The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu 2.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL SYAZWANI BINTI KAMARULZAMAN (MOH), 2023-12-20 22:19:54

Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu 2.0

Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu 2.0

Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 83 13.5. Makanan Penggalak Susu Ibu Penghasilan susu dipengaruhi oleh kekerapan susu dikeluarkan dari payudara. Beberapa jenis makanan dipercayai oleh masyarakat dapat membantu meningkatkan penghasilan susu. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada tindakbalas tubuh ibu terhadap makanan tersebut. Ibu perlu memahami bahawa apa jua makanan, herba atau ubat-ubatan dengan tujuan meningkatkan penghasilan susu bukanlah “makanan ajaib” yang memberi kesan serta-merta. Penghasilan susu lebih ditentukan oleh kekerapan susu yang dikeluarkan dari payudara, bukan bergantung kepada makanan penggalak susu. Rujuk konsep permintaan dan pengeluaran di dalam bahagian 4.4.3. Antara makanan dan minuman yang dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu adalah: i. Soya dan produk soya (tempe, tauhu) ii. Rempah ratus (halba atau fenugreek, jintan) iii. Makanan berserat seperti oat iv. Semua jenis kurma v. Air rebusan barli vi. Longan kering 13.6. Nota Penting • Ibu menyusu perlu mengambil makanan seimbang secukupnya supaya sihat. • Ambil pelbagai makanan mengikut saiz sajian yang disarankan. • Gunakan contoh menu sebagai panduan untuk menyediakan sajian harian. • Penghasilan susu lebih ditentukan oleh kekerapan susu yang dikeluarkan dari payudara, bukan bergantung kepada makanan penggalak susu. 13.7. Rujukan • Kementerian Kesihatan Malaysia. Malaysian Dietary Guideline, 2020. • Kementerian Kesihatan Malaysia. Recommended Nutrient Intake for Malaysian, 2017. • Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Peranan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu - Modul Pengajar Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu dari Ibu ke Ibu, 2012. vii. Jantung pisang viii. Lobak putih ix. Ulam-ulaman (daun tenggek burung, daun selom, ulam raja, pucuk betik, pucuk cekur manis, daun pegaga) x. Durian xi. Ikan yu xii. Malunggai atau kelo (buah atau daunnya)


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 92


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 93 Persediaan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Yang Bekerja Tajuk 14


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 86 14.1. Pengenalan Ibu yang akan kembali bekerja masih boleh meneruskan penyusuan susu ibu dengan membuat persediaan yang rapi. Bab ini menerangkan bagaimana membantu ibu untuk mengendalikan susu perahan, merancang penjagaan bayi semasa ibu bekerja dan mengatur aktiviti pemerahan susu di tempat kerja. 14.2. Pengendalian Susu Perahan Pengendalian susu perahan termasuk penyediaan peralatan, pemerahan, penyimpanan dan pemberian susu perahan. 14.2.1. Penyediaan peralatan. Pastikan ibu menyediakan peralatan dan kemudahan untuk menyimpan susu perahan seperti: i. Bekas yang disteril yang diperbuat daripada gelas atau plastik bebas BPA (BPA Free). ii. Bekas tahan sejuk diperlukan untuk menyimpan susu di tempat kerja dan membawa susu perahan dari tempat kerja balik ke rumah. iii. Peti sejuk. 14.2.2. Pemerahan. i. Pastikan ibu mahir memerah susu ibu secara berkesan. Kaedah memerah susu dengan menggunakan tangan perlu dipelajari oleh semua ibu sama ada yang bekerja atau tidak. Alat pemerah susu merupakan alternatif jika ibu menghadapi masalah memerah susu dengan menggunakan tangan. Rujuk bahagian 7.2 untuk kaedah memerah susu ibu dengan tangan. ii. Jika ibu memilih untuk memerah susu dengan menggunakan alat pemerah susu, nasihatkan ibu untuk mengambil kira perkara berikut. a. Harga peralatan mengikut kemampuan. b. Alat ganti mudah diperolehi. c. Ianya selamat, selesa dan mudah digunakan. d. Bunyinya tidak mengganggu persekitaran. e. Mudah difahami tatacara penggunaannya 14. Persediaan Penyusuan Susu Ibu Bagi ibu Yang Bekerja


14.2.3 Penyimpanan Berikut adalah cadangan penyimpanan susu perahan. i. Simpan susu perahan dalam jumlah yang biasa bayi minum untuk satu kali penyusuan. ii. Pastikan susu yang baru diperah tidak ditambah ke dalam susu yang telah dibekukan. iii. Labelkan tarikh, masa dan nama bayi di setiap bekas yang mengandungi susu perahan (Rajah 14.1). Rajah 14.1: Contoh label susu perahan iv. Simpan susu di bahagian paling sejuk di dalam peti sejuk atau sejukbeku (bukan di bahagian pintu). v. Pastikan ibu memahami tempoh masa penyimpanan susu perahan mengikut keadaan bayi dan tempat penyimpanan (Jadual 14.1). 87Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 88 Jadual 14.1: Jadual tempoh penyimpanan susu perahan Tempat Tempoh simpanan susu perahan Bayi normal Bayi pramatang/ sakit* Suhu bilik 25 o C hingga 37 o C 4 jam Sehingga 4 jam Bilik berhawa dingin 15 o C hingga 25 o C 8 jam Peti sejuk : bahagian dingin 2 o C hingga 4 o C < 8 hari - Sekiranya suhu peti sejuk tidak dapat dikekalkan, adalah disarankan supaya susu diguna dalam masa 3-5 hari ATAU - simpan susu dalam bahagian sejuk beku jika tidak digunakan dalam tempoh 5 hari 2 hari (48 jam) Peti sejuk 1 pintu (Simpan di bahagian sejuk beku) 2 minggu 2 minggu Peti sejuk 2 pintu (Simpan di bahagian sejuk beku) 3 bulan 3 bulan Peti sejuk beku (Deep freezer) 6 bulan 3 bulan Susu ibu beku yang dicairkan tidak boleh dibekukan semula setelah dicairkan 24 jam 12 jam * Nasihatkan ibu untuk merujuk kepada pengamal perubatan berkenaan pengendalian susu perahan untuk bayi pramatang/ sakit. Sumber: Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Professionals (Adopted from Baby Friendly Hospital Initiative: Revised, updated and expended for intergrated Core (Section 3) WHO/UNICEF 2009


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 89 14.2.4. Penyediaan susu perahan Cara menyediakan susu perahan bergantung kepada bagaimana ia disimpan. i. Susu perahan yang disejuk beku Berikut adalah dua (2) cara menyahbekukan susu beku. a. Memindahkan susu beku dari bahagian sejuk beku kepada bahagian sejuk dingin semalaman. b. Meletakkan bekas susu beku di bawah aliran air paip sehingga susu mencair sepenuhnya. Susu yang telah dinyahbeku perlu digunakan dalam tempoh 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula. ii. Susu perahan yang disejuk dingin. Berikut adalah tatacara untuk menggunakan susu yang disejuk dingin atau dinyahbekukan: a. Letakkan bekas susu ke dalam mangkuk yang mengandungi air suam untuk mencapai suhu badan. Jangan panaskan susu di atas dapur atau menggunakan ketuhar gelombang mikro. b. Uji suhu susu dengan menitiskan beberapa titis pada pergelangan tangan. Ia sepatutnya rasa suam (Rajah 14.2). Rajah 14.2: Cara menguji suhu susu c. Susu yang telah disuamkan perlu digunakan dalam masa satu jam. Nota: ● Susu perahan yang belum dibekukan mengandungi sel-sel hidup yang bernilai untuk bayi. Oleh itu, utamakan susu ini berbanding susu yang telah dibekukan. ● Susu perahan yang disimpan akan membentuk lapisan lemak di bahagian atas. Apabila ini terjadi, goyang bekas susu perlahan-lahan dan elakkan menggoncang bekas untuk mencampurkan semula lemak dengan bahagian susu yang lain (Rajah 14.3).


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 90 Rajah 14.3: Cara betul mencampurkan lapisan susu yang terpisah 14.2.5. Memberi susu perahan kepada bayi i. Bayi memerlukan sedikit masa menyesuaikan diri untuk minum menggunakan cawan. ii. Pastikan ibu melatih bayi minum susu perahan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum ibu kembali bekerja. Rujuk bahagian 7.3. iii. Ibu boleh menambah kekerapan pemberian susu perahan secara berperingkat (Jadual 14.2). Jadual 14.2: Latihan memperkenalkan susu perahan kepada bayi Tempoh Kekerapan memberi susu perahan Hari 1 - 3 Sekali sehari Hari 4 - 6 Dua kali sehari Hari 7 - 10 Tiga kali sehari Hari 11 - 14 Empat kali sehari iv. Beri susu perahan hanya semasa ibu tiada bersama bayi. Galakkan ibu meneruskan penyusuan apabila bayi bersama ibu. Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0


91 14.3. Penjagaan Bayi Semasa Ibu Bekerja Berikut adalah perkara yang ibu dan keluarga perlu pertimbangkan untuk memilih pengasuh dan tempat penjagaan bayi: i. Mengambil pengasuh yang berpengalaman mengendalikan susu perahan. Jika pengasuh tiada pengalaman, beri latihan pengendalian susu perahan. ii. Memilih pusat jagaan bayi yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. iii. Memberi keutamaan tempat yang berdekatan agar ibu boleh menyusukan bayi pada masa rehat. 14.4. Pemerahan Susu Di Tempat Kerja Ibu boleh mendapatkan sokongan daripada majikan mengenai amalan penyusuan susu ibu. Ibu boleh merujuk kepada panduan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 2/2011 Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 14.4.1. Terangkan kepada majikan manfaat yang diperolehi apabila ibu meneruskan penyusuan susu ibu selepas kembali bekerja seperti: i. Ibu kurang mengambil cuti kerana bayi yang menyusu jarang sakit. ii. Ibu boleh menumpukan perhatian kepada tugas kerana bayi yang menyusu jarang sakit. iii. Majikan boleh mengekalkan pekerja yang berkemahiran. iv. Pekerja wanita akan lebih berminat untuk bekerja dengan majikan yang menyokong amalan penyusuan susu ibu di tempat kerja. 14.4.2. Cadangan memerah susu di tempat kerja: i. Gunakan tempat yang bersih, selamat, selesa dan ada privasi. ii. Perah susu bersama rakan sekerja jika ada untuk sokongan sosial. iii. Galakkan ibu untuk memerah susu ibu sekurang-kurangnya setiap tiga (3) jam untuk mengekalkan penghasilan susu. iv. Untuk melancarkan aliran susu, rujuk bahagian 7.2.2. 14.5. Nota Penting • Pengendalian susu perahan termasuk penyediaan peralatan, pemerahan, penyimpanan dan pemberian susu perahan. • Penting untuk memilih pengasuh dan tempat penjagaan bayi yang menyokong penyusuan susu ibu. • Sokongan majikan dapat membantu ibu meneruskan penyusuan selepas ibu kembali bekerja. 14.6. Rujukan • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. • Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan UNICEF. Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 2/2011, Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif Bagi Wanita: Program Penyusuan Susu Ibu Di Tempat Kerja, 2011. Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 102


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 103 Apakah Peranan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Semasa Bencana? Tajuk 15


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 94 15.1. Pengenalan Penyusuan susu ibu semasa bencana merupakan tindakan wajar untuk menyelamatkan nyawa bayi. Hal ini kerana, bayi dan kanak-kanak lebih terdedah kepada wabak berkaitan makanan, air atau persekitaran tercemar. Sokongan dan galakan kepada ibu untuk menyusu adalah penting bagi mengurangkan risiko cirit-birit dan jangkitan lain kepada bayi. Bab ini menerangkan cabaran dan kepentingan penyusuan ibu semasa bencana, peranan pembimbing semasa bencana dan kaedah penyusuan semasa bencana. 15.2. Cabaran Dan Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Semasa Bencana 15.2.1. Semasa bencana, ibu dan bayi terdedah kepada ancaman penyakit disebabkan oleh: i. Persekitaran yang tercemar. ii. Sumber makanan dan minuman bersih terhad. iii. Sumber air bersih untuk membersihkan diri dan peralatan terhad. iv. Akses kepada bantuan luar yang terhad. 15.2.2. Untuk mengurangkan ancaman penyakit, penyusuan susu ibu penting kerana: i. Sentiasa tersedia dan boleh diberikan kepada bayi pada bila-bila masa. ii. Kandungan nutrien lengkap dalam susu ibu memenuhi keperluan tumbesaran bayi. iii. Susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada penyakit seperti cirit birit dan jangkitan pernafasan. iv. Semasa ibu menyusui bayinya, dakapan ibu dapat menstabilkan suhu badan bayi. v. Penghasilan hormon oksitosin semasa menyusu membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan ibu. 15. Apakah Peranan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Semasa Bencana? Nota: ● Selain daripada ancaman penyakit, ibu dan bayi juga berada dalam keadaan trauma, terkejut dan berkemungkinan menghadapi ketidakstabilan emosi. ● Pembimbing boleh menggunakan pendekatan Bantuan Kecemasan Psikologi (Psychological First Aid - PFA) untuk membantu menstabilkan emosi ibu.


95 15.3. Peranan Pembimbing Semasa Bencana Terdapat empat (4) peranan penting pembimbing semasa bencana iaitu: i. Membantu menstabilkan emosi ibu. ii. Memberi bantuan praktikal. iii. Memberi penjelasan tentang salah tanggap penyusuan semasa bencana. iv. Peka terhadap edaran susu gantian semasa bencana. 15.3.1. Membantu menstabilkan emosi ibui. Pembimbing boleh menggunakan langkah 3L di dalam PFA iaitu lihat, dengar dan hubungkan (look, listen, link). Lihat keadaan mereka, dengar masalah atau luahan mereka dan hubungkan mereka dengan individu, kumpulan atau organisasi yang boleh memberi bantuan lanjut. 15.3.2. Cadangan memerah susu di tempat kerja: Pembimbing boleh memainkan peranan sebagai sukarelawan dan memberikan bantuan praktikal seperti: i. Yakin ibu untuk terus menyusu ii. Sediakan tempat menyusu yang sesuai iii. Galakkan ibu menyusu kerap iv. Galakkan ibu mendakap bayi v. Yakinkan ibu untuk terus menyusukan bayinya walaupun bayi mengalami cirit-birit dan dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan vi. Galakkan ibu makan minum secukupnya vii. Galakkan ibu menyusu bayi berumur enam (6) secara eksklusif viii. Bantu ibu mengamalkan teknik relaksasi (urutan/ berzikir/ teknik pernafasan) Rajah 15.1: Infografik peranan pembimbing sebagai sukarelawan semasa bencana Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 96 15.3.3. Penjelasan tentang salah tanggap penyusuan Salah tanggap masyarakat tentang penyusuan semasa bencana boleh mengganggu amalan penyusuan ibu. Pembimbing berperanan untuk menjelaskan salah tanggap ini sebagaimana diterangkan di dalam jadual 15.1. Jadual 15.1: Salah tanggap penyusuan semasa bencana dan cadangan tindakan Bil. Salah tanggap Cadangan tindakan 1. Ibu yang tidak mendapat bekalan makanan yang mencukupi atau seimbang tidak boleh menyusu kerana susunya kurang berzat dan tidak mencukupi. ● Ibu boleh menyusu walaupun dalam keadaan sedemikian. ● Yakinkan ibu bahawa ibu akan menghasilkan susu yang mencukupi apabila ibu menyusu dengan lebih kerap mengikut kemahuan bayi. ● Payudara ibu mungkin kelihatan lembut tetapi susu masih boleh dihasilkan dan berkhasiat. 2. Tekanan atau trauma yang dihadapi oleh ibu menghalang ibu daripada menghasilkan susu. ● Tekanan atau trauma tidak menghalang penghasilan susu tetapi mungkin akan mengganggu pengaliran susu untuk sementara. ● Bantu ibu untuk mendapatkan tempat yang selamat, terlindung dan selesa untuk menyusukan bayi. 3. Ibu perlu memberhentikan penyusuan sekiranya bayi mengalami cirit birit. ● Yakinkan ibu agar tidak berhenti menyusui bayinya sekiranya bayi mengalami cirit-birit. Susu ibu membantu bayi pulih daripada cirit-birit. 4. Sekiranya ibu tidak lagi menyusu, penyusuan tidak boleh dimulakan semula ● Jika ibu sudah berhenti menyusu, ibu boleh memulakan semula penyusuan. ● Galakkan ibu untuk melakukan sentuhan kulit ke kulit dan cuba pujuk bayi untuk menyusu ● Proses ini dikenali sebagai relaktasi.. ● Untuk memahami dengan lebih lanjut proses relaktasi, pembimbing boleh merujuk kepada kaunselor laktasi.


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 97 15.3.4. Peka terhadap edaran susu gantian semasa bencana Semasa bencana semua penerimaan dan pengagihan sumbangan susu gantian perlu melalui jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Nota: ● Jika pembimbing mendapati terdapat inidividu, kumpulan atau organisasi yang mengagihkan susu gantian secara berleluasa sila laporkan hal tersebut kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut. ● Adalah tidak beretika untuk pembimbing bekerjasama dan menerima insentif dalam pengagihkan susu gantian. Selain itu, pembimbing tidak dibenarkan memberi maklumat ibu kepada pengilang dan pengedar produk susu gantian. 15.4. Kaedah penyusuan semasa bencana Terdapat garis panduan pemilihan pemakanan bayi semasa bencana iaitu: i. Carta alir pemakanan bayi semasa bencana. ii. Kaedah penyediaan dan pemberian susu gantian. 15.4.1. Carta alir pemakanan bayi semasa bencana. Carta ini menerangkan pemilihan pemakanan bayi yang sesuai dengan keadaan ibu dan bayi semasa bencana. Pemberian susu gantian adalah pilihan terakhir apabila semua sokongan penyusuan susu ibu tidak berjaya (Rajah 15.2). Ibu bersama anak Ibu tidak bersama anak Ibu tidak boleh menyusukan anak Ibu menyusukan anak sebelum bencana Ibu tidak menyusukan anak sebelum bencana Sokong penyusuan susu ibu Sokong relaktasi Penyusuan susu ibu baik Penyusuan susu ibu terganggu/ menurun Ibu boleh menyusukan anak Susu ibu dermaan ada/ bersesuaian/ diterima Susu ibu dermaan tiada/ tidak bersesuaian/ tidak diterima Sokongan untuk memastikan pemberian susu gantian secara selamat Rajah 15.2 : Carta alir penyusuan bayi semasa bencana Adaptasi daripada: American Academy of Pediatrics, 2015


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 98 Rajah 15.3: Cara membersihkan botol susu 15.4.2. Kaedah penyediaan dan pemberian susu gantian Terangkan dan tunjukkan cara penyediaan dan pemberian susu gantian yang selamat kepada ibu. Sebaiknya, sediakan sudut atau ruang yang khas untuk penyediaan bancuhan susu gantian. Sila pastikan bahawa ruang ini bersih dan bebas dari lalat atau haiwan perosak lain. Ibu tidak sepatutnya menyediakan bancuhan susu di atas lantai atau di tempat tidur. Berikut adalah saranan yang perlu diikuti untuk: i. Penyediaan susu gantian a. Cawan atau sudu digunakan untuk memberi bancuhan susu gantian kepada bayi (digalakkan). b. Jika menggunakan botol susu, gunakan kaedah membersihkan (Rajah 15.3) dan menyahkuman botol susu (Rajah 15.4). c. Susu gantian disediakan mengikut tatacara yang betul (Rajah 15.5). Langkah 1 Basuh tangan dengan sabun dan air. Kemudian keringkan tangan dengan menggunakan kain lap yang bersih. Langkah 2 Basuh semua peralatan yang digunakan dalam penyediaan susu menggunakan sabun dan air bersih. Bersihkan bahagian dalam dan luar botol serta puting yang susah dibersihkan menggunakan berus yang lembut dan bersesuaian. Langkah 3 Bilas dengan sempurna semua peralatan menggunakan air yang bersih dan selamat.


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 99 Langkah 1 Isi periuk besar dengan air. Gunakan periuk yang khas untuk merebus botol susu. Langkah 2 Letakkan botol susu dan peralatannya yang telah dibersihkan ke dalam air. Pastikan bahawa botol susu dan peralatannya benar-benar tenggelam agar tiada gelembung udara yang terperangkap. Langkah 3 Tutup periuk dengan penutup. Panaskan air sehingga mendidih. Pastikan air tidak mendidih sehingga kering. Langkah 4 Padamkan api dan biarkan periuk sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran. Rajah 15.4: Cara menyahkuman botol susu PERINGATAN: Segala peralatan penyusuan yang telah dibersihkan dan dinyahkuman perlu disimpan dengan baik bagi mengelakkan pencemaran. Penjagaan keselamatan dan pengendalian peralatan penyusuan yang betul juga perlu diajar kepada ibu. Rujuk Lampiran D.


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 100


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 101 Rajah 15.4: Cara menyahkuman botol susu Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan ‘titik panas’ (hot spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan kelecuran berlaku pada mulut bayi. Amaran:


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 102 ii. Pemberian susu gantian. a. Menggunakan cawan. Rujuk bahagian 7.3.1. ● Pemberian susu menggunakan cawan adalah bagi bayi yang boleh menelan. ● Bayi yang lahir pada 30 hingga 32 minggu usia kandungan boleh mula diberi susu menggunakan cawan. ● Kebaikan pemberian susu menggunakan cawan: · Memberi keselesaan kepada bayi kerana tiada sebarang tiub/alat. · Memberi peluang kepada bayi menggunakan lidah untuk merasa susu. · Merangsang sistem penghadaman bayi. · Menggalakkan koordinasi bernafas, menghisap dan menelan. · Bayi dapat dipegang rapat dan memudahkan pandangan mata. · Bayi dapat mengawal amaun dan kadar penyusuan. · Cawan lebih mudah dibersihkan berbanding botol dan puting. b. Menggunakan botol susu. Rujuk bahagian 7.3.2 ● Posisi bayi yang betul adalah penting sewaktu memberi minuman atau susu dengan menggunakan botol susu bagi mengelakkan risiko tercekik dan jangkitan telinga kepada bayi. Kejadian tercekik atau tersedak yang serius boleh membawa maut. ● Pemberian susu yang berlebihan boleh juga menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. ● Ketidakselesaan kepada bayi akan berlaku sekiranya posisi bayi adalah tidak betul. ● Sukatan susu yang disarankan pada label produk adalah sebagai panduan sahaja. ● Setelah mencedok susu, simpan pencedok dalam bekas yang bersih dan kering. Jangan masukkan semula pencedok ke dalam bekas simpanan susu, kerana ia mungkin akan menyebabkan kontaminasi pada susu gantian dalam bekas simpanan susu. Bekas tersebut mesti ditutup rapat. ● Jangan biarkan bayi menyusu tanpa pengawasan. Rujuk bahagian 7.3. ● Baki susu yang tidak dihabiskan oleh bayi perlu dibuang. ● Penyediaan yang tidak bersih dan bancuhan yang dicairkan boleh mengakibatkan bayi sakit. Nota:


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 103 15.5. Nota Penting ● Semasa bencana, ibu dan bayi terdedah kepada ancaman penyakit dan penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi. ● Terdapat empat (4) peranan penting pembimbing semasa bencana. ● Gunakan carta alir penyususan bayi, kaedah penyediaan dan pemberian susu gantian semasa bencana. 15.6. Rujukan ● American Academy of Pediatric.Infant feeding disasters and emergencies, 2015. ● Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan penilaian Panduan Ringkas Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi Kriteria Baru WHO/ UNICE, 2009. ● World Health Organization. Infant feeding in emergencies: Policy, Strategy and Practice, 1999. ● World Health Organization. Infant and young child feeding in emergency, 2007.


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 104 Lampiran D: Penyimpanan, penjagaan keselamatan dan pengendalian botol susu I. Penyimpanan botol susu ● Untuk mengekalkan botol susu dan peralatannya supaya berada dalam keadaan yang nyahkuman dan tidak berlaku pencemaran semula, cara yang paling baik ialah dengan mengeluarkannya dari alat penyahkuman hanya apabila diperlukan. ● Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu mengeluarkan botol susu dan peralatannya sebelum benar-benar memerlukannya, pastikan peralatan tersebut disimpan di tempat yang bersih dan tertutup. Pastikan botol susu dan peralatannya tidak dialih tempat untuk mengelakkan pencemaran berulang. ● Cuci tangan dengan sabun dan air, dan keringkan sebelum memegang peralatan yang telah dinyahkuman. Disarankan agar anda menggunakan penyepit yang telah dinyahkuman semasa mengendalikan botol dan peralatan menyusu lain yang telah dinyahkuman. II. Pemilihan botol susu yang selamat ● Kementerian Kesihatan Malaysia mengharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. ● BPA merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat. Oleh itu, pendedahan Bisphenol A (BPA) dalam botol susu perlu dielakkan. BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA. Botol susu dinyahkuman dan disimpan di dalam bekas yang tertutup Botol susu terdedah ke udara X


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 105 ● Kenal pasti Botol Susu Bayi Polikarbonat. Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi BisphenolA (BPA). Botol susu ini boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut: i. Nombor 7 ii. Nombor 7 dan PC iii. Nombor 7 dan ‘other’ III. Pengendalian botol susu bayi polikarbonat ● Pengguna yang masih menggunakan botol susu polikarbonat, perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA. ● Nyahkuman botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima (5) hingga 10 minit. ● Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. ● Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. ● Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam (6) bulan. ● Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan alatan kaca. Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan ‘BPA free atau ‘Bebas BPA’.


Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 106 Jawatankuasa Pembentukan Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Dr. Ning Desiyanti Soehartojo Perunding Laktasi Ahli Jawatankuasa Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBfPCA) Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi Perunding Laktasi Susu Ibu.com Puan Rohayah Abdul Hamid Ahli Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Titisan Emas Kuala Lumpur Puan Ros Syakimah Ahmad Husaini Ahli Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Titisan Emas Kuala Lumpur Puan Carol Lim Malaysia Breastfeeding & Natural Parenting Association (MBNPA) Puan Gina Yong Mei Keng The Breastfeeding Advocates Network (TBAN) Puan Zaiton Daud Timbalan Pengarah (Pemakanan Keluarga) Bahagian Pemakanan Puan Rashadiba Ibrahim @ Rahman Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak Bawah 5 Tahun) Bahagian Pemakanan Encik Haja Mohaideen Myden Khater Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan) Jabatan Kesihatan Negeri Perak Puan Susilia Sinnar Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Puan Wan Fazlily Wan Mahmod Penolong Pengarah Kanan (Penyusuan Susu Ibu dan Makanan Pelengkap) Bahagian Pemakanan Puan Siti Khadijah Abdullah Pegawai Sains (Pemakanan) Pusat Laktasi Kebangsaan Prof Madya Dr. Zaharah Sulaiman (Pengerusi) Pensyarah Perubatan Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia


Bahagian Pemakanan I Kementerian Kesihatan Malaysia


Click to View FlipBook Version