The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amierkl, 2019-07-19 22:06:37

10-FalsafahHidup-OCR-Mono-75

10-FalsafahHidup-OCR-Mono-75

Seketika terjadi perang satu Negara Israel dengan tujuh negara Arab
(1949) negara-negara Arab kalah. Orang bertanya kepada Jamal Abdul
Nasser: 'Mengapa Negara-negara Arab tujuh kalah oleh Yahudi yang hanya
satu Negara', 'Itulah sebabnya kami kalah, Mereka bersatu kami pecah
tujuh.'

Maka- bilamana telah berebut pengaruh dalam negeri, pangkat, pekerja-
an, kemasyhuran dan lain..lain, perpecahanpun timbullah. Ketika itu tim-
bullah kemarahan yang tidak sepatutnya, diperkuda-kuda masyarakat
umum untuk melepaskan kebencian kepada musuh, padahal hanya musuh
diri, bukan musuh negeri.

Riwayat bangsa-bangsa telah menunjukkan bahwa pemaaf dan penyan-
tun juga pangkal kemajuan dan kemenangan orang-orang yang ternama. Pe-
maaf, lagi tidak mempeduIikan akan kritik yang hanya tirnbul dari ke-
bencian, bukan kritik yang timbul dari niat memperbaiki. Mereka diam-
kan itu, musuh-musuh itupun menolong menaikkannya dengan tidak se-
dar.

Kerana pemaafnya maka Socrates boleh menjadi pemimpin pikiran
baharu dalam kalangan anak muda-muda di negerinya. Ia disuruh memi-
num racun sebagia hukuman, sebab dia melanggar kebiasaan umum. Racun
itupun diminumnya seteguk demi seteguk dengan tenang.

Tetapi, adakah hakim-hakim yang menghukumnya itu tersebut sebagai
pencipta yang mula-mula daripada paham falsafat?

Mu'awiyah dapat meramp as khalifah daripada Ali ibn Abi Talib padahal
Ali lebih berhak dengan pangkat itu. Diselidiki oleh ahli riwayat, keme-
nangan Mu'awiyah itu tersebab daripada satu sifatnya yang amat mulia,
yang meskipun Ali mempunyai pula sifat-sifat yang lain yang mulia pula,
tetapi sifat yang sebuah itu padanya tidak setebal pada Mu'awiyah, yaitu
sifat hilm, sifat pemaaf. Banyak sekali orang-orang ¥ang dahulu mencaci
menghinakannya berterang bermuka-muka, atau di belakang-belakang, ke-
mudian menjadi pembelanya, sebab bila dipukul orang dia dengan hinaan,
dibalasnya dengan mas. Diurutnya dadanya yang penuh dengan kemarahan
dan dilahirkannya senywnan. Sebab itulah maka benar pepatah Mu'awi-
yah: 'Meskipun rambut yang memperhubungkan daku dengan umat, na-
mun rambut itu tidaklah akan putus; sebab bila umat itu keras, rambut itu
akan aku kenduri, dan biIamana mereka lunak, waktu itulah aku helakan.'

Pada suatu hari bertanya kepadanya Amir ibn AI-Ash: 'Heran saya me-
lihat engkau, Ya Amiral Mukrninin, pengecutkah engkau atau berani.'

Dia menjawab:

145

'Berani, apabila kesempatan mengizinkan; jika tidak terbuka kesempat-
an, sayapun pengecut. '

146

v. SEDERHANA

BANYAK terdapat orang yang memperturutkan syahwatnya, tidak dike-
kangnya sedikit juga, diperturutkannya sahaja, sehingga dikorbankannya
harta bendanya, nama baiknya, bangsanya dan negerinya, Tidak dia peduli
akan kena hinaan orang banyak atau akan kena kutukan Tuhan, kerana se-
mata-mata memperturutkan seruan syahwat belaka. Maka rosak binasalah
badannya, jatuhlah dia ke dalam lembah kehinaan yang sejatuh-jatuhnya.

Ada pula orang yang samasekali hendak membelakangi seruan syahwat-
nya itu, tidak hendak diberinya sedikit juga, sehingga ada yang tidak me-
makan makanan yang enak, atau pakaian yang bagus, bahkan ada yang
enggan berbini selama hidupnya. Maka rosak pulalah dan lemahlah dia,
tidak berkudrat sedikit juga di dalam hidupnya.

Ada anak-anak muda di kampung-kampung, di tanah-tanah yang luas
dan di kebun-kebun yang subur, kerjanya pergi duduk-duduk mengobrol
ke pelantar lepau, atau pergi mengadu puyuh dan mengadu balam ke me-
dan permainan. Waktu makan pulang sahaja, tidak ada niatnya hendak
mencari rezeki dan nafkah, sedang yang payah masuk sawah, pergi ke la-
dang atau ke kebun, ialah orang-orang perempuan. Akhirnya, maka orang-
orang tua laki-Iaki eli kampung itu biasanya hanya dipindahkan ke surau
buruk, tidak dihargai oleh anak kemenakan, sebab di waktu mudanya
kebanyakan anak muda-muda itu hanya duduk di lepau, tidak mahu
berusaha.

Ada pula yang bergiat bersungguh-sungguh mencari rezeki, sehingga
tidak pernah tohor kaki celananya, siang malam, petang dan pagi, lupa
kesehatan, lupa tidur, lupa memakan makanan yang enak, bahkan kadang-
kadang lupa memakai pakaian yang cantik, kerana meskipun dia bersung-
guh-sungguh mencari kehidupan, kerjanya hanya mengumpulkan wang,
bukan membelanjakan wang.

147

Terdapat pula di antara kedua macam perangai Itu, perangai yang terle-
tak di tengah-tengah. Dia tidak memperturutkan syahwat, tetapi diberinya
juga sedikit, sekadar pelepaskan yang menyakiti betul. Di waktu mudanya
tidak disia-siakannya waktunya. Dia pergi mencari rezeki, untuk persiapan

di waktu tuanya, tetapi di dalam mencari rezeki itu tiada dilupakannya
pula mencukupkan alat yang perlu bagi hidupnya pada waktu itu. Diatidak
terla1u mengazabkan dirinya, sebab yang diusahakannya dan dicarinya itu
ialah untuk dirinya itu. Mengapa maka yang dicarikan itu akan dirosak-
kan?

Maka golongan yang pertama tadi, tercela sebab dia berlebih-lebihan.
Golongan kedua tercela sebab terla1u berkekurangan. Kedua-duanya itu
memberi bahaya bagi diri sendiri pada akibatnya. Yang terpuji ialah golo-
ngan yang ketiga, golongan yang sederhana, yang meletakkan sesuatu di
tempatnya, yang memilih segala pekerjaan mana yang bagus. Yang bagus-
nya ialah yang eli tengah-tengah.

Orang yang sederhana, yang tidak condong terla1u condong, tidak rebah
terlalu rebah. Meskipun syahwat yang diharuskan syarak sekalipun, tidak-
lah dia melebihi daripada mestinya, ketika mengambil kesempatan dari-
pada keharusan itu. Misalnya hams memakan makanan yang enak, men-
tang-mentang harus, tidaklah dilahapnya lebih daripada kekuatan perut-
nya,

Dibolehkan beristeri sampai berempat, diharuskan oleh syarak, asal sa-
haja sanggup, adil dan mampu. Maka mentang..mentang dia mampu, dia
lupa kepada kesanggupan dan keadilan. Dia hanya ingat kepada kemampu-
an, lalu dia berlsteri dua, tiga dan empat; salah sedikit ceraikan satu, ting-
galkan dua, ganti pula, carl pula janda muda atau perawan yang lain.
Akhirnya tidak ada kesempatan lagi baginya untuk mengurus batinnya,
hidupnya, jiwanya dan ibadatnya kepada Tuhannya, hanyalah mengurus
giliran malam bininya. Akhirnya anak-anaknya kucar-kacir.

Sebab itu maka orang yang sederhana itu, meskipun terhadap perkara
yang harus, diapun sederhana juga. Ingat sahajalah seketika Rasulullah
hidup , diperintahkan kepada urnat Islam supaya mereka turut pula me-
ngerjakan sembahyang malam qiyamul lail. Tetapi kemudian, kerana ada
pula umat itu yang akan mencari rezeki, yang akan berniaga dan yang akan
pergi ke medan perang, hanya diberatkan kepada Nabi sahaja.

Orang disuruh beribadat pada hari Jumaat, tetapi ibadat itu tidak akan
menghalangi kepada pekerjaan pencarian hidup. Bekerjalah dari pagi sam-
pai tengah hari. Kalau telah terdengar bang eli mesjid menyeru kepada

148

sembahyang, hendaklah bersegera pergi sembahyang dan tinggalkan per-
niagaan itu. Kelak setelah selesai mengerjakan sembahyang, lekas pulang ke
tempat perniagaan tersebut atau ke tempat perusahaan yang lain asal men-
cari rezeki yang telah disediakan Allah.

Sedangkan ibadat-ibadat itu sendiri tidaklah boleh dilebihi daripada
jangka. Segala sesuatu di daIam hal peribadatan sudah dinyatakan garis
besarnya, tidak boleh dilebihi daripada apa yang tertulis. Dan ada pula sa-
habat-sahabat Nabi yang sebab terlalu 'termakan' olehnya pengajaran
agama, laIu hendak dikekangnya syahwatnya. Dia tidak hendak berbini
lagi, tidak hendak mencari kehidupan lagi. Ada pula yang telah selalu saha-
ja dia puasa, saban hari dan saban malam tetap mereka bangun untuk sem-
bahyang, sehingga la1ai dia daripada menyetubuhi isterinya dan menidur-
kan matanya. Hal ini disampaikan orang kepada Rasulullah, maka sahabat-
sahabat yang terla1u berlebih-Iebihan itu, sehingga terbetik berita, bahwa
ada yang berniat hendak memotong kemaluannya, semuanya dipanggil
oleh Rasulu1lah. Beliau beri nasihat bahwasanya hendaklah segala yang ada
berhak di atas diri kita itu, kita bayarkan haknya. Kita bayar hak Allah
dengan menyembahnya, kita bayar hak perut dengan makan, kita bayar
hak mata dengan tidur, kita bayar hak isteri dengan setubuh. Lalu beliau
bersumpah bahwa imannya lebih teguh, taqwanya lebih dalam, hatinya
lebih dekat kepada Tuhan, tetapi dia sendiri tidaklah puasa berterus-terus-
an itu. Beliau makan juga, minum juga, tidur juga, bersetubuh juga dengan
isterinya.

Sejak itu beliau laranglah umatnya puasa berterus-terus satu tahun, eli-
haramkan puasa pada satu Syawal, sebab hari itu hari raya. Ada pula saha-
bat Rasulu1lah yang mencoba hendak mempertalikan sahaja puasa siang
dengan malam, tidak. dia hendak berbuka, tidak dia hendak makan sahur.
Perbuatan itu dilarang pula oleh Rasulullah, tetapi ada pula sahabat yang
membantah. Berkata dia: 'Ya Rasulullah, paduka seneliri kami lihat puasa
berterus-terus, bagaimanakah?'

Bellau menjawab bahwa diri beliau sendiri lain. Meskipun beliau tidak
makan berbuka, tidak sahur, makanan beliau telah tersedia dikirimkan Tu-
han.

Mereka hendak menurutkan juga. Puasa telah hampir habis, telah lepas
tanggal 20 dan 21, 23, dan puasapun habislah, Rasulullah belum juga ma-
kane Dia lebih kuat dari biasa, mukanya bertambah berminyak-minyak.
Sedang pak turut yang tak mahu pereaya itu sekarang terpaksa mengalah,
danmakan.

149

Oleh sebab itu nyatalah bahwa sederhana, yang boleh disebut istiqamah
(tegak lurus di tengah-tengah), dan I'tidal, (sarna berat), disuruh di dalam

ibadat sendiri yang akan mendekatkan diri kepada Allah. Apatah lagi di
dalam pekerjaan sehari-hari yang tidak mengenai ibadat,.sebagai perkataan,
perbuatan dan gerak-geri. Semuanya hendaklah menuruti jalan yang telah
ditentukan, menuruti suruh agama dan menghentikan larang annya, dan
berusaha menuntut kesempurnaan diri, larangannya, dan berusaha menun-
tut kesempurnaan diri, mencapai budi yang utama, menjauhi segala kedur-
janaan. Semuanya itu hendaklah menempuh jalan yang lurus yang telah di-
tentukan agama, sebab agama telah memilih betul-betul akan jalan seder-
hana itu, untuk kemaslahatan kita dunia dan akhirat.

Kita harus berdiri di dalam kejujuran kerana kejujuran itulah yang se-
derhana dan yang lurus. Kita tak boleh bohong, kita mesti lurus, tak boleh
mengecoh. Kita tidak boleh royal dan tidak boleh bakhil. Kita tak boleh
terlalu pendorong dan kita tak boleh pengecut, kerana semuanya itu mero-
sakkan akan tali perhubungan kita dengan Allah dan dengan insan dan
menghilangkan sederhana.

***

1. SEDERHANA TENTANG NIAT DAN TUJUAN

Yang akan disederhanakan ialah niat dan tujuan, bukan bekas keluar.
Banyak orang yang salah sangka, disangkanya bahwa semata-mata kerana
seorang berpakaian yang buruk-buruk atau rumahnya kurang indah, itulah
orang yang sederhana. Kalau dari sana hendak diukur kesederhanaan,
kerapkali kita tidak bertemu dengan hakikat yang sebenarnya.

Tidaklah dapat kita berpedoman kepada yang lahir tentang menunjuk-
kan kesederhanaan itu. Banyak orang kaya-kaya yang termasyhur, terpan-
dang, terkemuka di dalam masyarakat; banyak pula penulis, penganjur,
pengarang, ahli seni, yang tidak sedikit juga mempedulikan akan keindahan
pakaiannya, kecantikan rumahtangganya, bukan kerana mereka loba
tamak kepada wang dan ingin mengumpul-ngumpulkan harta, bukan pula
kerana bakhil, tetapi oleh kerana tidak sampai pikirannya hendak menim-
bang perkara-perkara yang berkecil-kecil. Bagi mereka asal sahaja sudah da-
pat berkhidmat kepada umum, walaupun pakaian dan kediaman itu tidak
bagus kelihatannya, sehingga tidak padan dengan kedudukannya yang di-
tinggikan orang, semuanya itu tidaklah menjadi kenangan kepada mereka.

150

Tujuan sederhana itu bukanlah terletak pada bentuk lahir, Bukan ke-

mestian orang kaya dan masyhur sahaja, bukan pula kemestian si fakir dan
papa sahaja. Sederhana niat, sederhana tujuan, ialah tujuan daripada segala
manusia yang berakal.

Kaya jadi, miskinpun jadi, masyhur atau tidak temama, berniaga atau

makan gaji kepada orang lain, jadi 'tuan' atau jadi kuli; semuanya harus

mempunyai cita-eita yang sederhana, tujuan yang menengah. Warna seder-
hana itu berlain, berbagai ragam, menurut kesanggupan tiap-tiap orang,
tetapi harusiah kontaknya, yaitu niat tempatnya tegak, diperbaiki benar-
benar.

Tidak usah meniat hendak jadi raja, tidak periu bercita-eita hendak jadi
orang berpangkat tinggi dengan gaji besar, atau mengharapkan bintang
yang akan dihiaskan di dada. Yang perlu ialah meluruskan niat. Sebagai
orang hidup, kita harus berjasa kepada kehidupan. Sebagai laki-laki kita
harus tegak pada garis Iaki-Iaki; sebagai perempuan kita harus menjadi ibu,
menjadi saudara perempuan yang dapat mengobat hati saudaranya yang
laki-lakl. Sebagai manusia, kita harus mempunyai kemanusiaan. Jika telah
cukup kemanusiaan, walaupun kaya atau papa, walaupun tennasyhur atau
tidak terkenal, maka semuanya itu hanya warna hidup, bukan hakikat
hidup. Hakikat hidup ialah tujuan dan niat suci lagi sederhana itu.

***

2. SEDERHANA DALAM BERPIKIR

Supaya tercapai tujuan niat yang suci itu, teratur urusan kehidupan
kita, tercapai keselamatan buat hidup di d"unia yang fana menjelang akhirat
yang baka, hendaklah lebih dahulu kita mementingkan akan pikiran kita
sendiri. Pikiran yang selesai dapat membedakan yang gelap dengan yang te-
rang, yang hak dengan yang batil: dapat membuangkan jauh-jauh akan pen-
dapatan yang salah dan pendirian yang curang. Kalau bukan dengan pikir-
an yang teratur beres itu, maka tidaklah akan lahir kemanusiaan yang sem-
purna dan tidak pula akan maju langkah kita menuju kesempurnaan dan
ketinggian.

Satu hal yang amat berbahaya bagi hidup kita ialah bilamana pikiran
kita tidak tegak sendiri, tetapi berlindung atau terpengaruh oleh pikiran
orang lain. Kekuatannya hanya apabila ditolong orang lain, kalau dia di-
biarkan hidup sendiri, dia menjadi lemah. Tak ubahnya dengan rumput-

151

rumput yang tumbuh di bawah naungan pohon beringin, hidup segan mati
tak mahu, sebab dia tidak mendapat cahaya yang terus terang dari mataha-
ri, tetapi kelind ungan dari yang lain.

Satu kegilaan yang menghilangkan langkah yang sederhana ialah merasa
ajaib atas kemajuan diri, pongah dengan nama dan turunan, sehingga akhir-
nya lupa menyelidiki di manakah kesalahan diri itu. Kesudahannya segala
salah orang lain punya, saya sendiri suci, benar, jujur. Kita sahaja yang ber-
kata begitu, dengan tidak kita insaf, orang lainpun larilah dari samping kita
seorang demi seorang. Tinggal sahaja orang-orang yang suka mengangguk-
anggukkan kepala, yang tiada sanggup bercakap terus terang menunjukkan
kekurangan kita.

Sebab itu tidaklah cela kalau sekiranya sedang duduk sendiri-sendiri,
kita pikirkan apa sebab orang lari dari kita, apa sebab si anu benci kepada
kita, apa sebab si anu undur. Kalau sekiranya kita tahu di mana salah kita,
janganlah kita enggan menanyai dengan secara jujur, jangan hendak
mempertahankan diri. Hendaklah di dalam berpikir seorang itu diketahui
jalan manakah yang telah ditentukan oleh Tuhan terhadap kita, ke mana
langkah kita yang lebih ringan, lorong manakah yang cocok buat badan
kita. Yang amat berbahaya-sebagai yang kita nyatakan nanti-ialah penya-
kit 'suka terkemuka', 'saya juga hendaknya', tidak pandai menghargai jasa
orang.

Hendaklah kita insaf bahwasanya kita datang ke dunia ini bukanlah .di
suruh untuk melihat-lihat dan menilik. diri di dalam kaca sambil membu-
sungkan dada memegahkan diri. Kita disuruh ke dunia ialah buat bekerja,
dan apa yang telah kita kerjakan itu pada hakikatnya bukan 'jasa' sebagai
disangka oleh kebanyakan orang, tetapi kewajiban yang sudah semestinya
dilakukan oleh tiap-tiap orang yang hendak hidup di dunia ini. Sayang se-
kali, orang-orang yang menganjurkan manusia ke jurusan ini, eli zaman
sebagai zaman kita ini, sudah dipandang sebagai orang yang lembik. Orang
yang mengakui salahnya dijadikan contoh daripada orang yang suka me-
ngalah, dan orang yang meminta maaf dijadikan misal daripada sipeminta
ampun. Sekarang tidak boleh mengaku salah, kataku benar sahaja, walau-
pun telah terperosok masuk lurah. Orang diperintahkan mesti teguh pada
pendirian, tidak boleh berubah, tidak boleh berkisar, walaupun hati sendiri
merasa bahwa pendirian yang lama itu telah salah menurut timbangan pe-
rasaan hati keeil sendiri.

Mempergunakan akal dengan saksama adalah serupa training (mem-
biasakan) pada main spot juga. Dia berkehendak kepada percebaan yang

152

lama, kepada kesungguhan yang tidak berhenti-henti. Orang yang berakal
ialah orang yang memandang ringan segala macam kesusahan, memandang
murah segala macam halangan yang menghambat tujuannya di dalam

hidupnya, sebab tujuan itu memang tinggi, sulit dan mulia, Dia bukan

mengingat payahnya mendaki yang sekarang. Yang diingatnya ialah bahwa
setelah dia sampai di puncak bukit itu dia akan merenung ke bawah, me-
lihat alam yang terbentang dengan luasnya, di sana nikmat Allah datang
bertubi-tubi, tidak putus-putus dan tidak berhenti-henti.

Kalau hidup kita ini hanya semata-mata hidup, tentulah tidak akan
susah jadi manusia. Kehidupan sebagai kehidupan binatang, tidak perlu ke-
pada ilmu, tidak ada hubungannya dengan kebodohan, pintar dan bodoh
sarna sahaja. Tetapi ingatlah mula-mula sekali kita diciptakan sebagai
manusia dengan berangsur-angsur sekali kita diberi pikiran, dan pikiran itu
kita pergunakan sebelum kita menempuh pekerjaan kita. Sebab itu, sebe-
lum manusia maju, sebelum pikiran mereka diatur, hidup mereka tidaklah
berubah dengan binatang. Makanya disebut manusia yang sempuma ialah
setelah matang pikiran. Yang menjadi perhiasan dan menjadi alat untuk
mempertahankan hidup itu ialah akal, Orang tua kita yang dahulu mem-
bentang jalan, merambah rimba, supaya kita yang datang di belakang dapat
menjalaninya. Kalau bukannya bekas-bekas yang ditinggalkan nenek
moyang itu yang kita turuti dan kita sambung, tentu sahaja tidak ada ke-
majuan pada kemanusiaan.

Umur hidup itu tidak lama. Zamannya amat pendek di antara yang da-
hulu, sebelum kita lahir, yang beribu tahun, dengan nanti, sesudah kita
mati, yang beribu-ribu tahun pula. Kita singgah di dunia, hanya sedetik;
apalah akan jadi perbandingan di antara hidup seorang manusia dengan
hidup suatu umat? Hidup yang pendek itu kita pergunakan buat berjuang.
Berjuang hebat dan mati-matian, tiada mengenal damai. Lapangannya ialah
waktu, masa, umur. Umur yang telah lalu, walau sesaat, tidak boleh dikejar
lagi. Sebab itu, siapa yang lemah, siapa yang tidak kuat hatinya berjuang,
jatuhlah dia. Orang lain tak dapat menolongnya, sebab orang lain itupun
menghadapi perjuangannya sendiri pula, menuju bahagia. Tenang dan sabar,
hati-hati atas kejatuhan yang pertama. Lihat contoh para perjuangan nenek
moyang, itulah kewajiban kita yang datang di belakang ini. Sedang-me-
nurut ujar kita tadi-usia hidup itu tidak lama. Bukti bahwa hid up itu
tidak lama, hendaklah ditilik pada umur yang telah dllalui, jangan ditilik
pada umur yang akan datang sahaja. Menilik umur yang telah dilalui, wa-
laupun telah berla1u 30 atau 40 tahun, rasanya masih sebagai kelmarin, dan

153

zaman yang akan datangpun belum tentu pula. Kalau untung baik, masih
lama lagi akan hidup. Tiba-tiba ubanpun tumbuhlah menjuntai di kening
dengan tidak kita tahu, dan orang-orang yang di kiri kanan kitapun hilang-
lab seorang demi seorang sebab perjuangannya sudah habis, tinggal kita sa-
haja.

Namun begitu akan gentarkah kita? Akan takutkah? Tidak, kerana
bertambah kita takuti, bertambahlah gelap jaIan. Tak ubahnya dengan se-
orang yang meratapi mayat meminta dia hidup kembali. Kalau sentana
yang mati hidup kerana ditangisi, agaknya manusia akan meminta bantu
kepada air hujan untuk menambah air matanya, bagi mengembalikankera-
batnya yang telah mati lebih dahulu.

Ingatlah bahwa meskipun ilmu pengetahuan sudah amat maju dalam
abad kedua puluh ini, sehingga banyak orang telah merasa bangga, dan me-
mang patut juga dibanggakan dalam beberapa perkara; tetapi kemajuan
ilmu itu belumlah dapat menjadi tanggungan untuk membukakan perkara-
perkara yang masih terkandung di dalam buhuran gaib. Kemajuan teknik
belurn juga dapat mengobat kepineangan-kepincangan yang terdapat di da-
lam masyarakat.

Kesulitan-kesulitan yang terdapat di dalam hidup, belumlah dapat di-
hindarkan oleh kemajuan ilmu. Akal masih selalu tertumbuk dengan be-
berapa pintu yang terkunei erat dan rapat.

Sebab itu, maka janganlah hanya 'manusia' sahaja yang maju, 'kemanu-
siaanpun' maju pula hendaknya.

Sebenarnya bolehkah kita hidup sebagai manusia? Mengapa kita akan
putus asa? Marilah kita berpikir dengan sederhana. Kitapun tidak disuruh
memikul perkara-perkara yang tidak terpikul oleh kita. Yang diperintah-
kan kepada manusia, ialah perkara-perkara yang eocok dengan manusia.
Barangsiapa yang berpikir dengan demikian sederhana, perkataannyapun
demikian,

Pikir yang sederhana menimbulkan tawakkal, pikir yang sederhana me-
nimbulkan cita-cita yang mulia. Tawakkal adalah tonggak kepercayaan
dan iman. Cita-eita yang suei menghindarkan kepereayaan yang hanya da-
tang dati penurutan nenek moyang dan taklid.

Iman, kepercayaan yang teguh, itulah yang menguatkan pikiran, mem-
batas pikiran tadi sehingga tidak mahu keluar daripada batas yang harus di-
laluinya. Itulah yang menyebabkan kepercayaannya teguh kepada yang
menjadikannya. Ia pereaya bahwa dia dijadikan bukan dengan sia-sia dan
alam inipun bukan dijadikan dengan sia-sia. Kerana itu sentosalah hatinya

154

dan tenteramlah semangatnya. Dia akan hidup dengan suci murni, laksana
kehidupan bunga, kayu-kayuan dan sekalian makhluk.

Iman itulah satu rahasia yang menimbulkan semangat baharu dalam ke-
majuan dan langkah manusia, imanyang menimbulkan key.akinannya men-
carl penghidupan dan rezeki, terutama iman kepada takdir. Dia percaya
bahwa meskipun di dalam mulut macan, kalau sekiranya telah tersedia
buat dia, mesti jatuh ke tangannya, itulah sebab dicarinya. Dan dia percaya
bahwa kalau tidak binasa kata Tuhan, walaupun seluruh isi alam berusaha
hendak membinasakan, tidaklah akan binasa. Dia percaya bahwa rezekinya
tersedia di bawah naungan pedangnya sendiri. Dia diberi dua kerat tangan,
dua kerat kaki, sepuluh .buah jari, dua mata, dua telinga dan satu kepala
yang dipenuhi oleh otak, ialah buat berikhtiar, berusaha dan usahanya itu
tidaklah akan sia-sia. Sebab itu cita-citanya tumbuhlah dengan subumya!

Cinta, ialah percaya dengan penuh akan keadaan di zaman yang akan
datang. Hidup itu pada hakikatnya ialah kumpulan dari keinginan, cita-
cita, usaha dan buah hasil. Sarna sekali tidak dapat dipisahkan. Jalan hidup
mempunyai permulaan, mempunyai pertengahan dan mempunyai hujung.

Permulaan itu ialah cita-cita, ikhtiar yang menjalani dan takdir yang
menyudahi. Sebab itu hidup itu perlu bercita-cita, kalau tak ada cita-eita,
hidup seakan-akan tidak berhakikat-bahkan hidup itu tidak ada sarna se-
kali, entah kalau bukan manusia.

Kalau bukan kerana cita-cita, tentu tidak timbul orang-orang pintar
yang mencari ilmu yang dalam!

Kalau bukan kerana cita-cita, manakan timbul penganjur-penganjur
rakyat dan pemimpin yang tampil ke muka, yang memandang murah har-
ga nyawanya buat mencari hidup. Mereka bersedia mati, supaya hidup,
hidup umatnya dan hidup namanya.

Itulah sebabnya maka ada penganjur itu bersyair:

155

Jika sempit, wahai tanah aitku, jilal sempit buat diriku sendiri lapangan-
mu; moga-moga langkahmu akan bertambah lebar, kerana pengorbananku.
Bilakah, kerana cinta kepadamu, aku akan naik liang gantungan; supaya
sesudahku hilang, engkau boleh naik pula ke kerusi mahligai kemuliaan-
mu?

Syair ini diucapkan oleh seorang ahli syair bangsa Arab yang buta.
Cita-cita yang besar itulah yang menghilangkan rasa sakit, melupakan
kepada kepedihan dan kesulitan. Bukankah sesudali mendaki itu kita akan
menurun, bukankah dengan air mata juga tercapainya sukacita? Cita-cita-
lah yang membangkitkan semangat orang yang mendaki, cita-cita yang
menghilangkan kelelahan ayah mendidik anak, kepayahan guru mengajar
murid, kepenatan saudagar memikul beban; dengan siapa dia akan berma-
di-madi, kepada siapa dia akan mengharap. Padahal beban itu terletak di
atas pundaknya seorang, bukan di atas pundak orang lain.

Bukit tinggi boleh didaki
lurah dalam berkala-kala;
Penat kaki boleh berhenti,
berat beban siapa membawa.

Umat yang telah lemah dan kalah, akan tegak kembali kerana didorong
oleh cita-citanya, Dia tidak akan berhenti berusaha sebelum tercapai cita-
citanya. Umur umat toh bukan umur orang seorang. Sebab itu, jika jatuh
kini, besok tentu tidak akan jatuh lagi.

Ah kalau bukan kerana cita-cita tentu hilanglah nafsu alam bekerja, ber-
henti gerak dunia, pudar pelita orang-orang bijak bistari. Tetapi cita-cita
itu akan hidup selama. Cita-cita akan subur selarna pikiran masih ada di
badan dan jiwa masih di dalam tubuh.

Jangan diabaikan cita-cita yang tumbuh. Pupuklah dia supaya subur;
baik pada burung yang mengangkut rumput selembar-Iembar untuk sarang
anaknya, atau pada petani yang bertekun mempermainkan cangkulnya eli
sawah eli bawah cahaya matahari sehingga punggungnya telah hitam.

Cita-cita itulah tiang kemaiuan, tonggak gerak bumi dan yang menim-
bulkan nafsu bergerak. Tetapi pada zaman ini juga, kerana ilmu telah maju,

ada manusia yang telah takut kepada zaman yang akan datang dan kendur
cita-citanya.

Menurut berita ahli bintang bahwa di antara planet satu dengan yang

156

lain ada pertalian, tetapi ada bintang itu yang kalau sekiranya terlepas dari-
pada jalannya boleh dia menimpa bumi, Mereka takut bumi kita ini akan
berlaga dengan salah satu bintang besar sehingga haneur lebur rosak binasa.
Ajaib, mengapa sampai begitu benar, mengapa cita-eita tak hidup lagi,
mengapa lupa bahwa alam ini bertuhan? Kalau akan sekusut itu, padahal
telah beribu tahun usia alam, mengapa tidak sekali juga pernah kejadian
bintang berlaga dengan bintang dan bulan terdampar ke matahari sehingga
ditelannya? Tidaklah kerosakan alam akan diatur Tuhan sepandir itu. Dia
yang mengatur, dijaganya, tidak pernah Dla lengah dan tidur, siang dan
malam!

Apa sebab kita akan putus asa? Padahal matahari masih tetap terbit di
Timur? Mengapa kita akan mengeluh, rnengapamaka hati kita akan lemah,
padahal bumi masih tetap mengeluarkan tanaman?

Hidupkan cita-cita, danjangan putus asa!
Baikkan sangka, besarkan cita, gembirakan hati, hadapi alam, itulah ke-
laziman laki-Iaki di medan perjuangan. Alam ini diserahkan ke tangan kita,

asal sahajajangan kita hasad, dengki, loba, tamak, khianat dan berdendam.

Kalau bukan persangkaan yang baik, dan bukan pula manusia menyerah
kepada aturan yang telah direntangkan itu rosaklah bumi dan binasalah
peraturan hidup.

Baik sangka, kepada manusia dan kepada Tuhan, menghilangkan kesu-

mat. Kerana baik sangka, kita beroleh tenteram di dalam hidup, dan hi-
langlah zalim manusia. Dia kekal. Kerana baik sangka, banyak perkara
yang selesai dan tidak ada raneangan yang terbengkalai. Hiduppun damai,
orang yang sengsara tertolong, terpujuk tangis orang yang keeewa, terbim-
bing tangan orang yang jatuh,

Itulah sifat yang menjadi kepala daripada segala sifat baik di dalam diri
Bani Adam.

Maka siapa yang hendak sederhana tawakkallah kepada Tuhan, hidup-
kan eita-cita dalam diri, dan baikkan sangka kepada sesama manusia,

Berpikirlah dengan sederhana dan jagalah yang tiga perkara itu.
Tetapi ingatlah bahwasanya bukanlah sembarang orang yang telah pan-
dai menuliskan kalimat itu sudah boleh dinamai 'penulis' atau 'pengarang'.
Bukanlah sembarang orang yang telah pandai menyusun dari 'daksina ke
paksina', 'nun jauh di Batara Surya', 'di kala insan indah berseri', sutlah
boleh dinamai ahli syair. Yang berhak menerima titel pengarang ialah
orang yang sanggup menyatakan pikirannya dengan kalimat yang dapat di
makan orang dan dapat dijadikannya pedoman di dalam hidupnya atau pe-

157

nambah ilmunya, dengan kata-kata yang fasih, yaitu menurut tempatnya.
Meskipun orang membantah akan pendiriannya, orang terpaksa tidak
membantah akan tulisannya,

Kadang-kadang orang lain sudah sepayah-payahnya menuliskan, sudah
panjang halaman yang dipakainya, tetapi ibarat orang menggaruk bel urn
juga kena yang gataI. Sedang oleh penulis yang boleh disebut pengarang
itu, dalam sedikit kalimat sanggup dia menyatakan segala perasaan hati-
nya.

Berganti-ganti ahli syair, tukang pidato, tukang mengarang naik ke atas
rnimbar sebagai takbin (mengingati) kepada Ahmat Fat'hi Zaglul Pasha.
Mendengarkan segala pidato itu, hadirin-semuanya termenung. Ya, me-
reka semuanya bersedih hati. Kerana memang pertemuan pada hari itu.
pertemuan untuk bersedih hati. Kemudian datanglah giliran kepada Saad
Zaglu1 Pasha, abang dari yang wafat itu, penganjur Mesir yang terkenal.
Diapun naik ke atas mimbar. Dia tegak termenung sebentar, laIu dicobanya
hendak berbicara, lidahnya kelu, lehernya senak. Kemudian itu, tidak ter-
hambat-hambat lagi meletuslah tangisnya dan sedikit perkataan: 'Sayang
Fat'hi, engkau mati di waktu mudamu, sehingga tak ikut berjuang dengan
kami.'

Sederhana sahaja perkataan itu, tidak ada pemanisnya, kerana kesedih-
an tidaklah perlu disusun panjang, kerana air mata yang terpercik itu, da-
patlah dinilai bahwa pidato Saad Zaglul yang lebih fasih dan sempurna
pada hari itu, walaupun hanya pidato 'air mata'.

Sebab itu maka di dalam cara menyatakan pikiran atau mengarang itu,
lebih baik kita bersifat sederhana, jangan terlaIu dibumbung tinggi, sehing-
ga melebihi daripada kesanggupan diri sendiri. Tiap-tiap penulis mempu-
nyai 'khasiat' sendiri-sendiri. Tulisan Sukarno tak serupa dengan tulisan
Hatta, Sutan Takdir tidak serupa dengan Matu-Mona, Tetapi mereka
meningkat kemasyhuran, sebab mereka.sederhana, tidak melebihi daripada
hikmat yang ada dalam dirinya. Dalam pada itu muncul pula penulis-penu-
lis lain yang hanya meniru, mencontoh dan menuruti sahaja kepada orang-
orang itu, sebab itu mereka menjadi ekor sahaja, Atau mencoba melebihi
dari kekuatannya, sebab itu dimuntahkan orang.

Tulisan yang lebih berharga ialah yang jujur, pendek dan terang menu-
rut mestinya, atau panjang tetapi ditulis dengan cara yang tidak membo-
sankan; baik di medan tempat berpidato atau di medan bersuratkabar.
Yang lebih jitu masuknya ke dalam hati orang, ialah tulisan yang benar-be-
nar datang dari hati, maka hati pula1ah yang akan menerimanya. Adapun

158

tulisan yang hanya dari huj ung jari, perginya ialah ke pelupuk mata si pem-
baca, untuk penidurannya....

Berpidato tidaklah sesukar menulis. Asal pandai sahaja kita memilih
perkataan yang 'gemuk' dengan cara yang 'gemuk' pula. Akan terbukalah
mata si pendengar, walaupun si gemuk itu kosong isinya. Sebab itu maka
kerapkalilebih diperhatikan orang pidato seorang ah1i pidato yang memilih
perkataan demikian, daripada pidato yang berisi ilmu pengetahuan. Tetapi
pidato yang berapi-api tadi, setelah dipindahkan ke dalam tulisan kerap-
kall tidak diperhatikan orang lagi.

Maka alangkah baiknya kalau kita sanggup berpidato yang mengembira-
kan lagi berisi pula. Bukan semata-mata mencari tepuk tangan dan sorak
riuh rendah dari pendengar. Sebab sorak riuh rendah dan tepuk tangan itu
hanyalah 'angin' yang lalu sebentar di muka kita, untuk penghilangkan
lelah duduk. Adapun pekerjaan-pekerjaan bagi maslahat umat, bukanlah di
tempat berpidato itu, bukan pula di tepuk, riuh, tetapi di medan amal,
Sorak sorai tidak selamanya alamat paham, sebab seketika kapal hendak
karam, sorak orangpun lebih tinggi lagi. Bunyi tambur yang lebih nyaring
ialahyang kosong di dalamnya.

Bersikaplah dengan sederhana dan tulislah; bersikaplah dengan seder-
hana dan berpidatolah. Setelah itu nanti, tulisanmu atau pidatomu itu
akan dibawa orang ke tengah masyarakat, akan memimpinnya kepada ke-
muliaan kalau dia sudi, dan boleh juga menyesatkannya kalau dia tidak
tahu dan tidak insaf. Asal kita sudah sederhana, asal niat kita sudah tegak,
kalau dia hendak sesat juga, bukan tanggungan kita lagi.

3. SEDERHANA MENGELUARKAN PERASAAN

Setelah pikiran masak, maka kitapun bebas menyatakannya kepada
orang lain. Alat yang terutama untuk menyatakan pikiran itu ialah dua
macam, pertama kata-kata, kedua tulisan. Cara menyatakan pikiran itu,
baik dengan kata-kata atau dengan tulisan, mestilah melalui timbangan,
sebab kata-kata itulah bayangan akal, penentukan dalarn dan dangkalnya.
Orang yang berakal itu, perkataannya bertimbangan, tulisannya penuh seli-
dik, menjalani rasa dan periksa. Orang yang bijaksana berkata dengan terns
terang, tetapi melalui langkah.yangsederhana juga.

Benarlah pepatah orang budiman bahwasanya 'lidah kamu itu boleh
menyerkah kepala kamu', Itulah sebabnya maka Lukman Alhakim berkata

159

bahwasanya makanan yang selemak-Iemaknya ialah lidah dengan hati, dan
makanan yang sebusuk-busuknya lidah dengan hati juga.

Seorang ahli pidato yang pandai, jika ia tabu mempergunakan lidahnya,
maka dengan lidah itulah dia akan membawa umatnya daripada lurah ke-
gelapan ke atas padang cahaya dan bahagia. Tetapi dengan lidah yang ber-
eabang, seseorang pengkhianat bangsanya menjual negerinya.

Di zaman dahulu belumlah semudah sekarang perhubungan dan belum
seeepat sekarang menyampaikan kabar berita dari satu daerah kedaerah
yang lain. Mula-mula orang hanya menulis sebagai isyarat atau perasaan, se-
bagaimana terdapat pada batu-batu bersurat kuno di Mesir itu. Kemudian
naik menjadi huruf. Setelah beratus-ratus tahun huruf-huruf itu dipermu-
dah oleh bangsa-bangsa, dapatlah diketahui oleh alat peneetak. Alat pen-
cetak itupun klan lama kian maju. Kenallah orang sejak itu mencetak bu-
ku-buku dengan beribu-ribu keping, kenallah pula orang memajukan surat-
kabar sampai bermiliun, berisi perkabaran dan pengetahuan, mempercerdas
aka! dan memperdalam paharn. Tidak ada lagi yang tersorok dan tersembu-
nyi, apalagi sejak bertebarannya juru-juru kabar yang mengorek rahasia
tiap-tiap negeri. Oleh itu dalam beberapa masa sahaja telah berkenalan1ah
satu bangsa dengan bangsa yang lain, telah bertukar pikiran dan peradaban
dan telah mengakui dan menyingkirkan kesalahan.

Tetapi sudah jamaknya tiap-tiap kemajuan itu bukan sahaja membawa
laba. Kerana meskipun diakui juga bahwa sejak maju alat peneetak itu,
telah beribu macam suratkabar dan bermiliun naskah (penerbitannya),
yang berusaha mempertalikan di antara bangsa-bangsa maka tidak kurang
pula terbit kitab-kitab yang menyiarkan kabar behong, kitab-kitab yang
merosakkan budi pekerti, yang bersengaja hendak meruntuhkan keperea-
yaan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Diperbuat kabar-kabar
sensasi, kabar-kabar yang hanya timbul dari isapan jempol. Tidak lain mak-
sudnya hanyalah untuk mencari kemegahan.

Melawat beberapa orang pengarang suratkabar misalnya ke tanah Indo-
nesia, dia berdiam di Indonesia barang sebulan. Kemudian itu dia kembali
ke Eropah. Sampai di sana dikumpuIkan khayalnya, dipaterinya dengan
dusta, menggambarkan kebiadaban dan kerendahan bangsa Indonesia yang
dilihatnya, sehingga .orang-orang Eropah yang belum datang ke marl itu,
menyangka bahwa bangsa ini masih bangsa yang sangat biadab.

Meskipun bukan sedikit faedah pembacaan kepada manusia, tetapi bu-
kan pula sedikit jumlah yang sesat kerana membaca. Banyak buku yang
hanya berisi tipuan, dan banyak pula yang hanya rasa benci

160

Sayangnya bukan orang awam sahaja yang kena penyakit lni, Orang-

orang yang mengaku dirinya pujangga, pengarang, wartawan, filosofpun

tidak kurang yang terperosok kepada jurang yang penuh berisi lumpur ke-

durjanaan Ini, Sehingga suasana kita dipenuhi oleh kedustaan, mengambil

muka, mulut manis hingga bibir, hati bulat membelakang. .

Yang lebih cekal lagi ialah kaum wartawan yang tiada ada rasa tang-

gungjawab kepada masyarakat. Bila terjadi perselisihan di antara dua go-

longan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu, diperdalamnya, diper-

panjangnya, yang sehasta dijadikannya sedepa. Senang benar hatinya me-

lihat masyarakat telah kacau. Tak ubahnya perangai mereka dengan anak-

anak yang bermain pelating, yang melating anjing yang sedang berjalan di

tepi jalan, sehingga menyalak kesakitan, atau melempar seekor anak ku-

cing sehingga bersijingkat lantaran patah kakinya. Lupa dia akibat pekerja-

annya itu kepada orang lain. 'Kacaulah, supaya di atas kekacauanmu itu

aku tegak.'

Dan lebih celaka lagi ialah penulis-penulis yang pengambil muka, yang

menunjukkan dan menyatakan pikirannya semata-mata kerana berkhidmat

kepada maharaja fulus, bukan kepada maharaja bumi (press). Tenggang ke

sana, tenggang ke mari, sehingga kebenaranpun tersembunyi. Dia lekas

sahaja jahat sangka kepada orang lain, sebab dia sendiri memang berbuat

begitu, sebab itu diukurnya orang lain dengan dirinya. Orang yang begini

tidaklah pemah merasai hati senang, dia kecewa sela1u, dia merasa sengsa-

ra sebab imannya lemah. Segala pendirian dan perkataannya tiada dapat di-

beri ujung dan pangkalnya, kerana bukan manfaat umurn yang di dahulu-

kannya, tetapi manfaat dirinya. Selalu senantiasa hanya umumlah yang

mesti berkorban buat dirinya, bukan dirinya yang sudi berkorban buat

umum. Bukan hakikat yang ditegakkannya, bukan kebenaran yang diper-

tahankannya. Diapun sanggup juga, sekali-kali mempertahankan hakikat

dan kebenaran, asal sesudah itu dia akan dapat untung. Serupa dengan

pokrol bambu membela si salah eli muka hakim.

Orang yang pendusta, orang yang pepat di luar pancung di dalam,

munaffk, adalah orang yang menyakiti elirinya sendiri. Dia berusaha men-

carl ternan, tetapi yang sebenamya akan rapat dengan dia, ialah orang-

orang yang sarna munaflk, pendusta, pembohong, dan pengecut pula. Dia

menyiksa dirinya sendiri, bekas perbuatannya nyata ke muka umum.

Bagaimana elia akan bersembunyi? Padahal buktinya nampak? Tak ubah-

nya dengan anak-anak pencuri dendeng di dalam almari makanan ibunya.

Dia bertidak seketika ditanyai, tetapi mulutnya berminyak. Bertambah

161

lama bertambah lenganglah orang dari dekatnya, kecuali yang tidak pa-
ham. Waktu itulah hari jatuhnya; jatuh dan hilang dari masyarakat, tidak
sanggup naik. Laksana daun-daun kayu surian yang akan bertukar daun,
jatuh juga daun-daun yang tua itu ke bawah, kerana dia hendak mengganti
daunnya pula dengan yang baru.

Siapakah yang ditunggu sekarang ini oleh urnat?
Orang yang berkata terus terang kepadanya, walaupun pahit bunyinya.
Yang mengata-ngatainya untuk kemaslahatannya, yang menempelengnya
kalau perlu, sebab dia cinta, sebagai ayah menempeleng anaknya. Yang
mengatakan pendiriannya tentang soal hidup, walaupun mula-mula tidak
akan diterima orang, sebab sudah lazirn masyarakat senang dengan yang
lama, dan enggan kepada yang baharu,
Siapa yang ditunggu-tunggu oleh umat?
Yang akan membawanya ke muka, bukan yang menganggukkan kepala,
tetapi hatinya kepada yang lain. Bukan yang mulutnya berkata 'ia', tetapi
perasaan halusnya sendiri berkata 'tidak', Yang mengorbankan kesenangan-
nya sendiri untuk maslahat orang banyak, bukan hendak memperkuda-
kuda orang banyak bagi maslahat dirinya.
Sebab, kalau sekiranya seorang pemalsu duit, wajib dihukum dengan
hukuman yang berat, dimasukkan ke penjara. Maka seorang pemalsu akal,
yang tidak sanggup berterus terang menyatakan kebanaran, mesti pula eli-
hukum oleh masyarakat tadi.
Katakan terus terang apa yang terasa di hatirnu, asal engkau yakin bah-
wa itu benar. Itulah dia sifat sederhana. Kalau engkau telah yakin bahwa
engkau berdiri pada kebenaran, walaupun orang akan menolak, percayalah
bahwa nanti akan diterimanya juga.
Oleh kerana yang demikian maka penulis-penulis yang merdeka pikiran
itu harus terletak di muka pula di dalam masyarakat, sebagai kedudukan
penganjur-penganjur umat. Bermacam-macam usaha yang dilakukan untuk
menyatakan pikiran itu, ada dengan buku, ada dengan hikayat, ada dengan
suratkabar.
Di samping nama Zaghlul di Mesir, ada nama Muhammad Abduh, yang
penanya mendorong Mesir tampil ke muka, dengan pikiran-pikiran yang
berdasar keagamaan, Ada Kasim Amin pembela kaum perempuan, ada
Manfaluthi dan Rafi'ie penegakkan kesusasteraan. Di antara mereka ada
yang kebencian orang semasa hidupnya, tetapi dijunjung-junjung sesudah
matinya.
George Wells, Huxley, Bernard Shaw, Kipling, adalah penulis-p~nuUs

162

yang ikut juga memasukkan modal di dalam memperkukuhkan sejarah
Inggeris.

Victor Hugo, Emile Zola, Anatole France, ikut pula memasukkan po-
kok dalam memperteguh riwayat Perancis. Emile Zola sehabis dia masuk
kubur bam orang teringat hendak menghonnati kuburnya.

4. SEDERHANA PADA KEPERLUAN HIDUP

Dapat makan dua kali sehari, dapat pakaian dua persalinan, dapat
rumah yang cukup udaranya untuk tempat diam, dapat menghisap udara
dan bergerak, kita sudah dapat hidup. Cuma nafsu jugalah, nafsu manusia,
meminta lebih dari itu, sehingga di dalam mencari cita-cita hendak berlebih
itu, kerapkali manusia lupa akan kesederhanaan.

Kejadian segenap manusia sarna, tak berbeda, cuma hajatnya juga yang
be rlain-lain. Maka kalau sekiranya kita perturutkan sahaja kehendak nafsu,
tidak kita beri batas perjalanannya supaya sederhana, tidaklah perjalanan
nafsu itu akan berhujung. Padahal jika kita terima apa yang ada, kita sabar
dan tahan hati, kita berusaha hanya menghindarkan pengangguran di
dalam hidup, maka nafsu itu akan menerima berapapun yang ada.

Heran benar hidup di tanah sempadan ini. Hidup manusia adalah di
tanah sempadan, di perbatasan di antara perangai malaikat dengan perangai
binatang, Sebab itu kalau sekiranya mereka meniru malaikat, mereka akan
lebih dari malaikat, sebab kemalaikatan itu dicapainya dengan perjuangan
yang sengit. Tetapi sebaliknya jika manusia itu meniru perangai binatang
maka kehinaannyapun akan lebih eli bawah pula dari binatang.

Cobalah lihat binatang apabila telah kenyang perutnya. Dia akan terus
tidur, istirahat. Tetapi manusia, walaupun mereka telah kaya, bertambah
kaya bertambah tiada senang diam hidupnya, bahkan bertambah tamaknya
dan lobanya, bertambah sayang hatinya akan bercerai dengan harta itu.

Sebab itu dapatlah diperhatikan bahwa orang yang lebih banyak terjauh
daripada kesenangan hati di dalam hidup ialah orang yang banyak harta.
Mereka lebih banyak was-was, lebih jauh daripada nikmat ketenteraman
hati. Itulah sebabnya maka berkeras hukama berkata bahwasanya bahagia
itu tidaklah pada kebanyakan harta, tetapi pada rasa yang tenteram dan
redha. Dalam pada itu, sebagai orang hidup diteruskan juga pekerjaan,
tidak dihentikan usaha di tengah-tengah; diberi oleh Tuhan diucapkan
syukur dan tidak diberinyapun baik.

Sayang sekali nafsu! Dia tidak mahu berhenti hingga itu. Angan-angan

163

yang talc putus senantiasa memanggil-manggil, sehingga kering darahnya,
musnah umurnya, hilang kesempatannya berbuat bakti, lantaran digita
oleh angan-angan.

Lihatlah orang yang sudah digila khamar. Sudah hangus perutnya, ti-
dak juga dihentikan, padahal diapun insaf bahwa memang perutnya telah
hangus,

Lihatlah orang telah direndam candu. Telah kurus kering badannya
dan musnah darahnya, dan diapun tabu akan keadaan itu, tetapi tidak
sanggup dia menghentikan lagi.

Habis makan daging ayam kita hendak makan daging kambing; dapat
daging kambing kita hendak memesan yang lebih rnahal, dan yang mahal
lagi, padahal selepasnya segala makanan yang mahal-mahal itu dari rong-
kongan, sudah sarna harganya semuanya.

Namun begitu, angan-angan tak mahu kurang, kehendak bertambah
naik.

nan berkaIi-kali orang yang miskin mencoba hendak meningkat kehi-
dupan seeara orang kaya.Gajinya kecil, belanjanya lebih besar dari gajinya.
Pendapatannya rendah, borosnya lebih tinggi dad modalnya. Tentu sahaj~
habis, sedangkan 'laut ditimba lagi kering'.

Itulah yang menyebabkan banyaknya penggelapan menghabiskan wang
kas negeri, sebab belanja si pegawai itu hendak lebih tinggi daripada pen-
dapatannya.

Orang-orang yang telah terperosok kepada hidup mewah yang palsu se-
cara sekarang ini pernah menerangkan bagaimana sulitnya pergaulan sikeeil
dengan orang besar-besar. Seorang yang bergaji kecil harus memeliharakan
nama dan martabatnya walaupun gajinya kecil. Dia mesti memakai pakaian
yang sedikit mahal, kadang-kadang harganya sampai separuh gajinya. Dia
mesti sanggup menerima kedatangan tetamu ke dalam rumahnya, tetamu
orang besar-besar, mesti sanggup menyediakan makanan dan minuman
yang mahal, kalau tidak tentu menanggung maIu. Kalau sekiranya pindah
majikannya ke tempat lain, dia harus menunjukkan setianya kepada maji-
kan itu dengan melelong-Ielong barang-barangnya. Ketika terjadi diner atau
risepsi di rumah orang besar-besar, dia harus pantas lagak, sanggup pula
meminum minuman secara orang Eropah. Keadaan itu semuanya memaksa
supaya mengeluarkan tenaga lebih daripada kesanggupan diri. Tidaklah
heran, jika banyak orang besar-besar yang berhutang kepada tukang pen-
ternakan wang. Ada juga yang habis barta pusaka nenek moyang tergadai,
kerana hendak memenuhi kehendak hid up mewah itu. Di kampung-kam-

164

pung, orang berebut-rebut mencari pangkat ketua, atau menjadi kepala ne-

geri. Di kota-kota orang bersipandai propaganda untuk dirinya, supaya dia

dipilih menjadi anggota majlls. Padahal untuk kebanyakannya, yang dida-
pat di sana hanya pangkat, dan kerana menuruti nafsu mewah secara
zaman Moden itu, perlulah ongkos atau gaji yang didapat dari sana ditam-

bah dengan yang lain. lnilah pangkalnya menggadaikan harta pusaka. Ini-

lab pangkalnya menggelapkan wang negeri.

Pemuda-pemuda diperintah oleh bawa nafsu, melonggokkan dasi 100
macam, membeli pantalon 20 pasang, minyak, pomade, bedak dan lain-
lain. Cuma satu sahaja yang lupa membeli, yaitu pelikat untuk sembah-
yang. Diperturutkannya nafsunya, tidak diberi kekang sedikit juga, ditarik
oleh hawa nafsu ke tengah medan, serupa beruang ditarik oleh tukang ko-
midi-kuda ke tengah kemah supaya mempertunjukkan permainan.

Cobalah tanyai perempuan-perempuan yang melaeurkan diri. Sembilan
daripada sepuluh orang akan menjawab bahwa asal-usulnya maka dia ter-
sesat ialah kerana perdayaan hawa nafsu. Dia akan meratap menyesali
nasib, meraungi zaman keberuntungan yang telah terlepas selama-lamanya
daripada hidupnya.

Tanyailah perempuan jahat dengan pertanyaan yang jujur, ketika dia
termenung. Tentu akan dikatakannya terus terang bahwa hidup yang be-
gitu hina, dia sendiripun tidak menyukainya.

Suami isteri di dalam rum aht anggapun, kerapkali goncang pergaulan
mereka kerana nafsu itu tidak terletak pada yang sederhana. Si isteri Minta
dibelikan ini, minta dibelikan itu, sebingga lebih daripada kekuatan. Mula-
mulanya diperturutkan sahaja oleh si laki, akhirnya dari selangkah ke se-
Iangkah, einta itupun keluarlah meninggalkan rumahtangga, timbul sesal
menyesali. Suami pergi mengobat hatinya keluar. Si perempuan kerana ter-
laIu banyak hutangnya menjadi rosak binasa ingatannya. Anak-anakpun
terlantarlah. Ada rumahtangga yang terus pecah, kerana bereerai, dan ada
pula yang menjadi neraka buat selama-lamanya,

Ada sang ayah yang menghabiskan pendapatannya di meja judi, sehing-
ga makan anaknya tidak teratur. Ada si ayah yang waktu mudanya tidak
berminat sedikit juga hendak menyimpan sehingga anaknya ditinggalkan-
nya, setelah matinya, dengan kucar-kacir.

Kalau sekiranya manusia dapat hidup sederhana, tentulah darah mereka
tidak akan berdebar-debar lagi. Hidup tidak sederhana membukakan pintu
kepada berhutang; apabila telah berhutang, siang tak dapat melihat muka
orang, dan malam dada berdebar-debar juga. Berapa banyaknya orang yang

165

sebenamya tidur menyembunyikan dirinya di dalam eumah, padahal

tukang tagih berbolak-balik di luar menagih piutangnya.

Membuat hutang murah sekali, huurkoop mudah mengambilnya, tetapi

membayamya habis bulan amatlah sukamya.

Sebab itu haruslah sepaham di antar,-'suami dan isteri di dalam memilih

hidup yang sederhana itu.

Ada orang yang malu kerana perkakas rumahnya tidak sebanyak perka-

leas rwnah orang yang tinggal di sebelah rumahnya, laIu ditambahinya per-

kakas rumah itu dengan berhutang. Kebetulan membuat hutang itu

semudah-mudahnya, apa lagi saudagar-saudagar yang cerdik, asal barang-

nya laku, janji dipermudahkan, pujuknya lebih panjang daripadajalanraya.

Kelak apabila hutang lambat dibayar, dia datang. Besok dia datang, IU88

dia datang. Kadang-kadang sengaja diperlihatkannya kepada orang lain.

Mulutnya keras, kita terpaksa lunak. Orang sebelah menyebelahpun tahu.

Maka manakah yang lebih besar malunya disesakkan orang hutang, daripa-

da malu kerana kekurangan perkakas? .

Sebaliknya, adalah mencukupkan dengan apa yang ada, mengukurkan

baju pada tubuh sendiri, tidak melebihi daripada kekuatan yang dapat di-

pikul, menjadi jalan yang seaman-amannya menuju kesenangan hati, mela-

pangkan pikiran untuk zaman yang akan datang. Orang yang telah membi-

asakan dirinya hidup sederhana, tidak merasa canggung dan gamang dan

tidak takut akan terperosok kepada bahaya hutang, bunga dan menggelap-

kane Kerana dia tidak begitu mementingkan kepada kekayaan lahir, kepada

kemegahan terhadap orang berdekatan rumah. Apabila dia terluncur dari

pekerjaannya, sehingga jatuh miskin dengan tiba-tiba, dia tidak merasa

canggung, bahkan dia akan berusaha melepaskan dirinya daripada bahaya

itu dengan jalan yang halal, walaupun kotor nampaknya oleh orang lain.

Laki-Iaki atau perempuan yang sudi menghidupkan perasaan hidup se..

derhana itu dalam rumahtangganya, hatinya tidaklah akan ditumbuhi

hasad dengki melihat kelebihan orang lain. Sebab kekayaan dan kecukupan

itu pada hakikatnya sekali-kali bukanlah pada harta, tetapi pada hati.

Ingatlah hai orang-orang yang diperdayakan oleh kemewahan yang me-

lebihi kekuatan, bahwasanya hidup yang melebihi kekuatan itu mengor-

bankan harta, selalu tidak mencukupi, selalu sahaja kekurangan, dan dia-

pun mengorbankan pikiran, menyesakkan hati, menghabiskan ketenteram-

an, melekaskan tua. Kebahagiaannya hanya sebentar.

Jika telah terperosok ke dalam, lekas-lekaslah lari keluar sebelum pe-

nyakit itu teruk benar.

166

s. SEDERHANA PADA PERASAAN SUKACITA.

Apabila orang sudi memperhatikan masyarakat manusia dan tingkat-
tingkat kemajuannya, mereka akan bertambah percaya, bahwa hati manu-
sia itu klan lama kian kosong daripada perasaan sukacita yang sejati. Maka
perasaan itu menjadi kurang, bukanlah kerana manusia tidak memperhati-
kan kepentingannya dan bukan pula kerana sia-sia. Siapakah orang yang
tidak mengharap supaya dia berperasaan sukacita? Bukankah alam seluruh-
nya berjalan menuju dan mencari barang yang akan menyenangkan hati?

Heran, orang mencari sukacita, tetapi sukacita itu sukar bertemu danja-
rang terdapat. Masuklah ke dalam kedai-kedai, tanyai apakah kabar dan
berita pemiagaan sekarang. Semuanya orang kedai itu akan memberi jawab
bahwa dia susah sekarang, pemiagaannya kurang maju, walaupun ber-
duyun-duyun tetamu yang datang membeli. Tiap kita bertemu dengan ka-
wan, dia dilingkungi oleh kesusahan. Semuanya menyatakan penanggungan
dan penderitaan-tidak. ada yang mengatakan kegembiraan. Adakalanya
kerana merasa belum puas dengan laba yang telah ada, adakalanya kerana
bergandingan dan berkonkurensi di dalam perniagaan, adakalanya kerana
berlianan paham eli dalam perjuangan politik negeri dan merebut keduduk-
an di dalam negara. Adakalanya kerana cemburu atas kebahagiaan orang
lain, atau sebab hasad dengki menilik kemajuan orang, terutama yang sarna
mata perusahaan.

Kuli-kuli dan buruh berganding merebut gaji yang lebih besar, dan ke-
mudian dati itu, terjadi perjuangan di antara buruh dengan majikan. Orang-
orang berpangkat atau yang memegang kendall pemerintahan negeri, siang
Malam berhati susah, takut pemerintahan akan pindah dari tangannya ke
tangan orang lain. Seorang guru merasa kecewa memikirkan mengapa maka
sedikit sekali orang yang memperhatikan ilmu pengetahuan. Seorang pe-
ngarang mendongkol mengapa sedikit sekali golongan yang sudi memper-
hatikan buah tangannya. Dan demikianlah seterusnya, hampir setiap orang
hampir setiap golongan merasa susah, sehingga sepuluh kali kita bertemu
dengan manusia di tengah [alan, yang sembilan mukanya kerut. Hanya se-
orang agaknya, yaitu orang yang samasekali tidak ada perhatiannya kepada
hidupnya, yang mukanya berseri-seri sahaja.

Perasaan sukacita, perasaan gembira, bukanlah si'fat lahir dan bukan
pula daripada makanan dan kediaman. Kadang-kadang orang-orang kaya
yang memakan berbagai jenis makanan di dalam rumahnya, dan tidur di
atas kasur yang lunak, lebih banyak mengeluh daripada simiskin yang

167

ya tinggal di dalam sebuah gubuk buruk. Sebab itu maka perasaan gem-
oira dan sukaciia itu bukan daripada lahir, tetapi dari batin. Perasaan hati
dan jiwa, kadang-kadang berbekas kepada roman muka, dengan berseri-
seri, timbul senyum simpul yang mencantikkan raut rnuka, pada bibir yang
senantiasa tersungging.

Pangkal pokok gembira itu ialah keamanan dan ketenteraman hati, ke-
percayaan yang penuh kepada hidup, percaya kepada kekuatan yang di-
berikan Allah kepada diri, dan tidak mengeluh kerana halangan yang ber-
temu di tengah jalan, melainkan berusaha mengatasi dan melampaui ha-
langan itu dengan akal yang tidak hilang, dengan pikiran yang teguh dan
hati besar. Padahal itulah yang kurang sekali pada kebanyakan manusia, se-
hingga lebih banyak yang jatuh daripada yang naik, di dalam perjuangan
hidupnya.

Bahkan banyak sekali orang tua, orang muda, anak-anak muda yang be-
lum dewasa, duduk termenung, seakan-akan dunia ini hanya sejengkal,
lebih pula rupanya menungannya daripada menungan. ahli falsafat. Kalau
demikian kelakuan, manakah akan dapat pintu hati terbuka dan jalan
penghidupan terbentang?

Akan dapatkah soal-soal dunia yang begitu banyak sulit likunya disele-
saikan dengan menungan? Dapatkah pikiran dijalankan kalau kita hanya
mengutuki dunia, meratapi zaman yang lampau dan menyesali zaman yang
sekarang?

Di dalam syair-syair Arab, pusaka dari 1000 tahun yang telah lalu, ber-
temu juga syair-syair menyesali zaman itu. Tandanya bahwa menyesali
zaman ialah penyakit manusia pada tiap-tiap zaman. Mereka menyesali
zamannya dan memuji-muji zaman yang telah laIu.Kita yang seribu tahun
di belakang menyesali zaman kita dan mengingat-ingat zaman yang diku-
tuki oleh orang yang hidup di zaman itu pula. Demikianlah berturut-turut
orang mengutuki zamannya, padahal zaman tak bersalah, melainkan diri-
nya sendiri yang bersalah. Tak ubahnya hal ini dengan beberapa orang
yang mengaku dirinya pintar seketika mendengar pidato dan nasihat dati-
pada penganjur rakyat menyuruh insaf dan bangun. Sipintar itu berkata:
'Pidato pembicara tadi amat bagus, sayang bangsa kita ini masih bodoh dan
belum insaf.' Dipikulnya salah kepada bangsanya, dan dalam perkataan itu
seakan-akan dia 'sendiri melepaskan dirinya, seakan-akan dia telah paham
dan telah insaf akan pidato pemimpinnya itu dan dia terlepas daripada
lingkungan 'bangsa' yang disebutnya bangsa itu.

Bukan sedikit orang berusaha hendak menimbulkan sukacita dan gem-

168

bira itu eli mana-mana. Di Eropah dibanyak-banyakkan orang ke kaberet
kasino, bioskop, dan rumah-rumah dansa. Dan penyakit inipun akhirnya
dipindahkan pula ke negeri kita dengan mendirikan kelab-kelab, taman
pembacaan, gedung pertemuan dan lain-lain sebagainya. Lalu diadakan di
sana minuman keras kerana dengan minuman keras itu orang lupa akan ke-
susahan. Diadakan pula perjudian untuk perintang hati. Kadang-kadang di-
bawa pula ke sana isteri atau kecintaan atau tunangan. Mereka menyangka
dengan berbuat demikian, akan kembalilah kegembiraan dan datanglah
sukacita. Tetapi apakah yang kejadian? Kerana mabuk hilanglah akal, ro-
saklah pikiran. Supaya pikiran itu jangan susah juga, diminum sedikit lagi,
diminum segelas lagi, sebotollagi, sepeti lagi. Kesusahan supaya hilang dari
hati ... tetapi ... ya, apa yang akan ditetapkan terhadap seorang yang
telah hilang kesusahan pikirannya kerana dia mabuk alkohol?

Dia hendak menghilangkan susah kerana berjudi, sebab itu dipertaruh-
kannya wangnya, gajinya dan belanjanya. Kadang-kadang dijual harta ben-
da, gelang bini, perhiasan anak, akhimya rumah tempat tinggalpun terjual.

Dibawa isteri atau anak perempuan ke sana, supaya hilang susah di
rumah. Dibawa bergaul dengan bebas. Akhirnya kesetiaan isteripun hilang,
sebab pintu pergaulannya dengan laki-laki telah dibukakan. Akhirnya anak
perempuan tadi, kerana diberi merdeka, mencari jodoh, pindah dari satu
tangan ke tangan yang lain. Cemburupun timbul, percayapun hilang. Anak-
anak muda enggan beristeri, sebab bakal isterinya itu terlalu banyak kenaI-
annya.

Selamanya tidaklah bertemu juga sukacita itu, padahal tujuan mereka
ialah ke sana.

Oleh kerana yang demikian nyatalah perbedaan yang paling besar di
antara sukacita dan persiapan untuk menujunya. Kita perhatikan ada se-
orang ahli mengarang, tiap-tiap penanya dicecahkannya ke tinta menjadi
tulisan yang bererti dan menjadi buah pikiran orang. Apakah dapat kalau
kita beli pula pena seperti jenis penanya kita akan mencapai pula menjadi
pengarang seperti dia?

Kita lihat seorang tukang kayu pandai benar mengukir rumah. Apakah
dapat dengan semata-mata membeli ketam dengan pahat kita akan jadi
tukang pula? Tentu tidak!

Meskipun kita beli segala perkakas musik, meskip un kita borong segala
kitab-kitab tweedehand dari pasar rombengan, kita padatkan masuk almari
kita, belum tentu kita akan gembira dan menjadi ahli musik, belum tentu
kita akan sukacita dan menjadi ahli poor. Seorang penulis yang temama

169

cukup hanya dengan mempergunakan pena yang berharga 10 sen sebuah,
tetapi lebih berharga daripada mas. Mendiang Zentgraaf jurnaIis Belanda
yang masyhur itu, hanya menulis dengan potlot sahaja, dan tak pandai
mempergunakan 10 jari untuk menaip mesin tuIis sebagai 'kerani-kerani' di
kantor besar. Tokh seribu mesin tulis kepunyaan kerani itu belum sampai
seharga sebuah potiot kepunyaan Zentgraaf.

Sebab itu untuk mencapai sukacita, untuk mencapai gembira dan ber-
oleh sukses (kemenangan) di dalam hidup, tidak perlu mencari modal ba-
nyak. Tidak perlu kita memesan tafsir Muhammad 'Abduh kedua belas ji-
lidnya untuk mencapai titel 'ulama', tidak periu kita masuk segala kelab
orang terpelajar, turut bennain domino dan catiir supaya disebut intelek,
semuanya bukanlah alat perkakas untuk mencapai gembira. Yang perlu ia-
lah kepercayaan kepada diri sendiri, sederhana berpikir dan bekerja.

Apabila di dalam segala perkara kita telah bersikap sederhana , hati
merasa senang.

Yang sayangnya kesederhanaan itulah. sekarang yang telah dilupakan
orang. Padahal itulah pokok pangkal kesenangan hati. Orang-orang telah
diperdayakan oleh kernegahan dan kemewahan, sehingga sebahagian besar
hendak melebihi daripada kekuatannya. Orang-orang yang insaf memuji
kesenangan dan kesederhanaan orang kampung. Tetapi rupanya orang
kampung itupun tidak seperti dahulu lagi, merekapun telah mulai pula
hendak meniru mewah orang kota. Sebab orang-orang yang telah rusak
· budinya di kota, pulang sekali-sekali ke kampung, membangga dan mem-
perlihatkan kemewahannya itu, orang kampungnya tertariklah.

Kesenangan hati itu adalah perkara yang terpenting dan terpokok sekali
di dalam hidup di atas dunia ini. Sayang orang tidak rnemperhatikan itu
lagi, lahimya yang dibentuknya supaya gembira, bukan batinnya. Kese-
nangan hati menghidupkan semangat, memudahkan perjuangan, melama-
kan muda.

Alamat kesenangan hati akan musnah dati dunia ialah apabila tidak ada
lagi rasa pertalian di antara satu sarna lain. Jika seseorang beroleh nikmat,
nikmat itu hendak ditelannya seorang. Kalau sekiranya orang yang di kiri
kanannya ditimpa susah, dia tidak hendak peduli. Ketika susah sarna susah,

orang sama-sama mengeloh, sama-sama papar memaparkan penanggungan.
Tetapi apabila seorang terlepas dati susah itu, dia lupa akan kawannya tem-
pat dia mengadukan- susahnya dahulu, yang masih terbenam di dalam

lumpur.
Ada juga sekali-sekali, orang yang mampu, orang yang kaya raya, senga-

170

ja memanggil orang yang miskin dan susah ke dalam rumahnya, dibawanya

makan, diberinya hidangan yang lemak manis. Tetapi bukan maksudnya

hendak menolong atau mengurangi susah orang, tetapi hendak memperli-

hatkan kayanya, banyak barangnya, indah rumahnya, besar gajinya. Kata-

nya dia hendak mengurangi susah orang, tetapi sebenarnya hendak mem-

bangga. Jangankan obat yang diberikannya, maka bisa tedunglah yang se-

benarnya dia hidangkan. Katanya pekerjaannya itu menimbulkan honnat

kepada si miskin tadi, padahal yang sebenarnya ialah menimbulkan hasad

dengkl.

Siapa yang tidak akan. timbul hasad melihat orang goyang-goyang kaki

di atas kerusinya sambi! membusungkan dada, padahal yang melihat itu

dari pagi belum lagi mengecap enaknya makan?

Bukan dengan demikian menolong fakir dan miskin. Kalau hendak me-

nolong fakir miskin, hendak menimbulkan senang, gembira dan sukacita di

dalam hatinya, maka hapuslah dari hati sendiri perasaan kelebihan, lebur-

kan diri ke dalam kalangan mereka, tanamkan dalam hati sendiri bahwa

harta benda kita yang banyak itu hanyalah barang singgah, kita tidak ber-

beda dengan mereka, kita hanya sama-sama hamba Allah. Kalau dengan

membangga maka hati si miskin itu akan rengganglah, meskipun ia miskin,

diapun tahu dan insaf akan harga dirinya. Bahkan merekalah yang paling

lekas merasa.

Kalau di waktu manusia berhati senang, diapun akan lupa keberatan

kerjanya dan kepenatan dirinya, maka hendaklah seorang yang berpangkat,

yang tertinggi di dalam masyarakat itu lupa pula akan kelebihannya se-

ketika dia bergaul dengan orang yang dipandangnya orang bawah itu. Kera-

na lupa akan mertabat diri itu sangat besar benar faedahnya kalau hendak

mencari kawan. Kekayaan harta tidak berfaedah kalau sekiranya tidak di-

cukupi oleh kekayaan sahabat.

Seluruh alam ini dipenuhi oleh orang-orang yang kecewa hati, orang

yang terlantar, yang tidak sampai maksudnya, yang tiap-tiap mendaki

jatuh juga. Maka kewajiban kita sesama manusia ialah memasukkan senang

dan sukacita ke dalam hatinya dengan hati kita sendiri, yaitu dengan budi

tinggi. Rasulullah s.a.w., masuk ke dalam pasar-pasar melihat umatnya ber-

niaga. Dihantarinya seorang perempuan tua makanan yang enak, kerana

perempuan tua itu berteman dengan isterinya yang telah mati, yaitu Kha-

dijah, semasa Khadijah hidup. ..

Alangkah gembiranya hati kita hidup, kalau sekiranya manusia sudi,

sakit sesakit, susah sesusah, kerana kesusahan itu boleh dipikul bersama-

171

sarna, dibagi-bagi sehingga ringan rasanya oleh yang menanggungnya sendi-
ri itu. Pujukan daripada kawan itu, adalah obat yang paling manjur.

Hakim-hakim yang menghukum, alat-alat negara, polis yang menjaga ke-

amanan, tidaklah akan dipandang musuh oleh rakyat dan tidak akan di-
benci, pajak dipungnt dan mereka ditangkap, dan dihukum kalau bersalah.
Semua akan mereka terima, kalau hakim-hakim dan alat-alat negara itu ada
bertimbang rasa dan tidak sombong kerana kedudukannya. Seorang salah
akan menerima hukumannya dengan rela, sebab dia tabu bahwa hakim
bukan melakukan kehendak hatinya sendiri, tetapi sependapat di antara
hakim dengan yang terhukum bahwa perbuatannya itu memang salah, dan
memang patut dihukum.

Kesenangan hati itu kalau dihargai dengan wang, tidaklah akan dapat di-

beli, dan tidak dapat dijual. Kerana dia adalah buah dan basil yang dikutip
daripada suatu ladang oleh orang yang tahu di mana tempat ladang itu.
Maka barangsiapa yang sudi supaya dia tidak berkenalan dengan kesusahan
dan kedukaan, barangsiapa yang ingin supaya dirinya merasa tenteram,
hendaklah bekerja dengan sederhana, hidup dengan sederhana, bergaul
dengan sederhana dan menjauhi barang yang dibenci oleh perasaannya sen-
diri, Hendaklah pandai menemui ternan, sanggup mengeluarkan kata-kata
yang tidak menyinggung perasaan orang lain, sanggup mengalah bukan kita

sahaja yang benar,· orang salah semata-mata, Dan hendaklah baik sangka

kepada manusia, jangan cemburu, jangan basad dan jangan dengki, Tidak
suka membukakan rahasia yang dipercayakan, dan tidak suka memfitnah,
membawa kabar dari sini ke sana dan dari sana ke marie

•*•

6. SEDERHANA PADA HARTA BENDA

Harta adalah sebagai titian untuk mencapai yang dimaksud dengan per-

gaulan. Tetapi supaya harta itu selamat dalam tangan dan kita sendiripun

selamat memegangnya, janganlah dia dihargakan lebih daripada nilainya

yang sejati. .

Banyak sekali huru-hara, fitnah dan kesulitan yang timbul di dalam

dunia ini kerana harta. Tetapi orang perlu kepadanya, dan harta tidak da-

pat dihindarkan. Kita berusaha, kita memajukan ekonomi industri dan per-

buruhan. Ribut kita keluar dari rumah pagi-pagi, bersilang siur kendaraan.

Motor, keretapi, basikal, kapal dan lain-lain kerana dunia ribut mencari

172

harta. Berdiri gedung yang besar-besar dan gudang yang penuh sesak de-
ngan perniagaan kerana harta itu perlu untuk hidup. Bukan saja emas atau
perak, bahkan wang kertas, bank dan lain-lain sebagainya yang terpakai
menurut hukum internasional.

Orang berusaha dengan bermaeam-maeam jalan. Ada yang mempunyai

kapital besar dan ada yang mempunyai kapital keeil. Ada jadi majikan dan
ada jadi buruh. Ada pula yang bekerja melalui jalan yang tidak halal,
misalnya, menipu, mengeci1kan upah si buruh, menyuruh menyerahkan ta-
nah yang berisi tambang dengan tipu muslihat yang besar. Kadang-ka-
dang juga dengan mempergunakan senjata, sebab tanah yang elidiami oleh
satu bangsa kelihatan subur dan boleh mendatangkan hasil.

Yang lebih hebat ialah orang yang memperniagakan kehormatan diri-
nya, memperniagakan malunya, kemanusiaannya, tanah aimya, pun bang-
sanya, agamanya dan kampung halamannya.

Orang yang memperniagakan rahasia negerinya sendiri itu, kerapkali di
hukum dengan hukuman tembak.

Perbuatan itu dipandang keji, dipandang amat hina. Tetapi bagi orang
yang memburu harta itu, itulah perbuatan yang dipandang paling 'harus' di
dalam 'syariatnya'. Malah, barangsiapa yang menghalangi dan mengatakan
bahwa perbuatannya itu hina, dipandang bodoh, tidak tahu harga 'carl
makan',

Penyakit ini telah sangat menular. Ulama-ulama agama sendiri, sudah
banyak yang tidak terlepas daripada penyakit ini. Perbuatan yang akan
menguntungkan tanah air, boleh menjadi 'baram' hukumnya, kalau laba
beliau ini akan terganggu. Tetapi sebaliknya, kalau beliau akan mendapat
laba, barang yang haram boleh menjadi halal, Di Turki, ada seorang
'ulama' yang menfatwakan bahwa pemerintahan Mustafa Kamal itu 'ha-
ram.' Hukwnnya murtad, wajib diperangi, halal darahnya, sebab dia
hendak memperbaiki negeri Turki. Tetapi tentera Inggeris yang telah me-
labuhkan kapal perangnya eli muka pelabuhan Istambul tidak pula ada hu-
kumnya.

Apakah sebabnya itu? Tidak lain melainkan pengaruh harta.
Astaghfirullahl Hartakah yang salah dan patut dikutuk? Tidak, harta ti-
dak salah. Harta tidak haram pada zatnya, tidak boleh menanggungjawab.
Melainkan yang patut disalahkan ialah nafsu loba tamak manusia. Kalau
harta akan disalahkan, bukankah dengan harta itu orang mendirikan mas-
jid, surau, rumah sekolah, gereja dan lain-lain maslahat umum? Manusia ti-
dak enggan lagi mempermainkan ayat, mempermainkan hadis, kerana ta-

173


Click to View FlipBook Version