Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ulasan Buku Jun
2021
Oleh
Kakitangan
Perpustakaan Cawangan Keningau
1
Hai Sahabat ……
Selamat Membaca
Koleksi Ulasan Buku
Perpustakaan Cawangan Keningau
Yang Kami Sediakan Untuk Anda
… Teruskan Membaca
Membaca Terapi Minda Anda
Disediakan oleh ;
Kakitangan
Perpustakaan Cawangan Keningau
2
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TajukBuku : Jangan Menderhaka
Siri : Teladan Cerita Legenda
Penulis : Norul Azila Arifin
Ilustrasi : -
Penerbit : Tinta Sakti Enterprise
KategoriBuku : MJN 499.2886 NOR (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 16
ISBN No: 978-967-0684-09-3 (Set)
ISBN No: 978-967-0684-15-4
Harga : RM13.40
Buku yang bertajuk “Jangan Menderhaka” ini adalah sebuah buku cerita
untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri Teladan Cerita Legenda.” Buku ini
mempunyai 16 halaman bercetak yang ditulis oleh Norul Azila Arifin. Siri
Teladan Cerita Legenda ini memparkan pelbagai cerita menarik yang berunsur
teladan. Unsur-unsur moral diterapkan agar mereka dapat memiliki
keperibadian yang baik dan terpuji. Ilustrasi yang berwarna-warni serta
penggunaan suku kata dapat menarik minat kanak-kanak. Diharap penerbitan
siri ini membolehkan kanak-kanak mempelbagaikan bahan bacaan mereka dan
menjadi generasi berilmu.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
3
Sepasang suami isteri tinggal bersama anak lelaki mereka bernama
Awang dan mereka bekerja sebagai petani, mereka sangat rajin
mengusahakan ladang mereka. Awang juga sangat rajin memelihara dan
menjaga ayam-ayamnya. Awang sangat sayang kepada Jalak ayam jantannya
kerana bulunya cantik.
Pada suatu hari, Awang mengikut ibu bapanya ke ladang dan dia
menanam sebatang pokok anak pisang. Awang menjaga pokok anak
pisangnya itu dengan sangat baik. Apabila pokok pisang Awang berbuah, ayah
Awang menebang dan setandan pisang dibawa balik lalu diperam diatas para.
Apabila semua pisang telah masak, Awang tidak sabar untuk memakan pisang
itu. Awang meminta agar ibunya memberikan dia sebiji pisang namun pada
waktu ibunya sibuk membuat kerja, lalu Awang meminta daripada ayahnya
tetapi ayahnya menyuruh Awang meminta tolong daripada ibunya.
Awang yang merajuk keluar dari rumahnya dan pergi mencari Jalak.
Awang menyeru, memberi tahu Jalak bahawa ibu bapanya sudah tidak sayang
padanya lagi. Dia mengajak Jalak terbang, lalu dia menaiki belakang Jalak
sambil untuk membawa Awang terbang ke dunia lain. Kata-kata Awang itu
bagaikan sumpahan. Tiba-tiba, Jalak membawanya terbang ke langit. Awang
dan Jalak terus terbang tinggi. Dia tidak menghiraukan pujukan daripada ibu
bapanya. Orang kampung juga tidak berjaya memujuk Awang dan kedua-dua
ibu bapanya Awang sangat menyesal. Sejak itu, Jalak akan berkokok setiap
awal pagi. Kokokan Jalak turut diikuti kokokan ayam di Bumi.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
4
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Sains Mengungkap Misteri
Penulis : Hanan Zulaikha
Penerbit : Pustaka Kelisa
Mukasurat : 62
No Panggilan : MTN 039.992302 HAN
ISBN No : 9789673922765
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Siri rujukan info dunia membincangkan beberapa topik berkenaan dengan
kebudayaan,geografi,sejarah dunia kuno , selain itu siri ini juga terdiri daripada
himpunan beberapa buah buku yang mengandungi informasi tentang latar
belakang tokoh,negara,sistem suria,teknologi dan sebagainya. Salah satu tajuk
dalam siri ini adalah Sains Mengungkap Misteri, tajuk buku hasil karya Hanan
Zulaikha dan mengandungi 7 bab.
Bab 1 penulis membincangkan tentang haiwan yang menakjubkan,
menurut penulis dalam dunia kita penuh dengan jutaan spesies makhluk hidup
yang menakjubkan terutama fauna dan haiwan-haiwannya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
5
Haiwan-haiwan yang dibincangkan oleh penulis adalah seperti ikan
paus bertanduk unicorn,kijang bertanduk skru,ikan bermuka muram,ikan
naga dan naga laut berdaun, perincian tentang haiwan-haiwan tersebut
ada kupasan dalam bab 1 tersebut. Haiwan di hutan Amazon adalah tajuk
bab 2,menurut penulis hutan Amazon terletak di negara Brazil dan hutan
hujan ini adalah ekosistem besar terdapat habitat makhluk yang aneh
tetapi indah, seperti Berang-Berang Raksasa, Payara( ikan
vampire),Piranha Merah,
Anaconda Hijau,Buaya Hitam,Candiru,Yu Lembu,Belut Elektrik,Pacu
dan Arapaima. Bab 3 penulis membincangkan tajuk Hidupan laut yang
pelik, hidupan di dasar laut memang sangat sukar untuk kita lihat secara
langsung kerana selain di luar jangkauan penglihatan, ia juga tidak timbul
ke permukaan. Makhluk yang hidup jauh di dasar lautan ini hidup dengan
oksigen yang minimum,makanan yang sedikit,tidak ada cahaya matahari
dan suhu yang sangat sejuk. Diantara mahkluk atau haiwan yang terdapat
di dasar laut adalah seperti ikan pemancing, Ikan Stargazer,Cumi-cumi
Vampire, Kutu Laut Raksasa,Yu Genting,Ketam Labah-Labah dan Naga
Hitam Pasifik. Tajuk bab 4 ialah tentang Lautan Dunia, lautan adalah laut
yang luas dan merupakan himpunan air masin yang sambung-
menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua atau
kepulauan yang besar. Menurut penulis lautan meliputi 71% permukaan
bumi dengan keluasan sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar
1370 juta kilometer padu dengan kedalaman rata-rata 3790 meter.
Terdapat lima lautan di bumi iaitu Lautan Artik,Lautan Atlantik,Lautan
Hindi,Lautan Pasifik dan Lautan Selatan, dan perincian ada dalam bab 4
ini. Bab 5 bertajuk Gunung Tertinggi Di Dunia DiTawan, gunung adalah
suatu unjuran tanah di permukaan tanah yang disebabkan oleh
pergeseran plat tektonik yang satu dengan yang lain menyebabkan
timbulnya suatu benjolan maka terbentuknya gunung dan gunung adalah
lebih tinggi dan curam daripada bukit. Dalam bab ini terdapat 10 gunung
yang dibincangkan oleh penulis iaitu Gunung Nanga Parbat, Gunung
Annapurna,Gunung Cho Oyu,Gunung Dhaulagiri,Gunung Everest,Gunung
Kangchenjunga, Gunung K2,Gunung Lhotse ,Gunung Makalu dan
Gunung Manaslu.
6 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Sungai Terpanjang Di Dunia adalah tajuk dalam bab 6, terdapat beberapa
sungai yang panjangnya luar biasa di dunia ini. Bumi kita mempunyai
sebahagian sungai yang luar biasa panjangnya dan memberikan kehidupan
untuk banyak makhluk hidup. Terdapat ribuan sungai yang ada didunia ini,
malah di negara-negara lain memiliki sungai yang panjang aliran dan
keluasannya yang luar biasa. Sungai Zaire/Kongo,Sungai Irtish,Sungai
Ob,Sungai Parana,Sungai Yenise,Sungai Huang Ho,Sungai Yangtze,Sungai
Mississippi,Sungai Amazon dan Sungai Nil diantara nama-nama sungai yang
ada kupasannya dalam bab 6.
Bab 7 bab yang terakhir penulis membincangkan tentang Letupan
Gunung Berapi, gunung meletus terjadi akibat endapan magma di dalam perut
bumi yang didorong keluar oleh gas yang bertekanan tinggi, letusan-letusan
inilah gunung berapi terbentuk. Dalam bab ini penulis memberi kupasan secara
ringkas gunung-gunung yang terdapat di dunia iaitu seperti Gunung Krakatu-
Indonesia,Gunung Maouna Loa-Hawaii,Gunung Pinatubo-Filipina,Gunung
Tambora-Indonesia dan Gunung Huaynaputina-Amerika Syarikat.
Tuntasnya, kupasan tajuk yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ini
dapat memberi maklumat yang sangat penting meskipun secara ringkas. Buku-
buku dalam siri ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan dan sumber maklumat
kepada semua lapisan masyarakat terutama untuk pelajar sekolah menengah.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
7
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku:Membentuk Sikap Cemerlang
Pengarang:Mohd.Sofian Omar Fauzee,Rahim Abdullah
MukaSurat: 180ms
No Panggilan:LHC 305.8009m ABD
ISBN No: 978-967-305-119-9
Harga:RM54.00
Jenis Buku:Sejarah, Motivasi
Buku ini memberikan cara dan kaedah dalam mengubah kehidupan yang
terbelenggu kepada corak kehidupan yang lebih berjaya. Dengan mempelajari
empat sikap utama, iaitu membentuk impian, keyakinan diri, konsentrasi dan
sikap tolenrasi, perlakuan boleh diubah untuk mencapai kejayaan. Buku ini
sesuai sebagai rujukan pelajar, bahkan berguna untuk setiap individu yang
mempunyai impian untuk mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugasan
harian.
Untuk membentuk kejayaan,seseorang itu perlukah memiliki impian.
Mebentuk diri sendiri dalam mencapai kejayaan dan mahukan perubahan
membentuk impian demi kejayaan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
8
Di samping itu konsep keyakinan diri menjadi perkara asas dalam
mebentuk sikap positif, kerana melalui keyakinan diri, seseorang itu memiliki
kesungguhan, motivasi dan matlamat untuk terus maju ke hadapan. Jika tidak,
seseorang itu tidak tentu arah dan tidak dapat bertindak cemerlang, tidak
konsentrasi dalam melakukan sesuatu tidak akan membuahkan hasil yang
cemerlang. Memiliki impian, keyakinan diri dan konsentrasi sebenarnya
merupakan asas dalam membentuk diri seseorang yang berjaya. Selain itu,
nilai-nilai kemasyarakatan, seperti toleransi dan bergerak menuju kejayaan
bersama bagi memastikan apa yang dikehendaki akan mendapat kerjasama
dan bantuan.
Akhir sekali, pendekatan berteraskan psikologi, berdasarkan pembacaan
dalam buku ini bolehlah dikongsikan bahawa jika kita memilih apa yang kita
ingikan, tiada siapa yang boleh memaksa kita berubah kecuali diri kita sendiri.
Hanya kita sendiri memahami diri sendiri dan berhak menguubah diri sendiri.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh,
Masnah Yusof
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
9
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Katak Yang Berjasa
Siri : Dongeng Semasa
Penulis : Salmah HJ. Alwi (Diceritakan Semula)
Ilustrasi : -
Penerbit : Semarak Murni Enterprise
Kategori Buku : MJF SAL (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 30
ISBN : 978-967-5158-79-7
Harga : RM18.00
Buku yang bertajuk “Katak Yang Berjasa” adalah sebuah buku cerita
bersiri untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri Dongeng Semasa”.Selain
buku ini, terdapat 8 lagi tajuk-tajuk dalam siri ini yang sesuai dibaca oleh
kanak-kanak. Buku Katak Yang Berjasa mempunyai 30 halaman bercetak ini
telah ditulis semula oleh Salmah Hj. Alwi. Siri Dongeng Semasa ialah satu siri
buku yang menghimpun kisah-kisah mitos dan legenda yang dimiliki oleh
masyarakat di beberapa buah benua. Kisah-kisah tersebut berwatakkan
manusia dan binatang. Cerita-cerita tersebut adalah kisah dongeng semata-
mata.
Bersambung dimuka surat seterusnya…… 10
Walaubagaimanapun, cerita-cerita itu boleh dijadikan teladan yang
baik atau buruk untuk panduan hidup masyarakat masa kini. Setiap muka
surat buku-buku dalam Siri Dongeng Semasa dihiasi dengan ilustrasi
yang menarik. Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang ringkas dan
mudah difahami oleh golongan sasaran iaitu murid-murid sekolah rendah.
Buku ini mengisahkan tentang seekor katak yang telah membantu
seorang peladang dari gangguan binatang lain. Pada zaman dahulu ada
seorang pemuda bernama Ratu Jie. Dia hendak membuka sebuah
ladang baru. Pada keesokan harinya, Ratu Jie bersama-sama seekor
anjingnya yang setia berangkat dan mulai bekerja di ladang barunya yang
dinamakan au molo. Ratu Jie bekerja sehingga ke petang. Apabila senja
barulah dia pulang ke rumahnya. Ketika Ratu Jie pulang ke rumahnya,
maka terjadilah suatu hal yang sangat aneh di ladangnya.
Seekor Katak Raksasa telah keluar dari hutan dan duduk diatas batu
dimana Ratu Jie biasa meletakkan pakaiannya. Sambil melihat ke kiri dan
ke kanan, katak itu pun berbunyi, “Tak.. Tak.. ku.. ku.. ku. Koba mido,
koba mido.” Ia berbunyi sebanyak 3 kali dan semua pokok, rumput-
rumput dan tali-tali yang sudah di tebang oleh Ratu jie tumbuh semula.
Ratu Jie sangat terkejut apabila mendapati ladangnya menjadi hutan
semula pada keesokan harinya.
Walaubagaimanapun dia tetap bekerja seperti biasa dan pulang pada
waktu senja. Namun hal Katak Raksasa berulang sekali lagi selama 3
hari berturut-turut. Dia bertekad untuk mengetahu siapakah makhluk
halus yang menghidupkan semua pokok dan rumput-rumput yang telah di
tebangnya. Pada senja berikutnya dia bersembunyi dekat batu besar
tersebut. Setelah beberapa lama menunggu, maka Katak Raksasa itu
pun muncul dan melakukan hal yang sama. Ratu Jie berasa hairan
dengan perbuatan katak itu lalu keluar dari persembunyiannya dan
memegang leher katak itu. Kerana takut dibunuh, katak itu meminta maaf
dan berjanji akan menumbangkan semula pokok-pokok itu dan bersedia
menjadi hambanya. Ratu Jie pun mengabulkan permintaanya. Katak itu
kemudiannya menjadi hamba Ratu Jie dan ia bekerja menjaga ladang itu
sehinggalah jagung Ratu Jie boleh dituai.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
11
Ketika jagung mulai berisi, datanglah binatang-binatang hutan mencuri
jagung itu terutama sekali sekawan kera. Katak Raksasa yang bijak itu
memerangkap kera-kera tersebut dengan mengadakan peraduan menendang.
Seekor demi seekor kera-kera itu menendang kaki katak, tetapi semuanya
gagal. Pada keesokan harinya katak melaporkan kejadian itu kepada Ratu Jie.
Dia berasa sangat senang hati dan mencadangkan agar katak mengundang
kera-kera itu lagi. Dia bersembunyi didekat kolam air, siap dengan pemukul
besar.
Apabila kera-kera itu sampai, mereka memanggil katak dan mengadakan
pertandingan tendang menendang. Setelah itu Ratu Jie memukul kera-kera
yang melompat ke dalam kolam itu. Maka habislah kesemua kera-kera itu
mati, kecuali seekor kera yang terselamat kerana pada ketika itu Ratu Jie telah
kepenatan. Kera itu menangisi semua kawan-kawannya yang mati dan
menyedari bahawa mereka telah ditipu oleh Katak Raksasa. Ladang Ratu Jie
terselamat daripada serangan kera-kera itu dan mereka berasa bahagi kerana
tidak ada lagi binatang yang menggangu ladang Ratu Jie.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
12
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Tokoh Berpengaruh Dunia
Penulis : Hanan Zulaikha
Penerbit : Pustaka Kelisa
Mukasurat : 62
No Panggilan : MTN 039.992302 HAN
ISBN No: 9789673922772
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Siri rujukan info dunia membincangkan beberapa topik berkenaan dengan
kebudayaan,geografi,sejarah dunia kuno , selain itu siri ini juga terdiri daripada
himpunan beberapa buah buku yang mengandungi informasi tentang latar
belakang tokoh,negara,sistem suria,teknologi dan sebagainya. Salah satu tajuk
dalam siri ini adalah Tokoh Berpengaruh Dunia, tajuk buku hasil karya Hanan
Zulaikha dan mengandungi 5 bab.
Bab 1 penulis membincangkan tentang Tokoh Berpengaruh Dunia,
menurut penulis terdapat orang-orang yang memiliki pengaruh positif mahupun
negative di dunia ini.
Bersambung dimuka surat seterusnya…… 13
Seseorang yang termasuk dalam kategori orang yang berpengaruh di
dunia apabila apa yang dia nyatakan / ucapkan serta apa yang dilakukannya
akan membawa pengaruh bagi banyak orang di dunia ini. Segala amalan
mereka menjadi ikutan dan disebarkan, serta mereka disanjung tinggi
sehingga merentas zaman. Diantara tokoh yang dibincangkan oleh penulis
dalam bab 1 ini adalah Nabi Muhammad, Gautama Buddha, Kong Hu Cu,
St.Paul, Karl Marx, George Washington dan Adolf Hitler. Bab 2 berkenaan
dengan Tokoh Sains Terkenal, semua ilmu pengetahuan yang ada masa kini
tidak semata - mata wujud begitu sahaja, tetapi semua itu ditemukan dengan
berbagai-bagai proses oleh penemu-penemunya. Mereka sangat berjasa
kerana apa yang mereka temukan amat berguna untuk kehidupan masa
hadapan. Jasa para tokoh sains ini telah mengubah dunia dan cara serta
gaya kehidupan yang lebih mudah dan cepat.
Diantara tokoh sains yang dibincangkan oleh penulis dalam bab ini ialah
Isaac Newton, Cai Lun,Johann Gutenberg,Albert Einstein, Louis Pasteur,
Galileo Galilei,James Clerk Maxwell,Antoine Laurent Lavoisier, Thomas
Edison dan Antony Van Leeuwenhoek. Bab 3 berkenaan dengan Tokoh
Ilmuwan Dunia, menurut penulis ilmuwan yang berjasa dalam kehidupan
dunia mengembangkan dan mengkombinasikan peralatan yang ada untuk
menciptakan alat baharu yang bermanfaat dan para ilmuwan berhak
mendapat penghormatan terhadap sumbangan mereka ini. Ilmu
pengetahuan tidak akan berkembang jika para ilmuwan tidak mengongsikan
hasil penelitian dan tidak mewariskan ilmu mereka kepada generasi
selanjutnya. William Shakespeare, Sigmund Freud, Adam Smith, Ludwig Van
Beethoven, Aristotle danEuclid, setiap tokoh tersebut ada kupasannya dalam
bab ketiga ini.
Dalam bab 4 penulis membincangkan tentang tajuk Tokoh Penakluk
Dunia, sejak zaman sebelum masihi hingga sekarang terdapat beberapa
tokoh yang sangat terkenal kerana kemampuan mereka dalam menakluk
daerah-daerah di sekitar mereka hingga daerah yang jauh dari negara
mereka hanya dengan tujuan untuk menguasai daerah tersebut.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
14
Sejak dahulu hingga masa kini ada beberapa tokoh yang sangat dikenali
dengan kemampuannya dalam menakluk sesebuah daerah, diantara tokoh
yang ada kupasannya dalam bab ini adalah Shih Huang Ti,Augustus
Caesar,Asoka,Genghis Khan, Alexander The Great dan Napoleon Bonaparte.
Bab 5 bab terakhir bertajuk Tokoh Wanita Yang Berpengaruh, menurut penulis
wanita sering dikaitkan dengan orang yang lemah dan tidak berpendidikan
pada suatu ketika dahulu. Namun setelah merentas zaman,sumbangan dan
pemikiran wanita diangkat setaraf dengan para ilmuwan lain. Beberapa tokoh
wanita dalam sejarah dunia tidak boleh disangkal lagi dalam sumbangan
mereka yang besar dalam perubahan kehidupan baik dalam agama,
pendidikan, falsafah, adat istiadat dan berbagai isu kehidupan yang
lain.Pemikiran dari tokoh-tokoh wanita ini memberi pengaruh besar terhadap
dunia sehingga mampu menaikkan nama mereka hingga terkenal sehingga
sekarang. Tokoh- tokoh wanita yang ada kupasan dan dikongsikan oleh penulis
dalam bab terakhir buku ini adalah Cleopatra,Boudicca,Florence
Nightingale,Mary Wollstonecraft dan Mother Teresa
Tuntasnya, kupasan setiap bab yang dikongsikan oleh penulis dalam buku
ini dapat memberi maklumat yang sangat penting meskipun secara ringkas.
Buku-buku dalam siri ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan dan sumber
maklumat kepada semua lapisan masyarakat terutama untuk pelajar sekolah
menengah.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
15
BRIEF REVIEW OF THE KENINGAU BRANCH LIBRARY COLLECTION BOOK
Book title :Emotional Excellence In The Workplace
Author :Dr.Leonard Yong
Page : 278
Call No. : EAN 658.409019 YON
ISBN No: 983-43472-1-5
Price :RM45.00
Book Category :Motivation, Self Development
Knowing the importance of EQ alone is not enough. More importantly, is
you must know how to develop your own EQ and put it into practice. If the latter
is what you want to do, this book entitled “Emotional Excellence In The
Workplace” is just the book for you. It is written specifically to help people
develop their EQ. It aims to show how people can become aware of their own
EQ and take the necessary steps to develop it to its optimum and to utilise it to
their advantage in their workplace. You can be much better than you are now
and this book will show you the way forward.
Continued on next page …… 16
Knowing your own personality profile will turn give you an insight into your
own EQ- an awareness of your emotional strengths and weakness. This book,
will guide you to develop your potential so that you can achieve emotional
excellent through your own effort. When your do succeed, you are progressing
towards self-actualisation- which will invariably help your to achieve peak
performance in all your undertakings at your workplace. Developing your
Emotional Excellence will enable you to create excellent human relationships
and keep yourself and others highly inspired, engaged and committed in their
work.
To find out more about the book and its contents, please visit the nearest
Keningau Branch Library or Sabah State Library by visiting the website
www.library.sabah.gov.my to find out the availability of this book.
Reviewed by,
Masnah Yusof
Sabah State Library
Keningau Branch
June 2021
This book is available in the collection of Sabah State Library Keningau Branch
17
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Amalan Sikap Jujur/Practice Honest Attitude
Siri : Malu Bertanya Sesat Jalan
Penulis : Nur Aina & Camelia Lim
Ilustrasi : -
Penerbit : Aras Ilmu Enterprise
Kategori Buku : MJF NUR (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 32
ISBN No: 978-967-0680-30-9 (Set)
ISBN No: 978-967-0680-32-3
Harga : RM17.93
Buku yang bertajuk “Amalan Sikap Jujur ” ini adalah sebuah buku cerita
untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri Malu Bertanya Sesat Jalan. ” Buku
ini mempunyai 32 halaman bercetak yang ditulis oleh Nur Aina & Camelia Lim .
Siri Malu Bertanya Sesat Jalan ini ditulis dalam DWIBAHASA untuk membantu
murid menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
18
Cerita yang dipaparkan mempunyai unsur KBAT supaya para pembaca
dapat menilai dan memahami situasi dalam kehidupan sebenar. Untuk
menarik minat pembaca, buku-buku ini mengandungi ilustrasi berwarna-
warni yang menarik.
Tersebutlah suatu kisah pada zaman dahulu, bertakhtalah seorang sultan
yang amat bijak dan adil. Baginda tidak pernah memilih bulu untuk
melakukan sesuatu yang baik. Pada suatu hari, Puteri Dang Kemboja iaitu
Puteri tunggal Sultan Alauddin Riayat Shah meminta ayahandanya hendak
memakan daging kijang jantan. Namun pada musim hujan haiwan jarang
berkeliaran kerana kesejukan. Puteri Dang Kemboja seolah-olah merajuk
dan mahu tidak mahu terpaksalah Sultan Alauddin Riayat Shah memujuk
puterinya itu. Baginda pun segera memerintah para panglima, pengawal dan
hulubalang istana masuk ke dalam belantara dan mencari kijang jantan
tersebut. Lebih seminggu mereka di dalam belantara tetapi haiwan buruan
mereka tetap juga tidak ditemui. Baginda berasa amat kecewa dan
berdukacita. Jika tidak dapat daging kijang jantan bermakna akan
kempunanlah puteri baginda.
Beberapa hari kemudian, seorang pemburu iaitu Pak Pandir
menawarkan dirinya untuk mendapatkan daging kijang jantan. Tidak sampai
pun dua hari, dia telah berjaya membawa pulang tiga ekor kijang jantan dan
dibawa ke istana untuk dipersembahkan kepada baginda Sultan. Sultan
Alauddin Riayat Shah sangat gembira dan sebelum Pak Pandir
meninggalkan ruang balai hadapan istana, baginda bertanya apa patut
diberikan kepada Pak Pandir atas kejayaannya. Pak Pandir meminta
baginda Sultan menyebatnya sebanyak 3 kali sebagai upah.
Sebagai menghormati permintaan Pak Pandir, baginda menunaikan
permintaannya. Namun sebatan ketiga, tiba-tiba Pak Pandir menjerit dan
memohon supaya baki satu lagi sebatan diberikan kepada seorang panglima
yang mengarahkannya supaya menyerahkan sepotong daging jikalau ingin
dibenarkan masuk. Sultan Alauddin Riayat Shah amat murkah dengan
segala cerita yang dipersembahkan oleh Pak Pandir. Panglima tersebut
dihukum dan dipecat. Sebagai tanda terima kasih baginda kepada Pak
Pandir, maka Pak Pandir yang berhati mulia dijodohkan dengan Puteri Dang
Kemboja.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
19
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
20
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Gelang atau Gari?/Bracelet or Handcuffs?
Siri : Malu Bertanya Sesat Jalan
Penulis : Nur Aina & Camelia Lim
Ilustrasi : -
Penerbit : Aras Ilmu Enterprise
Kategori Buku : MJF NUR (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 32
ISBN No: 978-967-0680-30-9 (Set)
ISBN No: 978-967-0680-36-1
Harga : RM17.93
Buku yang bertajuk “Gelang atau Gari? ” ini adalah sebuah buku cerita
untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri Malu Bertanya Sesat Jalan. ” Buku
ini mempunyai 32 halaman bercetak yang ditulis oleh Nur Aina & Camelia Lim .
Siri Malu Bertanya Sesat Jalan ini ditulis dalam DWIBAHASA untuk membantu
murid menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Cerita yang dipaparkan mempunyai unsur KBAT supaya para pembaca dapat
menilai dan memahami situasi dalam kehidupan sebenar. Untuk menarik minat
pembaca, buku-buku ini mengandungi ilustrasi berwarna-warni yang menarik.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
21
Pak Pandir dan Mak Andih melawat anak saudara mereka yang bekerja
di Ciberjaya. Pada hujung minggu Mak Andih mengajak suaminya pulang
kerana sudah lama mereka berada di situ. Akan tetapi Mak Andih sudah
kehabisan wang untuk membeli tiket bas pulang ke kampung. Mak Andih
meminta suaminya untuk pergi ke bank dan keluarkan wang, namun
sesampainya Pak Pandir di bank, dia mendapati bank ditutup. Pak Pandir
balik dalam perasaan hampa. Mak Andih menerangkan memanglah bank
ditutup sebab hari itu ialah hari ahad, Mak Andi menjelaskan lagi pada
zaman sekarang mereka hanya memerlukan mesin wang automatik untuk
mengeluarkan wang.
Maka Pak Pandir terus keluar mencari mesin wang automatik,
sesampainya disana, Pak Pandir pun berdiri didepan mesin untuk beberapa
ketika kerana dia tidak tahu cara hendak mengeluarkan wang. Dia malahan
bertanya kepada mesin itu dan berlalu pergi dengan dukacita apabila tidak
ada jawapan.
Sekembalinya Pak Pandir di rumah, dia meluahkan rasa kecewanya
kepada Mak Andih bahawa orang dalam mesin itu tidak menjawab. Dengan
suara yang tinggi, Mak Andih menjelaskan dia perlu menggunakan kad jika
mahu mengeluarkan wang. Pak Pandir pergi ke bank sekali lagi dan
memasukkan kadnya ke dalam mesin. Dia terus menanti tetapi tidak ada
wang yang keluar, begitu juga dengan kadnya. Dalam perasaan yang
cemas, Pak Pandir mengetuk mesin itu sambil menjerit supaya kadnya
dipulangkan.
Akhirnya Pak Pandir pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Dia
memberitahu kepada Mak Andih bahawa dia tidak dapat mengeluarkan
wangnya walaupun telah memasukkan kad. Mak Andih bertanya kad apa
yang dimasukkan oleh Pak Pandir dan Pak Pandir menjelaskan dia telah
memasukkan kad pengenalannya. Mak Andih lantas menyuruh Pak Pandir
pergi mendapatkan kad pengenalannya kembali, jika tidak dia akan dituduh
sebagai pendatang tanpa izin tanpa kad pengenalannya.
Apabila Pak Pandir sampai di bank itu, terdapat 2 orang pegawai polis
seperti sedang menyiasat mesin berkenaan. Tiba-tiba pegawai itu berkata
akan memberi wang ganjaran kepada sesiapa yang boleh memberi
maklumat tentang pemilik kad pengenalan itu.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
22
Dan tanpa ragu-ragu Pak Pandir menjerit dia tahu pemilik kad pengenalan
itu kerena tertarik dengan wang ganjaran. Dia memberitahu pemilik kad
pengenalan itu adalah dia dan meminta wang ganjarannya. Pegawai itu terus
menangkap dan menggarinya. Pak Pandir membawa pegawai polis itu ke
rumah anak saudara dan Mak Andih terkejut apabila melihat tangan Pak Pandir
bergari dan Pak Pandir menerangkan pegawai polis telah menipunya hendak
beri hadiah wang tetapi diberi gelang sebaliknya. Pak Pandir sebenarnya telah
merosakkan mesin wang itu. Tiba-tiba Mak Andih terjatuh lalu pengsan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
23
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Ekonomi Kesihatan
Penulis : Syed Mohamed Aljunid et al.
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, 2015.
Muka Surat: 202
No Panggilan: MAR 338.473621 SYE
ISBN No : 978-983-46-1154-5
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( B.Melayu ), Sosial dan Ekonomi
Masalah Kesihatan masa kini dikatakan merentasi benua dan tidak
mengenal sempadan. Sistem kesihatan secara global kini sedang menghadapi
pelbagai cabaran untuk terus berfungsi bagi mneyediakan perkhidmatan yang
mampu menangani keperluan kesihatan penduduk dunia.
Pada masa lampau negara maju bergelut dengan masalah penyakit
kronik, manakala negara membangun terpaksa berhadapan dengan penyakit
berjangkit. Namun begitu perbezaan ini tidak lagi begitu ketara sekarang. Satu
lagi elemen penting yang menambahkan tekanan pada sistem kesihatan
adalah keterbatasan sumber kewangan untuk digunakan bagi menghasilkan
perkhidmatan kesihatan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
24
Ilmu ekonomi kesihatan yang pada masa dahulu cuma
meletakkan pasaran buruh dan barangan komoditi di bawah
mikroskopnya telah melebarkan medan pemerhatiannya bagi mencakupi
sistem kesihatan.
Buku ini ditulis oleh sekumpulan penyelidik dari institusi pengajian
tinggi dan institusi kesihatan tersohor di rantau ini iaitu united Nations
University-International Institute for Global Health, Kementerian
Kesihatan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Mereka ini terlibat secara langsung dalam
perdebatan isu ekonomi kesihatan sama ada dari sudut akademik
mahupun dari aspek pelaksanaan perkhidmatan kesihatan. buku ini
mengupas dua aspek utama ilmu kesihatan, iaitu ekonomi kesihatan
mikro dan pembiayaan.
Bab 1 hingga 6 menumpukan pada aspek ekonomi kesihatan mikro
yang dimulakan dengan perbincangan ciri-ciri keunikan sistem kesihatan
bagi membezakannya dengan barang komoditi. Bab 7 merupakan
bahagian kedua dalam buku ini yang membincangkan secara
menyeluruh isu-isu utama. Kaedah pembiayaan melalui wang saku dan
caj pengguna yang masih menjadi isu kontroversi sehingga kini
terutamanya di negara membangun dibincangkan dalam bab 8.
Kekuatan dan kelemahan insuran sosial yang popular di negara maju
diketengahkan dalam bab 9.
Akaun simpanan perubatan yang popular di negara jiran Malaysia,
iaitu Singapura dan beberapa buah negara lain di dunia yang
berpendapatan sederhana dan tinggi terkandung dalam bab 10. Penulis
mengemukakan dalam bab 11 mengenai isu-isu penggunaan sistem
insurans swasta yang merupakan kaedah pembiayaan utama di
Amerika Syarikat. Bab 12 memberikan tumpuan membincangkan inisiatif
negara-negara miskin di dunia yang melaksanakan sistem pembiayaan
masyarakat dengan dibantu oleh agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNICEF. Isu
mengenai pakej perkhidmatan kesihatan asas diliputi pelbagai skim
pembiayaan dibincangkan dengan terperinci dalam bab 14.
25 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Melalui bab 15, penulis memberikan gambaran menyeluruh isu
berkaitan pembayaran kepada pembekal. Bab 16, meliputi kaedah
pembayaran kepada pembekal secara prospektif, iaitu sistem yuran untuk
perkhidmatan. Kaedah pembayaran kepada pembekal secara kapitasi,
sistem gabungan kes dan belanjawan global dibincangkan dalam bab 17,
18 dan 19. Bab 20 membincangkan isu dan cabaran yang bakal dihadapi
oleh semua pihak menjelang era baharu ini.
Buku ini bakal menjadi dokumen penting untuk merekodkan
perbincangan isu-isu masa kini dalam bidang ekonomi kesihatan dan
menjadi bahan rujukan oleh semua pihak pada masa hadapan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
26
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Undang- Undang Tanah : Lesen Pendudukan dan Permit.
Edisi Kedua.
Penulis : Abdul Aziz Hussin
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, 2015.
Muka Surat: 120
No Panggilan: MAR 346.M0438 ABD
No. ISBN: 9789834612269
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( B.Melayu ), Undang-undang Tanah
Abdul Aziz Hussin merupakan seorang penulis yang profilik dan menulis
buku-buku berkaitan undang-undang. Antara buku beliau yang diterbitkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka termasuklah Kelakuan dan Tatatertib Penjawat
Awam - Hak dan Tanggungjawab Edisi Ketiga ( 2013 ). Buku ini ditulis bersama
Nurul Azita Salleh. Undang-undang Jalan Raya dan Pemanduan Berhemah (
2013 ), Pengenalan Undang-undang Kontrak Edisi Kedua ( 2012 ), Undang-
undang Pelancongan di Malaysia ( 2007 ), buku ini memenangi Hadiah Utama
Peraduan Penulisan Ilmiah ditulis bersama Nurul azita dan Tanggungjawab
Doktor dan Hak Pesakit ( 2006 ).
Bersambung dimuka surat seterusnya……
27
Keperluan untuk menggunakan tanah sama ada bagi maksud pertanian,
bangunan atau kegiatan ekonomi dan sosial lain yang kian mendesak
menyebabkan kerajaan perlu mengizinkan tanah yang masih belum diberi milik
digunakan oleh orang-orang persendirian atau badan-badan. Keizinan ini
diharap dapat mengelakkan berlakunya pencerobohan tanah kerajaan. Dalam
masa yang sama, kerajaan juga akan mendapat faedah secara langsung dan
tidak langsung bagi kegiatan yang dijalankan oleh orang atau badan
berkenaan. Antara beberapa cara kerajaan menyelesaikan hal tersebut
termasuklah dengan memperkenalkan Lesen Pendudukan Sementara dan
Permit.
Buku ini membincangkan secara khusus tiga aspek penting dalam
undang-undang tanah, iaitu lesen pendudukan sementara,permit mengambil,
mengalih dan mengangkut batu-batan serta permit menggunakan ruang udara.
Buku ini turut membicarakan aspek-aspek yang berkaitan pentadbiran tanah.
Sebagai buku edisi kedua, buku ini masih mengekalkan gaya
persembahan oenulisan sebuah buku undnag-undang yang dipermudah dari
segi gaya persebahannya dan sesuai sebagai bacaan umum. Beberapa
penambahbaikan telah dibuat dengan memasukkan maklumat-maklumat
terkini terutamanya tentang keputusan-keputusan kes mahkamah terbaharu
yang berkaitan lesen pendudukan semenatara dan permit. Tujuannya, selain
mengemas kini perkembangan terbaharu, ia juga dapat menerangkan lagi
aplikasi dan pentafsirannya dari perspektif mahkamah. Selain itu, buku ini juga
memasukkan statut terbaharu yang digunapakai ( dan memaklumkan
pemansuhan statut lama yang tidak lagi terpakai ).
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
28
29
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Sesuatu Yang Ingin Anda Ketahui Tentang Penyakit
Masa Kini
Penulis : Amina Noor
Penerbit: Ar-Risalah Production SDN BHD, 2007.
Muka Surat: 418
No Panggilan: MAR 616 SES
No. ISBN: 978-983-2672-42-5
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( B.Melayu ), Kesihatan dan Penyakit
Zaman ke zaman penyakit sentiasa mengganggu keidupan manusia
dari zaman purba hingga kini. Setiap penyakit yang dideritai oleh manusia,
para doktor dan ilmuwan sentiasa berusaha mencari penawarnya. Setiap
abad ada saja penyakit baru yang timbul. Terkadang begitu
membingungkan setiap pengkaji penyakit untuk mencari penawarnya
contohnya Aids.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
30
Darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, alahan, masalah
penglihatan, begitu sinonim dengan manusia moden. Seperti satu jenama
kepada mereka untuk menerima penyakit sebagai gaya hidup yang harus
diwarisi terutama bagi mereka yang berusia lanjut. Tanpa pengurusan
yang betul untuk menangani penyakit-penyakit ini akan merisikokan
pesakit itu sendiri.
Buku ini membincangkan banyak aspek tentang penyakit-penyakit kini
yang dideritai oleh ramai orang. Dari sebab musabab penyakit hingga
kepada rawatan dan juga pencegahan. Meliputi 7 penyakit utama iaitu
AIDS, darah tinggi, penyakit alahan, infeksi buah pinggang ( ginjal ),
penyakit kencing manis, komplikasi diabetes akut dan penjagaan mata.
Bagi mereka yang sihat tanpa sebarang penyakit, cara pencegahan
harus diambil. Namun, bila dihinggapi oleh penyakit maka langkah paling
bijak adalah mencari penawarnya. Pemeriksaan berkala adalah amat baik
untuk mengetahui taraf kesihatan setiap individu. Dengan pencegahan,
sesuatu penyakit itu mendatangkan kemelaratan yang boleh mengancam
nyawa seseorang. Kesihatan amat berharga bagi semua insan.
“Mencegah lebih baik daripada merawati”.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
31
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Pahlawan Murut Ontoros bin Endoi @ Antenom.
Penulis : Binson A.Sabiah
Penerbit: Kota Kinabalu: dicetak oleh Chin Chi Printing Works, 2004.
Muka Surat: 56
No Panggilan: LHC 959.521 BIN
No. ISBN: 9834056004
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( B.Melayu ), Sejarah
Nama sebenar Antenom ialah Ontoros bin Buyusan. Sebutan nama
Antenom atau Antanom wujud ketika Ontoros bangkit menentang penjajah
British. Disebabkan penentangannya, British melabelkannya sebagai ante-
nomad atau anti penjajah. Panggilan ante-nomad oleh British kepada
Ontoros diterjemahkan penduduk setempat dalam kalangan masyarakat
Murut dengan sebutan anti-nom atau ante-nomad. Akhirnya beliau disebut
sebagai antenom atau antanom. Selepas itu nama Ontoros tidak lagi
disebut, sebaliknya mereka memanggilnya sebagai Antenom atau
Antanom sahaja.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
32
Ontoros@Antenom dididik dengan pelbagai ilmu dan
kemahiran tradisional meliputi selok-belok kehidupan di hutan belantara.
Ontoros@Antenom juga diajar tentang adat istiadat, disiplin dan adab
kerja serta segala jenis pantang larang masyarakatnya. Dia turut diajar
cara berladang, bertani dan memungut hasil hutan. Keadaan hidup
sedemikian terus diamalkannya. Ontoros@Antenom dididik menternak
dan memelihara binatang khususnya anjing. disebabkan anjing
merupakan kawan karib beliau semasa memburu. Dia juga diajar cara
memburu binatang di hutan.
Ontoros@Antenom dibesarkan dengan ilmu mengenal kehidupan
rimba dan bermain senjata. Sebagai anak keturunan golongan
bangsawan, jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau
pemimpin agung dan menjadi pahlawan. Semangat sedia berkorban
telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi
keluarga dan kaumnya. Dia dibekalkan dengan ilmu kesaktian untuk
menghadapi musuh. Sebagai contoh dia mempunyai ilmu mengubah
wajah ketika berhadapan dengan musuh. Semasa zaman kanak-kanak
Ontoros@Antenom dipelihara, dibesarkan dan dididik datuknya Yontoros
serta dibimbing ayahnya Buyusan bin Yontoros. Nama Ontoros yang
diberikan kepadanya adalah warisan dari nama datuknya Yontoros yang
menjaga dan membesarkannya di tempat pertapaan tradisional
keturunan Ontoros di Perbatasan Sabah dan Kalimantan Indonesia.
Semasa Ontoros@Antenom dibawah jagaan datuknya dia dibawa
bertapa di kawasan pertapaan di pergunungan Kalimantan Indonesia
dan diajar tentang ilmu kesaktian, kekebalan dan kepahlawanan. Beliau
belajar tentang kemahiran seni mempertahankan diri dan cepat
menguasai ilmu yang dipelajarinya. Dia memiliki kemahiran dan kuasa
luar biasa serta mempunyai ilmu ghaib sehingga membolehkannya tidak
dapat dilihat dengan pancaindra manusia. Dia juga mempunyai ilmu
kebal yang tidak lut dengan sebarang senjata tajam termasuk senjata
api. Walaupun Ontoros memiliki kuasa ghaib yang luar biasa, tetapi dia
tidak meninggi diri dan tidak angkuh.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
33
Ontoros@Antenom seorang yang amanah, jujur dan menghormati
orang tua. Beliau diajar supaya tidak mengkhianati hak orang lain, tidak
berbohong, tetapi bertanggungjawab. Beliau dididik supaya berbudi pekerti
dan mempunyai sifat mulia. Sifat ketertiban dan kemuliaannya diterapkan
dalam sanubari Ontoros supaya menjadi orang yang berbudi bahasa,
lemah lembut, bersopan santun dan berperibadi mulia. Falsafahnya ialah
“pengecut tidak ada tempat dalam dunia rimba”. Dalam keadaan
persekitaran yang bergolak lantaran berlaku permusuhan antara kaum
yang berpunca dari hutang darah, Ontoros@Antenom tidak ada pilihan
selain berwatak keras dan berani. Jika pun dia menjadi jahat dari kaca
mata Inggeris, namun kemenjadiannya adalah atas sifatnya sebagai
seorang pahlawan.
Ontoros adalah seorang yang tegas, tenang dan bijaksana ketika
menghadapi sebarang cabaran. Kelebihan yang dimilikinya menyebabkan
dia diangkat mengetuai perjuangan menentang British pada tahun 1915
dengan sokongan kuat dari ketua-ketua kampung dan masyarakat Murut
di Keningau, Tenom, Pensiangan dan Rundum. Kerana keberanian,
ketangkasan, kebaikan hati dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang tegas
adil dan saksama serta bijaksana dan tidak mementingkan diri,
menyebabkan beliau dihormati, disegani serta dikagumi oleh kaumnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
34
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Arkeologi Dunia Kuno
Penulis : Hanan Zulaikha
Penerbit: Pustaka Kelisa
Mukasurat : 70
No Panggilan : MTN 039.992302 HAN
ISBN No : 9789673922789
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Siri rujukan info dunia membincangkan beberapa topik berkenaan
dengan kebudayaan,geografi,sejarah dunia kuno , selain itu siri ini juga terdiri
daripada himpunan beberapa buah buku yang mengandungi informasi tentang
latar belakang tokoh,negara,sistem suria,teknologi dan sebagainya. Salah satu
tajuk dalam siri ini adalah Arkeologi Dunia Kuno hasil karya Hanan Zulaikha
dan mengandungi 11 bab. Bab 1 penulis membincang tentang Doktor pada
zaman kuno,dalam bab ini menurut penulis kehidupan pada zaman dahulu
penuh dengan bahaya terutama perkara yang melibatkan kesihatan,yang
disebabkan oleh peperangan,wabak penyakit dan kelaparan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
35
Keadaan ini mengakibatkan jangka hayat kehidupan
masyarakat dan sikap ambil peduli tentang penyakit pada masa itu
adalah rendah dari masa sekarang. Jika terdapat orang sakit masa itu
mereka akan ke tempat-tempat yang dianggap suci untuk mengubati
penyakit yang dialami mereka ataupun berjumpa dengan tabih
mendapatkan pemulihan secara spiritual. Dalam bab ini penulis
mengongsikan kupasan perincian cara perubatan di masa dahulu seperti
zaman mesir kuno, zaman Mesopotamia, perubatan di negara India,
perubatan Yunani dan Rom. Bab 2 penulis membincangkan tajuk
tentang kekejaman teknik hukuman mati pada zaman dahulu, hukuman
mati adalah hukuman maksimum bagi suatu kesalahan.
Diketahui bahawa hukuman mati ini telah wujud sejak abad ke 18
SM di peradaban bangsa Babylon, yang mana pelaksanaan hukuman
mati bangsa Babylon merujuk pada undang-undang Raja Hammurabi
yang telah menetapkan hukuman mati ini untuk 25 jenis kesalahan.
Hukuman mati Mesir kuno, Hukuman mati bangsa Rom, Hukuman mati
bangsa Yunani, Hukuman mati negara Inggeris dan Hukuman mati
bangsa Aztec ada kupasan dalam bab 2 ini.
10 buku tertua adalah tajuk dalam bab 3, menurut penulis tradisi
menulis sastera dianggarkan telah wujud sejak 7 000 – 4 000 tahun SM,
media penulisan yang digunakan adalah tidak sama pada awalnya ada
yang menggunakan tanah liat, sutera, tembikar dan papirus. Berikut 10
buku tertua di dunia yang berjaya ditemui dan dibincangkan oleh penulis
dalam buku ini iaitu Madrid Codex, The Gutenberg Bible, The Celtic
Psalter, Diamond Sutra, Siddur Jewish Prayer Book, Book of
Kells,St.Cuthbert Gospel, Nag Hammadi Library, Pyrgi Gold Tablets dan
Etruscan Gold Book. Bab 4 bertajuk Peradaban Amazon, Amazon
terkenal sebagai sungai terbesar di dunia dan hutannya yang lebat
penuh dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna. Namun demikian
disebalik kepelbagaian spesies tersebut tersimpan misteri tentang
sebuah peradaban yang telah hilang dan menjadi bualan orang ramai
iaitu The Lost City of Z, menurut legenda penduduk tempatan bandar
tersebut kaya dengan emas sehingga dinamakan El Dorado.
36 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Dalam bab ini penulis membawa pembaca mengikuti cerita tentang
pencarian bandar legenda ini oleh dua orang penjelajah iaitu Penjelajah
Francisco de Orellana, dan Penjelajah Kolonel Percy Harrison Fawcett. Bab
5 penulis membincangkan tentang The Great Zimbabwe, iaitu sebuah
bandar yang hancur di bukit tenggara Zimbabwe berdekatan Tasik Mutirikwe
dan bandar Masvingo. Ia adalah ibu negara kerajaan Zimbabwe semasa
zaman besi di negara tersebut, pembinaan tugu bermula pada abad ke – 11
sehingga abad ke – 15. Berdasarkan legenda tempatan,The Great
Zimbabwe ini dahulunya adalah taman permainan para raksasa kerana
lokasinya yang dikelilingi oleh bukit-bukit curam dan runtuhan batu daripada
granit tersebar di wilayah ini dengan cara yang disusun sehingga terbentuk
batuan yang menakjubkan. Peradaban Kuno Tertua Di Dunia adalah tajuk
bab 6,menurut penulis perkembangan bandar-bandar bermakna kemunculan
peradaban, di mana peradaban awal wujud apabila masyarakat
mengembangkan sejumlah ciri-ciri yang sama seperti pemerintahan pusat,
struktur sosial dan ekonomi.
Terdapat 10 peradaban yang dibincangkan oleh penulis dalam bab ini
iaitu peradaban Inca,Aztec,Rom, Parsi, Yunani, China, Maya, Mesir, Indus
dan Mesopotamia. Bab 7 menceritakan tentang Saat Peradaban Kuno
Memandang Gerhana, bagi manusia moden peristiwa terjadinya gerhana
matahari dan bulan adalah satu keindahan tetapi tidak bagi manusia kuno
bagi mereka ianya satu peristiwa yang menakutkan.Pelbagai persepsi atau
andaian yang ditemukan berkaitan dengan gerhana ini dalam masyarakat
Korea,China Kuno, Mesopotamia dan Yunani Kuno yang dikongsikan oleh
penulis dalam bab 7 ini. Kota Kuno Bawah Tanah Turki adalah tajuk bab 8,
terdapat sebuah kota kuno bawah tanah di bandar Cappadocia Turki, ianya
diukir daripada batu. Derinkuyu merupakan salah satu daripada lima
kompleks bawah tanah yang saling bersambung dengan anggaran jumlah
kapasitinya mencapai 100 000 orang. Dalam bab 9 penulis mengupas tajuk
Sejarah Munculnya Permainan Ular Tangga Kuno, permainan ini telah sebati
dalam kehidupan masyarakat berbagai belahan dunia malah telah menjadi
permainan beberapa generasi. Permainan ular tangga ini adalah hasil
inspirasi permainan dari India iaitu Vaikuntapali pada abad ke 16, permainan
ini popular di India kerana ianya berkaitan dengan falsafah Hindu yang
sering merujuk kepada karma,takdir dan keinginan.
37 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Bab 10 pula penulis membincangkan tentang Sejarah Bola Sepak
Peradaban Kuno Mesoamerika, Mesoamerika adalah sebuah pasukan sukan
pertama di dunia dan wujud pada 3 500 tahun yang lalu.Bola sepak
Mesoamerika bukan hanya sekadar sukan tetapi juga sebahagian daripada
kepercayaan spiritual,ritual dan kematian. Penulis turut mengongsikan
informasi dalam bab ini tentang evolusi bola sepak, padang dan bola sepak,
pakaian bola sepak dan cara permainan bola sepak Mesoamerika. Bab
terakhir iaitu bab 11 bertajuk Awal Terciptanya Boneka, permainan boneka ini
sering dikaitkan dengan kanak-kanak perempuan kerana variasi bentuk yang
menarik dan lucu. Terdapat 4 jenis boneka yang dibincangkan oleh penulis
dalam buku ini iaitu Boneka Chancay, Paddle Doll, Boneka Akuaba dan
Boneka era Yunani dan Rom kuno.
Kupasan tajuk yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ini dapat
memberi maklumat yang sangat penting meskipun secara ringkas. Buku-buku
dalam siri ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan dan sumber maklumat
kepada semua lapisan masyarakat terutama untuk pelajar sekolah menengah.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
38
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Jangan Meniru, Kawan!
Jenis Buku : Siri Pengajaran Positif
Penulis : Ahmad Zaid Ismail
Ilustrasi : -
Penerbit : Pustaka Sukses (Syarikat Bumiputera)
Kategori Buku : MJF AHM (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 24
ISBN : 978-967-5450-94-5 (set)
ISBN : 978-967-0976-02-0
Harga : RM17.90
Buku yang bertajuk “Jangan Meniru, Kawan!” adalah sebuah
buku cerita bersiri untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri
Pengajaran Positif ”. Ada lapan tajuk di dalam siri ini ialah: 1. Padah
Menzalimi Binatang, 2. Balasan Derhaka Pada Ibu Bapa, 3. Jangan
Cuba-cuba Merokok!, 4. Balasan Perbuatan Menipu, 5. Aku Ingin
Berubah, 6. Bahaya Main Mercun, 7. Akibat Buruk Jika Mencuri, 8.
Jangan Meniru, Kawan!. Buku yang mempunyai 24 halaman bercetak
ini ditulis oleh Ahmad Zaid Ismail.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
39
Siri Pengajaran Positif ini dihasilkan dengan menarik sekali
untuk menyajikan bahan bacaan teladan positif untuk kanak-kanak dan
juga bagi mendidik mereka mengamalkan perbuatan yang baik dan
menjahui tabiat buruk.Kosa kata yang mudah dan ilustrasi yang
berwarna-warni digunakan untuk menambat hati kanak-kanak.Semoga
siri ini menjadi koleksi bacaan berharga yang dimiliki oleh setiap
kanak-kanak, agar menjadi pelajar cemerlang, peribadi terbilang.
Ayah Hairi akan memberikannya RM 1.00 setiap hari jika Hairi rajin
kesekolah kerana Hairi suka ponteng sekolah. Sikapnya yang malas
menyiapkan latihan matematik yang diberikan oleh cikgu Musalmah,
menyebabkan dia selalu dimarahi.Hairi bagaimanapun risau jika
ayahnya tahu yang dia malas untuk menyiapkan kerja sekolah dan
menarik balik janjinya untuk memberikan duit RM 1.00 sehari. Maka,
Hairi meminta Leman untuk menirukan kerja-kerja sekolahnya kepada
Hairi dan dia berjanji akan memberi upah RM 1.00 setiap hari. Leman
bersubahat dengan Hairi dengan memberinya meniru kerja-kerja
sekolah yang diberi oleh guru.Namun, sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya jatuh ketanah jua.Perbuatan Hairi yang meniru
kerja-kerja sekolah Leman dapat dikesan oleh cikgu Musalmah dan
akhirnya sampai ke pengetahuan Encik Murad ayah Hairi.Encik Murad
menghukumnya dengan menarik balik duit yang diberinya dan tidak
memberikannya duit belanja selama sebulan. Hairi insaf dan serik
untuk meniru lagi, dia amat menyesali atas perbuatannya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
40
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Punai Dan Kerengga
Siri : Bacaan Khazanah Bangsa
Penulis : Jantan Umbat
Ilustrasi : Mohd Luqman dan Mohd Zuhdi
Penerbit : Asia Galaxy Sdn.Bhd.
Kategori Buku : MJF JAN (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 32
ISBN No: 978-983-3746-11-8
Harga : RM9.80
Buku yang bertajuk “Punai Dan Kerengga” ini adalah sebuah
buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri Bacaan
Khazanah Bangsa.” Buku ini mempunyai 32 halaman bercetak yang
ditulis oleh Jantan Umbat dan Ilustrasi oleh Mohd Luqman dan Mohd
Zuhdi. Siri Bacaan Khazanah Bangsa ini dihasilkan untuk mendorong
kanak-kanak lebih bijaksana dan mempunyai sikap murni serta budi
perkerti yang baik dan disertakan dengan ilustrasi berwarna yang
sangat menarik.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
41
Punai bertengek dibawah pokok ara di kaki gungung di tebing
sungai. Ketika ia ternampak seekor Kerengga terkapai-kapai serta
nyaris-nyaris lemas di tengah-tengah lubuk. Kerengga ternampak
Punai yang hinggap di dahan pokok ara itu, lalu meminta tolong
daripadnya. Punai lantas terbang ke arah pucuk sepohon pokok
berdaun lebar yang tumbuh berdekatan dengan pokok ara itu. Punai
pun memetik sehelai daun yang sudah layu dan menjatuhkannya ke
arah Kerengga. Setibanya Kerengga di tebing, Kerengga mendongak
ke arah tempat Punai hinggap, dia berterima kasih kepada Punai
kerana menyelamatkannya.
Punai sedang berehat di puncak pokok ara, dia teringat akan nilai
hidup yang menjadi pegangannya “Kita hidup mestilah bersedia
menolong orang yang susah. Kita hendaklah berbuat baik dengan
orang supaya mereka akan berbuat baik dengan kita juga” fikirnya.
Akhirnya, dia terlena, sementara Kerengga mencari jalan untuk pulang
kepada kawan-kawannya. Punai terkejut apabila ia mendengar satu
letupan dan terbang ke dahan yang lain. Dia ternampak seorang
pemburu membawa sepucuk senapang memarahi Kerengga. Punai
menyapa Kerengga dan Kerengga menceritakan apa yang terjadi
selepas perpisahan mereka sebentar tadi. Maka tahulah Punai
bahawa Kerengga telah menyelamatkannya daripada ditembak oleh
pemburu itu. Punai berterima kasih kepada Kerengga kerena telah
menyelamatkan nyawanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Tugiman Sulaiman
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
42
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Balasan Ponteng Sekolah.
Penulis : Che Karimah.
Penerbit : Penerbitan DE, Bukit Jalil, Kuala Lumpur,2019.
MukaSurat : 48 Muka Surat.
No Panggilan : MJF CHE
ISBN No :978-967-2135-25-8
Kategori Buku : Fiksyen Kanak-Kanak Bahasa Melayu
Harga: Rm19.56
Buku bersiri “Tanam Disiplin Diri” di karang oleh Che Karimah,
khas untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Dalam usia muda,
seseorang pasti cenderung umtuk melakukan aktiviti-aktiviti yang
memberikan keseronokan tanpa mengambil kira akibat yang mungkin
akan merosakkan diri. Jadi disiplin diri sangat penting dalam
membentuk pelajar terutama kanak-kanak. Buku berjudul “Balasan
Ponteng Sekolah” adalah salah sebuah buku dalam buku bersiri
“Tanam Disiplin Diri”.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
43
Dalam cerita buku ini adalah berkisar kehidupan seorang murid
bernama Halim. Halim merupakan seorang murid yang teramat
gemar menonton rancangan televisyen berjudul “Wira Robo”.
Rancangan “Wira Robo” ini mengisahkan tiga orang sahabat
yang mempunyai kuasa ajaib. Mereka akan bertukar menjadi robot
lalu memusnahkan musuh mereka. Halim tidak pernah ketinggalan
menonton rancangan kegemarannya ini sejak ditayangkan di kaca
televisyen setahun yang lalu. Rancangan itu juga merupakan
rancangan kegemaran tiga kawan Halim bernama Raju, Seng dan
Robert. Mereka akan membincangkan dan bercerita tentang
perjalanan cerita “Wira Robo” yang telah mereka tonton pada hari
sebelumnya serta apa jangkaan atau kemungkinan kesudahan cerita
itu nanti.
Rancangan “Wira Robo” mengisahkan Wira Robo berada dalam
zaman purbakala, mereka hendak mencari tuan Puteri yang telah
diculik oleh naga jahat yang juga mempunyai kuasa sakti. Mengikut
masa tayangan adalah pada jam 7.30 malam, masa ini adalah masa
sesuai bagi Halim yang bersekolah sessi petang. Namun begitu tiba-
tiba masa tayangan telah diubah ke tayangan jam 3.30 petang Isnin,
Rabu, Jumaat dan bukan lagi pada jam 7.30 malam. Ini
mendatangkan masalah kepada Halim untuk menonton rancangan
kegemarannya. Pada masa tersebut Halim masih berada di
sekolahnya. Berbaki 3 episod lagi, tetapi Halim tidak mahu
ketinggalan menonton rancangan kegemarannya itu. Halim cuba
meminta bantuan sepupunya untuk merakam rancangan tersebut
menggunakan DVD agar dia dapat menonton namun DVD
sepupunya sedang diperbaiki. Oleh sebab Halim terlalu minat
rancangan “Wira Robo” ini dan tidak ketinggalan menonton setiap
episod yang ditayangkan, membuatkan Halim mencari helah untuk
ponteng sekolah semata-mata untuk dapat menonton episod-episod
akhir rancangan kegemarannya “Wira Robo”.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
44
Bagaimanakah kesudahan cerita “Wira Robo” ini, dapatkah
kuasa sakti yang dimiliki “Wira Robo” mengalahkan naga itu?
Bagaimana pula dengan Halim, apakah balasan Halim ponteng
sekolah? Dapatkah Halim menonton rancangan kegemarannya hingga
episod akhir?
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
45
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Orang Kuat Jangan Buli Orang Lemah.
Penulis : Che Karimah.
Penerbit : Penerbitan DE, Bukit Jalil, Kuala Lumpur,2019.
MukaSurat : 48 Muka Surat.
No Panggilan : MJF CHE
ISBN No :978-967-2135-27-2
Kategori Buku : Fiksyen Kanak-Kanak Bahasa Melayu
Harga: Rm19.56
Buku bersiri “Tanam Disiplin Diri” di karang oleh Che Karimah,
khas untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Dalam usia muda,
seseorang pasti cenderung umtuk melakukan aktiviti-aktiviti yang
memberikan keseronokan tanpa mengambil kira akibat yang mungkin
akan merosakkan diri. Jadi disiplin diri sangat penting dalam
membentuk pelajar terutama kanak-kanak.
Buku berjudul “Orang Kuat Jangan Buli Orang Lemah” adalah
salah sebuah buku dalam buku bersiri “Tanam Disiplin Diri”. Dalam
cerita buku ini adalah berkisar kehidupan seorang murid bernama
Hashim.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
46
Hashim, Mano, Guan dan Samuel merupakan rakan sekelas.
Hashim mempunyai sikap yang kasar dan ingin orang
memandangnya sebagai orang kuat untuk diberi perhatian dan
ditakuti oleh rakan-rakan sekolahnya. Semua tidak berani
menentang cakap Hashim, hanya Samuel sahaja yang bersikap tidak
takut dan tidak scuh dengan sikap Hashim.
Satu hari terdapat seorang murid baharu yang baharu berpindah
dari Ipoh ke sekolah Hashim. Cikgu Josephine memperkenalkan
bahawa murid baharu di kelas tersebut bernama Farid. Farid
merupakan antara murid terbaik di sekolah lamanya dan berharap
Farid dapat mengekalkan prestasinya di sekolah barunya ini. Murid-
murid di dalam kelas memandang Farid dengan rasa kagum
termasuk Samuel. Hanya Hashim , Mano dan Guan yang
memandang Farid dengan perasaan benci serta berhasrat untuk
mengenakan Farid. Hashim, Mano dan Guan bertambah marah lagi
apabila dalam pengajaran cikgu Josephine, soalan cikgu Josephine
telah dijawab oleh Farid dengan jawapan yang betul. Hashim pun
mengatur rancangan jahatnya bersama Mano dan Guan untuk
mengenakan Farid walaupun telah dinasihatkan oleh Samuel untuk
membatalkan rancangannya.
Untuk menunjukkan kuasanya, semasa di kantin sekolah,
Hashim telah mengarahkan Ganesh untuk membeli karipap
untuknya. Ini dilakukan agar Farid yang ketika itu bersama Samuel
memandang Hashim, namun begitu tidak diendahkan oleh Farid dan
Samuel. Ini membuatkan Hashim merasa marah. Hashim ingin
melakukan sesuatu untuk menunjukkan kekuatan dirinya kepada
Farid. Hashim menghentak kuat meja yang diduki oleh Farid agar
Farid memandangnya. Hashim lalu mengarahkan Farid untuk
membeli sebotol air susu coklat sejuk untuknya namun dicabar
kembali oleh Farid.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
47
Ini membuatkan Hashim sangat marah dan cuba menampar Farid
tetapi dengan pantas Farid menangkap tangan Hashim lalu mengilas
tangan Hashim agak kuat sehingga Hashim menjerit kesakitan.
Hashim cuba menggunakan segala kekuatannya untuk melepaskan
dirinya, namun gengaman tangan Farid yang kuat menyebabkan
Hashim kalah.
Apakah kesudahan Hashim yang suka membuli? Berubahkah
sikap Hashim selepas dikalahkan? Apakah pengajaran yang Hashim
dapat?
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
48
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Aku Ingin Berubah
Jenis Buku : Siri Pengajaran Positif
Penulis : Ahmad Zaid Ismail
Ilustrasi : -
Penerbit : Pustaka Sukses (Syarikat Bumiputera)
Kategori Buku : MJF AHM (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 24
ISBN : 978-967-5450-94-5 (set)
ISBN : 978-967-0976-96-9
Harga : RM17.90
Buku yang bertajuk “Aku Ingin Berubah” adalah sebuah buku
cerita bersiri untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri Pengajaran
Positif ”. Ada lapan tajuk di dalam siri ini ialah: 1. Padah Menzalimi
Binatang, 2. Balasan Derhaka Pada Ibu Bapa, 3. Jangan Cuba-cuba
Merokok!, 4. Balasan Perbuatan Menipu, 5. Aku Ingin Berubah, 6.
Bahaya Main Mercun, 7. Akibat Buruk Jika Mencuri, 8. Jangan Meniru,
Kawan!. Buku yang mempunyai 24 halaman bercetak ini ditulis oleh
Ahmad Zaid Ismail.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
49
Siri Pengajaran Positif ini dihasilkan dengan menarik sekali
untuk menyajikan bahan bacaan teladan positif untuk kanak-kanak
dan juga bagi mendidik mereka mengamalkan perbuatan yang baik
dan menjahui tabiat buruk.Kosa kata yang mudah dan ilustrasi yang
berwarna-warni digunakan untuk menambat hati kanak-
kanak.Semoga siri ini menjadi koleksi bacaan berharga yang dimiliki
oleh setiap kanak-kanak, agar menjadi pelajar cemerlang, peribadi
terbilang.
Osman seorang yang malas bekerja untuk mencari rezeki kerana
dia anak orang kaya di kampunnya. Setiap hari dia akan melepak
bersama-sama kawannya di kedai kopi Pak Mat. Osman mengejek
Adi apabila Adi mengerjakan kebun ayahnya dengan menanam
pisang.Kawan-kawan Osman pula suka mengambil kesempatan
dengan memintanya membelanja mereka makan dan minum.Pada
suatu hari, Pak Jalil, ayah Osman telah jatuh sakit dan akhirnya
meninggal dunia setelas puas berubat dihospital.Pak Jalil
meninggalkan harta yang banyak untuk Osman. Rutin Osman pada
setiap hari tetap sama dengan melepak dan membelanja kawan-
kawan makan dan minum di kedai kopi Pak Mat.
Mak Intan sudah puas menasihatinya untuk mengerjakan kebun
arwah ayahnya namun dia tetap degil.Tidak cukup dengan itu,
Osman juga ketagih berjudi bersama-sama dengan kawan-kawannya
di rumah tinggal dihujung kampung itu.Duitnya banyak dihabiskan
dengan berjudi.Akhirnya Osman telah menjual sedikit demi sedikit
harta arwah ayahnya kerana selalu kalah judi.
Mak Intan pula telah jatuh sakit dan akhirnya telah meninggal
dunia.Tinggallah Osman sebatang kara dengan tabiat buruknya yang
suka berjudi. Akhirnya, tabiat buruk Osman memakan dirinya sendiri.
Segala hartanya sudah habis dibelanjakan untuk berjudi.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
50