LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 151 PERAK PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Perak terbahagi lima (5) seksyen iaitu Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Kesejahteraan Rakyat, Seksyen Projek Khas, Seksyen Pemantauan & Penilaian dan Seksyen Teknikal. PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN Bagi tahun 2022, PPN Perak telah menerima Anugerah Apresiasi Prestasi Proses Pembayaran Bil/Invois Sempurna Tahun 2022. Anugerah ini diterima kerana prestasi proses pembayaran bil/invois sempurna yang cemeang dalam tempoh 0 hingga 7 hari pada tahun 2022. PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022152 SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT Tiga program utama dibawah Inisiatif Kesejahteraan Rakyat telah di jalankan iaitu Program Usaha Kasih (uKasih), Program Didik Kasih (dKasih) dan Program I Care For You (i-Care4U). SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN LAWATAN PEMANTAUAN KETUA PENGARAH ICU JPM KE PROJEK KLINIK KESIHATAN 3 MANJOI, PERAK Sejajar dengan Program I See U Sihat, PPN Perak telah mengadakan Pertandingan Boling bersama warga PPN Perak. Majlis juga turut dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Pengarah ICU JPM pada 19 Disember 2022. PROGRAM PENERIMA i-Care4U 648 Didik Kasih (dKasih) 65 Usaha Kasih (uKasih) Khas 36 JUMLAH PENERIMA 749 Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah mengadakan Lawatan Pemantauan ke Projek Klinik Kesihatan 3 Manjoi. Projek bernilai RM26.9juta ini merupakan projek yang telah diberhentikan kontraktor asal dan dilantik kontraktor penyelamat bagi memastikan fasiliti kemudahan Klinik Kesihatan 3 Manjoi dapat disiapkan dan dinikmati kemudahan tersebut oleh penduduk setempat. Terkini projek tersebut telah pun berjalan dengan mendahului jadual iaitu prestasi di tapak sebanyak 11.5% berbanding jadual 11.15%.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 153 FOKUS PEMANTAUAN PROJEKPROJEK RMKE-12 BERIMPAK TINGGI DI NEGERI PERAK PPN Perak memfokuskan pemantauan projek sakit seperti Projek Pembinaan Kampus KPTM Meru, Ipoh. Hasil intervensi PPN Perak bersama Mara, IWK, syarikat telco dan pemaju, projek ini berjaya disiapkan dan akan diserahkan untuk kegunaan 1500 orang pelajar. Projek ini juga mendapat penambahan peruntukan dalam RP3, bagi pembinaan Surau dan Tambahan Asrama bernilai RM16juta. RMKE-12 BERIMPAK TINGGI DI NEGERI PERAK Dua (2) projek RMKe-12 telah berjaya disiapkan dan diserah iaitu Klinik Pergigian Tronoh dan projek SJK (Tamil) Gunung Rapat. Klinik pergigian ini telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada 10 Jun 2022 dan mula beroperasi pada 1 September 2022. Manakala bagi projek SJK (Tamil) Gunung Rapat telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mula beroperasi bagi sesi persekolahan 2023. SEKSYEN PROJEK KHAS PRESTASI KELULUSAN PERUNTUKAN YAB PERDANA MENTERI MENGIKUT KATEGORI PROJEK JENIS PROJEK BIL PROJEK KOS PROJEK KOS PROJEK/ JUMLAH PROJEK FIZIKAL 876 PROJEK RM37.15 JUTA 47% SUMBANGAN 2414 PROJEK RM38.07 JUTA 48% PEMBEKALAN 252 PROJEK RM3.6 JUTA 5% JUMLAH 3542 PROJEK 78.82 JUTA 100%
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022154 LAWATAN NAZIRAN TAPAK PROJEK PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI Lawatan Naziran ke Negeri Perak oleh Bahagian Projek Khas bersama Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan telah diadakan pada 1 - 2 Jun 2022 melibatkan projek-projek seperti butiran berikut:- LAWATAN KETUA PENGARAH ICU JPM KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI BAWAH PARLIMEN TAMBUN, MUKIM HULU KINTA, PERAK Projek Tarikh Lawatan Membina Surau Permai di Persiaran Lembah Perpaduan,Tambun, Perak 1 Jun 2022 Membina Baru Masjid Kampung Changkat Larang, Mukim Hulu Kinta 1 Jun 2022 Membina Masjid Al-Hidayah bagi Kariah RPT Pengkalan Pegoh Seberang (Pinji) Lahat 2 Jun 2022 Membina dan menyiapkan Kompleks Pembangunan Asrama Anak Yatim / Miskin Rumah Budi Mulia Nurul Huda Perak 2 Jun 2022 Pada 19 Disember 2022 (Isnin), Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah mengadakan lawatan ke perkampungan Orang Asli di bawah Parlimen Tambun, Mukim Hulu Kinta, Perak. Sesi lawatan ini diadakan ekoran terdapat terdapat isu-isu pembangunan fizikal (infra) yang melibatkan penurapan jalan, pembinaan tebing, pembinaan surau dan beberapa kerja-kerja infra lain yang berkaitan di kawasan tersebut. Antara kampung yang terlibat semasa sesi lawatan tersebut ialah Kampung Makmur, Kampung Chadak dan Kampung Tonggang. YBhg Datuk Ketua Pengarah turut berkesempatan menyantuni dan menziarahi Tok Batin Kampung Chadak yang sedang mengalami masalah kesihatan. Turut hadir bersama dalam lawatan ini ialah Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Dato’ Haji Shamshuzaman bin Haji Sulaiman bersama wakil dari Seksyen Projek Khas dan Seksyen Teknikal PPN Perak serta wakil dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Lawatan Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi ke Perkampungan Orang Asli di bawah Parlimen Tambun, Mukim Hulu Kinta, Perak
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 155 SEKSYEN TEKNIKAL MEMBINA SURAU PERMAI DI PERSIARAN LEMBAH PERPADUAN TAMBUN Projek ini telah siap pada 31 Mac 2022 dengan kos sebanyak RM 389,223.60 Peruntukan sebanyak RM500 ribu telah diperuntukkan iaitu sebanyak RM200 ribu disalurkan oleh PPN Perak dan RM300 ribu lagi menggunakan peruntukan Jawatankuasa Masjid. Skop kerja penyediaan tapak, pagar, tandas dan dataran kejat, ianya telah siap dilaksanakan pada Tahun 2019 menggunapakai peruntukan dari PPN Perak sebanyak RM200 ribu. BAIK PULIH DAN NAIKTARAF MASJID AL-KHAIRIAH BATU 14, BATU KURAU, PERAK Projek telah siap pada 29 Jun 2022 dengan kos sebanyak RM328,050.00. Peruntukan sebanyak RM340 ribu telah diperuntukkan bagi kerja-kerja baik pulih masjid ini. Pihak jawatankuasa pula telah memperuntukan sebanyak RM140 ribu bagi mengubahsuai reka bentuk kekuda bumbung agar masjid kelihatan lebih tinggi. MEMBINA DEWAN TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK Projek telah siap pada 31 Mac 2022 dengan kos sebanyak RM 475,888.70. Tarikh mula kerja adalah pada 21 Oktober 2021. Peruntukan sebanyak RM500 ribu telah diperuntukkan bagi kerja-kerja membina dewan terbuka ini. MEMBINA BARU SURAU AL MAKMURIAH, TAMAN MEWAH, HULU KINTA, PERAK Projek telah siap pada 28 Februari 2022 dengan kos sebanyak RM286,600.00. Peruntukan sebanyak RM300 ribu telah diperuntukkan bagi kerja-kerja membina surau ini. BINA BARU DEWAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN BELANJA, PARIT Projek telah siap pada 03 Januari 2022 dengan kos sebanyak RM111,223.87. Peruntukan sebanyak RM120 ribu telah diperuntukkan bagi kerja-kerja membina dewan terbuka ini. NAIKTARAF CULVERT DI TEPI TEBING DAN JALAN SERTA KERJA BERKAITAN DI JALAN LEBAI NASIR, KAMPUNG BATU 6/7, SELAMA, PERAK Projek telah siap pada 18 Oktober 2022 dengan kos sebanyak RM93,498.00. Peruntukan sebanyak RM100 ribu telah diperuntukkan bagi kerja-kerja menaik taraf culvert ini bagi mengatasi masalah banjir di kawasan setempat. PENUTUP Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana pelbagai program yang dirancang dapat dilaksanakan pada tahun 2022 walaupun pelbagai rintangan dan cabaran dihadapi terutama pada masa pandemik covid-19. Peralihan Malaysia ke fasa endemik telah memberikan banyak ruang dan peluang bagi mencapai segala sasaran dan matlamat bagi membantu masyarakat di pelbagai aspek.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022156 WILAYAH PERSEKUTUAN PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP) telah ditubuhkan pada 27 Julai 1999 dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus pelaksanaan projek-projek khas YAB Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara. Pejabat ini terdiri daripada lima (5) seksyen iaitu seksyen pengurusan dan kewangan, seksyen pemantauan dan penilaian, seksyen kesejahteraan rakyat, seksyen khas dan seksyen teknikal. Seksyen pemantauan dan penilaian memfokuskan terhadap pemantauan projek-projek fizikal binaan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun Seksyen kesejahteraan rakyat bertangungjawab untuk menyelaras, merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan selain memberi maklumbalas program atau projek berkaitan peningkatan ekonomi, taraf hidup dan pembasmian kemiskinan di bandar dan luar bandar di bawah Program Kesejahteraan Rakyat. Seksyen Khas dan Teknikal bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau peruntukan di bawah peruntukan projek khas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 157 PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Pada tahun 2022, Seksyen Pemantauan dan Penilaian telah melaksanakan beberapa mesyuarat/aktiviti berdasarkan Sasaran Kerja Utama (SKU) Jabatan seperti jadual berikut: BIL PROGRAM SASARAN PENCAPAIAN 1 Lawatan Tapak dan Mesyuarat Tapak 70 kali 60 Lawatan (iPantau = 49 Lawatan) 23 Mesyuarat 18 Semakan Dokumen 2 Aktiviti Troubleshooting dan Intervensi 5 kali 3 kali 3 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Wilayah (JTPW) 6 kali 6 kali 4 Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Wilayah Persekutuan 4 kali 2 kali 5 Pelaporan dan ulasan bagi kertas prestasi,maklumbalas pelaksanaan projek & penilaian outcome 24 pelaporan 34 pelaporan 6 Melibatkan lawatan TUPA PM/TPM/KSU serta Pengurusan Tertinggi ICU JPM 9 kali 12 kali Seksyen Khas & Seksyen Teknikal bertanggungjawab untuk mengurus kelulusan dan melaksana projek-projek Khas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan, sesuai dengan objektifnya untuk memastikan pengurusan, pelaksanaan, pemantauan dan keberkesanan projek-projek di bawah Peruntukan Projek Khas Persekutuan dilaksanakan dengan efisien. Secara amnya jumlah peruntukan yang diuruskan pada tahun 2022 adalah seperti berikut: SEKSYEN KHAS & SEKSYAN TEKNIKAL
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022158 Berikut adalah beberapa projek Khas yang telah siap dilaksana pada tahun 2022: YAB PM, RM52.64 JUTA YB Menteri-menteri, RM36.37 JUTA Senator, RM 0.88 JUTA Ketua Pembangkang, RM 1 JUTA ICU JPM, RM2.38 JUTA Projek Mesra Rakyat, RM20.32 JUTA Kaw. Parlimen, RM22.8 JUTA PERUNTUKAN PROJEK KHAS TAHUN 2022 (RM JUTA) Bil. Projek Kos Keseluruhan (RM) Tarikh Siap 1 Kerja-Kerja Penambahbaikan Infrastruktur dan Pemasangan Struktur Berbumbung Surau Al-Istiqlal P14-2, Putrajaya 283,000.00 22 Februari 2022 2 Kerja-Kerja Membaikpulih Bangunan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Kuala Lumpur 804,177.00 7 Julai 2022 3 Kerja-Kerja Mengecat Semula Bangunan Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur 450,000.00 22 November 2022 4 Kerja Menambahbaik Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Sri Kuching, Jalan Matang 1, Kuala Lumpur 80,928.45 12 Disember 2022 5 Kerja Menambahbaik Taman Permainan Kanak-Kanak (Antara Pangsapuri Nova 1 Dan Nova 2), Jalan 30/38A, Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur 75,457.60 12 Disember 2022
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 159 SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT JUMLAH KEMISKINAN 2022 Susulan lawatan bancian pemutihan, kerjasama strategik pemberian bantuan bersasar bersama agensi pemberi bantuan di samping beberapa program sepanjang 2022, jumlah miskin tegar menurun 43% berbanding tahun 2021. Miskin Tegar, 588, 38% Miskin, 618, 39% Terkeluar , 367, 23% PENDAFTARAN BAHARU KIR eKASIH Tahun 2022 merekodkan pendaftaran baharu sebanyak 1,573 KIR berbanding 1,500 KIR sasaran dengan pecahan berikut: 2,849 2,849 7,328 6,151 Status Daftar KIR 2021 2022 Miskin Tegar 4,536 2,579 Miskin 6,210 5,634 Jumlah 10,746 8,213 PEMUTIHAN KIR SEDIA ADA Tahun 2022 merekodkan pemutihan sebanyak 119% (7,328) pemutihan biasa dan 100% (2,849) pemutihan locked figure berbanding sasaran dengan pecahan berikut: LAWATAN MOBILE TEAM Lawatan Mobile Team bersepadu bersama agensi pemberi bantuan merekodkan 264 KIR berbanding 200 KIR disasarkan. Pemutihan Pemutihan Locked Figure 264 200
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022160 AKTIVITI SARa Aktiviti SARa yang merupakan program selidik, ambil tahu dan responsif dan bantu merekodkan 209 KIR berbanding 200 KIR disasarkan. INISIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT Inisiatif Kesejahteraan Rakyat (IKR) dilaksanakan dengan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dan badan korporat serta syarikat swasta bagi membantu isi rumah miskin terutama miskin tegar melalui program: Menjalankan kes verifikasi ke atas isi rumah baharu bagi mengelakkan kes keciciran. 209 200 Program I Care For U Program Didik Kasih (dKasih) Program Usaha Kasih (uKasih) PENUTUP Secara keseluruhannya, pada tahun 2022 Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan telah memberikan komitmen dan perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam dan negara. PPNWP akan terus melahirkan pegawai pemantau yang kompeten dengan memperkasakan Knowledge, Networking dan Engagement. Jabatan juga akan sentiasa konsisten dalam menguruskan peruntukan dan pelaksanaan projek walaupun mendepani pelbagai cabaran dalam persekitaran dinamik pada masa kini. Selain itu, peningkatan produktiviti dan kualiti hasil kerja dengan menerapkan budaya tambah nilai secara berterusan juga menjadi hala tuju PPNWP agar projek-projek yang dilaksana dapat memberikan impak yang positif kepada rakyat. PPNWP juga akan memastikan datadata yang direkodkan dalam Sistem Pangkalan Data Kemiskinan eKasih sentiasa berintegriti dan terkini agar boleh digunapakai oleh setiap agensiagensi bagi melaksanakan inisiatif kerajaan dengan berjaya di peringkat nasional. Seluruh warga PPNWP bersedia menongkah arus cabaran dan akan memastikan momentum ini dibawa kepada tahun berikutnya agar perkhidmatan yang disediakan akan lebih baik jika tidak setara daripada tahun sebelumnya.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 161 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN PENGENALAN PPN Kelantan beroperasi di PT 1286, Bandar Baru Tunjong, Lebuhraya Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, Kelantan. Lokasi kedudukan pejabat PPN Kelantan yang strategik di laluan utama Lebuhraya Pasir MasSalor memudahkan akses kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan PPN Kelantan tanpa mengharungi kesesakan lalulintas dan trafik dalam pusat bandar Kota Bharu. PPN Kelantan menempatkan lima bahagian utama iaitu Bahagian Khas, Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Bahagian Teknikal, Bahagian Pemantauan dan Penilaian dan Bahagian Khidmat Pengurusan. JUARA HARI SUKAN ICU JPM 2023 PPN Kelantan telah menghantar penyertaan dalam Hari Sukan ICU JPM 2023 yang berlangsung pada 13-16 Oktober 2022. Penyertaan kali ini telah membuahkan hasil dengan menjadi Juara Keseluruhan Hari Sukan ICU JPM 2023 dengan merangkul 2 emas (Acara Petanque dan Congkak), 2 perak dan 1 gangsa.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022162 PROGRAM KESEJAHTERAAN RAKYAT Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPNK) ICU JPM yang bertanggungjawab menjaga kelestarian data eKasih Negeri Kelantan telah melaksanakan aktiviti-aktiviti pengemaskinian data dan bancian di lapangan sepertimana KPI yang disasarkan sepertimana berikut: 1,465 959 414 2,275 1,267 654 1,541 1,210 993 1,535 5,965 3,630 2,323 12,815 4,895 3,526 6,800 5,667 5,926 6,586 0 2,000 4,000 6,000 8,000 10,000 12,000 14,000 Bachok Gua Musang Jeli Kota Bharu Kuala Krai Machang Pasir Mas Pasir Puteh Tanah Merah Tumpat eKasih berdaftar di Negeri Kelantan, Disember 2022 Miskin tegar Miskin
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 163 INISIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT ICU JPM INISATIF I CARE FOR YOU DIDIK KASIH uKASIH PEMADANAN PEKERJAAN uKASIH PENINGKATAN PENDAPATAN PROGRAM 15 3 1 3 PROGRAM PROJEK KHAS RINGKASAN PERUNTUKAN PROJEK KHAS Bagi Tahun 2022 projek yang telah diluluskan melalui PPN Kelantan sebanyak 2348 projek/program dengan peruntukan bernilai RM60.62juta sebagaimana pecahan di dalam jadual di bawah. Pecahan peruntukan secara ringkas seperti jadual berikut: BIL PERUNTUKAN KESELURUHAN PROJEK LULUS BIL PROJEK KOS (RM ) 1 YAB. PERDANA MENTERI 298 16,606,584.00 3 KAWASAN PARLIMEN/PMR 1131 27,477,008.34 4 PROJEK MESRA RAKYAT 1137 25,961,000.00 4 YB. MENTERI 117 2,388,000.00 5 YB. TIMBALAN MENTERI 121 2,584,000.00 5 KAWASAN DUN 658 11,235,291.52 6 YB. SENATOR 22 320,000.00 7 YB. TIMBALAN DEWAN RAKYAT 1 5,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 2348 60,615,883.86 PROJEK MESRA RAKYAT Keseluruhan 14 Parlimen di negeri Kelantan bagi tahun 2022 telah diperuntukan dengan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) dengan syiling sebanyak RM2juta. Daripada 14 Parlimen, PPN Kelantan menguruskan perolehan dan pelaksanaan projek bagi empat Parlimen iaitu, Kubang Kerian, Jeli, Gua Musang dan Machang. Selebihnya pihak parlimen memilih agensi-agensi pelaksana yang bersesuaian yangdicadangkan dan dipersetujui bersama.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022164 Jadual di bawah menunjukkan prestasi perbelanjaan PMR mengikut Kawasan Parlimen BIL PARLIMEN KESELURUHAN PROJEK LULUS BIL PROJEK KOS (RM ) 1 TUMPAT 77 1,862,000.00 2 PENGKALAN CHEPA 75 1,985,000.00 3 KOTA BHARU 25 1,954,430.00 4 PASIR MAS 111 2,000,000.00 5 RANTAU PANJANG 60 1,960,658.00 6 KUBANG KERIAN 65 2,000,000.00 7 BACHOK 117 1,993,000.00 8 KETEREH 117 1,965,000.00 9 TANAH MERAH 43 2,000,000.00 10 PASIR PUTEH 133 1,920,000.00 11 MACHANG 81 1,996,984.60 12 JELI 79 2,000,000.00 13 KUALA KRAI 91 1,939,935.74 14 GUA MUSANG 57 1,900,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 1131 27,477,008.34 PROGRAM PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PELAKSANAAN PELAKSANAAN MESYUARAT-MESYUARAT UTAMA TAHUN 2022 Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantandipengerusikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob telah dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali dan pelaporan berfokus kepada dasar - dasar dan inisiatifinisiatif yang disediakan oleh Kerajaan. Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Kelantan juga telah bersidang sebanyak tiga(3) kali dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Kaya Setia Datuk Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Mesyuarat berfokus kepada laporan pelaksanaan projek-projek negeri dan penyelesaian isuisu berkaitan pelaksanaan projek.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 165 RANGKUMAN GERAK KERJA BAHAGIAN PEMANTAUAN & PENILAIAN BAGI TAHUN 2022 PRESTASI PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN DI BAWAH ROLLING PLAN 2(2022) RMKE-12 NEGERI KELANTAN Selaras dengan strategi RMKe12 yang member focus utama pembangunan kepada enam (6) negeri termasuk Kelantan. Peruntukan pembangunan pada RP2 RMKe12 adalah yang tertinggi direkodkan sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia sejak 1966 iaitu RM2.39 Billion (Peruntukan asal diluluskan MOF). Manakala jumlah peruntukan keseluruhan yang telah dimuktamadkan sehingga 31 Disember 2022 adalah RM1.88 Billion merangkumi 401 projek dan program. Secara umumnya, peruntukan RP2 RMKe12 ini mewakili peningkatan sebanyak 10% daripada RP1 RMKe12 yang berjumlah RM1.71 Billion.Rangkuman pelaksanaan RP2 RMKe12 adalah seperti: Rajah 1.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022166 Negeri Kelantan mencatatkan perbelanjaan pembangunan yang amat memuaskan iaitu 98.8% atau RM1.86 Billion pada tahun 2022 berbanding 81% pada tahun 2021. Peningkatan prestasi perbelanjaan ini disebabkan pembukaan penuh sector pembinaan susulan pandemik Covid19 serta peningkatan fasa pembinaan dalam pelaksanaan 139 projek dan program termasuk projek – projek utama negeri pada tahun 2022 yang telah merekodkan perbelanjaan sebanyak RM1.31Billion. Manakala jumlah projek berstatus siap yang dicerap adalah 149 projek dengan perbelanjaan sebanyak RM0.4 Billion. Daripada 149 projek tersebut sebanyak 24 projek adalah projek yang telah disiapkan pada tahun 2022. Masih tedapat 113 projek yang dikategorikan sebagai Belum Mula.Antara projek keutamaan negeri yang masih belum dimulakan pelaksanaan adalah Projek Membina Jambatan PalekbangKota Bharu yang bernilai RM352.0 Juta serta Pakej 1B dan Pakej 1D Lingkaran Tengah Utama (CSR) yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM625.0 Juta. Berdasarkan penjajaran peruntukan secara sektoral, infrastruktur pengangkutan dan jalanraya masih mendominasi peruntukan RP2 iaitu sebanyak RM558.5 Juta atau 29.5% daripada peruntukan RP2. Manakala sector Alam Sekitar yang merangkumi projek-projek berkaitan tebatan banjir dan saliran adalah sektor dengan peruntukan kedua tertinggi sebanyak RM326.0 Juta. Gabungan kedua sektor ini adalah penyumbang utama peruntukan negeri sebanyak 47%.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 167 Menyoroti pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diberikan fokus oleh Unit Perancangan Ekonomi (Kementerian Ekonomi) dalam mencapai matlamat RMKe12, negeri Kelantan masih ketinggalan dalam tujuh (7) index utama SDG berdasarkan cerapan oleh pihak The Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development seperti perincian pada rajah di atas. PENUTUP Melangkah kehadapan, tumpuan perancangan dan pelaksanaan RMKe12 dan seterusnya perlu memberikan tumpuan kepada pencapaian index SDG Negeri Kelantan bagi menjayakan visi inklusiviti dan merapatkan kesenjangan ekonomi dan sosial negeri Kelantan.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022168 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan (PPNNS) merupakan sebuah agensi di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang turut dikenali dengan nama Implementation Coordination Unit (ICU), JPM. PPNNS semenjak di awal penubuhannya telah beroperasi di Bangunan Wisma Negeri, Negeri Sembilan, Seremban. Bermula pada bulan September 2020, PPNNS telah beroperasi sepenuhnya di premis baru yang beralamat di Aras 8 dan 9 Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Seremban. Operasi PPNNS adalah disokong oleh lima (5) seksyen iaitu Seksyen Pengurusan dan Kewangan, Seksyen Khas, Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Seksyen Kesejahteraan Rakyat dan Seksyen Teknikal dengan jumlah keseluruhan perjawatan tetap seramai 47 orang selain dibantu oleh 68 kakitangan MyStep. PPNNS diberi tanggungjawab untuk menggerakkan jentera pelaksana bagi menyelaras dan menilai pelaksanaan, dasar, program dan projek pembangunan dalam usaha memastikan tercapainya matlamat Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan Negara. BIL. PERUNTUKAN KESELURUHAN PROJEK/ PROGRAM LULUS STATUS PELAKSANAAN (SUMBANGAN) STATUS PELAKSANAAN (PROJEK FIZIKAL) STATUS PERBELANJAAN BELUM SELESAI SELESAI BELUM MULA DALAM PELAKSANAAN SUDAH SIAP BIL. KOS (RM) BIL. KOS (RM) BIL. KOS (RM) BIL. KOS (RM) BIL. KOS (RM) BIL. KOS (RM) JUMLAH (RM) PERATUS (%) 1. YAB PERDANA MENTERI 93 19,511,580 4 119,000 28 4,295,000 6 5,580,000 29 6,486,580.00 26 3,031,000.00 7,326,000 37.55% 2. PENGERUSI MPN 41 1,965,000 1 15,000 10 450,000 0 0.00 30 1,500,000 0 0 450,000 22.90% 3. YB MENTERI/ TIMBALAN MENTERI/ SENATOR/ TYDP 283 3,774,000 6 125,000 262 3,517,000 0 0.00 0 0.00 15 132,000 3,649,000 96.69% 4. PROGRAM/ PROJEK PERSEKUTUAN UPP 0 0 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00% 5. PROJEK MESRA RAKYAT (PMR) 866 15,136,104 0 0 522 6,100,004 0 0 144 3,651,019 200 5,385,081 11,485,085 75.88% 6. KAWASAN DUN 483 4,355,660 3 5,500 322 1,477,500 0 0 147 2,817,660 11 55,000 1,532,500 35.18% 7. AGENSI LAIN 72 7,605,000 0 0.00 2 55000 23 1,140,000 10 2,650,000 37 3,760,000 3,815,000 50.16% JUMLAH 1,838 52,347,344 14 264,500 1,146 15,894,504 29 6,720,000 360 17,105,259 289 12,363,081 28,257,585 47.64% PENCAPAIAN PROJEK KHAS PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA Jumlah kelulusan peruntukan Projek Khas di Negeri Sembilan adalah sebanyak RM52,347,344.00 yang merangkumi tempoh siap projek antara satu (1) hingga dua (2) tahun. Daripada jumlah ini, sebanyak RM28,257,585.00 iaitu 47.64% telah dibelanjakan dalam tahun 2022. Prestasi Kewangan Projek Khas sehingga 7 November 2022 seperti di Jadual 1. Prestasi Kewangan Projek Khas Tahun 2022 sehingga 7 November 2022
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 169 AKTIVITI SEKSYEN KHAS BIL. PROGRAM/ AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1. Sesi Libat Urus dan Taklimat Garis Panduan Pengurusan Peruntukan Khas YAB PM Untuk Kawasan Parlimen 27 Jan 2022 Pejabat PPN Negeri Sembilan 2. Penyampaian Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) bagi Parlimen Jelebu 11 Februari 2022 Jelebu 3. Penyampaian Bantuan Satu Unit Enjin Bot kepada Mangsa Banjir 17 Februari 2022 Rembau 4. Penyerahan Bantuan Satu Unit Katil Hospital Di DUN Gemas 18 Jun 2022 Gemas SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN LAWATAN TAPAK PROJEK MENGIKUT KEMENTERIAN BIL KEMENTERIAN BILANGAN 1. Jabatan Perdana Menteri 2 2. Kementerian Kesihatan 11 3. Kementerian Dalam Negeri 3 4. Kementerian Pendidikan 7 5. Kemeterian Pembangunan Luar Bandar 1 6. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2 7. Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan 2 8. Kementerian Alam Sekitar dan Air 2 9. Kementerian Pengajian Tinggi 1 10. Kementerian Belia dan Sukan 1 JUMLAH 32 MENGURUSETIA MESYUARAT BIL KEMENTERIAN BILANGAN 1. Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) 2 2. Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) 11 3. Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) 3 JUMLAH 32
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022170 AKTIVITI SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH ICU JPM MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGERI PROJEK MEMBINA DAN MENAIK TARAF INFRA PENGAIRAN DAN SALIRAN YANG BERKAITAN DI SKIM PENGAIRAN KAMPUNG BANGKAHULU, TAMPIN. 18 Ogos 2022 (Khamis) – YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar (Menteri Kesihatan Malaysia) telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Negeri Sembilan Bilangan 2 Tahun 2022. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YB Dato’ Jalaluddin bin Haji Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Pengarah Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan selaku Setiausaha Mesyuarat MTPNg. 6 Julai 2022 (Rabu) – Lawatan kerja Ketua Pengarah ICUJPM, Ybhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi ke tapak projek Membina dan Menaik Taraf Infra Pengairan dan Saliran yang Berkaitan di Skim Pengairan Kampung Bangkahulu, Tampin. Lawatan ini turut dihadiri bersama agensi yang terlibat seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KASA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Tampin, dan Pejabat Daerah dan Tanah Tampin. YB Tuan Khairy Jamaluddin sedang mempengerusikan mesyuarat Ketua Pengarah ICU JPM, Ybhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi melawat tapak projek di Tampin.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 171 SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT PENCAPAIAN UTAMA SEHINGGA DISEMBER 2022 Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi melawat tapak projek di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. PROJEK BLOK TAMBAHAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH (HTAN), KUALA PILAH 8 November 2022 (Selasa) - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Pengarah ICU JPM telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah. Blok bangunan 6 tingkat ini dijangka dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan dan keselesaan kepada keluarga Malaysia di daerah Kuala Pilah secara khususnya dan Negeri Sembilan secara amnya. Lawatan ini turut dihadiri bersama beberapa agensi yang terlibat seperti KKM, JKR dan pihak kontraktor. BIL. PERKARA VERIFIKASI PEMUTIHAN PEMUTIHAN KHAS 1. Pelaksanaan Verifikasi, Pemutihan dan Pemutihan Khas Miskin Tegar Kes eKasih Tahun 2022 6,700 kes 8,396 kes 4,604 kes 2. Pelaksanaan Mobile Team Dalam Membantu Golongan Yang Memerlukan Bantuan 150 Kes Mobile Team 3. Pelaksanaan Program Selidik, Ambil Tahu, Responsif dan Bantu (SaRA) 150 Kes SaRA
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022172 PROGRAM INISIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN BIL. PROGRAM BILANGAN PESERTA 1. Program uKasih Ekonomi (Khas) 13 orang 2. Program uKasih Bumiputera 44 orang 3. Program Qaseh Ramadhan 4. Ziarah Kasih Ramadhan 5. Program Gerobok Waghih Pelancaran Program uKasih Bumiputera oleh Ketua Pengarah Prestasi kewangan seksyen teknikal Tahun 2022 sehingga 31 Disember 2022 SEKSYEN TEKNIKAL
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 173 PROJEK KENDALIAN SEKSYEN TEKNIKAL BIL. PROJEK TEMPOH PEMBINAAN PERUNTUKAN KOS (RM) 1. Penstabilan Cerun dan Pengukuhan Cerun Runtuh di RR Bahau Peringkat 1, Bahau Bermula 7 Julai dan berakhir pada 29 Disember 2022 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) RM466,415.50 2. Membaik Pulih Cerun di Taman Pinggiran Pedas dan Lain-Lain Kerja Berkaitan, Majlis Daerah Rembau. Bermula 7 Julai dan berakhir pada 29 Disember 2022 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) RM472,000.00 3. Membina Sistem Saliran Baru di No 161-171, Blok 8, Felda Palong 13, Jempol Bermula 29 Julai dan berakhir pada 7 Oktober 2022. Peruntukan YAB Perdana Menteri (MTPNg) RM100,000.00 LAPORAN PRESTASI PENGURUSAN DAN KEWANGAN Prestasi perbelanjaan peruntukan Belanja Mengurus keseluruhan bagi PPN Negeri Sembilan sehingga 31 Disember 2022 (Suku Keempat Tahun 2022) ialah 99.8% dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 31,330,224.90 telah dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang diterima iaitu RM 31,389,650.36. Manakala bagi peruntukan di bawah pembangunan, PPN NS telah berjaya mencapai prestasi perbelanjaan 100% iaitu dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM 69,781,521.80. Sepanjang tempoh 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022, Seksyen Pengurusan dan Kewangan PPN Negeri Sembilan telah menyelesaikan sebanyak 1954 bil/baucer arahan pembayaran dengan amaun keseluruhan berjumlah RM 106,244,884.63 laporan perincian adalah seperti di Jadual 1. Kuantiti keseluruhan aset alih semasa bagi suku keempat tahun 2022 ialah sebanyak 716 dengan nilai RM 1,340,205.10 (Laporan seperti di Jadual 2). Kadar pusingan stok tahunan 2022 adalah 4.36. PPN NS juga telah mencapai 100% bagi pelaksanaan pemeriksaan aset dan verifikasi stor. Seksyen Pengurusan dan Kewangan juga terlibat sebagai urusetia bagi beberapa mesyuarat penting di peringkat jabatan iaitu Mesyuarat Pengurusan Jabatan, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) dan Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR). Pada tahun 2022, PPN NS masih lagi terlibat sebagai penyelaras urusan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi keseluruhan 393 buah kampung di Negeri Sembilan. Seksyen Pengurusan dan Kewangan merupakan seksyen yang ditugaskan untuk menyelaras urusan pelantikan tersebut.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022174 Kekerapan mesyuarat – mesyuarat tersebut diadakan pada tahun 2022 adalah seperti berikut : BIL MESYUARAT KEKERAPAN 1. Pengurusan 2 kali 2. Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan 3 kali 3. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun 3 kali 4. Jawatankuasa Anti Rasuah 2 kali Laporan Prestasi Proses Pembayaran Bil Sempurna (1 Januari 2022 Hingga 31 Disember 2022) BIL / INVOIS YANG TELAH SEMPURNA BAYARAN HARI BILANGAN PERATUS (%) AMAUN (RM) PERATUS (%) 0 HINGGA 7 1952 99.9 RM 106,225,619.19 99.96 8 HINGGA 14 1 0.05 RM 158.72 0.02 LEBIH 14 1 0.05 RM 19106.72 0.02 JUMLAH 1954 100 RM 106,244,884.63 100 Kedudukan Semasa Aset Alih sehingga Suku Tahun Keempat Tahun 2022 TAHUN SEMASA HARTA MODAL ASET ALIH BERNILAI RENDAH JUMLAH KESELURUHAN ASET ALIH KUANTITI NILAI PEROLEHAN ASAL (RM) NILAI SEMASA (RM) KUANTITI NILAI PEROLEHAN ASAL (RM) NILAI SEMASA (RM) KUANTITI NILAI PEROLEHAN ASAL (RM) NILAI SEMASA (RM) Baki Dibawa Kehadapan 131 634,978.00 634,978.00 576 291,250.10 291,250.10 707 634,978.00 - Suku Tahun Pertama 1 4,719.00 4,719.00 0.00 0.00 0.00 1 4,719.00 - Suku Tahun Kedua - 0.00 0.00 - 0.00 0 0.00 - Suku Tahun Ketiga - 0.00 0.00 - 0.00 0.00 0 0.00 - Suku Tahun Keempat 4 406,970.00 406,970.00 4 2,288.00 0.00 8 406,970.00 JUMLAH 136 1,046,667.00 1,046,667.00 580 293,538.10 293,538.10 716 1,340,205.10 Kedudukan Stok sehingga Suku Tahun Keempat Tahun 2022 TAHUN SEMASA KEDUDUKAN STOK KADAR PUSINGAN STOK ____c____ [(a + d) 2] SEDIA ADA PENERIMAAN PENGELUARAN STOK SEMASA JUMLAH NILAI STOK (RM) JUMLAH NILAI STOK (RM) JUMLAH NILAI STOK (RM) JUMLAH NILAI STOK (RM) (a) (b) (c) d = (a+b)-(c) Baki Bawa Hadapan Baki Stok Akhir Tahun 2021 : 5,846.384 Suku Tahun Pertama 5,846.384 7,880.570 6,808.104 6,918.85 Suku Tahun Kedua 6,918.850 9,031.50 8,732.70 7,217.65 Suku Tahun Ketiga 7,217.65 6,687.87 6,650.89 7,254.63 Suku Tahun Keempat 7,254.63 5,359.40 5,678.80 6,937.23 NILAI TAHUNAN KADAR PUSINGAN STOK 4.36
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 175 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PERLIS PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1977 bertempat di Bangunan Dato’ Mahmud Mat, Kangar, Perlis berperanan dalam Pemantauan dan Penilaian Program/Projek Pembangunan RMLT, Perancangan dan Pelaksanaan Program/Projek Khas serta Pemerkasaan Agenda Kesejahteraan Rakyat. Uniknya di PPN Perlis ialah terdapat pengisian perjawatan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sehingga akhir tahun 2022, PPN Perlis berfungsi dengan kekuatan seramai 72 orang. PERATUS PERBELANJAAN VOT MENGURUS, PEMBANGUNAN DAN PFI PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA SEKSYEN PEMANTAUAN Dalam Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia ke Dua Belas (RP2 RMKe-12,) sebanyak 143 projek telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM409.45 juta untuk pembangunan Negeri Perlis. Daripada jumlah peruntukkan tersebut, sebanyak RM399.67 juta bersamaan dengan 97.12% telah dibelanjakan. Berdasarkan kepada peratusan perbelanjaan tersebut, Negeri Perlis berada di kedudukan ke-9 daripada 16 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan, luar negeri dan pelbagai negeri. Prestasi perbelanjaan ini adalah lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2021 yang mencatatkan 81.38%. Peningkatan prestasi ini adalah berikutan pembukaan sepenuhnya pelbagai sektor ekonomi di negeri ini setelah berhadapan dengan
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022176 cabaran pandemik Covid-19 terutamanya pada tahun 2020 dan 2021 yang telah memberi impak signifikan kepada sektor pembinaan. Bagi memastikan keberkesanan pemantauan projek persekutuan, pelbagai mekanisma pemantauan projek diterapkan oleh PPN Perlis, antaranya adalah melalui pelaksanaan mesyuarat-mesyuarat berimpak tinggi seperti pelaksanaan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar. Pada tahun 2022, Mesyuarat MTPNg dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu pada 23 Mei 2022 dan 6 Oktober 2022. Selain Mesyuarat MTPNg, Pejabat ini turut mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) yang diaktifkan semula dalam Arahan No.1 2022 setelah ditangguhkan sebelum ini. Mesyuarat JTPNg yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri telah diadakan sekali sahaja iaitu pada 8 Ogos 2022. Beberapa mesyuarat Inter Agensi seperti Mesyuarat Penyelarasan isu-isu Pembangunan Kuala Perlis, Mesyuarat penyelarasan isu dan way forward penggantian paip sistem retikulasi air di Negeri Perlis turut dilaksanakan. Selain daripada mesyuarat, lawatan tapak merupakan kaedah yang sentiasa dipraktikkan oleh Pejabat ini. Sebanyak 48 lawatan tapak telah diadakan sepanjang tahun 2022 termasuk lawatan intervensi projek sakit bersama-sama pihak ICU JPM dan agensi negeri seperti lawatan intervensi projek Kolej Vokasional Kangar Perlis, Lawatan Intervensi Projek Pembinaan Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Lawatan Intervensi Projek Pembinaan Sekolah Sukan Malaysia, Perlis dan lainlain Lawatan turut dilaksanakan. Seksyen Pemantauan sentiasa komited agar matlamat ICU JPM untuk mencatatkan sifar projek sakit pada tahun 2023 dapat direalisasikan. Lawatan Intervensi ke Projek Sekolah Sukan Malaysia oleh Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji Bin Haji Ubi
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 177
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022178 SEKSYEN KHAS Bagi tahun 2022, sebanyak 468 projek khas telah dilaksanakan. Sebahagian besar peruntukan 2022 dibelanjakan bagi menyelenggara dan membina projekprojek infrastruktur yang berteraskan keperluan rakyat seperti jalan raya, longkang, masjid, surau dan membaik pulih rumah. Selain itu peruntukan ini juga merangkumi pelaksanaan sumbangan bagi memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi. Pelaksanaan projek-projek ini juga secara tidak langsung memberikan impak yang positif dari aspek sosial, ekonomi dan kehidupan masyarakat setempat.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 179 SEKSYEN TEKNIKAL Pada Tahun 2022, Seksyen Teknikal menguruskan sebanyak 329 projek melibatkan Kerja - Kerja Penyelenggaraan Jalan/Longkang, Kerja - Kerja Membaik Pulih Surau/ Rumah dan Kerja - Kerja Penyelenggaraan yang berkaitan dengan kos sebanyak RM 10.62 juta bagi seluruh Negeri Perlis. Bilangan projek dan kos mengikut peruntukan dinyatakan di dalam jadual seperti dibawah:- Seksyen Teknikal terlibat dalam:- • Proses siasatan tapak • Proses perolehan bagi projek-projek tersebut meliputi penyediaan dokumen perolehan, penilaian dan penawaran sebut harga. • Projek dalam Pra Pembinaan • Projek dalam Pembinaan (Pemantauan & Pengawasan Projek) • Projek Siap dan dalam tempoh tanggungan kecacatan • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan atau swasta BIL PERUNTUKAN BIL PROJEK KOS (RM) 1. YAB Perdana Menteri (PM) 75 3,029,472.89 2. YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM) 15 738,455.22 3. Projek Unit Perancangan Ekonomi (EPU) 23 259,357.67 4. Projek Mesra Rakyat (PMR) 131 4,349,964.26 5. Projek DUN 85 2,242,184.08 Jumlah Keseluruhan 329 10,619,434.12 Selain itu, Seksyen Teknikal juga terlibat dalam pemantauan projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Pihak Khariah Masjid Al-Kauthar, Paya. BIL AGENSI PELAKSANA 1. Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis (JKRPs) i. Membina Baru Masjid Padang Malau Beseri Negeri Perlis – Dalam Pembinaan ii. Kerja-Kerja Membaik pulih dan Menaiktaraf Masjid Jejawi Sungai Adam – Dalam Pembinaan iii. Projek Naik Taraf Masjid Negeri Arau – Dalam Pembinaan iv. Membaik Pulih dan Menaik Taraf Masjid Al -Taqwa, Alor Redis – Dalam Pembinaan v. Projek Membaik Pulih Masjid Al - Makmur, Kampung Bongor Kudong, Perlis – Siap vi. Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sebuah Masjid Al - Munir, Batu 5, Kuala Perlis, Perlis – Dalam tempoh Membaiki Kecacatan (DLP) 2. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) i. Membaik Pulih Konkos Jeti Langkawi Kuala Perlis, Perlis – Dalam Pembinaan 3. Khariah Masjid Al – Kauthar, Paya i. Membina Dan Menyiapkan Masjid Al-Kauthar Paya, Perlis – Dalam Pembinaan
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022180 SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT Seksyen Kesejahteraan Rakyat (SKR) berfungsi menyelaras, merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan dasar dan program kesejahteraan rakyat bersama-sama dengan jabatan dan agensi yang berkaitan. Selain itu tugasan utama Seksyen ini dilapangan adalah bertindak melaksana bancian ketua isi rumah yang layak untuk didaftarkan dalam sistem eKasih. SKR juga berperanan sebagai urus setia mesyuarat utama di bawah Arahan No.1 YAB Perdana Menteri iaitu Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri (FGN) yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Pada tahun 2022 mesyuarat FGN telah dilaksanakan sebanyak dua (2) kali iaitu pada 3 Jun 2022 dan 8 November 2022. Pada masa yang sama, SKR telah melaksanakan beberapa program menyantuni peserta eKasih yang berkelayakan dengan usahasama bersama rakan strategik seperti Program iCare4U, uKasih dan dKasih sepanjang tahun 2022.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 181 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA PENGENALAN Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM) telah berpindah dan beroperasi sepenuhnya di pejabat yang baharu pada 1 Mac 2022. PPN Melaka yang baharu terletak di Aras Bawah Kompleks MITC, Jalan Konvensyen, Ayer Keroh. PPN Melaka kini lebih kondusif dan berwajah baru selari dengan hasrat untuk meningkatkan lagi kualiti kerja dan juga memberi impak yang lebih positif kepada negeri Melaka. PPN Melaka dengan kapasiti kakitangan seramai 73 orang, yang terdiri daripada 4 seksyen iaitu Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Seksyen Khas, Seksyen Teknikal, Seksyen Kesejahteraan Rakyat dan Seksyen Pengurusan dan Kewangan. SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA Di bawah Seksyen Pemantauan dan Penilaian PPN Melaka, terdapat 3 perkara utama yang dilaksanakan iaitu Pemantauan Projek-Projek RMLT, Penilaian Outcome terhadap projek-projek yang dilaksanakan dan Keurusetiaan bagi pelaksanaan Mesyuarat utama. Sehingga 31 Disember 2022, prestasi semasa perbelanjaan persekutuan yang diterima bagi Negeri Melaka sehingga 31 Disember 2022 untuk RMKe-12 RP2 adalah sebanyak RM 527,171,966.96 dan peratus perbelanjaan bagi Negeri Melaka adalah sebanyak 96.11% dengan nilai perbelanjaan berjumlah RM 506,677,663.80. Berdasarkan data daripada Sistem MyProjek, daripada 192 projek yang direkodkan sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 34 projek berstatus pra-pelaksanaan, 83 projek dalam pelaksanaan dan 75 projek telah siap sepenuhnya. Terdapat 3 projek daripada 83 projek dalam pelaksanaan didapati telah berstatus lewat jadual (LJ) dan sakit. Projek-projek tersebut adalah: i. Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Duyong, Duyong Melaka. ii. Pembinaan Bangunan Tambahan 6 Bilik Darjah Dan Lain-lain Kemudahan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka. iii. Pembinaan Sekolah Baharu Kompleks Sekolah 24 Bilik Darjah dan 6 Kelas PPKI dan lain-lain Kemudahan berkaitan di SK Krubong 2, Melaka (Kompleks).
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022182 Selain itu, PPN Melaka juga melaksanakan pemantauan projek-projek di bawak RMKe-12 dengan melaksanakan empat (4) mesyuarat utama bagi memastikan projek-projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Mesyuarat tersebut adalah: Bil Perkara Pengerusi Jumlah Mesyuarat 1 Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan dan Sistem Pemantauan MyProjek dibawah RMKe-12 Pengarah Pembangunan Negeri Melaka 3 kali 2 Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penyelarasan dan Pemantauan ProjekProjek Persekutuan Negeri Melaka (JKPPPNM) YB Setiausaha Kerajaan Negeri / Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka 1 kali 3 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Melaka (JTPNg) YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka 1 kali 4 Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Melaka (MTPNg) YAB Ketua Menteri Melaka 3 kali Lawatan Intervensi Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi ke Projek Kompleks Sukan Ayer Keroh, Melaka Lawatan bersama YB SUK Negeri Melaka ke Projek Pembinaan SMK SERI DUYONG 2, Melaka
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 183 SEKSYEN KHAS & SEKSYEN TEKNIKAL KELULUSAN PROJEK DI BAWAH PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI DI NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2022 SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT Seksyen Kesejahteraan Rakyat adalah merupakan seksyen yang melaksanakan aktiviti-aktiviti kelestarian eKasih seperti melaksanakan aktiviti verifikasi permohonan baharu eKasih, pemutihan ke atas data-data eKasih terutamanya bagi kes-kes yang telah melebihi tempoh setahun dari tarikh verifikasi. Selain itu seksyen ini juga berperanan dalam melaksanakan program-program inisiatif kesejahteraan rakyat seperti Mobile Team, Didik Kasih, Usaha Kasih dan program I Care For You. Programprogram ini memberi fokus kepada isi rumah berstatus miskin tegar dan miskin khususnya di dalam negeri Melaka. PROGRAM INISIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT Program Inisiatif Kesejahteraan Rakyat adalah merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan Seksyen Kesejahteraan Rakyat bagi meringankan beban mereka yang berstatus miskin tegar dan miskin khusus bagi Negeri Melaka. Antara program yang dilaksanakan antaranya ialah Program Usaha Kasih (uKasih), Program Didik Kasih (dKasih) dan Program I Care For You (I-Care4U). Program-program ini mendapat kerjsama dari rakan strategik antaranya Bank Muamalat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Program Inisiatif Kesejahteraan Rakyat ini telah memberikan manfaat kepada 304 Ketua Isi Rumah/ Ahli Isi Rumah sehingga 31 Disember 2022.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022184 BIL PROGRAM BIL. PENERIMA 1. uKasih 66 penerima 2. dKasih 13 penerima 3. i-Care4U 304 penerima JUMLAH 383 penerima Program i-Care4U-Kasih Prihatin Kembali ke Sekolah di Mydin MITC,Ayer Keroh SEKSYEN PENGURUSAN DAN KEWANGAN LAPORAN BELANJA MENGURUS SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 PPNM Secara keseluruhannya, PPNM telah menerima RM 20,555,615.00 bagi tahun 2022 bagi belanja mengurus dan telah membelanjakan RM 20,533,660.23 peruntukan menjadikan peratusan perbelanjaan adalah sebanyak 99.89% LAPORAN BELANJA PEMBANGUNAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 PPNM Secara keseluruhannya, PPNM telah menerima RM 54,250,000.00 bagi tahun 2022 bagi belanja mengurus dan telah membelanjakan keseluruhan peruntukan menjadikan peratusan perbelanjaan adalah sebanyak 100%. MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN KESELAMATAN PERLINDUNGAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah menganjurkan Majlis Perasmian Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 pada 9 Jun 2022. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Turut mengiringi YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN adalah YBrs. Tuan Rahimi bin Ismail, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO). Di dalam majlis yang sama, Pejabat Pembangunan Negeri Melaka telah berjaya menerima Penarafan 5 Bintang bagi Anugeah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2021 - Kategori Jabatan Persekutuan Peringkat Negeri.
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 185 BIL ANUGERAH TARIKH 1. Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2021 9 Jun 2022 Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, Megat Azlani bin Megat Ramli menerima sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2021 daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali. SENARAI AKTIVITI PROGRAM PPN MELAKA TAHUN 2022 Sepanjang tahun 2022, Seksyen Pengurusan telah menjalankan sebanyak 25 program yang melibatkan penglibatan seluruh warga PPNM. Program-program yang dilaksanakan terdiri daripada pelbagai rangkuman aktiviti yang berpaksikan pengetahuan, kecekapan, Esprit de Corps dan lain-lain. BIL AKTIVITI/ PROGRAM TARIKH 1. Majlis Bacaan Yasin & Amanat Tahun Baru Tahun 2022 26 Januari 2022 2. Gotong-royong kakitangan PPN Melaka sempena perpindahan ke pejabat PPN Melaka yang baharu 15 Februari Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, Megat Azlani bin Megat Ramli menerima sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2021 daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali. 2022 3. Program Lawatan Kerja dan Perasmian Pejabat Pembangunan Negeri Melaka oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri 30 Mac 2022
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022186 BIL AKTIVITI/ PROGRAM TARIKH 4. Penyerahan Cenderahati kepada kakitangan PPN Melaka sempena menyambut bulan Ramadan 6 April 2022 5. Program Bubur Lambuk Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi dengan kerjasama Masjid Al-Alami MITC 7 April 2022 6. Majlis Khatam Al-Quran ICU JPM 8 April 2022 7. Majlis Gegau Aidilfitri PPN Melaka 2022 18 Mei 2022 8. Taklimat Bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) 15 Jun 2022 9. Kursus Pemantapan Integriti Penjawat Awam 29 Julai 2022 10. Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat PPN Melaka Tahun 2022 19 Ogos 2022 11. Program Ceramah Anti Rasuah, Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 25 Ogos 2022 12. Larian Merdeka PPN Melaka 31 Ogos 2022 13. Program Ceramah Kekeluargaan 1 September 2022 14. Explorace Merdeka PPNM 2022 2 September 2022 15. Program Ceramah Kemerdekaan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Pejabat Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2022 13 September 2022 16. Pertandingan Lagu Patriotik PPN Melaka Tahun 2022 15 September 2022 17. Majlis Kemuncak Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Pejabat Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2022 15 September 2022 18. Pertandingan Malam Seribu Bintang 26-29 September 2022 19. Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Melaka 14-16 Oktober 2022 20. Hari Sukan ICU JPM Tahun 2022 14-16 Oktober 2022 21. Program CSR PPN Melaka Bersama Ketua Setiausaha Negara sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Melaka di PPR Tehel 15 Oktober 2022 22. Pelaksanaan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di PPN Melaka 27 Oktober 2022 23. Majlis Perjumpaan Pengarah PPN Melaka bersama Warga PPN Melaka dan Penyerahan Sumbangan Hari Lahir serta Sumbangan Kebajikan dari Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi PPN Melaka 17 November 2022 24. Mesyuarat Khas Keselamatan Pejabat berkenaan pelaksanaan Pelan Perkhidmatan (PKP) PPN Melaka 8 Disember 2022 25. Program ‘Trash to Cash’ sempena Hari Kitar Semula PPN Melaka 9 Disember 2022
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 187 LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH ICU JPM Program Lawatan Kerja dan Perasmian Pejabat Pembangunan Negeri Melaka oleh Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi pada 29 Mac 2022 (Selasa). Sepanjang program ini, Datuk Ketua Pengarah turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga PPN Melaka, meninjau ruang pejabat baharu PPN Melaka dan mendengar taklimat dari setiap seksyen. Pada lawatan kerja itu, Datuk Haji Ruji turut menyampaikan bantuan dan melancarkan Program uKasih Peringkat Negeri Melaka. Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi merasmikan bangunan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka yang baharu Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi melancarkan Program uKasih Peringkat Negeri Melaka dan menyampaikan bantuan kepada penerima.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022188 PERSATUAN SURI DAN ANGGOTA WANITA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (PUSPANITA) CAWANGAN KECIL ICU JPM PUSPANITA AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PUSPANITA CAWANGAN KECIL ICU JPM SESI 2021/2023
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 189 BIL. JAWATAN NAMA TARIKH LANTIKAN 1. Penasihat YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi 12 Oktober 2021 2. Pengerusi YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman 12 Oktober 2021 3. Timbalan Pengerusi I YBrs. Puan Nor Azida binti Abdul Rahman 1 Disember 2021 - 17 Julai 2022 YBrs. Puan Anita Zarina binti Salahuddin 23 September 2022 - 18 Disember 2022 YBrs. Puan Norashiken binti Ishak 13 Januari 2023 4. Timbalan Pengerusi II YBrs. Puan Anita Zarina binti Salahuddin 12 November 2021 - 22 September 2022 YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Aniza binti Abdullah 23 September 2022 5. Timbalan Pengerusi III YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Aniza binti Abdullah 12 November 2021 - 22 September 2022 AJK PUSPANITA CAWANGAN KECIL ICU JPM 6. Setiausaha Puan Nadeema binti Kamaruddin 12 November 2021 – 27 April 2022 Puan Intan Safina binti Sanusi 26 Mei 2022 7. Penolong Setiausaha Puan Ainul Atieqah binti Ruslan 12 November 2021 8. Bendahari Cik Siti Munirah binti Ab Magid 12 November 2021 9. Juruaudit Puan Mashitah @ Suhailah binti Suid 12 November 2021 10. Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan Puan Siti Fatimah binti Husin 12 November 2021 11. Ketua Biro Sukan dan Rekreasi Puan Intan Safina binti Sanusi 12 November 2021 – 7 Jun 2022 Puan Haslinda binti Yahya 8 Jun 2022 12. Ketua Biro Sosial dan Kemasyarakatan Puan Hazlinda Balkesh binti Annuar 12 November 2021 13. Ketua Biro Keahlian dan Program Puan Noor Hajamaimun binti Nor Azlan 12 November 2021 14. Ketua Biro Hebahan dan Promosi Cik Nuraziazila binti Latif 12 November 2021 15. Ketua Biro Agama dan Kebajikan Puan Nordianna binti Lassim 12 November 2021 16. Ketua Biro Pendidikan dan ICT Puan Nor Azimah binti Mohye 17 Januari 2022
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022190 MAJLIS BACAAN YASIN (7 JANUARI 2022) PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA TEMPAT Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan, ICU JPM OBJEKTIF • Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara yang ditimpa bencana; • Memohon rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam menjalankan tugas dan kehidupan dalam tahun baharu; • Merapatkan silaturahim antara ahli PUSPANITA dan warga ICU JPM. PENYERTAAN Pengurusan tertinggi ICU JPM dan 100 orang warga PCK ICU JPM TETAMU KEHORMAT YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi Ketua Pengarah ICU JPM Merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 191 PROGRAM I SEEYOU SIHAT: 10,000 AKTIVITI ZUMBA PCK ICU JPM (16 FEBRUARI 2022) TEMPAT Dewan Taklimat, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya OBJEKTIF • Meningkatkan kecergasan fizikal di samping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda; • Mengeratkan ukhuwah dan jalinan kerjasama dalam kalangan warga ICU JPM dan PCK ICU JPM. PENYERTAAN 20 orang warga PCK ICU JPM
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022192 JUALAN PRA RAMADAN (25 MAC 2022) TEMPAT Ruang Legar, Bahagian Penilaian Strategik, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya OBJEKTIF • Jualan persediaan menyambut bulan Ramadan yang mulia serta memberi peluang kepada warga ICU JPM untuk berniaga. PUSPANITA dan warga ICU JPM. PENYERTAAN 100 orang warga PCK ICU JPM TETAMU KEHORMAT YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 193 PELANCARAN TABUNG SERINGGIT PCK ICU JPM (25 MAC 2022) PROGRAM PENYERAHAN TABUNG SERINGGIT PCK ICU JPM (14 APRIL 2022) TEMPAT Ruang Legar, Pejabat Ketua Pengarah ICU JPM OBJEKTIF • Menggalakkan warga PCK ICU JPM untuk berkongsi rezeki dan mengamalkan budaya bersedekah. PENYERTAAN Seluruh warga PCK ICU JPM TETAMU KEHORMAT YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM TEMPAT Karak Setia, Bentong, Pahang OBJEKTIF • Menggalakkan warga PCK ICU JPM untuk berkongsi rezki dan mengamalkan budaya bersedekah. PENYERTAAN 20 orang warga PCK ICU JPM TETAMU KEHORMAT YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022194 PERTANDINGAN TENPIN BOLING PIALA KETUA PENGARAH (18 JUN 2022) TEMPAT Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan, ICU JPM OBJEKTIF • Meraikan sambutan Hari Bapa dalam kalangan pegawai lelaki di Ibu Pejabat; • Menggalakkan aktiviti sukan boling dalam kalangan ahli PUSPANITA dan warga ICU JPM. PENYERTAAN Pengurusan tertinggi ICU JPM dan 50 orang warga PCK ICU JPM TETAMU KEHORMAT YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi Ketua Pengarah ICU JPM Merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 195 PROGRAM MAKANAN DAN NUTRISI: BERSEDIAKAH ANDA DENGAN CABARAN PEMAKANAN SEKARANG? LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAHA 2022 (12 OGOS 2022) TEMPAT Platform Google Meet OBJEKTIF • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peri pentingnya pengambilan nutrisi yang bersesuaian dan mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya dalam menghadapi cabaran isu makanan (food security) masa kini • Bilangan yang teribat: 50 orang TEMPAT MAEPS, Serdang OBJEKTIF • Memberikan pendedahan mengenai pelbagai produk baharu berkaitan pertanian dengan teknologi terkini, inovasi tempatan dan luar negara yang telah dihasilkan PENYERTAAN 30 orang TETAMU KEHORMAT YBrs. Puan Anita Zarina binti Salahuddin Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022196 PROGRAM EMPOWERING WOMEN: CANCEL THE CANCER (26 OGOS 2022) TEMPAT Dewan Teater, Bangunan Perdana Putra OBJEKTIF • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga Ibu Pejabat, ICU JPM mengenai pencegahan kanser serviks serta memberikan kemudahan saringan HPV dan kesihatan percuma kepada pegawai yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan KKM PENYERTAAN 150 orang TETAMU KEHORMAT YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi Ketua Pengarah ICU JPM Merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 197 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL – CINTA RASUL (12 OKTOBER 2022) TEMPAT Dewan Teater, Bangunan Perdana Putra OBJEKTIF • Menggalakkan warga PCK ICU JPM memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam dan mengeratkan ukhwah islamiah dalam organisasi. PENYERTAAN 200 orang TETAMU KEHORMAT YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi Ketua Pengarah ICU JPM Merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022198 PROGRAM HARI SUKAN ICU JPM (13 OKTOBER 2022) PASUKAN BOLA JARING KONTINJEN PUTRAJAYA A & B HARI SUKAN ICU JPM TAHUN 2022 TEMPAT Kompleks Rakan Muda dan Sukan Air, Desaru, Kota Tinggi, Johor OBJEKTIF • Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga PCK ICU JPM • Meningkatkan tahap kecergasan pasukan bola jaring ICU JPM. PENYERTAAN 22 orang DIRASMIKAN OLEH YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor Darul Takzim
LAPORAN TAHUNANICU JPM TAHUN 2022 199 MAJLIS SANTAPAN SRIKANDI MELAYU (21 DISEMBER 2022) TEMPAT Wilqadry, Conezion, IOI Resort City OBJEKTIF • Menghargai penglibatan dan sumbangan para AJK dan ahli PCK ICU JPM serta menjadi wadah interaksi juga mengeratkan silaturahim dan menggalakkan kerjasama yang lebih progresif antara ahli PCK ICU JPM PENYERTAAN 87 orang TETAMU KEHORMAT YBhg. Datin Kamariah binti Abd Rahman Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM PENUTUP PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM telah melaksanakan program dan aktiviti yang amat cemerlang pada tahun 2022. Momentum ini akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya demi memartabatkan PUSPANITA dan memberi manfaat kepada ahlinya.
LAPORAN TAHUNAN ICU JPM TAHUN 2022200 PENGENALAN TAHUN 2022 @KRMSAU JOHOR BAHRU HARI SUKAN ICU JPM ICU JPM telah mengadakan Hari Sukan ICU JPM Tahun 2022 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara di Bandar Penawar, Desaru, Johor pada 13 hingga 16 Oktober 2022. Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pada 14 Oktober 2022. Sebanyak 10 acara sukan dipertandingkan. Antaranya bola jaring, futsal, congkak, badminton dan sebagainya. Lebih 1000 pegawai dan atlit menyertai kejohanan ini daripada 16 pasukan bertanding. Dua daripadanya merupakan pasukan ibu pejabat iaitu Putrajaya A dan Putrajaya B. Kontinjen Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan muncul juara keseluruhan dengan kutipan pingat terbanyak. Senarai kutipan pingat keseluruhan