The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBIAKAN TUMBUHAN - JPPKK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozaimin, 2021-02-15 10:42:12

PEMBIAKAN TUMBUHAN

PEMBIAKAN TUMBUHAN - JPPKK

BAB 3 KULTUR TISU

Hasil anak pokok dari kultur tisu adalah terjamin dari segi bebas
serangan penyakit, jaminan genetik dari induk (klon induk). Berdasarkan
etika penjualan anak pokok kultur tisu, pengusaha perlu menyertakan
maklumat pengesahan baka dari induk dan ciri-ciri anak pokok bagi
memastikan hak jaminan terpelihara.

Pembentukan Tumbuhan

Kegunaan dan Kelebihan Pembiakan Secara Kultur Tisu

1. Pengeluaran anak benih yang sukar dibiakkan & secara besar-
besaran
Terdapat beberapa tumbuhan yang sukar dibiakkan secara biji benih

seperti bunga orkid, serta herba-herba yang sukar didapati seperti tongkat
ali, lempoyang, Kacip Fatimah serta diperlukan dalam kuantiti yang banyak.
Tumbuhan komersial seperti ini juga sukar dibiakkan melalui kaedah
tampang yang lain. Oleh itu, teknik kultur tisu sesuai digunakan oleh
tanaman tersebut kerana anak benih boleh dikeluarkan dalam kuantiti yang
banyak pada sekali pembiakan.

Kultur tisu juga lebih mudah digunakan bagi membiakkan kultivar baru
yang mendapat permintaan banyak dan diperlukan dalam masa yang
singkat. Pembiakan menggunakan biji benih akan menyebabkan
kemungkinan berlakunya kepelbagaian genetik dan menyukarkan
penghasilan kultivar/variety baru tersebut.

90

BAB 3 KULTUR TISU

2. Pengeluaran anak benih yang bebas dari patogen (virus, bakteria,
kulat)
Anak benih yang terhasil dari kultur tisu merupakan yang sihat dan
tiada penyakit. Ia dibiakkan dalam keadaan steril , iaitu bebas dari segi
mikroorgansma atau pathogen.

3. Pengeluaran anak benih sepanjang tahun
Teknik kultur tisu dapat dijalankan tanpa dipengaruhi oleh keadaan
alam sekitar. Oleh itu teknik ini dapat dijalankan sepanjang tahun
asalkan mempunyai kelengkapan yang cukup.

4. Pemuliharaan / Konservasi
Pengklonan tumbuhan dapat membantu pemuliharaan spesis
tumbuhan dari pupus . Ia dapat memastikan gene pool ( simpanan
genetik) tumbuhan dipelihara.

Gambar 49. Proses Tisu Kultur . Google Image

91

BAB 3 KULTUR TISU

Kelemahan Pembiakan Secara Tisu Kultur

1. Kos tinggi
Kultur tisu merupakan teknik yang berteknologi, banyak mengunakan
bahan kimia serta alatan makmal khas seperti Laminar Flow,
Incubator, bahan nutrient, malah peralatannya juga memerlukan
penyelenggaraan secara berkala.
Oleh itu, kultur tisu lebih kompeten untuk digunakan tanaman yang
mempunOleh itu, kultur tisu lebih kompeten untuk digunakan
tanaman yang mempunyai nilai komersial yang tinggi bagi margin
keuntungan yang sepadan atau lebih.

2. Kemahiran Khas
Teknik kultur tisu memerlukan kemahiran khas yang perlu dipelajari
dan perlu dipraktikkan sebanyak mungkin. Ketelitian dan kesabaran
yang tinggi juga perlu ada bagi seseorang pekerja kultur tisu . Oleh
kerana memerlukan tenaga manusia juga , maka kos juga akan
meningkat.

3. Masalah pencemaran (kontaminasi)
Kultur tisu juga boleh menyebabkan kerugian yang tiggi dalam masa
yang singkat disebabkan oleh kontaminasi atau “contaminate”. Ini
adalah keadaan dimana tisu yang dibiakkan di dalam medium telah
tercemar dan membusuk akibat dijangkiti kulat. Keadaan ini berlaku
mungkin disebabkan terdapat kehadiran pathogen semasa melakukan
teknik kultur tisu.

92

BAB 3 KULTUR TISU

Peringkat Teknik Kultur Tisu

Keperluan yang utama dalam teknik kultur tisu adalah Eksplan, Formulasi
seperti nutrient dan penggalak tumbuhan serta persekitaran yang terkawal.
Berikut adalah peringkat yang terlibat dalam teknik tisu kultur:

1. Pemilhan Tumbuhan Induk, Eksplan
2. Teknik Sterilitasi
3. Penyediaan Media
4. Penggandaan
5. Pemindahan ke Tapak Semaian
6. Pemindahan ke Ladang

1. Pemilihan Tumbuhan Induk, Eksplan

Tumbuhan induk adalah tumbuhan yang digunakan untuk pembiakan tisu
kultur yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki untuk diklonkan. Daripada
tumbuhan ini, akan diambil Eksplan, iaitu mana-mana bahagian tumbuhan
seperti daun, akar, bunga, debunga, pucuk , batang unt uk dibiakkan. Proses
ini dikenali juga sebagai Explanting.

Bahagian yang paling mudah dibiakkan adalah bahagian pucuk, kerana
terdapat apical meristem. Eksplan yang muda adalah lebih segar dan kuat
berbanding eksplan yang telah matang atau tua. Eksplan yang matang amat
sukar untuk bersaing dan menyebabkan mudah terkontiminasi.

93

BAB 3 KULTUR TISU

Eksplan hanya perlu diambil dari tumbuhan yang sihat sahaja dan perlu
distrerilkan sebelum digunakan. Setelah disterilkan, eksplan diletakkan di
dalam jar yang mempunyai medium yang tersedia disterilkan.

2. Pensterilan (Sterilization)

Teknik kultur tisu perlu dilakukan dalam keadaan yang steril. Steril
bermaksud bebas dari sebarang mikroorganisma pathogen. Pensterilan
perlu diakukan pada Peralatan, Media, Eksplan, dan semasa teknik kultur
dilakukan.
Berikut adalah antara peralatan & bahan pensterilan yang boleh digunkan:

a) Autoclave/Pressure Cooker
Alatan yang digunakan untuk pensterilan adalah Autoclave/ Pressure

cooker. Untuk membunuh mikrob, suhu dan tekanan yang sesuai adalah
suhu 121°C dan tekanan 105 kPa (15 psi).

b) Bahan kimia.
Antara bahan kimia yang boleh digunakan:

 Calcium hypochlorite (9-10%) 5-30 min
 Sodium hypochlorite (Clorox) (5.25% NaOCl), 5-30 minit
 Alcohol (ethyl, methyl, isopropyl) (70-90%)
 Hydrogen peroxide (10-15%) 5-15 min
Kesan dipengaruhi oleh kepekatan & jangkamasa
c) Microwave Oven

94

BAB 3 KULTUR TISU

d) Open Flame
Media disterilkan didalam autoclave mengikut masa berdasarkan

isipadu media. Eksplan disterilkan menggunakan cholorox, alcohol.
Eksplan yang berasal dari tanah perlu distrerilkan dengan disalai pada api
dahulu bagi mematikan mikrob daripada tanah. Alkohol tidak boleh
digunakan terlalu banyak pada eksplan kerana dikhuatiri merosakkan
genetic pokok.

Berikut adalah pensterilan yang perlu dilaksanakan:
1. Pensterilan pada peralatan
- seperti jar, forcep, scapel, gunting, Laminar Flow dan pelbagai
peralatan berkaitan Kultur Tisu
2. Pensterilan pada media
3. Pensterilan pada Eksplan
4. Pensterilan semasa Prosedur

95

BAB 3 KULTUR TISU

.
Gambar 50: Sebelum memulakan kerja Tisu
Kultur, Ahli makmal perlu berkeadaan
bersih dan memakai pakaian yang sesuai di
makmal

Antara perkara menjaga kebersihan yang
perlu dilakukan seperti Membersih tangan
menggunakan Sanitizer, Memakai sarung
tangan getah, Memakai penutup mulut,
Memakai baju makmal.

Gambar 51. Semua bahagian Laminar flow disterilkan dengan alkohol
terlebih dahulu setiap kali sebelum prosedur kultur tisu dilaksanakan.

96

BAB 3 KULTUR TISU

3. Penyediaan Media

Media kultur tisu merupakan bahan-bahan yang digunakan untuk
menampung pertumbuhan kultur tisu. Media asas yang sering digunakan
dalam amalan kultur tisu adalah MS Media (Murashige & Skoog). Antara
contoh media lain yang digunakan seperti Vacin & Went (VW), Knudson’s
(KC) dan Hildebrant, Riker & Duggar (HRD). Kandungan bahan –bahan
media juga berbeza mengikut jenis tumbuhan dan peringkat pembiakan.

a. Jenis Media Kultur
 Media pepejal yang mempunyai agen pepejal seperti agar Gelrite,

dengan kepekatan (0.6-1%). Bahan agar juga mempunyai ciri tidak
berinteraksi dengan bahan lain dalam media
 Media cecair, tiada agar hanya mengandungi bahan-bahan yang
utama media.
b. Komponen Media
Berikut adalah komponen yang terdapat dalam Media Tisu Kultur:
i. Makronutrien – N, P, K, Ca, Mg, Fe
ii. Mikronutrien - Mn, Cu, Zn, Co, Cl, S Mo, Ni
iii. Vitamin – Asid nikotinik, pyridoksin Tiamin
iv. Glisine & Inositol

97

BAB 3 KULTUR TISU

c. Bahan Tambahan
Selain itu, terdapat juga bahan tambahan, iaitu bahan yang boleh
digunakan untuk media seperti:

i. Hormon Tumbuhan: Auxin, cytokinin, gibberellin, gibberellic acid,
absicic acid, ethylene.

 Paling penting – auxin dan cytokinin mengawal pembentukan organ
 Auxin - NAA, IBA, IAA ,2,4-D
 Cytokinins: BA (Benzyladenine)
ii. Sumber karbhohidrat
 Sucrose (2-5%) sesuai untuk kebanyakan tumbuhan
 Glucose – untuk sesetengah jenis monokot
iii. Bahan organik seperti, pisang, air kelapa ( 10-20% isipadu), jus tomato
iv. Acid citric/ ascorbic (antioxidant)
v. Activated Charcoal, Arang aktif

- Berfungsi menyerap bahan toksik dalam media (sebatian phenolic
dan carboxylic yang dikeluarkan oleh explant) , tetapi
keburukannya menyerap hormon dan vitamin.

vi. Anticontaminants
Berfungsi menghalang/ mengurangkan kontaminasi seperti fungicides
(racun kulat), bactericides

98

BAB 3 KULTUR TISU

d. pH Media
Media perlu juga diukur pH bagi menyesuaikan keadaan untuk
pertumbuhan tisu pokok. pH yang optimum adalah pH 4.5-6.5. Jika
pH < 4.0 , kurang daripada 4.0 , media tidak membeku dan ini akan
menggangu pertumbuhan anak benih.
Proses Penyediaan Media Kultur Tisu
Bahan-bahan:
50 ml Makronutrient , 0.5 ml micronutrient, 5 ml ferum, 0.5 ml vitamin,
0.05g myo-inositul, 15 g sucrose, 4.5 g plant agar, 1.5ml BAP/2.5 ml BAP

Gambar 52. Botol-botol yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat
media

99

BAB 3 KULTUR TISU

Langkah Kerja

1. Timbang dan campurkan
semua bahan-bahan di atas kecuali
plant agar ke dalam Schott Bottle.
2. Letakkan Schott Bottle di
atas hot plate , ini adalah untuk
melarutkan semua bahan pada suhu
100 °C selama 10 minit. Pastikan
semua bahan terlarut.
3. Sukat pH dengan
menggunakan pH meter. Bacaan 5.7
hingga 5.8. Sekiranya tidak
mencapai bacaan. Tambahkan
cecair alkali NaOH (Natrium
Hidroksida) setitik. Sekiranya
melebihi bacaan, tambahkan cecair
Asidik, HCN setitik. Ulang langkah
sehingga mendapat bacaan yang
tepat.
4. Masukkan plant agar ke dalam
botol
5. Biarkan larutan di atas Hot Plate
selama 10 minit.

100

BAB 3 KULTUR TISU

6.Gongcangkan dan masukkan Scott
Bottle yang berisi larutan tadi ke
dalam Microwave selama 4 minit.
Pastikan juga penutup botol tidak
terlalu ketat.
7.Setelah selesai dipanaskan,
biarkan botol tadi selama 10 minit.
Pada masa yang sama, buka
penutup botol sedikit demi sedikit.

8.Setelah larutan botol dalam
keadaan suam, masukkan larutan
media tersebut ke dalam jar. Paras
ketinggian lebih kurang 1 cm.
Langkah kerja ini perlu dilakukan
segera bagi mengelakkan terbeku di
dalam Schott Bottle.

101

BAB 3 KULTUR TISU

9. Biarkan media membeku selama
5 minit. Kemudian tutup jar
tersebut.

10. Masukkan jar-jar media tadi ke
dalam autoclave untuk disterilkan.

11. Sterilkan dalam autoclave
(15 lb/sq in, 121oC) 10-20 minit

102

BAB 3 KULTUR TISU

4. Penggandaan (Multiplication)
Proses pembiakan dalam kultur tisu bermula dengan Penggandaan,

atau Multiplication. Pada proses ini, eksplan yang diasingkan dari tumbuhan
asal dipotong. Selepas proses pensterilan, eksplan dimasukkan pula ke
dalam jar yang steril dan dilengkapi dengan media yang bersesuaian.
Bahagian yang dipotong akan tercedera. Sel akan membahagi di bahagian
yang dipotong (kawasan meristematik). Pada masa ini, sel bertindak balas
secara semulajadi memulihkan luka lalu membentuk kalus/pucuk/akar.
Pengaruh hormon dan media kultur yang akan menentukan samada
pembentukan kalus atau pucuk atau akar. Pembentukan organ baru
dari eksplan ini dipanggil proses Organogenesis

Gambar 53: Subkultur anak kultur tisu untuk digandakan lagi
pertumbuhannya

103

BAB 3 KULTUR TISU

TEKNIK KULTUR TISU
Bahan : Eksplan Sulur Pisang, Jar Media , 70% Ethanol Sprayer, Clorox
Peralatan : Laminar Flow, Knife, Scapel& Blade, Forceps, Cutting plate,

Spirit lamp
Langkah Kerja:

A. Pensterilan Eksplan (Dalam Makmal)
1. Potong Sulur Pisang sehingga
mencapai ketebalan ‘3 layer’
2. Rendam Sulur ke dalam sabun
Tween 20 selama 5 minit
3. Bilas sulur pisang tadi dengan air
suling, dan masukkan ke dalam plastic
4. 50% Clorox disediakan dan tuang
ke dalam plastik yang berisi sulur
pisang tersebut sehinga sulur terendam
semuanya.

5. Plastik yang mengandungi sulur pisang tadi diikat kemas & digoncang
selama 30 minit

104

BAB 3 KULTUR TISU

B. Pensterilan Eksplan (Dalam Laminar Flow)

1. Selepas 30 minit sulur direndamkan, bawa sulur ke dalam Laminar
Flow

2. Potong sulur sehingga “1 layer”
3. Masukkan Clorox 50% ke dalam
plastik yang berisi sulur 1 layer
sehingga penuh
4. Goncangkan plastik tersebut dan
rendam sulur selama 20 minit
5. Selepas itu, potong sulur sehingga
1 layer lagi
6. Sulur yang telah dipotong
dimasukkan ke dalam kultur media
pada jar
7. Simpan Kultur tisu yang berisi
sulur pisang tersebut di dalam growth
room.
8. Selepas beberapa minggu, akan
tumbuh tunas baru dari kultur ini.
Teruskan kepada langkah
subkultur.

Kultur tisu Pisang Berangan yang
telah siap diletakkan di
Growth Room Kultur tisu ini akan
membentuk tunas baru dan
dilabel V0

105

BAB 3 KULTUR TISU

SUB KULTUR
Selepas peringkat kultur tisu, eksplan akan membentuk tunas baru

yang bercambah menjadi kalus atau akar atau pucuk. Proses ini dipanggil

sebagai Organogenesis. Tunas yang baru tumbuh dari eksplan ini akan

tumbuh dengan banyaknya, kemudiannya akan diceraikan dan dipindahkan

ke media kultur baru. Proses ini dikenali sebagai Subkultur. Selepas

dipindahkan ke media baru, tunas baru akan tumbuh sekali lagi dan proses

subkultur akan berulang sehingga tisu yang disubkulturkan telah habis

digandakan. Kekerapan Peringkat subkultur ini bergantung dan berbeza

mengikut tumbuhan.

SUBKULTUR ANAK KULTUR TISU SULUR PISANG

Eksplan Stage 0 Stage 1

Stage 7 Stage 10

106

BAB 3 KULTUR TISU

TEKNIK SUBKULTUR

Bahan : Sulur Pisang Stage 0, Ethanol
Peralatan : Scapel, Forceps, Pisau , Laminar Flow
Langkah Kerja:

1. Pastikan semua peralatan telah disterilkan. Spray Ethanol dan lap
semua bahagian dalam Laminar Flow.

2. Sediakan jar kultur tisu stage
0, pastikan telah tumbuh
tunas

3. Lalukan penutup jar tersebut
pada api & buka penutup jar
(langkah Aseptik)

107

BAB 3 KULTUR TISU

3. Ambil tunas kultur tisu dengan 4. Setelah proses pemotongan,
forcep & Scapel. Potong bahagian- masukkan tunas kultur tisu tersebut
bahagian yang telah bertunas ke media baru.

Gambar 54 : Kesemua jar yang telah dikulturkan diletakkan di Growth Room atau Bilik
Pertumbuhan yang dilengkapi alat kawalan suhu, lampu UV serta humidifier.

108

BAB 3 KULTUR TISU

Pemindahan ke Tapak Semaian
Apabila anak kultur tisu telah membesar dan telah kekurangan ruang

dalam jar, maka ia boleh dikeluarkan dari jar dan ditanam pada media
semaian. Sebelum , anak tisu kultur ditanam ke ladang, anak kultur tisu perlu
diberi proses aklimtasi , Acclimatization dimana anak kultur tisu disesuaikan
dahulu dengan persekitaran seperti ladang tetapi dalam keadaan terkawal
dari segi cahaya , kelembapan dan suhu.

Proses penyesuaian ini perlu dilakukan dengan tujuan mengelakkan
kematian mengejut anak pokok kerana keadaan di dalam in vitro yang
sangat berbeza dari persekitaran sebenar. Anak kultur tisu akan dibiarkan
membesar di kawasan tapak semaian yang terkawal, kemudian dipindahkan
pula ke kawasan tapak semaian sebenar. Proses tersebut dilakukan secara
berperingkat bagi memastikan anak kultur tisu dapat menyesuaikan diri
(adaptasi) sebaiknya.

Walaubagaimanapun, anak kultur tisu juga boleh dipindahkan ke tapak
semaian tetapi dalam kadar pengcahayaan seperti 20% cahaya matahari.
Selepas itu, kadar pengcahayaan boleh dinaikkan secara berperingkat.
Jaring hitam dengan 70-80% kegelapan boleh digunakan untuk semaian
anak kultur tisu.

109

BAB 3 KULTUR TISU

Pemindahan Anak Kultur Tisu dari Makmal Ke Tapak Semaian.
Bahan & Peralatan : Anak Kultur Tisu Stage 10 ( yang boleh dipindahkan),
Air , Media Semaian, Polibeg .
Langkah Kerja:

1. Ambil anak kultur tisu yang boleh
dipindahkan, kumpulkan setempat.

2. Ambil anak pokok kultur tisu
dan bilas dengan air , buang
segala sisa media

110

BAB 3 KULTUR TISU

3. Semaikan anak pokok di dalam
tray yang berisi tanah semaian.
Siram anak pokok setiap hari dan
pastikan tumbuh sihat

4. Setelah anak pokok membesar
selepas 1 bulan, pindahkan anak pokok
ke dalam polibeg. Letakkan baja kepada
anak pokok bagi memastikan tumbesaran
berjaya. Pastikan anak pokok sentiasa
disiram air

111

Media
Tanaman 

MEDIA SEMAIAN . MEDIA PEMASUAN

BAB 4 MEDIA TANAMAN

MEDIA TANAMAN

Media adalah bahan yang digunakan untuk penanaman tumbuhan. Media
berfungsi menyokong tumbuhan, memegang air, sumber utama unsur
pemakanan. Ia juga mempunyai rongga atau liang yang dipenuhi udaraatau
air. Ciri fizikal dan kimia media mempengaruhi keadaan dan kadar
pertumbuhan tanaman. Oleh itu, pemilihan dari segi media amat penting
bagi memastikan pokok dapat tumbuh dengan subur

Gambar 55 : Terdapat pelbagai
jenis media yang boleh
digunakan. Google Image

CIRI-CIRI MEDIA TANAMAN YANG BAIK
 Boleh memegang air dengan baik

o Media dapat memegang air dengan baik iaitu kebolehan
menyerap air atau menyimpan air seperti tanah gambut,
sabut kelapa, span, perlite, vermiculite.

 Saliran/ pengudaraan yang baik
 Bebas dari pathogen, biji benih benih rumpai
 pH neutral dan kandungan garam terlarut rendah
 Mengandungi cukup nutrien (phosporus, P dan Calsium, C untuk

pertumbuhan awal biji benih

112

BAB 4 MEDIA TANAMAN

Jenis – jenis Media Penanaman

Berikut adalah beberapa jenis media yang boleh digunakan samaada untuk
media semaian biji benih, dan juga media dalam pasu atau polibeg

1. Tanah Atas (Top Soil)

Topsoil merupakan lapisan paling atas

kira-kira 5 cm hingga 30 cm dari atas

permukaan bumi. Topsoil terbentuk

apabila batuan berderai dan hancur

melalui proses geologikal bumi atau

dihabakan secara berterusan dan

bertukar menjadi serpihan-serpihan

kecil yang kemudiannya tertolak ke

Gambar 56: Tanah Top Soil Google Image permukaan.

Dalam proses ini, bahan organik seperti dedaunan, kayu mati dan

sebagainya tercampur secara langsung ke dalamnya secara alami. Dalam

satu inci topsoil di aras permukaan bumi mengambil masa ribuan tahun

untuk terbentuk. Oleh itu hutan belantara yang belum terusik strukturnya

mempunyai topsoil yang bermutu tinggi.

Antara bahan yang terkandung dalam topsoil adalah seperti benda
mati, bahan-bahan organik, mikroorganisma, dan cacing. Komponen ini
membantu topsoil untuk menyediakan nutrient tinggi kepada tumbuhan.
Kualiti dan kuantiti topsoil diukur dengan melihat kandungan organisma
hidup seperti nematod, serangga pengurai, fungi dan bakteria. Semua
organisma hidup ini berperanan besar terhadap kualiti topsoil.

113

BAB 4 MEDIA TANAMAN

Dari segi tekstur tanah, kebiasaanya topsoil adalah dari jenis loam
yang mengandungi nisbah kelodak dan liat yang tinggi, dan sedikit pasir.
Topsoil boleh diambil dari tanah hutan, kemudian ia perlu diayak bagi
membuang ketulan batu yang besar.

Topsoil banyak digunakan sebagai media pemasuan, media tanam
rumput, serta media campuran untuk penanaman semua jenis pokok.

Gambar 56b: Tanah Top Soil Google
Image

114

BAB 4 MEDIA TANAMAN

2. Tanah Gambut

Tanah gambut terjadi daripada

bahan kayu-kayan yang telah

reput selama beratus-ratus tahun

kerana ditenggelami air. Tanah

boleh didapati di kawasan tanah

gambut seperti kawasan paya

dan tepi sungai. Tanah gambut

adalah jenisberasid tetapi

Gambar 57: Tanah Gambut. Google Image mengandungi unsur Nitrogen
yang tinggi serta bahan organic

yang tinggi. Kandungan bahan organik yang tinggi ini yang

membuatkan akar tanaman lebih subur. Pengapuran diperlukan untuk

meningkatkan pH dari 4.5 ke pH 6.5. Tanah ini perlu dikeringkan

dahulu sebelum digunakan.

3. Pasir

Pasir yang baik sekali adalah pasir yang kasar

iaitu pasir sungai. Pasir lombong tidak baik

digunakan (tetapi jika terpaksa perlu dibasuh

dan diayak dahulu sebelum digunakan).

Mempunyai pengudaraan yang baik,

keupayaan memegang air rendah dan pH

Gambar 58: Pasir. Google Image yang neutral. Biasanya 25% daripada media

mengandungi. adalah pasir. Media yang mempunyai kandungan pasir

yang tinggi sesuai untuk tanaman sayuran jenis berubi seperti ubi

keledek.

115

BAB 4 MEDIA TANAMAN

4. Sabut Kelapa, Coco Peat

Sabut kelapa merupakan bahan

organik yang berasal dari buah kelapa.

Sabut kelapa biasanya digunakan

untuk mengurangkan atau

menggantikan peat moss. Ia

Gambar 59. Sabut Kelapa. Google Image merupakan hasil sampingan industri
kelapa. Kadang kala mengandungi

kadar garam yang tinggi (Na, K). Kelebihan sabut kelapa adalah seperti

mempunyai daya pegangan air yang tinggi, saliran/ pengudaraan yang baik,

dapat dibeli dengan kos rendah, serta bebas dari pathogen dan mempunyai

pH neutral. Sabut kelapa banyak digunakan sebagai media fertigasi dan juga

dicampurkan ke dalam campuran media tanaman. Ia juga sesuai untuk

dijadikan sebagai media semaian biji benih.

Gambar 60: Proses Penghasilan Sabut Kelapa, Coco Peat.
Google Image

116

BAB 4 MEDIA TANAMAN

5. Peat Moss ( Gambut Moss)

Gambar 61: Peat Moss.
Google Image

Peat Moss merupakan bahan organik, media semaian yang sesuai
digunakan untuk semaian biji benih dan keratan. Peat moss adalah bahan
serat fibre yang terbentuk apabila lumut spaghnum mereput pada blok
gambut. Peat moss mempunyai pH berasid, berupaya untuk memegang
kelembapan dan nutrient. Ia juga bebas daripada pathogen. Peat Moss

banyak digunakan untuk media
semaian benih campuran media
pemasuan. Peat moss diimport
dari negara luar, oleh kerana
harga yang agak mahal ia tidak
digunakan secara meluas.

Gambar 62. Lumut Spaghnum
( Spaghnum Moss) yang akan
mereput bertahun-tahun pada
blok gambut (Peat Bogs) sehingga
menjadi Peat Moss

117

BAB 4 MEDIA TANAMAN

6. Perlite

Perlite merupakan mineral
yang berasal dari gunung
berapi. Stukturnya yang ringan,
dan mempunyai ruang rongga
yang besar, memudahkan
pengaliran air, adakalanya
digunakan menggantikan pasir.

Gambar 61: Perlite. Google Image

Perlite dapat menyimpan air tetapi ia mudah kering. Apabila disirami
air, perlite bertindak seperti span, tetapi apabila keadaan kering, perlite akan
menjadi
keras seperti batu, tetapi rapuh dan sangat ringan sehingga berhabuk.

Walaupun perlite mempunyai keupayaan pegangan air rendah tetapi
ia mempunyai pengudaraan yang baik, membantu akar-akar pokok untuk
bernafas di dalam media dengan baik dan memberi ruang untuk akar
membesar.

Perlite juga banyak digunakan di dalam hidroponik seperti NFT, DFT
serta campuran medium tanaman yang lain. Perlite terdapat di Malaysia
adalah yang diimport dari USA. Oleh itu harganya mahal berbanding dengan
media lain. Perlite banyak digunakan untuk hidroponik sayuran komersial
tinggi, dan sebagai campuran bahan medium yang lain. Untuk cara lebih
jimat, perlite boleh diguna pakai semula dengan membersihkannya.

118

BAB 4 MEDIA TANAMAN

7. Vermiculite

Gambar 62: Vermiculite. Google Image
Image

Vermiculiite dihasilkan daripada mineral magnesium-aluminium- iron
silicate. Ia diproses 800-1000ºC. Ia mempunyai keupayaan pegangan air
tinggi serta pengudaraan yang baik. Antara kelebihan utama Vermiculite
adalah mempunyai daya tinggi keupayaan memegang nutrient, serta
mengandungi Mg dan K tinggi. Manakala, pH 7-9. Oleh kerana kelebihan
tersebut, Vermiculite menjadi media paling terbaik. Campuran vermiculite ke
dalam tanah dapat memperbaiki struktur tanah. Walaubagaimanapun, ia
jarang digunakan kerana sukar didapati di Malaysia, perlu diimport dan
harga yang mahal berbanding media lain.

Kegunaan Vermiculite:
 Media semaian untuk biji benih (jenis halus)
 Media hidroponik
 Media campuran untuk pokok dalam pasu
 Bahan untuk membuat kompos

119

BAB 4 MEDIA TANAMAN

TEKNIK MENYEDIAKAN MEDIA TANAMAN

Untuk membuat media tanaman, bahan-bahan yang digunakan dan nisbah
campuran perlu disesuaikan dengan jenis tanaman. Nisbah campuran yang
umum untuk kebanyakan pokok dan tumbuhan renek ialah:

1. 7 bahagian tanah atas: 3 bahagian bahan organik:
2 bahagian pasir (7:3:2)
- Setiap 1 meter padu tanah campuran di atas dicampurkan dengan
250g batuan fosfat dan sebaik-baiknya dibiarkan 2-3 minggu
sebelum digunakan. Manakala, pH antara 4.5- 6.5

2. Campuran tanah bagi kebanyakan pokok hiasan:
- 3 bahagian tanah atas: 2 bahagian bahan organik: 1 bahagian
pasir sungai (3:2:1)

3. Campuran untuk tanaman sayuran
- 2 bahagian tanah atas: 2: bahan organik: 1 bahagian pasir
Walaubagaimanapun, campuran media ini boleh dipelbagaikan

mengikut keperluan tanaman. Contohnya, jika ingin media tanaman supaya
akar lebih subur, digalakkan menggunakan lebih banyak bahan organik
seperti kompos, tinja haiwan, EM dan IMO. Ini kerana bahan organik
mempunyai fungsi menyuburkan tanah dengan memegang nutrient dalam
tanah (humus) dan menggalakkan pertumbuhan root hairs, rerambut akar.

120

BAB 4 MEDIA TANAMAN

Selain daripada media-media di atas, terdapat juga bahan-bahan yang
boleh ditambah bagi meningkatkan lagi kesuburan media seperti Zeolite ,
Kapur (GML), baja CIRP , soda bikarbonat dan lain-lain bahan organik.
Selain menjadi media semaian, media-media ini juga boleh dicampur
menjadi media pemasuan ( potting soil).
Faedah campuran media

Media yang digunakan mempunyai pelbagai ciri-ciri. Media-media ini
digunakan untuk tanaman di di dalam polibeg atau pasu. Oleh kerana
keadaan yang padat dalam pasu, media perlu ditambah baik agar
pertumbuhan akar menjadi lebih aktif.

 Peredaran udara dalam tanah yang baik membolehkan akar bernafas
dengan sempurna. Membolehkan akar lebih produktif untuk menyerap
air dan unsur-unsur yang ada di dalam tanah.

 Penyerapan air yang lebih tinggi.
 Mengandungi unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang untuk

keperluan pokok.
Langkah kerja untuk membuat media pemasuan adalah sama walaupun
campuran nisbah media berbeza.

Gambar 63:
Campuran media
Tanah atas, Bahan
Organik dan pasir
(7;3:2). Google
Image

121

BAB 4 MEDIA TANAMAN

Teknik Membuat Media Tanaman untuk Polibeg atau Pasu
Bahan & Peralatan: Sabut kelapa tanah gambut, sudip, polibeg, bekas
Langkah Kerja:

2. Ambil 1 bahagian tanah gambut 1. Ambil 1 bahagian tanah
( contoh : 1 pasu) sabut kelapa

4. Gaulkan kedua-dua tanah 3. Setelah siap digaul, masukkan media
sehingga sebati. Letakkan ke dalam polibeg/pasu . Semaikan
sedikit air jika media terlalu anak pokok ke dalam media
berhabuk
122

RUJUKAN

RUJUKAN
RUJUKAN BUKU
Jajuli, N. (2016) Teknik Pembiakan Tanaman. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Sayuti. Z, Ahmad. H, dan Sandrang. A. Inovasi Pertanian Bandar. (2015)
Serdang. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Wijaya. 2014. Membuat setek, cangkok, sambung dan okulasi. Jakarta:
Penebar Swadaya
Peter Mchoy. 2010. Practical Gardening. London: Hermes House.
Simon, P and Nardzozzi, C. Urban Gardening For Dummies. 2013. New
Jersey: John Willey & Sons.
Panduan pengeluaran sayur-sayuran (2000). Serdang. Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Heinermen, John, 1995. Fruits Vegetables. New York: Parker Publishing
Company Inc.
RUJUKAN DARI LAMAN WEB

www.kebunbandar.com
www.tanomkitotuan.blogspot.com

Kaedah Pembiakan Tanaman.docx- Scibd

https://www.scribd.com/doc/180529725/KAEDAH-PEMBIAKAN-TANAMAN-docx
http://animhosnan.blogspot.com/2010/08/pembiakan-tampang-tumbuhan.html

112

RUJUKAN

RUJUKAN BERGAMBAR

1. Gambar Pokok sena
https://www.google.com/search?q=pterocarpus+indicus&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEw
jfmK35hqbeAhUJs48KHW47DpIQ_AUIDigB&biw=1280&bih=683#imgrc=Q6YQCDUC-
qydAM:&spf=1540623819097

2. Gambar Pokok ati
https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=%2fA7HTCJA&id=6557BE33252E6CA16B3C5
43A366E2426CACB62EE&thid=OIP._A7HTCJAEA-
L7rCh5Mp33wHaFj&mediaurl=http%3a%2f%2f1.bp.blogspot.com%2f-SccschK19bs%2fUvSQyaZ-
JqI%2fAAAAAAAAANw%2fmqPQS3RindY%2fs1600%2f23012014767.JPG&exph=1200&expw=1600&q=p
okok+ati-ati&simid=608017245478584486&selectedIndex=6&ajaxhist=0

3. Gambar Resam batu
http://mytaman-ilhamnurani.blogspot.com/2013/10/tumbuhan-renek.html

4. Gambar keratan akar
https://www.google.com/search?biw=1280&bih=683&tbm=isch&sa=1&ei=uRbUW8-
tDMfOvgSPy61Y&q=roots+cuttings&oq=roots+cuttings&gs_l=img.3...31474.35502.0.35725.0.0.0.0.0.0.0.
0..0.0....0...1c.1.64.img..0.0.0....0.hlLNMrgbxmE#imgrc=8Xd9xBb1nyYEYM:&spf=1540626145954

5. Gambar hasil kejayaan cantuman mata tunas
https://www.google.com/search?q=chip+budding&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiVleXn
pKbeAhWEgI8KHXIZA8oQ_AUIDigB&biw=1280&bih=683#imgrc=kHcWJbdpXQttMM:&spf=15406318357
83

6. Gambar INVERTED T-BUDDING

https://www.google.com/search?q=INVERTED+T-
BUDDING&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwja2qvsqabeAhUMtY8KHVyaAtEQ_AUIDigB&biw
=1280&bih=683#imgrc=Wrxu3ltHaWgHTM:&spf=1540633184796

113


Click to View FlipBook Version