The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdsokrisaad, 2021-08-19 01:25:35

MODUL SEJARAH SEM 2 2021

UNTUK PELAJAR SEMESTER 2

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM
PULAU PINANG 2021`

MODUL SUKSES SEJARAH 940/2 (PENGGAL 2)
SEJARAH ISLAM (500 -1918)

PENYELARAS: ENCIK KHAIROL FAIZAL BIN ABDULLAH
(PENOLONG PENGARAH UNIT SAINS SOSIAL, SEKTOR PEMBELAJARAN, JPN PULAU

PINANG)
JU PULAU PINANG: PN HAJJAH SAKINAH BINTI SALEH

DUDUK DARI KIRI: PN. FUZAITI, PN. ZAINON, PN. SAADIAH, PN. HALIJAH, PN. SAKINAH, EN.
KHAIROL FAIZAL, PN. SOFIAH, PN. SHALINI, PN. ZATI MASTURAH, PN. RUDIANA.
TENGAH DARI KIRI: PN. SITI HAJAR, PN. FAUZIAH, PN. ANNIE WONG YUN FUI, PN. VIMALA, PN.
ALINA, PN. SARASWATHY, PN. NORIDAH, PN. AINON ROSMANIRA, CIK. BALQIS, PN. CHAN EIT
FONG, PN. ANIZA, PN. MAIZATUL FADZILLAH, PN. FARIDAH, PN. RAFIDAH, PN. NOORHAYATI.
ATAS DARI KIRI: EN. AZAHAR, EN. SHARUL NIZAM, EN. SOKRI, EN. AZMAN, EN. HASBULLAH,
EN. KESAVAN, EN. SYAIFUL SAZWAN, EN. YEOH HUP THEAM, EN. KHAIRUL AMALI, EN. YEE
TEIK HUAT.

1

TEMA 1 MASYARAKAT,
PEMERINTAHAN,
PERTAHANAN DAN
PERHUBUNGAN LUAR.

TEMA 2 PEMBANGUNAN DAN
PENEROKAAN

TEMA 3 NASIONALISME DAN
PEMBENTUKAN NEGARA

BANGSA

2

TEMA 1: MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN
LUAR.

NO SOALAN CATATAN
1 HURAIKAN KETAMADUNAN MASYARAKAT ARAB PADA ZAMAN

JAHILIAH.
2 JELASKAN KEPERCAYAAN BERAGAMA MASYARAKAT ARAB

PADA ZAMAN JAHILIAH.
3 HURAIKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NABI MUHAMMAD

SAW DAN MASYARAKAT ISLAM PADA AWAL PERKEMBANGAN
ISLAM DI MAKKAH.
4 JELASKAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM SELEPAS
KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW.
5 HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH TERHADAP
KEUTUHAN NEGARA ISLAM MADINAH PADA ZAMAN NABI
MUHAMMAD SAW.
6 NABI MUHAMMAD S.A.W. BUKAN SAHAJA SEORANG NABI DAN
RASUL, BAHKAN SEORANG NEGARAWAN YANG UNGGUL.
BUKTIKAN PERNYATAAN INI.
7 BINCANGKAN SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ
TERHADAP PENGUKUHAN NEGARA DAN UMAT ISLAM SELEPAS
KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW.
8 NILAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH HARUN AL-RASHID
SEPANJANG PEMERINTAHANNYA PADA ZAMAN KERAJAAN
ABBASIYAH
9 HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN PADA ZAMAN KHULAFA
AL-RASYIDIN PADA ABAD KE-7 MASIHI
10 HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM DI
ANDALUSIA PADA ABAD KE-13 MASIHI
11 ISLAM ADALAH AGAMA KEDAMAIAN YANG MEMENTINGKAN
KEAMANAN. BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT
BERDASARKAN ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM.
12 BINCANGKAN STRATEGI PEPERANGAN TENTERA ISLAM PADA
ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.
13 BINCANGKAN SISTEM KETENTERAAN YANG DILAKSANAKAN
PADA ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN PADA ABAD KE-7 MASIHI

3

14 BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH STRATEGIK YANG DIAMBIL
OLEH SULTAN MUHAMMAD AL FATIH DALAM USAHA BAGINDA
MENAKLUK KOTA CONSTANTINOPLE PADA ABAD KE 15 MASIHI.

15 BINCANGKAN PELAKSANAAN NAUNGAN MELALUI JIZYAH PADA
ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN PADA ABAD KE 7 MASIHI.

SOALAN 1: HURAIKAN KETAMADUNAN MASYARAKAT ARAB PADA ZAMAN
JAHILIAH.

Pendahuluan

1. Masyarakat jahiliah merujuk kepada masyarakat yang hidup pada zaman sebelum
kedatangan Islam. Sebahagian besar masyarakat jahiliah tidak tahu membaca dan menulis.

2. Jahiliah merujuk kepada kejahilan dalam aspek kerohanian, keagamaan, kemanusiaan dan
keilmuan. Jahiliah dalam al-Quran bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan Islam
sama ada agama, sistem hidup, amalan ritual, akhlak, peraturan ekonomi, sosial dan
sebagainya.

3. Dalam konteks masyarakat Semenanjung Tanah Arab, zaman jahiliah berlaku selepas
keruntuhan Kerajaan Saba’ dan berakhir selepas turunnya al-Quran dan Allah SWT
mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul pada tahun 610 M.

4. Masyarakat Arab jahiliah bukanlah masyarakat yang jahil segala-galanya kerana mereka
pernah mencapai banyak kemajuan dalam kehidupan mereka, khasnya dari segi politik dan
ekonomi.

Isi-isi Utama

1. Kemajuan bidang politik dan pentadbiran
• Masyarat jahiliah mempunyai institusi pentadbiran iaitu Majlis Kabilah untuk
menguruskan tatacara dan perjalanan hidup.
• Majlis Kabilah berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas
pentadbiran masing-masing. Pembahagian tugas dilaksanakan bagi mencapai
kecekapan dan kelicinan pentadbiran.
• Terdapat beberapa majlis yang dibentuk untuk menguruskan bidang-bidang tertentu,
antaranya Majlis Siqayah yang menguruskan urusan air jemaah haji. Majlis Rifadah
yang mengendalikan urusan makanan jemaah haji, Majlis Liwa untuk menyedia dan

4

memimpin tentera, Majlis Nadwah untuk urusan umum berkaitan kebajikan penduduk
Makkah dan Majlis Hijabah untuk menjaga Kaabah.
• Ketua Kabilah (Syeikh Kabilah) -Wakil daripada kaum-kaum yang membentuk kabilah
akan melantik seorang ketua atau Syeikh untuk mengetuai kabilah mereka. Syeikh
haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan boleh mempengaruhi angota-angota
kabilahnya. Oleh itu, Syeikh sangat dihormati dan ditaati. Seseorang individu atau
anggota kabilah hendaklah patuh kepada Syeikh kerana beliau mempunyai kedudukan
yang tinggi. Cthnya, Syeikh akan mempengerusikan Majlis Kabilah. Syeikh juga
bertanggungjawab menyelesaikan masalah dalam kabilahnya, membuat perjanjian
dengan kabilah-kabilah lain, melayan tetamu dan memberi perlindungan. Jelaslah
bahawa Syeikh begitu penting dalam struktur organisasi kabilah dan diletakkan di tahap
yang tinggi dan sangat dihormati oleh kabilahnya.
• Darul Nadwah - Darul Nadwah berasal dari kata dar yang bererti rumah, dan nadwah
bererti pertemuan atau bertukar kata. Darul Nadwah berfungsi sebagai balai
pertemuan, tempat masyarakat berkumpul, bermusyawarah dan tempat
menyelesaikan masalah di antara mereka. Darul Nadwah juga penting dalam pemilihan
pemimpin, mengadakan kontrak sosial, membuat perjanjian damai, menyelesaikan
masalah perang antara suku, mengorganisasi ketenteraan serta membincangkan
masalah perkahwinan.
• Dari aspek politik, masyarakat Arab jahiliah telah menunjukkan ketamadunan yang
tinggi dengan kejayaan mendiri dan mengendalikan beberapa buah kerajaan seperti
Main, Saba’, Himyar yang terletak di selatan Tanah Arab, manakala kerajaan Hirah,
Tadmor, Nabat dan Ghassan terletak di sebelah utara. Kerajaan-kerajaan ini lengkap
dari segi struktur pentadbirannya kerana mempunyai raja dan menteri, para pegawai,
pentadbir awam dan tentera, serta mempunyai sistem ketenteraan dan pertahanan
tersendiri.
• Jelaslah masyarakat jahiliah telah mempunyai ketamadunan yang tinggi dalam aspek
politik dan pentadbiran.

2. Kemajuan bidang pertanian
• Bangsa Arab bergiat aktif dalam sektor pertanian sebelum zaman Islam. Sebahagian
mereka menetap di kawasan bandar dan mahir dalam bidang pertanian. Mereka
mendapat hasil melimpah ruah dari kebun-kebun anggur yang dikelilingi oleh
pokok-pokok tamar, selain turut menanam tanaman seeperti zaitun dan delima.
• Bangsa Arab telahpun mempelajari pelbagai teknik pertanian di Syam dan mempunyai
kelebihan dalam mengenali kesesuaian tanah untuk jenis-jenis pertanian
tertentu.Mereka juga mampu membina dan menggunakan tali air, terusan dan
empangan seperti Empangan Maarib.

5

• Kesemua ini membuktikan ketamadunan bangsa Arab jahiliah dalam sektor pertanian
dan sektor lain yang berkaitan dengannya.

3. Kemajuan bidang perdagangan
• Masyarakat Arab jahiliah di Makkah terlibat dalam bidang perdagangan dan mereka
berjaya menguasai beberapa jaringan jalan perdagangan utama di sekitar tanah Arab.
Kegiatan perdagangan telah menjangkau sehingga ke Afrika dan utara Semenanjung
Tanah Arab seperti Syria dan Palestin.
• Kota Makkah memjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai pedagang luar.
Pasar-pasar seperti Ukz dan Zul Majaz merupakan pusat-pusat perdagangan yang
terkenal. Urusan perdagangan pula menggunakan wang emas dan perak sebagai alat
tukaran menggantikan kaedah tradisional iaitu kaedah tukar barang.
• Pada musim sejuk, masyarakat Arab jahiliah berdagang ke Yaman, selatan Tanah Arab
dan pada musim sejuk pula, mereka berdagang ke Syam, utara Arab melalui laluan laut
atau darat.
• Mereka juga berjaya mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa seperti
dengan India, Parsi, Mesir dan lain-lain.
• Terbukti bahawa kewujudan bangsa Arab di tengah-tengah pusat perdagangan, timur ,
barat, utara dan selatan membolehkan mereka mencipta ketamadunan tersendiri kesan
interaksi dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa lain melalui
aktiviti perdagangan.

4. Kemajuan ilmu pengetahuan
• Al-Quran pernah membicarakan tentang sejumlah ilmu pengetahuan yang wujud pada
zaman jahiliah. Antaranya ialah pengetahuan sejarah yang tergambar dalam bentuk
kisah-kisah bangsa-bangsa terdahulu yang menetap di Semenanjung Tanah Arab dan
di luarnya.
• Selain itu, wujud pengetahuan ilmu geografi oleh bangsa Arab jahiliah seperti dirakam
oleh al-Quran, contohnya ilmu lautan, perjalanan di lautan, angin yang baik, angin
badai dan bintang-bintang yang dijadikan petunjuk ketika menempuh kegelapan
daratan dan lautan.
• Masyarakat Arab jahiliah juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Sebahagian
mereka mahir dalam mengenalpasti penyakit dan cara pengubatannya. Mereka juga
mahir dalam mengenalpasti ubat-ubatan dan cara penggunaannya melalui
pengalaman, pemerhatian dan peniruan dari negara-negara jiran yang sering mereka
ulang-alik. Antara tokoh perubatan yang terkenal ialah al-Harith bin Kaldah al Thaqafi,
al Nadar bin al-Harith dan Zuhair bin Khabbab dan sebagainya.

6

• Jelaslah masyarakat Arab jahiliah telah mempunyai kemajuan dalam ilmu sejarah,
geografi, perubatan dan lain-lain.

5. Kemajuan dalam bidang seni bina
• Masyarakat Arab jahiliah mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang seni bina.
Orang-orang Arab Saba’ di Yaman misalnya, telah berjaya membina empangan
Maarib dan sebuah tempat menyimpan air berdekatan dengannya. Empangan ini
bukan sahaja berkemampuan mencegah banjir, malah dapat mengairi kawasan
ladang sehingga ia menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur dan seterusnya
menyumbang kepada kemewahan dan kesenangan penduduk Saba’.
• Mereka turut berjaya membina rumah penyembahan, kubu-kubu peperangan dan
istana-istana, terutamanya peninggalan oleh pemerintah kerajaan Saba’dan Himyar. Ini
membuktikan bangsa Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan yang tinggi
sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Kesimpulan

1. Masyarakat Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan dalam pelbagai bidang kehidupan,
antaranya pentadbiran, pertanian, perdagangan, ilmu pengetahuan dan seni bina.
Sebahagian tinggalan tamadun mereka masih mengagumkan kita hingga ke hari ini.

2. Namun begitu dari perspektif Islam, masyarakat Arab Jahiliah dianggap berada dalam
kegelapan sehinggalah Nabi Muhammad SAW membawa nilai ketamadunan yang lebih
menyeluruh mengandungi aspek duniawi dan ukhrawi.

SOALAN 2: JELASKAN KEPERCAYAAN BERAGAMA MASYARAKAT ARAB PADA
ZAMAN JAHILIAH.

Pendahuluan

1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
tempoh keruntuhan empangan Maarib sehingga zaman kedatangan Islam (610 M)

2. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan
kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh
bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan
tradisi lama yang diwarisi.

3 Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (agama langit) yang diturunkan
oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi iaitu agama ciptaan.

7

Isi- isi utama

1. Agama Wathani.
⚫ Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama Wathani, iaitu agama menyembah
berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas.
• Sesetengah masyarakat Arab percaya berhala dapat memberikan mudarat dan manfaat
seperti al-Wad yang melambangkan kekuatan kelakian, al-Suwa yang melambangkan
kecantikan wanita dan al-Yaghuth yang melambangkan kekuatan dan keberanian.
• Penganut agama ini mengukir berhala daripada batu, kayu dan galian yang mempunyai
pelbagai rupa dan jenis.
• Masyarakat Arab jahiliah menganggap berhala adalah tuhan. Setiap suku
menempatkan satu berhala di sekeliling Kaabah bagi mewakili suku.
• Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza,
Al-Manat, dan Al-Hubal.

2. Agama Majusi.
• Agama ini dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliah khususnya di bahagian Timur
semenanjung Tanah Arab yang meliputi Oman, Yaman dan Bahrain.
• Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Parsi dan tidak mempunyai kitab suci
serta mengakui nabi-nabi palsu
• Masyarakat ini menyembah cahaya dan kuasanya seperti matahari, bulan, bintang ,dan
api. Api ialah simbol ketuhanan penganut agama Majusi.
• Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama inibanyak
mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta
adik beradik.
• Terdapat tiga mazhab dalam agama ini, iaitu Kayumarthiyah, Zawarniyah dan
Zaradusthiyah

3. Agama - agama Samawi ( agama yang diturunkan dari langit)

Agama Yahudi
• Agama Yahudi merupakan agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam.

Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat.
• Penganut asal agama ini ialah Bani Israel. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel

telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini
dianggap syirik.

8

• Di Yathrib, Bani Nadhir, Qainuqa’ dan Quraizah mempraktikkan agama Yahudi ini.

Agama Nasrani
• Agama Nasrani ialah agama yang dibawa oleh Nabi Isa A.S dan diutuskan dengan kitab

suci Injil. Isi kandungan kitab Injil kemudiannya telah diubah.
• Penganut asal agama ini ialah Bani Israel, dan dianuti oleh penduduk suku Ghassan

dan Hirah serta di sebelah selatan oleh penduduk Habsyah.
• Di Kota Makkah turut terdapat suku Arab yang menganut agama ini.

Agama Hanif
• Sebahagian kecil masyarakat Arab berpegang kepada kepercayaan agama dengan

menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Mereka digelar Hunafa.
• Masyarakat ini meninggalkan amalan tradisi nenek moyang seperti minum arak,

berzina, berjudi dan sebagainya.
• Golongan Hunafa menentang amalan dan kepercayaan beragama masyarakat Arab

jahiliah.

Kesimpulan

1. Selain kepercayaan beragama, masyarakat Arab pada zaman jahiliah juga mempunyai
kepercayaan adat yang berunsurkan animisme dan tahyul seperti amalan menilik nasib,
serta penyembahan alam sekeliling.

2. Kehidupan masyarakat Arab jahiliah mengalami perubahan besar setelah kedatangan
Islam.

3. Islam merupakan addin yang sempurna dan mentamadunkan masyarakat Arab.

SOALAN 3: HURAIKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NABI MUHAMMAD SAW DAN
MASYARAKAT ISLAM PADA AWAL PERKEMBANGAN ISLAM DI MAKKAH.

Pendahuluan

1. Keadaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW disifatkan sebagai
masyarakat jahiliyah.

2. Menurut perspektif Islam masyarakat Arab pada masa itu tidak bertamadun kerana
berpuak-puak, saling bersengketa, menyembah berhala dan pelbagai perbuatan keji yang
lain.

9

3. Kedatangan Nabi Muhammad SAW untuk membimbing semula masyarakat Arab ke arah
mentauhidkan Allah telah mendapat mendapat tentangan yang hebat daripada golongan
musyrikin Makkah.

4. Malah, ahli keluarga Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan mereka yang telah menyahut
seruan Islam telah menerima pelbagai tentangan dan tekanan dari kaum musyrikin Makkah.

Isi- isi utama

1. Menghina Nabi
• Kaum Quraisy Makkah melemparkan tohmahan palsu terhadap Nabi Muhammad SAW.
• Menyifatkan baginda sebagai seorang ahli sihir, banyak berdusta dan gila.
• Dilakukan oleh al-Walid bin al-Mughirah pada musim haji.
• Mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat seperti nabi – nabi terdahulu.
• Tujuan mereka semata-mata untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan kerasulan
baginda.
• Kaum Quraisy mula terasa terhina kerana Nabi Muhammad SAW menyelar agama
berhala mereka, iaitu agama nenek moyang mereka.
• Mereka meminta agar Abu Talib menasihati anak saudaranya, tetapi Nabi Muhammad
SAW tetap meneruskan seruan Islam. Sikap dan pendirian Abu Talib memihak Nabi
Muhammad SAW menyebabkan kaum Quraisy bertambah marah dan meminta agar
Nabi Muhammad SAW diserahkan kepada mereka.
• Ternyata, segala usaha kaum musyrikin Makkah untuk menghentikan usaha dakwah
Nabi Muhammad SAW menemui kegagalan kerana kesungguhan baginda
menyebarkan agama Islam.

2. Memujuk Nabi Muhammad SAW
• Puak Quraisy Makkah cuba memujuk Nabi Muhammad dengan menawarkan
perempuan, harta dan pangkat dengan syarat baginda meninggalkan seruan Islam,
tetapi tawaran ini di tolak.
• Kaum Quraisy kemudiannya menggunakan cara kompromi dengan mencadangkan
agar Nabi Muhammad SAW menyembah berhala dan mereka akan menyembah Tuhan
Nabi Muhammad SAW.
• Tawaran ini ditolak oleh baginda berdasarkan perintah Allah SWT dalam surah
al-Kaafirun,ayat 1-6 yang bermaksud “terdapat pemisahan mutlak antara agama Islam
daripada agama berhala.”
• Kaum Quraisy tidak mahu beralah kerana tidak mahu kuasa yang ada pada mereka
tergugat. Selepas gagal dengan pelbagai cara,akhirnya kaum Quraisy mengambil

10

tindakan menyeksa orang Islam. Walaupun orang Islam diseksa degan dahsyat namun
bilangan orang yang memeluk Islam terus bertambah.
• Tegasnya, Nabi Muhammad SAW tidak tertarik langsung dengan tawaran kaum
Musyrikin Makkah berbanding dengan ketakwaan baginda terhadap Allah SWT.

3. Penyeksaan terhadap umat Islam
• Selepas gagal dengan pelbagai cara, akhirnya kaum Quraisy mengambil tindakan
menyeksa orang Islam.
• Antara orang Islam yang disiksa ialah Bilal bin Robbah, keluarga Ammar bin Yasir,
Zunairah dan lain-lain.
• Walaupun orang Islam disiksa dengan dahsyat namun bilangan orang yang memeluk
Islam terus bertambah.
• Umat Islam telah berpindah ke Habsyah bagi mengelakkan penyeksaan kaum Quraisy,
di samping berdakwah untuk menyebarkan agama Islam.
• Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Rejab tahun 615 M. Mereka selamat sampai di
Habsyah dan diberikan perlindungan oleh raja Najasyi sementara Nabi Muhammad
SAW pula terus berdakwah di Makkah.
• Kaum Quraisy masih tidak berpuas hati dan menghantar dua orang utusan meminta
agar raja Najasyi memulangkan org islam. Namun usaha tersebut gagal kerana raja
Najasyi sendri telah tertarik dengan Islam.
• Ternyatalah, tindakan golongan mukmin berpindah ke Habsyah telah menyelamatkan
mereka daripada penyeksaan kaum Musyrikin Makkah dan berjaya mengembangkan
agama Islam di sana.

4. Pemulauan ke atas Nabi dan umat Islam
• Pemulauan yang berlaku selama kira-kira tiga tahun itu merangkumi larangan
melakukan urusan jual beli, perkahwinan dan memberikan pertolongan kepada kaum
keluarga Nabi Muhammad SAW.
• Mereka hanya dibenarkan keluar pada musim haji. Peluang ini digunakan oleh Nabi
Muhammad SAW menyebarkan agama Islam kepada jemaah haji yang datang dari
seluruh semenanjung Tanah Arab.
• Tuntasnya, pemulauan yang dilakukan terhadap umat Islam tidak berjaya melemahkan
umat Islam malah Nabi Muhammad SAW gigih berdakwah pada musim haji.

Kesimpulan

11

1. Pelbagai cabaran dan tentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan umat Islam
berjaya dihadapi oleh mereka berkat ketakwaan kepada Allah SWT.

2. Tawaran harta dan pangkat juga gagal mengaburi usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi
Muhammad SAW. Malah lebih ramai masyarakat Arab Makkah telah berjaya memeluk Islam
setelah melihat keperibadian dan ketakwaan Nabi Muhammad menyebarkan agama Islam.

SOALAN 4 : JELASKAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM SELEPAS
KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW

Pendahuluan

1. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pemerintahan negara Islam diteruskan oleh
Kerajaan Khulafa al-Rasyidin.

2. Kerajaan ini dipimpin oleh empat orang sahabat nabi iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
(632-634), Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644), Khalifah Uthman bin Affan (644-656)
dan Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661).

3. Demografi masyarakat Islam zaman Khalifah al Rasyidin terdiri daripada masyarakat Arab
dan bukan Arab. Masyarakat Arab termasuk golongan Muhajirin, Ansar dan Ahl al-Ayyam
manakala masyarakat bukan Arab termasuk kaum Parsi dan Qibthi.

4. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, wilayah Islam semakin luas hingga ke Iraq, Syam
dan Mesir.

5. Berikutan peluasan wilayah Islam, masyarakat Islam terus berkembang.

Isi-isi utama

1. Golongan Arab
• Pada zaman Khulafa al Rasyidin, golongan Arab merupakan golongan majoriti dan
paling berpengaruh serta menjadi tulang belakan kepada kerajaan.
• Hal ini terbukti dengan kesemua empat orang khalifah zaman ini terdiri daripada
bangsa Arab bermula dengan Abu Bakar, diikuti Umar al-Khattab, Uthman bin Affan
dan Ali bin Abi Talib.
• Begitu juga dengan individu yang memegang jawatan utama dalam kerajaan juga diisi
oleh individu-individu berbangsa Arab seperti Khalid al Walid, Ikrimah bin Abi Jahal,
Abu Ubaidah al Jarrah, Saad bin Abi Waqas dan lain-lain.
• Golongan ini merupakan golongan yang diidentitikan sebagai golongan Muhajirin dan
Ansar pada zaman Nabi Muhammad SAW.

12

2. Golongan Al Riddah
• Golongan ar-riddah adalah golongan yang terlibat dalam gerakan anti kerajaan.
Mereka muncul selepas kewafatan nabi dan ketika zaman pemerintahan Khalifah Abu
Bakar. Golongan ar-riddah muncul di sebahagian Tanah Arab kecuali Makkah,
Madinah dan Taif. Kewujudan mereka dipengaruhi sentimen assabiyah kepada kabilah
sendiri, ingin menamatkan penguasaan Quraisy dan dakyah golongan Yahudi dan
Nasrani. Mereka terdiri daripada tiga golongan.
• Pertama, golongan murtad. Mereka terdiri daripada kabilah-kabilah Arab yang
menerima Islam kerana takut kepada tentera Islam. Setelah nabi wafat, mereka kembali
kepada amalan jahiliah. Kebanyakan mereka memiliki iman yang lemah dan percaya
pengaruh Islam makin lemah dengan kewafatan nabi. Antara ketua golongan ini
termasuk al-Hattan bin Dzabiah đari Bani Bakr dan Qais (puak badwi).
• Kedua, golongan yang enggan membayar zakat kerana menyalah tafsirkan al-Quran.
Mereka berpendapat zakat merupakan ufti yang hanya wajib dibayar kepada nabi
semasa hayatnya sahaja. Mereka merupakan penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah.
Di Yamamah, golongan ini diketuai Abdul Malik bin al- Mughirah manakala di Najd
(tengah Tanah Arab) dipimpin Tulaihah al-Khuwailid dari Bani Asad.
• Ketiga, golongan nabi palsu dan para pengikutnya. Nabi-nabi palsu seperti Sajah binti
Harith dari Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab merupakan nabi palsu yang
berpengaruh. Demi kepentingan peribadi, mereka mendakwa menerima wahyu.
Musailamah dari suku Hanifah di Yamamah mempunyai pengikut seramai 40,000
orang.
• Khalifah Abu Rakar mengambil tindakan diplomasi dengan menghantar para
pendakwah dan disusuli tindakan tegas dengan menghantar sebelas pasukan tentera
agar mereka kembali kepada Islam. Sebahagian mereka bertaubat dan kembali ke
pangkal jalan seperti Tulaihah al Khuwailid manakala golongan yang ingkar berjaya
dihapuskan melalui tindakan ketenteraan.

3. Golongan Ahl al-Ayyam
• Golongan ini wujud semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.
• Khalifah Umar telah menguasai dan membuka tanah di wilayah Iraq, Syam dan Mesir.
Peneroka- peneroka yang membantu tentera Islam menewaskan musuh di medan
perang, khususnya di Iraq diberi layanan istimewa oleh khalifah, Mereka digelar Ahl
al-Ayyam dan jumlah mereka seramai 12,000 orang Antara pemimpin mereka termasuk
al Ashtar, Malik bin Harith, Hijr bin Adi al Kindi dan Yazid bin Qais.
• Peneroka-peneroka yang menyertai pasukan tentera Islam membuka tanah dan
menetap di wilayah Iraq dibahagikan kepada tiga golongan iaitu Ahi al Ayyam, Muhajirin
dan Ansar serta bekas golongan murtad.

13

• Ahl al-Ayyam terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban. Mereka diberi
kuasa mentadbir ladang- ladang dan tanah di wilayah Iraq termasuk memungut
sebahagian cukai kharaj sebagai mengenang jasa mereka terhadap kerajaan Islam.

4. Golongan Ahl al-Qurra
• Golongan ini berasal dari Ahl al-Ayyam yang diberi amanah dan kuasa untuk mentadbir
tanah di Iraq.
• Mereka menggelarkan diri sebagai Ahl al-Qurra (orang-orang kampung) bagi menjaga
status dan membezakan daripada golongan Ahl al-Ayyam yang lain terutama bekas
golongan murtad.
• Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, sebahagian mereka memberontak kerana isu
pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai kharaj di wilayah Iraq oleh puak-puak
Quraisy dan ketua-ketua kabilah yang menyokong polisi Khalifah Uthman. Golongan ini
dipercayai bertanggungjawab terhadap pembunuhan Khalifah Uthman.
• Mereka memberikan sokongan kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib terutama dalam
Perang Jamal dan Perang Siffin.
• Setelah Perang Jamal tamat, golongan Ahl al-Qurra berpalıng tadah dan menentang
Khalifah Ali. Mereka kemudian dikenali sebagai golongan Khawarij.

5. Golongan Khawarij.
⚫ Mereka asalnya daripada bekas tentera Khalifah Ali bin Abi Talib dalam Perang Jamal
dan Perang Siffin. Namun mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali
menerima perdamaian dan Mailis Tahkim dengan tentera Muawiyyah, gabenor
Damsyik dalam Perang Siffin.
• Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelarkan diri mereka
sebagai Khawarii. Mereka berpendapat perpecahan umat Islam harus
dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyvah bin Abu Sufyan dan Amru
al-As (wakil Muawiyyah dalam Majlis Tahkim).
• Golongan Khawarij melancarkan gerakan menghapuskan ketiga-tiga pemimpin
berkenaan dan hanya berjaya membunuh Khalifah Ali. Mereka telah melancarkan
gerakan menentang kerajaan Bani Umayyah pimpinan Muawiyyah.

6. Golongan bukan Arab (Mawali)
• Kebanyakan masyarakat Islam bukan Arab menetap di Iraq, Syam dan Mesir.
• Golongan bukan Arab yang datang ke Iraq terdiri daripada orang Parsi yang juga
dikenali sebagai Mawali (Ajam).

14

• Masyarakat Islam Syam (Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan) didiami orang Arab dan
bukan Arab iaitu Yahudi, Syria dan Rom. Golongan bukan Arab ini kemudiannya
memeluk Islam.

• Masyarakat Islam Mesir terdiri dari orang Arab yang berhiirah dari Semenanjung Tanah
Arab dan penduduk asal keturunan Qibti dan berkulit hitam. Mereka menganut Islam
sejak zaman Khalifah Umar al-Khatab.

Kesimpulan

1. Masyarakat yang wujud pada zaman Khalifah al-Rasyidin semakin kompleks seiring dengan
dasar perluasan wilayah.

2. Berlaku perkembangan pelbagai budaya, bahasa dan adat. Masyarakat pelbagai bangsa
dan keturunan ini berjaya disatukan melalui pembentukan ummah berdasarkan aqidah
Islamiah.

SOALAN 5: HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH TERHADAP KEUTUHAN
NEGARA ISLAM MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.

Pendahuluan

1. Piagam Madinah (PM) merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
2. Piagam yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW ini bertujuan sebagai panduan bagi

pembentukan umat bersatu dan menegakkan sebuah negara Islam berdaulat di Madinah.
3. PM mengandungi 47 fasal yang merangkumi dua bahagian. Bahagian pertama piagam ini

mengandungi 23 fasal berhubung peraturan bagi umat Islam manakala bahagian kedua
mengandungi 24 fasal berhubung dengan peraturan bagi orang Yahudi.
4. Piagam ini merangkumi aspek politik, perundangan, agama, sosial, pertahanan dan
kedudukan orang Yahudi. PM membawa banyak impak atau kepentingan positif terhadap
keutuhan negara Islam Madinah.

Isi-isi utama

1. Kepentingan politik
• Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai ketua negara yang wajib dipatuhi dan dihormati.
Nabi mempunyai kuasa dalam urusan pemerintahan dan dasar-dasar negara. Sebagai
negarawan, Nabi bertindak sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.

15

• Dengan penggubalan PM maka tertubuhlah secara rasmi negara Islam Madinah yang
berdaulat, Sistem politiknya berasaskan syariah, akidah dan akhlak Islam.

• Golongan Yahudi secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan Islam dan
umatnya. Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan
Allah dan pemimpin negara.

• Ancaman golongan Yahudi sebagai musuh dalam selimut terhapus apabila segala
tindakan mereka dikawal dan diikat dengan piagam tersebut.

• Pengaruh dan ancaman golongan Yahudi bani Quraizah, bani Nadhir dan bani Qainuqa’
berjaya dihapuskan apabila mereka mengkhianati PM yang telah dipersetujui sebelum
itu. Contohnya, Yahudi Bani Quraizah telah dihukum apabila mereka mambantu
Quraisy Makkah memerangi umat Islam Madinah dalam Perang Ahzab pada 5H.

• Jelaslah PM berjaya membawa keutuhan politik negara Islam Madinah apabila berjaya
menamatkan ancaman golongan Yahudi.

2. Kepentingan keagamaan
• PM membolehkan syariah Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Syariat Islam tidak
mungkin akan dapat ditegakkan tanpa penubuhan sebuah negara Islam.
• Keamanan yang wujud berikutan pelaksanaan syariah Islam dipergunakan sepenuhnya
oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh
Semenanjung Arab dan dunia.
• Kebebasan beragama yang termaktub dalam PM memberi peluang kepada umat Islam
dan bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan dan amalan ritual masing-masing.
Ini memberi peluang kepada kepada umat Islam dan bukan Islam untuk bergaul dan
menarik minat mereka kepada Islam.
• Semua warga mempunyai hak dan kebebasan beragama. Kaum Yahudi bebas
mengamalkan kepercayaan masing-masing selagi mereka menghormati hak umat
Islam.
• Jelaslah kebebasan beragama telah berjaya membawa kepada keutuhan negara Islam
Madinah.

3. Kepentingan sosial
• PM meletakkan asas penyatuan penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama.
• Piagam ini menyatukan penduduk beragama Islam dan bukan Islam di bawah satu unit
politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad SAW.
• PM telah berjaya menghapuskan permusuhan tradisi suku-suku Arab. Suku Aus dan
Khazraj misalnya telah hidup secara aman dalam semangat persaudaraan Islam dan
melupakan persengketaan lama.

16

• Masyarakat berbilang bangsa dan agama dianggap sebagai satu ummah yang
mempunyai kewajiban dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah
seperti yang tercatat dalam fasal 13 hingga 22.

• Semua penduduk tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan hendaklah
bersatu padu, bekerjasama dan berjaya menjaga keutuhan negara Islam Madinah.

4. Kepentingan keamanan dan keselamatan
• Semua penduduk sama ada Islam atau bukan Islam bertanggungjawab memelihara
keamanan dan keselamatan negara.
• Golongan Yahudi tidak boleh membuat pakatan dengan Quraisy Makkah dan mereka
turut diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar.
• PM memberi jaminan keselamatan kepada semua warga Madinah selagi mereka
mematuhi piagam tersebut.
• Hak dan keselamatan setiap warga Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang
cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya
tanpa mengira bangsa dan agama.
• Contohnya, Yahudi Bani Qainuqa telah diusir dari Madinah apabila mereka menghina
PM dan mempersendakan kemenangan umat Islam dalam Perang Badar pada 2H
serta mengganggu maruah wanita Islam secara terang-terangan meskipun telah diberi
amaran oleh Nabi Muhammad SAW.
• PM berjaya melahirkan semangat cintakan negara, menghindari permusuhan sesama
sendiri dan menjaga keutuhan Madinah.

5. Kepentingan Dakwah
• Dakwah Islam tersebar luas ke seluruh Hijaz. Nabi Muhammad SAW telah menghantar
utusan dakwah ke Rom, Parsi dan Habsyah.
• Agama Islam semakin diminati dan bilangan penganut Islam semakin bertambah.

Kesimpulan

1. Kepentingan PM jelas terserlah dari segi politik, agama dan sosial.
2. Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, Khulafa al Rasyidin meneruskan dasar

pemerintahan yang telah diasaskan oleh Nabi.
3. PM dikekalkan. Namun beberapa perubahan struktur pentadbiran telah dilakukan selaras

dengan keperluan semasa berikutan pertambahan wilayah dan umat Islam.
4. PM berjaya mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan serta keutuhan negara

Islam Madinah.

17

SOALAN 6: NABI MUHAMMAD S.A.W. BUKAN SAHAJA SEORANG NABI DAN RASUL,
BAHKAN SEORANG NEGARAWAN YANG UNGGUL. BUKTIKAN PERNYATAAN INI.

Pendahuluan

1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 570M. Ketika baginda berusia 40 tahun,
baginda telah menerima wahyu yang pertama, surah al-Alaq.

2. Al Quran mengatakan, Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik (uswatun
hasanatun) dalam kehidupan manusia sepanjang zaman. Baginda bukan saja seorang Nabi
dan Rasul bahkan sebagai pemimpin masyarakat dan negara yang berjaya.

3. Kepimpinan baginda telah terserlah sewaktu baginda berada di Makkah atau lebih tepat
sebelum diutuskan sebagai rasul (menyelesaikan pertelingkahan meletakkan Hajar Aswad di
tempat asal).

4. Baginda berkebolehan dalam pelbagai bidang, politik, ekonomi dan sosial. Baginda bukan
sahaja sebagai pendakwah tetapi sebagai panglima perang, perancang strategi, hakim,
pendidik, penasihat dan perancang ekonomi.

Isi-isi Utama

1. Bukti Sebagai Nabi dan Rasul
Melalui kitab-kitab suci.
• Telah dinyatakan oleh Allah SWT melalui kitab suci Al Quran, Injil, Zabur dan Taurat.
• Kedatangan Nabi Muhammad SAW telah dikhabarkan lebih awal kerana baginda ialah
pemimpin untuk seluruh umat manusia dan penutup kepada risalah rasul- rasul
terdahulu.

Sifat-sifat kenabian
• Sifat kenabian yang terdapat pada baginda seperti bercakap benar, amanah, bijak,

berakhlak, penyabar, berdedikasi dan sebagainya.
• Baginda telah menyampaikan dakwah Islam secara berperingkat-peringkat dengan

penuh kesabaran. Sebagai pendakwah, nabi telah menunjukkan sikap lemah lembut,
toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada akidah Islam walaupun menghadapi
pelbagai tekanan dan tentangan hebat daripada musyrikin Mekah. Ekoran ini mereka
telah berkomplot untuk membunuh nabi dan kesan daripada penentangan ini telah
membawa kepada peristiwa hijrah.

18

Mukjizat
• Rasulullah SAW telah dilantik oleh Allah SWT.
• Perlantikan melalui wahyu pertama yang dibawa oleh malaikat Jibril di Gua Hira’.
• Diikuti oleh wahyu-wahyu seterusnya untuk memandu baginda memimpin umat

manusia berpandukan kepada ajaran Islam.
• Wahyu-wahyu yang diterima menguatkan lagi kedudukan baginda sebagai pemimpin

agama.
• Semua wahyu yang diterima terkandung dalam kitab suci al-Quran yang merupakan

mukjizat teragung.

2. Bukti Nabi Seorang Negarawan yang Unggul.
Pemimpin Politik yang Unggul
• Terbukti dengan keyakinan masyarakat Madinah dengan menjemput nabi
menyelesaikan masalah mereka (Aus dan Khazraj).
• Jemputan membawa kepada Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II. Ekoran ini telah
membawa kepada peristiwa hijrah ke Madinah dan kesannya kepada pengiktirafan nabi
sebagai pemimpin dan Madinah sebagai negara Islam.
• Di Madinah baginda berjaya mengasaskan Perlembagaan bertulis yang pertama iaitu
Sahifah Madinah yang bersumberkan wahyu
• Baginda juga memperkenalkan Sistem Syura atau musyawarah dalam pentadbiran
• Berjaya menghantar utusan atau perwakilan ke luar negara seperti ke Habsyah,
Mesir,Byzantine dan Parsi untuk menyebarkan Islam.
• Nabi Muhammad saw telah menjalin hubungan diplomatik dengan dua kuasa besar
pada masa itu iaitu Rom dan Parsi. Rom dan Parsi telah menerima utusan dari
Madinah dan telah mengiktiraf Nabi dan Madinah sebagai sebuah negara Islam.
• Ketokohan nabi juga terserlah melalui Perjanjian Hudaibiah (628M / 6 H) dan
pembukaan semula kota Mekah (630M / 8H) tanpa pertumpahan darah.

Pemimpin tentera yang hebat.
• Menanamkan semangat jihad dalam perjuangan untuk menegakkan Islam bukan
untuk meluaskan tanah jajahan atau menindas orang yang lemah. Mengetuai 27
ekspedisi peperangan.
• Mengamalkan etika peperangan dan akhlak yang baik dalam peperangan seperti
amanah dan berperikemanusiaan ketika menghadapi musuh seperti tidak memerangi
golongan yang lemah, orang tua, wanita dan kanak-kanak. Tidak memusnahkan harta
benda, rumah ibadat dan sebagainya.

19

• Sentiasa bersikap adil contohnya, dalam pembahagian harta perang, tidak menangkap
musuh yang sudah lari dari peperangan. Juga bersikap adil kepada semua, tidak kira
kawan ataupun pihak musuh dan bertindak mengikut peaturan yang disyariatkan oleh
Allah. Contohnya dalam Perang Taif (630M / 8 H) Nabi telah memulangkan harta benda
yang diminta oleh pihak musuh sehingga baginda disegani oleh pihak musuh dan
akhirnya pihak musuh memeluk agama Islam.

• Seorang panglima yang bijak merangka taktik dan strategi peperangan untuk
memastikan kemenangan kepada tentera Islam. Contohnya, strategi untuk menggali
parit dalam Perang Ahzab/Khandak. Walaupun tentera Islam seramai 3000 orang
berbanding tentera musyrikin Mekah seramai 10000 orang tetapi akhirnya tentera Islam
memenangi perang ini.

Pemimpin Masyarakat
• Digelar al-Amin sejak di Makkah lagi selepas peristiwa perletakan Hajar Aswad ekoran
banjir besar yang melanda Kaabah. Baginda berjaya menyelesaikan perbalahan antara
suku Arab Mekah, tanpa pertumpahan darah.
• Memberi kebebasan beragama, berbudaya, menghormati agama lain dan adat resam
orang bukan Islam termasuk kaum Yahudi. Perkara ini terkandung dalam Piagam
Madinah. Ini secara langsung dapat menyatukan penduduk Madinah yang terdiri
daripada berbilang bangsa.
• Berjaya menyatukan seluruh penduduk Madinah yang terdiri daripada Ansar, Muhajirin
dan Yahudi melalui persaudaraan dan pembentukan ummah dalam Piagam Madinah.
Setiap kaum mesti bekerjasama, bantu-membantu dan bertanggungjawab
mempertahankan Kota Madinah daripada serangan musuh.
• Keunggulan baginda sebagai pemimpin dan akhlak yang baik menyebabkan penduduk
Madinah telah memilih dan mengiktiraf baginda sebagai pemimpin.

Pemimpin Ekonomi yang Unggul.
• Baginda berjaya mengubah dasar ekonomi jahiliah kepada dasar ekonomi Islam.
Contohnya, menghapuskan amalan riba dalam aktiviti ekonomi.
• Pemilihan Kota Madinah sebagai negara Islam adalah strategik kerana terletak di
pertengahan jalan perdagangan antara Makkah dengan Syam.
• Menggalakkan orang Islam bekerja keras dan terlibat dalam projek perdagangan dan
pertanian serta meninggalkan aktiviti ekonomi jahiliah.
• Menghapuskan monopoli kaum Yahudi dalam ekonomi, sebaliknya mengamalkan
ekonomi sama rata antara orang Yahudi dan orang Islam.

20

• Mengelakkan penindasan dalam aktiviti ekonomi, pekerja harus diberi hak dan layanan
yang baik serta menghapuskan riba. Berjaya melahirkan usahawan Islam pada masa
itu seperti Abd Rahman Auf.

• Zakat dijadikan sumber ekonomi utama kewangan Islam.

Ketua Hakim
• Baginda seorang ketua hakim yang adil. Contohnya, tindakan terhadap ketiga-tiga
kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Kota Madinah kerana telah melanggar Piagam
Madinah.
• Sanggup melaksanakan hukuman potong tangan kepada pencuri walaupun pencuri itu
ialah orang yang disayangi.

Kesimpulan

1. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani tetapi
merupakan seorang pemimpin yang berjaya dalam pelbagai bidang.

2. Baginda merupakan negarawan yang unggul, bijak dan berkebolehan serta berjaya
mengasas pembentukan negara Islam pertama di Madinah.

3. Baginda juga berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi oleh khalifah-khalifah
zaman Khalifah al-Rasyidin.

SOALAN 7: BINCANGKAN SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ TERHADAP
PENGUKUHAN NEGARA DAN UMAT ISLAM SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD
SAW.

Pendahuluan

1. Nama panjangnya ialah Abu Bakar bin Uthman bin Amir bin Umar bin Ka’ab bin Saad bin

Taym bin Murrah al-Taymi

2. Pada Zaman Jahiliah, namanya Abdul Kaabah dan ditukar kepada Abdullah oleh

Rasullullah SAW

3. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama daripada
Khulafa’al-Rasyidin.

4. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menggantikan Nabi Muhammad SAW.

5. Tempoh pemerintahannya singkat iaitu dari 11H sehingga 13 H.

6. Beliau merupakan lelaki dewasa pertama yang memeluk Islam dan merupakan sahabat

Rasullulah SAW.

21

7. Beliau dianggap sebagai ‘Penyelamat Negara Islam’ kerana sumbangannya dalam
mengukuhkan negara dan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Isi-isi Utama

1. Menentang Golongan al-Riddah
• Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memainkan peranan mengukuhkan negara dan umat Islam
dengan memerangi golongan al-Riddah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW
golongan ini muncul sebagai musuh Islam. Mereka terdiri daripada tiga kumpulan iaitu
golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku
sebagai nabi palsu.
• Golongan murtad terdiri daripada mereka yang baru memeluk Islam dan belum
benar-benar memahami Islam. Apabila Nabi Muhammad SAW wafat, kebanyakannya
daripada mereka murtad daripada agama Islam.
• Golongan nabi-nabi palsu pula sebenarnya telah muncul ketika Rasullulah SAW masih
hidup dan semakin jelas setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.Antara nabi-nabi
palsu itu ialah Musailamah al-Kazzab, Tulaihah bin Khuailid, Sajjah dan Aswad
Al-Ansi.Golongan ini mengaku mendapat wahyu dan mempunyai pengikutnya
masing-masing.
• Golongan yang enggan membayar zakat pula dipimpin oleh Malik bin Nuwairah dari Bani
Tamim.Kebanyakan tinggal di Yamamah dan Oman.
• Khalifah Abu Bakar as-Siddiq membentuk 11 pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid
Al-Walid untuk memerangi golongan-golongan ini.
• Golongan ini dapat dipatahkan dan keadaan kembali tenang.
• Sekiranya golongan-golongan ini tidak diperangi mereka akan dapat menghancurkan
negara Islam dan memecah-belahkan umat Islam.
• Tindakan yang diakukan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah menyebabkan
nabi-nabi palsu terkorban, golongan yang enggan membayar zakat rela membayarnya
dan golongan murtad pula bersetuju untuk kembali ke pangkal jalan.

2. Menyelesaikan Masalah Perlantikan Khalifah
• Selain itu, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq juga membantu mengukuhkan umat Islam
kerana berjaya menyelesaikan masalah perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi
Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan sebarang
wasiat siapa yang akan menggantikan baginda.

22

• Golongan Ansar yang berkumpul di Thaqifah Bani Sa’idah ingin melantik Saad bin
Ubadah daripada suku Khazraj sebagai khalifah. Namun pemilihan ini mendapat
tentangan beberapa pihak dan dibimbangi mendatangkan perpecahan umat Islam.

• Khalifah Abu Bakar dapat menyelesaikan masalah dengan mencadangkan supaya
pemimpin dipilih dalam kalangan golongan Muhajirin.

• Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebagai calon khalifah yang pertama.
• Untuk mengelakkan daripada berlakunya perselisihan faham, Khalifah Abu Bakar

menerima pelantikan tersebut.
• Semasa beliau sakit tenat, beliau telah mewasiatkan Umar sebagai pengganti untuk

mengelakkan daripada masalah terus berulang dan perpecahan umat Islam dapat
dielakkan.

3. Meneruskan Gerakan Ketenteraan
• Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq seterusnya dalam mengukuhkan negara Islam
Madinah ialah dengan meneruskan gerakan ketenteraan.
• Sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW, baginda ingin menyerang wilayah Ghassan
kerana penduduk di situ ditindas oleh penjajah Rom dan utusan Nabi Muhammad SAW
dibunuh.
• Khalifah Abu Bakar mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan ini walaupun
tidak dipersetujui oleh sahabat-sahabat Rasullullah SAW.
• Beliau telah mengarahkan Usamah bin Zaid untuk meneruskan gerakan ketenteraan.
• Setelah berperang selama 40 hari, tentera Islam telah memperoleh kemenangan.
• Ternyata kemenangan gerakan ketenteraan ini telah berjaya mengukuhkan negara Islam
Madinah.

4. Pengumpulan al-Quran
• Seterusnya Khalifah Abu Bakar as-Siddiq juga dianggap sebagai penyelamat umat Islam
kerana telah mengambil keputusan untuk mengumpul al-Quran.Pengumpulan al-Quran
dicadangkan oleh Umar al-Khattab dan diterima oleh Abu Bakar.
• Hal ini kerana, semasa perang menentang golongan al-Riddah ramai penghafal al-Quran
terkorban. Contohnya, 70 orang Huffaz (penghafaz)telah gugur syahid dalam Perang
Yamamah.
• Keadaan ini menimbulkan kesedaran tentang bahaya akan terhapusnya al-Quran.
• Ada juga yang berasa bimbang berlakunya penyelewengan dalam al-Quran.
• Tujuan al-Quran dibukukan juga kerana banyak ayat-ayatnya ditulis pada kulit-kulit
kurma, batu-batu dan kayu sudah banyak yang rosak dan perlu diselamatkan.
• Pengumpulan ini dapat dijadikan pedoman kepada umat Islam.

23

• Akhirnya naskah yang ditulis disimpan di rumah Abu Bakar as-Siddiq.
• Usaha Khalifah Abu Bakar ini telah berjaya mengukuhkan pegangan umat Islam terhadap

Al Quran.

Kesimpulan

1. Pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq singkat iaitu lebih kurang dua tahun tiga bulan
dan tiga hari

2. Namun beliau berjaya menyelesaikan masalah-masalah penting negara yang mengancam
kedaulatan Madinah.

3. Oleh yang demikian tidak hairanlah beliau dianggap ‘Penyelamat Umat Islam’ kerana
sumbangan dan jasanya dalam mengukuhkan negara dan umat Islam.

SOALAN 8 : NILAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID SEPANJANG
PEMERINTAHANNYA PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH.

Pendahuluan

1. Harun al-Rasyid dilantik menjadi khalifah Abbasiyah pada tahun 170H bersamaan 78 6M
ketika berusia 25 tahun.

2. Sebelum menjadi khalifah, Harun al-Rasyid pernah menyandang jawatan gabenor di Saifah
pada tahun 779M dan setahun kemudian dilantik menjadi gabenor Magribi.

3. Khalifah Harun al-Rasyid mempunyai keperibadian yang mulia dan mempunyai pengalaman
luas dalam bidang pentadbiran, ketenteraan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

4. Pengalaman dan pengetahuan yang luas menjadikan Harun al-Rasyid seorang khalifah
yang disegani.

Isi-isi utama

1. Dasar pentadbiran yang cekap
⚫ Harun al-Rasyid menggunakan pengalaman pentadbiran sejak zaman mudanya dalam
kerajaan Abbasiyah untuk menyusun dan memperkemaskan semula sistem
pentadbiran negara.
⚫ Beliau melantik wazir yang bijak daripada keluarga al-Barmaki iaitu Yahya bin Khalid.
⚫ Hasil bantuan dari kebijaksanaan keluarga al-Barmaki yang menjadi wazir dan
gabenornya, Harun al-Rasyid berjaya membentuk satu sistem, pentadbiran yang cekap.

24

2. Memperkasakan pasukan tentera Islam
⚫ Harun al-Rasyid telah menyusun semula pasukan tentera Abbasiyah. Beliau sendiri
menjadi panglima tertinggi angkatan perang beberapa kali mengetuai pasukan
tenteranya dalam peperangan
⚫ contohnya ketika menyerang tentera Byzantine pimpinan maharaja Nicephoras 1.
Peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam.
⚫ Hasil daripada sikap dan layanan baik Harun al-Rasyid, pasukan tentera Abbasiyah
telah menjadi satu pasukan yang kuat, berdedikasi dan berdisiplin. Pasukan tentera ini
amat ditakuti dan dihormati oleh pihak musuh.

3. Perkembangan ekonomi
⚫ Dasar liberal Harun al-Rasyid terhadap semua penduduk Abbasiyah termasuk golongan
Zimmi dan Mawali membawa pertumbuhan pesat di bidang ekonomi, khasnya kegiatan
pertanian, perdagangan dan perusahaan. Harun al-Rasyid menggalakkan pembukaan
tanah-tanah baharu serta membekalkan biji benih secara percuma kepada para petani.
Kemudahan tali air turut disediakan untuk menyuburkan kawasan pertanian. Terdapat
banyak kota di wilayah Islam muncul sebagai pusat perdagangan
⚫ Banyak jalan darat dibuka untuk tujuan perdagangan, contohnya jalan dari Iraq ke utara
mengikut pesisir Laut Merah menuju ke laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi.
Laluan laut yang terkenal adalah Laut Parsi, Laut Merah dan Laut Mediterranean.
⚫ Perkembangan ekonomi ini menjadikan perbendaharan kerajaan Abbasiyah semakin
makmur serta teguh dan stabil.

4. Perkembangan kegiatan intelektual dan keilmuan
⚫ Kedudukan kewangan yang kukuh dan sikap khalifah yang mencintai ilmu pengetahuan
membolehkan bidang keilmuan dan kegiatan intelektual berkembang pesat. Harun
al-Rasyid telah mengambil beberapa langkah untuk mengembangkan lagi kegiatan
keilmuan. Harun al-Rasyid mendirikan banyak kuttab, sekolah rendah dan menengah,
kolej serta masjid sebagai pusat perkembangan ilmu. Harun al-Rasyid juga telah
menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan kegiatan intelektual terbesar
di Baghdad. Baitul Hikmah akhirnya menjadi gedung ilmu pengetahuan utama dan
menjadi tumpuan para sarjana membuat kajian dan penyelidikan. Dua bidang utama
kegiatan intelektual yang berkembang pesat pada masa itu adalah kegiatan
penterjemahan buku dari bahasa asing ke dalam bahasa Arab dan penulisan karya
ilmiah asli.

25

⚫ Ramai ilmuan dalam pelbagai bidang muncul pada zaman Harun al-Rasyid seperti Jabir
ibn Hayyan, Jibrail Ibn Bakhtisyu, Yuhana Ibn Musawaih, Imam Malik, Imam as-Syafie
dan sebagainya.

⚫ Golongan sarjana mendapat kedudukan istimewa dan penghormatan yang tinggi
daripada khalifah.

5. Pembangunan bandar dan prasarana
⚫ Keadaan negara yang aman dan sistem pentadbirannya yang cekap dan licin
membolehkan negara membangun dengan pesat. Pada masa yang sama, kemudahan
prasarana seperti perigi, jalan raya, terusan dan lain-lain telah dibina di seluruh negara
⚫ Beberapa buah kota seperti Baghdad, Basrah, Mausul, Damsyik dan Alleppo muncul
sebagai kota yang maju dan terkenal
⚫ Semasa pemerintahan Harun al-Rasyid pembangunan bandar & prasarana sangat
menyerlah sehingga kota-kota tersebut menjadi sangat terkenal.

Kesimpulan

1. Empayar Abbasiyah mencapai kemuncak kejayaan di bawah pimpinan Khalifah Harun
al-Rasyid dan diteruskan oleh puteranya, al-Makmun.

2. Pada zamannya, kerajaan Abbasiyah berada pada zaman keemasan tamadun Islam.
3. Masyarakat Islam hidup makmur, ekonomi berkembang pesat terutamanya dalam bidang

perdagangan dan pertanian.
4. Khalifah Harun al-Rasyid berjaya menjadikan kota Baghdad sebagai pusat pentadbiran,

pusat perdagangan dan pusat intelektual terkenal di dunia.

SOALAN 9: HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN PADA ZAMAN KHULAFAH
AL-RASYIDIN PADA ABAD KE-7 MASIHI.

Pendahuluan

1. Kerajaan Khulafah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabila Abu Bakar al
–Siddiq dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

2. Kerajaan ini diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali
bin Talib .

3. Kerajaan ini telah meneruskan kesinambungan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.
4. Kerajaan ini bertahan 30 tahun dan berakhir selepas berlaku pembunuhan terhadap

26

Khalifah Ali oleh Abdul Rahman bin Muljam, salah seorang berfahaman Khawarij.
5. Dari segi pemerintahan, pentadbiran kerajaan ini terbahagi kepada dua, iaitu pentadbiran

pusat dan pentadbiran wilayah .

Isi-isi utama

1. Pusat pemerintahan
• Empat orang khalifah kerajaan ini telah mengekalkan Madinah sebagai pusat
pemerintahan dan pentadbiran, dengan Masjid Nabawi menjadi lokasi perbincangan dan
penggubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran.
• Sewaktu pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, berlaku pemindahan pusat prentadbiran
ke Kufah, memandangkan kota tersebut lebih strategik baginya untuk menangani
ancaman golongan Khawarij dan keluarga Umaiyah yang tidak menyenangi akan dasar
pemerintahannya terutama dalam menangani kes pembunuhan Khalifah Uthman bin
Affan.

2. Kepemimpinan tertinggi
• Khalifah merupakan pemerintah tertinggi dalam kerajaan Islam, namun kekuasaannya
tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura,
iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti.
• Bilangan ahli syura bergantung kepada kehendak semasa. Namun begitu, seseorang
khalifah boleh berijtihad bagi menyelesaikan sebarang permasalahan dengan
berpandukan hukum syarak.
• Sebagai ketua eksekutif dan perundangan, khalifah juga mengetuai pentadbiran
keagamaan seperti imam dan membaca khutbah, malah bertanggungjawab menyelia
dan menguruskan pemungutan hasil dalam negara dan pembangunan infrastruktur.
• Jelaslah bahawa khalifah merupakan ketua pemerintah yang memikul tanggungjawab
berat dalam pemerintahan dan keagamaan.

3. Pelaksanaan amalan syura
• Khalifah Umar al Khattab telah menubuhkan Majlis Syura yang bertindak umpama
sebuah badan penasihat kepada khalifah. Ahli atau anggota syura dilantik daripada
kalangan para sahabat yang berpengalaman. Segala dasar negara yang berkaitan
dengan pentadbiran, ekonomi, sosial diputuskan melalui musyawarah demi kepentingan
bersama.
• Pelaksanaan amalan syura ini telah diperluaskan ke peringkat pentadbiran wilayah,
malah demi memastikan setiap warganegara menyumbangkan idea-idea bermakna,
Khalifah Umar al Khattab pernah menyatakan “tidak khalifah tanpa musyawarah” dan “

27

bukanlah individu yang berproduktif seandainya gagal menyumbangkan apa-apa idea
demi kepentingan bersama”.
• Jelaslah bahawa sesuatu dasar negara diputuskan melalui kaedah syura, iaitu
keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti.

4. Penubuhan jabatan atau diwan
• Bagi memastikan sistem pemerintahan berjalan dengan lancar, pelbagai jabatan telah
ditubuhkan. Antara jabatan-jabatan yang ditubuhkan ialah Baitulmal, pengurusan tanah,
kehakiman, dan ketenteraan.
• Jabatan ketenteraan atau Diwan al-Jund merupakan salah satu jabatan baharu yang
dibentukpada zaman Khalifah Umar al Khattab, sekaligus membentuk dua jenis
angkatan tentera, iaitu tentera darat dan tentera laut. Pada zaman Khalifah Uthman bin
Affan pula, angkatan tentera laut telah ditubuhkan bagi menjaga kawasan perairan.
• Jabatan kehakiman pula merupakan jabatan terpenting dan merupakan jabatan yang
bebas daripada campur tangan politik. Syarat-syarat pelantikan seseorang hakim amat
ketat, malah gaji yang diberikan merupakan antara yang tertinggi bagi mengelak gejala
rasuah.
• Individu-individu penting yang pernah memegang jawatan utama pada zaman ini ialah
Khalid al Walid sebagai Panglima Agung sebelum digantikan dengan Abu Ubaidah, Ali
bin Abi Talib sebagai penyelia Tawanan Perang, dan Abu Ubaidah juga pernah
ditugaskan sebagai Penjaga Kunci Baitulmal pada zaman Khalifah Abu Bakar Al Siddiq.
• Jelaslah bahawa pelbagai jabatan atau diwan telah ditubuhkan dan diurus dengan baik
dalam pentadbiran pusat pada zaman Khulafah al- Rasyidin.

5. Pentadbiran wilayah
• Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujud ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang
dicapai dalam ekspedisi ketenteraan. Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah daerah, iaitu Makkah, Ta’if,
Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh. Pentadbiran
di peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar
bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa. Selain itu, Negara Islam
dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam,
Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin.
• Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri atau mempunyai pusat pentadbiran
masing-masing. Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar, Khalifah
Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik. Setiap wilayah
akan diketuai oleh Gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti
setiausaha dan pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti setiausaha Tentera,

28

Pegawai Cukai(Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis(Sahib al-Syurtah), Pegawai
Perbendaharaan Neraga(Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.
• Bermula zaman pemerintahan Khalifah Umar al –Khattab, setiap wilayah kekuasaan
kerajaan Islam akan didirikan cawangan-cawangan Baitulmal bagi memudahkan urusan
pendapatan dan perbelanjaan negara. Laporan kewangan wajib dihantar setiap tahun
bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan.
• Dalam pentadbiran, setiap wilayah mempunyai kuasa autonomi yang terhad. Namun,
Pemerintah tertinggi di kerajaan wilayah ialah gabenor yang dilantik oleh pemerintah
tertinggi kerajaan pusat. Gabenor dibantu oleh pembesar seperti kadi dan wazir yang
dilantik oleh Khalifah. Pemerintah wilayah sering bertukar mengikut pertukaran
khalifah dalam kerajaan pusat dan struktur bagi pemerintahan kerajaan wilayah
mencontohi struktur pemerintahan pusat dan tidak boleh bertindak sendiri tanpa
kebenaran kerajaan pusat.

Kesimpulan

1. Bentuk pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah telah dipraktikkan pada zaman
Khulafa’ al-Rasyidin menggambarkan kesinambungan sistem pemerintahan dan
pentadbiran yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

2. Struktur pemerintahan dan pentadbiran ini telah mengalami perubahan dari semasa ke
semasa dan menjadi semakin sistematik apabila khalifah Umar bin al-Khattab menerajui
pemerintahan negara Islam.

SOALAN 10: HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA
PADA ABAD KE-13 MASIHI

Pendahuluan

1. Pertapakan Islam di Andalusia berlaku pada zaman kerajaan Umayyah semasa
pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.

2. Selepas tahun 1002 masihi, pemerintahan kerajaan Umayyah di Andalusia mengalami
kemerosotan sehingga membawa kepada kemunculan kerajaan kecil Islam di Andalusia
seperti kerajaan Muluk al-Tawaif, kerajaan Murabitun, kerajaan al-Muwahiddun dan
kerajaan Nasriyah.

29

3. Sepanjang abad ke-13 Masihi, kerajaan al-Muwahiddun, kerajaan pimpinan Ibn Hud, dan
kerajaan Nasriyyah telah membentuk sistem pemerintahan Islam di Andalusia.

Isi-isi Utama

1. Pusat Pentadbiran
• Sewaktu pemerintahan kerajaan Muwahiddun, pemerintah kerajaan ini telah berjaya
menguasai wilayah-wilayah utama di Andalusia seperti Toledo, Granada, Santarem dan
menjadikan Seville sebagai pusat pentadbiran.
• Walau bagaimanapun, pusat pentadbiran ini dipindahkan ke Murcia semasa
pemerintahan Ibn Hud di Andalusia. Penguasaan Islam terhadap wilayah-wilayah
Andalusia bertambah semasa pentadbiran Ibn Hud apabila beliau berjaya menguasai
Cordova, Seville, Granada, Almeria, Ceuta, Algeciras, Jaen, Merida, dan Badajoz.
• Pada tahun 1235 Masihi, Pemerintah kerajaan Nasriyyah, Ibn al-Ahmar menjadikan
Granada menjadi pusat pentadbiran kerajaan Islam Nasriyyah di Andalusia kerana
kedudukannya yang strategik antara Almeria dan Gibraltar serta mempunyai kubu
pertahanan yang kuat.

2. Gelaran Pemerintah
• Pemerintah-pemerintah kerajaan kecil Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi
mengekalkan penggunaan gelaran Amir sebagai simbol kekuasaan bagi memastikan
jawatan pemerintah berkekalan dan diwarisi oleh pemerintah seterusnya.
• Gelaran lain seperti sultan, dan khalifah turut digunapakai bertujuan untuk menunjukkan
pemusatan kuasa pentadbiran.
• Pemerintah kerajaan Muwahiddun turut menggunakan gelaran pemerintah seperti
al-Mahdi, al-Nasir, dan al-Mansur. Walau bagaimanapun, gelaran pemerintah ini kurang
disenangi oleh bangsa Arab yang dianggap tidak bertepatan dengan kewujudan sistem
demokrasi Islam.

3. Sistem Birokrasi
• Sistem birokrasi dibentuk di peringkat pusat dan wilayah, walaupun penguasaan di
peringkat wilayah adalah terhad. Gabenor Jeneral merupakan wakil pemerintah yang
bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai untuk membantu dalam urusan
pentadbiran.
• Sistem birokrasi pemerintahan kerajaan Muwahiddun lebih sistematik berbanding
semasa pemerintahan Ibn Hud dan kerajaan Nasriyyah, apabila jabatan dan

30

jawatan-jawatan pentadbiran yang merangkumi aspek politik, kewangan, ketenteraan,
dan sebagainya dibentuk. Antaranya ialah al-Dawlah, al-Kuttab, al-Wulah al-Jund dan
lain-lain.

4. Hubungan Diplomatik
• Hubungan diplomatik dilaksanakan bertujuan untuk mengelakkan tekanan dan ancaman
kerajaan- kerajaan Kristian di Andalusia. Bagi mewujudkan situasi politik yang stabil,
kerajaan Islam Andalusia mengadakan perjanjian damai dengan pemerintah Kristian.
Polisi ini dilaksanakan oleh kerajaan Muwahiddun dengan menandatangi perjanjian
damai bersama Raja Leon dan Castile. Perjanjian damai ini bertahan selama 10 tahun.
• Semasa pemerintahan Ibn Hud, khalifah al-Mustansir, pemerintah kerajaan Abasiyyah di
Baghdad telah mengiktiraf pemerintahan Islamiah Ibn Hud di wilayah-wilayah yang
dikuasai.
• Pada tahun 1246 Masihi, pemerintah kerajaan Nasriyyah, Ibn al-Ahmar telah
menandatangani perjanjian damai dengan pemerintah Kristian. Berdasarkan perjanjian
tersebut, Ibn al-Ahmar sedia membayar ufti dan menyerahkan wilayah Jaen, Arjona,
Porcuna, Priego, Higuera, dan La Frontera kepada Ferdinand III, pemerintah Castille.
Tindakan ini bertujuan untuk mengekalkan Ibn al-Ahmar sebagai pemerintah tunggal di
Granada dan menjamin pengekalan pemerintahan kerajaan Islam Nasriyyah di
Andalusia.

5. Dasar Liberal
• Pelaksanaan dasar liberal dalam sistem pemerintahan bertujuan untuk menjamin
keutuhan dan kekuatan kerajaan Islam di Andalusia. Pentadbiran kerajaan Muwahiddun
pada peringkat pusat dan wilayah adalah berasaskan sumber perundangan Mazhab
Maliki, walau bagaimanapun, pemerintah-pemerintah kerajaan Muwahiddun tidak
memihak kepada mana-mana mazhab. Dasar liberal ini membolehkan kerajaan
Muwahiddun mendapat sokongan masyarakat Islam sepenuhnya.
• Dasar liberal kerajaan Nasriyyah dapat dilihat menerusi layanan yang baik kepada
masyarakat bukan Islam di Granada. Sokongan yang diterima ini membolehkan 22
pemerintah kerajaan Nasriyyah bertahan di Granada dan mencapai zaman
kegemilangan semasa berada di bawah pentadbiran Raja Yusuf I dan Sultan Muhammad
V.

Kesimpulan

31

1. Pemerintah kerajaan Kristian yang diketuai oleh Ratu Isabella dan Raja Ferdinand telah
melancarkan Gerakan Reconquista iaitu Gerakan menyelamatkan Sepanyol [Andalusia]
daripada kekuasaan Islam.

2. Pada tahun 1492 Masihi, kerajaan Nasriyyah menyerahkan Granada secara rasmi kepada
pihak Kristian dan ini telah menamatkan pemerintahan kerajaan Islam di Andalusia.

SOALAN 11: ISLAM ADALAH AGAMA KEDAMAIAN YANG CINTA AKAN KEAMANAN.
BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT BERDASARKAN ETIKA PEPERANGAN DALAM
ISLAM.

Pendahuluan

1. Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan terhadap
wilayah atau negara lain tanpa sebab yang munasabah.

2. Hal ini kerana Islam ialah agama perdamaian yang cinta akan keamanan.
3. Namun begitu, apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib

mengangkat senjata untuk mengelakkan maruah dipermainkan pihak musuh.
4. Hal ini selaras dengan wahyu yang telah diturunkan oleh Allah SWT yang membenarkan

Nabi Muhammad s.a.w berperang.
5. Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam perlu

mematuhi etika peperangan yang telah ditetapkan sama ada sebelum, semasa atau selepas
perang.

Isi-isi utama

1. Memberi pilihan sebelum berperang
• Sebelum berperang manusia/musuh hendaklah diseru atau diajak kepada Islam,
berdamai atau berperang
• Dilaksanakan semasa zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur
wilayah Hirah. Penduduk diberikan tiga pilihan iaitu menganut agama Islam, berdamai
atau berperang.
• Sekiranya musuh sudah mengikat perjanjian damai, mereka termasuk dalam golongan
yang tidak boleh diperangi
• Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan
kerajaan Islam perlu membayar jizyah sebagai simbol balasan kerana kerajaan Islam
melindungi harta dan nyawa mereka.

32

• Peperangan hanya akan berlaku sekiranya pihak musuh masih berkeras dan memulakan
serangan.

• Hal ini jelas membuktikan bahawa Islam tidak menggalakkan peperangan dan
peperangan hanya akan berlaku selepas usaha untuk mengelakkannya gagal

2. Memerangi musuh seandainya orang Islam diperangi terlebih dahulu
• Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi
terlebih dahulu.
• Etika ini dapat dilihat dalam perang Badar, iaitu peperangan yang pertama antara umat
Islam Madinah dengan orang musyrikin Mekah
• Tentera Islam hanya menunggu serangan daripada musuh yang menceroboh kawasan
perkhemahan tentera Islam.
• Selepas itu barulah berlaku peperangan secara terbuka dan menyeluruh antara tentera
musyrikin Mekah dengan tentera Islam Madinah
• Jelaslah bahawa tentera Islam tidak memulakan peperangan tetapi tidak akan berdiam
diri sekiranya diserang oleh pihak musuh

3. Mentaati arahan pemimpin atau ketua
• Etika yang terpenting semasa peperangan sedang berlaku
• Etika ini berhubung kait dengan disiplin yang diterapkan dalam kalangan tentera Islam
• Tentera Islam juga tidak boleh lari atau meninggalkan medan peperangan melainkan
dengan keizinan ketua
• Semua anggota tentera wajib akur kepada arahan pemimpin atau ketua untuk
memastikan segala perancangan yang telah diatur mencapai matlamat
• Selain itu untuk mengelakkan berlakunya perpecahan dan sesuatu yang tidak diingini
dalam kalangan anggota tentera semasa peperangan
• Kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 Hijrah berpunca daripada
tentera Islam yang tidak akur dengan arahan pemimpin
• Tentera pemanah telah meninggalkan posisi mereka di Bukit Uhud untuk mengambil
harta benda dan makanan yang ditinggalkan oleh pihak musuh
• Pihak musuh mengambil kesempatan dan melakukan serangan balas
• Jelaslah bahawa kegagalan mematuhi arahan pemimpin dan mementingkan tujuan lain
semasa peperangan telah mengakibatkan pihak musuh beroleh kemenangan.

4. Tidak boleh memerangi golongan yang lemah
• Dalam ekspedisi ketenteraan, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yang tidak
memiliki kekuatan dan daya usaha.

33

• Contohnya, kanak-kanak, golongan wanita, orang tua, orang cacat atau lumpuh serta
paderi atau pendeta.

• Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin golongan ini tidak dikenakan jizyah kerana dianggap
tidak mengancam keselamatan negara Islam

• Namun begitu, jika golongan ini memainkan peranan penting sebagai penggerak atau
pencetus peperangan, tentera Islam boleh mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai
tindak balas

• Jelaslah etika ini membuktikan bahawa Islam bukanlah bersifat kejam dan mementingkan
kebajikan walaupun terhadap musuh. Hal ini juga menunjukkan bahawa Islam
mempunyai nilai moral yang tinggi.

5. Larangan merosakkan harta benda
• Tentera Islam dilarang merosakkan atau memusnahkan harta benda penduduk dan
kemudahan awam kecuali dalam keadaan darurat
• Tentera Islam dianjurkan supaya menjaga keadaan alam sekitar supaya berada seperti
dalam keadaan sedia kala
• Contoh perbuatan yang dilarang seperti membakar rumah penduduk, rumah ibadat dan
kebun-kebun, dan memotong pokok
• Hal ini bukan sahaja melibatkan kepentingan awam malah menyebabkan berlakunya
pembaziran dan menjejaskan matlamat peperangan.
• Larangan ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan
• Hal ini dibuktikan dalam peristiwa pengepungan kota Ta’if oleh Nabi Muhammad SAW.
Dalam kejadian tersebut, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik oleh tentera
Islam.
• Jelaslah di sini bahawa, larangan memusnahkan atau merosakkan harta benda selaras
dengan anjuran Islam yang tidak suka akan kemusnahan dan kehancuran tetapi lebih
kepada mempertahankan maruah agama Islam dan negara.

6. Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
• Antara larangan tersebut ialah tentera Islam tidak boleh mencincang mayat atau musuh
yang terbunuh.
• Etika ini jelas menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang suci dan menolak tindakan
yang boleh mengaibkan seseorang sama ketika masih hidup ataupun setelah meninggal
dunia.
• Islam melarang keras tindakan mengaibkan musuh sebagaimana yang telah dilakukan
oleh Hindun bt Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi Muhammad
SAW yang syahid dalam Perang Uhud pada tahun 3 Hijrah

34

• Jelaslah bahawa Islam sentiasa menghormati orang lain sama ada kawan atau pun
musuh, sama ada hidup ataupun sudah meninggal dunia.

7. Layanan baik terhadap tawanan perang
• Tentera Islam dilarang menyiksa atau membunuh tawanan perang
sewenang-wenangnya.
• Tentera Islam dikehendaki melayan musuh yang berjaya dikalahkan dan ditawan dengan
baik.
• Hal ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
• Baginda menggunakan cara diplomasi semasa dalam melayan tawanan perang.
• Contohnya, Tawanan perang Badar yang tidak mampu tetapi mempunyai pengetahuan
boleh menebus diri dengan mengajar ilmu pengetahuan kepada 10 anak muslimin
Madinah sehingga pandai atau membayar sejumlah wang yang tertentu sebagai
tebusan diri mengikut keadaan bagi yang berkemampuan
• Tindakan Nabi Muhammad SAW memberikan pengampunan kepada tawanan ketika
peristiwa pembukaan kota Mekah
• Kaedah yang digunakan ini berjaya menarik ramai musuh Islam untuk menerima agama
Islam.
• Jelaslah, dengan melayan tawanan perang dengan baik, Islam terus tersebar dan dapat
diterima oleh mereka yang sebelum ini menentang Islam.

Kesimpulan
1. Ternyata etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam bukan sahaja memberikan kesan

yang positif kepada tentera-tentera Islam, malah menjadi saluran untuk penyebaran dakwah
Islam.
2. Etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam telah menaikkan imej Islam di mata
masyarakat bukan Islam.
3. Selain itu, etika perang yang diamalkan oleh tentera Islam juga telah menarik minat ramai
musuh Islam untuk menerima agama ini.

SOALAN 12: BINCANGKAN STRATEGI PEPERANGAN TENTERA ISLAM PADA ZAMAN
NABI MUHAMMAD SAW.

Pendahuluan

1. Islam tidak menggalakkan peperangan,namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan
umat Islam mengangkat senjata,Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera.

35

2. Matlamat penubuhan angkatan tentera adalah untuk mempertahankan negara,kesucian
agama Islam dan menegakkan hukum Allah.

3. Pada zaman Nabi Muhammad SAW ,peperangan dibahagikan kepada dua iaitu sariyah dan
ghazwah.

4. Antara peperangan yang terkenal pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah Perang
Badar,Perang Uhud dan Perang Khandak.

5. Terdapat pelbagai strategi peperangan tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Isi- isi utama

1. Strategi : Menguasai tempat strategik
• Berlaku semasa Perang Badar pada 17 Ramadan tahun ke- 2 Hijrah atau 624 Masihi
antara tentera Islam dan tentera Quraisy
• Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Quraisy kerana mereka bertindak pantas
menguasai kawasan strategik iaitu kawasan punca air .
• Akhirnya musuh kehabisan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh benteng
tentera Islam dalam keadaan lemah.
• Kebijaksanaan tentera Islam menguasai Lembah Badar terlebih dahulu telah
menyebabkan kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

2. Strategi : Bertahan dan menggali parit
• Berlaku semasa Perang Khandak atau Perang al-Ahzab pada bulan Syawal tahun ke-
5 Hijrah.
• Tentera Islam membina benteng pertahanan dengan menggali parit di sekeliling Kota
Madinah.
• Strategi ini digunakan berikutan cadangan daripada seorang sahabat iaitu Salman
al-Farisi.
• Parit ini telah menghalang tentera musuh daripada memasuki Kota Madinah ,manakala
tentera Islam bertahan di dalam kota.
• Strategi ini ternyata telah membawa kejayaan kepada tentera Islam dan mengelirukan
pihak musuh serta memaksa mereka berundur dari medan peperangan.

3. Strategi : Menempatkan pasukan pemanah di atas bukit.
• Berlaku semasa Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah atau 625 Masihi.
• Dalam perang ini tentera berjalan kaki akan disokong oleh pasukan pemanah yang
diletakkan di atas Bukit Uhud.

36

• Strategi ini berjaya berjaya mengalahkan musuh pada peringkat awal.
• Namun,pada peringkat akhir tentera Islam tewas.
• Ini disebabkan mereka dikaburi oleh harta musuh yang bertaburan menyebabkan

mereka meninggalkan posisi masing-masing,sekali gus melanggar arahan Nabi
Muhammad SAW.

4. Strategi: Penyamaran/Tipu helah
• Strategi ini digunakan dalam Perang Khandak.
• Nu’aim bin Mas’ud telah diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan musuh serta
kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi.
• Nu’aim telah menyamar sebagai musuh Islam.
• Akhirnya pakatan antara tentera Quraisy dan Yahudi berjaya dipecah belahkan.
• Strategi ini juga memberi kelebihan kepada tentera Islam dan membawa kejayaan.

5. Strategi : Memeterai perjanjian persahabatan dengan musuh
• Nabi Muhammad SAW telah mengadakan Perjanjian Hudaibiyah dengan pihak Quraisy
Makkah.
• Perjanjian ini dipertikaikan oleh para sahabat kerana syarat-syarat yang dikatakan tidak
adil bagi umat Islam.
• Namun,Nabi Muhammad SAW tetap menerima syarat-syarat yang terkandung dalam
Perjanjian tersebut kerana yakin umat Islam akan menang.
• Telahan Nabi Muhammad SAW tepat kerana pihak Quraisy Makkah mencabuli perjanjian
tersebut.
• Kesannya,Nabi Muhammad SAW dan 10 000 tentera Islam berjaya membuka Kota
Makkah tanpa pertumpahan darah pada 10 Ramadan tahun ke- 8 Hijrah atau 630
Masihi.

Kesimpulan

1. Terdapat pelbagai strategi yang digunakan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad
SAW.

2. Dengan menggunakan strategi yang bijak dan berkesan, tentera Islam berjaya
mengalahkan musuh Islam.

3. Kejayaan ini jelas menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam peperangan.
4. Strategi yang digunakan pada zaman Nabi Muhammad SAW diwarisi oleh pemerintah

Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin bagi menundukkan kerajaan Rom dan Parsi.

37

SOALAN 13: BINCANGKAN SISTEM KETENTERAAN YANG DILAKSANAKAN PADA
ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN PADA ABAD KE-7 MASIHI.

Pendahuluan

1. Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat dielakkan
seandainya agama, negara dan maruah diri umat Islam diancam oleh musuh.

2. Sistem ketenteraan pada zaman Khulafa al-Rasyidin mengalami pemodenan seiring
dengan perkembangan dan cabaran semasa khasnya dalam menghadapi kuasa Rom dan
Parsi.

Isi-isi Utama

1. Pentadbiran Ketenteraan
• Khulafa al-Rasyidin merupakan pemerintah atau panglima tertinggi dalam angkatan
tentera Islam.
• Para khalifah akan melantik panglima-panglima tentera dan menentukan
serangan-serangan terhadap pasukan musuh setelah mendapat pandangan majlis
syura.

2. Jenis Tentera
• Tentera dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pasukan berkuda, pasukan
pejalan kaki, pasukan perkhidmatan, pasukan peninjau dan peninjau sayap belakang.

3. Pembahagian Tentera
• Seseorang ketua kumpulan dilantik bagi setiap sepuluh orang tentera. Seorang leftenan
(Qaid) dilantik bagi setiap seratus orang tentera. Seorang Pegawai Pemerintah (Amir)
dilantik bagi beberapa orang leftenan. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, terbentuk
satu lagi sistem penyusunan tentera dipanggil kurdus atau tentera berpasukan. Setiap
satu kurdus mengandungi antara 300 hingga 600 orang tentera.
• Ketua Turus Angkatan Angkatan Tentera buat pertama kalinya dilantik oleh Khulafa
al-Rasyidin. Ketua inilah juga diberi mandat untuk melantik timbalannya. Di akhir
pemerintahan khalifah Umar, beliau sendiri yang melantik timbalan-timbalan tersebut.

4. Peralatan Perang

38

• Tentera Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin memakai perisai, pedang, lembing,
tombak dan panah.

• Pasukan berkuda memakai baju besi dan topi besi.
• Pasukan pejalan kaki memakai seluar dan berkasut. Pasukan tentera Eropah pada hari

ini meniru pakaian tentera Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
• Semasa peperangan, gendang digunakan untuk menaikkan semangat tentera.

5. Markas Tentera
• Kem-kem tentera yang terbesar pada zaman Khulafa al-Rasyidin terletak di Basrah,
Kufah (Iraq), Fustat (Mesir), Qairawan (Afrika) dan Mansurah(Sind).

6. Kebajikan Tentera
• Khulafa al-Rasyidin berusaha memberi segala kemudahan untuk keselesaan tentera
Islam.
• Perhatian khusus diberikan bagi memastikan tahap kesihatan tentera Islam berada di
paras memuaskan.
• Berek tentera Islam agak luas dan selesa serta dibina di tempat-tempat yang terjamin
kesihatan alam sekitarnya.
• Setiap tentera diletakkan di bawah jagaan doktor untu menjaga kesihatannya.
• Gaji tentera Islam mula dikuatkuasakan pada zaman Khalifah Umar. Mengikut skim ini,
setiap tentera Islam akan menerima antara 3000 hingga 5000 dirham setahun. Ahl
al-Ayyam (askar-askar veteran) pula menerima sebanyak 3000 dirham setahun. Tentera
Rawadif (junior) menerima antara 1500 hingga 2000 dirham setahun.
• Tentera Islam pada masa itu dibayar gaji yang diambil dari zakat dan cukai. 600 dirham
adalah gaji purata bagi seorang tentera dalam masa setahun.
• Keluarga tentera juga diberikan makanan, pakaian dan kasut percuma.
• Selepas berlaku sesuatu peperangan, harta rampasan perang (ghanimah) sebanyak
empat perlima juga dibahagikan kepada tentera yang berjuang.

7. Tentera Laut
• Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, wilayah-wilayah Islam semakin meluas hingga ke
Mesir, seluruh Teluk Parsi dan lain-lain kawasan.
• Pada zaman inilah umat Islam menguasai pelabuhan-pelabuhan tumpuan pedagang
seperti Oballah di Teluk Parsi. Umat Islam kemudiannya menguasai Laut Merah dan Laut
Mediterranean. Demi meluaskan lagi wilayah Islam dan menentang kekuasaan Rom, laut
digunakan untuk mencapai matlamat berkenaan.

39

• Pada peringkat permulaan, Khalifah Umar sendiri enggan menerima cadangan yang
dikemukakan oleh Muawiyyah, gabenor Damsyik agar menggunakan angkatan tentera
Islam melalui laut untuk menewaskan tentera Rom yang menguasai lautan ketika itu.
Khalifah Umar kurang yakin dengan kebolehan umat Islam untuk berperang di laut
ekoran kemalangan yang berlaku ke atas sekumpulan tentera Islam yang menyeberangi
Laut Merah pada zaman beliau.

• Namun khalifah Umar berubah fikiran apabila negara Islam memerlukan makanan dari
Mesir. Jalan darat bukan sahaja jauh tetapi memakan masa yang sangat lama. Justeru
itulah, beliau telah mengarahkan digali terusan sejauh 69 batu dari sungai Nil ke Laut
Merah. Sebanyak 20 buah kapal telah belayar melalui terusan tersebut yang membawa
bekalan makanan dari Mesir ke Laut Merah dan sampai di Madinah dengan selamat.

• Serangan tentera Islam melalui lautan (Teluk Parsi) buat pertama kalinya dilancarkan di
bawah pemerintahan Umar yang diketuai oleh al-ala bin al-Hadrami, gabenor Bahrain
menentang tentera Parsi. Namun serangan melalui laut itu dilancarkan tanpa terlebih
dahulu mendapat keizinan khalifah Umar dan berakhir dengan kekalahan.

• Zaman penguasaan tentera laut Islam dalam erti kata sebenarnya bermula pada zaman
pemerintahan Khalifah Uthman. Panglima Laut Islam pertama ialah Abdullah bin Qays
Harith yang pernah melancarkan 50 serangan ke atas beberapa sasaran armada tentera
Rom.

• Serangan tentera laut Islam seterusnya oleh Muawiyyah dan Abdullah yang melancarkan
serangan ke atas Kepulauan Cyprus yang dikuasai Rom pada tahun 28H. Lautan
Mediterranean secara beransur-ansur dapat dikuasai oleh tentera laut Islam. Pada tahun
31H (652M), Muawiyyah telah menghantar ekspedesi tentera laut yang mengandungi
600 buah kapal bagi menentang tentera Rom.

• Hakam telah dilantik oleh khalifah Uthman supaya gabenor di Bahrain dan diarahkan
supaya menyediakan persiapan angkatan tentera laut untuk melancarkan serangan ke
atas India. Beberapa pelabuhan India telah diserang oleh beliau seperti Thana, Bahroch
dan lain-lain. Mughirah bin Abi al-As telah diutuskan mengetuai satu pasukan tentera laut
untuk menyerang Dabul (Thatta), salah sebuah pelabuhan di Sind, India.

Kesimpulan

1. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, wilayah kekuasaan Islam semakin luas ekoran
kemenangan demi kemenangan yang diperolehi dalam pelbagai siri peperangan.

2. Kejayaan ini didorong oleh kepimpinan, organisasi, strategi dan peralatan ketenteraan
Islam yang mantap di samping kekuatan akhidah dan semangat jihad yang jitu dalam
kalangan tentera Islam.

40

SOALAN 14: BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH STRATEGIK YANG DIAMBIL OLEH
SULTAN MUHAMMAD AL FATEH DALAM USAHA BAGINDA MENAKLUK KOTA
CONSTANTINOPLE PADA ABAD KE 15 MASIHI.

Pendahuluan

1. Nama sebenar ialah Muhammad bin Murad bin Muhamad bin Biyazid. Dilahirkan pada 29
Mac 1432M di Adraniapolis.

2. Menaiki takhta pada usia 19 tahun sebagai Sultan ke-7 menggantikan bapanya Sultan
Murad 11.

3. Seorang pemerintah yang berani, tegas, berdedikasi, peramah dan menghormati orang lain.
Baginda juga seorang panglima yang agung dan telah memimpin sebanyak 25 siri
peperangan.

4. Digelar Muhammad al-Fatih yang bermaksud penakluk atau pembuka kerana kejayaannya
menakluk kota Constantinople yang terletak di bawah pemerintah kerajaan Rom.

Isi – isi utama
Persiapan Membebaskan Kota Constantinople

1. Mengkaji Strategi
• Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota
Konstantinople pada setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.
• Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta
berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai
digunakan.

2. Pembinaan Angkatan Tentera
• Baginda telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka
yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain pada zaman itu. Para
mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian
Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Constantinople itu nanti.

3. Pembinaan Peralatan Perang Moden
• Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan
senjatanya. Beliau telah mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama
Orban.

41

• Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyur. Catatan
menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar pada zaman berkenaan.
Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya.
Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.

4. Pembinaan Benteng Rumeli Hissari
• Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota
Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina
bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina
oleh Sultan Biyazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang
melintasi Selat Bosphorus.

5. Perjanjian Bersekutu
• Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian
dengan musuh-musuh yang lain.
• Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada
musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan.
• Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk
memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

6. Pakar Motivasi
• Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi
membakar semangat jihad tenteranya.
• Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, baginda mengarahkan
dilaungkan azan dan solat berjemaah.
• Tentera Byzantin gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin
mereka dengan laungan suara takbir yang bergema.

Melancarkan Serangan Ke Atas Constantinople

1. Menghantar Utusan Kepada Raja Byzantin
• Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta baginda menyerah.
Keengganan baginda menyebabkan kota tersebut dikepung.
• Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama
48 hari. Sesetengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

2. Menara Bergerak

42

• Seterusnya baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari
dinding kubu Byzantin dan memuatkan ratusan tentera.

• Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi
dinding kubu mereka.

3. Bantuan Dari Pope Vatican
• Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan
tentera kepada kerajaan Byzantin.
• Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan
armada Uthmaniyyah.
• Hal ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.

4. Taktik Terhebat
• Tentera Laut Uthmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di
pintu masuk Golden Horn.
• Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantin dan Eropah
yang tiba untuk membantu,
• Walau bagaimanapun usaha ini tidak berjaya dan ia memberikan semangat kepada
penduduk kota Constantinople
• Hasil munajat kepada Allah yang berterusan, Sultan Muhammad Al Fatih telah
mendapat ilham agar memindahkan kapal-kapal perang dari pengkalan di Besiktas ke
Teluk Golden Horn.
• Proses ini dilakukan dengan menyeret kapal-kapal itu melalui jalan darat yang terletak
antara dua pelabuhan yang berjarak 3 batu.
• Yang paling mencabar, jalan darat yang bakal diseret kapal itu bukan tanah datar dan
mudah dilalui, akan tetapi tanah perbukitan yang belum diterokai.
• Baginda telah menitahkan agar tanah itu terlebih dahulu diratakan dan hebatnya proses
ini memakan masa beberapa jam sahaja.
• Kemudian, papan-papan kayu yang sudah dilumuri minyak dan lemak digunakan untuk
menggerakkan kapal.
• Hasilnya, hanya dalam satu malam sahaja lebih 70 buah kapal berjaya dipindahkan dan
diluncurkan ke Teluk Golden Horn.
• Strategi ini sangat mengkagumkan dan memberi kejutan kepada Kerajaan Byzantin
yang sukar mempercayai bahawa kapal-kapal Uthmaniyyah telah berada di Teluk
Golden Horn.
• Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam tentera
Uthmaniyyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah.

43

• Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberi semangat kepada
tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah SAW dan
bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.

5. Memanjat dan Melastik Dinding Kota
• Keesokan paginya tentera Uthmaniyyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan
tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar.
• Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid.
• Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga
tengahari.

6. Penawanan Constantinople
• Setelah mengepung selama 53 hari, akhirnya pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople
jatuh ke tangan tentera Islam.
• Baginda menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhan).
• Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.
• Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud
syukur.
• Semenjak peristiwa inilah baginda diberi gelaran ‘Al Fatih’ iaitu yang menang kerana
kejayaannya membebaskan Kota Constantinople dari kekuasaan kerajaan Rom.

Kesimpulan

1. Sultan Muhammad Al Fatih adalah seorang genius yang telah menyusun strategi dengan
baik dan bersedia menukar taktikal perang di saat-saat genting.

2. Kejayaan baginda menawan Kota Constantinople telah membawa kepada satu peristiwa
besar sehingga baginda digelar al fatih yang membawa maksud kemenangan.

SOALAN 15: BINCANGKAN PELAKSANAAN NAUNGAN MELALUI JIZYAH PADA ZAMAN
KHALIFAH AL RASYIDIN PADA ABAD KE-7 MASIHI.

Pendahuluan

1. Jizyah bermaksud ganti rugi atau cukai perlindungan. Ia merupakan pemberian ufti oleh
seseorang individu atau kerajaan bukan Islam kepada kerajaan Islam sebagai simbol
naungan di bawah kerajaan Islam.

44

2. Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas kafir Zimmi yang menerima
perlindungan nyawa dan harta benda daripada pemerintah Islam.

3. Orang bukan Islam yang membayar jizyah akan mendapat hak yang sama dengan orang
Islam dan mendapat kebebasan beragama.

4. Mereka yang telah memeluk Islam tidak akan dikenakan jizyah.
5. Pelaksanaan jizyah melalui naungan dilakukan sewaktu pemerintahan khalifah al-Rasyidin

yang berpusat di Madinah. Empat orang khalifah al –Rasyidin iaitu Abu Bakar As-Siddiq,
Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan dan Ali bin Abi Talib.

Isi- isi utama

1. Pengurusan Jizyah
• Golongan yang dikenakan jizyah ialah kafir zimmi yang memenuhi syarat iaitu lelaki, sihat
fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka dan bukan ahli agama sebagai
balasan perlindungan atau keselamatan jiwa dan harta yang mereka peroleh dari negara
Islam
• Sekiranya seseorang kafir zimmi itu memeluk Islam atau kerajaan Islam gagal memberi
jaminan keselamatn maka kewajipan membayar jizyah akan gugur
• Selain itu, jizyah terbahagi dua iaitu secara rela dan paksaan. Jizyah secara rela ialah
pembayaran atas kerelaan antara bukan Islam dan kerajaan Islam, manakala jizyah
paksaan ialah kadar bayaran yang ditentukan oleh kerajaan Islam
• Jizyah akan dibayar setiap awal tahun dan kadar minimumnya satu dinar. Menurut
mazhab Hanafi dan Hambali kadarnya antara 12 hingga 48 dirham bergantung kepada
status dan kemampuan seseorang
• Antara contoh kerajaan yang membayar jizyah ialah kerajaan Baitulmuqaddis pada
zaman pemerintahan Umar al-Khattab
• Pengurusan jizyah ini ternyata tidak membebankan kerajaan yang dinaungi oleh
kerajaan Islam.

2. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
• Amalan pungutan jizyah dilakukan pada zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq
• Pada zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq, sebelum berperang beliau memberi tiga
pilihan kepada penduduk Iraq dan Syria iaitu memeluk Islam, membayar jizyah atau
berperang
• Beliau berjaya mengalahkan beberapa wilayah seperti Iraq dan Syria di mana
pemimpinnya bersetuju membayar jizyah sebanyak 19 ribu dirham kepada kerajaan
Islam di Madinah.

45

• Manakala apabila panglima Khalid bin al-Walid menawan kerajaan di Hirah, al-Anbar dan
Ain al-Tamar dalam ekspedisi ke Daumat al-Jandal, wilayah berkenaan rela membayar
jizyah sebanyak satu dinar setiap individu.

• Tegasnya, pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah berkenaan telah dapat menjamin
keselamatan diri dan harta benda mereka.

3. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Umar al-Khattab
• Pungutan jizyah meningkat kesan daripada ekspedisi ketenteraan yang dijalankan oleh
Khalifah Umar al-Khattab seperti di Mesir,Iraq dan Syam.
• Bagi melicinkan kutipan jizyah, khalifah Umar al-Khattab telah mengarahkan gabenor
melaksana dan menentukan kadar jizyah atas wilayah masing-masing
• Khalifah Umar al-Khattab telah membuat perjanjian dengan pemimpin Baitulmuqaddis,
pemerintah Babylon dan mereka bersetuju membayar jizyah dan menerima perlindungan
kerajaan Islam.
• Di Syria kadar jizyahnya ialah 1 hingga 4 dinar bergantung pada status dan kemampuan
individu, manakala penduduk Qibti di Mesir juga membayar jizyah dengan kadar 2 dinar
setahun kepada kerajaan Islam Madinah kerana bersetuju bernaung di bawah kerajaan
Islam
• Sumber jizyah yang dipungut dimasukkan ke dalam Baitulmal dan akan digunakan untuk
kepentingan negara dan rakyat seperti membayar gaji kakitangan kerajaan termasuk
tentera dan juga menyediakan kemudahan–kemudahan awam.
• Kesan daripada pembayaran jizyah ini, pendapatan negara pada zaman khalifah Umar
al-Khattab semakin bertambah dan wilayah Islam semakin berkembang.

4. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Uthman bin al-Affan
• Khalifah Uthman meneruskan pelaksanaan jizyah berikutan kawasan wilayah naungan
kerajaan Islam semakin luas.
• Kejayaan ekspedisi arahan Khalifah Uthman menyebabkan wilayah-wilayah seperti
Tarablus, Tripoli, Nubah dan Qairawan di Afrika Utara menyatakan kesanggupan untuk
berada di bawah naungan kerajaan Islam melalui pembayaran jizyah.
• Wilayah berkenaan juga setuju untuk berdamai dan sebahagian penduduknya pula
bersedia untuk menganut Islam.
• Impaknya, sumber pendapatan negara semakin bertambah.

5. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
• Pelaksanaan jizyah masih diteruskan pada zaman Khalifah Ali namun agak kabur.

46

• Situasi ini disebabkan keadaan negara yang tidak aman, berlaku pergolakan politik,
pemberontakan dan perang saudara seperti Perang Jamal dan Perang Siffin.

• Namun begitu, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat khalifah Ali kepada al-Asytar
dan al-Nakha’I agar beliau tidak menolak perjanjian damai yang diminta oleh kafir Zimmi
melalui pembayaran jizyah.

• Khalifah Ali masih menerima jizyah dari wilayah taklukan yang diwarisi dari khalifah
sebelumnya seperti Azerbaijan, Palestin dan Jordan.

• Namun, pendapatan negara melalui ijzyah berkurangan kerana terdapat beberapa
wilayah yang enggan membayar jizyah dan membebaskan diri daripada naungan
kerajaan Islam pusat seperti Mesir.

• Tegasnya, pelaksanaan jizyah masih diteruskan walaupun negara berhadapan dengan
pelbagai masalah kerana merupakan sumber pendapatan negara.

Kesimpulan
1. Pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kehebatan kerajaan Islam tetapi pada masa

yang sama dapat meningkatkan pendapatan negara.
2. Sistem ini diteruskan lagi pada zaman khalifah Umayyah dan Abbasiyah dan juga kerajaan

Islam selepasnya.

47

TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

NO SOALAN CATATAN
1 HURAIKAN KONSEP DAN CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM PADA ZAMAN

NABI MUHAMMAD SAW.
2 BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHALIFAH

AL RASYIDIN ABAD KE 7 MASIHI
3 BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHALIFAH

ABBASIYAH DARI ABAD 9 HINGGA ABAD 11 MASIHI
4 BEZAKAN ANTARA CUKAI DAN ZAKAT SERTA KEPENTINGANNYA

DALAM PEMBANGUNAN NEGARA.
5 BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN YANG DILAKSANAKAN

SEMASA PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-RASYIDIN

6 BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN ZAMAN KERAJAAN BANI
ABBASIYAH PADA ABAD KE 9 HINGGA 11 MASIHI.

7 BINCANGKAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN KHALIFAH
AL-RASYIDIN ABAD KE-7 MASIHI

8 JELASKAN KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA
ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE-9 HINGGA 11
MASIHI.

9 JELASKAN KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA
ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE-9 HINGGA 11
MASIHI.

10 JELASKAN FALSAFAH DAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN
KERAJAAN ABBASSIYAH PADA ABAD KE 11 HINGGA 12 MASIHI.

11 HURAIKAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN FARDU AIN DAN FARDU
KIFAYAH DI ACHEH PADA ABAD 16 MASIHI HINGGA 17 MASIHI.

12 BINCANGKAN PERKEMBANGAN ILMU AQLI PADA ZAMAN
KHALIFAH UMAIYAH DI ANDALUSIA DARI ABAD KE-11 HINGGA
KE-13 MASIHI

13 IMAM AL-GHAZALI TELAH MEMBERIKAN BANYAK SUMBANGAN
DALAM TAMADUN ISLAM TERUTAMANYA DALAM BIDANG ILMU
PENGETAHUAN. BINCANGKAN

14 BINCANGKAN SUMBANGAN IBNU BATTUTAH DALAM

48

PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.
15 HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA ABAD

KE-13 MASIHI
16 HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM YANG TERDAPAT PADA

ISTANA ALHAMBRA DI ANDALUSIA.
17 HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM YANG TERDAPAT PADA

ISTANA ALHAMBRA DI ANDALUSIA.
18 MERUJUK KEPADA EMPAT BUAH BANGUNAN YANG TERDAPAT

PADA ZAMAN KERAJAAN MUGHAL. BINCANGKAN KEUNIKAN
BANGUNAN BERKENAAN

SOALAN 1: HURAIKAN KONSEP DAN CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM PADA ZAMAN NABI
MUHAMMAD SAW.

Pendahuluan

1. Ekonomi menurut pandangan Islam ialah mengkaji aktiviti manusia yang selaras dengan
tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri,
masyarakat, dan negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

2. Ini menjelaskan bahawa ekonomi Islam adalah menyeluruh yang merangkumi aspek rohani
dan jasmani. Malahan, memperlihatkan bahawa asas ekonom Islam tidak dipisahkan dengan
ilmu agama.

3. Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan contoh dan adab peraturan dalam urusan
perniagaan iaitu: mendapatkan dan menikmati rezeki secara halal, mengharamkan
perniagaan barangan dan perkhidmatan yang haram, berkelakuan baik semasa berurus
niaga, menjauhkan diri daripada amalan riba, dan menjalankan urusniaga dengan jujur dan
amanah.

4. Contoh dan adab ini merupakan usaha Nabi Muhammad S.A.W untuk memantapkan
ekonomi Islam khususnya di Madinah.

Isi-isi utama

1. KONSEP EKONOMI ISLAM
• Konsep rububiyyah (ketuhanan) menjadi konsep utama yang menekankan sifat Allah
s.w.t. sebagai Penguasa yang membuat peraturan dan bertujuan menjaga dan

49

memelihara kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Hanya Allah s.w.t.
sahaja yang mengerti perjalanan dan pengisian yang terbaik untuk alam dan
makhluk-Nya. Dalam konteks ekonomi, ia merupakan peraturan yang ditetapkan Allah
s.w.t. bagi meningkatkan kualiti kehidupan manusia di dunia untuk menjadi bekalan alam
akhirat.
• Konsep tazkiyah (kesucian jiwa) yang berkait rapat dengan proses pembentukan
sahsiah dan akhlak. Para rasul yang diutus adalah untuk memurnikan dan mensucikan
hati nurani manusia dalam hubungannya dengan Allah s.w.t., manusia, dan alam. Aspek
Tazkiyah berkaitan dengan tanggungjawab mengeluarkan zakat dan bersedekah.
• Konsep ubudiyah (kehambaan). Manusia sebagai hamba Allah dan khalifah disuruh
menerima dan patuh segala suruhan Allah. Manusia sebagai khalifah Allah adalah
pemegang amanah yang bertanggungjawab memakmurkan dunia dengan unsusr-unsur
tauhid dan rububiyyah.
• Persaudaraan dan pengorbanan sesama manusia. Perhubungan sesama manusia
adalah berdasarkan unsur persaudaraan, kasih sayang, hormat-menghormati serta
tanggungjawab dan rela berkorban demi agama, masyarakat dan negara. Hal ini akan
mendorong kepada nilai-nilai murni dan memupuk keamanan sejagat. Dengan ini,
manusia akan mengurus aktiviti ekonominya dengan cara yang diredhai Allah s.w.t..
Maka, dalam ekonomi Islam, tiada konsep tindas-menindas, memeras, mengeksploitasi,
sifat bakhil, dan sifat-sifat negatif yang lain.

2. CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM

1. Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t
• Dalam sistem ekonomi Islam, tujuan utama setiap aktiviti pelaburan, perusahaan dan
seumpamanya adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Dalam konteks ini, tiada
sebarang aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan selain dasar ini.
• Oleh itu, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah, bertanggungjawab, dan
tidak mengetepikan aspek-aspek kebajikan masyarakat.
• Pembahagian ekonomi adalah adil dan saksama dalam kalangan masyarakat Madinah.
Pengagihan ekonomi dilakukan melalui kewajipan berzakat dan menggalakkan
bersedekah.

2.Matlamat jangka panjang diutamakan
• Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan
kepada masyarakat.
• Bagi individu yang mengusahakan perniagaan, matlamat jangka panjang dalam aktiviti
ekonomi adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.

50


Click to View FlipBook Version