The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdsokrisaad, 2021-08-19 01:25:35

MODUL SEJARAH SEM 2 2021

UNTUK PELAJAR SEMESTER 2

• Ekonomi Islam menerapkan nilai saling tolong-menolong antara satu sama lain dengan
menekankan perkongsian rezeki antara golongan kaya dan golongan miskin.

3.Memberi kemakmuran kepada masyarakat
• Tujuan aktiviti perniagaan dan ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan
kesenangan kepada masyarakat.
• Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan nilai dan tahap
hidup masyarakat.
• Perkhidmatan pelacuran, perjudian, dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam
senarai aktiviti ekonomi Islam kerana ia membawa kerosakan dan kesengsaraan
kepada kehidupan masyarakat.

4. Keuntungan dunia dan akhirat
• Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan material dan
pahala daripada aktiviti yang dilakukan. Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa,
"Peniaga yang amanah berada di bawah naungan Arash pada hari pengadilan."
• Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan perniagaan dengan
amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam
golongan yang diberi keistimewaan.
• Semakin banyak pahala yang diperolehi daripada aktiviti ekonomi, semakin tinggi usaha
yang dilaksanakan.
• Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan ekonomi Islam dengan mengharamkan riba dalam
urusan jual beli.
• Aktiviti ekonomi yang menjurus kepada penindasan, penipuan, rasuah dan monopoli
ekonomi diharamkan.
• Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong-menolong, jujur, dan
mengutamakan golongan yang lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat
pahala dan ganjaran Allah s.w.t.

Kesimpulan

1. Islam memberi garis panduan dalam melaksanakan aktiviti ekonomi. Terdapat aktiviti
ekonomi yang diharuskan dan aktiviti ekonomi yang diharamkan.

2. Kesemua garis panduan ini adalah untuk melatih jiwa seseorang muslim melaksanakan
aktiviti ekonomi yang diharuskan dan dalam masa yang sama dapat mendisiplinkan diri,
mengawal hawa nafsu serta melahirkan seseorang muslim yang berjiwa bersih dan bertakwa
kepada Allah.

51

SOALAN 2: BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHALIFAH AL
RASYIDIN ABAD KE 7 MASIHI

Pendahuluan

1. Baitulmal merupakan perbendaharaan atau institusi yang bertanggungjawab
menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat
penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang
perhiasan dan harta-harta amanah (wakaf).

2. Khalifah al-Rasyidin diperintah empat sahabat nabi iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,
Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.

3. Pengurusan Baitulmal semakin penting dan menyeluruh pada zaman Khalifah Umar
al-Khattab disebabkan harta negara Islam semakin meningkat berikutan kejayaan ekspedisi
ketenteraan.

Isi-isi Utama

1. Sumber Baitulmal
• Sumber Baitulmal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu harta masyarakat, harta
negara dan harta umum.
• Sumber utama Baitulmal termasuk pendapatan zakat harta benda seperti emas, perak,
zakat pertanian dan ternakan dari umat Islam.
• Jizyah dari orang bukan Islam dan kadarnya antara 12 hingga 48 dirham. Dikecualikan
kepada golongan tertentu seperti orang tua, kanak-kanak, wanita dan lain-lain.
• Kharaj dari orang Islam dan bukan Islam pada kadar 10%.
• Usyur dikenakan terhadap peniaga Islam dan bukan Islam mengikut kadar tertentu.
Misalnya kafir harbi dikenakan 10%, kafir zimmi 5% dan peniaga Islam 2.5%. Cukai
usyur dikenakan apabila cukup nisabnya sebanyak 200 dirham.
• Ghanimah dan al-fay yang berkaitan dengan harta rampasan perang.
• Harta peninggalan si mati tanpa waris.
• Harta karun (rikaz) yang ditemui dan tidak diketahui tuannya.
• Selain itu, sumber zakat meliputi harta wakaf, sedekah, hadiah dan lain-lain.

2. Pengurusan sumber Baitulmal
• Harta zakat Baitulmal diagihkan kepada penerima zakat yang layak (8 golongan asnaf)
termasuk fakir, miskin, musafir, mualaf, hamba yang membebaskan diri, orang yang

52

berhutang, orang yang berjihad dan amil. Lebihan zakat akan digunakan untuk
kebajikan awam.
• Satu perlima harta ghanimah dan al-fay disalurkan untuk perbelanjaan kerajaan dan
bakinya diagihkan kepada tentera terlibat.
• Sumber Baitulmal lain digunakan untuk kegunaan kerajaaan dan awam termasuk
penyediaan prasarana, kebajikan rakyat, ahli keluarga nabi, ahli badar, ahli Baiah
al-Riduan dan sebagainya.

3. Pentadbiran Baitulmal
• Khalifah mengetuai pentadbiran Baitulmal berpusat di Madinah manakala gabenor
mengetuai pentadbiran di peringkat wilayah.
• Pegawai khas Baitulmal yang mahir Feqah, Matematik dan bersifat amanah dilantik
termasuk ketua pegawai Baitulmal, Pengutip Zakat (Amil), Pemungut Cukai dan
Pegawai Kewangan.
• Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, penggunaaan buku kira-kira diperkenalkan bagi
merekod sumber masuk dan keluar dari Baitulmal. Buku kira-kira ini menjadikan
pengurusan baitulmal lebih cekap dan berintegriti.

4. Pengurusan Baitulmal Zaman Khalifah Abu Bakar
• Pada zaman Abu Bakar, Baitulmal wujud secara tidak rasmi.
• Baitulmal berada pada tahap mudah, sederhana dan tidak rumit pengurusannya.
Pendapatan negara Islam dibelanjakan dengan sepenuhnya kepada mereka yang
berhak tanpa ada lebihan.
• Khalifah Abu Bakar juga menyerahkan sebidang tanah Nabi Muhammad saw iaitu tanah
Fadak dan Khaibar kepada Baitulmal. Begitu juga kutipan jizyah dan zakat yang
diperolehi dari ekspedisi ketenteraan pimpinan Khalid al-Walid ke atas wilayah Parsi
disimpan dalam Baitulmal.

5. Pengurusan Baitulmal pada zaman Umar al-Khattab.
• Baitulmal ditubuhkan secara rasmi pada zaman Umar kerana berlaku pembukaan
wilayah dan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Sumber Baitulmal yang banyak seperti
zakat, al-fai’, jizyah, kharaj, usyur dan ghanimah tidak dapat diagih dengan serta merta.
• Panglima Khalid al-Walid mencadangkan kepada Khalifah Umar agar menubuhkan
Diwan yang berfungsi sebagai jabatan perbendaharaan yang akan mengawal urusan
pentadbiran harta berkenaaan dan cadangan itu dipersetujui.
• Khalifah Umar melaksanakan pengurusan Baitulmal secara sistematik dengan
menyediakan buku kira-kira negara bagi mengetahui aliran wang keluar dan masuk dari

53

segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Beliau melantik Uqail bin Abu Talib,
Makhramah bin Naufal dan Jabair bin Mut’am mengendalikan Baitulmal mengikut syariat
agama demi kepentingan ummah, agama dan negara.
• Dana Baitulmal turut dikhaskan untuk jaminan sosial bukan hanya kepada umat Islam
bahkan kepada orang bukan Islam.
• Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Cawangan Baitulmal
ditubuhkan di setiap wilayah Islam. Para pegawai akan dilantik secara khusus dan
bertanggungjawab kepada Baitulmal pusat di Madinah.
• Umar al-Khattab telah melakukan pembaharuan dalam pentadbiran kharaj di mana para
tentera tidak dibenarkan memiliki tanah dan rumah sebagai ghanimah sebaliknya
membiarkan tanah-tanah di wilayah yang ditakluki diusahakan oleh pemilik asalnya.
Sebagai ganti, tentera Islam mendapat elaun atau gaji daripada dana Baitulmal. Perkara
ini dilakukan bagi mengelakkan timbulnya perselisihan faham sesama anggota tentera
Islam yang boleh menggugat kestabilan negara di samping meningkatkan disiplin
anggota tentera

6. Pengurusan Baitulmal pada zaman Uthman bin Afffan
• Pada zaman Uthman, timbul kontroversi mengenai pengurusan Baitulmal.
• Beliau dituduh menyalahgunakan harta Baitulmal untuk kepentingan diri dan ahli
keluarga kerana menaikkan kadar cukai, tidak mengagihkan harta rampasan perang dan
berbelanja boros.
• Tuduhan itu merupakan fitnah. Khalifah Uthman menaikkan kadar cukai untuk
menambah dana belanjawan militer bagi menghadapi ancaman Byzantine.
• Khalifah Uthman terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawan. Malahan bagi
menambah harta Baitulmal, beliau telah menyerahkan urusan perdagangan miliknya
kepada kaum keluarga dan menjadikan rumahnya sebagai Baitulmal sebelum kerajaan
Islam menubuhkan bangunan Baitulmal secara rasmi.

7. Baitulmal zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
• Khalifah Ali meneruskan Baitulmal sebagai perbendaharaan negara mengikut syariat.
Beliau meneruskan kehidupan sederhana dan dibayar gaji yang sama seperti yang
diterima oleh Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar.
• Pada zaman pemerintahanya, berlaku pertukaran ketua Baitulmal. Beliau melantik
Abdullah bin Arqam yang terkenal dalam kalangan sahabat sebagai seorang yang jujur
dan tegas.
• Ketika peperangan, pengikut Khalifah Ali menggesa agar mengambil sebahagian
daripada harta Baitulmal untuk menguatkan tentera bagi menghadapi tentera

54

Mu’awiyah, gabenor Damsyik. Namun beliau menolak dengan keras atas alasan harta
berkenaan adalah amanah Allah swt.
• Khalifah Ali membuktikan kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan
saudaranya iaitu Aqil bin Abi Talib supaya khalifah meminta sedikit sumber daripada
Baitulmal kerana kesederhanaan hidupnya.

Kesimpulan
1. Penubuhan Baitulmal zaman Khalifah al-Rasyidin dapat menjamin pembangunan ekonomi

negara dan wilayah Islam serta membantu golongan kurang bernasib baik di samping
memastikan harta yang dimiliki diurus sebaik mungkin.
2. Pengurusan Baitulmal Khalifah al-Rasyidin menjadi asas perkembangan ekonomi Islam
zamannya.
3. Baitulmal zaman Khalifah al-Rasyidin terus berfungsi hingga zaman Khalifah Abbasiyah
dan menjadi institusi terpenting dalam pembangunan negara.

S0ALAN 3: BINCANGKAN PENGURUSAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHALIFAH
ABBASIYAH DARI ABAD 9 MASIHI HINGGA ABAD KE-11 MASIHI.

Pendahuluan
1. Baitulmal dapat ditakrifkan sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelenggara segala

urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Istilah moden kepada Baitulmal ialah
Perbendaharaan Negara.
2. Institusi ini juga berperanan menguruskan segala harta amanah seperti dan menyimpan
barangan berharga seperti emas, perak, permata dan sebagainya.
3. Khalifah Abbasiyah (750-1258M / 132-656H) merupakan zaman paling kaya dalam sejarah
kekhalifahan Islam sehingga digelar zaman keemasan Islam (Golden Age).
4. Pengurusan Baitulmal zaman Abbasiyah melalui tiga fasa iaitu zaman pembinaan dan
pemantapan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan.
Isi-isi Utama
1. Sumber Baitulmal

55

• Sumber utama perbendaharaan negara yang disimpan di Baitulmal diperolehi daripada
umat Islam melalui pungutan zakat termasuk zakat harta benda seperti emas dan
perak, zakat pertanian, zakat ternakan, zakat emas dan perak.

• Sumber daripada orang bukan Islam diperolehi dari jizyah (cukai perlindungan).
• Selain itu, kharaj (cukai tanah) dan usyur (cukai perniagaan) dikenakan ke atas orang

Islam dan bukan Islam mengikut kadar yang ditentukan pemerintah.
• Baitulmal mendapat sumber daripada ghanimah (rampasan perang) dan al-fay (harta

rampasan daripada pihak musuh tanpa perang).
• Harta peninggalan si mati tanpa waris dan rikaz (harta karun) serta Iuqathah (harta

tercicir yang tidak diketahui tuannya), wakaf, sedekah, hadiah dan wasiat turut menjadi
sumber baitulmal zaman Abbasiyah.
• Perkembangan ekonomi pada zaman Abbasiyah menyaksikan pelbagai cukai
perdagangan (usyur) diperkenalkan seperti cukai garam, cukai ikan, cukai barangan
perdagangan, cukai kilang, cukai barang mewah. Cukai import, cukai kastam dan
sebagainya. Namun Khalifah al-Wathiq telah memansuhkan sebahagian cukai
berkenaan.
• Sumber terbesar baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah ialah kharaj dan usyur berikutan
peluasan kuasa dan perkembangan pesat ekonomi negara.

2. Pengurusan sumber Baitulmal
• Pada peringkat awal kerajaaan Khalifah Abbasiyah, kebanyakan dana baitulmal
digunakan untuk tujuan ketenteraan termasuk pembelian senjata dan membayar gaji
tentera.
• Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid (786-809), baitulmal mencapai zaman kemuncak
sehingga berjaya memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang pentadbiran dan
pembangunan negara seperti pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan tentera, menaja
kegiatan keilmuan, mendirikan masjid, sekolah, hospital, terusan air dan sebagainya.
Hasil perolehan baitulmal dari cukai sektor ekonomi begitu banyak mencecah 900 juta
dirham sehingga kota Baghdad muncul sebagai pusat ilmu dan perdagangan utama
dunia.
• Pada zaman Khalifah al-Makmun (813-833), sebagai pencinta ilmu, beliau banyak
memanfaatkan sumber baitulmal untuk membiayai kegiatan intelektual seperti penulisan
dan penterjemahan karya-karya ilmiah asing.
• Pada zaman Khalifah al-Musta’in (862-866), institusi Baitulmal telah mengalami sedikit
perubahan apabila beliau telah melantik Utamish sebagai wazir dan Ahmad al-Khasib
sebagai katib. Cadangan Utamish agar gaji tentera dan kakitangan kerajaan dibayar dua

56

bulan sekali dan menyatukan pentadbiran kewangan (Baitulmal) dan pentadbiran
ketenteraan untuk menjimatkan kos tidak dipersetujui oleh Ahmad al-Khasib.
• Pada zaman Khalifah al-Mu’tadid (892-902), beliau berusaha memperbaharui
pentadbiran Baitulmal dengan merombak dasar yang diperkenalkan Utamish. Gaji
tentera dan pegawai awam dibayar sebulan sekali. Beliau berusaha memulihkan dana
Baitulmal, antaranya meminta kerajaan Saffariyah membayar cukai tahunan sebanyak 4
juta dirham dan sebagai balasan, kerajaan tersebut diberikan kuasa memerintah wilayah
timur yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan Samaniyah. Mewujudkan undang-undang
pusaka Islam baharu dengan menubuhkan sebuah jabatan yang bertanggungjawab
untuk menguruskan soal harta pusaka. Melalui peraturan ini, sekiranya tidak ada pihak
waris yang menuntut harta berkenaan, ianya akan menjadi milik baitulmal.
• Khalifah memperkenalkan sistem percukaian ala pertanian di kawasan-kawasan
pentadbiran kerajaan pusat dan melaksanakan sistem konsesi di daerah-daerah sekitar
ibu kota termasuk jalan perdagangan menuju ke kota dengan dikenakan bayaran 7000
dinar sehari. Namun, usaha yang dilakukan oleh khalifah al-Mu’tadid masih tidak dapat
meningkatkan sumber kewangan negara disebabkan perancangan tersebut menelan
kos pentadbiran tinggi.
• Pada zaman Khalifah al-Muqtadir (908-932), sumber Baitulmal masih mencukupi untuk
menampung perbelanjaan negara kerana beberapa buah wilayah yang telah bebas
seperti Iraq, Syam, Armenia dan Jazirah masih membayar cukai tahunan sama ada
dalam bentuk wang perak emas.
• Namun, dari semasa ke semasa ternyata bebanan Baitulmal semakin meruncing
terutamanya kos menjaga kota Makkah dan Madinah pada musim haji, menjamin
keselamatan para jemaah yang semakin bertambah dan membayar gaji tentera istana
semakin meningkat. Khalifah al-Muqtadir terpaksa mendapat bantuan kewangan
daripada saudagar-saudagar kaya, malah terpaksa mencagarkan harta benda keluarga
khalifah-khalifah terdahulu demi kepentingan negara.
• Bermula zaman Khalifah al-Radhi (934-940), keadaan Baitulmal semakin meruncing
sehinggakan tidak mampu membayar gaji tentera, malah pada masa tersebut harga
barangan melambung tinggi.
• Pada zaman Khalifah al-Qadir (991-1074), sumber Baitulmal mengalami sedikit
pemulihan disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki,
Wasit dan Basrah. Kesannya, kerajaan memperoleh harta rampasan perang yang
banyak.

3. Pentadbiran Baitulmal
• Khalifah Abbasiyah melantik para pegawai khas menguruskan Baitulmal diperingkat
pusat manakala gabenor mengetuai pentadbiran Baitulmal di peringkat wilayah.

57

Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk memungut
sumber-sumber Baitulmal.
• Keberkesanan Diwan al-Kharaj (Jabatan Percukaian) pada zaman Khalifah Harun
al-Rasyid dalam meraih pendapatan turut membantu meningkatkan pendapatan
Baitulmal. Khalifah telah memerintahkan Abu Yusuf Yaaqub, qadi besar Baghdad agar
menyusun segala peraturan percukaian untuk dijadikan panduan dalam pentadbiran
negara dan memudahkan amil baitulmal bertugas memungut cukai serta mengelakkan
penindasan terhadap rakyat.

Kesimpulan

1. Peranan Baitulmal pada zaman kerajaan Abbasiyah bukan sekadar mengumpul sumber
pendapatan negara dalam bentuk cukai mahupun zakat, sebaliknya institusi ini memainkan
peranan penting dalam menunaikan tanggungjawab dan membantu kerajaan dalam
menyediakan pelbagai kemudahan atau prasara serta menambahkan kemasyhuran kota
Baghdad sebagai ketamudunan yang unggul menjelang Zaman Pertengahan.

2. Pengurusan Baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah mengalami tiga peringkat iaitu zaman
pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan sehingga kerajaan Abbasiyah
diserang dan dikalahkan oleh orang-orang Tartar, sekaligus membolehkan puak tersebut
menguasai perbendaharaan kerajaan Abbasiyah.

SOALAN 4: BEZAKAN ANTARA CUKAI DAN ZAKAT SERTA KEPENTINGANNYA DALAM
PEMBANGUNAN NEGARA.

Pendahuluan

1. Pengertian cukai: menurut istilah moden – cukai merupakan cara utama pemindahan
sumber daripada pemilikan individu kepada pengguna awam. Oleh itu, cukai bermaksud
sesuatu pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap rakyat secara perseorangan
atau organisasi yang bersetuju untuk kegunaan umum.

2. Menurut Kamus Dewan: bayaran (bea, sumbangan) yang dikenakan oleh kerajaan
terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dan lain-lain) untuk
perbelanjaan negara dan lain-lain.

3. Dalam konteks Islam, cukai bermaksud bayaran yang dikenakan kepada ahlul Zimmi
(orang bukan Islam) yang tinggal di bawah pemerintahan Islam atau di wilayah yang
diperintah oleh Islam (kharaj, jizyah, dan ‘usyur) dan terhadap orang Islam sendiri
(‘usyur).

58

4. Terdapat tiga cukai yang dikenakan oleh pemerintah Islam dalam pentadbiran mereka,
iaitu kharaj, jizyah, dan ‘usyur.

5. Pengertian Zakat: berasal daripada perkataan Arab – kata dasar ‘zaka’ yang bererti
penambahan dan penyucian.

6. Dari segi bahasa, zakat membawa maksud kesucian, kebersihan, keberkatan, dan kepujian
daripada perasaan tamak, bakhil, dan sifat-sifat keji.

7. Dari segi syarak pula, zakat membawa maksud sebahagian harta yang dikeluarkan
untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

8. Zakat pula terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Isi-isi Utama

1. Jenis-jenis cukai

• Cukai jizyah ialah cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam
yang berada di bawah naungan negara Islam untuk menjamin perlindungan dan
keselamatan nyawa, harta benda dan amalan agama mereka.

• Sebagai balasan, mereka juga perlu menunaikan hak kepada pemerintah Islam dengan
tunduk dan patuh pada peraturan yang terdapat dalam negara Islam bagi menjamin
keharmonian dan kemakmuran bersama. Justeru, cukai jizyah boleh dimaksudkan
sebagai penyeimbang kepada kewajipan zakat yang dikenakan terhadap umat Islam.

• Kharaj pula ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan
kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.

• Sementara ‘usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam
dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan
negara Islam dikenakan usyur sebanyak10 peratus dan bagi kafir Zimmi yang bernaung
di bawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 peratus. Wang
daripada ‘usyur dapat meningkatkan ekonomi negara terutama dalam aktiviti perniagaan
dan perdagangan.

2. Jenis-jenis Zakat
• Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun.
Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama bulan
Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah ialah sebanyak
segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk.
• Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu
dengan kadar yang ditetapkan oleh syarak.

59

• Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta yang penting
dalam ekonomi seperti hasil tanaman dan buah-buahan dan binatang ternakan, emas
dan perak, wang simpanan dan barang perniagaan.

• Bagi hasil tanaman dan buah-buahan, jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya
1/10. Manakala jika diusahakan sendiri 1/20.

• Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu. Syarat zakat binatang ternakan
ialah cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri.

• Emas dan perak (bukan perhiasan). Kadar zakat yang dikenakan 2.5%
• Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau simpanan semasa)

kadar 2.5%.
• Barang-barang perniagaan dikenakan kadar 2.5%

3. Kepentingan cukai dan zakat dalam pembangunan negara
Aspek politik
• Pengurusan zakat berlandaskan syariat Islam yang sebenar turut memberi kesan dan
impak yang positif pada aspek politik. Melalui pengurusan zakat tersebut, aktiviti
penyalahgunaan kewangan rakyat di kalangan pemimpin kerajaan juga dapat dicegah.
Ini kerana zakat dan pengagihannya diuruskan oleh amil yang amanah dan sanggup
memikul tanggungjawab negara, amanah masyarakat Islam dan perintah Allah SWT.
Tambahan pula, hasil zakat hanya diagihkan kepada mereka yang tergolong dalam
lapan asnaf seperti ditetapkan syara’ sahaja. Dengan pengurusan zakat yang menepati
hukum syara’, maka rakyat di bawah pemerintahan negara Islam akan berpeluang
menikmati kehidupan yang sejahtera.
• Tegasnya, zakat dan cukai melancarkan pentadbiran negara dan melancarkan program
pembangunan negara.
Aspek ekonomi
• Zakat dan cukai memberikan sumbangan yang besar dalam memperkembangkan
sumber-sumber Baitulmal kaum Muslimin dan negara Islam sebagaimana yang
dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Hal ini akan mendorong kerjasama
perdagangan negara-negara Islam dengan negara lain.
• Pembayaran cukai dan zakat merupakan salah satu cara umat Islam menyumbangkan
usaha dalam bentuk kebendaan bagi menampung keperluan mereka yang
memerlukannya.
• Zakat dan cukai mengurangkan jurang pendapatan yang tidak seimbang antara
golongan kaya dengan golongan miskin, di samping memberi bantuan dan pertolongan
kepada mereka yang memerlukannya.

60

• Zakat dan cukai juga merupakan satu cara yang terbaik untuk memajukan ekonomi
negara dan menjadikan negara dan umat Islam muncul sebagai golongan kaya dan
makmur.

• Pengurusan zakat dan cukai yang efektif mampu menggalakkan pelaburan dan
seterusnya mencegah pembekuan harta. Secara tidak langsung, ini dapat
menggalakkan peredaran harta, wang atau kekayaan di kalangan anggota masyarakat
sekaligus mengelakkan berlaku terkumpulnya harta, wang atau kekayaan di tangan
pihak-pihak tertentu sahaja.

• Tegasnya zakat dan cukai mengukuhkan ekonomi negara dan menyumbang kepada
pembangunan negara.

Aspek Agama
• Zakat mengukuhkan ketaqwaan orang Islam. Hai ini kerana orang-orang yang

beriman sentiasa akan berusaha bersungguh-sungguh supaya berupaya mengeluarkan
zakat bagi memperoleh ganjaran daripada Allah SWT.

Aspek sosial
• Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir

miskin. Hal ini kerana masyarakat bawahan biasanya berasa benci apabila melihat
mereka yang berkedudukan tinggi melaburkan harta untuk sesuatu yang tidak
bermanfaat. Jika harta tersebut melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan
kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih saying antara si kaya dan si
miskin.
• Dengan zakat juga, dakwah Islam dapat diperluas cakupannya, termasuk untuk
menjinakkan hati para mualaf.
• Cukai juga berperanan untuk membangunkan negara dari sudut pembinaan
infrastruktur dan kemudahan awam yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
• Hal ini dapat dilihat terutama dalam pembinaan infrastruktur seperti pembinaan tali air,
jalan raya, jambatan, bangunan awam, atau bandar baharu yang boleh dimanfaatkan
semua pihak sama ada orang Islam atau bukan Islam.
• Tegasnya, agihan zakat dan cukai membantu menjaga kebajikan rakyat dan
menyumbang kepada pembangunan negara.

Kesimpulan

1. Secara prinsipnya, cukai dan zakat yang dikenakan akan diagihkan untuk kepentingan
bersama terutama kepada golongan fakir yang memerlukan dan untuk membangunkan
negara.

61

SOALAN 5: BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN YANG DILAKSANAKAN SEMASA
ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-RASYIDIN.

Pendahuluan

1. Percukaian dalam Islam telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad saw iaitu pengenalan
jizyah yang merupakan cukai politik/ cukai kepala ataupun cukai perlindungan yang
dikenakan terhadap golongan kafir zimmi.

2. Semasa pemerintahan Khalifah al-Rasyidin, berlaku penambahbaikan dalam sistem
kutipan cukai dan terdapat cukai baharu yang diperkenalkan.

3. Hasil kutipan cukai juga terus meningkat terutamanyan semasa pemerintahan Khalifah
Umar al-Khattab.

4. Tiga jenis cukai yang dilaksanakan semasa pemerintahan Khalifah al-Rasyidin ialah jizyah,
kharaj dan juga usyur

Isi- isi utama

1. Pelaksanaan Kharaj
• Kharaj ialah cukai yang dikenakan terhadap pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera
Islam sama ada secara rundingan ataupun peperangan.
• Pada zaman Khalifah Abu Bakar, walaupun sebahagian besar tanah Iraq telah dikuasai
tentera Islam, kharaj belum dilaksanakan lagi. Tanah tersebut dianggap sebagai tanah
ghanimah dan diagihkan kepada tentera Islam yang terlibat.
• Jenis tanah yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah perolehan perang dan jenis-jenis
tanah yang ditentukan penggunaannya oleh pemerintah.
• Antara syarat tanah yang dikenakan kharaj ialah pemilik tanah terdiri daripada golongan
zimmi, tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian, tanah kharaj yang disewa
atau dipajak (kharaj dikenakan terhadap pemilik tanah bukannya penyewa) dan
pengecualian kharaj sekiranya hasil pertanian musnah akibat bencana alam.
• Kharaj mula diperkenalkan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
• Bagi tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar telah menetapkan tanah tersebut dijadikan
milik bersama dan tetap dikenakan kharaj. Tanah tersebut akan diusahakan oleh petani
tempatan dan dipantau oleh Pemegang Amanah atau golongan Ahl al- Ayyam (mereka
yang terlibat dengan penaklukan Iraq).
• Ahl al-Ayyam bertanggungjawab memungut cukai tanah berkenaan dan 1/5 daripada
hasilnya akan dihantar kepada kerajaan pusat dan 4/5 untuk Ahl al-Ayyam.

62

• Kuasa golongan Ahl al-Ayyam terhadap tanah tersebut terhenti selepas Khalifah Uthman
bin Affan menjadi khalifah menggantikan Khalifah Umar dan kuasa menguruskan cukai
di Iraq diletakkan di bawah pentadbiran gabenor.

• Kadar kharaj yang dikenakan berdasarkan kemampuan dan tidak bersifat
membebankan. Kadar yang paling maksimum ialah separuh daripada keseluruhan
hasil dan boleh dibayar dalam bentuk wang atau hasil yang diusahakan.

• Antara faktor yang menentukan kadar kharaj pada zaman Khalifah al-Rasyidin ialah
lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih tanaman.

• Kharaj pada zaman Khalifah Umar dibahagikan kepada dua jenis iaitu kharaj wazifah
masahah dan kharaj muqasamah.

• Kharaj wazifah masahah ialah cukai yang dikenakan mengikut keluasan tanah dan jenis
tanaman yang ditanam. Contohnya, tanah di Iraq telah ditetapkan setiap jerib anggur
akan dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham.

• Kharaj wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil yang
diperoleh.

• Kharaj muqasamah ialah cukai yang dipungut setiap kali hasil pertanian diperoleh.
• Sekiranya kharaj tidak dapat dibayar disebabkan oleh masalah kewangan, mereka

dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mereka mampu.
• Sebaliknya jika mereka enggan membayar cukai walaupun berkemampuan, tindakan

undang-undang akan dikenakan kepada pembayar cukai tersebut oleh kerajaan.
• Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, kharaj al-iltizam atau iqta’ yang

diuruskan oleh pemilik tanah berkenaan diperkenalkan.
• Hasil yang diperoleh daripada sumber kharaj disimpan di dalam Baitulmal dan

dimanfaatkan, contohnya untuk pembangunan infrastruktur, memajukan kegiatan
pertanian, rancangan pengairan dan lain-lain lagi.

2. Pelaksanaan Jizyah
⚫ Jizyah ialah cukai perlindungan yang dikenakan terhadap golongan bukan Islam (zimmi)
sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islam terhadap nyawa,
harta dan amalan agama mereka.
• Jizyah ialah gantian kepada khidmat perlindungan kerajaan Islam kepada golongan
zimmi dan bukanlah sebagai sewa atau denda kerana tidak beriman kepada Allah SWT
atau sebagai balasan kepada kekufuran mereka.
• Sekiranya seseorang itu menerima Islam ataupun kerajaan Islam gagal memberikan
jaminan keselamatan, keperluan membayar jizyah itu akan gugur dengan sendirinya.
• Kadar jizyah yang dikenakan berbeza-beza mengikut perjanjian yang dipersetujui dan
bergantung kepada kemampuan.

63

• Jizyah terbahagi kepada dua iaitu Sulh al-Jizyah (cukai perlindungan) dan Jizyah
al-Ru’us (cukai diri).

• Mengikut amalan kutipan jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin, kadar tahunan kutipan
jizyah yang dikenakan ialah 48 dirham (golongan kaya), 24 dirham (golongan
pertengahan) dan 12 dirham (golongan miskin yang mampu menyara kehidupan
mereka).

• Cukai jizyah dibayar dalam bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai seperti
hasil pertanian dan penternakan.

• Terdapat golongan yang dikecualikan daripada membayar jizyah seperti orang
perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, golongan cacat dan lemah, hamba dan
golongan yang sakit berpanjangan.

• Pada zaman Khalifah Abu Bakar, jizyah dilaksanakan sebagaimana pada zaman Nabi
Muhammad saw. Contohnya pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar
19000 dirham setahun manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju
membayar satu dinar per individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal.

• Perlaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umar al-Khattab dilaksanakan oleh
gabenor-gabenor wilayah. Antara kawasan pungutan jizyah yang penting ialah Baitul
maqdis ekoran kekalahan Byzantine, Babylon, Mesir dan Syria.

• Pemimpin Baitulmaqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar dan
bersetuju membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan
keselamatan terhadap harta dan nyawa mereka.

• Selain itu, penduduk Qibti yang menjemput Amru bin al-Asbagi menghalau orang Rom
bersetuju membayar jizyah dua dinar setahun. Manakala di Syria, kadar jizyah yang
dikenakan ialah satu hingga empat dinar bergantung kepada status individu.

• Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman, jizyah turut dikenakan terhadap
wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan setelah
termeterainya perjanjian damai.

3. Pelaksanaan Usyur
• Usyur ialah cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan bukan
Islam apabila mereka menjalankan perniagaan dalam negara Islam.
• Usyur diperkenalkan untuk menegakkan keadilan dalam perdagangan kerana sebelum
itu pedagang Islam yang berdagang di wilayah lain dikenakan cukai tetapi sebaliknya
bagi pedagang bukan Islam yang berdagang di negara Islam.
• Usyur ialah cukai baharu yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab bagi
menjana ekonomi negara Islam Madinah.

64

• Kadar usyur yang dikenakan berbeza antara satu sama lain tetapi kadarnya tidak
membebankan golongan yang terlibat.

• Kadar yang dikenakan terhadap pedagang Islam ialah sebanyak 2.5% manakala bagi
pedagang kafir zimmi dikenakan kadar sebanyak 5%. Bagi pedagang yang terdiri
daripada golongan kafir yang tidak berada di bawah naungan kerajaan Islam, kadar
usyur yang dikenakan ialah sebanyak 10%.

• Antara fungsi cukai usyur adalah untuk memastikan para pedagang dapat menjalankan
aktiviti tanpa sebarang gangguan, menyediakan ruang berniaga yang selesa serta
kemudahan di pelabuhan.

• Cukai ini telah diteruskan perlaksanaannya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan,
zaman Khalifah Ali bin Abu Talib serta zaman pemerintahan kerajaan Umaiyah dan
Abbasiah.

Kesimpulan

1. Penggunaan istem cukai yang sistematik dan terancang telah menyumbang kepada
kegemilangan zaman pemerintahan khalifah al-Rasyidin.

2. Hasil daripada kutipan cukai-cukai ini disimpan di Baitulmal yang bertanggungjawab untuk
menyelenggara semua cukai yang diperoleh dan seterusnya digunakan untuk
pembangunan negara dan wilayah-wilayah Islam yang lain.

SOALAN 6: BINCANGKAN SISTEM PERCUKAIAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH
PADA ABAD KE 9 HINGGA 11 MASIHI.

Pendahuluan

1. Pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah kegiatan ekonomi berkembang dengan
pesat.Kemunculan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat telah
membantu kerajaan ini dalam kemakmuran ekonomi.

2. Perkembangan ekonomi ini seiring dengan perkembangan sistem pencukaian pada zaman
kerajaan Bani Abbasiyah. Hasilnya muncul sistem serta institusi percukaian yang lebih
mantap dan sistematik.

3. Setiap institusi akan diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab
menjalankan urusan mengikut keperluan negara. Sistem percukaian pada zaman kerajaan
ini meliputi tiga sumber utama iaitu kharaj, jizyah dan usyur.

Isi- isi utama

65

1. Diwan al-Kharaj
• Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan
pentadbiran cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Diketuai oleh pegawai
yang berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai mengikut kawasan. Pegawai
tersebut bertanggungjawab memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan
pelaksanaan kutipan cukai tersebut
• Khalifah al-Mahdi menubuhkan Jabatan Akauntan Negara mengawal selia akaun
setiap jabatan khasnya mengenai hasil pungutan dan perbelanjaan.
• Penubuhan jabatan ini memang bersesuaian dengan situasi semasa memandangkan
sektor pertanian merupakan bidang yang diceburi majoriti penduduk. Sektor pertanian
menjadi nadi kepada jentera pentadbiran kerajaan Bani Abbasiyah.

2. Pelaksanaan Kharaj
⚫ Kadar Kharaj tidak sama antara kawasan. Kadarnya mengikut lokasi kawasan, kualiti
tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih. Setiap unit tanah pertanian
biasanya dikenakan kharaj minima sebanyak 10 dirham. Bayaran kharaj dibayar
dalam bentuk mata wang dan harta benda seperti haiwan ternakan dan hasil
tanaman.
• Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj antaranya pemilik tanah golongan zimmi, tanah
kharaj yang disewa atau dipajak. Pengecualian kharaj jika tanaman musnah akibat
bencana alam. Sistem percukaian Muqasamah iaitu cukai sebahagian hasil pertanian
diperkenalkan oleh Khalifah al-Mahdi.
• Kharaj merupakan salah satu sumber terpenting Baitumal ekoran kemajuan pesat
ekonomi dalam bidang pertanian.

3. Pelaksanaan Jizyah
• Pungutan cukai jizyah dipraktikkan semula oleh Kerajaan Bani Abbasiyah daripada
zaman Khulafah Rasyidin. Kadar jizyah tahunan ialah 48 dirham untuk golongan kaya,
24 dirham golongan pertengahan dan 12 dirham untuk golongan miskin.
• Gabenor memantau pelaksanaan pungutan cukai jizyah mengikut wilayah
masing-masing. Golongan dikecualikan daripada cukai jizyah ialah perempuan,
kanak-kanak, orang tua, hamba dan sakit berpanjangan.
• Pelaksanaan cukai ziyah ini meliputi kawasan taklukan bekas wilayah Parsi dan Turki.
Hasil pungutan disimpan di Baitulmal.
• Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah.

4. Pelaksanaan Usyur

66

• Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan
bukan Islam apabila menjalankan perniagaan dalam Negara Islam.

• Kadar usyur berbeza mengikut jenis pedagang dan nilai dagangan. Cukai 2,5%
dikenakan ke atas peniaga Islam, 5% peniaga kafir zimmi dan 10% ke atas peniaga
kafir harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar
nisabnya

• Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi pesat dalam sektor
perdagangan, perindustrian dan pertanian

• Baghdad muncul pusat perdagangan tersibuk ketika itu.
• Bermula zaman pemerintahan khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah mengenakan

cukai perniagaan di pasar dan kedai-kedai sekitar kota Baghdad dan wilayah
kekuasaan Islam.
• Usyur adalah cukai penting ke atas peniaga atau pedagang. Hasil pungutan usyur
amat bermanfaat untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan
tempat-tempat perniagaan dan sebagainya

Kesimpulan

1. Sistem percukaian sistematik dan terancang menyumbang kepada pembangunan dan
kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.

2. Sumber cukai yang stabil dan banyak membolehkan banyak prasarana dapat dibina bagi
kepentingan rakyat.

SOALAN 7: BINCANGKAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN KHALIFAH
AL-RASYIDIN ABAD KE-7 MASIHI

Pendahuluan

1. Zakat dari segi bahasa berasal daripada perkataan dasar ‘zaka’ yang bererti penambahan
dan penyucian. Dari segi syarak, zakat bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan
untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya.

2. Zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta serta mula difardukan pada 2 Hijrah.
3. Pelaksanaan zakat diteruskan lagi selepas kewafatan Nabi oleh Khalifah al-Rasyidin.

Isi- isi Utama

67

Pelaksanaan zakat Zaman Khalifah al-Rasyidin

1. Pentadbiran institusi zakat
• Pelaksanaan zakat zaman Khalifah al-Rasyidin sangat cekap dan sistematik serta
dititikberatkan kerana zakat salah satu rukun Islam dan juga sumber pendapatan utama
negara.
• Pelaksanaan hukum zakat mengalami perubahan dan inovasi mengikut kesesuaian
keadaan dan suasana semasa
• Peraturan bertulis mengenai operasi Baitulmal dan sumber-sumbernya termasuk zakat
diperkenalkan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab
• Pentadbiran institusi zakat di peringkat pusat berada di bawah kuasa khalifah manakala
di peringkat wilayah berada di bawah gabenor.
• Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk urus pungutan, agihan dan
pemantauan pelaksanaan zakat.
• Khalifah dan gabenor menubuhkan Baitulmal untuk menyelenggara hasil pungutan
zakat dan sumber-sumber lain serta melantik pegawai khas menguruskan pentadbiran
Baitulmal dan zakat berkenaan.

2. Sumber zakat
• Zakat dikenakan kepada umat Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat
harta
• Bayaran zakat fitrah dilakukan pada awal bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal iaitu
sebelum solat sunat Aidilfitri.
• Zakat harta dibayar pada bila-bila masa dan kadar sebanyak 2.5 peratus daripada
jumlah harta.
• Zakat harta pada zaman Khalifah al-Rasyidin meliputi haiwan ternakan, emas dan
perak termasuk mata wang negara, harta perniagaan dan barang dagangan, hasil
pertanian dan laut serta rikaz (harta karun dan kadar zakatnya 1/5 daripada jumlah
rikaz).

3. Kutipan zakat
• Khalifah al-Rasyidin menguatkuasakan pungutan zakat secara tegas dalam usaha
menegakkan hukum Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar dalam
gerakan ar-Riddah.
• Khalifah dan gabenor melantik Amil-amil berkelayakan di peringkat pusat dan wilayah
untuk urusan pemantauan, kutipan dan agihan zakat. Kebiasaannya, para amil adalah
orang yang mahir dalam bidang hukum dan matematik.

68

• Selain mengeluarkan zakat dalam bentuk harta benda yang ditetapkan, zakat juga
boleh ditunaikan dengan tukaran wang tunai (nilai wang) sepertimana yang berlaku
pada zaman Khalifah Uthman al-Affan.

4. Agihan zakat
• Semua hasil zakat dibahagi dan diagihkan kepada umat Islam yang layak menerimanya
berdasarkan syariat Islam
• Lapan golongan umat Islam yang layak menerima zakat (golongan asnaf) ialah fakir,
miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang dijanjikan tuannya untuk dimerdekakan),
gharimin (orang muslim yang berhutang dan tidak mampu menjelaskannya), fisabilillah
(orang yang berjihad pada jalan Allah) dan ibnu sabil (musafir yang kehabisan wang
dan bekalan dalam perjalanan bertujuan baik).

5. Pelaksanaan zakat zaman Khalifah al-Rasyidin
• Zaman Khalifah Abu Bakar, pemungutan zakat secara tegas dalam usaha menegakkan
hukum Allah. Beliau menggunakan kuasa bagi memastikan zakat ditunaikan oleh
semua pihak yang cukup syarat sekalipun terpaksa mengisytiharkan perang.
Contohnya, Khalifah Abu Bakar berusaha keras memerangi golongan ar-Riddah iaitu
golongan umat Islam yang enggan mengeluarkan zakat dengan membentuk 11
pasukan tentera. Hasilnya golongan al Riddah ini berjaya dikalahkan.
• Zaman Khalifah Umar al-Khattab, beliau mengenakan zakat ke atas harta yang baru
ditemui atau baru wujud dalam masyarakat Islam. Harta yang berkembang (an-nama)
dikenakan zakat seperti anak kambing yang baharu lahir, pendapatan dan lain-lain.
Buat kali pertama, kuda dikenakan zakat selain zaitun, kapas, kekacang dan beberapa
jenis hasil laut. Madu juga dikenakan zakat pada kadar 5 hingga 10 peratus
berdasarkan kaedah guna tenaga yang digunakan dalam memproses hasil tersebut.
Petugas zakat yang dilantik bertugas di Baitulmal dibayar gaji. Zaman ini menyaksikan
berlaku pertambahan yang ketara sumber zakat, ini berpunca daripada aktifnya aktiviti
pendakwahan dan kejayaan kempen-kempen peperangan.
• Zaman Khalifah Uthman al-Affan, pelaksanaan zakat telah diperluaskan hingga ke utara
Afrika dan kawasan perairan Mediterranean berikutan kejayaan tentera Islam dalam
ekspedisi ketenteraan. Beliau memberi kelonggaran pembayaran zakat sama ada
pembayaran melalui harta benda atau ditunaikan dengan tukaran wang (nilai wang).
Zakat dikenakan pada harta bersih iaitu baki daripada harta kekayaan setelah ditolak
semua hutang pembayaran zakat.
• Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, walaupun pada zaman ini berlaku konflik dalaman
sehingga tercetusnya dua perang saudara iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin namun
zakat tetap dilaksanakan memandangkan ianya merupakan kefarduan kepada setiap

69

umat Islam terutamanya pembayaran zakat fitrah. Beliau menghapuskan zakat
terhadap kuda yang telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Beliau
memperkenalkan kadar zakat setiap lima ekor unta digantikan dengan unta yang lebih
muda dengan syarat dibayarkan ganti rugi kepada tuannya dua ekor kambing biri-biri
atau 10 dirham.

Kesimpulan

1. Pelaksanaan zakat amat ditekankan pada zaman Khalifah al-Rasyidin kerana ia
merupakan salah satu sumber pendapatan negara

2. Pelaksanaan zakat juga merupakan tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan oleh
mana-mana pemerintah bagi memastikan kesejahteraan khususnya dalam kalangan
umat Islam.

SOALAN 8: JELASKAN KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN
KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE-9 HINGGA 11 MASIHI.

Pendahuluan

1. Zakat berasal daripada bahasa Arab iaitu daripada perkataan dasar zaka yang bererti
penambahan dan penyucian, perkembangan dan kebaikan. Dari segi syarak, zakat
bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada lapan golongan
asnaf yang berhak menerimanya.

2. Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat merupakan
rukun Islam yang keempat dan mula difardukan pada tahun ke-2 Hijrah. Pelaksanaan zakat
diteruskan oleh khalifah-khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW.

3. Khalifah Abbasiyah merupakan kerajaan yang memerintah empayar Islam dari tahun 750
hingga 1258 Masihi (132–656 Hijrah). Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah telah
meneruskan dan mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan zakat.

4. Oleh kerana itu, Kerajaan Abbasiyah dianggap zaman paling kaya dalam sejarah
kekhalifahan Islam sehingga digelar Zaman Keemasan Islam (Golden Age).

Isi- isi utama

1. Kepentingan zakat
Mengeratkan hubungan persaudaraan antara umat Islam

70

• Zakat dapat mengeratkan hubungan atau tali persaudaraan antara umat Islam
terutama antara golongan kaya dengan golongan miskin.

• Sebagai contoh, hasil zakat yang dikeluarkan oleh golongan kaya membolehkan
golongan miskin menjalankan kehidupan mereka dengan lebih baik dan sempurna.

• Tegasnya, keadaan ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan umat
Islam dan sekaligus membentuk sebuah masyarakat yang adil dan penyayang.

Menyucikan jiwa dan rohani manusia
• Zakat dapat membersihkan hati dan menghapuskan sifat buruk yang terdapat dalam

diri setiap manusia.
• Sebagai contoh, pembayaran zakat boleh menghilangkan sifat tercela seperti kedekut,

sombong, tamak, dan mementingkan harta benda.
• Jelaslah bahawa melalui pembayaran zakat ini akan melahirkan sebuah masyarakat

yang aman, bahagia dan saling bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama
lain.

Ujian kepada keimanan dan ketakwaan golongan kaya
• Pembayaran zakat dapat melahirkan perasaan bersyukur seterusnya mengawal hawa

nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas.
• Contohnya, sikap bersyukur ini boleh melahirkan individu yang pemurah dan saling

tolong-menolong antara satu sama lain.
• Terbukti bahawa hal ini akan mewujudkan keadaan masyarakat Islam yang hidup

secara aman dan tenteram.

Membersihkan harta seseorang
• Pemberian zakat juga akan dapat membersihkan harta seseorang daripada bercampur

dengan harta lain iaitu harta yang tidak halal. Harta yang dimiliki oleh seseorang
harus dikeluarkan zakat apabila cukup nisab dan genap haulnya. Zakat yang
dikeluarkan akan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.
• Contoh golongan yang berhak menerima zakat ialah golongan fakir, miskin, amil, orang
yang bermusafir, golongan muallaf dan orang yang berjuang ke jalan Allah fisabilillah.
• Jelaslah bahawa, pengeluaran zakat dapat mengelakkan wujudnya sikap
mementingkan diri.

Perkembangan ekonomi dan intelektual
• Pelaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah juga telah membawa kepada

perkembangan ekonomi dan intelektual. Zakat digunakan oleh kerajaan untuk

71

menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi mendorong pembangunan ekonomi.
Hasil zakat juga akan membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat.
• Contohnya, hasil kutipan zakat pada Zaman Kerajaan Abbasiyah telah menyebabkan
Kota Baghdad muncul sebagai pusat keilmuan yang terpenting.
• Terbukti bahawa, hasil zakat berupaya membangunkan negara dari aspek politik,
ekonomi dan sosial.

2. Pelaksanaan zakat
Pentadbiran dan institusi zakat
• Setelah mengambilalih pemerintahan dari Kerajaan Umaiyah, kerajaan Abbasiyah
meneruskan dasar dan pelaksanaan zakat sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan
sebelumnya. Malahan, pemerintah kerajaan Abbasiyah telah meningkatkan lagi
usaha untuk menambahbaik lagi pengurusan zakat. Pentadbiran dan institusi zakat di
peringkat pusat berada di bawah kuasa khalifah. Manakala pentadbiran zakat di
peringkat wilayah diletakkan di bawah kuasa gabenor. Khalifah dan gabenor melantik
amil-amil berkelayakan untuk urusan pungutan, agihan dan pemantauan pelaksanaan
zakat. Khalifah dan gabenor juga menubuhkan Baitulmal untuk menyelenggara hasil
pungutan zakat dan melantik pegawai khas untuk mengurus pentadbiran Baitulmal.
• Contohnya, kadi yang pakar dalam bidang syariah dilantik terus oleh kerajaan pusat
bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran zakat. Bagi memantapkan lagi
pengurusan zakat, Khalifah Harun al-Rasyid telah mendapatkan khidmat nasihat
berkaitan tentang isu-isu zakat daripada Abu Yusuf yang memegang jawatan sebagai
Ketua Kadi ketika itu.
• Jelaslah bahawa, pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiyah lebih kemas dan
sistematik demi meningkatkan lagi hasil pendapatan negara.

Sumber zakat
• Pada zaman Khalifah Abbasiyah, zakat yang dikenakan kepada umat Islam ialah zakat

fitrah dan zakat harta. Mengikut Imam Syafie, bayaran zakat fitrah dilakukan pada
awal bulan Ramadan sehingga pagi Syawal. Sementara zakat harta pula boleh
dibayar pada bila-bila masa dan kadarnya ialah sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah
harta yang dimiliki.
• Zakat harta pada zaman Khalifah Abbasiyah meliputi binatang ternakan, emas dan
perak termasuk mata wang negara, harta perniagaan dan barang dagangan, hasil
pertanian daripada buah-buahan dan bijian serta harta karun (rikaz) yang tiada
pemiliknya dengan kadar zakatnya satu perlima daripada keseluruhan jumlah rikaz.

72

• Contohnya, pada zaman Khalifah Abdul al-Dawlah, binatang yang dikenakan zakat
ialah kambing, biri-biri dan lembu yang syaratnya cukup nisab dan haul serta diternak
di padang rumput bebas dan bukan digunakan untuk bekerja.

• Terbukti bahawa, zakat dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
SWT.

Kutipan zakat
• Pada zaman Khalifah Abbasiayah, kutipan zakat dan cukai semakin bertambah

berikutan pertambahan wilayah dan umat Islam serta kepesatan pembangunan
ekonomi yang berlaku.
• Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk melakukan pemantauan
urusan kutipan dan agihan zakat di peringkat pusat dan wilayah.
• Sebagai contoh, amil yang dilantik ditugaskan untuk memerhati golongan yang
berharta, membuat penilaian dan mentaksir jumlah harta yang dimiliki dan seterusnya
mengutip zakat daripada individu berkenaan.
• Terbukti bahawa Khalifah Abbasiyah telah melakukan beberapa penambahbaikan
kepada pengurusan zakat bagi membangunkan masyarakat dan negara Islam.

Agihan zakat
• Pada zaman Khalifah Abbasiyah, kesemua hasil zakat yang diperolehi dibahagi dan

diagihkan kepada umat Islam yang layak menerimanya berdasarkan syariah Islam.
• Urusan agihan zakat kepada golongan asnaf dilakukan oleh amil-amil berkelayakan

yang dilantik oleh khalifah di peringkat pusat dan wilayah.
• Contoh lapan golongan asnaf yang layak menerima hasil kutipan zakat ialah fakir,

miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dimerdekakan),
gharimin (orang muslim yang berhutang dan tidak mampu menjelaskannya), fisabilillah
(orang yang berjihad pada jalan Allah) dan ibnu sabil (musafir yang kehabisan wang
dan bekalan dalam perjalanan yang mempunyai tujuan baik).
⚫ Jelaslah bahawa, hasil kutipan zakat yang diurus dengan baik dan secara berhemah
bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi negara, malahan mampu memupuk sifat
amanah dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara Islam.

Kesimpulan

1. Pelaksanaan zakat pada zaman awal kerajaan Abbasiyah tidak banyak berbeza dari zaman
kerajaan Umaiyah atau zaman sebelumnya.

2. Zakat merupakan satu kewajipan ke atas umat Islam dan hasil kutipan zakat menjadi salah
satu sumber pendapatan yang penting pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.

73

3. Pelaksanaan zakat merupakan salah satu tanggungjawab sosial demi mewujudkan keadilan
dan kemakmuran negara.

SOALAN 9: BINCANGKAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ZAMAN KERAJAAN UMAYYAH PADA
ABAD KE-7 HINGGA 8 MASIHI

Pendahuluan

1. Pendidikan merupakan satu proses pengajaran dan pemindahan imu kepada manusia
untuk menjadi insan yang sempurna serta mengabdikan diri kepada Allah.

2. Pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah mengalami perkembangan yang pesat kerana
galakan dan kecintaan para khalifah Umayyah terhadap bidang pendidikan. Galakan ini
telah membawa kepada perkembangan ilmu sama ada ilmu keagamaan atau ilmu
keduniaan.

3. Kemajuan yang terdapat dalam pendidikan pada zaman Umayyah mencakupi pelbagai
bidang seperti pengajian sains, perubatan, sejarah, bahasa, dan kesusasteraan, qiraah,
tafsir, hadis, ilmu geografi dan penterjemahan.

4. Kemajuan yang telah dicapai pada zaman ini adalah berkait rapat dengan mantapnya
sistem pemerintahan Islam sebagai sebuah negara Islam.

Isi- isi utama

1. Dasar Pendidikan
⚫ Pada zaman kerajaan Umayyah, dasar pendidikan percuma dipraktikkan untuk
golongan miskin di kuttab dan pengajian terbuka di masjid-masjid. Tiada sukatan
kurikulum yang khusus, namun ia berkaitan dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
Pendidikan formal berlangsung di istana dan kuttab (sekolah), manakala tidak formal
berlaku di masjid. Kebanyakan umat Islam ghairah untuk menuntut ilmu walaupun
ianya tidak diwajibkan. Namun bagi putera khalifah ia merupakan perkara wajib sama
ada didatangkan guru khas ke istana atau dihantar ke pusat pengajian. Khalifah dan
gabenor memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan pada zaman
ini. Kemunculan ilmu falsafah dan ilmu sejarah turut menyumbang kepada
perkembangan pendidikan.
⚫ Contohnya, pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz kerajaan Bani Umayyah telah
berkembang dengan meluas. Khalifah sendiri memainkan peranan penting untuk
membantu menyebar luas agama Islam ke seluruh negara di bawah kerajaan
Umayyah. Khalifah Umar Abdul Aziz melihat bahawa ilmu pengetahuan yang luas dan
mendalam diperlukan untuk tujuan penyebaran agama Islam.

74

⚫ Tegasnya, dasar pendidikan kerajaan Bani Umayyah lebih mementingkan pendidikan
untuk kemajuan rakyatnya dan penyebaran agama secara menyeluruh.

2. Institusi Pendidikan
⚫ Istana khalifah dan sekolah yang dikenali sebagai al-kuttab. Kurikulum yang diajar di
masjid adalah ilmu-ilmu naqli seperti ilmu tafsir dan hadis. Kaedah yang digunakan
ialah syarahan bPada zaman Umayyah terdapat tiga buah institusi pendidikan yang
penting iaitu masjid, ebas.
⚫ Masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Damsyik merupakan pusat perkembangan dan
penyebaran ilmu agama. Masjid di Basrah Dan Kufah merupakan pusat pengajian
bahasa dan nahu secara saintifik ekoran pengislaman bangsa bukan Arab. Istana
khalifah turut menjadi pusat pendidikan yang berfungsi sebagai tempat belajar dan
juga perpustakaan bagi putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru-guru
yang berpengalaman dijemput khas termasuk guru bukan Islam. Antara mata
pelajaran yang diajar adalah sejarah, sastera, ilmu pidato dan akhlak. Kuttab
merupakan sekolah permulaan yang menekankan pengajian al-Quran dan asas ilmu
agama sebagai persediaan ke tahap halaqah yang diadakan di masjid. Pada zaman
Umayyah ada dua jenis kuttab iaitu yang kuttab untuk orang awam yang dikenakan
yuran dan kuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin secara percuma.
⚫ Jelas menunjukkan bahawa insitusi memainkan peranan penting dalam
perkembangan pendidikan pada zaman Umayyah.

3. Tenaga Pengajar
⚫ Tenaga pengajar pada zaman Umayyah akan dibayar gajinya oleh kerajaan dan ada
juga yang berkhidmat secara sukarela. Guru-guru di ketiga-tiga institusi terdiri daripada
pelbagai mazhab yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang berbeza
mengikut tahap pendidikan masing-masing. Minat pelajar bergantung kepada
kewibawaan guru menyampaikan ilmunya. Guru-guru di masjid terdiri daripada
golongan ulama yang mengajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran.
Guru-guru yang mengajar di istana khalifah dikenali sebagai muaddih yang
bertanggungjawab mengajar kerabat diraja dan pembesar berkenaan sahsiah.
⚫ Antara tokoh ulama yang terkenal yang mengajar di Mekah ialah Abdullah bin Abbas
yang mahir ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama lain seperti Abu Musa Asya’ari dan Hasan
al-Basri.
⚫ Tenaga pengajar memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu.

4. Bidang-Bidang Pengajian

75

• Bidang-bidang pengajian yang paling berkembang adalah pengajian ilmu keagamaan
seperti tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya. Pengajian seni muzik dan puisi
bertemakan cinta dan kasih sayang berpusat di Kota Mekah, Madinah dan Damsyik.
Penggubahan syair merupakan bidang yang paling diminati berbanding disiplin ilmu
lain. Pengajian ilmu kesusasteraan dan ilmiah berkembang di masjid-masjid di kota
Basrah dan Kufah. Puisi memainkan peranan penting untuk menyampaikan mesej dan
propaganda kerajaan. Penyair diberi layanan istimewa kerana dapat membangkitkan
semangat jihad dan meninggikan seseorang khalifah. Antara tokoh penyair terkenal
ialah Qays bin Mulawa iaitu pengarang karya Laila dan Majnun. Pengajian sains dan
perubatan turut berkembang pesat hingga melahirkan tokoh perubatan seperti Ibn Usal.
Aktiviti terjemahan kitab perubatan turut giat dijalankan. Pendidkan seni ukir dan seni
pahat turut mendapat tempat di mana banyak ukiran ayat al-Quran dan hadis di istana,
mimbar, mihrab dan menara masjid.

• Bidang-bidang yang wujud memberi kesan kepada perkembangan pendidikan zaman
Umayyah.

5. Bandar–Bandar Utama Sebagai Pusat Perkembangan Pendidikan
• Banyak bandar yang menjadi pusat perkembangan pendidikan, intelektual dan
tamadun Islam.
• Bandar Madinah, Basrah dan Kufah menjadi tumpuan manusia untuk mempelajari
Bahasa Arab. Bandar Basrah menjadi bandar penting dan lahirnya tokoh seperti Aswad
Du’ali dan Khalil Ibn Ahmad tokoh nahu Arab yang masyhur.
• Kewujudan bandar menjadikan pendidikan lebih berkembang pesat.

Kesimpulan

1. Penglibatan khalifah dan sumbangan para ulama merupakan faktor pentingperkembangan
pesat bidang pendidikan pada zaman Umayyah.

2. Kemajuan yang dicapai menjadi asas kepada tamadun politik, ekonomi dan sosial umat
Islam. Pemerintahan Bani Umayyah yang mementingkan pendidikan telah mempelbagaikan
mata pelajaran yang diajar di institusi pendidikan. Selain daripada ilmu agama seperti fiqah,
tauhid, tafsir al-quran dan hadis, mata pelajaran lain yang diajar ialah ilmu hisab, sejarah,
sastera, ilmu perubatan, kesenian dan falsafah.

3. Walaupun kerajaan Bani Umayyah telah ditumbangkan dalam Revolusi Abbasiyah, namun
sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk perkembangan seterusnya.

SOALAN 10: JELASKAN FALSAFAH DAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN
KERAJAAN ABBASSIYAH PADA ABAD KE 11 HINGGA 12 MASIHI.

76

Pendahuluan
1. Zaman pemerintahan Bani Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan

pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu al-Quran dan hadis.
2. Manakala sumber pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan Hadis serta sumber

ilmu luar seperti dari India, Parsi dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan ilmu lain ialah
sains,perubatan, fizik, kimia, matematik , geografi, falsafah, asronomi dan falak.
3. Pendidikan merupakan satu proses yang membawa perkembangan mental dan fizikal serta
kesedaran manusia terhadap keagungan Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan
beberapa istilah seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu,
ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagaimana
yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu menyampaikan petunjuk yang berasaskan
syariah.

Isi- isi utama

1. Ciri-ciri asas Pendidikan
• Pendidikan Islam yang berlaku semasa zaman kerajaan Bani Abbassiyah
bersumberkan al-Quran dan hadis(sunnah). Seterusnya sumber akal dalam bentuk
ijtihad dan qias berlaku bagi menjelaskan sesuatu yang ditafsirkan daripada al-Quran
dan sunnah.
• Pelaksanaan pendidikan dalam Islam bertujuan mewujudkan pembangunan yang
seimbang antara aspek aqliah dan naqliah bagi membolehkan manusia mengenali
penciptaNya dan mentaati segala perintahNya. Pada waktu itu pendidikan berlaku
secara tidak formal seperti di masjid.
• Pendidikan formal pada zaman kerajaan Bani Abbassiyah dilaksanakan di institusi yang
didirikan oleh kerajaan seperti kuttab, madrasah dan pusat pengajian tinggi.
• Kurikulum pendidikan ketika itu ialah ilmu naqli yang terdiri daripada ilmu tafsir, hadis,
feqah dan usuluddin. Manakala ilmu aqli pula ialah ilmu falsafah, sejarah, bahasa,
matematik dan geografi.
• Pengajaran dilaksanakan mengikut kaedah halaqah. Ilmu duniawi dan ukhrawi yang
wujud ketika itu dipelajari oleh umat Islam zaman kerajaan Bani Abbassiyah sehingga
mereka menjadi insan yang berkualiti dan maju pada zaman tersebut.
• Pembentukan kualiti diri seorang manusia yang seimbang dan pemerintahan negara
yang unggul menjadikan kerajaan Bani Abbassiyah sebuah pemerintahan yang
makmur pada zaman tersebut.

2. Institusi Pendidikan

77

• Masjid dan Kuttab merupakan institusi pendidikan utama pada zaman kerajaan
Abbassiyah. Kuttab adalah pengajian permulaan untuk kanak-kanak yang menekankan
pengajian al-Quran dan asas ilmu agama sebagai persediaan melangkah ke tahap
pengajian yang lebih tinggi iaitu halaqah yang diadakan di masjid.

• Masjid merupakan sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah. Di
Basrah, masjid telah digunakan sebagai kelas-kelas pengajian bagi pelajaran tafsir,
hadis,fiqah dan kesihatan. Kelas-kelas tersebut menjadi tempat pengajian pelbagai
bangsa dan agama termasuklah putera-putera raja, pembesar-pembesar dan para
hartawan.

⚫ Sekolah-sekolah tinggi (madrasah) ditubuhkan pada zaman Nizam al-Mulk di
Baghdad dan Basrah. Di antaranya ialah institusi al-Nizamiyah dan institusi
al-Mustansiriyyah yang di bina oleh khalifah al-Mustansir.

⚫ Istana khalifah turut berfungsi sebagai gedung ilmu dan pusat pengkajian sastera
berbanding pusat pemerintahan. Hal ini berlaku semasa pemerintahan khalifah
al-Makmum.

⚫ Perpustakaan menjalankan aktiviti pengkajian buku ilmiah dan tempat
perbincangan, contohnya Baitul Hikmah iaitu sebuah perpustakaan awam.
Perpustakaan sekolah seperti perpustakaan Nizam al-Mulk dan perpustakaan
persendirian Jamal al-Din al-Qitti turut menjadi sumber rujukan pada zaman tersebut.

• Kewujudan pelbagai institusi pendidikan yang berperanan dengan baik menjadi
pemangkin kepada kegemilangan pendidikan Islam dan pelbagai ilmu bukan agama
pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbassiyah.

3. Dasar pendidikan
• Bidang pendidikan pada zaman Abbassiyah berteraskan Al Quran dan hadis. Dua
sumber ini menjadi isi kandungan pembelajaran pada masa itu. Manakala sumber
luaran yang menjadi kandungan isi pelajaran ketika itu ialah daripada ilmu-ilmu India,
Greek dan Parsi. Kurikulum khas tidak ditetapkan tetapi berkaitan dengan ilmu fardu
ain, fardu kifayah dan ilmu-ilmu aqli.
• Pendidikan formal berlaku di sekolah, perpustakaan, istana dan kuttab. Pendidikan
tidak formal pula sebahagiannya dijalankan di masjid-masjid. Pelbagai ilmu
pengetahuan yang tersebar dalam bandar-bandar kerajaan Bani Abbassiyah ini
mendorong umat Islam menuntut ilmu pengetahuan walau pun kerajaan tidak
mewajibkan orang awam untuk belajar. Hal ini menunjukkan kerajaan Bani Abbassiyah
berjaya menyuburkan ilmu pengetahuan sebagai satu keperluan rohani manusia dalam
kehidupan.
• Dasar pendidikan yang dijalankan selari dengan seruan agama Islam dalam aspek
kewajipan menuntut ilmu sejak peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang

78

pertama. Kandungan surah al-Alaq jelas menegaskan umat Islam wajib belajar untuk
kesempurnaan ibadah dan keperluan duniawi.

4. Sistem pembelajaran halaqah
• Sistem pembelajaran yang berlaku semasa kerajaan Bani Abbassiyah pada mulanya
berpusat di masjid-masjid. Walau bagaimanapun perkembangan yang berlaku
menyebabkan perubahan pada tahap halaqah dilaksanakan. Pelajar tidak bebas lagi
mengikuti mana-mana halaqah ilmu mengikut kesukaan dan minat mereka. Faktor
kelayakan diambilkira untuk memasuki mana-mana halaqah yang sesuai dan sepadan
dengan kebolehan pelajar dalam ilmu berkenaan. Hal ini terbukti pada catatan sejarah
yang berlaku kepada Imam as-Syafie yang menghadapi temuduga terlebih dahulu
sebelum dibenarkan mengikuti halaqah ilmu yang diajar oleh Imam Malik bin Anas.
• Pada zaman kerajaan Bani Abbassiyah ini, ilmuan perundangan atau fuqaha ramai
terlibat dalam perbincangan ilmiah. Ini berlaku apabila khalifah terlibat bersama ilmuan
dalam perbincangan ilmu yang bertujuan menyelesaikan isu yang wujud dalam
masyarakat. Majlis ilmu yang menjadi majlis perbahasan rasmi dianjurkan oleh khalifah
di istana.
• Halaqah di masjid mengajar ilmu pengetahuan, di samping itu menjadi tempat
perbahasan sesuatu masalah yang timbul dalam masyarakat. Seterusnya halaqah juga
menjadi tempat membuat keputusan penyelesaian bagi sesuatu masalah (li al-nazar wa
li al-munazarah). Halaqah turut menjadi majlis fatwa yang berusaha mencari
penyelesaian undang-undang bagi membantu khalifah dalam urusan perundangan dan
kehakiman. Sistem pendidikan yang wujud ketika itu berperanan besar, aspek keilmuan
menyumbangkan bantuan dan sokongan kepada pemerintah(khalifah) dan negara
melaksanakan keadilan dan kesaksamaan pemerintahan kerajaan Bani Abbassiyah.
• Faktor ini menunjukkan bagaimana kedudukan kerajaan Bani Abbasiyah gemilang
dalam semua bidang waktu itu apabila sistem pendidikan yang dilaksanakan
menyumbangkan nilai-nilai positif ke arah pembentukan negara yang berjaya.

5. Bidang-bidang Pengajian
• Kurikulum pengajian, khasnya pengajian tinggi diawasi oleh suatu badan yang
ditubuhkanoleh kerajaan yang dikenali sebagai Naqib al-Hasyimiyin
• Bidang pendidikan yang paling berkembang pesat adalah pengajian agama seperti
tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya.
• Pada peringkat rendah, kurikulum pembelajarannya merangkumi pelajaran al-Quran,
sirah Nabi Muhammad SAW, puisi dan ilmu nisab.
• Pada peringkat menengah dan tinggi, kurikulum pembelajarannya merangkumi Ilmu
Tafsir, Ilmu Hadis, Ilmu Kalam, falsafah, perubatan dan lain-lain

79

• Aktiviti terjemahan karya-karya asing dan pengkajian buku-buku ilmiah turut
merancakkan perkembangan pendidikan dan intelektual

• Berlaku pertambahan dalam aktiviti kokurikulum selain daripada aktiviti riadah,
memanah dan latihan berkuda, turut juga diadakan pertandingan penulisan dan
deklamasi sajak.

6. Tenaga pengajar
• Pada zaman Abbasiyah, muncul ramai golongan cerdik pandai Islam yang mempunyai
pengetahuan yang berbeza antara satu sama lain.
• Guru-guru yang bertugas khasnya yang mengajar pengajian lanjutan di masjid
merupakan mereka yang dilantik dan dibayar gaji oleh pihak kerajaan. Ada juga yang
berkhidmat secara sukarela.
• Guru-guru di masjid terdiri daripada golongan ulama yang mengajar dengan ikhlas
tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Antara tokoh ulama terkenal dalam bidang
ilmu hadis seperti al-Kindi, al=Farabi, Imam Empat Mazhab, al-Bukhari, Muslim dan
lain-lain.
• Guru-guru di institusi pendidikan terdiri daripada pelbagai mazhab dan mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang berbeza mengikut tahap pendidikan masing-masing.
Ulama yang terkenal dari segi ilmu dan penyampaiannya akan mendapat perhatian
ramai pelajar yang dikatakan sampai beribu-ribu orang.

Kesimpulan

1. Penglibatan pemerintah kerajaan bani Abbassiyah iaitu khalifah menyumbang kepada
perkembangan pesat dalam bidang pendidikan pada zaman kerajaan Bani Abbassiyah.

2. Pada peringkat pelaksana, para ulama atau ilmuan menjadikan bidang pendidikan Islam
cemerlang dan gemilang. Penubuhan institusi pendidikan formal yang berkesan dan efisien
menjadi role model dan inspirasi kepada umat Islam dan dunia barat.

3. Pemerintah barat cenderung melihat kerajaan Bani Abbassiyah sebagai contoh untuk
memajukan pendidikan di negara mereka. Kejayaan pendidikan dalam kerajaan Bani
Abbassiyah menjadi asas kepada pencapaian tamadun Islam yang unggul dalam catatan
sejarah.

SOALAN 11: HURAIKAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN FARDU AIN DAN FARDU
KIFAYAH DI ACHEH PADA ABAD 16 MASIHI HINGGA 17 MASIHI.

80

Pendahuluan

1. Acheh muncul sebagai pusat pengajian agama Islam yang terulung di Nusantara selepas
kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Perlaksanaan pendidikan Islam di
Acheh bukan saja dalam ilmu fardu ain tetapi meliputi ilmu fardu kifayah.

2. Ilmu fardu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman manusia. Ia
merupakan ilmu yang menjadi dasar kepada ajaran Islam seperti ilmu-ilmu mengenai
akidah, syariah dan akhlak dan lain-lain yang berkaitan dengan agama Islam.

3. Sumber utama ilmu fardu ain ialah Al Quran dan as Sunnah. Sumber kedua pula ialah
ijmak ulama dan qias. Ilmu fardu ain wajib dipelajari oleh setiap muslim. Ilmu fardu ain
terbahagi kepada beberapa bidang utama iaitu tauhid, fiqah dan tasawuf.

4. Ilmu fardu kifayah pula merujuk kepada disiplin ilmu yang diperlukan untuk
menyempurnakan keperluan hidup manusia sama ada yang berbentuk keagamaan atau
keduniaan.

5. Sebagai contoh ilmu yang berkembang dengan keperluan manusia, misalnya bidang
perubatan, sains dan teknologi, astronomi, kejuruteraan, pendidikan dan
pentadbiran. Ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh sebahagian umat
Islam.

Isi- isi Utama

1. Perlaksanaan Pendidikan Fardu Ain dan Fardu Kifayah di Acheh.
• Perlaksanaan pendidikan Islam di Acheh adalah tersusun dan terancang. Pendidikan di
Acheh terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu pendidikan asas bermula di Madrasah
atau Meunasah, diikuti dengan pendidikan menengah di Rangkang dan seterusnya
pendidikan tinggi dijalankan di Jamiah/Universiti.
• Pendidikan Fardu ain amat ditekankan pada peringkat awal pendidikan. Pengajian al
quran, al Hadis ilmu-ilmu lain seperti fekah, tauhid dan tasawuf.
• Ilmu pengetahuan fardu ain diajar di semua institusi dan telah berkembang dengan
pesat sama ada dalam bahasa Melayu mahu pun tulisan Jawi.
• Ilmu pengetahuan merangkumi tiga bidang khusus iaitu usuluddin, fiqah dan tasawuf.
• Kerajaan Acheh sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan. Justeru, kerajaan Acheh
telah menubuhkan institusi pendidikan.

2. Perlaksanaan Pendidikan Fardu Ain di Madrasah atau Muenasah
• Merupakan institusi pendidikan awal yang biasanya didirikan di setiap kampung.
• Para pelajar diajar pendidikan fardu ain iaitu membaca AlQuran, membaca dan
menulis huruf Arab dan belajar perkara asas dalam Islam.

81

• Pelajar juga turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fiqah,
ibadat dan akhlak.

• Para pelajar dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama iaitu dinakan dike (zikir)
atau selaweut (selawat) pada setiap malam Jumaat.

• Kanak-kanak yang khatam Al Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis dalam
bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan risalah Masail al –Muhtadin.

• Sejarah Islam diajar dengan cara bercerita.

3. Perlaksanaan pendidikan Fardu Ain dan Fardu Kifayah di Masjid
• Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pusat kegiatan umat Islam.
• Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah
pertama. Pendidikan fardu kifayah mula diajar di peringkat menengah.
• Beberapa masjid dinaik taraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid
Baiturrahman.

4. Perlaksanaan pendidikan Fardu Ain dan Fardu kifayah di Rangkang
• Untuk melanjutkan pelajaran pendidikan fardu ain yang lebih tinggi, pelajar akan belajar
di rangkang atau disebut pondok, pesantren atau madrasah.
• Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan
asrama.
• Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki
oleh guru yang mengajar.
• Pelajar yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang lain
untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.
• Ada antara pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir.
• Rangkang terkenal terletak di Banda Acheh Barussalam. Banyak ulama terkenal dari
seluruh negara datang mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai
daerah.
• Mata pelajaran pendidikan fardu ain yang diajar ialah fiqah, ibadat, tauhid, tasawwuf,
• Pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu selain buku bahasa
Arab. Pendidikan fardu kifayah juga turut diajar seperti geografi, sejarah dan matematik,
sejarah Islam, sejarah dunia dan bahasa Arab.

5. Perlaksanaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah di Dayah
• Di Acheh, dayah disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia atau
Madrasah Aliyah.
• Hampir setiap daerah Nanggore (negeri) terdapat dayah

82

• Terdapat dayah yang perpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan dayah
berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama, iaitu
aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang.

• Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam tinggi yang
pertama di Asia yang melahirkan banyak ulama yang menjadi pendakwah Islam di
Nusantara.

• Kesemua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab
dari Arab.

• Dua jenis dayah iaitu Dayah bersifat Umum dan Dayah bersifat khusus.
• Dayah Khusus ialah dayah yang menekankan pendidikan fardu kifayah untuk wanita

sahaja yang mengajar bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dsb
mengikut syariat Islam.
• Antara Dayah terkenal ialah Dayah Cot Kala dan Dayah Teungku Chik.
• Mata pelajaran fardu kifayah yang di ajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab,
fiqah jinayat (hukum jenayah), fikah munakahat (hukum perkahwinan) fiqah duali
(hukum tatanegara) sejarah Islam, sejarah negara-negara, ilmu mantik (ilmu logik).
Pendidikan fardu ain yang diajar ialah ilmu tauhid / filsafat, Tasawwuf, akhlak, ilmu falak,
tafsir dsb.

6. Perlaksanaan Pendidikan Fardu Ain dan Fardu Kifayah di Jamiah/Universiti
Baiturrahman
• Masjid Baiturrahman dinaik taraf menjadi Jamiah/ Universiti Baiturrahman.
• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam mendirikan Masjid Baiturrahman yang digunakan
khas untuk dijadikan tempat menuntut ilmu
• Terdapat 17 fakulti meliputi pendidikan fardu ain seperti Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis.
Terdapat juga fakulti pendidikan fardu kifayah seperti Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti
Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dsb.
• Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan negara Islam
seperti Arab, Turki, Parsi, India dsb.
• Pada zaman pemeriantahan Sultan Alaudin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah,
terdapat 44 orang Guru Besar.

Kesimpulan

1. Perlaksanaan pendidikan ilmu ain dan kifayah berkembang seiring dengan kewujudan
institusi pendidikan ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual seperti Syeikh
Nuruddin Al-Raniri dan lain-lain.

83

SOALAN 12: BINCANGKAN PERKEMBANGAN ILMU AQLI PADA ZAMAN KHALIFAH
UMAIYAH DI ANDALUSIA DARI ABAD KE-11 HINGGA 13 MASIHI

Pendahuluan

1. Perkembangan ilmu sama ada ilmu aqli atau ilmu naqli di Andalusia berlaku seiring
dengan kemunculan tokoh-tokoh dalam bidang berkaitan yang menghasilkan karya
tersendiri di samping aktiviti penterjemahan.

2. Galakan pemerintah dan minat dalam bidang intelektual juga menyebabkan berlakunya
perkembangan pesat dalam bidang ilmu aqli di Andalusia pada abad ke-11 hingga abad
ke-13 Masihi.

Isi- isi utama
Perkembangan ilmu aqli kerajaan Umaiyah di Andalusia
1. Ilmu falsafah

• Perkembangan ilmu aqli khususnya pada abad ke-12 Masihi menyaksikan zaman
keagungan ilmu falsafah di Andalusia

• Kemunculan beberapa orang ahli falsafah unggul seperti Ibn Bajjah (1095-1138M)
yang terkenal dengan karya falsafahnya Tadbir al-Mutawahhid. Beliau menulis huraian
tentang logik, metafizik dan mengulas karya Aristotle

• Pada zaman ini juga muncul Ibn Tufail (1105-1185M) ahli falsafah masyur di Granada
menghasilkan karya Hayy Ibn Yazqan yang menjelaskan evolusi manusia dari saat
seseorang itu dilahirkan sehingga mencapai usia dewasa. Beliau juga memaparkan
aliran-aliran pemikiran sezaman melalui kaedah penceritaan.

• Seterusnya, Ibn Rusyd (Averros) merupakan ahli falsafah terkenal yang berasal dari
Cordova dan disanjung tinggi kerana usahanya mengharmonikan antara falsafah dan
agama. Beliau turut menafsir dan memperkenalkan hasil karya Aristotle kepada dunia
Barat. Karya falsafah beliau, Thafut al-Tahaful masih diguna pakai dan menjadi kajian
di institusi pengajian tinggi di Barat.Pengaruh Ibn Rusyd yang meluas telah
menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali sebagai Averoisme.

2. Ilmu Perubatan
• Tokoh perubatan Ibn Zuhr (1094-1162M) pernah berkhidmat semasa pemerintahan
kerajaan al Murabitun dan al Muwahhidun. Tokoh ini merupakan ahli perubatan, pakar
klinikal dan ahli sains pertama membuat ujian pelbagai ubat pada haiwan serta

84

membuat kajian tentang penyakit kudis buta sehingga dianggap ahli parasitologi
pertama dunia.
• Karya-karya perubatan Ibn Zuhr seperti Kitab al Taysir fi al-Mudawat wa al-Tadbir dan
Kita Aghaziyah yang diterjemahkan dalam bahasa Latin dan Hebrew.
• Tokoh perubatan lain seperti Ahmad Ibn Ibas, pakar dalam bidang ubat-ubatan dari
Cordova dan Umm al-Hasan Abi Ja’afar, pakar dalam bidang kedoktoran. Abu
al-Qasim al-Zahrawi(936-1013M) iaitu doktor peribadi Khalifah al-Hakam II telah
menuli sebuah ensiklopedia perubatan lengkap berjudul Kitab al-Tasrif. Kitab ini
menulis tentang pembedahan, pemotongan anggota badan serta pembedahan dan
mata.

3. Ilmu Sejarah
• Ilmu Sejarah antara bidang ilmu paling berkembang di Andalusia. Marwan Ibn Hayyan
dikatakan telah menulis lebih kurang 50 buah karya Sejarah. Antaranya al-Muqtabis fi
Tarikh Rijal al-Andalus yang menceritakan sejarah tokoh-tokoh ilmuwan, para
pemerintah dan umat Islam Andalusia sejak Andalusia dibuka hinggalah ke zamannya
• Abu al-Qasim Said Ibn Ahmad (1029-1070M) merupakan ahli Sejarah terkenal di
Andalusia. Karyanya, Tabaqat al-Umam yang menyentuh perihal cendekiawan Islam
Andalusia manakala Jami ai-Umam menerangkan sejarah pelbagai bangsa yang
tinggal di Andalusia.
• Tokoh Sejarah yang lain Ibn Hazm (994-1064M) menghasilkan karya Jamharah yang
berkait dengan salasilah orang-orang Arab termasuk keluarga Nabi Muhamad saw,
para khalifah dan keluarga mereka. Ibn Idhari al-Marakushi dengan karyanya al-Bayan
al-Mughrib berkaitan Afrika Utara dan Andalusia.

4. Ilmu Geografi
• Abad ke-11M merupakan zaman kegemilangan Andalusia dalam bidang Geografi.
Al-Bakri (1014-1094M) merupakan tokoh Geografi terkenal Andalusia. Karyanya Kitab
al-Masalik wa al-Mamalik merupakan sebuah penulisan berkenaan jalan-jalan yang
ditempuhinya di setiap negeri dan maklumat tentang kerajaan yang memerintah. Karya
beliau membantu memudahkan urusan penghantaran surat dan utusan rasmi
kerajaan. Beliau turut menghasilkan sebuah kamus Geografi bertajuk Mu’jam ma
Isti’jam yang menerangkan nama-nama tempat yang berkaitan dengan
Semenanjung Tanah Arab. Kitab ini disusun mengikut abjad dan mengandungi istilah
geografi seperti sungai, gunung-ganang dan lain-lain.
• Jabir bin Aflah , Ibn Bajjah, Ibn Bajjah dan al Bitruji merupakan penulis
astronomi-geografi. Terdapat juga dalam kalangan yang mempunyai kepakaran dalam

85

bidang ini mengembangkan idea bumi adalah berbentuk sfera dan berada di
tengah-tengah semesta.
• Abdullah al-Hijari melalui karyanya Musib menghuraikan tentag geografi kebudayaan
dan gambaran umum tentang Andalusia.

5. Ilmu astronomi
• Selari dengan ajaran Islam yang mengesa penganutnya merenung akan ciptaan
kejadian alam termasuk siang dan malam, bintang, bulan dan matahari. Imam al
Ghazali telah mengemukakan pandangan, belajar ilmu astronomi merupakan fardu
kifayah manakala al Syafie menggalakan umat Islam mempelajari ilmu falak untuk
memudahkan atau menentukan arah kiblat
• Sebuah sekolah astronomi di Andalusia telah dibangunkan oleh Abu al-Qasim
Maslama al-Majriti. Beliau menghasilkan karya tentang astrolab, arithmethik
perdagangan dan daftar astronomi Khwarizmi.
• Abu Ishaq Ibrahim al Zarqali (1029-1087M) merupakan pencipta alat astrolab yang
dikenali Safihah. Beliau mengemukakan teori bintang dan pergerakan planet. Beliau
membetulkan ukuran Laut Mediterranean yang diberikan oleh Khwarizmi. Beliau ahli
astronomi pertama mengetahui kedudukan matahari dengan membuat rujukan kepada
bintang. Beliau mencipta sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu
siang dan malam serta menyusun nama-nama hari dalam sebulan.
• Selain itu, Nuruddin Ibn Ishaq al-Bitruji juga tokoh terkenal astronomi di Andalusia.
Beliau telah mengemukakan teori baharu tentang pergerakan bintang-bintang. Salah
satu karya terpenting beliau ialah Fi’al Hai’a menjadi kemuncak pergerakan
anti-ptolemy dalam kalangan ahli astronomi Islam.

6. Ilmu Matematik
• Di Andalusia, muncul ramai tokoh matematik seperti Ibn Ubaydah, Aabu Ayyub yang
menguasai ilmu geometri, Abu al-Hakam Amr Ibn Abdul Rahman dalam bidang
aritmetik.
• Tokoh tersohor ialah al Zarqali yang merupakan individu pertama yang cuba mengukur
jarak bumi ke matahari dan juga pelopor kepada usaha mengukur keluasan laut
Mediterranean.
• Antara ahli matematik lain ialah Abu Habbah bin Ubaidah. Beliau merupakan ahli
geometri dan matemati Andalusia yang memperkenalkan sistem angka berasal
daripada angka Hindi yang membantu mempermudahkan sistem penulisan angka.

Kesimpulan

86

1. Perkembangan ilmu aqli di Andalusia ini menunjukkan bahawa peradaban Islam turut
merangkumi pelbagai cabang ilmu sama ada ilmu keduniaan dan juga ilmu akhirat.

2. Kemunculan tokoh-tokoh yang bergerak aktif membuat penyelidikan dapat membuktikan
kekuasaan Allah yang mencipta alam ini.

SOALAN 13: IMAM AL-GHAZALI TELAH MEMBERIKAN BANYAK SUMBANGAN DALAM
TAMADUN ISLAM TERUTAMANYA DALAM BIDANG ILMU PENGETAHUAN.
BINCANGKAN.

Pendahuluan

1. Nama sebenar Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam Abu Hamid Al-ghazali. Lahir
pada 1058M/450H di Thus dan meninggal pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir 505 Hijrah/18
Disember 1111Masihi.

2. Semasa kecil lagi beliau telah menguasai pelbagai ilmu. Kecintaannya terhadap ilmu
pengetahuan telah mendorong mengembara dan merantau dari satu tempat ke tempat yang
lain untuk berguru, antaranya Imam al-Haramain, Syeikh Ahmad ibn Muhamad al-Rizkani
dan lain-lain.

3. Oleh itu, banyak buku dan karya berjaya dihasilkan telah memberikan banyak sumbangan
dalam tamadun Islam terutamanya dalam ilmu pengetahuan. Dunia amat mengagumi
al-Ghazali melalui penulisannya di mana beliau merupakan pengarang yang amat hebat
kerana beliau telah mengarang lebih daripada 300 buku.

4. Pengetahuannya yang sangat mendalam dalam pelbagai bidang ilmu telah
membolehkannya memberikan banyak sumbangan dalam bidang falsafah, ilmu kalam dan
Tasawuf.

Isi- isi utama

1. Sumbangan Al-Ghazali dalam Ilmu falsafah
• Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam penulisannya mengenai
perkembangan ilmu falsafah Islam.
• Pandangan beliau mengenai falsafah dikemukakan dalam kitab Muqasid ul-Falasifah
dan Kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah barat.
• Imam al-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan ilmu falsafah kepada
tiga golongan, iaitu atheis, natural dan teologi.

87

• Golongan atheis adalah golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang
mentadbir seluruh alam ini.

• Golongan natural adalah golongan ilmuan yang banyak membuat kajian berkaitan
dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan.

• Manakala golongan teologi merupakan ahli yang membincangkan soal ketuhanan
bersumberkan akal iaitu Plato, Socrates dan Aristotle.

• Imam al-Ghazali juga merupakan induvidu pertama yang mengklasifikasikan semula
falsafah kepada enam bahagian.

• Sebagai contoh, matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.
• Beliau juga dapat menentang golongan ahli falsafah yang cenderung dengan fahaman

falsafah Yunani yang tidak mentauhidkan kepada agama yang suci iaitu Islam.
• Kesannya, beliau dapat menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap

oleh fahaman falsafah Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci iaitu agama
Islam.

2. Sumbangan al-Ghazali dalam Ilmu kalam
• Al-Ghazali memberi sumbangan yang besar dalam bidang ilmu kalam. Beliau banyak
menghasilkan karya mengenai ilmu kalam dan banyak mematahkan hujah daripada
pihak yang memberi hujah yang keterlaluan dalam bahasa ilmu kalam.
• Beliau menguatkan hujah-hujahnya bersumberkan al-Quran, sunnah dan perbahasan
para sahabat. Beliau berpendapat, perdebatan berdasarkan kepada hujah akal
semata-mata tanpa berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah hanya akan
menambahkan lagi kerisauan serta kecelaruan dalam masyarakat Islam.
• Contohnya, dalam karya ulungnya, iaitu Ihya’ Ulumuddin, beliau meletakkan ilmu
kalam sebagai ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Oleh itu, sesiapa yang
keterlaluan dalam membincangkan perkara yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan
Allah SWT, beliau menganggap mereka termasuk dalam golongan orang yang
melakukan bidaah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka telah menyimpangkan
ilmu ini jauh daripada matlamatnya yang utama, iaitu untuk mengenal Allah SWT.
• Selain itu, perdebatan berkaitan dengan perkara-perkara berkaitan dengan
perkara-perkara dalam ilmu ini juga membuka ruang kepada golongan munafik dan
musuh-musuh Islam untuk menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata bagi
menimbulkan keraguan pada akhidah umat Islam
• Menyedari hakikat tersebut, beliau telah bangkit menentang serangan-serangan
terhadap asas agama dengan hujah yang bersandarkan al-Quran dan sunnah.

88

• Akibatnya, perbincangan ahli ilmu kalam dilihat terlalu jauh sehingga menyimpang
daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama.

3. Sumbangan al-Ghazali dalam bidang Tasawuf
• Sumbangan Al-Ghazali bidang tasawuf pula melemparkan kritikan yang membina
dengan tujuan membetulkan kesalahan dan menghalang penyelewengan berlaku yang
hanya mencemarkan kesucian agama Islam.
• Al-Ghazali juga berusaha membersihkan tasawuf daripada perkara-perkara khurafat
dan amalan yang terkeluar daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Al-Ghazali
banyak belajar ilmu tasawuf daripada gurunya yang termasyur iaitu al-Junaid dan
al-Muhasibin.
• Apabila al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang
tasawuf, beliau melemparkan kritikan yang bertujuan membetulkan kesalahan dan
menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan
kemurnian Islam.
• Karya termasyhur al-Ghazali dalam bidang tasawuf ialah Ihya’ Ulumuddin yang telah
diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Melayu, Parsi, Urdu, Inggeris
dan Perancis.
• Kitab ini telah menjadi sumber rujukan para ulama di rantau Alam Melayu. Kehadiran
kitab Ihya’ Ulumuddin ini memberikan implikasi besar dalam pengajian tasawuf.
• Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawuf kerana al-Ghazali telah
memurnikan semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidaah.

4. Sumbangan Al-Ghazali dalam bidang Ilmu Sains Politik
• Al-Ghazali turut memberi sumbangan dalam bidang sains politik. Beliau banyak belajar
ilmu sains politik daripada Imam Juwaini yang menjadi imam di Masjidil Haram,
Makkah dan di Masjid Nabawi di Madinah. Penulisannya dalam bidang politik dibahagi
kepada dua teori kenegaraan dan pemerintahan.
• Antara penulisannya dalam bidang politik ialah Mustaz-hiri, Al-Munqiz Minad Dhalal
dan Al-Iqtisad fil’-Itiqad. Karyanya yang bertajuk Al-Iqtisad fil’-Itiqad banyak
membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam.
• Selain itu beliau juga menyatakan cara memperbaiki urusan politik dalam karyanya
berjudul al-Tik al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk iaitu dengan memberi pengertian
permasalahan, menasihati pemimpin, menegur dengan bahasa yang keras dan
menegah dengan kekerasan sekiranya belum berjaya.
• Oleh itu, daripada karya-karya politik beliau telah membantu pemimpin-pemimpin Islam
mencontohi idea tersebut.

89

Kesimpulan

1. Al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan
khususnya ilmu falsafah dan ilmu kalam.

2. Beliau berjaya menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus diseleweng oleh fahaman
falsafah ketuhanan Yunani yang boleh menyebabkan akidah umat Islam terpesong secara
halus.

3. Hasil daripada hujahan beliau juga membawa kembali umat Islam kembali kepada al-Quran
dan sunnah. Akhir sekali, hasil karya beliau masih digunakan oleh para ilmuan hingga hari
ini.

SOALAN 14: BINCANGKAN SUMBANGAN IBNU BATTUTAH DALAM PERKEMBANGAN
TAMADUN MANUSIA.

Pendahuluan

1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al- Lawati
2. Dilahirkan di Tanjah atau Tangier di sebuah daerah di Maghribi pada tahun

703H/1304M
3. Seorang ilmuan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa.
4. Mempunyai keperibadian yang mulia, berwibawa, bijak berkomunikasi dalam pelbagai

bahasa asing seperti bahasa Parsi dan Turki, dan juga seorang yang bijak dalam
berdiplomasi.
5. Beliau memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun dan antara negara yang
pernah dilawatinya termasuklah Mesir, Arab, Iran, Iraq, India dan juga Asia Timur.
6. Pengembaraan beliau boleh dibahagikan kepada empat peringkat dan sarjana Barat
menggelarkan Ibnu Battutah sebagai The Prince of Muslim Travelers.
7. Sebagai seorang peneroka dan penjelajah Ibnu Battutah telah memberikan pelbagai
sumbangan dalam perkembangan tamadun manusia.

Isi- isi utama

1. Hasil karya menjadi sumber sejarah abad pertengahan

90

• Ibnu Battutah meninggalkan cacatan sejarah perjalanan dan pengembaraannya dalam
karyanya Tuhfah al Nazar fi Gharaib al-Ansar wa ‘Ajaib as-Asfar (Rihlah Ibnu
Battutah) yang dihasilkan atas permintaan pemerintah Maghribi.

• Buku ini merakamkan sejarah bagi aspek kehidupan bangsa-bangsa lain pada abad
ke-14 M seperti hal yang berkaitan dengan agama, sosial budaya, politik dan
lain-lain.

• Al-Rihlah menjadi menjadi satu daripada sumber sejarah bagi negara-negara yang
dilawatinya seperti negara-negara Afrika Barat yang sumber sejarahnya bergantung
kepada catatan Ibnu Battutah.

• Catatan Ibnu Batuttah juga turut menjadi sumber rujukan sejarah tentang kedatangan
Islam ke China dan Alam Melayu.

• Jelaslah bahawa catatan Ibnu Battutah telah membantu banyak negara dalam
mengenali sejarah negara mereka kerana banyak maklumat yang boleh dijadikan
sebagai sumber rujukan.

2. Gambaran umum tentang negara Islam
• Ibnu Battutah berjaya mengembara hampir ke semua negara Islam termasuklah Mesir.
Syria, Arab, Iran, Iraq, India dan juga kawasan kepulauan Nusantara.
• Beliau banyak membuat catatan sejarah sesebuah negara contohnya
sejarah negara India semasa pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq (era
Kesultanan Delhi), Anatolia, Afrika Timur dan Afrika Barat.
• Catatan beliau juga banyak menyentuh tentang kota-kota terkenal seperti Iskandariah,
Damsyik, Makkah, Constantinople, Syiraz dan Isfahan.
• Contohnya beliau mencatatkan keindahan kota Constantinople yang dilengkapi dengan
gedung beli-belah, dan jalan raya yang dibina daripada batu. Manakala Pasai pula
dicatatkan sebagai kawasan yang subur dan dipenuhi pokok kelapa, cengkih, gaharu
dan lain-lain.
• Beliau turut mencatat sejarah perkembangan tempat-tempat yang dilawati di Makkah
seperti Masjidil Haram, Kaabah, makam para imam dan lain-lain.
• Jelaslah catatan beliau telah memberikan gambaran perkembangan yang berlaku di
negara-negara Islam.

3. Sumbangan dalam bidang geografi
• Pengembaraan Ibnu Battutah telah memberikan persepsi baharu tentang bidang
geografi
• Ibnu Battutah telah berjaya menambahkan pengetahuan geografi kepada
masyarakat dunia.

91

• Beliau telah membuktikan bahawa iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika utara.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa zon torrid tidak sepanas yang dijangkakan.
Catatan seperti ini amat penting kerana dapat membantu untuk menentukan pemilihan
tapak bagi pangkalan perdagangan.

• Jelaslah bahawa pengetahuan dalam bidang geografi telah berjaya meningkatkan
perkembangan sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi
dan juga sosial.

4. Motivasi kepada pelayar lain
• Kejayaan Ibnu Battutah sebagai seorang penjelajah muda telah berjaya menjadi
ikutan dan dorongan kepada penjelajah Islam yang lain untuk mengikut jejak
langkahnya.
• Muncul banyak nama baharu dalam dunia pelayaran seperti Ibnu Majid dan Sulayman
al-Mahri yang telah berjaya merentasi Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.
• Catatan pelayaran mereka pula telah menjadi panduan kepada pelayar dari Eropah
yang berusaha mencari jalan ke Timur pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi.

5. Sumbangan dalam bidang sejarah
• Melalui Kitab al-Rihlah Ibnu Battutah, beliau telah memperkenalkan disiplin ilmu
pensejarahan melalui metodologi penulisan sejarah menggunakan kaedah
pemerhatian, pengalaman, temu ramah dan sebagainya. Kaedah ini masih
digunakan hingga sekarang dalam penulisan sejarah.
• Beliau banyak menulis kisah pensejarahan sesebuah negara yang dilawati seperti
sejarah tentang aspek kehidupan bangsa yang meliputi bidang politik, ekonomi sosial
dan lain-lain.
• Catatan beliau banyak memasukkan fakta yang sahih dan tepat serta disokong
oleh sumber-sumber lain yang berkaitan dengannya kerana beliau berjaya
menemui ramai pemerintah, wazir dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan di
negara-negara yang telah dilawatinya. Sebagai contohnya, beliau banyak
mencatat perkembangan poliitik di India pada zaman kerajaan Tughluq kerana
pernah menyandang jawatan kadi di sana selama 7 tahun.

6. Memperluas tamadun Islam
• Pengembaraan Ibnu Battutah memberikan sumbangan besar dalam memperluas
tamadun khususnya tamadun Islam sendiri.
• Berlaku interaksi antara tamadun apabila Ibnu Battutah mengembara dari tempat
kelahirannya ke tempat lain seperti ke Mekah, India dan juga China.

92

• Perkara yang dibawa oleh beliau sepanjang pengembaraannya seperti ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan ajaran Islam, selok belok ilmu pelayaran, dan ilmu
perkapalan yang telah dicurahkan dan disebarkan di tempat yang diterokai beliau.

• Situasi yang sama berlaku apabila beliau menimba dan mendapatkan ilmu dari
tempat yang lain.

• Kitab al-Rihlah telah menarik perhatian para sarjana sejarah dari seluruh dunia
dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Inggeris,
Portugis, Perancis dan juga Jerman.

• Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa penjelajahan Ibnu Battutah telah
berjaya meningkatkan perkembangan tamadun manusia apabila berlakunya
interaksi antara tamadun.

Kesimpulan

1. Penerokaan dan penjelajahan Ibnu Battutah telah berjaya meninggalkan pelbagai kesan
terhadap dunia penerokaan dan penjelajahan.

2. Kejayaan beliau menjejaki 44 buah negara dan telah merentasi 120 000 km dalam tempoh
28 tahun telah meletakkan beliau setaraf dengan pengembara terkenal seperti Marco Polo.

3. Catatan beliau sepanjang penerokaan dan penjelajahan ini menjadi sumber rujukan
penting kepada para ilmuan yang berikutnya dan telah membantu mencorakkan
perkembangan intelektual sejagat.

SOALAN 15: HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA ABAD KE-13
MASIHI

Pendahuluan

1. Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk, dan reka letak
yang dicipta oleh manusia.

2. Seni bina Islam merupakan gabungan unsur-unsur daripada bangsa Parsi, Roman, Turki
dan Byzantine

3. Menurut Alfred Frazer, seni bina Islam merupakan gambaran dari sudut agama dan
tumpuannya ialah bangunan masjid, madrasah, istana, pasar dan rumah kediaman.

4. Seni bina Islam merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi
keperluan rohani dan jasmani.

93

5. Setiap kerajaan Islam akan mempunyai mercu tanda yang dapat menggambarkan
kemajuan dalam bidang seni bina. Antara kerajaan Islam yang terkenal dengan pelbagai
seni bina ialah Andalusia.

6. Terdapat pelbagai kesenian seni bina Islam yang digunakan dalam pembinaan bangunan
di Andalusia yang masih dapat kita lihat sehingga sekarang.

Isi- isi utama

1. Antara ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia ialah kategori seni bina.
• Terdapat dua jenis seni bina yang terdapat di Andalusia pada abad ini iaitu kesenian
yang lahir di Granada yang dikenali sebagai kesenian Granada, manakala kesenian di
luar Granada dikenali sebagai kesenian Mudejar.
• Kesenian Mudejar dihasilkan oleh orang Islam dan bukan Islam pada abad ke-13 dan
ke-14 seperti Alcazar di Seville dan Gereja Toledo.
• Kesenian di Granada pula melambangkan seni bina dan reka bentuk Islam kerana
dihasilkan oleh seniman-seniman Islam.
• Bangunan-bangunan yang didirikan ini masih mempunyai persamaan iaitu menepati
ciri-ciri seni bina Islam iaitu tahan lama dan mempunyai ruang peredaran udara yang
mencukupi.

2. Pembinaan ruangan khas yang mempunyai fungsi tersendiri
• Setiap ruangan mempunyai keselesaan dan nilai keindahan.
• Contohnya Istana al-Hambra yang mempunyai beberapa bilik yang bersaiz sederhana,
dua buah dewan besar serta halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut dan juga
taman.
• Di istana berkenaan juga terdapat ruang duta, ruang persalinan permaisuri ruangan
persiraman diraja dan lain-lain yang mewujudkan keterasingan yang tersendiri dari
segi keindahannya.
• Tegasnya, hal ini dapat menjamin keselesaan kepada penghuni yang mendiami
istana berkenaan.

3. Mempunyai nilai keindahan
• Bangunan di Andalusia mempunyai nilai-nilai keindahan yang dapat dilihat seperti
tulisan/kaligrafi, dan hiasan ukiran.
• Tulisan-tulisan/kaligrafi terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran
pemerintah dan sebagainya.

94

• Contohnya di pintu Masjid al-Mulk tertera sebaris tulisan Arab iaitu Azza Maulana
al-Sultan-Abdullah, manakala di bawah perkataan tersebut terdapat sebuah syair yang
penyentuh tentang kemurnian agama Islam.

• Manakala di bahagian dinding masjid tersebut dihiasi dengan hiasan ukiran yang
berselang seli dengan ayat-ayat menggunakan tulisan Arab. Mihrab masjid
dipenuhi hiasan berwarna emas termasuklah struktur mihrab yang bertatahkan
permata zamrud, yaqut dan sebagainya.

• Jelaslah seni bina Islam mempunyai keindahannya yang tersendiri dan memberikan
keselesaan kepada mereka yang berada di dalam bangunan tersebut.

4. Binaan menara
• Bangunan yang dibina juga mempunyai menara yang mempunyai fungsi pelbagai.
• Terdapat dua buah menara tinggi yang dibina di atas banjaran Sierra Nevada yang
digunakan untuk melihat keindahan kota Granada yang dipenuhi taman-taman bunga
dan pohon buah-buahan.
• Manakala pembinaan menara di kawasan istana adalah untuk tujuan keselamatan dan
ketenteraan iaitu memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan.
• Binaan menara yang tinggi juga berkaitan dengan syiar agama Islam, sebagai tempat
muazzin melaungkan azan.
• Jelaslah, pembinaan menara pada setiap mempunyai pelbagai fungsi dan pada masa
yang sama menambahkan keindahan pada bangunan tersebut.

5. Menggunakan teknik pencahayaan
• Teknik pengcahayaan yang baik akan menyebabkan bahagian dalam bangunan lebih
terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terik.
• Teknik ini membolehkan bangunan yang dibina kelihatan cerah dan terang.
• Tempat terbuka atau taman dalam bangunan pula diwujudkan agar dapat
membekalkan oksigen yang segar dan menapis udara kotor serta dapat memberikan
ketenangan jiwa. Pembinaan istana al-Hambra memenuhi ciri-ciri pengcahayaan
terebut.
• Jelaslah bahawa teknik pencahayaan memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan binaan yang unik dan menarik.

6. Bahan binaan
• Bahan binaan yang digunakan terdiri daripada batuan yang kukuh dan mampu
bertahan untuk tempoh yang lama.

95

• Buktinya bangunan istana, universiti serta masjid yang dibina dahulu masih bertahan
hingga kini.

• Seni bina di Granada lebih mementingkan hiasan bahagian dalaman berbanding
luaran. Antara bahan yang digunakan untuk hiasan dalaman termasuklah jubin, batu
bata, plaster, tembikat, tembaga, dan batu marmar.

• Bahan-bahan yang digunakan dapat melanjutkan usia bangunan di samping dapat
mewujudkan keunikan pada setiap bangunan. Contohnya dinding istana al-Hambra
diperbuat daripada batu buatan yang terdiri daripada campuran tanah, kapur dan batu
kerikil berwarna merah dan lantai istana diperbuat daripada marmar putih.

• Sememangnya tidak dapat dinafikan penggunaan bahan binaan yang berkualiti dalam
seni bina di Andalusia telah membolehkan bangunan ini bertahan lama dan masih utuh
hingga sekarang.

Kesimpulan

1. Kesimpulannya, keupayaan orang Islam menghasilkan pelbagai bangunan yang indah dan
mempunyai nilai estetika bermula dengan rumah kediaman diikuti oleh istana serta masjid.

2. Ciri-ciri seni bina Islam yang diimplementasikan dalam setiap pembinaan membuktikan
kegemilangan masyarakat Islam di Andalusia pada masa itu dan menunjukkan
perkembangan tamadun Islam.

SOALAN 16: HURAIKAN CIRI CIRI SENI BINA ISLAM YANG TERDAPAT PADA ISTANA
ALHAMBRA DI ANDALUSIA.

Pendahuluan

1. Alhambra nama yang berasal daripada perkataan Arab, hamra’ (bentuk jamak dari ahmar)
yang bererti “merah”.

2. Dinamakan Istana Alhambra yang bererti Istana Merah kerana bangunan ini dihiasi
jubinjubin, seramik, dan bata-bata yang berwarna merah. Istana ini akan kelihatan
kemerah-merahan apabila disinari cahaya.

3. Pembangunan Istana Alhambra dilakukan secara bertahap, melibatkan dua abad, iaitu
antara tahun 1238 hingga 1358 Masihi yang diteruskan oleh sultan-sultan Bani Ahmar

4. Alhamra sebuah seni bina yang kompleks kerana menempatkan masjid, istana, taman-
taman, kubu, menara dan tempat tinggal khalifah di dalamnya serta bercirikan seni bina
Islam .

96

Isi- isi utama

Ciri-ciri seni bina Islam
1. Pembinaan Menara

• Menara merupakan salah satu ciri seni bina Islam. Istana Alhambra terdapat dua buah
menara (tower) yang tinggi dan berkilau yang dibina di atas banjaran Sierra Nevada.

• Tujuan binaan menara untuk melihat keindahan kota Granada yang di kelilingi
taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau

• Istana didirikan menara untuk memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan
iaitu untuk keselamatan

2. Menggunakan Teknik Pencahayaan
• Teknik pencahayaan dititikberatkan dalam seni bina Islam agar isi bangunan lebih
terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terik mahupun tidak terlalu kurang
sehingga menyebabkan ruang dalam sesebuah bangunan nampak muram.
• Dengan sistem pencahayaan yang baik dalam seni bina Islam, bangunan yang dibina
kelihatan lebih cerah, hening, dan tenang. Oleh itu, bangunan-bangunan yang dibina di
Andalusia seperti istana Alhambra mengambil kira soal pancaran cahaya yang
menembusi sesuatu. bangunan itu.
• Dihiasi 1 000 buah lampu.
• Mempunyai kira-kira 1 093 tiang daripada marmar putih dan indah yang berbentuk
papan catur yang bercirikan seni-seni binaan Islam
• Di sebelah selatan, berhadapan Wadi al-Kabeer, terdapat 19 pintu yang ditempa
dengan emas. Manakala bahagian tenggara dan barat laut mempunyai 9 pintu.

3. Seni Ukir Islam
• Seni ukiran Islam turut berkembang pesat pada zaman pemerintahan
kerajaan-kerajaaran Islam di Andalusia.
• Ukiran-ukiran yang mempamerkan seni khat dan corak geometri merupakan ciri utama
seni bina di Andalusia.
• Ukiran dan hiasan berbentuk ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat
menghiasi dinding-dinding istana
• Sebagai contoh, di istana Alhambra iaitu di dinding masjid dipenuhi dengan hiasan
ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat menggunakan tulisan Arab seperti
al-Qudratu bi’llah, al-mulku li’llah dan La ghaliba illa’alah.

97

• Kalimah ‘Wa la ghalibu illa allah ditulis berulang kali di beberapa dinding istana yang
bermaksud ‘Tidak ada pemenang selain Allah’

• Pada pintu-pintu dan pada bumbungnya terdapat banyak lukisan berunsurkan
geometri.

• Kebanyakan ruangan dan hiasan pada istana ini dipenuhi dengan ukiran-ukiran yang
indah dan hiasan-hiasan kaligrafi Arab iaitu tulisan kursif dan kufi. Kebanyakan
hiasan kaligrafi yang digunakan dengan ukiran khas dan sukar ditandingi hingga kini.

• Selain bentuk geometri yang sinonim dengan seni bina Islam, ayat-ayat al-Quran, dan
motif flora digunakan di luar dan di dalam istana.

4. Tempat Terbuka atau Taman Dalam Bangunan

• Kawasan terbuka atau diletakkan di tengah-tengah Bandar atau di dalam bangunan
yang dipenuhi dengan pokok-pokok untuk memberi bekalan oksigen yang segar dan
menapis udara kotor di sekeliling.

• Selain itu, pemandangan taman yang indah juga dapat menenangkan jiwa. Di
Alhambra misalnya, terdapat taman-taman yang dilengkapi dengan kolam dan
pancutan air.

5. Ruangan khas
• Terdapat ruangan khas atau bilik yang mempunyai fungsi tersendiri. Ruang- ruang ini
adalah berfungsi memberi keselesaan dan keindahan.

Pembahagian Ruang Alhambra
• Ruangan al-Hukmi (Baitul Hikmi) – luasnya, 15 X 15 meter dengan tinggi ruangan, 20
meter. Ruangan ini nyaman dan sejuk kerana kedudukan dan ketinggiannya yang
dapat menampung banyak udara segar. Sesuai dengan namanya, ruang ini ialah
tempat menjatuhkan keputusan (mahkamah) yang dibangunkan oleh Sultan Yusuf I
(1334 – 1354).
• Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj) – ruangan yang mempunyai keluasan 6.25 X
6.25 meter. Tempat ini dipenuhi ukiran keemasan dan dipenuhi dengan hiasan-hiasan
kaligrafi Arab serta di tengah-tengah ruang ini terdapat saluran air pancut yang
diperbuat daripada batu marmar.
• Taman Singa (Hausyus Sibb) – luasnya taman ini ialah 28.5 X 15.70 meter. Taman
Singa ini dikelilingi oleh 128 tiang (yang berlapis dua, tiga atau empat) yang diperbuat
daripada marmar yang indah. Di taman ini juga terdapat kolam air pancut (berbentuk
heksagon) yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris melingkar. Daripada

98

mulut patung-patung singa tersebut, keluar pancutan air yang apabila setiap kali
masuk waktu solat, namun pacutan air dari mulut singa itu tidak lagi berfungsi kini.
• Ruangan Dua Perempuan Bersaudara (Baitul al-Ukhtain) – dibina khusus untuk dua
orang saudara perempuan Sultan Al-Ahmar.
• Ruangan Bersiram (Hausy ar-Raihan) – berukuran 36.6 X 23.4 meter. Di
tengah-tengah ruangan ini terdapat kolam (al-birkah) seluas 33.5 X 4.7 meter dengan
kedalaman 1.5 meter yang lantainya diperbuat daripada marmar putih. Ruang ini
disebut Ruangan Harum kerana di kiri dan di kanannya dilengkapi taman dan
bunga-bungaan yang indah dan berbau harum. Pada penghujung kolam ini, terdapat
tiang marmar yang berdiri tegak sebagai terasnya.

6. Mimbar

• Mengandungi 19 ruang tengah yang membujur dan mimbarnya diperbuat daripada
gading dan kayu yang berharga serta diletakkan paku-paku emas.

Kesimpulan

1. Setelah kejatuhan kerajaan Andalusia, Alhambra telah dijadikan istana Kerajaan Kristian.
Alhambra sekarang dijadikan sebuah muzium yang mempamerkan kecantikan gaya seni
bina Islam.

SOALAN 17: HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM KERAJAAN MOGHUL DI INDIA DARI
ABAD KE 16 HINGGA 17 MASIHI

Pendahuluan

1. Seni bina ialah, bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang
dibina oleh manusia. Seni bina Islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan
kesenian Islam.

2. Seni bina ini juga merupakan hasil usaha dan kreativiti orang Islam untuk memenuhi
keperluan rohani dan jasmani. Zaman Kerajaan Moghul di India memperlihatkan
perkembangan seni bina yang menggabungkan seni bina Arab dengan seni bina tempatan
dan Parsi.

3. Terdapat pelbagai ciri seni bina Islam pada zaman Kerajaan Moghul di India.

99

Isi- isi utama
Ciri-ciri Seni Bina Islam

1. Pengaruh luaran dalam seni bina tempatan
• Dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca
• Turut dipengaruhi seni bina Arab, Turki dan Parsi
• Contohnya Masjid Lapan Mutiara yang terdapat di Agra. Menaranya dihiasi dengan
kaligrafi Arab. Manakala kubahnya merupakan gabungan kubah gaya Parsi dan
tempatan dengan bentuk baharu berupa bunga teratai dengan puncak yang meruncing
• Kubah utama Taj Mahal pula direka oleh Ismail Khan dari Turki
• Tegasnya, gabungan pengaruh tersebut telah menjadikan seni bina pada masjid
khususnya kelihatan indah dan unik.

2. Motif corak hiasan
• Corak hiasan bermotifkan ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran di istana dan masjid
• Ukiran pada seni bina ini bermotifkan dakwah
• Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India mencerminkan simbolik antara alam
sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan yang dibentuk berdasarkan jambangan
bunga dan bentuk geometri
• Contohnya; ayat-ayat al-Quran yang menjadi hiasan utama pada dinding Taj Mahal
terdiri daripada Surah Yasin, Surah Zumar, Surah al-Mulk dan Surah al-Ikhlas.Huruf
khat Thuluth menjadi seni huruf utama yang digunakan.
• Hampir keseluruhan Masjid Jamek pula dihiasi dengan kaligrafi al-Quran terutama
pada mimbar di mihrab
• Kesan daripada keindahan tersebut dapat memukau setiap pengunjung dan
mewujudkan suasana yang harmoni serta tenang.

3. Bahan binaan
• Bahan binaan terdiri daripada batu dan kayu sebagai sumber asas
• Kebanyakan bahan binaan adalah mahal dan berkualiti seperti batu marmar dan
batu-batuan merah
• Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunan yang terdiri daripada pelbagai
saiz
• Susunan bangunannya pula selari mengikut grid-grid tertentu
• Perhiasan pada permukaan dinding bangunan dihiasi dengan lukisan mozek dan
bahan seramik serta lukisan-lukisan daripada teknik stucco

100


Click to View FlipBook Version