Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 3
Tarikh: 28 Jun 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu ketiga bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebagai perkara pertama, Encik Krishna telah mula mengemukakan tentang
persediaan dan pengurusan yang harus kita lakukan sebelum serta semasa perkhemahan
maya yang akan berlaku kelak secara atas talian. Beliau juga menerangkan aspek yang
penting dan harus diberi perhatian semasa sesi perkhemahan atas talian dijalankan. Sebagai
contohnya, Encik Krishna menyuruhkan kita untuk membeli T-Shirt BSMM sebelum
perkhemahan maya supaya semuanya dapat memakai dengan seragam sewaktu
perkhemahan. Tambahan lagi, beliau telah menerangkan Uniform Rasmi BSMM yang harus
dipakai dengan cara yang betul. Di samping itu, Encik Krishna juga telah menerangkan serba
sedikit tentang buku log yang membawa markah yang besar dalam Kerja Kursus MPU 3062.
Beliau suruh bermula untuk membuat buku log yang merangkumi semua aspek bagi Unit
Beruniform BSMM.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 4
Tarikh: 2 Julai 2021
Masa: 11.30 am – 12.30 pm
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu keempat bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 11.30 pagi tepat kita telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi
kursus MPU 3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah
memainkan lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai
perkara yang pertama, Encik Krishna telah pun bersedia dengan nota-nota yang berkaitan
dengan asas pertolongan cemas yang telah menjadi perbincangan pada hari itu. Beliau telah
berkongsi maklumat-maklumat asas tentang pertolongan cemas dan kita telah mempelajari
banyak perkara yang baharu tentang peti pertolongan cemas. Beliau telah memperkenalkan
alatan-alatan dan ubat-ubatan yang harus berada di dalam peti pertolongan cemas dan
fungsinya kepada guru pelatih. Kami dapat mengenali tentang bahan yang terdapat dalam
peti tersebut dan juga kegunaanya semasa kecemasan berlaku. Encik Krishna telah
menyuruh kita untuk membuat nota padat tentang asas pertolongan cemas di dalam buku log.
Sebelum mengakhiri kelas, Encik Krishna telah menyuruh kita untuk bersedia dengan kain
anduh dalam kelas minggu depan.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 5
Tarikh: 5 Julai 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu kelima bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai perkara yang
pertama, Encik Krishna telah memastikan semua guru pelatih telah pun bersedia dengan kain
anduh. Ada juga guru pelatih yang membeli kain anduh dari farmasi yang terdekat tetapi ada
juga yang telah memotong kain sebagai kain anduh. Seterusnya, beliau telah memaparkan
beberapa video dari Youtube tentang balutan yang dibuat menggunakan kain anduh seperti
balutan yang dilakukan semasa kecederaan tapak tangan, kecederaan bahu, kecederaan
kepala dan juga patah tulang ulna atau radius. Selepas menontonyya, kita telah mula
membuat balutan yang ditunjukkan mengikut langkahnya. Semasa itu, jurulatih telah menilai
setiap pelajar yang menjadi wakil untuk membuat demonstrasi dan juga membaiki kesilapan
yang telah dilakukan semasa membuat balutan manggunakan kain anduh. Semasa akhir
kelas, guru pelatih disuruh untuk mengambil video membuat balutan dan memuatnaik di tapak
yang disediakan dalam Google Classroom.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 6
Tarikh: 12 Julai 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu keenam bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai latihan pertama,
Encik Krishna telah memilih beberapa guru pelatih untuk membuat balutan sebagai ulangkaji.
Selepas itu, Encik Krishna telah menunjukkan beberapa video kawad kaki sebagai contoh dan
beliau juga telah membuat senarai arahan kawad yang terdapat serta sesuai. Kita telah
disuruhkan untuk menghafal arahan-arahan kawad yang asas supaya dapat dilakukan
dengan betul semasa perkhemahan maya. Beliau juga telah menghuraikan kepentingan
kawad kaki kerana asas kawad kaki merupakan salah satu kerja kursus bagi MPU 3062.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 7
Tarikh: 19 Julai 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu ketujuh bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai perkara yang
pertama Encik Krishna telah mengenalikan rawatan untuk luka dan gigitan. Beliau telah
mengemukakan jenis-jenis luka seperti luka terhiris, luka terkoyak, luka tembus dan
sebagainya dan rawatan yang sesuai kepada jenis lukanya. Beliau juga menunjukkan cara
balutan luka dengan menggunakan bahan daripada peti pertolongan cemas. Seterusnya,
beliau telah memberi pendedahan tentang gigitan dan sengatan serta rawatan yang sesuai
baginya. Beliau juga telah berkongsi apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dielakkan.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 8
Tarikh: 26 Julai 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu kelapan bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Encik Krishna telah
mengadakan amali bagi asas pertolongan cemas demi menilai penguasaan kita dalam
bahagian tersebut. Beliau telah menyuruh beberapa orang wakil untuk menunjukkan cara
membuat balutan. Seterusnya, ada juga guru yang pelatih yang ditanyakan soalan tentang
peti pertolongan cemas, rawatan luka dan gigitan. Guru pelatih telah pun berjaya dalam
melengkapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh jurulatih secara lancar.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 9
Tarikh: 16 Ogos 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu kesembilan bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai perkara pertama,
Encik Krishna telah memberi taklimat ringkas tentang tugasan-tugasan Kerja Kursus yang
harus diselesaikan secepat mungkin. Sebaik sahaja itu, Encik Krishna telah memberi
pengenalan tentang masakan rimba yang harus dibuat sewaktu perkhemahan maya. Beliau
telah berkongsi maklumat tentang cara menghidupkan dapur di hutan demi membuat
masakan rimba. Beliau telah menunjukkan beberapa bahan semula jadi seperti batang
pisang, ruas buluh, tanah liat dan lumpur yang boleh digunakan untuk memasak serta kaedah
penggunaannya. Beliau juga telah menghuraikan kaedah untuk memasak tanpa perkakas
dapur tetapi dengan menggunakan daun kayu, aluminium, makanan sebagai bekas dan
sebagainya.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 10
Tarikh: 23 Ogos 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu kesepuluh bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai perkara pertama,
Encik Krishna telah menyoal tentang menu masakan yang ingin dimasak oleh guru pelatih
sewaktu perkhemahan. Seterusnya, Encik Krishna telah memulakan pengajaran pada hari itu
dengan CPR. Beliau telah memperkenalkan kaedah D R A B C dalam pemulihan pernafasan.
Beliau juga telah memaparkan video yang menunjukkan teknik membuat pemulihan
pernafasan mengikut kaedah D R A B C. Di akhir pembelajaran, Encik Krishna menyuruh kita
untuk membuat video CPR dan memuat naik dalam Google Classroom.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 11
Tarikh: 30 Ogos 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu kesebelas bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Perkara pertama yang
dibincangkan dalam kelas adalah mengenai video CPR yang dibuat dan dimuatnaik. Encik
Krishna telah menyuruh beberapa guru pelatih untuk menunjukkan video membuat CPR dan
beliau telah membetulkan beberapa video CPR. Seterusnya, Encik Krishna telah pun
memperkenalkan 6 jenis simpulan iaitu simpul manuk, simpul belit, simpul balak, simpul bunga
geti, simpul buku sila dan simpul tindih kasih. Sub Seksyen yang dipertanggungjawabkan
kepada simpulan telah memaparkan powerpoint tentang jenis simpulan dan fungsinya.
Mereka juga telah menunjukkan video-video cara membuat simpulan.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 12
Tarikh: 6 September 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu kedua belas bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah
berjumpa dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi
kursus MPU 3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah
memainkan lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai
perkara yang pertama jenis-jenis simpulan dan fungsinya disoalkan oleh Encik Krishna
kepada guru pelatih. Selepas itu, Encik Krishna telah berkongsi beberapa maklumat berkaitan
dengan 3 jenis ikatan iaitu ikatan seraya, ikatan lilit kacang dan ikatan serong. Encik Krishna
juga telah menghuraikan fungsi bagi setiap ikatan dan juga menayangkan video cara
membuat ketiga-tiga ikatan tersebut. Encik Krishna juga telah menyuruhkan membuat video-
video simpulan dan ikatan.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 13
Tarikh: 13 September 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu ketiga belas bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah berjumpa
dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki Google
Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di Google
Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi kursus MPU
3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah memainkan
lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebelum memulakan
kelas, guru pelatih disuruh untuk menayangkan video-video simpulan dan ikatan dibuat dan
fungsinya. Seterusnya, kumpulan Sub Seksyen yang membuat nota tentang gajet
perkhemahan telah ditayangkan. Pelbagai jenis gajet dan fungsinya telah dihuraikan dengan
sangat jelas oleh ahli kumpulan sub seksyen tersebut.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 14
Tarikh: 20 September 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu keempat belas bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah
berjumpa dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi
kursus MPU 3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah
memainkan lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai
perkara pertama, Encik Krishna telah memastikan semua guru pelatih telah memuatnaikkan
segala video bagi tugasan MPU 3062. Seterusnya, ketua bagi Unit Beruniform BSMM telah
menyediakan satu video montaj yang menyimpulkan segala aktivititi yang dilakukan
sepanjang kursus ini. Persembahan video montaj yang ditayangkan telah membuat
kesimpulan yang menarik perhatian kita semua.
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 15
Tarikh: 27 September 2021
Masa: 8.00 -10.00 a.m.
Platform: Google Meet
Jurulatih bertugas: Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj
Kehadiran: 18 guru pelatih
Ahli yang tidak hadir: Tiada
Pada minggu kelima belas bagi perjumpaan Unit Beruniform BSMM kita telah
berjumpa dengan jurulatih bertugas seperti biasa. Pada pukul 8 pagi tepat kita telah memasuki
Google Meet melalui pautan yang disediakan oleh Encik Krishna Kumar A/L Varatharaj di
Google Classroom. Kita disuruh untuk mengisi Google Form iaitu borang kehadiran bagi
kursus MPU 3062. Sebelum memulakan kelas, kumpulan Sub Seksyen yang tertentu telah
memainkan lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM dengan penuh semangat. Sebagai
minggu yang terakhir semua guru pelatih disuruhkan untuk membuat refleksi sebagai
kesimpulan bagi kursus ini. E-sijil telah diberikan kepada setiap guru pelatih sebagai
penyertaan dalam perkhemahan maya. Encik Krishna telah memberi ucapan tentang
pengalaman bersama dengan kelas V8. Beliau telah mengatakan bahawa beberapa perkara
harus diperbaiki di dalam kelas kita dan beliau telah mengakhiri dengan ucapan terima kasih.
6.2
REFLEKSI
REFLEKSI BAGI KURSUS MPU 3062
Saya Shantne A/P Subramaniam dari unit V8 bersyukur kerana nikmat kesihatan yang
dikurniakan, saya dapat menghadiri kursus MPU 3062 sepanjang semester ini dan dapat
melengkapkan segala tugasan Kerja Kursus MPU 3062. Saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada Encik Krishna Kumar iaitu jurulatih yang bertugas atas bimbingan dan dorongan
yang sentiasa diberikan kepada saya dan rakan-rakan sekelas saya lain. Seterusnya, saya
juga amat menghargai kerjasama dan pertolongan yang diberikan oleh rakan sekelas saya
dalam melengkapkan kursus ini dengan berjaya.
Encik Krishna Kumar telah memainkan peranannya baik sekali dengan berkongsi
segala maklumat dan juga nota-nota berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK). Setiap
minggu beliau akan membekalkan pengetahuan-pengetahuan baru mengenai Unit
Beruniform BSMM yang amat memanfaatkan serta melancarkan proses pdp kita. Walaupun
pengajaran dan pembelajaran kursus in berlaku secara atas dalam talian, namun proses pdp
dikendalikan oleh setiap Kumpulan Sub Seksyen dengan teratur dan cekap. Kekurangan dan
kelemahan juga diambil kira dan dibetulkan melalui bimbingan Encik Krishna Kumar.
Kerjasama yang hangat didapati daripada ahli-ahli BSMM V8 kerana perasaan ingin belajar
sentiasa ada di dalam diri kita. Hal ini tercetus kerana, kemahiran dan pengetahuan yang baru
serta menarik meningkatkan penglibatan kita secara mendalam.
Saya berasa amat berpuas hati dan gembira dengan apa yang saya dapat
mempelajari sepanjang kursus MPU 3062 ini. Saya telah berjaya melaksanakan segala
tugasan Kerja Kursus yang diberikan seperti mengambil video CPR, simpulan, ikatan, kawad
kaki, masakan rimba, balutan semasa kecederaan dan sebagainya. Saya telah mendapat
tahu banyak kemahiran berasaskan Unit Beruniform BSMM yang amat memanfaatkan untuk
mengaplikasikan di sekolah sebagai seorang guru nanti. Saya berasa kagum dan berbangga
diri semasa dapat membuat ikatan 3 jenis iaitu ikatan serong, ikatan seraya serta ikatan lilit
kacang yang sangat sukar utnuk dibuat. Saya telah menonton beberapa video membuat
ikatan dari youtube untuk mempelajari segala ikatan yang amat sukar tersebut. Saya juga
mendapat pengalaman baru sewaktu membuat masakan rimba di tepi rumah saya. Saya
sangat gembira dengan hasil yang didapati melalui masakan rimba.
Saya juga didedahkan dengan pengalaman baru sewaktu perkhemahan maya
dijalankan. Walaupun perkhemahan dijalankan atas talian, ahli-ahli jawatankuasa yang
ditugaskan telah memudahkan urusan perkhemahan dengan cekap. Setiap slot yang
dikendalikan oleh kumpulan-kumpulan dari Unit V8 dan V16 berlaku secara teratur. Kita dapat
mempraktikkan 4K iaitu Kepegawaian, Kepengelolaan, Kemahiran dan juga Kejurulatihan
semasa mengendalikan slot-slot yang kita telah dipilih secara rawak. Pada akhir setiap slot
kita telah pun dapat mempelajari banyak kemahiran yang dibekalkan oleh kumpulan
pembentang.
Secara kesimpulannya, saya dapat menyimpulkan bahawa kursus MPU 3062 ini telah
membekalkan banyak pengetahun dan ilmu yang akan menjadi bantuan kepada saya sebagai
seorang guru pada masa depan. Saya akan mengaplikasikan setiap perkara dan kemahiran
yang dipelajari dalam sekolah yang saya akan bertugas nanti. Saya akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk berkongsi segala kemahiran dan maklumat kepada murid-murid
sekolah.
6.3
e- SIJIL
PENYERTAAN
TERIMA KASIH