The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amierkl, 2019-07-19 22:06:37

10-FalsafahHidup-OCR-Mono-75

10-FalsafahHidup-OCR-Mono-75

yang ikut pula berderma, memberi wakaf untuk masjid, untuk rumah seko-
lah, sepuluh ringgit di o~ang lain, padahal dia seratus ringgit, tetapi mak-
sudnya bukan kerana kewajiban, dan bukan pula daripada perasaan utama,
melainkan supaya namanya terpacak di dalam senarai dan tersiar eli dalam
suratkabar.

Penonton rumah terbakar itu bukan seorang utama, dan pemberi derma
yang banyak, demikian, bukan seorang yang membayarkan kewajiban.

Menolong orang yang melarat, membela orang yang teraniaya, bersegera
menunjuki orang yang terse sat, memeliharakan kepercayaan (amanat),
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, serta yang lain yang sewn-
pamanya, semuanya ialah membayarkan kewajiban, yang timbul daripada
seruan keutamaan yang ada dalam jiwanya, dalam rasa tanggungjawabnya
dan dalam perintah agamanya. Dan kalau tidak timbul dari rasa tanggung-
jawab, tidak timbul dad budi utama, percumalah sekaliannya itu.

PERANGA.I UTAMA MENURUT ANJURAN ISLAM
(penutup fasal)

Tentu sahaja agama Islam menjadi agama yang menegakkan keutamaan
budi, bahkan keutamaan itulah yang menjadi seruannya. Di sini akan kita
kemukakan dua hadis sahaja, di antara hadis-hadis yang banyak yang berisi
seruan keutamaan. Hadis itu pendek-pendek sahaja, tetapi isinya keutama-
an semata-mata. Sabda Rasulullah:

95

Sesungguhnya setengah daripada akhlak orang yang Mukmin, ialah kuat
pada menjalankan agama, teguli di dalam lemah lembutnya, beriman di
dalam keyakinannya, loba akan ilmu pengetahuan, belas kasihan di dalam
satu ketelanjuran, pemaaf di dalam ilmu, berhemat di dalam kaya, berhias
di dalam kesempitan, berpantang loba tamak, berusaha pada yang halal,
berbuat kebajikan pada ketetapan, tangkas di dalam petunjuk, mengenda-
likan diri di dalam syahwat, belas kasihan kepada orang yang payah.

Sesungguhnya orang yang mukmin daripada hamba Allah itu, tidak ber-
dendam kepada orang yang benei, tidak berdosa kerana cinta, tidak men-
sia-siakan barang yang dipertaruhkan, tidak pemah hasad, tidak pernah
meneela, tidak pernah memaki, mengakui akan yang benar meskipun tidak
diminta, tidak suka mempersenda-sendakan gelaran, di dalam sembahyang
dia khusyuk, segera dia mengeluarkan zakat, tenang di dalam ribut, tunduk
di dalam kemegahan, syukur dan meneukupkan apa yang ada, tidak men-

96

dakwakan yang bukan kepunyaannya, tidak terlanjur lantaran marah,
tidak dipengaruhi oleh kebakhilan mengerjakan yang makruf, bergaul dia
dengan manusia supaya dia beroleh ilmu, lemah lembut supaya dia paham
dan meskipun dia teraniaya dan dimungkiri orang, tetap dan teguh, sehing-
ga Tuhan Yang Rahman sendiri yang akan membelanya.

97

IV. ADAB KESOPANAN

SETELAH diperhatikan-oleh ahli-ahli ilmu hewan, ternyatalah bahwa bina-

tang-binatang yang tertinggi darjatnya ada yang mempunyai tabiat untuk

mempertahankan kekekalan hidup, yang menyerupai manusia. Misalnya

kalau sekiranya kelihatan olehnya ular, diapun takut dan lari, atau diberi-

nya tabu kepada kawan-kawannya, supaya ular itu dapat dibunuh bersama-

sarna. Demikian juga kambing di dalam padang penggembalaan, kalau keli-

hatan olehnya serigala, diapun lari. Kerbau kalau terdengar olehnya bunyi

harimau di dalam rimba, diapun bersiap hendak menangkis.

Tukang-tukang pedati dahulu, semasa perhubungan dari satu negeri ke

negeri yang lain belum semudah sekarang, mereka membawa pedatinya

berbondong-bondong, setubuh-setubuh, sampai 50 atau 60 buah banyak-

nya. Kalau hari telah malam, pedati itu diperdekatkan dan mereka iepas-

kan kerbau itu berkumpul bersama-sama ke padang rumput. Tiba-tiba ter-

dengarlah bunyi atau terbaulah bau harimau yang angit itu. Kerbau-kerbau

itupun berkumpullah bersama-sama mana yang agak keeil diletakkan di te-

ngah-tengah, ekornya berkumpul ke tengah, kepalanya sarna mengadap ke

luar, menentang musuh walaupun dari mana datangnya.

Memperhatikan kehidupan binatang itu, pahamlah orang bahwa perasa-

an pertahanan hidup itu. sarna adanya di binatang dengan di manusia.

Cuma binatang itu tidak ada berakal, sehingga pertahanan diri itu tidak

beroleh kemajuan. Pertahanan kerbau semata-mata tanduknya, tidak ber-

kisar, tanduk dahulu, tanduk sekarang dan tanduk juga nanti; sedang

manusia, dad sekerat kayu, sampai kepada sekerat batu, sampai kepada se-

kerat besi dan akhirnya bedil yang mengeluarkan peluru, sehingga gajah

yang sebesar-besarnya boleh jatuh dibuatnya. .

Kerana adanya aka! itulah maka manusia itu senantiasa maju, tiada

meneukupkan dengan apa yang telah ada. Lihatlah model pakaian, bentuk

98

rumah, perjual belian yang mulanya dengan tukar menukar, akhirnya
mempergunakan wang.

Kemajuan akal itu terbagilah kepada dua bahagian: kemajuan kecerdas-
an dan kemajuan perasaan. Kemajuan perasaan itulah yang bemama budi,
atau keutamaan dan kemajuan adab kesopanan. Kerana 'sopan' santun itu
hanya disebut pada manusia, tidak pada binatang.

Adapun adab itu terbagi kepada dua bahagian, pertama adab di dalam,
kedua adab di luar. Adab eli luar ialah kesopanan pergaulan, menjaga yang
akan salah pada pemandangan. Adab di luar itu berubah menurut perubah-
an tempat dan bertukar menurut pertukaran zaman, termasuk kepada
hukum adat istiadat, resam basi dan lain-lain. Misalnya menurut adat Me-
layu asli, duduk bersila di muka yang tua. Adat Eropah apabila bertemu
dengan seorang ternan mengangkat topi rnemberi hormat , padahal pada
bangsa China (Tionghua), hendaklah mengangkat topi itu 'seketika' akan
pergi.

Jangan menaikkan jari kiri ketika berbicara, jangan duduk bertongkat
ruang (menaikkan Iutut sebelah) dekat orang tua. Hendaklah berdiri seke-
tika ada orang tua masuk, dan berdiri pula sambil menghantarnya keluar,
seketika orang tua itu akan pergi. Jika makan bersama-sama dengan teta-
mu, janganlah lebih dahulu membasuh tangan, walaupun perut telah
kenyang. Jika makan bersenduk dan bergarpu, jangan sampai kedengaran
'sepak sintungnya' di atas piring. Jika meminum air di gelas janganlah se-
kali teguk sahaja. Jangan sendawa (membuang angin) dengan mulut, se-
hingga kedengaran suaranya di dalam alat jamu! Jika meminum air panas
yang cangkirnya diberi bertadah, janganlah minum di tadah itu, melainkan
tunggulah sampai sejuk dengan sabar. Jangan meletakkan songkok di atas
lutut. Jika bertamu ke rumah seorang teman,jangan mata diperliar. Perem-
puan tidak boleh gelak tinggi.

Di Minangkabau dibagi pula kesopanan penghulu: tidak boleh berlari di
jalan raya, walaupun basah kuyup oleh hujan; tidak boleh menanggalkan
songkok, tidak boleh memanjat pohon, tidak boleh menyingsingkan lengan
baju, tidak boleh berkata keras, dan lain-lain.

Basa basi, adat istiadat yang demikian itu, pada garis-garis yang besar,
boleh dikatakan sarna. Dekat orang Aceh tidak boleh mengangkat kaki,
dekat orang Bugis tidak boleh menyentak keris, kerana mengangkat kaki
bagi orang Aceh ertinya menentang, menyentak keris bagi orang Bugis,

hanya ketika akan ditikamkan sahaja.: 'Tak boleh menyarungkan keris

kembali, sebelum dia diberi minum.'

99

Keris orang Jawa hanya disisitkannya di pinggangnya yang sebelah ke
belakang, kerana kalau mengisarkannya ke muka ialah seketika akan ber-
juang sahaja. Ada juga negeri yang kalau beIurn pendekar, belum boleh me-
manjangkan kumis, kerana kumis panjang ertinya 'menentang lawan',

Semuanya itu bukanlah penting benar untuk diperhatikan, meskipun
kalau diperhatikan ada juga faedahnya. Tiap-tiap negeri berdiri dengan ke-
sopanannya sendiri-sendiri, menurut kemajuan batinnya. Kita belum boleh
mencacat sebelum kita ketahui rahasia kemajuan yang diperoleh orang di
dalam negeri itu..

Orang Arab Hijaz kerapkali mencela orang Jawa (Indonesia), dikata-
kannya 'Jawa Yakkul hannas' (Jawa makan ular), ialah sebab dilihatnya
bahwa Jawa Padang (Indonesia Padang) memakan belut, padahal kalau se-
kiranya mereka selidiki lebih dahulu, tentu mereka akan mafhum bahwa
belut itu bukan bangsa ular, tetapi bangsa ikan, Sebaliknya, tentu orang
Arab Hijaz akan dituduh pula oleh orang Jawa sebagai pemakan bengka-
rung, sebab mereka makan dhabb, padahal dhabb itu hanya bentuknya
yang serupa bengkarung, jenisnya tidak.

Sampai-sampai kepada orang Dayak mengayau (memotong) kepala
orang, adalah berdasar kepada turun naik kesopanan yang telah mereka
tempuh.

Jadi menurut pertimbangan kita, kesopanan gerak geri lahir, sampai ke-
pada aturan kediaman, bentuk rumah, gonjong Minangkabau, pendopo
orang Jawa dan lain-lain. Demikian juga makanan, pedas orang Padang,
gulai 'ikan kayu' orang Aceh, telur ikan terbang orang Mangkasar, sambal
pulut orang Benkulen, sambal 'bertumbuk' orang Mendahiling, semuanya
itu tidak boleh kita cela, kita rendahkan kalau belum termakan oleh kita,
kerana semuanya itu hanyalah gambaran daripada kemajuan batin yang
telah mereka peroleh.

Yang akan dijaga ialah sumber adab kesopanan itu, bukan kulitnya. Itu-
lah bahagian kesopanan yang kedua tadi, kesopanan batin. Kesopanan
batin itulah tempat timbul kesopanan yang lahir. Orang yang menjaga ini
di mana sahaja duduknya, ke mana sahaja perginya, tidaklah dia akan ter-
buang-buang tersia-sia kerana di dalam perkara kesopanan batin, samalah
perasaan rnanusia seumumnya.

Kalau kesopanan batin telah suci, hati bersih, niat bagus, tidak hendak
berkecoh berdaya kepada sesama manusia, akan baiklah segenap buahnya
bagi segenap masyarakat.

Tidaklah dia akan canggung ke mana dia pergi, walau ke Bugis, ke

100

Mangkasar, ke Ambon, ke Ternate, ke Jawa, ke Madura, ke Aceh, ke Mi-
nangkabau, bahkan ke sudut dunia sekalipun.

Kalau ini tidak diperhatikannya, walaupun tiga lapis ikat saloknya, tiga
kisar letak kerisnya, tiga patah liuk pinggangnya, tiga baris susun gelarnya,
walaupun dia keturunan Sang Sapurba dari Bukit Siguntang Mahameru,
walau keturunan Datuk Perpatih nan Sebatang, keturunan Datuk Kete-
manggungan, atau Seri Maharaja Aditiawarman, tidaklah akan berfaedah
hidupnya, masuknya tidaklah akan menjadi laba, keluarnya tidaklah akan
membawa rugi.

Ditanya orang Abu Nawas: 'Keturunan siapakah tuan?'
Dia menjawab: 'Keturunan adabku.'
Apakah belajar adab itu hanya untuk anak-anak yang masih dalam se-
kolah sahaja? Atau untuk anak-anak muda sahaja?
Anak sekolah masih dapat diajar guru, anak muda masih boleh disindir
ayah. Tetapi orang tua, siapakah yang akan mengajarnya, siapakah yang
akan berani, kalau bukan kitab? Sebab itu tidaklah boleh dipandang pela-
jaran adab itu untuk golongan yang moda sahaja, tetapi rata buat tiap-tiap
manusia, sekurangnya untuk menjadi cermin diri, untuk pengetahui di
tentang mana letak kita,
Maka adab batin itu telah dibagi kepada dua bahagian yang teramat
penting:
1. Adab sesama makhluk,
2. Adab dengan khalik.
Adab sesama makhluk itu, akan kita beri keterangan-Insya Allah-me-
nurut pelajaran agama Islam dan falsafatnya. Dan adab kepada Allahpun
demikian pula sebab dialah sumber daripada segala nikmat.

ADAB DIRI TERHADAP MAKHLUK

Tiga macam sifat asli yang ada pada diri manusia, untuk penyempurna-
kan tabiat kebinatangannya, yaitu:

1. Kecenderungan,
2. Marah,
3. Mementingkan diri sendiri.
Tetapi diadakan pula oleh Tuhan suatu anugerah, namanya akaI. Dia-
lah yang menjadi hakim, mengatur perjalanan akal. Segala kekuatan yang
lain yang ada pada jasmani dan rohani, takluk ke bawah kuasa akal. Kalau
sekiranya akalnya dikalahkan oleh kecenderungannya, dekatlah tabiatnya

101

kepada binatang, dia menjadi tamak. Kalau sekiranya akalnya dikalahkan
oleh kemarahannya, dia menjadi ganas, sebagai binatang buas di rimba
raya. Kalau sekiranya tabiat mementingkan diri sendiri itu yang mengalah-
kan akalnya, maka diapun menjadi penipu, cerdik buruk, penjual si bo-
doh, penindas si lemah, menjadi syaitan yang bertubuh manusia. Tetapi
kalau sekiranya akalnya yang berkuasa sebagai kemestian tiap-tiap manu-
sia, itu yang mengalahkan tiga kekuatan tadi, sehingga dapat diperintah
dan diaturnya dengan perangai sederhana dan hikmat, maka sempurnalah
hidupnya, tercapailah maksudnya. Dari selangkah ke selangkah dia akan
menuju naik ke tingkatan kemuliaan.

Oleh kerana akal itulah yang mengatur segala perbuatan manusia, se-
hingga perbuatan itu boleh dipertanggungjawabnya, maka akal itupun se-
nantiasalah menunggu akan lebih sempurna, lebih naik dan lebih cerdas.
Dia harus menerima akan hikmat yang lebih tinggi dan ilmu yang lebih
dalam. Dia sanggup memperbedakan yang baik dan yang buruk. Sebelum
masuk ke dalam suatu pekerjaan, sudah terupa di dalam pendapatannya,
apakah akibat daripada pekerjaan itu.

Agama Islam sangat .wembellci akan turut-tntntan. m.en.c.Ykupkan saha-
ja dengan mengekor kepada pfmY.di.diJ<.an dan buah pendapat orang lain.
Melainkan paham mesti -diPerluas, akal mesti diperlebar, pikiran diperpan-
jang, kerana bukan buat menjadi ekor senantiasa kita disuruh datang ke
dunia Uri. Kalau hanya akan penggenapkan bilangan sahaja, mengapalah
kita menjadi manusia, mengapa kita ada akal.

Agama Islam telah memerdekakan akli daripada ikatan-ikatan itu, ialah
dengan mengatur beberapa pimpinan untuk. jiwa dan badan, terambil dari-
pada kitab dan sunnah Nabi. Di dalamnya telah tersimpan beberapa raha-
sia dan peradaban. Mula-mula sekali bersihkan akal, sesudah itu baharulah
selidiki siapa diri, qadimkah atau hadis. Setelah kedapatan bahwa diri itu
hadis, tentu ada yang qadim.

Dengan menurut-nurut sahaja tidaklah boleh, melainkan pergunakan
akal, Dengan mempergunakan akal sahaja, tidaklah boleh, melainkan
dengan tuntunan kitab dan sunnah. Kitab dan sunnah tidak boleh pula di-
pahamkan kalau tidak ditolong oleh guru, maka daripada guru itulah kita
beroleh pengajaran 'atau tuntunan mencari kitab dan sunnah, tetapi bukan
mengikut sahaja akan paham guru, dengan tidak menimbang.

Ibarat ramuan obat dari dukun, terdiri dari berbagai ragam akar kayu,
atau ibarat resep dokter terdiri dari beberapa macam campuran tepung,
demikianlah pula 'resep' untuk kesehatan akal dan jiwa, jasmani dan rohani

102

di dalam Islam; dengan adanya hukum-hukum syariat, iktikad, ibadat dan
amalan.

Tubuh kasar baharu dinamai indah dan bagus bila ada persamaan im-
bangannya, sejak dari raut muka, sampai kepada panjang tangan dan kaki.
Demikian pula keindahan batin, berkehendak pula kepada imbangan dan
ukuran yang sama, sehingga tidak canggung. Hal itu tidaklah sempurna,
kalau budi tidak dibentuk, kesopanan tidak dijaga, dididik dan dibiasakan
berperangai mulia dan berkelakuan baik. Oleh kerana yang demikian maka
iradat menjadi kuat dan kehendak menjadi suci, angan-angan tentu tujuan-
nya, Dan yang semulia-mulia didikan, ialah yang diajar sejak waktu masih
keeil. Kerana di waktu keeil itu, batin masih lemah lembut,jadi masih mu-
dah membentuknya. Apa lagi kalau senantiasa dia melihat contoh-contoh
yang baik di dalam rumahtangga.

BEBERAPA CONTOH DARIPADA KESOPANAN DALAM ISLAM
a. Memelihara mata dan perhiasan.

103

Ertinya: Katakan olehmu kepada orang-orang yang beriman (laki-laki),
hendaklah mereka memeliharakan pemandangan mata mereka dan memeli-
hara pula akan kehormatan mereka (faraj), kerana itulah yang akan lebih
mensucikan bagi mereka; sesungguhnya Allah meneliti akan apa-apa yang
mereka kerjakan. Dan katakan pula kepada orang beriman (yang perem-
puan,) hendaklah mereka memelihara bagi pemandangan mata mereka dan
memelihara pula akan kehormatan mereka, dan janganlah mereka menya-
takan akan perhiasan, melainkan sekadar yang lahir daripadanya sahaja.
Dan hendaklah mereka memukulkan akan hujung se/endang mereka ke
kuduk mereka (mema/ukan), dan janganlah mereka menyatakan perhiasan
me/ainkan kepada suami mereka sendiri, atau kepada ayah, atau kepada
ayah suami (mertua laki-laki), atau anaknya sendiri, atau anak suaminya
(anak tiri), atau saudara mereka, atau anak saudara mereka, atau anak SQU-
dara perempuan mereka atau sesama perempuan, atau di hadapan hamba
sahaya mereka, atau pengikut-pengikut di da/am rumah yang tidak ada
nafsu daripada laki-laki, atau anak-anak yang be/urn mengenal akan aurat
perempuan. Dan' jangan/ah mereka berjalan dengan menghentak-hentak-
kan kaki mereka supaya diketahui orang apa yang tersembunyi dari per-
hiasan mereka. Dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai sega/a
orang-orang yang beriman, supaya kamu sekalian bero/eh kemenangan.

104

Keterangan :
Ayat ini adalah kunci keselamatan masyarakat yang paling besar.
Janganlah diperliar, jangan sembarang pandang sahaja, baik laki-laki terha-
dap kepada perempuan, atau perempuan terhadap kepada laki-laki, Sebab
daripada mata itu1ah pintu ke dalam hati dan jiwa, yang menimbulkan
'kontak' kedua belah pihak.
Perempuan dilarang mempertunjukkan perhiasan diri kalau bukan ter-
hadap kepada suami atau mahramnya, yaitu orang-orang yang tidak halal
menikahinya, jangan berjalan kalau bukan sangat perlu. Bukan sebagai
yang kedapatan sekarang ini, kaum perempuan mempertunjukkan dirinya,
jalin rambutnya, besar sanggulnya, tipis bajunya, dan kadang-kadang naik
kendaraan seumpama kereta angin supaya kelihatan betis dan pahanya. Ke-
1ak sesat orang laki-laki, katakan juga orang laki-laki yang salah.
Mari kita perdalam sedikit soal ini!
Kita hidup di dunia 1aki-laki dan perempuan. Diadakan pada kedua
belah pihaknya nafsu buat bersetubuh, kerana bersetubuh itu ialah guna
memeliharakan dan mengekalkan jenis. Tetapi kerana manusia itu bukan
sebagai binatang yang lain, yakni ada aka1 untuk menimbang, maka timbul-
lah perasaan bahwa patutlah perhubungan laki-Iaki dan perempuan itu dija-
ga dengan sebaik-baiknya. Di zaman manusia belum maju, yakni di zaman
purbakala, perhubungan laki-Iaki dan perempuan itu tidaklah menjadi soal
yang penting, perempuan adalah bini segenap laki-Iaki dan laki-laki itu
suami dati segenap perempuan. Tetapi dengan sendirinya hal itu menim-
bulkan kesulitan, mengacaukan tentang hak milik. LaIu naiklah setingkat,
yaitu anak-anak yang dilahirkan itu kepunyaan dari seorang ibu, biarpun
suaminya banyak. Duniapun maju juga, maka timbullah pertukaran, yaitu
ayah yang berkuasa kepada anak, jadi tiap-tiap orang itu anak dari ayah-
nya, lebih-lebih kepala-kepala suku yang hendak memperkembang biak tu-
runan. Lama-lama pergaulan itu bertambah maju juga, sehingga akhirnya
tibalah pada keadaan sebagai sekarang ini, yaitu satu suami buat satu isteri
dan satu isteri buat satu suami. Waktu itulah timbulnya zaman berumah-
tangga. Cuma oleh setengah agama dibolehkan beristeri lebih dari satu,
sampai empat orang, yaitu di waktu sehabis perang, kerana banyak perem-
puan yang menjadi janda dan banyak anak yatim.
Sekarang zaman berumah tangga, seorang laki-Iaki hanya mengawini se-
orang perempuan dan seorang perempuan hanya mengawini seorang laki-
laki. Gunanya mereka kawin ialah untuk memelihara jenis, turunan, dan.
supaya sama-sama menanggungjawab di dalam hidup.

lOS

Tiba-tiba seorang laki-laki melihat perempuan lain yang bukan isterinya
lalu jatuh hatinya kepada perempuan itu. Maka salah satu daripada dua
jalan mesti ditempuhnya. Pertama jalan halal, kedua jalan haram.

Bagi pemeluk-pemeluk agama yang tidak memboIehkan beristeri Iebih
dari satu untuk bertemu dengan perempuan itu tentu satu jalan sahaja

yang akan ditempuhnya, yaitu jalan haram, sebab dia tidak boleh menam-

bah bini.
Bagi yang boleh beristeri lebih dari satu, tentu akan ditempuhnya jalan

halal. Perempuan yang dilihatnya tenang-tenang dan menarik hatinya itu
akan dipinangnya kepada ibubapanya. Kalau dia seorang yang berpikiran,
tentu teringat olehnya tanggungan yang akan dipikulnya jika dia beristeri
seorang lagi, yaitu belanja isterinya itu, kain bajunya dan makan minum-
nya. Bebannya selama ini hanya satu, isteri yang tua, sekarang akan didua-
kannya, padahal yang satu itu sahaja belum sempurna. Apa lagi kalau per-
gaulan itu diberi Allah Taalaanugerah dengan anak. Maka timbullah pula
kewajiban lain, yaitu mengasuh anak, anak yang tidak boleh disia-siakan.

Ada laki-Iaki yang tidak memikirkan demikian, kawin sahaja habis per-
kara; yang jadi pokoknya ialah bagus rupa perempuan itu. Kalau kita telah
tua tentu tidak boleh beristeri muda lagi. Lalu diapun kawin. Sehabis ka-
win kelihatan pula perempuan muda yang lain, kawini pula, setelah bosan
ceraikan, kawin pula, ceraikan, kawin pula. Asalnya hanyalah daripada
oleh perangai 'pandang mata' tadi. Dengan tidak tabu-tabu, tuapun datang-
lab, ubanpun tumbuh. Pada sangkanya waktu mudanya dia telah mengecap
dunia, padahal dunia yang palsu, sebab di waktu tuanya itulah dia mene-
rima upah, sebab belum mengecap kelazatan rumahtangga yang sejati se-
lama hidupnya. Apalagi kalau banyak pula anak-anak yang tidak terdidik.
Awak telab tua tetapi tidak ada yang membela, kerana zaman umur muda
hanya digunakan untuk berbini, bukan untuk menegakkan rumahtangga,
dan bukan untuk mendidik anak.

Itulah jalan yang paling sedikit bahayanya, yaitu jalan halal.
Bagaimana pula kalau jalan haram?
Kelihatan seorang perempuan cantik, pandang bertemu, hati bergon-
cang, dada berdebar, Akan kawin dengan perempuan itu hati tidak mahu,
sebab takut menanggung akibat, atau tidak ada wang guna penempuhnya.
Lalu ditempuh jalan sesat, berzina.
Apabila satu kali jalan sesat telah ditempuh, jangan diharap akan ter-
tempuh kembali jalan yang lurus, sebelum menerima ganjaran yang sepa-
dan, yakni sebelum sampai di hujungnya.

106

Warna kesueian pada mukapun hilanglah, dengan tidak insaf diripun
telah tergolong masuk bahagian orang yang durjana. Ke manapun duduk
tidak dipereayai orang. Bila kita bertamu ke rumah kawan, disuruhnya
lekas-Iekas anak perempuan dan isterinya masuk ke dalam. Kesudahannya
hatipun mendongkol, dunia bertambah dipersunting, kian lama kian ka-
ram, tidak diharap naik lagi, ditimpa penyakit budi, atau ditimpa penyakit
badan misalnya penyakit perempuan.

Asalnya euma satu, yaitu perkara 'pandang'!
Bagaimana pula eelaka yang menimpa, jika pandangnya itu tidak berha-
sil, misalnya diaorang Melayu yang dipandangnya itu orang Inggeris. Akan
kawin tidak kufu, berlain bangsa, berlain agama. Dan meskipun mahu
perempuan itu dikawini, rasanya tidak pula boleh kerana belanjanya besar
atau kemahuannya lain dari kita. Akan ditempuh dengan jalan harampun
tidak boleh, wang tidak ada buat penempuh, dan meskipun wang ada,
maka akan kelihatan pula kelak yang lebih cantik, sebab demikianlah
dunia, sehingga berapapun wang dilonggokkan, tidaklah akan meneukupi.
Bagaimana pula kalau yang terlihat itu isteri orang lain. Kita rosakkan
rumahtangga sesama manusia, padahal suaminya selama ini menyangka
bahwa isterinya seorang yang setia, aman hatinya ke manapun dia akan
pergi. Tiba-tiba seketika dia pulang didapatinya ada laki-laki lain di dalam
kamarnya. Cobalah rasakan di dalam hati tuan, bagaimanakah perasaan
tuan kalau hal itu terjadi pada diri tuan. Terutama bila tuan telah beranak
berdua bertiga pula dengan dia. Isteri yang selama ini tuan harapkan akan
pengasuh pendidik anak itu, tiba-tiba sekarang terjadi hal yang seperti ini.
Salah satu dari dua jalan perlu ditempuh, pertama diceraikan menurut ke-
biasaan. Maka anak itupun kehilangan nikmatlah buat selama-Iamanya,
yang akan mempengaruhi benar bagi kemajuan jiwanya sampai hari tua-
nya tidak merasai be.axah eli dekat ibunya, dan tidak merasai beribu di
dekat ayah. Atau tidak tuan ceraikan, tuan tanggung maIu itu selama hi-
dup, tuan menjadi seorang yang keeewa, sampai tuan menutup mata.
Bagaimana pula kalau seorang gadis kerana pandang memandang dengan
seorang anak muda, lalu terjadi perhubungan di luar nikah, sehingga gadis
itu hamil. Wahai alangkah berat malu yang elitanggung ayah bundanya, dan
yang ditanggung oleh anak itu sendiri. Ada yang membunuh diri kerana
malu, ada pula yang sengaja membuangkan anak itu ke dalam parit setelah
lahir, atau dibunuhnya di saat itu juga. Si laki-laki yang durjana itupun
tidak kelihatan lagi mata hidungnya, seakan-akan dosa itu hanya mesti
pikul oleh perempuan yang malang itu sahaja.

107

Bagi laki-Iaki yang berpikiran, anaknya yang sah, dengan isteri yang di-
nikahnya yang tinggal jauh di tempat lain, lagi menjadi soal baginya dan
menjadi ingatan. Bagaimanakah pikiran seorang laki-laki yang berzina
dengan seorang perempuan lalu melahirkan anak? Bagaimanakah kejamnya
seorang perempuan bersuami, sehingga sisuami menyangka anak itu anak-
nya sendiri, padahaI anak orang lain? Ketika di dunia dia dapat menutup
malunya, betapakah kelak di akhirat, di hadapan Tuhan Rabbul JaIi1? Apa-
kah jawabnya di sana, ketika maIaikat yang membukakan segala rahasia,
mengumumkan di muka makhluk seluruhnya, bahwa anak itu anaknya
sendiri, yang didapatnya di luar nikah?

Asal usulnya hanya daripada perkara 'pandang' selintas, bertemu mata
sarna mata....

***

Kelihatan oleh dua orang bersahabat seorang perempuan cantik. Hati
keduanya amat tertarik kepada kecantikannya. Lalu yang seorang berta-
nya: 'Cantikkah perempuan itu pada pemandanganmu, kawan?'

Jawab kawannya: 'Cantik!'
'Sukakah engkau kawin dengan dia?'
'Tidak, sebab kawin itu mudah, berwnahtangga sukar.
'Sukakah engkau berkenalan dengan dia?'
'Berkenalan bagaimanakah yang engkau maksudkan?
'Ya, berkenalan secara orang hidup, kerana kita datang ke dunia hanya
sekali sahaja.
'Tidak, kawan! Sebab saya seorang manusia, saya bertanggungjawab ke-
pada batinku sendiri dan kepada Tuhanku. Tak ada busuk yang tak ber-
bau, kawan. Tak ada kejahatan yang tak terbuka surnbatnya, walaupun ba-
gaimana menyembunyikan. Letakkanlah pandai saya menyembunyikan
·itu, tentu sejak waktu itu saya telah menjadi seorang yang palsu, seorang
yang munafik, mengecoh kepada masyarakat, membohong kepada anak is-
teriku,-atau mengecoh kepada usia mudaku.-Sejak waktu itu, saya dici-
birkan orang, saya terpaksa undur dari tengah perjuangan, kerana saya
sendiri yang telah memutuskan bahwa saya seorang jahat.'
Terutama lagi dari anak muda-muda. Hendaklah mereka menjaga akan
pandang matanya, terutama di waktu mudanya itu, sebab darahnya kerap-
kali besar perintahnya atas dirinya, daripada akalnya. Zaman muda adalah
zaman berjuang yang maha hebat. Alangkah beruntungnya dia kalau seki-

108

ranya zaman perjuangan itu boleh ditempuhnya dengan selamat, dan sete-
lab dia menjadi orang dewasa, dia berasa bangga dengan kemenangan itu.

Itulah rupanya hikmatnya maka di dalam Quran kerapkali Tuhan me-
nerangkan darihal anak bidadari di dalam syurga. Tiap-tiap seorang muk-
min yang tertarik pandangannya kepada seorang perempuan yang tiada
halal baginya, bolehlah pandangnya itu ditahannya kembali, dengan pera-
saan bahwa muka perempuan itu hanyalah penggoncang imannya sahaja,
atau penggoncang hidupnya. Wajah perempuan itu tidak suci sebagaimana
kesucian anak bidadari, kecuali kalau akan dikawininya.

Yang boleh dipandang hanyalah perempuan yang nyata akan dikawini.
Setelah tetap bahwa .memang akan dikawini, lalu diberi ingat oleh Allah,
bahwa perempuan itu adalah petaruh Tuhan ke tangannya (amanatillah),
dan dia telah dihalalkan dengan kalimatu llah tidak boleh dilepaskan sa-
haja dari tangan sebagai anak-anak yang telah bosan dengan permainannya
melepaskan permainan itu. Pegang, tanggungkan panas dan dinginnya!

Benarlah pepatah Saidina Umar: 'Pandang sesaat kerapkali mendatang-
kan melarat setahun.'

Dan Nabi bersabda: 'Jangan diikuti pandang yang pertama dengan pan-
dang yang kedua, cukuplah sekali sahaja.'

Ingatlah ayat anak bidadari tadi: Perempuan yang ada di dunia ini,
hanya seorang yang akan jadi tolan hidup kita. Meskipun cantik nampak-
nya perempuan lain, itu hanya nafsu. Kelak bila telah di tangan kita, kita
lupa pula kecantikannya, dan yang nampak ialah kecantikan perempuan
lain pula. Demikianlah sehingga tidak berhenti-henti kita diperdayakan
nafsu.

Bersyukurlah dengan perempuan yang ada dalam tanganmu, itulah
ternan hidupmu, pikir-pikirkan benar dahulu sebelum menambah isteri, ke-
rana akibatnya lebih besar. Bersetubuh bagi manusia, bukanlah semata-
mata untuk pelepaskan nafsu syahwat sahaja, sebagai persetubuhan ayam
jantan dengan ayam betina. Bersetubuh bagi manusia ialah pengekalkan
jenis dan turunan. Hidup kita bukan buat itu sahaja. Sebab itu, bukanlah
di sini kita akan mendapat kepuasan dengan perempuan, tetapi di akhirat,
dengan orang syurga, dengan anak bidadari!

Di dunia ini kita akan mendirikan rumahtangga, mengatur anak-anak,
mendidik dan mengasuh, bantu membantu dan tolong menolong.

Sebab itu jagalah matamu, hai laki-Iaki! Jagalah matamu, hai perem-
puan! Pagarlah dirimu dengan sabar, hai laki-laki, dan pagarlah dirimu
dengan malu, hai perempuan!

109

Janganlah kamu bersolek dan berbedak berkisai supaya menarik mata
laki-laki agar ia tergila-gila kepadamu. Tetapi hiasilah badanmu guna dilin-
dungi.
b. Jangan merosakkan perhubungan.

Ertinya: wahai segala orang yang beriman, janganlan merendahkan
suatu kaum akan suatu kaum, sebab boleh jadi adalah yang direndahkan
itu lebin baik daripada yang merendahkan; dan jangan pula perempuan
berbuat demikian kepada sesamanya perempuan, kerana boleh jadi yang

direndahkan itu lebih baik daripada yang merendahkan. Janganlali kamu

110

memfitnahkan akan dirtmu dan jangan kamu memberikan gelaran yang
buruk, kerana yang seburuk-buruk nama ialah 'fasiq' sesudahiman, dan ba-
rangsiapa yang tiada taubat, itulah orangyang aniaya. Wahai orang-orang
yang beriman, jauhi olehmu kebanyakan daripada sangka-sangka itu dOM
semata; dan jangan kamu suka mengintip-intip orang lain, jangan meng-
umpat menggunjingsetengah kamu kepadayang setengah; adakan suka SQ-
haia seorangkamu menelan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,
sehingga kamu benei akan dia. Dan takutlah kamu sekalian akan Allah, se-
sungguhnya Allah itu ialah Tuhan yang memberi taubat dan memberi
ampun.

***

Ayat-ayat ini amat besar sekali kepentingannya berhubung dengan ke-
sopanan bermasyarakat. Segala keadaan yang dilarang keras di dalam ayat
ini, adalah perkara-perkara yang selalu merosakkan masyarakat.

1. Dilarang keras suatu kaum mencela akan kaum yang lain atau go-
longan perempuan mencela akan perempuan yang lain. Sebab boleh jadi
pada orang yang dicela itu lebih banyak kebajikan daripada di orang yang
mencela. Di zaman sebagai kita ini, banyak sekali kedapatan suatu
golongan mencela lain golongan, melupakan kebaikannya dan membang-
kit-bangkit kesalahannya. Pokok pangkalnya hanyalah daripada kebencian
dan hasad dengki semata-mata. Segala kebaikan yang ada pada rnusuh, kita
lupakan, tetapi suatu kesalahannya kita besar-besarkan, sehingga benci itu
membutakan mata, menghilangkan keadilan, seakan-akan orang yang di-
benci atau dicela itu tidak ada berkebaikan sedikit juga.

Perangai yang sedemikian bukan sahaja dikerjakan oleh orang laki -laki,
bahkan orang perempuan tidak kurang-kurangnya pula. Kata Tuhan, boleh
jadi pada orang yang dicela itu lebih banyak, atau lebih baik nasibnya,
lebih banyak jasanya daripada si pencela. Kejadian ini sudah beberapa kali
atau sudah banyak kejadian pada kita di dalam pergaulan kita. Misalnya
kita datang kepada sebuah negeri yang orangnya bermusuh-musuhan di an-
tara satu golongan dengan golongan yang lain. Golongan yang lebih dahulu
bertemu dengan kita tentu akan membukakan segala kebusukan yang ada
pada lawannya. Sekali-kali janganlah lekas menerima segala macam propa-
ganda dan hasungan yang dimasukkan kepada kita, tetapi hendaklah segala
hasungan itu diletakkan lebih dahulu di luar hati, jangan dimasukkan ke
dalam hati, sebelum kita dengar pula keterangan daripada pihak yang

111

kedua tadi. Kerana sudah tabiat manusia, bahwa dia hanya ingat salah
orang lain, dan lupa salahnya sendiri. Yang tahu akan kesalahannya ialah
musuhnya dan yang tahu akan kebaikannya ialah kawannya.

Boleh jadi apa yang dikatakan golongan yang pertama tadi banyak juga
yang benar, tetapi ingatlah bahwa golongan yang pertama ini ada pula sa-
lahnya. Yang tahu akan kesalahan itu ialah golongan yang dicela dan di-
hasungkannya kepada kita tadi,

2. Jangan kamu memfitnahkan akan dirimu.
Di ayat yang lain tersebut: 'Neraka Wailun bagi barangsiapa yang suka
menghasung-hasung dan rnemfitnah', menghina merendahkan orang lain.
Tetapi mengapa maka di dalam ayat ini dikatakannya 'diri kamu', mengapa
tidak dikatakannya 'janganlah kamu menghinakan kawanmu, atau orang
lain'? Maka inilah rahasia kehalusan Quran yang sukar tandingannya. Me-
nurut ayat ini menghina merendahkan diri kamu tidak boleh, padahal
tidak ada orang yang akan sudi menghinakan dan merendahkan dirinya
sendiri.
Hikmat ayat ini sudah terang, pertama diri orang lain itu adalah did kita
juga. Di dalam Quran ada beberapa ayat yang begitu maksudnya, misalnya,
janganlah kamu bunuh akan dirimu, ertinya bukan membunuh diri sendiri
sahaja, tetapi membunuh orang lain pun. Kerana diri kita sendiri tidaklah
akan sempurna pendiriannya kalau sekiranya orang lain hina.
Yang kedua, orang yang menghinakan orang lain itu beterti menghina-
kan dirinya sendiri juga. Sebab dengan perbuatannya menghinakan orang
itu sahaja, sudah nyata lebih dahulu bahwa diaIah yang hina. Orang yang
tidak suka menghormati orang lain, ertinya ialah orang yang tidak terhor-
mat. Orang dihinakan belumlah tentu entah hina entah tidak, tetapi per-
buatan kita menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri
sendiri. Jadi sudah nyata maksud larangan ayat itu, janganlah kamu meng-
hinakan akan dirimu, meskipun yang kamu hinakan itu orang lain, tetapi
yang kena ialah dirimu sendiri.
3. Jangan memilih gelar-gelar yang buruk.
Inipun hampir sarna dengan yang di atas tadi, yaitu memberikan gelar
kepada orang kerana rupanya yang jelek, misalnya seorang yang besar
hidungnya kita gelati 'Pak Bangau', orang yang besar matanya kita katakan
'Tuan Lolak', orang yang ramping pmggangnya kita katakan 'Siti Peti', dan
lain-lain. Semuanya itu sangatlah dilarang di dalam kesopanan agama. Se-
bab Allah Taala tidaklah memandang buruk rupa atau cacat badan itu.
Bukan itu yang akan dihitungnya di akhirat, yang akan dihitung dan dita-

112

nyai Allah hanyalah amal dan ibadat. Manusia hidup tidaklah akan dipilih
masuk ke dalam kongres kecantikan, tidaklah mereka akan menjadi
bintang filem. Tetapi yang sejahat-jahat gelar atau nama, yang seburuk-bu-
ruk kelakuan pada pemandangan kesopanan Islam ialah orang yang dahulu-
nya beriman kemudian dia menjadi fasiq. Dan orang-orang yang tidak
segera taubat daripada kesalahannya itu, itulah orang yang diberi gelar oleh
Tuhan sendiri, dengan gelar fasiq.

4. Hendaklah disingkirkan benar-benar sangka-sangka yang buruk, kera-
na sangka-sangka yang buruk itu kebanyakan hanya mengandung dosa sa-
haja, lain tidak.

Inipun perkara yang lebih teramat penting pula di dalam pergaulan
hidup bersama-sama. Kerapkali kita menyangka seorang kawan bermaksud
jahat kepada kita, lalu kita berusaha mencari ternan yang sepaham dengan
kita di dalam perkara itu. Kita tidak hendak menanyakan hal itu kepada-
nya berterus terang, tetapi dengan tidak insaf kitapun menjadi renggang
kedua belah pihak. Kerana kerenggangan itu tirnbullah beberapa sangka
jahat yang lain pula, sebagai tambahan daripada sangka yang dahulu, baik
dari pihak dia apa lagi dari pihak kita, Maka timbullah bergolong-golong,
yang sepaham dengan yang pertama masuklah ke golongan yang pertama
dan yang sepaham dengan yang kedua masuk pula ke golongan yang
kedua. Akan bertambah hebatlah perselisihan yang asalnya daripada sema-
ta-mata sangka itu. Kalau ada pula tukang pengambil muka, pengangkut
kabar dati sana ke mari, yang merasa amat kenyang dan beruntung jika
jahat sangka itu boleh terus menerus di antara kedua belah pihak. Padahal
jikalau sekiranya kedua belah pihak itu sarna insaf agaknya kalau berem-
buk bermupakat dan ada niatan hendak damai, akan ternyatalah bahwa se-
gala yang menjadi pokok kemusykilan itu hanya sangka-sangka belaka,
tidak ada perkara yang yakin.

5 Perkara jahat sangka ini kebanyakan bertambah hebat kalau ada juru
kabar yang mempunyai dua muka, yang ke mari bagus ke sana manis, yang
mencari kabar buruk untuk pendalamkan jurang perpecahan dan peninggi-
kan bukit permusuhan. Sebab itu pada yang kelima dilarang keras pula
mengintip-intip mencari-cari kabar, hendak campur dalam urusan orang
lain, kadang-kadang urusan perusahaan orang, urusan rumahtangga orang-
pun hendak dimasuki juga.

Tukang intip dan memilih kabar busuk itu biasa digelari orang 'cico-
ngok', 'anjing perayam', 'kutu busuk' dan lain gelaran yang hina. Dia
tukang putuskan silaturrahim, bukan tukang hubungkan.

113

Untuk penjelaskan, biasanya pemerintah negeri, bukan sahaja pemerin-
tab Belanda menanam beberapa orang yang pekerjaannya mencari kabar
tentang gerak-gerik yang terjadi eli dalam negeri, supaya pemerintah dapat
mengatur jalan pemerintahan dengan sebaik-baiknya, Pekerjaan ini boleh
menjadi suatu pekerjaan yang mulia, kalau sekiranya maksud hendak me-
nolong pemerintah dan menegakkan ketenteraman umum, tetapi boleh
pula menjadi suatu pekerjaan yang sangat hina, kalau sekiranya orang itu
tidak tahu akan maksud pemerintah. Sehingga penyerahan pemerintah ke-
padanya supaya dia menolong menjaga keamanan menjadi dialah yang
merosak keamanan. Disampaikannya kepada pemerintah laporan yang
palsu, dibuatnya kabar yang bohong, sehingga kecemburuan pemerintah
bertambah besar kepada rakyat, dan rakyat sendiripun sebab cemburu pe-
merintah yang bersangkutan itu menjadi hilang pula kepercayaannya
kepada pemerintah. Padahal maksud si tukang cari kabar tadi bukanlah
hendak menjaga negeri, tetapi takut kalau-kalau pangkatnya dicabut, sebab
dia tidak membawa kabar yang baharu. Hal yang seperti ini banyak kali ke-
jadian, terutama eli zaman pertentangan paham di antara pemerintah de-
ngan rakyat. Ada pula yang mengambil pangkatnya itu buat menggertak si
bodoh di kampung-kampung, sehingga orang menjadi takut dan gentar,
sehingga menyebut perkara yang benar, yang diizinkan undang-undang
negeri, merekapun takut, sebab yang hadir mendengarkan perkataannya
itu bukan wakil pemerintah yang mengerti, tetapi yang sengaja mencari
yang buruk-buruk, atau mernbuat-buat yang buruk.

Menurut keterangan orang yang telah biasa bekerja di dalam urusan ini,
misalnya mata-mata gelap yang luas pahamnya, kebanyakan yang amat me-
rosakkan ialah bila mana mata-mata gelap yang diberi besluit oleh meme-
rintah dan disumpah dengan sah, memakai kaki tangan pula, yaitu orang
yang tidak disumpah lebih dahulu ketika akan menjabat pekerjaannya te-
tapi menjual 'kabar' kepada mata-mata gelap yang dapat besluit tadi, yang
akan disampaikan kepada yang menyuruh pula.

Perbuatan yang seperti kita terangkan itu, sangatlah hinanya dan ren-
dahnya. Itulah yang dilarang oleh ayat tadi dengan sekeras-kerasnya, Sebab
dapat merosakkan perhubungan di antara sesama manusia, dan dilarang
pula oleh peri kemanusiaan. Sebab orang itu telah menghilangkan rasa ke-
manusiaannya. Lebih dilarang lagi oleh pemerintah sendiri, sebab maksud
pemerintah mengadakan badan penyelidikan politik negeri bukan akan
mengacau negeri, tetapi akan menjaga keamanan negeri.

6. Jangan suka membicarakan aib dan cela saudaramu di belakangnya.

114

Inilah penyakit masyarakat yang paling hebat. Tidak terlepas daripada-
nya, balk ahli agama atau ahli politik, baik orang laki-Iaki atau orang pe-
rempuan. Sengaja menggali-gali kecelaan kawan seakan-akan yang mence-
la itu malaikat dan yang dicelanya manusia yang tidak boleh salah.

Perbuatan Itu namanya mengumpat atau menggunjing. Gunjing itu pada
kita sudah menjadi perbiasan duduk. Perbuatan itu di dalam ayat ini disa-
makan dengan makan bangkai kawan yang digunjing itu sendiri.

Enakkah bangkai manusia dimakan?
Tentu sahaja semuanya menjawab tidak enak, tetapi perbuatan mem-
buka aib orang di belakangnya itu adalah lebih hina daripada makan bang-
kai, sebab pekerjaan hanya menghitung kesalahan, bukan menerangkan
dan melahirkan kebaikan. Terutama apabila yang digunjingkan itu seorang
yang ternama atau berjasa dalam masyarakat bangsanya: senang benar
rupanya hati tukang gunjing kalau bertemu kesalahannya, itulah 'news'
yang akan dijadikan hidangan ke dalam masyarakat umum, yang akan dija-
dikan pokok untuk memperbasakan kawan.
Islam melarang perbuatan itu, walaupun orang yang dibicarakan Itu.
memang bersalah, sebab tidak ada manusia yang sunyi daripada salah.

Allah Ta'ala tidaklah suka menerang-nerangkan kebusukan itu, seakan-
akan membongkar kubur untuk menjemur bangkai di muka khalayak yang
banyak. Meskipun itu kesalahannya boleh jadi diperbuatnya kerana silap,
boleh jadi dia telah taubat, mengapa manusia akan melebihi hukum Tu-
han?

Itulah sebabnya maka kalau ada orang menuduh orang lain berzina,
maka Tuhan meminta supaya si penuduh itu mengemukakan empat orang
saksi, yang nyata melihat perbuatan zina itu dilakukan. Kalau dia tidak
melihat dengan mata kepalanya sendiri zina itu dilakukan, dilihatnya
(maaf), sebagai memasukkan keris ke sarungnya, dakwa dan tuduhan itu
wajib ditolak oleh hakim. Meskipun dilaporkannya bahwa dia melihat
kelambu bergoyang, Iaporan itu belum boleh diterima, kerana boleh jadi
bergoyang kerana dia bersenda gurau sahaja, belum zina. Demikianlah se-
terusnya. Kalau tidak cukup alasan yang terang dengan empat saksi itu,
maka si pendakwa boleh dihukum dera (Pukul) dengan rotan 80 katie

Maka siapakah orang berakal berempat orang banyaknya yang akan sudi
menjadi tukang intip kelambu orang, menyaksikan suatu perbuatan yang
sekali-kali tidak sampai akal orang budiman hendak melihatnya?

Sampai demikian penjagaan agama di dalam perkara kabar buruk, wa-

laupun kejadian itu sebenarnya kejadian. Itulah yang dinamai gunjing, itu-

115

lah yang dilarang keras oleh agama. Kalau sekiranya yang disiarkan itu
kabar bohong, tentu sahaja fitnah namanya, dan itupun sudah nyata terla-
rang.

Menggunjing itu merosakkan kepada budi pekerti tukang gunjing itu
sendiri, kerjanya tidak ada yang lain melainkan itu. Perempuan yang tidak
terdidik, yang biasa menganggur, biasa benar apabila ziarah ke rumah
kawannya, itulah sahaja pekerjaannya, membukakan aib cela orang lain.
Sekali-kali tidak terbuka hatinya hendak melihat aib celanya sendiri. Tidak
teringat olehnya hendak memikirkan ada jugakah orang yang diburukkan-
nya itu berbuat baik, at au semata salah sahajakah dia?

Beberapa puluh tahun yang lalu, dunia suratkabar bangsa kitapun amat
gemar memuat tulisan yang membuka aib cela orang lain itu. Tetapi pa-
da masa yang akhir ini sudah berkurangan juga, sebab budi orang sudah
mulai naik. Itulah sebabnya maka dahulu, pekerjaan menjadi orang tukang
suratkabar dan menjadi pokrol dipandang orang pekerjaan hina, Sebab
tukang suratkabar kerjanya hanya mencari rahasia rumahtangga orang buat
dibeberkan di suratkabar, dan pokrol bergelar 'pokrol bambu' sebab
kosong di dalam keras di luar. Perkara yang salah hendak dibelanya juga
dan dijanjikannya akan menang dan bebas kalau dia menolong, asal bayar!

Sedemikianlah beberapa larangan yang tersebut di dalam kedua ayat
itu, dan di akhirnya ditutupnya dengan peringatan menyuruh kita sekalian
taqwa kepada Allah, kerana dengan taqwa itu kesopanan kita akan terben-
tuk, kita akan tahu sendiri memilih mana pekerjaan yang terpuji dan mana
yang tersalah, mana yang diredhai Tuhan dan mana yang dibencinya. Dan
lagi, kalau sekiranya telah diatur ketaqwaan batin kepada Allah, kitapun
biasalah memilih jalan yang baharu di dalam hidup, yang lebih lurus menu-
ju Tuhan, sehingga kesalahan yang lama dapat diampuni dan diberinya tau-
bat, amine ...

Setelah itu diserukan oleh Quran supaya membalasi kejahatan kawan
dengan kebaikan, membalasi kesalahan dengan maaf, dosa dengan ampun.
Dengan berbuat demikian kita akan merasa sendiri di dalamjiwa kita bagai-
mana besar kemenangan yang kita peroleh, yaitu kemenangan dapat
mengendalikan hawa nafsu dan memundurkan kemarahan. Dengan jalan
demikian kelak, musuh itu akan berubah menjadi seorang ternan, orang
lain akan jadi sahabat, orang yang tadinya benci akan menjadi kesayangan:

~" ~}~e.«r3:»;.4e..:.;~";":"'"1'l\'"".'i",,1~.-:"'"",,,,-, :t~.'~-l:'".-,:\''~''-"-",,

116

Tidaklah sama kebaikan itu dan tidak pula kejahatan, to/aklah segala se-
rangan dengan jalan yang sebaik-baiknya. Maka pada waktu itu kelak, per-
musuhan yang ada di antara engkau dengan dia, akan bertukar mcnjadi
persahabatan yang paling karib. Tetapi tidaklah sanggup menempult per-
juangan begini melainkan orang-orang yang sabar, dan tidak pula sanggup
menempuhnya, tnelainkan orang-orang yang mempunyai kemahuan besar.

Memang sulit akan membelokkan seorang musuh menjadi kawan, se-
orang seteru menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan menukar
muka yang marah dengan muka yang senyum, memberi maaf kesalahan se-
hingga udara yang tadinya mendung merijadi terang benderang kembali.
Memang susah melakukan itu. Itu hanyalah pekerjaan orang yang hatinya
memang hati waja, budi mas; yaitu orang yang mempunyai kemahuan
besar dan cita-cita mulia. Memang susah, tetapi menempuh kesusahan itu-
lah yang harus kita coba, untuk kemuliaanjiwa kita sendiri.

117

Dan kami beri wasiat kepada manusia teradap ayah bundanya, dia di-
kandung oleh ibunya sengsara di atas sengsara, dan diceraikannya sesudah
dua tahun; hendaklah dia bersyukur kepada Allah. Barangsiapa yang ber-
syukur, adalah bersyukur kepada dirinya sendiri, dan barangsiapa yang me-
nolak [kafir.) maka sesungguhnya Allah itu kaya lag; terpuji. Dan jika se-
kiranya ibubapamu itu bersungguh-sungguh mengajakengkau supaya mem-
persyarikatkan Daku pada perkara yang tidak engkau ketahui, maka
janganlah engkau ikut akan keduanya, dan bergaullah dengan keduanya di
atas dunia dengan makruf; dan ikutlab jalan orang yang menuju kepada
Kami, kepada Kamilah kamu sekalian akan kembali, maka Kami akan beri-
tahukan kepada kamu segala perkara .yang kamu telah kerjakan.

Keterangan:
Menghormati dan meneintai orang tuapun termasuk ke dalam tiang-
tiang masyarakat yang paling terpenting dan kesopanan yang menjadi ibu
pula dari segala maeam kesopanan. Bagaimanapun majunya langkah orang
di dalam pergaulan hidup, bagaimanapun masyhur namanya dan kaya raya-
nya, belum dapat dia dinamai seorang yang sopan .kalau sekiranya dia
belum menunjukkan baktinya kepada kedua orang ibubapanya.
Orang yang telah beranaklah yang akan tabu bagaimana einta ibu dan
bapa kepada anak. Cinta ibu dan bapa tidak mengharapkan balasan, tidak
mengharapkan untung. Tidak ada suatu pengorbananpun yang melebihi
pengorbanannya seorang ibu di dalam meneintai anaknya. Orang-orang
pengarang eeritera kerapkali mengarangkan einta suei. Pada hakikatnya di
dalam alam ini, einta manusia terhadap manusia, tidak ada einta suei. Cinta
suei hanyalah khayal pengarang. Kalau akan dikatakan juga ada einta suci,
hanyalah einta seorang ibu kepada anaknya.
Cinta seorang kekasih kepada kekasihnya mestilah mengharapkan Iaba.
Seorang laki-laki meneintai seorang perempuan cantik ialah kerana cantik-
nya. Kalau sekiranya perempuan itu buruk, tidaklah dia akan cinta 'suci'
kepada perempuan itu. Dan menurut keterangan Profesor Freud, cinta
laki-Iaki kepada perempuan dan sebaliknya, walaupun bagaimana susun ka-
tanya dan halus bunyinya, maksudnya hanya satu, yaitu nafsu bersetubuh.

118

Tetapi cinta ibu tidak demikian. Tidak ada satu pengorbanan yang me-
lebihi pengorbanan seorang ibu. Bukan main sulit mengandung, bukan
main penderitaan sejak bulan pertama sampai anak itu dilahirkan. Tetapi
bagaimana payahpun, bilamana terdengar olehnya tangis anak itu ketika
mula-mula dilahirkan, sebentar sekejap itu juga hilanglah payahnya. Dan
bila anak itu telah lahir dia lupa kecantikannya sendiri, lupa menghiasi ba-
dannya, kadang-kadang lupa makan dan lupa minum, asal anak itu boleh
tinggal sehat. Kadang-kadang kalau anak itu ditimpa demam, bukanlah
anak itu yang lebih banyak menanggung sakit, tetapi ibunya sendiri. Me-
rintih anak itu kesakitan tengah malam, ibunya yang terbangun lebih
dahulu, Nyamuk seekor dihalaunya.

Bila anak itu berdua dan bertiga, tidaklah berbeda kasih ibu kepada
yang seorang daripada yang lain. Bila ada yang sakit, kepada yang sakit itu
dia lebih iba; bila ada yang buruk rupanya, maka yang buruk itulah yang
dia lebih kasihan,

Kelak setelah anak itu dewasa, lepaslah seorang demi searang dari dalam
tangannya, yang laki-laki telah menegakkan rumahtangga sendiri, telah
beranak-anak pula; yang perempuan telah menurutkan suaminya, sedang
yang tinggal pada ibu hanya peringatan, lain tidak.

Cinta bapapun tidaklah berapa kurangnya daripada cinta ibu. Guna apa
seorang laki-laki begitu kuat mencari kehidupan, mencari nafkah, hilang
pagi dan pulang malam? Dari seorang anak muda yang memandang dunia
dengan penuh teka-teki, dia mendirikan rumahtangga, beristeri. Beberapa
tahun kemudian, lahirlah anak yang pertama. Senda gurau di dalam rumah-
tangga dengan isteri itu berangsur kurang; bertambah anak bertambah ber-
tumpah perhatian kepadanya. Bertambah umurnya agak lanjut, maka pi..
kiran ayah itupun telah terseberang kepada zaman yang akan datang, jadi
siapakah anakku esok, begaimanakah anakku jika aku mati sekarang, bagai-
mana nasibnya jika aku jatuh melarat. Sehingga banyak laki-Iaki yang
gagah berani dan dermawan, menjadi pengecut dan bakhil, kerana pikiran-
nya terlalu tertumpah kepada anaknya. Kelak anak itupun dewasalah, dia
telah berumahtangga sendiri pula, dia telah terikat aleh isterinya dan anak-
anaknya pula. Si ayah tidak merasai lagi balasan dari si anak, dan diapun ti-
dak mengharapkan itu sekali-kali.

Demikian tertumpahnya cinta .ayah bunda kepada anak, sedang si anak
tidaklah sempat membalas cinta dengan cara yang demikian, kcrana dia
akan beranak pula. Oleh sebab itu, maka meskipun cinta kepada ayah
bunda tidak akan sebagai cinta kepada anak, hendaklah keduanya dihor-

119

mati, janganlah keduanya disia-siakan. Bukan main hibanya hati seorang
ibu yang telah memberikan separuh dari nyawanya, memeras air susunya
untuk membesarkan anak, kalau anak itu melupakan dia. Bukan main
sedih pikiran seorang ayah, yang ubannya telah tumbuh, padahal masa
mudanya dipergunakannya untuk menyeberangkan anak, sekarang anak
itu tidak mempedulikan dia lagi.

Pada tiap-tiap pertukaran zaman, mestilah terjadi pertikaian di antara
paham muda menurut zaman baharu. Sebab itu boleh dikatakan pada se-
tiap masa, pendirian orang tua itu berselisih sahaja dengan pendirian orang
muda. Dalam pertikaian ini tidaklah akan kurang-kurangnya terbawa perse-
lisihan pikiran ayah dengan anak atau ibu dengan anak. Maka di dalam per-
selisihan pikiran ini, si anak sekali-kali tidak boleh mengecewakan hati si
orang tua, walaupun tidak sependirian. Jangan dia dilawan atau dikerasi; di
dalam perkara ini, si anaklah lagi yang mesti pandai bertenggang. Mentang-
mentang orang tua telah memakai otak lama, dan hendak mengukur dunia
baharu menurut ukuran lima puluh tahun yang lalu, janganlah si anak
hendak menyingkirkan sahaja orang tua itu ke tepi. Hormati dia, carl jalan
dan usaha supaya dia mengerti. Dan kalau sekiranya perkara itu akan me-
ngecewakannya juga, bergaullah dengan dia sebaik-baiknya, danjanganlah
sampai pembicaraan tiap hari tersasar kepada urusan pertikaian paham itu
juga.

Sebelum diturunkan Tuhan ayat yang terletak di atas tadi, perkara
menghonnati orang tua, maka sahabat-sahabat Nabi yang mula-mula tum-
buh perasaannya itu, apa lagi semuanya tergolong anak-anak muda, rela
mereka membunuh orang tuanya sendiri kalau sekiranya mereka tidak
mahu tunduk kepada pelajaran Nabi Muhammad. Abu Bakar sudi membu-
nuh ayahnya Abu Quhafah, Umar sudi membunuh ayahnya Alkhatthab,
Sa'd ibnu Abi Waqash pernah membiarkan ibunya hujan-kehujanan dan
panas-kepanasan, sebab ibu itu berkehendak demikian,' sebab hatinya
sangat kecewa kerana Sa'd menjadi pengikut Muhammad. Bahkan yang
lebih hebat lagi ialah Amir bin Aljarrah (Abu Ubaidah) yang membungkus
kepala ayahnya sendiri, yang sudah dibunuhnya dan dibawanya kepada
Nabi.

Pendirian yang demikian keras tidaklah rupanya disetujui oleh Nabi.
Ketika terjadi peperangan Badr, sebelum perang bersesak, diadu lebih
dahulu orang-orang pilihan dari kedua belah pihak (perkelahian yang me-
nyerupai duel di Europah di abad pertengahan). Maka keluarlah orang-
orang yang akan berkelahi itu. Tiap-tiap yang datang dari pahlawan Ko-

120

raish dikalahkan juga orang pahlawan Islam. Akhirnya keluarlah dati pihak
Koraish seorang anak muda bernama Abdul Rahman, dan dari pihak Islam
keluar seorang yang telah termasuk golongan tua, yaitu Abu Bakar, ayah
dari Abdul Rahman tadi. Sedikitpun tidak berkocak hati Abu Bakar meng-
hadapi anaknya, kerana agamanya. Tetapi tangannya ditarik kembali oleh
Nabi, perkelahian itu tidak jadi dilangsungkan. Beberapa masa kemudian
Abdul Rahman memeluk agama Islam.

Sejak turun ayat itu, maka dapatlah kaum Muslimin mengatur perhu-
bungannya dengan kaum kerabatnya yang belum Islam dengan sebaik-baik-
nya. Kaum Islam yang masih muda-muda itu tetaplah hormat kepada ibu-
bapanya di dalam pergaulan hidup setiap hari, meskipun paham berbeda-
beda. Ketika Abu Sufyan datang ke Madinah hendak menyelidiki boleh
tidaknya diatur perdamaian di antara kaum Koraish dengan kaum Musli-
min, kedatangannya telah disambut oleh anak kandungnya Ummu Habi-
bah yang menjadi isteri Nabi, dibolehkan masuk ke dalam rumah Nabi.
Tetapi seketika orang tua itu mencoba hendak duduk di atas hamparan
yang biasa diduduki Nabi, baharulah Ummu Habibah melarangnya, kerana
sedangkan orang yang telah Islam sendiri, tidak seorang juapun yang berani
duduk di sana, kononlah Abu Sufyan, meskipun dia mertua Nabi, sebab
dia masih musyrik.

Maka akan buruklah pada pemandangan agama, perbuatan orang-orang
di zaman kita ini, yang hanya mementingkan diri atau rumahtangganya, te-
tapi mensia-siakan kedua ibubapanya. Dia tidak insaf, bahwasanya keda-
tangannya ke dunia dan keselamatan hidupnya di dunia itu, sebahagian be-
sar didatangkan Allah dengan perantaraan ibubapanya itu.

Pernah kejadian di zaman Rasulullah, seorang anak muda yang telah be-
rumahtangga sendiri. Sejak dia berumahtangga, ibunya tidak dipedulikan-
nya lagi, dia hanya asyik melayani kehendak isterinya yang masih muda.
Maka hibalah hati ibunya, sehingga bertahun-tahun lamanya seakan-akan
putus perhubungan di antara ibu dengan anak itu.

Pada suatu hari, anak yang melupakan ibu itujatuh sakit, sakit yang ru-
panya akan menyampaikan ajalnya. Seketika telah hebat penyakit yang
menimpa dirinya, dan telah terbayang tanda-tanda bahwa dia akan mati,
kelihatan dengan nyata bahwa amat susah dia akan melepaskan nyawa dari
badannya. Dia menyesal dan dia hendak meminta ampun kepada ibunya.
Disuruhnya orang lain menjemput ibunya dan memintakan ampun, tetapi
si ibu yang telah beriba hati itu tidak hendak memberi ampun. Sakit si
anak bertambah larut juga. Berkali-kali orang memberi pemandangan

121

kepada perempuan itu, bahwa kalau anaknya tidak diberinya ampun, anak
itu akan masuk ke dalam neraka. 'Biar dia masuk neraka,' kata perempuan
itu.-Hal ini disampaikan kepada Rasulullah. Nabi menyuruh memanggil
perempuan itu. Nabi menyuruhnya memberi ampun anaknya, dia tetap
berkeras. Nabi bersabda, bahwa kalau anaknya itu tidak diberinyaampun,
dia akan dimasukkan Tuhan ke neraka, sebab 'Syurga itu ialah di bawah te-
lapak kaki ibu'. Perempuan itu bertegang mengatakan 'biar dia masuk neia-
ka'.-'Kalau demikian, engkau rupanya lebih suka anak itu dibakar?' Tanya
Nabi, 'Biar dia dibakar,' kata perempuan itu.

Nabi menyuruh mengumpulkan kayu api di muka rumah orang yang
sakit itu. Satu unggunan api yang besar disuruh beliau menyalakan, dan
orang yang sakit itu dikatakan akan diangkat ke dalam api yang bernyala-
nyala. Beberapa orang sahabat telah disuruh Nabi bersiap, seakan-akan
benar-benarlah orang itu akan dibakar. Melihatkan yang demikian, maka
dengan berlinang-linang air matanya, perempuan itu meminta supaya anak-
nya jangan dibakar, dan kesalahan anaknya itu mulai hari itu semuanya di-
maafkannya.-Setelah diberi maaf, barulah sentosa anak muda itu melepas-
kan nyawanya.

Pernah juga seorang laki-laki berselisih dengan ayahnya, lalu mengadu
kepada Rasulullah. Si anak mendakwa ayah, dikatakannya ayahnya itu
merampas hak miliknya. Si ayah ditanyai oleh Rasulullah, apa sebab kera-
nanya maka terjadi demikian. Maka si ayahpun lalu bereeritera, bahwasa-
nya anak itu dari keeil dibesarkannya, diasuh dan dididiknya, kadang-ka-
dang makanan yang akan masuk ke dalam mulutnya diparuhnya, asal anak-
nya boleh turut makan pula. Tetapi sekarang, telah besar dia, telah dapat
mengiraikan sayap, telah lupa dia berbakti kepada ayahnya, ayahnya telah
dilupakannya. Maka kalau sekiranya si ayah mengambil hartanya, si ayah
merasa tidaklah yang diambilnya itu berlebih daripada yang patut.

Rasulullah memanggil anak muda itu dan memberinya bermaeam-ma-
cam nasihat, meneela sikapnya yang demikian kasar, hendak perkara
dengan ayah kerana harta dunia yang tidak akan dibawa masuk kubur. Di
penutup nasihatnya Rasulullah berkata:

Dirimu sendiridan hartamu itu, semuanya ialah untuk ayahmu.

122

Hak orang Islam atas orang Islam enam perkara: apabila engkau berte-
mu dengan dia ucapkanlah salam kepadanya, apabila dia memanggil hen-
daklah perkenankan, apabila dia meminta nasihat hendaklali beri nasihat,
apabila dia bersin dengan memuji Allah hendaklah mohonkan buatnya rah-
mat, apabila dia sakit hendaklah ziarahi dan apabila dia mati hendaklali
hantarkan mayatnya ke kubur. (Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi
Hurairah.)

***

HAK ertinya pekerjaan atau perkara yang tetap, yang wajib dijaga se-

nantiasa. Lawan hak ialah kewajiban. Seorang ayah wajib membelanjai

anaknya, dan si anak berhak menerima belanja dari ayahnya. Jadi seorang
Muslim ada haknya atas diri kita, yaitu enam perkara, dan kita memikul
kewajiban untuk menunaikan hak itu, jadi kita berhutang hak kepada se-
sarna Islam.

Sebenarnya hak Muslim atas Muslim itu bukanlah enam perkara sahaja,
masih banyak lagi yang lain, beratus, beribu, Tetapi kerana Rasulullah itu
seorang yang bijaksana, tidaklah mau beliau memborong menerangkannya
sekaligus, cukup dahulu enam perkara, yaitu hak yang berhubung dengan
menguatkan tali persaudaraan di antara seorang dengan seorang, di dalam
Islam.

Enam perkara ini sahaja diterangkan Nabi dahulu, kerana ini yang pen-
ting sangat di dalam pergaulan sehari-hari, amat ringan, sehingga kerana

123

ringannya, kerapkali diabaikan dan dilalaikan orang. Dia amat penting, te-
tapi selaiu orang Iupakan. Sehingga dicari-cari juga apakah sebabnya, rnaka
hati di antara satu sarna lain, di antara sesarna Islam, seakan-akan tidak ada
hubungannya. Sebab-sebab itu tidak bertemu juga, rupanya inilah sebab-
nya.

* **

Apabila engkau bertemu dengan dia ucapkan salam kepadanya.
Berternu ialah sesudah bercerai, dan dituntut juga oleh hadis yang lain
supaya.diucapkan juga salam seketika akan bercerai-eerai. Ada pula perin-
tah Rasulullah, bahwa jika sekiranya engkau bertemu dengan ternan saha-
batmu di tengah jaIan, laIu didahulukannya memperkatakan perkataan
yang lain, sebelum mengucapkan salam, janganlah dijawab, adakan 'disip-

lin' yang teguh di dalam pergaulanmu,
Ucapan salam itu ialah Assalamu'alaikum-Bahagialah atasmul
Dan di dalam sabda Tuhan ada pula perintah, bahwasanya jika ternan-

mu itu mengucapkan salam kepadamu, balaslah dengan salam yang lebih
bagus, atau yang sarna. Jadi jika diucapkannya Assalamu 'alaikum, balaslah
dengan Alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh, dan seterusnya!

Assalamu'alaikum, bahagialah atasmu! Darnailah hidupmu, beruntung-
lah kamu, di dalam lingkungan salam, dan agama yang berkehendak salam.
Kerana ucapan ini terpeliharalah pertalian di daIam agama, tali persaudara-
an, dan hapuslah dengan sendirinya dendarn dan sakit hati. Hati yang tadi-
nya hendak benci, telah dipaksa oleh lidah supaya tunduk, tunduk kepada
perdamaian dan kebahagiaan.

Sudah terlalu bagus ucapan itu, sukar tandingannya. Tak perlu Iagi.kita
ubah dengan 'dah rnepro, dab menir', tidak periu kita ubah dengan 'dari
mana, ke mana'.

***

Apabila dia memanggil hendaklah perkenankan.

Memanggil, kerana diambil dari bahasa Arab da'aka yaitu doa maka erti-
nya bukan sahaja memanggil, boleh juga mernohon kalau kepada Allah dan
boleh juga bertanya.

Sebab itu kalau sekiranya ternan kita rnemanggil nama kita, hendaklah
kita jawab atau perkenankan dengan baik.

124

Atau kalau sekiranya kita dipersilakan datang ke rumahnya untuk
menghadiri jamuannya, hendaklah kita hadiri.

· Atau kalau sekiranya dia menanyakan suatu perkara yang musykil bagi-
nya, hendaklah kit a jawab, sekadar pengetahuan kita,

Kalau kit a jawabkan: 'Saya tidak tabu,' di dalam perkara yang kita me-
mang tidak tabu, itupun sudah bernamajawab juga.

Atau dia meminta suatu pertolongan, atau dia meminta suatu barang
hak milik kita sendiri kerana barang itu kurang perlu bagi kita, sedang bagi-
nya amat perlu, padahal dia miskin, pun kena juga oleh hadis yang ter-
sebut.

***

Apabila dia meminta nasihat, berilali nasihat.
Nasihat itu banyak baginya, nasihat kepada Allah dan Rasul dengan
mengikut perintahnya. Nasihat kepada kitab Allah dengan menjalankan se-
panjang yang tersebut di dalamnya dan nasihat kepada pemuka-pemuka
Islam dengan rnenuruti aturannya. Adapun nasihat yang dituju di sini ialah
kepada sesama Islam, yang duduk sarna rendah tegak sarna tinggi. Kalau
mereka meminta nasihat di dalam suatu perkara, hendaklah diberi nasihat.
Atau orang itu perIu diberi nasihat, walaupun tidak dirnintanya, hendaklah
diberi nasihat juga. Yaitu rnenuntunkan kepada orang lain supaya rnenem-
puh jalan yang lurus, yang suci danjujur, baik perkataannya atau perbuat-
annya, sampai kepada peri laku dan kepercayaan hatinya. Kalau condong
hendaklah tolong tegakkan, kalau lemah hendaklah tolong kuatkan.

***

Apabila dia bersin dan dipujinya akan Allah, hendaklah mohonkan rah-
mat Tuhan buat dia.

Bersin yaitu keluarnya hawa yang buruk dari dalarn badan. Ketika ber-
sin itu tergerak segala urat saraf, dan tergerak seluruh badan. Adapun ber-
sin yang menjadi obat yang dapat mengeluarkan hawa buruk itu, ialah
yang bilangannya tidak lebih daripada dua atau tiga katie Kalau telah lebih,
itu bukan bersin obat lagi, tetapi sudah bersin penyakit. Jadi kalau terjadi
bersin yang sederhana (normal) itu, hendaklah orang mengucapkan syukur
kepada Allah, dengan memujinya, mengucapkan 'alhamdulillah', segala
puji bagi Allah. Mendengarkan ucapan yang demikian, hendaklah kita sam-

125

but segera, supaya ucapan itu dikuatkan dan dikukuhkan, yaitu dengan
ucapan:

Moga-moga Allah memberi rahmat kepadamu.

Oleh yang bersin itu, pemberian demikian jangan diIahap sahaja, balas
pula dengan ucapan yang lebih indah:

-"'< Y~f ".~,J.t. ~-.J~'"~,'"~~~;~4!...".

Dan moga-moga Allah memberimu hidayat pula, dan memperbaiki akan
peri keadaanmu.

Demikianlah pengajaran Nabi tentang kaifiat sambut menyambut budi
itu, menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abi Hurairah.

***

Apabila dia sakit, hendaklah ziarahi.
Menziarahi orang sakit itu telah diatur pula oleh Rasulullah demikian:
1. Maksud kita ziarah itu ialah meneguhkan kewajiban kita secara se-

orang manusia.
2. Secara sesama Islam.
3. Masukkan rasa sukacita ke dalam hati orang yang sakit, atau kepada

hati kaum kerabatnya sekalipun. Sehingga kerana kita ziarahi itu ter-
obatlah ·penyakitnya sedikit, tahu dia bahwa dia bukan terbuang
atau terpencil di dalam dunia ini, tetapi ada ternan dan sahabatnya.
4. Mengobati penyakitnya kalau kita sanggup, menunjukkan mana yang
berfaedah dan mana yang terlarang. Memperkanankan permintaan-
nya, asal sahaja yang tidak memudaratkan kepada dirinya. Rasulul-
lah mengajarkan kaifiat menziarahi orang sakit, yakni mula-mula di-
besarkan hatinya, disuruh dia sabar, dan kalau sekiranya nyata
bahwa penyakit itu kurang berat, gembirakan perasaannya. Kalau se-
kiranya tidak ada harapan lagi, beri dia perasaan keteguhan menem-
puh maut. Ajarkan kepadanya kalimat 'La ilaha illallah', itulah yang.
dinamai talkin orang yang maut menurut sunnah.

126

Apabila dia meninggal dunia, ikutllah jenazahnya.
Yaitu hantarkanlah mayatnya sampai ke kuburnya.
Mula-mula sekali seketika dia telah menutup mata sehabis kita bacakan
kalimat suci itu, hendaklah tutupkan matanya baik-baik, selirnutl dengan
segala honnat. Lalu diberi nasihat kepada segenap kaum kerabatnya, bah-
wasanya kematian itu adalah barang yang mesti ditempuh oleh tiap-tiap
orang, sebab itu hendaklah sabar.
Maka kaum kerabat dan jiran hendaklah membawa makanan ke rumah
kerabat si mati, sebab dia tidak sanggup ke dapur memasak makanan buat
mereka sendiri.
Setelah itu mulailah diuruskan mayat itu sebaik-baiknya, menurut
rukun syarat yang telah ditentukan oleh agama. Sejak dari memandikan,
mengapani dan menggalikan kuburnya. Dilarang meratap kerana kematian
itu, ratap yang sampai menganiaya badan, merobek baju di dada, menam-
par pipi dan lain-lain.
Lalu diangkat mayat itu ke kubumya, dengan jalan yang cepat,jangan
lambat-Iambat, kerana demikian sunnah Nabi. Kata beliau lebih baik
mayat itu cepat dibawa ke kuburnya, walaupun dia semasa hidupnya orang
yang saleh atau fasik. Kalau dia salih, lekas dia menepati nikmatnya di
kubur, dan kalau dia orang fasik, supaya lekas pula isi dunia terhindar dari-
pada marabahayanya.
Waktu itulah dijalankan sepanjang perintah hadis ini. Pergilah segenap
kaum Muslimin yang tabu akan kematian itu, yang ada perhubungan per-
kenalan dengan dia mengantar bersama-sama; tidak hanya semata-mata
yang masuk ke dalam kongsi matinya sahaja. Kerana kebanyakan kita lihat
diadakan orang kongsi kematian, hanya mengurus orang yang masuk jadi
anggota perkumpulan kematian itu sahaja, yang tidak masuk anggota tidak
mahu mendekat, dan sengaja tidak diundang orang. Perkumpulan kongsi
mati, tidaklah perlu, sebab setiap orang Islam, wajib kifayah menguruskan
mayatnya kepada segenap orang Islam pula. Yang penting bukan perkum-
pulan kematian, tetapi perkumpulan kehidupan, fardu kifayah, urusan se-
kolah, rumah sakit, rumah miskin, bertolong-tolongan atas amar makruf
nahyi munkar, adanya,
Demikianlah enam peraturan dijadikan Rasulullah, hak atas tiap-tiap
orang Islam kepada orang Islam, ertinya kewajiban pula atas orang Islam
terhadap sesamanya Islam, guna menguatkan tali persaudaraan, menghu-
bungkan silaturrahim di antara satu sarna lain.

127

d. Memasuki rumah kawan.

Ertinya: Wahai segenap orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke
dalam segala rumen yang bukan rumahnzu, sebelum kamu menunjukkan
nzuka jernih. dan mengucapkan salanz kepada yang empunya; itulah yang
sebaik-baiknya kanzu ingat, Maka jika tiada kamu dapati seorangpun di da-
lamnya, janganlah kamu masuk sahaja, sebelum diberi izin bagi kamu, dan
iika dikatakan orang kepadamu 'kembalilah " hendaklalt kamu kembali sa-
haja, itulah yang paling suei bagi kamu, dan Allah mengetahui akan segala
yang kamu kerjakan.

***

Keterangan:
lnilah aturan masyarakat yang seindah-indahnya. Jangan sampai kita
masuk sahaja ke rumah orang dengan berleluasa. Ucapkan salam dahulu
dan kalau yang empunya rumah masih belum sanggup menerima kedatang-
an kita, hendaklah pulang dengan hati yang tiada sakit, untuk penjaga per-
hubungan supayasenantiasa menjadi baik. Tandanya kita menghormati
akan hak sesama hidup kita di dalam rumahtangganya.

***

128

e. Kesopanan duduk di dalam satu majlis.
Kalau kita duduk bersama-sama di dalam satu halakah, lalu datang se-

orang kawan terkemudian daripada yang lain, hendaklah kita lapangkan
tempat duduk buat dia, jangan disempitkan. Hendaklah duduk di dalam
majlis itu dengan tertib sopan yang teratur. Jangan diperluas kedudukan
buat sendiri sehingga tidak muat buat orang lain. Jangan pematahkan per-
kataan orang lain. Kalau kuap hendaklah ditutupkan mulut dengan tangan,
jangan dihadapkan kepada orang banyak ketika mengangakan mulut itu:

Ertinya: Wahai segala orang yang beriman, apabila dikatakan orang ke-
padamu, hendaklah diperlapang tempat dudukmu, maka perlapanglah, dan
iika dikatakan orang kepadamu hendaklah tampil ke muka, hendaklah
kamu tampil; mengangkatkan Allah akan orang-orang yang beriman di
antara kamu dan yang beroleh ilmu akan darjatnya beberapa tingkatan;
dan Allah teramat selidik atas segalayang kamu kerjakan.

Lain daripada itu disuruh pula menjaga lidah di dalam bertutur. Jangan
sampai tutur kat a menyinggung perasaan orang lain, hendaklah lidah itu di-
kendalikan dengan akal, tegak di tentang kesopanan dan kebaktian, jangan
lidah dilepaskan sahaja kalau tidak akan memberi manfaat dunia dan akhi-
rat, kerana segala yang keluar dari lidah akan dihitung pula kelak sekali lagi
di muka kadi yang maha adil, Tuhan sendiri. Berkatalah terus terang di
waktu membela kebenaran, tetapi janganlah dilupakan laku hormat, jangan
dikotori lidah dengan maki dan cercaan.

129

AIangkah mulianya lidah kalau yang keluar dari sana itu kata hikmat
yang telah dipikirkan lebih dahulu.

Selain daripada gunjing dan fitnah masih banyak hal yang dapat dibica-
rakan oleh lidah, misalnya menyebut-nyebut nikmat Tuhan dan mensyu-
kuri pemberiannya. Berbicaralah dengan orang menurut kadar akalnya.
riga perkara yang mesti dijauhi betul-betul, sebab itulah bahaya bagi diri,
bagi orang lain, bagi masyarakat seumumnya. Bahaya bagi diri ialah kalau-
kalau terbiasa nanti, bahaya bagi orang lain ialahjika orang teraniaya kera-
na lidah kita, bahaya bagi masyarakat, sebab keruh dan tidak dapat kata
yang akan dipegang. Yang tiga perkara itu ialah, pertama bohong, kedua
menggunjing upat, ketiga memfitnahkan orang:

Ertinya: Pelahan-lahanlah bersuara, kerana suara yang keras itu ialah
suara keledai.

Yaitu suara yang keluar dari mulutnya itu tiada padan dengan dirinya.

Ertinya: Katakan benar kepada hambaku, hendaklah mercka bertutur
yang sebaik-baiknya, kerana sesungguhnya syaitan selalu memperdayakan
di antara mereka; sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang seterang-
terangnya bagimanusia.

Jika mampu dan kaya raya, janganlah dilupakan bahwa kalau tidak ada
orang yang miskin dan fakir, manakah kelihatan orang yang kaya raya.
Sebab itu hendaklah biasakan mengeluarkan bantuan bagi mereka. Seruan

130

Allah di dalam perkara sifat dermawan itu sangat bagusnya, demikian
bunyinya:

Ertinya: Jangan tnerasa keberatan orang-orang yang beroleh kelcbihan
dan kekayaan di antara kamu, akan memberikan pemberian kepada kaum

kerabatnya, kepada orang-orang miskin, dan orang-orang yang muhajir
pada jalan Allah. Hendaklah mereka suka memberi maaf dan menghabisi
kesalahannya; tidakkah kamu ingin supaya diberi ampun olen Allah akan

dosamu? Dan Allah suka memberi ampun dan penyayang.
Setelah itu diperingatkan pula bahwasanya manusia tidaklah mungkin

hid up seorang dalam alam ini, dia mesti masuk ke dalam lingkungan persa-
tuan, terutama di dalam seagama atau sesama manusia sekalipun. Hendak-
lah orang Islam itu hidup bersatu, sakit seorang diderita oleh semua,
senang seorangpun menjadi kesenangan semua pula. Sehingga tiap-tiap
anggota rnasyarakat itu merasa bahwa dia tidak terpisah daripada per-
samaan.

Hal ini telah dimaklumi oleh Rasulullah seketika beliau bermula me-
ngembangkan agama Islam yang suci, Baharu sahaja beliau pindah dari ne-
geri Mekah ke negeri Madinah, maka urusan persatuan itulah yang dahulu
dikuat dikukuhkannya, dipersaudarakannya di antara tiap-tiap seorang
daripada Muhajirin dengan setiap seorang daripada orang Anshar, serupa
berkakak beradik layaknya, malahan lebih, sebab orang berkakak beradik
sendiripun belum tentu akan rapat itu pergaulannya. Setelah terikat per-
saudaraan yang kuat kukuh ini, baharulah tercapai beberapa kemenangan

131

yang besar, perjuangan menyiarxan Islam ke negeri-negeri yang lain, sam-
pai menaklukkan kerajaan-kerajaan Rom dan Parsi yang sangat berkuasa
pada masa itu. Beberapa pekerjaan yang penting-penting, yang menggon-
cangkan dunia sangguplah mereka melaksanakannya setelah padu persau-
daraan itu, Dibaginya keperluan itu kepada dua bahagian. Pertama fardu
ain, pikulan sendiri-sendlrt, yang tidak ikut orang lain menanggungjawab
pikul dan ringan sama dijinjing, mana yang sempat supaya meneruskan,
yang tidak sempat tidak disesali dan diupat oleh yang sempat.

Dengan jalan demikian berdirilah satu masyarakat besar, masyarakat
Islam yang kiranya tiadalah akan dapat dilupakan di dalam tarikh.

KESOPANAN TERHADAP RASULULLAH S.A.W.

Di antara demikian banyak makhhik Allah yang ada perhubungannya

dengan diri kita, maka adalah Nabi Muhammad s.a.w. orang yang paling
utama untuk kita hormati, kita mullakan dan kita tinggikan. Sebab kalau
bukan tersebab dia, di manakah Allah akan memberikan petunjuk kepada
kita, mana kita akan tahu perbedaan yang hak dengan yang batil, dan
mudarat dan yang manfaat, Dialah yang membimbing tangan kita kepada
keselarnatan, dunia dan akhirat. Dia yang mengeluarkan kita daripada
gelap gullta kekafiran kepada cahaya kebenaran, kepada petunjuk, kepada
godaan dan rahrnat.

Tidak patut, sebenar-benar tidak patut, kalau sekiranya kita lupakan
jasa yang begitu besar.

Segala orang yang ada akal budi mesti merasai itu, dia merasa berhutang
budi kepada nabi, sebagaimana kepada ibubapanya dan gurunya juga,
malahan lebih. Tetapi dengan cara bagaimana mestinya menghonnati
Nabi? Bukankah umat-urnat yang telah terdahulu, banyak yang tersesat
kerana tidak tahu dengan cara bagaimana hendaknya menghormati Nabi
dan Rasul itu, sehingga orang Nasrani mengatakan bahwa lsa Alrnaseh itu
anak Allah yang menubuhkan dirinya sebagai manusia untuk penebus dosa
manusia itu, Mereka katakan dia Tuhan, sebab dia menyembuhkan orang
sakit, menyalangkan mata orang buta dan lain-lain keajaiban yang diberi-
kan Tuhan dengan izinnya, Jadi, dengan perbuatan demikian kaum Nasrani
telah terbalik, kerana terlalu sopan dan adab , hak Allah telah terberikan
kepada Nabi. Itulah sebabnya maka orang Islam diberi tuntunan oleh Allah
bagaimana caranya menghormati Nabi itu.

Mula-mula hendaklah diketahui bahwa Nabi itu hanya seorang manusia

132

sebagai kita juga, tetapi dia diberi kelebihan dan keutamaan, sehingga
berbeda dengan manusia biasa. Akalnya penuh dengan ilham dan wahyu,
sebab itu tidak serupa duduknya dengan akal manusia biasa.

Di zaman Rasulullah hid up sudah diatur, sekali-kali tidak boleh sahabat-

sahabat itu mengangkat suara lebih keras daripada suaranya, tegasnya
mesti menundukkan kepala, dibedakan pangkatnya dengan pangkat kawan
sesama gedang. Kerana kalau sekiranya Nabi diringankan demikian sahaja,
segala amalan nanti tidak tekerjakan dengan hebat, tetapi ringan sahaja.

Wahai segala orang yang beriman, janganlah kamu angkat suaramu lebih
tinggi dari suara Nabi, dan iangan kamu lantangkan suara kepadanya seba-

gai bercakap di antara kamu sesama kamu, kerana itu akan menjatuhkan

amalanmu, padahal kamu tidak merasa. Sesungguhnya orang-orang yang
merendahkan suaranya di sisi Rasulullah, itulah orang yang diuji Allah hati
mereka untuk mencapai taqwa, bagi mereka ampunan dan pahala yang
besar.

Dahulu ada orang yang pernah memanggil-manggil Nabi sahaja dari luar
dinding rumahnya. Itu juga satu sikap yangjauh daripada kesopanan. Telah
ditegur oleh Tuhan demikian:

133

Orang-orang yang memanggil-manggilmu dari luar dinding itu, keba-
nyakan ialah orang-orangyang tidak berakal budi.

Ada juga orang-orang yang keluar sahaja dari majIis Nabi dengan tidak
meminta izin, seakan-akan dipandangnya segala yang dibicarakan Nabi itu
tidak ada harganya. Itupun telah dilarang keras. Akan keluar dari majlis
Nabi mesti dengan meminta izin dahulu, setelah diberinya izin baharu
boleh keluar.

Ada pula orang-orang yang berbisik-bisik, mengatakan bahwasanya
kalau Nabi mati dia hendak menikahi Aishah, isteri Nabi yang paling beliau
cintai. Perkataan demikianpun sangat jauh daripada hormat, sebab itu
jatuh pula larangan, bahwa janda-janda Nabi itu ialah ibu Muslimin sekali-
an; semati Nabi, mereka tidak boleh dinikahi, walaupun oleh siapa.

2. Sopan kepada perintahnya.
Ikut dengan tunduk dan patuh akan segala perintahnya, sebab segala pe-
rintahnya itu ialah datang dari Tuhan. Barangsiapa yang durhaka kepada
Rasul, bererti durhaka kepada Tuhan juga, sebab perintah Rasul itu asal-
nya ialah dari Tuhan. Dan kalau sekiranya dia menjat1.1hkan hukuman,
wajiblah hukumannya itu dijunjung tinggi.

Ttdaklan patut bagi orang Mukmin laki-laki atau Mukmin perempuan,
apabila te/ah menghukumkan Allah dan RasulNya atas suatu perkara, bah-
wa mereka akan menukamya-memilihnya-daripada pekerjaan mereka;

134

dan barangsiapa yang durhaka kepada Allah dan RasulNya, maka sesung-

guhnya sesatlah dia, sesat yang nyata sekali.

Apa-apa yang didatangkan kepadamu oleh Rasul, hendaklah kamu
ambil, dan apa-apa yang dilarangkannya hendaklah kamu hentikan, dan

takutlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangatlan siksaNya.

Oleh sebab itu maka diaturlah oleh Tuhan suatu ucapan terhadap kepa-
da Rasul, yaitu selawat dan salam:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan selawat

kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat kepada-
nya dan ucapkanlab salam.

Di belakang namanya senantiasa diletakkan 'Sallallahu alaihi wasallam',
moga-moga selawat dan salam Tuhan tetaplah padanya. Ucap itulah akan
ganti berterimakasih atas jasanya yang begitu besar.

Meskipun Rasul telah meninggal dunia, namun sahabat-sahabat beliau
dan Imam-Imam yang besar sepeninggalnya, masih tetap memegang akan
kehormatan dan kesopanan yang demikian. Abdullah bin Umar biasa tegak
dengan honnat pada tempat-tempat yang biasa tegak di sana Rasulullah
s.a.w., dan duduk di tempat yang biasa beliau duduki.

Imam Malik, imam yang masyhur itu, yang bergelar Imam Daril Hijrah,
yaitu imam di negeri tempat pindah Nabi (Madinah), senantiasa memakai
baju yang baharu, memakai minyak yang harum-harum dan berwuduk apa-

135

bila beliau akan mengajarkan kitab Almuwath-thanya di dekat makam Ra-
sulullah. Dan tiap-tiap beliau membacakan satu hadis, beliau berkata:
'Telah menyampaikan kepadaku Nafi', dan Nafi' itu menerima daripada
Abdullah ibn Umar, dan Abdullah ibn Umar menerirna daripada yang
mempunyai makam', lalu diisyaratkannya tangannya kepada kubur itu
dengan amat hormatnya.

Abu Jaafar Ahnansur, Khalifah Bani Abbas yang masyhur itu, tiap-tiap
beliau pergi naik haji ke Baitullah dan laIu di negeri Madinah, maka sebe-
lum masuk ke dalam kota, lebih dahulu baginda turun dari atas kendaraan-
nya. Seketika ditanyai orang apa sebab beliau berbuat demikian, padahal
Khalifah-Khalifah yang lain, yang terdahulu daripadanya tidak ada yang
berbuat begitu, beliau berkata, bahwa hatinya tidak sanggup hendak
menaiki kendaraannya juga di atas tanah yang mengandung akan tubuh
Rasul ullah.

Itulah sebabnya barangkali bahwa seketika dibicarakan oleh ulama-
ulama tentang gubah di atas kubur haram hukumnya, terutama ulama
Wahabi, sehingga banyak gubah itu yang diruntuhkan mereka di negeri
suci, namun akan meruntuhkan gubah Nabi itu tidak seorang juga yang
mahu, kerana gubah itu sekali-kali bukan akan disembah, hanyalah semata-
mata tanda hormat juga. Itu pulalah agaknya sebabnya maka Raja negeri
Syam yang bernama Nuruddin Zanki menyuruh membina keliling makam
Rasulullah dan kedua sahabatnya (Abu Bakar dan Umar) itu dengan besi,
kerana terdengar kepadanya berita bahwa ada spion -spion dari negeri asing,
yaitu dari tentera salib, yang bermaksud hendak menggali kubur itu dan
mencarijenazah beliau yang suci dari dalam kuburnya.

'Sallallahu alaihi Wasallam!

KESOPANAN KEPADA TUHAN

Tuhan Allah, dia yang menjadikan kita, memberi kita rezeki, yang
memberi izin kita hidup di dunia ini buat mengecap nikmatNya. Dia yang
menolong membantu, yang memberi ganjaran di atas segala pekerjaan baik
yang kita kerjakan, dan dia pula yang memberi ganjaran yang sepadan de-
ngan kejahatan yang telah terlanjur kita perbuat. Suatu kebaikan kita ker-
jakan dengan tulus hati, sepuluh ganda pahala yang bakal kita terima, te-
tapi satu kejahatan kita kerjakan, hanya satu pula dosa siksaannya. Kerana
Tuhan lebih tahu bahwa seketika kita mengerjakan kejahatan itu sekali-kali
bukanlah datang daripada sengaja hati kecil kita, kejahatan hanyalah do-

136

rongan nafsu, hati keeil sendiripun masih tetap menegahkan, seketika kita
perbuat itu. Itulah sebabnya maka buat satu kebaikan, 10 ganjarannya,
dan satu kejahatan hanya satu.

Dialah yang berdiri sendiri, mempunyai kekuasaan buatan yang dieipta-
kanNya, indah tiada tandingan. Tidak ada seorangpun yang sanggup meni-
ru meneladanNya; sedangkan menjadikan lalat orang tak sanggup, konon-
lah meniru menegakkan bumi sebuah lagi. Sedangkan mengganti matanya
sendiri yang telah rosak: dan mengembalikan eahayanya, tidak seorangpun
dokter yang pandai, Satu limpa hanya barang keeil yang terletak di dalam
dada, satu rabu hanya seumpama prop penyumbat botol tempat perma-
Iaman napas di dalam badan, tetapi di sana bersarang hidup. Sudah dieoba
oleh seorang dokter di Shanghai memperbuat rabu tiruan, terbuat daripada
alpaka, amat Iuas dan besar, sehingga badan orang yang empunya rabu itu
sendiri terpaksa terkurung di dalamnya. Namun begitu, kekuatan badan-
nya tidak juga kembali sebagai sediakala. Meskipun rabu itu boleh diganti,
baharu dia seorang-yaitu seorang anak miliuner-yang sanggup membeli
rabu yang demikian besar dan demikian mahal,

Dialah yang bertasarruf, mempunyai kekuasaan penuh di atas diri ham-
baNya, diaturNya menurut sukaNya dan bagaimana mahuNya. Tidak ada
orang-orang yang akan sanggup membantah, dan tidak seorang juapun
yang dapat mendahului kekuasaanNya.

Kelemahan yang terasa dalam diri sendiri dan kekuasaannya yang gaib
lagi maha besar itu, kependekan pikiran kita dan keluasan kuasaNya, keke-
eilan kita dan kebesaranNya; menyuruh kita mahu tidak mahu, buat ber-
tunduk kepadaNya, buat beradab dan bersopan, buat tulus dan jujur. Ke-
rana ke manapun pergi kita, di manapun kita melangkah, di negeri mana-
pun kita tinggal, di dinding di Iantai, di Iangit, di bumi, di bulan, di bin-
tang, di burung dan di segenap kayu-kayan, tampak dengan jelas kerajaan
Tuhan. Semuanya memaksa buat kita bertunduk, bertafakkur, khusyuk:,
khuduk taqwa dan menyerah. Kelebihan dan kemuliaan yang ada pada diri
kita sendiri sehingga suatu keeewapun tiada kelihatan, mahu tak mahu
menyuruh kita einta kepadaNya, dan menyuruh kita takut.

Tak syak lagi, perasaan adab dan sopan santun terhadap kepadaNya,
yang timbul dari hati sanubari manusia, hati yang penuh dengan kebesaran-
Nya, rasa takut dan eemas, harap dan mujur, einta dan menunggu, itulah
semuanya tanda-tanda iman yang kamil. Itulah sebabnya maka di dalam
ayat-ayat yang mulia, di dalam hadis yang suei, selalu terdapat, bahwa per-
euma amalan tubuh, perewna rukuk dan sujud, tegak dan duduk, kalau

137

tidak disertai lebih dahulu oleh hati iman, hati pereaya, patuh dan taqwa.
Yang menjadi pusat jaIa pumpunan ikan daripada iman kepada Allah

dan kesopanan terhadapNya ialah taqwa. Taqwa ialah melazimi taat akan
menjauhi larangan dan mengerjakan suruhan, meninggalkan segala pekerja-
an yang tidak akan ada faedahnya, dirikan segala ibadat dan perbaiki per-
gaulan dengan sesama makhluk yang dijadikannya, perbaiki niat dan per-
suci hati, dengan sempurna ikhlas.

Berkata Khalifah Umar ibn Abdul-Aziz: 'Bukanlab kerana terus-terusan
puasa siang dan terus-terusan bangun sembahyang malam yang bemama
taqwa. Tetapi yang bernama taqwa ialah meninggalkan yang diharamkan
Tuhan dan menunaikan yang diwajibkanNya. Kalau sudah dapat dan sang-
gup melebihi dari itu, itulah kebaikan yang sebaik-baiknya. '

Pokok pangkal ikhlas ialah niat yang tulus, kerana niat itulah yang men-
jadi nyawa daripada segenap amalan. Itulah sebabnya maka ada hukama
yang berkata: 'Amalan yang keeil sahaja, boleh menjadi besar harganya
kerana kesueian niat; sebaliknya amalan yang besar, boleh menjadi keeil
kerana niat juga.'

Niat yang tulus itulah yang menjadi pokok dan tiang agungnya, meski-
pun pekerjaan itu misalnya tiada akan tercapai kerana tiba halangan yang
lain. Itulah sebabnya maka orang yang berniat hendak naik haji tahun di
muka, tiba-tiba mati dia pada tahun ini, akan diberi pahala sebagai pahala
orang yang niat haji juga.

Meneita-eita, mengangan-angan hendak berbuat baik, itupun sudah
suatu kebaikan juga namanya, sudah menjadi bukti bahwasanya kita telah
berusaha hendak membentuk budi menuruti jalan yang mulia.

Ikhlas ialah beramal dengan hati tulus kerana Tuhan, bukan kerana
yang lain, bukan risk bukan mencari puji manusia, mengerjakan suatu ke-
wajiban kerana dia memang kewajiban; baik berhubung dengan masyarakat
atau terhadap kepada ibadat yang dikerjakan sendiri terhadap Tuhan.
Sabda Rasulullah s.a.w.

138

Tidaklan beramal seorang hamba dengan ikhlas di dalam 40 hari, me-
lainkan timbul mata air hikmat dari dalam hatinya menerus kepada lidah-
nya.

Yang menjadi sendi daripada niat yang tulus itu ialah cinta, muhibbah.
Kerana barangsiapa yang cinta, akan tuluslah taatnya dan sucilah niatnya
di dalam segala pekerjaannya, sehingga apa sahaja pekerjaan yang dikerja-
kannya ialah guna pengambil perhatian senang daripada orang yang diein-
tainya. Yang menjadi pokok dari segala amalan agama ialah einta kepada
Allah dan cinta kepada Rasul, yaitu Rasul yang telah diutusNya dengan
agama yang benar, menjadi kesaksian di antara segala macam agama, di
aIam dunia ini.

Sabda Rasulullab s.a.w.:

Tidaklah beriman seorang kamu sebelum Allah dan RasulNya lebih di-
cintainya daripada yang lain.

Ertinya cinta itu telah dikupas seterang-terangnya oleh Hujjatul Islam
Aighazali di dalam 'Ihyaanya dan bukunya yang lain-lain, menurut kupas-
an agama dan falsafat yang telah biasa beliau permahir itu, demikian
bunyinya:

Cinta itu terbagi kepada lima bahagian:
1. Cinta manusia kepada dirinya.
2. Cinta manusia kepada orang yang berjasa kepadanya.
3. Cinta kepada orang kerana cantiknya.
4. Cinta kepada orang kerana kesempurnaan sifatnya.
5. Cinta yang berbalas-balasan di antara yang mencintai dengan yang di-

cintai.
Setelah dikupas-kupas, diselidiki dengan tenang, dengan saksama dan
sabar, ditenangkan hati sanubari-dengan keringkasan kat a Ghazali-maka
yang cantik dan sempurna, dan berjasa kepada kita, dan ada pertalian cinta
kita kepadanya, hanyalah seorang sahaja, yaitu Allah! PadaNyalah terdapat

139

sebab-sebab buat dicintai itu 100 dan batin, tidak berkulit berisi lagi,
Sebab itu hanyalah Dia seorang yang patut menerima cinta yang suci dan
tulus daripada kita. Maka orang yang cinta kepada Allah, dengan cinta
yang suci, mengikut suruhNya sebab cinta, menghentikan larangNya sebab
cintanya itu akan dibalasi Tuhan pula. Tuhan tidak akan mensia-siakan
cinta itu, tidak akan bertepuk sebelah tangan lagi. Di dalam hadis Qudsy
ada tersebut:

Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaku sejengkal, aku akan men-
dekatkan diri kepadanya satu hasta; barangsiapa yang mendekatkan diri
kepadaku satu hasta, aku «lean mendekatkan diri kepadanya satu de-
pa. . . .

Anasir yang terkandung eli dalam taqwa itu bermacam-macam; yaitu
bahan-bahan yang menjalankan taqwa; yaitu harap, takut, cemas me-
ngintip, memperhatikan, bersyukur, menyelidiki diri sendiri, sehingga ma-
11a baharu langkah yang telah dilalui menuju Tuhan, bertawakkal, berta-
fakkur. Semuanya itu ialah bahan-bahan yang menimbulkan satu taqwa di
dalam hati; satu sifat bertali dengan yang lain. Turun naiknya, tebal tipis-
nya, dalam dangkalnya, semuanya itu bergantung kepada perjuangan dan
kemenangan yang telah ditempuh oleh Iman kepada khalik dan adab sopan
terhadap kepadaNya.

Rajaa, ertinya pengharapan, yaitu pengharapan yang diikuti oleh peker-
jaan mengharap akan reda dan kasihanNya. Kalau hanya sekira-kira harap-
an sahaja, tidak disertai oleh amalan, bukan harapan lagi namanya, tetapi
angan-angan.

Maaruf Alkarachi berkata: Menuntut syurga tetapi dengan tidak berse-
bab, adalah satu macam dari kesombongan, menuntut rahmat dengan tidak
menuruti jalan taut, adalah kejahilan dan kedunguan.

Takut, yaitu takut akan azab, siksa dan kemurkaanNya.
Menyelidiki, atau muhasabah dan 112uraqabah, menyelidiki dan memper-
hatikan, sehingga mana baharu kedudukan diri, di mana salah badan dan di
mana kekurangannya, apa aib dan apa celanya. Sabda Nabi:

140

Bahagialah atas orang yang berbimbang dengan aib celanya sendiri, dan

tidak mempedulikan akan .aib orang lain; dinafkahkannya kelebihan harta-
nya, ditahannya kelebihan cakapnya, luas hatinya di dalam mengerjakan
sunnah dan tidak dia membelok kepada bidaah.

Menyelidiki diri sendiri itulah satu pekerjaan yang paling berat, sebab
diri itu dikekang, ibarat sais mengekang kuda sadonya.

Syukur ialah memuji Allah dan menerimakasih kepadaNya kerana nik-
matNya yang tiada terhitung banyaknya, lahir batin. Tawakkal ialah beker-
ja bersungguh-sungguh mengerjakan segala macam usaha di dalam hidup,
lalu menyerahkan keputusan buruk baiknya kepada Tuhan. Tafakkur ialah
memandangi akan kebesaran kerajaan Allah dan kelemahan diri sendiri.

Tafakkur itu boleh menimbulkan segala dasar yang ada pada diri di da-
lam hal budi dan ilmu. Seorang ahli syair yang tafakkur melihat bintang,
boleh memantuni bintang itu dan memuji Tuhan. Seorang failasof boleh
memperdalam hikmatnya terhadap alam, seorang ahli nujum boleh menge-
tahui musim dan pergiliran waktu, seorang ahli astronomi di dalam labo-
ratorium boleh menyelidik, apakah di dalam bintang-bintang yang banyak
itu ada pula makhluk-makhluk sebagai manusia ini,

Berkata Haatim: 'Daripada iktibar timbutlah ilmu, daripada ingat tim-
bullah cinta, dan daripada tafakkur bertambahlah takut. '

Berkata Ibnu Abbas: 'Bertafakkur terhadap kepada kebajikan, menim-
bulkan minat hendak mengamalkannya, menyesal mengerjakan kejahatan
menimbulkan kehendak untuk menmggalkannya. '

***

141

Peringatan.
Tadi dibagi-bagi oleh Imam Ghazali darjat cinta itu kepada lima bahagi-
an. Bahagian pertama, yaitu terhadap diri sendiri, kedua sampai keempat
terhadap kepada orang lain. Menurut penyelidikan beliau, cinta terhadap
orang lain itu kalau diselidiki, pohonnya hanyalah kepadaAllah semata-
mata. Tetapi menurut Ibnul Araby, bahagian pertama, yaitu cinta kepada
diri itupun, hakikatnya cinta akan Allah juga. Sebab seorang makhluk
tidaklah terpisah dirinya dari Allah. Ibnul Araby berpendapat bahwa di
antara yang mencintai dengan yang dicintai itu baharu salt cintanya setelah
yang mencintai itu tidak ada merasa perbedaan lagi, Yang mencintai saya,
dan yang dicintai itu ialah saya juga. Maksud Ibnul Araby ialah mendekat-
kan Tuhan ke diri, sehingga tidak ada batasnya lagi, Tetapi kalau sekiranya
perkara ini kurang hati-hati kita memahamkannya, kita kelak boleh terpe-
rosok kepada pendirian 'Wihdatul Wujud' yang menyebabkan sebahagian
besar ulama-ulama menuduh bahwa Ibnul Arby itu sesat. Adapun sesat
atau tidaknya diri Ibnul Araby biarlah perhubungannya dengan Tuhannya.
Kita sendiri, kalau sekiranya 'tidak termakan' oleh kata pengajiannya itu,
maka tidak ada pula orang lain yang berhak buat memaksa kita mengikut-
nya.

KEMENANGAN

(Penutup dari hal kesopanan)

Kemenangan yang dicapai oleh manusia di dalam usaha dan amal yang
dikerjakannya, ialah sekadar ketinggian kecerdasan akal dan sopannya.
Oleh sebab itu, maka ketika terjadi perang berkecamuk, terjadi pertempur-
an di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, sebagai pertempuran di
antara bangsa Inggeris di satu pihak dengan Jerman di pihak yang lain pada
masa ini, maka nama-nama ahli siasat dan diplomatik itu lebih disebut
orang daripada nama kepala perang. Padahal kepala-kepala peranglah yang
menumpahkan tenaga, kadang-kadang jiwa, untuk kemenangan tanah air.
Memang mereka berkorban, dengan tenaga, dengan jiwa, tetapi diplomatik
berkorban dengan akal dan pikiran.

Sehabis perang, setelah ditandatangani surat-surat perdamaian, kepala-
kepala perang kembali menjadi serdadu biasa, diikat oleh tugas dan disip-
lin. Maka negeri-negeri yang telah kusut, yang telah menanggung rugi, eli-
atur dan ditegakkan kembali oleh ahli-ahli pikiran, yang peperangannya

142

dengan akal pikiran itu, lebih hebat daripada suara meriam. Itulah sebab-
nya maka Kamal Pasha disebut orang seorang pahlawan besar, pahlawan eli
waktu perang dan pahlawan eli waktu damai, sebab padanya terkumpul ke-
kuatan hati dan kegagahan seorang serdadu dengan ketangkasan pikiran se-
orang diplomat.-Dengan lemah lembut seorang ahli pikir boleh mencapai
sesuatu yang kadang-kadang belum tentu akan tercapai dengan bayonet.

Kita mesti menjadi seorang gagah perkasa, tetapi eli samping itu kitapun
mesti menjadi seorang budiman, seorang yang panjang pikiran. Seorang
budiman senantiasa mendengarkan suara perasaannya sendiri, suara yang
senantiasa menyelinap di dalam hati sanubari, Dia mengerti bila dia mesti
menurutkan rasa marah, eli mana tempatnya mengambil kesempatan. Maju
sahaja ke medan perang dengan gagah, tetapi akal tumpul, bukanlah peker-
ti seorang yang gagah, tetapi kecerobohan yang biasa dilakukan oleh orang-
orang yang bodoh.

Seorang yang mempunyai jiwa besar memandang benar-benar lebih
dahulu eli sasaran mana dia mesti berlawanan dan medan mana yang mesti
dimasukinya. Baginya bukan sembarang waktu sahaja akan menyentak pe-
dang, bukan sembarang waktu buat menghamburkan mulut yang berisi an-
caman, kerana baginya ancaman itu tidak ada eli dalam riwayat hidupnya.
Apabila satu kali dia telah tampil ke muka, pulangnya hanya untuk dua
perkara, pertama untuk menang, kedua untuk mati.

Memaafkan 'kesalahan musuh yang' telah menyerah dan mengaku, itulah
kesenangan yang paling tinggi bagi budiman, kerana membalas dendam itu
hanyalah pekerjaan yang telah terbiasa daripada manusia biasa. Jika dia
masuk dengan kemenangan ke negeri orang lain, tidak dia hendak meng-
ganggu kepada orang-orang pereman yang sedikitpun tidak ikut eli dalam
perjuangan perang. Dia tidak mahu mengotori pedangnya. Orang banyak
yang tidak bersalah itu bukan musuhnya, mereka bukan lawannya. Itulah
sebabnya maka Salahuddin Al-Ayyubi dipandang oleh pahlawan dan Raja-
Raja Eropah ketika peperangan Salib sebagai seorang satria yang di Eropah
sendiri jarang tandingnya. Terdengar kepadanya berita bahwa musuh besar-
nya, Richard 'Hati-singa' Raja Inggeris sakit keras, lalu dikirimnya seorang
tabib, untuk mengobatinya sampai sembuh. Pahlawan-pahlawan penjaga
Riehard mula-mula tiada pereaya bahwa tabib yang dikirim itu bermaksud
jujur. Tetapi dengan terang tabib itu menyampaikan pesan junjungannya
bahwa kedatangannya hanya semata-mata akan berhadapan dengan se-
orang yang sakit. Sultan lebih suka Richard itu sembuh dati sakitnya,
kerana jika dia telah sehat, mereka akan dapat meneruskan pertempuran,

143

secara pahlawan sarna pahlawan. Maka sebelum tentu kemenangan di
medan perang, sudah ada lebih dahulu kemenangan di medan budi.

Itu pulalah sebabnya maka kita harus memperingati pahlawan-pahlawan
eli tanah air kita, sebagai Tengku Ghik di Tiro, Panger an Diponegoro, yang
di dalam riwayat orang-orang Eropah sendiripun diakui bahwa meskipun
mereka itu kalah eli dalam perang, tetapi mereka tetap menang eli dalam
budi.

Demikian juga seketika seorang budiman, seorang muslim, seorang yang
mengeluarkan pendapatan baharu yang masih dibenci oleh masyarakat.
Tiap-tiap orang yang diberi Allah nikmat itu senantiasa didengki orang,
dibenci orang dan hendak dimungkiri orang kebaikannya, dibongkar-bong-
kar kesalahannya, dibuntang-buntangkan, kadang-kadang yang bukan kesa-
lahannyapun, dikatakan kesalahannya juga. Tetapi ketahuilah bahwa se-
tiap-tiap orang yang tegak sendiri, yang bukan mengikut orang lain, tetap
percaya kepada dirinya dan tuntunan Tuhannya, setiap mereka itu semasa
hidupnya dibenci orang. Setelah mereka mati, nama mereka tetap kekal,
terlukis di dalam riwayat dan nama si pembenci itu hilang, tidak tersebut-
sebut lagi.

Orang sebagai Ghazali, Ibnul Araby, Ibnu Hazmin, dituduh sebagai pe-
rosak agama, disuruh bakari kitab-kitab mereka. Meskipun kitab-kitab itu
telah habis musnah terbakar, toh nama Ghazali, Ibnul Araby dan Ibnu
Hazmin itu tidak turut terbakar, melainkan nama-nama pembencinya itu
yang menjadi abu.

Sebab itu, ke sanalah mencari kemenangan, yaitu kemenangan sesudah
mati, kemenangan yang kekal. Adapun di kala hidup ini, belumlah akan te-
rang kalah menang itu, sebab tubuh masih dilihat orang, sebab mereka be-
lum hendak mengakui.

Tidak ada suatu perkara di dunia ini yang lebih hina bagi budiman dari-
pada loba tamak. Tidak ada yang lebih mudarat daripada perebutan pang-
kat dan pengaruh, apalagi setelah dipakaikan pula pujuk cumbu fitnah di
sini, hasut di sana. Suatu bangsa tidak akan dapat memeliharakan kemulia-
an clan martabatnya, kebangsaannya dan ketinggiannya, melainkan dengan
rasa kasih sayang, dengan rasa tahu di mana kita harus tegak. Orang hams
insaf, bahwa satu kemenangan dari satu negeri tidaklah akan tercapai kalau
semua orang menjadi jendera1; mesti ada soldadunya, mesti ada tukang ma-
saknya, tukang musiknya, tukang jahit, bahkan kuli tukang gali tanahpun
mesti ada. Insaf akan kedudukan masing-masing itulah yang perlu, supaya
me nang.

144


Click to View FlipBook Version