The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dikendalikan oleh : Kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-07-06 06:02:50

Kompilasi Ulasan Buku Jun 2021 Perpustakaan Cawangan Keningau

Dikendalikan oleh : Kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Keywords: Kesihatan,Novel,Sejarah,Resepi,Motivasi,Makanan,Sabah,Keningau,Etnik,Budaya,Cinta,Kanak-kanak,Cerita,Kisah,Dewasa,Pendidikan,Rujukan,Sosial,Seram,Horror,English,Teknologi

Semua kisah kejayaan mereka dikumpul, disusun dan dibukukan
khas untuk anda. Apa yang dikongsikan dalam buku ini adalah kisah
dan pengalaman sebenar yang dialami sendiri oleh individu yang
sudah menjana jualan besar dari internet. Dalam buku ini, anda akan
ketahui : Bagaimana mereka bangkit dari zaman kejatuhan mereka,
ada yang berhutang besar, ada yang hidup susah dengan hanya
cukup-cukup makan sahaja, ada yang ditipu oleh rakan kongsi
sendiri, dan macam-macam lagi kisah yang menyayat hati.

Dari pengalaman buruk tersebut, mereka bangkit secara agresif
untuk mengubah hidup mereka dari 'Zero to Hero'. Apa teknik dan
strategi yang digunakan oleh anak didik Sifufbads untuk
menghasilkan jualan sehingga enam angka, malah ada yang cecah
jualan sehingga tujuh angka. Apa yang pasti, mereka menggunakan
Facebook Ads untuk meletupkan jualan bisnes mereka. Tips peribadi
dari mereka mengenai sikap, tabiat, niat dan mindset yang wajib ada
dalam diri seorang usahawan. Anda juga akan diberi tips bagaimana
cara untuk bertahan lama dalam dunia bisnes yang penuh dengan
persaingan. Selepas menghayati kisah jatuh bangun mereka, ia
boleh jadi pemangkin semangat untuk anda yang sudah putus asa
dalam bisnes. Jika mereka boleh, anda juga boleh! Perkongsian ini
sesuai untuk anda yang buat bisnes tak kira secara online, offline,
part time ataupun full time.

Tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk memberi inspirasi dan
motivasi kepada usahawan untuk menggunakan pemasaran internet
terutamanya pemasaran facebook. Justeru itu, BACA... HADAM...
FAHAM dan AMALKAN apa yang terkandung dalam buku ini!. Untuk
memulakan sesuatu bisnes memang mudah, tetapi untuk terus
mngekalkan rentak dan prestasi bisnes untuk jangka masa panjang,
ia bukan perkara yang boleh diambil mudah. Apa yang perlu anda
lakukan sekarang adalah belajar dan berguru dari mereka yang
sudah melalui pengalaman pahit getir dalam dunia bisnes. Semoga
segala kisah kejayaan 'Student Sifufbads' yang dikongsikan dalam
buku ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk anda!.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

101

“ Jika anda inginkan medium pemasaran internet yang
MUDAH, MURAH dan PANTAS. Facebook adalah jawapannya”

- Jamal SifuBads
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

102

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: CINTA DI BAIT DOA
Penulis :Mohd. Adrizal

Penerbit:Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd
No.Panggilan: MAN 152.41 MUH
Bil.Mukasurat: 183 Mukasurat
ISBN :978-967-16994-5-4

Kategori Buku :Bukan Fiksyen Dewasa B.Melayu

` Untuk Kamu Yang Dalam Penantian Menjemput Jodoh Terbaik’.
Buku Cinta di Bait Doa adalah ruang istemewa untuk setiap
pembaca yang dalam penantian menjemput jodoh terbaik. Buku ini
juga sesuai buat pembaca yang selalu dihantui masa lalu hingga tidak
dapat membuka pintu hati menerima kehadiran orang baru dalam
hidupnya.
Buku ini juga dapat menjawap beberapa pertanyaan daripada
sahabat melalui media social mahupun kehidupan secara langsung,
mengenai hakikat dalam bercinta dan hal lain yang berkaitan.

103 Bersambung dimuka surat seterusnya……

Buku ini juga menjawab secara langsung tentang segala
kegundahan hati yang dirasakan pembaca mengenai perasaan.
Harapannya semoga kita dapat melihat hakikat cinta seperti menenun
barang untuk menjadi sehelai kain, ataupun sebaliknya mengurai
kembali benang yang tersusun rapi daripada sehelai kain.

Cerita mengenai cinta selalu menjadi sebahagian daripada
misteri besar dalam kehidupan. Semoga buku ini, segala misteri itu
dapat dirungkai dalam pengertian yang sederhana.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Rita Asing
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

104

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Belangkas Di Malaysia
PENGARANG: Faridah Mohamad...

PENERBIT : Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu
MUKASURAT : 83

ACC NUMBER : 0003763309
ISBN NO: 9789672220077
HARGA : RM54.00

JENIS BUKU: Animal Ecology (MAN/595.49209M FAR)

Buku ini diinspirasikan daripada belangkas sebagai haiwan yang
unik dan merupakan spesies marin purba yang ikonik dari era dinosaur.
Memang menakjubkan, apabila bentuk badan belangkas yang klasik
dan ringkas dapat membantu haiwan ini untuk bertahan berjuta-juta
tahun dengan hanya mengalami sedikit perubahan. Karapas yang
menyerupai topi keledar merupakan ciri yang menjadi kunci kepada
perjuangan hidup belangkas. Sebenarnya bagi seekor belangkas
dewasa, haiwan ini hampir bebas daripada pemangsa. Malaysia
menjadi rumah kepada tiga daripada empat spesies belangkas di dunia.
Populasi keempat-empat spesies semakin berkurangan di dunia.

105 Bersambung dimuka surat seterusnya……

Sifat sensitif belangkas terhadap pencemaran telah
menjadikan darah haiwan ini amat berharga sebagai pengesan
bakteria. Habitat persekitaran belangkas yang mengalami perubahan
fizikal menjadikan kawasan peneluran belangkas semakin berkurangan
sama seperti ancaman kepada spesies marin lain. Buku ini dapat
mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai untuk membantu
melindungi spesies ini demi generasi masa depan.

Dengan terhasilnya buku ini dapat menarik seramai pembaca
yang mungkin dengan gaya penulisan mudah dan santai serta sarat
dengan gambar supaya seronok untuk dibaca disamping menyediakan
pemahaman asa biologi dan ekologi tentang haiwan ini. Buku ini juga
bertujuan untuk memperkenalkan belangkas dan menarik minat
mereka yang tidak pernah melihatnya, disamping memberi maklumat
tambahan kepada mereka yang mengenali haiwan ini. Ini adalah
sebahagian daripada usaha Kumpulan Penyelidikan Balangkas (KPB)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk mendidik rakyat Malaysia
mengenai kepentingan pemuliharan belangkas.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Mobin Mahadin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

106

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : MELATIH DAN MEMELIHARA
BURUNG BERKICAU

PENULIS; R. SOEMARJOTO, EMI SUMIARSIH, YOVITA HETY
INDRIANI, NORSYAM BADARDIN
PENERBIT Synergy Media Books
MUKA SURAT: 125 Muka surat

NO. PANGGILAN : MAN 636.68 ( SOE )
N0.ISBN : 983-197-454-9

KATEGORI BUKU: BUKAN FIKSYEN
TAHUN DITERBITKAN : 2007

Buku ini menghimpunkan serta memberi informasi mengenai
spesis burung berkicau yang dilindungi. Di Malaysia terdapat
berberapa spesis burung berkicau seperti burung murai , burung
merbah , burung toing dan banyak lagi. Spesis burung berkicau ini
bukan sahaja memiliki bulu yang cantik dan bermacam – macam
warna malah juga mempunyai alunan suara kicauan merdu yang
mempunyai daya tarikan tersendiri.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

107

Terdapat 9 bab utama dalam isi kandung buku ini. Bab 1 memberi
info mengenai spesis hidupan liar yang dilindungi di Malaysia termasuk
spesis burung berkicau. Dalam bab ini ianya dibahagi kepada 2 tajuk
kecil iaitu pemeliharaan dan pelbagai spesis burung berkicau. Dalam
bab 2 menerangkan berkenaan kepelbagaiaan spesis burung berkicau.
2 tajuk kecil dalam bab ini iaitu spesis burung berkicau berbulu cantik
dan spesis burung berkicau berbulu suram. Bab 3 buku ini menerangkan
cara – cara memilih burung berkicau. Sementara bab 4 buku ini
mengkongsikan ilmu berkenaan jenis – jenis sangkar dan rumah burung
yang sesuai digunakan untuk memelihara burung berkicau ini. Bab 5
pula menerangkan bagaimana keselesaan burung dan daya tarikan
sekiranya pelbagai spesis burung berkicau di letakkan dalam satu
sangkar atau rumah burung.

Sementara dalam bab 6 buku ini menerangkan dan mengajar
bagaimana memberi dan menjaga pemakanan burung berkicau yang
dipelihara. Terdapat 4 perkara penting yang perlu diketahui dalam bab
ini iaitu sumber nutri, jenis – jenis makanan, minuman dan cara – cara
pemberian makan minum burung berkicau ini.Bab 7 menerangkan cara
– cara menjaga kebersihan dan kesihatan burung berkicau. Dalam bab 8
menjelaskan tujuan pengembangbiakkan burung berkicau, syarat –
syarat pengembangbiakkan, penyediaan induk burung,proses
penjagaan anak burung, jenis jantina dan penyesuaiaan induk yang
akan dibiakkan. Cara – cara penyediaan burung yang akan menyertai
pertandingan adalah tajuk terakhir dalam bab 9. Dalam bab ini
berberapa perkara penting perlu di ketahui oleh seseorang penggemar
burung berkicau iaitu cara memilih burung,cara melatih burung, cara
melatih ketahanan mental burung dan cara – cara penjagaan burung
semasa dalam pertandingan.

Dengan adanya buku ini diharap dapat membantu dan
memberi info berguna kepada pengemar burung berkicau dan
berharap agar semakin ramai pihak dan orang yang berminat
memelihara seterusnya mengusahakan penternakaan spesis burung
berkicau ini sekaligus membantu mengurangkan risiko ancaman dan
kepupusan spesis burung berkicau. Di harap agar semua informasi
berkenaan burung berkicau yang terdapat dalam buku ini dapat
menambah ilmu berkenaan spesis burung berkicau.

108 Bersambung dimuka surat seterusnya……

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

109

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : 100++ Menu bisnes MELETUP.
Penulis : Chef Reezlin Rahman.

Penerbit : Grup Buku Karangkraf sdn. Bhd. Selangor, 2016.
MukaSurat : 192 Muka Surat.
No Panggilan: MAN 641.5 REE
ISBN No:978-967-86-0718-6

Kategori Buku : Bukan Fiksyen Dewasa Bahasa Melayu
Harga: Rm26.40

Industri makanan sentiasa berkembang pesat dengan adanya
pelanggan-pelanggan yang sentiasa mencari kelainan dalam
menikmati sesuatu hidangan. Siapa pun kita, apapun tugas dan
tanggungjawab yang kita galas, kita tetap akan menjadi pengguna
kepada makanan-makanan yang disediakan di persekitaran kita.
Perniagaan makanan dari sekecil perniagaan dari rumah sehingga ke
skala yang besar mendapat tempat di hati semua pengguna mengikut
kemampuan dan cita rasa pengguna. Setiap pelanggan mempunyai
cita rasa tersendiri dalam memenuhi kehendak dan kepuasan masing-
masing.

110 Bersambung dimuka surat seterusnya……

Seringkali kita sebagai pengguna ingin mencari dan menikmati
sesuatu makanan dengan rasa sedap dan memberi nilai setimpal
dengan apa yang dibayar.

NAK BERNIAGA MAKANAN? TAPI TAK TAHU NAK BERNIAGA
MAKANAN APA? ....Untuk pertama kalinya, sebuah buku berjudul
“100++ Menu bisnes MELETUP” telah di tulis oleh Chef Reezlin
Rahman khas untuk pengguna yang ingin mula berniaga. Buku ini
mengandungi menu-menu dalam perniagaan makanan. Mengandungi
lebih 100 resipi masakan pelbagai jenis termasuk masakan Melayu,
Cina, India, Barat dan Timur Tengah. Turut disertakan panduan
mengendalikan makanan secara efisien. Setiap menu siap dengan
Modal menu dan harga jualan berserta dengan photo masakan.

Buku ini boleh dijadikan panduan menu untuk jualan. Resipi
yang disediakan mudah untuk diikuti, turut di sediakan maklumat
seperti anggaran kos dan anggaran harga jualan yang memudahkan
untuk pengiraan kos kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan
bisnes makanan.

Antara resipi dalam buku ini , adalah seperti Resipi Sup, Resipi
Salad, Resipi Lite & Easy, Resipi Burger, Resipi Kentang, Resipi
Masakan Barat, Resipi Pasta, Resipi Mi, Resipi Set Nasi dan banyak
lagi resipi yang tentunya salah satu menjadi pilihan pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Beatrice Saili
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

111

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: Ekonomi Buruh – Teori dan Aplikasi di Malaysia
Penulis : Saad Mohd.Said / Fatimah Said
Penerbit: DBP
Bil.Mukasurat: 360
ISBN : 978-983-46-1862-9

Buku Bertajuk Ekonomi Buruh Teori dan aplikasi di Malaysia di
tulis oleh Saad Mohd Said dengan tujuan memberi penerangan terlebih
dahulu dari segi teori ekonomi tentang tajuk-tajuk yang
dibincangkan.Teori-teori ini kemudiannya disokong oleh buku empirik
dan laporan tentang perkembangan semasa pasaran buruh di
Malaysia.Oleh sebab buku teks Ekonomi Buruh berkaitan permintaan
dan penawaran buruh telah pun berada di pasaran.

Ekonomi Buruh ialah ilmu yang mengkaji isu berkaitan pilihan
manusia di pasaran buruh dan kesan daripada pilihan tersebut.
Dengan perkataan lain,ekonomi pasaran buruh menganlisis kelakuan
majikan dan pekerja bergerak balas terhadap perubahan
upah,keuntungan,keadaan kerja,syarat perkerjaan, dan aspek bukan
kewangan yang lain.

112 Bersambung dimuka surat seterusnya……

Ekonomi buruh turut mengkaji bagaimana majikan menentukan
jumlah buruh yang bakal digunakan ,menentukan kombinasi faedah
sampingan dan upah pekerja serta memilih strategi ketika melakukan
perundingan kolektif dengan pihak kesatuan sekerja.Di samping iti
ekonomi buruh penting untuk menganalisis dan memahami pelbagai
kesan dasar kerajaan berkaitan buruh dan implikasi dasar isu tertentu.

Buku ini memaparkan teori-teori berhubung dengan ekonomi
buruh, selain turut memberikan gambaran tentang sejauh mungkin
keadaan ekonomi pasaran buruh di Malaysia berdasarkan kajian
empirik dan laporan kedudukan buruh di negara ini. Di samping itu,
maklumat kajian dan laporan tersebut juga meliputi dasar-dasar dan
perundangan buruh di Malaysia. Secara khusus perbincangan dalam
buku ini lebih memberikan penekanan antaranya isu-isu penting
pasaran buruh seperti pelaburan modal manusia, mobiliti dan migrasi,
diskriminasi pasaran buruh, kesatuan sekerja, perbezaan upah
pekerjaan dan pengangguran terkini di Malaysia. Buku ini sesuai
dijadikan buku teks untuk para penuntut yang mengikuti kursus
ekonomi buruh dan sebgai buku rujukan untuk para penuntut kursus
ekonomi mikro, ekonomi organisasi dan perhubungan
perindustrian.Tidak ketinggalan buku ini juga sesuai digunakan oleh
para penyelidik, orang perseorangan dan ahli ekonomi buruh yang
ingin mendalamkan pengetahuan dalam bidang ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

113 Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: GURU HEBAT PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN
NEGARA

Penulis : Suresh Kumar N Vellymalay
Penerbit: DBP

Bil.Mukasurat: 205
ISBN : 978-983-46-1771-4

Buku Guru Hebat Penjana Transformasi Pendidikan Negara
menerangkan peranan dan tanggungjawap guru dalam melahirkan
murid yang cemerlang.Tugas guru bukan hanya mengajar untuk
memenuhi kurikulum.Tetapi juga mendidik murid menjadi insan yang
berkeperibadian tinggi.Antara fokus utama yang diberikan adalah
terhadap pelbagai isu yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran didalam bilik darjah.Turut juga dibincangkan ialah
kupasan tentang pelbagai mekanisme yang sesuai untuk diaplikasikan
oleh guru bagi membangunkan potensi diri murid dalam usaha
menghasilkan murid yang cemerlang dalam pendidikan.Secara khusus
fokus utama dalam buku ini adalah untuk mentransformasikan minda
guru supaya menjadi pendidik yang cemerlang.

114 Bersambung dimuka surat seterusnya……

Buku ini merupakan kompilasi makalah yang pernah dan juga
yang belum pernah diterbitkan dalam majalah.buku ini amat berfaedah
memandangkan idea-idea yang dicetuskan oleh penulis merupakan input
yang diperolehi daripada pengalaman penyelidikan yang dilakukan oleh
penulis sendiri yang berkaitan dengan kerjasama keluarga, Sekolah dan
komuniti.Idea-idea yang dicetuskan ini dapat meningkatkan nilai
tambah,selain membangunkan potensi guru dan membolehkan mereka
melakukan satu transformasi minda dalam pelbagai aspek pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah bagi membentuk pelajar cemerlang.Buku ini
juga menjurus kepada keperluan mentransformasikan minda guru untuk
menjadi pendidik cemerlang.Buku ini menerangkan peranan dan
tanggungjawap guru dalam menghasilkan murid yang cemerlang.Buku ini
disusun dalam tiga bahagian iaitu bahagian 1 membincangkan keperluan
dan peranan guru sebagai pendidik yang berwibawa dalam
menghimpunkan kekuatan ilmu dan mentransformasikannya kepada anak
didik yang berada di bangku persekolahan.Bahagian 2 mengisi
perbincangan tentang kepentingan hubungan kerjasama yang positif
antara guru dan murid selain keperluan iklim sekolah yang kondusif dalam
menjana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Bahagian
3 pula menumpukan perhatian kepada strategi yang boleh dimanfaatkan
oleh guru dalam memberangsang minat dan kecenderungan murid melalui
pola pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi mencapai
kecemerlangan akademik.Buku ini sesuai bacaan masyarakat umum yang
ingin memahami peranan dan tanggungjawap guru dalam menghasilkan
generasi berilmu.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

115 Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: MEDIA DIGITAL
Penulis : SHARKAWI CHE DIN

Penerbit: DBP
Bil.Mukasurat: 161
ISBN : 978-983-48-1778-3

Buku Bertajuk Media Digital di tulis oleh Sharkawi Che Din penulis
ialah pensyarah kanan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam. Beliau pernah dianugerahi Outstanding
Achievement in Animation oleh Mark Zimmer, pengasas syarikat
perisisan grafik berkomputer MetaCreation. Buku Medai
Digital memberikan panduan kepada pekerja kreatif, sama ada
profesional, amatur atau biasa-biasa untuk menguasai media dalam
proses dan persediaan menghasilkan karya seni kreatif secara digital
sepenuhnya. Kandungan buku ini menyeluruh, terutamanya
penerangan tentang jenis perisian dan perkakasan cara lebih
bersistematik dan berkesan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

116

Buku ini merangkumi semua kategori bidang grafik berkomputer
seperti fotografi digital, animasi digital, ilustrasi digital dan multimedia
interaktif.Kandungan buku ini bukan sahaja membincangkan aspek asa
pengendalian imej digital malah membincangkan juga konfigurasi sistem
computer yang bersesuaian secara literal dan ringkas supaya ia dapat
difahami oleh semua peringkat pembaca.Buku ini juga membincangkan
aliran kerja yang merangkumi proses input,proses manipulasi dan proses
output untuk memberikan kefahaman yang maksimum kepada
pembaca.Di samping itu pembaca juga didedahkan tentang cara
mengendalikan grafik berasaskan vector dan raster dengan lebih
bersistem dan mengenali serta memahami fungsinya dengan lebih jelas
dan menyeluruh.Buku ini juga menyediakan maklumat asas yang
menyeluruh terhadap bidang media digital yang merangkumi semua
kategori dalam bidang grafik berkomputer seperti fotografi digital,animasi
digital,ilustrasi digital dan multimedia interaktif.Pengendalian dan
pemanipulasian imej digital tidak mungkin dapat dilakukan secara
bersistem dan tepat tanpa memahami aspek-aspek asas yang berhubung
kait dengan penghasilan imej digital yang berkualiti tinggi sama ada dari
segi ketepatan paparan warna,tahap keperinciannya ketika diaplikasikan
dalam medium digital untuk tujuan animasikesan khas,cetakan dan
multimedia interaktif. Buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada
pelbagai lapisan masyarakat terutamanya mereka yang mengambil berat
terhadap kualiti imej digital yang dihasilkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

117 Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: Pembangunan Keusahawanan Dalam Masyarakat Melayu
Penulis : Muhammad Abi Sofian Abdul Halim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bil.Mukasurat: 176
ISBN : 978-983-49-0357-2

Buku Pembangunan Keusahawanan dalam Masyarakat Melayu
membincangkan tentang kekuatan hubungan ekonomi dalam sejarah
melayu ini dengan budaya keusahawanan yang tinggi amat signifikan
serta bagaimanakah budaya keusahawanan melayu pada hari ini ?
Adakah masih kental mengawal lokus dalam sebagaimana
usahawanan melayu.Buku ini juga membincangkan perancangan yang
rapi dalam pembinaan dasar yang sekali gus menyumbang kepada
pembangunan keusahawanan tempatan antara peranan penting untuk
mempertingkatkan budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat
usahawan melayu terutamanya mereka yang terlibat sepenuhnya
dalam dunia perniagaan kecil dan sederhana.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

118

Dalam buku ini juga menjelaskan bagaimana pelbagai program
yang dilaksanakan untuk memberikan kemudahan kepada usahawan melayu
untuk menjayakan mereka dalam dunia perniagaan,antaranya termasuklah
menyediakan kemudahan tempat berniaga yang baik, pengurusan tapak
pasar tani untuk petani, program pasar malam, kemudahan bazaar peniaga
kecil, penyediaan latihan keusahawanan untuk peniaga mikro dan juga
pembinaan kemahiran dalam industri kraf di luar Bandar.Buku ini memberi
pemahaman bagaimana pembangunan keusahawanan tempatan
memainkan peranan yang penting untuk mempertingkatkan motivasi diri
kepada usahawan tempatan dimana sejak kebelakangan ini pihak kerajaan
telah berjaya melaksanakan pelbagai dasar dan mengaturkan pelbagai
kemudahan kepada pengusaha melayu agar mereka dapat berniaga dengan
lebih selamat dan kompetitif serta usaha ini merupakan perancangan asas
untuk masyarakat melayu supaya dapat membangunkan semula budaya
keusahawanan tempatan kearah yang lebih cemerlang sebagaimana dalam
sejarah melayu dahulu.Buku ini di tulis dengan tujuan untuk member
pengetahuan kepada pembaca berkenaan dengan pentingnya pembangunan
budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat melayu di Malaysia
ini.Buku ini juga ingin meneroka konsep-konsep keusahawanan yang di
perbincangkan oleh sarjana barat hari ini. Kesimpulan buku ini amat
menitikberatkan konsep keusahawanan yang telah lama wujud dalam
budaya melayu dan telah berjaya membina empayar perniagaan yang
melibatkan perdagangan antarabangsa sebagaimana sejarah melayu.Buku
ini amat baik untuk dijadikan rujukan untuk para pelajar di institusi pengajian
tinggi dalam jurusan ekonomi,sosiologi dan sejarah melayu.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

119 Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Pengecaman Pertuturan Automatik
Penulis : Tan Tien Ping

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Bil.Mukasurat : 226

No.ISBN :978-983-49-1298-7

Buku Pengecaman Pertuturan Automatik ini menyampaikan
pengetahuan asas yang diperlukan untuk memahami pengecaman
pertuturan automatik.khususnya dalam fizik pertuturan dan
lingustik.Buku ini menerangkan tentang teknologi yang terlibat dalam
sistem pengecaman pertuturan automatik telah mantap ketika
ini.Ketepatan pengecaman boleh mencecah sehingga lebih daripada
95 peratus pada setengah sistem,Hal ini dapat dilihat pada pelbagai
peralatan,seperti telefon bimbit,kereta,Televisyen,computer dan
sebagainya yang telah menggabungkan sistem pengecaman
pertuturan ke dalam alat perantinya.Sistem pengecaman pertuturan
ialah suatu sistem yang sangat kompleks yang melibatkan
pengetahuan dalam pelbagai domain seperti fizik lingustik dan sains
komputer.

120 Bersambung dimuka surat seterusnya……

Buku ini juga membincangkan asas dan pendekatan –pendekatan
terkini yang digunakan dalam sistem pengecaman pertuturan berasaskan
statistik.perbincangan meliputiciri-ciri pertuturan dari segi fizik meliputi ciri
–ciri gelombang bunyi ,gerakan harmonik ringkas,gelombang berdiri,mod
getaran,resonas,dan spectrum. Buku ini mengandungi lapan bab dan bab
seterusnya menerangkan cara pertuturan dihasilkan daripada paru-paru
dan menerusi saluran vokal.sifat-sifat bunyi konsanan dan vocal dalam
jadual Abjad Fonetik Antarabangsa ( IPA table ) turut diperincikan. Bab 3
memberi pengenalan kepada kerangka sistem pengecaman pertuturan
automatik berstatistik. Bab 4 ,5 dan 6 pula mecerakin model akustik,model
sebutan dan model bahasa serta pendekatan yang terlibat dalam sistem
pengecaman pertuturan.Bab 7 pula menghuraikan cara sistem
pengecaman pertuturan automatic menyahkod pertuturan kepada teks.
Pendekatan untuk menyari sifat pertuturan KCFM turut
dibincangkan.Akhirnya bab 9 mengaplikasikan teori-teori yang
dibincangkan untuk membina sebuah sistem pengecaman pertuturan
Melayu.

Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan bacaan pengenalan
bagi siswazah bidang sains Komputer yang mengkhusus dalam bidang
pemprosesan bahasa tabii. Sub bidang dalam pemprosesan pertuturan.
Selain itu buku ini juga sesuai dibaca oleh para pembaca umum yang
inginmengetahui secara lebih dekat pendekatan yang digunakan dalam
sistem pengecaman pertuturan terkini. Langkah-langkah dan sumber-
sumber yang diperlukan untuk membina suatu sistem pengecaman
pertuturan automatik turut disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

121 Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: Reka Bentuk Perindustrian Pengangkutan
Penulis : Hassan Hj.Alli / Irfendy Mohamad
Penerbit: DBP
Bil.Mukasurat: 162
ISBN : 978-983-49-0093-9

Buku Bertajuk Reka Bentuk Perindustrian Pengangkutan
merupakan buku kesinambungan daripada beberapa buah buku yang
diterbitkan sebelum ini Peka Bentuk Perindustrian: Pengenalan , Reka
bentuk perindustrian : pengurusan Pembangunan idea dan Reka
Bentuk Perindustrian : Perabot. Buku ini menceritakan tentang satu
daripada penghususan utama dalam bidang reka bentuk
perindustrian.iaitu reka bentuk pengangkutan,bermula dengan sejarah
awal kewujudan pengangkutan serta peranan dan sumbangan bidang
penghususan ini kepada dunia perindustrian dunia.Selain itu buku ini
juga menceritakan tentang klasifikasi dalam penghususan reka bentuk
pengangkutan,Pembangunan reka bentuk pengangkutan dan
beberapa faktor yang mempengaruhi dalam penghasilan reka bentuk
pengangkutan yang Berjaya

122 Bersambung dimuka surat seterusnya……

Penghasilan buku ini walaupun ringkas namun pengisian yang
terdapat pengisian yang terdapat dalam buku ini mampu untuk menjelaskan
dengan terperinci tentang reka bentuk pengangkutan melalui beberapa rajah
dan gambar,Ini bertujuan untuk memberi dan menceritakan kandungan
supaya dapat di fahami oleh semua golongan pembaca.Buku ini
mengandungi tujuh bab iaitu bab 1 merupakan pengenalan kepada bidang
reka bentuk perindustrian yang mengandungi tafsiran tentang bidang reka
bentuk perindustrian.Bab 2 memceritakan peranan dan sumbangannya
dalam meningkatkan tahap kualiti kehidupan manusia serta ekonomi
sesebuah Negara.Bab 3 menceritakan khusus tentang tiga klasifikasi utama
reka bentuk pengangkutan iaitu pengangkutan darat,air dan udara.Bab 4
menjurus kepada peranan lima kategori iaitu kenderaan persendirian,Awam,
Perdagangan,Pertahanan dan Khas.Bab 5 memberi penerangan yang
menekankan kepada beberapa elemen penting yang menyumbangkan
kepada penghasilan reka bentuk yang baik dan berkualiti.Bab 6
menerangkan tentang beberapa faktor yang mempengaruhi penghasilan
reka bentuk pengangkutan kesemua faktor ini menjurus kepada fungsi
sesebuah kenderaan dan sumbangannya kepada kepenggunaan.Bab 7
membincangkan tentang kesan dan persaingan dalam inovasi pengangkutan
juga diketengahkan melalui hubungkaitnya dengan cabaran serta masa
depan reka bentuk.

Buku ini juga dapat member manafaat yang amat berguna bukan
sahaja kepada pembaca tetapi juga kepada generasi akan datang
khususnya kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang reka bentuk
perindustrian.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021

123 Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Book Title : Waking Gods
Author : Sylvain Neuvel
Publisher : Penguin Books, 2018.

Pages : 324
ACC NUMBER : 0003753827

ISBN NO : 9781405921923
Price : RM38.25

Category : Science Fiction (EAF/NEU)

Waking Gods is a heart-pounding thrill ride. From the action
scenes as things get bigger and bigger and it seems humanity might
really be doomed, to the scientific details which were so damn
interesting! I love sci-fi books that seem grounded in scientific fact. It
adds an extra dose of realism of possibility.

The style of narration also really appeals to me. The story unfolds
through interview transcripts and journal entries, which works wonders
for the pacing. It keeps us constantly in the moment, gives us further
insight into the characters, and never gets bogged down by too much
description.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

124

Plus, most of the interviews are conducted by an unnamed
interviewer, giving it an additional air of mystery. Look, you probably
already know by now if this book is for you or not. If you like sci-fi that
opens up worlds of possibility, that makes you feel smaller than you
knew was possible, that offers new, thrilling and scary answers to some
of the oldest questions.

The plot began 9 years after the end of Sleeping Giants and
the tension is so much more evident here. As it turns out, everything
that happened in Sleeping Giants is just a setup for this book and
probably the last book of the planned trilogy. In the first book, the plot
spend most its time figuring out the origin, politics and the mechanics to
use the giant turquoise robot and introducing the main characters of the
series, Waking Gods built upon those foundation wonderfully.

Right from the start, the story started with an arrival of a new
robot in London. Engaging, darker and intense plot with so many things
going on, also imbued with many popular Sci-Fi references cameos like
Neon Genesis Evangelion, World of Warcraft and Star Wars, I am
pleasantly surprised by the improvement in quality on this book. It was
thrilling, sometimes humorous, and hard to put down. Not only there
are more actions, the increasing casualty and combined with the
epistolary format made this book even faster paced than before and an
excellent page turner.

I had a bit of a problem with the Epistolary format, I find the
characters lacked of emotions and really hard to empathize with in the
first book. I was proven wrong with this installment. The characters
development over the first book is fantastic; this is due to the help of
well written letters and personal journal entry that served as a
substitute for the missing narrative. We finally get to see the characters
personality development, changes, and emotions unlike before. The
Nameless Interviewer specifically, we finally get to see more about him
and his background.

Continued on the next page……

125

The only problem I had with the book lies in its action
sequences. Although the plot is thrilling and this book has plenty of
actions compared to before, we still never get to really see the battle
cause everything is told through dialogues. Hopefully the next book in
the series could fix this part without changing its story format somehow.

Despite that, overall Waking Gods is a great sequel that
improves upon everything from its predecessor. I definitely recommend
this for any lover of Sci-Fi and Giant Robots who's looking for a unique
fast paced read.

To find out more about the book and its contents, please visit
the Sabah State Library Keningau Branch or the nearest Sabah State
Library by visiting the website www.library.sabah.gov.my to find out the
availability of the book

Reviewed by,
Mobin Mahadin
Sabah State Library
Keningau Branch
June 2021

This book is available in the collection of Sabah State Library Keningau Branch

126

Jika anda berminat untuk meminjam buku yang
terdapat dalam naskhah flipbook ini, anda boleh

hubungi kami ditalian
087-336097

( waktu pejabat sahaja )
atau

klik Sent Message pada link
di Page Muka Buku/ FaceBook Rasmi

Perpustakaan Cawangan Keningau.
Pastikan anda telah menjadi ahli Perpustakaan

Negeri Sabah terlebih dahulu.

Nota : Tersedia untuk kemudahan Pandu lalu di
Perpustakaan Cawangan Keningau
( Kecuali Buku Koleksi Rujukan )

Hubungi kami di talian berikut :
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752

#malaysiamembaca
#sabahmembaca
#stayathome
#dudukrumah
#bacadirumah
#letsreadtogether
#letsreadabook
#readmeabook
#sabahstatelibrary

#perpustakaannegerisabah
#agmMei2021

127

Untuk pertanyaan sila hubungi :
Peti Surat 174 ,89008 Keningau SABAH.

Tel:087336097/336096 (Operator )
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752

Seksyen Rujukan Maklumat : 087-331769
Unit Hypermedia : 087-331760
Fax: 087-338022

Bantu like & Share . Sila klik link berikut :

https://www.facebook.com/perpustakaancawangankeningausabah

TERIMA KASIH !

128


Click to View FlipBook Version