The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-11-02 01:19:48

Kompilasi Ulasan Buku Oktober 2021 Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Keywords: Novel,Cinta,masyarakat,Etnik,Budaya,Sejarah,Kesihatan,Makanan,Menu,Resepi,Jus,Minuman,Buah-buahan,Agama,Islam,Love,Tumbuh-tumbuhan,Haiwan,Kisah,Fiksyen,Bukan Fiksyen,Kanak-kanak,Teladan,Moral

Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Ulasan Buku
Oktober
2021

Oleh
Kakitangan

Perpustakaan Cawangan Keningau

Hai Sahabat ……
Selamat Membaca
Koleksi Ulasan Buku

Perpustakaan Cawangan Keningau

Kami Sediakan Untuk Anda …
Teruskan Membaca

Membaca Terapi Minda Anda

Disediak2an oleh ;
Kakitangan

Perpustakaan Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Blood Fury Black Dagger Legacy
Penulis : J.R Ward

Penerbit:Ballantine Books , 2018.
Muka Surat: 432
Harga : RM 75.75

No Panggilan: EAF WAR
ISBN No : 978-0-451-47534-3
Kategori Buku: Fiksyen ( English )

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 3
3

NEW YORK TIMES BESTSELLER • Dalam novel 4
romantis paranormal seksi ini yang disusun dalam dunia Black
Dagger Brotherhood, pengarang terlaris # 1 New York Times,
JR Ward menceritakan kisah dua pasangan — keduanya
berjuang untuk mencari cinta di tengah perang.

Seorang bangsawan vampir, Peyton sangat memahami
tugasnya terhadap garis keturunannya: mengawan dengan
wanita yang sesuai dari kelasnya dan meneruskan tradisi
keluarganya. Dan dia fikir dia telah menemukan padanannya
yang sempurna — sehingga dia jatuh cinta dengan orang lain.
Saxton, mendapati dirinya tertarik dengan pendatang baru
Ruhn. Watak-wataknya biasanya bermula sebagai lelaki yang
stereotaip (selain dari aspek vampir, yang jujur pada masa ini),
tetapi secara beransur-ansur memperlihatkan lapisan
kerentanan dan humor yang menjadikan mereka manusia dan
dapat dihubungkan.

Ketika Novo mendengar sesuatu yang menjengkelkan dari
ayah Peyton, dia bertanya kepada Peyton tentang perkara itu
dengan cepat. Apabila Peyton mengatakan sesuatu kepada
Paradise yang membuatnya rentan, dia segera menghampirinya,
dan mereka segera menangani masalah itu.

Novo, sebagai wanita dalam program latihan Black
Dagger Brotherhood, merasa seperti harus membuktikan
dirinya kepada semua orang — dan dia tidak berminat
terganggu dengan jatuh cinta. Tetapi apabila Peyton terbukti
lebih dari sekadar playboy yang kaya, dia terpaksa menghadapi
tragedi yang telah mematahkan jiwanya dan menutupnya dari
cinta.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

4

Ketika kedua-duanya bergaduh dengan masa lalu Novo 5
dan masa kini Peyton, pasangan lain mesti bertengkar
dengan hubungan yang tiada tandingannya - dan berpotensi
menimbulkan skandal. Saxton, yang telah membuat hatinya
hancur, mendapati dirinya tarikan yang mendalam terhadap
Ruhn, seorang anggota keluarga yang baru. Tetapi adakah
lelaki lain akan meneroka hubungannya? Atau adakah dia
akan menutup akal dan hatinya kepada cinta sejati. . . dan
Saxton ?

Hakikat bahawa Saxton, bekas kekasih Blay akhirnya
menemui kebahagiaannya. Walaupun buku itu tertumpu pada
Petyon dan Novo ... novel ini memberikan liputan yang sama
untuk percintaan Saxton dan Ruhn seperti halnya Petyon dan
Novo's. Setiap pasangan mempunyai cabaran romantis
mereka sendiri untuk diatasi.Walaupun Peyton sudah cukup
dewasa, dia benar-benar mengakhiri kisah di jalan menuju
tanggungjawab. Tetapi melalui setiap pencarian jiwa mereka
sendiri (dan menghadapi tarikan dan keterikatan mereka
yang semakin meningkat) mereka saling membantu
menyembuhkan dan mencari jalan baru.

Begitu juga, Saxton dan Ruhr mempunyai pertumbuhan
dan pencarian jiwa mereka sendiri. Sejak Blay, bekas
kekasihnya, memilih untuk bersama Qhuinn, Saxton tidak
dapat meneruskan hidupnya. Ini perlahan-lahan
mencekiknya. Dia nampaknya terperangkap dalam kesedihan
yang menyebabkan hubungan berakhir.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

5

Namun, dia terus merasa tertarik dengan ahli baru rumah
tangga rumah itu, pakcik Rittn Bitty. Tetapi tidak peduli
seberapa menggoda Ruhn, Saxton enggan menemukan dirinya
dalam hubungan lain di mana cintanya tidak berbalas. Sangat
mengejutkan Saxton, perhatiannya menyedarkan sesuatu di
Ruhn yang tidak dia sedari sepenuhnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh, 6
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

6

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Manfaat Buah Naga
Penulis : Siti Atava Rizema Putra
Penerbit : Ar- Risalah Product Sdn Bhd

Mukasurat : 138 Halaman
No . Panggilan : MAN 634.775 SIT

No. ISBN : 978-967-0268-224
Kategori Buku : Bukan Fiksyen / Bahasa Malaysia

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 7
7

Buku ini merupakan sebuah buku yang akan menghurai 8
mengenai sejenis buah dan manfaat buah ini kepada manusia.
Buah Naga merupakan pendatang baru dalam kategori jenis-jenis
buah yang terdapat di Malaysia. Buah naga tergolong dalam
keluarga kaktus. Buah Naga mempunyai bentuk yang eksotik ,unik
dan cantik. Warna Buah Naga adalah berwarna merah ungu. Rasa
buah naga ini amat enak, manis dan sedikit masam. Isi buah naga
mempunyai dua jenis warna iaitu warna merah dan putih. Buah
naga mempunyai dan memiliki pelbagai khasiat dan manfaat untuk
kebaikkan kepada kesihatan diri. Terdapat empat bab utama dalam
kandungan buku ini yang akan diulas oleh penulis. Mengenali
buah naga adalah tajuk yang akan diulas dalam bab satu. Dalam
bab satu akan diulas tentang sejarah buah naga , perkembangan
buah naga, ciri-ciri buah naga, klasifikasi buah naga, jenis-jenis
buah naga, morfologi buah naga dan cara – cara menanam pokok
benih buah naga. Kandungan bab dua buku ini akan dijelaskan
tentang kelebihan dan manfaat buah naga. Para pembaca akan
mengetahui keistimewaan dan jumlah kandungan nutrisi yang
terdapat pada buah naga.

Dalam kandungan bab tiga akan diterangkan tentang cara
menanam buah naga. Penanaman pokok buah naga ini boleh
ditanam dalam kawasan kebun dan boleh juga ditanam dalam pasu.
Penjagaan tanaman pokok buah naga ini perlu dilakukan dengan
baik dan mengikut prosedur penjagaan tanaman yang telah
disyorkan agar tumbuhbesaran pokok tidak menghadapi kecacatan
serta dapat mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Tajuk
aneka resepi makanan yang berasaskan buah naga adalah tajuk
yang akan dikongsikan dalam bab empat.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

8

Penulis akan mengongsikan beberapa resipi yang enak 9
dan mempunyai khasiat yang tinggi untuk kebaikkan kesihatan
kita. Menu resipi seperti salad buah naga jagung manis dan
agar-agar guli buah naga adalah diantara resipi makanan yang
terdapat dalam buku ini. Selain resepi makanan , penulis juga
akan mengongsikan bahan-bahan dan cara-cara penyediaan
resipi – resipi tersebut. Kandungan buku ini juga akan
memberikan maklumat tentang buah naga secara terperinci.
Bermula dari sejarah buah naga hingga manfaat buah naga
dalam kesihatan manusia. Buah naga memiliki keunikkan dan
keistimewaan yang tersendiri. Bukan sahaja unik dari segi
namanya tetapi buah naga juga unik dari segi morfologinya.
Selain mempunyai keunikkan tersendiri , buah naga juga
memiliki keistimewaan iaitu kandungan khasiat dan nutirisi
dalam isi buah naga ini dapat membantu menyihatkan badan
serta menyembuhkan penyakit – penyakit yang ringan. Pada
masa kini ramai orang mengambil dan menjadikan buah naga
sebagai penawar bagi penyakit yang dihidapi. Buah naga
memiliki khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Khasiat
dan kandungan nutirisi buah naga ini dapat membantu menjadi
pengimbang kadar gula dalam darah, membantu mengurangkan
kolestrol, mencegah pendarahan dalaman badan, membantu
merawat keputihan dan mampu menyembuhkan penyakit-
penyakit ringan yang lain.

Buah naga amat kaya dengan potassium, ferum, protein,
serat, sodium dan kalsium yang sangat baik untuk kesihatan
manusia. Buah naga mempunyai kandungan air yang tinggi
iaitu 80% hingga 90% daripada beratnya. Buah naga juga
mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

9

Terdapat juga kandungan zat makanan lain seperti zat besi 10
dan fosforus dalam isi buah naga ini. Kesemua zat-zat ini amat
berguna dalam membantu merawat penyakit darah tinggi dan
masalah penglihatan mata. Kandungan fitokimia buah naga
berfungsi untuk membantu meminimakan risiko menghadapi
penyakit kanser. Inilah diantara beberapa maklumat tentang
kebaikkan dan manfaat dengan pengambilan buah naga yang
terdapat dalam kandungan buku ini. Banyak lagi maklumat-
maklumat penting tentang buah naga boleh diperolehi daripada
kandungan buku ini. Semoga segala maklumat – maklumat yang
ada dalam buku ini dapat memberi maklumat berguna dan
menambah ilmu pengetahuan baru kepada semua untuk
mengetahui rahsia dan manfaat buah naga ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

10

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku :Penternakan Ikan Baung
Penulis : Khairuman & Khairul Amri

Penerbit: Synergy Media
Mukasurat : 80 Halaman
No.Panggilan : MAN 635 KHA
No.Isbn : 9789673228034
Kategori Buku: Bukan Feksyen & Bahasa Malaysia

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 11
11

Buku ini merupakan sebuah buku yang berkaitan dengan 12
Projek Penternakaan Ikan Baung. Buku ini akan memberi
maklumat tentang cara – cara penanaman dan penjagaan benih
ikan baung sehingga mencapai ke umur matang. Terdapat
Sembilan ( 9 ) tajuk utama dalam dalam buku ini. Kesemua
tajuk – tajuk utama buku ini akan diulas secara terperinci oleh
penulis.

Kandungan buku ini lebih memfokuskan tentang
penternakaan ikan baung. Pengemar ikan baung di negara –
negara asia tenggara sangat ramai. Maka tidak hairanlah kenapa
ikan baung ini sangat popular dan mempunyai nilai pasaran
eksport yang tinggi . Disebabkan mempunyai nilai pasaran eksport
yang tinggi maka penternakaan ikan baung dilakukan untuk
menampung permintaan pasaran yang tinggi. Penternakaan ikan
baung amat digalakan untuk diusahakan oleh sesiapa sahaja yang
berminat dalam dunia perusahaan penternakaan. Tujuan
diwujudkan idea penternakaan ikan baung ini adalah untuk
menampung pasaran dan secara tidak langsung bagi mengelakkan
kepupusan ikan baung ini. Adalah tidak mustahil akan berlaku
kepupusan ikan baung ini sekiranya tiada kawalan penangkapan
dilakukan. Nilai pasaran ikan baung yang tinggi menyebabkan
aktiviti penangkapan secara besar – besaran ikan baung ini
menjadi tidak terkawal dan ianya boleh mengancam kepupusan
populasi ikan baung ini di dunia. Penternakaan ikan baung ini
mulai kelihatan diusahakan dibeberapa sungai di seluruh negeri
dalam negara Malaysia. Namun sebelum para penternak
menceburi diri dalam perusahaan penternakaan ikan baung secara
komersial ada baiknya para penternak belajar ilmu pengetahuan
mengenai ikan baung secara terperinci dari aspek sistematik, ciri –
ciri biologi dan morfologinya.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

12

Pengetahuan tentang perwatakan ikan baung penting 13
kerana penternakaan ikan baung secara komersial ini masih
baru. Perwatakan secara fizikal dan biologi perlu agar usaha
penternakaan yang diusahakan tidak sia-sia. Disebabkan ikan
baung begitu penting dari segi ekonomi sama seperti spesis –
spesis ikan lain , maka usaha penternakaan ikan baung boleh
dilakukan dengan menggunakan pelbagai medium seperti
ternakan dalam kolam air, kolam paya dan dalam sangkar.
Usaha penternakaan ikan baung ini sangat memerlukan
komitmen dan penjagaan sepenuh masa. Habitat asal ikan
baung adalah di sungai, danau dan paya. Ikan baung
mempunyai keistimewaan dari segi kelazatan isinya dan
keupayaan ikan baung membesar dalam kolam atau sangkar.

Kandungan buku ini juga akan menerangkan tentang cara-
cara pembenihan ikan baung, cara menentukan kawasan yang
sesuai dijadikan lokasi penternakaan dan cara menelurkan ikan
baung melalui kaedah yang sesuai. Selain itu, cara – cara
melakukan biak suntik yang betul juga akan akan diterangkan
dalam buku ini. Biak suntik ini boleh dilakukan melalui dua
kaedah iaitu secara semulajadi dan secara buatan manusia.
Terdapat lapan peringkat semasa melakukan kaedah biak suntik
ini. Ianya akan diterangkan secara terperinci dalam buku ini.
Cara – cara pengangkutan anak ikan dari tempat pembenihan
ke kolam ternakan perlu dilakukan dengan cara yang betul dan
selamat. Keberhasilan pengangkutan anak ikan ini dipengaruhi
oleh keadaan kimia, fizik dan biologi medium air seperti
kandungan oksigen, PH, kandungan karbon dioksida,
kandungan amino dan suhu air.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

13

Tempoh perjalanan pengangkutan adalah kurang dari sepuluh

jam dengan tahap kelangsungan hidup mencapai 98%. Pembesaran

ikan baung yang diternak memerlukan keadaan pengairan yang bersih

agar keberhasilan tumbuhbesaran ikan baung berjalan dengan baik dan

kecacatan fizikal ikan baung tidak berlaku. Jangka waktu

pembesaran ikan baung ini bergantung kepada cara penjagaan

persekitaran kolam, penjagaan makan dan pengawalan jangkitan

penyakit. Banyak lagi maklumat dan fakta-fakta penting tentang ikan

baung boleh didapati dalam kandungan buku ini.

Diharap dengan adanya terbitan buku ini ianya dapat membantu

para penternak menambah ilmu dalam prihal pengurusan penternakaan

ikan baung dan teknik pengurusan perniagaan yang betul. Segala

maklumat dan informasi yang ada dalam buku ini boleh membantu
menyelesaikan masalah – masalah yang berkaitan dengan proses

penternakan ikang baung secara intensif. Semoga kandungan buku ini

bermanfaat kepada para penternak dan para pembaca buku ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan

Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan

melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk

mengetahui ketersediaan buku tersebut 14

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

14

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Guinness World Records Gamer’s Edition 2020
Editor : Mike Plant

Penerbit: Guinness World Records , 2019.
Muka Surat: 191
Harga : RM 45.00

No Panggilan: EAR 794.8 GUI
ISBN No : 978-1-912286-82-9
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( English )

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 15
15

Kanak-kanak yang membesar pada akhir 90-an dan awal 16
2000-an, benar-benar akan teruja dengan buku ini. Guinness
Book of World Records tahunan , disusun dalam format
bercetak. Edisi Gamer’s 2020 mempunyai daya tarikan
walaupun dengan fokus yang lebih khusus. Dunia yang
menjadi perhatian masa kini adalah dunia permainan, dan buku
ini berusaha untuk merangkumi apa yang popular merangkumi
semua aspek industri permainan. Liputannya berkisar dari
Resident Evil dan Dark Souls hingga Mario dan Sonic,
menyentuh lebih banyak pelepasan khusus seperti Okami dan
Bayonetta di sepanjang jalan. Buku ini mempunyai 14 halaman
yang dikhaskan untuk kandungan Fortnite. Walaupun buku ini
dinyatakan sebagai edisi 2020, sebahagian besar kandungannya
berasal dari tahun 2018. Namun, Guinness World Records
Gamer's Edition 2020 adalah rujukan yang menyeronokkan
untuk pembaca dan mempelajari beberapa perkara yang
mungkin belum anda ketahui mengenai watak dan francais
yang terkenal.

Gamer 2020 menampilkan watak dan legenda seperti
Super Mario, Spider-Man, Pikachu, Link, Master Chief, Solid
Snake, Batman, Mickey Mouse, Lara Croft dan Crash
Bandicoot semuanya akan mempunyai halaman mereka
sendiri ... dan itu baru permulaan! Dan, jika itu tidak
mencukupi, tahun ini bahagian khas didedikasikan sepenuhnya
untuk sensasi permainan iaitu Fortnite. Kerjasama dengan
penerbit permainan, Epic, untuk mendapatkan fakta yang
paling tepat mengenai pemain terbaik, peralatan paling popular
dan acara dalam permainan terbesar.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

16

Keistimewaan buku ini akan membawa pembaca ke
francais permainan yang lebih legenda - sama ada mereka
mengunjungi galaksi yang jauh, jauh di Star Wars, mengikuti
perkembangan pahlawan debut permainan, mengejar kejohanan
eSports bernilai setahun, atau menjelajah sejarah lokasi
Assassin's Creed. Gamer 2020 mempunyai sesuatu untuk setiap
pemain di seluruh dunia dan tetap menjadi panduan utama untuk
permainan!

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh, 17
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

17

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Lembu Daging & Tenusu
Penulis : -

Penerbit : SAM Synergy Media Sdn Bhd
No Panggilan : MAN 636.2 LEM
Muka Surat :206
ISBN No: 978-967- 444 -500 - 3
Harga : RM 39.00

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 18
18

Buku yang bertajuk Lembu Daging & Tenusu ini 19
merupakan sebuah buku yang hadir sebagai rujukan bagi para
penternak dan peniaga dalam perniagaan lembu tenusu dan
lembu daging. Buku ini mempunyai 206 halaman muka surat
dan telah mengkongsikan pelbagai maklumat mengenai
penternakan lembu.

Penternakan merupakan suatu aktiviti pertanian yang
membiak haiwan-haiwan ternakan, antaranya adalah lembu.
Lembu merupakan sebuah ternakan ruminan yang pada masa
ini masih berskala kecil di dalam industri ternakan. Industri
ternakan di dalam bidang ternakan ruminan ini sebenarnya
berpotensi untuk berkembang maju sebagaimana ternakan
ruminan ini terdapat banyak faedah yang boleh didapati bagi
menjamin keberlangsungan bekalan makanan kepada negara
dan pengurangan daging yang diimport dari luar negara. Selain
dipelihara untuk daging dan susunya, lembu juga dijadikan
sebagai alat di dalam sektor pertanian yang digunakan sebagai
haiwan penarik kereta lembu dan juga bagi membajak sawah
padi untuk di beberapa kawasan pedalaman. Jenis lembu
diternak bergantung kepada tujuan penternakan.

Melalui buku ini , segala persoalan mengenai jenis-jenis
lembu,kandang, pengurusan kesihatan lembu, sistem
penggemukan dan pemeliharaan serta banyak lagi telah pun
dijelaskan secara terperinci di dalam buku ini. Contoh, jenis
lembu sama ada jenis lembu tempatan atau berasal dari luar
negara dan kacukan akan dijelaskan dalam bab jenis- jenis
lembu. Seterusnya beberapa jenis teknik pemeliharaan lembu
yang boleh diaplikasikan dalam sistem penggemukkan dan
pemeliharaan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

19

Beberapa fakta unik mengenai lembu juga turut dikongsikan
seperti mengenai lembu terbesar ,tertua dan terpendek dan menurut
beberapa pandangan seperti lembu ini dianggap suci dan banyak lagi
fakta menarik dikongsikan di buku ini.

Kesemua penjelasan mengenai tips-tips penternakan lembu
telah pun dihuraikan secara terperinci melalui buku ini yang amat
sesuai dijadikan panduan kepada penternak, usahawan atau mana-
mana pihak yang ingin menceburkan diri dalam dunia penternakan
lembu tenusu dan lembu daging. Beberapa pendapat daripada para
pakar dunia penternakan , pengalaman penternak, suka dan duka
dalam menjalani kehidupan sebagai penternak lembu sehingga
berjaya. Akhir kata, melalui perkongsian maklumat di dalam buku
ini, semoga para pembaca mendapat maanfaat kepada diri dalam
menceburi bidang ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’ 20

Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

20

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Science Of Yoga; Understand The Anatomy
And Physiology To Perfect Your Practice
Editor : Ann Swanson

Penerbit: DK Penguin Random House , 2019.
Muka Surat: 215
Harga : RM 88.50

No Panggilan: EAR 613.7046 SWA
ISBN No : 978-0-2413-4123-0

Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( English )

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 21
21

Kuasai asana yoga anda dengan yakin dan senang! 22
Terokai fisiologi 30 gaya yoga utama, mendalam dan dari
setiap sudut.

Prinsip dan bukti saintifik telah menunjukkan bahawa
amalan yoga mempunyai manfaat untuk setiap sistem dalam
badan. Teliti ilmu di sebalik gaya yoga kegemaran anda dengan
panduan komprehensif yang mudah difahami.

Sesuai untuk yogi dari semua peringkat, buku rujukan ini
adalah gambaran mendalam mengenai fisiologi anda untuk
membantu anda memahami bagaimana yoga berfungsi, dan
bagaimana mempraktikkannya dengan selamat untuk hasil
yang terbaik. Ketahui bagaimana kedudukan tulang belakang,
pernafasan dan badan saling berkaitan. Lihat bagaimana otot
tertentu bertindak balas terhadap pergerakan sendi, dan
bagaimana perubahan gaya dapat meningkatkan atau
mengurangkan keberkesanan.

Science of Yoga mendedahkan kelebihan yoga
menggunakan pengetahuan terkini. Karya seni yang dijelaskan
menunjukkan mekanik dan sudut, dan bagaimana aliran darah
dan pernafasan anda terjejas. Ketahui mengenai tindakan otot
dan sendi utama yang berfungsi di bawah permukaan setiap
gaya, dan penjajaran yang selamat untuk memanfaatkan
senaman yoga anda sepenuhnya.

Mengekalkan latihan yoga secara berkala dapat
memberikan banyak manfaat kesihatan fizikal dan mental. Ia
dapat membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan
keradangan, dan meningkatkan kesihatan jantung dan kualiti
hidup anda. Terdapat 30 gaya yoga utama untuk dilatih, mulai
dari bernafas dan pose berdiri hingga asana inversi.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

22

Sempurnakan Latihan Yoga Anda!. Ilustrasi anatomi penuh
warna dari asana yang berbeza dengan maklumat berasaskan sains
akan memberi anda pemahaman yang lebih mendalam mengenai
yoga, dan bagaimana gaya yang berbeza mempengaruhi tubuh anda.

Anda boleh mencapai kecemerlangan teknikal dalam latihan
anda dan mengoptimumkan manfaat yoga pada badan dan minda
anda. Ia juga memberikan hadiah hebat bagi yogi dalam hidup anda.

Di dalam halaman buku yoga komprehensif ini, anda akan
dapati:
- Fisiologi 30 gaya yoga utama.
- Asana yang berbeza dari tempat duduk dan berdiri, hingga
pembalikan dan posisi gaya lantai.
- Bahagian soal jawab yang meneroka sains di sebalik setiap aspek
yoga.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’ 23

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

23

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Angan-Angan Si Katik
Siri : Siri Si Katik

Penulis : Siti Zuraiha Husin
Ilustrasi :

Penerbit : Nurul Cipta Kreatif (001969873-D)
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP SIT
ISBN No: 978-967-0172-49-1 (Set)

ISBN No: 978-967-0172-50-7
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa

Melayu
Harga : RM 11.20

24

Bersambung dimuka surat seterusnya……

24

Siri Si Katik menerapkan nilai-nilai murni untuk dipelajari 25
oleh kanak-kanak.Siri ini menggunakan watak Si Katik dalam
pengkisahan cerita penuh tauladan.Siri ini mengunakan bahasa
yang mudah difahami, ilustrasi menarik, terdapat nilai moral,
glosari dan soalan latihan.Buku yang bertajuk “Angan-Angan Si
Katik” mempunyai 24 halaman bercetak yang ditulis oleh Siti
Zuraiha Husin.

Katik seekor ayam, yang kagum dengan kelebihan yang ada
pada Pak Jalak, namun kelebihan itulah yang membuat Pak Jalak
lupa diri pada suatu masa dahulu. Pak Jalak menceritakan bahawa
ia adalah ayam jantan yang paling hebat kerana badannya yang
gagah daripada ayam jantan yang lain. Ia akan mengerjakan ayam
lain jikalau ada yang melawan sampai mereka tidak boleh bangun
lagi dan itu membuatkan Pak Jalak bertambah sombong. Bukan
itu sahaja, Pak Jalak melantik dirinya menjadi raja dan sikapnya
juga membuat semua ayam takut dan benci akan Pak Jalak.
Apabila mereka nampak Pak Jalak, semua ayam melarikan diri.
Tidak lama kemudian Pak Mat telah membawa seekor ayam jantan
lain yang lebih muda daripada Pak jalak. Disebabkan Pak Jalak
rasa tercabar, ia mengajak ayam muda itu berlawan. Malangnya
Pak Jalak kalah.Kepala dan badan Pak Jalak luka teruk.Lalu Pak
Jalak lari bersembunyi di dalam semak kerana malu.Pak Jalak
menasihati Katik untuk tidak sombong dan bersyukur dengan
kelebihan yang ada pada diri, dan kelebihan itu harus digunakan
untuk kebaikan.Ia mengatakan bahawa Katik ada badan yang
cantik, membolehkannya menyertai pertandingan ayam tercantik.
Sejak hari itu Si Katik berangan-angan untuk menyertai
pertandingan itu dan menjadi juara.Apakah angan-angan Si Katik
menjadi kenyataan?Ketahui keseluruhan cerita ini dengan
membacanya.Selamat membaca.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

25

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Damius Utut
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

26

26

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku :Si Katik Belajar Berkokok
Siri : Siri Si Katik

Penulis : Siti Zuraiha Husin
Ilustrasi :

Penerbit : Nurul Cipta Kreatif (001969873-D)
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP SIT
ISBN No: 978-967-0172-49-1 (Set)

ISBN No: 978-967-0172-51-4
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa

Melayu
Harga : RM 11.20

27

Bersambung dimuka surat seterusnya……

27

Siri Si Katik menerapkan nilai-nilai murni untuk 28
dipelajari oleh kanak-kanak.Siri ini menggunakan watak Si
Katik dalam pengkisahan cerita penuh tauladan.Siri ini
mengunakan bahasa yang mudah difahami, ilustrasi menarik,
terdapat nilai moral, glosari dan soalan latihan.Buku yang
bertajuk “Si Katik Belajar Berkokok” mempunyai24 halaman
bercetak yang ditulis oleh Siti Zuraiha Husin.

Pagi-pagi lagi Katik sudah terjaga.Katik terdengar suara
Pak Jalak berkokok dengan lantang.Merdu sungguh suara Pak
Jalak.Suara Pak Jalak yang merdu mendorong Katik untuk
belajar berkokok.Katik mendapatkan Pak Jalak, ia ingin belajar
berkokok dengan Pak Jalak.Pak Jalak dengan semangat
mengajar Katik.Katik meniru perbuatan Pak Jalak.Dia
memanjangkan lehernya.Tetapi sayang, suaranya hanya keluar
sedikit.Terdengar suara Didi mentertawakannya.Rupa-rupanya
Didi dan kawan-kawannya mengintip perbualan Katik dengan
Pak Jalak.Katik berasa sangat malu.Pak Jalak memarahi dan
menghalau mereka, dan terus memberi semangat kepada
Katik.Nak berkokok kena ada semangat dan rasa bangga.
Tepuk dada, panjangkan leher dan keluarkan suara, kata Pak
Jalak mengajar Katik cara untuk berkokok tanpa jemu.Sama
seperti pada mulanya, suara Katik pendek dan halus.Suaranya
juga kedengaran agak pelik dan melucukan.Katik merungut
kerana sudah penat dan lehernya juga terasa
sakit.Bagaimanakah pengakhiran cerita Si Katik?Adakah dia
berjaya berkokok?Ketahui keseluruhan cerita ini dengan
membacanya.Selamat membaca.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

28

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Damius Utut
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

29

29

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Si Katik Belajar Terbang
Siri : Siri Si Katik

Penulis : Siti Zuraiha Husin
Ilustrasi :

Penerbit : Nurul Cipta Kreatif (001969873-D)
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP SIT
ISBN No: 978-967-0172-49-1 (Set)

ISBN No: 978-967-0172-52-1
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa

Melayu
Harga : RM 11.20

30

Bersambung dimuka surat seterusnya……

30

Siri Si Katik menerapkan nilai-nilai murni untuk 31
dipelajari oleh kanak-kanak.Siri ini menggunakan watak Si
Katik dalam pengkisahan cerita penuh tauladan.Siri ini
mengunakan bahasa yang mudah difahami, ilustrasi menarik,
terdapat nilai moral, glosari dan soalan latihan. Buku yang
bertajuk “Si Katik Belajar Terbang” mempunyai 24
halaman bercetak yang ditulis oleh Siti Zuraiha Husin.

Pada suatu hari Lobo bersama adik-beradiknya
mengajak Katik ke suatu tempat.Rupa-rupanya mereka
mengajak Katik untuk belajar terbang dengan Pak
Jalak.Mereka berasa sangat kagum apabila melihat Pak Jalak
terbang ke atas dahan pokok.Dengan penuh bersemangat
Pak Jalak mengajar Katik dan adik-beradiknya, langkah
demi langkah.Mereka mengembangkan kepak dan
mengibaskannya beberapa kali sambil berlari.Tubuh mereka
terangkat sedikit tetapi belum membolehkan mereka terbang
tinggi. Didi dan kawan-kawannya mentertawakan Katik
apabila ia jatuh tertonggeng. Katik berasa malu lalu
menangis namun dipujuk oleh Pak Jalak.Mereka tetap
berusaha untuk belajar terbang bergurukan Pak jalak yang
tidak kedekut ilmu.Berjayakah Katik dan adik-beradiknya
terbang dan bertenggek di atas dahan pokok?Ketahui
keseluruhan cerita ini dengan membaca buku ini. Selamat
membaca.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

31

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Damius Utut
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

32

32

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TajukBuku : Si Katik Menjadi Wira
Siri : Siri Si Katik

Penulis : Siti Zuraiha Husin
Ilustrasi :

Penerbit : Nurul Cipta Kreatif (001969873-D)
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP SIT
ISBN No: 978-967-0172-49-1 (Set)

ISBN No: 978-967-0172-54-5
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa

Melayu
Harga : RM 11.20

33

Bersambung dimuka surat seterusnya……

33
33

Siri Si Katik menerapkan nilai-nilai murni untuk dipelajari 34
oleh kanak-kanak.Siri ini menggunakan watak Si Katik dalam
pengkisahan cerita penuh tauladan.Siri ini mengunakan bahasa
yang mudah difahami, ilustrasi menarik, terdapat nilai moral,
glosari dan soalan latihan. Buku yang bertajuk “Si Katik Menjadi
Wira” mempunyai 24 halaman bercetak yang ditulis oleh Siti
Zuraiha Husin.

Katik dan adik-beradiknya yang bernama Lobo, Libi, Lili dan
Lola mengekori ibu mereka ke belakang rumah untuk mencari
makanan.Ketika mereka sedang leka mematuk nasi yang dibuang
di belakang rumah, Katik berasa seperti ada sesuatu sedang
memerhatikan mereka dari arah semak.Katik memberitahukan hal
itu kepada Lobo, tiba-tiba Didi muncul diikuti oleh kawan-
kawannya sambil mempersendakan Katik dan mengejeknya
penakut lalu meninggalkan Katik serta Lobo menuju kearah
semak.Pak Jalak melarang Didi dan kawan-kawannya, ke kawasan
semak dan menghalau mereka balik.Walaubagaimanapun,
disebabkan kedegilan mereka, mereka merancang untuk pergi ke
kawasan semak tersebut setelah Pak Jalak tiada.Katik yang
terdengar rancangan mereka, mengekori dan mengintip kegiatan
mereka.

Ketika Didi dan kawan-kawanya sedang leka mengejar
belalang, seekor biawak sedang menanti peluang untuk
menangkap mereka. Katik yang sedar akan keadaan itu menjerit
menyuruh mereka lari. Ibu ayam dan ayam-ayam lain yang
mendengar jeritan Katik turut menjerit meminta
tolong.Bagaimanakah nasib Didi dan kawan-
kawannya?Berjayakah ibu ayam dan ayam-ayam lain
mendapatkan pertolongan untuk menyelamatkan Didi dan kawan-
kawannya?Ketahui keseluruhan cerita ini dengan membaca buku
ini.Selamat membaca.

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 34
34

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Damius Utut
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

35

35

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: From Longhouse to Capital :
Recollections

Editor : Leo Moggie
Penerbit: MPH Publishing , 2018.

Muka Surat: 283
Harga : RM 36.00
No Panggilan: LHC 923.2K LEO
ISBN No : 978-967-415-455-4
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( English )

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 36
36

Tan Sri Amar Leo Moggie, dilahirkan pada tahun 37
1941 dari keluarga sederhana dari rumah panjang di
Kanowit di pedalaman Sarawak. Beliau adalah salah
seorang menteri kabinet yang paling lama berkhidmat
di Malaysia dan salah seorang pemimpin Dayak yang
paling berpengalaman dan disegani. Mempunyai latar
belakang pendidikan di sekolah-sekolah misi dan
kerajaan Sarawak, di Universiti Otago dan Universiti
Pennsylvania. Beliau menghabiskan satu dekad dalam
perkhidmatan awam di Sarawak sebelum memasuki politik
pada tahun 1974. Selama tiga puluh tahun berikutnya,
beliau berkhidmat dipelbagai bidang dan pemerintahan
negeri Sarawak serta pernah memegang tiga jawatan
menteri dalam kabinet persekutuan. Beliau kini
menjadi pengerusi Tenaga Nasional Bhd. From Longhouse
to Capital: Recollections, yang ditegaskannya bukan
memoir melainkan beberapa kenangan selama lebih 40
tahun sebagai penjawat awam.

Tan Sri Amar Leo Moggie, dilahirkan pada tahun
1941 dari keluarga sederhana dari rumah panjang di
Kanowit di pedalaman Sarawak. Beliau adalah salah
seorang menteri kabinet yang paling lama berkhidmat
di Malaysia dan salah seorang pemimpin Dayak yang
paling berpengalaman dan disegani. Mempunyai latar
belakang pendidikan di sekolah-sekolah misi dan
kerajaan Sarawak, di Universiti Otago dan Universiti
Pennsylvania. Beliau menghabiskan satu dekad dalam
perkhidmatan awam di Sarawak sebelum memasuki politik
pada tahun 1974.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

37

Selama tiga puluh tahun berikutnya, beliau 38
berkhidmat dipelbagai bidang dan pemerintahan negeri
Sarawak serta pernah memegang tiga jawatan menteri
dalam kabinet persekutuan. Beliau kini menjadi
pengerusi Tenaga Nasional Bhd. From Longhouse to
Capital: Recollections, yang ditegaskannya bukan
memoir melainkan beberapa kenangan selama lebih 40
tahun sebagai penjawat awam.

Pada mulanya sebagai pegawai daerah Kapit di mana
pengangkutan utamanya pada ketika itu ialah perahu.
Beliau sering kali menyeberangi sungai. Minatnya yang
tinggi terhadap kesejahteraan masyarakatnya tanpa
mengira etnik asal mereka, kesetiaannya kepada rakan-
rakan parti politik dan kemampuannya untuk
merundingkan perubahan politik Sarawak sangat
membanggakan. Dengan cara yang tidak dapat terdapat
pada halaman-halaman buku sejarah sebelumnya, ia
memunculkan suasana dan kegembiraan politik Sarawak
dan persekutuan.

Kenangan tersebut beliau dokumentasikan.
Perubahan dan cabaran luar biasa yang berlaku selama
tempoh beliau sebagai Menteri Tenaga, Telekomunikasi
dan Pos (kemudian Multimedia) dan Menteri Kerja Raya,
di antaranya skim tenaga air Bakun,
penswastaan perkhidmatan telekomunikasi, pembinaan

Lebuhraya Utara-Selatan dan Timur-Barat, pembinaan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan
pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Buku ini
disempurnakan dengan koleksi gambar yang
menggambarkan perjalanan peribadi dan profesional
penulis.

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 38

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

39

39

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Kraf Menarik Daripada Surat Khabar,
Majalah dan Surat Lama
Penulis:Jen Jones

Penerbit:Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
Mukasurat : 29

No Panggilan : MTN 745.54 JON
ISBN No: 9789830687902

Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 40
40

Cool Crafts with Newspaper, Magazines and Junk Mail 41
hasil karya Jen Jones telah diterjemah ke dalam bahasa
Malaysia oleh Noraidah Nordin dengan tajuk kraf menarik
daripada suratkhabar, majalah dan surat lama. Kita tanpa
menyedari telah menggunakan lebih kurang 18 tan ( 16 tan
metric ) kertas sepanjang hidup kita, dengan pembelian
surat khabar, majalah serta menerima surat setiap tahun.
Situasi Ini mungkin menyebabkan kita beranggapan kita
telah melakukan satu pembaziran yang besar dan boleh
mencemarkan alam sekitar., namun demikian dengan
menggunakan semula bahan-bahan tersebut dapat memberi
sejuta manfaat kepada alam sekitar serta dapat
mengelakkan timbunan kertas di tapak pelupusan sampah.
Sekiranya kita mempunyai satu impian dalam hidup kita
seperti hendak melawat sesebuah Negara maka zahirkan
impian tersebut dalam satu kolaj dengan menggunting dan
melekatkan gambar-gambar Negara yang ingin kita lawati
suatu hari nanti itu dari surat khabar atau majalah lama
kita. Selain itu gambar selebriti terkenal ataupun
orang-orang yang kita minati dan menjadi idola kita juga
boleh dilekatkan pada kolaj tersebut agar dapat memberi
motivasi untuk merealisasi impian kita itu.

Disamping itu bagi menyelamatkan bumi kita dari
pencemaran pembakaran kertas ini, kita juga boleh
menghasilkan pembalut hadiah daripada surat khabar dan
majalah ini dengan kreativiti kita sendiri. Surat khabar
ataupun majalah lama ini juga boleh digunakan untuk
membuat butiran manik kertas sebagai aksesori untuk
hiasan diri kita. Kita boleh pelbagaikan bentuk butiran
manik tersebut mengikut kreativiti serta kesukaan kita
sendiri.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

41

Selain itu bekas tempat menyimpan alat tulis juga 42
boleh dihasilkan, di mana balang yang kita gunakan
tempat menyimpan alat tulis tersebut boleh dihias
cantik dengan gambar-gambar yang kita suka dari
majalah atau surat khabar mengikut idea artistik
serta kreativiti kita. Bagi kita yang mempunyai
masalah untuk mengingati perkara atau pelajaran yang
telah diajar di sekolah maupun di pejabat dan
memerlukan kita mencatat nota, kita mampu mengatasi
masalah ini dengan membuat sendiri buku nota
menggunakan surat dan sampul surat lama mengikut
saiz poket yang kita suka. Buku nota tersebut boleh
dihias dengan kepingan gambar-gambar dari majalah
agar kelihatan menarik lagi. Terdapat halaman yang
memuatkan gambar komik atau cerita komik dalam surat
khabar, halaman ini juga boleh dijadikan penghias
atau pembalut beg hadiah yang cantik dan kreatif.

Buku karangan kita yang menjemukan boleh kita
tukar kepada sebuah jurnal yang cantik dan menarik
dengan menggunting halaman majalah atau surat khabar
lama yang berwarna warni dan kita membuat bentuk
berlian menggunakan tiub kertas kemudian membalut
keseluruhan jurnal tersebut agar kelihatan lebih
menarik. Selain itu bunga juga boleh diperbuat
daripada kertas dengan menggunakan pelbagai templat
untuk mnceriakan dalam bilik tidur ataupun ruang tamu
rumah kita. Salah satu lagi kraftangan yang boleh
dihasilkan daripada kepingan kertas ini ialah membuat
mangkuk pelbagai saiz dan dijadikan sebagai hiasan
meja belajar atau meja solek.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

42

Secara keseluruhannya, informasi yang
dikongsikan dalam tajuk buku ini memberi kita tips
atau idea menghasilkan pelbagai projek kreatif atau
kraftangan dengan menggunakan semula surat khabar,
majalah dan surat lama ini, disamping itu kita dapat
menyelamatkan alam sekitar kita dari dicemari oleh
timbunan kertas serta pembakaran terbuka.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman
sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh, 43
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

43

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Perusahan Ternakan Kambing
Penulis : Nor Faridah

Penerbit: Synergy Media
Mukasurat : 60 Halaman
No.Panggilan: MAN 636.39082 NOR
No.Isbn: 978-967-322-327-5
Kategori Buku: Bukan Fiksyen / Bahasa Malaysia

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 44

44
44

Buku ini adalah sebuah buku bermaklumat mengenai 45
perusahaan penternakaan haiwan. Penerbitan buku ini
adalah bertujuan untuk menambah koleksi perpustakaan bagi
kategori buku-buku pengetahuan umum dalam bidang
penternakaan. Buku-buku seperti ini amat diperlukan oleh
rakyat negara-negara yang sedang membangun dan rakyat di
negara-negara maju. Keperluan bahan bacaan seperti buku
ini diperlukan untuk membantu mengukuhkan ekonomi dan
meningkatkan hasil ekonomi sesebuah negara dari aspek
pemasaran secara global bagi hasil-hasil perusahaan
ternakaan haiwan seperti ternakan lembu, kerbau, kambing,
ayam, itik, dan rusa. Hasil – hasil daging, susu dan
kulit dari haiwan-haiwan ternakan ini amat penting kepada
semua negara di dunia untuk meningkatkan hasil pendapatan
negara dan juga sebagai salah satu sumber makanan kepada
semua orang.

Buku ini akan menghuraikan tentang perusahaan
ternakan kambing dengan lebih terperinci. Penternakaan
kambing merupakan satu bidang perusahaan yang mendapat
perhatian tinggi di negara Malaysia. Pada masa lalu usaha
ternakan kambing hanya dilakukan sebagai kerja sampingan.
Namun pada masa kini ternakan kambing mula diusahakan
secara intensif dalam sekala besar. Ini disebabkan kambing
memiliki nilai ekonomi yang tinggi dalam sektor pasaran
yang terbuka luas. Daging , susu dan kulit yang diperolehi
dari kambing memberi kebaikkan dan keuntungan dalam
sesuatu bidang perniagaan ataupun dalam bidang-bidang lain
yang berkaitan dengan sumber hasil dari kambing. Selain
daripada daging, susu, kulit kambing yang mempunyai nilai
harga tinggi dan dijadikan sumber makanan, najis kambing
juga mempunyai nilai harga serta berguna dalam sektor
pertanian. Najis–najis kambing ini akan dikutip dan
diproses menjadi baja kepada segala jenis tanaman.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

45
45

Dalam kandungan buku ini juga akan menghuraikan 46
tentang cara – cara memperluaskan kawasan ternakan dan
cara – cara pengambilan daging serta susu. Selain itu ,
terdapat kaedah dan cara – cara penternakaan kambing baik
dan lebih teratur agar usaha penternakaan boleh dan dapat
mengeluarkan hasil – hasil daging dan susu yang
berkualiti tinggi. Maklumat – maklumat tentang jenis –
jenis baka kambing, kaedah – kaedah untuk penjagaan
kambing, cara – cara pemeliharaan dan pengembangbiakan
kambing, jenis – jenis penyakit kambing dan cara – cara
rawatan penyakit juga ada dalam kandungan buku ini.
Informasi mengenai cara – cara penyembelihan dan
pelapahan kulit kambing turut dikongsikan oleh penulis
dalam buku ini. Selain itu, penulis juga ada menyelitkan
dan mengongsikan maklumat mengenai panduan lengkap
berkaitan penyediaan tapak, penanaman benih rumput yang
sesuai , cara – cara penjagaan haiwan ternakan dan rumput,
tempoh masa penanaman dan pembesaran rumput, cara – cara
penuaian rumput agar ternakan kambing dapat memperolehi
sumber makanan yang baik serta berkualiti dan juga cara –
cara mengurus serta mempertingkatkan produktiviti dalam
perusahaan penternakaan kambing.

Banyak lagi maklumat – maklumat penting untuk
perusahaan ternakan kambing yang terdapat dalam kandungan
buku ini. Bagi mengetahui maklumat – maklumat penting
tersebut anda perlu melanggan buku. Dengan perkongsian
maklumat – maklumat tentang ternakan kambing yang ada
dalam buku ini , penulis berharap ianya dapat membantu
menambah ilmu kepada penternak, bakal – bakal penternak
dan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang
penternakaan kambing. Di harap para penternak , bakal
penternak dan para pembaca dapat menggunakan dan
memanfaatkan segala maklumat – maklumat penting mengenai
ternakan kambing yang ada dalam buku ini.

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 46
46

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman
sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

47

47

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Jaguh Atlet Malaysia Pandelela Rinong
Penulis : Shaina Indovino

Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
& National Highlights INC
Mukasurat : 31

No Panggilan : MTN 797.24092 IND
ISBN No : 9789674303211

Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 48
48

Buku bertajuk jaguh atlet Malaysia Pandelela Rinong 49
hasil karya Shaina Indovino dan diterjemah dalam bahasa
Malaysia oleh Ani Izzuani Mohd Kassim. Penulis
mengongsikan secara ringkas biografi dan penglibatan
Pandelela dalam arena sukan terjun dari permulaan
sehingga mengecapi kejayaan yang sangat membanggakan.
Pandelala Rinong merupakan salah seorang daripada atlet
terbaik dalam sukan terjun dan telah menjadi seorang
atlet Malaysia yang sangat terkenal di sukan olimpik di
Beijing dan London. Pandelala berasal dari kampung Jugan
yang terletak di daerah Bau sebuah perkampungan pedalaman
di Negeri Sarawak dan berbangsa Bidayuh. Sewaktu berumur
empat tahun Pandelala mula berminat dalam sukan air,
beliau gemar terjun dan bermain di dalam air, dan ketika
berumur enam tahun Pandelala menjejakkan kaki ke dalam
kolam renang buat kali pertama dan bermula saat ini
beliau mula belajar cara membuat terjunan.

Pada umur tujuh tahun Pandelala telah menunjukkan
potensi yang sangat mengagumkan dalam sukan terjun,ini
telah dikesan oleh seorang jurulatih dari China. Penerjun
Pandelala sebelum menjadi juara Sukan Olimpik ahli
keluarga serta rakan-rakannya maklum bahawa beliau adalah
seorang yang cekal, beliau akan menumpukan perhatian dan
berdedikasi sejak mula dan tidak akan pernah mengalah
dalam apa jua situasi. Pertandingan pertama beliau adalah
di peringkat kebangsaan salah satu daripada pertandingan
ini ialah SUKMA, selain itu beliau juga menghabiskan masa
bersaing di beberapa pertandingan peringkat remaja. Tahun
2007 Pandelala telah menarik perhatian dunia buat kali
pertama, di mana beliau telah memenangi pingat emas di
Sukan Asia Tenggara dalam kategori platform 10 meter
segerak dan ketika itu beliau baru berumur 14 tahun.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

49

Pada tahun 2008 Pandelala layak bertanding di 50
Sukan Olimpik 2008 tetapi tidak memenangi sebarang
pingat, namum demikian ianya tidak mematahkan
semangat juang atlet ini maka pada tahun 2009 beliau
bangkit semula ketika Sukan Asia Tenggara dan
memenangi dua pingat emas. Sukan Komanwel pada tahun
2010 yang diadakan di New Delhi India, sekali lagi
Pandelala telah melakar sejarah dengan memenangi satu
lagi pingat emas dan menjadikan beliau atlet Malaysia
pertama yang pernah memenangi pingat dalam sukan air
tersebut. Setahun kemudian Pandelala merangkul
kejayaan lagi apabila beliau memenangi tiga pingat
perak dan satu pingat gangsa semasa Sukan Universiti
Dunia. Pada tahun 2012 semasa sukan olimpik 2012 di
London, Pandelala telah dipilih sebagai pembawa
bendera Malaysia dan atlet wanita pertama yang
menjalankan tugas tersebut, ini merupakan satu
penghargaan yang amat besar kepada beliau. Bermula
tahun 2011, Pandelala telah mencipta nama di Malaysia
dan telah berjaya memenangi beberapa pertandingan di
seluruh dunia.

Kejayaan yang dikecapi oleh beliau ini telah
mengharumkan nama Malaysia amnya dan negeri Sarawak
khasnya, justeru itu beliau telah dinobatkan sebagai
Olahragawati Kebangsaan, Atlet Tahun 2012 dan beliau
turut menerima Anugerah Pencapaian Khas Wanita 2012.
Selain itu Pandelala juga menerima anugerah Johan
Bintang Kenyalang yang diberikan oleh kerajaan
Sarawak atas kejayaan beliau di Sukan Olimpik dan
anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi yang
diterima oleh beliau.

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 50


Click to View FlipBook Version