The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jagatmedia.plt, 2023-09-20 02:37:24

ICU JPM AR22

ICU JPM AR22

LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 51 PROFILING PROJEK FIZIKAL BERSTATUS SAKIT (PROFAB) PROFAB merupakan dokumen rujukan yang memaparkan senarai dan maklumat projek sakit bagi tujuan pemantauan ICU JPM khususnya di Sektor Pemantauan & Penilaian Pembangunan selaras dengan perkhidmatan teras ICU JPM. Penyediaan PROFAB ini diselaras oleh BKRT berdasarkan data projek sakit yang disaring daripada Sistem Pemantauan Projek (MyProjek). Senarai projek sakit tersebut seterusnya diverifikasi oleh Pegawai Pemantauan di PPN melalui pemantauan di tapak bina serta semakan dengan pegawai di Kementerian oleh Bahagian Pemantauan Ibu Pejabat. PROFAB ini diedarkan kepada pihak pengurusan atasan ICU JPM dan Pengarah PPN pada setiap bulan. SERVICE LEVEL COMMITMENT (SLC) TNB Dokumen Service Level Commitment (SLC) Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan permohonan bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti prosedur permohonan, rekabentuk pencawang dan tempoh penyambungan bekalan elektrik yang menjadi salah satu punca kelewatan projek-projek Kerajaan. Inisiatif ini turut melibatkan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) bersama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Kementerian Kerja Raya (KKR), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) juga bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan sistem penyampaian projek pembangunan awam dalam melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan Tenaga Nasional Berjad (TNB). Pada 31 Januari 2022, setelah hampir 3 (tiga) tahun setengah, akhirnya dokumen Service Level Commitment (SLC) TNB disiapkan dan telah dikuatkuasakan pemakaianya melalui surat edaran Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) kepada semua Kementerian dan agensi pelaksana bagi projek-projek Kerajaan RMKe-12. Booklet Service Level Commitment (SLC)


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202252 PROJECT INTERVENTION MONITORING CLINIC (PRIMaCy) PRIMaCy bertujuan memperkasa tindakan intervensi serta pemantauan ICU JPM terhadap pelaksanaan projekprojek Kerajaan di samping menambah ilmu berkaitan pengurusan projek serta kejuruteraan melalui kaedah konsultansi secara face-to-face atau online bersama pegawai teknikal. Skop PRIMaCy antaranya mengenal pasti isu serta punca, pelan tindakan atau pemulihan yang perlu diambil oleh kontraktor/ agensi pelaksana, memberi ulasan dan pengesyoran terhadap isu dan masalah yang telah dikenalpasti serta cadangan rujukan jalan penyelesaian kepada agensi yang sesuai agar isu dan masalah projek dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan. Bagi tahun 2022, Sesi PRIMacy tersebut telah diadakan secara atas talian pada 27 Julai 2022 yang melibatkan semua PPN seluruh Malaysia. GARIS PANDUAN PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA UTILITI DALAM PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK KERAJAAN Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan RMKe-12 (GP Utiliti RMKe-12) telah diedarkan secara rasmi oleh ICU JPM kepada semua kementerian dan agensi pada 3 November 2021. Ianya susulan daripada kelulusan pindaan GP Utiliti RMKe-12 melalui Nota Jemaah Menteri bertarikh 17 September 2021. Oleh yang demikian, semua projek yang mempunyai Surat Setuju Terima (SST) bermula daripada tarikh edaran tersebut hendaklah menggunapakai GP Utiliti RMKe-12. Susulan daripada edaran GP Utiliti RMKe-12 pada 3 November 2021, ICU JPM telah mengedarkan Nota Panduan GP Utiliti RMKe-12 yang dikeluarkan oleh JKR Malaysia sebagai rujukan dan perlulah dibaca bersama-sama garis panduan. BKRT selaku urus setia bagi pihak ICU JPM telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian GP Utiliti yang dipengerusikan Ketua Pengarah ICU JPM pada 22 November 2022 yang bertujuan membincangkan dan menyelesaikan isu pertikaian tuntutan kos kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti bagi projekprojek yang telah dikenalpasti. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian GP Utiliti pada 22 November 2022


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 53 Majlis Pelancaran Makmal Sifar Projek Sakit pada 7 Jun 2022 KOMPETENSI TEKNIKAL Pelan Kompetensi Teknikal BKRT ICU JPM yang telah dirangka bagi meningkatkan tahap kompetensi teknikal kepada semua pegawai adalah dikolaborasi bersama Pelan Operasi Latihan (POL) BKRT ICU JPM Tahun 2022. Ia memfokuskan pemantapan pengetahuan teknikal asas kepada pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan dan pemantauan projek. Bil. Latihan/Kursus/Bengkel Teknikal Bilangan Sesi 1. Kursus Kad Hijau CIDB Secara Atas Talian (Virtual Conference) dan Fizikal pada 24 Februari, 20 September dan 14 November 2022 3 2. Mesyuarat Penyelarasan Tugasan Pegawai-pegawai Teknikal PPN Bersama YBhg. Datuk Ketua Pengarah ICU JPM pada 12 September 2022 1 3. Mesyuarat Pegawai-pegawai Teknikal (Workcamp Technical) pada 23-25 November 2022 1 4. Sesi Knowledge-Box (K-Box) 2 Latihan/Kursus/Bengkel Teknikal Tahun 2022 MAKMAL SIFAR PROJEK SAKIT PADA 7 - 9 JUN 2022 DI ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR ICU JPM amat komited dalam memastikan program/projek pembangunan Kerajaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan agar rakyat dapat menikmati manfaat hasil pelaksanaan program/ projek pembangunan berkenaan. Bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan ke arah pelaksanaan projek yang mampan dengan sifar projek sakit, Makmal Sifar Projek Sakit ini menggunakan pendekatan komprehensif melibatkan semua pihak yang berkepentingan dalam pelaksanaan projekprojek Kerajaan seperti agensi-agensi pusat, kementerian, agensi dan Jabatan Teknik termasuk kerjasama pihak-pihak lain seperti lembaga perunding, syarikat utiliti, ahli akademik dan lain-lain untuk mengenal pasti hala tuju baharu untuk menangani isu serta masalah yang melibatkan projek sakit.


SEKTOR PENYELARASAN PROJEK KHAS • Bahagian Projek Khas • Sekretariat Hal Ehwal Khas


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202256 BAHAGIAN PROJEK KHAS PENGENALAN Bahagian Projek Khas merupakan sebuah bahagian di bawah Sektor Penyelarasan Projek Khas yang bertindak untuk menguruskan Peruntukan Projek Khas YAB Perdana Menteri. Projek Khas merupakan projek-projek yang dilaksanakan sebagai tambahan dan pelengkap kepada projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). Aktiviti Projek Khas merangkumi proses merancang, mengurus, menyelaras dan mengagihkan peruntukan di bawah Peruntukan Khas yang disalurkan melalui ICU JPM. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah mensasarkan matlamat berikut: • Menambah dan melengkapkan lagi pelaksanaan program dan projek Rancangan Pembangunan Lima Tahun (RMLT). • Meningkatkan lagi imej Kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui penyaluran dan pelaksanaan projek bagi memenuhi keperluan rakyat yang tersisih dari arus pembangunan dan memerlukan bantuan segera. • Melibatkan rakyat dalam proses rancangan dan pelaksanaan projekprojek. • Merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat. • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan terhadap masalah rakyat. PERANAN DAN FUNGSI OBJEKTIF BAHAGIAN Memastikan penyampaian perkhidmatan berkaitan pengurusan peruntukan khas YAB Perdana Menteri adalah memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan tatacara kewangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Garis Panduan pengurusan peruntukan khas YAB Perdana Menteri yang berkuatkuasa. FUNGSI OUTPUT PELANGGAN 1. Memproses permohonan projek/ program bagi peruntukan khas YAB Perdana Menteri yang dimohon oleh YB Menteri, Timbalan Menteri, Senator dan TYDP. Paparan notifikasi status permohonan 1. Menteri 2. Timbalan Menteri 3. Senator 4. Timbalan Yang diPertuan Rakyat 2. Membuat semakan terperinci bagi memastikan setiap permohonan mengikut Garis Panduan yang ditetapkan.


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 57 PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA PELANCARAN SISTEM MyKHAS Sistem MyKHAS merupakan pembangunan semula Sistem eKhas 2.0 bagi mewujudkan satu sistem pengurusan projek di bawah Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri yang komprehensif dan berintegriti yang merangkumi proses permohonan, kelulusan, perolehan, penyaluran waran peruntukan, pemantauan dan pembayaran projek. Sistem ini telah dilancarkan pada 19 Januari 2022. PELAKSANAAN NAZIRAN DAN AUDITAN PROJEK KHAS Bahagian Projek Khas telah melaksanakan naziran dan auditan ke atas 76 buah projek dan sembilan (9) Pusat Khidmat di 14 buah negeri yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi tahun 2022. Pelaksanaan naziran dan auditan ini turut dilaksanakan secara silang antara kesemua Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang bertujuan untuk mencapai objektif berikut: i. Menilai tahap pematuhan agensi pelaksana terhadap garis panduan dan peraturan yang berkuatkuasa; ii. Memastikan projek yang diluluskan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dibuat bayaran sewajarnya; iii. Memastikan projek yang dilaksanakan berdasarkan keperluan, mempunyai kualiti yang memuaskan, mengikut spesifikasi yang dipersetujui dan value for money; iv. Memastikan projek yang siap dilaksanakan diselia dengan baik serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat; dan v. Melaksanakan intervensi terhadap projek-projek yang belum mula, projek lewat jadual dan projek sakit yang telah diluluskan.


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202258 Lawatan Projek Bina Baharu Masjid Kem Seri Pantai RAMD (PARA), Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu Lawatan Projek Membina Sebuah Masjid Kampung Rantau Panjang, Alor Gajah, Melaka Lawatan Projek Membina Baharu Surau Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2, Johor Bahru, Johor


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 59 UNIT SEKRETARIAT HAL EHWAL KHAS PENGENALAN Unit Sekretariat Hal Ehwal Khas dengan jumlah perjawatan seramai enam orang. Diketuai oleh Ketua Unit Sekretariat Hal Ehwal Khas Gred M52, dibantu oleh dua orang Penolong Pengarah Gred M41 serta tiga orang Anggota Kumpulan Pelaksana yang bertanggungjawab melaksanakan fungsi-fungsi berikut: 1. Melaksanakan tugas keurusetiaan mesyuarat-mesyuarat jentera penyelarasan pelaksanaan peringkat Persekutuan, JawatankuasaJawatankuasa Kabinet dan mesyuarat-mesyuarat utama ICU JPM; 2. Memantau pelaksanaan mesyuaratmesyuarat di bawah Arahan No.1 2022 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara; 3. Menyelaras penyediaan maklum balas mesyuarat-mesyuarat utama Kerajaan seperti Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat Pasca Jemaah Menteri, Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan, Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara; 4. Menyelaras penyediaan ulasan Memorandum Jemaah Menteri berkaitan dasar-dasar Kerajaan dan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan; 5. Menyelaras urusan parlimen dan penyediaan jawapan bagi pertanyaanpertanyaan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara; 6. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program turun padang dan lawatan yang melibatkan ahli-ahli Mesyuarat Pengarah Pengarah ICU JPM; dan 7. Memberikan khidmat nasihat dalam penganjuran majlis utama jabatan. ICU JPM melalui Unit Sekretariat Hal Ehwal Khas berperanan memastikan urusan keurusetiaan mesyuarat-mesyuarat utama di bawah Arahan No.1 2022 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara adalah teratur dan menepati matlamat yang digariskan iaitu sebagai agensi utama bagi penyelarasan pembangunan nasional terutamanya Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) serta inisiatif-inisiatif semasa Kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah seperti ditunjukkan di Rajah 1.


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202260 Rajah 1: Hubungan Aliran Maklumat Di Bawah Arahan No.1 2022 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 61 Mesyuarat MTPN Bilangan 1 Tahun 2022 PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA MAJLIS TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGARA Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) merupakan badan tertinggi yang memutuskan dasar dan pelaksanaan program/projek pembangunan negara. Fungsi MTPN berperanan untuk menetapkan dasar dan strategi pelaksanaan pembangunan komprehensif selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Aspirasi Keluarga Malaysia serta dasar-dasar yang berkuat kuasa, memutuskan penyelesaian bagi isu-isu berkaitan hal ehwal ekonomi, sosial, keselamatan, infrastruktur dan perkaraperkara lain yang berkaitan dengan kepentingan negara termasuk isu-isu kesejahteraan rakyat serta memutuskan tindakan serta hala tuju penyelesaian isu-isu pelaksanaan yang signifikan, tertangguh lama, melibatkan pertikaian pelbagai pihak, merentasi tiga peringkat kerajaan yang memerlukan intervensi di peringkat tertinggi negara. MTPN dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh 13 orang Menteri serta Ketua Setiausaha Negara. Pada tahun 2022, Unit Sekretariat Hal Ehwal Khas berjaya mengurus setiakan MTPN sebanyak satu (1) kali iaitu pada 31 Mei 2022 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202262 JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGARA Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara (JTPN) ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan MTPN dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. JTPN juga berperanan menangani isu serta masalah pelaksanaan program/projek pembangunan termasuk isu-isu pentadbiran kontrak. Di samping itu, JTPN turut berperanan memperakukan cadangan dasar dan strategi pelaksanaan untuk pertimbangan MTPN serta menilai sistem dan prosedur sedia ada daripada segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian program/projek pembangunan. JTPN dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh lapan orang ahli yang terdiri daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Pengerusi Ganti, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Pengarah. Pada tahun 2022, Unit Sekretariat Hal Ehwal Khas berjaya mengurus setiakan JTPN sebanyak tiga (3) kali iaitu pada 12 Mei 2022, 29 Julai 2022 dan 4 Oktober 2022. Mesyuarat JTPN Bilangan 1 Tahun 2022


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 63 MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH ICU JPM Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah ICU JPM merupakan platform utama melibatkan pengurusan tertinggi ICU JPM terdiri daripada Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Pembangunan Negeri dan Pengarah Bahagian. Mesyuarat yang diadakan dengan kekerapan sebulan sekali ini telah diadakan secara fizikal dan sidang video. Unit Sekretariat Hal Ehwal Khas berjayga melaksanakan Mesyuarat Pengarah-Pengarah sebanyak tiga (3) kali secara sidang video, enam (6) kali secara fizikal di Ibu Pejabat ICU JPM dan empat (4) kali secara fizikal di negeri yang berbeza iaitu di Negeri Sembilan, Sabah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bersempena Program Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM di negerinegeri, beberapa program turun padang dan lawatan turut dijalankan dengan kerjasama PPN seperti Program Community Social Responsibility, Lawatan Projek Berimpak Tinggi serta Program Outdoor Leadership. Program-program turun padang dan lawatan berkenaan bertujuan untuk memberikan pengalaman dan pendedahan kepada semua ahli mesyuarat tentang keadaan dan situasi sebenar di lapangan, selain turut berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan kumpulan sasar dan menelusuri denyut nadi rakyat. Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM Bilangan 6 Tahun 2022 di UTC Tawau, Sabah Mesyuarat PengarahPengarah ICU JPM Bilangan 9 Tahun 2022 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur


SEKTOR PEMBANGUNAN STRATEGIK • Bahagian Khidmat Pengurusan • Pusat Bank Data Negara Dan Inovasi • Bahagian Kesejahteraan Rakyat • Bahagian Susun Semula Masyarakat • Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang • Unit Integriti


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202266 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN PENGENALAN Bahagian Khidmat Pengurusan terdiri daripada empat (4) seksyen iaitu Kewangan, Sumber Manusia, Pentadbiran dan Perhubungan Awam. Seksyen Kewangan mempunyai empat (4) subseksyen yang mengendalikan bajet mengurus, pembangunan, bayaran dan gaji. Seksyen ini berperanan mengawal belanja mengurus dan pembangunan, mengendalikan pengurusan terimaan atau hasil, akaun dan pembayaran emolumen serta pelbagai. Seksyen Sumber Manusia terbahagi kepada dua (2) subseksyen iaitu Sumber Manusia I dan Sumber Manusia II. Seksyen ini berperanan menguruskan perkara berkaitan perkhidmatan, perjawatan, latihan dan kursus, pengisytiharan harta, pinjaman perumahan serta kenderaan, tatatertib dan pencen. Seksyen Pentadbiran terbahagi kepada empat (4) subseksyen iaitu pentadbiran am, kualiti dan inovasi, pengurusan aset dan fasiliti dan perolehan. Seksyen ini berperanan mengurus pentadbiran am pejabat dan program berkaitan kualiti dan inovasi. Seksyen Perhubungan Awam mempunyai empat (4) subseksyen iaitu video, kejuruteraan, perhubungan awam dan penerbitan. Seksyen ini berperanan merancang dan mengurus penerbitan korporat, program penyampaian perkhidmatan pelanggan, lawatan delegasi dalam dan luar negara, media dan komunikasi, liputan video dan fotografi selain mengendalikan tempahan bagi kemudahan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra termasuk peralatan siar raya bagi Perhimpunan Bulanan JPM bersama YAB Perdana Menteri. PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA SEKSYEN SUMBER MANUSIA Seksyen sumber manusia terbahagi kepada tiga (3) subseksyen iaitu Perkhidmatan, Perjawatan dan Latihan. Seksyen ini berperanan dalam menguruskan perkara berkaitan dengan perkhidmatan pegawai seperti gaji, elaun, cuti, pinjaman komputer dan perumahan, pengisytiharan harta, perjawatan, kenaikan pangkat, latihan, kursus, penganugerahan Bintang, pingat dan sistem HRMIS.


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 67 SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN KERAJAAN Subseksyen Perkhidmatan, Seksyen Sumber Manusia telah melakukan program Semakan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan di Ibu Pejabat dan juga di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) sepanjang tahun 2022. Program ini dilakukan sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh dua (2) tahun di Ibu Pejabat dan PPN ICU JPM. Program ini adalah bertujuan agar pegawai-pegawai lantikan tetap dan juga Contract of Service (COS) dapat melihat dan menyemak sendiri Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan mereka berdasarkan pada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2008. Semakan ini akan dilakukan secara berkala atau berjadual di mana pasukan subseksyen perkhidmatan akan pergi ke setiap PPN dengan membawa salinan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan pegawai-pegawai di PPN tersebut. Manakala di Ibu Pejabat pula, Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan pegawai yang asal akan diberikan bagi tujuan penyemakan. Bil. Program / Kursus/Bengkel Tarikh 1. Bengkel Mencabar Potensi dan Kehebatan Diri (HEBAT) Siri 3 20 Januari 2022 2. Program Tautan Qalbu ICU JPM Tahun 2022 Siri 1 31 Mac 2022 3. Program Tautan Qalbu ICU JPM Tahun 2022 Siri 2 13 April 2022 4. Kursus Pengacaraan Majlis Versatile ICU JPM 2022 18 - 20 Mei 2022 5. Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan ICU JPM 2022 12 - 14 Jun 2022 6. Program Classroom 2022 14 Jun 2022 Subseksyen Latihan, Seksyen Sumber Manusia telah mengadakan sebanyak 11 kursus dan latihan sepanjang tahun 2022. Tujuan utama pelaksanaan kursus dan latihan ini adalah bagi memenuhi Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (DPSM). Kursus dan latihan ini telah disertai oleh kakitangan ICU JPM daripada Ibu Pejabat dan cawangan negeri. Senarai kursus yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut: Bil. Program / Kursus/Bengkel Tarikh 7. Kursus Pengurusan Sumber Manusia ICU JPM Tahun 2022 30 Jun - 2 Julai 2022 8. Kursus Keselamatan Perlindungan Pejabat dan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 18 - 21 Julai 2022 9. Bengkel Mencabar Potensi dan Kehebatan Diri (HEBAT) Siri 4 5 - 7 Ogos 2022 10. Kursus Pengukuhan Pasukan ICU-LEAD Siri 1 15 - 18 Ogos 2022 11. Bengkel Perancangan Strategik ICU JPM Tahun 2022 4 - 6 November 2022


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202268 Pada tahun ini juga, Pelaksanaan Dasar Latihan Sumber Manusia ICU JPM telah menetapkan semua warga ICU JPM adalah diwajibkan untuk menghadiri sekurang-kurangnya 40 jam latihan atau kursus setahun berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia - Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Versi 1.0 (2022). Program Tautan Qalbu ICU JPM Tahun 2022 Kursus Pengukuhan Pasukan ICU-LEAD Siri 1 Subseksyen Perjawatan telah merangka strategi bagi meningkatkan kebolehupayaan sumber manusia dan kapasiti organisasi serta pengiktirafan serta penghargaan kepada warga kerja ICU JPM melalui pelaksanaan 4 program utama iaitu: 1) Pusingan kerja secara berfasa bagi pegawai gred 54 dan ke bawah; 2) Libat urus dan kerjasama berterusan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) terhadap jawatan perkhidmatan gunasama dan Ketua Perkhidmatan jawatan bukan gunasama untuk memastikan pengisian perjawatan di ICU JPM berada di paras optimum;


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 69 Pengiktirafan kepada warga ICU JPM yang menunjukkan prestasi cemerlang melalui pemberian anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Apresiasi Prestasi (AAP); dan Pelaksanaan MyPerformance dan Sasaran Kerja Utama (SKU).


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202270 Tahun 2022 adalah tahun yang agak mencabar bagi Bahagian Sumber Manusia dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi terutamanya dari segi perjawatan serta hal ehwal perkhidmatan pegawai-pegawai di ICU JPM. Namun dengan komitmen dan kerjasama daripada semua pegawai sumber manusia, segala cabaran dan dugaan dapat diatasi dengan baik.


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 71 SEKSYEN KEWANGAN PERBELANJAAN MENGURUS ICU JPM telah diperuntukkan Peruntukan Mengurus (Dipinda) bagi tahun 2022 sebanyak RM869,248,470. Prestasi perbelanjaan yang direkodkan sehingga tarikh penutupan akaun tahun 2022 pada 15 Disember 2022 ialah sebanyak 99.84% iaitu RM867.824,994.79. B.06 PERUNTUKAN MENGURUS (OE) 0.00 10.00 20.00 30.00 40.00 50.00 60.00 70.00 80.00 90.00 100.00 OA10000 OA20000 OA30000 OA40000 OS29000 OS21000 OS34000 99.99 97.87 97.68 99.99 98.69 28.60 99.13 PERUNTUKAN ASAL (RM) PERUNTUKAN DIPINDA (RM) PRESTASI PERBELANJAAN (RM) PERATUS PERBELANJAAN (%) 922,394,570 869,248,470 867,824,994.79 99.84%


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202272 Berikut merupakan prestasi perbelanjaan Peruntukan Mengurus mengikut 16 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di ICU JPM. PTJ Wilayah Persekutuan dan PTJ Sabah mencatatkan prestasi perbelanjaan tertinggi iaitu 99.98% manakala PTJ Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) merekodkan prestasi perbelanjaan sebanyak 99.32%. PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN MENGURUS MENGIKUT PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) 99.98 99.98 99.96 99.96 99.95 99.93 99.89 99.88 99.87 99.86 99.85 99.81 99.77 99.74 99.61 99.36 99.32 10.00 20.00 30.00 40.00 50.00 60.00 70.00 80.00 90.00 100.00 Wilayah Persekutuan Sabah Pahan g Lain-Lain Agen si Selan gor Pulau Pin ang Melaka Perak Sarawak Terengga nu Johor Neg eri Se mbilan Kedah Kelan tan Perlis Ibu Pe jabat BPPBPP KHUSUS OA10000 OA20000 OA30000 OA40000 OS29000 OS21000 OS34000 EMOLUMEN PERKHIDMATAN & BEKALAN ASET PEMBERIAN & KENAAN BAYARAN TETAP EMOLUMEN KAKITANGAN KONTRAK (EKK) BERTUGAS LUAR NEGARA KENDERAAN PERUNTUKAN ASAL 69,000,000.00 48,810,000.00 3,453,200.00 765,000,000.00 35,681,370.00 50,000.00 400,000.00 922,394,570.00 PERUNTUKAN DIPINDA 75,402,100.00 39,160,000.00 3,643,200.00 714,911,800.00 35,681,370.00 50,000.00 400,000.00 869,248,470.00 PERBELANJAAN 75,402,004.94 38,326,465.47 3,558,680.70 714,911,431.88 35,215,611.13 14,300.67 396,500.00 867,824,994.79 BAKI 95.06 833,534.53 84,519.30 368.12 465,758.87 35,699.33 3,500.00 1,423,475.21 PERATUS PERBELANJAAN(%) 99.99 97.87 97.68 99.99 98.69 28.6 99.13 99.84 PROGRAM DASAR SEDIA ADA ONE OFF JUMLAH


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 73 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN Bagi Peruntukan Pembangunan (DE) pula, ICU JPM telah diperuntukkan Peruntukan Pembangunan (Dipinda) sebanyak RM1,190,568,300 bagi tahun 2022. Prestasi perbelanjaan sehingga tarikh penutupan akaun tahun 2022 pada 15 Disember 2022 mencatatkan RM1,189,747,176.57 iaitu 99.93%. P.06 PERUNTUKAN PEMBANGUNAN (DE) PERUNTUKAN ASAL (RM) PERUNTUKAN DIPINDA (RM) PRESTASI PERBELANJAAN (RM) PERATUS PERBELANJAAN (%) 490,568,300 1,190,568,300 1,189,747,176.57 99.93% 0.00 0.00 70.59 94.61 99.37 99.88 99.90 99.99 100.00 100.00 0.00 10.00 20.00 30.00 40.00 50.00 60.00 70.00 80.00 90.00 100.00 PE ROLEHAN TANAH STRATEGIK PULAU PINANG TANGKI AIR S ABAH PDPS MyPROJEK PK B SA RA WA K SP P II PK AN SAB AH PE MBANGUNAN MODA L INSAN PULAU PINANG PROJEK MES RA RA KYA T (PMR) PROJEK -P ROJE K INFRASTRUKTUR K ECIL DI KA WA SAN PA RLIME N PMR PROJEKPROJEK KECIL PKAN SABAH PKB SARAWAK TANGKI AIR SABAH MyPROJEK PDPS SPP II PEMBANGUNAN MODAL INSAN PULAU PINANG PEROLEHAN TANAH STRATEGIK PULAU PINANG JUMLAH 444,000,000.00 - 22,850,000.00 11,660,100.00 100.00 8,000,000.00 1,000,000.00 58,000.00 3,000,000.00 100.00 490,568,300.00 444,000,000.00 700,000,000.00 22,850,000.00 11,660,100.00 100.00 8,000,000.00 1,000,000.00 58,000.00 3,000,000.00 100.00 1,190,568,300.00 RM 444,000,000.00 700,000,000.00 22,827,370.80 11,587,178.36 - 7,568,916.38 705,874.79 57,928.74 2,999,907.50 - 1,189,747,176.57 % 100.00 100.00 99.90 99.37 - 94.61 70.59 99.88 100.00 - 99.93 RM - - 22,629.20 72,921.64 100.00 431,083.62 294,125.21 71.26 92.50 100.00 821,123.43 % - - 0.10 0.63 100.00 5.39 29.41 0.12 0.00 100.00 0.07 PROGRAM PERUNTUKAN ASAL PERUNTUKAN DIPINDA BAKI PERBELANJAAN


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202274 KOLOKIUM KEWANGAN ICU JPM TAHUN 2022 Program Kolokium Kewangan ICU JPM Tahun 2022 anjuran Seksyen Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah diadakan pada 1 hingga 4 Ogos 2022 bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor. Program ini menghimpunkan 64 pegawai/kakitangan Seksyen/Unit Kewangan di 16 Pusat Tanggungjawab (PTJ) ICU JPM. Empat (4) objektif program adalah seperti berikut: (i) mematuhi inisiatif Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) ICU JPM 2020-2022 untuk mengadakan taklimat prosedur kewangan kepada semua pegawai/ kakitangan; (ii) memastikan tadbir urus kewangan di ICU JPM lebih cekap, efisien dan efektif; (iii) memaklumkan dasar/pekeliling/ peraturan terbaharu dan terkini kepada semua pegawai/kakitangan di Seksyen/Unit Kewangan ICU JPM; dan (iv) mengenal pasti isu-isu pengurusan kewangan di peringkat negeri supaya penyelesaian terbaik dapat dilaksanakan. Antara penceramah-penceramah berkaliber yang telah dijemput terdiri daripada Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bahagian Akaun JPM, Bahagian Audit Dalam JPM, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Integriti ICU JPM. Sesi perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Strategik, ICU JPM, Tuan Haji Abdul Halim bin Hamzah. Sesi bergambar semua peserta Kolokium Kewangan ICU JPM Tahun 2022 bersama Tuan Haji Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Strategik, ICU JPM


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 75 KUMPULAN WANG AMANAH KEMASYARAKATAN DAN KEBAJIKAN (KWAPPKK) PENYALURAN BANTUAN KWAPKK TAHUN 2022 PENGURUSAN BAYARAN PRESTASI BIL/INVOIS SEMPURNA Kumpulan Wang Amanah Kemasyarakatan dan Kebajikan, Jabatan Perdana Menteri (KWAPKK) merupakan satu inisiatif untuk memberi bantuan kewangan kepada mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), organisasi, institusi dan badan awam bagi mengendalikan sesuatu projek, program atau aktiviti kebajikan, keagamaan atau pendidikan tetapi tidak bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kewangan. Bagi tahun 2022, sebanyak lima (5) NGO telah menerima bantuan KWAPKK berjumlah RM1.05 juta bagi tahun 2022 seperti berikut: Prestasi Proses Pembayaran Bil/Invois Sempurna ICU JPM bagi tempoh sehingga penutupan akaun tahun 2022 pada 15 Disember 2022 adalah sebanyak 36,325 bil dengan nilai sebanyak RM2,029,428,238.15. Pecahan tempoh pembayaran bil adalah seperti berikut: • 36,210 bil berjumlah RM2,029,289,344.22 (99.95%) telah dibayar dalam tempoh 0-7 hari; • 14 bil berjumlah RM119,787.21 (0.04%) bagi pembayaran dalam tempoh 8-14 hari; dan • Satu (1) bil berjumlah RM19,106.72 (0.01%) telah dibayar melebihi tempoh 14 hari. 36,310, 99.95% 14, 0.04% 1, 0.01% 0-7 8-14 >14


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202276 GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBAYARAN BIL DAN TUNTUTAN UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN, JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM) ICU JPM juga telah berjaya mengeluarkan satu (1) Garis Panduan Pengurusan Pembayaran Bil dan Tuntutan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) berkuat kuasa 1 September 2022. Garis Panduan ini bertujuan memberi panduan berkaitan tatacara pengurusan bil dan tuntutan bagi memastikan pembayaran bil dapat disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 103(a). Edaran Garis Panduan kepada semua ahli Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM Bilangan 9 Tahun 2022 telah diadakan pada 26 September 2022 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur manakala taklimat kepada semua pegawai dan kakitangan Seksyen/Unit Kewangan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) telah diadakan pada 29 September 2022. Buku Garis Panduan Pengurusan Bil dan Tuntutan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) SEKSYEN PENTADBIRAN Terdapat tiga (3) subseksyen didalam Seksyen Pentadbiran iaitu Subseksyen Perolehan, Subseksyen Pentadbiran Am dan Subseksyen Aset dan Fasiliti. JUMLAH PEROLEHAN ICU JPM BAGI TAHUN 2022 Pada tahun 2022, sebanyak 3,023 perolehan telah dilaksanakan oleh ICU JPM dengan nilai perolehan berjumlah RM51,592,411.27 seperti berikut: RM16,803,430.70 (33%) RM4,506,718.24 (8%) RM16,837,914.33 (32%) RM13,444,348.00 (26%) 2022 Tender Sebut Harga Pembelian/ Lantikan Terus Rundingan Terus JUMLAH: RM51,592,411.27


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 77 Kaedah Perolehan Bil. Perolehan Nilai Perolehan (RM) Pembelian Terus/Lantikan Terus 2,969 16,837,914.33 Sebut Harga 46 4,506,718.24 Tender 8 16,803,403.70 Jumlah 3,023 51,592,411.27 Kertas PPN Kertas Ibu Pejabat Jumlah 6 9 15 KERTAS PEROLEHAN TENDER/LANTIKAN PERUNDING ICU JPM TAHUN 2022 Bagi tahun 2022, sebanyak lima belas (15) kertas perolehan telah disediakan oleh Ibu Pejabat ICU JPM dan PPN dan dibentangkan di LP JPM. Pecahan kertas perolehan yang telah dibentangkan di LP JPM ialah seperti berikut: PERMOHONAN PENGECUALIAN KHAS KEMENTERIAN KEWANGAN Subseksyen Perolehan, Seksyen Pentadbiran juga bertindak sebagai penyelaras permohonan pengecualian khas kepada Kementerian Kewangan melalui Sistem Electronic Government Procurement Application (eGPA). Pada tahun 2022, sebanyak lima (5) permohonan pengecualian khas oleh ICU JPM telah diangkat kepada Kementerian Kewangan melalui Jabatan Perdana Menteri. AKTIVITI UTAMA SUBSEKSYEN PEROLEHAN, SEKSYEN PENTADBIRAN TAHUN 2022 Mesyuarat Pasukan Pelaksana Sistem ePerolehan (eP) ICU JPM Selaras dengan ketetapan Pekeliling Perbendaharaan PK5.1, Pasukan Pelaksana Sistem eP Agensi hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam masa enam (6) bulan. Pada tahun 2022, Mesyuarat Pasukan Pelaksana Sistem eP ICU JPM telah diadakan sebanyak dua (2) kali iaitu pada 28 Jun 2022 dan 12 Disember 2022.


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202278 KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN ICU JPM Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan ICU JPM Tahun 2022 merupakan sebahagian daripada Pelan Operasi Latihan ICU JPM Tahun 2022 dan sebagai salah satu pelaksanaan inisiatif Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) ICU JPM Tahun 2020- 2022. Kursus ini telah dilaksanakan pada 12 hingga 14 Jun 2022 di HiG Hotel, Langkawi. KEDUDUKAN ASET ALIH ICU JPM SEHINGGA TAHUN 2022 Berdasarkan rekod dalam Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) sebanyak 279 harta modal dan 1,036 aset alih bernilai rendah telah didaftarkan dalam tahun 2022 seperti berikut: Tahun 2022 Kedudukan Harta Modal Kedudukan Aset Alih Bernilai Rendah Kuantiti Nilai Perolehan Asal (RM) Kuantiti Nilai Perolehan Asal (RM) Jumlah Tahun Semasa 279 10,128,544.50 1,036 460,741.80 Jumlah Keseluruhan 5,779 91,481,923.83 20,001 10,712,997.68 AKTIVITI BERKAITAN SUBSEKSYEN PENGURUSAN ASET DAN FASILITI SEPANJANG TAHUN 2022 MESYUARAT JKPAK ICU JPM n Dilaksanakan setiap tiga (3) bulan sekali selepas tamat tempoh sesuatu suku tahun; n Bertujuan untuk membentangkan hasil pelaporan kedudukan aset dan prestasi stor ICU JPM setiap suku tahun; n Dihadiri oleh Pegawai Aset di Ibu Pejabat dan Pejabat Pembangunan Negeri (ICU JPM); n Dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) selaku Pengerusi JKPAK ICU JPM; n Takwim pelaksanaan JKPAK ICU JPM bagi tahun 2021 adalah: Suku Tahun Tarikh Mesyuarat Pertama 8 April 2022 Kedua 14 Julai 2022 Ketiga 20 Oktober 2022 Keempat 11 Januari 2023


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 79 KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH, ASET TAK KETARA DAN STOR KERAJAAN ICU JPM 2022 Seramai 31 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Ibu Pejabat dan Pejabat Pembangunan Negeri telah menyertai Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih, Aset Tak Ketara Dan Stor Kerajaan ICU JPM 2022 yang telah berlangsung pada 27 hingga 30 September 2022 bertempat di Institut Latihan FAMA (ILFPD) Port Dickson, Negeri Sembilan. Objektif kursus antara lain bagi menerangkan aspek-aspek penting dalam pengurusan aset alih, aset tak ketara dan stor selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan serta mengaplikasikan Tatacara Pengurusan Aset Alih dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan dengan lebih sistemkatik, cekap, teratur dan mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. PENGANJURAN KURSUS DAN AKTIVITI TARIKH KURSUS TEMPAT 18 hingga 19 Julai 2022 Kursus Keselamatan Perlindungan Jabatan Hotel Cititel, Pulau Pinang 20 hingga 21 Julai 2022 Kursus Keselamatan Kesihataan Pekerjaan Hotel Cititel, Pulau Pinang 4 hingga 5 Oktober 2022 Kursus Keselamatan Perlindungan Jabatan dan Kursus Pegawai Pengelas Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972 Dewan Makan, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana , Jabatan Perdana Menteri 5 hingga 7 Disember 2022 Kursus Pengukuhan Pasukan Khidmat Pengurusan ICU JPM bersama Pemandu dan Pembantu Operasi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Pusat Latihan Dan Kepimpinan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan INOVASI DAN KUALITI Seksyen ini telah melaksanakan Bengkel Perancangan Strategik Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Tahun 2022 pada 4 hingga 6 November 2022 di di Institut Latihan Fama, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini bertujuan menentukan hala tuju baharu organisasi, tanggungjawab dan perana seksyen/unit, cabaran dalam persekitaran, harapan rakyat dan ekspektasi pemegang taruh (stakeholders); dan penetapan program/ aktiviti yang bersesuaian dalam mencapai sasaran.


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202280 SEKSYEN PERHUBUNGAN AWAM Seksyen Perhubungan Awam (SPA) merangkumi empat (4) subseksyen iaitu Subseksyen Perhubungan Awam, Subseksyen Video, Subseksyen Penerbitan dan Subseksyen Kejuruteraan. SPA berperanan melaksanakan program dan aktiviti komunikasi, pengurusan media serta perhubungan korporat ICU JPM melalui pendekatan perhubungan awam, media konvensional dan platform media sosial. Selain daripada itu, SPA juga berperanan sebagai support service dalam hal-hal berkaitan penerbitan, pengurusan media, penghasilan grafik, rakaman foto dan video, kandungan kreatif serta sokongan teknikal kepada Bahagian-Bahagian di ibu pejabat ICU JPM dan PPN. SPA turut dipertanggungjawab mengurus dan mengendalikan platform media sosial ICU JPM merangkumi facebook page, twitter dan Instagram, sebagai jawatankuasa kandungan laman web serta bertindak sebagai penyelaras aduan pelanggan. PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA Sepanjang tahun 2022, SPA telah melaksanakan peranan tanggungjawab serta penghasilan seperti berikut: i. Menguruskan 847 pertanyaan dan aduan diterima melalui pertanyaan@ icu.gov.my; ii. Menerbitkan 73 video merangkumi bahan promosi, kempen, publisiti, dokumentari pendek, video khas, laporan pemantauan projek serta PSA; iii. Menerbitkan Laporan Tahunan ICU JPM 2022, lima naskah penerbitan khas dalaman, empat naskah coffee table book, 250 rekaan grafik (fizikal dan digital), dua naskah terbitan buletin berkala, 50 penerbitan laporan dan buku Bahagian-Bahagian serta menguruskan 10 penerbitan agensi luar; iv. Mengadakan Bengkel Semakan Piagam Pelanggan ICU JPM 3 Mac 2022, mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kandungan Laman Web pada Oktober 2022, menganjurkan Kempen Keceriaan Sambutan Bulan Kebangsaan secara digital dan Kempen Warga ICU JPM Mengundi pada 9 November 2022; dan v. Menguruskan 394 tempahan dewan termasuk logistik, fasiliti dan perkhidmatan teknikal, serta 21 tugasan luar merangkumi penyediaan teknikal alat siaraya bagi mesyuarat, persidangan, perhimpunan YAB Perdana Menteri dan khidmat single camera production (SCP)/multi camera production (MCP).


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 81 Pelancaran Kempen Warga ICU JPM Mengundi 9 N0vember 2022


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202282 PUSAT BANK DATA NEGARA DAN INOVASI (NADI) PENGENALAN Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI) terdiri daripada empat (4) seksyen iaitu Seksyen SPPro, Seksyen Aplikasi, Seksyen Infrastruktur ICT dan Seksyen Pengurusan ICT. Peranan dan fungsi NADI adalah seperti berikut: • Merancang dan menyelaras pembangunan serta penyelenggaraan Sistem Aplikasi; • Merancang dan menyelaras perolehan ICT, sumber kewangan dan urusan pentadbiran bahagian; • Merancang dasar pengkomputeran dan keselamatan ICT; • Merancang dan menyelaras pelaksanaan dan pengoperasian Infrastruktur ICT; • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Pelan Strategik ICT ICU JPM; dan • Merancang dan menyelaras program Latihan Pembudayaan ICT, kompetensi dan kemajuan kerjaya pegawai. PROGRAM-PROGRAM UTAMA SESI LIBAT URUS BERSAMA KEMENTERIAN/ AGENSI/ BAHAGIAN Sesi libat urus bersama Kementerian/ Agensi/ Bahagian yang berperanan sebagai pemilik proses SPP II dan Sistem MyProjek sentiasa dilaksanakan bagi memastikan perancangan dan objektif dapat dicapai ke atas keperluan penambahbaikan sistem agar selari dengan keputusan, polisi dan dasar terkini Kerajaan.


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 83 Kementerian/ Agensi Tarikh Unit Perancang Ekonomi (EPU) 05 Januari 2022 18 Mac 2022 07 April 2022 26 Mei 2022 17 Jun 2022 1 September 2022 23 September 2022 Jabatan Audit Negara (JANM) 17 Februari 2022 25 Februari 2022 (Demo MyProjek) Kementerian Kewangan (MOF) 22 Februari 2022 25 Februari 2022 26 April 2022 12 September 2022 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan 30 Ogos 2022 Jabatan Kerja Raya (JKR) 19 Ogos 2022 Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) 17 Oktober 2022 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 4 November 2022 KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA KEMENTERIAN/ AGENSI Sejajar dengan perkembangan teknologi, ICU JPM sentiasa berusaha dalam memantapkan pelaksanaan Sistem MyProjek dengan mewujudkan kolaborasi strategik atau smart partnership dengan Kementerian/ Agensi melalui perkongsian data dan integrasi Sistem MyProjek dengan pelbagai sistem sepanjang Januari hingga Disember 2022. Taklimat MyProjek Bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202284 PELANCARAN PANGKALAN DATA PERLINDUNGAN SOSIAL (PDPS) LAWATAN KERJA KE UNIT PELAKSANAAN DAN KOORDINASI STIMULUS EKONOMI ANTARA AGENSI NASIONAL (LAKSANA), KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Pada 23 Mac 2022, Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) telah dilancarkan dalam Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) Bilangan 1 Tahun 2022 yang diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob diiringi oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Pada 23 Mei 2022, NADI bersama Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BSR) telah menerima kunjungan hormat dari pihak Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), Kementerian Kewangan Malaysia. Tujuan utama kunjungan tersebut adalah bagi mendapatkan maklumat berhubung Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS). Delegasi LAKSANA diketuai oleh Encik Huzairi bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah LAKSANA dan dihadiri oleh pasukan ICU JPM yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Halim Bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik). Pelancaran Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS)


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 85 PERKONGSIAN DATA HRMIS - MYKERJA BERSAMA JPA Pada 1 Ogos 2022 satu perbincangan telah diadakan bertujuan untuk mengenal pasti keperluan teknikal bagi membolehkan perkongsian data cuti HRMIS dengan Sistem MyKerja (ICU JPM). Pelancaran Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) Pensijilan Pusat Data Hijau bagi Pusat Data ICU JPM PENSIJILAN PUSAT DATA HIJAU BAGI PUSAT DATA ICU JPM ICU JPM telah mengorak langkah dalam mengadaptasi teknologi hijau melalui projek pembangunan semula Pusat Data di mana inisiatif hijau telah dijadikan asas utama dalam pemilihan teknologi yang digunapakai. Pusat Data ICU JPM telah dianugerahkan pensijilan Certified Green Computing Facility (CGCF) tahap kedua tertinggi iaitu Platinum daripada empat (4) peringkat pensijilan iaitu Silver, Gold, Platinium dan Titanium bagi tempoh dua (2) tahun.


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202286 PENUTUP NADI ICU JPM sebagai pemboleh daya telah berjaya menggerakkan ICT bagi memastikan penyampaian perkhidmatan ICU JPM terus cemerlang dalam mengorak langkah ke era digitalisasi. Pelaksanaan inisiatif ICT sepanjang tahun 2022 telah menunjukkan komitmen berterusan dan jalinan kerjasama padu daripada semua warga ICU JPM dalam merealisasikan hasrat ICU JPM untuk menawarkan perkhidmatan yang sentiasa cemerlang dan seterusnya untuk mencapai aspirasi Negara yang berteraskan Kerajaan Digital.


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 87 BAHAGIAN KESEJAHTERAAN RAKYAT PENGENALAN Bahagian Kesejahteraan Rakyat terdiri daripada tiga (3) seksyen iaitu seksyen perlindungan sosial, seksyen pengurusan data dan operasi dan seksyen dasar dan program. Bahagian ini berfungsi menyelaras, merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan dasar dan program kesejahteraan rakyat bersama-sama dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan. Selain itu, bahagian ini turut memberi input, maklum balas serta kerjasama ke atas program/ aktiviti peningkatan ekonomi, taraf hidup dan pembasmian kemiskinan di seluruh negara dengan menetapkan Sistem eKasih sebagai rujukan utama bagi pelaksanaan program-program berkaitan. Melalui fungsi baharu penyelarasan perlindungan sosial, bahagian ini selaku urus setia Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) bertanggungjawab untuk menyelaras agenda perlindungan sosial bagi pertimbangan MySPC. PROGRAM-PROGRAM UTAMA SEKSYEN PERLINDUNGAN SOSIAL MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA (MYSPC) Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) merupakan platform tertinggi yang menyelaras dasar dan strategi perlindungan sosial di Malaysia. Mesyuarat MySPC Bilangan 1 Tahun 2022 yang telah diadakan pada 23 Mac 2022 di Aras 3, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia. Mesyuarat ini memberi penumpuan kepada pelaksanaan gerak kerja Majlis Perlindungan Sosial Malaysia serta perluasan agenda perlindungan sosial ke peringkat negeri dan daerah pentadbiran. PANGKALAN DATA PERLINDUNGAN SOSIAL (PDPS) Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) Fasa 1: Bantuan Sosial Peringkat Persekutuan telah dilancarkan pada 23 Mac 2022 oleh YAB Perdana Menteri sejurus selepas Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Bilangan 1 Tahun 2022 selesai bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia. PDPS Fasa 1 ini mempunyai maklumat 167 program bantuan sosial daripada 17 kementerian pelaksana program dan turut mengandungi 13.7 juta profil individu penerima manfaat (data sehingga tahun 2020).


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202288 PROJEK KERJASAMA ICU JPM DAN UNITED NATIONS DEVELOPMENT PROGRAMME (UNDP) – MEMPERKUKUH DASAR PERLINDUNGAN SOSIAL UNTUK PEMBANGUNAN DAN PERTUMBUHAN INKLUSIF Projek Kerjasama antara ICU JPM dan UNDP ini merupakan inisiatif bagi membangunkan polisi perlindungan sosial negara yang koheren dan inklusif di Malaysia. Tempoh projek ialah 2 tahun bermula April 2022 hingga April 2024. Antara program yang telah dilaksanakan di bawah projek ini ialah: n Policy Dialogue on Strengthening Social Protection in the PostPandemic Recovery (4 Ogos 2022) - Membincangkan usaha-usaha pemerkasaan agenda perlindungan sosial bagi pemulihan pasca endemik COVID-19. n Inception Workshop for Strengthening Social Protection Policy for Inclusive Development and Growth (13 Disember 2022) – Diskusi input dan cadangan daripada agensi-agensi Kerajaan, CSO, NGO, ahli akademik serta rakan strategik yang terlibat dalam merangka dasar perlindungan sosial negara yang inklusif dan memastikan “no one is left behind”. SEKSYEN PENGURUSAN DATA & OPERASI PELANCARAN SKIM INSURANS KESEJAHTERAAN RAKYAT (SIKR) Pelan perlindungan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) telah dilaksanakan bermula 1 September 2022 hasil daripada keputusan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) pada 23 Mac 2022 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Sebanyak 268,887 KIR telah dilindungi dengan manfaat sekiranya KIR meninggal dunia akibat kemalangan, waris akan menerima RM25,000 dan bagi KIR yang mengalami kecacatan kekal (pelbagai punca) akan menerima RM10,000. Sekiranya KIR meninggal dunia secara semula jadi, waris akan mendapat manfaat sebanyak RM10,000. WORKCAMP PELAKSANAAN PROGRAM KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN Workcamp Pelaksanaan Program Kesejahteraan Rakyat dan Pembasmian Kemiskinan telah diadakan pada 26 September 2022 sehingga 28 September 2022 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Seramai 95 orang peserta terlibat dalam workcamp ini di mana 84 orang peserta daripada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) di seluruh Malaysia dan 11 orang peserta daripada ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM). Pelbagai pengisian dan perkongsian bermakna dilaksanakan sepanjang workcamp ini. Antara program yang dijalankan sepanjang workcamp ini ialah Program Ziarah Kasih Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia Kuala Lumpur, aktiviti Junior Outdoor Leadership Program (JOLP), Penyelarasan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat dan Penyelarasan Impak Program Usaha Kasih (uKasih).


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 89 MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PROGRAM KESEJAHTERAAN RAKYAT (JPPKR) TAHUN 2022 Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Kesejahteraan Rakyat (JPPKR) Tahun 2022 telah diadakan pada 26 September 2022 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang diadakan ini telah dihadiri seramai lebih kurang 50 orang daripada pelbagai kementerian dan agensi. Sebanyak tiga (3) kertas telah dibentangkan iaitu Kertas I: Pembasmian Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kertas II: Program Kesejahteraan Rakyat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Kertas III: Pelaksanaan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat oleh Prudential BSN Takaful Berhad. Selain itu, Mesyuarat JPPKR ini turut membincangkan program kesejahteraan rakyat serta isu kemiskinan selain mencari jalan penyelesaian terhadap perkara-perkara berbangkit. SEKSYEN DASAR & PROGRAM Inisiatif Kesejahteraan Rakyat (IKR) yang merangkumi Program Didik Kasih (dKasih), Usaha Kasih (uKasih) dan I Care for You (i-Care4U) merupakan inisiatif yang menjadi jambatan kepada masyarakat sivil untuk membantu golongan miskin dan seterusnya melahirkan masyarakat yang lebih cakna dengan keadaan golongan kurang berkemampuan di seluruh Malaysia. Program dKasih memfokuskan pemberian bantuan pendidikan dan latihan kemahiran kepada anak isi rumah eKasih dalam melahirkan graduan yang kompeten dalam pelbagai bidang. Program uKasih pula memfokuskan kepada pemadanan peluang pekerjaan (job-matching) dan peningkatan pendapatan melalui perkongsian kepakaran dan bimbingan usahawan NGO dan sektor korporat. Pelaksanaan program i-Care4U merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama masyarakat sivil sebagai jambatan yang menghubungkan antara komuniti dengan golongan miskin di Malaysia. ICU JPM telah berjaya menyalurkan dana sumbangan daripada rakan strategik berjumlah sebanyak RM1,864,000 kepada seramai 4,924 Isi Rumah (IR) yang berdaftar dengan Sistem eKasih. ICU JPM menyelaras dan memantau dasar/ isu berkaitan Kesejahteraan Rakyat seperti menyelaras pelaporan prestasi pelaksanaan Bab 5: Menangani Kemiskinan dan Membangunkan Masyarakat Inklusif di dalam 2022. Antara peranan tetap dan jawatankuasa yang dianggotai oleh ICU JPM sepanjang tahun 2022 adalah:Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) setiap suku bagi tahun


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202290 KEBANGSAAN ANTARABANGSA n Jawatankuasa Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021- 2025 (RMKe-12) - Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (Technical Working Group - TWG) Bagi Masyarakat Inklusif (Inclusive Society) n Jawatankuasa Laporan Berkala Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women-CEDAW) Ke-6 Malaysia n Jawatankuasa Kajian Semula Dasar Sosial Negara (DSN) n Jawatankuasa Kandungan Draf Country Programme Action Plan (CPAP), 2022-2025 Antara Kerajaan Malaysia Dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) n Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur n Jawatankuasa Matriks Pemantauan Perkembangan Saranan Penilaian Berkala Sejagat (Universal Periodic Review, UPR) Ke-3 Malaysia Jadual 1: Peranan tetap dan jawatankuasa yang dianggotai oleh ICU JPM PENUTUP Bahagian ini akan terus komited dalam menyokong dan menyelaras pelaksanaan program kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi. Selaras dengan kerangka dasar baharu iaitu ‘Membangun Malaysia Madani’, bahagian ini akan sentiasa proaktif untuk meneruskan agenda kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 91 BAHAGIAN SUSUN SEMULA MASYARAKAT PENGENALAN Bahagian Susun Semula Masyarakat (BSSM) mempunyai tiga (3) buah seksyen iaitu Seksyen Pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak, Seksyen Pembangunan Masyarakat dan Seksyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang. Penyelarasan, pemantauan dan pelaksanaan program/projek di bawah BSSM disokong oleh 16 orang pegawai dan kakitangan. Seksyen Pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak berfungsi menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, strategi, program/projek pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta isu-isu berkaitan. Dua (2) program utama di bawah Seksyen ini ialah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah dan Program Khas Bumiputera (PKB) Sarawak. Konsep inklusiviti, keterangkuman dan pengagihan sumber kekayaan yang saksama sentiasa menjadi agenda utama dalam usaha pembangunan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Usaha-usaha pembangunan untuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak terus dipertingkat dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12) melalui PKAN Sabah dan PKB Sarawak. Tumpuan diberi kepada pelaksanaan Program Pengukuran dan Pembangunan Tanah Native Customary Rights (NCR), Projek Pembinaan Mahkamah Adat, Penyediaan Infrastruktur Asas Luar Bandar, Program Pembangunan Ekonomi, Program Pembangunan Modal Insan serta Program Pembangunan untuk Masyarakat Penan. Pada tahun 2022, sebanyak RM22.85 juta telah disediakan untuk PKAN Sabah bagi melaksanakan lapan (8) program/projek dengan prestasi perbelanjaan mencapai 99.9%. Salah satu projek touchpoint ialah Program Pengukuran Tanah NCR yang bertujuan memelihara dan melindungi kepentingan Anak Negeri Sabah ke atas tuntutan hak tanah adat. Seluas 14,300.78 hektar tanah NCR di Sabah telah diukur berbanding sasaran 13,000 hektar dan seramai 6,573 orang telah diberi hak milik. SEKSYEN PEMBANGUNAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202292 Pengukuran Tanah NCR di Keningau pada 26 Disember 2022 Majlis Perasmian Perkampungan Kraf di PKS pada 30 November 2022 Penandaan Sempadan Kawasan Pengukuran Bersama Penduduk Kampung pada 26 Disember 2022 Kursus Seni Lukisan Fabrik Abstrak pada 30 November 2022 PKAN Sabah juga memberi tumpuan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Modal Insan. Pelaksanaan kursus meliputi latihan kemahiran dan kursus jangka pendek dalam bidang kraftangan, ukiran kayu dan kimpalan logam yang disasarkan kepada peserta daripada golongan B40 dan berstatus Anak Negeri Sabah. Kursus tersebut dilaksanakan oleh 3 agensi iaitu Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). Pada tahun 2022, seramai 311 orang peserta telah mengikuti kursus-kursus kemahiran yang dianjurkan oleh agensi pelaksana tersebut. Di bawah Program Pembangunan Modal Insan, terdapat satu (1) projek fizikal iaitu Projek Pembinaan Asrama Pelatih Pusat Kraftangan Sabah (PKS). Pelaksanaan projek bertujuan untuk menyediakan penginapan kepada peserta kursus latihan kraftangan khususnya yang berasal daripada luar bandar. Pembinaan asrama tersebut dijangka dapat menjimatkan kos penyewaan rumah dan pengangkutan pelatih yang perlu berulang-alik ke PKS sepanjang program berkenaan. Projek pembinaan asrama PKS akan memberi manfaat kepada seramai 200 pelatih apabila siap pada tahun 2023.


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 93 Kerja-Kerja Pembinaan Asrama Pelatih PKS pada 26 Disember 2022 Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN DUN N.31 Bukit Begunan pada 28 Oktober 2022 Kerja-Kerja Pengukuran Tanah NCR yang dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Survei pada 28 Disember 2022 PKB Sarawak telah diluluskan peruntukan sejumlah RM11.66 juta bagi pelaksanaan 15 program/projek bagi tahun 2022. Berdasarkan prestasi perbelanjaan, sebanyak RM11.58 juta (99.3%) telah dibelanjakan bagi pelaksanaan pelbagai projek fizikal dan bukan fizikal pada tahun semasa. Seperti mana Sabah, di bawah PKB Sarawak juga terdapat Program Pengukuran Tanah NCR yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak. Pada tahun 2022, seluas 57,098 hektar tanah telah diukur di bawah pengukuran perimeter manakala 17,591 hektar bagi pengukuran lot individu dan seramai 5,155 orang telah diberi hak milik. Kerajaan juga memberi tumpuan untuk memperbaiki infrastruktur luar bandar terutama di kawasan pedalaman Sarawak. Ini termasuk Projek Pembinaan Passenger Landing Facilities (PLF) atau jeti bagi penduduk di kawasan pedalaman yang menjadikan pengangkutan air sebagai pengangkutan utama. Pada tahun 2022, dua (2) projek PLF sedang dalam peringkat pembinaan iaitu PLF Nanga Sejiran di Kapit dan PLF Sungai Kut di Dalat, Mukah yang dijangka siap pada tahun 2023.


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202294 Kerja-kerja penanaman micropile sedang dilaksanakan pada 25 Disember 2022 Majlis menandatangani dokumen perjanjian bersama pihak ILK yang terlibat pada 30 Ogos 2022 Kerja-kerja pembinaan pantoon pada 25 Disember 2022 Selain program dan projek fizikal, tumpuan turut diberikan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Modal Insan di Sarawak bagi memperbaiki taraf hidup dan meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta kemahiran masyarakat Bumiputera di luar bandar. Pada tahun 2022, seramai 1,597 peserta telah menerima latihan kemahiran, kursus keusahawanan dan kursus peningkatan serta pembangunan kendiri.


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 95 Lawatan pemantauan BSSM Bersama BPPBPP ke Program PPK Chenaam dan Pulau Aman pada 13 Disember 2022 Seksyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang berperanan membantu Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan program/ projek pembangunan Bumiputera Pulau Pinang. Dalam tempoh RMKe-12, BPPBPP telah diluluskan peruntukan sebanyak RM68 juta bagi pelaksanaan Program Perolehan Tanah Strategik Pulau Pinang dan sebanyak RM60 juta bagi Program Pembangunan Modal Insan Bumiputera Pulau Pinang. Pada tahun 2022, RM3 juta telah diluluskan bagi Program Pembangunan Modal Insan Bumiputera Pulau Pinang. SEKSYEN PEMBANGUNAN BUMIPUTERA PULAU PINANG SEKSYEN PEMBANGUNAN MASYARAKAT Program Usaha Kasih Bumiputera atau uKasih Bumiputera yang dilancarkan pada tahun 2022 merupakan salah satu daripada inisiatif ICU JPM yang bersifat action based di mana Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) Bumiputera dalam kategori miskin tegar ditawarkan mengikuti kursus jangka pendek. Peralatan yang diperlukan dalam bidang kemahiran masing-masing juga dibekalkan secara percuma bertujuan untuk menambah pendapatan sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing. Kerjasama strategik telah dilaksanakan dengan pelbagai agensi Kerajaan bagi membantu pelaksanaan Program uKasih Bumiputera. Agensi seperti GIATMARA, Jabatan Pembangunan Wanita dan Pejabat Daerah turut sama terlibat dalam pengendalian kursus bagi meningkatkan kemahiran peserta uKasih Bumiputera.


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202296 PENUTUP Kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan pelaksanaan pelbagai program dan projek pembangunan di kawasan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak serta miskin tegar. Program/projek yang dilaksanakan dapat merapatkan jurang ekonomi dan pembangunan antara kelas pendapatan, wilayah serta etnik. Komitmen dan kerjasama semua pihak daripada Kerajaan Negeri, agensi pelaksana dan pihak swasta amatlah penting dalam memastikan program/projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna untuk kumpulan sasar.


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 97 BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG PENGENALAN Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) diwujudkan pada 23 Jun 1977 selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu (JKP) (kini telah dijenamakan sebagai Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP)). Objektif penubuhan JKP adalah untuk mendorong pembangunan modal insan serta ekonomi Bumiputera di Pulau Pinang. Selaras dengan perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang, peranan dan tanggungjawab JKP diperluas dan dipertingkatkan lagi dengan menjenamakan semula JKP kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) pada 31 Januari 2009. BPPBPP terbahagi kepada tiga seksyen iaitu Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Pembangunan Sektorial serta Seksyen Perancangan dan Pemantauan. Seksyen Khidmat Pengurusan bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan berkaitan pentadbiran, latihan, sumber manusia, kewangan, teknologi maklumat serta pengurusan aset dan stor di peringkat BPPBPP. Seksyen Pembangunan Sektorial serta Seksyen Perancangan dan Pemantauan pula merupakan urus setia bagi tujuh (7) Jawatankuasa Focus Group (JKFG) di bawah MPBPP. Seksyen Pembangunan Sektorial terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Pembangunan Ekonomi dan Unit Pembangunan Modal Insan. Unit Pembangunan Ekonomi merupakan urus setia kepada JKFG Pembangunan Ekonomi, Industri Bumiputera dan Sumber Baru serta JKFG Keusahawanan, Ekuiti dan Koperasi. Unit Pembangunan Modal Insan pula merupakan urus setia kepada JKFG Pembangunan Pertanian, Industri Pengeluaran Makanan dan Keselamatan Rantaian Makanan serta JKFG Pembangunan Pendidikan, Rohani dan Jasmani Serta Kemahiran Teknologi Aras Tinggi dan TVET. Seksyen Perancangan dan Pemantauan terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Perancangan Strategik dan Unit Perancangan dan Pemantauan. Unit Perancangan Strategik merupakan urus setia kepada MPBPP dan JKFG


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 202298 Pembangunan Hartanah, Perumahan dan Aset Bumiputera Pulau Pinang. Unit Perancangan dan Pemantauan pula merupakan urus setia kepada JKFG Pembangunan Modal Insan, Wanita dan Belia/Beliawanis serta JKFG Warisan, Kesenian, Budaya dan Pelancongan. Selain JKFG, BPPBPP juga merupakan urus setia kepada Jawatankuasa Akaun Amanah Bumiputera Pulau Pinang serta bertanggungjawab dalam mengendalikan Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang. PROGRAM-PROGRAM UTAMA Bagi RMKe-12, BPPBPP telah diluluskan siling sebanyak RM60 juta bagi komponen Program Pembangunan Modal Insan Bumiputera Pulau Pinang, RM68 juta untuk Program Perolehan Tanah Strategik Pulau Pinang dan RM20 juta bagi komponen Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang. Bagi tahun 2022, BPPBPP hanya menerima peruntukan sebanyak RM3 juta bagi Program Pembangunan Modal Insan Bumiputera Pulau Pinang dan tiada peruntukan diterima bagi Program Perolehan Tanah Strategik Pulau Pinang serta Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang. BPPBPP melalui MPBPP telah berjaya menganjurkan sebanyak 39 program yang melibatkan pelbagai agensi pelaksana di Pulau Pinang dan berjaya membelanjakan 99.9% daripada peruntukan yang telah disalurkan. Selain pelaksanaan program di bawah MPBPP, BPPBPP juga telah memanfaatkan wang di bawah Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (AAPBPP) bagi pelaksanaan Projek Rumah uKasih Bumiputera Pulau Pinang. Projek Data Profiling Pulau Aman Lawatan IR 4.0 ke Kuala Lumpur


LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 99 Kerja-Kerja Pembinaan di Padang Menora Sesi Pendaftaran HUB 2022 Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2022 PROJEK RUMAH UKASIH BUMIPUTERA PULAU PINANG HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA PULAU PINANG Projek Rumah uKasih Bumiputera merupakan buah fikiran pihak BPPBPP bersama pihak Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Tengah pada bagi membantu Bumiputera yang telah diluluskan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tujuan kediaman untuk membina kediaman di atas tapak tersebut sebelum lesen tamat tempoh. Objektif projek ini adalah bagi meningkatkan kesejahteraan Bumiputera Pulau Pinang dari aspek pemilikan kediaman yang selesa. Cadangan pembinaan Rumah uKasih Bumiputera ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (AAPBPP) Bil. 3 Tahun 2022 bertarikh 9 Disember 2022. Projek rintis Rumah uKasih Bumiputera melibatkan pembinaan empat (4) buah rumah dengan kos siling sebanyak RM75 ribu setiap satu dengan keluasan 660 kaki persegi. Penerima rumah ini telah dipilih daripada senarai penerima eKasih di Pulau Pinang dan tidak terhad kepada pemegang lesen tanah TOL sahaja. Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUB) diadakan dengan kolaborasi bersama 25 Agensi Persekutuan dan Negeri yang telah berjaya menghimpunkan seramai 400 orang usahawan Bumiputera. Objektif penganjuran HUB adalah untuk menjadi medium interaksi serta jalinan hubungan antara agensi serta para usahawan. HUB telah berjaya mendedahkan usahawan kepada pelbagai peluang serta bantuan yang ditawarkan oleh agensi di samping menjadi hub usahawan memperkenalkan serta memasarkan produk masingmasing. Himpunan ini diadakan pada 23 Julai 2022 di Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dirasmikan oleh mantan Pengerusi MPBPP, YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican serta turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tempatan serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.


LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022100 PROGRAM DIDIK CEMERLANG AKADEMIK (PDCA) PENUTUP Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) merupakan program utama di bawah MPBPP dengan peruntukan sebanyak RM1.55 juta pada tahun 2022. PDCA telah diperkenalkan sejak tahun 2006 bagi menyediakan peluang pelajar dari kalangan kurang berkemampuan untuk mendapatkan kelas pengukuhan selepas waktu persekolahan selain meningkatkan pencapaian pelajar Bumiputera bagi subjek-subjek kritikal dan subjek peperiksaan utama (SPM) dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahun 5 dan penguasaan subjek-subjek teras pelajar tahun 6. PDCA merupakan program kolaborasi antara MPBPP dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Bagi sesi 2022, PDCA telah memanfaatkan seramai 22,000 orang pelajar yang melibatkan 38 buah sekolah rendah dan 37 buah sekolah menengah. Mekanisme pelaksanaan PDCA adalah melalui pembelajaran kelas tuisyen PDCA di sekolah pada setiap minggu menggunakan modul PDCA. Pembelajaran ini dijalankan secara bersemuka selepas waktu persekolahan. Secara keseluruhannya, BPPBPP berjaya melaksanakan program-program yang telah dirancang sepanjang tahun 2022. Selaras dengan fungsi utama MPBPP, pelaksanaan 39 program ini merupakan usaha dalam merancakkan semula pembangunan sosio ekonomi Bumiputera Pulau Pinang setelah penularan pandemik Covid-19. Tahun 2023 memberikan perubahan yang baru kepada MPBPP dan BPPBPP telah merangka pelbagai cadangan pelaksanaan program bagi meneruskan usaha dalam meningkatkan lagi penglibatan Bumiputera Pulau Pinang sama ada dalam komponen perumahan mahupun kemahiran dan ekonomi. Majlis Penyerahan Tablet Kepada Pelajar Cemerlang SPM Penyerahan Modul PDCA ke Sekolah


Click to View FlipBook Version