dilakukan iaitu mengenal pasti kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid.
Seterusnya, kesalahan yang dikenal pasti dibincangkan dan ditentukan kekerapannya
untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan penambahbaikan.
4.3.1 Kesalahan morfologi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
Kajian ini mengenal pasti dan menganalisis kesalahan morfologi dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu murid-murid menengah atas. Dalam kajian ini, kesalahan dari
aspek penggolongan kata didapati begitu ketara. Golongan kata yang telah dikenal
pasti ialah kesalahan penggunaan kata tugas dan kata nama. Penggolongan kata
tugas melibatkan kata sendi nama, kata pemeri, kata tanya, kata hubung dan kata
bilangan. Manakala, kata nama hanya melibatkan kata ganti nama diri ketiga sahaja.
Menurut Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981), kesalahan bahasa yang telah
dikenal pasti berkaitan kesalahan morfologi meliputi penggolongan kata dan
pembentukan kata. Jadual 4.3 menunjukkan kekerapan dan peratusan kesalahan dari
aspek morfologi berkaitan penggolongan kata.
Jadual 4.3 : Kesalahan dari aspek morfologi (penggolongan kata)
Golongan Jenis Kekerapan Peratus (%)
Kata tugas Kata sendi nama 130 32.7
Kata pemeri 90 22.6
Kata tanya 19 4.8
Kata hubung 19 4.8
Kata bilangan 18 4.5
Kata Nama Kata ganti nama 122 30.6
Jumlah 398 100.0
Berdasarkan Jadual 4.3, kesalahan penggolongan kata tugas jenis kata sendi
nama merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh sampel kajian iaitu 130
kesalahan (32.7 %). Diikuti oleh kata pemeri sebanyak 90 kesalahan (22.6 %), kata
tanya dan kata hubung mempunyai jumlah yang sama iaitu sebanyak 19 kesalahan
51
(4.8 %). Akhir sekali, kata bilangan hanya 18 kesalahan (4.5 %) iaitu kekerapan paling
sedikit jika dibandingkan dengan kata tugas yang lain. Penggolongan kata nama pula
menunjukkan kekerapan kesalahan kata ganti nama sebanyak 122 kesalahan (30.6
%). Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981), kekerapan kesalahan
dari segi morfologi sebanyak 398 kesalahan.
a. Kesalahan penggunaan kata sendi nama
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata sendi nama ialah perkataan yang
letaknya di hadapan frasa nama tetapi mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan
dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Contoh kata sendi nama
ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai,
umpama, laksana, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam
dan sampai. Terdapat juga kata sendi nama yang menganggotai golongan kata lain
yang berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif.
Jadual 4.4 : Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’
Sampel Kesalahan bahasa Jikalau kita tidak menjaga kebersihan dikawasan
18 (Kata sendi nama rumah kita, kita akan mudah mendapat penyakit
‘di’) kronik seterusnya rumah kita akan dipandang
rendah oleh jiran-jiran lain kerana tidak dijaga
kebersihannya.
Pembetulan ayat Jikalau kita tidak menjaga kebersihan di kawasan
rumah, kita akan mudah mendapat penyakit
berjangkit. Seterusnya, kita akan dipandang rendah
oleh jiran-jiran lain kerana tidak menjaga
kebersihan rumah.
Sampel 18 melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’ kerana
digabungkan dengan kata nama ‘kawasan’ yang sepatutnya ditulis terpisah daripada
kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama ‘di’ penggunaannya
52
khusus digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat. Perkataan ‘di’
juga turut berfungsi sebagai imbuhan awalan yang ditulis rapat dengan perkataan
selepasnya. Selain itu, kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan kata
nama atau frasa yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.
Namun begitu, masih terdapat murid tidak dapat membezakan penggunaan ‘di’
sebagai kata sendi nama dan ‘di’ sebagai imbuhan awalan. Hal ini menunjukkan
berlaku kekeliruan yang mengakibatkan murid menulis kata sendi nama rapat dengan
perkataan yang mengikutinya. Manakala, murid menulis awalan ‘di’ terpisah daripada
perkataan selepasnya. Kesalahan bahasa lain yang dilakukan oleh Sampel 18 ialah
penggunaan ayat yang kurang gramatis kerana terlalu panjang dan mengulang-ulang
perkataan yang sama dalam satu ayat. Contohnya, perkataan ‘kita’ diulang-ulang
sebanyak empat kali dalam satu ayat menjadikan ayat tersebut kurang gramatis.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) selepas mengenal
pasti kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid, kesalahan tersebut dijelaskan dan
dihuraikan. Kemudian, kesalahan yang telah dikenal pasti ditentukan kekerapannya.
Oleh itu, kekerapan kesalahan kata sendi nama yang dilakukan oleh sampel kajian
sebanyak 130 kesalahan.
Jadual 4.5 : Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama ‘tentang’
Sampel Kesalahan bahasa Faktor yang membuatkan alam sekitar kita
21 (Kata sendi nama tercemar ialah disebabkan sikap manusia yang
‘tentang’ ) tidak menghiraukan tentang kebersihan
alam sekitar.
Pembetulan ayat Faktor yang membuatkan alam sekitar kita
tercemar ialah disebabkan sikap manusia yang
tidak menghiraukan kebersihan alam sekitar.
53
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981), Jadual 4.5
menunjukkan kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam ayat yang dilakukan oleh
Sampel 21. Penggunaan kata sendi nama ‘tentang’ dalam ayat pada Jadual 4.5
menunjukkan penggunaan kata sendi yang salah kerana pembentukan frasa kerja
transitif ‘menghiraukan’ memerlukan kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap
atau penyambut. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata kerja
Aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa
nama untuk melengkapkan maksudnya. Dalam hal ini, kata sendi nama ‘tentang’
hendaklah digugurkan. Perkataan ‘menghiraukan’ merupakan kata kerja transitif yang
harus menerima ‘kebersihan’ sebagai penyambut. Oleh itu, antara kata kerja transitif
dengan frasa nama sebagai objek, kata lain tidak boleh disisipkan.
Kesalahan bahasa ini dilakukan disebabkan kekeliruan murid tentang fungsi
kata sendi nama dalam ayat. Hal ini disokong berdasarkan kajian oleh W. Azlinda Wan
Mukhtar (2003) yang mengatakan penggunaan tatabahasa yang kurang tepat dalam
bahasa Melayu akan menghasilkan suatu wacana yang tidak gramatis berdasarkan
pelanggaran terhadap rumus-rumus tatabahasa. Berdasarkan kajiannya, beliau
merumuskan bahawa kesalahan penggunaan kata sendi nama yang dilakukan oleh
murid adalah disebabkan faktor kekeliruan fungsi kata sendi nama yang ada dalam
bahasa Melayu.
54
Jadual 4.6 : Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama ‘dari’
Sampel Kesalahan bahasa Alam sekitar yang bersih penting dalam
49 (Kata sendi nama‘dari’) kehidupan kita dapat menghirup udara yang
segar dari tumbuh-tumbuhan itu.
Pembetulan ayat Alam sekitar yang bersih penting dalam
kehidupan kita dapat menghirup udara yang
segar daripada tumbuh-tumbuhan itu.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981), kesalahan bahasa
yang dikenal pasti dilakukan oleh Sampel 49 ialah penggunaan kata sendi nama ‘dari’.
Hal ini dikatakan demikian kerana dalam sistem tatabahasa Melayu kata sendi nama
‘dari’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah,
tempat, atau waktu. Manakala kata sendi nama ‘daripada’ digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal
kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Berdasarkan ayat
Sampel 49, penggunaan kata sendi nama ‘dari’ yang digunakan kurang tepat
memandangkan kata tumbuh-tumbuhan merupakan kata nama. Oleh itu, kata sendi
nama ‘daripada’ sepatutnya digunakan dalam ayat tersebut. Kesalahan bahasa
tersebut murid keliru dengan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat
kerana kuang pengetahuan tentang hukum tatabahasa.
Jadual 4.7 : Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama ‘sejak dari’
Sampel Kesalahan bahasa Mendidik anak-anak murid sejak dari
100 (Kata sendi nama ‘sejak bangku sekolah lagi tentang kepentingan
dari’) alam sekitar akan memudahkan usaha
kerajaanuntuk menjaga kebersihan alam
sekitar kerana kalau hendak melentur
buluh, biarlah dari rebungnya.
55
Pembetulan ayat Guru-guru hendaklah mendidik anak-
anak murid sejak bangku sekolah lagi
tentang kepentingan alam sekitar.
Tambahan pula, perkara tersebut akan
memudahkan usaha kerajaan untuk
menjaga kebersihan alam sekitar kerana
kalau hendak melentur buluh, biarlah
dari rebungnya.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) kesalahan bahasa
yang dikenal pasti dalam Jadual 4.7 menunjukkan kesalahan bahasa dari segi
penggunaan kata sendi nama ‘sejak’ dan ‘dari’. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga (2008), kata sendi nama ‘sejak’ atau ‘semenjak’ bertugas membawa
maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama. Sebaliknya ayat dalam Jadual 4.7 menunjukkan penggunaan kata sendi nama
‘sejak dari’ yang salah kerana berlebih-lebihan atau lewah. Kata sendi nama ‘sejak’
hendaklah digunakan di hadapan frasa nama ‘bangku sekolah’. Selain itu, Sampel 100
juga melakukan kesalahan bahasa yang lain iaitu pengguguran unsur subjek.
Pengguguran subjek akan dijelaskan dengan terperinci di bahagian kesalahan sintaksis
nanti. Di samping itu, ayat yang dibina juga terlalu panjang sedangkan ayat tersebut
boleh membentuk dua ayat supaya menjadi ayat yang gramatis. Kesalahan bahasa
ini disebabkan kurang pengetahuan tentang hukum tatabahasa menyebabkan murid
tidak sedar melakukan kesalahan.
56
Jadual 4.8 : Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama ‘antara’
Sampel Kesalahan bahasa Antara langkah-langkah yang dapat kita
117 (Kata sendi nama ‘antara’ ) lakukan adalah membina kem kesedaran
alam sekitar kepada golongan remaja.
Pembetulan ayat Antara langkah yang dapat kita lakukan
adalah dengan melaksanakan kem
kesedaran alam sekitar kepada golongan
remaja.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder (1981) kesalahan
yang dikenal pasti dalam Jadual 4.8 oleh Sampel 117 ialah penggunaan kata sendi
nama ‘antara’. Berdasarkan Koleksi Pedoman Bahasa Bil. 1 (2006), kata sendi nama
‘antara’ biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Selain itu, kata
sendi nama ‘antara’ boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh,
seribu dan sebagainya. Kata sendi nama ‘antara’ hanya dapat diikuti kata nama am
jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa
makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Selain itu, kata sendi nama
‘antara’ juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti ‘mereka’, ‘kita’ dan ‘–nya’.
Berdasarkan penerangan di atas tentang kata sendi nama ‘antara’ jelas
menunjukkan bahawa Sampel 117 telah melakukan kesalahan bahasa kerana telah
menggandakan kata nama am untuk perkataan ‘langkah’. Hal ini bersesuaian dengan
prosedur Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder (1981). Kesilapan bahasa lain
yang dilakukan oleh Sampel 117 ialah penggunaan frasa ‘adalah membina’ kerana
kurang gramatis dan melanggar hukum tatabahasa kerana penggunaan kata pemeri
yang kurang lengkap dan kesalahan dari segi istilah. Penerangan tentang kata pemeri
akan dihuraikan secara terperinci di bahagian seterusnya nanti. Istilah ‘membina’ pula
lebih sesuai digantikan dengan perkataan ‘melaksanakan’ berdasarkan konteks ayat
tersebut.
57
b. Kesalahan penggunaan kata pemeri
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata pemeri ialah unsur yang menjadi
pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Kata pemeri ‘ialah’ menunjukkan secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa
nama. Manakala, penggunaan kata pemeri ‘adalah’ secara huraian atau kualitatif hadir
di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu, kata pemeri tidak boleh
hadir bersama-sama kata nafi tetapi terdapat kekecualian, iaitu kata pemeri boleh
wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Tambahan pula, kata pemeri tidak
boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder (1981) menjelaskan
bahawa kesalahan yang dikenal pasti ditentukan kekerapannya. Sebanyak 90
kekerapan kesalahan penggunaan kata pemeri yang telah dikenal pasti dalam hasil
penulisan karangan murid. Kesalahan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’
ditunjukkan dalam Jadual 4.9.
Jadual 4.9: Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri ‘ialah’
Sampel Kesalahan bahasa Antara aktiviti utama yang dilakukan ialah
104 (Kata pemeri ‘ialah’) mengutip sampah sarap di dalam sungai.
Pembetulan ayat Antara aktiviti utama yang dilakukan adalah
dengan mengutip sampah sarap di dalam
sungai.
Sampel Kesalahan bahasa Pelepasan bahan bertoksik seperti karbon
107 (Kata pemeri ‘ialah’) monoksida dan sulfur dioksida ialah daripada
asap kenderaan dan juga kilang.
Pembetulan ayat Pelepasan bahan bertoksik seperti karbon
monoksida dan sulfur dioksida adalah
daripada asap kenderaan dan juga kilang.
58
Berdasarkan ayat yang dihasilkan oleh Sampel 104 di dalam Jadual 4.9,
menunjukkan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ di hadapan frasa kerja. Dalam konteks
ini, kata pemeri sama ada ‘ialah’ atau ‘adalah’ tidak boleh hadir di hadapan kata kerja
atau frasa kerja. Oleh itu, pengubahsuaian terhadap ayat tersebut perlu dilakukan
dengan menukarkan kepada kata pemeri ‘adalah’ dan disusuli dengan frasa sendi
nama ‘dengan’ untuk ayat Sampel 104. Manakala, ayat Sampel 107 menunjukkan
penggunaan kata pemeri ‘ialah’ kurang tepat kerana hadir di hadapan frasa sendi
nama dan digantikan dengan ‘adalah’ supaya ayat tersebut betul.
Berdasarkan Teori Kesalahan oleh Corder (1981) menjelaskan bahawa antara
prosedur teori ini ialah kesalahan yang dikenal pasti dijelaskan dan dihuraikan.
Kesalahan bahasa yang telah dikenal pasti dilakukan oleh Sampel 104 berdasarkan
Jadual 4.9 menunjukkan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ di hadapan kata kerja
‘mengutip’. Penggunaan kata pemeri ‘ialah’ sepatutnya hadir di hadapan frasa nama.
Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ lebih sesuai tetapi hendaklah diikuti dengan kata
sendi nama ‘dengan’ apabila di hadapan kata kerja. Manakala, Sampel 107 pula
menunjukkan kesalahan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ di tempat ‘adalah’. Sampel
107 sepatutnya menggunakan kata pemeri ‘adalah’ kerana (daripada asap…)
merupakan frasa sendi nama. Kesalahan ini berlaku kerana murid menganggap kata
pemeri sama fungsinya dalam ayat.
Jadual 4.10: Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri ‘adalah’
Sampel Kesalahan bahasa Menjaga kebersihan adalah satu amalan yang
58 (Kata pemeri ‘adalah’) perlu kita ingat, alam itu ciptaan tuhan untuk
kita jaga dengan baik seperti mana kita
menjaga amalan kita setiap hari.
59
Sampel Pembetulan ayat Perbuatan menjaga kebersihan alam sekitar
59 ialah satu amalan mulia kerana alam
Kesalahan bahasa merupakan ciptaan Tuhan untuk kita jaga
(Kata pemeri ‘adalah’) dengan baik seperti mana kita menjaga
kebersihan diri kita setiap hari.
Pembetulan ayat
Tambahan pula, kita sepatutnya
menggunakan bahan yang mesra alam dan
boleh dikitar semula seperti menggantikan
beg plastik dengan beg kertas kerana bahan
kertas adalah bahan yang senang untuk
dilupuskan.
Tambahan pula, kita sepatutnya
menggunakan bahan yang mesra alam dan
boleh dikitar semula seperti menggantikan
beg plastik dengan beg kertas kerana bahan
kertas ialah bahan yang senang untuk
dilupuskan.
Melalui Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder (1981), kesalahan bahasa
yang dikenal pasti berdasarkan Jadual 4.10 menunjukkan contoh kesalahan
penggunaan kata pemeri ‘adalah’ yang dilakukan oleh Sampel 58 dan Sampel 59.
Kedua-dua ayat tersebut melakukan kesalahan penggunaan kata ‘adalah’ di tempat
‘ialah’. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan kata ‘adalah’ sepatutnya di
hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Oleh itu, kata ‘ialah’ lebih tepat
digantikan pada ayat berikut iaitu (..ialah satu amalan…) dan (…ialah bahan yang…).
Selain itu, Sampel 58 banyak melakukan kesalahan bahasa yang lain berbanding
Sampel 59. Contohnya, Sampel 58 telah menggugurkan subjek dalam ayat dan ayat
kurang gramatis. Jadual 4.10 juga terdapat cadangan pembetulan ayat ke atas kedua-
dua sampel.
60
c. Kesalahan penggunaan kata hubung
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata penyambung ayat juga dikenali
sebagai kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua
binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk yang berlapis, yang dikenali
sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis kata penyambung ayat iaitu kata hubung
gabungan dan kata hubungan pancangan. Kata hubung gabungan ialah jenis kata
yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Manakala, kata
hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
Jadual 4.11: Kesalahan Penggunaan Kata Hubung
Sebagai Pangkal Ayat
Sampel Kesalahan bahasa Dan ia boleh di jadikan tempat perlindungan
30 (kata hubung ‘dan’) dengan manusia seperti hujan.
Pembetulan ayat Tumbuh-tumbuhan boleh dijadikan tempat
perlindungan untuk manusia daripada hujan.
Sampel 50 Kesalahan bahasa Kerana haiwan-haiwan yang sebegitu amat
(kata hubung ‘kerana’)menyukai permukaan yang kotor dan lembap.
Pembetulan ayat Haiwan-haiwan yang sebegitu amat menyukai
permukaan yang kotor dan lembap.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) Jadual 4.11
menunjukkan kesalahan penggunaan kata hubung yang dijadikan sebagai pangkal
ayat. Kedua-dua sampel masing-masing menggunakan kata hubung ‘dan’ dan ‘kerana’
sebagai pangkal ayat. Perkataan ‘dan’ merupakan kata hubung gabungan iaitu jenis
kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu,
penggunaan kata hubung ‘dan’ dalam ayat Sampel 30 kurang tepat. Tambahan pula,
terdapat kesalahan bahasa yang lain dilakukan oleh Sampel 30 iaitu kesalahan
penggunaan kata sendi nama ‘dengan’ sepatutnya ‘untuk’ dan kata sendi nama
‘seperti’ sepatutnya ‘daripada’. Penggunaan kata ganti nama ‘ia’ dalam ayat tersebut
juga kurang tepat. Selain itu, perkataan ‘kerana’ yang terdapat dalam ayat Sampel 50
61
merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan
klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Penggunaan ‘kerana’ pada
pangkal ayat merupakan satu kesalahan bahasa.
Jadual 4.12: Kesalahan Penggunaan Kata Hubung Secara Berurutan
Sampel Kesalahan bahasa Oleh kerana itu, masyarakat dapat
l88 (kata hubung ‘oleh’ mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan
dan ‘kerana’) dengan faedah menjaga kebersihan alam
sekitar.
Pembetulan Oleh sebab itu, masyarakat dapat
mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan
dengan faedah menjaga kebersihan alam
sekitar.
Sampel Kesalahan bahasa Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh
115 (kata hubung ‘yang’ mengadakan ceramah berkaitan kepentingan
dan ‘bahawa’) menjaga alam sekitar supaya murid-murid
akan sedar yang bahawa alam sekitar itu
penting untuk semua dan murid-murid yang
selalu mencemar alam sekitar juga akan
insaf dengan perbuatan mereka dan mula
menghargai alam sekitar.
Pembetulan ayat Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh
mengadakan ceramah berkaitan kepentingan
menjaga alam sekitar supaya murid-murid
akan sedar bahawa alam sekitar itu penting
untuk mereka. Selain itu, murid-murid yang
selalu mencemarkan alam sekitar akan insaf
dengan perbuatan mereka dan mula
menghargai alam sekitar.
62
Penggunaan kata hubung secara berurutan merupakan satu kesalahan dan
dianggap berlebih-lebihan atau lewah. Melalui Teori Analisis Kesalahan oleh Corder
berdasarkan Jadual 4.12 dapat dikenal pasti bahawa Sampel 88 dan Sampel 115
menggunakan kata hubung secara berurutan iaitu ‘Oleh kerana’ dan ‘yang bahawa’.
Sebenarnya, kata hubung ‘Oleh kerana’ tidak wujud dalam bahasa Melayu. Kata
hubung yang sepatutnya ialah ‘Oleh sebab’. Penggunaan ‘Oleh sebab’ hanya diletakkan
di pangkal ayat dan tidak boleh diletakkan di tengah ayat. Seterusnya, ayat Sampel
115 menggunakan kata hubung pancangan relatif ‘yang’ dan kata hubung pancangan
komplemen ‘bahawa’. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata
hubung pancangan relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa
utama dengan klausa kecil yang lain.
Manakala, kata hubung pancangan komplemen ‘bahawa’ berfungsi
menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.
Berdasarkan konteks ayat Sampel 115, penggunaan kata hubung relatif ‘yang’
digugurkan untuk menjadikan ayat tersebut lebih gramatis. Seterusnya, ayat Sampel
115 juga telah melakukan kesalahan bahasa yang lain kerana ayat tersebut terlalu
panjang dan kurang gramatis. Ayat asal telah diubah suai untuk menjadikan ayat
tersebut lebih gramatis seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.12. Kesalahan bahasa
ini dilakukan kerana kurang penguasaan terhadap kata hubung pancangan relatif dan
kata hubung pancangan komplemen.
d. Kesalahan penggunaan kata tanya
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata tanya ialah perkataan yang
digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa,
berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir sebagai sebahagian daripada predikat.
Jika kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah
disertai partikel ‘–kah’
63
Jadual 4.13 : Kesalahan Penggunaan Kata Tanya
Sampel Kesalahan bahasa Kempen ini bukan sahaja mengajar
6 (kata tanya bagamana hendak menjaganya,
‘bagaimana’) bahkan ia mengajar kita supaya
menghargai ciptaan Tuhan yang
diberikan dengan sebaik-baiknya.
Pembetulan ayat Kempen ini bukan sahaja mengajar
cara hendak menjaganya, bahkan
menghargai ciptaan Tuhan yang
diberikan dengan sebaik-baiknya.
Sampel Kesalahan bahasa Beg plastik merupakan barang
12 (kata tanya yang sukaruntuk dilupuskan di mana
‘di mana’) mengambil masa 500 tahun untuk
mereput di bawah tanah.
Pembetulan ayat Beg plastik merupakan barang
yang sukar dilupuskan iaitu
mengambil masa sehingga 1000
tahun untuk mereput di bawah tanah.
Sampel Kesalahan bahasa Mereka juga akan mengaplikasikan
114 (kata tanya apa yang telah dipelajari dalam
‘apa’) kehidupan seharian mereka.
Pembetulan ayat Mereka juga akan mengaplikasikan
apa-apa yang telah dipelajari dalam
kehidupan seharian mereka.
Sampel Kesalahan bahasa Oleh itu, kita perlulah menjaga
127 (kata tanya kebersihan alam sekitar tidak kira
‘di mana) dimana kita berada.
Pembetulan ayat Oleh itu, kita perlulah menjaga
kebersihan alam sekitar tidak kira di
mana-mana kita berada.
64
Sampel Kesalahan bahasa Kempen ini boleh membantu orang
128 (kata tanya mengetahui kenapa alam sekitar
‘kenapa’) yang bersih penting untuk kesihatan
minda dan badan.
Pembetulan Kempen ini boleh membantu
seseorang mengetahui faktor yang
menyebabkan alam sekitar yang
bersih penting untuk kesihatan minda
dan badan.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981), kesalahan bahasa
yang dikenal pasti ayat dalam Jadual 4.13 menunjukkan setiap ayat terdapat kata
tanya iaitu bagaimana, di mana, apa dan kenapa. Penggunaan kata tanya dalam ayat
tersebut kurang tepat kerana kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu
sedangkan ayat di atas merupakan ayat penyata. Penggunaan kata tanya ‘bagaimana’
oleh Sampel 6 membawa maksud cara seperti dalam pembetulan ayat. Seterusnya,
Sampel 112 pula, melakukan kesalahan kerana menggunakan kata tanya ‘di mana’
dalam ayat penyata. Selain itu, Sampel 112 juga melakukan kesalahan dari segi fakta
iaitu (…mengambil masa 500 tahun…) sepatutnya (…mengambil masa sehingga 1000
tahun…).
Berikutnya pula kesalahan penggunaan kata tanya ‘apa’ dan ‘di mana’ oleh
Sampel 114 dan Sampel 127. Kata tanya ‘apa’ lebih sesuai digantikan dengan ‘apa-apa’
iaitu kata ganti nama tak tentu. Manakala, kata tanya ‘di mana’ lebih sesuai digantikan
dengan kata ganti nama ‘di mana-mana’. Kedua-dua perkataan tersebut menunjukkan
sesuatu perkara yang tidak pasti. Sampel 128 juga melakukan kesalahan
menggunakan kata tanya ‘kenapa’ dalam ayat penyata. Pembetulan ayat telah
dilakukan dengan memilih kata yang sesuai berdasarkan konteks ayat. Berdasarkan
Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) lagi, kesalahan bahasa yang dikenal pasti
65
dijelaskan dan dihuraikan. Huraian di atas jelas menunjukkan bahawa sampel kajian
keliru tentang penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Kata tanya sepatutnya
digunakan dalam ayat tanya sahaja.
e. Kesalahan penggunaan kata bilangan
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981), kekerapan kesalahan
penggunaan kata bilangan yang telah dilakukan oleh sampel kajian sebanyak 18
kesalahan. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata bilangan ialah
sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir
sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut
ciri maknanya.
Jadual 4.14 : Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
Sampel Kesalahan bahasa Terdapat beberapa langkah-langkah yang patut
2 (Kata bilangan kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam
2 ‘beberapa’) sekitar.
Pembetulan ayat Terdapat beberapa langkah yang patut kita
lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Sampel Kesalahan bahasa Untuk memudahkan mereka mengambil semua
46 (kata bilangan ikan- ikan tersebut dan mendapat hasil yang
‘semua’) mudah dan lumayan.
Pembetulan ayat Perkara ini untuk memudahkan mereka
mengambil semua ikan tersebut dan mendapat
hasil yang lumayan.
Sampel Kesalahan bahasa Kesimpulannya, banyak langkah-langkah yang
62 (Kata bilangan dapat kita perolehi.
banyak)
Pembetulan ayat Kesimpulannya, banyak langkah yang dapat kita
peroleh.
66
Berdasarkan Jadual 4.14 menunjukkan kesalahan penggunaan kata bilangan
yang dilakukan oleh Sampel 2, Sampel 46 dan Sampel 62. Kata bilangan beberapa,
semua dan banyak merupakan kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.
Oleh sebab perkataan ini sudah menandakan jamak, kata nama yang mengikutinya
tidak perlu diulang. Kesalahan bahasa tersebut dilakukan kerana kurang pengetahuan
terhadap aspek tatabahasa. Menurut Raminah Hj. Sabran(1993), tatabahasa
merupakan satu aspek bahasa yang terpenting yang wajib dikuasai oleh seseorang
penutur kerana tanpa pengetahuan ini, seseorang itu akan menghadapi masalah bukan
sahaja untuk bertutur tetapi juga membaca dan menulis.
f. Kesalahan penggunaan kata ganti nama
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata ganti nama dibahagikan kepada
dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata
ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata
ganti nama tunjuk tempat. Manakala, kata ganti nama diri pula boleh dipecahkan lagi
kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri
orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang
kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) sebanyak 122
kekerapan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri telah dikenal pasti. Kebanyakan
kesalahan penggunaan kata ganti nama yang banyak dilakukan oleh sampel ialah kata
ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri orang ketiga merujuk kepada orang
ketiga sama ada merujuk kepada tunggal atau jamak. Kata ganti nama diri ketiga
tunggal seperti ‘dia’, ‘ia’, ‘beliau’, ‘-nya’, ‘baginda’ dan kata ganti nama diri ketiga
jamak ialah ‘mereka’. Kesalahan yang banyak dilakukan oleh sampel kajian ialah
penggunaan kata ‘ia’ untuk menggantikan sesuatu perkara, benda dan binatang.
Sedangkan perkataan ‘ia’ merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang sama
maksud dengan perkataan ‘dia’. Kata ganti nama diri orang ketiga ‘ia’ digunakan untuk
orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
67
Jadual 4.15 : Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
Sampel Kesalahan bahasa Kebersihan alam sekitar amatlah penting
44 (Kata ganti nama diri dan bermakna kepada masyarakat kerana
99 orang ketiga) ianya menjaminkan kesihatan dan
Sampel Pembetulan ayat kesejahteraan kepada masyarakat di negara
Kesalahan bahasa kita.
Kebersihan alam sekitar amat penting dan
bermakna kerana perkara ini menjamin
kesihatan dan kesejahteraan kepada
masyarakat di negara kita.
Kesannya adalah ia boleh menyebabkan
94 (Kata ganti nama diri hujan asid mencemarkan tanaman atau
orang ketiga) bangunan.
Sampel Pembetulan ayat Kesannya, perkara ini boleh menyebabkan
99 hujan asid dan mencemarkan tanaman atau
Kesalahan bahasa bangunan.
(Kata ganti nama diri Sebagai contoh, kebakaran loji nuklear di
Ukraine telah heboh diperkatakan kerana
orang ketiga) ianya telah mencemarkan alam sekitar
mahupun rakyat setempat dalam jangka
Pembetulan ayat masa panjang.
Sebagai contoh, kebakaran loji nuklear di
Ukraine telah heboh diperkatakan kerana
perkara ini telah mencemarkan alam sekitar
mahupun rakyat setempat dalam jangka
masa panjang.
Sampel Kesalahan bahasa Ia dapat dikawal dengan memasang penapis
101 (Kata ganti nama diri pada cerobong asap kilang bagi menapis
asap kilang dan mengurangkan
orang ketiga) pembebasan sisa toksik daripada kilang.
68
Pembetulan ayat Perkara ini dapat dikawal dengan
memasang penapis pada cerobong asap
kilang bagi menapis asap kilang dan
mengurangkan pembebasan sisa toksik
daripada kilang.
Berdasarkan Jadual 4.15, sampel cenderung menggunakan perkataan ‘ia’ pada
tempat yang salah. Sampel 44 dan Sampel 99 menggunakan kata ‘ianya’ dalam ayat
yang dibina. Kata ‘ianya’ menggabungkan dua kata ganti nama diri orang ketiga iaitu
‘ia’ dan ‘-nya’. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud rumus yang membenarkan
pembentukan perkataan ‘ianya’. Hal ini menyebabkan ayat yang dibina oleh sampel
tersebut kurang gramatis. Pembetulan ayat telah dilakukan terhadap ayat Sampel 44
dan Sampel 99. Kata ‘ianya’ lebih sesuai ditukar dengan frasa ..perkara ini.. supaya
dapat membentuk ayat yang gramatis. Selain itu, Sampel 94 dan Sampel 101 juga
menggunakan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ pada tempat yang salah. Kata ‘ia’ pada
ayat dalam jadual di atas lebih sesuai digantikan dengan frasa …perkara ini… seperti
ayat Sampel 94 dan Sampel 101.
Kesalahan tersebut dilakukan kerana murid terpengaruh dengan penggunaan
dalam bahasa Inggeris iaitu ‘it’ sebagai kata ganti (pronoun) yang pada umumnya
digunakan untuk menggantikan benda atau nama binatang yang telah disebutkan
sebelumnya. ‘It’ juga berfungsi sebagai impersonal pada umumnya digunakan sebagai
pokok kalimat atau subjek. Oleh itu, murid beranggapan perkataan ‘ia’ sama seperti ‘it’
sedangkan hukum tatabahasa menjelaskan bahawa ‘ia’ merupakan kata ganti diri
ketiga yang sinonim dengan perkataan ‘dia’.
g. Kesalahan penggunaan kata terbitan
Kesalahan dari aspek morfologi yang kedua ialah pembentukan kata iaitu melibatkan
kata terbitan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata terbitan ialah
bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan,
69
iaitu mendapat atau menerima imbuhan sama ada awalan, sisipan, akhiran atau
apitan. Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) sebanyak 140
kekerapan kesalahan penggunaan kata terbitan telah dikenal pasti dalam kajian ini
berdasarkan hasil penulisan karangan sampel kajian.
Sampel Jadual 4.16 : Kesalahan dari Aspek Morfologi :
25 Pembentukan Kata (kata terbitan ‘men-’)
Kesalahan bahasa Selepas itu, cara untuk menjaga kebersihan
alam sekitar adalah mengkitar semula.
Pembetulan ayat Selain itu, cara untuk menjaga kebersihan
alam sekitar adalah dengan mengitar semula
barang-barang terpakai.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat kesalahan penggunaan perkataan
‘mengkitar’ yang digunakan dalam ayat tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana
kata dasar yang bermula dengan huruf ‘k’ berubah menjadi bentuk sengau yang sama
daerah artikulasinya (homorganik), iaitu ‘ng’ bagi ‘k’. Oleh itu, pembentukan kata yang
betul ialah ‘mengitar’. Selain itu, terdapat kesalahan lain yang dapat dikesan daripada
ayat di atas iaitu dari segi pemilihan penanda wacana yang sesuai dengan ayat.
Penggunaan kata pemeri ‘adalah ‘ pula tidak boleh hadir di hadapan kata kerja. Oleh
itu, kata sendi dengan ditambah pada hadapan perkataan mengitar supaya
membentuk ayat yang gramatis.
Kesalahan tersebut dilakukan kerana kurang memahami rumus tatabahasa
bahasa Melayu. Menurut Salinah Jaafar dan Rohaidah Harun (2016) berpendapat
secara umumnya sistem morfologi bahasa Melayu agak mudah dipelajari dan difahami,
namun jika penguasaan kosa kata yang dimiliki oleh murid adalah terhad, maka murid
akan mengalami kesukaran untuk menerapkan sistem morfologi yang sesuai bagi
bentuk kata yang digunakan.
70
Jadual 4.17 : Kesalahan dari Aspek Morfologi : Pembentukan Kata
(kata terbitan ‘ke…an’)
Sampel Kesalahan bahasa Ini boleh mengurangkan pencemaran
116 udara dan mengurangkan kesesakkan lalu
lintas.
Pembetulan ayat Perkara ini boleh mengurangkan
pencemaran udara dan mengurangkan
kesesakan lalu lintas.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) kesalahan
penggunaan imbuhan berdasarkan ayat di atas ialah perkataan ‘menghadkan’. Hal ini
dikatakan demikian kerana awalan ‘meng-‘ menjadi ‘menge-‘ apabila diimbuhkan pada
kata dasar yang mempunyai satu suku kata sama ada perkataan Melayu ataupun
pinjaman. Selain itu, ayat tersebut juga mempunyai kesalahan lain kerana mempunyai
makna yang bertentangan dan penggunaan kata ganda yang kurang tepat. Kesalahan
bahasa ini dilakukan apabila murid kurang memahami hukum tatabahasa Melayu yang
seharusnya dipelajari untuk mengelakkan kekeliruan.
Jadual 4.18 : Kesalahan dari Aspek Morfologi :
Pembentukan Kata ( kata terbitan ‘menge-‘)
Sampel Kesalahan bahasa Oleh itu, kerajaan hendaklah menghadkan
50
lagi jadual pungutan-pungutan sampah-
sampah.
Pembetulan ayat Oleh itu, kerajaan hendaklah mengehadkan
lagi jadual pungutan sampah.
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) kesalahan
penggunaan imbuhan berdasarkan ayat di atas ialah perkataan ‘menghadkan’. Hal ini
dikatakan demikian kerana awalan ‘meng-‘ menjadi ‘menge-‘ apabila diimbuhkan pada
kata dasar yang mempunyai satu suku kata sama ada perkataan Melayu ataupun
71
pinjaman. Selain itu, ayat tersebut juga mempunyai kesalahan lain kerana mempunyai
makna yang bertentangan dan penggunaan kata ganda yang kurang tepat. Kesalahan
bahasa ini dilakukan apabila murid kurang memahami hukum tatabahasa Melayu yang
seharusnya dipelajari untuk mengelakkan kekeliruan.
4.3.2 Kesalahan sintaksis dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti dan menganalisis kesalahan sintaksis dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu murid-murid menengah atas. Berdasarkan Teori
Analisis Kesalahan oleh Corder (1981), kesalahan bahasa berkaitan dengan kesalahan
sintaksis dalam penulisan karangan Bahasa Melayu yang dikenal pasti ialah
pengguguran subjek dan pengguguran predikat. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga (2008), ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam
susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya
dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Jadual 4.19 : Kesalahan dari aspek sintaksis : binaan ayat
Jenis Kesalahan Kekerapan Peratusan
1. Kesalahan dari segi pengguguran 53 kesalahan 94.64 %
subjek
2. Kesalahan dari segi pengguguran 3 kesalahan 5.36 %
predikat
Jumlah 56 kesalahan 100
Jadual 4.19 menunjukkan kekerapan kesalahan dari segi pengguguran subjek
dan predikat dalam ayat berdasarkan korpus. Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan
oleh Corder (1981) sebanyak 56 kekerapan kesalahan bahasa dari segi pengguguran
subjek dan predikat. Berdasarkan data tersebut kelemahan sampel kajian begitu ketara
apabila menggugurkan subjek dalam ayat iaitu sebanyak 53 kesalahan bersamaan
92.98 %. Hal ini menyebabkan ayat yang dibina kurang gramatis. Kesalahan dari segi
pengguguran predikat pula, hanya tiga kesalahan sahaja. Apabila predikat digugurkan
72
menyebabkan ayat tersebut tergantung dan makna ayat kurang jelas.
a. Kesalahan dari segi pengguguran subjek
Jadual 4.20 : Kesalahan Pengguguran Subjek
Sampel Kesalahan pengguguran Menjaga alam sekitar akan membawa
23
subjek banyak kebaikan kepada masyarakat.
Sampel
74 Pembetulan ayat Peranan pelbagai pihak menjaga alam
Sampel sekitar akan membawa banyak
118
kebaikan kepada masyarakat.
Kesalahan pengguguran Mengadakan kempen kesedaran sangat
subjek baik untuk dilaksanakan.
Pembetulan ayat Usaha mengadakan kempen
kesedaran sangat baik untuk
dilaksanakan.
Kesalahan pengguguran Membuang sampah merata-rata akan
subjek mengakibatkan kecatatan pada
pemandangan sekaligus menyebabkan
ketidakselesaan kepada masyarakat
Pembetulan ayat Perbuatan membuang sampah merata-
rata akan mengakibatkan kecacatan
pada pemandangan sekali gus
menyebabkan ketidakselesaan kepada
masyarakat sekeliling.
Ayat dasar terdiri daripada subjek dan predikat. Sekiranya berlaku
pengguguran subjek atau predikat menjadikan ayat tersebut tidak lengkap. Hal ini
menyebabkan maksud ayat kurang jelas. Ayat yang dibentuk juga berdasarkan empat
pola ayat iaitu frasa nama + frasa nama, frasa nama + frasa sendi nama, frasa nama
73
+ frasa kerja dan frasa nama + frasa adjektif. Jika pola ayat tidak dipatuhi, ayat
tersebut hakikatnya tidak lengkap. Jadual 4.20 menunjukkan kesalahan pengguguran
subjek dalam ayat oleh Sampel 23, 74 dan 118. Ayat yang dibina oleh ketiga-tiga
sampel dimulai dengan predikat dan tidak mematuhi empat pola ayat dalam bahasa
Melayu. Selain itu, terdapat juga kesalahan ejaan yang telah dikenal pasti berdasarkan
ayat Sampel 118 iaitu perkataan ‘sekali gus’. Kesalahan ini dilakukan kerana
terpengaruh dengan ayat lisan. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa bertutur
seseorang lazimnya tidak menggunakan ayat yang lengkap. Namun begitu, keadaan
sebaliknya dalam penulisan. Jika perkara ini tidak dipatuhi menyebabkan ayat yang
dihasilkan tidak lengkap.
b. Kesalahan dari segi pengguguran predikat
Jadual 4.21 : Kesalahan Pengguguran Predikat
Sampel Kesalahan pengguguran Jika ingin mengekekalkan specis yang
27
predikat begitu.
Sampel
81 Pembetulan ayat Jika ingin mengekalkan spesies yang
begitu...
Kesalahan pengguguran Langkah-langkah yang patut kita lakukan
predikat untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Pembetulan ayat Langkah-langkah yang patut kita lakukan
untuk menjaga kebersihan alam sekitar
ialah...
Jadual 4.21 menunjukkan kesalahan pengguguran dari segi predikat iaitu
terdapat kesalahan yang minimum. Sebanyak tiga kesalahan telah dikenal pasti dalam
kajian ini. Sampel 27 menghasilkan ayat yang tergantung di samping kesalahan
imbuhan dan ejaan. Selain itu, Sampel 81 juga melakukan kesalahan pengguguran
predikat sebanyak dua kali. Dalam kajian ini, penyelidik berpendapat bahawa punca
74
kesalahan pengguguran predikat berlaku adalah kerana murid tidak perasaan
melakukan kesalahan tersebut akibat tidak mengedit karangan sebelum
menghantarnya untuk disemak oleh guru.
4.3.3 Kesalahan dalam penulisan karangan dari aspek ejaan
Objektif kajian seterusnya ialah mengenal pasti dan menganalisis kesalahan ejaan
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid-murid menengah atas. Berdasarkan
Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) sebanyak 237 kekerapan kesalahan ejaan
telah dikenal pasti oleh penyelidik yang dilakukan oleh responden.
Penyelidik mengkategorikan empat jenis kesalahan ejaan untuk dihuraikan
dalam kajian ini seperti dalam Jadual 4.22 iaitu kesalahan mengeja kata serapan,
kesalahan mengeja kata majmuk, kesalahan mengeja menggunakan kata sendi nama
‘di’, ‘ke’ dan awalan ‘di’ dan kesalahan mengeja perkataan-perkataan lain. Kesalahan
mengeja perkataan-perkataan lain merupakan kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 110
kesalahan iaitu bersamaan 46.41 peratus. Kategori kesalahan jenis ini meliputi
kesalahan mengeja perkataan lain selain kesalahan mengeja kata serapan,
kesalahan mengeja kata majmuk dan kesalahan mengeja menggunakan kata sendi
‘di’, ‘ke’ dan awalan ‘di’.
Diikuti dengan kesalahan mengeja menggunakan kata sendi ‘di’ dan ‘ke’
sebanyak 76 kesalahan iaitu 32.07 peratus. Seterusnya, kesalahan mengeja kata
majmuk menunjukkan 29 kesalahan bersamaan 12.24 peratus. Akhir sekali, kesalahan
mengeja kata serapan merupakan kekerapan terendah iaitu sebanyak 22 kesalahan
dengan 9.28 peratus. Kesalahan ejaan yang dilakukan oleh sampel sudah pasti akan
menjejaskan makna dan menjejaskan hasil penulisan karangan yang dihasilkan.
75
Jadual 4.22 : Jenis-jenis Kesalahan Ejaan
Bil Jenis kesalahan ejaan Jumlah Peratus
1 Mengeja kata serapan 22 9.28
2 Mengeja kata majmuk 29 12.24
3 Mengeja menggunakan kata sendi nama 76 32.07
‘di’, ‘ke’ dan awalan ‘di’
4 Mengeja perkataan-perkataan lain 110 46.41
JUMLAH 237 100
a. Kesalahan mengeja kata serapan
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) sebanyak 22 kekerapan
kesalahan mengeja kata serapan yang telah dikenal pasti dalam kajian ini
berdasarkan korpus. Kata serapan merupakan penggunaan bahasa asing yang
diserapkan dan diterima secara umum pemakaiannya dalam bahasa Melayu. Kata
serapan dalam kajian ini merupakan kata serapan bahasa Inggeris dan bahasa
Arab. Jadual 4.23 menunjukkan beberapa kesalahan ejaan penggunaan kata
serapan iaitu perkataan ‘stress’, ‘taxi’ dan ‘oxsigen’ yang merupakan kata serapan
bahasa Inggeris. Manakala ‘silaturahim’ merupakan kata serapan daripada bahasa
Arab. Kesalahan ejaan tersebut disebabkan kekeliruan murid mengeja dalam bahasa
Melayu. Walaupun perkataan tersebut dari segi sebutan sama tetapi berbeza dari
segi ejaan.
76
Jadual 4.23 :Kesalahan Mengeja Kata Serapan
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
Sampel Kesalahan ejaan Ejaan yang betul
4 Stress Stress
Taxi Teksi
24 oxsigen oksigen
32
77 silaturrahim silaturahim
b. Kesalahan mengeja kata majmuk
Jadual 4.24 :Kesalahan Mengeja Kata Majmuk
Sampel Kesalahan ejaan Ejaan yang betul
6 Seringkali sering kali
12 Sekaligus sekali gus
59 menitik beratkan menitikberatkan
98 menguat kuasakan menguatkuasakan
Dapatan kajian yang dikenal pasti berasaskan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder
(1981) berdasarkan Jadual 4.24 menunjukkan kesalahan ejaan yang dilakukan oleh
responden dikategorikan sebagai kesalahan mengeja kata majmuk iaitu kata majmuk
yang terdiri daripada rangkaian kata bebas dan kata majmuk berimbuhan. Menurut
Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), proses pemajmukan ialah proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
yang khusus.
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya
tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, kesalahan ejaan
berdasarkan Jadual 4.24 untuk perkataan ‘seringkali’ dan ‘sekaligus’ yang dilakukan
oleh Sampel 6 dan 12 sepatutnya dieja terpisah untuk membentuk dua perkataan
bukannya digabungkan menjadi satu perkataan. Selain itu, Sampel 59 dan Sampel 98
77
melakukan kesalahan mengeja kata majmuk berimbuhan. Kata majmuk menerima
imbuhan yang berapitan dieja bercantum. Kecelaruan murid mengeja kata majmuk
menyebabkan kesalahan bahasa ini dilakukan dalam penulisan. Kesalahan bahasa
seumpamanya sering dilakukan jika seseorang itu kurang pengetahuan terhadap
sistem bahasa Melayu.
c. Kesalahan mengeja menggunakan kata sendi nama ‘di’, ‘ke’ dan awal ‘di’
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata sendi ‘di’ digunakan
khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi
nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama. Manakala, kata sendi
nama ‘ke’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama ini juga dieja sebagai
kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Selain itu,
awalan ‘di’ ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata
kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan
‘di’ juga dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata nama.
Jadual 4.25 :Kesalahan Mengeja Menggunakan Kata Sendi Nama ‘di’ ,
‘ke’ dan awalan ‘di’
Sampel Kesalahan ejaan Ejaan yang betul
18 dikawasan di kawasan
19 di manfaatkan dimanfaatkan
29 Kedalam ke dalam
47 dinegara di negara
55 di buang dibuang
Berdasarkan Jadual 4.25 yang berasaskan Teori Analisis Kesalahan Oleh Corder
(1981) mengenal pasti kesalahan mengeja menggunakan kata sendi nama ‘di’ , ‘ke’
dan awalan ‘di’ yang dilakukan oleh Sampel 18, Sampel 29 dan Sampel 47. Hal ini
dikatakan demikian kerana kata sendi ‘di’ dan ‘ke’ hendaklah ditulis terpisah seperti
78
yang dijelaskan sebelum ini. Manakala, Sampel 19 dan Sampel 55 juga melakukan
kesalahan ejaan kerana menulis secara terpisah perkataan ‘di’ yang merupakan
awalan. Perkataan ‘manfaat’ merupakan kata nama yang sepatutnya ditulis bercantum
apabila menerima awalan ‘di’ dan menerima akhiran ‘-kan’ untuk menjadikan kata kerja
transitif iaitu ejaan yang betul ‘dimanfaatkan’. Sampel 55 pula melakukan kesalahan
ejaan apabila memisahkan awalan ‘di’ dengan kata kerja ‘buang’. Awalan ‘di’
sepatutnya ditulis bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja. Oleh itu, ejaan
yang betul ialah ‘dibuang’. Penyelidik juga berpendapat bahawa kesalahan tersebut
berlaku apabila sampel kajian tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ‘di’
dan awalan ‘di’.
d. Kesalahan mengeja perkataan-perkataan lain
Kategori kesalahan jenis ini meliputi kesalahan mengeja perkataan lain selain
kesalahan mengeja kata serapan, kesalahan mengeja kata majmuk dan kesalahan
mengeja menggunakan kata sendi ‘di’, ‘ke’ dan awalan ‘di’.
Jadual 4.26 : Kesalahan Mengeja Perkataan-Perkataan Lain
Sampel Kesalahan ejaan Ejaan yang betul
7 selsema selesema
29 jenerasi generasi
51 ransangan rangsangan
108 sampah-sarap sampah sarap
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981) Jadual 4.26
menunjukkan contoh kesalahan ejaan yang dilakukan oleh sampel kajian. Kekeliruan
ejaan tersebut kerana pengaruh sebutan menyebabkan sesetengah individu menulis
berdasarkan perkataan yang didengar. Contohnya, kesalahan ejaan yang dilakukan
oleh Sampel 7. Perkataan ‘selesema’ apabila disebut seseorang itu akan mengujarkan
perkataan tersebut dengan ‘selsema’ sedangkan apabila ditulis ejaan yang betul
79
sepatutnya ‘selesema’. Seterusnya, kesalahan ejaan yang dilakukan oleh Sampel 108
iaitu mengeja perkataan ‘sampah sarap’ dengan meletakkan tanda sempang (-) di
antara perkataan sampah dan sarap. Perkataan yang mempunyai makna yang sama
tidak perlu diletakkan tanda sempang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
sampah ialah benda-benda yang dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas
kotor dan lain-lain). Sarap pula bermaksud sampah (daun-daun kering, debu dan lain-
lain).
4.4 Faktor-faktor kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa
Melayu
Terdapat 10 kriteria penskoran untuk menghasilkan karangan pada tahap cemerlang
iaitu 80-100 markah. Lima daripada sepuluh kriteria tersebut melibatkan bahasa iaitu
penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat, penggunaan kosa kata luas dan
tepat, ejaan dan tanda baca yang betul, penggunaan pelbagai ayat yang gramatis dan
penggunaan unsur bahasa bervariasi. Perkara ini menunjukkan seseorang itu perlu
cakna terhadap penggunaan bahasa dalam penulisan karangan supaya dapat
menghasilkan penulisan karangan yang mantap.
Bagi Corder (1967), kesilapan memang tidak boleh dielakkan dalam proses
pembelajaran bahasa. Tambahan pula, bahasa Melayu bahkan bahasa-bahasa lain di
dunia mempunyai sistem bahasa Melayu yang unik dan tersendiri. Dalam sistem setiap
bahasa terkandung struktur-struktur nahu yang meliputi aspek pembentukan kata,
pembinaan dan penyusunan kata serta ayat dan sebagainya yang perlu dipatuhi oleh
pengguna bahasa. Menurut Corder (1973) pula, kesilapan dalam berbahasa tidak
dapat dielakkan jika terlalu banyak peraturan khusus yang terdapat dalam bahasa
yang digunakan oleh penutur.
Menurut Awang Sariyan (2001), ramai pelajar mendapat pencapaian yang baik
(51-65 markah) dalam kertas Bahasa Melayu kerana faktor kesalahan bahasa dalam
penulisan. Semakin banyak kesalahan bahasa, khususnya dari segi morfologi dan
80
sintaksis, semakin rendahlah markah yang diperoleh oleh mereka dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Menurut Noraini Husin, Sarimah Shamsudin dan Amerrudin
Abd. Manan (2015), kosa kata memainkan peranan penting dalam pembinaan ayat.
Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh responden sama ada secara sengaja
atau tidak sengaja adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Dalam kajian ini,
penerangan hanya terbatas disebabkan oleh faktor diri responden. Menurut Zaliza
Mohamad Nasir (2017) unsur tatabahasa memainkan peranan penting sebagai penentu
hubungan dan perkaitan antara idea yang terkandung dalam wacana.
4.4.1 Kurang pengetahuan dalam aspek bahasa.
Faktor utama kesalahan bahasa adalah kerana kurang pengetahuan dalam aspek
sistem bahasa. Oleh itu, kesalahan bahasa cenderung dilakukan dalam penulisan
mahupun pertuturan.Terdapat responden kurang cakna terhadap penggunaan bahasa
yang tepat. Perkara ini sudah tentu akan memberi impak dalam penulisan. Tambahan
pula, masa untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah menengah telah dikurangkan
daripada 40 minit kepada 30 minit untuk satu waktu bermula tahun 2017. Waktu
mengajar Bahasa Melayu seminggu ialah tujuh waktu yang digunakan untuk mengajar
bahagian karangan, komponen sastera, rumusan dan sistem bahasa khasnya murid-
murid menengah atas.
Tidak dapat dinafikan bahawa aspek tatabahasa diajarkan di dalam kelas
oleh guru sama ada secara terancang atau diselitkan dalam bahagian lain. Namun
begitu, penekanan kurang dilakukan dalam membaiki kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh murid. Hal ini disokong oleh Abdullah Hassan (2004) yang menyatakan
bahawa murid hanya diajarkan tatabahasa dan terpulanglah kepada murid tersebut
menggunakan bahasa menurut tafsiran sendiri.
4.4.2 Keliru dengan penggunaan bahasa di media sosial
Faktor lain ialah keliru dengan penggunaan bahasa di media sosial. Perkembangan
81
teknologi semakin hari semakin pesat. Hampir semua murid mempunyai telefon pintar
dan lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui laman sesawang. Situasi ini
menyebabkan murid terdedah dengan penggunaan bahasa yang salah. Mereka keliru
dengan penggunaan bahasa yang betul terutama apabila membuat rujukan melalui
media sosial. Sedangkan tidak ada pihak yang mengedit bahasa sebelum bahan
tersebut dimuat naik di media sosial. Kekeliruan tersebut boleh diatasi jika seseorang
tersebut lebih berhati-hati dalam menggunakan bahasa dengan membuat rujukan di
tempat yang betul. Walau bagaimanapun, kesalahan dilihat tetap berlaku walaupun
bagi soalan yang dianggap mudah dan keadaan ini boleh dikaitkan dengan faktor
murid yang tidak berhati-hati ketika menggunakan bahasa (Corder, 1973).
4.4.3 Pengaruh penggunaan bahasa Inggeris
Faktor pengaruh penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat dinafikan lagi dalam
kalangan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana cabaran subjek bahasa Melayu
apabila murid kerap menggunakan bahasa Melayu bercampur aduk dengan bahasa
Inggeris dalam pertuturan dengan rakan sebaya. Sikap sesetengah individu yang
mengutamakan bahasa Inggeris berbanding menggunakan bahasa Melayu sudah pasti
memberi kesan terutama dalam mengeja perkataan bahasa pinjaman. Selain itu, ada
dalam kalangan ibu bapa yang mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris apabila bercakap dengan anak-anak. Kebiasaan yang dilakukan
tersebut akan menyebabkan seseorang itu terbawa-bawa dalam penulisan kadang kala
tanda disedari.
4.5 Implikasi kajian
Terdapat dua implikasi yang terhasil daripada kajian ini iaitu implikasi terhadap teori
yang diaplikasi oleh penyelidik dalam kajian dan implikasi terhadap amalan dalam
pengajaran dan pemudahcaraan.
4.5.1 Implikasi terhadap teori
Teori Analisis Kesalahan oleh Corder memberi impak yang besar kepada penyelidik
82
kerana analisis kesalahan bahasa yang dilakukan terhadap korpus murid mengikut
prosedur yang terdapat dalam teori tersebut. Berdasarkan teori tersebut, penyelidik
telah menjalankan kajian terhadap hasil penulisan responden dan mendapati kesalahan
bahasa dari segi morfologi, sintaksis dan kesalahan ejaan begitu kerap dilakukan.
Kesalahan bahasa dari segi morfologi mendapati bahawa kesalahan penggolongan kata
lebih banyak dilakukan berbanding pembentukan kata iaitu sebanyak 398 kesalahan
bahasa daripada pelbagai jenis kata. Seterusnya, kesalahan bahasa dari segi sintaksis
terdapat 56 kesalahan melibatkan pengguguran subjek dan pengguguran predikat.
Manakala, sebanyak 237 kesalahan melibatkan ejaan daripada pelbagai jenis kesalahan
ejaan.
Prosedur berdasarkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder seterusnya adalah
dengan menghuraikan kesalahan bahasa yang telah dikenal pasti. Huraian berkaitan
kesalahan bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis menggunakan Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga (2008) sebagai rujukan utama untuk menjelaskan hukum tatabahasa dan
merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) untuk merujuk maksud dan ejaan.
Pembetulan terhadap ayat juga dengan berpandukan bahan rujukan utama tersebut.
Tuntasnya, Teori Analisis Kesalahan oleh Corder menarik minat penyelidik
untuk mengenal pasti setiap kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid terutamanya
dalam penulisan karangan. Maklumat yang didapati daripada mengenal pasti kesalahan
bahasa dalam karangan dapat membantu guru untuk merancang kaedah dan strategi
pengajaran dengan lebih efektif dan sistematik.
4.5.1 Implikasi terhadap amalan
Kajian ini memberikan implikasi terhadap pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) di
dalam kelas. Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan banyak kesalahan
bahasa yang dilakukan oleh responden. Situasi ini sudah pasti menjejaskan markah
bahagian penulisan karangan. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid-murid
perlu diatasi dengan memperkukuh kaedah dan strategi guru-guru. Guru-guru perlu
83
kreatif dan inovatif supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik
dan berkesan. Keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan dapat dilihat seandainya
pelaksanaan pengajaran dirancang dengan sistematik. Oleh itu, kesedaran untuk
mengajar sistem bahasa di dalam kelas perlu dibugarkan dari semasa ke semasa
supaya murid-murid dapat meningkatkan pengetahuan dan mengaplikasi dalam
pertuturan dan penulisan.
Selain itu, guru perlu memperbanyakkan latihan tatabahasa untuk melatih
murid menggunakan tatabahasa yang betul dalam pertuturan dan penulisan.
Pengajaran tatabahasa perlu diajarkan secara berfokus di dalam kelas. Hal ini
dikatakan demikian kerana sesetengah guru hanya menyelitkan pengajaran tatabahasa
semasa mengajar bahagian karangan, rumusan dan komponen sastera. Perkara ini
menyebabkan seseorang guru tersebut tidak berpeluang menjelaskan hukum-hukum
tatabahasa secara terperinci kerana batasan waktu.
4.6 Kesimpulan
Bab ini membincangkan latar belakang responden yang menjadi sampel kajian. Selain
itu, dapatan kajian yang dibincangkan berdasarkan objektif iaitu mengenal pasti dan
menganalisis kesalahan morfologi, sintaksis dan ejaan dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu. Seterusnya, bab ini juga menghuraikan faktor-faktor kesalahan bahasa
dalam penulisan karangan yang hanya mengambil kira faktor diri responden sahaja.
Oleh itu, jelas menunjukkan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981)
rasional dengan dapatan kajian kerana teori ini dapat memberi maklumat untuk
mengenal pasti kesulitan murid dalam menggunakan bahasa yang sememangnya perlu
diberikan tumpuan. Berdasarkan kesalahan yang dikenal pasti dihuraikan dengan
menjelaskan langkah penambahbaikan yang bersesuaian perlu diambil untuk
memperbaiki kelemahan yang ditunjukkan oleh murid. Kesalahan bahasa tersebut pula
ditentukan kekerapannya. Kekerapan tersebut dapat menunjukkan keseriusan sesuatu
kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid.
84
Menurut Corder (1967), analisis kesalahan penggunaan sesuatu bahasa oleh
murid penting untuk proses perancangan pengajaran dan pembelajaran bahasa
tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kekerapan kesalahan bahasa yang dikenal
pasti menjadi bukti yang menunjukkan cara murid menguasai bahasa yang didedahkan
kepada mereka. Dengan ini, jelas menunjukkan dapatan yang diperoleh dalam kajian
ini dapat memberikan maklumat supaya tindakan yang bersesuaian dilakukan
bertujuan untuk memantapkan penggunaan tatabahasa seseorang dalam bahasa
Melayu.
85
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Rumusan
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai IBWS terhadap
murid-murid menengah atas untuk mengenal pasti dan menganalisis kesalahan bahasa
dalam penulisan karangan. Penyelidik menggunakan teknik menganalisis kandungan
teks. Seramai 130 orang murid terlibat dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik.
Seramai 65 orang mewakili responden lelaki dan 65 orang mewakili responden
perempuan yang terdiri daripada murid-murid tingkatan empat di SMK Pantai IBWS di
Wilayah Persekutuan Labuan.
Data telah berjaya dikutip dan dikumpul daripada 130 orang sampel. Dapatan
kajian diperoleh daripada korpus, dianalisis dengan teliti untuk mengenal pasti
kesalahan bahasa yang dilakukan oleh responden. Faktor-faktor berlakunya kesalahan
bahasa juga telah dapat dihuraikan oleh penyelidik dengan mengambil kira faktor diri
responden sahaja. Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan yang
dijalankan oleh penyelidik memberikan maklumat yang berguna untuk tenaga pengajar
mencari kaedah dan strategi yang bersesuaian dengan permasalahan yang telah
dikenal pasti.
Dapatan kajian mendapati, kesalahan bahasa dari segi morfologi melibatkan
penggolongan kata dan pembentukan kata. Sebanyak 398 kesalahan telah dikenal
pasti dilakukan oleh responden. Selain itu, kesalahan bahasa dari sintaksis mendapati
kesalahan yang kerap dilakukan ialah pengguguran subjek dan pengguguran predikat.
Kesalahan pengguguran subjek merupakan kesalahan bahasa yang tertinggi dilakukan
berbanding dengan pengguguran predikat. Seterusnya, didapati terdapat 237
kesalahan ejaan yang dikategorikan kepada empat jenis kesalahan iaitu mengeja kata
serapan, kata majmuk, kata sendi nama dan perkataan lain.
Akhir sekali, terdapat tiga faktor utama yang telah dikenal pasti oleh penyelidik
yang memyebabkan kesalahan bahasa dilakukan oleh responden iaitu kurang
pengetahuan dalam aspek sistem bahasa, keliru dengan penggunaan bahasa di media
sosial dan pengaruh penggunaan bahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian, guru
bahasa memainkan peranan yang penting untuk memastikan pengajaran berkaitan
sistem bahasa diajar di dalam kelas secara sistematik. Mereka perlu sentiasa
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran agar dapat menghasilkan
murid yang mahir dalam tatabahasa untuk menghasilkan penulisan karangan yang
cemerlang.
5.2 Cadangan kajian selanjutnya
Jika ditinjau daripada dapatan kajian diharap kajian ini dapat membantu pelbagai pihak
dalam meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan khususnya SPM. Oleh itu,
cadangan penambahbaikan melibatkan beberapa pihak seperti murid, guru dan
organisasi di sekolah diharap dapat membantu meminimumkan sebarang kekurangan.
Beberapa cadangan berikut boleh dipertimbangkan untuk penambahbaikan pada masa
akan datang.
5.2.1 Murid
Seseorang murid seharusnya mempelbagaikan kemahiran mengarang di samping
meluaskan pembacaan agar memperoleh pengetahuan yang dapat digunakan semasa
menulis karangan. Selain itu, pengetahuan terhadap sistem bahasa perlu ditingkatkan
agar kesalahan bahasa dapat dielakkan. Oleh itu, tahap pemahaman murid perlu
dikenal pasti dari semasa ke semasa untuk membantu murid memperbaiki sebarang
kelemahan.
87
5.2.2 Ibu bapa
Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak supaya mendapat
pendidikan yang sempurna. Ibu bapa seharusnya menyediakan kemudahan tempat
belajar yang kondusif dan membelikan buku-buku rujukan supaya anak-anak dapat
fokus dalam pembelajaran. Sejajar dengan peredaran zaman, kemudahan Internet
boleh disediakan untuk anak-anak tetapi penggunaannya perlu dipantau oleh ibu bapa.
Kemahiran mengarang dapat dikembangkan melalui pembacaan buku. Oleh itu, ibu
bapa hendaklah memberi galakan kepada anak-anak supaya aktiviti membaca
dijadikan sebagai amalan harian. Kemudahan bahan bacaan hendaklah disediakan oleh
ibu bapa di samping menggalakkan anak-anak ke perpustakaan untuk meminjam
buku. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan pendidikan anak-anak diutamakan sebagai
bekalan pada masa akan datang.
5.2.3 Guru Bahasa Melayu
Guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid meningkatkan
kemahiran bahasa. Oleh sebab itu, guru Bahasa Melayu memerlukan pengetahuan
linguistik untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Ilmu linguistik merupakan cabang
untuk semua bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Selain itu, ilmu
linguistik dapat membantu seseorang untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tentang
bahasa tanpa had atau mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Hal ini
dikatakan demikian kerana bahasa sentiasa berkembang dan mengalami perubahan
dari semasa ke semasa. Contohnya, kepesatan teknologi maklumat telah mewujudkan
istilah baharu. Dalam hal ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab
untuk memperkenalkan istilah baharu yang bersesuaian dengan konsep teknologi
maklumat. Tuntasnya, guru Bahasa Melayu memerlukan pengetahuan linguistik kerana
ilmu linguistik merupakan tulang belakang kepada semua bahasa di dunia.
5.2.4 Organisasi di sekolah
Sokongan daripada organisasi di sekolah seperti pihak pentadbir sekolah dan Panitia
Bahasa Melayu amat perlu sebagai galakan untuk seseorang guru menjalankan
88
tanggungjawab yang diamanahkan. Pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan
kemudahan kepada Panitia Bahasa Melayu untuk mengendalikan bengkel atau kursus
dalaman seperti bengkel pemantapan sistem bahasa, bengkel penandaan penulisan
karangan, dan teknik menjawab karangan untuk meningkatkan kemahiran guru dalam
membuat penyemakan karangan. Kemahiran yang diperoleh juga dapat membantu
guru menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan dengan lebih mantap.
5.2.5 Pusat Sumber Sekolah
Dalam hal ini, Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sesebuah sekolah seharusnya
meningkatkan pembelian bahan bacaan dan kemudahan akses Internet. Bahan bacaan
seperti surat khabar Berita Harian, dan majalah seperti Pelita Bahasa, Dewan Siswa,
Dewan Kosmik, Dewan Sastera dan sebagainya amat sesuai dijadikan bahan bacaan.
Selain itu, buku-buku juga dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk
mempelbagaikan bahan bacaan yang berkualiti untuk mendapatkan maklumat selain
melalui Internet.
Sesungguhnya kematangan penulisan karangan seseorang akan lebih terserlah
sekiranya rajin membaca. Perkara ini turut disokong oleh Lim Duan Lib (1997) bahawa
masalah murid yang kurang membaca juga boleh dikaitkan dengan amalan pengajaran
guru yang kurang memberi pendedahan kepada murid. Manakala kajian yang dibuat
oleh Mahzan Arshad (2004) mendapati bahawa ramai pendidik di negara ini tidak
menunjukkan minat yang tinggi dalam kegiatan membaca. Jadi, dengan kemudahan
yang disediakan di Pusat Sumber Sekolah, guru seharusnya memberikan galakan
kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat dengan melakukan aktiviti
membaca dan menjadikannya sebagai amalan dalam hidup.
5.2.6 Kajian lanjutan
Fokus penyelidik dalam kajian ini adalah untuk menganalisis kesalahan bahasa dalam
penulisan karangan murid-murid tingkatan empat di SMK Pantai IBWS di Wilayah
Persekutuan Labuan. Analisis bahasa yang diketengahkan dalam kajian ini adalah
89
dengan mengenal pasti dan menganalisis kesalahan bahasa morfologi, sintaksis dan
ejaan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Cadangan untuk kajian akan datang
adalah dengan meluaskan lagi kajian untuk menganalisis kesalahan bahasa dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu dari aspek linguistik yang lain seperti fonologi,
semantik, pragmatik, analisis wacana dan stilistik.
Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian ini iaitu menganalisis
kandungan teks berdasarkan korpus iaitu hasil penulisan sampel kajian. Kajian
selanjutnya pada masa akan datang dicadangkan menggunakan kaedah campuran
iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Sebagai misalannya, para pengkaji menyediakan
soal selidik, temu bual, kajian perpustakaan dan lain-lain. Hal ini dikatakan demikian
keranan kajian akan menjadi lebih lengkap kerana tidak berlandaskan persepsi
semata-mata. Di samping itu, data yang dianalisis dalam kajian ini mendapatkan
maklumat daripada murid yang menjadi sampel kajian semata-mata. Kajian lanjutan
boleh dijalankan dengan memungut dan memperoleh data daripada pihak lain seperti
guru dan murid supaya kajian menjadi lebih mantap dan komprehensif.
Seterusnya, penyelidik mencadangkan agar pengajaran di dalam kelas
menggunakan alat bantu mengajar yang berorientasikan teknologi. Hal ini selari
dengan kepesatan teknologi maklumat pada zaman ledakan teknologi ini. Tidak dapat
dinafikan bahawa sebilangan besar murid kurang pengetahuan tentang sistem bahasa.
Perkara ini sudah pasti memberikan impak dalam penulisan dan pertuturan seharian.
Oleh itu, penggunaan teknologi semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas
merupakan tarikan dan mengekalkan minat murid ketika belajar untuk menguasai
bahagian tatabahasa.
Akhir sekali, penyelidik telah megenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan
kesalahan bahasa berlaku dalam penulisan karangan responden dalam kajian ini.
Faktor tersebut hanya terbatas melibatkan faktor diri responden tersebut sahaja.
Kajian lanjutan pada masa akan datang boleh diperluas dengan mengambil kira faktor
90
lain seperti faktor persekitaran, faktor keluarga, faktor sekolah dan lain-lain yang
difikirkan memberikan impak terhadap prestasi dalam penulisan karangan murid-murid
menengah atas.
5.3 Penutup
Tuntasnya, pengajaran dan pemudahcaraan guru di sekolah amat penting bagi
membimbing murid untuk meningkatkan kemahiran dalam penguasaan penulisan
karangan. Oleh itu, seseorang guru seharusnya sentiasa meningkatkan kemahiran
dari semasa ke semasa bagi membantu murid meningkatkan pencapaian mereka.
Tindakan menganalisis kesalahan dalam hasil penulisan murid dapat memberikan
maklumat untuk menambah baik kaedah pengajaran.
Skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan dengan menjalankan kajian
lanjutan pada masa akan datang seperti yang telah diterangkan terdahulu. Walau
bagaimanapun, penambahbaikan yang dicadangkan perlu diberikan perhatian supaya
hasil yang diperoleh lebih baik daripada sebelumnya. Saya yakin dan percaya
peningkatan pencapaian murid mampu menggembirakan hati guru dan
membangkitkan semangat murid untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan lebih
cemerlang terutama untuk meningkatkan kualiti penulisan karangan Bahasa Melayu.
Benarlah kata-kata pujangga bahawa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih
tidak akan datang melayang dan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
91
RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib. 1993. Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan
Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Abd. Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu (Prinsip, Kaedah dan Teknik).
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Mahmood. 1995. Ejaan Bahasa Melayu Terkini. Kajang: Masa
Enterpprise. Abdul Hamid Moiden, Jessica Ong Hai Liaw & Norlaila Mazun bt
Mohaiyadin. 2019. Kesalahan Bahasa dalam Teks Khutbah Jumaat Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS). e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial dan Kemanusiaan . 24-25 April 2019. Hlm. 117-126.
Abdul Jalil Othman. 2000. Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan dan Leksikal
dalam Penulisan Karangan. Jurnal Bahasa. 44: 826-845.
Abdul Jalil Othman. 2001. Perkaitan Semantik dalam Penulisan. Issues in Education.
24: 141-157.
Abdullah Hassan. 1987. Isu-isu Pembelajaran & Pengajaran Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. 1996. Isu-isu Pembelajaran & Pengajaran Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. 2004. Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis.
Bentong : PTS Publications & Distributions Sdn Bhd.
92
Abdullah Hassan. 2006. Sintaksis-Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Professional.
Abdullah Hassan. 2007. Linguistik Am. Selangor: PTS Professionl Publishing Sdn
Bhd.
Abu Seman Bakar, Aisha Rani Ab Wahab, Dr.Mohd Azam Ahmad, Dr.Supian Mohd
Noor, Mohd Isham Embong & Suhaimi Khalid. 2014. Kunci Emas SPM Bahasa
Malaysia Kertas 1. Selangor : Sasbadi Sdn Bhd.
Ahmad Khair Mohd Nor. 2003. Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributor.
Ahmad Khair Mohd Nor. 2011. Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributor.
Ahmad Shahril Rajain. 1996. Analisis Kesalahan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar-
pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah. (Tesis PhD. tidak diterbitkan)
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Aini Haji Karim. 2007. Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa: Antara
Hipotesis dan Realiti. Prosiding Seminar Tahunan Jabatan Bahasa Melayu
dan Linguistik II (SETALING), 2, 212-225.
Alhaadi Ismail & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2018. Analisis Kesalahan dalam
Penulisan Pelajar Bahasa Kedua dari Aspek Morfologi. Jurnal Linguistik.
Vol.22(1) Jun 2018(024-031)
93
Amirra Shazrena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. 2019. Kesalahan
Penggunaan Imbuhan Awalan dan Akhiran dalam Kalangan Murid Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973).
International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (1): 3-13
Anthony,T,P .1985. Writing in EAP: Climate and Process dalam ESP Newsletter.
Apiani, Mia. 2016. Analisis Kesalahan Berbahasa Bidang Morfologi oleh Komunitas
Jual- Beli Online di Mataram Nusa Tenggara Barat. Skripsi. Program Studi
Pendidikan Bahasa, Sastra Indonesia dan Daerah. Universitas Mataram.
Awang Sariyan. 1984. Isu-isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Awang Sariyan. 2001. Sikap Punca Bahasa Melayu Terabai. Berita Harian, 4 Mac
2001. Azhar Bahari, Mazli Ali & Nawi Ismail. 2013. 160 Contoh Karangan
SPM Bahasa Malaysia. Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya et al., 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan: Teori, Analisis
dan Interpretasi Data. Batu Caves, Selangor: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Badger, R, & White,G. A process Genre Approach to Teaching Writing dalam ELT
Journal, 54(2), hlm. 153-160,2000.
Bailey, Jr.E.P. 1984. Writing Clearly: A Contemporary Approach Charles E. Ohio:
Merrill Publishing.
Bereiter, C. dan Scardamalia, M. 1983. "Doed Learning to write have to be so
difficult"? dalam Freedman, A., Pringle, J. dan Yalden, J. (sunt) Learning to
Write: First Language/Second Language. London: Longman.
94
BH Online. SPM 2024: 11,289 Calon Dapat A Semua Subjek dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/03/38042/spm-2014-
11289- calon-dapat-dalam-semua-subjek. Diakses pada 30 Disember 2020.
Britton. J .1970. Language and Learning. Florida: University of Miami Press.
Bruce, M. & Robinson, G.L, 2001. The Clever Kids Reading Reading: Metacognition
and Reciprocal Teaching. Kertas Kerja dalam 12th Annual European
Conference on Reading. Dublin, Ireland, Ireland, July 1991.
Chenoweth, A, & Hayes, J. The Inner Voice in Writing dlm. Written Communication,
20, hlm. 99-118, 2003.
Corder, S.P. 1967. The Significance of learners' errors. Reprinted in J.C. Richards
(ed.) (1974,1984) Error Analysis: Perspectives on Second Language
Acquisition. London: Longman, pp. 19-27 (Originally in International Review
of Aplied Linguistics, 5(4).
Corder, S.P. 1973. Introducing Applied Linguistics. Lincoln: Peguin Books Ltd.
Corder, S.P. 1981. Error Analysis and Interlanguage. Oxford University Press:
Oxford.
Creswell. J.W. 2005. Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. Upper Saddle River. New Jersey:
Pearson Education, Inc.
Darwis Harahap. 2005. Pembicaraan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Donn Byrne. 1979. Teaching Writing Skills. Singapura: Logman.
95
Ellis, R. 1994. The Study of Second Language Acquistion. Oxford: Oxford University
Press.
Farah Adlina Mokter. 2019. Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah
Terhadap Pencapaian dan kemahiran Berfikir aras tinggi dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 9(1): 33-46.
Faridah Nazir & Faiziah Hj Shamsudin. 2016. Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya: Sasbadi.
Flowerdew, J. 1993. An Educational or Process Approach to The Teaching of
Professional Genre. ELT Journal, 47(4), 305-16.
Gagne, T.G. 1986. "Why Write"? dalam The Teaching of Writing, Eight-Fifth Study of
Education. Chicago: Illinois.
Gagne, E.D. 1985. The Cognitive Psychology of School learning. Toronto: Little
Brown & Co.
Gagne, E.D, Yekovoch, C.W. & Yekovoch, F.R. 1993. The Cognitive Psychology of
School Learning. New York : Allyn & Bacon.
Hazlina Abdul Halim & Ang Lay Hoon. 2015. Kesalahan Pemilihan dan Pembentukan
Kata dalam Terjemahan Bahasa Perancis. Journal of Language Studies.
15(2), 151- 164
Hii Yek Meng. 2009. Kesan Penggunaan Pendekatan Proses dalam Kemahiran
Menulis Karangan Naratif Bahasa Cina dalam Kalangan Murid Tahun Lima di
Sebuah Sekolah di Kuching, Sarawak. Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL. Hlm. 157-164.
96
Husin Fateh Din, Nazariah Sani, Mastura Mohamed Berawi & Siti Hajar Idrus. 2011.
Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Multimediam Sdn. Bhd.
Husin Fateh Din & Nazariah Sani. 2012. Bahasa Melayu II, Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Husin Fateh Din, Nazariah Sani, Mastura Mohamed Berawi, Siti Hajar Idrus.2012.
Bahasa Melayu II. Selangor: Multimediam Sdn. Bhd.
Jeniri Amir. 2005. Bahasa Melayu Mudah Dipelajari, tetapi Sukar Dikuasai. Jurnal
Dewan Bahasa. Jilid 5(4).
Junaini Kasdan, Nor Suhaila Che Pa & Mohd Syamril Aklmar Che Kassim. 2015.
Penguasaan Bahasa Melayu Penjawat Awam: Kajian Kes di Universiti
Teknikal Malaysia (MTUN). Jurnal Linguistik 19(2), (045-061).
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. 1989. Analisis Kesalahan Bahasa
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Juriah Long et al, 1990. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
Juriah Long. 2002. Pendidikan Bahasa Melayu Antara Hasrat dengan Pelaksanaan.
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin .1988. Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Logman Malaysia
Sdn.Bhd.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 1997. Penguasaan Kemahiran
Menulis. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
97
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ke Arah Pembentukan Istilah yang Sempurna. 1992. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Keh, C.L. 1990. Feedback in The Writing Process: A Model and Methods for
Implementation dlm. ELT Journal, (44) 4, hlm. 294-304, 1990.
Kellogg, R,T. 1994. The Psycology of Writing. Oxford: Oxford University Press.
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias & Faiziah Hj. Shamsudin. 2016. Bahasa Melayu
Komunikatif. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.
Koh Thong Eng. 2016. Daya Penarik pada Karangan. Pelita Bahasa (30-32).
Koh Thong Eng. 2016. Kuasa Bahasa dalam Penulisan Karangan. Pelita Bahasa (34-
36).
Koleksi Lembar Bahasa 2. 2003. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1. 2006. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu 1 1103/1 SPM. 2014. Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
Krashen, S.D. 1982. Principle and Practice in Second Language Acquisition. Oxford:
Pergamon.
Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size for Research
Activities. Educational and psychological measurement. 30.p. 607-610.
98
Lim Duan Lib. 1997. Penggunaan Akhbar dan Majalah Sebagai Alat Bantu dalam
Pengajaran Bahasa Melayu di dalam Bilik Darjah. Dissertation (M.A), Jabatan
Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Mahzan Arshad. 2004. Kajian Terhadap Minat di Kalangan Pendidik. Jurnal
Pendidikan.
Marohaini Yusof. 2004. Perlakuan dan proses menulis karangan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Universiti Malaysia.
Marohaini Yusof, Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman. 2006. Bahasa Melayu Buku
Teks Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marohaini Yusof & Zulkifli A.Manaf. 1997. Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan
bahasa Melayu di sekolah menengah: satu penilaian kualitatif. Pertanika
J.Social & Humanities, 5(2), 65-71.
Md.Daud Taha. 1992. Masalah Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar
Melayu di Tingkatan Menengah Atas di Negara Brunei Darussalam. (Tesis
sarjana tidak diterbitkan) Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mohd Dahalan Mohd Ramli, Mohd Shamsuddin & Abd Ghalib Yunus. 2006. Bahasa
Melayu Buku Teks Tingkatan 5. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hazreen Shah Hassan & Sharil Niam Sha'ri. 2019. Analisis Kesalahan
Penggunaan Bahasa dalam Rencana Akhbar. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
99
Mohd Majid Konting . 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Nasrudin Basar. 1997. Perkaitan Antara Kemahiran Menulis Karangan dengan
Keekapan Penggunaan Tatabahasa Bahasa Malaysia dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat. (Tesis Sarjana Pendidikan) Universiti Sains Malaysia.
Mohd Shahril Rajain. 1996. Analisis Kesalahan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar-
Pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. (Tesis
sarjana tidak diterbitkan) Serdang: Universiti Putra Malaysia .
Mohd Sheffie Abu Bakar. 1991. Metodologi Penyelidikan. Untuk Ekonomi dan
Bidang- Bidang yang Berkaitan. Ed-2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Moghimizadeh, R.P. 2008. The study of Syntactic Avoidance on the Written
Production of Persian University Students Majoring in Teaching English as a
Foreign Language. Disertasi tidak diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Mokhtar Ismail. 2011. Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dalam Penyelidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammed Salehudin Aman. 1993. Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu
di Kalangan Pelajar sekolah Menengah Agama Atas. (Tesis sarjana yang
tidak diterbitkan) Serdang: Universiti Malaya.
N.A. Salleh. 2009. Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim dalam Bahasa
Melayu. Selangor : Perintis.
100