BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Latar belakang kajian
Dasar Pendidikan Negara mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan dan menjadi subjek wajib lulus. Dasar ini
dipercayai dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi. Hal ini dapat
dibuktikan apabila kerajaan memperkenalkan Sistem Persijilan Terbuka sejak tahun
1999. Berdasarkan sistem ini, seseorang calon layak mendapat sijil di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya lulus subjek Bahasa Melayu.
Oleh itu, kepentingan subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM tidak dapat disangkal
lagi kerana kegagalan dalam subjek tersebut akan menjejaskan pencapaian di
peringkat SPM.
Penguasaan murid terhadap kemahiran menulis dalam kalangan calon SPM
sepatutnya telah dikuasai memandangkan kemahiran ini telah mula dipelajari sejak di
bangku sekolah rendah lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid di
peringkat sekolah rendah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) semasa
berada di tahun enam sebelum melangkah masuk ke sekolah menengah. Antara
subjek yang ditawarkan di peringkat UPSR termasuklah subjek Bahasa Melayu
Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Oleh itu, kemahiran penulisan perlu
dimantapkan dari semasa ke semasa dan pelbagai pendekatan boleh diaplikasikan bagi
menghasilkan penulisan yang mantap.
Murid-murid sekolah rendah yang melangkah masuk ke sekolah menengah
dapat meningkatkan kemahiran menulis selama tiga tahun sebelum menduduki
Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun
2014. Selain itu, kemahiran ini dapat ditingkatkan lagi selama dua tahun sebelum
seseorang murid tersebut menduduki peperiksaan SPM. Kemahiran penulisan yang
dipelajari di peringkat sekolah menengah merupakan kesinambungan dari sekolah
rendah. Pendedahan terhadap kemahiran menulis ini telah diperkenalkan kepada
murid-murid hampir 11 tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di
peringkat sekolah menengah. Namun begitu, jangka masa yang lama tersebut tidak
menjamin murid untuk mahir dalam penulisan karangan.
Kemahiran menulis ialah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh
murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata
pelajaran yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa menjadi media untuk
melahirkan buah fikiran. Aktiviti menulis dalam apa-apa bentuk sekalipun dianggap
mustahak kerana dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran.
Faedah menguasai kemahiran menulis kepada murid tidak terhad untuk jangka masa
yang pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidup mereka (Kamarudin &
Siti Hajar, 1997).
Menurut Suppiah Nachiapan (2006), dalam penghasilan sesebuah penulisan,
pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan
kata perlu disesuaikan dengan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan,
memujuk, memberi pendapat, atau juga bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga
dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh
itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik sejak
di bangku sekolah. Menurut beliau lagi, penguasaan kemahiran menulis juga dapat
membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti
yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya.
Namun kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan murid sukar
hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan.
2
Kebanyakan murid tidak mengetahui teknik menulis karangan dengan betul.
Mereka kurang diberi pendedahan cara menghasilkan karangan yang benar-benar
mantap, bukan sahaja dari segi penggunaan bahasa yang betul, tetapi juga dari segi
gaya penulisan yang teratur dan menepati ciri penulisan karangan yang sebenarnya
(Abdul Jalil Othman, 2000). Menurut Yong Chyn Shya (2012), guru memainkan
peranan utama untuk memastikan kaedah pengajaran yang sesuai dan berkesan bagi
meningkatkan proses pembelajaran murid. Dalam hal ini, mengenal pasti kesalahan
bahasa merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh guru-guru untuk
membantu murid. Kesalahan bahasa yang dapat dikesan dalam penulisan karangan
dapat mempercepat proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat semula dan
penggunaan sumber maklumat untuk membantu dalam menghasilkan pembelajaran
yang lebih efektif dalam kalangan murid.
Menurut Juriah et al., (1989) penggunaan bahasa yang menyimpang daripada
peraturan yang telah ditetapkan dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
kesilapan, kesalahan dan lupaan sementara. Dalam kajian ini, penyelidik memberi
fokus terhadap kesalahan bahasa. Maksud kesalahan adalah penggunaan bentuk-
bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan konteks sosial yang telah ditentukan oleh
masyarakat penutur atau bentuk- bentuk penggunaan bahasa yang menyalahi ciri-ciri
ketatasusilaan bahasa yang telah ditetapkan secara konvensional oleh masyarakat
penutur sesuatu bahasa itu.
Manakala, menurut Corder (1981) melakukan kesalahan merupakan satu
strategi yang digunakan oleh murid dalam pembelajaran bahasa, sama ada bahasa
pertama mahupun bahasa kedua. Kesalahan juga berlaku kerana terdapat banyak
peraturan yang ada pada sesuatu bahasa, baik yang formal mahupun yang tidak
formal.
3
1.2 Permasalahan kajian
Kesukaran murid-murid untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam subjek
Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tidak asing lagi
walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa pertuturan kita
sehari-hari. Dalam konteks peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
kelemahan dalam penulisan akan menjejaskan pencapaian keseluruhan murid dalam
kertas Bahasa Melayu. Oleh sebab Bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus dalam
SPM, kegagalan dalam penulisan memberikan impak yang besar dalam pemarkahan
kertas 1103/1 Bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana sebanyak 130 markah
diperuntukkan untuk bahagian penulisan berbanding hanya 110 markas untuk kertas
1103/2.
Keseriusan kerajaan dalam menjadikan Bahasa Melayu merupakan subjek wajib
lulus memang tidak dapat dinafikan lagi seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Malangnya, terdapat murid yang masih belum menguasai subjek tersebut. Berdasarkan
BH Online bertarikh 3 Mac 2015 melalui laporan Kementerian Pendidikan Malaysia
tentang keputusan SPM 2014 bahawa seramai 455,839 calon mendaftar untuk
menduduki SPM hanya 364,742 layak mendapat sijil kerana lulus sekurang-kurangnya
dalam subjek Bahasa Melayu berdasarkan sistem sijil terbuka.
Selain itu, indeks Gred Purata Nasional (GPN) tahun 2014 adalah sebanyak 5.08
berbanding 4.93 pada tahun 2013 iaitu menurun sebanyak 0.15. Dalam hal ini, nilai
GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Di samping itu,
Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) tahun 2014 menunjukkan sebanyak 28 mata
pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, dua mata pelajaran mengekalkan
prestasi dan 43 daripada 73 mata pelajaran mengalami penurunan. Prestasi mata
pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah,
Matematik dan Sains mengalami penurunan.
4
Di samping itu, berdasarkan Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu 1103/1
untuk SPM 2014 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia menunjukkan
soalan karangan Bahagian B mendapati bahawa calon SPM berada pada peringkat
kepujian, diikuti dengan peringkat baik, peringkat memuaskan dan kurang
memuaskan. Sementara itu, bilangan calon yang mendapat markah cemerlang masih
sedikit. Walau bagaimanapun, terdapat juga calon yang berada pada peringkat
pencapaian minimum. Selain itu, antara saranan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang
berkaitan dengan kajian ini ialah calon perlu membuat lebih banyak latihan tatabahasa
umpamanya latihan membina ayat, penggunaan imbuhan dan pemilihan kosa kata
yang tepat. Akhir sekali, calon menyemak semula karangan yang telah dihasilkan agar
dapat mengurangkan atau mengelakkan sebarang kesilapan dalam aspek bahasa,
ejaan dan kesalahan-kesalahan lain yang memungkinkan markah karangan terpaksa
dipotong.
Tambahan pula, berdasarkan pengalaman penyelidik sebagai salah seorang
tenaga pengajar dalam subjek Bahasa Melayu, mendapati murid-murid menengah atas
yang baharu sahaja melangkah kaki ke tingkatan empat sukar untuk mendapat markah
cemerlang dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan
berdasarkan keputusan pencapaian ujian bulan Mac yang dijalankan ke atas 149 orang
murid. Dalam ujian tersebut hanya seorang murid sahaja mendapat markah kepujian
iaitu sebanyak 0.67 peratus. Pencapaian murid pada peringkat baik sebanyak 65 orang
(43.62 %). Manakala, pencapaian pada peringkat memuaskan sebanyak 51 orang
(34.23 %). Selain itu, markah pada peringkat kurang memuaskan dan pencapaian
minimum masing-masing 22 orang (14.77 %) dan 10 orang (6.71 %).
Berdasarkan pemerhatian penyelidik semasa menyemak hasil penulisan
karangan murid-murid, mendapati permasalahan murid dalam kemahiran menulis
apabila murid-murid membina ayat-ayat yang tidak gramatis kerana pemilihan diksi
kurang tepat, terdapat kesalahan ejaan, imbuhan dan pelbagai kesalahan
tatabahasa yang lain. Murid juga menggunakan bahasa rojak malahan ada juga yang
5
menggunakan singkatan. Pendek kata, kesalahan bahasa boleh menjejaskan
pencapaian dalan penghasilan karangan. Bertitik tolak daripada dapatan tersebut jelas
menunjukkan bahawa kajian yang lebih sistematik perlu dilakukan bagi membantu
murid dan guru untuk tujuan penambahbaikan pada masa hadapan.
Pelbagai kajian telah dijalankan oleh para sarjana tentang kesalahan bahasa
yang melibatkan sistem bahasa iaitu aspek tatabahasa, sebutan dan intonasi, kosa
kata, peribahasa, dan sistem ejaan dalam penulisan sama ada penulisan karangan,
bahan bercetak mahupun bahan elektronik. Kajian yang dilakukan melibatkan penutur
jati bahasa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan bahasa Melayu sebagai
bahasa asing kepada sesuatu kelompok masyarakat.
Kajian yang dijalankan oleh Junaini et al., (2015) telah mengkaji penguasaan
bahasa mendapati bahawa penguasaan bahasa Melayu penjawat awam di Universiti
Teknikal Malaysia yang dipilih adalah pada tahap sederhana. Kelemahan dikesan dalam
bentuk morfologi, sintaksis dan pemilihan kata yang kadang kala menimbulkan
kekeliruan dan maklumat tidak dapat diterima dengan baik. Dalam erti kata lain,
sesuatu maklumat yang disampaikan oleh responden kurang difahami dan boleh
menyebabkan disalah tafsir oleh pembaca.
Dapatan kajian oleh Siti Norsyahida et al., (2015) berkaitan tentang
penggunaan laman blog dari aspek morfologi mendapati bahawa terdapat kesilapan
dalam penggunaan morfologi. Kesilapan penulisan meliputi aspek kata tunggal, kata
terbitan, kata penggandaan, dan kata majmuk. Penyalahgunaan ini sekali gus menjadi
satu cabaran terhadap bahasa Melayu terutamanya pejuang bahasa yang bertungkus-
lumus dalam memartabatkan bahasa Melayu. Lazimnya, murid-murid lebih cenderung
mencari maklumat tentang sesuatu isu melalui Internet bersesuaian dengan situasi
dunia tanpa sempadan ini. Ironinya, jika seseorang penulis blog memandang enteng
tentang aspek sudah pasti perkara tersebut mengelirukan dan mempengaruhi dalam
penulisan karangan murid.
6
Melalui kajian oleh Zaliza (2017) yang mengkaji kesalahan tatabahasa bahasa
Melayu dalam penulisan karangan pelajar membuktikan bahawa pelajar Indonesia
banyak melakukan kesalahan tatabahasa terutama dari aspek sintaksis, semantik dan
morfologi seperti kesalahan penggunaan aspek kata, penggunaan kata sendi dan kata
ganti diri. Beliau juga mendapati bahawa sebab-sebab berlakunya kesalahan adalah
kerana faktor kekurangan pengetahuan tentang sistem Bahasa Melayu dan kekeliruan
tentang makna perkataan.
Seterusnya, kajian Alhaadia dan Zaitul Azma Zainon (2018) yang bertajuk
Analisis Kesalahan dalam Penulisan Bahasa Kedua dari Aspek Morfologi mendapati
bahawa antara kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh murid-murid Cina dalam
penulisan mereka ialah kesalahan dari aspek morfologi. Kesalahan-kesalahan dari
aspek morfologi ialah kesalahan penggunaan imbuhan ‘di-’, ‘meN-’ dan pemilihan
istilah. Kesalahan dalam penggunaan awalan ‘di-’ merupakan kesalahan yang
dilakukan oleh ramai murid. Namun, kesalahan dari segi pemilihan almorf bagi
imbuhan ‘meN-’ merupakan kesalahan yang banyak dilakukan secara keseluruhannya.
Berikutnya, kajian yang dijalankan oleh Amirra Shazreena dan Vijayaletchumy
(2019), mendapati bahawa penganalisisan kesalahan imbuhan awalan dan akhiran
berasaskan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973) menunjukkan kebanyakan murid
melakukan kesalahan dalam pemilihan unsur yang tidak tepat dan imbuhan awalan
pula menunjukkan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh murid ialah
penambahan unsur yang tidak perlu.
Berdasarkan kajian oleh Abdul Hamid et al., (2019) yang mengkaji kesalahan
bahasa dalam teks khutbah Jumaat mendapati bahawa kesalahan yang paling tinggi
adalah kesalahan morfologi, diikuti oleh kesalahan frasa dan ejaan. Menurut
penyelidik-penyelidik tersebut, kesalahan bahasa merencatkan mesej yang
disampaikan kepada khalayak. Di samping itu, kesalahan bahasa juga mencalarkan
imej dan kreadibiliti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
7
Permasalahan yang timbul berdasarkan kajian oleh Junaini, Nor Suhaila dan
Mohd Syamil (2015), Siti Norsyahida et al., (2015), Zaliza (2017), Alhaadia dan Zaitul
Azma Zanon (2018), Amirra Shazreena dam Vijayaletchumy (2019), dan Abdul Hamid
et al., (2019) jelas menunjukkkan bahawa kesalahan bahasa dari segi sistem bahasa
masih berterusan dalam pelbagai bentuk penulisan. Hal ini dikatakan demikian kerana
kesalahan bahasa menjejaskan penulisan terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Menurut Nurul Aisyah et al., (2016) kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis
mengakibatkan murid sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini memberikan fokus tentang analisis
kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid-murid menengah
atas dari aspek morfologi, sintaksis dan ejaan. Tambahan pula, murid-murid menengah
atas merupakan bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menjadi tenaga
kerja setelah tamat persekolahan nanti. Oleh itu, mereka perlu didedahkan dengan
kemahiran menulis untuk kegunaan pada masa akan datang. Menurut Farah Adlina
(2019) murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik
semasa di bangku sekolah.
Penyelidik seperti Junaini et al., (2015), Siti Norsyahida et al., (2015), Zaliza
(2017), Alhaadi dan Zaitul Azma (2018), Amirra Shazreena dan Vijayaletchumy (2019)
dan Abdul Hamid, Jessica dan Norlaila (2019) menjalankan kajian tentang analisis
kesalahan bahasa dan menumpukan kepada aspek-aspek tertentu dalam kajian
mereka. Hal ini berlainan dalam kajian ini kerana penyelidik menganalisis aspek
morfologi, sintaksis dan ejaan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu yang
melibatkan murid-murid menengah atas. Oleh hal yang demikian, kajian ini wajar
dilakukan terutama untuk meneliti aspek kesalahan bahasa dalam usaha menambah
baik pengajaran dan pemudahcaraan dalam penulisan karangan oleh guru.
8
1.3 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut, iaitu :
i. mengenal pasti kesalahan morfologi, sintaksis dan ejaan dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu.
ii. menganalisis kesalahan morfologi, sintaksis dan ejaan dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu.
iii. menghuraikan faktor-faktor kesalahan bahasa yang terdapat dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu.
1.4 Persoalan kajian
Kajian ini berusaha untuk menjawab soalan-soalan seperti berikut :
i. Apakah kesalahan morfologi, sintaksis dan ejaan dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu ?
ii. Berapakah kekerapan kesalahan morfologi, sintaksis dan ejaan dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu ?
iii. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kesalahan bahasa yang
terdapat dalam penulisan karangan Bahasa Melayu ?
1.5 Kepentingan kajian
Kajian tentang analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
murid-murid menengah atas merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat
tentang kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan
karangan. Berdasarkan dapatan kajian, diharap kajian ini dapat memberikan idea
kepada guru-guru untuk membuat penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran dan
pemudahcaraan (pdpc).
Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1997), kemahiran menulis merupakan satu
kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pengajaran. Hal ini dikatakan
demikian kerana untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna, sebahagian
besar tanggungjawab terletak pada guru. Sikap guru, kesedaran pentingnya kemahiran
9
menulis dan perkaedahan yang sesuai digunakan oleh guru dalam mengajar menulis
adalah penting dan mempengaruhi pencapaian murid dalam kemahiran menulis.
Di samping itu, kajian ini juga dapat menghuraikan faktor-faktor kesalahan
bahasa berlaku. Dapatan kajian tentang perkara ini dapat membantu guru merancang
pelbagai inisiatif yang efisien untuk meningkatkan keupayaan murid bagi mengelakkan
kesalahan bahasa berlaku semasa menghasilkan penulisan karangan. Dengan cara ini,
murid-murid lebih berhati-hati dan peka terhadap hasil penulisan mereka.
Seterusnya, pengajaran tentang sistem bahasa amat penting diajarkan oleh
guru kerana kesalahan bahasa sering dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan.
Oleh itu, sistem bahasa perlu dititikberatkan sejak di bangku sekolah rendah lagi
supaya membentuk pengetahuan murid untuk menghasilkan ayat yang gramatis dan
betul penggunaan tatabahasa. Menurut Nurul Adzwa, Nur Farahkhanna dan Norfaizah
(2020) dalam pengajaran Bahasa Melayu aspek tatabahasa merupakan salah satu
unsur penting. Aspek ini perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid untuk membolehkan
mereka menguasai sistem bahasa dengan cekap.
Selain itu, kajian ini amat penting untuk bakal pendidik yang akan
berkecimpung dalam bidang bahasa sebagai persediaan sekiranya mengalami masalah
yang sama dalam pengajaran kelak. Sehubungan dengan itu, tenaga pengajar perlu
menimba ilmu dan melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang kemahiran
mengarang dan sistem bahasa supaya dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
penulisan karangan. Menurut Noor Hidayu dan Yahya (2016), mata pelajaran Bahasa
Melayu khususnya kemahiran menulis karangan merupakan peringkat tertinggi dalam
peringkat kemahiran berbahasa.
Akhir sekali, hasil kajian ini dapat dijadikan medium oleh guru-guru untuk
merancang sesuatu dalam mengajar kemahiran menulis. Hal ini dikatakan demikian
kerana kajian ini dapat membantu guru-guru membuat perancangan lebih efektif
10
dalam penyediaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian berdasarkan sebarang
masalah yang telah dikenal pasti. Malahan, tindakan menganalisis kesalahan murid
dalam penulisan dapat memberikan maklumat kepada guru untuk merancang
pengajaran dan pemudahcaraan berdasarkan kelemahan murid dengan menggunakan
modul latihan dan kaedah yang bersesuaian.
1.6 Batasan kajian
Kajian tentang analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu ini
telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai IBWS, Wilayah Persekutuan
Labuan. Responden terdiri dalam kalangan 130 orang murid yang terdiri daripada
murid-murid tingkatan empat. Pemilihan murid tingkatan empat ini dilakukan kerana
mereka akan menduduki SPM pada tahun berikutnya berbanding murid tingkatan lima.
Selain itu, pemilihan sampel ini juga memberikan peluang kepada mereka untuk
memperbaiki kelemahan sebagai persediaan menghadapi SPM kelak.
Kajian ini memberikan fokus kepada tiga kesalahan bahasa yang kerap
dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan karangan iaitu kesalahan morfologi,
kesalahan sintaksis dan kesalahan ejaan. Penulisan karangan yang dikaji merupakan
karangan bahagian B dalam kertas 1 peringkat SPM iaitu karangan jenis perbincangan
sahaja.
Kesalahan aspek morfologi dibataskan kepada penggolongan kata (GK) dan
pembentukan kata (PK).
GK 1 - kesalahan penggunaan kata sendi nama
GK 2 - kesalahan penggunaan kata pemeri
GK 3 - kesalahan penggunaan kata tanya
GK 4 - kesalahan penggunaan kata hubung
GK 5 - kesalahan penggunaan kata bilangan
GK 6 - kesalahan penggunaan kata ganti nama
Pk 1 - kesalahan penggunaan kata terbitan
11
Manakala, kesalahan bahasa dari aspek sintaksis terbatas kepada kesalahan
pengguguran subjek (PS) dan kesalahan pengguguran predikat (PP). Seterusnya kajian
ini juga akan menganalisis kesalahan bahasa dari aspek kesalahan ejaan yang
memberikan tumpuan kepada kesalahan ejaan kata serapan, kesalahan mengeja kata
majmuk, kesalahan mengeja menggunakan kata sendi ‘di’, ‘ke’ dan awalan ‘di-’ dan
kesalahan mengeja perkataan-perkataan lain. Seterusnya, kajian ini akan
menghuraikan faktor-faktor berlakunya kesalahan bahasa dalam kalangan responden
yang terbatas kepada faktor diri responden sahaja dan tidak melibatkan faktor-faktor
lain.
1.7 Definisi operasional
1.7.1 Analisis kesalahan bahasa
Dalam kajian ini, penyelidik memberikan fokus terhadap analisis kesalahan bahasa.
Analisis kesalahan bahasa yang dimaksudkan oleh penyelidik merupakan proses
mengenal pasti semua bentuk kesalahan bahasa yang melanggar hukum-hukum
tatabahasa bahasa Melayu. Dalam konteks kajian ini, kesalahan bahasa merangkumi
kesalahan morfologi, sintaksis dan ejaan. Kesalahan morfologi melibatkan
penggolongan kata dan pembentukan kata. Selain itu, kesalahan sintaksis melibatkan
pengguguran subjek dan pengguguran predikat. Manakala, kesalahan ejaan
merangkumi kesalahan kata serapan, kesalahan mengeja kata majmuk, kesalahan
mengeja kata sendi nama dan kesalahan mengeja perkataan-perkataan lain. Analisis
kesalahan bahasa dalam kajian ini mengaplikasikan Teori Analisis Kesalahan Corder
(1981).
1.7.2 Penulisan karangan
Penulisan karangan dalam kajian ini melibatkan hasil penulisan murid-murid menengah
atas atau bakal-bakal calon SPM iaitu penulisan karangan bagi subjek Bahasa Melayu.
Bagi penyelidik, penulisan karangan merupakan proses pengolahan idea-idea
berdasarkan tajuk yang dikemukakan untuk menghasilkan perenggan karangan.
12
Penulisan karangan ini mengambil kira binaan karangan yang melibatkan perenggan
pendahuluan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan untuk menghasilkan sebuah
karangan yang lengkap. Dalam konteks kajian ini juga, penulisan karangan Bahasa
Melayu sampel disemak oleh pemeriksa sebenar SPM dengan mengaplikasikan
peraturan pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
1.8 Kesimpulan
Kesimpulannya, pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) mampu dilaksanakan secara
berkesan sekiranya guru dapat menganalisis kesalahan bahasa murid dalam penulisan
supaya tindakan susulan dapat dilakukan untuk mengatasi sebarang kelemahan dalam
penulisan karangan. Di samping itu, kriteria penskoran dalam penulisan karangan
seharusnya diberikan perhatian sewajarnya oleh guru dan murid. Oleh itu, guru perlu
melengkapkan diri sebagai pendidik yang memiliki pengetahuan dan pengalaman yang
kompeten berkaitan dengan pengajaran kemahiran karangan dan sistem bahasa
kerana pengetahuan dan ilmu tersebut dapat disampaikan kepada murid agar
diaplikasikan dalam penulisan karangan.
13
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Kajian tentang kesalahan bahasa telah banyak dijalankan oleh para sarjana bahasa
sama ada melibatkan penyelidik di dalam atau di luar negara. Fokus kajian para
penyelidik terdahulu hampir sama iaitu melibatkan sistem bahasa dan kajian tentang
aspek linguistik tetapi memberikan fokus terhadap aspek yang berlainan. Kebanyakan
penyelidik memberikan fokus tentang kesalahan bahasa melibatkan aspek tatabahasa
sahaja. Sebaliknya, kajian ini memberi tumpuan kepada kesalahan bahasa dari aspek
morfologi, sintaksis dan ejaan.
Sorotan kajian dalam bab ini melibatkan kajian oleh penyelidik di dalam dan di
luar negara. Terdapat sarjana menganalisis kesalahan bahasa dengan mengkaji
kesalahan morfologi sahaja. Namun begitu, sebilangan besar sarjana mengkaji bukan
sahaja kesalahan morfologi tetapi melibatkan aspek lain seperti kesalahan sintaksis,
kesalahan ejaan, kesalahan semantik, kesalahan mekanikal, kesalahan fonologi dan
kesalahan wacana.
Pelbagai definisi yang dikemukakan oleh para penyelidik tentang analisis
kesalahan bahasa. Corder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-
bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan
penutur jati. Kesalahan ini meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan,
sebutan, penggunaan perkataan, istilah, dan sebagainya. Kesalahan bahasa
merupakan fenomena biasa yang terjadi kepada penutur sama ada penutur asli atau
sebaliknya kerana pengetahuan bahasa seseorang sentiasa berkembang sejak dia mula
tahu bertutur sehinggalah ke akhir hayatnya.
Menurut Awang Sariyan (1984) dan Nik Safiah (1986) kesalahan bahasa
berlaku kerana terdapat penggunaan aspek bahasa yang tidak sempurna daripada
tatabahasa yang baku. Penyelidik berpendapat bahawa setiap guru bahasa perlu cakna
dengan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid-murid sejak di bangku sekolah
lagi supaya kesalahan bahasa yang dilakukan oleh individu dapat diatasi. Hal ini
dikatakan demikian kerana kesalahan bahasa tidak boleh dikesampingkan dalam sesi
pengajaran dan pemudahcaraan subjek bahasa.
Seterusnya, menurut Ellis dan Taringan (1988) analisis kesalahan berbahasa
adalah suatu proses yang digunakan oleh para guru dan peneliti bahasa dengan
langkah-langkah pengumpulan sampel atau data, pengidentifikasian kesalahan yang
terdapat di dalam sampel, penjelasan kesalahan tersebut, pengklasifikasian kesalahan
itu berdasarkan penyebabnya serta pengavalusian kesalahan.
Juriah Long (1990) mengklasifikasikan kesalahan bahasa kepada beberapa jenis
iaitu kesalahan struktur, kesalahan konsep, kesalahan berbentuk berlebih-lebihan,
kesalahan yang disebabkan gangguan bahasa lain, dan kesalahan disebabkan
pengaruh lisan. S.Nathesan (2010) telah menyatakan bahawa kesalahan bahasa
berlaku dalam pelbagai aspek seperti kesalahan sebutan, ejaan, perkataan, frasa, ayat,
dan makna.
2.2 Kajian tentang kesalahan morfologi
Kajian analisis bahasa yang memberikan fokus kepada kesalahan morfologi banyak
dilakukan oleh para sarjana bahasa sama ada dilakukan oleh penyelidik di dalam
negara atau di luar negara. Antaranya, kajian oleh Siti Norsyahida, Nur Azuwan dan
Che Ibrahim (2015), Hazlina dan Ang Lay Hoon (2015), Hasmidar, Mardian dan Puteri
Roslina (2018), Amirra Shazreena dan Vijayaletchumy (2019) dan Nurul Adzwa, Nurul
Farahkhanna dan Norfaizah (2020).
15
Selain itu, antara penyelidik di luar negara yang menganalisis kesalahan
morfologi ialah Nurul Hidayahmuji, Panji Kuncoro dan Ermi Adriani (2015), Deden Sutrisna
(2017) dan Arzaqiatul Amah, Novita Indriani, Veronika Vina Ambarwati dan Putri
Sukma Jayanti (2020). Dalam kajian ini, salah satu aspek kajian penyelidik melibatkan
kesalahan morfologi. Kesalahan morfologi yang menjadi fokus penyelidik melibatkan
kesalahan pembentukan kata dan kesalahan penggolongan kata.
Menurut Nik Safiah Karim et al., (2008) berpendapat bahawa morfologi ialah
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur
kata yang dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut
menjadi unit bahasa yang bermakna. Oleh itu, penulisan yang menepati aspek
morfologi dapat difahami oleh pembaca.
Menurut Kamarudin Hj. Husin et al., (1997) pula, morfologi merupakan disiplin
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini
merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Hal ini menunjukkan bahawa
sesuatu bentuk bunyi itu haruslah menepati aspek struktur kata supaya ujaran yang
dikeluarkan betul dan secara tidak langsung ayat yang dibina dalam penulisan juga
betul.
Dalam kajian ini penyelidik menganalisis kesalahan morfologi yang
dibahagikan kepada kesalahan pembentukan kata dan kesalahan penggolongan kata.
Berdasarkan sorotan kajian didapati para pengkaji lebih cenderung menganalisis
kesalahan bahasa dari aspek morfologi melibatkan pembentukan kata berbanding
penggolongan kata. Terdapat juga kajian yang memberikan tumpuan kepada aspek
kesalahan bahasa yang lain seperti kesalahan sintaksis, ejaan, semantik dan
sebagainya.
16
2.2.1 Kajian morfologi tentang kesalahan pembentukan kata
Kajian Siti Norsyahida, Nor Azuwan dan Che Ibrahim ( 2015 ) yang bertujuan mengkaji
masalah bahasa dari aspek morfologi dalam penulisan blog mendapati bahawa berlaku
kesilapan morfologi. Dalam kajian mereka, pemilihan blog berdasarkan jumlah
pengikut yang tinggi dan merupakan penulis blog yang terkenal. Kajian ini
menekankan aspek kesalahan dari segi kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan
kata majmuk yang digunakan secara sewenang-wenangnya oleh penulis blog. Dapatan
kajian berkaitan kata tunggal menunjukkan penulis blog memendekkan perkataan
menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan kata ringkas.
Manakala, antara kesilapan kata terbitan melibatkan kata terbitan yang ditulis
terpisah dan sepatutnya dieja bercantum. Seterusnya, antara kesalahan yang
dilakukan oleh penulis blog berkaitan kata majmuk iaitu menerima imbuhan apitan
dengan secara terpisah. Kesalahan penulisan kata ganda yang dapat dikenal pasti
apabila penulis blog menulis kata ganda tanpa menggunakan tanda sempang.
Berdasarkan kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa kesalahan pembentukan kata
menjadi fokus kajian. Menurut ketiga-tiga penyelidik tersebut, penggunaan bahasa
yang betul sangat penting dan tidak seharusnya diabaikan. Hal ini dikatakan demikian
kerana bahasa melambangkan bahasa dan memperlihatkan jati diri masyarakatnya.
Menurut Hazlina dan Ang Lay Hoon (2015) dalam kajiannya tentang kesalahan
pemilihan dan pembentukan kata dalam terjemahan bahasa Perancis mendapati
sebanyak 184 kesilapan telah dilakukan oleh pelajar yang melibatkan 28 kesilapan
pembentukan kata terhadap kata kerja dan kata adjektif, dan 156 kesilapan pemilihan
melibatkan pemilihan kata kerja, kata sendi nama, kosa kata, frasa dan lain-lain.
Kesilapan pada kata kerja adalah disebabkan generalisasi terlampau oleh pelajar
dengan merujuk kepada pembinaan kata kerja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Menurut pengkaji tersebut lagi, kesilapan ini disebabkan kekurangan kosa kata
bahasa Perancis yang menyebabkan mereka mencipta kosa kata yang hampir sama
17
dengan yang disasarkan. Kesilapan lain dengan membuat penghampiran pada kosa
kata tidak diketahui. Manakala, kesilapan pada sendi nama berpunca daripada
kekeliruan dan kesilapan pada frasa disebabkan pelajar membuat terjemahan harafiah
daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, kajian ini memberikan impak
kepada tenaga pengajar supaya meningkatkan proses pengajaran dan
pemudahcaraan.
Kajian Nurul Hidayahmuji, Panji Kuncoro dan Ermi Adriani (2015) bertujuan
menganalisis kesalahan berbahasa dalam tataran linguistik pada surat-surat rasmi.
Hasil dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa dalam surat-surat rasmi di kantor Desa
Teguhan ditemukan kesalahan dalam tataran linguistik berupa penghilangan fonem,
penambahan fonem, dan penambahan ain, penghilangan prefiks meng-, penempatan
afiks yang tidak tepat pada gabungan kata, penggunaan konjungsi yang berlebihan,
penggunaan istilah asing, penghilangan konjungsi, penggunaan preposisi yang tidak
tepat, susunan kata yang tidak tepat, penggunaan kata pukul dan jam, penggunaan
kata sarat dan syarat, dan kesalahan penggunaan konjungsi.
Kajian oleh Deden Sutrisna (2017) tentang analisis kesalahan morfologi
bahasa Indonesia dalam surat khabar Radar Majalengka Edisi 16 dan 25 April 2016
mendapati bahawa terdapat kesalahan bahasa dari segi kata dan bentuk kata
berdasarkan artikel yang dikaji iaitu artikel Organda Tunggu SK dari Pemda Edisi 25
April 2016 dan Masa Tanam Kedua Lebih Awal dalam surat khabar Radar Majalengka
Edisi 16 April 2016. Secara keseluruhannya, kesalahan yang didominasikan dari aspek
morfologi bahasa Indonesia berupa afikasi atau imbuhan.
Manakala, kajian Hasmidar, Mardian dan Puteri Roslina (2018) yang
mengetengahkan kecelaruan aspek morfologi yang timbul khususnya penggunaan
kata, binaan frasa dan pengimbuhan dalam penulisan pelajar asing khususnya yang
berasal dari Timur Tengah dan China. Berdasarkan kajian kecelaruan ini dapat
dielakkan mengikut jenis kesalahannya dan bentuk penyelesaian bagi mengatasi
18
masalah tersebut iaitu bukan sahaja menguasai kosa kata dan pembentukan kata
malahan memerlukan maklumat tambahan seperti maklumat semantik dan pragmatik.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Amirra Shazreena dan Vijayaletchumy
(2019) yang mengkaji kesalahan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam
kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menunjukkan bahawa murid tidak
menguasai imbuhan awalan dan akhiran sepenuhnya. Analisis kesalahan imbuhan
awalan dan akhiran murid berasaskan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). Dapatan
kajian menunjukkan murid-murid kurang menggugurkan unsur yang perlu dalam
imbuhan awalan dan banyak melakukan kesalahan dalam penambahan unsur yang
tidak perlu dengan menambahkan huruf atau perkataan yang tidak diperlukan dalam
membentuk imbuhan awalan meN- dan menyebabkan kesalahan.
Di samping itu, analisis dalam imbuhan akhiran dapat disimpulkan bahawa
murid-murid banyak memilih unsur yang tidak tepat iaitu memilih imbuhan yang salah
dan tidak memilih imbuhan yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan kesalahan imbuhan
akhiran berlaku yang akan mengubah perkataan sebenar jawapan atau mengubah
kata nama kepada kata kerja dan kata kerja kepada kata nama.
Menurut Arzaqiatul Amah, Novita Indriani, Veronika Vina Ambarwati dan Putri
Sukma Jayanti (2020) mendapati bahawa analisis kesalahan berbahasa bidang
morfologi pada promo Grabfood di aplikasi grab menunjukkan kesalahan penggunaan
afiksasi. Kesalahan-kesalahan itu antara lain ialah penghilangan prefiks /me-/ dan
sufiks /kan/, penghilangan prefiks /ter-/, penghilangan sufiks /kan/, penghilangan
prefiks /me-/ dan sufiks /-i/, penghilangan prefiks /me-/, dan penghilangan sufiks /-
kan/.
Seterusnya, kajian Nurul Adzwa, Nur Farakhanna dan Norfaizah (2020) telah
melakukan kajian tentang analisis kesalahan imbuhan dalam makna gramatikal.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat 66 kesalahan imbuhan yang terdiri daripada
19
imbuhan kata nama sebanyak 14 kesalahan, imbuhan kata kerja sebanyak 41
kesalahan dan imbuhan kata adjektif dengan satu kesalahan sahaja. Kesalahan ini
turut termasuk kesalahan dari segi tidak menggunakan imbuhan dan penggunaan yang
tidak terdapat dalam nahu sebanyak enam kesalahan. Kesalahan imbuhan yang
dikenal pasti turut mempunyai hubung kait dari segi makna. Perkara ini disebabkan
murid menggunakan imbuhan yang salah menyebabkan tidak dapat menyampaikan
makna ayat seperti yang ingin disampaikan.
Di samping itu, permasalahan kajian dilihat mempunyai hubung kait dengan
pemahaman murid berkenaan fungsi dan makna gramatikal yang dibawa oleh setiap
imbuhan. Sebarang proses imbuhan memberikan impak terhadap makna gramatikal
pada kata dasar. Dalam hal ini, sekiranya murid tidak memahami konsep dan makna
gramatikal yang didukung setiap imbuhan, mengakibatkan permasalahan ini akan
berterusan dalam konteks penulisan karangan dan komunikasi harian. Oleh hal yang
demikian, murid perlu tahu fungsi dan perubahan makna yang berlaku selepas proses
pengimbuhan berlaku.
Kajian yang dilakukan oleh para sarjana di atas mempunyai persamaan dengan
penyelidik kerana dalam kajian ini aspek kesalahan morfologi salah satu perkara yang
menjadi fokus kajian. Namun begitu, dalam kajian ini analisis kesalahan bahasa aspek
morfologi dibahagikan kepada dua iaitu kesalahan pembentukan kata dan kesalahan
penggolongan kata. Manakala, lapan kajian yang diterangkan terdahulu lebih
cenderung mengkaji kesalahan morfologi melibatkan pembentukan kata sahaja.
2.2.2 Kajian tentang kesalahan pembentukan kata dan aspek lain
Kajian Ahmad Dedi Mutiadi dan Indah Patimah (2015) mendapati bahawa analisis
kesalahan morfologi dan sintaksis pada pidato Presiden Joko Widodo pada bulan
Januari 2015 menunjukkan kesalahan morfologi banyak terjadi kerana menghilangkan
morfem men-, meny-, meng-, dan menge- menjadi n-, ny-, ng-, dan nge-. Hal ini
adalah disebabkan pengaruh bahasa daerah. Di samping itu, kesalahan sintaksis
20
banyak terjadi kerana kesalahan pada penyusunan struktur kalimat dan berstruktur
daripada bahasa daerah.
Kajian Apriani (2016) menganalisis kesalahan berbahasa dalam bidang
morfologi oleh komunitas jual beli online di Mataram Nusa Tenggara Barat. Kajian ini
mendapati kesalahan berbahasa bidang morfologi sering terjadi dalam penulisan. Hal
ini juga terdapat dalam komentar-komentar komunitas jual beli online daerah Mataram
yang berkaitan tentang penyingkatan morf. Penyingkatan tersebut sebenarnya
termasuk ragam lisan yang dipakai dalam ragam penulisan. Apabila ragam lisan dan
ragam tulis dicampuradukkan menghasilkan pemakaian bentuk kata yang salah.
Apabila ragam lisan dan ragam tulis dicampuradukkan menghasilkan pemakaian
bentuk kata yang salah.
Selain itu, kajian tersebut juga mendapati wujud kesalahan ejaan seperti
kesalahan penulisan kata, kesalahan pemakaian huruf, dan kesalahan penulisan tanda
baca. Oleh hal yang demikian, penulisan suatu ragam bahasa suatu komentar harus
sesuai dengan kaedah ejaan bahasa Indonesia baku iaitu Ejaan Bahasa Indonesia yang
Disempurnakan (EYD). Kajian ini juga mendapati tiga faktor menyebabkan terjadi
kesalahan berbahasa iaitu faktor pemakai bahasa, faktor lingkungan dan faktor
bahasa.
Seterusnya, kajian Reni dan Ida Rahmadani (2016) mendapati bahawa
kesalahan berbahasa Indonesia adalah kerana pemakaian bentuk-bentuk tuturan
pelbagai unit kebahasaan yang meliputi kata, kalimat, paragraf, yang menyimpang
daripada sistem kaedah bahasa Indonesia baku, serta pemakaian ejaan dan tanda
baca yang menyimpang daripada sistem ejaan dan tanda baca yang telah ditetapkan
sebagaimana dinyatakan dalam buku Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan.
Kajian Salinah dan Rohaidah (2016) tentang kesilapan bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu meneliti
21
aspek kesilapan bahasa dari aspek morfologi, sintaksis dan mekanikal. Kesilapan dari
segi morfologi termasuklah penggunaan imbuhan, kata sendi nama, kata pinjaman,
pemilihan kata atau istilah, perlanggaran hukum jamak dan kata hubung. Pengkaji
mendapati penggunaan imbuhan bahasa Melayu menjadi masalah utama kepada para
pelajar dari China Selatan dalam menghasilkan penulisan. Selain itu, analisis kesilapan
wujud dalam binaan ayat yang mempunyai pengaruh bahasa lisan atau bahasa
percakapan seharian. Seterusnya, kesilapan aspek mekanikal yang merangkumi ejaan,
huruf besar dan tanda baca.
Kajian Wahyu Oktovia (2018) mendapati daripada data analisis fenomena
kesalahan berbahasa terhadap wacana jual beli daring di Instagram dapat disimpulkan
bahawa kesalahan bahasa terjadi dalam pelbagai bidang kebahasaan. Dalam penelitian
ini, kajian difokuskan pada kesalahan bidang morfologi. Kesalahan morfologi dapat
dilihat meliputi kesalahan dalam pembentukan kata, kesalahan dalam ejaan dan
kesalahan dalam penulisan huruf kapital. Sementelahan itu, tujuh faktor yang
mempengaruhi kesalahan bahasa pada wacana jual beli daring di Instagram adalah
kerana faktor pemakai bahasa, kurang faham terhadap aturan bahasa Indonesia,
faktor psikologi, faktor lingkungan, faktor bahasa, pengaruh bahasa daerah dan
pengaruh bahasa asing.
Kajian oleh Wulan (2018) yang bertujuan menganalisis kesalahan berbahasa
pada karangan deskripsi siswa mendapati bahasa kesalahan berbahasa aspek
morfologi sebanyak 10 kesalahan, aspek sintaksis sebanyak 24 kesalahan dan aspek
wacana sebanyak tiga kesalahan. Manakala, kesalahan aspek ejaan yang
disempurnakan (EYD) sebanyak 42 kesalahan. Berdasarkan analisis yang dilakukan,
kesalahan terbanyak ialah kesalahan EYD. Selain itu, didapati bahawa 24 kesalahan
penulisan huruf besar dan 15 kesalahan penulisan kata baku.
Kajian Mohd Hazreen Shah Hassan dan Sharil Nizam Sha’ri (2019) tentang
analisis kesalahan penggunaan bahasa dalam rencana akhbar menunjukkan
22
penggunaan bahasa dalam penulisan rencana masih berlaku. Berdasarkan analisis
yang dilakukan sebanyak 128 penggunaan kata dan ayat didapati tidak menepati
saranan Waterhouse (1989). Daripada jumlah tersebut, akhbar Utusan Melayu
mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 75 penggunaan kata dan ayat bersamaan
dengan 59 peratus berbanding akhbar Berita Harian sebanyak 53 penggunaan kata
dan ayat iaitu 41 peratus.
Pengkaji tersebut menyarankan supaya penulis akhbar membentuk ayat yang
ringkas dan mengelakkan daripada mengemukakan beberapa gagasan idea dalam satu
ayat. Ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan yang dikemukakan oleh Waterhouse
(1989) merupakan satu garis panduan yang boleh dijadikan pegangan dalam kalangan
penulis untuk menghasilkan penulisan kewartawanan yang berkesan, khususnya dari
aspek pemilihan kata dan pembentukan kata.
Kajian Asiah dan Noor Fadilah (2019) yang mengkaji pengaraban nama Melayu
dalam kalangan masyarakat Melayu menunjukkan terdapat kesalahan fonetik dan
fonologi, semantik, morfologi dan sintaksis dalam penggunaan nama Arab. Kesalahan
semantik merupakan kesalahan paling ketara, diikuti kesalahan fonetik dan fonologi,
seterusnya kesalahan sintaksis dan yang terakhir kesalahan morfologi.
Kajian-kajian yang dikemukakan di atas menjalankan kajian terhadap aspek
morfologi yang melibatkan kesalahan aspek pembentukan kata. Selain itu, terdapat
aspek lain yang dikaji melibatkan kesalahan sintaksis, kesalahan ejaan, dan kesalahan
wacana. Berdasarkan kajian di atas jelas menunjukkan kajian kesalahan bahasa aspek
morfologi melibatkan penggolongan kata kurang diberikan penekanan. Perkara ini
berbeza dalam kajian ini kerana penyelidik turut memberikan fokus untuk mengkaji
aspek morfologi melibatkan penggolongan kata.
23
2.3 Kajian tentang kesalahan sintaksis
Para sarjana bahasa turut membuat kajian analisis bahasa terhadap kesalahan bahasa
yang lain seperti kesalahan sintaksis. Antara penyelidik tersebut ialah Kusuma
Wardani (2016), Rendy Aditya (2017) dan Afnita, Eriska Kurnia dan Herfina Assadiyah
(2018). Penyelidik-penyelidik tersebut merupakan penyelidik dari negara Indonesia.
Menurut Nik Safiah Karim et al., (2008) sintaksis dapat ditakrifkan sebagai ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau kontruksi ayat. Bidang
sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2003) cabang linguistik yang mengkaji
pembentukan ayat dikenali sebagai sintaksis. Pembentukan sesuatu ayat
menggunakan kata. Kata tersebut dirungkaikan dengan kata yang lain menjadi frasa.
Frasa pula digabungkan dengan frasa yang lain menjadi klausa atau ayat. Oleh itu,
ayat dibentuk bermula daripada penyusunan perkataan untuk membentuk frasa,
klausa dan seterusnya ayat. Dalam kajian ini, kesalahan sintaksis bermaksud struktur
dan binaan ayat yang kurang tepat, pemenggalan subjek dan predikat atau ayat
tergantung dan ayat yang menyalahi hukum tatabahasa.
Menurut Kusuma Wardani (2016) hasil analisis data dan perbincangan yang
telah disajikan oleh pengkaji mengenai kesalahan berbahasa dari aspek sintaksis dalam
menulis karangan deskripsi siswa kelas X SMK Pelita Bangsa Boyolali menyimpulkan
empat kesimpulan di antaranya sebagai berikut iaitu pertama bentuk kesalahan pada
bidang sintaksis dalam menulis karangan deskripsi terbahagi kepada sembilan bentuk
kesalahan iaitu kalimat berstruktur tidak baku 10 kesalahan, kalimat ambigu tiga
kesalahan, kalimat yang tidak jelas empat kesalahan, diksi yang tidak tepat dalam
membentuk kalimat 11 kesalahan, kontaminasi kalimat empat kesalahan, koherensi
24
dua kesalahan, kata mubazir 17 kesalahan, penggunaan kata serapan satu kesalahan
dan logika kalimat lapan kesalahan.
Seterusnya, kajian Rendy Aditya (2017) berkaitan kesalahan berbahasa dalam
karangan deskripsi berbahasa Mandarin mendapati bahawa terdapat tiga kesalahan
sintaksis iaitu kesalahan sintaksis dalam hal tatabahasa bahasa Mandarin sebanyak 81
kesalahan. Seterusnya, kesalahan penggunaan partikel dalam bahasa Mandarin yang
tidak tepat sebanyak 9 kesalahan dan kesalahan penyusunan fungtor kalimat sebanyak
5 kesalahan. Manakala, dapatan kajian dari segi leksikon terdapat kesalahan leksikon
yang tidak tepat sebanyak 133 kesalahan. Selain itu, hasil kajian menunjukkan faktor
yang menyebabkan kesalahan sintaksis dan leksikon adalah disebabkan faktor kurang
faham terhadap penggunaan kata dalam bahasa Mandarin dan kurang faham terhadap
tatabahasa dalam bahasa Mandarin.
Menurut Afnita, Eriska Kurnia dan Herfina Assadiyah (2018) berdasarkan hasil
analisis data dapat disimpulkan beberapa kesalahan berbahasa bidang sintaksis yang
terdapat dalam teks biografi siswa kelas X SMA Negeri 7 Padang. Kesalahan tersebut
meliputi tiga aspek iaitu kalimat ambigu, diksi yang tidak tepat dalam membentuk
kalimat dan logika kalimat. Kesalahan yang paling banyak terjadi adalah pada
kesalahan diksi yang tidak tepat untuk menyatakan sesuatu yang ingin ditulisnya. Hal
ini disebabkan kurangnya pengetahuan siswa dalam bidang sintaksis khususnya
kategori diksi.
Kajian oleh pengkaji-pengkaji yang telah dijelaskan di atas, jelas menunjukkan
aspek kajian hanya melibatkan aspek sintaksis. Aspek kajian tersebut merupakan salah
satu fokus dalam kajian ini. Penyelidik dalam kajian ini memberikan tumpuan dalam
menganalisis aspek sintaksis berkaitan kesalahan dari segi pengguguran subjek dan
pengguguran predikat.
25
2.4 Kajian tentang kesalahan ejaan dan aspek lain
Seterusnya, aspek kajian penyelidik ialah menganalisis kesalahan ejaan. Menurut Nawi
Ismail (1996), makna sesuatu perkataan boleh berubah apabila berlaku kesilapan
ejaan. Dalam konteks peperiksaan, markah yang diperoleh oleh pelajar khususnya
mata pelajaran bahasa Melayu, pasti akan berkurangan sekiranya pelajar berkenaan
gagal menguasai aspek ejaan.
Menurut Abdullah Hassan (2007), manusia sudah lama pandai merakamkan
pengalaman mereka melalui lambang yang mereka tulis dan lukis. Terdapat tiga jenis
lambang dipanggil grafem yang digunakan iaitu ejaan ideogram, suku kata dan
fonemik. Dalam kajian ini, penyelidik menganalisis kesalahan ejaan berdasarkan sistem
ejaan Rumi baharu dengan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai rujukan
utama.
Kajian Wong Shia Ho (2015) tentang penggunaan bahasa Melayu dalam buku
teks Geografi tingkatan satu mendapati bahawa tahap penggunaan bahasa dalam
buku teks kajiannya masih perlu dipertingkatkan kerana terdapat pelbagai jenis
kesalahan bahasa. Hasil analisis dapat dikesan bahawa terdapat beberapa kesalahan
ejaan, morfologi dan sintaksis dalam buku teks yang dikaji. Malahan, penggunaan
bahasa secara lewah juga terdapat dalam buku teks tersebut. Selaras dengan objektif
kajiannya, cadangan tentang penggunaan bahasa yang lebih baku atau gramatis turut
dikemukakan.
Kajian Yatni Febrianti, D.Cristinana Victoria dan Imam Jahrudin Priyanta (2019)
mendapati kesalahan berbahasa pada bidang ejaan dan sintaksis dalam karangan
berbahasa Indonesia murid kelas VI SD Ashfiya meliputi kesalahan pemakaian huruf
kapital sebanyak 67 kesalahan, penggunaan kata depan sebanyak 15 kesalahan, dan
pemakaian tanda baca sebanyak 98 kasus. Kesalahan berbahasa pada bidang sintaksis
ditemukan sebanyak 85 kasus yang meliputi kesalahan frasa sebanyak 37 kasus dan
kesalahan struktur kalimat sebanyak 48 kasus.
26
Secara keseluruhannya, didapati kajian-kajian yang dibincangkan di atas sama
ada kajian di dalam negara atau di luar negara mempunyai persamaan antara satu
sama lain terutamanya dari segi kaedah iaitu penggunaan kaedah analisis kesalahan
dan bahan kajian. Perbezaan kajian tersebut dari aspek fokus kajian. Namun begitu,
mereka tidak meneliti aspek kesalahan bahasa dari aspek kesalahan morfologi,
sintaksis dan ejaan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu yang melibatkan murid-
murid menengah atas. Perkara ini menunjukkan kelainan kajian ini berbanding dengan
kajian-kajian penyelidik yang telah dibincangkan.
2.5 Kesimpulan
Berdasarkan bab ini, penyelidik pada peringkat awal menjelaskan definisi tentang
analisis kesalahan bahasa yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana. Tujuannya
supaya dapat membantu penyelidik untuk memahami perkara yang dibincangkan
dengan lebih meluas. Dalam bab ini juga, penyelidik mengetengahkan sorotan kajian
lepas yang mempunyai kaitan dengan kajian ini. Bagi memudahkan pemahaman
pembaca, sorotan kajian lepas dibahagikan mengikut tema iaitu kesalahan morfologi
(kesalahan pembentukan kata dan kesalahan pembentukan kata dan aspek lain),
kesalahan sintaksis, kesalahan ejaan dan pelbagai aspek yang merangkumi kesalahan
sintaksis, ejaan, fonologi, semantik, mekanikal dan wacana.
Selain itu, sorotan kajian lepas yang ditonjolkan dalam kajian ini merupakan
kajian-kajian terkini iaitu telah dijalankan pada tahun 2015 sehingga 2020. Tumpuan
kajian melibatkan pengkaji dari dalam dan luar negara. Pengkaji luar pula, hanya
melibatkan pengkaji dari negara jiran iaitu Indonesia. Berdasarkan kajian-kajian yang
disajikan dalam tesis ini, penyelidik mendapati sampel dan fokus kajian bagi setiap
sarjana berbeza-beza. Perkara ini juga adalah untuk mengelakkan persamaan dan
pengulangan tajuk yang serupa dalam kajian ini.
Kajian yang diketengahkan oleh penyelidik dalam kajian ini merupakan analisis
kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid-murid menengah
27
atas. Analisis kesalahan bahasa memberikan fokus terhadap kesalahan morfologi,
sintaksis dan ejaan. Selain itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Analisis Kesalahan
Bahasa oleh Corder (1981). Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa teori yang
digunakan mempunyai persamaan dengan beberapa orang pengkaji kerana
menggunakan Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder dalam kajian mereka
seperti Ahaadi dan Zaitul Azma (2018), Amirra Shazreen dan Vijayaletchumy (2019)
dan Nurul Adzwa, Nur Farahkhanna dan Norfaizah (2020).
Kajian ini sangat penting untuk dijalankan kerana perkembangan teknologi
yang semakin pesat dari hari ke hari memberikan kesan kepada penulisan murid. Hal
ini dikatakan demikian kerana murid-murid terdedah dengan maklumat di media massa
dan media sosial. Lebih-lebih lagi, media sosial merupakan saluran popular yang kerap
digunakan oleh generasi muda untuk berkongsi maklumat. Dalam masa yang sama,
murid-murid cenderung mendapatkan maklumat melalui Internet untuk mendapatkan
informasi berkaitan tajuk sesebuah karangan.
Sebaliknya, jika aspek bahasa seperti tatabahasa diabaikan dalam penulisan
yang dikongsikan di Internet sudah pasti perkara ini akan mengelirukan murid dan
secara tidak langsung memberikan kesan dalam penulisan karangan murid. Oleh hal
yang demikian, dapatan kajian ini dapat membantu guru dan murid untuk mengenal
pasti kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid agar penambahbaikan dapat
dilakukan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan.
28
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, perbincangan menjurus kepada metodologi yang digunakan untuk
menjalankan kajian. Metodologi kajian merujuk kepada kaedah yang paling sesuai
untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalahan kajian. Metodologi kajian juga membincangkan kaedah yang digunakan
untuk mengumpul dan menganalisis data yang dikaji.
Bab ini juga membincangkan cara menganalisis hasil dapatan kajian bagi
melaksanakan kajian ini dengan efektif. Metodologi yang dirangka melibatkan
pengenalan, reka bentuk kajian, kerangka teori dan konseptual, populasi dan
pensampelan, rasional pemilihan sampel, instrumen kajian, prosedur kajian,
pengumpulan dan penganalisisan data kajian dan kesimpulan.
3.2 Reka bentuk kajian
Perkara utama dan mustahak dalam menentukan metodologi kajian ialah reka bentuk
kajian. Reka bentuk kajian merupakan satu perencanaan tentang cara melaksanakan
suatu penyelidikan agar dapat menjawab persoalan dan permasalahan kajian
(Sulaiman Masri, 2003). Menurut Sabariah (2013) reka bentuk kajian ialah cara
menjalankan kajian dan proses memperoleh data supaya bertepatan dan selari dengan
objektif kajian. Permasalahan kajian perlu sejajar dan bertepatan dengan
permasalahan.
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah pendekatan
kualitatif. Kaedah analisis kandungan (content analysis) akan digunakan bagi mengenal
pasti kesalahan dalam penulisan karangan murid dalam aspek morfologi, sintaksis dan
ejaan. Seterusnya, data kajian akan dianalisis dengan menggunakan Teori Analisis
Kesalahan oleh Corder (1981).
3.3 Kerangka teori dan konseptual
3.3.1 Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981)
Analisis kesalahan merupakan kaedah untuk mengukur kemajuan murid dengan
cara mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan yang dilakukan dalam
pembelajaran bahasa. Teori Analisis Kesalahan oleh Corder dibincangkan dalam
artikelnya ‘The Significance of Learners’. Corder (1973), mengkategorikan empat
kesalahan yang dilakukan oleh murid walaupun kategori tersebut belum mencukupi
untuk menjelaskan kesalahan.
Empat kesalahan tersebut ialah pengguguran unsur-unsur perlu, penambahan
unsur-unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, pemilihan unsur yangtidak tepat dan
penyusunan unsur yang salah. Corder menjelaskan bahawa terdapat kesalahan dari
segi linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon. Menurut Corder (1981), aplikasi
teori linguistik dan psikologi dalam kajian pembelajaran bahasa telah menambah satu
dimensi baru kepada perbincangan tentang kesalahan. Kesalahan dipercayai boleh
diterangkan, iaitu kesalahan ialah hasil gangguan dalam pembelajaran bahasa kedua
yang disebabkan oleh tabiat dalam bahasa pertama.
Corder juga berpendapat bahawa melakukan kesalahan merupakan satu cara
yang digunakan oleh murid untuk mempelajari sesuatu bahasa dan cara bagi murid
menguji hipotesis tentang ciri-ciri sesuatu bahasa yang sedang dipelajari. Kesalahan
yang dilakukan menunjukkan strategi pembelajaran dalam bahasa ibunda atau bahasa
kedua. Menurut Corder (1981) lagi, kesalahan yang dilakukan oleh murid adalah
penting kepada pengajar, penyelidik dan murid.
30
Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981)Melalui kesalahan murid, pengajar dapat mengesan sejauh manakah murid
menguasai pembelajaran dan perkara yang perlu dipelajari. Kesalahan murid juga
penting dalam kajian ini kerana kesalahan murid dapat memberi maklumat tentang
cara sesuatu bahasa dipelajari dan strategi yang digunakan semasa meneroka bahasa
tersebut. Kesalahan juga penting kepada murid kerana kesalahan berfungsi sebagai
maklum balas ke atas hipotesis atau kaedah yang diuji. Berdasarkan maklumat ini,
murid dapat menguji semula kaedah yang digunakan.
Rasional pemilihan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) oleh penyelidik
kerana teori ini dapat menjelaskan dan mengkategorikan kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh murid-murid dengan cara yang lebih sistematik. Selain itu, aplikasi teori
tersebut dalam kajian ini kerana akan membantu guru-guru untuk mengenal pasti
kesalahan yang cenderung dilakukan oleh murid-murid. Dengan cara ini, guru-guru
dapat melaksanakan kaedah yang bersesuaian dengan kelemahan yang dikenal pasti
untuk tujuan penambahbaikan.
mengenal pasti kesalahan
bahasa
kesalahan yang dikenal pasti
dijelaskan dan dihuraikan
kesalahan yang dikenal pasti
ditentukan kekerapannya
Rajah 3.1 : Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981)
31
Berdasarkan Rajah 3.1, beberapa prosedur perlu dijalankan iaitu mengenal
pasti kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid. Dalam kajian ini, kesalahan bahasa
yang dikenal pasti dari aspek morfologi ialah penggolongan kata dan pembentukan
kata. Manakala, kesalahan bahasa dari aspek sintaksis pula, kajian dilakukan untuk
mengkaji kesalahan dari segi pengguguran subjek dan pengguguran predikat. Akhir
sekali, kajian ini juga mengenal pasti kesalahan ejaan iaitu memberikan fokus kepada
kesalahan ejaan yang telah dikategorikan kepada empat jenis.
Seterusnya, langkah kedua berdasarkan Teori Analisis Corder ialah kesalahan
yang telah dikenal pasti hendaklah dijelaskan dan dihuraikan. Kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh sampel dihuraikan dalam kajian ini dengan menjadikan Kamus
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sebagai rujukan utama untuk menjelaskan
kesalahan morfologi dan kesalahan sintaksis. Manakala, Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005) pula, digunakan untuk merujuk ejaan yang tepat.
Akhir sekali, langkah ketiga berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder
(1981) ialah kesalahan yang dikenal pasti ditentukan kekerapannya. Kekerapan
kesalahan morfologi, kesalahan sintaksis dan kesalahan ejaan ditunjukkan
menggunakan jadual untuk melihat bilangan kesalahan bahasa yang dilakukan
mengikut kategori kesalahan yang telah ditentukan dalam kajian ini.
3.3.2 Kerangka konseptual
Kajian ini menggunakan teori yang diperkenalkan oleh Corder (1981). Corder
menyatakan bahawa kesalahan bahasa berlaku dari segi morfologi, sintaksis dan aspek
mekanis. Namun begitu, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis kesalahan
bahasa dari segi morfologi, sintaksis dan kesalahan ejaan. Kerangka konseptual kajian
ini akan menjadi petunjuk arah sebagaimana yang dapat dilihat dalam Rajah 3.2.
32
PENULISAN
KARANGAN
KESALAHAN FAKTOR
BAHASA KESALAHAN
BAHASA
MORFOLOGI SINTAKSIS EJAAN DIRI
RESPONDEN
RES EN
Rajah 3.2: Kerangka Konseptual Kajian
Berdasarkan Rajah 3.2, penulisan karangan responden dianalisis untuk
mengenal pasti dan menganalisis kesalahan morfologi. Kesalahan morfologi tersebut
dari segi kesalahan penggolongan kata yang melibatkan kata tugas dan kata nama.
Selain itu, kesalahan morfologi yang dikaji dari segi pembentukan kata yang
melibatkan kata terbitan. Seterusnya, kajian ini juga melihat kesalahan sintaksis dari
segi pengguguran subjek dan pengguguran predikat. Manakala, kesalahan ejaan yang
dikenal pasti melibatkan empat jenis iaitu kesalahan mengeja kata serapan, kesalahan
mengeja kata majmuk, kesalahan mengeja kata sendi nama dan kesalahan mengeja
perkataan-perkataan lain. Akhir sekali, faktor berlakunya kesalahan bahasa juga
dihuraikan yang hanya melihat dari satu sudut sahaja iaitu faktor diri responden.
3.4 Kaedah kajian
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Penyelidik menggunakan teknik
analisis kandungan teks dalam pengumpulan data yang diperoleh daripada hasil ujian
33
yang dijalankan ke atas sampel kajian. Ujian tersebut berbentuk penulisan karangan
yang dihasilkan oleh murid-murid tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Pantai IBWS Wilayah Persekutuan Labuan. Penulisan karangan tersebut merupakan
karangan bahagian B iaitu karangan tidak berformat di peringkat SPM. Tempoh
menulis karangan selama satu jam tiga puluh minit (1 ½ ).
Dalam kajian ini juga, penyelidik mengaplikasikan Teori Analisis Kesalahan
Corder (1981) untuk menganalisis data kajian. Berdasarkan teori tersebut beberapa
langkah perlu dijalankan iaitu mengenal pasti kesalahan bahasa yang dilakukan oleh
murid. Dalam kajian ini, penyelidik mengenal pasti kesalahan dari segi morfologi iaitu
penggolongan kata dan pembentukan kata.
Manakala, kesalahan bahasa dari aspek sintaksis pula, penyelidik mengkaji
kesalahan dari segi pengguguran subjek dan pengguguran predikat. Akhir sekali,
penyelidik juga mengenal pasti kesalahan ejaan iaitu memberi fokus kepada
kesalahan ejaan yang telah dikategorikan kepada empat jenis. Seterusnya, langkah
kedua berdasarkan Teori Analisis Corder ialah kesalahan yang telah dikenal pasti
hendaklah dijelaskan dan dihuraikan dan langkah terakhir ialah kesalahan bahasa yang
telah dikenal pasti tersebut hendaklah ditentukan kekerapannya. Pada masa yang
sama, penyelidik juga menghuraikan faktor-faktor kesalahan bahasa yang terdapat
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.
3.5 Populasi dan persampelan
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai IBWS yang terletak di
Wilayah Persekutuan Labuan terhadap murid-murid tingkatan empat dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. SMK Pantai IBWS merupakan salah sebuah sekolah
menengah yang terletak kira-kira 6.3 kilometer dari pusat bandar. SMK Pantai IBWS
mendapat pengiktirafan daripada International Baccalaureate Organization (IBO)
sebagai sekolah Middle Year Programme International Baccalaureate (MYP IB) pada 22
Julai 2016.
34
Dalam kajian ini, populasi sasaran melibatkan semua murid tingkatan empat di
Malaysia. Manakala populasi capaian melibatkan semua murid tingkatan empat di
Wilayah Persekutuan Labuan. Sampel pula terdiri daripada 130 orang murid tingkatan
empat yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai IBWS di Wilayah
Persekutuan Labuan. Populasi didefinisikan sebagai semua individu, objek, organisasi
atau peristiwa dalam kumpulan tertentu yang hendak digeneralisasikan dalam kajian
ini. Jika saiz populasi adalah kecil, penyelidik mungkin boleh membuat keputusan
untuk mengkaji semua ahli dalam populasi tersebut.
Jadual 3.1 : Taburan Sampel
Kelas Murid-murid tingkatan empat Jumlah
(Lelaki +
4 Inquirer Lelaki Perempuan Perempuan)
4 Thinker
4 Principled 59 14
4 Communicator 89 17
4 Caring 6 12 18
4 Balanced 9 12 21
4 Reflective 7 11 18
Jumlah 16 5 21
14 7 21
65 65 130
Jadual 3.1 menunjukkan taburan sampel yang terdiri daripada 130 orang murid
daripada tujuh buah kelas tingkatan empat di SMK Pantai IBWS. Bilangan murid di
dalam kelas berbeza-beza. Bilangan murid paling sedikit di kelas 4 Inquirer sebanyak
14 orang. Manakala kelas yang mempunyai bilangan murid yang banyak ialah kelas 4
Communicator, 4 Balanced dan 4 Relective iaitu masing-masing 21 orang murid.
35
Menurut Noraini Idris (2013), sebelum pemilihan sampel dibuat, adalah penting
untuk mengenal pasti populasi yang ingin diselidik. Secara amnya, populasi ialah
kumpulan yang menarik perhatian penyelidik dan membolehkan membuat generalisasi
melalui dapatannya. Dalam penyelidikan pendidikan, populasi yang ingin diselidiki
lazimnya ialah kumpulan individu (seperti murid dan guru) yang mempunyai ciri-ciri
yang ditetapkan. Malah, populasi boleh juga merangkumi kelas, sekolah atau
kemudahan.
Menurut Noraini Idris (2013), pensampelan merupakan suatu proses pemilihan
objek penyelidikan dalam suatu kumpulan yang mewakili kumpulan besar yang dipilih.
Pensampelan juga bermaksud pemilihan suatu kumpulan orang, institusi, tempat atau
fenomena yang ingin diselidik oleh penyelidik. Tujuan pensampelan adalah untuk
memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi.
Populasi jarang digunakan untuk memungut data, malah tidak perlu berbuat
demikian kerana akan melibatkan penggunaan wang, masa, dan tenaga yang banyak.
Matlamat pensampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan
populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan penyelidikan. Hal ini
bermakna sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah
berkenaan daripada populasi yang disasarkan. (Noraini Idris, 2013).
Peringkat pertama, pensampelan tujuan digunakan iaitu responden dipilih atas
dasar peserta tersebut mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan penyelidik dan dapat
memberi maklumat yang terbaik untuk mencapai objekitf kajian. Dalam kajian ini,
penyelidik hanya ingin mengambil jumlah responden yang terdiri daripada murid
tingkatan empat sahaja. Pemilihan sampel ini dijalankan dengan menggunakan kaedah
pensampelan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Menurut
Wiersma (2000), kaedah pensampelan bertujuan boleh digunakan apabila tujuan
kajian adalah fokus kepada kumpulan tertentu.
36
Manakala, menurut Noraini Idris (2013), pensampelan tujuan melibatkan
pertimbangan individu untuk memilih sampel, iaitu berdasarkan pengetahuan
penyelidik dan tujuan khusus penyelidikan. Peringkat kedua, pensampelan kajian
dibuat secara berstrata mengikut nisbah iaitu responden kajian dalam populasi
dibahagikan kepada kategori berlainan mengikut nisbah tertentu yang diketahui.
Pensampelan ini digunakan kerana bilangan responden yang kecil dan faktor jantina
telah dijadikan pemboleh ubah dalam faktor demografi.
Menurut Creswell (2005), teknik pensampelan rawak berstrata berkadar adalah
teknik yang digunakan kerana populasi yang tidak menunjukkan ketidakseimbangan
ciri-ciri bagi suatu sampel. Dalam hal ini pensampelan rawak mudah akan
menyebabkan kekurangan sampel bagi kategori tertentu. Pendapat ini disokong oleh
Sekaran (1992), yang menyatakan reka bentuk pensampelan rawak berstrata
berkemungkinan adalah paling cekap dan dengan bilangan sampel yang sama banyak
akan memberi maklumat yang lebih terperinci.
Akhir sekali, pensampelan secara rawak berkelompok dibuat terhadap
sekelompok individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Menurut Azizi Yahaya et. al
(2007), pensampelan rawak berkelompok adalah sampel mudah iaitu setiap unit
pensampelan adalah himpunan atau kelompok unsur-unsur. Jumlah responden kajian
adalah seramai 130 orang yang terdiri daripada murid tingkatan empat, maka jumlah
responden yang perlu dipilih adalah seramai 130 orang murid tingkatan empat.
3.6 Rasional pemilihan sampel
Rasional pemilihan responden yang terdiri daripada 130 orang murid tingkatan empat
adalah kerana hasil dapatan kajian yang diperoleh adalah mewakili dapatan
keseluruhan populasi kajian selain mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang
berbeza dan pengalaman belajar yang berbeza serta keputusan ujian peperiksaan PT3
yang berbeza malahan terdapat murid yang tidak menduduki peperiksaan PT3 kerana
berada dalam aliran Pendidikan Asas Vokasional (PAV), semestinya akan dapat
37
memberikan dapatan yang berbeza terhadap dapatan kajian yang akan dijalankan
nanti. Sampel kajian yang terlalu besar akan menyukarkan penyelidik menjalankan
kajian kerana akan memakan masa yang agak lama dan kos yang tinggi. Manakala,
sampel yang terlalu sedikit akan memberikan kesan kepada analisis statistik dan
kesahan sampel dalam mewakili populasi kajian.
Pertimbangan etika dalam pengambilan keputusan untuk menentukan sampel
diambil kira dalam kajian ini supaya memberi keadilan kepada murid-murid tingkatan
empat. Hal ini dikatakan demikian kerana pemilihan sampel tanpa diskriminasi kerana
semua murid tingkatan empat yang terdiri daripada tujuh buah kelas terlibat dalam
kajian ini. Realitinya, murid-murid tingkatan empat tersebut terdiri daripada pelbagai
kebolehan.
Tambahan pula, seperti yang dijelaskan sebelum ini ada dalam kalangan murid-
murid tersebut tidak terlibat dengan PT3 kerana semasa di tingkatan tiga mereka
berada dalam aliran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang hanya menduduki
peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Namun begitu, murid-murid tersebut
berada dalam aliran perdana apabila melangkah masuk ke tingkatan empat di
sekolah yang sama melainkan murid-murid tersebut berpindah ke sekolah menengah
teknik untuk melanjutkan pelajaran mereka. Oleh sebab itu, semua murid tingkatan
empat mempunyai status yang sama dalam penilaian penulisan karangan Bahasa
Melayu di peringkat SPM.
Selain itu, pemilihan sampel yang terdiri daripada murid-murid tingkatan empat
adalah disebabkan mereka bukan dari kelas peperiksaan dan akan menduduki SPM
semasa di tingkatan lima. Tambahan pula, kajian ini memberi peluang kepada murid-
murid tingkatan empat untuk memperbaiki kesalahan bahasa yang sering dilakukan
untuk tujuan penambahbaikan sebagai persediaan dalam menjawab soalan SPM nanti.
38
3.7 Instrumen kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data ialah terdiri
daripada soalan karangan, penulisan karangan dan peraturan pemarkahan yang
mengandungi kriteria penskoran. Hasil karangan murid diperiksa menggunakan
peraturan pemarkahan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
3.7.1 Soalan karangan
Pembinaan item untuk soalan karangan dikendalikan oleh penyelidik sendiri. Soalan
yang dibina disemak oleh Ketua Bidang Bahasa di lokasi kajian iaitu di SMK Pantai
IBWS. Soalan yang dikemukakan berdasarkan karangan bahagian B iaitu karangan
respons terbuka dalam peperiksaan SPM. Terdapat lima dimensi yang menjadi
keutamaan dalam membentuk soalan respons terbuka iaitu dimensi diri, dimensi
sekolah / keluarga, dimensi masyarakat / negara, dimensi antarabangsa dan soalan
berkaitan komponen sastera. Untuk tujuan penyelidikan ini, penyelidik memilih dimensi
negara untuk dijadikan soalan iaitu karangan tidak berformat jenis perbincangan.
Pemilihan dimensi negara menjadi pilihan untuk membangkitkan semangat
patriotisme dalam kalangan sampel kajian terhadap negara. Tajuk karangan yang
dipilih dan diubah suai daripada buku teks Bahasa Melayu tingkatan empat iaitu Unit 5
yang bertemakan ‘Melestarikan Alam Sekitar’. Murid dikehendaki menghasilkan
karangan lebih 350 patah perkataan. Masa yang diperuntukkan untuk murid menulis
karangan ialah satu jam tiga puluh minit (1 ½).
3.7.2 Penulisan karangan
Penyelidikan yang dijalankan ini menganalisis kandungan teks penulisan karangan
untuk mendapatkan data. Oleh itu, kajian ini hanya mengehadkan dapatan data
melalui hasil penulisan karangan murid-murid tingkatan empat di SMK Pantai IBWS
yang menjadi sampel kajian. Murid-murid dikehendaki menulis karangan bahagian B di
peringkat SPM yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan iaitu bertemakan ‘
Melestarikan Alam Sekitar ’.
39
Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan murid-murid dikenal pasti
dan dikategorikan berdasarkan aspek kajian yang telah ditentukan oleh penyelidik iaitu
aspek morfologi yang melibatkan penggolongan kata yang merangkumi kata sendi
nama, kata pemeri, kata tanya, kata hubung, kata bilangan dan kata ganti nama.
Manakala, pembentukan kata hanya melibatkan kata terbitan. Selain itu, aspek
sintaksis pula melibatkan struktur ayat merangkumi pengguguran subjek dan
pengguguran predikat. Seterusnya, aspek kesalahan ejaan yang dikategorikan kepada
empat kesalahan ejaan iaitu kesalahan mengeja kata serapan, mengeja kata majmuk,
mengeja menggunakan kata sendi dan mengeja perkataan-perkataan lain.
Data daripada hasil penulisan karangan dianalisis berdasarkan Teori Analisis
Kesalahan oleh Corder (1981) iaitu mengenal pasti kesalahan bahasa yang dilakukan
oleh murid, kesalahan yang dikenal pasti dijelaskan dan dihuraikan dan akhir sekali
kesalahan yang dikenal pasti ditentukan kekerapannya. Penyelidik menunjukkan data
kajian dalam bentuk jadual untuk memudahkan pemahaman pembaca.
3.7.3 Peraturan pemarkahan
Peraturan pemarkahan yang diguna pakai untuk menilai hasil penulisan murid,
berdasarkan peraturan pemarkahan yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan .
Peruntukan markah bagi karangan respons jenis terbuka di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia adalah sebanyak 100 markah. Terdapat enam peringkat iaitu peringkat
cemerlang (80-100 markah), peringkat kepujian (66-79 markah), peringkat baik (51-65
markah), peringkat memuaskan (36-50 markah), peringkat kurang memuaskan (21-35
markah) dan peringkat pencapaian minimum (1-20 markah).
Jadual 3.2 menunjukkan peraturan pemarkahan yang digunakan bagi tujuan
menyemak hasil penulisan karangan murid di peringkat SPM. Seseorang pemeriksa
akan mengenal pasti sama ada murid menjawab tugasan yang diberikan. Dari segi
idea pula hendaklah relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang,
disertakan dengan contoh yang sesuai. Bahasa yang digunakan hendaklah gramatis
40
dan pelbagai jenis ayat yang luas dan tepat. Pengolahan perenggan seharusnya sangat
menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Diikuti penggunaan wacana yang
lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Sekiranya ciri-
ciri di atas dipenuhi, murid tersebut layak mendapat peringkat cemerlang iaitu markah
antara 80 hingga 100 markah.
Peraturan pemarkahan merupakan panduan yang digunakan oleh seseorang
pemeriksa dalam menilai pencapaian murid dalam penulisan karangan iaitu
berdasarkan peringkat markah yang telah ditetapkan dengan mengambil kira lima
kriteria penskoran yang melibatkan kriteria bahasa, gaya bahasa, laras, idea dan
pengolahan. Oleh yang demikian, penilaian karangan murid dalam kajian ini yang
melibatkan murid-murid tingkatan empat berdasarkan Peraturan Pemarkahan Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jadual 3.2: Peraturan Pemarkahan Bahasa Melayu Peringkat SPM
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 80-100 Idea yang relevan mengikut
tugasan, dihuraikan dengan jelas
(90-100) dan matang, disertakan dengan
(80-89) contoh yang sesuai.
Penggunaan pelbagai jenis kata
yang luas dan tepat.
Penggunaan kosa kata luas dan
tepat.
Penggunaan pelbagai ayat yang
gramatis.
Laras bahasa sesuai dengan
tugasan.
Penggunaan unsur bahasa
bervariasi.
41
Kepujian 66-79 Gaya bahasa amat menarik dari
segi keindahan bahasa dan
(73-79) penggunaan ungkapan seperti
(66-72) peribahasa, pantun, cogan kata
dan frasa.
Pengolahan sangat menarik dan
berkesan serta pemerengganan
sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat
kesinambungan idea yang jelas
antara perenggan.
Idea yang relevan mengikut
tugasan, dihuraikan dengan jelas,
disertakan dengan contoh yang
sesuai.
Penggunaan pelbagai jenis kata
yang tepat.
Penggunaan kosa kata luas dan
tepat.
Ejaan dan tanda baca betul.
Penggunaan pelbagai jenis ayat
yang gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum.
Laras bahasa sesuai dengan
tugasan.
Penggunaan unsur bahasa masih
bervariasi.
Gaya bahasa menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan seperti peribahasa,
42
Baik 51-65 pantun, cogan kata dan frasa.
(58-65) Pengolahan menarik dan berkesan
(51-57)
serta pemerengganan sesuai.
Memuaskan 36-50 Wacana lengkap dan terdapat
(43-50)
(36-42) kesinambungan idea yang jelas
antara perenggan.
Idea masih relevan mengikut
tugasan, huraian isi masih jelas dan
contoh masih sesuai.
Penggunaan pelbagai jenis ayat
sesuai. Penggunaan kosa kata
umum.
Ejaan dan tanda baca masih betul.
Penggunaan pelbagai jenis ayat
gramatis tetapi terdapat kesalahan
minimum.
Laras bahasa sesuai mengikut
tugasan.
Penggunaan unsur bahasa masih
bervariasi.
Gaya bahasa menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan kurang berkesan.
Pengolahan masih menarik dan
pemerengganan masih lengkap.
Wacana masih lengkap.
Idea masih relevan mengikut
tugasan, huraian isi kurang, jelas
dan contoh kurang sesuai.
Penggunaan pelbagai jenis kata
43
Kurang 21-35 terhad.
memuaskan (28-38) Ejaan dan tanda baca betul tetapi
(21-27)
terdapat kesalahan yang minimum.
Ayat kurang gramatis.
Laras bahasa kurang sesuai.
Penggunaan unsur bahasa kurang
bervariasi.
Gaya bahasa kurang menarik dari
segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan kurang
berkesan.
Pengolahan kurang menarik.
Wacana masih / kurang lengkap.
Idea masih relevan / idea
bercampur aduk dan huraian tidak
jelas / tidak berkembang dan
contoh tidak sesuai.
Penggunaan kata kurang tepat.
Penggunaan kosa kata umum dan
terhad.
Terdapat kesalahan ejaan dan
tanda baca yang ketara.
Ayat tidak gramatis tetapi masih
difahami.
Unsur bahasa tidak bervariasi.
Gaya bahasa dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan
lemah.
Pengolahan tidak menarik.
Wacana tidak lengkap dan binaan
44
perenggan tidak seimbang.
Pencapaian 01-20 Idea bercampur aduk dan huraian
Minimum (11-20)
(01-10) tidak jelas / tidak berkembang dan
contoh tidak sesuai.
Keseluruhannya menunjukkan
penggunaan kata dan ayat tidak
gramatis.
Terdapat kesalahan ejaan dan
tanda baca yang ketara.
Gaya bahasa dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan
lemah dan tidak menarik.
Pengolahan tidak menarik.
Wacana tidak lengkap dan binaan
perenggan tidak seimbang dan
tidak sesuai.
Keseluruhan karangan sukar / tidak
difahami.
Sumber : Lembaga Peperiksaan
3.8 Prosedur kajian
Penyelidikan ini telah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) dan
pengetua sekolah untuk menjalankan kajian ke atas murid-murid tingkatan empat di
SMK Pantai IBWS. Bagi memastikan kajian berjalan dengan lancar, penyelidik telah
mendapatkan kerjasama daripada empat orang guru sebagai wakil bagi memudahkan
urusan mengedar soalan dan mengutip jawapan daripada murid-murid. Guru-guru
yang terlibat merupakan guru subjek Bahasa Melayu di kelas yang terlibat dalam kajian
ini.
45
Sebelum itu, penyelidik juga telah memberikan penerangan ringkas kepada
guru-guru yang terlibat tentang objektif penyelidikan yang dibuat agar mereka jelas
dan dapat memberikan kerjasama semasa penyelidikan dijalankan. Walau
bagaimanapun, hasil penulisan karangan murid disemak oleh pemeriksa SPM sebenar
yang mempunyai pengalaman dalam pemeriksaan kertas 1103/1. Perkara ini bertujuan
supaya pemarkahan dapat diselaraskan kerana pemeriksaan kertas karangan diperiksa
secara holistik.
3.9 Pengumpulan data dan penganalisisan data
Pengumpulan data dikutip daripada ujian karangan yang diduduki oleh seramai 130
orang sampel kajian yang terdiri daripada murid-murid tingkatan empat di SMK Pantai
IBWS, Wilayah Persekutuan Labuan. Data tersebut berbentuk penulisan karangan
bahagian B di peringkat SPM yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.
Kajian ini menggunakan teknik analisis kandungan teks dalam penganalisisan
data. Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) diaplikasikan untuk menganalisis
hasil penulisan karangan sampel kajian. Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh
Corder terdapat beberapa langkah perlu dijalankan iaitu mengenal pasti kesalahan
yang dilakukan dalam penulisan karangan.
Dalam hal ini, penyelidik mengenal pasti kesalahan dari segi morfologi, sintaksis
dan kesalahan ejaan berdasarkan aspek yang telah ditetapkan oleh penyelidik seperti
yang dijelaskan dalam bab terdahulu. Langkah kedua berdasarkan Corder ialah
kesalahan yang telah dikenal pasti dijelaskan dan dihuraikan.
Selain itu, penyelidik menggunakan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik
Safiah Karim et al., (2008), sebagai rujukan utama untuk mendapatkan maklumat
tentang aspek tatabahasa. Manakala, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) digunakan
untuk merujuk kesalahan ejaan.
46
Akhir sekali, langkah ketiga berdasarkan Corder ialah kesalahan yang dikenal
pasti ditentukan kekerapannya. Penyelidik menggunakan bahan grafik untuk
menunjukkan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampel kajian bagi
memudahkan pemahaman pembaca. Sebagai tambahan, penyelidik juga
menghuraikan faktor-faktor berlakunya kesalahan bahasa dalam penulisan karangan
yang dilakukan oleh responden dengan mengambil kira faktor diri responden itu
sendiri.
3.10 Kesimpulan
Secara ringkasnya, bab ini membincangkan secara terperinci tentang proses
mendapatkan data daripada responden yang telah dipilih melalui ujian yang dijalankan
di dalam kelas. Penerangan yang jelas telah dibuat mengenai instrumen kajian
contohnya soalan ujian, penulisan karangan dan peraturan pemarkahan serta item-
item yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, diterangkan juga cara penganalisisan
data yang diperoleh berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1981) dengan
merujuk Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat
sebagai pegangan utama bagi membuat penentuan berkaitan aspek tatabahasa dan
ejaan yang dikaji. Hasrat kajian ini supaya setiap kajian perlu dijalankan dengan
teratur agar dapatan kajian yang diperoleh memuaskan dan mencapai objektif yang
ditetapkan.
47
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan proses dan hasil analisis data dan laporan dapatan kajian yang
diperoleh daripada analisis kesalahan dalam penulisan karangan murid-murid
menengah atas di SMK Pantai IBWS, Wilayah Persekutuan Labuan. Analisis kesalahan
dikenal pasti dengan mengaplikasikan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981).
Kajian yang dijalankan menggunakan instrumen yang terdiri daripada soalan
karangan, hasil penulisan karangan dan peraturan pemarkahan yang melibatkan 130
orang sampel. Hasil penulisan karangan tersebut disemak oleh pemeriksa kertas 1
Bahasa Melayu SPM yang mempunyai pengalaman sejak tahun 2006 sebagai
pemeriksa dan menjadi Ketua Pasukan Labuan sejak 2014 sehingga kini. Kesemua
skrip jawapan sampel disemak mengikut standard pemeriksaan SPM sebenar dan
kesalahan bahasa dikenal pasti dengan teliti bagi setiap ayat. Setiap kesalahan bahasa
dianalisis dan ditentukan kekerapannya. Dalam kajian ini juga, faktor-faktor yang
menyebabkan kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dihuraikan
dengan terperinci.
4.2 Latar belakang responden
Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid tingkatan empat bagi tahun 2017 di
SMK Pantai IBWS, Wilayah Persekutuan Labuan iaitu seramai 130 orang. Jadual 4.1
memaparkan taburan responden kajian mengikut kelas dan jantina. Responden terdiri
daripada 65 orang murid lelaki dan 65 orang murid perempuan daripada tujuh buah
kelas tingkatan empat. Kesemua responden berumur 16 tahun daripada pelbagai
aliran. Oleh itu, semua murid tingkatan empat terlibat dalam kajian ini.
Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Kelas dan Jantina
Kelas Jantina Jumlah
Lelaki (L) Perempuan (P) L+P
4 Inquirer 5 9 14
4 Thinker 8 9 17
4 Principled 6 12 18
4 Caring 7 11 18
4 Balanced 16 5 21
4 Reflective 14 7 21
Jumlah 65 65 130
Jadual 4.2 menunjukkan pencapaian responden dalam Pentaksiran Tingkatan
Tiga (PT3) bagi subjek Bahasa Melayu (Tulisan) yang telah diduduki pada tahun 2016.
Sebanyak 107 orang murid telah menduduki PT3 pada tahun tersebut di SMK Pantai
IBWS. Manakala sebanyak 17 orang responden tidak menduduki PT3 kerana berada di
aliran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) tetapi beralih ke aliran perdana setelah masuk
ke tingkatan empat. Seterusnya, enam orang responden pula merupakan murid baharu
berpindah ke SMK Pantai IBWS semasa tingkatan empat.
Berdasarkan Jadual 4.2 menunjukkan hanya 13 orang responden mendapat
gred A dalam bahagian tulisan dalam PT3 iaitu bersamaan dengan 10 peratus. Gred B,
C dan D masing-masing sebanyak 25 orang bersamaan dengan 19.23 peratus. Diikuti
oleh gred E sebanyak 18 orang iaitu 13.85 peratus. Hanya seorang sahaja mendapat
gred F bersamaan dengan 0.77 peratus iaitu gagal bahagian penulisan pada tahun
tersebut. Berdasarkan latar belakang pencapaian murid dalam subjek Bahasa Melayu
(Tulisan) semasa PT3 menunjukkan penguadaan murid pada tahap sederhana.
49
Jadual 4.2 : Pencapaian PT3 2016 Bahasa Melayu (Tulisan)
di SMK Pantai IBWS
Gred / Perkara Jumlah Peratus
A 13 10.0
B 25 19.23
C 25 19.23
D 25 19.23
E 18 13.85
F 1 0.77
Aliran PAV 17 13.08
Murid-murid baharu 6 4.61
Jumlah 130 100
Sumber : diubah suai daripada Unit Peperiksaan dan Penilaian, SMK Pantai IBWS
4.3 Dapatan kajian
Terdapat banyak kesalahan bahasa dalam penulisan karangan yang telah dikenal pasti
dilakukan oleh murid-murid tingkatan empat. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal
pasti dan menganalisis kesalahan dari aspek morfologi, sintaksis dan kesalahan ejaan
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan
kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dengan mengambil kira
faktor diri sampel kajian.
Dalam kajian ini juga dihuraikan kesalahan dari aspek yang dikaji dan membuat
pembetulan atas kesalahan tersebut. Penyelidik juga menggunakan Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga (2008) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) sebagai rujukan utama
untuk menjelaskan aspek yang berkaitan dengan kajian dalam mengenal pasti dan
menganalisis kesalahan dalam penulisan karangan dan membuat pembetulan atas
kesalahan bahasa yang dilakukan oleh responden.
Selain itu, kesalahan bahasa dianalisis dengan menggunakan Teori Analisis
Kesalahan oleh Corder (1981). Bagi mengaplikasikan teori ini, beberapa prosedur telah
50