Manual UNTUK KEGUNAAN KUMPULAN SOKONGAN 2.0 PENYUSUAN SUSU IBU
ISBN: eISBN 978-967-5322-17-4 Hak Cipta @ Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia,2019 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Diterbit oleh: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 1, Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya,Malaysia. TEL : 603-8892 4556 FAKS : 603-8892 4511 LAMAN WEB: http://nutrition.moh. gov. my/ KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
v Prakata Oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia xvi Prakata Oleh Pengarah Bahagian Pemakanan xvii Prakata Oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembentukan Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu xviii Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Senarai Jadual, Rajah Dan Lampiran 1.0 Apa Itu Sokongan Penyusuan Susu Ibu? 1 1.1 Pengenalan 2 1.2 Kenapa Sokongan Diperlukan? 2 1.3 Siapa Yang Boleh Memberi Sokongan? 2 1.4 Bila Dan Di Mana Sokongan Diperlukan? 2 1.5 Bagaimana Sokongan Diberikan? 3 1.6 Nota penting 3 1.7 Rujukan 3 2.0 Bagaimana Untuk Membantu Ibu? 5 2.1 Pengenalan 6 2.2 Bagaimana Berkomunikasi Secara Berkesan? 6 2.3 Bagaimana Menilai Cara Ibu Menyusu? 8 2.4 Nota Penting 8 2.5 Rujukan 8 Kandungan Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 vi 3.0 Apakah Risiko Yang Dapat Dikurangkan Dengan Penyusuan Susu Ibu? 11 3.1 Pengenalan 12 3.2 Risiko Yang Boleh Dikurangkan Dengan Penyusuan Susu Ibu 12 3.3 Nota Penting 13 3.4 Rujukan 13 4.0 Bagaimana Susu Dihasilkan? 15 4.1 Pengenalan 16 4.2 Struktur Dan Fungsi Payudara 16 4.3 Hormon Terlibat Dalam Penyusuan Susu Ibu 17 4.4 Proses Penghasilan Susu 18 4.5 Nota Penting 20 4.6 Rujukan 20 5.0 Bagaimana Memulakan Penyusuan Dengan Lancar? 21 5.1 Pengenalan 22 5.2 Persediaan Semasa Hamil Untuk Penyusuan Susu Ibu 22 5.3 Penjagaan Mesra Ibu Di Fasiliti Kesihatan 22 5.4 Sentuhan Kulit Ke Kulit 24 5.5 Nota Penting 25 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 5.6 Rujukan 25
vii 6.0 Bagaimana Bayi Disusukan? 27 7.0 Bagaimana Memerah Dan Memberi Susu Perahan? 35 8.0 Bagaimana Memulakan Penyusuan Dengan Lancar? 41 6.1 Pengenalan 28 6.2 Corak Penyusuan 28 6.3 Tanda Bayi Ingin Menyusu 28 6.4 Cara Menyusukan Bayi 29 6.5 Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu 34 6.6 Nota Penting 34 6.7 Rujukan 34 7.1 Pengenalan 36 7.2 Keadah Memerah Susu Ibu Menggunakan Tangan 36 7.3 Kaedah Pemberian Susu Perahan 38 7.4 Nota Penting 40 7.5 Rujukan 40 8.1 Pengenalan 42 8.2 Cabaran, Tanda Gejala Dan Cadangan Tindakan 42 8.3 Persepsi Ibu Dan Penerangan Kepada Ibu 48 8.4 Nota Penting 49 8.5 Rujukan 49 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 9.0 Bagaimana Mengenali Ragam Bayi Dan Cara Mengatasinya? 51 10.0 Jaundis Dan Penyusuan 55 11.0 Bagaimana Membantu Ibu Yang Memerlukan Bimbingan Khusus? 61 9.1 Pengenalan 52 9.2 Bayi Kerap Menangis/ Merengek 52 9.3 Bayi Mudah Tertidur sleepy baby 53 9.4 Bayi Enggan Menyusu 53 9.5 Nota Penting 54 9.6 Rujukan 54 10.1 Pengenalan 56 10.2 Jenis Jaundis 56 10.3 Jaundis Yang Dikaitkan Dengan Penyusuan 57 10.4 Bahaya Jaundis 58 10.5 Pengendalian Jaundis 59 10.6 Nota Penting 59 10.7 Rujukan 59 Pengenalan 62 Bimbingan Untuk Ibu Yang Mempunyai Masalah Perubatan 62 Bimbingan Untuk Ibu Kepada Bayi Berkeperluan Khas 66 Nota Penting 68 Rujukan 68 viiiManual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
12.0 Salah Tanggap Dan Kepercayaan Berkaitan Penyusuan Susu Ibu 71 13.0 Pemakanan Ibu Menyusu 77 12.1 Pengenalan 72 12.2 Salah Tanggap Masyarakat Terhadap Penyusuan 72 12.3 Nota Penting 76 12.4 Rujukan 76 13.1 Pengenalan 78 13.2 Keperluan Pemakanan Ibu Menyusu 78 13.3 Saiz Sajian Yang Disarankan Untuk Ibu Menyusu 79 13.4 Menu Seharian Untuk Ibu Menyusu 82 13.5 Makanan Penggalak Susu Ibu 83 13.6 Nota Penting 83 13.7 Rujukan 83 14.1 Pengenalan 86 14.2 Pengendalian Susu Perahan 86 14.3 Penjagaan Bayi Semasa Ibu Bekerja 91 14.4 Pemerahan Susu Di Tempat Kerja 91 14.5 Nota Penting 91 14.6 Rujukan 91 14.0 Persediaan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Yang Bekerja 85 ixManual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
10Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 15.0 Apakah Peranan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Semasa Bencana? 93 15.1 Pengenalan 94 15.2 Cabaran Dan Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Semasa Bencana 94 15.3 Peranan Pembimbing Semasa Bencana 95 15.4 Kaedah Penyusuan Semasa Bencana 97 15.5 Nota Penting 103 15.6 Rujukan 103 Jawatankuasa Pembentukan Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk 106 Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu x
xi Jadual 3.1 Risiko yang boleh dikurangkan dan kesannya mengikut sasaran 16 Jadual 4.1 Penerangan struktur dan fungsi payudara 17 Jadual 4.2 Fungsi hormon dan organ yang menghasilkannya 18 Jadual 6.1 Jenis posisi dan cara memposisikannya 29 Jadual 6.2 Perbezaan pelekapan dalam dan cetek 32 Jadual 6.3 Perbezaan penghisapan yang berkesan dan yang tidak 33 Jadual 8.1 Cabaran penyusuan susu ibu dan tindakan mengatasinya 42 Jadual 8.2 Persepsi ibu dan penerangan yang bersesuaian 48 Jadual 10.1 Jenis jaundis dan cadangan tindakan 56 Jadual 11.1 Masalah perubatan ibu dan cadangan tindakan 62 Jadual 11.2 Keadaan bayi berkeperluan khas dan cadangan tindakan 70 Jadual 12.1 Salah tanggap berkaitan susu ibu dan cadangan tindakan 72 Jadual 12.2 Salah tanggap berkaitan jaundis dan cadangan tindakan 73 Jadual 12.3 Salah tanggap berkaitan ibu dan cadangan tindakan 78 Senarai Jadual -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
12Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Rajah 4.1 Struktur payudara 16 Rajah 4.2 Proses penghasilan dan pengeluaran susu 19 Rajah 7.1 Urutan belakang ibu 36 Rajah 7.2 Urutan payudara 37 Rajah 7.3 Kedudukan jari ketika memerah susu 38 Rajah 7.4 Kaedah memberi susu menggunakan cawan 38 Senarai Rajah --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jadual 13.1 Keperluan tenaga dan nutrien untuk ibu menyusu 78 Jadual 13.2 Pembahagian setiap saiz sajian sehari 80 Jadual 13.3 Cadangan pilihan makanan dan saiz sajian dalam setiap kumpulan makanan 81 Jadual 13.4 Contoh menu sehari untuk ibu menyusu 82 Jadual 14.1 Pembahagian setiap saiz sajian sehari 88 Jadual 14.2 Latihan memperkenalkan susu perahan kepada bayi 90 Jadual 15.1 Salah tanggap penyusuan semasa bencana dan cadangan tindakan 96 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 xii
Rajah 7.5 Posisi bayi ketika minum susu menggunakan botol 39 Rajah 10.1 Fototerapi 59 Rajah 13.1 Piramid Makanan Malaysia 79 Rajah 14.1 Contoh label susu perahan 87 Rajah 14.2 Cara menguji suhu susu 89 Rajah 14.3 Cara betul mencampurkan lapisan susu yang terpisah 90 Rajah 15.1 Peranan pembimbing sebagai sukarelawan semasa bencana 95 Rajah 15.2 Carta alir penyusuan bayi semasa bencana 97 Rajah 15.3 Cara membersihkan botol susu 98 Rajah 15.4 Cara menyahkuman botol susu 99 Senarai Lampiran --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Lampiran A Borang Pemerhatian Penyusuan 9 Lampiran B Teknik picagari yang telah diubahsuai 50 Lampiran C Senarai makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan yang harus dielakkan oleh 60 penghidap G6PD Lampiran D Penyimpanan, penjagaan keselamatan dan pengendalian botol susu 104 xiiiManual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
15Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 PRAKATA
16Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Prakata Oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih. Allah SWT telah berfirman bahawa “para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu”. Saya melihat amalan menyusukan anak dengan susu ibu sebagai satu amanah yang telah difitrahkan kepada seorang wanita yang bergelar ibu. Saya tidak menafikan setiap perjalanan hidup pastinya ada halangan, namun ia akan menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan. Begitu juga dengan perjalanan seorang ibu sepanjang menyusukan anaknya. Seharusnya seorang ibu itu disantuni dengan bantuan dan sokongan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Justeru, amat tepatlah penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dalam memainkan peranan mereka. Oleh itu, kumpulan ini memerlukan satu rujukan yang standard bagi memberi maklumat yang tepat kepada para ibu yang menyusu. Maka, terhasillah Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu ini. Saya berharap manual ini akan memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha untuk meningkatkan amalan penyusuan susu ibu. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu atas usaha sama memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia. YAB DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH DR. WAN ISMAIL Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 xvii Prakata Oleh Pengarah Bahagian Pemakanan Penubuhan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mempromosi, melindungi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu di Malaysia. Ianya merupakan kesinambungan kepada usaha yang dijalankan di peringkat hospital dan klinik kesihatan melalui Inisiatif Hospital Rakan Bayi dan Klinik Rakan Bayi. Sehubungan itu, Garis Panduan Penubuhan Dan Pelaksanaan Aktiviti Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu telah diterbitkan pada tahun 2005, untuk rujukan anggota kesihatan. Walau bagaimanapun, satu panduan yang disasarkan kepada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di kalangan komuniti dirasakan amat perlu seiring dengan penubuhan kumpulan sokongan ini di peringkat komuniti yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, amat berbangga dengan peningkatan ini. Justeru, Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu telah dibentuk bersama-sama individu dan wakil kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di Malaysia. ZALMA ABDUL RAZAK Pengarah Bahagian Pemakanan Saya amat berharap manual ini akan menjadi panduan kepada semua individu dan kumpulan penyusuan susu ibu yang sentiasa bersedia berada di sisi ibu yang memerlukan bantuan. Semoga insan-insan yang berjasa ini terus komited memainkan peranan menyokong dan membantu para ibu menyusukan anak mereka dengan jayanya. Akhir sekali, tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembentukan Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Prakata Oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembentukan Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu ini berjaya diterbitkan. Manual ini diterbitkan sebagai panduan serta rujukan kepada semua ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu untuk membantu ibu serta ahli keluarga mereka yang berusaha memastikan penyusuan susu ibu berjaya. Seramai 12 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pakar bidang dan peneraju beberapa kumpulan sokongan dari pelbagai latar belakang etnik dan budaya di Malaysia, telah terlibat dalam pembentukan manual ini. Kami berjumpa secara berkala selama setahun, berbincang dan berbengkel untuk memastikan kandungan yang disediakan bermutu dan memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Terdapat 15 tajuk asas yang telah dikenal pasti penting untuk dimuatkan di dalam manual ini. Setiap tajuk dimulakan dengan pengenalan ringkas dan diakhiri dengan saranan yang dipaparkan dalam bentuk nota penting. Menariknya, manual ini juga disertakan dengan infografik untuk menjelaskan topik tertentu supaya lebih mudah difahami. Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman Pengerusi Jawatankuasa Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah menggerakkan inisiatif ini dengan mewujudkan Jawatankuasa Pembentukan Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu. Semoga dengan terbitnya manual ini, ahli kumpulan sokongan di Malaysia mempunyai satu bahan rujukan yang kendiri serta komprehensif untuk membantu ibu menyusu. xviii
19Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Tajuk 1 Apa Itu Sokongan Penyusuan Susu Ibu?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 2 1.1. Pengenalan Umum beranggapan menyusukan anak adalah proses semulajadi bagi wanita. Walau bagaimanapun, seseorang wanita memerlukan sokongan dan dorongan dalam menjayakannya. Sokongan penyusuan susu ibu adalah bantuan berkaitan penyusuan merangkumi aspek emosi, kemahiran dan maklumat. Bab ini menerangkan perihal sokongan yang diperlukan. 1.2. Kenapa Sokongan Diperlukan? Penyusuan susu ibu adalah kunci utama kesihatan ibu dan anak. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia juga menyatakan, “Semua ibu digalakkan menyusu bayi dengan susu ibu secara sepenuhnya (eksklusif) dari lahir sehingga berumur enam (6) bulan. Makanan pelengkap dimulakan pada umur enam (6) bulan dan penyusuan ibu diteruskan sehingga berumur dua (2) tahun.” Oleh itu, aktiviti sokongan penyusuan diperlukan bagi memperkukuhkan pelaksanaan polisi ini. 1.3. Siapa Yang Boleh Memberi Sokongan? Sesiapa yang berminat untuk membantu ibu menyusu boleh memberi sokongan. Mereka boleh terdiri daripada ahli keluarga, masyarakat, rakan-rakan, ahli pertubuhan bukan kerajaan dan pengamal perubatan. Dalam manual ini, individu atau kumpulan sokongan ini dirujuk sebagai ‘pembimbing’. Mana-mana individu yang ingin berperanan sebagai pembimbing harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diterangkan dalam manual ini. Pembimbing yang berpengalaman menyusukan anak mempunyai kelebihan memahami situasi ibu yang dibantu. 1.4. Bila Dan Di Mana Sokongan Diperlukan? Seseorang ibu perlu diberi sokongan seawal proses kehamilan secara berterusan sehingga bayi berhenti menyusu. Sokongan diperlukan di fasiliti kesihatan, rumah, tempat kerja dan tempat awam. 1. Apa Itu Sokongan Penyusuan Susu Ibu?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 3 1.5. Bagaimana Sokongan Diberikan? Sokongan boleh diberikan secara bersemuka, perbualan telefon, perhubungan atas talian, atau perbincangan dalam kumpulan. Pembimbing boleh memberi sokongan dalam bentuk galakan, dorongan dan bantuan praktikal. 1.6. Nota Penting • Semua wanita perlukan sokongan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. • Pelaksanaan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia boleh diperkukuhkan dengan kewujudan pembimbing. • Pembimbing harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dankemahiran bagi membantu ibu menyusukan anak. • Sokongan diperlukan oleh ibu tanpa mengira tempat dan masa. • Sokongan boleh diberikan melalui pelbagai cara. 1.7. Rujukan • Cawangan Pemakanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia. Garis Panduan Penubuhan dan Pelaksanaan Aktiviti Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu, 2005. (terbitan dalaman) • Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Peranan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu - Modul Pengajar Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu dari Ibu ke Ibu, 2012. (terbitan dalaman). “ Pembimbing harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran bagi membantu ibu menyusukan anak. “
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 4
23Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Bagaimana Untuk Membantu Ibu? Tajuk 2
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 6 2.1. Pengenalan Sebelum sokongan diberikan, hubungan saling percaya perlu diwujudkan di antara ibu dan pembimbing. Oleh itu, ibu akan lebih terbuka untuk berkongsi apa yang dialaminya dan pembimbing pula akan lebih mudah memahami situasi ibu. Kemudian, barulah sokongan dan bantuan yang sesuai diberikan. Bab ini menerangkan kemahiran berkomunikasi dan bagaimana menilai penyusuan susu ibu. 2.2. Bagaimana Berkomunikasi Secara Berkesan? Komunikasi berkesan meliputi: 2.2.1. Kemahiran mendengar dan memahami situasi i. Komunikasi secara bukan lisan. Tunjukkan kesediaan membantu melalui pandangan mata, riak muka, gaya badan dan lain-lain respon yang mendorong ibu untuk mula berbicara. ii. Tanyakan keadaan ibu dengan menggunakan soalan terbuka. Soalan terbuka selalunya bermula dengan perkataan seperti “bagaimana”, “apa” atau “bila”. Contoh: “Bagaimana keadaan puan hari ini?” iii. Tunjukkan minat dan imbas kembali apa yang ibu kongsi dengan menggunakan tindak balas seperti mengangguk kepala, senyum atau menggunakan frasa seperti “Umm..”, “Ooo… begitu”, “teruskan..”. 2. Bagaimana Untuk Membantu Ibu?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 7 iv. Selami apa yang ibu rasa (empati). Jika ibu berkata, “Anak saya asyik mahu menyusu aje!”. Contoh balasan empati: “Puan rasa penat ya?”. Contoh balasan tidak empati: “Biasa la tu! Memang penat menyusu.” v. Elakkan ayat bersifat menghukum. Contoh ayat menghukum: “Adakah anak puan menyusu dengan baik?”. Contoh ayat tidak menghukum: “Bagaimana anak puan menyusu?”. 2.2.2. Kemahiran membina keyakinan. Bina keyakinan ibu dengan: i. Terima apa yang ibu fikir dan rasa. Contoh situasi: Ibu berkata, “Saya tidak boleh menyusu sebab saya tidak ada susu.” Balasan wajar: “ Puan risau ya, sebab tidak ada susu lagi?”. ii. Kenali dan puji mengenai perkara betul yang telah ibu dan bayi lakukan. Contoh situasi: Seorang ibu kepada bayi berumur 3 bulan mengatakan yang bayinya kerap menangis sebelah malam dan dia merasakan susunya semakin berkurangan. Kenaikan berat badan bayinya adalah baik. Balasan wajar: “Bagus puan! Berat badannya naik dengan baik hanya dengan susu ibu”. 2.2.3. Kemahiran memberi sokongan. i. Memberi bantuan praktikal. Kadangkala bantuan praktikal lebih baik daripada percakapan. Contohnya, apabila ibu merasa lapar dan dahaga, beri ibu makanan atau minuman. ii. Memberi maklumat yang berkaitan menggunakan pendekatan berikut: a. Sampaikan maklumat sedikit demi sedikit. Maklumat yang terlalu banyak sekaligus boleh membebankan dan mengelirukan ibu. b. Perhatikan reaksi ibu, secara lisan atau bukan lisan. c. Jika melalui telefon, peka terhadap nada suara ibu. Nota: • Berhati-hati dengan nada suara anda. Nada suara yang berbeza boleh memberi makna yang berbeza.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 8 d. Minta ibu ulangi maklumat yang diterima untuk pastikan dia memahaminya. e. Berikan bahan bacaan tambahan yang sesuai jika perlu. f. Jika ibu perlu sokongan atau rawatan lanjut, rujuk ibu kepada pakar yang berkaitan. iii. Guna bahasa yang mudah. a. Gunakan bahasa yang biasa digunakan dan mudah difahami. b. Elakkan penggunaan bahasa saintifik atau teknikal. c. Memahami dialek ibu adalah satu kelebihan. iv. Beri cadangan, bukan arahan Cadangkan beberapa perkara yang boleh ibu lakukan supaya ibu boleh membuat pilihan. Ini boleh membina keyakinan ibu dalam pilihan yang telah dibuat. Elakkan memberi arahan kepada ibu tentang apa yang harus dilakukan kerana ia boleh mengurangkan keyakinan ibu. 2.3. Bagaimana Menilai Cara Ibu Menyusu? Penilaian cara ibu menyusu membolehkan pembimbing mengenal pasti bagaimana untuk membantunya. Terdapat enam (6) perkara yang perlu dinilai iaitu: i. keadaan ibu ii. keadaan bayi iii. keadaan payudara Gunakan Borang Pemerhatian Penyusuan (Lampiran A) untuk menilai enam (6) perkara tersebut. Borang yang telah diisi oleh pembimbing hendaklah disimpan untuk rujukan dan tindakan susulan jika perlu. Pembimbing perlu berlatih memahirkan diri untuk mengenal pasti tanda penyusuan yang berkesan. 2.4. Nota Penting • Pembimbing perlu menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Komunikasi berkesan merangkumi kemahiran mendengar dan memahami situasi, membina keyakinan dan memberi sokongan. • Pembimbing perlu mahir menilai penyusuan menggunakan Borang Pemerhatian Penyusuan dan mengenal pasti perkara yang perlu dibantu. 2.5. Rujukan • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. iv. posisi bayi v. pelekapan vi. penghisapan
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 9 Lampiran A: Borang Pemerhatian Penyusuan BORANG PEMERHATIAN PENYUSUAN Nama Ibu _____________________________ Tarikh _______________________________ Nama Bayi ____________________________ Umur Bayi ___________________________ Tanda penyusuan yang baik/ berjalan dengan baik: Tanda penyusuan mungkin bermasalah: KEADAAN IBU: KEADAAN IBU: Ibu kelihatan sihat Ibu kelihatan sakit atau murung Ibu tenang dan selesa Ibu kelihatan tertekan dan tidak selesa Ibu dan bayi mempunyai jalinan emosi Tiada hubungan mata antara ibu dan bayi KEADAAN BAYI: KEADAAN BAYI: Bayi kelihatan sihat Bayi kelihatan mengantuk dan tidak sihat Bayi kelihatan tenang dan selesa Bayi gelisah dan menangis Bayi mencari-cari payudara jika lapar Bayi tidak berminat untuk menyusu KEADAAN PAYUDARA: KEADAAN PAYUDARA: Payudara kelihatan sihat Payudara kelihatan merah, bengkak atau perit Selesa dan tidak sakit Puting atau payudara sakit Diampu menggunakan jari jauh dari puting Payudara diampu pada kawasan areola Puting menonjol keluar Puting leper atau tenggelam POSISI BAYI POSISI BAYI Kepala dan badan bayi lurus Leher dan kepala terteleng semasa menyusu Bayi diampu rapat pada tubuh ibu Bayi tidak rapat pada tubuh ibu Seluruh tubuh bayi diampu Hanya kepala dan bahu bayi diampu Bayi mendapatkan payudara dengan hidungnya menghadap puting Bayi mendapatkan payudara dengan bibir bawah/dagu menghala ke puting PELEKAPAN BAYI PELEKAPAN BAYI Areola kelihatan lebih banyak di atas mulut bayi Lebih areola kelihatan di bawah mulut bayi Mulut bayi terbuka luas Mulut bayi tidak terbuka luas Bibir bawah terjuih keluar Bibir muncung dan terlungkup ke dalam Dagu bayi menyentuh payudara Dagu bayi tidak menyentuh payudara PENGHISAPAN PENGHISAPAN Hisapan perlahan, mendalam dengan berhenti sejenak Hisapan yang laju dan cetek Pipi cembong semasa menghisap Pipi cengkung ke dalam semasa menyusu Bayi melepaskan payudara setelah selesai menyusu Ibu melepaskan payudaranya dari mulut bayi Ibu merasai refleks oksitosin Ibu tidak merasai refleks oksitosin * Layari http://globalhealthmedia.org/portfolio-items/helping-a-breastfeeding-mother untuk panduan bagaimana menggunakan borang tersebut.
28Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
29Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Tajuk 3 Apa Risiko Yang Dapat Dikurangkan Dengan Penyusuan Susu Ibu?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 12 3.1. Pengenalan Sebelum dapat membantu ibu, pembimbing perlu memahami kepentingan penyusuan susu ibu dan apakah akibatnya jika bayi tidak disusukan dengan susu ibu. Bab ini menerangkan risiko yang dapat dikurangkan dengan penyusuan susu ibu terhadap bayi, ibu, masyarakat, alam sekitar dan ekonomi. 3.2. Risiko Yang Boleh Dikurangkan Dengan Penyusuan Susu Ibu Jadual 3.1: Risiko yang boleh dikurangkan dan kesannya mengikut sasaran 3. Apakah Risiko Yang Dapat Dikurangkan Dengan Penyusuan Susu Ibu? Sasaran Kesannya Bayi Bayi yang menyusu kurang berisiko untuk mendapat: • Jangkitan telinga, usus atau pernafasan. • Masalah pembentukan struktur mulut, rahang, dan gigi serta karies gigi. • Insiden kematian bayi secara mengejut (SIDS - Sudden Infant Death Syndrome). • Masalah alahan seperti ekzema dan asma. Ibu Ibu yang menyusukan anak, kurang berisiko mengalami: • Tekanan perasaan selepas bersalin. • Jalinan emosi yang kurang erat antara ibu dan bayi. • Pengecutan rahim yang lambat. • Haid kembali lebih cepat. • Janser payudara, pangkal rahim dan ovari. Masyarakat Amalan penyusuan susu ibu yang diabaikan boleh meningkatkan risiko penyakit dalam masyarakat dan mengurangkan produktiviti negara.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 13 Sasaran Kesannya Alam sekitar Amalan penyusuan susu ibu dapat mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar akibat pengilangan susu gantian, pembuangan sisa industri dan domestik. Ekonomi Amalan penyusuan susu ibu mengurangkan bebanan ekonomi keluarga dan negara melalui pengurangan kos: • Pembelian susu formula untuk bayi. • Perubatan keluarga dan negara. 3.3. Nota Penting • Amalan penyusuan susu ibu dapat mengurangkan risiko terhadap bayi, ibu, masyarakat, alam sekitar dan ekonomi. • Pembimbing perlu mahir menilai penyusuan menggunakan Borang Pemerhatian Penyusuan dan mengenal pasti perkara yang perlu dibantu. 3.4. Rujukan • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. • WABA. 21 Dangers of Infant Formula, 2012. Dicapai pada 27 Julai 2016 daripada http://www.waba.org.my/ whatwedo/advocacy/pdf/21dangers.pdf
32Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
33Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Tajuk 4 Bagaimana Susu Dihasilkan?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 16 4.1. Pengenalan Payudara dan hipotalamus wanita merupakan dua (2) organ utama untuk proses penghasilan susu. Kelenjar pituitari di hipotalamus menghasilkan hormon penyusuan. Bab ini menerangkan struktur payudara, hormon penyusuan dan fungsinya dalam proses penyusuan susu ibu. 4.2. Struktur Dan Fungsi Payudara 4. Bagaimana Susu Dihasilkan? Rajah 4.1: Struktur payudara Sumber : California WIC Breastfeeding Peer Counseling Program Peer Counselor Handbook, 2010
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 17 Jadual 4.1: Penerangan struktur dan fungsi payudara (rujuk Rajah 4.1) Label Struktur Fungsi 1 Puting • Tempat keluar susu 2 Areola • Kawasan gelap yang menjadi sasaran pelekapan bayi. Pada kawasan ini terdapat kelenjar Montgomery berfungsi menghasilkan cecair berminyak untuk melembapkan dan mengekalkan kesihatan kulit. Ia juga meng hasilkan bau yang membantu bayi menemui sasaran pelekapan. 3 Saluran susu • Saluran yang menjadi laluan aliran susu dari kelenjar alveoli ke puting 4 Alveoli • Kelenjar tempat penghasilan susu 5 Tisu lemak • Memberi bentuk kepada payudara 6 Ligamen Cooper • Menyokong keanjalan tisu payudara 4.3. Hormon Terlibat Dalam Penyusuan Susu Ibu Terdapat empat (4) hormon penting yang terlibat dalam penyusuan susu ibu. Jadual 4.2 menerangkan fungsi dan organ yang menghasilkan hormon tersebut. Nota: • Saiz dan bentuk payudara bergantung kepada tisu lemak tetapi penghasilan susu bergantung kepada kekerapan penghisapan, pelekapan yang betul dan cara bayi menghisap.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 18 Jadual 4.2: : Fungsi hormon dan organ yang menghasilkannya Hormon Organ Fungsi Estrogen Ovari Membantu pembentukan saluran susu Progestron Ovari • Membantu pembentukan alveoli. • Menghalang penghasilan susu semasa hamil. • Selepas kelahiran, paras hormon progestron menurun dan paras hormon prolaktin pula meningkat, seterusnya mencetuskan penghasilan susu yang banyak. Prolaktin Kelenjar pituitari anterior • Mencetuskan penghasilan susu. • Menjadikan ibu berasa mengantuk dan tenang. • Melewatkan kedatangan kitaran haid. • Menimbulkan perasaan keibuan. Oksitosin Kelenjar pituitari posterior • Mengecutkan otot di sekeliling kelenjar alveoli, seterusnya memancutkan susu keluar dari payudara. • Mengecutkan rahim kembali kepada saiz asal. • Mengurangkan pendarahan selepas bersalin. • Membantu ibu merasakan kehangatan kasih sayang terhadap bayinya. 4.4. Proses Penghasilan Susu Apabila bayi menghisap payudara, reseptor di hujung saraf yang terdapat pada puting ibu akan terangsang. Isyarat rangsangan akan dihantar ke otak bahagian hipotalamus menyebabkan kelenjar pituitari merembeskan hormon prolaktin dan oksitosin ke dalam darah (Rajah 4.2). 4.4.1. Tindakbalas prolaktin Prolaktin dalam darah mengalir ke kelenjar alveoli payudara menyebabkan penghasilan susu. Susu yang terhasil perlulah dikeluarkan untuk penghasilan susu seterusnya. Jika bayi tidak menghisap, ibu perlulah mengeluarkan susu tersebut dengan memerahnya. Jika tidak, penghasilan susu akan berkurangan.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 19 4.4.2. Tindakbalas oksitosin Oksitosin dalam darah bertindak ke atas otot kelenjar susu. Otot tersebut mengecut dan menolak susu keluar. Proses ini dipanggil refleks pancutan susu, milk ejection reflex. Refleks ini penting untuk bayi mendapat susu secukupnya. Jika ibu mendengar tangisan bayi atau teringat kepada bayinya, oksitosin juga boleh terhasil. Ini menyebabkan susu boleh mengalir keluar. Jika ibu menghadapi masalah seperti risau, sakit atau malu, oksitosin sukar dirembeskan dan susu tidak dikeluarkan dengan lancar. Rajah 4.2 : Proses penghasilan dan pengeluaran susu Sumber: Miller-Keane Encyclopedia and Dictionary of Medicine, Nursing, and Allied Health, Seventh Edition. © 2003 by Saunders
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 20 4.5. Nota Penting • Payudara dan hipotalamus wanita merupakan dua (2) organ utama untuk proses penghasilan susu. • Keupayaan payudara untuk menghasilkan susu tidak bergantung kepada saiznya. • Terdapat empat (4) hormon penting yang terlibat dalam penyusuan susu ibu. • Konsep permintaan dan penghasilan dipengaruhi oleh kekerapan bayi menyusu atau susu dikeluarkan secara berkesan. 4.6. Rujukan • California Department of Public Health Women, Infants and Children Program Division, California WIC Breastfeeding Peer Counseling Program Peer Counselor Handbook, 2010. Dicapai pada 26 Julai 2016 daripada https://www.cdph.ca.gov/programs/wicworks/Documents/BF/WIC-BF-PCHandbook.pdf • Gale Encyclopedia of Medicine. Lactation. (n.d.), 2008. Dicapai pada 26 Julai 2016 daripada http://medicaldictionary. thefreedictionary.com/lactation. 4.4.3. Konsep permintaan dan pengeluaran (demand and supply) Konsep permintaan dan penghasilan dalam penyusuan susu ibu bermaksud semakin kerap bayi menyusu, semakin meningkat pengeluaran susu. Namun, jika bayi tidak menyusu dengan berkesan atau susu tidak diperah dengan teknik yang betul, maka tiada isyarat yang diterima oleh bahagian hipotalamus di otak ibu untuk menghasilkan susu seterusnya.
39Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Tajuk 5 Bagaimana Memulakan Penyusuan dengan lancar?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 22 5.1. Pengenalan Terdapat beberapa faktor yang dapat membantu ibu memulakan penyusuan dengan lancar. Bab ini menerangkan tentang persediaan semasa hamil, penjagaan mesra ibu, dan sentuhan kulit ke kulit. 5.2. Persediaan Semasa Hamil Untuk Penyusuan Susu Ibu Pembimbing boleh membantu ibu hamil membuat persediaan seperti berikut: 5.2.1. Mendapat sokongan keluarga dan masyarakat i. Galakkan ibu berkongsi hasrat menyusukan anak dengan suami dan ahli keluarga terdekat. ii. Libatkan suami dan/atau keluarga hadir bersama dalam kelas penyusuan atau kongsikan maklumat berkaitan penyusuan susu ibu supaya mereka memahami dan memberi sokongan. iii. Galakkan ibu supaya berbincang dengan pengamal perubatan dan/ atau anggota kesihatan untuk menjayakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bersalin. iv. Galakkan ibu berbincang dengan majikan dan rakan sekerja berkaitan hasrat ibu menjayakan penyusuan susu ibu selepas kembali bekerja. 5.3. Penjagaan Mesra Ibu DI Fasiliti Kesihatan Penjagaan mesra ibu mula diperkenalkan mulai tahun 2013 dan telah dilaksanakan di semua fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 5. Bagaimana Memulakan Penyusuan Dengan Lancar?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 23 5.3.1. Polisi Penjagaan Mesra Ibu merangkumi lima (5) perkara iaitu: i. Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan. ii. Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah). iii. Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut. iv. Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. v. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomi, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. 5.3.2. Penjagaan mesra ibu adalah penting kerana: i. Ia memberi sokongan emosi dan fizikal semasa proses kelahiran. ii. Ibu merasa berkeyakinan untuk berinteraksi dengan bayi dan bersedia untuk memulakan penyusuan. 5.3.3. Antara nasihat yang boleh diberikan kepada ibu adalah: i. Dapatkan peneman untuk memberi sokongan semasa proses kelahiran. ii. Ambil minuman atau makanan ringan jika ibu memerlukan. iii. Ibu boleh memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan. iv. Berjalan dan bergerak sebelum melahirkan. v. Ibu boleh memilih melahirkan mengikut posisi yang ibu selesa. Nota: • Kesemua nasihat di atas tertakluk kepada keadaan ibu dan kemudahan yang disediakan di fasiliti kesihatan.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 24 5.4. Sentuhan Kulit Ke Kulit Sentuhan kulit ke kulit adalah meletakkan bayi tanpa pakaian ke atas kulit dada ibu atau penjaga. Amalan ini seharusnya dilakukan sejurus selepas bersalin atau pada bila-bila masa dan tempat mengikut keadaan. 5.4.1. Sentuhan kulit ke kulit adalah penting kerana ia: i. Membantu bayi mengenali payudara ibu adalah tempat yang selamat dan tenang. ii. Mengekalkan kehangatan dan mengawal suhu badan bayi. iii. Menstabilkan denyutan nadi, pernafasan dan tekanan darah bayi. iv. Menstabilkan paras glukosa dalam darah bayi. v. Membolehkan pengkolonian bakteria yang biasa berada pada ibu kepada bayi. vi. Menggalakkan ikatan kasih sayang dan membantu memulakan penyusuan. Nota: • Pengkolonian bakteria yang baik berlaku kesan dari amalan sentuhan kulit ke kulit ibu kepada bayi bagi mengawal pembiakan bakteria berbahaya pada bayi.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 25 5.4.2. Nasihat untuk menjayakan sentuhan kulit ke kulit i. Ibu dan bayi digalakkan mendapat sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurangkurangnya satu (1) jam. ii. Jika bimbang bayi kesejukan, selimutkan bayi dengan kain yang bersih. iii. Semasa sentuhan kulit ke kulit, perhatikan tanda bayi telah bersedia untuk menyusu. iv. Selain ibu, ayah dan ahli keluarga lain juga boleh melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi. 5.5. Nota Penting • Pembimbing boleh membantu ibu hamil membuat persediaan mental, mendapatkan sokongan dan maklumat penyusuan yang betul. • Amalan penjagaan mesra ibu di fasiliti kesihatan dan sentuhan kulit ke kulit dapat membantu menjayakan penyusuan susu ibu. 5.6. Rujukan • Dr Faridah Idris. Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, 2012. • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009.
44Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
45Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Tajuk 6 Bagaimana Bayi Disusukan?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 28 6.1. Pengenalan Menyusu mengikut kehendak bayi dengan posisi yang betul dan pelekapan yang dalam merupakan langkah penting untuk menjayakan penyusuan. Bab ini menerangkan corak penyusuan bayi, tanda bayi ingin menyusu, cara menyusukan bayi dan tanda bayi mendapat susu secukupnya. 6.2. Corak Penyusuan Penyusuan susu ibu sebaiknya dimulakan sejurus selepas kelahiran kerana bayi baru lahir biasanya tenang dan peka dengan persekitaran dalam masa dua (2) jam pertama selepas dilahirkan. Ketika ini bayi lebih mudah untuk melekap pada payudara dan memulakan penyusuan. Kebiasaannya bayi menyusu dengan kerap sekurang-kurangnya lapan (8) hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Ibu perlu menyusukan bayi mengikut kehendak bayi atau apabila bayi menunjukkan tanda ingin menyusu dan tidak mengikut selang masa tertentu. 6.3. Tanda Bayi Ingin Menyusu Terdapat tanda awal dan lewat yang boleh dikenal pasti pada bayi yang ingin menyusu. 6.3.1. Bantu ibu untuk mengenalpasti tanda awal seperti: i. Membuka mulut dan mencari payudara ii. Bola mata kelihatan bergerak sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka. iii. Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir. iv. Menghisap jari, tangan, selimut, kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. v. Menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. vi. Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds). 6.3.2. Beritahu ibu, menangis adalah tanda lewat untuk menyusukan bayi. i. Jika ia terjadi, tenangkan bayi dahulu sebelum memulakan penyusuan semula. 6. Bagaimana Bayi Disusukan?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 29 6.4. Cara Menyusukan Bayi Teknik penyusuan yang berkesan merangkumi posisi yang betul, pelekapan yang dalam dan penghisapan bayi yang berkesan. Hal ini memastikan penyusuan susu ibu berjalan lancar dan susu dapat dihasilkan dengan cukup. 6.4.1. Posisi Bayi boleh dipegang dengan pelbagai posisi. Walau apa pun posisi yang dipilih, pastikan ibu dan bayi selesa. Empat (4) perkara yang perlu diutamakan agar bayi selesa adalah: i. Kedudukan kepala dan badan bayi lurus. ii. Bayi diampu rapat dengan badan ibu. Bawa bayi kepada payudara ibu, bukan sebaliknya. iii. Ampu keseluruhan badan bayi. iv. Bayi menghadap payudara ibu (hidung bertentangan dengan puting ibu). Terdapat beberapa posisi yang boleh dicuba oleh ibu mengikut keselesaan dan kesesuaian ibu dan bayi. Jadual 6.1 menerangkan bagaimana melakukannya. Jadual 6.1: Jenis posisi dan cara memposisikannya Posisi Ibu Gambar Menyandar separa berbaring (Laid back): • Ibu menyandar/ separa berbaring mengikut keselesaan ibu. • Sokong belakang dan lengan ibu dengan beberapa biji bantal supaya tidak lenguh. • Letak bayi atas ibu secara mengiring, menegak atau berbaring. • Bayi boleh bergerak sendiri ke arah payudara, mulut terbuka luas, melekap dan mula menghisap. Nota: • Ibu lebih selesa berehat sambil menyusu
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 30 Posisi Ibu Gambar Pegangan buai (Cradle hold): • Jika menyusu daripada payudara kanan, letakkan bayi di lengan kanan ibu. Jarakkan sedikit kepala bayi dari pelipat siku kanan ibu. Manakala tangan kiri mengampu punggung bayi. Begitu juga sebaliknya apabila menyusu daripada payudara kiri. • Pastikan kepala dan badan bayi lurus. Muka bayi menghadap payudara ibu, perut bayi menghadap badan ibu dan bayi dipegang rapat kepada ibu. • Hidung bayi sama paras dengan puting ibu dan kepalanya sedikit mendongak. • Pelukan erat memperbaiki lekapan. Pegangan silang (Cross cradle): • Jika menyusu daripada payudara kanan, gunakan lengan kiri ibu untuk menampung badan bayi. Begitu juga sebaliknya apabila menyusu pada payudara kiri. • Pastikan kepala dan badan bayi lurus. • Ibu mengampu bayi dekat dengan tubuhnya, bahagian punggung bayi dibawa rapat ke dada menggunakan lengan dan jari ibu menyokong kepala bayi dikeliling tengkuk bayi. Ibu mungkin memerlukan bantal untuk menyokong lengan ibu. Nota: • Posisi ini membantu menyokong tubuh bayi dan bagus untuk ibu yang pertama kali menyusu. Nota: • Posisi ini paling biasa dan digemari oleh ramai ibu tetapi ibu tidak mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas kepala bayi.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 31 Posisi Ibu Gambar Pegangan bawah ketiak (Under arm): • Posisikan bayi di sisi ibu, masuk ke celah ketiak ibu. Rapatkan punggung bayi ke sisi ibu. • Jari-jari ibu memegang keliling tengkuk bayi untuk mengampu kepalanya. • Lengan ibu mengampu punggung bayi. Gunakan bantal untuk menyokong lengan ibu. Posisi berbaring atau mengiring (Side lying): • Ibu mengiring ke sebelah payudara yang mahu disusukan. Belakang ibu disokong oleh beberapa bantal. Kepala ibu disokong dengan bantal dan tangan ibu diletakkan di bawah kepala ataupun bantal mengikut keselesaan ibu. • Posisikan bayi mengiring, menghadap rapat ke tubuh ibu. • Muka bayi menghadap payudara, dengan hidungnya selaras dengan puting, kepalanya melentur sedikit ke belakang. • Rapatkan bayi ke ibu untuk memperbaiki lekapan. • Gunakan bantal atau tangan pada belakang bayi untuk mengekalkan posisi bayi menghadap ibu. Nota: • Untuk bayi kembar, penyusuan boleh dilakukan seorang demi seorang atau secara serentak. Nota: • Posisi ini sesuai untuk menyusu bayi pramatang, bayi yang menghadapi masalah untuk melekap lebih dalam, ibu yang mempunyai payudara besar atau bersalin secara pembedahan.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 32 6.4.2. Pelekapan Pelekapan adalah keadaan di mana mulut bayi mencakup pada payudara ibu. Bayi perlu melekap dengan dalam supaya susu dapat dikeluarkan daripada payudara secara berkesan dan mengelakkan ibu sakit puting. Untuk memulakan pelekapan: i. Pastikan hidung bayi menghadap puting ii. Kepala bayi bebas untuk melentuk ke belakang semasa melekap ke payudara iii. Elakkan dari menolak kepala bayi ke arah payudara, memadai dengan menyokong tengkuk bayi sahaja. Jadual 6.2 menerangkan perbezaan pelekapan yang dalam dan cetek. Jadual 6.2: Perbezaan pelekapan dalam dan cetek. Pelekapan Tanda Cadangan tindakan Pelekapan yang dalam • Mulut bayi terbuka luas • Bibir bawah terjuih keluar • Dagu bayi menyentuh payudara • Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi (asymetrical latch). • Galakkan ibu untuk teruskan penyusuan mengikut kehendak bayi.