The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shantne06-476, 2021-09-12 11:03:10

BUKU LOG BSMM

BUKU LOG BSMM

Luka Peha Balutan Luka Peha

Luka Siku Balutan Luka Siku

Luka Lengan

Balutan Luka Lengan

Luka Lutut Balutan Luka Lutut

Luka Jari Balutan Luka Jari

RAWATAN LUKA DAN GIGITAN

LUKA
➢ Luka ialah terkoyak daging pada tubuh yang menyebabkan darah keluar di
bahagian luar atau dalam dan membolehkan kuman-kuman masuk. Jika
kuman-kuman itu masuk pada luka, ini akan menyebabkan luka itu bernanah
(jangkitan).

JENIS-JENIS LUKA

Luka boleh dibahagikan kepada yang berikut:

1. luka terhiris (incised wound)

2. luka terkoyak (lacerated wound)

3. luka tembus atau tertikam (punctured or stab wound)

4. lebam (contused wound)

5. tembakan senapang di mana lukanya kecil ketika peluru masuk, tetapi besar
ketika peluru keluargunshot wound)

RAWATAN

balut luka
dengan kain
yang bersih

& kering

tahan darah
jika keluar

gunakan
anduh dan

hantar
mangsa ke

hospital

LUKA DI DADA KERANA DITIKAM

1. baringkan si malang dan naikkan kepala dan bahunya, serta condongkan
badannya ke sebelah luka
2. balutkan luka itu dengan segera. Luka seperti ini disebut luka terhisap
3. hantar ke hospital dengan segera

LUKA TERBAKAR DAN MELECUR

Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi, bahan
kimia atau sinaran. Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap haba lembap
seperti wap atau cecair panas.
1.Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut
2.Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam dari
bahagian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit.
3.Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin dengan merendamkannya ke
dalam air sejuk selama 10 - 15 minit.
4.Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut steril atau
kain nipis yang serupa dengannya.
5.Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan lemak
pada bahagian yang tercedera.
6.Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian
berkenaan.
7.Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada luka

GIGITAN DAN SENGATAN

Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak
dan kesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah,
kesukaran bernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan
sebagainya.

1. Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan antiseptik
yang lembut.

2. Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannya bermula
dari bahagian luka dan ke luar.

3. Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal. Tutupkan
luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkan plaster.

4.Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak

5.Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong atau menghisap bisa
dari bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkan pengaliran darah ke bahagian
tersebut.

6.Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racun
berkenaan ke bahagian lain dalam badan.

PITAM

KEKURANGAN BEKALAN DARAH KE OTAK UNTUK SEKETIKA WAKTU

SEBAB - SEBAB TANDA – TANDA

1.Berdiri tegak terlalu lama dalam cuaca 1.Muka pucat

panas 2.Berpeluh sejuk

2.Terlalu letih, kelaparan 3.Denyutan nadi cepat tetapi lemah

3.Tindakbalas saraf terhadap kesakitan 4. Rasa loya

4.Persekitaran yang sesak 5.Pening

5.Emosi. 6.Pandangan kabur

BANTUAN KECEMASAN

Baringkan di tempat teduh dan
berudara bersih

Longgarkan pakaian yang ketat
Tinggikan bahagian kaki

Tenangkan dan beri keselesaan
Galakkan tarik nafas

Rawat semua kecederaan

KERACUNAN

APAKAH ITU KERACUNAN?

Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem
tubuh manusia melalui:
• Mulut
• Sedutan/Pernafasan
• Kulit atau mata.
Bahan-bahan toksik yang sering mengakibatkan keracunan seperti:
• Ubat-ubatan
• Racun Serangga
• Gas
• Produk pertanian seperti baja dan racun rumpai

GEJALA – GEJALA KERACUNAN

loya

pening muntah

sakit sesak
perut nafas

CARA MEMBANTU MANGSA KERACUNAN

CARA MENCEGAH KERACUNAN

PATAH
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada

ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.
Punca-punca patah Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung

a) Secara Langsung
- Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan,

tendangan atau kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung

- Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku
kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

TANDA-TANDA GEJALA PATAH

RAWATAN AM BAGI PATAH
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di

tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR
sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.
d)Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan
pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut
keadaan dan tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

TERSELIUH

APAKAH ITU TERSELIUH ?
Kaki terseliuh adalah satu keadaan dimana terdapat kecederaan pada sendi
dibahagian buku lali. Ianya selalu berlaku apabila buku lali itu bengkuk ke bahagian
dalam. Ianya boleh menyebabkan kecederaan ataupun kerosakan pada ligamen

dibahagian buku lali.
PUNCA KAKI TERSELIUH

SIMPTOM KAKI TERSELIUH

bengkak kaki atau kaki
lebam

sakit di bahagian kaki
tersebut

kaki tidak boleh menampung
berat badan

RAWATAN KAKI TERSELIUH

1. R ( Rest )
Anda diminta untuk berehat dan tidak berjalan terlalu banyak. Ini akan memberikan
masa untuk kawasan tersebut sembuh dengan baik.
2. I ( Ice )
Gunakan ais atau pek ais dan letak pada kawasan yang bengkak. Ia boleh
menyebabkan saluran darah dikawasan tersebut mengecut dan mengelakkan
daripada bengkak menjadi terlalu besar.
3. C ( Compression )
Tekanan pada bahagian yang terlibat akan mengurangkan perkumpulan darah di
bahagian tersebut. Ini akan menyebabkan bengkak tidak terlalu besar dan
kesakitan pada buku lali tersebut tidak terlalu teruk.
4. E ( Elevation )
Dinasihatkan ketika baring, kaki diangkat lebih tinggi berbanding dari aras badan.
Ini akan mengurangkan perjalanan darah ke kawasan yang terlibat dan bengkak
tidak menjadi terlalu besar.
5. Ubat
Selain itu, anda juga boleh mengambil ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit seperti
Naproxen dan ibuprofen boleh mengurangkan sakit dengan cara mengurangkan
keradangan di kawasan kaki tersebut.

PERKARA YANG DILARANG BUAT

1. Jangan tuam guna bahan panas.
Bahan yang panas jika dituam pada bahagian yang cedera akan menyebabkan
salur darah mengembang. Ini akan menyebabkan pendarahan di bawah kulit lebih
banyak berlaku dan bengkak akan semakin besar.
2. Jangan urut
Urutan pada kawasan yang bengkak akan menyebabkan kecederaan semula pada
kawasan yang terlibat. Ini akan menyebabkan bengkak menjadi semakin besar
dan kecederaan menjadi semakin teruk.
3. Elakkan berjalan tanpa tongkat.
Apabila terdapat kecederaan pada kaki, dinasihatkan untuk menggunakan tongkat
kerana ia boleh mengelakkan bahagian yang cedera tersebut semakin sakit dan
cedera.
4. Elakkan balut dengan terlalu kuat.
Ada sesetangah orang suka memberi tekanan pada kawasan bengkak tersebut
dengan membalutnya dengan kain. Ia dibenarkan tetapi elakkan membalut dengan
terlalu ketat kerana ia boleh menyekat perjalan darah ke kawasan tersebut.

CARA-CARA PENCEGAHAN

UJIAN PENCEGAHAN

PEMULIHAN PERNAFASAN (CPR)

(CARDIO PULMONARY RESUSCITATION )
APAKAH ITU CPR ?

Rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary)
dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke seluruh
tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah berhenti

berdenyut dan berfungsi secara normal.

TUJUAN MEMBUAT CPR
Menyelamatkan nyawa hingga mangsa selamat tiba di hospital untuk rawatan lanjut.

BILAKAH SESEORANG MEMERLUKAN BANTUAN CPR

SEL OTAK HANYA HIDUP 4-6 MIN SELEPAS HENTINYA DENYUTAN
JANTUNG…

Kecemasan

Otak mati Pengsan

Henti Henti Nafas
denyutan
jantung

LAKUKAN DRABC

✓ A - AIRWAY (Saluran pernafassan)
❖ Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.
❖ Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan
adalah terbuka.
❖ Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala
mangsa kebelakang dan angkat dagu mangsa.
❖ Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak
supaya ia tidak menghalang laluan udara.
❖ Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan
gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.
Contohnya gigi palsu yang pecah.

✓ B - BREATHING (Pernafasan)
❖ Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda
lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
❖ Dekatkan telinga anda di sisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka
menghadap ke dada mangsa.
❖ Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa
hembusan nafas dan mata anda memandang tepat ke arah dada untuk
melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa,
Melihat).
❖ Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya
mulut ke mulut.

✓ C - CIRCULATION (Peredaran darah)
❖ Langkah ketiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.
❖ Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti atau nadi
mangsa telah tidak berdenyut.
❖ Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan
langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas
dengan sendiri.
❖ Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di
dada mangsa.
❖ Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan
berat badan anda untuk melakukan tekanan.
❖ Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari
atas hulu hati.

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT

1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan
bantuan.

2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
3. Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
4. Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
5. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
6. Tentukan mulutnya terbuka.
7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat

dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan
dilakukan.
8. Angkat mulut dan membiarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa
selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10
kali seminit.
Catatan:

i. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak
boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang
ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.

ii. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi
atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak
mencederakan paru-paru mangsa.

iii. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini
menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau
sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik

RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR

• Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.
• Periksa sama mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.
• Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
• Buang sebarang benda asing dari mulut.
• Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
• Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
• Tentukan mulutnya terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut

mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada
kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
• Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama
sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
• Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa.
Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat
dan penghujung hulu hati.
• Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke
hulu hati sebanyak lima kali.
• Segera ulang ilangkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau
masih tercekik.
• Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
• Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.

KAEDAH CPR SEORANG DIRI

• Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan.
apatkanbantuan.

• Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan.
• Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada

nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada,
segera mulakan tekanan.
• Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:

1. Letakkan tangan anda di atas dada mangsa.
2. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk orang dewasa
3. selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan)
4. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan)
5. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
6. teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi.
7. Lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan jantung

(nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas
10 kali hembusan .bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi
tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam
kedudukan pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit .

KEDUDUKAN TEKANAN CPR

KEDUDUKAN PEMULIHAN

• Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau
sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan.
Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi
tekak atau saluran pernafasan.

5.9
KHIDMAT
SUKARELAWAN

DEFINISI

➢ Perkataan "kesukarelaan” bermaksud “sikap sukarela” ataupun dengan
kehendak sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.

➢ Mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan”
bagi lelaki dan "sukarelawati” bagi perempuan.

➢ Melaksanakan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah,
dengan niat yang ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau
balasan kepada diri sendiri.

➢ Biasanya berkonsepkan gotong royong

Faktor yang memotivasi seseorang untuk dalam
kerja-kerja kesukarelaan

➢ Rasa prihatin yang timbul dalam diri untuk menaburkan bakti dan khidmat
kepada masyarakat dengan berbuat sesuatu.

➢ Ingin berbuat amal dengan memberikan sumbangan dalam bentuk wang atau
barangan.

➢ Untuk mendapatkan keredhaan Tuhan.
➢ Iaitu menyahut seruan kerajaan, dan sebagai khidmat kepada negara

CONTOH-CONTOH AKTIVITI

FAKTOR MENJADIKAN KHIDMAT KESUKARELAWAN SEMAKIN KURANG
Budaya masyarakat kini yang semakin mementingkan kebendaan dan
peribadi.
Kurang ilmu dan kemahiran yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu
perkhidmatan yang ingin atau telah diceburinya
Kurang pendedahan
Tidak mempunyai sistem pengurusan, sokongan dana dan strategi
pemasaran yang kukuh
Kekurangan masa kerana komitmen lain.

6.0
PENGURUSAN,
PERSIAPAN & LAPORAN
PERKHEMAHAN BSMM

6.1
KERTAS KERJA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, HULU KINTA 31150 IPOH
_______________________________________________________________

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN MAYA UNIT BERUNIFORM BSMM TAHUN 2021 ( UNIT V )
_______________________________________________________________

TARIKH & HARI

21 OGOS HINGGA 27 OGOS 2021.

PLATFORM

APLIKASI GOOGLE MEET

KUMPULAN SASARAN

GURU PELATIH V8 & V16

ANJURAN

UNIT BADAN BERUNIFORM BSMM

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

1.0 NAMA PROGRAM: Perkhemahan Maya Unit Beruniform BSMM Tahun 2021 (Unit V)
2.0 TARIKH: 21 Ogos 2021 Sehingga 28 Ogos 2021
3.0 MASA: 7 Pagi hingga 6:30 Petang
4.0 PLATFORM: Aplikasi Google Meet
5.0 PERASMIAN: SABTU (21 Ogos 2021) jam 07.00 pagi
6.0 SASARAN: Guru Pelatih IPGKI (V8 & V16)

7.0 PENGENALAN
Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam setiap

sekolah. Dalam konteks ini, demi membimbing pelajar-pelajar sekolah nanti, siswa-siswi guru
haruslah peka dan mengenali segala peruntukan dan kaedah serta kemahiran dalam
perkhemahan. Oleh sebab itulah, perkhemahan UB ini dilaksanakan sebagai titik permulaan
kepada guru-guru perlatih. Aktiviti kokurikulum melibatkan pelbagai aktiviti menarik yang
dirancang daripada proses PdP di dalam bilik darjah dimana murid-murid berpeluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari
di dalam bilik darjah (BSSK 2009). Kokurikulum ini sangat penting dalam pendidikan telah
diakui (Jamaludin, 2009; Arthur, 2009; Andrea Beach, 2008; Yusnizam, 2008, Ab.Alim, 2004).
Menurut Gray (1952) seperti yang dipetik dari Hanisah (2006) mengatakan bahawa, antara
kepentingan aktiviti kokurikulum terhadap murid ialah boleh membantu mereka supaya
memupuk perasaan penerimaan dan kejayaan dalam diri mereka iaitu “acceptance and
success”, merapatkan hubungan antara murid dengan sekolah, membantu pembelajaran di
bilik darjah, menggalakkan kepimpinan dan sebagainya. Penglibatan murid dalam bidang
kokurikulum, murid dapat dilatih memberi sumbangan perkhidmatan kepada masyarakat
(Mohd Arif & Amla, 2008).

Pengalaman yang diperoleh melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum ialah perantaraan alam
persekolahan dengan alam kehidupan masyarakat yang berfaedah sewaktu mereka menjadi

dewasa kelak. Oleh itu, pelaksanaan kokurikulum perlulah dilakukan dengan terancang dan

sistematik. Program perkhemahan ini merupakan satu program yang menyemaikan potensi

murid dalam semua aspek perkembangan fizikal dan mental, menguasai kemahiran di luar

bilik darjah serta membina semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli persatuan unit

beruniform sekolah. Program perkhemahan ini bakal mendedahkan kepada para pelajar

tentang aktiviti perkhemahan yang mencabar fizikal dan mental disamping memberi

pengetahuan tentang teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah,

menjaga dan melindungi diri daripada bahaya serta pengurusan diri semasa perkhemahan.

8.0 Rasional

Melalui aktiviti perkhemahan ini, elemen-elemen asas pembangunan kemanusiaan dipupuk
secara “hands on” dan siswa-siswi guru dapat dipraktikkan dengan amalan-amalan baik
seperti bekerjasama, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin, berdikari dan lebih
memfokuskan kepentingan Bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan
juga mendorong para peserta untuk melibatkan diri dalam cabaran-cabaran fizikal dan mental
yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-
masing.

9.0 MATLAMAT

Antara matlamat program perkhemahan ini adalah :

- Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri siswa guru.
- Mewujudkan pengalaman berasaskan perkhemahan.
- Melahirkan sifat keberanian dalam diri siswa guru.
- Menyediakan siswa guru untuk sentiasa bersedia dengan tabah bagi menghadapi segala

cabaran dalam hidup.
- Meningkatkan kesedaran dalam kalangan siswa guru mengenai bagaimana untuk

menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin.
- Siswa guru akan didedahkan tentang cara-cara memberi bantuan dan menjalankan

rawatan ke atas seorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas.
- Meningkatkan sikap kesukarelawan dan rasional dalam diri siswa guru.

10.0 OBJEKTIF

Pada akhir program perkhemahan ini peserta akan dapat :

- Mengetahui, memahami serta mempraktikkan cara-cara atau teknik perkhemahan yang
betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan penjagaan, penyediaan bekalan
makanan serta aspek keselamatan diri.

- Mempelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dijalankan untuk
memecahkan perasaan rendah diri, tidak yakin dan tidak mengharapkan orang lain
melalui aktiviti yang dirancangkan.

- Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan yang ada pada siswa seperti menerima
tanggungjawab, merancang dan memberi arahan. Selain itu, perkhemahan ini bertujuan
untuk memupuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan siswa.

- Menerapkan nilai sikap, etika dan profesionalisme dalam diri siswa dengan menunjukkan
tingkah laku profesional yang sesuai dengan etika kerjaya.

- Memberi pengalaman kepada siswa cara pengurusan dan pentadbiran sesuatu
organisasi /aktiviti supaya dapat dipraktikkan di sekolah.

11.0 Alatan dan Kemudahan ( disediakan oleh individu masing- masing )

Alatan Perincian
Khemah 3
Alatan untuk kraf perkhemahan Ikut kesesuaian masing-masing
Alatan untuk ikatan dan simpulan Ikut kesesuaian masing-masing
Bahan untuk masakan rimba Ikut kesesuaian masing-masing
Alatan untuk asas pertolongan cemas Ikut kesesuaian masing-masing
Laptop Ikut kesesuaian masing-masing
Kemudahan Internet Ikut kesesuaian masing-masing

11.1 ANGGARAN PERBELANJAAN PENDAPATAN

Pendapatan: RM 300.00
Peruntukan Wang Kokurikulum RM 100.00
Sumbangan Biro PPKI RM 400.00
Jumlah pendapatan
Perbelanjaan: RM 300.00

• E- Sijil Penyertaan

• Kos barang aktiviti RM 100.00
Jumlah Perbelanjaan RM 400.00

12.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi
memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan

a) Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
b) Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sama ada

peraturan bertulis atau lisan semasa menyertai perkhemahan.
c) Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
d) Semua peserta wajib memakai baju T’shirt Rasmi BSSM semasa menjalankan aktiviti.
e) Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan—arahan yang dikeluarkan dari

semasa ke semasa, khususnya semasa melaksanakan aktiviti-aktivitl di sepanjang
perkhemahan.
f) Semua interaksi atau komunikas! dengan pihak orang luar adalah dibenarkan selagi tidak
melanggar peraturan-peraturan perkhemahan dan tidak mencemar nama baik BSMM.

‘Peraturan ini dikeluarkan oleh jawatankuasa pelaksana perkhemahan’

13.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA.

Ahli Jawatankuasa Induk Perkhemahan Maya Unit Beruniform BSMM Tahun 2021

Jawatan Nama Senarai tugas

Penasihat En . Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kem komandan Muhammad Hafiz Aizad bin Shaari

Naib kem komandan Dhaarsini A/P Saravanan ⚫ Mengendalikan slot
Taklimat Kem
Komandan

⚫ Memastikan
jawatankuasa
menjalankan tugas

Asas Pertolongan Cemas ⚫ Mengendalikan slot
Low Chia Sin V16 refleksi
Karen Yong Xin Nee V16
⚫ Mengendalikan slot
Janisah Premi V8 pertolongan cemas
Thanusha Samynathan V8
⚫ Menyediakan
contoh video
pertolongan cemas

Ikatan dan Simpulan Muhammad Syazmie Bin Zaharrudin V16

Nurul Izzah binti Che Yong V16 ⚫ Mengendalikan slot
Tharishini Ramjan V8 Ujian Ikatan dan
Bhuvanissri Ravindran V8 Simpulan

⚫ Menyediakan
contoh video ikatan
dan simpulan

Kraf Perkhemahan

Vaisnavee Ramays V8 ⚫ Mengendalikan slot
Kraf Perkhemahan
Shantne Subramaniam V8
⚫ Menyediakan
Lee Ke Tian V16 bahan
pembentangan
Nurul A’asyiqah binti Makruf V16

Kawad Kaki Rineshivam Subramaniam V8
Nurul Ainnajwa binti Mat Nor V16
Muhammad Hamimie ⚫ Mengendalikan slot
Dhiyaulrahman bin Rozmi V16 Kawad Kaki

⚫ Menyediakan skrip
arahan kawad kaki
untuk semua
peserta

Masakan Rimba dan Tiviya Nair Narayanan V8 ⚫ Mengendalikan slot
Dapur Solar Dinosenii Lingam V8 Masakan Rimba
Wan Khairunnisa binti Wan Suraidi V16
Ainaa Natasha binti Mohd Zain V16 ⚫ Menyediakan
contoh menu
masakan dapur
solar

Kembara dan Chua Shan Yuan V16 (0109191718)
orienteering
Chong Su Mei V16 ⚫ Mengendalikan slot
Menu sihat kembara dan
Jivagaeshine Muthu V8 orienteering

Sharika Kalidas V8

⚫ Menyediakan video
berkaitan

Muhammad Khairul Iman bin Razif V16 ⚫
(0126146456) ⚫ Menyediakan menu
Shahrul Amin bin Mohd Zamri V16
Kanimoli a/p Annathurai V8 yang diperlukan
dan membuat
pembentangan

Teknikal Kavinraj A/L Sivanathan (ketua) V8
Shanmugapirya A/P Ganasan V8
Abdul Hazim Bin Mokhtar ⚫ Menyediakan
V16 pautan (link)
kehadiran dan
google meet untuk
setiap aktiviti

⚫ Membuat rakaman
setiap slot

Senamrobik dan aktiviti Abiramy Thevi Maniseelan V8 ⚫ Mengendalikan slot
sukarelawan Muhammad Abdin Shakirin Bin MD senamrobik dan
Yassin V16 aktiviti sukarelawan
Goi Tee Fung V16

⚫ Menyediakan lagu
dan aktiviti
senamrobik yang
bersesuaian

Aktiviti kebudayaan Fakhira Aqilah binti Nasarudin V16
Siti Nur Najihah binti Ibrahim V16
Thanusha Ramachandran V8 ⚫ Mengendalikan slot
aktiviti kebudayaan

14.0 Jadual Perancangan Mingguan

Perjumpaan Aktiviti Huraian Catatan

Minggunaan

1 Pelantikan AJK • Melantik Pengerusi, Timbalan -Pengurusan

Pengerusi, Setiausaha, kumpulan dan majlis

Bendahari dan AJK lain. ( 30 pemimpin

min)

• Perbincangan aktiviti tahunan(

30 min)

• 3.Kutipan yuran (20 min)

• 4.Murid juga diterangkan

serba sedikit tentang

peraturan BSMM dan

penggunaan buku log ( 40

min)

2 Lagu dan Ikrar • Murid mendengar lagu BSMM -Pengenalan lagu dan

BSMM secara berulang melalui radio . ikrar BSMM.

( 30 min )

• Murid menyalin lirik lagu

BSMM. ( 30 min )

• Murid menyanyikan lagu

BSMM dalam kumpulan. ( 10

min )

• Murid mendengar , latih

melafaskan ikrar ( 30 min)

• Murid melafaskan ikrar ( 20

min)

• Sesi soal jawab ( 10 min )

3 Uniform dan • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan

pakaian BSMM BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

• Murid melafaskan ikrar BSMM -Uniform dan pakaian

( 10 min) rasmi

• Guru menunjukkan contoh-

contoh uniform dan pakaian

BSMM mengikut kesesuaian. (

1 jam)

• Tulis nota dan lukis pakaian

uniform BSMM. ( 30 min)

• Sesi soal jawab (10 min)

4 Pengenalan • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan

peti BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

pertolongan • Murid melafaskan ikrar BSMM -Peti pertolongan

cemas ( 10 min) cemas

• Memperkenalkan alatan yang

terdapat dalam peti

keselamatan dan fungsinya

kepada murid-murid ( 1 jam )

• Murid lukis dan menulis nota

dalam buku log. (30 min )

• Sesi soal jawab ( 10 min )

5 Amali anduh • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan

BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

• Murid melafaskan ikrar BSMM -Balutan anduh

( 10 min) - Bahu

• Murid melihat demonstrasi - Pergelangan tangan
anduh ( 1 jam ) - Kepala Patah tulang
ulna/radius
• Murid melakukan balutan

dalam kumpulan. ( 30 min )

• Sesi soal jawab ( 10 min )

6 Latihan kawad • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan

kaki BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

• Murid melafaskan ikrar BSMM -Latihan balutan

( 10 min) anduh

• Murid melakukan latihan -Asas perbarisan

kawad kaki dengan bimbingan

guru ( 1 jam )

• Murid melakukan balutan

anduh. ( 30 min )

• Sesi soal jawab ( 10 min )

7 Latihan • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan

pertolongan BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

cemas • Murid melafaskan ikrar BSMM -Latihan balutan

( 10 min) anduh

• Murid melakukan latihan -Asas perbarisan

kawad kaki dengan bimbingan -Asas pertolongan

guru ( 30 min ) cemas

• Murid melakukan balutan -Latihan pertolongan
anduh dalam kumpulan ( 15 cemas untuk luka
min ) berdarah.

• Guru menunjukkan

demonstrasi pertolongan

cemas (luka berdarah) (30

min)

• Murid melakukan cara

membuat pertolongan cemas

bagi luka berdarah. ( 15 min )

• Sesi soal jawab ( 10 min )

8 Amali • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan

pertolongan BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

cemas • Murid melafaskan ikrar BSMM -Latihan balutan

( 10 min) anduh

• Murid melakukan latihan -Asas perbarisan
kawad kaki dengan bimbingan -Asas pertolongan

guru ( 30 min ) cemas

• Murid melakukan balutan - Latihan pertolongan

anduh dalam kumpulan (15 min cemas untuk luka

) berdarah.

• Murid melakukan cara -Asas pertolongan

membuat pertolongan cemas cemas

bagi luka berdarah. ( 15 min )

• Murid membuat aktiviti

pertolongan cemas dalam

kumpulan dan penilaian

individu akan dilaksanakan ( 35

min )

• Sesi soal jawab ( 5 min )

9 Masakan • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan
rimba
BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

• Murid melafaskan ikrar BSMM - Asas perbarisan

( 10 min) -Asas perkhemahan

• Murid melakukan latihan memasak-Penekanan

kawad kaki dengan bimbingan diberikan kepada

guru ( 30 min ) aspek kebersihan dan

• Penyediaan makanan keselamatan semasa

masakan rimba ( sandwich ) penyediaan makanan.

dan dinilai oleh guru ( 1 jam )

• Sesi soal jawab ( 10 min )

10 Tayangan • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan

video BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

• Murid melafaskan ikrar BSMM -Latihan balutan

( 10 min) anduh

• Murid melakukan latihan -Asas perbarisan

kawad kaki dengan bimbingan -Pertolongan cemas

guru ( 30 min )

• Murid melakukan balutan

anduh dalam kumpulan ( 15

min )

• Murid menonton tayangan

video aktiviti menyelamat dan

kemanusiaan ( 20 min )

• Sesi soal jawab ( 5 min )

11 6 jenis • Murid menyanyikan lagu

simpulan asas BSMM. (10 min) -Nyanyian lagu dan

• Murid melafaskan ikrar BSMM lafas ikrar BSMM.

( 10 min) -Asas perbarisan

• Murid melakukan latihan -6 jenis simpulan asas

kawad kaki dengan bimbingan - bunga geti

guru ( 30 min ) - balak

• Belajar 6 jenis simpulan asas -manok

dan dinilai oleh guru ( 1 jam ) -tindih kasih

• Sesi soal jawab ( 10 min ) -belit
- buku sila

12 Tiga jenis • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan

ikatan asas BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

• Murid melafaskan ikrar BSMM -Asas perbarisan

( 10 min) - Tiga jenis ikatan

• Murid melakukan latihan asas

kawad kaki dengan bimbingan - Ikatan seraya

guru ( 30 min ) - Ikatan serong

• Belajar cara membuat tiga jenis - Ikatan lilitan kacang

ikatan asas dengan bimbingan

guru dan dinilai oleh guru ( 1

jam )

• Sesi soal jawab ( 10 min )

13 Penghasilan • Murid menyanyikan lagu -Murid menyanyikan

gajet BSMM. (10 min) lagu BSMM

perkhemahan • Murid melafaskan ikrar BSMM -Murid melafaskan

( 10 min) ikrar BSMM

• Murid akan menghasilkan - Pengaplikasian

sebuah gajet perkhemahan simpulan dan ikatan

menggunakan ikatan dan asas yang telah

simpulan asas dalam belajar.

kumpulan dengan bimbingan -Asas

guru. ( 1 jam 30 min ) gajet

• Sesi soal jawab ( 10 min ) perkhem

ahan

14 Perkhemahan • Perkhemahan UBB peringkat Perkhemahan unit

UBB sekolah beruniform BSMM

15 Penutup • Murid menyanyikan lagu -Nyanyian lagu dan

BSMM. (10 min) lafas ikrar BSMM.

• Murid melafaskan ikrar BSMM -Asas perbarisan

( 10 min) -Pemeriksaan buku

• Murid melakukan latihan log

kawad kaki dengan bimbingan -Majlis penutup Ko-

guru ( 30 min ) Kurikulum

• Guru memeriksa buku log ahli

BSMM. ( 20 min )

• Laporan aktiviti dan

penyampaian hadiah kepada

ahli terbaik ( 45 min )

• Sesi soal jawab ( 5 min )

15.0 Jadual Perancangan Perkhemahan

Aturcara Perkhemahan Maya Unit Beruniform BSMM Tahun 2021

Tarikh : 21 Ogos 2021

Hari : Sabtu

Masa : 7.00 pagi

6.45 Pagi Kemasukan peserta ke dalam platform Google Meet
7.00 Pagi Senamrobik
8.00.00 Pagi Istiadat BSMM
⚫ Nyanyian lagu Negaraku,
⚫ Negeri perak,
⚫ Lagu BSMM
⚫ Ikrar BSMM

10.00 Pagi Slot 1 : Asas Perkhemahan
10.30 Pagi Rehat
12.30 Pagi Slot 2: Ikatan Tali dan Simpulan
1.00 Petang Slot 3: Menu Makanan Sihat
2.00 Petang Rehat
4.00 Petang Slot 4: Kraf Perkhemahan
4.30 Petang Rehat
6.30 Petang Slot 5: Kembara
Tamat hari pertama

Tarikh : 22 Ogos 2021

Hari : Ahad

Masa : 7.00 pagi

6.45 Pagi Kemasukan peserta ke dalam platform Google Meet

7.00 Pagi Senamrobik

8.00.00 Pagi Istiadat BSMM
⚫ Nyanyian lagu Negaraku,
⚫ Negeri perak,
⚫ Lagu BSMM
⚫ Ikrar BSMM

Slot 1 : Kawad Kaki

10.00 Pagi Rehat

10.30 Pagi Slot 2: ASAS PERTOLONGAN CEMAS

12.30 Pagi Slot 3: Menu Makanan Sihat

1.00 Petang Rehat

2.00 Petang Slot 4: MASAKAN RIMBA/ SOLAR

4.00 Petang Rehat

4.30 Petang Slot 5: ORIENTEERING

6.30 Petang Tamat hari pertama

Tarikh : 28 Ogos 2021
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 Petang

2.30 Petang Kemasukan peserta ke dalam platform Google Meet
2.45 Petang Nyanyian lagu
- Negaraku
3.00 Petang - Negeri perak
- BSMM
4.00 Petang - Bacaan Ikrar
(Muhammad Syazmie bin Zaharuddin)
- Aluan pengerusi majlis
- Bacaan doa
(Muhammad Khairul Iman Bin Razif)
- Ucapan Kem Komandan
(Muhammad Hafiz Aizad Bin Shaari)
- Ucapan perasmian oleh Ketua Unit Kokurikulum
(Dr. Mohd Hafidz bin Osman)
- Bergambar
- Nyanyian lagu IPGM
- Majlis bersurai

16.0 Jadual Majlis Penutupan
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUPAN

Jawatankuasa Nama Tugas
Floor Manager
◆ Fakhira Aqilah binti ⚫ Mengatur dan menyelaras program dengan

Nasaruddin AJK pelaksana

⚫ Menjadi rujukan sekiranya AJK mempunyai
masalah

⚫ Memastikan AJK menjalankan tugas

⚫ Mengawal perjalanan majlis

Pengerusi Majlis ⚫ Nurul Ainnajwa binti

Mat Nor ⚫ Menyediakan teks pengecaraan

⚫ Sharvin A/L Selvam ⚫ Memastikan program berjalan lancar

Pembaca Doa ⚫ Muhammad Khairul

Iman bin Razif ⚫ Mengetuai bacaan doa

⚫ Menyediakan teks bacaan doa

Pembaca Ikrar ⚫ Muhammad
Syazmie bin
Zaharuddin ⚫ Mengetuai bacaan ikrar BSMM

Teknikal ⚫ Chua Shan Yuan
⚫ Janisah Premi A/P ⚫ Menyediakan link google meet

Arumugam

⚫ Membentangkan lagu

Multimedia ⚫ Nurul Izzah binti
Che Yong
⚫ Menyediakan buku program (dalam bentuk
atas talian)

⚫ Goi Tee Fung

⚫ Menyediakan poster majlis penutupan

⚫ Rineshivam A/L ⚫ Mengambil gambar sepanjang program
Subramaniam

⚫ Abiramy Thevi A/P ⚫ Merakam video program
S.Maniseelan

Protokol ⚫ Muhammad Abdin
Shakirin bin Md
Yassin ⚫ Memastikan kehadiran vip

⚫ Vaisnavee A/P ⚫ Memaklumkan salutasi
Ramays

⚫ Menghubungi ketua unit untuk pengesahan
kehadiran

17.0 PENUTUP
Sebagai menggulung segala perkara yang diperkatakan di atas, diharap agar

Perkhemahan Maya Unit Beruniform BSMM 2021 dapat memberi satu impak yang berguna
kepada pelajar yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan
perkhemahan. Selain itu, melalui pelaksanaan perkhemahan ini, berharap dapat
membudayakan semangat perkhemahan dalam kalangsan siswa IPGKI. Sekaligus program
ini boleh menyemarakkan lagi semangat perpaduan bak kata mutiara ‘bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.
Disediakan oleh,

_______________
(SHANTNE A/P SUBRAMANIAM)
Perkhemahan Unit Beruniform,

Disahkan oleh,
( ENCIK KRISHNA KUMARA VARATARAJ )
Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia

LAMPIRAN
JADUAL PENGELOLAAN

6.1
LAPORAN
MINGGUAN

BSMM

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1

Tarikh: 21 Jun 2021

Masa: 8.00 -10.00 a.m.

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu pertama bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas bagi kali yang pertama. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj. Kita
disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU 3062.
Seterusnya, jurulatih telah memperkenalkan diri beliau dan kita juga disuruh oleh Encik
Krishna untuk memperkenalkan diri kita. Sebagai perkara yang seterusnya, Encik Krishna
telah memberi taklimat ringkas tentang isi pembelajaran dan perkara-perkara yang akan
dipelajari dalam kursus MPU 3062 Kurikulum Unit Beruniform. Setelah tamatnya taklimat
tentang kursus MPU 3062, kami telahpun bersedia untuk membincangkan tentang ahli
jawatankuasa dan juga ketua untuk Unit Beruniform BSMM. Pemilihan ahli jawatankuasa
diketuai oleh Dhaarsini A/P Saravanan iaitu wakil bagi kursus MPU 3062 ini. Kita telah
membuat undian pencalonan demi memilih jawatankuasa manakala ada juga segelintir guru
pelatih yang menjadi wakil bagi beberapa jawatankuasa. Secara tuntasnya, Kerjasama yang
diberikan oleh guru pelatih telahpun melancarkan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi
Unit Beruniform BSMM dengan cekap.

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 2

Tarikh: 25 Jun 2021

Masa: 11.30 – 12.30pm

Platform: Google Meet

Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 guru pelatih

Ahli yang tidak hadir: Tiada

Pada minggu kedua bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas. Pada pukul 11.30 pagi tepat kita telah memasuki Google Meet
melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj. Kita disuruh untuk
mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU 3062. Sebagai perkara yang
pertama pada pagi itu Encik Krishnakumar telah memberi pendedahan awal mengenal
rintangan-rintangan yang bakal dihadapi oleh guru pelatih semasa melakukan segala aktiviti
berkaitan BSMM secara dalam talian. Encik Krishna telah menasihati kita supaya memberi
Kerjasama yang secukupnya dan juga membantu antara satu sama lain. Kemudiannya, beliau
telah mengarahkan Shantne iaitu Ketua bagi Web Master Pusblisiti untuk membuat carta
organisasi yang merangkumi semua Ahli Jawatankuasa yang telah dibincangkan minggu
lepas. Seterusnya, Encik Krishna telah memberi taklimat tentang kepentingan menyanyi lagu
BSMM dan juga ikrar BSMM. Kita dikatakan untuk bersedia dengan lagu BSMM dan seoeang
daripada kita untuk melafazkan ikrar BSMM setiap minggu sebelum memulakan kelas. Kita
dapat memahami betapa pentingnya lagu dan juga ikrar yang melambangkan dan
meningkatkan semangat terhadap BSMM.


Click to View FlipBook Version