The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arlly.1974, 2021-03-14 11:22:30

Modul PdPR SAINS TAHUN 3 PPDRANAU_2021

Modul PdPR SAINS TAHUN 3 PPDRANAU_2021

.

AKTIVITI KETUMPATAN

Pengenalan

Ketumpatan didefinisikan sebagai nilai jisim per isipadu sesuatu
bahan

Ketumpatan dipengaruhi oleh 2 faktor, iaitu:

i) Jisim bahan
ii) Isipadu bahan

Aktiviti 1:

Terapung / Tenggelam
Langkah-langkah:
1. Sediakan objek berikut:
Contohnya: tin minuman, botol air mineral, buah-buahan
(epal/oren/dll), plastisin, polisterin, bongkah kayu, bebola besi, alat
tulis dsb.

2. Masukkan objek ke dalam air

3. Rekodkan objek mana yang tenggelam & objek yang timbul

4. Murid mencari maklumat untuk bagaimana cara mahu tenggelamkan
objek yang timbul / apungkan objek yang tenggelam.
Contoh: bagaimana nak tenggelamkan buah oren / polisterin dan
bagaimana nak apungkan plastisin

sumber rujukan: Nilam Publication sdn. bhd.
94

.

Aktiviti 2:
Lebih Tumpat / Kurang Tumpat
Aktiviti ini dijalankan untuk menunjukkan kedudukan objek / bahan yang
lebih tumpat dan objek / bahan yang kurang tumpat
Langkah-langkah:
1. Sediakan 1 gelas air dan 1 gelas berisi minyak

2. Letak kadbod atas gelas berisi air & telangkupkan ke atas gelas yang berisi
minyak

3. Tarik sedikit kadbod untuk membenarkan aliran air & minyak

95

.

4. Pemerhatian: air akan turun ke bawah & minyak akan naik ke atas.

Penerangan:

Air dan minyak tidak akan bercampur kerana mempunyai ketumpatan
yang berbeza. Bahan yang lebih tumpat akan sentiasa berada di
bawah, manakala bahan yang kurang tumpat akan sentiasa berada di
atas.

96

.

Aktiviti 3:

Faktor-faktor Ketumpatan

Aktiviti ini dijalankan untuk menunjukkan bagaimana faktor jisim dan
isipadu mempengaruhi ketumpatan sesuatu bahan
Langkah-langkah:

1. Sediakan 2 bikar berisi air.

2. Masukkan telur ke dalam bikar pertama. (pemerhatian: telur
tenggelam)

3. Larutkan garam ke dalam bikar kedua. Masukkan telur ke dalam air garam
(pemerhatian: telur terapung)

97

.

4. Tambahkan air ke dalam bikar yang berisi air garam tadi.
(pemerhatian: telur yang terapung akan tenggelam perlahan-lahan)

Penerangan:
1. Telur lebih tumpat daripada air.Jadi, telur akan tenggelam dalam air
biasa.
2. Apabila garam ditambah ke dalam air, jisim bertambah menjadikan
ketumpatan air garam lebih tinggi daripada air biasa. Jadi, telur
terapung di atas air garam.
3. Apabila air ditambah ke dalam air garam, isipadu air bertambah
menjadikan ketumpatan air berkurang. Jadi, telur akan kembali
tenggelam.
**hanya ketumpatan air yang berubah, ketumpatan telur tidak berubah**

98

.

Kesimpulan:
Apabila jisim bertambah, ketumpatan akan bertambah.
Apabila isipadu bertambah, ketumpatan akan berkurang.
Bahan / objek yang lebih tumpat berada di bawah.
Bahan / objek yang kurang tumpat berada di atas.

99

.

Latihan 1
Gunting dan tampal objek bagi menunjukkan kedudukan objek di dalam air.

100

.

SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN MURID (PENILAIAN GURU) :

TAHAP TAFSIRAN MENGUASAI /
PENGUASAAN BELUM MENGUASAI

Menyatakan objek atau bahan yang

1 timbul dan objek atau bahan yang

tenggelam.

Membuat inferens tentang objek atau

2 bahan yang timbul dan objek atau

bahan yang tenggelam.

Mengitlak tentang objek atau bahan

yang lebih tumpat daripada air dan
3

objek atau bahan yang kurang tumpat

daripada air.

Membuat kesimpulan cara yang
4

membolehkan air menjadi lebih tumpat.

Mengaplikasikan pengetahuan tentang

5 ketumpatan dengan menjalankan projek

atau aktiviti.

Berkomunikasi secara kreatif dan

6 inovatif aplikasi ketumpatan dalam

kehidupan.

Disemak oleh: Tarikh:______________
_____________________

101

.

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3

Sasaran Tahun 3
Mata Sains
Pelajaran
Tema Sains Bahan
Tajuk 8.0 Asid & Alkali
Standard 8.1 Asid & Alkali
Kandungan
Standard 8.1.1 Menguji bahan yang berasid, beralkali dan neutral dari segi perubahan
Pembelajaran warna kertas litmus dengan menjalankan penyiasatan.

Objektif 8.1.2 Mengitlak bahan yang berasid, beralkali dan neutral dari aspek rasa dan
pembelajaran sentuhan dengan menguji beberapa contoh bahan.

Tempoh 8.1.3 Meneroka bahan lain yang boleh menguji bahan berasid, beralkali dan
pelaksanaan neutral.
Aktiviti
Pentaksiran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. Mengenalpasti bahan berasid, beralkali dan neutral melalui perubahan

warna kertas litmus
2. Mengenalpasti bahan berasid, beralkali dan neutral melalui rasa dan

sentuhan.
3. Mengenalpasti bahan lain yang boleh digunakan untuk menguji bahan

berasid, beralkali dan neutral.
1 minggu

Menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja yang disediakan.
Murid ditaksir berdasarkan Tahap Penguasaan (TP) :
Tahap 1: Menyatakan kertas litmus digunakan untuk menguji bahan berasid,

beralkali dan neutral.

Tahap 2: Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral berdasarkan

perubahan warna kertas litmus.

Tahap 3: Menerangkan sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari segi

perubahan warna kertas litmus, rasa dan sentuhan.

Tahap 4: Mengitlak bahawa rasa dan sentuhan bukan petunjuk saintifik kepada

sifat bahan berasid, beralkali dan neutral.

Instrumen Lembaran kerja
pentaksiran
Panduan 1. Baca arahan yang diberikan dalam lembaran kerja.
Buat Kerja 2. Rujuk buku teks muka surat 105 – 114.
3. Salin dan jawab soalan dalam buku latihan Sains, atau cetak soalan, tampal

di buku latihan Sains dan jawab soalan.
4. Ambil gambar hasil kerja dan hantar kepada guru Sains sebagai evidens.

102

.

NOTA

103

.

104

.

Lembaran Kerja

A. Padankan dengan jawapan yang betul.

Asid Kertas litmus merah dan biru
tidak berubah.

Alkali Kertas litmus merah bertukar
biru

Neutral Kertas litmus biru bertukar
merah

B. Padankan bahan berikut dengan ciri-ciri yang betul.

Nanas Rasa pahit
Rasa masam

Peria Rasa manis
Gula
Kertas litmus biru bertukar
merah

Kertas litmus merah bertukar
biru

Tiada perubahan warna
kertas litmus

105

.

C. Tuliskan sifat bagi bahan yang diuji dengan betul.
1. Bahan X diuji dengan kertas litmus biru dan merah.

Kertas litmus biru kekal biru dan merah kekal merah. Bahan X ialah
____________________.
2. Bahan Y diuji dengan kertas litmus biru dan merah.

Kertas litmus biru bertukar menjadi merah dan merah kekal merah. Bahan Y
ialah ____________________.
3. Bahan Z diuji dengan kertas litmus biru dan merah.

Kertas litmus biru kekal biru dan merah bertukar biru. Bahan Z ialah
____________________.

106

.

D. Kumpulkan bahan-bahan berikut ke dalam kumpulan yang betul.

Bahan Berasid Bahan Beralkali Bahan Neutral

1. _________________ 1. __________________ 1. _______________

2. _________________ 2. __________________ 2. _______________

3. _________________ 3. __________________ 3. ________________

107

.

E. Warnakan kedua-dua kotak dengan warna yang betul berdasarkan
perubahan warna pada kertas litmus.

a.
b.
c.

d.
e.
f.

SELAMAT BELAJAR. SELAMAT MENJAWAB.
108

.

SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN MURID (PENILAIAN GURU):

TAHAP TAFSIRAN MENGUASAI /
PENGUASAAN BELUM

MENGUASAI

1 Menyatakan kertas litmus

digunakan untuk menguji bahan

berasid, beralkali dan neutral.

2 Memberi contoh bahan berasid,

beralkali dan neutral berdasarkan

perubahan warna kertas litmus.

3 Menerangkan sifat bahan berasid,

beralkali dan neutral dari segi

perubahan warna kertas litmus,

rasa dan sentuhan.

4 Mengitlak bahawa rasa dan

sentuhan bukan petunjuk saintifik

kepada sifat bahan berasid,

beralkali dan neutral.

Disemak oleh: Tarikh:______________
_____________________

109

.

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3

Mata Pelajaran SAINS
Sasaran Murid Tahun 3
Masa 60 minit (1 jam)
Tema Bumi dan Angkasa
Tajuk 9.0 Sistem Suria
Standard 9.1.1 Menyenaraikan ahli dalam Sistem Suria melalui
Pembelajaran pemerhatian menerusi pelbagai media.
Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Pembelajaran 1.Menyenaraikan semua ahli dalam sistem suria dalam peta

Aktiviti bulatan
Panduan Ibu bapa 2.Menamakan planet mengikut urutan
dan Murid 3.Menyatakan bahawa Matahari adalah Pusat Sistem Suria
Nota Murid menjawab Latihan dalam Lembaran Kerja 3
Rujuk Lampiran 1

Rujuk Lampiran 2
Buku Teks Halaman 115 - 119
https://youtu.be/wh8FY1BzZeI

Pentaksiran Murid ditaksir berdasarkan Tahap Penguasaan (TP) berikut;
TP 1: Menyatakan pusat Sistem Suria.
Instrumen TP 2: Menamakan ahli dalam Sistem Suria.
Pentaksiran TP 3: Membuat urutan planet dalam Sistem Suria.
Lembaran kerja (Rujuk Lampiran 3)

110

.

LAMPIRAN 1: PANDUAN IBU BAPA DAN MURID
1. Setiap murid akan mendapat satu modul pembelajaran setiap minggu
2. Murid dikehendaki menyimpan tugasan setiap hari mengikut jadual yang
sudah ditetapkan
3. Ibubapa perlu membimbing murid menyiapkan tugasan harian
4. Sila tulis nama dan tarikh pada setiap tugasan bagi memudahkan semakan.
5. Ibubapa/ penjaga perlu menandatangani setiap lembaran kerja yang dibuat
oleh murid
6. Ibubapa hendaklah menghantar gambar tugasan yang sudah disiapkan oleh
murid setiap hari untuk disemak oleh guru.
7. Hasil tugasan murid akan menjadi bahan bukti di dalam pengisian rekod
pentaksiran murid

111

.

LAMPIRAN 2: NOTA
Ahli Sistem Suria
1. Sistem Suria terdiri daripada Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid,

meteoroid, dan komet.
2. Matahari merupakan pusat Sistem Suria yang dikelilingi oleh ahli Sistem Suria

yang lain.
3. Terdapat 8 planet di dalam Sistem Suria. Urutan planet dalam Sistem Suria

bermula dari Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus
dan Neptun.
4. Objek semula jadi yang beredar mengelilingi sesebuah planet dikenali sebagai
satelit semula jadi.
5. Asteroid ialah objek batuan berlogam yang beredar mengelilingi Matahari di antara
Marikh dan Musytari.
6. Pelanggaran antara asteroid menghasilkan serpihan batu yang lebih kecil di ruang
angkasa dan dikenali sebagai meteoroid.
7. Komet ialah gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Mahatari.

112

.

LAMPIRAN 3: LEMBARAN KERJA
LATIHAN 1
Senaraikan ahli sistem suria dalam peta bulatan di bawah.
Anda boleh menggunakan lakaran, gambar atau menamakan ahli sistem suria
tersebut.

6. _______________________

4. _______________________ 5. _______________________

Ahli
Sistem
Suria

2. _______________________ 1. _______________________

3. _______________________

113

.

LATIHAN 2
Labelkan planet-planet dalam rajah di bawah dengan menggunakan pilihan jawapan
yang diberi.

Musytari Utarid Neptun Zuhrah Uranus
Marikh Bumi Zuhal

Matahari

114

.

LATIHAN 3

1. Namakan planet-planet di dalam Sistem Suria dari A hingga H

A: B: C:
D: E: F:
G: H:

2. Susun planet-planet di atas mengikut urutan daripada yang paling dekat dengan
Matahari hingga yang paling jauh dari Matahari

3. Sistem suria terdiri daripada Matahari, lapan _____________, satelit semulajadi,
asteroid, ______________________ dan ______________________.

4. Pusat sistem suria ialah_________________________________.

115

.

SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN MURID (PENILAIAN GURU):

TAHAP TAFSIRAN MENGUASAI /
PENGUASAAN BELUM MENGUASAI

1 Menyatakan pusat Sistem Suria.

2 Menamakan ahli dalam Sistem Suria.

Membuat urutan planet dalam Sistem
3

Suria.

Disemak oleh: Tarikh:______________
_____________________

116

.

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3

Mata Pelajaran SAINS
Sasaran Murid Tahun 3
Masa 60 minit (1 jam)
Tema Bumi dan Angkasa
Tajuk 9.0 Sistem Suria
Standard 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4
Pembelajaran
Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Pembelajaran 1. Mengitlak suhu planet berdasarkan urutan dalam

Aktiviti Sistem Suria
Panduan Ibu bapa 2. Mengitlak bahawa planet beredar mengelilingi Matahari
dan Murid
Nota mengikut orbit masing-masing.
3. Merumuskan hubungan antara kedudukan planet dari
Pentaksiran
Matahari dengan masa planet beredar mengelilingi
Instrumen Matahari.
Pentaksiran Murid menjawab Latihan dalam Lembaran Kerja 3
Rujuk Lampiran 1

Rujuk Lampiran 2
Buku Teks Halaman 120 - 126
Orbit: https://youtu.be/xT0hyy5qn-8
Suhu, orbit, masa: https://youtu.be/L-nzpxXJ1l0
Murid ditaksir berdasarkan Tahap Penguasaan (TP)
berikut;
TP 4: Mengitlak bahawa planet beredar mengelilingi
Matahari mengikut orbit masing-masing.
TP 5: Merumuskan hubungan antara kedudukan planet
dari Matahari dengan masa planet beredar mengelilingi
Matahari.
Lembaran kerja (Rujuk Lampiran 3)

117

.

LAMPIRAN 1: PANDUAN IBU BAPA DAN MURID
1. Setiap murid akan mendapat satu modul pembelajaran setiap minggu
2. Murid dikehendaki menyimpan tugasan setiap hari mengikut jadual yang sudah

ditetapkan
3. Ibubapa perlu membimbing murid menyiapkan tugasan harian
4. Sila tulis nama dan tarikh pada setiap tugasan bagi memudahkan semakan.
5. Ibubapa/ penjaga perlu mmenandatangani setiap lembaran kerja yang dibuat

oleh murid
6. Ibubapa hendaklah menghantar gambar tugasan yang sudah disiapkan oleh

murid setiap hari untuk disemak oleh guru.
7. Hasil tugasan murid akan menjadi bahan bukti di dalam pengisian rekod

pentaksiran murid

118

.

LAMPIRAN 2: NOTA
Suhu Planet
1. Matahari merupakan sumber haba dalam Sistem Suria.
2. Suhu planet yang dekat dengan Matahari lebih panas berbanding dengan suhu

planet yang jauh dari Matahari.
3. Namun suhu planet Zhurah paling tinggi dalam Sistem Suria kerana atmosferanya

tebal untuk memerangkap haba.
Orbit Planet
1. Planet bergerak mengelilingi Matahari mengikut laluannya yang dipanggil orbit.
2. Orbit ialah laluan bayangan planet berbentuk elips yang mengelilingi Matahari di

ruang angkasa.
Masa Peredaran Planet Mengelilingi Matahari
1. Masa peredaran planet mengelilingi Matahari ialah masa yang diperlukan untuk

planet mengelilingi Matahari dalam satu pusingan lengkap.
2. Masa yang diambil untuk setiap planet membuat satu peredaran lengkap

mengelilingi Matahari adalah berbeza.
3. Semakin bertambah jarak kedudukan sesebuah planet dari Matahari, semakin

bertambah masa yang diambil oleh planet tersebut beredar mengelilingi Matahari.

119

.

LAMPIRAN 3: LEMBARAN KERJA
LATIHAN 1
Jawab soalan di bawah berdasarkan gambarajah yang diberi.

1. Setiap planet bergerak mengelilingi Matahari mengikut laluan berbentuk elips
yang dinamakan _______________

2. Planet-planet beredar mengelilingi Matahari pada ___________ masing-masing.

3. Lintasan elips yang khusus bagi setiap planet ini mencegah planet-planet
daripada ____________________ antara satu sama lain.

4. Planet manakah yang mempunyai orbit paling kecil?
________________________________________________________________

5. Planet manakah yang mempunyai orbit paling besar?
________________________________________________________________

6. Orbit planet Musytari lebih besar daripada orbit planet Marikh. Mengapa?
________________________________________________________________
________________________________________________________________

120

.

LATIHAN 2
1. Lengkapkan Soalan berdasarkan gambarajah yang diberi

a) Apakah planet yang paling hampir dengan Matahari?
________________________________________________________________

b) Apakah planet yang paling panas?
________________________________________________________________

c) Mengapakah planet yang anda nyatakan di (b) paling panas?
________________________________________________________________

d) Apakah planet yang sesuai didiami oleh hidupan?
________________________________________________________________

e) Apakah planet yang paling sejuk?
________________________________________________________________

f) Apakah ciri-ciri planet yang sesuai didiami oleh hidupan?
________________________________________________________________

2. Susun planet mengikut urutan suhu menaik dalam peta alir di bawah.

121

.

LATIHAN 3
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan planet-planet mengelilingi Matahari

122

.

LATIHAN 4
Jawab soalan-soalan yang berikut

a) Namakan planet yang paling dekat dengan Matahari
________________________________________________________________

b) Namakan planet yang paling jauh dengan Matahari
________________________________________________________________

c) Planet manakah yang mempunyai orbit yang paling panjang?
________________________________________________________________

d) Semakin panjang orbit planet itu, semakin __________________ masa yang
diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari.

e) Planet yang manakah mengambil masa yang paling singkat untuk membuat satu
peredaran lengkap mengelilingi Matahari? Jelaskan.

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

123

.

LATIHAN 5
1. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan planet-planet mengelilingi Matahari.

Lengkapkan kedudukan planet mengikut masa yang diambil untuk beredar
mengelilingi Matahari secara menaik

2. Kedudukan planet mempengaruhi masa peredaran mengelilingi Matahari.
Gariskan jawapan yang betul.
Semakin (dekat / jauh) kedudukan planet dari Matahari, semakin lama
masa yang diambil oleh planet untuk membuat satu peredaran lengkap
mengelilingi Matahari

124

.

SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN MURID (PENILAIAN GURU) :

TAHAP TAFSIRAN MENGUASAI /
PENGUASAAN Membuat urutan planet dalam Sistem BELUM MENGUASAI
Suria.
3

Mengitlak bahawa planet beredar

4 mengelilingi Matahari mengikut orbit

masing-masing.

Merumuskan hubungan antara

kedudukan planet dari Matahari dengan
5

masa planet beredar mengelilingi

Matahari.

Disemak oleh: Tarikh:______________
_____________________

125

.

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3

Mata Pelajaran SAINS
Sasaran Murid Tahun 3
Masa 60 minit (1 jam)
Tema Teknologi dan Kehidupan Lestari
Tajuk 10.0: Mesin
Standard Pembelajaran 10.1: TAKAL
Objektif Pembelajaran 10.1.1 – 10.1.3
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Kemahiran Proses 1.menyatakan maksud dan kegunaan takal secara lisan dan
Sains
Aktiviti bertulis.
2.menerangkan bagaimana cara takal tetap berfungsi dengan
Panduan Ibu bapa dan
Murid menggunakan model.
Nota 3.memberi contoh aplikasi takal dalam kehidupan seharian.
Instrumen Pentaksiran Memerhati, membuat inferens, berkomunikasi,

1.Membaca panduan ibu bapa dan murid (rujuk lampiran 1).
2.Membaca dan memahami nota yang telah disediakan (rujuk

lampiran 2). Murid juga digalakkan untuk merujuk dalam
buku teks Sains Tahun 3 muka surat 127-132.
3.Menulis nota ringkas dalam bentuk peta pemikiran, peta
minda atau mengikut kreativiti sendiri.
4.Murid menjawab lembaran kerja yang disediakan. Terdapat
3 latihan yang perlu dijawab.
Rujuk Lampiran 1

Rujuk Lampiran 2
Lembaran kerja (Rujuk Lampiran 3)

126

.

LAMPIRAN 1: PANDUAN IBU BAPA DAN MURID
1. Setiap murid akan mendapat satu modul pembelajaran Sains untuk tajuk ini.
2. Setiap modul akan mengandungi bahan pembelajaran untuk suatu tempoh yang

ditetapkan.
3. Murid dikehendaki menyiapkan tugasan Sains yang diberi mengikut jadual dan

tarikh yang telah ditetapkan (akan dimaklumkan dalam group whatsapp kelas).
4. Ibubapa/penjaga perlu membimbing murid menyiapkan tugasan yang diberi.
5. Ibubapa /penjaga perlu menandatangani setiap lembaran kerja yang dibuat oleh

murid.
6. Tugasan yang telah siap hendaklah dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.

Arahan ringkas tugasan:
1. Murid baca dan fahami nota yang telah disediakan pada lampiran 2.
2. Murid digalakkan merujuk buku teks Sains Tahun 3 muka surat 127-132

dengan bimbingan ibu bapa/ penjaga.
3. Murid menyalin nota yang terdapat dalam lampiran 2 secara ringkas dalam

bentuk peta minda atau mengikut kreativiti murid di dalam buku tulis Sains
murid.
4. Selepas membaca dan memahami nota, murid akan dapat menyatakan
i. Apakah takal
ii. Contoh penggunaan takal dalam kehidupan
iii. Bagaimanakah takal berfungsi
5. Murid kemudian menjawab lembaran kerja yang telah disediakan.

127

.

LAMPIRAN 3: LEMBARAN KERJA
LATIHAN 1
Tulis BETUL atau SALAH.

1. Takal tetap terdiri daripada beberapa komponen iaitu alur, tali, roda dan
gandar.

2. Fungsi tali ialah untuk menarik beban ke tempat yang lebih tinggi.

3. Takal tetap tidak memudahkan kerja mengangkat barang.

4. Lebih besar daya yang diperlukan untuk mengangkat beban yang lebih berat.

5. Takal tetap mempunyai roda yang halus untuk membolehkan tali melaluinya.

LATIHAN 2
Tandakan ( / ) contoh takal dalam kehidupan seharian.

128

.

LATIHAN 3 :
Lengkapan setiap soalan dengan jawapan yang betul dan sesuai.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “takal”
Takal ialah...................................................................................................
.....................................................................................................................
....................................................................................................................

2. Labelkan gambar di bawah dengan betul.

Bagaimakah takal tetap pada kren berfungsi?
.........................................................................................
.........................................................................................
.........................................................................................
3.
4. Di antara gambar “A” dan gambar “B” yang manakah lebih mudah diangkat?

Jawapan:

5. Apakah contoh-contoh kegunaan takal?
i. .................................................................................................................
ii. .................................................................................................................
iii. .................................................................................................................
129

.

SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN MURID (PENILAIAN GURU) :

TAHAP TAFSIRAN MENGUASAI /
PENGUASAAN BELUM MENGUASAI

1 Menyatakan takal ialah satu contoh

mesin

2 Memberi contoh penggunaan takal

dalam kehidupan.

3 Memerihalkan bagaimana takal

berfungsi

Disemak oleh: Tarikh:______________
_____________________

130

.

NOTA Lampiran 2

TAKAL

Takal ialah satu contoh mesin ringkas yang memudahkan beban diangkat ke atas
dengan menggunakan daya yang kecil. Takal mempunyai satu roda beralur yang
membolehkan tali melaluinya.

Cara takal tetap berfungsi

131

.

Contoh Kegunaan Takal

Takal tetap digunakan pada tiang Mengangkat objek yang berat
bendera –
Menaik dan menurunkan bendera

KESIMPULANNYA....

132

.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
(PROJECT BASED LEARNING)
SAINS TAHUN 3

“Oreri Sistem Suria Saya”

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU JOANA SUHAIMIN
(Sekolah Kebangsaan Kinapulidan , Ranau)

133

.

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
PBL BIDANG SAINS

Mata Pelajaran SAINS
Sasaran Murid Tahun 3
Masa / Tempoh 3 hari
Tarikh Mula
Tarikh Hantar Bumi dan Angkasa
Tema 9.0 Sistem Suria
Tajuk 9.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang sistem suria
Standard melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif
Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Objektif 1. Membina satu model Sistem Suria secara kreatif
Pembelajaran
berdasarkan contoh yang diberikan.
Aktiviti 1. Murid menjawab Latihan dalam Lembaran Kerja 3
Strategi PdP
Projek Yang Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
Dihasilkan “Oreri Sistem Suria Saya”
Panduan Ibu bapa
dan Murid Rujuk Lampiran 1
Nota
Rujuk Lampiran 2
Pentaksiran Buku Teks Halaman 118-119, 123
https://youtu.be/Z2Ivle0X4G0
Instrumen Murid ditaksir berdasarkan Tahap Penguasaan (TP)
Pentaksiran berikut;
TP 6: Membina model Sistem Suria secara kreatif dan
inovatif dan mempersembahkannya.
Lembaran kerja (Rujuk Lampiran 3)

134

SOALAN .
KURIKULUM
1. Apakah yang perlu ada dalam Sistem Suria?
2. Apa yang perlu dilakukan untuk membina “Oreri

Sistem Suria Saya”
3. Apakah bahan dan peralatan yang perlu disediakan

untuk membina “Oreri Sistem Suria Saya”
4. Berapa banyak bahan yang saya perlukan?
5. Berapa ahli Sistem suria yang perlu ada dalam “Oreri

Sistem Suria Saya”
6. Apakah yang menjadi pusat “Oreri Sistem Suria

Saya”
7. Apakah nama ahli dalam “Oreri Sistem Suria Saya”

135

.

LAMPIRAN 1: PANDUAN IBU BAPA DAN MURID

1. Modul ini adalah “Pembelajaran Berasaskan Projek”
2. Tugasan murid telah ditetapkan pada setiap hari selama satu minggu. (Sila rujuk

tugasan dalam jadual di bawah)
3. Ibubapa perlu membimbing murid menyiapkan tugasan harian
4. Sila tulis nama dan tarikh pada setiap tugasan bagi memudahkan semakan.
5. Ibubapa/ penjaga perlu menandatangani setiap lembaran kerja yang dibuat oleh

murid
6. Modul ini perlu dihantar semasa penghantaran/ pengambilan modul seterusnya.
7. Hasil berbentuk rakaman boleh dihantar pada setiap hari atau pada hari terakhir.

HARI AKTIVITI CATATAN
Hari ke-1 Menjana idea
1. Baca buku teks Sains Tahun 3 halaman berkaitan model
dan 123/ atau menonton bahan dari Sistem Suria
Hari Ke-2 https://youtu.be/Z2Ivle0X4G0
Menggunakan idea
Hari ke-3 • Ambil gambar anda membuat rujukan yang telah dipelajari
ini
Hari ke-4 Menaakul
• Anda juga boleh mengambil rakaman
Hari Ke-5 semasa membuat pelbagai rujukan Disarankan agar
dan mendapatkan bahan
1. Membuat lakaran “Oreri Sistem Suria kitar semula, bahan
Hari Ke-6 Saya” terpakai atau kos
Hari Ke-7 yang murah
• Tulis lakaran anda pada ruangan yang
disediakan Dibimbing dan di
bawa pengawasan
• Anda juga boleh mengambil rakaman ibubapa
semasa anda membuat lakaran

1. Menyediakan bahan dan peralatan yang
diperlukan untuk membina “Oreri Sistem
Suria Saya”

• Tulis lakaran anda pada ruangan yang
disediakan

• Anda juga boleh mengambil rakaman
semasa anda membuat lakaran

1. Membina model “Oreri Sistem Suria
Saya”

• Ambil gambar anda semasa membina
model ini

• Anda juga boleh mengambil rakaman
semasa proses membina

1. Buat penambahbaikan (jika perlu),
kemasan dan menyempurnakan Projek.

136

.

LAMPIRAN 2: NOTA
Contoh-contoh model yang telah dibuat adalah seperti berikut;

137

.

LAMPIRAN 3: LEMBARAN KERJA
HARI KE-1 DAN KE-2
1. Sila tampal di sini gambar anda membuat rujukan dalam ruangan di bawah.
2. Rakaman pendek boleh dihantar terus kepada guru

138

.

HARI KE-3
1. Sila buat lakaran “Oreri Sistem Suria Saya” dalam ruangan di bawah
2. Rakaman pendek boleh dihantar terus kepada guru

139

.

HARI KE-4
1. Sila tampal gambar bahan dan peralatan yang anda akan gunakan dalam

ruangan di bawah.
2. Rakaman pendek boleh dihantar terus kepada guru

140

.

HARI KE-5 DAN KE-6
1. Sila tampal gambar-gambar anda semasa dan selepas membina model “Oreri

Sistem Suria Saya” dalam ruangan di bawah.
2. Rakaman pendek boleh dihantar terus kepada guru

141

.

HARI KE-5 DAN KE-6
1. Sila tampal gambar-gambar anda semasa membina model “Oreri Sistem Suria

Saya” dalam ruangan di bawah.
2. Rakaman pendek boleh dihantar terus kepada guru

142

.

HARI KE-7
1. Sila tampal gambar-gambar akhir model “Oreri Sistem Suria Saya” dalam

ruangan di bawah. (Selepas penambahbaikan jika ada)
2. Rakaman pendek boleh dihantar terus kepada guru

143


Click to View FlipBook Version