Latihan 2 cubit bilah jambak bidang
bentuk
1. Samad telah menemui se cincin emas di taman permainan.
2. Abang memotong pokok pisang dengan menggunakan se
pisau.
3. Emak memasukkan se garam ke dalam msakkannya.
4. Karim memberi se bunga kepada isterinya.
5. Ayah membajak se tanah untuk penanaman padi.
b. KATA NAMA TERBITAN
Kata nama terbitan
De finis i
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses
pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan kata nama pada kata-
kata dasar (Nik Safiah Karim et al., 2015)
Kata nama terbitan ialah kata nama yang mempunyai imbuhan iaitu sama
ada awalan, akhiran, apitan dan sisipan (Nawi Ismail et al., 2017).
Contohnya:
47
Kata terbitan
awalan akhiran apitan sisipan
Terdapat empat jenis imbuhan kata nama yang boleh berganding dengan
lima jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan awalan,
akhiran, apitan dan sisipan. Kata dasar tersebut ialah kata akar, kata tunggal,
kata terbitan, kata majmuk dan rangkai kata.
i. Awalan kata nama
Awalan
kata nama
peN- juru-
pe- ke-
peR-
Awalan peN- terdiri daripada empat bentuk awalan, iaitu pe-, pem-, pen-
dan peng-. Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini bergantung kepada dua
faktor:
48
faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama pada kata dasar yang akan
bercantum dengan awalan itu.
faktor perkembangan dan perancangan bahasa, menghasilkan bentuk-
bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa
melayu.
B e ntuk Ke te rangan Contoh perkataan
pe- peN- menjadi pe- apabila bergabung peN-…+ masak = pemasak
dengan peN-…+ naik = penaik
kata dasar yang bermula dengan huruf- peN-…+ nyanyi = penyanyi
huruf m, n, ny, ng, r, l, dan w. peN-…+ ngiau = pengiau
peN-…+ ragut = peragut
peN-…+ layan = pelayan
peN-…+ wangi = pewangi
peN- menjadi pe- apabila bergabung peN-… + pukul = pemukul
dengan kata dasar yang bermula dengan peN-… + tahan = penahan
huruf-huruf p, t, k, dan s. peN-… + karang = pengarang
peN-… + selam = penyelam
Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata
dasar luluh dan digantikan dengan bentuk
sengau yang dilafazkan pada tempat yang
sama daerah (homorganik) dengan bunyi
pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p,
n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s.
pem- peN-… + baca = pembaca
49
peN- menjadi pem- apabila bergabung peN-… + beri = pemberi
dengan kata dasar yang bermula dengan peN-… + bilas = pembilas
huruf b dan
gugusan konsonan yang bermula peN-… + boikot = pemboikot
dengan huruf b dan p. peN-… + fatwa = pemfatwa
perkataan pinjaman yang peN-… + brek = pembrek
bermula dengan huruf b, f, dan v peN-… + blok = pemblok
pen- peN- menjadi pen- apabila bertemu peN-… + datang = pendatang
dengan: peN-… + curi = pencuri
kata dasar yang bermula dengan peN-… + ziarah = penziarah
huruf d, c, j, sy, dan z peN-… + tadbir = pentadbir
perkataan pinjaman yang kata peN-… + tafsir = pentafsir
dasarnya bermula dengan huruf t peN-… + swasta = penswasta
dan s. peN-… + tauliah = pentauliah
Terdapat satu kecualian pada
peraturan ini, iaitu pada bentuk
kata dasar ternak yang bukan
kata pinjaman tetapi menerima
awalan pen- membentuk kata
penternak. peN-… + gulung = penggulung
peN- menjadi peng- apabila bergabung peN-… + atur = pengatur
dengan: peN-… + elak = pengelak
peN-… + ukur = pengukur
kata dasar yang bermula dengan
huruf-huruf g dan h (bunyi
k ons onan)
50
kata dasar yang bermula huruf a,
peng- e, i, o, dan u (bunyi vokal) peN-… + kritik = pengkritik
pel- perkataan pinjaman peN-… +klasifikasi =
Terdapat satu kekecualian, iaitu pe ngklasifikasi
peN-… + khianat = pengkhianat
pada kata dasar kaji yang bukan
kata pinjaman tetapi menerima
awalan peng- menjadi pengkaji
untuk dibezakan dengan
perkataan pengaji.
Peng- menjadi penge- apabila bergabung peN-… + cat = pengecat
dengan kata dasar yang berekasuku kata, peN-… + tin = pengetin
iaitu yang mempunyai satu suku kata peN-… + bom = pengebom
sahaja, baik perkataan Melayu ataupun peN-… + pam = pengepam
perkataan pinjaman. peN-… + lap = pengelap
peN- bervariasi dengan pel- apabila peN-… + ajar = pelajar
bergabung dengan kata dasar ajar untuk
menandakan makna orang yang menerima
kerja mengajar atau orang yang
melakukan kerja belajar.
ii. Aspek makna awalan peN- Contoh perkataan
Awalan peN- penanda: pengguna
1. Makna orang yang melakukan sesuatu pemandu
51
2. Makna orang yang menjawat tugas penghulu
pengacara
3. Makna orang yang suka akan atau gemar atau pemadat
cenderung akan sesuatu peminum
pengeras
4. Makna orang atau benda yang memiliki sifat penawar
dalam kata dasar penggali
5. Makna alat untuk melakukan sesuatu penuai
pemeluk
6. Makna ukuran hasil daripada melakukan pemanah
s e suatu pendapat
7. Abstrak
Awalan pe-
i. Bentuk awalan pe -
Awalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan
apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut.
ii. Aspek makna awalan pe -
Awalan pe- mempunyai dua penanda makna:
Penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata
dasar atau keadaan.
Penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam
maksud kata dasar.
52
B e ntuk Contoh perkataan
pe- pe-…+sara = pesara
pe-…+kedai = pekedai
pe-…+tani = petani
pe-…+labur = pelabur
pe-…+tugas = petugas
Awalan peR-
i. Bentuk awalan peR-
B e ntuk Ke te rangan Contoh perkataan
peR-
Imbuhan ini boleh bergabung dengan per-…+ asap = perasap
kata dasar daripada jenis: per-…+ tapa = pertapa
kata nama per-…+ buru = perburu
kata kerja per-…+ bara = perbara
Tanpa melibatkan apa-apa perubahan
bunyi pada awal kata dasar.
53
i. Aspek makna awalan peR-
Terdapat dua aspek makna awalan peR- iaitu sebagai penanda alat atau tempat dan
penanda makna orang yang melakukan kerja (dengan awalan ber-).
Awalan ke-
i. Bentuk awalan ke -
Awalan ke- hanya bergabung dengan beberapa perkataan dan tidak melibatkan
sebarang perubahan huruf. Contohnya:
ke-…+ tua = ketua
ke-…+ kasih = kekasih
ke-…+ hendak = kehendak
Aspek makna awalan ke -
Aspek makna awalan ke- adalah sebagai satu penanda makna orang atau benda yang
menjadi tumpuan maksud yang terkandung dalam kata dasar.
Awalan juru-
i. Bentuk awalan juru-
Awalan juru- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan apa-
apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut.
54
ii. Aspek makna awalan juru- Kata nama juru-…+ wang = juruwang
Akar kata
Awalan juru- mendukung Kata kerja juru-…+ bahasa = jurubahasa
penanda makna ahli atau
orang yang terlibat secara juru-…+ tera = jurutera
langsung dengan maksud
pekerjaan dalam kata juru-…+ mudi = jurumudi
dasar dan boleh
bergabung dengan kata juru-…+ kira = jurukira
dasar daripada golongan
juru-…+ jual = jurujual
juru-…+ selam = juruselam
juru-…+ terbang = juruterbang
Contoh:
ARAU: LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dianugerahkan Ijazah
Kehormat Doktor Sains Sukan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-58 Universiti
Sains Malaysia (USM) pada Khamis.
Naib Canselor USM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, ijazah kehormat
dianugerahkan kepada Chong Wei di atas jasa baktinya dalam mengharumkan nama
negara sebagai pemenang pingat perak sebanyak tiga kali pada Sukan Olimpik
selain merupakan Tokoh Sukan Negara.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Chong Wei terima anugerah Ijazah Kehormat USM
Sinar Harian, 2 Disember 2021)
55
ii. Akhiran Kata Nama
i. Bentuk akhiran kata nama
Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu –an yang boleh bergabung
dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.
ii. Aspek makna akhiran –an
a. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan
kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada
melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar.
kata nama + -an Kata kerja + -an
kritik + -an = kritikan (hasil tulis + -an = tulisan (hasil menulis)
mengritik) buat + -an = buatan
bekal + -an = bekalan
b. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan
kata adjektif dan kata tugas (jenis kata arah), membawa maksud kawasan atau bidang
yang luas.
kata nama + -an kata adjektif + -an kata arah + -an
laut + -an = lautan lapang + -an = lapangan luar + -an = luaran
(laut yang luas) (kawasan lapang yang (kawasan luar yang
ruang + -an = ruangan luas) luas)
datar + -an = dataran tepi + -an = tepian
56
c. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama
tertentu, membawa makna banyak.
kata nama + -an
parut + -an = parutan (banyak parut)
tampung + -an = tampungan
ratus + -an = ratusan
d. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja
tertentu, membawa makna alat.
kata kerja + -an
sandar + -an = sandaran (alat untuk menyandar)
salur + -an = saluran
tapis + -an = tapisan
e. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja
tertentu, membawa makna orang atau haiwan yang menjadi penderita kerja.
kata kerja + -an
suruh + -an = suruhan (orang yang disuruh)
tawan + -an = tawanan
buru + -an = buruan
57
f. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja
tertentu, membawa makna perkara atau benda yang menjadi penderita kerja.
kata kerja + -an
hampar + -an = hamparan (benda yang dihampar)
makan + -an = makanan
hantar + -an = hantaran
g. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif,
membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung dalam kata
dasar.
kata adjektif + -an
manis + -an = manisan (mempunyai sifat manis)
padu + -an = paduan
bulat + -an = bulatan
h. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja
membawa makna tempat melakukan sesuatu yang digambarkan oleh kata dasar.
kata kerja + -an
kurung + -an = kurungan (tempat untuk mengurung)
henti + -an = hentian
gantung + -an = gantungan
58
i. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu daripada golongan kata
nama dan kata tugas (jenis kata bilangan), membawa makna ukuran atau kiraan
berdasarkan makna yang terkandung kata dasar.
kata nama + -an kata bilangan + -an
satu + -an = satuan
hari + -an = harian (kiraan berdasarkan angka satu)
puluh + -an = puluhan
(kiraan berdasarkan hari) juta + -an = jutaan
kilometer + -an = kilometeran
batu + -an = batuan
Contoh:
ATHENS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran dijalankan di luar
pulau Greek, Folegandros, hari ini selepas sebuah bot getah membawa pendatang
asing tanpa izin (PATI) karam.
Operasi bermula lewat semalam selepas pengawai pantai menerima maklumat kapal
membawa PATI menghadapi masalah dan mula mengambil air di selatan pulau itu.
Puluhan pelarian dan pendatang mati lemas di Laut Aegean ketika cuba membuat
lintasa berbahaya.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Puluhan hilang selepas bot PATI karam di Greece
Berita Harian Online, 22 Disember 2021)
59
iii. Apitan Kata Nama
Imbuhan apitan kata nama ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan di
belakang kata dasar bagi membentuk kata nama terbitan (Mohd. Ra'in Shaari,
Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof, 2009).
Abdullah Hassan (2006), menyatakan bahawa imbuhan apitan kata nama amat
produktif kerana imbuhan dapat hadir serentak pada posisi awal dan akhir kata
dasar menerbitkan kata nama.
Imbuhan apitan kata nama terdiri daripada bentuk-bentuk berikut:
i. peN-...-an ii. peR-...-an iii. ke -...-an
Apitan peN-...-an
i. Bentuk apitan peN-...-an
Apitan ini terdiri daripada binaan imbuhan awalan peN- dan imbuhan akhiran
-an.
Kehadiran setiap bentuk peN-...-an bergantung pada huruf awal perkataan.
Apitan peN-...-an terdiri daripada enam bentuk, iaitu:
i. pe-...-an
ii. pem-...-an
iii. pen-...-an
iv. peng-...-an
v. penge-…-an
vi. peny-…-an
60
ii. Fungsi apitan peN-...-an
Imbuhan apitan ini berfungsi menerbitkan kata nama. Imbuhan apitan peN-...-
an apabila digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan
kata kerja akan membentuk kata nama terbitan.
Contoh: peN-...-an + kata kerja (lari)= pelarian
peN-...-an + kata nama (waris) = pewarisan
iii. Makna apitan peN-...-an dalam kata nama terbitan
Menunjukkan nama proses
Kata nama hasil
B e ntuk Ke te rangan Contoh perkataan
pe-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + makan = pemakanan
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an + nama = penamaan
bergabung dengan kata peN-…-an + nyala = penyalaan
dasar yang bermula dengan
huruf m, n, ny, ng, r, l, w, peN-…-an + ngaum = pengauman
dan y. peN-…-an + risik = perisikan
peN-…-an + lampir = pelampiran
peN-…-an + wujud = pewujudan
peN-…-an + yakin = penyakinan
pen-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + cuci = pencucian
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an + dapat = pendapatan
61
bergabung dengan kata peN-…-an + jadual = penjadualan
dasar yang bermula dengan peN-…-an + syarat = pensyaratan
c, d, j, sy, t, dan z.
peN-…-an + tempat = pentempatan
pem-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + buka = pembukaan
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an+ periksa = pemeriksaan
kata dasarnya terdiri peN-…-an + veto = pemvetoan
daripada: peN-…-an + fatwa = pemfatwaan
kata pinjaman peN-…-an + fitnah = pemfitnahan
peN-…-an + prose = pemprosesan
gugusan konsonan yang
bermula dengan huruf p
dan b.
kata dasar bermula
dengan huruf v, p, dan f
dikekalkan.
peng-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + kaya = pengayaan
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an+hasut = penghasutan
bertemu dengan: peN-…-an + ghaib = penggaiban
peN-…-an+khayal= pengkhayalan
kata dasar bermula
peN-…-an + galak = penggalakan
dengan huruf k, g, h,
peN-…-an + ajar = pengajaran
kh,dan gh.
peN-…-an + elak = pengelakan
peN-…-an + intip = pengitipan
62
kata dasar bermula peN-…-an + olah = pengolahan
= pengubahan
dengan huruf vocal a, peN-…-an + ubah
e, I, o, dan u
penge-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + bom = pengeboman
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an + had = pengehadan
diimbuhkan dengan kata peN-…-an + cat = pengecatan
dasar yang terdiri daripada
satu suku kata.
peny-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + satu = penyatuan
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an + salur = penyaluran
bertemu dengan kata dasar peN-…-an + siar = penyiaran
bermula dengan huruf s,
dan huruf s itu digugurkan.
Aktiviti
Gariskan dan tulis jenis apitan peN-...-an bagi setiap perkataan dalam
petikan dibawah, sama ada apitan pe-...-an, pen-...-an, pem-...-an, peng-...-
an, penge -...-an atau peny-...-an.
1. Pemansuhan undang-undang itu suatu tindakan yang sepatutnya.
2. Kebanyakan nilai murni yang kita amalkan hasil pewarisan datuk nenek
moyang dahulu.
3. Penjenisan karangan bergantung pada format dan isi karangan.
4. Tarikh pengunduran tentera asing dari negara tersebut telah tamat.
5. Usaha pembasmian nyamuk aedes di kawasan perumahan kerap dilakukan.
63
Apitan peR-...-an
i. Bentuk apitan peR-...-an
Struktur binaan imbuhan apitan peR-...-an terdiri daripada awalan peR- dan
akhiran -an.
Pembentukan imbuhan apitan peR-…-an hanya mempunyai satu sahaja.
ii. Fungsi apitan peR-...-an
Sebagai ksta nama atau inti frasa nama.
iii. Makna apitan peR-...-an
Kata nama yang menunjukkan hal peristiwa
Kata nama yang menunjukkan hal proses
Kata nama tempat
Kata nama hasil perbuatan
B e ntuk Ke te rangan Contoh perkataan
peR-…-an Apitan peR-…-an apabila peR-…-an + satu = persatuan
bergabung dengan semua peR-…-an + bekal = perbekalan
kata dasar kecuali kata peR-…-an + dagang = perdagangan
dasar yang bermula
dengan huruf r, huruf r itu peR-…-an + khabar = perkhabaran
akan digugurkan. peR-…-an + tempur = pertempuran
peR-…-an + sembah = persembahan
peR-…-an + ragut = peragutan
peR-…-an + rencana = perencanaan
64
Aktiviti
Tukarkan kata dasar berikut dengan menggunakan imbuhan apitan peR-...-
an.
Kata Dasar Kata Terbitan
dagang
baris
musuh
alat
Apitan ke-...-an
industri
rangcang
geser
i. Bentuk apitan ke -...-an
Binaan imbuhan apitan ke-...-an terdiri daripada dua imbuhan yang hadir
serentak iaitu imbuhan awalah ke- dengan imbuhan akhiran -an.
Imbuhan apitan ke-…-an hanya ada satu bentuk sahaja, iaitu ke-…-an.
ii. Fungi apitan ke -...-an
Menerbitkan kata nama abstrak dan konkrit.
iii. Makna apitan ke -...-an
Kata nama abstrak Kata nama keserupaan
Kata nama pasi Kata nama tempat
65
B e ntuk Ke te rangan Contoh perkataan
ke-…-an Apitan ke-…-an yang ke-…-an + datang (KK) = kedatangan
bergabung dengan kata ke-…-an + masuk (KK) = kemasukan
dasar sama ada kat ke-…-an + raja (KN) = kerajaan
tunggal, kata majmuk
atau frasa tertentu tidak ke-…-an + malas (KA) = kemalasan
akan berlaku berubahan
huruf. ke-…-an + berangkat (KT) =
keberangkatan
ke-…-an + seimbang (KT) =
keseimbangan
ke-…-an + urus setia (KM) =
keurusetiaan
ke-…-an + tidak adil (KM) =
ketidakadilan
Contoh:
KUALA LUMPUR: Kurangnya pengetahuan dalam mereka bentuk pusaka sering
membawa kepada muhasabah dalam keluarga, suami atau isteri.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Berusaha mendapatkan harta pusaka
Nas Norziela
Berita Harian Online, 16 Disember 2021))
66
Aktiviti
Nyatakan bentuk kata dasar yang membina imbuhan apitan ke -...-an berikut.
Contoh: Kelahiran = lahir (kata kerja)
1. Kenaikan =
2. Keberadaan =
3. Keberadaan =
4. Kekalahan =
5. Kemenjadian =
6. Keteraturan =
7. Kedudukan =
8. Kelebihan =
iv. Sisipan kata nama
Nik Safiah Karim et. al. (2016), dalam Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah
Menengah menyatakan bahawa imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir
dalam sesuatu perkataan yang masuk secara menyisip.
Imbuhan sisipan kata nama mempunyai tiga bentuk, iaitu:
a. Sisipan -el-
b. Sisipan -er-
c. Sisipan -em-
Kesemua bentuk imbuhan sisipan tidak mengalami perubahan dari segi konteks
bunyi dalam kata dasar.
Imbuhan sisipan berfungsi membentuk kata nama terbitan.
67
Sis ipan Kata dasar Kata terbitan
Sisipan -el-
patuk pelatuk
Sisipan -er- kupas kelupas
kemumur kelemumur
Sisipan -em-
kuping keruping
gigi gerigi
suling seruling
Kuning kemuning
tali temali
gerlap gemerlap
Contoh:
Joe Flizzow yang popular dengan lagu Apa Khabar berbangga kerana Jalan
Gemilang terpampang di poster rasmi Snoop Dogg.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Snoop Dogg memilih Joe Flizzow
Zaidi Mohamad
Berita Harian Online, 19 Disember 2021))
68
Aktiviti
Keluarkan imbuhan sisipan kata nama yang terdapat dalam perkataan
be rikut.
1. Gerigi =
2. Pelatuk =
3. Kemuning =
4. Jelajah =
5. Serabut =
Latihan 1
Bentukkan kata nama terbitan berawalan bagi perkataan yang dberikan di dalam
kurungan. Kemudian isi tempat kosong dengan perkataan tersebut.
1. Doktor pakar itu memerlukan beberapa orang untuk membantunya
semasa pembedahan itu dijalankan.
2. Semua pihak haruslah yakin dalam menghadapi untuk
memartabatkan bahasa Melayu. (kekang)
3. Pesawat itu dipandu oleh seorang yang berpengalaman. (terbang)
69
pelatuk keseimbangan kedudukan kenaikan
gerigi
gemerlap kekalahan seruling
Latihan 2
Senaraikan imbuhan apitan dan imbuhan sisipan yang terdapat dalam petikan, kemudian
bina ayat.
Imbuhan Apitan
1.
2.
3.
4.
Imbuhan Sisipan
1.
2.
3.
Bina ayat.
1.
2.
70
3.3 KATA NAMA MAJMUK
Kata nama majmuk
De finis i
Kata nama majmuk boleh dihasilkan melalui proses merangkaikan dua kata
dasar mahupun lebih seterusnya membawa makna yang tertentu (Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2015).
Kata nama majmuk terhasil daripada dua kata dasar atau lebih yang
digabungkan. Penggabungan ini akan membawa maksud tertentu. Kata
nama majmuk dieja secara terpisah dan membawa kepada satu makna yang
lain daripada perkataan-perkataan asal.
Jenis kata nama majmuk
Kata nama
majmuk
Rangkai kata Kiasan
bebas
Istilah khusus
71
a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
atur cara balai raya tengah hari
ibu bapa
rukun tetangga jalan raya
bandar raya
nasi minyak bom tangan jam tangan
air hujan jalan raya
Contoh:
SHAH ALAM – Ibu bapa kepada pelajar yang menjadi mangsa buli
mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan undang-undang jenayah dan
saman sivil terhadap pihak bertanggungjawab termasuk pihak sekolah.
Dipetik dan diubahsuai daripada
Ibu bapa mangsa buli boleh ambil tindakan undang-undang
Nurhidayah Hairom
Sinar Harian Online, 12 Disember 2021
b. Kata majmuk rangkai kata bebas juga boleh digunakan dalam gelaran.
Menteri Besar Duta Besar Penolong Penerbit
Raja Permaisuri Datuk Bendahara Setiausaha Sulit
Profesor Diraja Leftenan Jeneral Ketua Pustakawan
Profesor Madya Setiausaha Politik Perdana Menteri
Penolong Pendaftar Raja Muda Menteri Kabinet
72
Contoh:
KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata
keutaman beliau ketika ini adalah memastikan bantuan, makanan dan segala
aset sampai segera kepada mangsa banjir.
Dipetik dan diubahsuai daripada
Ibu bapa mangsa buli boleh ambil tindakan undang-undang
Nurhidayah Hairom
Sinar Harian Online, 12 Disember 2021
c. Kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus dalam bidang ilmiah.
titik buta temu duga cari gali
deria rasa medan selera graf terarah
Contoh:
IPOH: Tindakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Menukar Medan Selera
Taman Meru di sini, menjadi sebuah pusat pendidikan swasta, mendapat
bantahan peniaga yang hilang punca pendapatan.
Dipetik dan diubahsuai daripada
Peniaga bantah medan selera jadi pusat pendidikan swasta
Balqis Jazimah Zahari
Berita Harian Online, 20 Oktober 2021
73
d. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa.
ulat buku kaki lima buah hati
bulan madu tangkai jering buruk siku
Contoh:
Anak kelahiran Kampung Maxwell, Kuala Lumpur itu pernah membintangi
filem Aku Kaya The Movie, Tangkai Jering, Bujang Senang, Man Laksa,
Duyung dan banyak lagi.
Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Pandai buat, pandailah tanggung’
Zaidi Mohamad
Berita Harian Online, 4 Disember 2021
e. Bentuk yang telah mantap
Terdapat beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap
sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata
mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai
perkataan.
bumiputera setiausaha jawatankuasa
warganegara kakitangan tanggungjawab
antarabangsa manakala sukacita
olahraga beritahu tandatangan
74
Contoh:
KUALA LUMPUR – Kerajaan nekada dalam usaha meningkatkan
penglibatan perniagaan Bumiputera dalam projek nasional berskala besar,
kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Pandai buat, pandailah tanggung’
Zaidi Mohamad
Berita Harian Online, 4 Disember 2021
Contoh:
KLANG: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan
kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Cuti kecemasan untuk kakitangan awam, swasta mangsa banjir’
Rohaniza Idris dan Ruwaida Md Zain
Berita Harian Online, 19 Disember 2021
75
f. Pengimbuhan kata nama majmuk
Kata nama majmuk boleh juga menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan.
Pengimbuhan kata nama majmuk terbahagi kepada dua, iaitu:
i. Kata nama majmuk yang menerima awalan atau akhiran tetap dieja terpisah.
terima kasih berterima kasih
reka bentuk direka bentuk
rumah tangga berumah tangga
temu ramah menemu ramah
ulang kaji mengulang kaji
Contoh:
IPOH – Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang ditutup susulan
kejadian tanah runtuh hingga mengorbankan dua nyawa pada 2 Disember lalu
akan dibuka sepenuhnya kepada kenderaan, Jumaat ini.
Menurutnya, kawasan bukit yang mengalami runtuhan itu juga telah direka
bentuk secara bertingkat bagi mengurangkan risiko runtuhan berulang.
Dipetik dan diubahsuai daripada
Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka Jumaat ini
Normawati Adnan
Berita Harian Online, 14 Disember 2021
76
ii. Kata nama majmuk yang menerima apitan dieja secara bercantum.
anak tiri menganaktirikan
surat khabar persuratkhabaran
kuat kuasa dikuatkuasakan
ibu bapa keibubapaan
Contoh:
“Kita bersetuju memberi kelonggara menyeluruh boleh dilaksanakan dengan
syarat SOP yang ditetapkan dapat dipantau dan dikuatkuasakan. Perkara ini
akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini, “ katanya.
Dipetik dan diubahsuai daripada
Kemasukan pekerja asing dilonggar
Fahmy A Rosli
Berita Harian Online, 14 Disember 2021
Aktiviti
Arahan
1. Sila tonton rakaman video dan kenal pasti kata nama majmuk,
kemudian senaraikan. Selamat menonton.
77
Latihan 1
Gariskan jenis kata ganda yang anda temui dalam ayat di bawah.
4. Kakitangan syarikat Ahmad terpaksa diberhentikan ekoran daripada wabak penyakit
yang melanda syarikat itu.
5. Kamaliah berdukacita atas pemergian sahabatnya akibat kemalangan jalan raya.
6. Soraya selamat melahirkan cahaya mata yang pertama pada hari Sabtu yang lepas.
7. Ahmad merupakan anak emas kepada ibunya kerana dia merupakan satu-satunya
anak lelaki.
8. Penguatkuasaan undang-undang yang mantap perlu bagi mengawal gejala buli
dalam kalangan pelajar.
9. Karim menemuduga seorang artis ekoran daripada penularan rakaman memasak
yang diminati oleh orang ramai.
10. Salleh iri hati dengan kemewahan yang dimiliki oleh Johan sejak dia hilang
pekerjaan.
11. Hanis menyertai pertandingan olahraga yang dianjurkan kerana dia merupakan
pelari yang pantas.
12. Kerjasama yang erat antara dua buah negara akan menjamin kestabilan negara pada
masa akan datang.
13. Wafi dianggap lipas kudung kerana tidak berhenti menyiapkan kerja rumahnya dari
pagi hingga lewat malam.
78
3.4 KATA NAMA GANDA
Kata nama ganda
De finis i
Ahmad Khair (2012) dalam Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
mendefinisikan kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
mengulang atau menggandakan kata dasar, sama ada kata ganda tersebut
diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan
imbuhan atau tanpa imbuhan. Bentuk kata yang diulang itu dikenali sebagai
kata dasar, manakala bentuk ulangan itu disebut sebagai kata gandaan.
Jenis kata ganda
Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2015), terdapat tiga jenis penggandaan yang
melibatkan kata dasar nama, iaitu:
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
a. Penggandaan penuh
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), penggandaan penuh ialah
proses yang melibatkan keseluruhan kata dasar jenis kata nama digandakan
tanpa sebarang perumahan bentuk. Kata dasar yang digandakan boleh terdiri
daripada kesemua jenis bentuk, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan
kata nama majmuk.
79
Contoh:
SEPANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut
selepas dilanggar van dinaikinya, di hadapan sebuah tadika di sini, tengah
hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 tengahari hari di Taman Dahlia, Bandar
Baru Salak Tinggi itu, mangsa disahkan maut selepas mendapat rawatan
kecemasan di hospital.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Murid sekolah maut dilanggar van
Mohd Husnu Mohd Noor
Utusan Malaysia Online, 12 Novermber 2021
Contoh:
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menganggarkan sehingga 20 peratus
daripada seramai 131, 281 murid tahap satu di negeri ini gagal menguasai
tiga kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) dengan baik.
“Program Didik Johor yang akan mula dilaksanakan tahun depan itu akan
dibantu guru-guru pakar melalui pelaksanaan kaedah tuisyen.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
20 peratus murid tahap satu di Johor tercicir 3M
Khairul Mohd Ali
Utusan Malaysia Online, 7 Disember 2021
80
i) Penggandaan Penuh Kata Nama Berimbuhan
a) dengan awalan
Contoh:
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub mempersoal fungsi
penasihat-penasihat khas perdana menteri di mana portfolio kesemua penasihat
itu sama seperti kementerian yang berada di dalam kerajaan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Salahuddin persoal fungsi, kos seorang penasihat perdana menteri
Siti Nur Zawani Miscon
Malaysia Dateline, 5 Disember 2021
Contoh: Dipetik dan diubah suai daripada
IAbrraakhiTmimseabhe: luAmpaiktuahmpeenmguimlapsinisuMseulaatyruu jdeanlaamma kmerinaujamaanntakkemraaslub,uatatannyaMIablraayhsiima,
Timah, yang kurang disenangi sesetengah orang dan ada antaranByaNmanetnhgaaKngugmaapr
sebagai cara untuk membiasakan arak kepada orManaglaIsylsaima.Kini, 19 Oktober 2021
"Apakah pemimpin-pemimpin Melayu yang berada di kerajaan hari ini tidak
malu, tidak bermaruah?" katanya.
Dipetik dan diubah suai daripada
Arak Timah: Apakah pemimpin Melayu dalam kerajaan tak malu, tanya Ibrahim
B Nantha Kumar
Malaysia Kini, 19 Oktober 2021
81
b) dengan akhiran
Contoh:
Katanya, ketika ini, beliau melihat masih berlaku pengurusan tidak cekap, yang
mewujudkan amalan-amalan tidak produktif dalam jabatan, justeru pembasmian
amalan tidak produktif itu pastinya akan dapat membawa kemajuan dalam
produktiviti di pejabat masing-masing.
Dipetik dan diubah suai daripada
JPA tumpu usaha tingkatkan sektor Perkhidmatan Awam
Rafidah Mat Ruzki
Berita Harian Online, 28 Oktober 2021
Contoh:
Keadaan itu menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan
Harun masuk menggantikan Mohd Rashid dan memberi penjelasan dengan
merujuk kepada buku Amalan Parlimen oleh Erskine May yang menyatakan
bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa untuk memaksa menteri menjawab
soalan-soalan yang diajukan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Isu dana MITRA hangatkan Dewan Rakyat, Speaker rujuk buku
Erskine May
Astro Awani, 18 November 2021
82
c) dengan apitan
Contoh:
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) mahu persatuan-persatuan pengguna di negara ini berganding bahu
dalam menguruskan isu kenaikan harga dan bekalan barangan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Persatuan pengguna perlu berganding bahu, urus isu harga, bekalan barangan
Mohd Husni Mohd Noor
Utusan Malaysia, 29 Oktober 2021
Contoh:
Dalam pada itu, Noraini berkata, kepesatan perubahan dunia, globalisas i,
demografi dan teknologi serta terkini Revolusi Industri Keempat menuntut pelajar
khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menguasai sepenuhnya
kemahiran-kemahiran abad ke-21.
Dipetik dan diubah suai daripada
Kemahiran bukan digital beri pulangan tinggi
Siti A'isyah Sukaimi
Utusan Malaysia, 23 November 2021
83
Aktiviti
Berdasarkan kod QR, sila kenal pasti penggunaan jenis bentuk penggandaan penuh
kata nama.
b) Penggandaan separa
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), penggandan separa kata
nama melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri
daripada kata nama tunggal dan kata nama imbuhan.
i) Penggandaan separa kata nama tunggal
Penggandan separa kata nama melibatkan suku kata pertama dalam kata
dasar. Bunyi- bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang
digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet
(Nik Safiah Karim, Farid M, Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid
Mahmood, 2015).
84
Contoh:
Suasana keindahan alam sekitar dengan pepohon menghijau, siulan unggas,
cengkerik menjadikan sesiapa sahaja duduk di gazebo terapung itu terasa damai
dan menenangkan.
Gazebo terapung rona kebiruan dibina di Pangkalan Sungai Muar, di Kampung
Gombang, Muar, Johor ini, bakal menjadi ruang santai digemari sukar
digambarkan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Pelbagai usaha-usaha dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik
murid-murid sekolah itu.
Ahmad Ismail
Berita Harian Online, 18 Oktober 2021
Contoh:
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang lelaki maut selepas tular video
mendakwa mangsa diheret pengawal keselamatan dan ditinggalkan di tepi jalan di
Ara Damansara, Petaling Jaya sebelum meninggal dunia akibat strok haba.
Siasatan polis mendapati insiden di kawasan berkenaan pada jam 6 petang 15
Oktober lalu dan mangsa berusia 59 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedakan
diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.
Dipetik dan diubuh suai daripada
Lelaki didakwa diheret pegawai keselamatan maut
Faris Fuad
Berita Harian Online, 4 Disember 2021
85
ii) Penggandaan separa kata nama berimbuhan
Menurut Tatabahasa Dewan (2015), penggandaan separa jenis ini melibatkan
penggulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Hanya perkataan-perkataan yang
menerima imbuhan akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini.
Contoh:
JERANTUT: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengambil maklum situasi
kenaikan harga sayur-sayuran dan ternakan dalam tempoh pemulihan pandemik
Covid-19 dan melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan pengeluaran dan
pemasaran.
Dipetik dan diubah suai daripada
Hasil ladang dipertungkat, elak beban kenaikan harga dan kartel
Haris Fadilah Ahmad
Utusan Online, 8 Disember 2021
Contoh:
“Memang ramai yang kecewa batu yang disangka ada emas rupanya sekadar batu
logam biasa,” katanya.
Sementara itu, penduduk ma-hu dikenali sebagai Lie, 40, pula memberitahu,
walaupun batu itu disahkan tidak mempunyai kandungan emas, dia tetap
menyimpannya sebagai kenang-kenangan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Lombong emas’ Bukit Lata Lengang
Yatimin Abdullah
86 Utusan Malaysia, 19 November 2021
Aktiviti
Berdasarkan kod QR, sila kenal pasti penggunaan bentuk penggandaan separa kata
nama.
c) Penggandaan berentak
Penggandaan berentak kata nama ialah proses yang menggandakan kata dasar
jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam
penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu
diulang atau diubah.
Berdasarkan pengulangan dan perubahan bunyi-bunyi demikian, penggandaan
berentak kata nama dapat dibahagikan sekurang-kurangnya kepada tiga jenis,
iaitu:
(i) Penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal.
(ii) Penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan.
(iii) Penggandaan berentak kata nama bebas.
i) Penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal
Penggandaan berentak jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal tertentu. Dengan kata lain, penggandaan tersebut
mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya:
87
Contoh:
KUALA NERUS – Seorang suri rumah di Kampung Baru Pulau Redang di sini
mengambil insiatif menghasilkan kuih-muih untuk membantu suaminya yang
terjejas pendapatan selepas sektor pelancongan tidak dapat beroperasi akibat
pandemik Covid-19,
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Jual kuih bantu suami sara hidup
Norhaspida Yatim
Sinar Harian, 16 Ogos 2021)
ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan
pada bunyi konsonan tertentu. Contohnya:
Berdiri di atas salji dengan pemandangan gunung-ganang putih bak hamparan
kain memberikan pengalaman sukar dilupakan. Seperti berada di dunia lain,
memukau dan mendamaikan. Dengan ‘Swiss Half Fare Pass’ pelancong mendapat
diskaun 50 peratus untuk semua pengangkutan awam dan sah untuk sebulan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Banjaran Alps Switzerland memukau
Ruzana Razali
Berita Harian Online, 1 Disember 2021)
88
iii) Penggandaan berentak bebas kata nama
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:
JASIN: Mangsa bunuh di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pagi tadi,
didakwa pernah beberapa kali bertengkar dengan bekas ipar-lamai yang juga
suspek kes terbabit, sejak tiga hari lalu. Pertengkaran dikatakan mempunyai kaitan
dengan perebutan dua anak suspek hasil perkahwinan dengan adik perempuan
mangsa sebelum pasangan itu bercerai awal tahun ini.
Dipetik dan diubahsuai daripada
Berita Harian 2 Disember 2021
Amir Mamat
Harian Metro)
Contoh:
KUALA LUMPUR - Sedu-sedan dan esakan tangis Nour Shafinar Harun,31, isteri
Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak terbendung lagi apabila
mengenangkan suami tercinta pergi untuk selamanya.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Sebelum pergi selamanya, dia cuba jauhkan diri daripada saya’
Janatul Firdaus Yaacob
Berita Harian, 13 Oktoberr 2021)
89
iv) Penggandaan kata nama majmuk
Penggandaan kata nama majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk
yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Kedua,
kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata
digandakan. Contohnya:
PETALING JAYA- 51 kertas-kertas kerja dibentangkan pada YOURS’21.
Seminar ini antara medium utama membincangkan isu-isu belia dari perspektif
penyelidikan khususnya isu-isu yang relevan, terkini dan memberi fokus kepada
belia.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
53 kertas kerja dibentangkan pada YOURS;21
Sinar Harian 15 Disember 2021)
Contoh:
MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, jawatankuasa-jawatankuasa khas
dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu adalah
jawatankuasa tertinggi untuk memutuskan pembukaan sektor ekonomi dan juga
sektor bukan ekonomi.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Pembukaan destinasi pelancongan tertakluk keputusan jawatankuasa khas
COVID-19
Saiful Haizan Hasam
Berita Harian Online, 29 September 2021)
90
Aktiviti
91
Arahan
1. Pelajar dikehendaki melengkapkan silang kata berikut dengan merujuk kepada
pembayang kata yang telah diberikan.
2. Selesaikan kesemua ruangan dan semak jawapan anda dengan imbas kod QR
dibawah.
3. Cuba selesaikan kesemua ruangan sebelum menyemak jawapan. Selamat Mencuba!
Latihan 1
Baca dan jawab semua soalan.
1. __________ kering di pangkal pokok itu berterbangan ditiup angin.
A. Dedaun C. Pepohon
B. Dedahan D. Bebola
2. Puan Ruha meletakkan ______ di rumahnya untuk membezakan antara ruang tamu dengan
dapur.
A. Kekuda C. Sesiku
B. Sesekat D. Sesendal
3. Ramai yang tidak tahu bahawa bawang menyimpan makanan di _____ nya.
A. Rerambut C. Bebawang
B. Jejari D. Bebola
92
4. Encik Anand memasang _______ tingkap pada rumah baharunya untuk keselamatan.
A. Sesiku C. Kekuda
B. Tetingkat D. Sesiku
5. Pegawai penyiasat itu gemar memakai kot labuh yang ber_______.
A. Kekisi C. Kekabu
B. Tetulang D. Kekepuk
Soalan 6-7
Baca soalan dengan teliti.
“Pepohon yang ditanam itu sangat cantik"
6. Berdasarkan contoh di atas, kata ganda jenis apakah yang terdapat dalam ayat tersebut?
A. kata ganda imbuhan C. Kata ganda berentak
B. kata ganda penuh D. Kata ganda berima
7. Pilih ayat yang betul.
A. Tetupai pada tiang itu sudah diganti dengan yang baru.
B. Semua pokok-pokok bunga di halaman rumah ibu sedang berbunga indah.
C. Puan Hanis memasak buah lelabu khas untuk suami kesayangannya.
D. Nexam amat mahir menunggang kekuda.
93
Soalan 9-10
Baca dan pilih ayat yang betul dan besesuai dengan penggunaan kata.
9. Pilih ayat yang betul.
I. Bebuli kaca itu berisi dakwat yang berwarna merah.
II. Pelajar-pelajar lelaki tersebut sedang bermain bebola di padang.
III. Belalang itu ada sepasang sesungut di kepalanya.
IV. Tiga ekor burung murai hinggap di dahan pokok rambutan,
A. I, III dan IV sahaja C, I dan IV sahaja
B. I, II, III dan IV sahaja D, II, III dan IV sahaja
10. Pilih ayat yang betul.
I. Kulit udang itu bertukar kemerah-merahan setelah direbus,
II. Jalan raya ke tapak perumahan itu lekuk-lekuk.
III. Cikgu Aaila dan Doktor Khaizam sekeluarga berura-ura hendak berhijrah ke luar
negara.
IV. Murid dalam setiap kelas tersebut berhambat-hambat dalam setiap pentaksiran
yang dilakukan.
A. I, II dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja
B. Semua diatas D. I.II.dan III sahaja
94
Latihan 2
Jawab semua soalan dengan jawapan yang paling tepat dan sesuai
Soalan 1-3
1. Yang manakah merupakan kata ganda penuh kata tunggal?
A. rerama
B. kanak-kanak
C. jabatan-jabatan
D. makanan-makanan
2. Sejak kebelakangan ini, Encik Nexam tidak lagi bergiat aktif dalam memberikan
____________________ bagi mengatasi isu semasa yang berlaku di kampungnya.
A. tegur-menegur
B. tahu-menahu
C. cadangan-cadangan
D. sembang menyembang
3. Wan Hanis membalut hadiah itu ___________.
A. kemas-kemas
B .ketat-ketat
C. kuat-kuat
D. erat-erat
95
Soalan 4-6
Ayat-ayat dibawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dam tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.
4. Gajah yang mengganas di kampung itu telah ditangkap hidup-hidup sebelum
AB
dihantar ke Zoo Melaka. Tiada kesalahan.
CD
5. Para tetamu boleh mengambil mana-mana makanan yang disukai mengikut selesa
AB
masing-masing. Tiada kesalahan.
CD
6. Saya gemar membaca karya penulisan A.Samad Said kerana banyak pengajaran-
AB
Soalan 7-8
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika and
menganggap bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah
menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda dan jika tiada kesalahan
tandakan dengan D.
7. Semua kakitangan sekolah itu diminta berkumpul di dewan sekarang.
A. Semua kakitangan-kakitangan sekolah
B. Seluruh kakitangan sekolah-sekolah
C. Para-para kakitangan sekolah
D. Semua kakitangan sekolah
96