LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 101 UNIT INTEGRITI PENGENALAN Unit Integriti ICU JPM telah ditubuhkan pada 31 Oktober 2013 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. Pada mulanya, Unit Integriti ICU JPM ditubuhkan dengan penarafan risiko rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tahap risiko rendah tetapi penarafan semula risiko rasuah pada 14 April 2021 telah meletakkan ICU JPM di tahap risiko sederhana. HALA TUJU Unit Integriti ICU JPM komited dalam meneruskan usaha-usaha pemantapan integriti dengan pelaksanaan enam (6) fungsi teras tersebut secara lebih efektif dan efisien bagi menangani permasalahan dan kelemahan berkaitan governans, integriti dan rasuah dalam ICU JPM. PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA MESYUARAT JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR) ICU JPM Mesyuarat JAR ICU JPM merupakan mesyuarat utama yang diurussetiakan oleh Unit Integriti ICU JPM dan melibatkan Ketua Pengarah ICU JPM selaku Pengerusi serta Pengurusan Tertinggi ICU JPM sebagai ahli mesyuarat. Mesyuarat ini telah berjaya dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali setahun iaitu pada 13 Januari, 25 Mei dan 14 September 2022 selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018: Pemantapan Governans, Integriti dan AntiRasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti, dan Anti-Rasuah Kebangsaan. PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI Pelbagai program telah diadakan bagi memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga ICU JPM terhadap penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni dan etika untuk memperkukuh tahap integriti pegawai dan kakitangan serta menjauhi amalan rasuah. Antara program yang telah berjaya dilaksanakan bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022102 Bil. Nama Program Tarikh Program Objektif Program 1. Kursus Latihan Audit Dalam Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016. 14 hingga 16 Mac 2022 Memberi pendedahan kepada juruaudit yang telah dilantik bagi melaksanakan pengauditan ABMS. 2. Taklimat Audit Dalam ABMS MS ISO 37001:2016. 28 Jun 2022 Memberi pendekatan secara hands on mengenai pelaksanaan pengauditan ABMS. 3. Taklimat Integriti Semasa Kolokium Kewangan ICU JPM Tahun 2022 4 Ogos 2022 Memupuk kesedaran integriti dalam memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa khususnya berkaitan dengan pengurusan kewangan. 4. Taklimat Tatatertib dan Integriti Tahun 2022 9 Ogos 2022 Memupuk kesedaran integriti dalam memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa berkaitan tatakelakuan penjawat awam. 5. Bengkel Pembaharuan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) ICU JPM 23 hingga 25 November 2022 Mengenal pasti risiko melalui pendekatan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) bagi menangani isu kelemahan governans, integriti dan rasuah. Kesimpulannya, majoriti program pengukuhan integriti bagi tahun 2022 dilaksanakan untuk membangunkan dan mendapatkan pensijilan ABMS MS ISO 37001:2016 serta memperbaharui OACP ICU JPM yang merupakan antara usaha-usaha untuk memperlihatkan komitmen ICU JPM dalam membanteras gejala rasuah. Bengkel Pembaharuan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) ICU JPM
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 103 Pelaksanaan Audit Dalaman ABMS MS ISO 37001:2016 Kursus dan Taklimat Latihan Audit Dalam ABMS MS ISO 37001:2016]. Susulan daripada program pengukuhan integriti berkaitan ABMS, audit dalaman ABMS juga telah berjaya dilaksanakan mulai 27 Jun hingga 26 Ogos 2022 melibatkan Ibu Pejabat ICU JPM dan 14 Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) serta Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBBPP). Seramai 46 orang juruaudit yang dilantik telah melaksanakan audit dalaman ABMS yang bertujuan untuk memastikan sistem ini dilaksanakan secara berkesan dan memenuhi keperluan ABMS dan Dasar Antirasuah ICU JPM. LAWATAN PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN (I-PATUH) Lawatan i-Patuh dilaksanakan berdasarkan lapan (8) kawalan utama yang melibatkan kawalan pengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, kawalan akaun amanah/ deposit, kawalan perolehan, kawalan aset dan stor dan kawalan kenderaan. Lawatan ini merupakan salah satu kawalan dalaman oleh Unit Integriti ICU JPM dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ICU JPM bagi memastikan segala prosedur pentadbiran dan kewangan yang dilaksanakan mematuhi pekeliling, garis panduan dan prosedur yang sedang berkuat kuasa. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk membantu PPN dan BPPBBPP membuat persediaan dalam menerima lawatan pengauditan pengurusan kewangan atau pematuhan perbelanjaan oleh Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri (BAD, JPM). Sebanyak empat (4) PPN yang terlibat bagi lawatan i-Patuh untuk tahun 2022 kerana Unit Integriti ICU JPM mengambil kira perancangan lawatan daripada BAD, JPM serta pengauditan mengikut tiga (3) tahun bagi PPN dan BPPBPP yang belum dilawati. Senarai PPN yang terlibat dalam pelaksanaan lawatan i-Patuh bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022104 Bil. Pejabat Tarikh Lawatan i-Patuh Markah Pengauditan BAD, JPM 1. PPN Sarawak 11 hingga 13 Januari 2022 Cemerlang 2. PPN Wilayah Persekutuan 8 hingga 10 Februari 2022 Cemerlang 3. PPN Kedah 31 Mei hingga 2 Jun 2022 Cemerlang 4. PPN Perlis 17 dan 18 Ogos 2022 Cemerlang Lawatan i-Patuh ke PPN yang terlibat bagi tahun 2022
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 105 URUS SETIA LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM ICU JPM ICU JPM mempunyai tiga (3) Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah ICU JPM selaku Pengerusi di mana bagi sepanjang tahun 2022, sebanyak tiga (3) kes telah dibawa kepada pertimbangan Lembaga Tatatertib berkaitan seperti berikut: Bil. Lembaga Tatatertib Butiran Kes Bilangan Kes 1. Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pelaksana (No.2) ICU JPM. Melibatkan kes tidak hadir bertugas dan tindakan surcaj. 2 2. Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pelaksana (No.1) ICU JPM. Melibatkan proses tahan kerja bagi maksud penyiasatan. 1 3. Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.2) ICU JPM. Tiada kes berkaitan. 0 Jumlah 3 Bil. Lembaga Tatatertib Butiran Kes Bilangan Kes 1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Melibatkan kes ketidakpatuhan tatacara pekeliling. 1 2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Melibatkan kes proses perolehan kerja. 1 Jumlah 2 Manakala dua (2) kes telah dibawa kepada pertimbangan Lembaga Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi seperti berikut: PENUTUP Pelbagai program dan aktiviti bagi tahun 2022 telah berjaya dilaksanakan yang memberi fokus kepada pemantapan integriti, governans dan antirasuah terutamanya berkaitan ABMS dan OACP. Hasrat dan harapan Unit Integriti ICU JPM bagi tahun 2023 secara umumnya ialah pelaksanaan enam (6) fungsi teras secara lebih efektif dan efisien manakala secara khususnya untuk memperoleh pensijilan ABMS agar dapat memperlihatkan komitmen ICU JPM dalam menangani perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI • Pejabat Pembangunan Negeri Pahang • Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu • Pejabat Pembangunan Negeri Kedah • Pejabat Pembangunan Negeri Selangor • Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak • Pejabat Pembangunan Negeri Sabah • Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang • Pejabat Pembangunan Negeri Johor • Pejabat Pembangunan Negeri Perak • Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan • Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan • Pejabat Pembangunan Negeri Negeri Sembilan • Pejabat Pembangunan Negeri Perlis • Pejabat Pembangunan Negeri Melaka
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022108 PAHANG PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri Pahang terdiri daripada lima (5) seksyen iaitu pengurusan dan kewangan, projek khas, pemantauan dan penilaian, teknikal serta kesejahteraan rakyat. Seksyen Pengurusan dan Kewangan terbahagi kepada tiga (3) unit iaitu pengurusan, kewangan dan teknologi maklumat. Seksyen ini bertanggungjawab ke atas pengurusan aset dan perolehan pejabat, mengurus dan mengawal belanjawan, dan mengurus sistem maklumat jabatan. Seksyen Khas berperanan mengurus pelaksanaan Projek Kecil serta memantau dan melaporkan prestasi projek di bawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri dan Ahli Parlimen. Seksyen Pemantauan dan Penilaian pula merupakan urus setia bagi Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri. Seksyen ini juga berperanan dalam aktiviti pemantauan dan penilaian projek yang dilakukan dan menilai projek melalui Penilaian Outcome dengan menggunakan Sistem MyProjek dan Sistem iPantau. Manakala, Seksyen Teknikal berperanan menguruskan pentadbiran kontrak dan pelaksanaan projek – projek pembangunan dan menyelaras urusan penjualan tender dan sebut harga. Seksyen Kesejahteraan Rakyat berperanan memantau dan menguruskan penyediaan rekod keseluruhan data perangkaan dan pemetaan kemiskinan serta memastikan kesahihan data dan analisis perangkaan kemiskinan seluruh negeri. PROGRAM-PROGRAM UTAMA SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Sehingga 31 Disember 2022, Seksyen Pemantauan dan Penilaian PPN Pahang telah melaksanakan sebanyak 186 aktiviti pemantauan projek RMKe-12. Aktiviti pemantauan tersebut adalah seperti jadual berikut: Aktiviti Lawatan Mesyuarat Laporan Jumlah Aktiviti Bil. 23 107 80 210 Aktiviti lawatan melibatkan 3 kategori utama iaitu: Aktiviti Troubleshooting Intervensi Healthcheck Jumlah Bil. 5 3 123 131 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 109 SEKSYEN KHAS Lawatan Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi bersama Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, Dato’ Indera Zulkifli bin Haji Yaacob ke Projek Bekalan Air Karak, Bentong, Pahang PRESTASI KELULUSAN PERUNTUKAN YAB PERDANA MENTERI MENGIKUT KATEGORI PROJEK BIL. PERUNTUKAN KESELURUHAN PROJEK/ PROGRAM LULUS STATUS PELAKSANAAN (SUMBANGAN) PERATUS KELULUSAN SUMBANGAN PROJEK FIZIKAL BIL. KOS (RM) BIL. KOS (RM) BIL. KOS (RM) 1. YAB PERDANA MENTERI 115 80,606,209 67 7,246,440 48 73,359,769 100% 2. PENGERUSI MPN 48 2,890,000 17 590,000 31 2,300,000 100% 3. YB MENTERI/ TIMBALAN MENTERI/ SENATOR/ TYDP 291 4,197,774 290 4,187,774 1 10,000 100% 4. PROGRAM/ PROJEK PERSEKUTUAN UPP 48 2,455,700 7 720,000 41 1,735,700 100% 5. PROJEK MESRA RAKYAT (PMR) 1,644 25,818,215 917 12,756,800 727 13,061,415 100% 6. KAWASAN DUN 815 8,325,695 551 3,547,595 264 4,778,100 100% 7. AGENSI LAIN 3 140,000 3 140,000 0 0 100% JUMLAH 2,964 124,433,593 1,852 29,188,609 1,112 95,244,984 100%
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022110 LAWATAN PROJEK DI BAWAH PERUNTUKAN KHAS NAMA PROJEK : Membina Masjid Kampung Rengai, Kuala Lipis PERUNTUKAN (RM) : 1,500,000 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh Milik Tapak : 29 Dis 2020 Tarikh Siap Asal 26 Dis 2022 Tarikh Siap Semasa : 24 Jun 2023 (EOT 1) Kontraktor Benua Infardi Resources Peratus Kemajuan : 75 % (Jadual) vs 80% Sebenar), Awal 31 hari Pelaksana : JKR Lipis NAMA PROJEK : Membina Masjid Baru Di Kg. Som, Jerantut, Pahang PERUNTUKAN (RM) : 2,500,000 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh Milik Tapak : 17 Nov 2020 Tarikh Siap Asal 19 Sept 2022 Tarikh Siap Semasa : 24 Jun 2023 (EOT 1) Kontraktor Benua Infardi Resources Peratus Kemajuan : 56 % (Jadual) vs 56% Sebenar), Awal 31 hari Pelaksana : JKR Jerantut
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 111 SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT Projek Rintis Program Kesejahteraan dan Peningkatan Ekonomi Isi Rumah eKasih merupakan salah satu Inisiatif Kesejahteraan Rakyat ICU JPM. Peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM 94,500 melibatkan 8 orang peserta di daerah Bera dan 11 orang peserta di daerah Rompin. Dengan adanya program seperti ini, dapat membantu penerima bantuan menjana ekonomi keluarga dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Daerah Peruntukan Peserta Aktiviti Rompin (11 penerima ) RM 43,000 9 Perniagaan Makanan 2 Jahitan Bera (8 penerima) RM 51,000 7 Perniagaan Makanan 1 Bengkel Kereta Program Kesejahteraan dan Peningkatan Ekonomi Isi Rumah eKasih (UKasih) di Daerah Bera. PENUTUP Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2022 dapat dilaksanakan dalam usaha mencapai sasaran yang ditetapkan. Aktiviti utama Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Pahang seperti aktiviti lawatan pemantauan dan penilaian projek melalui instrument pemantauan Healthcheck, Troubleshooting dan Intervensi dapat memastikan pelaksanaan projek berjalan sebagaimana intervensi yang telah dilaksanakan dan dapat mengenalpasti isu dan masalah berkaitan projek yang dilaksanakan. Pelaksanaan Program Kesejahteraan dan Peningkatan Ekonomi Isi Rumah eKasih (UKasih) adalah satu inisiatif yang telah berjaya membantu meningkatkan peningkatan golongan berstatus miskin dan miskin tegar di Pahang untuk meningkatkan ekonomi keluarga mereka. Selain itu, penyerahan projek di bawah Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri iaitu Masjid Al-Hidayah Alor Akar, Kuantan yang telah siap pada 21 Oktober 2022 telah diserahkan kepada pelanggan pada 10 November 2022. Di samping itu, PPN Pahang juga telah memenuhi keperluan khidmat nasihat di Seksyen Teknikal serta Pengurusan dan Kewangan melalui sesi taklimat, team building, kursus, mesyuarat dan sebagainya.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022112 TERENGGANU PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Terengganu merupakan salah satu agensi pelaksana di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar dan strategi program/projek pembangunan berimpak tinggi yang berorientasikan kesejahteraan rakyat dan pemerkasaan agenda bumiputera di Negeri Terengganu. PPN Terengganu diterajui oleh Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, selaku Pengarah Pembangunan Negeri dan dibantu oleh YBrs. Dr. Abdul Hazif bin Abdul Hamid, sebagai Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri serta barisan kakitangan yang menyimpan tekad dan iltizam untuk memberikan komitmen yang padu dan sistem penyampaian yang cekap bagi memastikan misi dan visi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri turut dikecapi bersama oleh rakyat Negeri Terengganu. PROGRAM-PROGRAM UTAMA PROGRAM PEMUKIMAN PENGARAH-PENGARAH ICU JPM TAHUN 2022 PPN Terengganu telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah untuk Program Pemukiman Pengarah-Pengarah ICU JPM Tahun 2022 pada 24 hingga 26 Februari 2022 bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Selaku urus setia bersama Bahagian Khidmat Pengurusan, ICU JPM, PPN Terengganu berjaya melaksanakan mandat untuk menguruskan program tersebut merangkumi pengisian program, penginapan dan urusan logistik kepada 45 peserta yang terdiri daripada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian, Pengarah Pembangunan Negeri, dan pegawai-pegawai ICU JPM. Antara objektif utama pelaksanaan Program Pemukiman Pengarah-Pengarah ICU JPM Tahun 2022 adalah untuk: n Meningkatkan motivasi dan semangat berpasukan dalam kalangan pengurusan tertinggi ICU JPM melalui aktiviti berkumpulan, perkongsian ilmu dan pengalaman; dan n Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pegawai ICU JPM serta sikap saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 113 BELASUNGKAWA: KEPULANGAN KE NEGERI ABADI Tahun 2022 turut melakarkan berita duka buat warga PPN Terengganu berikutan tiga warga kerja yang telah pergi buat selamalamanya ke negeri abadi. Doa dititip buat ketiga-tiga insan ini semoga tenang bersemadi dan sesungguhnya kenangankenangan manis ketika hayat mereka akan sentiasa tersemat di dalam lipatan memori, ingatan dan doa semua warga PPN Terengganu. Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi menyampaikan ucapannya Allahyarham Encik Suhaimi bin Abdul Rahman (21 Mei 1974 – 28 Februari 2022) Allahyarham Encik Yusof bin Salleh (8 Jun 1984 – 29 Mei 2022) Allahyarhamah Cik Aisha Wahida binti Abd Salam (25 Oktober 1985 – 24 Jun 2022) Peserta -peserta Program Pemukiman Pengarah-Pengarah ICU JPM Tahun 2022 bergambar bersama
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022114 SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Seksyen Pemantauan dan Penilaian PPN Terengganu bertanggungjawab dalam memastikan mekanisme penyelarasan pelaksanaan yang tertakluk di dalam Melalui Arahan No 1, 2022 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara dilaksanakan. Seksyen ini berperanan untuk mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) yang dipengerusikan oleh YBM Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Sepanjang tahun 2022, Mesyuarat JTPNg telah berjaya dilaksanakan sebanyak enam (6) kali manakala Mesyuarat MTPNg telah dilaksanakan sebanyak dua (2) kali. Antara isu-isu pelaksanaan projek yang telah berjaya diselesaikan melalui intervensi semasa lawatan healthcheck projek melibatkan isu penyambungan elektrik bagi Projek Kompleks Sukan Jabi, Besut, isu kelewatan Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Berkaitan Di SMK Serada Kuala Terengganu, Terengganu, Projek Pembangunan Semula Kompleks Pasar Payang, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, isu bantahan penduduk bagi Projek Membina Kuala Terengganu By-Pass. Tahun 2022 juga menyaksikan beberapa projek keutamaan negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMKe-11) telah berjaya disiapkan iaitu Projek UNISZA –Pembinaan Hospital Pengajar, Pembinaan Politeknik Besut Terengganu, Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan LainLain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman dan Projek Membina Kuala Terengganu By-Pass. Lawatan Intervensi Ketua Pengarah ICU JPM ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Berkaitan Di SMK Serada Kuala Terengganu, Terengganu Lawatan Intervensi Ketua Pengarah ICU JPM ke Projek Pembangunan Semula Kompleks Pasar Payang, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 115 Mesyuarat MTPNg dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi bersama barisan urusetia Mesyuarat MTPNg Tahun 2022
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022116 SEKSYEN KHAS Seksyen Khas, PPN Terengganu memainkan peranan dalam menyelaras, mengurus dan memantau dana Peruntukan Khas yang disalurkan kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri, YB Ahli Parlimen, YB Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Timbalan Menteri, YB Senator dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) melalui agihan dalam bentuk sumbangan, bekalan atau pelaksanaan projek fizikal. Sebanyak RM115,335,000.00 perbelanjaan Peruntukan Khas telah dicatatkan pada tahun 2022 yang melibatkan pelaksanaan 1,505 sumbangan/bekalan/projek fizikal di Negeri Terengganu. Aktiviti Kekerapan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri Untuk Kawasan Parlimen dan Projek Mesra Rakyat (PMR) Bersama YB Ahli Parlimen 1 Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri Untuk Dewan Undangan Negeri (Dun) 1 Majlis Penyerahan Projek Khas 27 projek Penyerahan Bantuan Wang Ihsan 2 Lawatan YAB Perdana Menteri Sempena Penyerahan Bantuan Banjir Daerah Hulu Terengganu 1 Lawatan Audit Naziran ISO oleh PPNT 4 Mesyuarat Pegawai-Pegawai Sektor Penyelarasan Projek Khas NegeriNegeri Tahun 2022 4 Majlis Penyerahan Inden Projek Mesra Rakyat Di BMU, PPNT 2 Sesi Cabutan Undi Projek-Projek Kecil Persekutuan PPNT 2 Lawatan Audit Naziran Projek Khas YAB PM Di Bawah PPN Pulau Pinang 1 Lawatan dan Pemantauan Projek dan Bekalan 12
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 117 SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT LAWATAN CAKNA RAMADHAN NEGERI TERENGGANU Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu telah mengadakan Program Cakna Ramadan bagi tahun 2022 sempena sambutan Perayaan Aidilfitri. Program ini berlangsung pada 11 hingga 21 April 2022 yang melibatkan 80 penerima dari lapan (8) daerah di Negeri Terengganu. Objektif program ini adalah untuk meringankan beban keluarga yang tidak berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri dengan bantuan dalam bentuk sumbangan Bakul Makanan bernilai RM300 untuk setiap penerima. PROGRAM KASIH PRIHATIN KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2022 SIRI KE 3 Program Kasih Prihatin Kembali Ke Sekolah Tahun 2022 Siri Ke 3 (Program Back To School) bagi Negeri Terengganu telah dilaksanakan dengan kerjasama dari pihak Pasaraya Mydin Gong Badak pada 16 Mei 2022. Program kali ini melibatkan seramai 30 pelajar sebagai penerima bantuan dari Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Penerima merupakan pelajar sekolah menengah yang berdaftar dengan sistem eKasih yang berstatus Miskin Tegar. Program yang dilaksanakan ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga penerima untuk mendapatkan kelengkapan keperluan persekolahan seperti pakaian dan buku-buku memandangkan penerima adalah terdiri dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Setiap penerima akan diberi bantuan bernilai RM150 untuk barangan persekolahan dan bantuan wang tunai sebanyak RM100 bagi setiap pelajar. PROGRAM KESEJAHTERAAN DAN PENINGKATAN PENDAPATAN EKONOMI ISI RUMAH EKASIH (UKASIH) (15.6.2022) YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar diiringi oleh Pengarah Pembangunan Negeri, YH Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi telah menyempurnakan penyerahan bantuan peralatan perniagaan sempena Program Kesejahteraan dan Peningkatan Ekonomi Isu Rumah eKasih (uKasih) DUN Rhu Rendang pada 15 Jun 2022 di Marang melibatkan 21 peserta eKasih yang terpilih. Program Kesejahteraan dan Peningkatan Ekonomi ataupun program Usaha Kasih ini merupakan salah satu program inisiatif yang diperkenalkan oleh ICU JPM bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan dan kompetensi peserta dalam memperbaiki taraf kehidupan seharian. Untuk rekod, Program Usaha Kasih ini telah diperkenalkan pada bulan Mac 2021 dan negeri Johor menjadi negeri pertama dalam pelaksanaan program tersebut yang melibatkan dua daerah iaitu Muar dan Tangkak sebagai projek rintis sebelum diluaskan kepada semua negeri.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022118 KEDAH PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Kedah bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan dasar Kerajaan Persekutuan, memantau program dan projek pembangunan serta melaksanakan inisiatif kesejahteraan rakyat di Negeri Kedah. PPN Kedah mewakili Kerajaan Persekutuan berkolaborasi dan menjalin kerjasama yang erat dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang cekap, efektif dan berintegriti. PPN Kedah juga menjadi agensi rujukan utama bagi jabatan/ agensi persekutuan yang beroperasi di Negeri Kedah dalam menyelaras isu-isu di peringkat negeri. PPN Kedah diterajui oleh YBrs. Puan Zaiton Binti Yahya selaku Pengarah Pembangunan Negeri, dengan kapasiti seramai 158 orang warga kerja dari pelbagai gred jawatan dan skim perkhidmatan. PPN Kedah beroperasi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu’adzam Shah, Alor Setar Kedah sejak tahun 2008. PROGRAM-PROGRAM UTAMA SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN MESYUARAT UTAMA Bil. Mesyuarat Bilangan 1. Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri 2 Kali 2. PPN Wilayah Persekutuan 2 Kali PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA LIMA TAHUN (RMLT) BAGI NEGERI KEDAH Seksyen Pemantauan dan Penilaian PPN Kedah telah melaksanakan aktiviti pemantauan projek RMKe-12 seperti jadual berikut; Lawatan Healthcheck Mesyuarat Tapak Pengemaskinian Laporan i-pantau Mesyuarat Troubleshooting dan Intervensi 304 projek 126 kali 250 kali 18 kali PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 119 SEKSYEN KHAS LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK KHAS BIL PERUNTUKAN KESELURUHAN PROJEK/ PROGRAM LULUS KATEGORI PROJEK BIL KOS (RM) SUMBANGAN PROJEK FIZIKAL BIL KOS (RM) BIL KOS (RM) 1. YAB PERDANA MENTERI 148 44,173,775.00 82 6,694,000.00 66 34,479,775.00 2. PENGERUSI MPN 120 5,250,000.00 41 1,750,000.00 79 3,500,000.00 3. YB MENTERI/TIM MENTERI/SENATOR/ TYDP 185 1,792,500.00 162 1,815,000.00 23 581,000.00 4. PROGRAM/PROJEK PERSEKUTUAN UPP 6 465,000.00 2 10,000.00 4 455,000.00 5. PROJEK MESRA RAKYAT (PMR) 1125 24,300,000.00 687 13,020,665.01 538 11,279,334.99 6. KAWASAN DUN 691 6,709,825.00 533 4,162325.00 158 2,547,500.00 7. AGENSI LAIN 1 20,000.00 1 20,000.00 0 0 KESELURUHAN 2,276 82,711,100.00 1,508 27,471,990.01 868 52,842,609.99 PENYERAHAN PROJEK DIBAWAH PERUNTUKAN KHAS Bil. Nama Projek Peruntukan (RM) Tarikh Pelaksanaan 1. Projek Pembinaan Jeti Nelayan Baharu Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Kampung Tepi Laut, Pulau Tuba Langkawi 9,442,260.09 Tarikh Mula: 10 Mac 2020 Tarikh Siap Asal: 9 September 2021 Tarikh Siap Semasa: 30 Julai 2023 Kontraktor: KMZ Restu Enterprise Pelaksana: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022120 Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi menyerahkan projek kepada Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, KSU MAFI. LAWATAN NAZIRAN PEMATUHAN PELAKSANAAN PROJEK PERUNTUKAN MESRA RAKYAT (PMR) PROGRAM DIDIK KASIH (DKASIH) NAMA PROJEK : Kerja-Kerja Menaiktaraf Dataran Tasik Sakura serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Keda Bukit Kura, Mukim Pedu. (Parlimen Padang Terap) PERUNTUKAN (RM) : 20,000 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh Mula Projek : 18 Mei 2022 Tarikh Siap : 28 Jun 2023 Pelaksana : Pejabat Daerah Padang Terap Program Didik Kasih (dKasih) adalah bertujuan untuk memberi bantuan pendidikan dan latihan kemahiran kepada anak isi rumah eKasih dalam melahirkan graduan yang kompeten dalam pelbagai bidang. Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah menyempurnakan penyerahan projek pembinaan jeti nelayan baharu di Kampung Tepi Laut, Pulau Tuba, Langkawi kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanana (MAFI). Turut hadir, Ketua Setiausaha MAFI, Dato’ Haslina binti Abdul Hamid.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 121 Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi menyampaikan bantuan kepada penerima Program Usaha Kasih (uKasih) Bumiputera adalam satu program peningkatan pendapatan yang dilaksanakan oleh ICU, JPM. Peralatan yang diberikan adalah berdasarkan sektor ekonomi yang dijalankan oleh peserta. Pecahan peserta program adalah seperti berikut : BIL NAMA PROGRAM JUMLAH PESERTA JUMLAH PERUNTUKAN 1 Program dKasih : Bantuan Kepada Pelajar yang Kehilangan Ibu Bapa Akibat COVID-19 58 Peserta RM20,300.00 2 Program dKasih Kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia 10 Peserta RM10,000.00 3 Program dKasih : Kasih Prihatin Kembali ke Sekolah 45 Peserta RM11,250.00 3 Program dKasih : Kasih Siswa 15 Peserta RM4,500.00 BIL NAMA PROGRAM JUMLAH PESERTA 1 Program uKasih Khas Daerah Sik 38 Peserta 2 ram uKasih Khas Daerah Langkawi 2 Peserta 3 Program uKasih Khas Daerah Kota Setar 1 Peserta 3 m uKasih Bumiputera 23 Peserta PENUTUP Sepanjang tahun 2022, PPN Kedah meneruskan tradisi sebagai pemudahcara antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan dasar, program dan projek serta inisiatif kesejahteraan rakyat di peringkat Negeri Kedah. Penekanan diberikan dalam memastikan keharmonian hubungan dan pelaksanaan program serta projek dengan lancar dan efektif. Pendekatan ini membolehkan PPN Kedah mengekalkan prestasi kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Persekutuan di Negeri Kedah.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022122 SELANGOR PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) merupakan agensi persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang bertanggungjawab menjadi penghubung di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan khususnya menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan. Diterajui oleh YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, skop perkhidmatan utama PPNS meliputi pengurusan dan pemantauan pelaksanaan projek-projek di bawah peruntukan Projek Khas (Seksyen Khas), melaksanakan penyelasaran dan pemantauan projekprojek Kementerian di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) (Seksyen Pemantauan dan Penilaian) dan pemerkasaan modal insan melalui fungsi Seksyen Kesejahteraan Rakyat yang berperanan untuk menyantuni rakyat melalui proses verifikasi eKasih serta program/aktiviti kebajikan yang dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat. Fungsi-fungsi utama (core business) PPNS ini disokong oleh Seksyen Teknikal yang berperanan untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanakan projek-projek pembangunan melalui penyediaan laporan kemajuan projek manakala Seksyen Khidmat Pengurusan yang terdiri daripada Unit Pentadbiran dan Unit Kewangan sebagai seksyen yang membantu melicinkan operasi PPNS secara keseluruhan termasuk hal ehwal pentadbiran am, pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan. PPNS komited dalam memastikan prestasi Jabatan dan penyampaian perkhidmatan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya di Negeri Selangor agar sentiasa berada di tahap cemerlang dan dapat dimanfaatkan rakyat secara umum. PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 123 PROGRAM-PROGRAM UTAMA MESYUARAT PENYELARASAN & PEMANTAUN PELAKSANAAN PROJEK FIZIKAL/SUMBANGAN Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan hala tuju dan perancangan rekabentuk dan pembinaan oleh agensi pelaksana projek dan bersama pemohon diadakan bagi memberi penerangan berkaitan kaedah penyaluran dana peruntukan yang telah diluluskan secara sumbangan. NAZIRAN (PUSAT KHIDMAT RAKYAT/PROJEK FIZIKAL) Naziran berkala sentiasa dilaksanakan di Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Ahli Parlimen/DUN bagi meneliti kaedah penyimpanan rekod dan pemfailan. Selain itu, naziran projek adalah bagi memastikan pelaksanaan mengikut prestasi kemajuan, tatacara perolehan dan Garis Panduan yang berkuatkuasa. LIBAT URUS BERSAMA AGENSI PELAKSANA / PUSAT KHIDMAT RAKYAT Sesi Libat Urus diadakan bagi memastikan kerjasama erat di antara agensi pelaksana seperti Pejabat-Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pusat Khidmat Rakyat dalam pelaksanaan projek dan program. PROJEK MENGIKUT PERUNTUKAN DAN NILAI PPNS merancang dan mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah peruntukan YAB Perdana Menteri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan, Program Mesra Rakyat (PMR), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta lain-lain peruntukan. PPNS juga komited untuk memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan di samping dapat membantu menjana ekonomi Kontraktor Bumiputera. Skop Kerja utama yang dilaksanakan oleh PPNS adalah membina dewan terbuka, pembinaan masjid dan surau baharu, kerja pengukuhan cerun, kerja pembaikan longkang, kerja pembaikan jalan dan lainlain kerja berkaitan.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022124 PENYELARASAN PROJEK BIL. PROJEK TARIKH PELAKSANAAN KOS (RM) 1. Membina baru Masjid Al-Madaniah, Jalan USJ 18/7, Subang Jaya, Selangor RM11.8 juta 2. Membina baru Masjid Putra Heights RM20.66 juta 3. Meroboh dan membina baru bangunan Surau Nurul Zaman, Taman Seri Bakti, Tanjung Karang, Selangor. Tarikh Mula: 19 Mei 2022 Tarikh Siap: 7 September 2022 RM 470,000.00 4. Membaik pulih cerun di Lorong Belakang Jalan SU 26 Taman Industri Selayang Utama, Mukim Batu, Majlis Perbandaran Selayang Tarikh Mula: 2 Jun 2022 Tarikh Siap: 21 September 2022 RM 511,698.00 5. Membaik pulih dan mengganti Parit Erong di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Majlis Bandaraya Shah Alam Tarikh Mula: 30 Jun 2022 Tarikh Siap: 19 Oktober 2022 RM 730,500.00 6. Membaik pulih cerun dan jalan di Jalan Perbandaran, Klang, Majlis Perbandaran Klang Tarikh Mula: 2 Jun 2022 Tarikh Siap: 3 November 2022 RM 686,470.00 7. Membina baru Masjid Darul Ulum, Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, Selangor Tarikh Mula: 8 Ogos 2022 Tarikh Siap: 8 Januari 2024 RM 4,784,737.23 MESYUARAT FOCUS GROUP KESEJAHTERAAN RAKYAT NEGERI (MFGNG) SELANGOR Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Negeri (MFGNg) Selangor Bil.1/2022 telah dilaksanakan pada 9 September 2022 dan dipengerusikan bersama antara YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Haji Haris bin Kasim dan Pengarah Pembangunan Negeri Selangor, Datuk Mohd Razali bin Wahab. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Haji Haris bin Kasim mempengerusikan mesyuarat
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 125 PROGRAM DKASIH KEMBALI KE SEKOLAH 2022 PPN SELANGOR PPNS telah menganjurkan Program dKasih Kembali ke Sekolah 2022 pada 4 April 2022 di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Program ini bertujuan membantu pelajar dikalangan miskin bandar dari sudut penyediaan kelengkapan persekolahan berupa kamus, Al Quran, set alat tulis dan beg sekolah menjelang pembukaan sesi persekolahan 2022/2023. Sesi penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Abdul Razak bin Maksud, Ket. Pen. Pengarah (Kanan), PPNS dan disaksikan oleh YBhg. Datin Nor Faridah binti A. Bakar, Timb. Pengarah, JPN Selangor kepada tiga (3) Guru Besar sekolah terlibat iaitu Sek. Keb. Pandamaran Jaya (Klang), Sek. Keb. Padang Jawa (Petaling) dan Sek. Keb. Dato’ Maharajalela (Kuala Selangor). PROGRAM ZIARAH KASIH AIDILFITRI Ziarah Kasih Aidilfitri PPN Selangor telah dilaksanakan pada 28 April 2022 di Balai Penghulu Hulu Bernam Selatan dan Balai Penghulu Hulu Bernam Utara melibatkan 140 KIR bagi membantu KIR terpilih dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri 1443H. Penerima telah menerima sumbangan bahan mentah basah iaitu 1kilogram daging, 2 ekor ayam, 2 kilogram beras pulut dan 3 balang biskut raya. JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (JAKM) NEGERI SELANGOR Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Selangor yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos 2022 di Perkarangan Stadium Shah Alam. Pelbagai program dilaksanakan bersempena JAKM ini dan sebahagiannya adalah Program Fun Ride dan Program Santai Ketua Setiausaha Negara (KSN) Bersama Penjawat Awam Negeri Selangor pada 20 Ogos 2022 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali telah menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan kepada sepuluh (10) KIR miskin dan miskin tegar eKasih terpilih berupa sebuah kerusi roda, sebuah kipas angin serta Bakul Kasih Prihatin. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Abdul Halim bin Hamzah, TKP (Pembangunan Strategik) ICU JPM, Tuan Nik Shafiruddin bin Nik Shahar Shah, TKP (Penyelarasan Projek Khas) ICU JPM, YB Dato’ Hj. Haris bin Kasim, SUK Selangor dan YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Pengarah PPN Selangor. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali telah menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan kepada peserta eKasih.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022126
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 127
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022128 MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGERI (MTPNG) Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali telah diadakan sebanyak 2 kali pada tahun 2022. Tumpuan mesyuarat adalah bagi menetapkan strategi serta memantau pelaksanaan pembangunan RMKe-12 di Negeri Selangor sejajar dengan dasardasar yang berkuatkuasa. MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR (JTPNG) Bagi memastikan keputusan MTPNg dilaksanakan di peringkat negeri, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Selangor juga telah diadakan sebanyak 2 kali dan dipengerusikan bersama antara YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Haji Haris Bin Kasim dan Pengarah Pembangunan Negeri Selangor, YBhg Datuk Mohd Razali Bin Wahab. Kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dieratkan melalui penganjuran mesyuarat ini sekaligus memberi manfaat pembangunan kepada rakyat Negeri Selangor khususnya. YB Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali mempengerusikan mesyuarat LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN Lawatan ke projek-projek pembangunan dilaksanakan bagi memantau prestasi kemajuan projek dan menyelesaikan isu berbangkit agar projek dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 129 Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi menyampaikan ceramahnya MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PEMBANGUNAN NEGERI (JPPPNG) BILANGAN 3 TAHUN 2022 Pejabat Pembangunan Negeri Selangor telah terpilih menjadi penganjur bersama bagi Mesyuarat JPPPNg Bilangan 3 Tahun 2022 yang telah diadakan di Glenmarie Golf and Resort, Selangor. Sesi Director General’s Talk (#DGT) yang julung kali diadakan dimana pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Ruji bin Hj Ubi. Sesi ini turut dihadiri oleh Datuk Zolkopli bin Dahalan, Mantan Ketua Pengarah ICU JPM.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022130 SARAWAK PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sarawak merupakan agensi negeri terbesar di bawah ICU JPM serta mempunyai tiga (3) pejabat cawangan iaitu di Zon Sri Aman, Zon Sibu dan Zon Miri dengan jumlah pengisian perjawatan sebanyak 83 orang kakitangan tetap serta 268 kakitangan kontrak dan Personel MyStep (PMS). Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak juga mempunyai lima (5) seksyen utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Penilaian dan Pemantaun, Projek Khas, Teknikal dan Khidmat Pengurusan. Seksyen Kesejahteraan Rakyat berfungsi menyelaras, merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan dasar dan program kesejahteraan rakyat bersama-sama dengan agensi-agensi yang berkaitan. Selain itu, seksyen ini turut memberi input, maklum balas serta kerjasama ke atas program/aktiviti peningkatan ekonomi, taraf hidup dan pembasmian kemiskinan di seluruh negara dan menekankan Sistem eKasih sebagai rujukan utama bagi pelaksanaan programprogram berkaitan. Seksyen Penilaian dan Pemantuan pula berperanan menilai prestasi peruntukan persekutuan serta melaksanakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan (MTPNg) dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPNg) Negeri Sarawak di samping memantau status pelaksanaan projek-projek persekutuan di negeri Sarawak. Seksyen Projek Khas berfungsi dalam menyelaras pelaksanaan Projek Khas Persekutuan, Projek Mesra Rakyat (PMR), peruntukan belanja mengurus, serta pelaksanaan projek-projek kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Seksyen Teknikal membantu dalam menyelaras perolehan dan pelaksanaan Projek Khas Persekutuan serta Projek Mesra Rakyat (PMR) di negeri Sarawak. Seksyen Khidmat Pengurusan berperanan mengurus hal-ehwal pentadbiran am pejabat khususnya dalam melaksanakan aktiviti pentadbiran am, kewangan dan perolehan, pengurusan aset, kursus dan latihan serta perkhidmatan teknologi maklumat (ICT). PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 131 PROGRAM-PROGRAM UTAMA INISIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT (IKR) 2022 PROGRAM CSR SUMBANGAN BAKUL MAKANAN (JAKM 2022) IKR merupakan inisiatif membantu golongan miskin dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sarawak bagi memastikan program ini memberi manfaat kepada golongan miskin khususnya yang berdaftar dalam Sistem eKasih. IKR terdiri daripada tiga (3) program iaitu; Program Usaha Kasih (uKasih), Program Didik Kasih (dKasih) dan Program I Care For You (i-Care4U). Program IKR melibatkan 322 penerima sehingga 31 Disember 2022 seperti berikut: Bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) 2022 yang berlangsung pada 6 Ogos 2022, bertempat di Kompleks Sukan Satok di Kuching, seramai 10 penerima sumbangan program bakul makanan telah disampaikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama-sama Ketua Setiausahan Negara (KSN), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali serta kenamaan yang lain. Program tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada masyarakat khususnya di negeri Sarawak. BIL. PROGRAM BIL.PENERIMA 1. Usaha Kasih (uKasih) Bumiputera (13 orang) 43 orang PPP Satok (30 orang) 2. Didik Kasih (dKasih) 18 orang 3. I Care For You (iCare4U) Ziarah Kasih Ramadan 1443H (90 orang) 145 orang Kasih Prihatin Kembali ke Sekolah 2022 (55 orang) CSR Kebajikan dan Bencana Pengarah Pembangunan Negeri 116 orang JUMLAH 322 orang Gambar Kanan: Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi (kanan) bersama Pengarah Pembangunan Negeri Sarawak, Jasni bin Jubli (tengah) Gambar Kiri: Menteri Kanan Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah bin Yusof (tengah) menyerahkan barangan bantuan kepada penerima
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022132 PROGRAM PENYERAHAN WANG BANTUAN KEBAJIKAN DAN BENCANA ICU JPM (ICARE4U) Pada 28 April 2022, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Zon Sri Aman) telah melaksanakan Program Penyerahan Wang Bantuan Kebajikan Dan Bencana ICU JPM Tahun 2022 kepada 11 orang Ketua Isi Rumah (KIR) Rumah Panjang, August, Ban Ulu bertempat di Dewan Panglima Rentap, Betong, Sarawak. Program ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa yang telah terlibat dalam kebakaran yang berlaku pada 12 April 2022 lalu. Kebakaran ini mengakibatkan kemusnahan harta benda 100% dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. PROGRAM USAHA KASIH (UKASIH) BUMIPUTERA SARAWAK: LATIHAN KEMAHIRAN GUNTING RAMBUT Program kemahiran menggunting rambut di bawah telah diadakan pada 3-4 Jun 2022, bertempat di Kampus UNIMAS Sibu. Program tersebut melibatkan 10 peserta dari kalangan Ketua Isi Rumah berstatus Miskin Tegar dari Daerah Matu dan juga Daerah Daro hasil kerjasama dengan beberapa syarikat dan agensi kerajaan seperti The Wall Barber Shop, Kolej Komuniti Cawangan Sibu serta Kampus UNIMAS Sibu. PEMANTAUAN PROJEK 2022: LAWATAN PROJEK PERSEKUTUAN KE SK KG. EMPILA, KOTA SAMARAHAN Pada 6 Ogos 2022, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Seri Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato’ Amir bin Omar serta rombongan telah mengadakan lawatan turun padang ke tapak Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif di Sarawak iaitu di SK Kg. Empila, Kota Samarahan. Lawatan tersebut juga diadakan bagi memantau prestasi semasa projek pembinaan sekolah yang daif dan uzur di samping menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan yang lebih moden dan selesa kepada warga penduduk setempat. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali (tengah) dan Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi (dua dari kiri) semasa melawat projek SK Kampung Empila, Kota Samarahan. KANAN: Gambar projek SK Kampung Empila, Kota Samarahan
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 133 PERUNTUKAN PROJEK KHAS DAN PROJEK MESRA RAKYAT (PMR) 2022
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022134 LAWATAN NAZIRAN TAPAK PROJEK PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI DAN PROJEK MESRA RAKYAT (PMR) Seksyen Projek Khas telah membuat lawatan naziran bersama pegawai daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dan Bahagian Khas Ibu Pejabat dan mensasarkan projek-projek dalam pelaksanaan dan projek-projek siap untuk mendapatkan kaedah pelaksanaan projek yang terbaik. BIL. PROJEK TARIKH LAWATAN 1. Naiktaraf Pusat Komuniti Kampung Seniawan, Serian 6 Julai 2022 2. Bina Baru Parit Konkrit Kampung Tanjong Bundong Tradisi, Samarahan, Sarawak 3. Naik Taraf Surau Bandar Baru Semariang, Kuching, Sarawak 4. Pembinaan Masjid Baharu Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Lot 1070 Salak Land District, Kuching, Sarawak (Sumbangan Sebahagian Kos) 5. Membina Bumbung Gelanggang Futsal Taman Lee Ling, Kuching 7 Julai 2022 PENUTUP Pada tahun 2022, Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sarawak terus memastikan kesinambungan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti yang telah menunjukkan impak yang sangat positif. Secara keseluruhan PPN Sarawak akan terus komited dalam memberikan kualiti perkhidmatan terbaik kepada negara.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 135 SABAH PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri Sabah terdiri daripada empat 6 seksyen iaitu khidmat pengurusan, kesejahteraan rakyat, pemantauan dan penilaian, khas 1, khas 2 dan teknikal. Terdapat dua (2) seksyen yang mempunyai sub unit berbeza iaitu seksyen khidmat pengurusan dan seksyen pemantauan dan penilaian. Seksyen khidmat pengurusan mempunyai empat (4) unit iaitu pentadbiran, pengurusan aset, kewangan dan teknologi maklumat. Seksyen pemantauan dan penilaian terbahagi kepada dua (2) unit iaitu pemantauan RMLT dan keurusetiaan dan penilaian outcome. PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA MAJLIS RIANG RIA AIDILFITRI PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SABAH BERSAMA KETUA SETIAUSAHA NEGARA 2022 Majlis Riang Ria Aiditfitri PPN Sabah bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali telah diadakan pada 19 Mei 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah yang melibatkan jemputan seluruh jabatan persekutuan dan negeri. Dengan adanya program sebegini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan di antara penjawat awam dan berkongsi pendapat dalam menjalankan tanggungjawab yang dipikul. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali menyampaikan ucapan diringi Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi. PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022136 Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi bersama warga Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sabah semasa Majlis Riang Ria Aidilfitri PPN Sabah. SEKSYEN KHAS LAWATAN DAN NAZIRAN KE TAPAK PROJEK YANG DIPOHON BAGI TUJUAN PENYEDIAAN ULASAN Bagi tahun 2022, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah khususnya Seksyen Khas 1 telah menjalankan 13 lawatan naziran yang melibatkan beberapa Daerah iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Putatan, Tuaran, Daerah Kecil Tamparuli, Penampang, Papar, Beaufort, Lahad Datu, Semporna, Majlis Perbandaran Tawau, Daerah Kecil Sook, Sipitang dan Membakut. Dalam masa yang sama juga, Seksyen Khas 1 turut mengadakan Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek-Projek Khas Bersama Pejabat Pelaksana dan Agensi Pelaksana serta turut membuat ulasan permohonan yang menjadi tugas utama Seksyen Khas 1 dalam menyediakan laporan ulasan setiap permohonan projek yang diterima. Sepanjang tahun 2022, permohonan ulasan yang telah diterima sebanyak 486 jumlah permohonan yang merangkumi 1917 projek yang terdiri daripada 280 jumlah permohonan dan 1374 projek melalui permohonan ICU, JPM. Manakala permohonan ulasan melalui SDO Sabah, sebanyak 206 permohonan yang terdiri daripada 543 projek. Berdasarkan pencapaian permohonan ulasan bagi tahun 2022 melalui permohonan ICU, sebanyak 269 permohonan bersamaan dengan 1276 projek yang telah selesai diulas dan 25 permohonan bersamaan dengan 102 projek lagi dalam tindakan. Manakala, bagi permohonan melalui SDO Sabah, sebanyak 186 permohonan bersamaan 439 projek yang telah selesai diulas dan sebanyak 20 permohonan bersamaan dengan 104 projek dalam tindakan.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 137 SEKSYEN KHAS 2 PROGRAM KHAS ANAK NEGERI Seksyen Khas II, PPN Sabah bertanggungjawab dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan program/ projek dibawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah yang melibatkan lima (5) kluster iaitu Kluster Mahkamah Adat, Kluster Pembangunan Modal Insan, Kluster Pengukuran Tanah Adat Baharu, Kluster Mahkamah Adat Baharu dan Kluster Kluster Pembangunan Modal Insan Baharu. SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT SOROTAN PROGRAM INISIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT Program Kesejahteraan Rakyat telah berjaya di selesaikan pada tahun 2022, dimana Pemutihan dan Program SARa telah melebihi daripada KPI yang telah ditetapkan. Program ini adalah program utama SKR bagi memastikan kualiti data Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) dalam sistem eKasih dapat dijaga serta sentiasa dikemaskini. Sepanjang tahun 2022, Program Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Melalui Program I Care For You telah berjaya melaksanakan 10 buah program yang melibatkan 611 peserta dari senarai berdaftar eKasih. Program dKASIH adalah program bantuan pendidikan dan Latihan Kemahiran telah dilaksanakan sebanyak 2 kali sepanjang tahun 2022 dengan melibatkan 23 orang peserta yang berdaftar dalam sistem eKasih dari status Miskin dan Miskin Tegar. Sepanjang tahun 2022 Seksyen Kesejahteraan Rakyat telah berjaya melaksanakan 4 Pogram Inisiatif di bawah Program uKasih dengan melibatkan 70 orang peserta dari senarai eKasih dari status Miskin dan Miskin Tegar.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022138 SEKSYEN TEKNIKAL PELAKSANAN PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL Bagi tahun 2022, Kesemua KPI yang disasarkan telah berjaya dicapai selaras dengan sasaran yang ditetapkan seperti berikut : Bil KPI Sasaran Pencapaian Peratus (%) 1 Projek baharu (Pra-Pembinaan) 8 8 100 2 Projek dalam pembinaan 27 27 100 3 CMGD/Akaun muktamad (Pos-Pembinaan) 4 4 100 Jumlah 39 39 100
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 139 SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN LAWATAN PROJEK UNIT PEMANTAUAN RMLT (N1) Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif Unit Pemantauan RMLT. Aktiviti-aktiviti utama Unit Pemantauan RMLT seperti Lawatan Intervensi atau Lawatan projek bagi projek bertstatus Sakit merupakan inisiatif intervensi yang berkesan bagi mengenalpasti situasi sebenar yang berlaku semasa pelaksanaan projek dan membantu menyelaras isu yang dihadapi oleh Agensi Pemilik atau Agensi Pelaksana. LAPORAN TAHUNAN 2022 UNIT KEURUSETIAAN DAN PENILAIAN OUTCOME SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Bagi menangani isu dan masalah pelaksanaan program/projek RMKe-12, PPN Sabah telah mengadakan beberapa siri mesyuarat sepanjang tahun 2022 berdasarkan majlis/jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Butiran pelaksanaannya adalah seperti Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MPTNg) Sabah, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Sabah, Mesyuarat Task Force Penyelarasan Permohonan Pelan Pembangunan (DP), Pelan Bangunan (BP) Dan Sijil Menduduki (OC) Bagi Projek Pembangunan Persekutuan Sabah dan Penilaian Outcome / Penilaian Ketersediaan Pengoperasian dan Penyampaian Outcome (PKPO). Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah Bilangan 2 Tahun 2022. Turut hadir, Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi PENUTUP Secara keseluruhannya, setiap seksyen dan subunit di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah telah berjaya merancang dan menjayakan semua aktiviti dan program pada tahun 2022. Program yang dirancang pada tahun 2023 akan direalisasikan dengan jayanya seterusnya memberi impak yang positif kepada masyarakat.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022140 PULAU PINANG PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PPNPP) selaku agensi persekutuan utama di Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab sebagai agensi pusat dalam penyelarasan dan pemantauan pembangunan negara di peringkat negeri. Tiga (3) perkhidmatan teras yang sentiasa menjadi fokus PPNPP adalah seperti berikut: 1. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek dan program Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT); 2. Mengurus peruntukan, melaksana dan memantau projek dan program Khas YAB Perdana Menteri; dan 3. Menyelaras, memantau dan menilai projek di bawah program Kesejahteraan Rakyat. Terdapat lima (5) seksyen di PPNPP yang bertanggungjawab melaksana misi bagi mencapai visi organisasi di peringkat negeri iaitu: 1. Seksyen Pemantauan dan Penilaian; 2. Seksyen Projek Khas; 3. Seksyen Kesejahteraan Rakyat; 4. Seksyen Teknikal; dan 5. Seksyen Khidmat Pengurusan SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PEMANTAUAN PROJEK RANCANGAN MALAYSIA LIMA TAHUN OVERVIEW STATUS PELAKSANAAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN RMKE-12 NEGERI PULAU PINANG (SEHINGGA 2 DISEMBER 2022) Overview status pelaksanaan program/projek pembangunan RMKe-12 bagi negeri Pulau Pinang tahun 2022 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 141 PELAKSANAAN ARAHAN NO. 1 TAHUN 2022 Selaras dengan Arahan No 1 Tahun 2022, PPNPP melalui Seksyen ini berperanan sebagai urus setia kepada Majlis Tindakan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (JTPNg) iaitu bertanggungjawab dalam menyelaras kertas-kertas pembentangan dan menyediakan minit pelaporan mesyuarat. Selain itu, PPNPP juga adalah ahli kepada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) kepada lima Daerah di Pulau Pinang. Pada tahun 2022, kebanyakan mesyuarat telah diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara dalam talian) bagi mengelak penularan COVID-19. MTPNg telah diadakan sebanyak dua (2) kali iaitu pada 25 Januari 2022 dan 19 Ogos 2022 manakala JTPNg telah diadakan sekali iaitu pada 16 Jun 2022 (mengikut ketetapan Pengerusi). Isuisu pembangunan negeri Pulau Pinang telah dibincangkan bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan dan penilaian program/projek di bawah Rolling Plan ke-2 (RP 2) RMKe-12. Mesyuarat-mesyuarat ini juga berfungsi memastikan keputusankeputusan di peringkat tertinggi iaitu Majlis Tindakan Negara (MTPN) dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara (JTPN) dilaksanakan sepenuhnya di peringkat negeri. SEKSYEN PROJEK KHAS PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI Pada tahun 2022, sebanyak 1,680 projek dengan nilai RM73,444,249 telah diselaraskan oleh PPNPP melalui Seksyen Projek Khas menggunakan peruntukan Khas YAB Perdana Menteri. Berikut adalah pecahan agihan peruntukan yang diterima dan diuruskan oleh PPNPP melalui seksyen ini: YAB PERDANA MENTERI RM14.79 J PENGERUSI MTPNg RM4.00 J KAWASAN PARLIMEN RM20.90 J PROJEK MESRA RAKYAT RM24.47 J KAWASAN DUN RM2.64 J SENATOR RM0.18 J UPP RM0.20 J MOF RM0.77 J PENGERUSI MPN RM5.35 J AGENSI LAIN RM0.14 J
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022142 PERUNTUKAN SUMBANGAN KECEMASAN BENCANA Selain itu, pada tahun 2022 PPNPP juga telah menerima peruntukan sebanyak RM200,000.00 untuk sumbangan kecemasan/bencana di bawah Pengurusan Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Dengan peruntukan tersebut dan sebahagian lebihan peruntukan dari tahun-tahun sebelumnya yang berjumlah RM101,232.00, secara keseluruhan PPNPP telah membelanjakan sebanyak RM242,889.00 untuk tujuan bantuan kecemasan dan bencana dengan perincian seperti berikut : BIL. JENIS KES BILANGAN KES JUMLAH SUMBANGAN (RM) PERATUS SUMBANGAN 1. Kebakaran 22 91,300 37.6% 2. Ribut 29 72,330 29.8% 3. Kebajikan 17 ç79,259 32.6% Jumlah 68 242,889 SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT VERIFIKASI DAN PEMUTIHAN DATA SISTEM EKASIH Pada tahun 2022, Seksyen Kesejahteraan Rakyat (SKR) PPNPP telah selesai menjalankan proses verifikasi dan proses pemutihan bagi data Kemiskinan Nasional 2022 (Sistem eKasih) dengan pencapaian seperti berikut: Verifikasi : 2,022 kes; Pemutihan : 14,729 kes; dan SARA : 200 kes. Dalam masa yang sama, Program Mobile Team juga telah berjaya dilaksanakan di mana sebanyak 200 kes bagi tahun 2022 telah direkodkan. Kesemua pencapaian SKR yang direkodkan sepanjang tahun 2022 ini telah melepasi KPI yang telah ditetapkan oleh pihak ICU Ibu Pejabat bagi tahun 2022. PELAKSANAAN PROGRAM PENINGKATAN EKONOMI Selain itu, bagi program peningkatan pendapatan, SKR PPNPP telah menyerahkan bantuan peralatan bagi tujuan peningkatan ekonomi di bawah program Program uKasih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh. Seramai 22 orang peserta telah dipilih di bawah program ini dengan lima (5) pecahan kluster seperti berikut: Kluster Perniagaan : 10 orang; Kluster Jahitan : 2 orang; Kluster Pertukangan : 2 orang; Kluster Pertanian : 2 orang; dan Kluster Nelayan : 6 orang. Di bawah pelaksanaan Program uKasih Bumiputera pula, SKR PPN Pulau Pinang telah berjaya membantu seramai 10 orang peserta yang terpilih dengan pemberian bantuan peralatan mengikut pecahan aktiviti ekonomi seperti berikut: Gunting rambut : 3 orang Jahitan : 4 orang; dan Urutan dan Spa : 3 orang.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 143 PROJEK MEMBINA DEWAN SERBAGUNA DI KAMPUNG PERMATANG BERTAM KEPALA BATAS SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor T.J Bina yang dilantik secara pemilihan sebutharga. Pembinaan projek bermula dari 18 Ogos 2021 dan disiapkan pada 07 April 2022 dengan kos sebanyak RM593,300.00. Majlis penyerahan telah diadakan pada 12 Mei 2022. PROJEK MEMBINA BAHARU MASJID PERMATANG BOGAK, DI ATAS LOT 3908 & 3909, MUKIM 8, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor Permai Pura Construction Sdn Bhd yang dilantik secara pemilihan tender terbuka. Pembinaan projek bermula dari 19 Julai 2019 dan disiapkan pada 26 April 2022 dengan kos sebanyak RM3,772,270.44. Majlis penyerahan masjid ini telah diadakan pada 27 April 2022. PROJEK MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA MASJID JAMEK NURUL HIDAYAH SUNGAI LOKAN, BUTTERWORTH PULAU PINANG PPNPP merupakan agensi pelaksana bagi projek ini dengan kos sebanyak RM4,237,000.00. Tempoh kerja bagi projek ini selama 18 bulan bermula pada tarikh milik tapak 31 Oktober 2022 sehingga 18 Mac 2024. Mesyuarat Pra- pembinaan telah diadakan pada 25 Oktober 2022, dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Azman Bin Ibrahim, Pengarah PPN Pulau Pinang selaku SO bagi projek ini dan dihadiri oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang, pihak pelanggan, wakil qaryah masjid, perunding serta kontraktor yang telah dilantik. PROJEK MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA SURAU ASSOLIHIN KAMPUNG AMAN, KEPALA BATAS, PULAU PINANG PADA 25 OKTOBER 2022. PPNPP merupakan agensi pelaksana bagi projek ini dengan kos sebanyak RM878,800.00. Tempoh kerja bagi projek ini adalah selama 52 minggu bermula pada tarikh milik tapak 31 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2023. SEKSYEN TEKNIKAL Seksyen Teknikal berperanan melaksana dan memantau projek-projek fizikal di bawah peruntukan YAB Perdana Menteri bersama-sama Seksyen Projek Khas. Sepanjang tahun 2022, sebanyak empat (4) projek masjid/surau dalam perancangan, tiga (3) projek dalam pembinaan dan dua (2) projek siap. Selain itu, Seksyen ini juga bertanggungjawab memantau 50 projek di bawah Program Mesra Rakyat, 19 projek di bawah peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan 75 projek di bawah peruntukan Majlis Pemulihan Negara (MPN) sepanjang 2022.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022144 SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN Bagi memastikan peranan dan fungsi PPNPP dapat dilaksanakan dengan berkesan, Seksyen Khidmat Pengurusan (SKP) sentiasa menjadi tulang belakang dalam memberi perkhidmatan sokongan dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan pentadbiran pejabat yang terbaik. BIL NAMA PROGRAM TARIKH 1. Lawatan Kerja Ketua Pengarah ICU JPM 15 Februari 2022 2. Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan PPN Pulau Pinang 30 Jun-2 Julai 2022 3. Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-65 Peringkat Negeri Pulau Pinang 31 Ogos 2022 4. Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Plus 8 Disember 2022 5. Perhimpunan Bulanan Setiap 2 bulan 6. Bicara Ilmu dan Bacaan Yassin Setiap hari Jumaat Lawatan Kerja Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi ke PPN Pulau Pinang PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS DAN PEMBANGUNAN 2022 Secara keseluruhannya, sehingga 31 Disember 2022, PPNPP telah menerima peruntukan berjumlah RM33,242,929.16 bagi belanja mengurus dan telah membelanjakan sebanyak 99.9% dari peruntukan yang diterima. Di bawah peruntukan pembangunan pula, PPNPP telah menerima RM41,313,884.00 bagi tahun 2022 dan telah membelanjakan keseluruhan peruntukan menjadikan peratusan perbelanjaan adalah sebanyak 100%. PENUTUP Bagi tahun 2022, PPNPP telah menerima beberapa pengiktirafan iaitu: i) Anugerah Apresiasi Prestasi bagi Proses Pembayaran Bil/Invois Sempurna Tahun 2022 daripada Ketua Pengarah ICU JPM kerana berjaya mencapai 100% pembayaran dalam tempoh 7 hari; ii) Prestasi CEMERLANG bagi Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan daripada Jabatan Akauntan Negara, Negeri Pulau Pinang (naziran diadakan pada 3 hingga 7 Oktober 2022); iii) Prestasi BAIK dengan markah sebanyak 97.7% bagi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Pulau Pinang (inspektorat keselamatan diadakan pada 23 November 2022).
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 145 JOHOR PENGENALAN SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PRESTASI PELAKSANAAN PROGRAM/ PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN KEWANGAN ROLLING PLAN KEDUA (RP2), RMKE-12 TAHUN 2022 Berperanan dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan projek fizikal dan bukan fizikal Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) yang dilaksanakan secara Rolling Plan serta mengenalpasti isu dan mengambil tindakan intervensi/ troubleshooting bagi menyelesaikan isu-isu pelaksanaan yang berbangkit bagi projek kementerian/ agensi di peringkat negeri Johor. Selain itu juga, turut diberi tumpuan dan keutamaan ialah kaedah penyelarasan dan pemantauan projek di peringkat negeri dan daerah yang dilaksanakan melalui mesyuarat-mesyuarat utama di bawah Arahan No.1 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri seperti Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg), lawatan tapak, tindakan intervensi, serta sesi engagement untuk menyelesaikan isu dan masalah dalam pelaksanaan projek. PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022146 MESYUARAT UTAMA DI PERINGKAT NEGERI JOHOR SENARAI KERTAS PEMBENTANGAN MESYUARAT JTPNG JOHOR Merupakan Urus Setia Mesyuarat bagi Mesyuarat Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Johor yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Sepanjang tahun 2022, sebanyak dua (2) kali Mesyuarat MTPNg Johor dan dua (2) kali Mesyuarat JTPNg Johor telah diadakan.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 147 Mesyuarat MTPNg yang dipengerusikan oleh, Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi. Turut hadir, Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi Lawatan Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi ke Projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Johor
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022148 SEKSYEN PROJEK KHAS Seksyen Projek Khas merupakan sebuah seksyen yang diwujudkan di bawah Sektor Penyelarasan Projek Khas dan bertindak menguruskan peruntukan Projek Khas di negeri Johor. Projek Khas merupakan projek-projek yang dilaksanakan sebagai tambahan dan pelengkap kepada projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). Aktiviti Projek Khas merangkumi proses merancang, mengurus, menyelaras dan mengagihkan peruntukan di bawah Peruntukan Khas yang disalurkan melalui ICU JPM. RINGKASAN KEMAJUAN PROJEK MASJID STATUS PELAKSANAAN BIL. PROJEK % KOS PROJEK (RM) BELUM MULA 8 24.24 % 31,000,000 DALAM PEMBINAAN 6 18.18 % 14,655,300 SUDAH SIAP 19 57.58% 94,560,000 JUMLAH 33 100% 140,215,300 PECAHAN PERUNTUKAN PERSEKUTUAN NEGERI LAIN-LAIN RM119.46j RM7.70j RM13.06j 85% 5% 9% PRESTASI PELAKSANAAN PROJEK KHAS
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 149 SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT STATISTIK KETUA ISI RUMAH (KIR) EKASIH NEGERI JOHOR SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 Bilangan KIR bagi Negeri Johor yang telah disahkan dalam sistem eKasih adalah sebanyak 28,760 KIR. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,363 KIR (15.1%) berstatus Miskin Tegar, 9,454 KIR (32.9%) Miskin dan 14,943 KIR (52.0%) adalah Terkeluar. NEGERI MISKIN TEGAR MISKIN Isi Rumah Per kapita Isi Rumah Per kapita Semenanjung M’sia 1,169 310 2,208 594 Johor 1,165 344 2,505 692 Bandar 1,267 347 2,517 701 Luar Bandar 1,257 331 2,455 658 Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 Negeri Johor Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi menyempurnakan Projek uKasih Bumiputera Negeri Johor
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022150 SEKSYEN PENGURUSAN DAN KEWANGAN Berfungsi dalam mengurus hal-hal yang berkait dengan sumber manusia demi memastikan pembangunan kompetensi melalui penyusunan latihan dan kursus yang relevan kepada semua personel. Selain itu, seksyen ini juga bertanggungjawab dalam mengendalikan peruntukan mengurus, peruntukan pembangunan dan perakaunan. Program Pemantapan Kerja Berpasukan SDO Johor di Taman Negara Endau Rompin Selai, Johor