Sehinggalah dia tinggal sehelai sepinggang.Kawan-kawannya
pula lari meninggalkannya.Tinggallah Osman seorang diri.Osman
akhirnya sedar tentang keburukan berjudi dan insaf serta bertekad
untuk berubah.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
51
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Malang Sang Merak
Siri : Bacaan Nusantara
Penulis : Hamdan Mohd Ali
Ilustrasi : -
Penerbit : Pustaka Cergas Jaya
Kategori Buku : MJF HAM (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 14
ISBN No: 978-967-5400-00-1 (Set)
ISBN No: 978-967-5400-04-9
Harga : RM4.60
Buku yang bertajuk “Malang Sang Merak” ini adalah sebuah
buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri Bacaan
Nusantara.” Buku ini mempunyai 14 halaman bercetak yang ditulis
oleh Hamdan Mohd Ali. Siri Bacaan Nusantara ini dihasilkan agar
dapat memberi pengajaran serta dapat mendidik para pembaca agar
berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Cerita-cerita yang diolah
dengan kemas dapat memudahkan para pembaca memahami setiap
cerita yang disampaikan dan disertakan dengan ilustrasi berwarna
yang sangat menarik.
52 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Terdapat seekor Merak yang sangat sombong tinggal bersama-
sama haiwan lain di dalam hutan. Sang Merak tidak mempunyai
kawan kerana sikapnya yang suka membanding-bandingkan
kecantikannya dengan binatang lain. Suatu hari, semasa Sang Merak
berjalan-jalan dia terdengar perbualan di antara Sang Tupai dengan
Sang Kura-kura tentang dirinya. Dengan perasaan yang sangat geram
Sang Merak meluru kearah mereka dan mengejek Sang Kura-kura.
Dengan perasaan sedih, Sang Tupai dan Sang Kura-kura
meninggalkan Sang Merak sendirian.
Sambil Sang Merak sibuk memuji dirinya dan bernyanyi-nyanyi
dengan gembirnya, Sang Merak tidak sedar bahawa dirinya telah
diperhatikan oleh seorang pemburu yang bersembunyi di sebalik pokok.
Tiba-tiba pemburu itu terus menangkap dan memasukkan Sang Merak
ke dalam sangkar. Sang Merak berasa sangat takut. Sang Merak yang
sombong itu dibawa masuk ke dalam lori milik pemburu. Sejak Sang
Merak ditangkap, tidak ada seekor haiwan pun tahu apa yang berlaku
pada Sang Merak. Mungkin itulah balasan yang harus diterima oleh
Sang Merak kerana dia sangat sombong dan bongkak.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Tugiman Sulaiman
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
53
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk : SIRI USAHAWAN TANI :
POLIKULTUR UDANG DAN IKAN AIR TAWAR.
Penulis : Idris Ahmad
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
No.Panggilan: MAN 639.31 IDR
Bil.Mukasurat: 398 Mukasurat
ISBN : 978-983-49-0425-8
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Dewasa B.Melayu
Buku Polikultur udang dan ikan air tawar merupakan satu
sistem penternakan campuran dalam sesebuah kolam.Udang dan ikan
merupakan hidupan air tawar yang menjadi sumber protein kepada
manusia bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin
meningkat. Buku tentang penternakan ikan dan udang air tawar,sesuai
untuk bacaan para usahawan tani. Pengetahuan tentang cara-cara
penternakan dan kawalan penyakit ternakan perlu ada.Bukan itu saja
air yang digunakan untuk menternak ikan dan udang perlu dipelihara
dengan sempurna bagi mengelak jangkitan kuman dan kekurangan
oksigen dalam kolam tersebut
Bersambung dimuka surat seterusnya……
54
Jika dilakukan dengan sempurna dan Berjaya ianya membawa
pulangan yang lumayan yang berlipat kali ganda. Buku ini
Mengandungi Pelbagai Maklumat Khas untuk pengusaha yang ingin
menceburi industri ini.Buku ini juga membincangkan Pengurusan
Kolam Ternakan, Penyediaan Tapak ternakan,Pengurusan benih dan
Ternakan,Pengawalan penyakit dan Pengurusan Musuh Ternakan.
Turut dibincangkan ialah proses Pengendalian
Ternakan,Penyediaan Makanan yang sesuai dan Sistem yang terdapat
dalam ternakan Polikultur. Usaha penternakan udang dan ikan air
tawar bukan sahaja menarik perhatian para penternak malah turut
menarik perhatian para pelabur kerana kedua-duanya mudah diternak
dengan baik di dalam air tawar.kini semakin ramai penternak telah
Berjaya menghasilkan ikan dan udang yang bermutu dengan
menggunakan teknik monokultur dan polikultur.Buku ini juga
memaparkan berbagai fakta ,udang dan ikan serta kriteria dan kaedah
pengurusan yang diperlukan dalam penternakan udang dan ikan air
tawar. Melalui Buku ini dapat membantu di kalangan pengusaha yang
belum mengenali udang dan ikan air tawar secara khusus apatah lagi
mendalami dan menceburi industri akuakultur,Penerapan aspek
penternakan udang dan ikan air tawar ,peluang pasaran,kunci
kejayaan penternakan,Komoditi dan teknik pemeliharaan secara
polikultur. Buku ini juga sesuai dijadikan panduan dan sumber rujukan
kepada pengusaha penternakan udang dan ikan air tawar.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Rita Asing
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
55
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Penunggu Banglo Usang
Siri : Pengajaran dari Alam Mistik
Penulis : Hamdan Mohd Ali
Ilustrasi : -
Penerbit : Pustaka Ilham Maju
Kategori Buku : MJF HAM (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 32
ISBN No: 978-967-0681-43-6 (Set)
ISBN No: 978-967-0681-44-3
Harga : RM17.93
Buku yang bertajuk “Penunggu Banglo Usang” ini adalah
sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri
Pengajaran dari Alam Mistik” Buku ini mempunyai 32 halaman
bercetak yang ditulis oleh Hamdan Mohd Ali. Siri Pengajaran dari
Alam Mistik ini memaparkan cerita-cerita seram mengenai makhluk
dari alam lain yang diceritakan dalam versi kanak-kanak.
56 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Disamping itu, pembaca juga dapat mengambil iktibar dan
nasihat yang diselitkan dalam buku ini. Pembaca juga dapat
memahami cerita dengan mudah kerana ia menggunakan gaya
bahasa yang mudah serta turut menyelitkan unsur-unsur KBAT di
mana pembaca disajikan dengan cerita yang pastinya membentuk
pembaca agar dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan
disertakan ilustrasi yang menarik ini dapat menimbulkan minat
pembaca untuk mengetahui kisah-kisah alam mistik ini.
Rudy dan Aman sangat popular dalam kalangan pelajar dan guru
kerana selalu melanggar disiplin sekolah seperti merokok, membuli
dan ponteng sekolah. Suatu hari, berlaku pergaduhan antara Basri
yang merupakan ketua pengawas di sekolah itu dengan Rudy dan
Aman. Namun, Basri bukanlah seorang yang mudah ditewaskan
kerana dia pandai bersilat. Pergaduhan mereka terhenti apabila
mendengar tengkingan cikgu Amar. Setelah mendengar penelasan
daripada mereka bertiga, akhirnya cikgu Amar mendenda Rudy dan
Aman. Keadaan itu menyebabkan Rudy dan Aman berasa sangat
marah terhadap Basri dan ingin membalas dendam. Selepas waktu
persekolahan, mereka membocorkan tayar depan dan belakang
basikal Basri dan segera beredar. Mereka merancang untuk
menunggu Basri di banglo usang di tepi jalan untuk memukulnya.
Apabila sampai di banglo usang itu, tiba-tiba Aman berasa
meremang. Aman mengajak Rudy untuk beredar tetapi Rudy mahu
tetap berada dibanglo usang itu. Aman berasa takut dan Rudy terus
menenangkannya sambil mengejeknya. Tiba-tiba kedengaran
seperti kayu jatuh dari tingkat atas banglo usang tersebut. Mereka
terkejut tetapi Rudy terus menenangkan Aman. Keadaan sunyi
seketika, tiba-tiba sebuah kerusi kayu yang lama jatuh tergolek dari
tingkat atas.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
57
Aman ketakutan dan menjerit lalu mengajak Rudy keluar dari
banglo tersebut. Mereka mula panik dan terus berlari kearah pintu
banglo usang itu. Tetapi, pintu tersebut tiba-tiba tertutup dengan
sendirinya, mereka mula menggigil ketakutan dan cuba berlari ke pintu
belakang, tetapi sebuah meja usang tiba-tiba bergerak dengan
sendirinya menghalang jalan menuju ke pintu belakang, mereka mula
menjerit meminta pertolongan namun jeritan mereka sia-sia kerana
banglo usang itu terletak jauh daripada rumah jiran yang lain.
Keadaan menjadi semakin kelam-kabut. Beberapa barang lama di
dalam banglo usang itu mula berterbangan dengan sendirinya, mereka
cuba untuk melompat keluar melalui tingkap yang terbuka namun, tiba-
tiba datang satu angin yang kuat menolak mereka berdua masuk ke
dalam banglo itu semula, mereka terperanjat apabila terlihat satu
lembaga putih berambut panjang mengerbang di awangan ketika cuba
berlari ke tingkat atas, lalu meluru kearah tingkap semula dan akhirnya
mereka berjaya melompat keluar dari tingkap yang terbuka itu. Tanpa
menoleh ke belakang lagi, Rudy dan Aman meredah semak dan
belukar yang berada di sekeliling banglo usang itu. Mereka terus
melarikan diri sejauh yang boleh dari situ. Semenjak peristiwa itu Rudy
dan Aman menjadi insaf dan mereka tidak lagi menjadi samseng dan
pembuli di sekolah. Mereka juga telah meminta maaf kepada Basri di
atas kekasaran mereka dahulu. Pengalaman seram yang dialami oleh
Rudy dan Aman itu menjadi rahsia antara mereka berdua.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
58
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : DIAgnosis
Penulis: Dr. Anwar Fazal Abu Bakar, Dr. Azah Isa dan
Dr. Muhammad Aizzat Othman
ISBN: 9789670723020
Penerbit: DuBook Press Sdn Bhd
Tahun diterbitkan: 2014
Kod Buku: MAN 808.882 ANW
DIAgnosis ditulis oleh tiga orang doktor iaitu Dr. Anwar, Dr.
Aizzat dan isteri, Dr. Azah yang diterbitkan pada Mei 2014 telah
mencetuskan fenomena kerana berjaya terjual sebanyak 15,000 unit
dalam masa enam bulan di pasaran. DIAgnosis menghimpunkan 21
cerpen pendek dengan hanya 142 mukasurat sahaja namun sarat
dengan inspirasi, pengalaman, pengajaran dan kehidupan sehari-hari
mereka yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi bukanlah
bermaksud hanya untuk doktor/pelajar perubatan sahaja, ianya sesuai
untuk semua lapisan masyarakat.
59 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Seribu satu karenah pesakit yang ditempuhi dalam dunia sebenar
kedoktoran merupakan cabaran terbesar perlu dihadapi setiap hari
misalnya ‘self-DIAgnosis’, ‘servis lambat’, ‘buatan orang’, ‘kebal’,
‘egoistik’ dan macam-macam lagi. Di samping itu, kerjaya sebagai
doktor tidak dapat dipisahkan dari tanggungjawab mengajar doktor
yang lebih muda atau mendapat tunjuk ajar dari mereka yang lebih
pakar.
“DIAgnosis is not the end, but the beginning of practice”
DIAgnosis mengajar kita untuk lebih memahami tugas sebenar
mereka di bidang perubatan yang tidak pernah mengira penat lelah,
masa malah keluarga mereka sendiri demi untuk pesakitnya.
Pengalaman yang diceritakan sangatlah berharga kerana mereka
berhadapan dengan perkara sebenar dalam kehidupan seseorang itu
setiap hari dan bukanlah senang untuk seorang doktor perubatan
meluangkan masa untuk menulis. Buku ini juga ada petikan ayat dari
al-Quran, hadis dan kata-kata hikmah yang berkait dengan setiap
penceritaannya.
“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA, DOKTOR hanya
perantara”.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
60
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Sudah Mantapkah Langkahmu?
Penulis : Kamsiah Abu
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Mukasurat: 109
No Panggilan: MAN 650.144 KAM
ISBN No: 9789676125378
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Mungkin kita sering mendengar keluhan atau melihat situasi
yang dihadapi oleh kalangan remaja ataupun siswazah yang baru
tamat pengajian dan sedang mencari pekerjaan dalam memulakan
kehidupan mereka di alam kerjaya. Umumnya bukan mudah semua
orang dapat menempuhi sesuatu yang baharu dalam kehidupan harian
mereka tanpa mengetahui ataupun melengkapkan diri dengan
pelbagai informasi yang diperlukan untuk mereka melangkah ke alam
kehidupan yang baharu dengan lebih yakin. Buku bertajuk Sudah
Mantapkah Langkahmu?
Bersambung dimuka surat seterusnya……
61
Sebuah buku hasil karya Kamsiah Abu dan mengandungi 6 bab ini penulis
membawa kita membincangkan beberapa panduan dan teknik yang boleh diguna
pakai oleh para remaja ataupun siswazah yang sedang mencari pekerjaan untuk
melengkapkan diri dengan kaedah yang sering dipraktikkan oleh majikan dalam
mencari serta menilai calon tenaga kerja yang berwibawa. Bab 1 penulis
membincangkan tentang persoalan di mana boleh mencari peluang dengan
kupasan dilema calon pencari kerja, menurut penulis berapa ramaikah siswazah
ataupun calon pencari kerja mempunyai semangat dan proaktif dalam
melengkapkan diri merebut peluang kerjaya yang ada dan sejauh mana mereka
ini sanggup bersaing dengan pesaing yang lebih dahulu telah melengkapkan diri
dengan segala keperluan yang dicari oleh para majikan atau organisasi yang
menawarkan peluang pekerjaan. Justeru itu amat penting bagi seseorang
pencari kerja melengkapkan diri dengan ilmu dan informasi yang betul dan sahih
bagi memastikan usaha mereka membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
Penulis turut mengupas persoalan para remaja dan siswazah yang sedang
mencari kerja ini yang sering bertanya di mana mereka boleh mendapatkan
informasi berkenaan kekosongan jawatan tersebut. Di dalam era globalisasi
masa kini peluang mencari pekerjaan lebih terbuka kepada berbagai wadah yang
lebih mudah dan berkesan seperti menerusi Kelab Kerjaya dan Bahagian Hal
Ehwal Pelajar, Akhbar, Karnival atau Pameran Kerjaya, informasi dari saudar
mara dan sahabat dan Mendaftar dengan Agensi Pekerjaan. Bab 2 penulis
membincangkan tentang apa yang majikan cari dari calon tenaga kerja, ini amat
perlu kerana apabila seseorang itu mengetahui apa yang dicari oleh
kebanyakkan majikan akan memudahkan mereka melengkapkan diri ketika
berhadapan dengan majikan dalam sesi temuduga kelak. Memahami kriteria
yang dicari oleh majikan juga perlu diketahui oleh mereka yang mencari
pekerjaan, pekerja merupakan salah satu aset penting kepada sesebuah
organisasi.
Makanya setiap organisasi ini mempunyai beberapa kriteria yang telah
mereka tetapkan sebagai panduan untuk menilai seseorang calon yang mahu
dilantik. Semua organisasi dan majikan mahukan tenaga kerja yang mempunyai
kriteria – kriteria seperti Mengetahui industri yang diceburi, sesuai dengan
keperluan perniagaan atau industri, mempunyai sikap dan pemikiran positif,
bersedia membina kerjaya di dalam organisasi, sedia menghadapi cabaran yang
dihadapi organisasi, boleh menyumbang kejayaan organisasi dan berintegriti
serta setia pada organisasi.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
62
Kemahiran am yang dikehendaki oleh majikan adalah tajuk bab 3,
penulis mengupas akan pentingnya seseorang tenaga kerja mempunyai
nilai-nilai kemahiran am untuk membolehkan mereka menjadi pekerja yang
berkelibar dan berdedikasi. Diantara kemahiran am yang sering diperlukan
oleh setiap majikan adalah seperti mempunyai daya pemikiran yang tinggi
dan penguasaan kemahiran asas tugas berkaitan, mahir dalam
berkomunikasi, boleh bekerja dalam kumpulan, mengutamakan pelanggan
dan mempunyai personaliti yang positif. Bab 4 berkenaan dengan tajuk
bagaimana mahu merebut peluang yang ada, dalam era dunia serta moden
yang merentasi global tanpa sempadan ini berlakunya situasi berlumba-
lumba membina kerjaya yang dapat menjamin kekukuhan ekonomi
seseorang. Apabila terjadinya bekalan melebihi permintaan maka sesebuah
organisasi yang menawarkan kerjaya hanya mengutamakan calon-calon
yang terbaik dan memenuhi kesemua syarat yang telah ditetapkan oleh
organisasi tersebut.Justeru itu beberapa kriteria perlu diambil perhatian
serius oleh setiap calon pencari kerja untuk merebut peluang yang ada ini,
iaitu seperti tatacara yang betul memohon pekerjaan di mana para calon
hendaklah menyemak dan meneliti keperluan asas yang disyaratkan oleh
jawatan yang diiklankan,keperluan tambahan dalam kelayakan permohonan,
senarai tugas yang perlu oleh jawatan,menyemak cara menghantar
permohonan, menyemak Tarikh dan masa akhir permohonan dan alamat
tempat mengemukakan permohonan yang tepat. Selain itu tatacara
penyediaan biodata yang lengkap juga perlu dipandang serius oleh calon
pencari kerja iaitu susunan biodata yang ideal merangkumi maklumat
peribadi calon, kelayakan akademik,sijil- sijil profesional atau yang
setaraf,pengalaman dan kemahiran,anugerah atau penghargaan yang
pernah diterima,gaji,orang yang boleh dirujuk,tatabahasa,ejaan dan gaya
penulisan,pilihan bahasa,dokumen-dokumen dan gambar calon.
Bab 5 penulis membincangkan persediaan menghadiri temu duga, di
mana penulis memberi beberapa langkah persediaan yang perlu diambil
berat dan diberi perhatian oleh setiap calon pencari kerja iaitu persediaan
asas diri sebelum temu duga seperti persediaan jasmani,rohani dan minda,
disamping itu tindakan semasa menghadiri temu duga turut dikongsikan juga
oleh penulis dalam bab ini.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
63
Bab 6 bertajuk persediaan mendaki tangga kejayaan dalam
kerjaya, di mana apabila seseorang calon yang telah berjaya merebut
peluang dan ditawarkan kerja seperti yang dipohon makanya perlu
terus berusaha memperbaiki, meningkatkan dan menambah luas lagi
kemahiran yang sering berubah mengikut peredaran masa. Selain itu
juga diselitkan beberapa panduan yang boleh dipraktikkan untuk
membantu seseorang mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam
dunia pekerjaannya kelak.
Kesimpulannya, panduan dan faktor-faktor yang dikongsikan oleh
penulis dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh setiap pembaca yang
sedang mencari pekerjaan dan ingin berjaya dalam temu duga ataupun
yang sedang mendaki kejayaan kerjaya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
64
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Masalah Sosial Pelajar Di Luar Sekolah
Penulis : Nurul Izzah Misni
Penerbit : Mega Publications
Mukasurat : 90
No Panggilan: MTN 364.36 NUR
ISBN No : 9789673800698
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Buku bertajuk masalah sosial pelajar di luar sekolah
merupakan hasil karya Nurul Izzah Misni dan mengandungi 4 bab
berkenaan dengan tajuk tersebut. Pada masa kini pelbagai krisis
akhlak dan moral menular ataupun merebak dalam masyarakat
khasnya dalam kalangan remaja, masalah sosial kalangan remaja ini
bermaksud salah laku sosial remaja. Menurut penulis gejala sosial di
Malaysia bermula pada tahun 1960-an, negara ketika itu dikatakan
masih baru menerima kemerdekaan dan isu-isu sosial remaja jarang
dipersoalkan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
65
Namun demikian, perhimpunan golongan hipi di Woodstock,
Amerika Syarikat dalam tahun 1969 secara tidak langsung
memulakan satu lembaran baru dalam episode kehidupan serta
pergolakan sosial remaja di Malaysia. Pengaruh budaya tersebut
telah memberi kesan negatif kepada masyarakat Malaysia kerana
kehidupan mereka sering dikaitkan dengan masalah dadah. Selain
itu kemelesetan ekonomi dunia yang telah menyebabkan kadar
pengangguran dan kemiskinan meningkat,situasi ini mengakibatkan
ramai remaja melepak. Pertengahan tahun 1980-an pula, pelan induk
perindustrian negara pertama diperkenalkan dengan dasar
pensyarikatan dan penswastaan menyebabkan kepesatan
pembangunan negara telah menyebabkan migrasi golongan muda
dari luar bandar ke bandar untuk mencari pekerjaan, seiringan
dengan itu masalah bohsia dan bohjan dalam kalangan remaja mula
melanda negara. Sekitar penghujung 1990-an teknologi maklumat
dan komunikasi mula berkembang pesat di Malaysia, pemasangan
ataupun penggunaan internet di rumah-rumah meningkat.
Perkembangan internet meskipun banyak kebaikannya terutama
capaian ilmu pengetahuan dan komunikasi namun demikian ianya
juga telah mendedahkan masyarakat kepada bahan pornografi dan
golongan remaja tidak terkecuali daripada menerima kesan buruk ini.
Bab 1 buku ini membincangkan gejala sosial melepak, mengikut
kamus dewan edisi ketiga melepak bermaksud berbuat sesuatu yang
tidak mendatangkan faedah. Gejala melepak ini boleh menyebabkan
seseorang itu terdorong melakukan sesuatu perkara yang lebih buruk
seperti mengambil dadah. Diantara punca timbulnya kegiatan
melepak ini ialah kurangnya kawalan,pengawasan dan perhatian
ibubapa terhadap anak-anak mereka, selain itu remaja yang terlibat
melepak ini juga disebabkan berasa bosan tinggal di rumah tanpa
hiburan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
66
Gejala ini boleh dicegah sekiranya banyak pihak bekerjasama
dan menjalankan kempen menyedarkan masyarakat tentang
keburukan melepak ini. Merempit gejala sosial dalam bab 2, gejala
merempit ini semakin merunsing sejak kebelakangan ini. Meskipun
dunia dilihat semakin maju dan berkembang seiring dengan
kemajuan teknologi namun masih terdapat anak-anak remaja gemar
dengan aktiviti merempit ini. Masalah merempit ini semakin kritikal di
mana para remaja seawal peringkat
sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah terlibat dengan
aktiviti tidak bermoral ini dan peratusan tertinggi remaja terlibat dalam
gejala ini di Malaysia adalah kaum Melayu. Gejala tersebut berpunca
daripada pengaruh rakan sebaya,tawaran habuan,sekadar suka-
suka, kurang perhatian ibubapa dan taraf pendidikan serta gaya
hidup remaja. Rentetan situasi ini turut memberi kesan negatif
terhadap ekonomi dan politik negara. Sebagaimana gejala sosial
yang lain, peranan ibubapa adalah amat penting bagi menangani
masalah ini agar gejala ini dapat dibendung daripada berleluasa.
Bab 3 penulis membincangkan gejala sosial lari dari rumah,
negara sering dikejutkan dengan tindakan nekad sesetengah remaja
yang sanggup lari dari rumah malah tren remaja masa kini yang
semakin berani meninggalkan rumah amat merisaukan. Penglibatan
remaja dalam gejala ini memberi tamparan yang hebat kepada
semua lapisan masyarakat malah menjadi tanda tanya kepada
pembangunan negara. Tekanan menyumbangkan kepada faktor
utama fenomena ini berlaku disamping faktor-faktor lain seperti
pengaruh rakan sebaya, inginkan kebebasan, bergaduh dengan
keluarga, bosan dan kurang kasih sayang daripada ahli keluarga.
Selain itu remaja yang cenderung untuk melarikan diri dari rumah
selalunya mempunyai ciri keyakinan diri yang rendah, pengetahuan
agama yang kurang dan pengaruh luar yang tinggi.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
67
Gejala ini harus ditangani dengan segera demi masa depan
remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan dunia, semua
pihak terutamanya masyarakat harus memainkan peranan tersendiri
dalam menangani kemelut ini. Bab 4 mengenai gejala sosial
membuang bayi, dalam kehidupan generasi muda masa kini dapat
dilihat sebahagian anak-anak remaja ini bertunjangkan keseronokan
duniawi dan mengakibatkan mereka diheret ke kancah pergaulan
bebas tanpa mengira batas – batas agama. Disebabkan terlalu ghairah
dan alpa mengejar kenikmatan dunia sehingga mereka terjebak
dengan perbuatan zina yang menyebabkan mereka mengandung anak
luar nikah. Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari
meskipun telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi
membendung gejala ini. Fenomena ini berpunca daripada pergaulan
bebas para remaja, kurangnya didikan agama serta moral dan sikap
masyarakat. Justeru itu untuk menangani gejala ini maka semua pihak
perlu memainkan peranan penting termasuklah para ibubapa, pihak
kerajaan dan pusat perlindungan dan yang paling utama adalah
kesedaran diri sendiri remaja tersebut.
Tuntasnya, kupasan setiap bab yang dikongsikan oleh penulis
dalam buku ini dapat membantu para pelajar ataupun para remaja
mengetahui akan kesan negatif yang dihadapi apabila terjerumus
dalam gejala sosial tersebut. Bagi saya buku ini sesuai dijadikan bahan
bacaan serta rujukan untuk semua lapisan masyarakat sama ada
dalam kalangan keluarga ataupun dalam komuniti.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
68 Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : Peranan Intelektual
PENGARANG: Usman Awang
PENERBIT : Strategic Information and Research Development
Centre
MUKASURAT : 139
ACC NUMBER : 0003585352
ISBN NO: 9789670960104
HARGA : RM16.20
JENIS BUKU: Intelektual (MAN305.55209M USM)
PERANAN INTELEKTUAL ini sama judul dengan buku
PERANAN INTELEKTUAL yang diterbitkan oleh INSAN pada tahun
1987 yang mengandungi dua makalah. Manakala edisi buku ini
mempunyai tiga makalah. Buku ini mengandungi lima buah karangan,
oleh lima orang tokoh terkenal yang bersyarah tentang golongan
intelektual dan peranannya. Tokoh-tokoh tersebut adalah:
Bersambung dimuka surat seterusnya……
69
1. Usman Awang, seorang sasterawan Malaysia ternama yang
lebih dikenali apabila membaca sajak-sajaknya yang mudah, indah
akan tetapi sangat berisi.
2. Pramoedya Ananta Toer, pejuang dan novelis agung Indonesia
yang pernah ditahan selama 10 tahun di Pulau Buru tanpa bicara.
3. Rustam A Sani, ahli akademik serta pengkritik sosial yang
pernah diiktiraf sebagai intelek awam penting di Malaysia
4. Ahmat Adam, juga seorang ahli akademik, yang mengkhusus
dalam bidang sejarah
5. Syed Husin Ali, seorang ahli akademik dan ahli politik yang
dihormati umum.
Buku ini juga mengandungi beberapa sajak berkaitan oleh Usman
Awang dan Otto Rene Castillo, seorang penyair Amerika Latin yang
terkorban di tanahairnya dalam perjuangan menentang pemerintahan
kukubesi yang didukung oleh limperialisma Amerika Syarikat. Peranan
intelektual ialah mengenali masyarakat dan sistemnya dengan
sedalam-dalamnya melihat dengan sikap kritis segala sebab dan
akibat. Intelektual adalah pertama, selalu mengkaji. Kedua,
memperkembangkan kajian tersebut. Ketiga, memudahkan ilmu untuk
kehidupan manusia. Keempat, perjuangkan akan kebenarannya,
dalam erti kata berpihak kepada kebenaran semata-mata. Buku ini juga
sangat penting untuk dibaca oleh generasi muda masa kini tidak kira
dia intelektual atau bukan intelektual atau bakal intelektual.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Mobin Mahadin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
70
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : Sumpahan Kayong
PENGARANG : Radzemah Bolhassan
PENERBIT : Pelangi Novel Sdn. Bhd., 2016.
MUKASURAT : 217
ACC NUMBER : 0003725404
ISBN NO : 9789670973029
HARGA : RM10.50
JENIS BUKU : Cerita Seram (MAF/RAD)
Buku ini dia punya seram sampai tak boleh berhenti baca.
Walaupun ada orang bagitau cerita ini adalah rekaan semata-mata
tiada kaitan yang hidup atau yang mati. Tetapi saya rasa macam cerita
benar dan ditokok tambah dengan imaginasi penulis.
Sekali adalah keluar topik Hantu Kayong atau Hantu Bangkit.
Maknanya adalah kisah sejarah Hantu Kayong atau Hantu Bangkit di
Sibu Sarawak. Lokasinya bertempat di Kampung Bangkit. Mungkin
nama kampong bukan nama sebenar.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
71
Kisah mengenai lima sahabat UNIMAS yang hendak pergi kenduri
kawin adik sahabat baik mereka di Kampung Bangkit. Sewaktu dalam
perjalanan menaiki van tu macam-macam kejadian dan rintangan yang
mereka lalui. Van terlanggar objeklah, cari Kampung Bangkit lepas
turun feri pun tak jumpa-jumpa padahal kampung itu kalau naik kereta
sekejap saja sampai. Keluarga mertua kawan baik lima sahabat ini ada
keturunan Kayong Hantu Bangkit ini. Maka misteri pun terungkai satu
persatu.
Hantu Bangkit ini adalah kisah orang yang meninggal dunia
selepas dikuburkan dan akan bangkit dan balik ke rumah dia selama
40 hari. Dia akan mengeledah dapur untuk mencari makanan.
Kisah Sumpahan Kayong ini pulak dari pokok kedondong yang
besar hingga menghalang cahaya matahari tembus ke dalam kampung.
Orang kampung hendak tebang pokok kedondongan tersebut. Tetapi
pokok itu tidak dapat di tebang sebab ada yang menjaganya. Lepas
tawar menawar baru pokok tersebut berjaya ditebang tapi ada syarat
yang diminta oleh penjaga pokok tersebut....
Ketahui kesudahannya... Dapatkan buku ini di Perpustakaan
Cawangan Keningau.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Mobin Mahadin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
72
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Bersyukur Saat Diuji (versi Ebook)
Penulis: by Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Mukasurat: 190
No Panggilan:
ISBN No: 9789830973517
Kategori Buku: Ebook
" Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi
ditegaskan), Sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan."
Apa pun yang berlaku, bersyukur dan redha pada apa jua keadaan
akan membantu kita dalam apa jua situasi walau ianya kejatuhan kita
sendiri namun disebalik semua ini ada cahaya kebenaran yang pasti
akan muncul dan kita bergerak maju kearahnya.
Buku ini memperlihatkan kehidupan, jatuh bangun penulis dan
pandangan penulis dalam mengharungi hidup nya
Bersambung dimuka surat seterusnya……
73
Cerita kehidupan yang perlu kita serap dalam sanubari kita dan
mengalirkan airmata bagi mereka yang menyelami dan memahami
apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis. Setiap ujian
yang Allah beri pada kita, pasti ada kemanisannya. Sama ada kita
menyedarinya atau pun tidak. Mungkin manisnya ketika ujian itu
melanda. Dan mungkin juga manisnya apabila berakhirnya ujian
tersebut. Prof. Kamil telah berkongsi di antara kemanisan dalam ujian
yang beliau sekeluarga hadapi adalah kuatnya ikatan ukhwah
sesama saudara Muslim.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dengan berbagai
ujian. Ujian itu bukan sahaja musibah, bencana, kemiskinan,
kesusahan, kegagalan atau kesakitan. Tetapi, harta yang banyak
juga adalah ujian. Tubuh badan yang sihat juga adalah ujian.
Keluarga yang bahagia juga adalah ujian. Pangkat yang besar juga
adalah ujian. Ilmu dan kepandaian yang kita miliki juga adalah ujian.
Pendek kata, kehidupan dan juga kematian itu sendiri adalah ujian.
Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang menyedari bahawa kita ini
sebenarnya sedang diuji? Jika kita sedar, apakah yang telah kita
lakukan untuk menghadapinya dengan sebaik mungkin, agar kita
dapat markah yang tertinggi disisi-Nya? Markah yang tidak kita
nampak dengan mata kasar. Berbagai ujian yang kita hadapi sehari-
hari ini dikupas dengan menarik sekali oleh Prof. Kamil dalam Bab 15:
Ujian Tidur sehinggalah Bab 28: Mampukah Kita.
Buku ini sangat dekat dengan kehidupan kita sehari-hari. Tanpa
kita sedari, ada antara per perilaku yang kurang elok atau tidak
sepatutnya, yang diceritakan didalam buku ini, turut menjadi tabiat
kita sehari-hari. Dan kadang-kala, kita tak rasa bersalah atau rasa
berdosa pun apabila melakukannya. Dan ada juga antara lintasan-
lintasan hati yang nakal, turut pernah singgah di lubuk hati kita ini.
Bacalah naskah ini kerana apa yang dipaparkan adalah ibarat cermin
kepada diri kita sendiri.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
74
Ebook ini tersedia untuk pinjaman dengan melawati Laman E
resources perpustakaan negeri sabah atau melayari pautan berikut
https://sabah.elib.com.my/index.php/book/details/13767
Diulas oleh,
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
75
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Cikgu Kelas Sebelah (versi Ebook)
Penulis: by Fadli Salleh
Penerbit: Komrad buku
Mukasurat: 183
No Panggilan:
ISBN No: 9789672062073
Kategori Buku: Ebook
Naskah Cikgu Kelas Sebelah ini membariskan 101 kisah
pengalaman Cikgu Fazli sebagai seorang guru yang mengajar di
sekolah rendah. Pengalaman bersama dengan para pelajar, ibu bapa,
kakitangan sekolah dan juga masyarakat sekitar.
Membaca naskah Cikgu Kelas Sebelah seperti kita sama
berada di sekolah tempat Cikgu Fazli mengajar. Melihat keletah kanak-
kanak, yang jujur, polos dan naif. Yang masa depannya masih panjang.
Yang persahabatannya sangat ikhlas tanpa mengira kaum dan latar
belakang. Yang hadirnya ke sekolah dengan seribu impian dan
harapan. Yang hadirnya ke sekolah sebagai latihan untuk mereka
menjadi insan yang berguna kemudian.
76 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Pengalaman yang dikongsikan sangat sangat menarik,
menghiburkan dan memberi kesedaran. Ada kisah yang memang kita
pun tidak terduga berlaku terutamanya pengalamannya dengan budak
darjah 1. Ada yang buat kita ketawa, sedih, terharu.. Begitulah ragam
anak-anak, boleh buat emosi kita berubah-ubah.betapa besar jasa
guru kepada kita yang tanpa jemu mendidik agar kita dapat terbang
tinggi malahan lebih tinggi daripada mereka sendiri.
Ada kisah yang membuatkan kita tersenyum atau tergelak sendiri,
dan ada juga kisah yang mengundang sebak didada. salah satunya
tentang seorang ibu yang bersusah payah mengumpul duit untuk
membayar yuran PIBG anaknya. Akhirnya, setelah beberapa bulan
penggal persekolahan dibuka, barulah beliau dapat menyerahkan
bayaran PIBG sebanyak RM50 kepada Cikgu Fazli. Keesokan harinya,
setelah tamat waktu persekolahan, Cikgu Fazli terserempak dengan
ibu tersebut dan memulangkan duit RM50 itu. Dengan alasan buku
resit sudah dipulangkan ke pejabat. Maka, agak leceh untuk meminta
semula buku resit semata-mata kerana seorang pelajar membuat
bayaran. Duit RM50 yang dipulangkan itu disambut dengan rasa
syukur dan sebak oleh ibu tersebut.
Membaca naskah ini membawa kita mengenali apa erti keikhlasan.
Bertugas dengan niat untuk beribadah. Bertugas memikul amanah
sehabis baik. Kanak-kanak ini memerlukan guru yang berdedikasi dan
ikhlas mencurah ilmu dan bakti tanpa jemu. Kanak-kanak ini
memerlukan guru yang memahami mereka adalah kanak-kanak. Guru
yang tidak merampas keriangan hidup sebagai kanak-kanak. Guru
yang memuji apabila mereka melakukan kebaikan dan menegur
apabila mereka tersilap jalan.
Ebook ini tersedia untuk pinjaman dengan melawati Laman E
resources perpustakaan negeri sabah atau melayari pautan berikut
https://sabah.elib.com.my/index.php/book/details/13767
Diulas oleh,
Ismail Abas
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
77 Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Diganggu Jembalang Hutan
Siri : Pengajaran dari Alam Mistik
Penulis : Hamdan Mohd Ali
Ilustrasi : -
Penerbit : Pustaka Ilham Maju
Kategori Buku : MJF HAM (Bahasa Melayu)
Muka Surat : 32
ISBN No: 978-967-0681-43-6 (Set)
ISBN No: 978-967-0681-45-0
Harga : RM17.93
Buku yang bertajuk “Diganggu Jembalang Hutan” ini adalah
sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri
Pengajaran dari Alam Mistik” Buku ini mempunyai 32 halaman
bercetak yang ditulis oleh Hamdan Mohd Ali. Siri Pengajaran dari
Alam Mistik ini memaparkan cerita-cerita seram mengenai makhluk
dari alam lain yang diceritakan dalam versi kanak-kanak. Disamping
itu, pembaca juga dapat mengambil iktibar dan nasihat yang diselitkan
dalam buku ini.
78 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Pembaca juga dapat memahami cerita dengan mudah kerana ia
menggunakan gaya bahasa yang mudah serta turut menyelitkan unsur-unsur
KBAT di mana pembaca disajikan dengan cerita yang pastinya membentuk
pembaca agar dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan disertakan
ilustrasi yang menarik ini dapat menimbulkan minat pembaca untuk
mengetahui kisah-kisah alam mistik ini.
Cuti persekolahan akan tiba. Dali dan keluarganya bercadang untuk
pulang ke kampung di Ulu Cheka, Kuala Lipis. Dali begitu gembira kerana
dia bercadang hendak mengajak sepupunya, Adam pergi mengangkap
burung dan ayam hutan. Apabila cuti persekolahan penggal kedua bermula,
Dali dan keluarganya telah berangkat pulang ke kampung. Pak Lang Akob
merupa abang kepada ayah Dali. Mereka menyambut kedatangan Dali
sekeluarga denga hati terbuka. Dali berbisik kepada Adam sepupunya untuk
pergi menangkap ayam hutan jika ada masa terluang. Adam bersetuju
dengan cadangan Dali dan ingin mengajak Abang Udin kerana
kepakarannya menangkap ayam hutan. Mereka bercadang hendak
menangkap ayam hutan pada hari minggu, namun Abang Udin tidak dapat
membantu mereka kerana dia terpaksa pergi ke Bandar atas urusan kerja.
Adam bercadang untuk pergi berdua sahaja dengan Dali tetapi dilarang oleh
Abang Udin kerana takut mereka akan sesat nanti dan meminta mereka
untuk menunggunya balik dari Kuantan. Mereka pun bersetuju dengan
permintaan Abang Udin.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Dali sudah mengajak Adam pergi ke
sungai untuk mandi kerana berasa sungguh bosan. Mereka mandi dengan
seronok sekali kerana air sungai yang begitu bersih dan menyegarkan.
Selepas mandi, tiba-tiba Dali mengajak Adam pergi menangkap ayam hutan.
Pada mulanya Adam tidak mahu, namun setelah dipujuk, akhirnya dia
mengalah dengan kehendak Dali dan mereka masuk ke hutan, sebaik sahaja
tiba ditempat yang sesuai, Adam terus memasang jerat, mereka menyorok di
sebalik belukar. Adam menyuruh Dali jangan membuat bising dan bergerak.
Dalam keadaan yang sunyi itu, Adam cuba membuat kokokan seperti ayam
hutan. Setelah beberapa kali bunyi kokokan dibuat, mereka terdengar
sahutan bunyi kokokan ayam hutan tidak jauh dari tempat mereka. Dali
berasa teruja dan kokokan ayam itu semakin hampir dengan mereka.
Malangnya, mereka sangkakan itu adalah kokokan ayam hutan tetapi
sebenarnya satu lembaga hutan yang berbulu lebat dan besar dengan mata
yang berwarna merah.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
79
Mereka yang berasa sangat takut, berlari lintang-pukang dan
lembaga itu turut mengejar mereka sehinggakan kaki Dali terseliuh
kerana tersadung dengan akar kayu. Adam dan Dali menggigil
ketakutan dan mereka tidak berupaya untuk melarikan diri daripada
jembalang itu. Dalam situasi yang genting, Adam dan Dali cuba
membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang mereka ingat iaitu Al-fatihah
dan Ayatul Qursi berulang kali lama-kelemahan, jembalang hutan itu
semakin menjauhkan dirinya dan hilang. Setelah keadaan berasa
selamat, Adam dan Dali pun terus keluar dari hutan itu. Peristiwa
menakutkan itu telah menjadi ikhtibar pada Adam dan Dali dan mereka
tidak akan memasuki hutan sesuka hati lagi. Mereka sudah insaf. Kata-
kata Abang Udin sebelum ini ada benarnya. Semenjak dari pada
peristiwa itu, Dali tidak berminat lagi untuk menangkap ayam hutan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
80
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Perkembangan Kanak-Kanak
Pengarang: Lew Moi Mooi Ph.D , Norliza Jaafar
& Norulaziah Md.Nordin
Penerbit: Pelangi Profesional Publishing SDN BHD
Muka Surat: 156 Muka Surat
No Panggilan: MAN 612.65 LEW
ISBN No: 978-967131332-9
Harga Buku: Rm19.50
Buku yang bertajuk Perkembangan Kanak-Kanak tulisan Lew
Moi Mooi Ph.D , Norliza Jaafar dan Norulaziah Md.Nordin yang ditulis
berdasarkan proforma baharu serta sesuai dibaca oleh pelbagai
lapisan masyarakat. Manusia dilahirkan unik.Sepanjang hayat,
manusia akan mengalamai perubahan kepada struktur dalaman dan
luaran mereka.Proses perubahan ini adalah kompleks dan berlaku
secara kuantitatif dan kualitatif terhadap aspek fizikal, intelektual,
bahasa, emosi, sosial, moral dari peringkat pralahir hingga ke peringkat
tua.Pertumbuhan dan perkembangan dalam diri manusia berlaku
serentak dan tidak dapat dipisahkan.
81 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Buku ini bertujuan memperjelaskan secara terperinci ciri-ciri
pertumbuhan dan perkembangan serta prinsip-prinsip asas yang
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Buku ini juga turut membimbing pembaca untuk memahami
konsep dengan beberapa teori-teori yang berkaitan beserta diselitkan
beberapa rajah yang membantu dalam menyokong memahami
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak atau manusa umumnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Lawrance Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
82
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Selera Masakan Kampung
Pengarang: Othman Rahim
Penerbit: Grup Buku Karangkraf SDB BHD
Muka Surat: 176 Muka Surat
No Panggilan: MAN 641.59 m OTH
ISBN No: 978-983-124-984-0
Harga Buku: Rm19.40
Buku bertajuk Selera Masakan Kampung hasil tulisan Othman
Rahim sangat sesuai dibaca oleh seluruh lapisan masyarakat.
Masakan kampung memang tiada tandingan hingga kini. Ramuan
rempah ratus serta ulam-ulaman menjadi pengikat selera dan menjadi
kebangaan sehingga kini. Meskipun ada restoran yang bertaraf lima
bintang yang menyediakan masakan al-ala barat namun sehingga kini
masakan kampung tetap mengujakan dan mempunyai nilainya yang
tersendiri.
83 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Menerusi buku ini diselitkan beberapa resipi menarik yang
dikongsikan. Antaranya ialah, Ketam lemak jering, keli bakar kerabu,
tetel rebung madu, sup halia ayam kampung dan banyak lagi hidangan
turut dikongsikan
Buku ini mengispirasikan kepada masyarakat betapa pentingnya
mewarisi bakat dan warisan masakan turun temurun serta patut
diwarisi dan didedahkan kepada generasi yang seterusnya.Setiap dari
kita tetap akan terkenang dan tercari-cari masakan yang dimasak oleh
ibu kita serta merupakan masakan warisan yang sangat menyelerakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Lawrance Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
84
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Mengekang Kemusnahan Alam Sekitar
Penulis : Noor Azilawati Mohd Sabda
Penerbit : Pustaka Ilham
Mukasurat : 61
No Panggilan: MTN 303.69 NOO
ISBN No : 9789838982658
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Mengekang Kemusnahan Alam Sekitar sebuah tajuk hasil
karya Noor Azilawati Mohd Sabda, yang termasuk dalam siri
memahami konflik kehidupan dan mengandungi 15 tajuk ringkas
berkaitan dengan Alam Sekitar ini. Tajuk 1 mengenai Kepentingan
Alam Sekitar, alam merupakan amanah yang diberikan kepada kita
oleh Allah SWT agar dipelihara dan dihormati. Pokok-pokok yang
menghijau amat mendamaikan, lautan yang membiru membawa
ketenangan dan pasir yang memutih antara keindahan alam yang perlu
kita hargai. Alam sekitar juga amat penting dipelihara demi
kesinambungan survival kehidupan manusia.
85 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Konflik Alam Yang Berlaku adalah tajuk ke 2, bencana alam tidak
dapat dielakkan oleh manusia kerana kejadian berlaku di luar kawalan
kita. Ianya boleh terjadi tanpa mengira masa dan tempat malah mampu
memusnahkan harta benda serta mengorbankan nyawa
manusia.Banjir,rebut taufan,tanah runtuh dan sebagainya antara contoh
bencana alam yang sering berlaku, selain itu lambakan bahan buangan
juga salah satu punca masalah alam sekitar ini. Oleh itu setiap kita
sebagai individu perlu memainkan peranan masing-masing dengan
menanam tiga sikap iaitu mengunakan barangan yang boleh diguna
semula(reuse), menggunakan barangan diperbuat daripada proses
semula(recycle) dan mengurangkan penggunaan barangan yang tidak
diperlukan (reduce). Tajuk ke 3 penulis mengupas tentang Kesan
Kemusnahan Bencana Alam, kejadian bencana alam ini mampu
membawa kemusnahan yang teruk dan memberi kesan yang buruk
kepada semua manusia yang terlibat dan menyebabkan
trauma,ekonomi terjejas serta ancaman kesihatan. Memelihara Alam
Sekitar adalah tajuk 4, dalam tajuk ini menurut penulis alam sekitar
merupakan satu elemen penting dalam kehidupan harian kita maka itu
ianya harus dipelihara dengan mengambil langkah-langkah seperti
pemantauan global,komitmen kerajaan dan organisasi lain bagi
mengurangkan musibah kemusnahan alam sekitar agar keaslian alam
sekitar kita dapat dipelihara.
Tajuk 5 mengenai konflik banjir, menurut penulis banjir terjadi
apabila air menggenangi sesuatu kawasan, banjir daripada laut boleh
menyebabkan limpahan kepada penebat banjir mengakibatkan benteng
semula jadi ini musnah. Oleh itu penduduk yang tinggal di pesisir pantai
terdedah kepada ancaman banjir ini. Pada dasarnya kejadian banjir,
banjir kilat atau banjir lumpur sukar diramalkan disebabkan
ketidaktentuan cuaca, namun masih boleh dikawal impaknya dengan
mengelak penebangan pokok, mengawal pembalakan haram dan
seumpamanya. Tajuk 6 tentang Konflik Tanah Runtuh,tanah runtuh
secara umumnya didefinisikan sebagai aliran tanah,batu dan puing
mengikut cerun yang bermula dari kawasan tinggi ke kawasan yang
lebih rendah. Namun demikian tanah runtuh bukanlah bencana yang
secara keseluruhannya di luar wajaran kita malah ianya juga disebabkan
tindakan rakus daripada manusia itu sendiri seperti mengalami puncak
cerun overloading, di mana jika muatan ditambah menyebabkan jumlah
muatan melebihi kekuatan bahan maka berlakunya gelongsoran.
86 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Dalam tajuk 7 pula penulis memberi kupasan tentang Highland
Towers, di mana tragedi Highland Towers ini telah mengejutkan
seluruh negara kerana kejadian ini julung kali berlaku dalam sejarah
negara. Ianya terletak di Taman Hillview Hulu Klang,tragedi berlaku
berpunca dari pelbagai faktor dan ini merupakan mesej tentang
bahayanya pembinaan bangunan di lereng bukit tanpa sebarang
kawalan.
Tragedi malang ini menyaksikan blok yang mempunyai 12
tingkat runtuh disebabkan tapak pembinaan tidak stabil dan
kegagalan menahan pergerakan tanah. Insiden Banglo Ranap dalam
tajuk 8, merupakan kejadian tanah runtuh yang telah meranapkan 14
buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama,
dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah. Justeru
itu pihak berkuasa perlu mengawal dan memantau dengan teliti
pembangunan di kawasan tanah tinggi ini. Tajuk 9 berkenaan dengan
Tragedi Ringlet Cameron Highlands, kejadian tanah runtuh yang
telah meragut banyak nyawa dan berlaku pada 11 mei 1961. Selain
tragedi Highland Towers satu lagi tragedi yang tidak mungkin
dilupakan iaitu Tragedi Pos Dipang yang dibincangkan oleh penulis
dalam tajuk ke 10.Pos Dipang adalah merujuk kepada sebuah
perkampungan Orang Asli daripada kaum Semai. Kejadian pada 29
ogos 1996 di mana air sungai Dipang mengalir terlalu deras telah
menghanyutkan kayu-kayan,batu dan lumpur telah merempuh
sebahagian rumah perkampungan orang asli tersebut. Tajuk 11
berkenaan dengan Pemanasan Global, di mana kebanyakan
bencana alam yang kerap berlaku di serata dunia sering dikaitkan
dengan pemanasan global. Tajuk 12 tentang Perubahan Cuaca
Dunia, perubahan cuaca yang tidak menentu juga berpunca daripada
gangguan sistem ekologi alam. Kesan Pencemaran Terhadap
Manusia dibincangkan dalam tajuk 13, secara ringkas menurut
penulis pelbagai penyakit boleh terjadi akibat pencemaran ini malah
bukan saja memberi kesan pada kesihatan manusia tetapi juga pada
alam sekitar,tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Dalam tajuk 14 penulis
memberi kupasan Langkah-Langkah Mengelakkan Pencemaran, di
antaranya kempen kesedaran tentang program kitaran semula perlu
diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
87
Tajuk 15 adalah tentang Kempen-kempen Alam Sekitar, kempen
yang sesuai perlu dilaksanakan untuk membendung masalah yang
dihadapi alam sekitar ini, disamping itu pihak kerajaan turut
memainkan peranan dan menjalin kerjasama dengan pertubuhan alam
sekitar dan persatuan pencinta alam dalam usaha memupuk
kesedaran penjagaan alam sekitar ini.
Bagi saya buku ini wajar menjadi bahan bacaan pilihan para
pelajar,ini kerana saya dapati dalam buku ini lengkap dengan
maklumat isu-isu semasa yang padat serta mudah difahami.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
88
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Hubungan Ketua & Pekerja Bagaimana
Membahagiakannya?
Penulis : Dr Muhaya Mohamad
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia ( ITBM ), 2015.
Muka Surat: 233
No Panggilan: MAR 158.1 MUH
No. ISBN: 9789670869919
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( B.Melayu ),
Pengurusan dan Motivasi
Buku Hubungan Ketua dan Pekerja : Bagaimana
Membahagiakannya? Berupaya menjadi rujukan untuk melahirkan
pekerja berkualiti. Terbangunnya sesebuah negara kerana
terbangunnya rakyat terutama pekerja. Dalam membina sebuah
organisasi dan syarikat yang kukuh dan berjaya, kesepakatan dan
nilai-nilai murni serta positif perlu ada dalam setiap pekerja, tidak kira
diperingkat atasan sehinggalah di bahagian sokongan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
89
Bagaimana kita melihat dunia ini, ibarat kita memakai cermin mata.
Jika cermin mata pilihan kita berwarna hitam, kita akan melihat dunia ini
dengan warna kehitaman. Jika memakai cermin mata berwarna coklat,
dunia yang kita pandang akan berwarna coklat. Andainya kita memilih
cermin mata berkaca cerah, akan cerahlah dunia yang kita pandang.
Sesungguhnya tangan kitalah yang menentukan “cermin mata
kehidupan” pilihan kita.
Kualiti hidup seseorang bergantung pada kualiti hubungannya
dengan Pencipta dan hubungan sesama manusia. Apabila terjalin
kebahagiaan antara ketua dan pekerja maka tempat kerja akan menjadi
ladang pahala. Dengan konsep pemikiran yang diperkenalkan, iaitu
“Reset Minda” ini , akan banyak mengubat “penyakit jiwa” dan “penyakit
fizikal masyarakat. Ubah atau tukar cara kita melihat sesuatu, sama ada
terhadap peristiwa negatif atau positif dengan nilaian “mata hati”, bukan
dengan nilaian “mata akal” sahaja. Sebarkan kasih sayang dan sayangi
semua orang tanpa syarat.
“Kunci laluan penyelesaian masalah adalah kasih sayang yang sentiasa
diterapkan dengan konsep hidup, Bahagia dan Membahagiakan.”
- Dr Muhaya Mohammad.
Dan di sinilah semua pekerja perlu sedar bahawa peranan tugas yang
berat perlu dipikul bersama. Seperti kata pepatah “Berat sama dipikul
ringan sama dijinjing”. Dr Muhaya Mohamad melalui penulisannya
berkongsi beberapa “ramuan” dan “ubat-ubatan”, sebagai satu kaedah
bagaimana untuk membangunkan inspirasi insan, khususnya untuk para
pekerja. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua pekerja.
Dalam hidup, kita boleh membuat pilihan antara “tindakan” atau
mencari “alasan”. Semakin banyak alasan yang kita berikan, semakin
tinggilah ego kita untuk memberikan alasan atas perkara yang kita tidak
boleh dan tidak mahu buat. “Alasan” adalah “racun” yang membunuh
kejayaan dan kebahagiaan. Sifat bertanggungjawab amat penting untuk
mengelakkan sifat menyalahkan orang lain demi mengatasi masalah kita.
Majikan yang menghormati dan mengenali pekerja dengan lebih
dekat, tentulah persefahaman antara mereka dapat ditingkatkan. Sikap
hormat-menghormati yang tinggi menjadi sumber keselesaan baik dari
segi persefahaman dan keseronokan bekerja antara majikan dan
pekerja dalam menjalankan tugas. Persefahaman yang wujud antara
pekerja ini akan dapat membantu sekiranya kerja itu memerlukan
penglibatan secara berkumpulan.
90 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan setiap pekerja
perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Melaksanakan kerja
bukanlah sekadar menyudahkan kerja sekadar melepas batuk di tangga;
atau membuat kerja lepas tangan sahaja, tetapi kerja itu perlu dilakukan
secara bersungguh-sungguh dengan menggunakan segala kebolehan
yang ada. Kesungguhan dan semangat kerja keras ini bukan semata-mata
hanya sekadar ‘berlakon’ ketika berhadapan dengan ketua tetapi perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh walaupun tiada pemantauan
daripada ketua atau majikan. Dalam Islam konsep ini dinamakan ihsan.
Konsep ihsan menjelaskan bahawa setiap kerja yang dilakukan atas dasar
tanggungjawab walaupun tiada pengawasan yang ketat. Konsep ini juga
ada digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya sepertimana kita
beribadat kepada Allah SWT, sebagaimana jika kita tidak dapat melihat-
Nya sesungguhnya Allah melihat kita.
“Ambil tanggungjawab dan berdoa. Hati manusia dalam genggaman Allah
SWT. Ketika kita mendoakan orang lain, Allah SWT mendengar doa kita
dan merahmati mereka. Ingatlah apabila kita selamat dan bahagia,
bahawa seseorang telah mendoakan kita.” - Dr Muhaya Mohamad.
Buku ini sangat bermanfaat kepada golongan remaja ( pelajar dan
mahasiswa ) yang sedang membentuk imej diri. Ibubapa muda juga
disarankan membaca buku ini untuk mendapatkan panduan bagaimana
membentuk imej diri anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Maslianah Hj. Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
91 Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Penternakan Udang Vannamei
Pengarang: Khairul Amri & Iskandar Kanna
Penerbit: Synergy Media
Muka Surat: 160 Muka Surat
No Panggilan : MAN 639.58 AMR
ISBN No: 978-967-322-807-2
Harga Buku: Rm35.90
Buku bertajuk Penternakan Udang Vannamei sangat sesuai
dibaca oleh individu atau masyarakat yang berminat dalam prospek
perniagaan agro. Pembacaan kepada buku ini adalah memberi
gambaran jelas kepada kita mengenai ternakan udang yang semakin
berkembang sejak akhir-akhir ini.Udang vannamei ini terlepas daripada
risiko kemungkinan diserang penyakit seperti udang windu dan dapat
dibuktikan menerusi pembenihan dan penternakkan udang vannamei
yang sangat meluas ketika ini.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
92
Buku ini tersedia dan ditulis dengan harapan mengetahui
apakah tindakan yang perlu dalam dilakukan dalam mengkomersialkan
bidang perniagaan yang berasaskan udang ini.Beberapa panduan
seperti pemilihan benih yang berkualiti,pemilihan kawasan
penternakan serta susunan kolam mengikut skla yang diperlukan
dikongsikan.
Selain itu teknik pemeliharaan, pengendalian dan pengursan
pencegahan penyakit turut disertakan bagi memudahkan individu yang
berminat mendapat gambaran dalam menjalankan perniagaan ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Lawrance Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
93
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Jus-jus sihat
Pengarang: Dr.George D.Pamplona Roger
Penerbit: Editorial Safeliz S.L
Muka Surat: 351 Muka Surat
No Panggilan: MAN 641.875 PAM
ISBN No: 978-84-7208-650-0
Harga Buku: Rm191.25
Buku bertajuk Jus-jus sihat dalam konteks kehidupan dan
kesihatan tulisan Dr.George D.Pamplona Roger sangat sesuai dibaca
oleh pelbagai lapisan masyarakat Tidak semua orang sanggup makan
namun setiap orang mesti minum.Seorang bayi tidak dapat mengunyak
makanan keras tatapi sanggup menelan cecair. Demikina juga dengan
orang tua,tidak dapa makan tetapi dapat meminum air.Minuman berisi
kuasa penyembuhan yang ada. Sebagai cecair, akan membersihkan
badan dengan mengeluarkan toksin dan bahan-bahan yang tidak
diperlukan oleh tubuh manusia.
94 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Memang tidak dinafikan minuman berasaskan jus mempunyai
nilainya tersendiri serta berperanan penting dalam setiap bahagian
badan manusia.Jus,smoothie,infuse dan minuman pencegahan sesuai
untuk pencegahan dan pemulihan penyakit-penyakit yang paling biasa
dalam setiap organ dan sistem badan.
Menerusi buku ini boleh dijadikan rujukan dalam menyediakan
minuman mengikut keperluan individu. contohnya dalam menurunkan
berat badan dengan minuman. Jus minuman yang berfungsi
membakar lemak malahan memberikan tenaga. Dalam pada itu,
Pemilihan jus yang berkesan mampu mengekalkan kesihatan dan
kesejahteraan hidup.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Lawrance Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
95
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Membendung Peningkatan Kadar Jenayah
Penulis : Noraini Mohd Dom
Penerbit: Pustaka Ilham
Mukasurat : 54
No Panggilan: MTN 303.69 NOR
ISBN No : 9789838982672
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Membendung Peningkatan Kadar Jenayah sebuah tajuk hasil
karya Noraini Mohd Dom termasuk dalam siri memahami konflik
kehidupan dan mengandungi 12 tajuk ringkas berkaitan dengan
kejadian jenayah ini. Tajuk 1 berkaitan dengan Bahaya Jenayah,
jenayah adalah gejala sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem
serta persekitaran sosial masyarakat. Sistem sosial menjadi punca
berlakunya kepincangan masyarakat masa kini,bukan sahaja
disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga malah unsur-unsur asing
atau budaya kuning turut dikaitkan menjadi pemangkin wujudnya
masalah ini.
96 Bersambung dimuka surat seterusnya……
Tajuk ke 2 berkenaan dengan Undang-Undang Jenayah, undang-
undang jenayah suatu jenis undang-undang yang mengawal kesalahan
yang dilakukan terhadap masyarakat. Selain itu undang-undang jenayah
tidak akan digunakan untuk menentukan hak dan liabiliti penjual dan
pembeli kerana urusan jual beli yang dianggap aktiviti sivil antara
individu. Sumber utama undang-undang jenayah di Malaysia ialah
Kanun Keseksaan (panel code) dan Kanun Acara Jenayah (criminal
procedure code). Tajuk ke 3 mengenai Jenayah Seksual, jenayah
seksual merangkumi perlakuan melibatkan seksual yang dilakukan
sama ada secara langsung dan tidak langsung seperti
merogol,mencabul dan memperkosa. Jenayah seksual rogol yang
dianggap oleh kebanyakan masyarakat sebagai jenayah sangat berat
kerana boleh menyebabkan mangsa mengalami renjatan emosi
psikologi yang serius. Jenayah Perdagangan adalah tajuk ke 4, jenayah
perdagangan atau komersial ini termasuk kes-kes melibatkan
penipuan,pecah aamanah,rasuah dan pemalsuan cek. Individu yang
terlibat dengan jenayah seumpama ini selalunya membuat perancangan
yang sangat rapi sebelum memerangkap mangsa-mangsa mereka.
Menurut penulis jenayah kolar putih mempunyai kesan lebih
menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana berpotensi
menjejaskan prestasi kewangan organisasi komersial dalam negara.
Tajuk ke 5 mengenai Jenayah Siber, jenayah siber ini merujuk
penyalahgunaan peralatan komputer untuk merosakkan,mencuri atau
mengubah data dalam komputer bagi motif tertentu. Jenayah ini sukar
dibuktikan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku
secara maya. Selain itu jenayah siber ini juga termasuk melancarkan
perisian pengintip memasuki komputer orang lain tanpa disedari, antara
contoh jenayah siber ini adalah seperti spamming phishing,kuda troy
dan cetak rompak. Dalam tajuk ke 6 penulis mengupas tentang Jenayah
Perjudian,iaitu suatu bentuk aktiviti dikategorikan jenayah komersial
kecuali perjudian yang diluluskan oleh kerajaan dengan syarat serta
diberi permit.Perjudian seperti dalam bentuk perlumbaan kuda dan
penganjur ekor haram mengambil kesempatan menjalankan kegiatan
mereka di merata ceruk dan mempunyai runner dan pemungut untuk
membantu dalam perniagaan mereka ini. Diantara judi haram ialah judi
dalam rumah,judi tempat bebas,judi ekor haram,judi catataruh
haram,judi tikam-tikam dan judi mesin slot. Seterusnya tajuk ke 7 penulis
membincangkan tentang Jenayah Cetak Rompak, jenayah ini berlaku
berleluasa termasuk di negara kita.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
97
Cetak rompak bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi
undang-undang hak cipta tanpa izin atau melibatkan kes kecurian harta
intelek, terdapat pelbagai cara hasil karya disalin tanpa kebenaran
pemilik hak cipta seperti menerbit semula hasil karya,membuat salinan
dalam pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar,salinan cara
elektronik,fotostat,rakaman video,suara,menaip semula, menyalin
kandungan bahan dan mengeluarkan bahan perkakas yang telah dihak
cipta.
Tajuk ke 8 Jenayah Ragut, jenayah ragut juga dikenali sebagai
jenayah oportunis kerana peragut biasanya meragut mangsanya di tepi-
tepi jalan. Jenayah ragut ini juga dikategori sebagai jenayah rompak dan
mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 14
tahun dan sebatan. Langkah menangani jenayah ragut ini perlu ada
gabungan kesedaran orang ramai, pelaksanaan undang-undang yang
proaktif dan konsep bandar selamat antara jalan keluar membantu
berdepan dengan dilema ini. Vandalisme tajuk ke 9, vandalisme ini
merujuk kepada tabiat seseorang merosakkan harta benda awam dan
juga harta benda orang lain. Vandalisme dikategori sebagai jenayah
tetapi pada keadaan tertentu dan motif vandalism ini terletak pada aspek
emosi yang biasanya dianggap sebagai suatu tindakan melepaskan
kemarahan.Diantara punca berlakunya vandalisme ini adalah pengaruh
rakan sebaya, ibubapa dan keluarga,pengaruh media massa dan sikap
apati individualistik dan materialistik masyarakat.
Tajuk berikutnya yang ke 10 ialah Jenayah Narkotik, dadah adalah
masalah sosial yang sangat rumit dihadapi oleh negara dan merupakan
masalah sejagat. Menurut penulis terdapat laporan menunjukkan
kegiatan penghasilan pelbagai jenis dadah sentiasa meningkat
disebabkan oleh permintaan yang tinggi.Tidak dinafikan juga
penggunaan dadah turut berkait rapat dengan penyakit sosial seperti
pelacuran,lepak dan perjudian disifatkan boleh menggugat serta
memudaratkan sesebuah negara. Bagi menangani konflik ini ialah
dengan melumpuhkan sindiket pengedaran dadah dan mengambil
tindakan terhadap pengguna-pengguna dadah tersebut.
Tajuk 11 tentang Masalah Penyeludupan Di Malaysia, meskipun
Malaysia mempunyai beberapa buah pasukan penguatkuasaan
keselamatan yang ditugaskan menjaga perairan antarabangsa dan 262
pintu masuk sempadan negara namun aktiviti penyeberangan
sempadan di sempadan negara masih berlaku.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
98
Situasi ini telah mengakibatkan penyeludupan berlaku,
penyeludupan barangan iaitu perbuatan membawa masuk barang-
barang bercukai atau larangan masuk dan keluar Malaysia dengan
cara yang tidak sah. Komoditi utama yang diseludup adalah seperti
rokok,gula,minuman keras dan minyak diesel dan faktor geografi
antara Malaysia dengan negara jiran turut menyumbang berlakunya
penyeludupan secara berleluasa. Justeru itu pihak kerajaan dan
masyarakat harus bekerjasama membanteras jenayah penyeludupan
ini yang memberi impak negatif kepada sistem perdagangan dan
ekonomi negara. Tajuk 12 Menangani Jenayah Di Malaysia, masalah-
masalah jenayah yang terjadi di negara kian berleluasa dan kerap
menghiasi tajuk utama dalam akhbar. Pihak kerajaan adalah tonggak
dalam usaha membanteras masalah jenayah yang kian meruncing,
bermula daripada aspek pentadbiran,pihak kerajaan haruslah
menguatkuasakan undang-undang dengan tegas,disamping itu
pindaan akta-akta yang sedia ada wajib dilaksanakan berdasarkan
kategori jenayah masing-masing sebagai langkah membendung
jenayah ini.
Tuntasnya, kupasan setiap tajuk yang dikongsikan oleh penulis
dalam buku ini sangat informatif, mudah difahami dan sesuai dijadikan
bahan bacaan bukan sahaja para pelajar malah setiap lapisan
masyarakat.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Jun 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
99
ULASAN RINGKAS BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: 21 Inspirasi sifufbads
Penulis : Jamal Sififbads
Penerbit: Sifufbads Sdn Bhd, 2015.
Muka Surat: 335
No Panggilan: MAR 158.1 JAM
No. ISBN: 9789671377109
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( B.Melayu ), Pengurusan dan Motivasi
“ Bagaimana pelajar Sifubads menjana 1 juta yang pertama
dengan pemasaran FB dan anda juga boleh melakukannya” . Demikian
bait ayat yang dipaparkan pada muka buku tulisan Jamal SifufBads.
Mengandungi 21 kisah pengalaman dan perjalanan 21 individu yang
merupakan anak bimbingan SifufBads dalam dunia perniagaan.
Bagaimana mereka bangkit dari kegagalan dan akhirnya menjadi orang
yang sukses. Rahsia Disebalik Kejayaan 'Students Sifufbads' bakal
menjadi inspirasi bisnes dan hidup anda!.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
100