I 2021/2022 Tarikh kursus : 20 september dan 12 November 2021 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Kolej Komuniti Bentong Bilangan peserta : 13 orang Penasihat Akademik Objektif kursus : Memberi pendedahan kepada pensyarah kelas untuk mendaftarkan pelajar dalam CCMS – Modul HEP. Memberi pendedahan kepada pensyarah kelas untuk mengemaskini data pelajar di dalam CCMS. Menerangkan kepada pensyarah kelas kaedah untuk mendapatkan data pelajar dari CCMS. Galeri Aktiviti 137
Unit Pengambilan Pelajar PROGRAM 1 GET 1 Anjuran : Unit Pengambilan Tarikh/Hari : Sepanjang tahun 2021 Tempat : Kolej Komuniti Bentong Penyertaan : Pelajar Kolej Komuniti Bentong Program ini dilaksanakan bagi menggalakkan pelajar mengajak rakan-rakan mereka turut menyambung pengajian di kolej. Pelajar yang sedia ada adalah medium yang paling dipercayai oleh rakan sebaya mereka yang di luar sana. Oleh itu, program ini telah menunjukkan pencapaian yang amat baik di mana 17 pelajar telah mendaftar hasil dari program ini. Pelajar sedia ada yang memberi komitmen terhadap program ini telah diberikan sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih kerana sokongan mereka kepada kolej Komuniti. Galeri Aktiviti 138
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021
Unit Pengurusan Psikologi PENGENALAN OBJEKTIF Penubuhan Unit Pengurusan Psikologi, Kolej Komuniti Bentong merupakan salah satu unit yang memberikan perkhidmatan pelanggan kepada warga Kolej Komuniti Bentong dan juga masyarakat setempat. Unit ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada para pelajar dan juga rujukan luar. Kebanyakkan mereka memerlukan bimbingan, motivasi dan juga sesi kaunseling. Selain daripada program itu juga, unit ini menawarkan dan telah menjalankan beberapa kursus motivasi dan juga kursus pendek untuk warga kolej dan penduduk setempat. Memberi Khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi mereka. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindar pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkahlaku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkahlaku jenayah. Memberi khidmat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada individu-individu yang memerlukannya. Memberi khidmat kaunseling yang bersifat pengayaan, pemulihan, pencegahan dan pengembangan kepada komuniti setempat. 140
141 Unit Pengurusan Psikologi NUR HAFIZA BINTI ISHAK (Pegawai Pengambilan) SITI HAJAR BINTI ABDUL RAJAB
PENCAPAIAN TAHUNAN (KPI) 2021 Unit Pengurusan Psikologi BERIKUT MERUPAKAN DATA PERKHIDMATAN KAUNSELING YANG TELAH DIJALANKAN KEPADA KAKITANGAN DAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BENTONG 142
PENCAPAIAN TAHUNAN (KPI) 2021 Unit Pengurusan Psikologi STATISTIK BILANGAN KLIEN TERMASUK PELAJAR DAN KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI BENTONG YANG TELAH MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SEPANJANG TAHUN 2021 143
aktiviti 2021 Unit Pengurusan Psikologi 144
Unit Pengurusan Psikologi Galeri Aktiviti 145
Unit Pengurusan Psikologi Galeri Aktiviti 146
Unit Pengurusan Psikologi Galeri Aktiviti 147
UNIT SUKAN LAPORAN TAHUNAN K O L E J K O M U N I T I B E N T O N G2021
Unit Sukan PENGENALAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Program pembangunan sukan yang seimbang adalah alat untuk membangunkankan potensi diri pelajar dan kakitangan kearah melahirkan insan yang yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dan kakitangan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan riadah baik di peringkat kolej ataupun pertandingan yang disertai di luar kolej, dengan menyertai acara pertandingan yang diadakan maka mereka dapat mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara serta gaya hidup sihat. Kemudahan yang disediakan bagi pelajar dan kakitangan ialah: - Dewan serbaguna yang menempatkan acara sukan badminton dan sukan ping pong. Dewan terbuka yang menempatkan sukan futsal, bola jaring, bola tampar dan sepak takraw. Kawasan terbuka yang menempatkan gelanggang woodball 24 gate. Pusat kegiatan aktiviti pelajar yang mempunyai kemudahan gym dan sukan dalaman. Kemudahan basikal bukit (MB) sebanyak 14 buah yang ditempatkan dipintu masuk kolej bedepan dengan pondok pengawal keselamatan. 149
150 Unit Sukan NAZANIAH BIN HANAFI MOHAMAD HAFIZI BIN MASDAR (Pegawai Belia & Sukan)