The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munaaim838, 2021-12-26 09:51:20

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI KATA NAMA

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI KATA NAMA

Keywords: Morfologikatanama

ZUMRATUL MUNAWWARAH BINTI RAHIM | NURUL AIDA BINTI MOHD NOR RUDIN
NOR SUHAILA BINTI MUHAMMAD | IFFAH RASYIDAH BINTI ROSLAN
NOR FADILA BINTI ABDUL GANI

1

BML3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI : KATA NAMA

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA NO. MATRIK
D20201093289
1. ZUMRATUL MUNAWWARAH BINTI RAHIM D20201093426
D20192091043
2. NURUL AIDA BINTI MOHD NOR RUDIN D20201093239
D20192091041
3. NOR SUHAILA BINTI MUHAMMAD

4. IFFAH RASYIDAH BINTI ROSLAN

5. NOR FADILA BINTI ABDUL GANI

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI

KUMPULAN: KUMPULAN B

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 PENGGOLONGAN KATA NAMA 3
2.1 KATA NAMA KHAS 4
a. Kata nama khas hidup manusia 4-5
b. Kata nama khas hidup bukan manusia 5-7
c. Kata nama khas tak hidup institusi 8-10

2.2 KATA NAMA AM 13-16

a. Kata nama am hidup manusia 16-17

b. Kata nama am hidup bukan manusia 18-19

c. Kata nama am tak hidup institusi 20-21

d. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit 22-23

e. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang 24-25

f. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang 26-27

2.3 KATA GANTI NAMA 31
a. Kata ganti nama tunjuk 41-45
b. Kata ganti nama diri
45

3.0 PEMBENTUKAN KATA NAMA 41
a. Kata Nama Tunggal 32-33
i) Kata nama tunggal jenis akronim 33-35
ii) Kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan
35

b. Kata Nama Terbitan 47
i) Awalan kata nama 48-55
ii) Akhiran kata nama 56-59

iii) Apitan kata nama 60-66
iv) Sisipan kata nama 67-68

c. Kata Nama Majmuk 71
i) Rangkai kata bebas 72-73
ii) Istilah khusus
iii) Kiasan 73
iv) Bentuk yang telah mantap 73
v) Pengimbuhan kata nama tunjuk 74-75
76-77
d. Kata Nama Ganda
i) Penggandaan penuh 79
ii) Penggandaan separa 79-83
iii) Penggandaan berentak 84-86
iv) Penggadaan kata nama majmuk 87-89
v) Aspek makna penggandaan kata nama
9
KESIMPULAN 74-76
BIBILOGRAFI
LAMPIRAN 99

1.0 PENGENALAN
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa,dan lazimnya

perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Abdullah Hassan
(2003) mendefinisikan kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang,
nama tempat dan nama perkara. Menurut Nawi Ismail (2016:133), frasa nama ialah frasa yang
intinya merupakan kata nama, sama ada kata nama tunggal, kata nama terbitan atau kata ganti
nama. Frasa nama juga merupakan binaan dari sudut nahu yang terdiri daripada satu perkataan
atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya.
Dalam tulisan dan penulisan, huruf pertama jata nama khas akan bermula dengan hurud besar.
Menurut Nik Safiah Karim et. al (2008), kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas dapat dibahagikan kepada du
kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup
boleh dibahagikan kepada dua bahagian kecil iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata
nama khas hidup bukan manusia.

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat,
benda dan sebagainya. Menurut Asmah Hj. Omar (2008), kata nama am adalah kata yang tidak
merujuk kepada nama-nama secara khas dan ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am dapat
dibahagikan kepada beberapa kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataanya,
iaitu hiduo atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi konkrit
atau abstrak.

1

Kata ganti nama merupakan golongan dalam frasa nama. Kata ganti nama boleh
menggantikan nama khas (Abdullah Hassan, 1973). Kata ganti nama juga boleh didefinisikan
sebagai kata yang dapat menggantikan nama manusia, dan secara terbatas kata nama yang lain
(Asmah Hj. Omar, 1980). Kata ganti nama terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama tunjuk
dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk merujuk kepada kata ganti nama yang dengan
jelas menunjuk kepada rujukan berdasarkan ukuran jarak. Kata ganti nama tunjuk boleh
dibahagikan kepada dua iaitu tunjuk umum dan tunjuk tempat. Kata ganti nama diri pula
merupakan perkataan yang boleh menggantikan kata nama. Kata ganti nama diri terbahagi
kepada dua iaitu kata ganti diri tanya dan kata ganti nama diri orang.

2

2. 0 PENGGOLONGAN KATA
2.1 KATA NAMA KHAS

Kata nama khas

De finis i
a. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood

(2015) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas merupakan kata
yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat,
dan seumpamanya.
b. Kalsom Azid, Alshaa Rani Ab Wahab dan Norshanie Saharudin (2021), kata
nama khas ialah kata atau perkataan yang merujuk kepada nama sesuatu benda
yang khusus. Pangkal huruf bagi kata nama khas mesti berhuruf besar.

Jenis Kata Nama Khas
Kata nama khas terbahagi kepada 2 jenis:

Kata nama khas Kata nama khas Manusia
hidup Bukan manusia

Kata nama khas
tak hidup

3

a. Kata nama khas hidup manusia
 Kata nama khas hidup manusia ditulis dengan huruf besar di pangkalnya termsuk
dalam kelas kata nama khas.
 Kata nama khas hidup manusia ialah kata nama yang khasnya merujuk kepada
sesuatu yang bernyawa seperti di bawah:

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas
(Tok Janggut)

Tuan Guru Dato' Bentara Setia, Dato' Haji Nik Abdul
Aziz bin Nik Mat

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Nur Amirah Filzah Badioezaman

4

Contoh
KUALA LUMPUR : Presiden Persatuan Olahraga Perak, Datuk Karim Ibrahim
menyambut baik kehadiran jurulatih pecut kebangsaan, Mohd Poad Md Kassim
yang menjadikan negeri itu sebagai pangkalan latihan buat dia dan atlet di bawah
bimbingannya.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Poad mampu lahir lebih ramai atlet pecut Perak
Helmi Talkah
Berita Harian Online, 24 November 2021)

Contoh:
KUALA LUMPUR: Jika ditanya siapa Sasterawan Negara (SN) yang paling
dikenali, nama Datuk Seri A. Samad Said pasti paling banyak disebut. Selain
barisan judul karya yang sudah dihasilkan.
(Dipetik dan diubah daripada

A Samad Said bapa yang sederhana
Berita Harian Online, 4 Oktober 2021)

b. Kata nama khas hidup bukan manusia
 Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk
benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti tumbuh-
tumbuhan, malaikat, haiwan, dan seumpamanya.
 Kata nama khas hidup bukan manusia juga boleh menerima kata panggilan atau
gelaran seperti contoh di bawah:
5

Nama malaikat Jibril, Mikail, Rizwan, Malik, Israfel
Nama haiwan Pak Belang

Comot

Parkia Speciosa
(Petai)

Nama tumbuh-tumbuhan
Cocos Nucifera
Linn (pokok
kelapa)

6

Reflesia
(bunga Pakma)

Ananas Comosus
(nanas)

Helianthus
Annuus (bunga

matahari)

Contoh:
SHAH ALAM : Perbadanan Negeri Selangor (PKNS) menjangkakan projek Rafflesia
di Bernam Jaya, Selangor akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli
kerana ditawarkan pada harga bermula RM457,000.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
PKNS yakin projek Rafflesia 2 dapat sambutan

Alzahrin Alias
Berita Harian Online, 7 Disember 2021)

7

Aktiviti
Imbas kod QR dibawah dan sila jawab soalan tersebut.

c. Kata nama khas tak hidup institusi
 Kata nama khas tak hidup ialah perkataan merujuk benda-benda yang khusus
tetapi tidak hidup, seperti nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa,
bahasa, pangkat, undang-undang, agama, judul, dan seumpamanya.

Benda Dell, Apple, Jalur Gemilang, Proton Saga
Institusi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dewan Bahasa dan

Negara Pustaka, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tempat Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, Australia
Bangsa Sungai Rejang, Tasik Ola, Kapal Diraja Malaysia
Bahasa Melayu, China, India, Iban
Pangkat bahasa Melayu, bahasa Arab
Undang- Tan Sri, Dato, Tun
Undang Akta Hasutan 1948, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Agama Islam, Kristian
Judul Jeket Kulit Kijang, Jendela Menghadap Jalan

8

Contoh:
BARU-baru ini, Malaysia mencatat sejarah apabila Menteri Alam Sekitardan Air
(KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berucap menggunakan Bahasa
Melayu pada pentas antarabangsa di Glasgow, Scotland iaitu Persidangan Ke-26
Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNFCCC COP-26).

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Bahasa Melayu Bahasa Berdaulat
Profesor Dr Sivamurugan Pandian
Sinar Harian, 12 Disember 2021)

Contoh:
Barangkali mereka tidak sedar, beberapa buah negara khususnya Perancis, Jepun,
China, Jerman, Sepanyol, Rusia, Indonesia dan negara latin tidak akan
berkompromi penggunaan dan amalan bahasa rasmi termasuk di pentas Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia merupakan sebuah negara yang rencam,
pelbagai, majmuk dan anekaragam. Bahasa perpaduan adalah Bahasa Melayu yang
juga merupakan bahasa perhubungan, komunikasi serta bahasa rasmi.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Bahasa Melayu Bahasa Berdaulat
Profesor Dr Sivamurugan Pandian
Sinar Harian, 12 Disember 2021)

9

Contoh:
KUALA LUMPUR: Selepas setahun menimba ilmu, tiba masanya untuk
sekumpulan amatur terpilih yang mengikuti kursus kerja belakang tabir anjuran
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), dinilai tahap kemahiran mereka.
Dibimbing pelbagai aspek teori dan amali profesion pengarah, kali ini ilmu
dipelajari diuji melalui projek pembikinan filem cereka berjudul Misteri Hutan
Tok Kepak.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Filem ‘gotong-royong’ FDAM
Farihad Shalia Mahmud

Berita Harian Online, 16 Disember 2021)

Contoh:
JOHOR BAHRU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
mencatatkan hasil juala sebanyak RM122 juta menerusi rangkaian outlet seliaan
lembaga itu bagi tempoh hamper dua bulan iaitu dari 1 September hingga 18
Oktober lalu.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Piala Suzuki: FAM ambil tanggungjawab kegagalan Harimau Malaya

Zulfaizan Mansor
Berita Harian Online, 20 Disember 2021)

10

Aktiviti

Padankan jenis kata nama khas tak hidup berikut dengan contoh
yang betul.

Benda Dato’ Sri

Institusi Hindu

Tempat Jermen

Negara Ipoh

Negeri Melayu

Bangsa Perlis

Agama Produa Axia

Pangkat Universiti Putra
Malaysia

Aktiviti
Imbas kod QR dibawah dan sila jawab soalan tersebut.

11

Latihan 1
Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

India Puan Salmah Proton Saga Sang Kancil

1. Hamdam membeli sebuah kereta baharu jenama bagi

memudahkan dia berulang alik ke pejabat.

2. Salim gemar menonton cerita kanak-kanak yang bertajuk .

3. Kamal dan Talib merancang percutian mereka ke .

4. merupakan seroang guru bahasa Melayu yang cantik.

Latihan 2

Gariskan kata nama khas dalam ayat-ayat berikut.

1. Pemandangan Bukit Titiwangsa telah menarik hati pelancong
2. Buku “Sejernih Kasih di Muara” itu akan dilancarkan oleh Pengarah Yayasan

Selatan.
3. Guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur berjumlah dua puluh orang.
4. Wartawan itu menceritakan pengalaman pahitnya semasa membuat liputan di Arab

Saudi.
5. Pak Long menyampaikan salam Mak Su kepada ayah dan ibu.
6. Perlawan bola antara pasukan Singapura dan Malaysia itu telah ditunda pada 18 Jun

2021.
7. Pak Belang merupakan haiwan yang paling buas di Zoo Semenyih.
8. Pokok Raflesia merupakan pokok yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm.

12

2.2 KATA NAMA AM

Kata nama am

De finis i

a. Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau
perkara-perkara yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004: 87).

b. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), kata nama am dapat
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna
perkataannya iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia,
institusi atau bukan institusi, konkrit atau bukan abstrak, dan berbilang atau
tidak berbilang (ms. 98).

Kata nama am
B e nda

Selain bingkai tersebut, tinjauan di lokasi juga mendapati barangan seperti
baju, seluar, pakaian dalam, beg dan barang kosmetik turut terdampar di tepi
pantai berkenaan. Turut ditemui songkok dan sejadah dipercayai milik PATI
berkenaan yang beragama Islam.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Barang peribadi PATI mangsa bot karam bertaburan di pantai Tanjung Balau

Omar Ahmad
Berita Harian Online, 15 Disember 2021)
Contoh perkataan kata nama am benda dalam ayat
Binatang

13

SHAH ALAM - Sebanyak 1,898 ekor binatang liar meliputi anjing liar,

monyet, kera dan babi hutan ditangkap menerusi Operasi Tangkapan

Haiwan Terbiar di Selangor setakat Oktober ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal

Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, jumlah tersebut melibatkan

sebanyak 1,817 ekor anjing, 75 ekor monyet dan kera, serta enam ekor

babi hutan ditangkap dalam tempoh tersebut.

(Dipetik dan diubahsuai daripada

1,898 ekor haiwan terbiar ditangkap di Selangor

Engku Shariful Azni

Sinar Harian, 02 Disember 2021)

Contoh perkataan kata nama am haiwan dalam ayat

PETALING M anus ia pekerjaan ‘gig’
JAYA: Cidekick, platform

memperkenalkan aplikasi untuk memudahcara pemadanan pekerjaan

antara pekerja bebas, majikan dan sektor perniagaan. Cidekick secara

asasnya mencipta platform yang berwibawa dan boleh dipercayai bagi

mereka yang sedang mencari kerja sebagai promoter, model,

kakitangan gudang dan pelayan tetamu.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Cidekick perkenal App untuk sektor pekerjaan 'gig'

Bernama
Berita Harian Online, 29 November 2021)
Contoh perkataan kata nama am manusia dalam ayat

14

Te mpat
Menurutnya, jumlah pesakit klinik itu agak tinggi kerana mereka bukan
setakat datang dari kawasan Bukit Assek atau sekitar Bandar Sibu
sahaja, malah ada antara mereka datang dari daerah jauh di Kanowit
serta Julau disebabkan kedudukan klinik itu yang strategik di tengah
pusat bandar.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Klinik kesihatan, jalan raya antara keperluan di DUN Assek

Bernama
Harian Metro, 8 Disember 2021)
Contoh perkataan kata nama am tempat dalam ayat
Tumbuhan
MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) Melaka merekodkan harga sayur di Melaka
meningkat sehingga mencecah lebih separuh harga.
"Antara sayur meningkat harga ialah cili merah, brokoli, sawi dan
kubis dengan anggaran kenaikan antara RM2 dan RM4 sekilogram.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Harga sayur di Melaka naik lebih separuh harga

Nor Farhana Yaacob
Sinar Harian Online, 26 November 2021)

15

Jenis kata nama am

Jenis kata nama am Kata nama am hidup manusia

Kata nama am hidup bukan manusia

Kata nama am tak hidup institusi

Kata nama am tak hidup institusi
konkrit

Kata nama am tak hidup bukan
institusi abstrak berbilang

Kata nama am tak hidup bukan
institusi abstrak tak berbilang

a. Kata nama am hidup manusia
 Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul
Hamid Mahmood (2015), kata nama am hidup manusia ialah perkataan yang
merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am
(Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015:99)

Contoh:
Sebagai contoh, guru perlu memahami disiplin terkandung dalam STEM terlebih
dahulu serta mengambil tahu apakah kaedah paling sesuai bagi memastikan murid
dapat mempelajari disiplin ilmu berkenaan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Guru inovatif, kreatif bantu murid minati STEM

Muhammad Nur Azam Ghazali
Berita Harian Online, 6 Disember 2021)

16

Contoh:
Oleh itu, hanya individu yang divaksin sepenuhnya, yang sudah pulih daripada
jangkitan itu, atau tidak layak dari segi perubatan, atau kanak-kanak berumur 12
tahun dan ke bawah (iaitu mereka yang lahir pada tahun 2010 atau selepas), akan
dibenarkan memasuki tempat dan menyertai aktiviti di mana VDS dilaksanakan.

Di bawah peraturan itu sebelum ini, pekerja yang tidak divaksinasi perlu
mengambil ujian secara kerap.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
“Ambil dos penggalak atau dianggap tidak lengkap vaksin”

Berita Harian Online, 3 Disember 2021)

Contoh:
“Di dalam kamar Majistret sekitar jam 10 pagi, pihak pendakwa telah
memaklumkam bahawa seorang saksi kes (SP6) dan isteri (juga saksi) tidak dapat
hadir kerana bayi mereka sakit dan mendapatkan rawatan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Peguam terkejut Long Tiger loloskan diri

Mohamed Farid Noh
Berita Harian Online, 17 Disember 2021)

17

Aktiviti
1. Sila imbas kod QR untuk mempelajari kata nama am hidup manusia. Selamat

menonton!

b. Kata nama am hidup bukan manusia
 Kata nama hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan merujuk benda-
benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna am (Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
2015).

Contoh:
“Sehingga kini, Cuma berbaki kira-kira 200 batang pokok yang sudah
mengeluarkan hasil dan saya bimbang akan menjadi sasaran gajah liar ini
semula memandangkan kebun ini terletak di pinggir hutan,” katanya di Ulu
Retang di sini hari ini.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Kawanan gajah liar ‘serang’ kebun sawit di Ulu Retang

Haris Fadilah Ahmad
Utusan Malaysia, 9 Oktober 2021
18

Contoh:
KUALA TERENGGANU - Larangan penjualan semua spesies telur penyu yang
akan dikuatkuasakan pada 1 Jun depan merupakan satu kemenangan moral
dalam perjuangan panjang sejarah konservasi penyu khususnya di Terengganu.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Pindaan enakmen penyu kemenangan moral untuk pejuang konservasi

Bernama
Sinar Harian, 26 November 2021

Contoh:
G2G Animal Garden terletak dalam keluasan 0.81 hektar di Taman Ekspo
Pertanian Malaysia Serdang (Maeps). Ia menempatkan lebih 250 haiwan
daripada 90 spesies antaranya kambing jenis kerdil Pygmy Goat, kuda padi,
aneka burung, kucing dan arban.
Rakun, haiwan eksotik dan reptilia serta haiwan yang jarang dipelihara seperti
Fennec Fox atau musang gurun dan monyet terkecil di dunia, Marmoset
bertelinga putih turut ada.
Dipetik dan diubahsuai daripada
Memesrai haiwan di tengah kota
Nur Izzah Izzati Nadzi
Utusan Malaysia, 9 Oktober 2021

19

Aktiviti
1. Sila imbas kod QR dan kenal pasti kata nama am hidup bukan manusia

c. Kata nama am tak hidup institusi
 Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau
institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Kata
nama am institusi ini boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada
dan daripada sebelum kata nama institusi demikian.
Contoh:
Wakil Malaysia, Datuk Zamani Abdul Ghani baru-baru ini berkhidmat sebagai
seorang daripada 24 Pengarah Eksekutif (ED) dalam lembaga itu yang
memutuskan mengenai penyaluran pinjaman kepada negara yang
memerlukannya.
Dipetik dan diubahsuai daripada
MB umum dividen 11 peratus kepada pelabur. Mutakhir,
10 November 2021

20

Contoh:
IPOH: Di samping itu, beliau meminta supaya Pena, badan sastera lain
dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama mengumpul pelbagai
khazanah sastera untuk dimuatkan di dalam muzium berkenaan kelak.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Isu Pulau Batu Putih tumpuan akhbar
Teh Kean Kiat; Magendran Rajagopal.

Berita Harian, 13 November 2021)

Contoh:
KUALA TERENGGANU – Enam wanita antara 52 individu yang ditahan
ketika menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di sebuah hotel di sini pada
Jumaat.
“Polis kemudian merampas barang-barang berkaitan dengan kumpulan
tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
52 individu ditahan hadiri mesyuarat pertubuhan haram

Rubiah Omar
Sinar Harian. 10 Oktober 2021)

21

Aktiviti
1. Pelajar dikehendaki menyertai permainan silang kata.
2. Langkah pertama, imbas kod QR atau tekan pada link yang

diberikan.
3. Masukkan kata laluan “BML3053” dan selesaikan teka-teki silang

kata tersebut.
4. Cabar diri anda supaya selesaikan kesemua soalan sebelum

menyemak jawapan.
5. Selamat mencuba!

d. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
 Kata nama tak hidup bukan institusi konkrit merujuk benda-benda yang bukan
institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini
merujuk tempat. Semua perkataan jenis ini tidak dapat didahului oleh sendi
nama kepada dan daripada, tetapi sebaliknya didahului oleh ke dan dari.

Contoh:
KUALA LUMPUR: Majoriti pemaju hartanah bersedia untuk membina rumah
yang berharga lebih rendah, di tengah-tengah keyakinan bahawa pasaran akan
kembali pulih sepenuhnya dalam tempoh dua tahun ini.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Harga rumah di Malaysia kembali meningkat

Berita Harian, 8 Disember 2021)

22

Contoh:
SELANGOR: Pertemuan Selangor dan Melaka yang sepatutnya bermula jam
8.45 malam, terpaksa ditangguhkan selepas hujan lebat yang turun sejak jam 3
petang menyebabkan keadaan padang bertakung dan mustahil bagi permainan
diteruskan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Penonton bertindak liar di Shah Alam
Bashah Zainol Abidin; Md Fuzi Lateh..
Berita Harian, 10 Disember 2021

Contoh:
Penduduk kampung itu percaya bahawa kesan tapak kaki berlumpur di jalan tar
itu adalah milik gajah liar yang dikatakan wujud di sekitar hutan simpan di sini
kerana saiznya lebih besar berbanding tapak kaki manusia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Tapak gajah ditemui
Abdul Razak Raaff.

Harian Metro, 27 Oktober 2021)

Aktiviti
1. Guru akan mengarahkan pelajar untuk melakukan aktiviti mengenalpasti frasa

nama am dalam lirik lagu https://youtu.be/uY1G-vOTziA atau imbas kod QR di
bawah.

23

2. Klasifikasikan kata nama yang terdapat di dalam lirik lagu tersebut mengikut
kata nama am hidup manusia, kata nama am hidup bukan manusia, kata nama
am tak hidup institusi dan kata nama am tak hidup institudi konkrit.

KN Am Hidup Bukan KN Am Tak Hidup KN Am Tak Hidup Institusi
Manusia Institusi Konk rit

e. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
 Menurut Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof (2009)
di dalam buku Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan
Sintaksis, kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang merujuk
benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan
abstrak sifatnya, tetapi boleh dibilang, iaitu dapat disertai oleh kata bilangan.

Kata bilangan Frasa Sendi Nama
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
s atu
tiap-tiap berbilang
senyuman
hembusan
bayangan
kehidupan
rancangan
pendapat
gangguan

24

Contoh:
KUALA LUMPUR: Populariti dan kilauan bintang pernah menjadi
hamparan dalam kehidupan figura popular, Neelofa, 32, sepanjang hampirr
sedekad bergelar anak seni. Namun tidak semua keindahan dikecapi,
disulami kemanisan. Silih berganti kcemerlangan dan kontroversi
mendampingi wanita bernama Noor Neelofa Mohd Noor hingga hari ini.
Cabaran dilalui amat perit, namun tetap utuh dengan misinya menjadi
inspirasi kepada orang ramai. Pernah mengecapi nikmat insan dambaan
peminat. Namun, tidak terkecuali, bertalu-talu dibelenggu kritikan dan
kecaman.

“Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Hitam putih kehidupan Lofa’
Fatin Farhana Ariffin

Berita Harian Online, 10 November 2021)

Aktiviti
Berdasarkan kod QR, sila baca dan kenal pasti kata nama am tak hidup bukan
institusi abstrak berbilang di dalam teks.

25

f. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
 Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang merujuk benda-
benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak
sifatnya, dan tidak dapat dibilang. Contohnya seperti di bawah:

angin
iklim
semangat
angkasa
hawa

Contoh:
IPOH: “Gembira ada, rasa sebak pun ada sebab saya tidak lagi dapat bersama
kawan-kawan setelah enam bulan kami sama-sama bertugas di SJR ini”.

“SJR ini merupakan laluan utama untuk masuk ke Ipoh, memang banyak
trafik dan keadaan kesesakan berlaku setiap hari. “Cuaca panas dan hujan
cabaran biasa bagi kami.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
“Gembira, sebak setelah tiada lagi SJR”
Sayed Hesham Idris & Mohd Hafiz Abd Mutalib

Utusan Malaysia, 12 Oktober 2021)

26

Contoh:
Muhsin Zaidi menerusi hantarannya menzahirkan rasa bangga dan terharu
atas keprihatinan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan rakyat di
negara ini, apabila menyaksikan kesungguhan penduduk dari utara
membantu mangsa di Lembah Klang.

Dipetik dan diubahsuai daripada
“Ibarat sebuah keluarga, rakyat Malaysia berganding bahu hadapi musibah”

Bernama

Metro, 20 Disember 2021)

Aktiviti

Berdasarkan kod QR, sila baca dan kenal pasti kata nama am tak hidup bukan
institusi abstrak tak berbilang di dalam teks.

27

Latihan 1

1. Antara yang berikut, yang manakah tergolong sebagai kata nama am tak hidup

institusi?

i. bumi

ii. Dewan Sri Menanti

iii. Persatuan

iv. Pertubuhan

A. i dan ii C. ii dan iii

B. i dan iii D. iii dan iv

Setelah pulang sekolah, amir membantu ibunya di warung.

2. Berdasarkan petikan di atas, pilih kata sendir nama yang sesuai untuk

melengkapkan ayat.

A. Kepada C. ke

B. Daripada D. kepada

3. Pilih ayat yang mengandungi kata nama am tak hidup institusi.

i. Adik membeli sebatang pensil di koperasi sekolahnya.

ii. Aida belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

iii. Pegawai daerah itu dilantik sebagai pengerusi bagi persatuan di sekolah

anaknya.

iv. Kedua-dua perompak itu telah ditangkap polis.

A. i dan ii C. i, iii dan iv

B. i, ii dan iii D. ii dan iv

28

4. Berdasarkan ayat di bawah, kesemua ayat mengandungi kata nama am tak hidup
institusi kecuali,
A. Guru besar bercadang untuk menubuhkan sebuah persatuan baharu bagi aktiviti
kokurikulum.
B. Ibu menghadiri majlis bacaan Yassin di surau.
C. Abang saya mempunyai sebuah kereta Toyota Altis.
D. Peniaga tidak dibenarkan menjaja di dalam kawasan hospital.

Soalan 5-6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang sesuai.

5. Pembinaan jambatan supaya menghubungkan Kampung Pinang dan Kampung Selasih
AB

tidak dapat dilakukan kerana tebingnya runtuh. Tiada kesalahan.
CD

6. Mereka berbual-bual kosong untuk mengelakkan rasa bosan ketika terperangkap dalam
A BC

kesesakan jalan raya. Tiada kesalahan.
D

29

Soalan 7-8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

i. Keluli lebih keras daripada besi.
ii. Encik Lim bekerja keras dari siang hingga malam.
iii. Tindakan keras akan dikenakan terhadap murid yang ponteng sekolah.
iv. Ibu membantah keras niat adik yang hendak pergi ke Ireland bersama rakan-

rakannya.

A. i dan ii C. i, ii dan iii
B. iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

i. Dian anti hari malam untuk mengulang kaji pelajaran.
ii. “Nanti saya di sini,” kata Katherine kepada Jessie
iii. “Kalau aduan itu dibuat, nanti boleh heboh satu sekolah,” kata Jonathan kepada

Rian.
iv. Apabila tamat belajar nanti, kami sekeluarga akan melancong ke Pulau Langkawi.

A. i dan ii C. i, ii dan iii sahaja
B. iii dan iv D. ii, iii dan iv sahaja

30

2.3 KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama

De finis i

 Kata ganti nama ialah kata-kata yang menggantikan, menanyakan serta
menunjukkan kata nama atau frasa nama di dalam ayat (Liew Yock Fang dan
Abdullah Hassan, 1995:11).

 Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada empat golongan, iaitu kata ganti
nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan kata ganti nama
tak tentu.

 Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga subgolongan iaitu kata ganti
nama diri, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama tanya (Asmah Hj.
Omar, 1986).

Jenis kata ganti nama

kata ganti nama tunjuk umum

kata ganti kata ganti nama tunjuk tempat
nama
Jenis kata tunjuk
ganti nama
kata ganti
nama diri kata ganti pertama
nama diri kedua
31 ketiga
tanya

kata ganti
nama diri

orang

a. Kata ganti nama tunjuk
 Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata
nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang
dirujuk.
 Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut kata
ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada tempat disebut
kata ganti nama tunjuk tempat. Contohnya:

Jenis kata nama
tunjuk

Kata ganti nama Kata ganti nama
tunjuk umum tunjuk tempat

ini (arah dekat) sini (arah dekat)
itu (arah jauh) sana (agak jauh)
situ (arah jauh)

Contoh:

SUNGAI SIPUT – Penduduk Taman Muhibbah Jaya, di sini yang berdepan
masalah banjir kilat sejak beberapa tahun lalu boleh menarik nafas lega apabila
kerajaan negeri tampil dengan solusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu, seorang penduduk, M Karuniti, 54, yang ditemui berkata, dia
bersama penduduk yang lain menyambut baik usaha kerajaan negeri bagi
menyelesaikan masalah itu.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Penduduk lega masalah banjir kilat selesai

Saifullah Ahmad
Sinar Harian Online, 8 Disember 2021

32

Aktiviti
Berdasarkan contoh di bawah, kenal pasti kata ganti nama tunjuk umum dan
kata ganti nama tunjuk tempat. Kemudian bina tiga ayat daripada perkataan
tersebut.

“Padi ini tidak boleh dimasukkan dalam mesin bersama padi biasa, justeru
hasil padi wangi di Kelantan dibawa ke negeri berkenaan”.

Namun, kita difahamkan, turut berlaku lambakan padi wangi di sana
(Kedah), menyebabkan proses tergendala buat sementara waktu, sekali gus
menjejaskan pengusaha padi wangi di sini”.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Lambakan padi wangi di Kelantan akan diatasi

Syaherah Mustafa
Berita Harian Online, 18 Oktober 2021)

b. Kata ganti nama diri
 Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata
nama khas atau kata nama am supaya kata nama berkenaan tidak diulang
dalam sesuatu pertuturan atau penulisan. Kata ganti nama diri boleh
dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri
tanya.
 Dalam kata ganti nama diri orang, ada yang membawa maksud tunggal dan
ada yang membawa maksud jamak. Kata ganti nama diri orang boleh
mengambil fungsi kata nama yang digantikannya itu, misalnya sebagai
subjek, objek, dan penerang dalam ayat.. Contohnya:

33

i. Kata ganti nama diri pertama aku (tunggal)
Kata ganti diri pertama saya (tunggal)
hamba (tunggal)
patik (tunggal)
beta (tunggal)
daku (tunggal)
kami (jamak)
kita (jamak)

Contoh:
KOTA SENTOSA – Rakyat Sarawak sudah matang untuk menilai segala
baik buruk perkara yang disebarkan menerusi media sosial.

“Tetapi rakyat Sarawak bijak. Saya serahkan kepada mereka (rakyat) untuk
menilai apa yang disebarkan di media sosial tersebut,” katanya ketika berucap
sempena Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Penjaja Kota Sentosa, di sini,
pada Rabu.

“Bahkan kami GPS sebenarnya terlebih dahulu mengiktiraf UEC, itu tidak
termasuk dengan janji royalti minyak dan gas asli 20 peratus yang mereka
janji, sampai hari ini tiada khabar berita. Ini adalah perbezaan GPS dengan
mereka. Apa yang kami (GPS) cakap, akan buat, kalau tiada duit, usahakan,
sebab bekerja kuat demi rakyat,” katanya.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Rakyat Sarawak matang menilai maklumat di media sosial

Nurul Husna


Sinar Harian Online, 8 Disember 2021

34

Contoh:
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari merafak
sembah dan mengucapkan tahniah sempena Hari Keputeraan ke-76 Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Patik dan seluruh rakyat jelata amat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana
diberi izin oleh-Nya untuk dinaungi kedaulatan baginda.

Dipetik dan diubahsuai daripada
MB merafak sembah tahniah kepada Sultan Selangor

Norafiza Jaafar
Sinar Harian Online, 11 Disember 2021

Contoh:
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah negara akan terus berdaya saing
dan mencapai kemajuan yang lebih tinggi jika konsep Keluarga Malaysia yang
inklusif dana di digabungkan dengan semangat sebuah keluarga.
Seri Paduka bertitah, semangat Keluarga Malaysia juga boleh membawa
kepada penyatuan dalam sebuah negara seperti Malaysia, yang mempunyai
beraneka kepelbagaian.
“Insiatif Keluarga Maaysia yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini amat
menarik perhatian beta. Benar bagai dikata, kita semua adalah diibaratkan
sebagagi sebuah keuarga.” titah Al-Sultan Abdulah pada Istiadat Sambutan
Ulang Tahun 2021 di Institusi Negara di sini, pada Sabtu.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Keluarga Malaysia mampu bawa negara berdaya saing: Al-Sultan Abdullah

Sinar Harian Online, 13 Disember 2021)

35

ii. Kata ganti nama diri kedua anda (tunggal)
Kata ganti diri kedua awak (tunggal)
engkau (tunggal)
tuanku (tunggal)
kalian (jamak)

Contoh:

KUALA LUMPUR – Tanggungjawab kini terletak pada anda, rakyat
Malaysia!
“Anda akan pastikan kawalan kendiri, anda akan pastikan sentiasa memantau
status kesihatan anda supaya kenaikan kes tidak berlaku.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Rentas negeri: Kini semua terletak pada anda, rakyat Malaysia

Sinar Harian Online, 10 Oktober 2021)

Contoh:
KUALA LUMPUR – Dua pemuda yang merakam perbuatan mereka
menggunakan parker khas bagi golongan kurang upaya (OKU) di sebuah pusat
beli-belah di sini, diminta membuat permohonan maaf kepada komuniti OKU.
“Kalian semua telah mempersenda dengan mempergunakan parker OKU dan
berlakon diri anda sebagai seorang OKU.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kalian persenda OKU, mohon maaf!’
Sinar Harian Online, 9 Disember 2021)

36

iii. Kata ganti nama diri ketiga baginda (tunggal)
Kata ganti diri ketiga beliau (tunggal)
dia dan ia (tunggal)
mereka (jamak)

Contoh:

Perdana Menteri berkata, segala pandangan, nasihat serta buah fikiran
dizahirkan baginda telah banyak membantu dan menjadi pedoman serta
ingatan kepada beliau bersama rakan Jemaah Menteri dalam memastikan
pentadbiran negara sentiasa berada di landasan tepat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Perdana Menteri zahir penghargaan kepada Sultan Nazrin

Berita Harian Online, 25 Oktober 2021)

Contoh:

“Katanya, beliau sedar ramai dalam kalangan ahli Bersatu yang ingin tahu
kedudukan parti itu dan PN dalam Kerajaan Persekutuan yang diketuai
pemimpin UMNO.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
UMNO bukan ‘abang besar’
Rafidah Mat Ruzki

Berita Harian Online, 19 Disember 2021)

37

iv. Kata ganti nama diri tanya apa
Kata ganti tanya siapa
mana

Contoh:

SEREMBAN: Timbalan Pengerusi Barisan Nasiona (BN), Datuk Seri
Mohamad Hasan, menegaskan tiada keperluan untuk dua Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) baharu daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik
sebagai Ahli Majlis Mesyurara Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka.
“Kalau bertanding tidak bersama, takkan bila menang mahu ‘makan
bersama’? Saya mahu tanya apa keperluannya bila kita buat sesuatu mesti
ada keperluan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
Dua ADUN positif Covid-19, siding DUN Kelantan Tangguh

Hazeleen Liana Kamarudin
Berita Harian Online, 5 Disember 2021)

Aktiviti
Imbas kod QR dan selamat menonton.

38

Latihan 1
a. Berdasarkan rakaman video di atas, senaraikan dua kata ganti nama tunjuk
umum dan dua kata ganti nama tunjuk tempat.
i.
ii.
iii.
iv.

c. Bina dua ayat berdasarkan perkataan dalam bahagian (a)
i.
ii.

iii.

Latihan 2

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Jambatan di hujung kampung terpaksa ditutup kerana

mengalami kerosakan.

A. sini C. situ

B. sana D. mana
2. menangis teresak-esak kerana dimarahi ibunya,” kata

Salmah.

A. Kami C. Dia

B. Mereka D. Kamu

39

3. Mereka ada di sebentar tadi.

A. apa-apa C. situ

B. mana D. sini

4. “Orang yang berada dalam bilik itu ?” tanya Kuni kepada

Dani.

A. apa C. siapa

B. apa-apa D. mana

5. Dia tinggal di tidak jauh dari persimpangan Jalan Mewah.

A. itu C. mana-mana

B. sana D. situ

6. Ibu dan ayah baru sahaja pulang dari tempat kerja. keletihan.

A. kalian C. saya

B. mereka D. kamu
7. Kedatangan ini membawa sesuatu hajat yang besar,” kata

Mak Munah kepada Datuk Temenggung.

A. saya C. mereka

B. hamba D. awak

8. “Salim, tolong ambilkan saya buku yang terletak di atas meja ”

kaya Suhaila kepada Salim.

A. sana C. ini

B. situ D. itu

9. Ibu pergi ke Perak. Dia ada urusan di .

A. ini C. sini

B. sana D. situ

40

1.0 PEMBENTUKAN KATA NAMA
 Perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi
pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamya (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn,
Hashim Hj, Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2015).

a) KATA NAMA TUNGGAL
Kata nama tunggal

De finis i
 Kata nama tunggal ialah kata nama yang mengandungi morfem bebas

sahaja dan dapat menjadi inti dalam binaan frasa nama (Nawi Ismail,
Rahimah Hj. Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim
Zulkarnain Farihin Abdullah, 2017

Jenis kata nama tunggal

Jenis kaata
nama
tunggal

Kata nama Kata nama
tunggal jenis tunggal sebagai

akronim penjodoh
bilangan

41

i) Kata nama tunggal jenis akronim
Kata nama tunggal merangkumi kata nama akronim, iaitu perkataan yang
dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian
perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu dapat terdiri daripada huruf,
suku kata, atau bahagian daripada perkataan. Kata nama akronim boleh
dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

Kata nama tunggal Kata nama akronim cantuman huruf awal
jenis akronim perkataan

Kata nama akronim cantuman huruf dan
suku kata pertama

Kata nama akronim cantuman suku kata
awal perkataan

Kata nama akronim cantuman bahagian
awal perkataan pertama dengan bahagian

yang mengikutnya

a. Cantuman huruf awal perkataan

Cantuman huruf awal ILIM – Institut Latihan Islam Malaysia

perkataan ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri

ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia

IKIM – Institut Kefahaman Ajaran Malaysia

PKNK – Perbadan Kemajuan Negeri Pahang

UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia

42

Contoh:
KOTA BAHRU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
sepatutnya tamat pada Selasa ini ditangguhkan selepas ada dalam kalangan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini disahkan positif Covid-
19.
“Dua ADUN iaitu Tendong (Mohd Rozi Mohamad) dan Tanjong Mas
(Rohani Ibrahim) telah disahkan positif Covid-19.

Dipetik dan diubahsuai daripada

Dua ADUN positif Covid-19, siding DUN Kelantan Tangguh

Hazeleen Liana Kamarudin

Berita Harian Online, 5 Disember 2021

b. Cantuman huruf dan suku kata perkataan

Cantuman huruf dan Mara – Majlis Amanah Rakyat
suku kata perkataan Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
Intan – Institut Tadbiran Awam Negara
Lekas – Lebuhraya Kajang Seremban

Contoh:
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) meneruskan
komitmen membantu usahawan fesyen Bumiputera dengan fokus dalam
meningkatkan nilai keusahawanan dengan menggabungkan usaha pemasaran
jenama melalui e-dagang dan media sosial serta transaksi di kedai.

Dipetik dan diubahsuai daripada
MARA beri tumpuan tingkatkan industri fesyen tempatan

Mohd Zaky Zainddin
Berita Harian Online, 18 November 2021

43

c. Cantuman suku kata awal perkataan

Cantuman suku kata awal Bernama – Berita Nasional Malaysia
perkataan cerpen – cerita pendek
pawagam – panggung wayang gambar

Contoh:
KUALA LUMPUR – MBO Cinemas akan membuat kemunculan semula
dalam industri pawagam tempatan tidak lama lagi di bawah pihak
pengurusan yang baru.

Dipetik dan diubahsuai daripada
MBO Cinemas buka semula pawagam

Mohd Zaky Zainddin

Berita Harian Online, 19 Disember 2021

d. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian yang
mengikutnya.

Cantuman bahagian awal perkataan jentolak – jentera tolak

pertama dengan bahagian yang purata – pukul rata

mengikutnya jenama – jenis nama

44

Contoh:
KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan dalam tempoh 24 jam sejak
lewat malam Jumaat menyamai jumlah taburan purata hujan di Lembah
Klang untuk tempoh sebulan.

Dipetik dan diubahsuai daripada

MBO Cinemas buka semula pawagam

Berita Harian Online, 19 Disember 2021

ii) Kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan

Sebiji telur Sebentuk cincin
Sebilah pisau Sekapur sirih
Sepapan pantai Serawan jala

Contoh:

BACHOK – Seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan pemutar skru
yang dikhendaki polis di sebuah kedai cermin mata berdekatan Pasar
Jelawat di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendn Mohamad Ismail
Jamaluddin berkata, lelaki berusia 30 tahun yang juga penagih dadah itu
telah memasuki premis terbabit unyuk menyembunyikan diri daripada
ditahan polis.

Dipetik dan diubahsuai daripada

Cuba larikan diri, lelaki bersenjatakan pisau ditahan

Sinar Harian Online, 24 Oktober 2021

45

Aktiviti

Arahan
1. Murid dikehendaki menjawab soalan kuiz dengan menggunakan

pendekatan teknologi seperti komputer.
2. Murid-murid boleh mengimbas kod QR yang disediakan.

Latihan 1 B C D
pawagam LUTH Perhilitan
A kugiran ABIM
jentolak perkeso ADUN Intan
jalurah Pernas
jenama

a. Pilih antara A, B, C, atau D yang mewakili kata nama akronim huruf dan suku
kata perkataan.

b. Senaraikan tiga contoh lain bagi kata nama akronim di bahagian A.
c. Berikan dua contoh lain bagi kata nama akronim cantuman suku kata awal

perkataan.
d. Bina dua ayat berdasarkan kata nama akronim di bahagian (c).

46


Click to View FlipBook Version