The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBIAKAN TUMBUHAN - JPPKK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozaimin, 2021-02-15 10:42:12

PEMBIAKAN TUMBUHAN

PEMBIAKAN TUMBUHAN - JPPKK

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

4. Kerat hujung batang yang akan ditanam batang secara serong. Potongan serong
penting untuk memudahkan oengaliran air dan pengudaraan akar di dalam tanah.

5. Celupkan hujung keratan batang dengan 6. Buatkan lubang dalam media
hormon pengakaran. Jika gunakan serbuk semaian, dan masukkan keratan batang
hormon, celupkan dengan air dahulu, ke dalam media tersebut. Perlu buat
kemudian sapu dengan hormon. lubang terlebih dahulu, untuk
mengelakkan pembaziran hormon.

7. Letakkan anak pokok di tempat
yang teduh dan terhindar dari
perosak. Siram setiap hari, pastikan
pokok mendapat kelembapan dan
tidak kering

41

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

KERATAN BATANG SEDERHANA KERAS (Semi Hardwood Cuttings)

Keratan kayu sederhana diambil di bahagian dahan iaitu pada kayu yang
baru matang. Keratan kayu sederhana biasanya menghasilkan keratan yang
mempunyai akar yang baik. Keratan dibuat sepanjang 10-20cm. Keratan
mestilah mempunyai beberapa helai daun.

KERATAN BATANG LEMBUT (Softwood Cuttings)

Keratan ini diambil daripada bahagian ranting yang paling muda dan masih
hijau. Keratan dibuat sepanjang 10-15cm berserta dengan 2-3 helai daun.
Peratus kejayaan keratan kayu lembut adalah rendah jika dibandingkan
dengan menggunakan bahagian lain.

Ia juga memerlukan lebih banyak penjagaan berbanding keratan lain. Ini
kerana ia masih muda dari segi pertumbuhan. Keratan kayu lembut juga
mudah kering. Oleh itu, kelembapan persekitaran perlulah diawasi apabila
menggunakan kaedah keratan kayu lembut. Penggunaan renjisan kabus
adalah digalakkan supaya keratan jenis ini lebih cepat mengeluarkan akar.

Antara pokok yang boleh dibiakkan melalui keratan kayu lembut ialah:

 Pokok jejari hantu (Alternanthera
elliptica)

 Caryopteris
 Clematis
 Fushia
 Pokok Bunga Ros Jepun

Gambar 27. Pokok Bunga Ros Jepun.Google Image

42

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TIPS SUKSES KERATAN BATANG

 Sertakan sebahagian kayu batang sehingga bentuk pangkalnya seperti martil atau
bertumit. Cara ini sering digunakan untuk cabang

 Gunakan cabang yang berumur sekitar 1 tahun dan sihat.
 Cabang sihat, tidak terserang hama dan penyakit. Pastikan kutu, tungau dan hama

penggerek tiada kerana sering tidak kelihatan pada batang. Elakkan batang yang
mempunyai warna daun kekuningan iaitu simptom kekurangan nitrogen, ini kerana
batang yang kandungan nitrogen sedikit akan sukar berakar.
 Waktu terbaik untuk pemotongan batang, iaitu pada saat kelembapan udara tinggi
dan bukan dalam masa pertumbuhan. Situasi seperti ini biasanya pada diawal
musim hujan.
 Lakukan pemotongan batang di dalam air. Dengan cara ini jaringan pembuluh
batang yang dipotong akan terisi air, bukan terisi udara
 Potong bahagian pangkal dan hujung batang lebih sesuai dibuat serong. Potongan
yang serong mempunyai luas permukaan yang lebih besar dan berpotensi
mengeluarkan akar lebih banyak. Potongan serong juga dapat mengelakkan
pengumpulan air di hujung batang yang boleh menyebabkan hujung batang reput
lalu membusuk.
 Pemotongan sebaiknya dilakukan menggunakan pisau yang tajam agar hasil
potongan halus dan kulit tidak reput. Potongan yang kasar akan mempersulit
terbentuknya kalus.
 Semai keratan dengah hormon pengakaran bagi mempercepatkan pertumbuhan
akar dan tunas.
 Kelembapan keratan perlu selalu dijaga. Buatkan sungkup plastik untuk keratan
batang yang disemai

43

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

KERATAN DAUN

Terdapat juga tanaman yang boleh dibiakkan menggunakan daun seperti
Pokok Ati-ati, Daun Setawar, Pokok Resam Batu, Streptocarpus.Ini lebih
mudah tanaman hiasan , terutama jenis sukulen ( succulent), daun tebal,
dan kandungan air yang tinggi. Contohnya Violces, Begonia ,Aloe Vera dan
Lidah Mak Mertua ( Sansievera). Daun yang digunakan juga perlu cukup
matang , serta berdaun hijau pekat. Elakkan daun yang berwarna
kekuningan kerana layu atau kurang nitrogen ,kerana ia sukar membentuk
akar.

Gambar 28. Pokok Ati-Ati. Google Image Gambar 29. Pokok Resam Batu. Google Image

Keratan Urat Daun

Daun Pokok Resam Batu (Begonia spp.) dibiakkan dengan meletakkan
lai daunnya di atas medium pengakaran dan urat-urat daunnya dipotong-
potong. Dalam keadaan yang sesuai, setiap urat daun yang dikerat akan
mengeluarkan anak pokok yang baru. Satu lagi cara yang hampir sama ialah
dengan mencincang lai daun serta menabur keratan-keratan daun di atas
medium pengakaran. Sedikit medium patut ditaburkan di atas keratan-
keratan tadi. Anak-anak pokok yang baru akan tumbuh daripada keratan-
keratan tadi.

44

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Teknik Keratan Urat Daun Begonia

1. Ambil daun yang akan dikerat

2. Potong daun berbentuk
segitida mempunyai urat daun

3. Semaikan bahagian keratan yang
runcing. Sapukan Hormon Pengakaran
jika ingin cepat berakar.

Bahan & Peralatan :
Pisau, Daun Begonia, Tanah Semaian

4. Letakkan semaian di
tempat teduh.

45

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Teknik Keratan Tangkai Daun

1. Potong tangkai daun sepanjang 5 cm
dengan pisau tajam

2. Tanam tangkai tersebut ke media
semai yang telah disembur air
hingga basah

3. Sungkup dengan plastik kemudian ikat
plastik tersebut. Ini adalah untuk menjaga
kelembapan. Pastikan plastik sungkupan
tetap pada posisinya.

4. Sektar 2-3 minggu, akan muncul
tunas baru. Buka penutup plastik dan
rawat anak pokok agar tumbuh subur.
Pisahkan tunas baru , kemudian
tanam di pot tersendiri.

46

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Teknik Keratan Daun Lidah Mak Mertua , Sansieviera spp.

1. Pilih daun yang sihat

2. Potong daun menjadi beberapa
bahagian, berukuran sekitar 10cm

3. Sediakan media, cucukkan potongan
daun tersebut ke dalam media

4. Tunas baru akan muncul dari
pangkal keratan.

47

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

KERATAN AKAR

Teknik pembiakan secara keratan akar jarang dilakukan di kawasan
tropika kerana memerlukan waktu yang lama. Ada setengah pokok tidak
mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok
sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan
pembiakan.
Tips mencegah kegagalan keratan akar

1. Akar tidak mempunyai mata tunas. Untuk mempercepat pertumbuhan
akar dan tunasnya, potong keratan akar dilukai agar tumbuh kalus

2. Gunakan akar muda kerana lebih cepat berakar berbanding akar tua.
Akar digunakan untuk keratan kurang lebih sebesar pensil.

3. Gunakan hormon pengakaran untuk mempercepat pertumbuhan akar
dan tunas.

4. Untuk elakkan jangkitan kulat, gunakan racun kulat
5. Pastikan media semaian dalam keadaan lembap.

Gambar 30. Akar yang boleh dibiakkan . Google Image

48

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK KERATAN AKAR

Bahan & Peralatan: Akar Pokok, Pisau, Media semaian, bekas/polibeg
Langkah Kerja:

1. Ambil akar , kemudian asingkan
akar yang tebal dan akar yang
kurus

2. Potong akar kurus sekitar 5 cm.
Letakkan pada media dengan posisi
horizontal dan berjarak 4-5 cm satu
dengan yang lain.

3. Taburkan racun kulat pada semaian,
kemudian kambuskan dengan tanah
media.

4. Semaikan akar yang tebal/gemuk
sekitar 5 cm dengan cara berdiri.

5. Potong serong bahagian pangkal akar
yang hendak ditanam

6. Tanam semaian akar ke dalam media
semaian . (boleh guna hormon untuk
cepatkan proses pengakaran)

49

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

KERATAN PUCUK

Kaedah pembiakan tumbuhan secara keratan pucuk iaitu
menggunakan pucuk-pucuk batang yang masih muda dan masih berada
pada masa pertumbuhan. Antara tanaman yang boleh dibiakkan dengan
cara ini adalah seperti bunga sepatu, bunga ixora, eukaliptus, tebu, stevia,
herba pudina, pokok teh, dan ubi jalar.

1. Pilih pucuk dari cabang yang rajin berbunga. Potong
pucuk tanaman tepat di bawah tangkai daun. Biasanya, di
tempat ini tersimpan banyak bahan makanan. Dalam
memilih cabang, pastikan tidak terlalu besar, diameter
sekitar 0.5 cm. Potong bahagian pangkal cabang secara
serong agar tempat tumbuh akar lebih lebar. Buangkan
daun-daun bahagian bawah pada cabang yang telah
dipotong, sisakan 2-3 helai pada bahagian pucuk.

2. Oles pangkal batang keratan dengan hormon
pengakaran untuk mempercepat pertumbuhan
akar

3. Tanamkan pucuk tanaman ke dalam lubang yang
telah dibuat di media.

4. Untuk menjaga media agar tetap lembap, sungkup
pot dengan sarung plastk. Letakkan di tempat teduh
dengan penyinaran 25-50%.

Digalakkan juga memotong separuh daun untuk
mengurangkan kadar transpirasi.

50

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

LENTURAN (LAYERAGE)
Lenturan juga disebut Layerage . Lenturan adalah teknik pembiakan

aseks yang membentuk akar pada batang yang berada pada induk. Pokok
induk masih hidup dan teknik ini menggalakkan pembentukan akar pada
batang induk. Lenturan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Lenturan Tanah,
Soil Layering dan Lenturan Udara, Air Layering iaitu Teknik Tut.

Lenturan tanah dilakukan dengan cara menimbun batang dalam tanah
atau media agar akarnya tumbuh. Hanya tumbuhan yang berbatang panjang
dan mudah dilentur dibiakkan dengan kaedah ini seperti anggur melati dan
mawar pagar. Antara kaedah dalam Lenturan Tanah seperti Lenturan
Pucuk/ Tip Layering, Lenturan Biasa/Simple Layering, Lenturan
Sambung/Trench Layering, Lenturan Berganda/Serpentive Layering.

Lenturan Biasa (Simple Layering)

Lenturan Berganda (Compound Layering)
Lenturan Sambung (Trench Layering)

Gambar 31. Jenos-jenis lenturan. Google Image

51

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK LENTURAN PUCUK/HUJUNG CABANG (TIP LAYERING)
Bahan & Peralatan: Cangkul, Pisau, Pancang, Dawai, Pokok anggur.
Langkah Kerja:

1. Gali tanah secaar dangkal.sedalam 2.5- 5cm menggunakan
cangkul. Lukai bahagian tanaman yang akan dibiakkan
dengan pisau untuk menggalakkan perakaran. Sapukan
sedikit hormon pengakaran mempercepat pertumbuhan
akar pada bahagian yang diukai. Letakkan cabang tersebut
pada lubang yang telah digali.

2. Kepitkan dawai yang boleh dilengkung untuk menahan
cabang agar tidak goyah.

3. Timbunkan tanah yang sudah dicampur dengan baja
organik sehingga menutupi keseluruhan cabang.

4. Setelah tunas tumbuh subur dan cukup kuat ( kira-kira 2-3
bulan ), tanaman boleh dipootong. Anak pokok boleh
dipindahkan ke tanah .

52

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TUT, CANGKOK, MARCOTING/ AIR LAYERING

Pembiakan tanaman secara Tut , atau dikenali sebagai Marcoting
dalam Bahasa Inggeris dan juga Cangkok dalam Bahasa Indonesia. Tut
merupakan teknik pembiakan aseks/tampang Rayapan Udara, Air Layering.
Teknik ini dilakukan pada dahan/ranting pokok yang masih terletak pada
induk pokok untuk mendapatkan anak pokok yang sama seperti induk . Anak
pokok ini juga dikenali sebagai klon, (clone). Antara tumbuhan yang sesuai
untuk ditut adalah

Tumbuhan yang boleh ditut bukan sahaja untuk tanaman berkayu
tetapi juga boleh juga untuk dibiakkan pada tumbuhan berkayu lembut
seperti aglonaema, dieffenbachia.

Kelebihan Tut
 Sifat tanaman baru sama ciri dengan induk
 Anak pokok hasil dari Tut berbuah lebih cepat kurang dari 4 tahun.
 Jangka masa menghasilkan anak pokok lebih singkat dari 1-3 bulan
 Hasil anak pokok tut sesuai ditanam dalam pasu kerana akarnya

pendek.

Kelemahan Tut
 Hasil anak benih tut mudah tumbang kerana tiada akar tunjang yang

dapat menyokong pokok dengan kuat.
 Tidak boleh dibiak dalam kuantiti yang banyak pada 1 pokok yang

sama.

Tanda Tut tidak menjadi
 Bahagian cabang yang telah di Tut menjadi kering

 Akar tidak tumbuh pada bahagian yang di Tut

53

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

PERSIAPAN PERALATAN MENGETUT POKOK
Peralatan yang perlu disediakan beserta fungsi peralatan:

1. Skateur, Gunting pangkas
- Untuk menggunting dahan

Gambar 32. Skateur Google Image

2. Pisau /pisau cantuman
- Untuk mengikis kulit pokok. Pisau perlu
tajam dan bersih. Bagi mengelakkan
kontaminasi, sterilkan pisau dengan
mencelupnya dengan 70% alcohol

Gambar 33. Pisau Cantuman. Google Image

3. Gergaji
- Untuk memotong dahan yang telah ditut, terutama yang berdahan
besar.

4. Tali rafia
- Untuk mengikat bungkusan media pada dahan yang telah ditut
dengan lebih kemas dan ketat.

54

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MENGETUT POKOK
1. Media Tut

Antara bahan yang utama dalam tut adalah media , sebagai tempat
tumbuhnya akar pokok. Antara media yang boleh digunakan seperti moss,
sabut kelapa, tanah gambut, sekam bakar, kompos, tahi kandang. Tidak
digalakkan menggunakan tanah atau top soil
kerana berat dan akan mengeras apabila sangat
kering. Media yang berat juga boleh mematahkan
dahan. Nisbah yang biasa digunakan pada media
tut adalah 1:1 atau 2:1:1 atau 1 media sahaja.

Media tut yang dibungkus dalam plastik
makanan juga boleh digunakan

2. Hormon Pengakaran
Penggunaan hormon pengakaran yang dapat menggalakkan pertumbuhan
akar amat penting dalam pembiakan secara Tut. Bahagian ini hanya efektif
dalam jumlah tertentu. Kepekatan yang tinggi akan membuat kerosakan
pada bahagian yang terluka. Bentuk kerosakan seperti pembelahan sel dan
kalus yang berlebihan, bahkan akan merencatkan pertumbuhan tunas dan
akar. Sebaliknya, jika kepekatannya kurang, pengakaran menjadi tidak
efektif. Secara semulajadinya, tumbuhan mempunyai hormon pengakaran
iaitu auxin, tetapi dalam kadar yang sedikit dan mengambil masa yang lama
untuk pertumbuhan akar. Oleh itu, dengan, menggunakan hormon
Pengakaran sintetik atau organik dapat membantu serta menggalakkan
pertumbuhan akar pada dahan yang telah di tut.

55

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK PEMBIAKAN POKOK SECARA TUT
A. Penyediaan Media Tut

 Bahan: Media tut (contoh: sabut kelapa dan peat moss)
hormon, air siraman

 Peralatan: pisau cantuman, plastik, tali rafia/cable tight
Langkah Kerja:

1. Campurkan media tut sabut kelapa
dan peat dengan nisbah 1:1
( contoh : 1 cawan tanah gambut :
1 peat moss)

2. Masukkan campuran ke dalam
plastik dan ikat plastik

3. Belah plastik pada paras atas
kepada 2 bahagian.

56

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Teknik Pembiakan Secara Tut

Peralatan: Pisau Cantuman, scateur, plastik, tali pengikat

Langkah Kerja:

1. Pilih ranting atau batang yang
bergaris pusat sebesar ibu jari
(lebih kurang 1-2 cm). Pilih
tempat kelaran yang berdekatan
dengan mata tunas. Jarak dari
mata tunas 0.5 cm.

2. Buat 2 kelaran mengelilingi
ranting/dahan tadi.

3. Jarak di antara kedua-dua kelaran itu
ialah lebih kurang 2.5 cm yang dibuat
sehingga sampai bahagian kayu
ranting/dahan. Pastikan saiz kelaran
tidak terlalu panjang kerana akan
menyukarkan semasa mengepal
dengan media.

4. Potong keluar kulit ranting/dahan
diantara kelaran itu dan kikis
bahagian dalamnya sehingga
nampak bahagian cambium
(bahagian berwarna putih)
Boleh juga buat kelaran pada
bahagian atas untuk menambahkan
akar.

5. Sapukan hormone pengakaran
terutama pada kelaran di bahagian
atas. Akar akan tumbuh pada
bahagian tersebut.

57

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

6. Balutkan bahagian
cambium dengan media
tut yang disediakan.

7. Ikat balutan dan
pastikan media tidak
terkeluar.

Tut yang berada di
pokok perlu sentiasa
dalam keadaan
lembap.

Apabila akar telah mula keluar, bahagian
tumbuhan yang telah ditutkan bolehlah
dipisahkan daripada pokok induk dengan
memotong ranting atau dahan di
bahagian bawah tut tersebut
Anak pokok kemudiannya boleh ditanam
ke dalam beg politena ataupun pasu
Pastikan akar telah matang iaitu
berwarna coklat barulah dipotong kerana
akar ini lebih kuat. Akar warna putih
masih muda.

58

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TIPS MEMILIH POHON INDUK

 Hindari pemilihan induk yang terlalu tua. Pada pohon tua, jumlah
percabangan yang bagus untuk ditut terbatas

 Pilih pohon induk yang telah produktif, iaitu menghasilkan buah untuk
tanaman buah dan telah berbunga untuk tanaman hiasan bunga.

 Tanaman tampak kukuh, subur, banyak percabangannya serta tidak
terserang hama dan penyakit.

TIPS MEMILIH CABANG

 Pilih cabang yang berdaun banyak
 Permukaan cabang yang sihat, tidak terserang hama penggerek

dan penyakit
 Cabang yang terbukti kerap berbuah.
 Cabang tua ditandai dengan warna kehitaman dan berkerak.

Cabang tua susah untuk berakar.
 Pilih cabang berwarna cokelat muda. Cabang ini umurya cukup

sehingga mempunyai persediaan makanan yang cukup untuk
menumbuhkan kalus dan akar.
 Jangan pilih cabang yang berwarna hijau kerana cabang tersebut
masih muda.
 Panjang cabang yang ideal sekitar 20-30 cm.

59

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

PENJAGAAN & PENGUBAHAN ANAK POKOK SELEPAS DI TUT
 Dahan yang telah di Tut akan mengeluarkan akar setelah (1-3 minggu)
bergantung pada jenis tanaman. Akar yang tumbuh adalah akar untuk
sokongan dan akar untuk menyerap nutrien (Rerambut akar,Root
hairs)
 Potong batang yang ditut jika akar telah matang iaitu berwarna coklat.
Akar yang berwarna putih masih lagi muda dan belum kuat
sepenuhnya untuk menyokong pokok.
 Tut yang berjaya perlu diubah pada polibeg. Potong bahagian bawah
tut dengan berhati-hati untuk mengelakkan dahan patah.

Gambar 34. Keratan Tut yang telah berakar. Google Image

60

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

CANTUMAN ( GRAFTING)

Cantuman juga dikenali sebagai Grafting atau Budding. Pembiakan
secara cantuman juga dinamakan pertunasan atau Sambung dalam Bahasa
Indonesia. Teknik cantuman bukan sahaja menggabungkan dua atau lebih
tanaman, tetapi mempunyai seni yang banyak variasinya. Cantuman
digunakan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik dan kekal dari
segi ketahanan penyakit, ia juga dapat membantu membiakkan tanaman
yang tidak boleh dibiakkan secara keratan, dan tut. Sejak abad Ke 15, teknik
pembiakan cantuman sudah berkembang. Berdasarkan Thouin, terdapat
119 bentuk grafting yang digolongkan kepada 3 kelompok yang besar:

1. Cantuman mata tunas, atau Bud – grafting, Budding
2. Cantuman pucuk / Cantuman Baji , Scion grafting
3. Grafting by approach or inarching, iaitu Cantuman Sanding (batang

atas dan batang bawah masing-masing masih lagi berhubung dengan
akarnya.

CantumanGPamucbuark3(4B.Caajni)tuman baji . Google Image Gambar 35..Cantuman Mata Tunas. Google Image

61

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Dalam teknik cantuman , terdapat 2 bahan penting yang perlu disediakan
sebelum melakukan teknik ini:

i. Pokok Penanti atau Rootstock merupakan pokok yang berakar,
digunakan sebagai tempat tumpangan atau sokongan bagi batang
tunas yang akan dicamtumkan.

ii. Sion atau Scion pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau
ranting/batang yang Akan dicantumkan dengan pokok penanti.

Kejayaan sesuatu cantuman bergantung pada sama ada sel-sel
kambium pokok penanti dan sion boleh bercantum ataupun tidak. Oleh itu,
pembiakan secara cantuman biasanya hanya dilakukan pada tumbuhan
dalam klon yang sama ataupun pada tumbuhan di dalam satu spesies yang
sama.

Teknik cantuman juga digunakan untuk beberapa keperluan seperti
membuat anak pokok yang unggul, memperbaiki bahagian pohon yang
rosak serta untuk membantu pertumbuhan. Dengan cara ini, diharapkan
anak pokok baru yang dihasilkan memiliki sifat lebih unggul dari tanaman
induknya.

Kelebihan teknik cantuman
 Tanaman lebih kuat kerana batang bawah lebih relative tahan atau

adaptif dengan keadaan tanah yang kurang subur, suhu rendah, atau
gangguan lain di dalam tanah.
 Kualiti tanaman baru lebih baik sehingga jenis yang tidak diinginkan
dapat diubah dengan jenis yang dikehendaki.
 Membaik pulih dahan-dahan dan batang-batang yang tercedera
ataupun tercacat, mencerdaskan semula pokok.
 Tanaman lebih cepat berbuah

62

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Teknik cantuman ini dapat menghasilkan anak pokok yang lebih baik,
serta dapat memperbaiki kelemahan sesuatu tanaman. Contohnya,
walaupun dalam keadaan tanah yang kurang subur, Pokok A mempunyai
kelebihan batang yang kuat, kukuh serta akar-akar yang sihat dan kuat tetapi
pokok tidak menghasilkan buah yang sedap. Pokok A seperti Pokok Durian
dewasa atau kecil, pokok Jambu.

Pokok B pula mempunyai perakaran yang kurang kuat, tetapi
mempunyai baka buah yang manis dan berisi tebal. Contoh seperti Pokok
Durian Musang King, Pokok Mangga Harum Manis.

Dengan Kaedah Cantuman seperti Cantuman Mata Tunas, Cantuman
Pucuk (Sion), kedua-dua Pokok A dan Pokok B boleh dicantumkan menjadi
sebuah pokok yang lebih unggul lebih baik daripada induk.

Antara Tanaman Buah dan Tanaman Hiasan yang boleh dicantum:

Tanaman Buah-Buahan Tanaman Hiasan
Durian, Tin , Lemon Adenium
Rambutan, Langsat Bunga Kertas
Mangga Air Mata Pengantin
Jambu Kembang sepatu
Belimbing Mawar
Duku Senduduk
Manggis Cempaka
Nangka Kaktus
Limau Begonia
Avokado Bunga Raya
Kedondong

Jadual 2: Pokok yang boleh dicantum

63

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Peralatan & Bahan Untuk Cantuman

Agar teknik cantuman berjalan dengan baik, berikut merupakan peralatan
yang perlu disediakan

a) Pisau cantuman atau cutter, untuk memotong dahan. Pisau sebaiknya
tajam agar potongan cabang halus, bersih dan rapi.

b) Gunting pangkas, berfungsi untuk memangkas sebahgian ranting dan
daun.

c) Tali plastik, berfungsi untuk mengikat sambungan antara batang atas
dan bawah agar kuat.

d) Kantung plastik untung menyungkup sambungan.

e) Pokok penanti, batang bawah berupa pohon pangkal atau tunggul,
sebagai tempat untuk menyambungkan batang atas. Biasanya berasal
dari tanaman semaian biji benih kerana mempunyai struktur akar yang
lebih kuat seperti akar tunjang.

f) Batang pucuk atas atau sion dipilih dari jenis yang berkualiti. Sion akan
berfungsi sebagai pembawa genetik dari induk yang ingin diklonkan.

g) Pita cantuman digunakan untuk membantu proses cantuman.
Fungsinya untuk menutup luka hirisan agar tidak terkontiminasi
dengan penyakit. Gunakan pita cantuman yang boleh diregangkan
dengan mudah seperti parafilm, white tape.

Gambar 36. Kiir: Parafilm, Kanan: Pita cantuman. Google Image

64

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Tips Kejayaan Cantuman

Kejayaan teknik cantuman sangat bergantung pada pokok penanti dan
sion yang digunakan untuk membentuk tanaman baru. Berikut
merupakan beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar proses
cantuman tanaman berhasil dengan baik.

1. Pastikan pokok yang ingin dicantum berasal dari tanaman yang
masih mempunyai hubungan keluarga seperti mangga dengan
mempelam atau limau purut dan limau kasturi.

2. Sion diperolehi dari pohon yang kuat, pertumbuhan normal, serta
terbebas dari serangan hama dan penyakit.

3. Sion berbentuk lurus dengan diameter disesuaikan dengan batang
bawah. Ukurannya sama atau lebih kecil dari batang pokok penanti,
asalkan diameternya tidak lebih dari 1 cm.

4. Sion berasal dari pohon induk yang sifatnya benar-benar sesuai
dengan keinginan, contoh seperti memiliki buah lebat dan bernutu
tinggi.

5. Sion harus dapat menyesuaikan diri dengan batang pokok penanti
(kompatibel).

6. Pencantuman 2 tanaman yang berlainan sepsis tetapi masih dalam
satu famili memiliki keberhasilan tinggi. Contohnya Mangga
(Mangifera indica) dengan Kweni (Mangifera odorata),; Srikaya
(Annona squamosal) dengan buah nona ( Annona reticulate) ;
tomato dengan takokak (Solanum torvum ) ; serta Kangkung
( Ipomoea crasscaulis) dengan ubi jalar ( Ipomoea batatas).

65

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

7. Waktu yang tepat untuk melakukan cantuman tanaman adalah pada
saat musim hujan dan cuaca tidak terlalu kering.

8. Biasanya bahagian cantuman sangat peka terhadap serangan hama
dan penyakit. Untuk mengatasinya, kantong plastic sungkup perlu
disembur dengan pesticide terlebih dahulu sebelum ditutupkan ke
calon anak pokok. Pada saat yang sama, auxin disembur untuk
mempercepat pertumbuhan tunas.

9. Anak pokok sebaiknya diletakkan di tempat teduh dengan
pencahayaan matahri 25-50%. Anak pokok diletakkan di bawah
shading net atau rumah plastic di bawah pohon yang teduh. Elakkan
anak pokok terkena sinar matahari langsung dan di tempat yang terlalu
gelap. Apabila anak pokok kelihatan kering, media perlu segera
disiram air.

Ciri-ciri Pokok Penanti (Root stock) yang berkualiti

 Daya adaptasi tinggi. Tanaman dapat bercantum dengan pelbagai
varieti tanaman dalam satu genus yang sama

 Perakaran kuat dan tahan terhadap serangan serangga dan
penyakit akar

 Pertumbuhan sihat dan dirawat dengan baik.
 Untuk tanaman buah, pilih batang tumbuh tegak lurus dengan

ketinggian sekitar 30 cm dan berumur sekitar 9 bulan.
 Tidak mempunyai pengaruh pada sion, baik dalam kualiti ataupun

kuantiti buah pada tanaman
 Batang pokok kuat dan kukuh

66

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

CANTUMAN PUCUK

Teknik cantuman pucuk ini berkonsepkan penyatuan pucuk (sion)
sebagai batang atas dengan batang bawah (penanti) sehingga terbentuk
tanaman baru yang saling menyesuaikan diri. Teknik pembiakan ini sudah
digunakan secara luas iaitu pada tanaman hiasan , tanaman buah-buahan .
Contoh tanaman seperti kopi, euphorbia,bunga kertas,avocado,kembang
sepatu, anggur, belimbing, durian, jambu air, jambu batu.

Cantuman pucuk sering digunakan untuk mengkombinasikan
beberapa variety tanaman dalam satu tanaman, Contohnya, bunga kertas
pelbagai warna dalam satu pokok, adenium berbunga warna-warni, atau
manga berbuah aneka jenis. Cantuman ini boleh dilakukan sewaktu ketika
tumbuhan masih muda ataupun dewasa.

Teknik cantuman pucuk lebih cepat menghasilkan anak pokok
berbanding dengan cantuman mata tunas. Contohnya seperti durian. 2
bulan sesudah biji durian disemai, anak pokok boleh disambung pucuk.
Hasilnya, 11 bulan kemudian, anak pokok durian mencapai tinggi 60-90 cm.
Berbanding pula dengan cantuman mata tunas, potong penanti boleh
ditampal dengan mata tunas selepas berumur 5 bulan setelah semai.

Antara cantuman pucuk yang digunakan seperti iaitu cantuman baji,
cantuman baji terbalik dan cantuman sentel.

a) Cantuman Baji (Wedge Grafting)
Teknik ini paling umum digunakan oleh pekebun kecil untuk
memperbaiki anak pokok. Antaranya untuk pokok durian, adenium

b) Cantuman Baji Terbalik
Teknik ini adalah terbalik daripada cantuman baji biasa.

67

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK CANTUMAN PUCUK POKOK ADENIUM

1. Pilih batang bawah yang berasal dari
semai biji. Batang atas berasal dari
cabang tanaman yang mempunyai ciri-ciri
menarik yang kita kehendaki.
Calon batang atas adalah pucuk cabang
(bahagian cabang yang masih lengkap
dengan kuncup) dan sudah tua. Besar
cabang atas sama atau lebih kecil
daripada calon batang bawah. Potong
batang bawah, lalu belah bahagian
tengahnya.

2. Potong batang atas dengan bentuk
meruncing. Buang daun-daun batang atas,
tinggalkan 2 helai yang berada di paling
hujung,

3. Sisipkan batang atas ke batang bawah
hingga kambum kedua batang tersebut
bertemu. Ikat keuda batang dengan plastik
atau tali raffia hingga kuat. Boleh juga guna
pita cantuman, parafilem, whitetape

4.Setelah selesai disambung, tutup
cantuman dengan plastik lutsinar. Tiup
plastik agar mengembang, kemudian
sungkupkan cantuman dan ikat dengan tali
plastik. Tempatkan cantuman di tempat
teduh.

68

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK CANTUMAN BAJI BUNGA KERTAS

Bahan & Peralatan: Pisau Cantuman, Penanti Bunga Kertas Merah, Sion,
Bunga Kertas Ungu Bercorak, Plastik Aiskrim, Pita Parafilm, Tali
Langkah Kerja:

1.Pilih Sion yang ingin
dicantumkan. Contoh disini: Sion
Bunga Kertas Warna Merah.
Penanti: Bunga Kertas warna
Ungu

2. Potong Sion yang sihat, saiz yang
bersesuaian dengan pokok penanti
menggunakan scateur. Optimum saiz,
diameter sion yang diambil tidak kurang
dari 0.5 cm.

3. Tinggalkan 2-3 helai daun. Potong

separuh helaian daun.

Cara lain, tinggalkan empat helai daun

yang telah dipotong sebahagian untuk

mengurangi penguapan. Sementara itu,

daun yang tinggal diharapkan mampu

menghasilkan bahan makanan untuk

mempercepat pertumbuhan akar.

69

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS
3. Potong sion seperti bentuk baji,
seperti runcing, atau bentuk ‘V’ mengikut
ukuran yang sesuai.

Sion yang
sedia untuk
dicantumkan.
Elakkan
daripada
pangkal sion
terdedah dan
kering. Perlu
segera
dicantumkan.

4. Pilih penanti yang dikehendaki.
Pastikan saiz penanti sama dengan saiz sion.
Potong dan buang pucuk oenanti

70

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

5. Belah bahagian tengah batang penanti untuk memasukkan sion. Pastikan
saiz belahan sesuai dengan sion,

6. Sambungkan sion dan penanti dengan
segera. Seeloknya, sion tidak boleh
dibiarkan dalam keadaan kering. Oleh itu,
proses ini perlu dilakukan dengan pantas

71

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

7. Balutkan cantuman sion dan
penanti dengan parafilm/ pita
cantuman/ white sehingga
kemas dan ketat.

8.Sungkupkan cantuman dengan
plastik lutsinar. Juga boleh sembur
dahulu dengan racun kulat untuk
mengelakkan kerosakan. Ikatkan
plastik sungkupan tadi

72

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK CANTUMAN CLEFT
Terdapat juga cantuman lain seperti Teknik Cantuman Cleft

Gambar 37. Teknik Cantuman Cleft. Budding& Grafting

73

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK CANTUMAN CELAH LIDAH (WHIP AND TONGUE GRAFTING)

Beberapa varieti tanaman hiasan dapat disambung dengan bang
bawah yang juga berbeza variety. Cantuman demikian dilakukan dengan
teknik sambung celah lidah. Kaedah cantuman ini memang kurang
digunakan kerana bentuk irisannya agak sulit. Namun, hasil pembiakan
dengan teknik ini sebenarnya lebih bagus kerana banyak cambium dari daua
bahagaian batang yang dicantum dapat bertemu.

1. Iris diagonal calon batang bawah, 15-25cm
di atas permukaan tanah. Buat irisan ke
bawah kurang lebih 1/3 bahagian dan irisan
diagonal. Kemudian, iris ke atas lagi
sehingga di tengah irisan diagonal terdapat
celah.

2. Pilih batang atas yang sihat, gemuk dan
mempunyai 2-3 mata tunas. Buat irisan
diagonal pada pangkal calon batag
atas, lalu buat celah selebat

3. Sambungkan kedua irisan. Irisan berbentuk lidah
pada penyambungan ini sangat membantu kedua
batang untuk saling berpegangan. Semakin luas
permukaan potongan, jumlah cambium yang
bertemu juga semkain banyak

4. Setelah semua selesai, ikat sambungan
dengan tali plastik yang bersih dengan rapat
dan kuat.

74

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK CANTUMAN LIDAH
Teknik cantuman lidah atau dikenali juga sebagai Whip Grafting . Teknik ini
sesuai untuk tanaman mangga, epal dan pear. Teknik ini memerlukan saiz
batang penanti dan sion yang sama lebar. Semakin lebar batang, semakin
luas permukaan keratan.

Daripada teknik ini, maka terbitlah teknik cantuman celah lidah (whip dan
tongue grafting.

75

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK CANTUMAN PEMANGKASAN PUNCAK

Merupakan teknik cantuman yang digunakan pada pokok yang sudah tua,
kurang produktif tetapi batangnya dikekalkan, lalu dicantumkan dengan
tunas yang muda meremajakannya. Teknik ini juga boelh digunakan untuk
menghasilkan tanaman yang beraneka buah dan pokok pelbagai warna
bunga.

a) Teknik Cantuman Mahkota
b) Teknk Cantuman Celah

TEKNIK CANTUMAN CELAH

Gambar 38. Teknik Cantuman Celah. Budding& Grafting

76

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Antara teknik cantuman celah lain yang boleh dilakukan seperti:
1. Teknik cantuman celah tepi

Gambar 39. Teknik Cantuman Celah Tepi.

77

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

2. Teknik Cantuman Mahkota

Gambar 40. Teknik Cantuman Mahkota. Google Image

3. Wedge Grafting

Gambar 41. Teknik Cantuman Wedge Grafting. Google Image

78

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

CANTUMAN MATA TUNAS ( BUDDING)
Cantuman mata tunas, atau Chip Budding, juga dikenali sebagai

Okulasi adalah teknik pembiakan dimana bahagian tampang iaitu mata
tunas pokok baka diambil dan dicantumkan dengan bahagian pokok penanti.
Mata tunas akan membesar dan menjadi seperti pokok baka.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan teknik cantuman mata
tunas adalah seperti Avokado, Epal, Belimbing, Jambu Air, Limau, Jambu
biji, Duku, Mangga, Nangka, Rambutan, Cempedak, Kedondong, Durian,
Tanaman buah yang sukar pertumbuhan mata tunas seperti nangka, duku
dan buah pala dan manggis. Berbanding dengan pokok buah lain, pokok
mangga lebih berkesan dicantumkan pada musim kemarau, atau suasana
panas.
Terdapat 3 kaedah dalam teknik cantuman mata tunas iaitu :

i. Teknik cantuman cip mata tunas (Chip Budding)
ii. Teknik cantuman mata tunas T ( T-Budding)
iii. Teknik cantuman mata tunas T terbalik (Inverted T-Budding)

Terdapat 2 jenis mata tunas
1. Mata tunas ketiak , contoh : Durian
2. Mata tunas pendam , contoh : Rambutan, mangga dan pulasan

79

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Tips-tips Kejayaan Cantuman Mata Tunas

1. Pilih pokok penanti yang berkualiti. Sila rujuk pada ciri-ciri pokok
penanti yang berkualiti pada Pengenalan cantuman. Pastikan batang
atas (bahagian batang yang diambil mata tunas) mengikut syarat
syarat ini :
i. Berasal dari tanaman yang unggul, sihat dan tiada serangan
perosak dan penyakit
ii. Pilih batang yang mempunyai 4-5 buah mata tunas. Kemudian
buang daunnya agar batang tidak cepat kering kerana
transpirasi.
iii. Pilih cabang berumur sekitar setahun atau lebih setahun. Mata
tunas dari cabang muda sukar untuk dikupas kulitnya.
iv. Sebaiknya, potong cabang pada waktu pagi dan buang daun
beserta pucuknya.Jika tidak menggunakan cabang pada masa
terdekat simpan cabang ditempat yang lembap.

2. Pilih mata tunas yang bulat dan besar dari cabang. Pastikan juga tidak
rosak seperti berlubang.

3. Jangan lakukan cantuman pada tempat terbuka saat angin bertiup
kencang. Permukaan kayu pokok penanti dan mata tunas akan cepat
kering, menyukarkan proses pelekatan mata tunas.

4. Pastikan semasa proses penampalan berlaku, kedua-dua bahagian
bersih dan tidak dipegang oleh tangan, elakkan dari terkena kotoran
dan bakteria pada tangan.

80

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

5. Pastikan bahagian penampalan tidak dimasuki air kerana boleh
menyebabkan bahagian tersebut membusuk. Ikat bahagian
penampalan dengan rapat dari bahagian bawah menuju ke atas.
Gunakan juga pita cantuman yang boleh regang agar mudah dililitkan.

6. Ikat cantuman dengan rapat sehingga kedua-dua kambium bertemu
dan bercantuman. Ini adalah kunci kejayaan paling utama.

7. Selepas 2-3 minggu, cantuman mata tunas berjaya apabila mata tunas
berwarna hijau segar dan melekat erat pada batang. Warna hijau
kemerahan atau hitam, merupakan cantuman yang gagal.

Gambar 42. Pokok yang Berjaya dicantum mata tunas Google Image

81

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK CANTUMAN MATA TUNAS TAMPAL

Bahan & Peralatan: Pisau Cantuman, Pokok Penanti, Mata Tunas, Pita
Parafilem, Plastik Sungkupan.
Langkah Kerja:

A) Persediaan Memilh Sion Mata Tunas dan Pokok Penanti
1. Sediakan anak pokok penanti dan Mata tunas
2. Pilih Mata Tunas yang sihat, batang yang sihat
3. Pilih pokok penanti yang berumur 6 bulan ke atas, diameter

batang: 3-4 cm , serta telah diberikan baja sebulan awal
4. Buat kelaran lintang 1 cm daripada
lilitan batang. Jarak kelaran dari
permukaan tanah 12 cm hingga 15
cm. Seterusnya buat 2 kelaran di
kiri dan kanan kelaran lintang
menghala ke bawah sepanjang
3cm hingga 4cm
5. Lekangkan kulit menggunakan
5. pLiseakuancgaknatunmaknubliet rmmulaendgaurni akan
bpaishaaugiancaynatnugmdainkelabredrmarui lbaawdaahr.i
kelaran lintang menghala ke
bawah sepanjang 3.0cm. Potong
lidah kulit dan tinggalkan 1cm.

82

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

6. Pilih kayu mata tunas daripada
pokok yang terpilih sebagai sion.
Potong daun pada ranting. Elakkan
daripada mencederakan mata tunas
di antara tangkai daun dan ranting.
Buat kelaran lintang 1cm lebar pada
jarak 2cm daripada mata tunas.
Rautkan kepingan mata tunas
bersama sedikit kayu bermula 2cm
di atas mata tunas menghala ke
bawah.

7. Buang bahagian yang berlebihan
pada sisi kepingan mata tunas
mengikut saiz tapak cantuman
pokok penanti.

83

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

8. Balut dengan rapat cantuman mata
tunas dengan pita cantuman
/politena dari bawah ke atas.
Regangkan pita dan lilit dari bawah
ke atas. Pastikan pita cantuman
tidak mengenai mata tunas yang
keluar seperti tanaman durian.
Bagi mata tunas pendam, boleh
dibalut kesemuanya.

9. Selepas 21 hari, buka pita
cantuman, kikis pada bahagian
atas dan bawah cantuman
samaada ia berwarna hijau untuk
melihat cantuman ini berjaya.

10. Apabila tunas telah keluar,
pangkas batang 5cm hingga 8cm
ke atas dari mata tunas. Pangkas
bahagian atas ke arah condong.

11. Selepas 8-10 bulan proses
cantuman, anak pokok boleh
ditanam di ladang.

84

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK CANTUMAN MATA TUNAS
Langkah Kerja;

1. Buat irisan pada batang pokok secara melintang kurang
lebih 1cm atau 1/3 lingkaran batang. Dari pertengahan
irisan melintang dibuat irisan vertical ke bawah (huruf T)
atau ke atas (huruf T terbalik). Panjang irisan vertical
sekitar 3cm. Kulit kedua di belah sisi irisan vertical
diagkat atau diungkit dengan sudip

2. Ambil mata tunas dari batang atas dengan
membuat kelaran

3. Sisipkan mata tunas ke bahagian irisan batang pokok

4. Ikat sisipan dengan tali plastik mulai dari bawah ke atas.

85

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

TEKNIK CANTUMAN MATA TUNAS T TERBALIK (INVERTED T)

Gambar 43. Inverted T-budding. Google Image

Gambar 44. Jenis T-Budding.. Google Image

86

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

CANTUMAN SANDING (APPROACH GRAFTING)
Cantuman Sanding merupakan teknik yang menyambungkan dua

batang pokok penanti dan sion yang bersaiz sama. Kedua-dua pokok
dilekatkan dibahagian batang. Ia juga merupakam cantuman tunas baka dan
pokok penanti yang bersebelahan, dilakukan dengan melenturkan bahagian
tunas baka kepada pokok penanti.

Peratus kejayaan menggunakan pembiakan cara ini adalah tinggi
tetapi langkah kerjanya remeh. Teknik ini digunakan bagi tanaman yang
sukar dibiakkan dari teknik lain.

Gambar 45. Teknik Cantuman Sanding. Google Image

Gambar 46. Pokok yang dicantumkan secara teknik sanding. Google Image

87

BAB 2 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS

Langkah Kerja

1. Pilih batang atas berupa
cabang berdiameter 0.8-1.2 cm.
Buat kelaran membulat pada
batang tersebut.

2. Buat kelaran pada batang
bawah pada ukuran sama dengan
batang atas. Kedua batang yang
akan disandingkan perlu saiz yang
sama. Lebar dan tebal kelaran juga
perlu sama. Permukaan batang
yang dikelar juga perlu datar, halus,
bersih agar-agar benar-benar
berpadu serasi.

Gambar 47. Teknik sanding. Google Image

3. Cantumkan kedua-dua permukaan kelaran dengan pita cantuman
atau tali raffia. Pastikan hingga kuat melekat dan tidak berongga , dan
pastkan cambium dua batang dapat bersatu.

4. Sepanjang masa cantuman, sion perlu dijaga, masih mendapat
bekalan air dan nutrient dari induknya. Apabila cantuman berjaya
dihasilkan, sion perlu dipotong dari pokok induknya, dan pada masa
ini sion bergantung sepenuhnya pada pokok penanti

88

  KULTUR TISU 

BIOTEKNOLOGI PERTANIAN 

BAB 3 KULTUR TISU

KULTUR TISU (TISSUE CULTURE) Kultur Tisu atau
Micropropagation, Tissue
Gambar 48. Teknik Kultur Tisu. Google Image Culture adalah seni dan
sains dalam pembiakan
tumbuhan secara in vitro,
iaitu di dalam keadaan
persekitaran terkawal.

Secara ringkasnya, teknik ini adalah teknik pengklonan, klon ataupun
fotokopi, ciri-ciri genetik anak pokok akan sama sepenuhnya dengan
tumbuhan asal (induk).

Bahagian-bahagian tumbuhan atau struktur tumbuhan seperti daun,
akar, batang, debunga, bunga dibiakkan dengan menghidupkannya dalam
keadaan persekitaran terkawal dari segi keadaan suhu, cahaya dan
kelembapan, serta semua keperluan pertumbuhan. Tisu tumbuhan ini
membesar dari sekecil tisu kepada bahagian organ lain.

Peratus kejayaan pertumbuhan kultur tisu bergantung pada formulasi
media yang digunakan. Penggunaan hormon di dalam kultur tisu dapat
mempercepatkan dan menggalakkan pembentukan tunas-tunas dari tisu
yang telah dikulturkan.

89


Click to View FlipBook Version