.
SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN MURID (PENILAIAN GURU) :
TAHAP TAFSIRAN MENGUASAI /
PENGUASAAN BELUM MENGUASAI
1 • Proses penyiapan dari hari pertama
hingga akhir kurang lengkap
• Proses penyiapan dari hari pertama
hingga akhir kurang lengkap tetapi
2 selesai
• Hasil akhir tidak dipersembahkan/
dihantar.
• Proses penyiapan dari hari pertama
hingga akhir kurang lengkap tetapi
3 selesai
• Hasil akhir telah dipersembahkan/
dihantar.
• Membina model “Oreri Sistem
Suria Saya”
4 • Proses dari hari pertama dinyatakan
dengan lengkap
• Hasil akhir telah dipersembahkan/
dihantar.
• Membina model “Oreri Sistem
Suria Saya” secara kreatif
5 • Proses dari hari pertama dinyatakan
dengan lengkap dan kreatif
• Hasil akhir telah dipersembahkan/
dihantar.
• Membina model “Oreri Sistem
Suria Saya” secara kreatif dan
inovatif
6 • Proses dari hari pertama dinyatakan
dengan lengkap, kreatif dan inovatif
• Hasil akhir telah dipersembahkan/
dihantar.
Disemak oleh: Tarikh:______________
_____________________
144
.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
(PROJECT BASED LEARNING)
SAINS TAHUN 3
“MODEL TAKAL”
DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU STELLA DUMAT
CIKGU SITI SHAFAWATI BINTI HAMKA DOL
( Sekolah Kebangsaan Lohan, Ranau)
145
.
PROJECT BASED LEARNING (PBL)
SAINS TAHUN 3
Tema Teknologi dan Kehidupan Lestari
Tajuk Mesin - Takal
Projek yang Dihasilkan MODEL TAKAL
Standard Kandungan 10.1 TAKAL
Standard Pembelajaran 10.1.4 Mereka cipta model takal yang berfungsi.
10.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang takal melalui
Objektif Projek
lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara
Kriteria Kejayaan kreatif.
Pada akhir penghasilan projek ini, murid dapat :
Sasaran 1. membina model takal yang berfungsi
Tempoh Pelaksanaan menyelesaikan masalah mengangkat beban.
2. menyatakan langkah-langkah membina model takal
Soalan Kurikulum serta menerangkan bagaimana ia berfungsi.
Saya dapat:
1. melakar rupa bentuk model takal.
2. membina model takal menggunakan bahan-bahan
yang mudah atau daripada bahan kitar semula
seperti kotak, straw, lidi dan yang besesuaian.
3. menguji model takal yang sudah siap dan
menerangkan bagaimana ia berfungsi.
Murid Tahun 3
2 minggu
1. Apakah maksud dan kegunaan takal?
2. Bagaimanakah takal berfungsi?
3. Nyatakan empat bahagian takal tetap.
4. Apakah contoh kegunaan takal dalam kehidupan?
5. Apakah kepentingan takal dalam kehidupan
seharian?
6. Apakah masalah yang saya perlu selesaikan
dengan menggunakan takal?
146
.
ARAHAN DAN LANGKAH PELAKSANAAN PROJEK
FASA 1 : MEMAHAMI TOPIK PROJEK
1. Baca dan fahami nota berkaitan dengan tajuk projek - buku teks Sains Tahun
3, muka surat 127-132, 137.
2. Kemudian, tanya diri anda secara lisan tentang soalan kurikulum yang ada di
atas. Pastikan anda boleh menjawab soalan kurikulum tersebut secara lisan
sebelum melanjutkan projek ini ke fasa yang seterusnya.
3. Baca panduan serta langkah-langkah untuk menghasilkan model takal - buku
teks Sains Tahun 3, muka surat 133-134 atau rujuk pada lampiran 1.
4. Model takal boleh dibina bergantung kepada kreativiti murid dan tidak terhad
seperti dalam contoh sahaja.
5. Dapatkan maklumat lain daripada pelbagai sumber seperti di bawah;
a) Guru mata pelajaran sains.
b) Rakan, abang, kakak dan ibu bapa
c) Internet - Google, youtube
FASA 2 : MERANCANG PROJEK
1. Melakar rupa bentuk takal mengikut kreativiti masing-masing dalam buku
latihan sains atau di atas kertas.
2. Pastikan rupa bentuk takal yang dilakar mempunyai keempat-empat
komponen untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik (alur, tali, roda dan
gandar).
3. Melabelkan lakaran dengan nama bahan-bahan yang digunakan mengikut
bahagian takal.
4. Menyediakan alat dan bahan yang sesuai untuk membina model takal.
Cadangan alat dan bahan yang sesuai adalah seperti kotak, straw, lidi, benang
atau sebarang bahan bersesuaian dengan model takal yang ingin dicipta.
FASA 3 : MENGHASILKAN PROJEK
1. Membina model takal. Langkah-langkah membina model haiwan boleh dirujuk
pada buku teks Sains Tahun 3, muka surat 134 atau rujuk lampiran 1.
2. Model takal yang dibina adalah berdasarkan kepada lakaran rupa bentuk takal
yang telah dilukis semasa merancang projek.
3. Pastikan model takal yang dibuat menggunakan bahan-bahan yang telah
disenaraikan seperti dalam label lakaran takal.
4. Setelah model takal siap, murid perlu memberi penerangan secara bertulis
langkah-langkah membina model takal serta menerangkan bagaimana ia
berfungsi.
5. Tulis penerangan di bawah lakaran takal yang telah dilukis semasa merancang
projek.
147
.
FASA 4 : MENGUJI KEBERHASILAN PROJEK
1. Memastikan model takal yang dihasilkan dapat berfungsi untuk mengangkat
beban.
2. Memastikan lakaran rupa bentuk takal mempunyai label yang sesuai
(berinformasi) dan mudah difahami.
FASA 5 : DOKUMENTASI PROJEK
1. Murid membuat rakaman video untuk memberi penerangan tentang langkah-
langkah membina model takal serta menerangkan bagaimana ia berfungsi dan
seterusnya dihantar kepada guru mata pelajaran untuk dinilai.
2. Guru memberi ganjaran kepada murid yang dapat menghasilkan projek
terbaik.
RUBRIK PEMARKAHAN ASPEK YANG DINILAI PEMBAHAGIAN
KRITERIA Rekabentuk MARKAH
10
MODEL TAKAL
(30 MARKAH) Kekemasan 10
FUNGSI MODEL Kreativiti 10
(20 MARKAH)
Kukuh, stabil dan berfungsi 10
LABEL LAKARAN
(20 MARKAH) Alat/Bahan yang sesuai 10
PERSEMBAHAN Berinformasi/Jelas/Mudah difahami 10
(VIDEO RAKAMAN)
Kekemasan 5
(30 MARKAH)
Kreativiti 5
Evidens (Model takal dan lakaran 10
rupa bentuk takal)
Kreativiti persembahan 5
Kelancaran komunikasi 15
JUMLAH MARKAH 100
PENTAKSIRAN MURID (TAHAP PENGUASAAN YANG INGIN DICAPAI)
Tahap Penguasaan Tafsiran
4 Membina model takal dan menerangkan bagaimana ia
5 berfungsi.
6 Menaakul kepentingan takal dalam kehidupan seharian.
Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang jenis takal
dan mempersembahkannya
148
.
LAMPIRAN 1
LANGKAH-LANGKAH MEREKA CIPTA MODEL TAKAL
149
.