The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-11-02 01:19:48

Kompilasi Ulasan Buku Oktober 2021 Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Keywords: Novel,Cinta,masyarakat,Etnik,Budaya,Sejarah,Kesihatan,Makanan,Menu,Resepi,Jus,Minuman,Buah-buahan,Agama,Islam,Love,Tumbuh-tumbuhan,Haiwan,Kisah,Fiksyen,Bukan Fiksyen,Kanak-kanak,Teladan,Moral

Pandelala dari kaum Bidayuh dan kepopularannya turut

menguja masyarakat Bidayuh, ini kerana kaum Bidayuh

bukanlah budaya yang dikenali masyarakat luar negeri

Sarawak, namun kemenangan Pandelala di Sukan Olimpik

mengubah keadaan ini dan seluruh rakyat Malaysia lebih -

lebih lagi masyarakat Bidayuh berbangga dengan kejayaan

yang telah dikecapi oleh penerjun Negara ini. Kecekalan,

disiplin yang tinggi serta visi dan misi yang beliau

sematkan dalam dirinya telah membuktikan kepada semua

bahawa seseorang atlet tanpa mengira latar belakang mampu

meraih kejayaan dalam sukan seiring dengan kejayaan dalam

pendidikan. Kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh

Pandelala ini dapat memberi inspirasi kepada golongan

belia agar mampu mengharungi segala rintangan dengan tabah

dalam apa juga bidang yang diceburi untuk menikmati sebuah

kejayaan .

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan

isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan

buku tersebut 51

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

51

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Tips untuk Budak Medik
Penulis : Dr. Noor Hayati Yasmin Nga Timin
Penerbit : Dr. Noor Hayati Yasmin Nga Timin

No Panggilan : MAN 610.71 NOO
Muka Surat : 132

ISBN No: 978-967- 129-23-65
Harga : RM 9.75

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 52
52

Buku yang bertajuk Tips untuk Budak Medik ini 53
merupakan sebuah buku yang amat sesuai bagi pelajar
yang mengambil jurusan perubatan dalam meneruskan
pelajaran atau lebih dikenali sebagai ‘ budak
medik’ . Buku ini ditulis oleh salah seseorang yang
juga merupakan bekas pelajar dalam bidang perubatan,
Dr. Noor Hayati Yasmin Nga Timin yang juga minat dalam
bidang penulisan dan memutuskan untuk berkongsi tips
sebagai pelajar perubatan melalui buku ini. Buku ini
mempunyai sebanyak 132 halaman muka surat yang telah
mengkongsikan pelbagai maklumat mengenai tips- tips
untuk budak medik.

Saban hari, semakin ramai yang minat dalam
meneruskan pengajian kedoktoran. Ini dapat dibuktikan
dimana terdapat peningkatan kepada bilangan pelajar
yang ribuan mengambil bidang perubatan dimana- mana
universiti sama ada tempatan mahupun luar negara.
Walaupun demikian, hakikatnya tidaklah sedemikian rupa,
kebanyakan para pelajar tidak pun dapat menghabiskan
pengajian mereka dalam bidang ini. Sebagaimana mereka
mengimpikan untuk meraih segulung ijazah dan menjadi
doktor, hanya segelintir yang benar- benar
meraihkannya. Ini kerana pengajian dalam bidang
perubatan ini bukanlah mudah, pasti ada onak dan
durinya.

Oleh yang demikian , buku ini hadir dalam memberi
bantuan kepada pelajar medik di luar sana untuk
mencapai cita-cita mereka memegang gelaran doktor.
Melalui buku ini, terdapat pelbagai tipstips dan
persoalan yang dikongsikan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

53

Antaranya cara belajar yang perlu konsisten serta

mengenalpasti cara belajar yang sesuai. Masa belajar harus

ditetapkan sesi ulangkaji yang dianggap sebagai temujanji

yang penting buat anda. Selain itu, tips-tips bagi tahun pra

klinikal, tahun klinikal, cara mengurangkan stress, cara

untuk mahir Bahasa inggeris, tips sebelum menduduki

peperiksaan. Terdapat juga jawapan kepada persoalan seperti

kenapa pesakit tak suka saya? Layak ke saya jadi doktor? Apa

nak buat lepas exam ? dan istilah keputusan cukup makan serta

banyak lagi.

Kesemua penjelasan mengenai tips-tips telah pun

dihuraikan secara terperinci melalui buku ini yang amat

sesuai dijadikan panduan , dan bukan budak medik sahaja yang

boleh membaca buku ini para pelajar jurusan lain juga turut

boleh membaca buku ini. Akhir kata, melalui perkongsian

maklumat di dalam buku ini, semoga para pembaca mendapat

manfaat kepada diri dalam menceburi bidang ini dan mendapat

sesuatu yang bakal menjadikan hidup anda lebih bermakna.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku 54

tersebut

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

54

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Dilema Guru : Kerjaya Yang Saya Pilih
Bukan Kerana Dipilih
Penulis: Naffi Mat

Penerbit: Tintarona Publications Sdn Bhd
Mukasurat: 184 Halaman

No.Panggilan: MAN 371.10019 NAF
No.Isbn: 978-983-3514-53-3

Kategori Buku :Bukan Fiksyen / Bahasa Malaysia

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 55
55

Buku ini menceritakan dilema yang dihadapi para guru 56
pada masa kini. Apa yang perlu seorang guru tahu adalah
kerjaya sebagai guru ini merupakan satu kerjaya yang
sangat mencabar, satu kerjaya yang sangat mulia dan satu
kerjaya yang menuntut sejuta pengorbanan daripada seorang
insan yang bergelar guru. Namun insan yang bergelar guru
ini tidak dapat mengelak dari melalui pelbagai dugaan dan
cabaran dalam menjalankan tugas menjadi seorang pendidik.
Disebabkan pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dilalui
oleh seorang guru maka para guru ini tidak dapat mengelak
dari berdepan dengan dilema semasa menjalankan amanah dan
tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Terdapat sebelas
tajuk utama dalam isi kandung buku ini. Kesemua tajuk –
tajuk utama buku ini akan menceritakan bagaimana kerjaya
seorang guru dan cabaran – cabaran yang perlu ditempuhi.

Kerjaya guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan
perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat. Selain
menempuhi cabaran dari segi lokasi, jarak, keadaan
laluan,tempat tinggal, bekalan api, bekalan air dan
tahap liputan laluan telco serta internet sesebuah
sekolah tempat bertugas para guru juga akan berdepan
cabaran – cabaran lain. Disebabkan cabaran – cabaran
ini banyak guru amat dilema dalam melaksanakan tugas.
Sesorang guru memerlukan kekuatan dalaman iaitu arah
hidup yang jelas yang akan memberikan keyakinan,
ketenangan dan kesabaran yang dapat mengawal kehendak
hati dan perasaan yang buruk. Kekuatan dalaman ini juga
perlu untuk membantu dalam mengambil dan membezakan
tindakan – tindakan yang perlu dilakukan atau tidak
perlu dilakukan semasa membuat keputusan dalam apa jua
perkara. Kekuatan dalaman ini juga akan membantu seorang
guru dalam melakukan tindakan yang konstruktif.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

56

Seorang guru perlu sentiasa mengambil iktibar 57
terhadap apa jua yang dilalui agar guru sentiasa bangkit
darpada nilai – nilai yang dapat menjatuhkan moral dan
semangat seorang guru. Seorang guru seharusnya tampil
sebagai pendidik, pembimbing, penunjuk cara, pendamping,
pemimpin, penyelesai masalah, fasilitator dan motivator
kepada pelajar – pelajar. Seorang guru juga merupakan
ikon dan menjadi tonggak kejayaan bagi semua pelajar.
Dengan itu seorang guru wajib menunjukkan keperibadian
yang positif dan suportif biarpun dalam keadaan dilema.
Seorang guru perlu memiliki sikap profesional. Dengan
menunjukkan sikap profesional ini akan menampakkan
keberhasilan dan pencapaian terhadap usaha yang dilakukan.
Para pelajar juga akan menerima manfaat dengan sikap
professional yang ditunjukkan oleh seorang guru iaitu
dengan memperolehi keputusan dalam bidang akademik yang
cemerlang.

Banyak lagi maklumat – maklumat tentang kerjaya
seorang guru boleh diperolehi dan diketahui dalam isi
kandung buku ini. Buku ini sesuai dibaca oleh pengurus
pentadbiran dalam sektor pendidikan,guru – guru, bakal
guru dan kepada sesiapa sahaja yang berminat mengetahui
kerjaya menjadi seorang guru. Dalam isi kandung buku ini
juga akan menerangkan bagaimana seorang guru boleh
memahami hakikat diri sebagai seorang guru, persediaan
diri untuk menghadapi cabaran perguruan serta mengetahui
permasalahan pengurusan pembelajaran. Diharap segala
maklumat , fakta - fakta, kaedah –kaedah dan kata –
kata hikmah yang ada dalam kandungan buku ini dapat
membantu menambah ilmu serta memberi manfaat kepada para
guru. Buku ini juga sesuai dijadikan buku panduan para
guru untuk menjadi pendidik yang Berjaya dan berwawasan .

Bersambung dimuka surat seterusnya……

57

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku

dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan

Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri

Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui

ketersediaan buku tersebut

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

58

58

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Hidup Ini Elak Pembaziran
Siri : Bijak Mengurus Wang
Penulis : Zabri Hazry
Ilustrasi : -

Penerbit : Aras Ilmu Enterprise
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP ZAB
ISBN No: 978-967-0680-21-7 (Set)

ISBN No: 978-967-0680-22-4
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa

Melayu
Harga : RM 17.70

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 59
59

Buku yang bertajuk Hidup Ini Elak Pembaziran,

adalah sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak

daripada “Siri Bijak Mengurus Wang” Buku ini

mempunyai 24 halaman bercetak yang ditulis oleh Zabri

Hazry. Wang amat penting dalam kehidupan seharian.

Justeru, kanak-kanak perlu diajar cara mengurus wang

dengan betul. Hal ini dapat membantu mereka

mempelajari nilai-nilai murni berkaitan kewangan

seperti berjimat cermat, menabung, melabur serta tidak

boros berbelanja. Justeru, Siri Bijak Mengurus Wang

bukan sekadar sebuah siri buku cerita. Ia merupakan

siri yang mendidik kanak-kanak cara yang betul

menguruskan wang secara yang berhemah dan sistematik

dalam bentuk cerita. Pendidikan sebegini dapat

membentuk mereka cara berbelanja apabila dewasa kelak.

Buku cerita yang penuh warna-warni ini diselitkan tip-

tip berguna mengurus wang secara yang tidak langsung.

Siri ini juga mempunyai glosari dan iktibarnya.

Encik Badri mempunyai dua orang anak yang sedang

meningkat remaja. Mereka ialah Razif dan Mariana.

Mereka bertiga tinggal disebuah rumah yang besar di

tengah ibu kota. Pada suatu hari, seorang pencatat bil

elektrik telah datang ke rumah mereka. Encik Badri 60

terkejut apabila mendapat bil elektrik yang tinggi pada

bulan itu. Tanpa berlengah Encik Badri masuk ke bilik

Razif dan beliau sangat kesal apabila melihat lampu dan

kipasnya terpasang. Namun Razif tiada di dalam

biliknya. Keadaan yang sama juga semasa Encik Badri

masuk ke dalam bilik Mariana. Mariana tiada tetapi

komputer dan lampu dibiarkan terpasang.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

60

Pada petangnya, Encik Badri memanggil kedua-dua
anaknya untuk berbincang dan menasihati mereka membazir
elektrik amalan yang tidak baik. Malangnya Razif dan
Mariana tetap membazir elektrik pada hari berikutnya.
Pada ketika itu juga Encik Badri terlupa membayar bil
elektrik. Ini menyebabkan elektrik dirumah mereka
dipotong. Pada malam itu, mereka duduk dalam keadaan
gelap. Razif dan Mariana berasa kesal dengan perbuatan
mereka. Hidup ini kena berjimat cermat dan tidak boleh
membazir, apa yang berlaku harus dijadikan pengajaran
dan amalkan sikap berjimat cermat, nasihat ayah mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku

dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan

Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri

Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui

ketersediaan buku tersebut

‘ BACA TERAPI MINDA’ 61

Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

61

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Inilah Berkatnya Menabung
Siri : Bijak Mengurus Wang
Penulis : Zabri Hazry
Ilustrasi : -

Penerbit : Aras Ilmu Enterprise
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP ZAB
ISBN No: 978-967-0680-21-7 (Set)

ISBN No: 978-967-0680-23-1
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak

Bahasa Melayu
Harga : RM 17.70

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 62
62

Buku yang bertajuk, Inilah Berkatnya Menabung adalah 63
sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada
“Siri Bijak Mengurus Wang” Buku ini mempunyai 24
halaman bercetak yang ditulis oleh Zabri Hazry. Wang
amat penting dalam kehidupan seharian. Justeru, kanak-
kanak perlu diajar cara mengurus wang dengan betul. Hal
ini dapat membantu mereka mempelajari nilai-nilai murni
berkaitan kewangan seperti berjimat cermat, menabung,
melabur serta tidak boros berbelanja. Justeru, Siri
Bijak Mengurus Wang bukan sekadar sebuah siri buku cerita.
Ia merupakan siri yang mendidik kanak-kanak cara yang
betul menguruskan wang secara yang berhemah dan
sistematik dalam bentuk cerita. Pendidikan sebegini
dapat membentuk mereka cara berbelanja apabila dewasa
kelak. Buku cerita yang penuh warna-warni ini diselitkan
tip-tip berguna mengurus wang secara yang tidak langsung.
Siri ini juga mempunyai glosari dan iktibarnya.

Murni adalah seorang anak yatim. Dia tinggal
bersama ibunya. Mereka hidup miskin. Walaupun hidup
susah, Murni tekun belajar. Guru di sekolah sayangkan
Murni kerana dia seorang murid yang rajin. Setiap hari,
Murni berjalan kaki ke sekolah kerana dia tiada basikal.
Disebakan berjalan kaki ke sekolah setiap hari, kasut
sekolahnya menjadi lusuh dan koyak. Murni berasa sedih
kerana kawan-kawannya mentertawakan kasutnya. Murni
berazam untuk menabung duit agar dapat membeli kasut
baharu kerana ibunya tidak ada duit. Murni menyimpan
wang saku sekolanya setiap hari ke dalam tabung. Begitu
juga dia akan menyimpan wang upah yang diberi oleh ibunya.
Pada hari raya, Murni mendapat duit raya yang banyak lalu
disimpan di dalam tabungnya. Wang tabungan Murni semakin
penuh.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

63

Dia mahu membeli kasut sekolah baharu. Murni dan

ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli kasut sekolah

baharu. Murni sangat gembira kerana mendapat kasut

baharu. Dan rakan-rakannya tidak akan mentertawakan

kasut sekolahnya lagi. Inilah berkatnya menabung, wang

yang disimpan sedikit demi sedikit akan menjadi bukit

kata ibu Murni.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku

dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan

Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri

Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui

ketersediaan buku tersebut

‘ BACA TERAPI MINDA’ 64

Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

64

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Sedekah Itu Menambah Harta
Siri : Bijak Mengurus Wang
Penulis : Zabri Hazry
Ilustrasi : -

Penerbit : Aras Ilmu Enterprise
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP ZAB
ISBN No: 978-967-0680-21-7 (Set)

ISBN No: 978-967-0680-25-5
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak

Bahasa Melayu
Harga : RM 17.70

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 65
65

Buku yang bertajuk, Sedekah Itu Menambah Harta 66
adalah sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak
daripada “Siri Bijak Mengurus Wang” Buku ini mempunyai
24 halaman bercetak yang ditulis oleh Zabri Hazry. Wang
amat penting dalam kehidupan seharian. Justeru, kanak-
kanak perlu diajar cara mengurus wang dengan betul. Hal
ini dapat membantu mereka mempelajari nilai-nilai murni
berkaitan kewangan seperti berjimat cermat, menabung,
melabur serta tidak boros berbelanja. Justeru, Siri
Bijak Mengurus Wang bukan sekadar sebuah siri buku cerita.
Ia merupakan siri yang mendidik kanak-kanak cara yang
betul menguruskan wang secara yang berhemah dan
sistematik dalam bentuk cerita. Pendidikan sebegini
dapat membentuk mereka cara berbelanja apabila dewasa
kelak. Buku cerita yang penuh warna-warni ini diselitkan
tip-tip berguna mengurus wang secara yang tidak langsung.
Siri ini juga mempunyai glosari dan iktibarnya.

Pak Amin dan Rizal pergi ke surau. Pada hari itu
mereka mahu mendengar kuliah agama. Pak Amin mendengar
kuliah agama tentang sedekah. Ustaz Jalil menerangkan
bahawa menderma wang adalah suatu sedekah dan berbuat
baik kepada orang yang miskin. Dan mereka yang memberi
sedekah akan mendapat pahala serta mendapat balasan yang
baik daripada Tuhan. Pak Amin berkata kepada Rizal untuk
jangan bersikap kedekut akan harta yang mereka miliki.
Tuhan akan menambah harta mereka yang bersedekah. Di
sekolah, guru mengajar mereka tentang sedekah. Wang yang
disedekah memberi banyak manfaat kepada orang miskin.
Orang miskin hidup dalam kesusahan. Bersedakahlah kepada
mereka seperti wang atau makanan, kata guru Rizal. Suatu
malam, Pak Amin dan Rizal menonton siaran berita tentang
berlakunya banjir besar.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

66

Mereka mengumpul barang-barang dan pakaian yang
tidak diperlukan lagi tetapi masih elok untuk
disedekahkan kepada mangsa banjir. Sejak itu, amalan
sedekah sentiasa dilakukan oleh Rizal dan ayahnya,
kerena bersedekah adalah cara bijak mengurus wang dan
Tuhan akan menambah rezeki mereka yang suka bersedekah
kepada sesiapa sahaja yang mendapat musibah dan mereka
ini wajib dibantu melalui sedekah.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku

dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan

Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri

Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui

ketersediaan buku tersebut

‘ BACA TERAPI MINDA’ 67

Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

67

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Suhada Mencari Wang Saku
Siri : Bijak Mengurus Wang
Penulis : Zabri Hazry
Ilustrasi : -

Penerbit : Aras Ilmu Enterprise
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP ZAB
ISBN No: 978-967-0680-21-7 (Set)

ISBN No: 978-967-0680-26-2
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa

Melayu
Harga : RM 17.70

68

Bersambung dimuka surat seterusnya……

68

Buku yang bertajuk, Suhada Mencari Wang Saku 69
adalah sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak
daripada “Siri Bijak Mengurus Wang” Buku ini
mempunyai 24 halaman bercetak yang ditulis oleh Zabri
Hazry. Wang amat penting dalam kehidupan seharian.
Justeru, kanak-kanak perlu diajar cara mengurus wang
dengan betul. Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari nilai-nilai murni berkaitan kewangan
seperti berjimat cermat, menabung, melabur serta tidak
boros berbelanja. Justeru, Siri Bijak Mengurus Wang
bukan sekadar sebuah siri buku cerita. Ia merupakan
siri yang mendidik kanak-kanak cara yang betul
menguruskan wang secara yang berhemah dan sistematik
dalam bentuk cerita. Pendidikan sebegini dapat
membentuk mereka cara berbelanja apabila dewasa kelak.
Buku cerita yang penuh warna-warni ini diselitkan tip-
tip berguna mengurus wang secara yang tidak langsung.
Siri ini juga mempunyai glosari dan iktibarnya.

Suhada anak orang miskin. Dia tinggal bersama-
sama ibunya. Ayah Suhada sudah meninggal dunia.
Setiap hari, Suhada akan menolong ibunya bekerja di
sawah. Tanah sawah mereka kecil sahaja. Di situlah
tempat mereka mencari rezeki. Pada suatu pagi Guru
Suhada memberitahunya bahawa dia belum membayar yuran
sekolah. Suhada berasa sedih dan malu dengan rakan-
rakanya yang lain yang sudah membayar yuran. Suhada
mahu berdikari mencari wangnya sendiri. Dia meminta
bantuan daripada ibunya memasakkan nasi lemak untuk
dijual kepada kawan-kawannya.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

69

Setiap hari nasi lemak yang dijualnya sangat
laris. Ramai yang membeli nasi lemak ibunya. Suhada
mengamalkan sikap menabung wang saku dan wang jualan
nasi lemak ibunya. Semakin lama, wang simpanan Suhada
kian banyak. Suhada berasa gembira. Suatu hari, Ah
Heng telah mengajak Suhada datang ke rumahnya, kerana
ada banyak barang yang boleh dikitar semula dan boleh
dijual. Mereka menghantar barang-barang tersebut ke
pusat kitar semula. Hasil wang jualan itu diberi semua
kepada Suhada. Kini Suhada mempunyai wang yang cukup
untuk membayar yuran persekolahannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’ 70

Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

70

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Melabur Baik Untuk Masa Hadapan
Siri : Bijak Mengurus Wang
Penulis : Zabri Hazry
Ilustrasi : -

Penerbit : Aras Ilmu Enterprise
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP ZAB
ISBN No: 978-967-0680-21-7 (Set)

ISBN No: 978-967-0680-28-6
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak

Bahasa Melayu
Harga : RM 17.70

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 71
71

Buku yang bertajuk, Melabur Baik Untuk Masa 72
Hadapan adalah sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-
kanak daripada “Siri Bijak Mengurus Wang” Buku ini
mempunyai 24 halaman bercetak yang ditulis oleh Zabri
Hazry. Wang amat penting dalam kehidupan seharian.
Justeru, kanak-kanak perlu diajar cara mengurus wang
dengan betul. Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari nilai-nilai murni berkaitan kewangan
seperti berjimat cermat, menabung, melabur serta tidak
boros berbelanja. Justeru, Siri Bijak Mengurus Wang
bukan sekadar sebuah siri buku cerita. Ia merupakan
siri yang mendidik kanak-kanak cara yang betul
menguruskan wang secara yang berhemah dan sistematik
dalam bentuk cerita. Pendidikan sebegini dapat
membentuk mereka cara berbelanja apabila dewasa kelak.
Buku cerita yang penuh warna-warni ini diselitkan tip-
tip berguna mengurus wang secara yang tidak langsung.
Siri ini juga mempunyai glosari dan iktibarnya.

Pada hari gajinya, ayah Kamal mengajak Kamal ke
bank. Ayah dan Kamal pun menuju ke bank yang terletak
di Bandar Mahligai Putra. Setiba di bank, ayah Kamal
membayar caruman tabung amanah pendidikan buat Kamal.
Kamal bertanya kenapa ayahnya perlu mencarum ke tabung
amanah pendidikan. Ayah Kamal menerangkan tabung itu
adalah simpanan untuk membayar kos pendidikan Kamal
apabila dewasa kelak. Menabung dari awal akan
mendapat pulangan yang lebih tinggi. Tambah ayahnya
lagi mereka perlulah melabur dalam amanah saham agar
mendapat untung dalam jangka masa panjang.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

72

Ayah Kamal menerangkan lagi mereka boleh melabur
dalam pelbagai bentuk untuk mendapat lebih banyak
pulangan pada masa hadapan, contohnya membeli tanah
kerana nilainya akan bertambah. Pulangan wang yang
dilaburkan juga dapat membiayai kos pendidikan Kamal
kelak. Bak kata orang tua-tua melabur sedikit demi
sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’ 73

Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

73

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Menyimpan Wang di Tempat Selamat
Siri : Bijak Mengurus Wang
Penulis : Zabri Hazry
Ilustrasi : -

Penerbit : Aras Ilmu Enterprise
Muka Surat : 24

No. Panggilan : MJP ZAB
ISBN No: 978-967-0680-21-7 (Set)

ISBN No: 978-967-0680-29-3
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak

Bahasa Melayu
Harga : RM 17.70

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 74
74

Buku yang bertajuk, Menyimpan Wang di Tempat 75
Selamat adalah sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-
kanak daripada “Siri Bijak Mengurus Wang” Buku ini
mempunyai 24 halaman bercetak yang ditulis oleh Zabri
Hazry. Wang amat penting dalam kehidupan seharian.
Justeru, kanak-kanak perlu diajar cara mengurus wang
dengan betul. Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari nilai-nilai murni berkaitan kewangan
seperti berjimat cermat, menabung, melabur serta tidak
boros berbelanja. Justeru, Siri Bijak Mengurus Wang
bukan sekadar sebuah siri buku cerita. Ia merupakan
siri yang mendidik kanak-kanak cara yang betul
menguruskan wang secara yang berhemah dan sistematik
dalam bentuk cerita. Pendidikan sebegini dapat
membentuk mereka cara berbelanja apabila dewasa kelak.
Buku cerita yang penuh warna-warni ini diselitkan tip-
tip berguna mengurus wang secara yang tidak langsung.
Siri ini juga mempunyai glosari dan iktibarnya.

Ibu Kamal, Puan Hanum bekerja sebagai penjual
ikan dipasar pada setiap pagi. Apabila pulang ke
rumah, Puan Hanum akan mengira hasil jualan ikannya.
Namun Puan Hanum mempunyai tabiat yang tidak baik
iaitu menyimpan wang di dalam alamari. Kamal menegur
kelakuan ibunya kerana gurunya pernah menyatakan
perbuatan itu bahaya menyimpan wang yang banyk di
rumah. Walaubagaimanapun, Puan hanum mengatakan
bahawa wangnya selamat di rumah. Pada hujung minggu,
rumah mereka dimasuki pencuri semasa mereka sedang
berjual. Puan Hanum berasa sedih kerana wangnya habis
di curi.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

75

Namun itu tidak menginsafkan Puan Hanum. Hari
berikutnya, Puan Hanum masih menyimpan wangnya di dalam
almari. Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat dan
tanpa disangka-sangka berlaku banjir. Pada ketika itu,
Puan Hanum dan Kamal menjual ikan di pasar. Rumah
mereka terletak di tepi sungai. Air banjir telah masuk
ke dalam rumah. Apabila pulang ke rumah, Puan Hanum
terkejut wang jualannya hanyut dibawa air banjir. Pada
esok harinya Kamal membawa ibunya ke bank untuk
menyimpan wang. Kini wang Puan Hanum lebih selamat
disimpan dalam bank.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

76

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

76

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Hubungan Etnik Di Malaysia
(Race Relations In Malaysia)
Pengarang:Wan Hashim
MukaSurat: 190ms
No Panggilan:MAC 305.8009M WAN
ISBN No: 978-983-068-579-3
Harga:RM30.00

Jenis Buku: Bukan Fiksyen & Koleksi Malaysiana

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 77
77

Malaysia adalah sebuah negara yang 78
bermasyarakat majmuk dan kaya dengan pelbagai
kaum dan adat resamnya. Selain itu, ketiga-tiga
kelompok etnik mempunyai warisan daripada tiga
tamadun besar Asia, iaitu tamadun benua China dan
India serta tamadun alam Melayu yang mencetuskan
perpecahan kaum yang meruncing. Matlamat utama
kajian dalam buku ini adalah untuk mengkaji
hubungan etnik dan ketaksuban terhadap asal-usul
yang menghalang integrasi nasional dalam sesebuah
negara seperti Malaysia dan merangkumi tempoh
antara awal tahun 1900-an dan awal 1970-an tetapu
untuk versi terjemahan dalam bahasa Melayu dan
telah dikemaskini dengan mengambil kira
perkembangan pada dekad kemudiannya. Konsep dan
teori sosiologi dalam hubungan etnik dan
integrasi nasional diperkenalkan dan dibincangkan
dalam konteks Malaysia.

Dalam kajian ini, konsep etnik ditakrifkan
sebagai sekumpulan manusia yang membentuk satu
jati diri berasaskan beberapa persamaan seperti
latar belakang, sejarah, budaya, bahasa dan adat
resam. Ciri-ciri ini membentuk sesuatu etnik
daripada kumpulan lain seperti perbezaan antara
etnik Melayu,Cina dan India di Malaysia.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

78

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Masnah Yusof
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

79

79

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Komunikasi Di Malaysia,Status Dan Cabaran
Pengarang:Mohd Safar Hasim,Samsudin A.Rahim
MukaSurat: 339ms
No Panggilan:MAC 302.2309M KOM
ISBN No: 978-967-412-311-6
Harga:RM35.20

Jenis Buku: Bukan Fiksen & Koleksi Malaysiana

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 80
80

Komunikasi di Malaysia kini adalah lebih

terbuka dari segi undang-undang dan teknologi.

Keterbukaan undang-undang bermula dengan

pengambilalihan pemerintahan negara oleh Tun

Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003

daripada Tun Dr.Mahadhir Mohamad yang lebih

keterbukaan dalam pemerintahannya.

Walaubagaimanapun keterbukaan ini tidak

mencerminkan keterbukaan atau kebebasan media

sepenuhnya seperti di Barat dan masyarakat

Malaysia mula menghayati keterbukaan. Namun,

keterbukaan ini berlangsung dalam suasana

undang-undang yang dikenalpasti menghadkan

kebebasan media di negara ini masih

berkuatkuasa. Perubahan teknologi menmbuatkan

masyarakat dapat mencapai maklumat daripada

pelbagai sumber melalui internet. Oleh itu

masyarakat memperolehi maklumat tempatan

samada bercetak atau online. 81

Buku ini sebanyak 15 bab membincangkan

persoalan berkaitan komunikasi di Malaysia.

Ia melihat secara pandangan menyeluruh

merangkumi sudut global dan merangkumi aspek

tempatan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

81

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Masnah Yusof
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

82

82

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : PANDUAN PENIAGA KECIL
PENULIS: MAHATHIR MOHAMAD

PENERBIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
MUKASURAT: 85 Halaman

NO. PENGENALAN : MAN 658.022 MAH
NO.ISBN: 978-983-62-5777-2

KATEGORI BUKU:BukanFiksyen ( Bahasa Malaysia )

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 83
83

Buku ini ditulis dan dicetak pada pertama kalinya 84
seawal tahun 1970. Dalam butiran isi kandung buku ini
tidak terdapat maklumat atau butir-butir yang melebihi
sepuluh tahun usianya atau yang sudah tidak digunakan
lagi. Namun demikian prinsip-prinsip yang terkandung
dalam tulisan buku ini masih tepat dan berasas. Tetapi
dalam edisi kedua buku ini tidak ada perubahan dibuat
terhadap butiran angka buku ini. Penerbitan edisi kedua
buku ini ditumpukan kepada pembetulan kesilapan cetakan
dan penggantian ayat serta perkataan yang kurang tepat
kepada yang lebih jelas. Buku ini ditulis oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia yang ke empat dan ke tujuh
iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Buku ini membicarakan
tentang selok belok perniagaan yang sesuai dibuat oleh
semua lapisan masyarakat dalam negara Malaysia.

Terdapat tiga belas tajuk utama yang akan dikupas
dalam kandungan buku edisi kedua ini. Kesemua tajuk –
tajuk utama dalam buku ini penting diketahui dan
dipelajari oleh semua lapisan masyarakat terutama
kepada mereka yang berniat dan berminat dalam bidang
perniagaan. Tajuk – tajuk seperti cara memilih
perniagaan, perhitungan modal, kunci kira-kira, iklan
dan publisiti, persaingan dan system franchise adalah
sebahagian daripada tajuk – tajuk utama yang akan
dibicarakan dalam kandungan buku ini. Sedikit butiran
tentang buku ini akan dikongsikan dalam ulasan buku.
Dalam bab satu dan dua buku ini akan menyentuh perkara
tentang keputusan untuk berniaga dan bagaimana cara
memilih jenis perniagaan yang bersesuaian dengan
peredaran masa kini.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

84

Kenapa membuat keputusan untuk berniaga dan jenis-jenis 85
perniagaan yang sesuai akan diterangkan dengan lebih jelas
dalam bab – bab ini. Manakala perkara tentang modal dan
sumber modal serta penyata kunci kira – kira akan
diterangkan dalam bab tiga, lima, tujuh dan lapan dalam
isikandung buku ini. Beberapa perkara berkaitan dengan modal
perniagaan, punca sumber modal dan cara – cara pengurusan
kunci kira – kira akan diterangkan dengan lebih lanjut
dalam keempat –empat bab yang dinyatakan tadi. Sementara
itu , dalam bab empat buku ini akan menerangkan tentang
kepentingan tempat berniaga yang dipilih. Bab Sembilan pula
akan menerangkan tentang bagaimana cara membuat iklan dan
publisiti yang bersesuaian dengan jenis perniagaan yang
dijalankan. Dalam menjalankan perniagaan perkara tentang
iklan dan publisiti ini sangat penting untuk memastikan
perniagaan yang dijalankan dapat berjalan dengan baik. Dalam
bab Sembilan ini akan diterangkan tentang kepentingan iklan
dan publisiti dalam perniagaan. Dalam bab sepuluh pula akan
diterangkan tentang persaingan dalam perniagaan yang
dijalankan. Dalam bab ini juga akan dikupas tentang siapa
pesaing dalam perniagaan yang diusahakan. Dalam dunia
perniagaan memang tidak dinafikan akan wujud persaingan maka
para peniaga perlu mengetahui siapa pesaing dan bagaimana
cara untuk berhadapan atau memberi saingan dalam perniagaan
yang diusahakan.

Isu – isu penipuan, amanah dan kejujuran turut akan
dikongsikan dan diterangkan dalam isi kandung buku ini. Isu
– isu ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab
sebelas dan dua belas buku ini. Isu –isu seperti yang
dinyatakan tadi adalah isu yang amat berkait rapat, penting
dan wajar diketahui oleh para peniaga. Dari kedua dua bab
ini akan diterangkan maksud penipuan, amanah dan kejujuran.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

85

Dalam kedua – dua bab ini juga akan diterangkan tentang

siapa yang melakukan atau tidak melakukan penipuan , siapa yang

amanah dan pecah amanah serta siapa yang jujur dan tidak jujur

dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Kandungan lain yang akan

diterangkan dalam kedua – dua bab ini adalah seperti bagaimana

mengenalpasti berlakunya atau tidak berlaku penipuan, pecah

amanah dan kejujuran. Selain itu dalam edisi kedua buku ini

terdapat penambahan bab iaitu tentang pengenalan sistem

perniagaan ala franchise. Maklumat – maklumat tentang sistem

ini akan diterangkan secara terperinci di dalam bab ketiga belas

buku ini. Terdapat banyak lagi maklumat – maklumat penting

tentang panduan peniaga kecil di dalam isi kandung buku ini.

Buku ini sesuai dan perlu dibaca oleh peniaga kecil , bakal

peniaga dan kepada mereka yang berminat dalam dunia perniagaan.

Diharap dengan adanya perkongsian maklumat perniagaan dari

kandungan buku ini ianya dapat menambah dan memantapkan ilmu

perniagaan kepada para peniaga, bakal peniaga dan kepada mereka

yang berminat dalam dunia perniagaan. Semoga dengan perkongsian

maklumat perniagaan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan

Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan

melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk

mengetahui ketersediaan buku tersebut. 86

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

86

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Resipi Hidangan Utama Ikan
Penulis : Dapur Alma

Penerbit : S.A. Majeed & Co. Sdn Bhd
Siri : Siri Masakan Ikan

No Panggilan : MAN 641.692 IKA
Muka Surat : 52

ISBN No: 978-967- 444-496-9
Harga : RM 29.75

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 87
87

Buku yang bertajuk Resipi Hidangan Utama Ikan ini 88
merupakan sebuah buku resipi masakan yang menjadikan
ikan sebagai hidangan utama. Buku keluaran Siri
Masakan Ikan ini ditulis oleh Dapur Alma sesuai bagi
mereka yang ingin mencuba pelbagai cara untuk masak
ikan . Buku ini mempunyai sebanyak 54 halaman muka
surat yang telah mengkongsikan pelbagai resipi untuk
memasak ikan.

Negara Malaysia cukup dikenali sebagai negara yang
kaya dengan hasil laut, antaranya adalah ikan. Ikan
merupakan salah satu sumber protein yang paling mudah
untuk kita peroleh , cukup dengan harga yang murah,
rasanya yang sedap dan mudah untuk dimasak adalah
merupakkan sebabsebab dimana ikan sering dijadikan
sebagai hidangan utama dalam masakan. Siapa tidak
bosan jika sesuatu masakan itu berulang- ulang cara
masakannya, semestinya anda juga ingin mencuba suatu
perkara yang baru apabila melibatkan makanan bukan ?

Melalui buku ini, terdapat pelbagai resepi-resepi
masak ikan dengan pelbagai cara masaknya yang
melibatkan teknik sepeti menggoreng ikan, bakar
ataupun kukus dikongsikan. Melalui penyajiannya juga
melibatkan cara disiram dengan sos mengikut cita rasa
anda sendiri. Bermula dengan ikan air laut, ikan air
tawar seperti ikan siakap, ikan bawal, ikan tilapia
dan ikan tongkol , juga diselitkan sedikit sebanyak
mengenai cara untuk masak sotong dan udang. Sedikit
tips juga dikongsikan di dalam buku ini antaranya
adalah sebaik-baiknya gunalah ikan yang segar, segera
disiang, dan dimasak.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

88

Faedah pengambilan ikan juga turut dihuraikan di 89
buku ini antaranya ikan sangat kaya dengan nutrisi dan
rendah kalori, mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang
mampu meningkatkan daya kecerdasan otak, mencegah
penggumpalan darah dan mencegah pelbagai jenis kanser.
Oleh itu, marilah kita memanfaatkan ikan dalam menu
harian supaya kesihatan terus terjamin.
Buku ini amat sesuai untuk siapa sahaja mereka yang
ingin memasak ikan dan makanan laut dengan
mempelbagaikan jenis masakanya dan semestinya bagi
memperkayakan khazanah makanan laut di dapur rumah
anda. Antara resepi yang dikongsikan adalah ikan Kaloi
bertomato, Tenggiri goreng siram acar kuning,Bawal
goreng siram sambal manga, Udang goreng sambal
petai,Sotong rempah acar dan 20 resepi lagi telah pun
dikongsikan di dalam buku ini. Melalui namanya pun
sudah kedengaran sedap, apatah lagi jika benar- benar
dapat merasakannya, semestinya hingga menjilat jari !
Rasai semua kelazatan sajian ikan dalam buku ini,
dijamin hasilnya amat memuaskan.
Akhir kata, semoga melalui perkongsian resepi masak
ikan dalam buku ini dapat membantu para pembaca di
luar sana yang masih buntu dalam cara masak ikan yang
sesuai dijadikan hidangan utama untuk dihidangkan
kepada ahli keluarga tersayang. Kesemua resepi masakan
telah pun dijelaskan secara ringkas dan tersusun,
ianya juga boleh diubahsuai mengikut selera asalkan
tidak lari dari jenis masakannya. Semoga buku ini
dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

89

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

90

90

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TajukBuku:Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan
Quran Daripada Teropong Sains (versi Ebook )
Pengarang:Danial Zainal Abidin
Penerbit:PTS Millenia Sdn. Bhd
MukaSurat:318

No Panggilan:https://pnm.overdrive.com/media/3705723?cid=1039340

ISBN No: 9833604153 (ISBN13: 9789833604159)

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 91
91

Buku ini ditulis berdasarkan pengharapan semoga 92
setiap pembaca sedar akan keagungan Allah dan betapa
bertuahnya kita dilahirkan sebagai umat Islam. Al-Quran
adalah sebuah kitab yang lengkap lagi mencakupi seluruh
kehidupan manusia. Tambahan lagi, Allah telah berfirman
di dalam surah al-Maidah ayat 3 ; “Pada hari ini, Aku
sempurnakan agamamu untuk kamu dan Aku sempurnakan
nakmatku ke atasmu dan Aku redai Islam menjadi agamamu”.
Jadi, tidak ada sebab untuk seseorang Islam mencari agama
selain Islam.

Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu
Bahagian 1 – Cemerlang dengan menguasai Dua Ayat,
Bahagian 2 – Permulaan Alam Semesta Permulaan Segala-
galanya, Bahagian 3 – Manusia dan asal-usulnya, dan
Bahagian 4 – Tujuan dan Matlamat Hidup Manusia.

Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat
hangka pendek ialah untuk mengenal hakikat kejadian alam
serta manusia dan memanfaatkan ilmu bagi kebaikan semua
manakala matlamat jangka panjang ialah mengagungkan dan
membesarkan Allah. Sains dapat memantapkan kefahaman
terhadap Quran.

Antara yang menarik perhatian ialah “Bab 43 –
Saintis menemui Adam dan Hawa?”. Menurut saintis, semua
manusia mempunyai 99.9 % gen (genomes) adalah sama
(identical) dan 0.1% sahaja yang berbeza. Terdapat 2
bahagian gen manusia yang tak dipengaruhi oleh benih @
DNA. Iaitu kromosom Y (lelaki) dan DNA mitochondria (yg
ditrnkn oleh perempuan). Pada thn 1987, sekumpulan pakar
drp Univ. California di Berkeley buat kajian yang
dilakukan ke atas 147 org perempuan yg
berlatarbelakangkan geo yg berbeza, mendapati semuanya
dtg drp ibu asal yg satu (adakah Hawa??).

Bersambung dimuka surat seterusnya……

92

Kemudian, Majalah The Times pada 23/11/1995
melaporkan hsl ujian kromosom Y yg dibuat oleh Dr
Michael Hammer, sorg pkr genetik drp Univ Arizona dpti
kaum lelaki juga mempunyai asal yang sama (Adam??).
Subhanallah! Tidakkah penemuan ini mengagumkan? Banyak
lagi fakta-fakta sains yg dihuraikan bersumberkan dalil
di dalam Al-Quran. Jadikan buku ini sebagai bacaan
wajib anda dan jadikannya sebagai simpanan koleksi.
Sebarkan lagi ilmu yg bermanfaat. Jom baca buku!

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh, 93
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

93

Diulas oleh, 94
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

94

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TajukBuku:Setengah Berisi, Setengah Kosong?
Pengarang:Parlindungan Marpaung
Penerbit: PTS Millennia
MukaSurat:272
No Panggilan:

https://sabah.elib.com.my/index.php/book/details/14147

ISBN No:978-967-411-156-4
Harga:Versi Ebook

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 95
95

Buku ini ditulis oleh Parlindungan Marpaung dan 96
diterjemah kepada Bahasa Melayu Malaysia. Buku ini
mengandungi banyak peringatan yang amat berguna dalam
mendidik individu. Salah satu perkara yang menarik
mengenai buku ini adalah, pada bahagian awal penulis
menyelitkan cerita pendek yang menjentik minda pembaca.
Seterusnya, penulis akan menjelaskan setiap pengajaran
yang diperolehi melalui setiap cerita pendek yang
diselitkan.

Tajuk Setengah Berisi, Setengah Kosong itu
memperihalkan aspek yang dipersembahkan melalui
anekdot-anekdot yang disertakan. Bermula dari secawan
gelas yang diisi separuh dengan air, adakah penonton
akan mengatakan gelas itu separuh berisi, atau adakah
anda akan berkata ia separuh kosong? 'Melihat sesuatu
melalui sudut pandang berbeza'--inilah yang menjadi
inti nasihat yang dikemukakan.

Terdapat beberapa kisah yang menarik perhatian
dalam buku ini antaranya cerita yang bertajuk Keldai
pada Bab 54. Kisahnya adalah mengenai seekor keldai
seorang petani yang jatuh dan terperangkap ke dalam
anak sungai. Berbagai cara dilakukan untuk mengangkat
keldai tadi naik ke daratan semula namun tidak berdaya.
Petani akhirnya berputus asa dan mengambil langkah
untuk menanam keldai tadi hidup-hidup dengan
mengambusnya melalui pertolongan jiran-jiran. Apabila
tengok orang ramai mahu mengambusnya keldai tadi
meronta-ronta dan menangis. Lama-kelamaan keldai tadi
menjadi diam dan semua orang yang mahu menanamnya tadi
hairan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

96

Nak tahu apa yang keldai tadi buat? Keldai tadi 97
mengoncangkan-goncangkan badannya supaya tanah yang
menimpa badanya jatuh ke bawah dan kemudiaanya keldai
tadi naik ke atas timbunan tanah yang telah meninggi.
Setiap kali orang ramai cuba menimbusnya perkara sama
dilakukan hinggalah akhirnya tanah hampir dengan tebing
sungat. Akhirnya, keldai tadi selamat dan melarikan
diri. Pengajarannya adalah berfikiran positif. Walaupun
dugaan melanda kita, berfikirlah secara positif kerana
melalui fikiran positiflah kita dapat mengharungi
dugaan itu. Banyak lagi perkongsian menarik melalui
pelbagai jenis cerita pendek yang ditampilkan. Dari
cerita sedih hinggalah cerita yang membuatkan anda
tersenyum.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh,
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

97

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TajukBuku: TAMPIL POSITIF SEJAK REMAJA (versi Ebook)
Pengarang:Ruzain Syukur Mansor

Penerbit: PTS Media Group Sdn Bhd
MukaSurat: 200
No Panggilan:

https://sabah.overdrive.com/media/3780298?cid=1039340

ISBN No: 9789670142609

Bersambung dimuka surat seterusnya…… 98
98

Tampil Positif Sejak Remaja digarap dengan penuh santai
sebagai panduan kepada remaja supaya sentiasa positif dalam
kehidupan. Ia adalah buku ke tiga Ruzain Syukur b Mansor.
Garapan motivasi secara santai menyentuh aspek penting
dalam persekitaran kehidupan remaja.
Persoalan potensi dan nilai diri remaja menjadi tunjang
perbincangan. Manakala persoalan konflik dalaman seorang
remaja dibicarakan secara ringkas dan menarik. Hubungan
remaja dan guru, ibu bapa serta rakan turut dimuatkan.
Mereka insan yang sentiasa hidup dalam dunia remaja.

Manakala persoalan bakat, minat dan cita-cita turut
menjadi rencah pilihan penulis dalam buku ini.
Pengalaman sebagai seorang guru, penulis, perunding motivasi
memberikan penulis peluang untuk berinteraksi dengan remaja
secara langsung. Ada beberapa kisah dan pengalaman mereka
yang sesuai untuk dijadikan bahan motivasi.

Buku ini sesuai dibaca oleh remaja, ibu bapa, guru dan
aktivis remaja. Catatan penuh inspirasi segar dan dilihat
‘hidup’ kerana melalui pengalaman sebenar sebagai
pengendali program pembangunan diri remaja.

Buku ini turut menyentuh aspek: 99
Isu cinta yang normal dalam kalangan remaja
Mengenal pasti antara angan-angan dan cita-cita
Mengendalikan dilema antara remaja, ibu bapa, dan guru
Mendapatkan ketenangan jiwa dengan cara paling mudah

Tip hebat dalam buku ini:
Tip menjadi sahabat yang hebat
Tip berteman secara bijak di alam siber
Tip mudah mencintai buku
Tip memilih mentor dan idola

Bersambung dimuka surat seterusnya……

99

Wahai remaja , cinta manusia insan akan mati cinta
kerana nafsu pastinya lesu, cinta kerana harta akhirnya
merana, tetapi cinta Allah menenangkan jiwa. Pilih
untuk bahagia tetapkan matlamat ke puncak jaya capai
dahulu cita-cita, kita perlu ada impian biarpun bermula
dengan angan-angan bayangkan impian setiap hari maka
akan menjadi doa dan harapan hingga melekat dalam
ingatan dan menjadi penguat semangat dan melahirkan apa
yang dicita-citakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan
Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

‘ BACA TERAPI MINDA’

Diulas oleh, 100
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Oktober 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

100

Click to View FlipBook Version