The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-11-02 01:19:48

Kompilasi Ulasan Buku Oktober 2021 Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Keywords: Novel,Cinta,masyarakat,Etnik,Budaya,Sejarah,Kesihatan,Makanan,Menu,Resepi,Jus,Minuman,Buah-buahan,Agama,Islam,Love,Tumbuh-tumbuhan,Haiwan,Kisah,Fiksyen,Bukan Fiksyen,Kanak-kanak,Teladan,Moral

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TajukBuku:Ubah sedihmu jadi senyum
Pengarang:Rindu Haru Maryam

Penerbit:Kumpulan Desa fikir sdn bhd
MukaSurat:125

No Panggilan:MAN 158.1RIN
ISBN No:978-967-2070-18-4

Harga:Rm 41.25

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 101
101

Buku ini memberi kata-kata semangat agar kita tidak

cepat berputus asa di dalam kehidupan kita. Apa yang terjadi

akan kita jadikan teladan dan tidak ada perkara yang sukar

dapat kita elakkan dari kehidupan kita. Jadi kita kena

kuatkan semangat untuk bangkit dari kegagalan dan berubah

menjadi lebih kuat serta berani. Orang yang berani pasti akan

berjaya. Banyak perkara yang dapat kita pelajari apabila

membaca buku ini. Kita mampu menjadi orang yang lebih baik.

Oleh itu janganlah kita bersedih dan buatlah sesuatu supaya

kita sentiasa tersenyum.

Tidak ada perkara yang kita dapat lakukan bagi mengelak

kesukaran dalam kehidupan. Semua ini akan menjadikan dir i

semakin kuat dan lebih bersedia. Kita belajar dari pengalaman

dan kita mampu menjadi yg lebih baik

Tetapkan keyakinan, belajar kejarlah apa yang kita

ingini dan kebahagiaan yang kita ingin kecapi keluar dan

gapai kebahagian tersebut, teruslah tersenyum.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut. 102

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

102

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Siri Kolej Vokasional – ETIKA PROFESIONALISME
Pengarang : Hasnah Hussiin / Rashidi Abbas
Penerbit : OXFORD FAJAR
Bil.Mukasurat :188
No.ISBN : 978-983-47-3250-9
No.Panggilan : MAN 174.937 HAS
Harga : RM 28.50

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 103
103

Buku Etika Profesionalisme ini merupakan buku untuk 104

rujukan pembelajaran kursus yang bertumpu kepada asas
etika dalam profesion diterbitkan mengikut sukatan kursus
etika profesionalisme bagi para pelajar peringkat diploma
di kolej Vokasional seluruh Malaysia.Dalam buku ini juga
memberikan pendedahan tentang asas etika dalam
profesion.Buku ini mengandungi Sembilan bab yang
nenbincangkan setiap topic secara komprehensif. Bab 1
menerangkan tentang pengenalan kepada Etika Profesional
merangkumi konsep etika,nilai dan moral dalam kehidupan.

Bab 2 ialah Teori Etika Bab ini membincangkan etika
dalam kehidupan manusia secara individu dan kumpulan,Bab
3 memfokuskan pada nilai dalam Etika Profesional,bab ini
menjelaskan asas-asas nilai ,jenis-jenis nilai
professional serta kesedaran etika seorang
professional.Bab 4 ialah Etika Kerja yang menyentuh
tentang difinisi dan ciri-ciri etika kerja ,nilai teras
dalam etika kerjaserta kebaikan peraturan dan kod etika
perkerjaan.Bab 5 pula menerangkan Obligasi memberikan
perkhidmatan bab ini menjelaskan tanggungjawap utama
golongan professional,masalah,serta faktor yangmenghalang
perkhidmatan yang sama rata kepada masyarakat.

Bab 6 ialah Obligasi terhadap klien dan pihak

ketiga,Bab ini membincangkan hubungan antara professional
dengan pihak klien,Obligasi terhadap pihak ketiga serta
sifat amanah yang menjadi tunjang dalam urusan

perkhidmatan. Bab 7 membincangkan tanggungjawap perkerja
terhadap organisasi serta kepentingan dan peranan
KWSP,PERKESO dan LHDN. Bab 8 menjelaskan tentang
professional sebagai pemimpin yang merangkumi teori
kepimpinan dan cirri-ciri pemimpinyang berkesan dan bab 9
ialah professional sebagai pekerja.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

104

Bab ini menerangkan definisi hak individu,hak-hak

pekerja, undang-undang dan ciri-ciri pekerja idaman

majikan.Buku ini juga mengikut sukatan kursus Etika

profesionalisme untuk kolej Vokasional di lengkapi dengan

jadual,rajah dan gambar bagi membantu pemahaman pelajar

juga terdapat Nota yang mudah difahami bagi membantu

pelajar memahami etika dalam profesion dan latihan setiap

akhir bab bagi membantu pelajar menguasai topik yang

dipelajari serta sekilas minda di akkhir setiap bab bagi

mengukuhkan pemahaman pelajar.

Buku ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar dan

sesiapa sahaja yang bakal melangkah kealam pekerjaan.Etika

Profesional merupakan asas yang perlu diketahui oleh para

pelajar serta memandu mereka menjadi pekerja yang

professional dalam pekerjaan kelak

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan

isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan

buku tersebut.

105

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

105

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: HABITAT Manusia dan Pengurusannya
Pengarang : Hamidi Ismail dan
Tuan Pah Rokian Syed Hussain
Penerbit : DBP
Bil.Mukasurat :158
No.ISBN :978-983-49-0221-6
No.Panggilan : MAN 304.2 HAB
Harga :RM 20.25

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 106
106

Buku ini mengandungi yang memaparkan isu habitat 107

manusia yang menghadapi gangguan kesan daripada
pembangunan.Kesan yang wujud bukan perkara baharu sejarah
pengurusan alam sekitar telah sekian lama ,iaitu sejak
awal abad ke -20.Hal ini terjadinya dengan wujud
perlombongan dan pengenalan kepada tanaman komersil
seperti getah dan kelapa sawit.Buku ini membincangkan
tentang masalah habitat manusia berkaitan dengan kualiti
alam sekitar , Buku ini mengandungi enam topik awal
merupakan bahagian gangguan habitat manusia dan tiga
topik seterusnya melibatkan bahagian pengurusan habitat
manusia.Dalam bahagian pengurusan habitat manusia artikel
yang dimuatkan turut menjelaskan keadaan pengurusan
habitat manusia sedia ada bersama-sama cadangan sistem
pengurusan habitat manusia. Bahagian 1 mengandungi 6 bab
Bab 1 membincangkan Pembangunan Bandar dan Kemorosotan
habitan manusia,Bab 2 Habitat Masyarakat orang
asli :impak program penempatan tersusun,Bab 3 Degradasi
persekitaran Bandar dan impak kesihatan,Bab 4 Dinamika
zon pinggir pantai dan habitat manusia, bab 5
Perkembangan habitat manusia : Tekanan terhadap
persekitaran dan penularan penyakit berjangkit,Bab 6
Ruang siber sebagai habitat generasi Y dan Z,dan bahagian
2 memgandungi 2 bab Bab 7 Pengurusan alam sekitar dari
aspek undang-undang terhadap ancaman habitat dan bab 8
Perancangan Komuniti dan kelestarian persekitaran Bandar.

Walaupun buku ini tidak memuatkan semua isu
berkaitan dengan dilema dalam sebuah habitat,namun
lontaran menerusi penulisan bab-bab seperti yang
disenaraikan adalah asas penting untuk membuka minda
pembaca dan pengkaji bidang.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

107

Dalam buku ini menceritakan tentang habitat
manusia yang boleh musnah disebabkan oleh aktiviti
seharian mereka/Pelbagai cara dilakukan oleh pihak
kerajaan dalam menangani masalah kemorosotan habitat
manusia ini,namun isu alam sekitar masih wujud dan
memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk menanganinya.
Buku ini juga diharap dapat memenuhi keperluan semua
lapisan masyarakat sama ada orang awam,pengkaji,ahli
akademik,pelajar atau pihak berkepentingan.selain itu
buku ini juga dijadikan sebagai bahan rujukan pada
peringkat pengajian tinggi khususnya aspek pengurusan
alam sekitar.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

108

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

108

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Kamus Farmasi FARMAKOLOGI
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Bil.Mukasurat : 111
No.ISBN : 978-983-46-1624-3
No.Panggilan : MAN 615.103 KAM

Harga : RM 22.10

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 109
109

Buku Kamus Farmasi FARMAKOLOGI merupakan suatu 110
kajian menyeluruh sains dan aplikasi klinikal ubat-
ubatan, yang merangkumi kajian mengenai drug serta
sumber , sifat, kandungannya,dan termasuk juga aspek
penyediaan, kegunaan secara subbidang farmakognosi,
farmakokinetik, farmakodinamik, farmakoterapeutik dan
toksikologi di terbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
sebagai bahan rujukan yang berkaitan dengan kamus
serta istilah huraiannya . Kamus Farmasi : Farmakologi
ini mengandungi 294 entri,hasil penyusunan yang
dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang farmasi
khususnya subbidang farmakologi.

Pengubalan dan penyelarasan istilah Farmasi:
Farmakologi ini telah dilakukan semasa pertemuan
siding ke -10 pakar MABBIM iaitu siding yang
mempertemukan pakar-pakar bahasa dari Negara Brunei
Darulsalam,Indonesia dan Malaysia .Istilah-istilah
yang disepakati kemudian diputuskan untuk dijadikan
entri kamus istilah untuk kemudahan rujukan pengguna.

Pedoman Penggunaan Kamus Farmasi : Farmalogi
mengandungi bahagian A. Entri - Entri ialah istilah
bahasa melayu yang konsepnya ditakrifkan dalam buku
ini semua entri dalam kamus ini diberikan dalam bahasa
Melayu dan padanannya dalam bahasa inggeris.Padanannya
diletakkan dalam tanda kurung dengan menggunakan huruf
condong. Pedoman Penggunaan Kamus Farmasi, Bahgian B
Takrif semua takrif diberikan selepas padanan bahasa
asing dengan menggunakan huruf biasa,Bahagian C Jenis
huruf dan tanda baca huruf tebal digunakan untuk
menandai perkara yang berikut.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

110

Semua entri dan istilah sinonim yang dimuatkan pada

akhir takrif sesuatu entri, Huruf condong digunakan dalam

hal-hal yang berikut iaitu padanan istilah dalam bahasa asing

pada entri , Tanda kurung Bulat pula digunakan untuk menandai

perkara-perkara berikut iaitu padanan bahasa inggeris pada

entri serta asal – usulnya dan D singkatan iaitu singkatan

khusus yang digunakan dalam kamus ini adalah seperti berikut

Ig – Inggeris, Br – Brunei Darussalam id- Indonesia

singkatan / simbol yang sudah lazim digunakan dalam sesuatu

bidang ilmu dikekalkan.Penerbitan kamus ini dapat

dimanafaatkan oleh pengguna khususnya untuk mendapatkan

penjelasan tentang konsep-konsep yang didukung oleh istilah-

istilah dalam bidang ini serta kamus ini menjadi sumber

rujukan yang berguna untuk pelajar institusi pengajian

tinggi,pensyarah dan pengamal dalam bidang

Farmasi:Farmakologi serta pengguna umum yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut.

111

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

111

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Siri Kolej Vokasional - KEUSAHAWANAN
Pengarang:Norhana Mustapha/Sumaiyah Mamat Zambi/

Rafidah Manap / Mokhtar Pet
Penerbit : OXFORD FAJAR
Bil.Mukasurat : 150

No.ISBN: 978-983-47-2815-1
No.Panggilan: MAN 658.421 NOR

Harga : RM 28.50

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 112
112

Buku ini diterbitkan mengikut sukatan kursus 113
keusahawanan bagi para pelajar peringkat diploma di
kolej Vokasional seluruh Malaysia.Buku keusahawanan
ini ditulis untuk memenuhi hasil pembelajaran kursus
yang bertumpu kepada konsep keusahawanan.Buku ini
memberikan pendedahan tentang konsep keusahawanan
proses penyediaan rancangan perniagaan serta etika
keusahawanan yang boleh menarik minat para pelajar
untuk menceburi bidang ini.Buku ini mengandungi lima
bab ,iaitu Bab 1 pengenalan kepada keusahawanan
merangkumi skop dan teori keusahawanan ,Bab 2
membincangkan tentang Etika Profesionalisme dan
tanggungjawap sosial iaitu pendedahan dengan nilai-
nilai etika keusahawanan,Bab 3 ini amat penting kerana
panduan penyediaan rancangan Perniagaan keusahawanan,
Bab 4 Pengurusan Perniagaan kecil membincangkan aspek
pengeluaran,pemasaran dan kewangan ketiga-tiga aspek
ini menyentuh definisi kepentingan peranan dan proses
pengurusan sesuatu perniagaan.Bab 5 pula menerangkan
tentang School Enterprise secara umum dengan
menyatakan objektif penubuhan dan kaedah
pelaksanaannya.

Selain para pelajar kolej Vokasional, Buku ini
juga sesuai untuk dijadikan bahan rujukan oleh pelajar
di institut pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang
mengambil bidang perniagaan dan keusahawanan atau
sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang ini.Dalam
buku ini juga mengandungi sukatan pelajaran terkini
subjek Keusahawanan untuk kolej Vokasional.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

113

Teks dilengkapi dengan jadual,rajah dan gambar bagi

membantu pemahaman pelajar,disediakan juga Nota yang mudah

difahami bagi membantu pelajar memahami asa keusahawanan,

latihan diakhir setiap bab bagi membantu pelajar menguasai

topik yang dipelajari dan imbasan semula isi kandungan di

akhir setiap bab bagi mengukuhkan pemahaman pelajar.Buku ini

dapat membekalkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dalam

bidang keusahawanan sebagai satu pilihan kerjaya agar dapat

melahirkan dan membina modal insane generasi usahawan muda

yang berdaya saing dan mampu berdiri seterusnya mengurangkan

kebergantungan kepada kerajaan.Buku ini juga dapat memberikan

manfaat kepada para pelajar dan pembaca,selain menjadi

rujukan untuk memupuk minat mereka dalam bidang

keusahawanan.selain itu program School Enterprise diharap

akan terus menjadi tapak permulaan kepada para pelajar untuk

menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut.

114

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

114

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk :Siri Kolej Vokasional – KHIDMAT KOMUNITI
Pengarang : Fazilah Idris / Jamilah Manap / Nor
Azilawati Mat Isa
Penerbit : OXFORD FAJAR
Bil.Mukasurat: 166
No.ISBN: 978-983-47-3256-1
No.Panggilan : MAN 378.103 FAZ
Harga : RM 28.50

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 115
115

Buku ini merupakan buku kurikulum kolej vokasional 116

untuk pelajar Program Diploma Vokasional Malaysia
( DVM ).iaitu buku bidang kemahiran yang wajar dipelajari
oleh semua pelajar bagi memupuk semangat kemasyarakatan
dan kerjasama serta memberikan impak yang positif kepada
pembangunan insaniah pelajar dan komuniti.Buku ini juga
dijadikan sebagai panduan dan rujukan penting oleh guru
dan pelajar untuk memenuhi hasil pembelajaran kursus
disamping menekankan domain komunikasi dan
kepimpinan.Buku ini mengandungi ciri-ciri utama iaitu
sukatan kursus khidmat komuniti yang memenuhi kehendak
kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ), Huraian yang
ringkas dan padat berserta nota,jadual,rajah dan gambar
bagi membantu pemahaman pelajar ,latihan sumatif berserta
jawapan bagi setiap bab dan sekilas minda sebagai
pengukuhan bab di bahagian akhir pembelajaran.

Buku ini mengandungi enam bab yang membincangkan
setiap topiksecara komprehensif ,Bab 1 menerangkan
definisi dan konsep serta teori khidmat komuniti dan
penjelasan mengenai perbezaan antara khidmat komuniti dan
kerja-kerja sukarela dan sukarelawan.Bab 2 menjelaskan
proses penyediaan cadangan kertas kerja, surat rasmi dan
minit mesyuarat serta laporan untuk memastikan program
dapat dirancang serta dilaksanakan secara lebih efisen
dan sistematik. Bab 3 membincangkan kepentingan dan
manafaat penjagaan alam sekitar dan panduan diberikan
mengenai skop pelaksanaan program berkaitan dengan alam
sekitarselain menerapkan tanggungjawap sosial bagi
meningkatkan kesedaran untuk melestarikan kesejateraan
dan menjadikan sebahagian identiti dan budaya hidup
sebuah komuniti.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

116

Bab 4 menerangkan pemikiran kreatif dan kritis dalam

pelaksanaan program khidmat komuniti yang berkaitan dengan

kemudahan awam,bangunan awam dan rumah ibadat,penjagaan

terhadap kemudahan awam dapat mengurangkan risiko

peningkatan kos penyelenggaraan,mengelakan berlakunya

kerosakan yang lebih besar melakukan penjimatan

,mengurangkan risiko kecederaan dan kematian serta

meningkatkan kualiti hidup masyarakat.Bab 5 menjelaskan

keseluruhan proses pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat

yang berkaitan dengan khidmat sosial dan bab 6 pula

menerangkan cabaran dalaman dan luaran dalam penganjuran

program khidmat komuniti.Buku ini juga sesuai dijadikan

panduan kepada sukarelawan atau sesiapa sahaja yang

terlibat dalam aktiviti-aktiviti khidmat sosial dan

kemasyarakatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan

isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan

buku tersebut.

117

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

117

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Mengapa Rezeki Selalu Sempit
Pengarang: Nurul Badriyah Ali

Penerbit: Must Read Sdn Bhd, 2015.
Mukasurat:134

Acc Number : 0003467704
Isbn No : 9789670716312

Harga : Rm13.20
Jenis Buku: Malay Adult NonFiction (MAN297.57NUR)

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 118
118

Tip-tip meluaskan rezeki mengikut al-Quran dan Sunah.

Tahukah Anda? Ramai antara kita yang sering tertanya-
tanya.

"Rutinku keluar pagi balik petang, dapat gaji bayar
hutang, bila nak kaya?"

"Aku kaya, tapi tak bahagia, dia miskin tapi hidupnya
gembira."

Ada cara untuk kita keluar dari belenggu ini.
Justeru itu, kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunah.
Pastinya sukar untuk anda mencari cara meluaskan rezeki
mengikut Al-Quran dan Sunah. Buku ini memudahkan urusan
meluaskan rezeki. Bagi yang kurang nikmat harta, Islam
ada cara untuk menambah rezeki. Bagi yang sedia kaya
harta, tetapi jiwanya kosong, ada formula untuk merawat
hati menjadi tenang

Wang dan kehidupan sememangnya tidak dapat
dipisahkan. Kehidupan kita sehari-hari yang memerlukan
makanan, tempat tinggal dan sebagainya menuntut kita
mempunyai wang. Namun sering kali kita berhadapan dengan
situasi serba tidak cukup.

Selain memuatkan doa yang dapat dibaca ketika
menghadapi kesempitan, penulis turut menghuraikan
bagaimana Al-Quran menyebut tentang pengurusan ekonomi.
Dalam dunia yang kini yang serba mencabar, sewajarnya
kita mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang 119
gelombang ekonomi yang semakin membimbangkan kepada umat
seisi dunia.

Semoga ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat
memandu kita mendapatkan rezeki yang lebih luas. Sesiapa
yang mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam
kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa
ketika dalam kesenangan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

119

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Mobin Mahadin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

120

120

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Beautiful Butterflies
Penulis : Melissa Higgins.

Penerbit: Pebble. Minnesota. 2019.
MukaSurat : 32 Muka Surat.
No Panggilan: EJN 595.789 HIG
ISBN No:978-1-9771-0570-7

Kategori Buku : Kanak-kanak Bukan Fiksyen
( Bahasa Inggeris )
Harga : Rm31.08

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 121
121

Buku Bahasa Inggeris berjudul “Beautiful

Butterflies: A 4D book” . Beautiful Butterflies adalah

Rama-rama yang cantik dalam bahasa Melayu. Buku bacaan

ini sangat sesuai bagi kanak-kanak yang berminat ingin

meneroka jenis-jenis Rama-rama atau kupu-kupu yang

terdapat di sekeliling kita.

Adakah anda pernah melihat rama-rama? Apa yang awak

perasan dulu? Mungkin warna dan coraknya yang cantik.

Rama-rama ialah serangga. Rama-rama mempunyai enam kaki

dan dua pasang sayap dan mempunyai antena yang sangat

panjang. Rama-rama juga mempunyai lidah yang sangat

panjang, berongga dan menghisap nektar.

Rama-rama adalah serangga yang membantu, kaki dan

badan mereka mengambil debunga. Mereka membawa debunga ke

bunga lain. Tumbuhan memerlukan debunga untuk membuat

tumbuhan baru. Terdapat kira-kira 20,000 spesies rama-

rama, mereka tinggal hampir di semua bahagian dunia.

Rama-rama mempunyai sayap yang terang dan berwarna-

warni. Ada rama-rama yang mempunyai sayap yang jelas.

Ada satu jenis rama-rama yang kelihatan seperti daun mati.

pelajari semua tentang rama-rama cantik yang berbeza dari

seluruh dunia.

Tahukah anda, rama-rama tidak mengepakkan sayapnya

ke atas ke bawah. mereka menggerakkannya dalam bentuk 122
atau nombor 8.Tahukah anda rama-rama mempunyai empat

peringkat kehidupan? Mereka bermula sebagai telur. Ulat

menetas dari telur, berputar jadi kepompong dan apabila

menjadi dewasa akan keluar dari kepompong. Ini dipanggil

‘metamorfosis’. Ia mengambil masa dari 30 minit hingga

2 jam untuk rama-rama muda meregangkan dan mengeringkan

sayapnya sebelum ia boleh terbang.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

122

Kandungan buku di persembahkan dengan penerangan
yang mudah difahami berserta dengan gambar beberapa
jenis rama-rama dalam warna warni yang sangat
menarik. Turut di muatkan adalah beberapa pengetahuan
yang mungkin kita tidak pernah tahu. Pelajari semua
tentang rama-rama cantik yang berbeza dari seluruh
dunia. Semoga maklumat yang diberikan bermanfaat kepada
pembaca.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh, 123
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

123

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Brilliant Beetles
Penulis: Melissa Higgins.

Penerbit:Pebble. Minnesota. 2019.
MukaSurat:32 Muka Surat.

No Panggilan: EJN 595.76 HIG
ISBN No :978-1-9771-0569-1

Kategori Buku : Kanak-kanak Bukan Fiksyen
( Bahasa Inggeris )
Harga : Rm31.08

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 124
124

Buku Bahasa Inggeris berjudul “Brilliant Beetles: 125

A 4D book” adalah sebuah buku yang sangat sesuai bagi
kanak-kanak yang berminat ingin meneroka jenis-jenis
Beetles atau dalam Bahasa Melayu di panggil kumbang yang
terdapat di sekeliling kita amnya di bumi kita.
Bumi mempunyai lebih banyak jenis kumbang daripada haiwan
lain. Kira-kira 360,000 spesies kumbang hidup di seluruh
planet ini, membentuk 40 peratus daripada semua serangga.
Kumbang merangkak atau berenang dan ada yang terbang.
Kebanyakan kumbang memakan pepijat atau haiwan lain dan
ada yang makan tumbuhan.
Kebanyakan kumbang merangkak di darat, yang lain berenang
melalui air dan beberapa kumbang terbang. Kelip-kelip
membuat cahaya sendiri. Terdapat satu jenis kumbang makan
tahi haiwan.

Kandungan buku di kemukakan dengan penerangan yang
mudah difahami serta dengan gambar beberapa jenis kumbang
dalam warna warni yang sangat menarik.

Antara nama-nama kumbang yang dipaparkan dalam buku
ini adalah:
1.Weevils.
2.Bombardier Beetles.
3.Crawling Water Beetles.
4.Skin Beetles.
5.Dung Beetles.
6.Diving Beetles.
7.Fireflies.
8.Ladybugs.
9.Longhorn Beetles.
10.Rhinoceros Beetles.
11.Namib Desert Beetles.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

125

Pelajari dan kenali semua tentang kumbang
cemerlang yang berbeza dari seluruh dunia. Semoga
maklumat yang diberikan bermanfaat kepada pembaca.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

126

126

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Buzzing Bees.
Penulis: Melissa Higgins.
Penerbit:Pebble. Minnesota. 2019.
MukaSurat:32 Muka Surat.
No Panggilan: EJN 638.1 HIG
ISBN No:978-1-9771-0568-4
Kategori Buku : Kanak-kanak Bukan Fiksyen

( Bahasa Inggeris )
Harga : Rm31.08

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 127
127

Buku Bahasa Inggeris berjudul “Buzzing Bees : A 4D

book” adalah sebuah buku yang sangat sesuai bagi kanak-

kanak yang berminat ingin meneroka jenis-jenis Bees atau

dalam Bahasa Melayu di panggil lebah yang terdapat di

sekeliling kita amnya di bumi kita.

Adakah anda pernah mendengar dan melihat lebah

berdengung mengelilingi bunga? Adakah anda tahu bunyi

dengungan lebah berasal daripada kepakan sayapnya yang

pantas? Lebah adalah sejenis serangga. Lebah mempunyai

dua pasang sayap. Lebah juga mempunyai dua antena dan

enam kaki. sesetengah lebah mempunyai kaki dan perut

berbulu. Bulu pada kaki dan badan lebah berfungsi

mengumpul debunga. Lebah mempunyai lidah yang panjang

untuk mendapatkan nektar daripada bunga. Lebah sangat

penting. Mereka memindahkan debunga dari satu bunga ke

bunga yang lain. Ini membantu tumbuh-tumbuhan baru tumbuh.

Tanpa lebah, Bumi akan kekurangan tumbuhan. Lebah terbang

dari bunga ke bunga mengumpul debunga dan nektar untuk

dimakan. Sesetengah lebah membuat madu. Terdapat satu

jenis lebah pula memakan daging haiwan mati.

Kira-kira 25,000 spesies lebah hidup di semua

bahagian dunia. Sesetengah lebah adalah sosial. Mereka

tinggal bersama lebah lain di dalam sarang. Lebah lain

menyendiri dan tinggal serta bekerja sendiri. 128

Ketahui semua tentang lebah berdengung yang berbeza

dari seluruh dunia dalam buku ini. Ketahui di dalam

sarang, tiga jenis lebah hidup dalam setiap sarang, iaitu

dron, pekerja dan ratu. Pekerja semuanya betina. mereka

mengumpulkan debunga dan memberi makan kepada lebah muda

dan juga melindungi sarang. Dron adalah jantan, mereka

mengawan dengan ratu. Ratu permaisuri bertelur.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

128

Pelajari dan kenali jenis-jenis lebah yang berbeza

dari seluruh dunia. Antara nama-nama lebah adalah:

1.Bumble Bees.

2.Carpenter Bees.

3.Cukoo Bees.

4.Honey Bees.

5.Killer Bees.

6.Leafcutter Bees.

7.Mining Bees.

8.Oil-Collecting Bees.

9.Vulture Bees.

10.Stingless Bees.

11.Sweat Bees.

Semoga maklumat yang diberikan bermanfaat kepada

pembaca.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan

isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan

buku tersebut.

129

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

129

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Grand Grasshoppers.
Penulis: Megan Cooley Peterson.
Penerbit :Pebble. Minnesota. 2019.

MukaSurat:32 Muka Surat.
No Panggilan: EJN 595.726 PET

ISBN No:978-1-9771-0572-1
Kategori Buku : Kanak-kanak Bukan Fiksyen

( Bahasa Inggeris )
Harga : Rm31.08

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 130
130

Buku Bahasa Inggeris berjudul “Grand

Grasshoppers : A 4D book” adalah sebuah buku yang

sangat sesuai bagi kanak-kanak yang berminat ingin

meneroka jenis-jenis Grasshoppers atau dalam Bahasa

Melayu di panggil ‘Belalang’ yang terdapat di

sekeliling kita amnya di bumi kita.

Pernahkah anda melihat belalang? Mungkin ia

sedang bersembunyi di sebalik sehelai daun. Belalang

adalah serangga. Belalang mempunyai tiga pasang kaki.

Kaki belakang belalang yang panjang membantu mereka

melompat. Seekor belalang boleh melompat kira-kira 20

kali lebih jauh daripada panjang badannya. Belalang

mempunyai dua antena. Belalang menggunakan antena untuk

menghidu dan merasa. Sesetengah belalang mempunyai dua

set sayap.

Ada belalang tidak mempunyai sayap langsung.

Serangga ini memakan daun, rumput dan tumbuhan lain.

Lebih daripada 11,000 spesies belalang hidup di seluruh

dunia. Belalang menyediakan makanan untuk banyak haiwan.

Labah-labah, tikus dan ular memakannya. Tahi belalang

akan menjadikan tanah lebih subur. Tumbuhan akan

tumbuh lebih baik di tanah yang subur. Belalang

melompat di udara. Sebahagian daripada belalang
terbang dalam kawanan luas. Ada yang berwarna terang, 131

ada yang bercampur warna dengan persekitaran mereka.

Ketahui semua tentang belalang yang berbeza dari

seluruh dunia, melalui buku ini yang di kemukakan

dengan penerangan yang mudah difahami sertakan dengan

gambar beberapa jenis belalang dalam warna warni yang

sangat menarik.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

131

Antara nama-nama belalang yang dipaparkan dalam buku
ini adalah:
1.Spur-Throated Grasshoppers.
2.Bird Grasshoppers.
3.Lubber Grasshoppers.
4.Band-Winged Grasshoppers.
5.Bush Grasshoppers.
6.Slant-Faced Grasshoppers.

Pelajari dan kenali semua tentang belalang yang
berbeza dari seluruh dunia. Adakah anda tahu belalang
berkaki merah adalah salah satu daripada belalang yang
paling biasa di amerika syarikat? Dewasa mungkin berwarna
merah dan ungu. Semoga maklumat yang diberikan bermanfaat
kepada pembaca.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan

isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan

buku tersebut.

132

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

132

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia
Penulis: Hamdzah A.Rahman

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka Surat: 130 Muka Surat
No Panggilan: MAN 641.59M
ISBN No: 978-983-46-1592-5
Harga Buku: Rm27.20

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 133
133

Buku yang bertajuk MakananTradisional Masyarakat

Malaysia tulisan Hamdzah A.Rahman sesuai dibaca oleh

pelbagai lapisan masyarakat khususnya bagi individu

pecinta makanan tradisi.

Buku MakananTradisonal masyarakat Malaysia

memeaparkan pelbagai topik-topik tentang himpunan makanan

tradisional di Malaysia.Makanan tradisional ini asalnya

digemari oleh sesuatu kaum sahaja namun kini digemari oleh

kaum lain dan menjadi satu tarikan kepada pelancong luar

Menerusi buku ini diketengahkan aspek penggunaan

bahan mentah tempatan,pemprosesan dan penyediaan makanan

tradisional pelbagai kaum di Malaysia disamping

menonjolkan keunikan khazanah Negara.Semoga dapat

memberikan manfaat kepada kita semua khusunya pecinta

makanan tradisonal

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan

isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan

buku tersebut.

134

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Lawrance Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

134

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Cerita Gagal
Pengarang: Faizah Hamid, Fatin Syamimy

Penerbit : Iman Publication Sdn Bhd
Mukasurat: 248

Acc Number:0003720533
Isbn No:9789832423454

Harga : Rm21.00
Jenis Buku: Malay Adult Nonfiction (MAN 899.283 CER)

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 135
135

Jika kita takutkan kegagalan, bagaimana kita boleh 136
belajar daripadanya?
Setiap episod kegagalan ialah persimpangan yang
membentuk diri kita.

Buku ini merupakan kompilasi kisah-kisah kegagalan
daripada 19 penulis. Ada yang gagal sambung belajar,
gagal lesen memandu, gagal tiga kali peperiksaan untuk
subjek yang sama, gagal meneruskan impian, gagal
dapatkan anak, dan macam-macam jenis kegagalan lagi,
sehingga ada yang ingin putus asa, ada yang mengalami
depresi, ada yang ingin mencederakan diri sendiri. Ada
yang kelakar, ada yang sayu. Tapi satu benda yang
mengagumkan, iaitu mereka semua ini tetap bangkit dari
kegagalan dan tetap positif.

Gagal itu boleh jadi satu persimpangan, boleh jadi
membuka satu jalan yang baru. Parut gagal itu boleh
jadi satu trofi, kerana dengan melalui trek gagal itu
yang kita jadi seperti apa adanya kita hari ini.

Gagal itu tandanya kita mencuba. Tanda kita keluar
dari zon selesa dan berbuat sesuatu yang kita tidak
pasti adakah akan berjaya?

Kegagalan bukan bererti kita gagal selamanya,
gagal itu bererti kita masih belum berjaya.Gagal
setelah mencuba, atau gagal mencuba?

Selamat membaca dan jangan gagal untuk mencuba.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

136

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Mobin Mahadin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

137

137

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Ternakan Ikan Keli
Penulis: Nasnan Jajuli

Penerbit: Percetakan Mesbah Sdn Bhd
Muka Surat: 102 Muka Surat

No Panggilan: MAN 639.37492 NAS
ISBN No: 978-983-49-1272-7
Harga Buku: Rm21.00

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 138
138

Buku ternakan ikan keli siri usahawan tani sangat

sesuai dibaca oleh seluruh lapisan masyarakat apatah lagi

kepada individu yang berminat mengusahakan ikan keli

sebagai sumber menjana pendapatan

Industri penternakan ikan keli merupakan industri

yang menguntungkan.Pemintaan yang tinggi,pulangan yang

cepat dan tidak memerlukan ruang yang besar disamping kos

penyelenggaraan yang rendah menjadikan industri ini

menjadi pilihan untuk diusahakan

Buku ini mengandungi 8 bab yang member panduan dan

maklumat berkenaan proses menternak sehinggalah kepada

pemasaran ikan keli seterusnya kepada rawatan dan kawalan

pentakit.Tidak dinafikan buku ini sangat sesuai menjadi

bahan rujukan untuk menambah pengetahuan tentang

penternakan ikan keli

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan

isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan

buku tersebut.

139

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Lawrance Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

139

Jika anda berminat untuk meminjam buku yang terdapat
dalam naskhah flipbook ini, anda boleh hubungi kami
ditalian
087-336097
( waktu pejabat sahaja )
atau
klik Sent Message pada link
di Page Muka Buku/ FaceBook Rasmi
Perpustakaan Cawangan Keningau.
Pastikan anda telah menjadi ahli Perpustakaan Negeri
Sabah terlebih dahulu.

Nota : Tersedia untuk kemudahan Pandu lalu di
Perpustakaan Cawangan Keningau
( Kecuali Buku Koleksi Rujukan )

Hubungi kami di talian berikut :
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752

#malaysiamembaca
#sabahmembaca
#stayathome
#dudukrumah
#bacadirumah
#letsreadtogether
#letsreadabook
#readmeabook
#sabahstatelibrary

#perpustakaannegerisabah
#agmOktober2021

140

Untuk pertanyaan sila hubungi :
Peti Surat 174 ,89008 Keningau SABAH.

Tel:087336097/336096 (Operator )
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752

Seksyen Rujukan Maklumat : 087-331769
Unit Hypermedia : 087-331760
Fax: 087-338022

https://www.facebook.com/perpustakaancawangankeningausabah

TERIMA KASIH !

141


Click to View FlipBook Version