The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdsokrisaad, 2021-08-19 01:25:35

MODUL SEJARAH SEM 2 2021

UNTUK PELAJAR SEMESTER 2

• Contohnya; bumbung, kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar
berwarna putih serta seni mozek yang indah. Sebanyak 43 jenis batu permata
termasuk berlian, jed, kristal, topaz dan nilam digunakan

• Contoh lain ialah Istana Fatehpur Sikri yang didirikan oleh Maharaja Akbar dibina
daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar

• Penggunaan bahan-bahan binaan tersebut dapat menjamin keindahan yang
menakjubkan serta kukuh sehingga berabad-abad lamanya.

4. Kompleks pelbagai guna
• Pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks yang mengandungi pelbagai
kemudahan
• Contohnya, Kompleks Fatehpur Sikri iaitu merupakan sebuah bandar. Kompleks ini
mengandungi istana, pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan sekolah, kawasan
permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah
pekerja, hospital dan bilik rekod
• Contoh lain ialah Kota Agra yang mengandungi pelbagai kemudahan termasuk masjid
dan istana serta Istana Taj Mahal yang terdapat bahagian makam, dewan, taman
rekreasi, masjid dan menara tinjau
• Jelaslah bahawa seni bina Islam bukan sahaja unik dan istimewa tetapi juga
menyediakan pelbagai kemudahan.

5. Ciri keselamatan
• Seni bina Islam juga menitik beratkan ciri keselamatan
• Terdapat pintu gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan kawasan lapang yang
memisahkan pintu gerbang kedua dengan bangunan istana. Contohnya; istana di
Fatehpur Sikri. Manakala istana Taj Mahal pula mempunyai menara tinjau.
• Tegasnya, ciri-ciri keselamatan juga diberi keutamaan untuk mengelakkan sebarang
ancaman.

6. Menara tinggi yang dihiasi indah
• Bangunan masjid zaman Kerajaan Moghul turut dilengkapi dengan menara-menara
yang dihiasi indah
• Menara Qutubminar yang mencecah 70 meter tinggi dan terdiri daripada lima tingkat
• Selain itu terdapat empat menara yang mempunyai ketinggian lebih kurang 46 meter
menghiasi setiap penjuru Taj Mahal
• Masjid Jamek pula mempunyai dua menara setinggi 40 meter dan terdapat tiga pintu
gerbang utama

101

• Tegasnya, pembinaan menara yang tinggi menambah keindahan dan keunikannya.

7. Dilengkapi Pancutan air dan taman bunga
• Unsur pancutan air dalam seni bina taman bunga di India membuktikan adanya
pengaruh tamadun Islam khasnya Arab
• Kebanyakan bangunan istana Kesultanan Moghul dihiasi taman-taman bunga yang
indah dihiasi pancutan air
• Contohnya, pada zaman pemerintahan Syah Jehan banyak taman-taman bunga
didirikan seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore, Taman Dara Shikoh di Kashmir
dan Taman Shalamar Bagh di Delhi. Taj Mahal pula didirikan di hujung sebuah taman
yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan. Seni bina di
India mementingkan keindahan sesuai dengan Islam yang suka akan keindahan dan
kebersihan.

8. Berkonsepkan Masjid
• Setiap masjid mempunyai kubah berbentuk bawang dan bunga teratai yang puncaknya
meruncing.
• Kubah Istana Taj Mahal berbentuk octagon yang diapit oleh empat menara meruncing
• Masjid Jamek Delhi pula mempunyai tiga kubah yang dihiasi marmar hitam dan putih.
Bahagian atasnya berhiaskan emas
• Kubu Kota Merah dilengkapi pembinaan dua buah kubah
• Manakala Makam Humayun mempunyai kubah dan mihrab yang berkonsepkan masjid.
• Jelaslah bahawa binaan yang berkonsepkan masjid seperti kubah dan mihrab itu dibina
kerana masjid dan tamadun Islam mempunyai ikatan yang sangat kuat.

Kesimpulan
1. Terdapat pelbagai ciri seni bina Islam di India zaman kekuasaan Mughal. Seni bina pada

zaman tersebut mengadunkan seni bina tempatan dengan Arab, Parsi dan Turki.
2. Kewujudan seni bina yang indah di Moghul membuktikan bahawa agama Islam tidak

menolak bidang kesenian selagi tidak disalahgunakan.

SOALAN 18: MERUJUK KEPADA EMPAT BUAH BANGUNAN YANG TERDAPAT PADA
ZAMAN KERAJAAN MUGHAL, BINCANGKAN KEUNIKAN BANGUNAN BERKENAAN.

Pendahuluan

102

1. Pada abad ke-19 India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil alih
kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun 1526 sehingga
tahun 1857.

2. Seni bina merupakan salah satu kegiatan seni yang digalakkan oleh agama Islam
disebabkan sifat agama Islam yang menyukai sesuatu yang indah.

3. Seni bina Mughal menduduki tempat yang paling penting dalam sejarah seni bina India,
Sultan Akhbar dan Syah Jehan merupakan raja yang aktif dalam menyumbang
perkembangan seni bina Islam pada zaman Mughal.

4. Antara keunikan seni bina Mughal ialah kubah berbentuk bulat, menara tinggi, tiang-tiang,
laman terbuka, dll. Batu pasir merah digunakan untuk pembinaan bangunan-bangunan
di peringkat asal manakala marmar putih digunakan pada zaman kemudian di mana
penekanan lebih diberikan kepada mencantikkan bangunan menggunakan reka
bentuk berwarna, batu mahal, air emas dan perak serta ukiran-ukiran kecil.

5. Antara empat buah bangunan yang sangat unik seni bina pada zaman kerajaan Mughal
ialah istana Taj Mahal, Kubu di Agra, Makam Humayun dan Masjid Jama.

Isi- isi utama

(Keunikan bangunan Istana, kubu, Makam dan Masjid)
1. Bangunan Istana Taj Mahal

⚫ Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj
Mahal yang dikenali ‘Dream in Marble’. Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda cinta
dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz Mahal. Bangunan ini didirikan dihujung
sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan.

⚫ Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga
hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain
yang berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan.
Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.

⚫ Dari segi bahan binaan pula, kebanyakannya mahal dan bermutu tinggi. Bumbung,
kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang
indah. Sebanyak 43 jenis batu permata termasuk Berlian, Jed, Kristal, Topaz dan
Nilam telah digunakan untuk menghasilkan bangunan yang diiktiraf salah satu
daripada tujuh keajaiban dunia

⚫ Keunikan Taj Mahal ialah mempunyai taman yang indah yang dibina seluas 300meter
yang membahagikan empat quadrant kepada 16 taman bunga. Sebuah kolam air
marmar yang ditinggikan dibina di tengah-tengah taman, di separuh perjalanan
daripada Makam dan Pintu Gerbang. Kolam air marmar ini dipanggil sebagai ”al-khawd
al-khawthar” yang merujuk kepada “Telaga Al-Khausar” atau “Tank of Abundance” di

103

syurga yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad. Di sekeliling taman dihiasi dengan
pokok-pokok dan juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik kepada empat
sungai yang mengalir di syurga (Jannah) dan mengilustrasikan taman-taman syurga.
⚫ Keunikan Taj Mahal juga kerana warnanya. Taj mahal dapat merubah suasana hati
para pengunjungnya dengan berubahnya warna pada waktu yang berbeza. Pada waktu
subuh, marmar akan berwarna merah muda, di tengah hari marmar ini akan berwarna
putih berkilat, dan pada petang hari warnanya akan berubah menjadi warna mutiara
yang lembut. Pada bulan purnama, bintang di langit akan berkerlipan.
⚫ Pada musim hujan, awan mendung akan memberikan kesan warna biru. Warna biru ini
akan muncul dan hilang seperti bayangan yang melayang di atas kabus. Marmar di
dalam Taj mahal boleh menjadi kuat, mudah pecah dan ringan, boleh juga menjadi
putih, kekuning-kuningan, kelabu, dan juga emas. Berbagai wajah Taj Mahal
menandakan bahawa Taj Mahal dibangunkan dengan arkitektur yang hebat.
⚫ Taj Mahal adalah sebuah karya arkitektur yang sempurna yang menjadi inspirasi bagi
para penyair, pelukis, dan pemusik untuk mencuba dan menyematkan dalam kata,
lukisan, dan lagu. Taj Mahal merupakan seni Islam di India dan merupakan salah satu
karya agung warisan dunia yang mengagumkan.

2. Bangunan Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)
⚫ Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang
dirahmati). Kota ini ialah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran
Delhi sehingga tahun 1857.
⚫ Penggunaan warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’
digunakan untuk membinanya.
⚫ Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi Sungai
Jumna.Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5,Maharaja
Shah Jahan (orang yang sama membina Taj Mahal) dan mengambil masa selama 10
tahun untuk disiapkan (1648)
⚫ Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok
pertahanan terpenting penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak
zaman-berzaman. Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya
sebagai benteng pertahanan daripada dicerobohi musuh.
⚫ Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi
dan bentuk-bentuk seni bina India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak
Warisan Dunia UNESCO itu juga adalah bekas kediaman keluarga diraja Moghul.

3. Masjid Jama, Delhi

104

⚫ Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17
iaitu Masjid Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan
untuk puterinya Jahanara Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu
asas masjid ini di puncak sebuah bukit pada tahun 1650.

⚫ Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid
Cermin Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak di
atas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monumen
masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang
terletak berhadapan dengan Masjid Jama.

⚫ Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang
menjejaki usia 356 tahun atau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk
mengetuai sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid Jama yang
memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000
penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada tahun 1656.

4. Bangunan Makam Humayaun
⚫ Makam ini merupakan taman dan sekali gus makam yang pertama yang dibina di
India, terletak di Delhi.
⚫ Makam ini dibina pada 1564 oleh Haji Begum, isteri kepada Raja Humayun. Ianya
dibina di bandar Din Panah 8 tahun selepas kematian Humayun.
⚫ Arkitek bangunan ini ialah seorang Parsi bernama Mirak Mirza Ghiyas, seorang arkitek
Parsi.
⚫ Makam ini merupakan struktur pertama yang menggunakan batu merah pada skala
seperti kompleks.
⚫ Kubah makam ini merupakan contoh pertama kubah berganda di India iaitu kubah
dengan dua cengkerang, bahagian luarnya menyokong bingkai marmar dan
memberikan bentuk yang tinggi dari bahagian luar dan bahagian dalamnya untuk
mewujudkan bahagian yang lebih baik dengan ruang di bawah.
⚫ Bahagian dalam bilik makam ini terbahagi kepada kumpulan-kumpulan petak. Petak
terbesar mengandungi Tugu Peringatan Maharaja dan petak kecil di bahagian setiap
sudut untuk ahli keluarganya. Setiap bilik berbentuk segi lapan dan mereka
bersambung antara satu sama lain dengan laluan pepenjuru.

Kesimpulan

1. Sememangnya kerajaan Moghul mempunyai keunikan dan kemegahan seni bina. Ia bukan
sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang paling unik menggabung nilai-nilai
kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.

105

2. Seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Moghul banyak mengadunkan seni bina
tempatan dan Parsi yang mementingkan keindahan.

3. Kewujudan seni bina tersebut membuktikan bahawa agama Islam tidak pernah menolak
bidang kesenian malah membuktikan bidang tersebut sebagai lambang kemegahan
kerajaan pada masa tersebut.

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

NO SOALAN CATATAN

1 SEJAUHMANAKAH DASAR IMPERIALISME MENYEBABKAN
PELUASAN KUASA BARAT DALAM EMPAYAR TURKI
UTHMANIYYAH PADA ABAD KE-18 HINGGA KE-20

2 HURAIKAN KESAN PERLUASAN KUASA BARAT KE ATAS
KERAJAAN TURKI UTMANIYYAH SEHINGGA AWAL ABAD
KE-20 MASIHI

3 GALURKAN KEBANGKITAN MASYARAKAT MESIR TERHADAP
PENJAJAHAN BARAT PADA ABAD KE 19 HINGGA ABAD
KE-20 MASIHI.

4 BINCANGKAN FAKTOR PENENTANGAN MASYARAKAT
MESIR EKORAN PELUASAN KUASA BARAT DI MESIR PADA
ABAD KE-19 DAN ABAD KE-20 MASIHI

5 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PADA
ABAD KE-20 MASIHI

6 SEJAUHMANAKAN PERANAN BAHASA DAN

KESUSASTERAAN MEMPENGARUHI KEMUNCULAN

GERAKAN NASIONALISME

DI SYRIA PADA ABAD KE-20 MASIHI

106

7 BINCANGKAN KESAN PERANG DUNIA PERTAMA KEPADA
KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH DALAM ASPEK
POLITIK,EKONOMI DAN SOSIAL

8 BINCANGKAN FAKTOR DALAMAN YANG MEMBAWA KEPADA
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE–20
MASIHI

9 BINCANGKAN FAKTOR DALAMAN YANG MEMBAWA KEPADA
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE–20
MASIHI

SOALAN 1 :SEJAUHMANAKAH DASAR IMPERIALISME MENYEBABKAN PELUASAN
KUASA BARAT DALAM EMPAYAR TURKI UTHMANIYYAH PADA ABAD KE-18 HINGGA
KE-20

Pendahuluan

1. Sejak abad ke-15, bangsa Eropah telah mula melancarkan gerakan perluasan kuasa
secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, politik, kebudayaan, pemindahan dan
petempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu. Sehingga akhir abad ke-20,
seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh Barat.

2. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Sepanyol, Belanda, Perancis dan British telah
menjalankan dasar imperialisme masing-masing. Kuasa-kuasa ini berusaha keras merebut
bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta benda peninggalan empayar Turki
Uthmaniyah.

3. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing antara satu sama lain untuk meluaskan wilayah yang
dikuasai. Hal ini kerana, Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan
kuasa Barat tersebut.

4. Selain dasar imperialisme terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada
perluasan kuasa-kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah seperti revolusi
perindustrian, bahan mentah, pembinaan terusan Suez, agama dan penyebaran falsafah
dan pemikiran Barat.

Isi-Isi Utama

1. Persaingan kuasa-kuasa Barat telah menjadi ancaman kepada empayar Turki

107

Uthmaniyah.
• Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki
Uthmaniyah.
• Britain, Rusia, Perancis, Jerman dan Austria-Hungary bersaing sengit antara satu
sama lain untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang
dikuasai oleh mereka.
• Contohnya, Perancis telah lama berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah
Turki Uthmaniyah seperti Algeria dan Tunisia. Justeru, pada tahun 1830, Perancis
menawan Algeria dan pada tahun 1831 pula, Perancis menawan Tunisia dengan
alasan melindungi Algeria daripada gangguan kabilah Tunisia yang menetap di
sempadan. Turki Uthmaniyah gagal mempertahankan wilayah tersebut kerana
mengalami masalah dalaman dan ancaman luar.
• Malah , kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Rusia-Turki Uthmaniyah
(1877-1878) telah menyebabkan beberapa Wilayah seperti Romania, Serbia dan
Montenegro telah mengistiharkan kemerdekaan setelah empat abad berada di bawah
kekuasaan Uthmaniyah.
• Jelaslah bahawa, dasar imperialisme telah menyebabkan perluasan kuasa Barat dalam
empayar Turki Uthmaniyyah pada abad ke-18 hingga ke-20M.

2. Kesan Perjanjian Berlin turut menyumbang imperialisme Barat dalam empayar Turki
Uthmaniyah.
• Hal ini dapat dilihat apabila dengan memberi kebenaran Austria-Hungary menduduki
Bosnia Herzegovina dan Rusia menduduki Bessarabia dan kawasan Kars. Menurut
perjanjian Berlin, Austria-Hungary dibenarkan menduduki Bosnia Herzegovina secara
sementara. Namun selepas 30 tahun, mengistiharkan wilayah tersebut sebagai milik
kekal kerajaannya.
• Dalam perjanjian Berlin (1878) Turki Uthmaniyah mendapat sokongan Britain dalam
menentang Rusia. Sokongan Britain bukan percuma kerana Turki Uthmaniyah
terpaksa menyewakan Cyprus kepada Britain. Hal ini menyebabkan Cyprus diperintah
oleh dua kuasa. Dari segi kedaulatan Cyprus berada di bawah Turki Uthmaniyah
manakala dari kuasa pemerintahan Britain menguasainya.
• Akhirnya, perjanjian ini memberi kesan perluasan kuasa Barat dalam wilayah Turki
Uthmaniyyah.

3. Seterusnya, konflik antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Rusia menyumbang
kepada dasar imperialisme Rusia dalam wilayah Turki Uthmaniyah

108

• Peperangan pada tahun 1877 yang berakhir dengan perjanjian San Stefano pada
tahun 1878M. Perjanjian tersebut menguntungkan Rusia yang sekaligus membawa
kepada kemerdekaan Serbia dan Montenegro. Rusia pula berjaya memiliki Caucasus.
Jelaslah bahawa,konflik kedua-dua belah pihak telah membawa kerugian kepada
kerajaan Turki Uthmaniyyah.

4. Selain itu, kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18
turut menyumbang kepada punca kuasa-kuasa Eropah menjalankan perluasan kuasa.
• Hal ini kerana, mereka tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa
bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian.
• Tambahan pula, produk yang dihasilkan melalui Revolusi Perindustrian di Eropah
seperti jentera atau enjin berkuasa wap, telah memajukan bidang pengangkutan.
Kemajuan bidang pengangkutan memudah dan mempercepatkan perjalanan.
• Begitu juga dengan penciptaan telegraf, pihak penjajah dapat memberi arahan kepada
pewagai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah
Turki Uthmaniyah.
• Ternyata, kepesatan sektor perindustrian telah menolak kuasa-kuasa Eropah
menjalankan dasar imperialisme ke wilayah Turki Uthmaniyyah.

5. Keperluan bahan mentah turut menjadi faktor perluasan kuasa barat di empayar Turki
Uthmanyyah.
• Hal ini kerana, empayar Turki Uthmaniyyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya
petroleum. Keadaan ini telah mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan
pelbagai cara untuk mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat
Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.
• Jelaslah bahawa, keperluan bahan mentah menyebabkan pihak barat berusaha
memperluaskan kuasa ke empayar Turki.

6. Seterusnya, pembinaan Terusan Suez turut menyumbang kepada peluasan
kuasa-kuasa Barat di empayar Turki Uthmaniyyah.
• Hal ini demukian kerana, selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka pada tahun
1869 peluasan kuasa-kuasa Barat diperhebatkan lagi. Terusan ini membenarkan
laluan air secara dua hala, dan menjadi kepentingan antara Eropah dengan Asia tanpa
perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan terusan ini, barang dagangan
dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara dua
laut tersebut.
• Melalui pembukaan Terusan Suez, urusan perdagangan dipercepatkan di samping
perjalanan yang jauh dapat dipendekkan dan kos perdagangan dapat dijimatkan.

109

• Justeru, kemudahan ini dijadikan alasan perluasan kuasa barat di empayar Turki
Uthmaniyyah.

7. Selain itu juga, faktor agama merupakan sebab peluasan kuasa Barat di empayar Turki
Uthmaniyah.
• Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut
mendorong kuasa-kuasa Barat menghapuskan empayar Islam ini. Tidak hairanlah jika
Sultan Abdul Hamid II dalam catatannya menyebut “Kempen Perang Salib” yang
dilancarkan ke atas kerajaan Uthmaniyah masih belum tamat”.
• Ternyata, pihak Barat terus berusaha untuk menghapuskan kekuasaan empayar Islam.

8. Penyebaran falsafah dan pemikiran Barat turut menjadi penyebab imperialisme
wilayah Turki Uthmaniyyah.
• Melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan
masing-masing, kuasa-kuasa Barat berjaya menyebarkan nilai-nilai atau falsafah hidup
Barat ke dalam masyarakat peribumi. British menyemai falsafah hidup Barat di Mesir
setelah menguasai Mesir pada tahun 1881. Sebaliknya, sesiapa yang menolak
konsep modenisme akan dianggap sebagai manusia yang mundur, kolot, atau
ketinggalan zaman.
• Kesannya, konsep modenisasi ini akhirnya menyerap masuk dalam masyarakat dan
memudahkan imperialisme berlaku di wilayah ini.

Kesimpulan

1. Jelasnya, dasar imperialisme dan beberapa faktor yang lain telah membawa kepada
peluasan kuasa-kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Konflik dengan
kuasa-kuasa Barat, kelemahan kepimpinan, pemberontakan wilayah-wilayah di bawah
kekuasaan Turki Uthmaniyah telah mendedahkan kepincangan dalam kerajaan Turki
Uthmaniyah yang sekaligus menyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan
empayarnya.

2. Penglibatan Turki Uthmaniyah dalam kancah politik dunia juga menyebabkan empayar ini
dibahagi-bahagikan kepada pihak yang menang. Dengan itu muncul bebarapa negara
bangsa yang baharu di Eropah.

SOALAN 2: HURAIKAN KESAN PELUASAAN KUASA BARAT KE ATAS KERAJAAN
UTHMANIYAH SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 MASIHI.

110

Pendahuluan

1. Kerajaan Khalifah Uthmaniyah yang telah diasaskan pada pada tahun 1299 telah
mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni pada tahun 1566.

2. Sejak abad ke-15 negara-negara Eropah pula telah mula melancarkan gerakan peluasan
kuasa secara besar-besaran. Wilayah-wilayah naungan Turki Uthmaniyah turut menjadi
tumpuan perluasan kuasa Barat

3. Kejayaan kuasa-kuasa Barat telah menimbulkan pelbagai kesan ke atas kerajaan Turki
Utmaniyyah

Isi- isi utama

1. Kemerosotan pengaruh Turki Uthmaniyah ke atas wilayah kekuasaannya
• Perancis telah menceroboh dan menakluki Algeria dan Tunisia . Rusia pula berperang
dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan
Balkan. Sementara itu Briitain berjaya menguasai Mesir dan Teluk Arab.
⚫ Seterusnya Britain juga mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah Kuwait dan
Amerika untuk menentang pemimpin Kerajaan Turki Uthmaniyah.
• Akhirnya, kegagalan Kerajaan Turki Uthmaniyyah mempertahankan
wilayah-wilayahnya menunjukkan kelemahan kepimpinan.

2. Kemunculan Gerakan Turki Muda
• Kemunculan Gerakan Turki Muda awal abad 20 adalah satu Gerakan sekular untuk
menguatkan semula empayar Turki Uthmaniyyah. Golongan ini menganggap
kelemahan kerajaan Turki Utmaniyyah mempertahankan empayarnya ini berkaitan
dengan amalan autokrasi institusi Sultan
• Golongan ini telah berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan ketenteraaan
Akhirnya pemodenan dalam bidang pentadbiran telah membawa kepada pembubaran
institusi kesultanan Turki Uthmaniyyah.

3. Kemerosotan ekonomi
• Perluasan kuasa Barat telah membawa kepada perkembangan sistem ekonomi
kapitalis Barat. Sistem ekonomi kapitalis menjejaskan ekonomi Turki Uthmaniyyah.
Contohnya kuasa-kuasa Barat telah menguasai terusan Suez. Terusan ini merupakan
jalan perdagangan laut yang paling penting pada masa itu dan sumber pendapatan
kerajaan. British berjaya menguasai terusan ini dengan membeli 45 peratus jumlah
saham syarikat awam yang membina terusan ini. Kawasan Turki Uthmaniyah kaya

111

dengan petroleum seperti di Iran, Iraq , Kuwait dan Bahrain turut dikuasai oleh kuasa
Barat .
• Akhirnya, kemerosotan sumber pendapatan kerajaan telah mendorong pemerintah
Turki Uthmaniyyah membuat pinjaman dari luar untuk membiayai perbelanjaan
pembangunannya. Pada era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909)
kerajaan Turki Uthmaniyyah berhutang sebanyak 200 juta sterling.

4. Pendidikan
• Perluasan kuasa Barat telah memberi kesan kepada bidang pendidikan di Turki
Uthmaniyyah. Sekolah-sekolah dan institusi missionari di bawah kawalan barat
ditubuhkan di wilayah Turki Uthmnaiyyah.
• Justeru, hal ini menjadikan anak-anak umat Islam semakin jauh daripada ajaran
Islam malah lebih dekat kepada budaya Kristian .

5. Pengetahuan
• Tindakan kerajaan Turki Uthmaniyyah menghantar para pelajarnya melanjutkan
pengajian di negara Eropah telah membentuk pemikiran, nilai dan tingkah laku baharu
terhadap agama, nasionalisme dan reformasi politik ala Barat,
• Kesannya, pemikiran nasionalisme Barat telah mempengaruhi nasionalis tempatan.
Contohnya Mustafa Kamal Attaturk (1881-1934) berjaya melaksanakan misi
penghapusan institusi Khilafah dan menggantikannya dengan sistem sekularisme dan
nasionalisme.

Kesimpulan

1. Sememangnya perluasan kuasa Barat telah melemahkan institusi sistem khilafah yang
menjadi amalan Empayar Turki Uthmaniyyah.

SOALAN 3 :GALURKAN KEBANGKITAN MASYARAKAT MESIR TERHADAP
PENJAJAHAN BARAT PADA ABAD KE 19 HINGGA ABAD KE-20 MASIHI.

Pendahuluan

1. Sejak abad ke-16 M, Mesir merupakan sebahagian daripada kerajaan Uthmaniyah.
Namun, pada akhir abad ke-18 M. iaitu pada tahun 1798M. Perancis telah menawan
Mesir. Penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar 3 tahun

112

sahaja. Perancis kemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera
Uthmaniyah dengan bantuan British pada tahun 1801 M.
2. September 1882 M, British telah berjaya mengalahkan tentera Mesir. Bermula pada
tahun 1914 hingga 1918 M, British mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir. Dasar British
yang jelas mendiskriminasi golongan peribumi mendatangkan perasaan tidak puas
hati bukan sahaja dalam kalangan pentadbir malahan juga mendapat tentangan daripada
pihak tentera Mesir sendiri.
3. Kebangkitan masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke 19 hingga 20
Masihi dapat dilihat dari beberapa keadaan. Antaranya ,

Isi- isi utama

1. Gerakan Rosetta
• Merupakan kebangkitan rakyat tempatan terhadap kuasa Barat susulan daripada
Gerakan Kaherah pada tahun 1800. Gerakan ini berpunca daripada tindakan British
yang ingin menguasai kawasan persisiran Mesir, iaitu bandar Rosetta.
• Tindakan British yang menempatkan 2000 orang tentera di sini telah menyebabkan
kebangkitan rakyat tempatan yang diketuai oleh Gabenor Ali Bey demi
mempertahankan kedaulatan wilayah tersebut.
⚫ Pertempuran yang berlaku mengorbankan banyak nyawa walaupun tiada pihak yang
menang
• Terbuktilah, impak daripada peristiwa ini telah melahirkan semangat keberanian dalam
kalangan masyarakat Mesir untuk bangkit menentang British.

2. Pemerintahan Muhammad Ali Pasha
• Pada tahun 1808, kerajaan Turki Uthmaniyah melantik Muhammad Ali Pasha yang
berjiwa barat sebagai Gabenor Mesir. Pengaruh Barat semakin subur apabila Ali
menubuhkan institusi baharu seperti Kementerian Pendidikan, sekolah dan maktab
tentera, sekolah teknik dan sekolah perubatan. Kebanyakan tenaga pengajar
didatangkan khususnya Eropah. Beliau juga menghantar pelajar Mesir ke Barat.
• Muhammad Ali turut membentuk sekumpulan pemerintah berbangsa Turki dan satu
pasukan golongan elit terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara dan mengutip
cukai di seluruh Mesir.
• Dasar pentadbiran ala Barat oleh Muhammad Ali membawa kemunculan gerakan Islah
yang dipelopori oleh intelektual Islam. Gerakan Islah memperjuangkan modenisasi
Islam dan menolak arus sekularisasi Barat.

113

• Gerakan ini dipelopori oleh tokoh intelektual Islam terkenal iaitu Jamaluddin al Afghani
dan Muhammad Abduh. Ciri-ciri utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah
al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan.

• Kesemua idea dan program Islah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah termasuk
melalui proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta
karya-karya ilmiah. Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang.

• Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini berjaya membangkitkan
semangat perasaan anti-penjajah Barat dalam kalangan masyarakat Mesir.

• Malah pentadbiran ekonomi yang teruk , sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai
sesuka hati, dasar menjadikan tanah milik negara dan kerahan tenaga menyebabkan
rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin gerakan rakyat menentang
kezaliman kerajaan.

• Maka dapat dilihat bahawa, pencetus kebangkitan rakyat Mesir yang dipelopori oleh
golongan ulama telah menyemarakkan semangat nasinalisme dalam kalangan rakyat.

3. Gerakan pemisahan Mesir dari empayar Uthmaniyah
• Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha, beliau memimpin gerakan memisahkan
Mesir dari empayar Turki Uthmaniyah dalam pertempuran Konya pada 1832.
Kemuncak penentangan mencetuskan dua siri peperangan antara Mesir dan Turki
Uthmaniyah pada 1832-1833 dan 1839-1840.
• Gerakan pemisahan Mesir ini berjaya mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.
• Demi kepentingan politik terhadap kerajaan Uthmaniyah, British telah membentuk
pakatan menghadapi Mesir dan Perancis.
• Akhirnya, kekuatan pakatan British memaksa Mesir membuat perjanjian persefahaman
melalui konvensi Alexandra.

4. Gerakan Ahmed Urabi Pasha 1881-1882
• Gerakan pimpinan Kolonel Ahmed Urabi ini berjuang menuntut kemerdekaan Mesir dari
penjajah British. Perjuangan Urabi dipengaruhi oleh Gerakan Islah yang dibawa oleh
Syeikh Muhammad Abduh.
• Gerakan ini dikenali sebagai pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak
kepada permulaan semangat nasionalisme Mesir. Urabi menubuhkan sebuah
pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah diskriminasi sosial,
kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat. Beliau juga menubuhkan Parti
Kebangsaan.

114

• Pada peringkat awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang asing
iaitu Perancis, British dan Turki Uthmaniyah. Peringkat seterusnya, gerakan ini
menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan.

• British menyerang dan berjaya mengalahkan pasukan Urabi Pasha kerana ia
mengancam pendudukan British di Mesir.

• Meskipun Urabi Pasha ditangkap, inspirasi perjuangannya telah diteruskan oleh tokoh
nasionalisme selepasnya.

5. Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882-1918
• Melalui Konvensi Alexandra 1840 persetujuan dicapai menetapkan Mesir masih terus
berada di bawah jajahan kerajaan Uthmaniyah. Perjanjian ini menyebabkan Mesir
secara perlahan-lahan terpaksa menerima kehadiran British.
• Konsesi pembinaan terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857
meningkatkan kecurigaan British terhadap niat sebenar Perancis di Mesir .
• Kemerosotan ekonomi memaksa Mesir menjual saham Terusan Suez kepada British.
Sejak itu, British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir.
• British terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai
Kaherah pada 1882
• Akhirnya, penguasaan ini telah menandakan bermulanya penjajahan British di Mesir
dan menimbulkan rasa tidak senang masyarakat negara tersebut.

Kesimpulan

1. Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan gerakan
penentangan rakyat Mesir. Kesan penentangan yang berterusan oleh golongan
nasionalisme Mesir memaksa British mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1922.
Namun kemerdekaan dalam erti kata sebenar hanya berlaku pada tahun 1952 apabila Mesir
menjadi sebuah republik.

SOALAN 4 :BINCANGKAN FAKTOR PENENTANGAN MASYARAKAT MESIR EKORAN
PELUASAN KUASA BARAT DI MESIR PADA ABAD KE 19 DAN ABAD KE-20 MASIHI

Pendahuluan

1. Mesir kaya dengan bahan mentah misalnya petroleum dan laluan terusan Suez. Oleh itu,
penguasaan Mesir dapat memberi kelebihan kepada kuasa Barat.

115

2. Pada tahun 1798, Mesir telah dijajah oleh Perancis kemudian disusuli dengan British.
3. Terdapat banyak faktor yang telah membawa kepada penentangan orang Mesir terhadap

kuasa Barat.

Isi- isi utama

1. Penguasaan Perancis selama tiga tahun
• Perancis melakukan banyak perubahan iaitu penubuhan Dewan Penasihat Kaherah,
membina kilang senjata, perkhidmatan percetakan dan memberi galakan kepada
kajian
• Hal ini telah memberi gambaran tentang usaha kuasa Barat untuk menguasai Mesir
tanpa memikirkan kesan buruk terhadap penduduk tempatan.
• Tegasnya, tindakan Perancis telah membawa kepada penentangan masyarakat Mesir
terhadap kuasa Barat.

2. Kemunculan tokoh intelektual
• Misalnya tokoh Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Rida.
• Contohnya Jamaludin al-Afghani berjuang dalam gerakan pemulihan Islam, membawa
idea tentang kerajaan Berperlembagaan, kemerdekaan serta membina ilmu Islam.
• Tegasnya, kempen-kempen tokoh intelektual telah membuka mata masyarakat Mesir
untuk menentang kuasa Barat.

3. Pemberontakan Urabi
⚫ Beliau bercita-cita untuk mengusir bangsa Eropah dari Mesir.
• Pemberontakan Urabi bermula tahun 1881 hingga 1882 telah mendapat sokongan
pegawai kerajaan, ulama, petani. Perjuangan mereka merangkumi Parlimen tetap,
pemerintahan Berperlembagaan dan baiki gologan tentera yang didiskriminasi.
• Namun, pemberontakan Urabi tidak kekal lama kerana laksamana Seymour memberi
kata dua kepada kerajaan Mesir sama ada serahkan Iskandariah atau bersedia untuk
diserang.
• Tegasnya, walaupun pemberontakan Urabi menemui kegagalan namun ia telah
memberangsangkan masyarakat Mesir untuk menentang kuasa barat .

4. Gerakan menentang British
• Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Rosetta iaitu tindakan Britain yang ingin
menguasai kawasan pesisiran Mesir yang strategik iaitu Rosetta.

116

• British telah menempatkan tenteranya seramai 2000 orang yang telah membawa
kepada penentangan pemimpin tempatan iaitu Gabenor Ali Bay.

• Walaupun penentangan ini mengorbankan banyak nyawa dan tiada pihak yang
menang secara mutlak, ia telah membawa kepada penentangan masyarakat Mesir
terhadap kuasa Barat.

5. Golongan berpendidikan Barat
• Individu – individu yang lulusan bidang undang-undang mahu membentuk sistem
parlimen ala-Barat. Namun British enggan berikan kuasa kepada badan-badan yang
dibentuk di peringkat wilayah.
• Graduan seperti Muhammad Farid dan Mustaffa Kamil aktif berjuang dan cuba untuk
mendapatkan sokongan daripada masyarakat Mesir.
• Tegasnya, walaupun Mustafa Kamil berjaya menjadi pemimpin Kongres Nasional
namun sentiasa ditekan oleh British sehingga membawa penentangan masyarakat
Mesir terhadap kuasa luar.

Kesimpulan

1. Penentangan masyarakat tempatan adalah daripada sikap dan tindakan kuasa barat.
2. Penentangan orang Mesir sangat jelas apabila munculnya golongan tentera dan golongan

berpendidikan Barat.
3. Penentangan berterusan masyarakat Mesir telah membawa kepada kemerdekaan bagi

negara Mesir pada tahun 1922.

SOALAN 5 : BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN
GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PADA ABAD KE-20 MASIHI

Pendahuluan
1. Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air dengan bercita-cita

untuk membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing. Nasionalisme
bertunjangkan kedaulatan bangsa dan berjuang membentuk nasib dan masa depan negara
mengikut identiti sendiri.

117

2. Selepas tamatnya perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan
Empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab Islam. Kuasa imperialis
Barat mula mengambil alih peranan Empayar Turki Uthmaniyah. Di Syria, Perancis telah
diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut. Walaupun Perancis dikatakan ingin
memberi kemerdekaan kepada Syria, namum mereka telah menjajah negara tersebut
selama tujuh tahun.

3. Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh
Parti Blok Nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa
mendapat kemerdekaan penuh.

Isi-isi utama

1. Pengaruh agama memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
kesedaran gerakan nasionalisme di Syria.
• Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan semua negara dan bangsa
Arab sehingga mewujudkan pergerakan-pergerakan di Syria. Kedudukan Palestin yang
bersempadan di bahagian Barat Daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat
mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin yang ditindas penjajah
British.
• Contoh : Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan
orang Palestin jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki
dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad Wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi.
Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang
pihak penjajah.
• Penegasan : Gerakan nasionalisme sekular yang didokong oleh pertubuhan
pendidikan Arab Kristian dan institusi Kristian juga mempengaruhi kebangkitan
nasionalisme dalam kalangan umat Islam Syria.

2. Selain itu, peranan Bahasa dan Kesusasteraan turut menyumbang kepada kemunculan
gerakan nasionalisme di Syria
• Pada abad ke-19M-20M berlaku perkembangan baru dalam Kesusasteraan Arab bagi
menangani cabaran yang dihadapi oleh dunia Arab.
• Contoh : Karya Francis Marrash iaitu Ghabat al-Haqq pada 1865 dan Qustaki al-Hilmi
dengan karyanya The Reseaacher’s Source in the Science of Critism adalah berkisar
tentang idea-idea keamanan, kebebasan dan kesaksamaan telah mencetuskan
bibit-bibit kesedaran nasionalisme.

118

• Penyair Lebanon Khalil Gibran (1883-1931) telah menyumbang kepada pembangunan
puisi Arab dengan bentuk dan tema baharu termasuk tema-tema kebangsaan dan
kenegaraan.

• Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan
hak dan kepentingan golongan minoritii. Mereka memperjuangkan bahasa golongan
minoriti. Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah
dan perintah di Syria.

• Huraian : Antara kesan ketara dasar berkenaan ialah perjuangan bahasa oleh golongan
minoriti agar diiktiraf seperti bangsa Kurdi yang menginginkan bahasa mereka diiktiraf
sebagai bahasa rasmi di kawasan yang diduduki oleh puak Kurdi.

• Di Alexandra, perkara sama turut sama berlaku apabila penduduk kawasan tersebut
yang majoritinya berbangsa Turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa
Turki.

• Penegasan : Akhirnya bahasa etnik minoriti dihidupkan semula dan mempengaruhi
perkembangan nasionalisme

3. Seterusnya, pendidikan turut berperanan dalam melahirkan semangat nasionalisme di
Syria.
• Di Syria, sebuah akademik telah ditubuhkan bagi mengumpulkan ahli linguistik di
seluruh pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Tumpuan
akademik bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing dengan
keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara
politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara, iaitu bahasa
Arab.
• Contoh: antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara
Arab merdeka di Syria ialah Abu Khaldun Sati al-Husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan
pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan Turki Uthmaniyah.
• Di Damsyik dan Beirut pula terdapat beberapa buah universiti yang telah dibina dan
menjadi medan perdebatan bagi golongan terpelajar tempatan dan hal ini turut
mencetuskan idea-idea nasionalisme di Syria.
• Selain itu, Syrian Protestant Collage, Sekolah-sekolah Missionari dan Institut
Perundangan Syria 1913 turut menyumbangkan kepada kebangkitan semangat
nasionalisme rakyat Syria terutama Arab Kristian
• Penegasan : Pendidikan dapat menyumbang kepada kebangkitan semangat
nasionalisme kerana universiti dan akademik yang ditubuhkan menjadi medan
perjumpaan bagi mencetuskan idea-idea nasionalisme di Syria.

119

4. Peranan golongan intelektual turut menjadi faktor kemunculan gerakan
nasionalisme di Syria.
• Contoh : Abdul Rahman al-Kawakibi (1855-1902) merupakan tokoh awal yang
membangkitkan semangat nasionalisme di Syria. Beliau menghasilkan majalah
al-Sahbah.
• Tokoh intelektual muslim Syria yang terkenal iaitu Rasyid Rida (1865-1935) yang
mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin
Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida telah mengkaji kelemahan masyarakat
islam ketika itu dibandingkan dengan masyarakat kolonial Barat.
• Huraian : Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat
Islam kembali kepada perinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam
menghadapi kehidupan moden.
• Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan
umat Islam ketika itu termasuk di Syria. Beliau kemudiannya telah berhijrah dari Syria
ke Mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.
• Penegasan: Golongan intelektual telah menyemarakkan semangat nasionalisme
dengan mengutarakan idea

5. Pengaruh luar turut mempengaruhi kemunculan gerakan nasionalisme di
Syria
• Syria pada awal abad ke-20M masih berada di bawah pemerintahan Empayar Turki
Uthmaniyah. Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki
Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan
menangkis ancaman pihak barat.
• Contoh : Shakid Arselan (1869-1946) yang berasal dari Lubnan melalui tulisannya
menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah
dan menolak konspirasi Barat yang mahukan penduduk Syria menentang penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Syaked Arselan menggesa penduduk Syria bangun secara
sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama, iaitu pada tahun
1916.
• Huraian : Penduduk Syria juga terpengaruh dengan idea negara bangsa yang
dicetuskan oleh kumpulan Turki Muda termasuk Mustafa Kemal Attaturk. Sentimen
negara bangsa yang disemai oleh golongan ini telah menular ke seluruh empayar
Uthmaniyah sehingga memecah belahkan kesatuan negara-negara Islam.
• Penegasan : Akhirnya lahir perjuangan nasionalisme berasaskan negara bangsa dan
wilayah sehingga membawa kepada kemunculan negara bangsa Syria, Beirut,
Palestin, Jordan dan lain-lain.

120

6. Selain itu, pengaruh kewartawanan turut menjadi penyebab kemunculan nasionalisme
di Syria
• Pengaruh kewartawanan telah mencetuskan semangat nasionalisme di Syria.
Umpamanya Faris Nimr (1856-1951) berketurunan Lubnan dan mendapatkan
pengajian di Syrian Protestan Collage telah menerbitkan majalah al-Muqattam yang
berkisar kepentingan ilmu dan semangat nasionalisme.
• Contoh : Tokoh wartawan Khalil Huri telah menerbitakn akhbar Tariqat al-Akhbar yang
diterbitkan dua kali seminggu, mengandungi 3000 isu ditulis yang berkaitan dengan
perdagangan, ekonomi, perdagangan sehingga dapat meniupkan semangat
nasionalisme
• Penerbitan majalah al-Manar yang merupakan majalah bulanan yang membahaskan
idea pembaharuan dan tajdid di Kaherah turut menyemarak semangat nasionalisme di
Syria. Majalah tersebut dipelopori oleh Rashid Rida yang dilahirkan di Syria.
• Huraian : Majalah ini telah mengungkapkan dan mengutarakan pemikiran baharu yang
berasaskan idea-idea Islah yang dicetuskan oleh Jamaluddin al-Afghani dan
Muhammad Abduh dalam majalahnya al-Urwa al-Wuthqa. Fokus pemikiran adalah ke
arah usaha pembaharuan dan perkembangan dakwah Islamiah di Syria, tatkala akhbar
lain membicarakan keburukan penjajahan dan kegawatan dunia Islam ketika itu,
al-Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh
masyarakat Islam.
• Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah idealisme dan Islah,
menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan berkaitan ajaran
akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme dan
nasionalisme. Al-Manar mempelopori dan mempopularkan bidang dialog dan
pertukaran idea antara budaya dan pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama
dan budaya serta menangani isu-isu sosial dan peradaban.
• Penegasan: Jelaslah bahawa, pengaruh kewartawanan turut menjadi penyebab
kemunculan nasionalisme di Syria

Kesimpulan

1. Kebangkitan semangat nasionalisme Syria berlaku akibat kesedaran masyarakat
pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam, khasnya gerakan misionari dan
penguasaan politik oleh kerajaan kolonial.

2. Gerakan nasionalisme yang digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam dan
kebangsaan memainkan peranan utama di sebalik pembebasan Syria daripada
penguasaan kerajaan Uthmaniyah, kemerdekaan daripada Perancis dan pembentukan
negara bangsa Syria.

121

SOALAN 6 :SEJAUHMANAKAH PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN
MEMPENGARUHI KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PADA ABAD
KE-20 MASIHI

Pendahuluan

1. Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan
Empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab Islam.

2. Kuasa imperialis barat mula mengambil alih peranan Empayar Turki Uthmaniyah.
3. Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut.
4. Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun mereka

telah menjajah negara tersebut selama tujuh tahun.
5. Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria dan telah dimenangi

oleh Parti Blok Nasional.
6. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan

penuh.

Isi- isi utama

1. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan
• Peranan bahasa dan kesusteraan sememangnya merupakan faktor yang utama
dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke-20M.
• Di bawah mandat Perancis, perpecahan wilayah di Syria telah berlaku pada tahun
1925.
• Perancis melalui sistem pecah dan perintah telah membahagikan Syria kepada
beberapa wilayah mengikut agama dan etnik. Pendekatan ini dilaksanakan bagi
mengelakkan mereka daripada bersatu dan bangkit menentang Perancis.
• Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan
hak dan kepentingan golongan minoritii.
• Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti. Dengan alasan tersebut, mereka
mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria.

122

• Antara kesan ketara dasar berkenaan ialah perjuangan bahasa oleh golongan minoriti
agar diiktiraf seperti bangsa Kurdi yang meninginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai
bahasa rasmi di kawasan yang diduduki oleh puak Kurdi.

• Di Alexandrett, perkara sama turut sama berlaku apabila penduduk kawasan tersebut
yang majoritinya berbangsa Turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa
Turki. Perkara yang sama turut dituntut oleh bangsa yang lain di Syria seperti Maronite
dan Armenia

• Pada pandangan Perancis, pengiktirafan bahasa-bahasa tersebut adalah untuk
memecahbelahkan rakyat Syria dan mengelakkan mereka daripada bersatu antara
satu sama lain.

• Walaubagaimanapun, pendekatan tersebut telah membangkitkan semangat
nasionalisme mereka untuk mengangkat bangsa sendiri. Memandangkan rakyat di
Syria menganut pelbagai agama, Islam tidak tidak dijadikan sebagai teras kepada
seruan nasionalisme. Sebaliknya mereka menggunakan persamaan yang ada pada
mereka iaitu Bahasa Arab.

2. Pengaruh Agama
• Namun, terdapat faktor-faktor lain yang turut merupakan faktor yang mempengaruhi
kemunculan gerakan nasionalisme di Syria iaitu faktor pengaruh agama.
• Selepas Perang Dunia Pertama, Syria telah diletakkan di bawah mandat Perancis. Di
bawah proses pembahagian wilayah tersebut, Perancis berhadapan dengan penganut
Sunni yang daripada awal lagi telah menolak pembahagian wilayah tersebut.
• Selaras dengan penolakan terhadap dasar pecah dan perintah, mereka menyokong
dasar kemerdekaan dan perpaduan negara bangsa Arab kerana beranggapan semua
penduduk Syria sebagai bangsa Arab.
• Atas kesedaran agama juga, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan
bangsa Arab sehingga mewujudkan pergerakan-pergerakan di Syria.
• Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan
penduduk Syria sangat mengambil berberat perihal saudara Islam mereka di Palestin
• Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin
jelas kelihatan apabila golongan Turki muda yang memerintah Turki dikuasai oleh
Pertubuhan Al-Ittihad Wa Al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi.
• Jelaslah, keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria
menentang pihak penjajah.

3. Peranan pendidikan

123

• Faktor lain yang seterusnya ialah peranan pendidikan. Hal ni dapat dilihat melalui
sebuah akademik telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpulkan ahli linguistik di
seluruh pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.

• Tumpuan akademik bahasa ini adalah untuk menguasai bahasa masing-masing
dengan keadaan masyrakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya.

• Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu
perkara, iaitu bahasa Arab.

• Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab
merdeka di Syria ialah Abu Khaldun Sati Al-Husri.

• Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai
pendidikan Turki Uthmaniyah. Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universitI yang
dibina menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempatan.

• Ternyata, pendidikan berjaya berperanan dalam mempengaruhi kemunculan gerakan
nasionalisme di Syria.

4. Peranan golongan intelektual
• Faktor seterusnya ialah peranan golongan intelektual menerusi tokoh terkenal iaitu
Rasyid Rida yang merupakan golongan intelektual Muslim dari Syria yang
mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin
Al-Afghani dan Muhammad Abduh.
• Rasyid Rida telah mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu dibandingkan
dengan masyarakat kolonial barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat
diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan
melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden.
• Penulisan oleh beliau telah banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme
dalam kalangan umat Islam ketika itu termasuk di Syria. Beliau berhijrah dari
Syria ke Mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.
• Jelaslah bahawa, golongan intelektual turut berjaya dalam mempengaruhi gerakan
nasionalisme di Syria.

5. Pengaruh luar
• Faktor terakhir ialah peranan pengaruh luar. Syria pada awal abad ke-20M, masih
berada di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana dasar
Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah, maka dasar ini telah
menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak barat.
• Misalnya Shakid Arselan melalui tulisannya, menyeru penduduk Syria supaya bersatu
padu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi barat yang

124

mahukan penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah. Syaked
Arselan yang berasal dari Lubnan telah menggesa agar penduduk Syria bangun secara
sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama, iaitu pada tahun
1916.
• Jelaslah, pengaruh luar turut berperanan dalam mempengaruhi kemunculan gerakan
nasionalisme di Syria.

Kesimpulan

1. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918 , terdapat banyak faktor yang
menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20M. Gerakan
nasionalisme bertujuan menyatukan semua negara dan bangsa Arab.

SOALAN 7 :BINCANGKAN KESAN PERANG DUNIA PERTAMA KEPADA KERAJAAN
TURKI UTHMANIYYAH DALAM ASPEK POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL

Pendahuluan

1. Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 – 1918 Masihi. Perang Dunia Pertama
berlaku di antara kuasa Bersekutu iaitu Britain, Perancis dan Russia dengan kuasa Pusat
iaitu Jerman Itali dan Turki.

2. Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama disebabkan oleh
hubungan yang tegang dengan British dan Rusia. Hal ini merupakan usaha terakhir Turki
untuk mempertahankan wilayah-wilayahnya.

3. Penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama memberi kesan kepada dunia Islam kerana
satu-satunya kuasa Islam yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

4. Terdapat beberapa kesan penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama
dari aspek politik , ekonomi dan sosial terhadap Turki Uthmaniyyah.

Isi- isi utama
1. Perubahan wilayah Islam yang dahulunya di bawah pemerintahan tunggal Turki

Uthmaniyyah merupakan kesan politik yang berlaku.
• Kelemahan dan kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama
menyebabkan negara di bawah naungannya membebaskan diri dan sebahagiannya
ditakluki kuasa barat.

125

• Munculnya negara bangsa dari wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah apabila
sempadan-sempadan telah digariskan oleh pihak barat dengan memisahkan
penduduk negara masing-masing walaupun satu agama.

• Berlaku pemberontakan di negara Montenegro, Bosnia dan Herzegovina
menyebabkan perpecahan wilayah umat Islam.

• Wilayah Turki yang ditakluki oleh kuasa barat ialah Palestin dan negara bangsa yang
muncul di Eropah ialah Latvia, Poland dan Estonia.

• Akhirnya, situasi ini semakin buruk apabila kejatuhan negara-negara Arab ke tangan
kuasa barat dan sebahagiannya mahu membebaskan diri dari naungan kerajaan Turki
Uthmaniyah selepas kekalahan dalam Perang Dunia Pertama.

2. Kesan politik seterusnya ialah dari sebuah kuasa bebas kepada negara yang terikat.
• Gencatan Senjata Mudros 1918 Masihi telah menamatkan peperangan di Asia Barat
Daya. Kesannya Kerajaan Turki Uthmaniyyah terpaksa melepaskan wilayah
kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka selat Dardanella dan Bosphorus
kepada Kuasa Bersekutu.
• Pasukan tentera Turki Uthmaniyyah terpaksa dibubarkan. Keadaan ini membawa
kepada penaklukan tentera Bersekutu ke atas Istanbul.
• Selat-selat di Laut Aegean hingga ke Laut Hitam dikuasai Kuasa Bersekutu dan kuasa
Bersekutu juga telah mengambilalih sistem perhubungan telegraf dan keretapi.
• Jelaslah, kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama melemahkan
kerajaan ini kerana kuasa Barat berjaya menyekat kebebasa dan kedaulatan Turki
Uthmaniyyah.

3. Seterusnya, kesan politik yang berlaku ialah perubahan dari sistem pemerintahan
khilafah kepada pemerintahan republik.
• Pendudukan oleh Tentera Bersekutu ke atas Istanbul dan Smyrna selepas Perang
Dunia Pertama mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan yang dipimpin oleh
Mustafa Kemal Attaturk.
• Gerakan ini mendakwa Khalifah Turki Uthmaniyyah gagal mempertahankan Turki dari
ancaman musuh dan menyerah kalah dengan keadaan yang tidak wajar melalui
beberapa siri perjanjian yang merugikan.
• Contoh perjanjian yang merugikan ialah Gencatan Senjata Mudros 1918 Masihi.
• Justeru, berakhirnya sistem pemerintahan khalifah di Turki Uthmaniyah bermakna
berakhirnya sistem khalifah Islam yang diasaskan semasa Khulafa al-Rasyidin

126

4. Kesan politik yang seterusnya ialah perubahan dari negara Islam kepada negara
sekular.
• Hal ini berlaku apabila bermula proses sekularisasi terhadap rakyat Turki apabila dasar
memisahkan agama daripada politik.
• Presiden Mustafa Kemal Attaturk memperkenalkan banyak pembaharuan radikal
berbentuk sekular yang jauh berbeza dengan tinggalan zaman silam Turki
Uthmaniyyah.
• Contoh pembaharuan yang sekular yang diperkenalkan oleh Mustafa Kamal Attaturk
ialah menghapuskan Kementerian Wakaf dan membekukan asetnya,memansuhkan
jawatan Syeikhul Islam,menghapuskan mahkamah syariah dan mengubah huruf Arab
kepada huruf Latin. Rakyat digalakkan memakai topi dan pakaian gaya Eropah.
• Akhirnya, perubahan dari negara Islam kepada negara sekular sebenarnya
melemahkan Turki dan menyebabkan Turki tunduk kepada kuasa barat.

5. Selain itu, kesan ekonomi turut berlaku iaitu kemerosotan ekonomi disebabkan
perbelanjaan besar untuk membiayai peperangan.

• Keadaan ini menyebabkan krisis hutang yang akhirnya membuka peluang
campurtangan Eropah dalam kewangan kerajaan Turki dan turut memberi impak
kepada negara yang berada di bawah pengaruh Turki Uthmaniyyah.

• Negara yang menerima kesan kemelesetan ekonomi ialah negara yang berada di
Timur Tengah dan Afrika Utara.

• Jelasnya, kemelesetan ekonomi ini melemahkan Turki Uthmaniyyah dan menguatkan
lagi cengkaman kuasa Barat ke atas negara ini.

6. Kesan ekonomi yang seterusnya ialah kemerosotan perdagangan Turki Uthmaniyyah.
• Hal ini kerana, berlaku penguasaan perdagangan oleh Eropah di Laut Hindi, Laut
Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan lain.
• Situasi ini menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi negara Islam.
• Golongan Yahudi menguasi ekonomi Mesir.Soviet Union menguasai perniagaan asing
di Iran.
• Ternyata, penguasaan sektor ekonomi oleh kuasa Barat di kebanyakan wilayah Turki
Uthmaniyyah ini secara tidak langsung melemahkan perkembangan ekonomi umat
Islam.

7. Kesan sosial juga berlaku akbat Perang Dunia Pertama kepada kerajaan Turki
Uthmaniyyah iaitu kemerosotan akhlak dan moral umat Islam.
• Pemodenan Turki mengikut acuan barat telah membawa keruntuhan akhlak umat
Islam. Sebilangan rakyat yang kagum dan terpengaruh dengan gaya hidup negara

127

Barat akhirnya melemahkan peranan agama Islam dalam membentuk kehidupan yang
harmoni.
• Gaya hidup barat yang menjadi ikutan ialah tidak menutup aurat, pergaulan bebas dan
bebas meminum minuman keras.
• Hal ini menyebabkan rakyat Turki kehilangan identiti dan tradisi kehidupan Islam yang
sebelum ini unggul di zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah. Keadaan ini menguatkan
lagi cengkaman barat ke atas umat Islam di negara Turki.

8. Selain itu, berlaku perpecahan ummah ekoran kewujudan negara bangsa dan sentimen
nasionalisme Arab yang lahir dari empayar Turki Uthmaniyyah.

• Dasar pecah dan perintah oleh pihak barat berjaya menghalang kesatuan ummah
yang sebelum ini bernaung di bawah kekuasaan tunggal Khalifah Uthmaniyyah.

• Sentiman nasionalisme Arab menolak ketuanan Turki dan menuntut kemerdekaan
daripada Turki Uthmaniyyah.

• Kesannya, perpecahan ini memudahkan musuh menguasai negara dan umat Islam
dalam segenap aspek kehidupan.

Kesimpulan

1. Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama memberi tamparan yang
hebat bukan sahaja kepada Turki Uthmaniyyah,malahan kepada semua wilayah yang
bernaung di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah.

2. Kekalahan Turki Uthmaniyyah juga melemahkan umat Islam di seluruh dunia apabila tiada
lagi pelindung kepada umat Islam yang selama ini dipertanggungjawabkan kepada Khalifah
Turki Uthmaniyyah.

SOALAN 8 :BINCANGKAN FAKTOR DALAMAN YANG MEMBAWA KEPADA
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE-20 MASIHI

Pendahuluan

1. Konsep negara bangsa ialah sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan
penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan
bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah
dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.

128

2. Konsep negara bangsa bangsa dikaitkan dengan dasar imperialisme kuasa Barat khasnya
selepas perang Dunia Pertama. Fahaman kebangsaan moden yang mencetuskan konsep
negara bangsa turut dipengaruhi oleh Revolusi Perancis.

3. Akibat daripada pengaruh Barat, pelbagai idea baru telah mempengaruhi pemikiran rakyat.
Situasi ini turut membawa kepada usaha pembentukan negara bangsa dalam empayar
Turki Uthmaniyah yang akhirnya menumbangkan kerajaan tersebut pada tahun 1924.
Terdapat beberapa faktor dalaman yang menyumbang kepada pembentukan negara
bangsa Turki.

Isi-isi Utama

A. FAKTOR DALAMAN
1. Kekuasan mutlak dan kelemahan Khalifah merupakan faktor yang membawa kepada

pembentukan negara bangsa Turki
• Sejak abad ke-19M, kekuasaan mutlak Sultan Turki Uthmaniyah semakin bertambah
setelah Sultan Mahmud II menubuhkan pasukan tentera baharu Muallem Eshkinji dan
membubarkan pasukan tentera elit Janissari. Pembubaran tentera Janissari telah
melemahkan pengaruh dan kuasa khalifah.
• Perjuangan pembentukan negara bangsa Turki bermula daripada penentangan
terhadap campur tangan kuasa Barat. Matlamat perjuangan akhirnya berubah menjadi
penentangan terhadap khalifah berikutan kelemahan sultan dan kerajaan dalam
menghadapi kemaraan kuasa-kuasa imperialisme Barat.
• Pejuang nasionalisme Turki menganggap ketidakmampuan kerajaan Turki Uthmaniyah
menghadapi Barat berpunca dari kelemahan sistem pemerintahan dan kekuasaan
mutlak sultan.
• Kelemahan sultan turut terserlah apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa barat
seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang termasuk
pentadbiran dan sosial.
• Situasi ini akhirnya membangkitkan kesedaran rakyat untuk membentuk identiti baharu
bagi kerajaan Turki Uthmaniyah.

2. Pengaruh wanita terhadap pemerintah turut menjadi faktor pembentukan negara
bangsa Turki
• Sultan-sultan Turki Uthmaniyah dikuasai oleh isteri atau ibu sultan yang dikenali
sebagai harem (sebahagiannya berasal dari tawanan perang yang dihadiahi oleh
orang-orang Eropah). Situasi ini menjejaskan kecekapan pentadbiran kerajaan.
• Masalah perebutan kuasa dan jawatan dalam kalangan putera-putera dan bangsawan
mendorong berlakunya ketidakstabilan politik. Sistem Syura tidak diamalkan dan

129

pemilihan sultan berdasarkan kekuatan pengaruh dalam istana, bukan berdasarkan
bakat kepiminan. Kelemahan kepimpinan sultan ini menyebabkan pentadbiran
kerajaan dipengaruhi dan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok
tertentu di istana.
• Kesannya, konflik politik ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan
kerajaan Turki Uthmaniyah dan akhirnya mempengaruhi pembentukan negara bangsa
Turki

3. Selain itu, golongan Turki Muda turut berperanan dalam pembentukan negara bangsa
Turki
• Turki Muda merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II.
Mereka merupakan para pelajar yang dihantar oleh kerajaan melanjutkan pengajian ke
barat terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda
bersama Tentera Division Ketiga telah mengistiharkan pemberontakan terhadap
pemerintahan Sultan Abdul Hamid.
• Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20 membawa kepada
kemunculan gerakan Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular. Semasa era
kebangkitan golongan Uthmani Muda, khalifah Uthmaniyah masih bertahan.
• Namun, era golongan Turki Muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan
dan ketenteraan.
• Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar 1910 hingga 1915, mereka
menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Uthmaniyah sebagai reaksi
kepada penentangan dan pemberontakan penduduk Kristian dan Yahudi di
wilayah-wilayah Balkan. Mereka memainkan peranan penting dalam meniupkan
semangat nasionalisme Turki demi merealisasikan impian bangsa Turaniah. Gerakan
ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan ‘ kebangsaan,
perlembagaan, persamaan dan kebebasan”.
• Jelaslah bahawa, dasar Turkifikasi telah mempercepatkan pembentukan negara
bangsa Turki.

4. Dasar Pan-Islamisme turut dilihat sebagai penyumbang kepada pembentukan negara
bangsa Turki.
• Hal ini kerana, pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme
yang merupakan dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.
Dasar ini menekankan fahaman perpaduan dan kerjasama umat Islam di bawah
kepimpinan khalifah yang membela hak umat Islam sejagat. Kefahaman ini bukan
sahaja disebarkan di Turki tetapi juga di seluruh dunia. Melalui dasar ini, umat Islam di
Turki digesa untuk bersatu padu di bawah kepimpinan Sultan Abdul Hamid II manakala

130

umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang Barat hendaklah menyokong
khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara
masing-masing.
• Baginda menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan
ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum , negeri, aliran pemikiran dan
pelbagai bidang kepakaran untuk mencapai dasar ini. Baginda berusaha
membangunkan keagungan Khalifah Islamiyyah. Tokoh-tokoh seperti Jamaluddin
al-Afghani dan Rashid Rida membantu sultan menggerakkan program Pan-Islamisme
untuk menahan kemaraan kuasa-kuasa Barat.
• Tegasnya, penyatuan umat Islam ini penting dalam membawa kepada pembentukan
negara bangsa Turki.

5. Selain itu, pendidikan juga menjadi faktor pembentukan negara bangsa Turki
• Hal ini jelas dilihat pada zaman Sultan Abdul Hamid II, sistem pendidikan diberi
keutamaan. Tujuan sistem pendidikan adalah untuk memajukan empayar Turki supaya
setaraf dengan negara-negara Barat. Turki terletak berhampiran dengan
negara-negara Barat yang maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk
memajukan empayar Turki Uthmaniyah. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai
pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi
perhatian kepada kemajuan moden seperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak
mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam.
• Banyak sekolah, peringkat rendah dan menengah serta institusi pendidkan tinggi
didirikan untuk memajukan pemikiran rakyat. Bilangan sekolah diseluruh bandar dan
kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan
pelajar berjumlah 331 140 orang, manakala institusi pengajian tinggi sebanyak 18
buah.
• Namun, pada awal abad ke-20 masihi, idea-idea baharu dari barat seperti
nasionalisme, negara bangsa dan sekularisme mula meresap secara perlahan-lahan
dalam kalangan cerdik pandai Turki.
⚫ Konsep negara bangsa merupakan kesan daripada fahaman kebangsaan moden
yang diperjuangkan oleh golongan terpelajar yang akhirnya membawa kepada
keruntuhan empayar Uthmaniyah dan penubuhan negara bangsa Turki.

Kesimpulan

1. Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah membawa kepada perpecahan wilayah umat Islam.
Sebahagian besar wilayahnya telah membebaskan diri seperti di rantau Balkan dan

131

sebahagiannya ditakluki oleh kuasa barat khususnya di bumi Arab. Bahkan sebahagian
wilayah-wilayah Arab membebaskan diri seperti di bawah pimpinan Sharif Husain dan
Faisal Sharif Husain di bumi Syam.
2. Faktor dalaman dianggap elemen terpenting kepada pembentukan negara bangsa Turki

SOALAN 9 : BINCANGKAN FAKTOR LUARAN YANG MEMBAWA KEPADA
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE-20 MASIHI

Pendahuluan

1. Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1281
Masihi. Kerajaan ini merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih
600 tahun.

2. Kegemilangan Turki Uthmaniyyah berlangsung sewaktu pemerintahan Muhammad
al-Fateh dan Sulayman al-Qanuni.

3. Namun empayar Turki Uthmaniyyah mula merosot pada penghujung abad ke-19.
4. Akibat daripada pengaruh Barat, fahaman sekularisme mulai mempengaruhi pemikiran

masyarakat termasuk kerajaan Turki Uthmaniyyah yang telah membawa kepada
pembentukan negara bangsa Turki.

Isi- isi utama

1. Gerakan nasionalisme Arab memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
negara bangsa Turki.
• Gerakan ini muncul apabila kuasa Barat meniupkan semangat nasionalisme dalam
kalangan pemimpin Arab. Mereka juga meniupkan fahaman bangsa Turki tidak layak
mengetuai dunia jika dibandingkan dengan bangsa Arab.
• Impaknya, muncul dua keluarga iaitu Keluarga Saud di Nadj dan Shariff Hussain di
Hijaz yang bersikap anti-Uthmaniyyah.
⚫ Keengganan taat kepada Turki Uthmaniyyah terserlah apabila mereka sanggup
mengorbankan maruah dengan menjadi tali barut kepada pihak Barat yang menaja
gerakan nasionalisme melalui pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang melaungkan
konsep Pan Turkinisme yang merupakan idea mempercepatkan penubuhan negara
bangsa Turki.

132

⚫ Perberontakan penduduk Kristian Balkan dan campur tangan bangsa Yahudi dalam
politik Turki Uthmaniyyah turut menyemarakkan semangat nasionalisme bangsa Turki
dan Arab.

2. Seterusnya, penglibatan dalam Perang Dunia Pertama turut menjadi faktor
pembentukan negara bangsa Turki.
• Hal ini dapat dilihat apabila golongan Turki Muda memainkan peranan penting
melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama.
• Usaha pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki Uthmaniyyah
tewas dalam Perang Dunia Pertama.
• Kekalahan demi kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam beberapa siri peperangan
telah memaksa kerajaan ini menandatangani beberapa perjanjian yang merugikan
kerajaan.
• Hal ini menyebabkan rakyat mula mempertikaikan kemampuan sultan (khalifah) untuk
mentadbir negara.
• Jelaslah bahawa kekalahan dalam Perang Dunia Pertama telah mempercepatkan
proses pembentukan negara bangsa Turki.

3. Selain itu, peranan dan tekanan kuasa-kuasa Barat juga menjadi faktor pembentukan
negara bangsa Turki.
• Tekanan kuasa-kuasa imperialis seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman, Austria dan
Hungary yang bersaing antara satu sama lain untuk menguasai kekayaan Turki
Uthmaniyyah mempercepatkan lagi pembentukan negara bangsa Turki.

• Hal ini kerana kerajaan Turki Uthmaniyyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya
petroleum.

• Walaupun kuasa-kuasa imperialis ini saling bersaing merebut khazanah Uthmaniyyah,
namun mereka sentiasa bersatu untuk menghancurkan kerajaan Islam ini.

• Selain itu, bagi mereka semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan
yang diperoleh kuasa-kuasa Barat. Keluasan tanah jajahan dan penaklukan
melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.

• Penglibatan kerajaan Turki dengan sistem ekonomi kapitas Barat turut membebankan
kerajaan akibat peningkatan hutang untuk membiayai dasar Tanzimat, konflik di
Balkan dan juga pembinaan Terusan Suez yang akhirnya membawa padah kepada
ekonomi negara.

133

• Tindakan kuasa-kuasa Barat tersebut turut mempercepatkan ke arah pembentukan
negara bangsa Turki oleh golongan nasionalis melalui dasar Tukifikasi, Pan Islamisme
dan sebagainya.

• Kuasa-kuasa Barat juga telah menghasut penduduk minoriti dan melakukan provokasi
di wilayah-wilayah kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Mereka turut menghasut
penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyyah untuk memberontak.

• Dendam merupakan punca negara-negara Eropah ingin menghancurkan empayar
Turki Uthmaniyyah untuk merebut wilayah-wilayah dan harta peninggalannya.

• Impaknya, lahir gerakan anti-Uthmaniyyah di Balkan dan Armenia yang didokong oleh
kuasa-kuasa besar. Ketidaksetiaan penduduk minoriti dengan melakukan
pemberontakan dan pengkhianatan telah mendorong pemimpin nasionalis Turki untuk
mewujudkan negara bangsa Turki.

4. Pembentukan negara bangsa Turki telah didorong oleh kewujudan institusi pendidikan
Kristian dan persatuan kebajikan yang dinaungi oleh gereja Barat.
• Institusi dan persatuan ini menyokong gerakan Turki Muda seperti Shibli Shumayyil
iaitu seorang Kristian sekular yang menggalakkan pembentukan masyarakat yang
waras dan adil di mana unsur-unsur agama dan negara dipisahkan (sekularisme).
• Pembaharuan dalam aspek pendidikan yang dilaksanakan pada zaman Sultan Abdul
Hamid II menyebabkan banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi telah didirikan.
• Selain itu, ramai pelajar telah dihantar ke Eropah untuk melanjutkan pelajaran.
• Justeru, keadaan ini menyebabkan idea-idea baharu dari Barat seperti nasionalisme,
negara bangsa dan sekularisme mula meresap dalam kalangan cerdik pandai Turki.

Kesimpulan

1. Proses pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20M melibatkan pelbagai faktor.
2. Faktor luaran merupakan faktor pendesak kepada kemunculan negara bangsa Turki

apabila kuasa Barat menjadi dalang utama kepada pembentukan negara bangsa Turki.
3. Akhirnya, pembentukan negara bangsa Turki telah direalisasikan oleh Mustafa Kemal

Ataturk apabila beliau menubuhkan Republik Turki Moden.

134

135


Click to View FlipBook Version