The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shantne06-476, 2021-09-12 11:03:10

BUKU LOG BSMM

BUKU LOG BSMM

9. Gajet Tong Sampah • Gajet ini dihasilkan untuk
menyimpan Kawasan
perkhemahan bersih dengan
menyingkirkan sampah-
sampah dengan cara yang
betul.

PRINSIP MEMBUAT GAJET

❖ Elakkan penggunaan kayu/dahan yang buruk kerana mungkin patah
❖ Pastikan segala ikatan pada gajet betul
❖ Gajet haruslah direka, dibuat & diletakkan di tempat yang sesuai
❖ Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan
❖ Gajet haruslah direka, dicipta sendiri dan ringkas, praktikal

5.4
IKHTIAR

HIDUP

PENGENALAN IKHTIAR HIDUP

❖ Istilah Inggeris - survival iaitu the will to live, to
outlive, state of continuing to live.

❖ Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar
hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu
itu untuk terus hidup.

❖ Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah
usaha/ ikhtiar yang harus dilakukan oleh
seseorang itu supaya dia terus hidup ketika
menghadapi ancaman

⚫ Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha
untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti
pengembaraan di hutan sekiranya tersesat, ilmu iktiar hidup adalah perlu
digunakan.

⚫ Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.

⚫ Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup.
Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan
keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan
memerlukan berbuat demikian.

⚫ Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi
sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

MEMASAK MAKANAN

Kemahiran menggunakan sumber alam semula jadi bagi tujuan memasak
makanan adalah sangat penting terutamanya apabila berada di dalam hutan
kerana di hutan kita tidak mempunyai alatan memasak seperti periuk nasi, kuali
dan lain-lain peralatan memasak yang moden. Antara tumbuhan dan bahan
semula jadi yang boleh digunakan untuk memasak ialah daun pisang, daun

palas, ruas buluh, batang pisang, tanah liat dan lumpur.

BAHAN SEMULA KAEDAH PENGGUNAAN
JADI
✓ Potong batang pisang kepada dua bahagian
1. Batang Pisang ✓ Buangkan bahagian dalamnya, lapisan luar juga dibuang

2. Ruas Buluh beberapa lapis supaya tidak terlalu tebal untuk
mengelakkan telur lambat masak.
✓ Seterusnya masukkan telur ke dalam bahagian batang
pisang dan cantumkan kembali batang pisang seperti yang
asal dan ikat batang pisang menggunakan pelepah batang
pisang itu sendiri
✓ Akhir sekali letakkan batang pisang tersebut ke atas api
dan pastikan batang pisang sentiasa diterbalikkan. Telur
dijangkakan masak apabila batang pisang telah kecut dan
bahagian luarnya terbakar sempurna
✓ Kaedah yang digunakan untuk memasak nasi di dalam
buluh adalah sama seperti memasak lemang.
✓ Buluh hendaklah dibasuh dan dibersihkan, cuci bahagian
dalam dan bersihkan segala habuk-habuk bulu-bulu halus
yang terdapat pada buluh tersebut.
✓ Dapatkan pucuk daun pisang yang masih bergulung dan
masukkan ke dalam buluh.
✓ Isikan beras dan air ke dalam buluh dan nasi sedia untuk
dimasak dan pastikan bahagian lubang buluh ditutup
dengan daun pisang

3. Tanah Liat & ✓ Kaedah ini digunakan untuk memasak burung dan ayam
Lumpur hutan.

✓ Dapatkan tanah liat yang bercampur lumpur sungai yang
bersih.

✓ Ayam atau burung hendaklah dibersihkan dahulu tanpa
membuang bulunya dan buangkan bahagian dalam yang
tidak diperlukan.

✓ Salutkan ayam tersebut dengan tanah liat bercampur
lumpur dan pastikan ianya tidak terlalu nipis atau tebal.

✓ Gali lubang untuk menanam ayam, pastikan lubang tidak
terlalu dalam.

✓ Hidupkan api betul-betul di atas tempat ayam ditanam.
✓ Nyalakan api di antara satu hingga dua jam. Selepas itu

ayam bolehlah dikeluarkan dan dimakan.

MASAKAN RIMBA

Memasak Tanpa Peralatan

• Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa perkakas dapur
• Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh

digunakan.
• Dikenali juga sebagai “backwoodsman” atau masakan rimba.
• Kini kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan.

1. Memasak menggunakan Ubi kentang, bawang besar, capsicum,
makanan sebagai bekas tomato, labu, oren dipotong dan isinya
dikeluarkan. Bahagian atas digunakan
2. Memasak menggunakan sebagai penutup.
daun Bekas makan dibalut dengan keranjang
aluminium & dimasak dalam bara api.
Kari ayam boleh dimasak dalam buah
kelapa muda yang bersabut.
Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas
memasak makanan spt ayam & ikan.

3. Memasak menggunakan Makanan dibungkus dengan daun &
ranting dan dawai dimasak atau bara api
Jenis daun yang boleh digunakan adalah
4. Memasak menggunakan daun pisang, daun kunyit, daun pandan,
kepingan batu kubis, kulit jagung.
Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas
5. Memasak menggunakan memasak makanan spt ayam & ikan.
buluh Makanan dibungkus dengan daun &
dimasak atau bara api
Jenis daun yang boleh digunakan adalah
daun pisang, daun kunyit, daun pandan,
kubis, kulit jagung.
Batu yang digunakan leper & ketebalan
sederhana
Api dihidupkan atas permukaan batu &
biarkan selama 30 minit. Permukaan batu
dikira cukup panas apabila tirisan air
berdesir ketika jatuh atasnya.
Bersihkan permukaan batu dengan kain.
Goreng telur, ikan atas permukaan batu
yang panas itu.
Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas
memasak
Buluh boleh digunakan untuk memasak
nasi & leman

MASAKAN SOLAR

Dapur solar adalah alat yang menggunakan tenaga cahaya matahari untuk
memasak makanan dan minuman. Dapur ini dibina dalam bentuk parabolik

agar cahaya matahari yang maksimum dapat ditumpukan ke atas periuk.
Dapur ini mempunyai bahan penebat iaitu polistrena yang berfungsi untuk
mengelakkan kehilangan haba dengan banyak. Kaedah pengurangan sisa

dalam kategori pengurangan sisa, guna semula dan kitar semula serta
kaedah meminimumkan sisa kertasdalam kategori pencegahan

pengurangan bagi sektor pengurusan sisa dan air sisa telah diaplikasikan
dengan penggunaan bahan terpakai sepertikotak dan polistrena untuk

pembinaan dapur solar.

Cara Menyediakan Dapur Solar
• Bahan untuk membuat dapur
a. 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium
b. Panci atau periuk nipis
c. Pelekat kertas
d. Foil aluminium
e. Kotak besar

Menu Makanan Solar

1. Kek Lobak Merah
• 1 kotak tepung kek Nona (3 cawan)
• 4 biji telur
• 1 cawan mentega
• 3 batang lobak merah (parut – 2 cawan)

2. Puding Roti
• 6 biji telur
• 1 paket santan serbuk
• 1 tin susu paket
• 2 kotak kecil kismis
• 1 paket gula kastor
• 1 buku roti
• 4 sudu marjerin

3. Telur Sausage
• 3 batang sausage
• 6 biji telur
• 1 batang lobak merah
• 1 paha daging ayam (isi dicincang)
• 1 labu bawang besar
• Sedikit garam

PRINSIP IKHTIAR HIDUP
• Keselamatan
- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini
dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-
perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh,
elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada
boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah
ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil
kira.
• Usaha
- dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari
semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang
sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-
mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu
gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak
menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka
lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang
sedang dihadapinya
• Kawalan diri
- dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan
supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang
positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan
menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah
pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.
• Kerjasama
- jika dalam kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan amatlah
penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau
kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah
rumit.

Membuat Perangkap
Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian.

Antaranya ialah:-
✓ Jenis binatang yang hendak dijerat
✓ Kawasan laluan binatang tersebut.
✓ Habitat binatang tersebut.

Jenis Jerat Penerangan
Jerat Bidas
 Ikat tali jerat pada hujung joran,
Ground Snare kemudian buatkan running bowline di
hujung tali tersebut.

 Ikat kayu pembingkas pa tali joran
tersebut.

 Pasangkan kayu lengkung atas denai
(laluan) binatang dengan mencacak
kedua-dua hujung di atas tanah.

 Cacak joran.
 Lenturkan joran.
 Bakakan kayu pembimkas kepada kayu

lengkung dan dikunci dengan kayu
palang.
 Aturkan kayu para di atas palang dan
bukakan gelung tali seluas yang
mungkin di atas para.
 Jerat akan bingkas apabila para dipijak
oleh binatang tersebut.
 Perangkap ini di buat pada jalur yang
selalu binatang datang, untuk itu kita
perlu tahu dan dapat membezakan jalan
mana yang sering dilalui oleh binatang.
 Jerat yang kuat atau menggunakan tali
yang bagus seperti kabel, kawat senar
pancing tebal dan lain-lain.

Spring Snare  Perangkap ini menggunakan simpul
Trap Lubang geser (laso knot) pada tali perangkap.

 Umumnya untuk binatang yang
berukuran kecil, seperti burung dapat
digunakan perangkap tali sederhana
yang diletakkan di atas tanah ataupun
digantung.

 Tali laso yang telah diberi umpan
diikatkan pada dahan pohon atau batu
yang berat. Sehingga apabila haiwan
telah terjerat, tidak boleh pergi kemana-
mana lagi.

 Perangkap ini baik untuk kancil atau
binatang yang lebih besar seperti rusa.

 Perangkap ini merupakan kombinasi
bentuk lubang perangkap dan
perangkap menimpa.

 Perangkap ini terdiri dari :
✓ Batang pohon besar untuk menimpa

mangsa.
✓ Kayu pohon yang saling menopang.
✓ Umpan.
✓ Lubang perangkap lengkap dengan

samarannya.
✓ Cara kerjanya hampir sama dengan trap

menimpa, tetapi ketika mangsa tertimpa
batang, ia akan langsung masuk ke
lubang.

5.5
KEMBARA,
ORIENTERING/
PANDU ARAH

JALAN LASAK & PANDU ARAH

TUJUAN

1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan
dan mengikut prosedur yang ditetapkab.

2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap
3. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur

pengendalian aktiviti.
4. Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan.
5. Menikmati keiindahan alam di hutan.

PERATURAN DAN PERSEDIAAN

1. KEBENARAN
• Kebenaran ibu bapa atau penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan
aktiviti serta tujuan kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.

2. PERSEDIAAN ALATAN

a. Titik kawalan (Control point)

• Sesuatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu
dilawati oleh peserta.

• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.

• Titik kawalan bukanlah check point kerana ia tiada penjaga di titik.

b. Penanda kawalan

• Tujuannya untuk membentu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Sesuatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih

sebagai tanda yang diletakkan di titik kawalan. Mempunyai kod kawalan
tersendiri dan penebuk lubang yang unik

c. Kad kawalan

• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai

acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
d. Peta utama

• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan

keterangan kawalan
e. Keterangan kawalan

• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik kawalan berkenaan. Butir-butir

yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawlana dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.
f. Landasan

• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permukaan titik kawalan ke

titik kawalan yang lain hingga ke penamat.
PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
PERSIAPAN AWAL
1. Meyediakan kertas konsep
2. Menetapkan tarikh
3. Tujuan dana pemilihan lokasi ynag akan dijalankan
4. Menentukan kumpulan sasaran
5. Perlantikan jawatankuasa
6. Menyenaraikan nama peserta
7. Menyenaraikna nama jurulatih dan pegawai
8. Menyenaraikan jawatankuasa, tugasan dan senarai semak
9. Penyediaan alatan dan logistik aktiviti

Sebelum Aktiviti 1. Penyediaan landasan
Semasa Aktiviti 2. Taklimat jurulatih dan peserta
3. Semakan alatan dan logistic
Selepas Aktiviti 4. Peralatan kecemasan
5. Pengagihan kumpulan
1. Peserta dikumpul di tempat permulaan aktiviti
2. Jurulatih bertugas berada di lokasi dan stesen

sebelum peserta dilepaskan
3. Ketua aktiviti memberi taklimat kepada

peserta.
4. Peserta diberikan peralatan/ keperluan pandu

arah.
5. Kumpulan peserta awal dibawa ke lokasi

permulaan dengan peralatan yang lengkap.
6. Memastikan peserta berada dalam Kawasan

aktiviti dan selamat serta sentiasa berhubung
menggunakan radio dari semasa ke semasa.
7. Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur
yang ditetapkan
8. Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan
lain, masing-masing bergerak mengikut
kemahiran dan kefahaman sendiri secara
berkumpulan.
1. Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang
terlibat dan memastikan bilangannya
mencukupi, mengenalpasti tahap kesihatan
dan kecergasan peserta.
2. Jika terdapat kecederaan hendaklah diberikan
rawatan awal atau hantar ke hospital.
3. Semua alatan hendaklah dikembalikan, jika
rosak atau hilang sila laporkan kepada
bahagian logistic.
4. Sesi renunga /refleksi

5. Bersalaman antara jurulatih dan peserta.
6. Simpang barang-barang di stor
7. Jurulatih hendaklah menyediakan laporan

aktiviti dengan menngunakan Borang
Prosedur Kerja Laporan Ringkas Aktiviti.

MEMBACA
KOMPAS

1. Arahkan peta dengan arah mata angin
yang tepat, yakni arah utara

2. Ambil lokasi yang ada di salah satu peta
untuk dijadikan acuan.

3. Kemudian sejajarkan arah panah lokasi
lalu putar bezel hingga jarum sejajar
dengan arah utara. Perhatikan angka yang
ada di sebelah garis indeks.

4. Pada bahagian peta, letakkan salah satu
sudut garis ke lokasi lalu putar seluruh
jarum jam Kompas hingga sejajar arah
utara pada bezel. Kemudian, buat garis tepi
dengan pensil.

5. Ulangi Langkah ke-2 dan ke-3 untuk lokasi
lainnya. Apabila telah menemukan titik
perpotongan, maka itulah lokasi anda
berada.

6. Itulah cara membaca arah mata angin
menggunakan Kompas dengan tepat.

KOMUNIKASI RADIO AMATUR
1. Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang

menggunakan peralatan radio dan elektronik.
2. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat

digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan
atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada
frekuensi yang tertentu.
3. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka
melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan
sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set
mereka.
4. Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod
Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia
yang mempunyai isyarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport
untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara
5. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan
seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih
terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan
penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
6. Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-
pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan
ikatan persahabatan yang berlarutan
7. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan
yang sedia ada sebelumnya.
8. Pengendali radio amatur juga boleh menggunakan satelit amatur untuk
berhubung sesama sendiri.
9. Dengan mengunakan peralatan radio dan antena yang biasa digunakan oleh
mereka, mereka sebenarnya mampu untuk mengunakan cara komunikasi seperti
ini.
10. Satelit ini dibangunkan dan diseliakan oleh pertubuhan radio amator itu sendiri
secara suka rela seperi AMSAT. Dengan menggunakan sistem ini, para pelajar
sekolah dan pengendali radio amatur boleh bercakap dan berhubung dengan
angkasa yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

PETA TOPOGRAFI

Peta topografi ialah peta yang menunjukan keadaan muka bumi sesebuah
kawasan yang menggunakan garisan ketinggian dalam peta moden.
Peta topografi mempunyai garisan melintang dan garisan bujur serta titiK
pertemuannya menghasilkan koordinat.
Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala ini
dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas yang lebih lengkap dan
sempurna.
Peta topografi memiliki beberapa persamaan dan perbezaan dengan peta
rupa bumi.

UNSUR PETA TOPOGRAFI

• JUDUL PETA
• KETERANGAN PEMBUATAN INDEKS PETA

• PEMBAHAGIAN LEMBAR PETA
• SISTEM KOORDINAT
• SKALA PETA

• ORIENTASI ARAH UTARA PADA PETA
• ORIENTASI PETA

• GARIS KETINGGIAN
• TITIK TRIANGULASI

TEKNIK MEMBACA PETA

1. TITIK AWAL
2. TANDA MEDAN
3. ARAH KOMPAS
4. MENTAFSIR JARAK
5. LEMBAR PETA
6. SISTEM KOORDINAT

7. SKALA PETA
8. ORIENTASI ARAH UTARA
• Perkara yang perlu diperhatikan :
- Penggunaan garis ketinggian merupakan garis yang menunjukkan pelbagai
ketinggian di suatu tempat tertentu.
- Melalui garis ketinggian :
1. Ketinggian suatu tempat dapat diketahui.
2. Jarak suatu tempat dapat diketahui dengan jelas.
3. Tingkat kecuraman dan kemiringan lereng dapat diperkirakan secara tepat.
- Sifat-sifat garis ketinggian :
1. Memiliki ketinggian sama
2. Memisahkan titik-titik yang lebih tinggi dari semua titik yang lebih rendah.
3. Tidak bercabang
4. Tidak berpotongan satu sama lain
❖ Skala peta berkaitan dengan ukuran geometri bumi, misalnya perbandingan
jarak di lapangan dengan jarak di peta.
❖ Simbol merupakan penggambaran dari di permukaan bumi.

❖ Simbol koordinat berkaitan dengan penentuan di posisi peta terhadap objek
yang ada di lapangan.

❖ Arah utara, panduan arah ke sasaran utara di peta dan digunakan sebagai
penunjuk arah di utara apabila berada di lapangan.

❖ Garis Ketinggian adalah garis khayal untuk menggambarkan semua titik yang
mempunyai ketinggian yang sama di atas / bawah permukaan tertentu.

❖ Pada jarak melintangnya lebih 40mm skala peta sesuai untuk membuat garis
ketinggian. Ketinggian ini sangat bermakna terutamanya jika ada bukit kecil di
kawasan rata.

KEGUNAAN PETA TOPOGRAFI

Memudahkan dalam menggambarkan bentuk dua dimeni dari bentuk tiga
dimensi rupa bumi ( permukaan bumi)
Memberi maklumat mengenai keadaan permukaan bumi.
Sebagai dasar dalam hal-hal mengenai ruang.

CONTOH PETA TOPOGRAFI

TANDA DAN SIMBOL PETA TOPOGRAFI

LAPORAN PENGEMBARAAN
PERSEDIAAN PERJALANAN

⚫ Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah
dirancang terlebih dahulu.

⚫ Tempat-tempat sejarah dan rekreasi perlu dimasukkan ke dalam program
pergembaraan.

⚫ Rancangan pengembaran hendaklah dipersetujui oleh ketua. Ketua
hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan
pengurusanpengembaraan itu mengikut cara BSMM

5.6
ASAS KAWAD

KAKI

Apakah yang dimaksudkan dengan KAWAD KAKI

Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bomba dan
polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.

OBJEKTIF KAWAD
KAKI

1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas
dan taat setia.

2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan
hal-hal berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.

3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia.

4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan
bertatatertib pada setiap masa.

5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta

dapat membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam
pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa
mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa
bekerjasama dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.

TUJUAN

Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada
pegawai/jurulatih bagi menambah kemahiran kawad serta dapat mengendalikan apa-
apa jua perbarisan.

Bahasa Hukuman Kawad Kaki Bulan Sabit Merah Malaysia

No. Bahasa Hukuman Kawad Kaki BSMM

1. Baris / Skuad.
2 Baris. Sedia.
3 Kekanan. Lurus.
4 Pandang. Depan.
5 Buka Barisan. Gerak.
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan, Bertiga-tiga, Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
11 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga, ke kanan Pusing.
15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing.
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.
17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.

19 Langkah, kekanan gerak.
20 Langkah, ke kiri gerak.
21 Langkah, ke hadapan gerak.
22 Langkah, ke belakang gerak.
23 Dari kiri, cepat jalan.
24 Tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah. 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga, kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan, kanan belok.
28 Dari kiri / kanan, kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga, kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
31 Hormat, ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat.
33 Hormat, kekanan hormat.
34 Hormat, kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan.
36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x
37 Bergerak kekanan/kiri, kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang... Pusing.
38 Dari kiri / kanan, kanan belok.

39 Dari kiri / kanan, kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri, kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat, cepat jalan.
43 Skuad henti.
44 Hentak kaki
45 Skuad henti.
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah

Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)

KAWAD STATIK

1. SEDIA

Hukumannya : "Skuad ..............Sedia"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki
kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat
dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan
tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik
ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata;
kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan
tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala
ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan
seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.

2. SENANG DIRI

Hukuman : “Senang ..................Diri"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan
sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan
belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat
jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-
dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.

KESALAHAN BIASA

1. Siku bengkok
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan
3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci
4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
6. Jatuh tumit atau hujung kaku dahulu
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut

Gerakan 1 Gerakan 2 Gerakan 3

3. REHATKAN DIRI

Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"

Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu
pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak
berubah.
Kesalahan biasa :
1. Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
2. Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan
setakat pinggang ke atas sahaja.
Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.

4. MASUK BARIS

Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya

gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan,
di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".
Hukuman :

"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan

kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah
mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang.
Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam
barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan
dalam keadaan sedia.
✘ Kesalahan Biasa :

✘ 1. Datang berbaris tidak berlari

✘ 2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.

✘ 3. Bercakap-cakap;

✘ 4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.

5. MEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:
" Ke kanan ............ Lurus"
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat
kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke
badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan;
melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu
anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah
belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan
atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1),
diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

✘ Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah
dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu
anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang
dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam
dan tunggu hukuman pandang depan.

✘ Hukuman :

✘ "Luruskan ............ Barisan"

✘ Perbuatan :

✘ Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma
hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan
barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke
depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah
mengikuti anggota hadapan.

HADAPAN LURUS KE KANAN LURUS

Pandang depan

Apabila semua ahli PBSM berbaris dengan lurus iaitu dalam keadaan tangan kanan
ke paras bahu rakan sebelah sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin
memberi arahan, ”Pandang depan!”. Semua ahli perlu memandang hadapan,
menjatuhkan tangan dan berdiri dengan keadaan sedia dan diam.

Hukuman:

”Baris! Pandang depan!”

PANDANG DEPAN

6. BERPUSING KE KANAN

”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah

ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung

kakIkanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan

terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut

lurus, badan tegak seperti Keberatan badan di atas kaki kanan.

Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki pantas kepada kedudukan

sedia.

7. BERPUSING KE KIRI

Hukumannya,
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah
ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki
kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak
atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus,

badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki
kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.

8. MENGHADAP KEHADAPAN / BELAKANG

Hukumannya,
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah
ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki
kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak
atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki
kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.

9. KELUAR BARIS

Ahli-ahli dalam keadaan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke
paras lutut lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus melangkah tiga
langkah ke hadapan dan keluar dari barisan

Hukumannya:
”Keluar baris!”

10.BERSURAI

Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan kaki kiri.
Hukumannya:
”Baris bersurai, bersurai!”

GERAKAN BERSURAI

KAWAD DINAMIK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri Mdengan
menggunakan bahasa hukuman

Bergerak ke kiri...kiri pusing.

2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawaddengan
menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan.

3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke
arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2kon yang akan dilalui
pada laluan ini.

4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua
Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkahsemasa
berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah (3 kalisebutan secara
berturut-turut selepas setiap perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju
selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga.

5. Semasa menghampiri kon, Ketua

Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa
hukuman Kiri belok. Sebanyak 4kon yang akan dilalui pada laluan ini.6. Setelah
melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat kearah kanan semasa
berjalan menggunakan bahasa hukuman Hormat... hormatke kanan....hormat.
Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas hormat,Ketua Platun
mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasahukuman
Pandang...depan.

6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,Ketua
Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat kearah
kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Hormat...hormatke
kanan....hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas
hormat,Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat
menggunakan bahasahukuman Pandang...depan.

7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke
kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman. Bergerak
kekanan...bertiga-tiga...belakang pusing.

8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkanahli untuk berhenti
dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti.

9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapanpentas
hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiripusing

10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan
pentashormat dan mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama
– samakeseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan
maramenghadap...dari tengah...cepat jalan.

Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua

Hakim. Ketua Platun mengarahkansemua ahli memberi tabik hormat kepada

Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman Hormat ke

hadapan...hormat ( perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3

kiraan / saat

5.7
MALAM
PERSEMBAHAN
KEBUDAYAAN

Malam kebudayaan PBSM adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan
oleh kumpulan PBSM untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan
melupakan segala kerja yang telah dibuat semasa berkhemah dan lain-lain. Malam
PBSM mungkin ada perhubungan dengan seni budaya Bulan Sabit Merah atau

Kebudayaan PBSM itu sendiri, sebagaimana yang dialami. Aturcara yang
dipersembahkan dalam Malam PBSM itu adalah datangnya dari PBSM itu sendiri
seperti seni tari, seni lakon, nyanyian dan lain-lain. Semua itu bercorakkan seni
budaya pengakap. Untuk perhatian bahawa setiap persembahan yang dibuat oleh
PBSM tidaklah seperti persembahan yang diadakan di atas pentas. Persembahan
Malam PBSM itu hanyalah apa yang terdaya oleh setiap kumpulan PBSM itu sendiri.

CAMPFIRE

❖ Untuk makluman, Malam PBSM berbeza sedikit corak dan aturcaranya dalam
temasya ‘Campfire’.

❖ ‘Campfire’ menggunakan unggun api (iaitu unggun api yang dikelilingi oleh ahli
bulan sabit merah yang mengambil bahagian)

❖ Malam PBSM tidak menggunakan unggun api hanya menggunakan obor yang
dinyalakan di sekeliling kawasan Malam PBSM.

❖ ‘Campfire’ (Unggun Api) biasanya digunakan dalam temasya perkhemahan di
hutan, di pantai dan sebagainya. Faedahnya untuk menerangi suasana
perkhemahan dan menjauhkan nyamuk serta binatang buas. Persembahannya
mungkin ada persamaan dengan Malam PBSM.

PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN OLEH
AHLI PBSM

a. Mempunyai susunan aturcara
b. Mengadakan latihan dan menguji bakat
c. Seni tari, seni lakon dan menyanyi dikaitkan dalam kebudayaan
d. Penapisan (pilihan) untuk aturcara persembahan

e. Refleksi tentang Malam Kebudayaan

TUJUAN MENGADAKAN MALAM KEBUDAYAAN-
PBSM

a. Untuk menghilangkan rasa bosan dan melupakan segala kerja di siang hari

dalam perkhemahan.
b. Melatih diri berdisiplin, terutama mematuhi arahan dan perintah ketua-ketua

dengan taat setia .
c. Mencungkil bakat seseorang ahli bulan sabit merah.
d. Melatih supaya menerapkan nilai bekerjasama dan tolong menolong
e. Menghormati orang lain (baik pada kawan atau orang tua)
f. Melatih supaya menjauhi perasaan malu dan percaya pada diri sendiri

g. Menyemai perasaan keyakinan diri
h. Malam PBSM bukan untuk bermegah-megah, hanya untuk diri sendir; perkara ini

adalah sikap kekawanan.
i. Yang penting ialah mematuhi undang-undang PBSM dalam semua perkara

PERSEMBAHAN PBSM

1. Acara Nyanyian
➢ Nyanyian bagi PBSM untuk pelatih guru hendaklah bercorak mengikut

kerjaya mereka. Hal ini mudah dinyanyikan dengan gembira serta
bersemangat/perasaan.
2. Tarian

➢ Tarian juga disesuaikan dengan cara yang mudah dan bercorak aerobik.
3. Seni Lakonan

➢ Cara berlakon juga diambil perhatian, supaya para guru pelatih benar-benar
dapat melakonkan denga gaya semulajadi.

PERSEDIAAN UNTUK MALAM PBSM

Sebelum mengadakan sesuatu persembahan maka pemimpin bertanggungjawab
terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menyediakan beberapa perkara
seperti berikut :-
a. Menentukan tempat mengadakan Malam PBSM
b. Membuat aturcara (Program) dan Juruacara sekali.
c. Membuat jemputan kepada kumpulan-kumpulan PBSM yang berdekatan.
d. Menentukan seorang yang dianggap berpengaruh di kawasan itu untuk
merasmikan Malam Bulan Sabit Merah.

e. Menjemput dua atau tiga orang kenamaan, pesuruhjaya-pesuruhjaya PBSM ,
pemimpin dan lain-lain.

f. Menyediakan jawatankuasa persiapan, kerusi, obor, minuman dan lain-lain:
i. jamuan ringan untuk VIP

ii. jamuan untuk PBSM dan lain-lain

MENYEDIAKAN KAWASAN MALAM
KEBUDAYAAN

a. Cari satu kawasan yang luas dan lapang, dan jauh dari tempat-tempat
larangan seperti balai polis, hospital, bomba dan tempat ibadat .

b. Boleh juga meminjam Dewan Masyarakat dan Balairaya, tetapi hendaklah
menjaga keselamatan dan kebersihan

5.8
ASAS
PERTOLONGAN
CEMAS

PENGERTIAN PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang
terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum
mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

TUJUAN-TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c)Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik

a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi
keutamaan rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan
kesakitan si mangsa.
TUGAS-TUGAS AHLI PERTOLONGAN CEMAS
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan
mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi
renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau
anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

PERATURAN-PERATURAN SEMASA MEMBERI BANTUAN
a. Membuat penilaian keadaan

• Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
• Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkan bantuan.

• Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa

b) Membuat diagnosa
• Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh
dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.

c) Memberi rawatan sementara
• Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa
yang teruk.

d) Membuat dan memberi laporan
• Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang
telah dilakukan ke atas

ANDUH Penerangan
Jenis Anduh
 Bucu kain atas anduh hendaklah
Anduh Besar diletakkan pada siku lengan yang
cedera.
Anduh Kecil
 Kemudian ikatan buku sila diikatkan
pada atas bahu.

 Bucu atas kain anduh yang diletakkan
pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipat ke bahagian dalam supaya
nampak lebih kemas.

Fungsi:

➢ Mengampu bahagian anggota atas
yang luka atau cedera.

➢ Mengurangkan pergerakan serta sakit
anggota atas.

 Letakkan tapak tangan yang tercedera
di atas kain anduh, kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas
tangan.

 Silangkan kedua-dua bucu hujung kain
anduh di atas dan bawah.

 Ikatan buku sila kemudiannya diikat
pada atas pergelangan tangan.

Anduh Menaik  Kedua hujung yang baru dibuat
dililitkan secara longgar ke leher, lalu
diikat ke belakang.

 Dasar segi tiga ditarik sehingga bagian
bahu yang cedera tertutup.

 Lalu kedua hujung dasar segi tiga
dililitkan ke lengan dan diikat.

Anduh Pergelangan  Letakkan tapak tangan yang tercedera
Tangan di atas kain anduh, kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas
tangan.

 Silangkan kedua-dua bucu hujung kain
anduh di atas dan bawah.

 Ikatan buku sila kemudiannya diikat
pada atas pergelangan tangan seperti
yang ditunjukkan di gambarajah di
bawah.

 Ikatan buku sila diikat pada belakang
tumit jika terdapat kecederaan pada
bahagian kaki yang mesti di balut.

Anduh Lengan  Bucu atas kain anduh hendaklah
Anduh Lutut diletakkan pada siku lengan yang
Anduh Kepala tercedera.

 Kemudian ikatan buku sila diikat pada
atas bahu.

 Bucu atas kain anduh yang diletakkan
pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipat ke bahagian dalam untuk lebih
kemas.

 Lipat sedikit kain anduh dan
letakkannya di atas lutut yang
tercedera.

 Tarik kedua-dua hujung kain anduh
melintasi bawah lutut kemudian ikatkan
buku sila pada atas bahagian lutut.

 Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas
kain anduh untuk lebih kemas.

 Lipatkan sedikit kain anduh tersebut
dan letakkannya pada atas dahi
mangsa dan biarkan bucu atas kain
anduh berada di belakang kepala.

 Pegang kedua-dua hujung kain anduh
dan silang ke belakang kepala
kemudian dibawa ke dahi dan diikat
buku sila.

 Lipat kain lebihan di belakang untuk
lebih kemas.

 Letakkan tapak kaki/tangan yang

Anduh Pergelangan Tangan tercedera di atas kain anduh, kemudian
Atau Tapak Kaki tarik dan letakkan bucu atas kain anduh
di atas kaki/tangan.

 Silangkan kedua-dua bucu hujung kain
anduh di atas dan bawah.

 Ikatan buku sila kemudiannya diikat
pada atas pergelangan tangan.

 Ikatan buku sila diikat pada belakang
tumit jika terdapat kecederaan pada
bahagian kaki yang mesti di balut.

BALUTAN

TUJUAN BALUTAN

Balutan dilakukan Pembebatan digunakan
untuk membantu untuk menutup luka dan
mengawal pendarahan
pembebatan

PEMBALUT
TIGA SEGI

LIPATAN JENIS- PEMBALUT
TIGA SEGI JENIS KAIN LEBAR
PEMBALUT

PEMBALUT PEMBALUT
KECIL GULUNG

LUKA DAN GIGITAN Jenis Balutan Luka
Jenis Luka Balutan Luka Tangan
Luka Tangan

Luka Dada Balutan Luka Dada

Luka Bahu Balutan Luka Bahu


Click to View FlipBook Version