Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 33 Pelekapan Tanda Cadangan tindakan Pelekapan yang cetek • Mulut bayi tidak terbuka luas mungkin disebabkan oleh posisi bayi yang tidak selesa, mulut bayi kecil atau puting ibu terlalu besar. • Bibir bawah terlengkup ke dalam. • Dagu bayi tidak menyentuh payudara. • Lebih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi (atau sama bahagian atas dan bawah). • Ibu perlu mengenal pasti tanda pelekapan yang cetek. • Galakkan ibu untuk membantu bayi mendapatkan pelekapan yang dalam. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. 6.4.3. Penghisapan Penghisapan yang berkesan akan memastikan bayi mendapat cukup susu. Jadual 6.3 menerangkan perbezaan penghisapan yang berkesan dan yang tidak.Untuk memulakan pelekapan: Jadual 6.3: Perbezaan penghisapan yang berkesan dan yang tidak berkesan. Pelekapan Tanda Cadangan tindakan Penghisapan yang berkesan Penghisapan yang tidak berkesan • Pipi bayi kelihatan cembung. • Terdengar bunyi hisapan yang perlahan dan dalam (slow, deep suck) serta bunyi menelan. • Bayi akan melepaskan sendiri payudara dan kelihatan puas. • Penghisapannya laju. • Pipi bayi kelihatan cekung ke dalam. • Kedengaran bunyi berdecap atau “klik”. • Bayi kelihatan tidak puas. • Galakkan ibu untuk teruskan penyusuan mengikut kehendak bayi. • Ibu perlu mengenal pasti tanda penghisapan yang tidak berkesan. • Galakkan ibu untuk memperbaiki pelekapan untuk mendapatkan penghisapan yang berkesan.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 34 6.4. Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu i. Kebanyakan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan sehingga tertidur. ii. Berat badan bayi bertambah mengikut lengkuk tumbesaran bayi yang normal. iii. Bayi buang air kecil setiap hari dan warna air kencing jernih. iv. Pada minggu pertama selepas kelahiran, bayi yang mendapat cukup susu, najisnya berubah dari warna hijau gelap ke kuning dengan tekstur najis lembut. Kekerapan bayi membuang air besar umumnya sebanyak tiga (3) ke lapan (8) kali setiap hari. Selepas bayi berumur sebulan, kekerapan membuang air besar boleh berkurangan sehingga sekali seminggu. 6.6. Nota Penting • Bayi menyusu lapan (8) hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam mengikut kehendak bayi. • Mulakan penyusuan apabila bayi menunjukkan tanda awal ingin menyusu. • Teknik penyusuan yang berkesan merangkumi posisi yang selesa, pelekapan yang dalam dan penghisapan bayi yang berkesan. • Kenal pasti tanda bayi mendapat cukup susu dengan memerhatikan kekerapan dan warna air kencing dan najis serta pertambahan berat badan bayi. 6.7. Rujukan • Dr Faridah Idris. Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, 2012. • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009.
53Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Tajuk 7 Bagaimana Memerah Dan Memberi Susu Perahan?
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 36 7.1. Pengenalan Ibu digalakkan untuk menyusui bayi terus di payudara. Walau bagaimanapun, adakalanya ibu terpaksa berpisah dengan bayi kerana sebab tertentu, contohnya bayi atau ibu perlu dimasukkan ke wad atau ibu kembali bekerja. Apabila ini berlaku, ibu perlu memerah susu untuk memastikan penghasilan susu cukup dan berterusan serta payudara tidak bengkak. Bab ini menerangkan kaedah memerah susu ibu dengan tangan dan pemberian susu perahan. 7.2. Kaedah Memerah Susu Ibu Menggunakan Tangan Memerah susu menggunakan tangan adalah kemahiran asas yang perlu diketahui oleh semua ibu. 7.2.1. Kelebihan memerah menggunakan tangan: i. Berlaku rangsangan dari kulit ke kulit (antara tangan dan payudara). ii. Lebih lembut dan sensitif berbanding menggunakan alat pemerah susu. iii. Susu dapat dikeluarkan dengan lebih berkesan dan mengurangkan risiko masalah bengkak payudara. iv. Menjimatkan kerana tidak perlu membeli alat pemerah susu. v. Tidak ada kebimbangan berkenaan bahagian alat pemerah susu yang hilang atau tidak berfungsi. vi. Kurang risiko untuk pencemaran silang (cross-infection). 7.2.2. Sebelum memerah susu, penghasilan dan kelancaran aliran susu boleh dirangsang dengan: i. Duduk dalam keadaan selesa dan tenang. ii. Fikirkan tentang bayi, pandang wajah bayi atau gambar bayi. iii. Urut belakang ibu (Rajah 7.1). iv. Tuam payudara dengan tuala suam. v. Gentel puting payudara menggunakan jari dan ibu jari. vi. Urut payudara (Rajah 7.2) 7. Bagaimana Memerah Dan Memberi Susu Perahan? Rajah 7.1: Urutan belakang ibu Urut belakang ibu (refleks oksitosin)
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 37 Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Gunakan jari telunjuk dan jari tengah untuk mengurut payudara secara putaran membulat. Gerakkan jari- jemari bermula dari bahagian atas payudara ke sekeliling payudara sehingga sampai ke puting susu. Ulang beberapa kali pada kedua-dua belah payudara secara serentak. Gunakan tiga (3) jari, iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis untuk mengurut payudara secara gerakan membulat. Gerakan jari-jemari bermula dari bahagian atas payudara (atau bahagian yang jauh dari puting susu) menuju ke bahagian puting. Lakukan urutan yang sama sehingga meliputi keseluruhan bahagian payudara. Ulang teknik dua (2), tetapi dengan menggunakan empat jari (termasuk jari kelingking). Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6 Gunakan bahagian sisi telapak tangan dan gerakkannya kearah puting susu. Lakukan pada semua bahagian payudara termasuk bahagian bawah. Tolak tangan secara perlahan-lahan ke arah puting susu. Gunakan hujung jari untuk mengurut payudara, bermula dari bahagian atas atau luar payudara, menuju ke arah puting susu. Akhir sekali, ibu perlu mengurut menggunakan teknik genggaman tangan. Genggam kedua-dua belah tangan dan urut payudara dari bahagian atas atau luar payudara menuju ke arah puting susu. Lakukan beberapa kali. Ambil masa 5 – 10 minit untuk melakukan kesemua teknik urutan ini. Rajah 7.2: Urutan payudara Sumber: Utami,R.(2007) Panduan Praktis Menyusui, Puspa Swara Jakarta
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 38 7.2.3. Tatacara memerah susu i. Cuci tangan dan bekas penyimpanan susu terlebih dahulu. ii. Letakkan ibu jari dan jari telunjuk secara bertentangan pada bahagian tepi areola. Jari yang lain mengampu payudara. iii. Tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak ke arah dada untuk menekan saluran susu, diikuti dengan pergerakan tekan dan lepas tanpa mengalihkan kedudukan jari. iv. Ulang pergerakan langkah 7.2.3 (ii) dan 7.2.3 (iii) beberapa kali mengikut pusingan di semua bahagian payudara (Rajah 7.3). 7.3. Kaedah Pemberian Susu Perahan Susu perahan boleh diberikan dengan kaedah berikut: 7.3.1. Menggunakan cawan atau sudu yang tidak tajam dan mudah dibersihkan i. Dudukkan bayi dalam keadaan menegak atau condong ke belakang sedikit di atas riba ibu. ii. Ampu belakang bayi, kepala, leher dan punggung. iii. Sentuhkan bibir cawan atau sudu di bibir bawah bayi sehingga susu mencecah bibir bayi. iv. Pegang cawan atau sudu dan biarkan bayi menjilat atau mengecap sendiri. v. Biarkan bayi mengambil susu sedikit demi sedikit. Jangan tuangkan terus ke dalam mulut bayi. vi. Bayi akan berhenti sendiri apabila kenyang. Rajah 7.3: Kedudukan jari ketika memerah susu Rajah 7.4: Kaedah memberi susu menggunakan cawan
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 39 7.3.2. Pemberian susu secara berdikit dengan menggunakan botol paced bottle feeding. PERINGATAN: Penerangan pemberian susu melalui botol BUKAN bertujuan menggalakkan penggunaan botol dan puting. Sebaliknya penerangan ini sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan kejadian tersedak susu dan pemberian susu berlebihan. Berikut adalah kaedah penggunaan botol: i. Dudukkan bayi dalam keadaan menegak atau condong sedikit di atas riba ibu (Rajah 7.5). Rajah 7.5: Posisi bayi ketika minum susu menggunakan botol ii. Ampu belakang bayi, kepala, leher dan punggung. iii. Sentuh puting tiruan pada bibir atas bayi dan tunggu sehingga bayi membuka mulut. iv. Masukkan puting tiruan ke dalam mulut menyentuh lelangit bayi. v. Pegang botol dalam posisi mendatar dengan memastikan susu memenuhi ruang puting tiruan. vi. Untuk menyesuaikan dengan rentak penyusuan ibu, hentikan seketika aliran susu dengan merendahkan sedikit posisi botol sambil puting tiruan masih di dalam mulut bayi. vii. Ulang langkah 7.3.2 (v) dan 7.3.2 (vi) ini sehingga bayi menolak untuk menyusu lagi. viii.Elakkan memaksa bayi menghabiskan • Cara lain pemberian susu perahan adalah menggunakan picagari dan tiub nasogastrik tetapi kaedah ini perlu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan. Nota:
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 40 7.4. Nota Penting • Memerah susu menggunakan tangan adalah kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh semua ibu. • Ibu yang tidak dapat menyusui bayinya masih boleh memberi susu perahan. • Susu perahan boleh diberikan secara berdikit kepada bayi dengan menggunakan cawan, sudu atau botol. 7.5. Rujukan • Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan penilaian Panduan Ringkas Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi Kriteria Baru WHO/ UNICEF, 2009. • United Nation High Commisioner for Refugees.Infant Feeding In Emergencies, Module 2 and Version 1.0 for Health and Nutrition Workers In Emergency Situation, August 2004.
59Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Tajuk 8 Bagaimana Mengenalpasti dan Mengatasi Cabaran Penyusuan?
Jadual 8.1: Cabaran penyusuan susu ibu dan tindakan mengatasinya Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Payudara bengkak Penyebab: • Lambat memulakan penyusuan. • Teknik penyusuan tidak berkesan. • Susu tidak dikeluarkan secara efektif. • Bayi kurang menyusu. • Bayi menyusu mengikut jadual. • Bayi diberi susu gantian. Tanda dan gejala: • Ibu rasa seram sejuk. • Susu tidak mengalir. • Payudara rasa panas, sakit dan berdenyut. • Payudara bengkak, berkilat, tegang dan keras. • Lakukan urutan perlahan. Rujuk bahagian 7.2. • Tuam payudara dengan tuala suam untuk melancarkan aliran susu. • Perah susu sedikit untuk mengurangkan ketegangan sebelum menyusukan bayi. • Pastikan teknik penyusuan berkesan untuk mengelakkan payudara bengkak semula. • Susukan bayi dengan kerap mengikut kehendak bayi untuk mencegah bengkak susu. • Tuam payudara dengan tuala sejuk untuk mengurangkan kesakitan. 42 8.1. Pengenalan Terdapat beberapa keadaan pada puting dan payudara ibu yang mungkin boleh mengganggu penyusuan susu ibu. Persepsi ibu terhadap sesuatu keadaan atau situasi juga boleh mempengaruhi keyakinan ibu untuk menyusu. Ibu masih boleh berjaya menyusukan bayinya sekiranya keadaan tersebut dapat dikesan dan diatasi dengan baik. Bab ini menerangkan cabaran yang biasa dialami ibu, cara mengatasinya dan kaedah menangani persepsi ibu. 8.2. Cabaran, Tanda Gejala Dan Cadangan Tindakan Jadual 8.1 menerangkan beberapa cabaran penyusuan susu ibu dan cadangan tindakan yang boleh diambil untuk mengatasinya. 8. Bagaimana Mengenal Pasti Dan Mengatasi Cabaran Penyusuan? Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
43 Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Saluran susu tersumbat Penyebab: • Keadaan bengkak susu yang tidak dirawat. • Tekanan pada bahagian payudara (tekanan jari, posisi penyusuan atau pakaian yang tidak sesuai). • Susu tidak dikeluarkan dengan sebaiknya dari sebahagian payudara. • Kecederaan pada tisu payudara. • Bukaan liang pada puting yang tersumbat kerana susu kering, kulit nipis atau kuping luka menutup liang pada puting. Tanda dan gejala: • Ketulan pada payudara, • Rasa sakit pada ketulan tersebut. • Ibu selalunya rasa sihat dan tidak demam. • Tuam payudara dengan tuala suam. • Urut perlahan di kawasan yang tersumbat ke arah puting sebelum dan semasa bayi menyusu. • Posisikan bayi agar dagunya mencecah bahagian yang tersumbat. • Pastikan pakaian ibu terutama coli tidak ketat. • Jika ada liang pada puting tersumbat (bleb/ blister), tuam kawasan itu dengan tuala suam atau minyak sayuran seperti minyak kelapa, minyak sawit, minyak zaitun atau minyak jagung beberapa kali. Ini akan melembutkan kawasan tersebut dan liang terbuka semula. sambungan Jadual 8.1 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 44 Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Radang/ jangkitan payudara (mastitis) Penyebab: • Keadaan bengkak susu atau saluran tersumbat yang tidak dirawat. • Jangkitan kuman dari puting luka dan merekah yang tidak dirawat. • Kecederaan tisu payudara. • Pernah menghidap radang payudara sebelum ini. Tanda dan gejala: • Payudara berasa sakit dan panas. • Kulit payudara merah pada bahagian bengkak sahaja. • Ibu mengalami demam, menggigil dan kesakitan. • Nasihatkan ibu untuk berjumpa pengamal perubatan dengan segera. • Tuam payudara dengan tuala sejuk untuk mengurangkan sakit. • Lakukan urutan ringan sebelum atau semasa menyusu. • Teruskan menyusu dengan teknik penyusuan berkesan. • Rehat dan minum air secukupnya. • Jika bayi tidak mahu menyusu terus di payudara, perah susu untuk diberikan kepada bayi. sambungan Jadual 8.1
45 Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Puting susu luka dan/ atau merekah Penyebab: • Pelekapan yang cetek. • Tongue-tie. • Bayi menarik atau menggigit puting. • Penggunaan alat pemerah susu yang tidak sesuai. • Jangkitan seriawan (candida). Tanda dan gejala: • Ibu merasa tidak selesa dan sakit ketika menyusu. • Puting ibu merasa pedih. • Ibu masih merasa sakit yang berterusan walaupun pelekapan telah dibetulkan. • Tuam payudara dengan tuala sejuk untuk mengurangkan sakit. • Mulakan menyusu di bahagian yang tidak sakit dahulu. • Pastikan pelekapan dalam semasa menyusu. • Teruskan menyusu dengan teknik penyusuan berkesan. • Selepas menyusu, alihkan bayi secara perlahan daripada payudara dengan memasukkan jari kelingking ibu dicelah tepi mulut bayi. • Perahkan sedikit susu dan sapukan di sekitar kawasan yang luka selepas menyusu. • Rujuk kepada pengamal perubatan atau kaunselor laktasi sekiranya luka atau sakit tidak pulih. sambungan Jadual 8.1 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 46 Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Puting leper / tenggelam Penyebab semulajadi: • Puting leper/tenggelam sejak lahir. • Perubahan puting semasa hamil. Nota: a. Semasa hamil, bentuk puting boleh berubah dan menjadi lebih meregang (protractile). Oleh itu, tidak perlu untuk merawat puting yang kelihatan leper atau tenggelam semasa hamil. b. Mulai trimester ketiga sehingga selepas bersalin, puting menjadi lebih mudah meregang. Oleh itu, apabila terdapat rangsangan (bayi menghisap/urutan pada puting), puting akan lebih menonjol. Penyebab lain: • Kecederaan atau trauma pada kawasan puting. Tanda dan gejala: • Puting tidak menonjol keluar. • Bayi mungkin sukar melekap • Beri sokongan dan bina keyakinan ibu bahawa bayi melekap pada areola bukan pada puting dan mulakan penyusuan sejurus selepas bersalin. • Untuk membantu menjayakan penyusuan susu ibu, pastikan pelekapan yang dalam. Jika masih sukar melekap dengan dalam, tonjolkan puting dengan menggunakan picagari yang telah diubahsuai (Lampiran B). • Elakkan penggunaan puting tiruan atau puting kosong. sambungan Jadual 8.1
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 47 Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Tidak cukup susu Penyebab: • Bayi tidak kerap menyusu. • Pelekapan cetek. • Penghisapan bayi yang kurang berkesan. • Bayi hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja. • Bayi diberi susu gantian. Susu tidak dikeluarkan dengan kerap akibat faktor di atas atau ibu dan bayi berjauhan. Tanda dan gejala: • Berat bayi tidak mengikut lengkuk pertumbuhan normal. • Bayi kurang buang air kecil. • Warna najis bayi tidak berwarna kuning selepas hari ke lima (5). • Bina keyakinan ibu dengan memberi maklumat berkaitan konsep permintaan dan penghasilan susu. Rujuk Bahagian 4.3.3. • Galakkan ibu menyusui bayi dengan kerap mengikut kehendak bayi. • Minta ibu menyusukan bayi pada sebelah payudara sehingga selesai dan teruskan menyusu di payudara sebelah lagi jika bayi masih mahu. • Untuk penyusuan seterusnya, mulakan penyusuan pada payudara yang sebelah lagi. • Teruskan menyusu dengan teknik penyusuan berkesan. • Ibu perlu tahu tanda bayi dapat cukup susu. Rujuk bahagian 6.5. sambungan Jadual 8.1
48 8.3. Persepsi Ibu Dan Penerangan Kepada Ibu Persepsi adalah tanggapan ibu terhadap sesuatu keadaan di mana ia boleh mempengaruhi keupayaan dan keyakinan ibu untuk menyusu. Pembimbing boleh membantu ibu: i. Mengenal pasti persepsi ibu. ii. Membina keyakinan dan memberi sokongan sejurus selepas bersalin. iii. Mengamalkan teknik penyusuan berkesan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Jadual 8.2 menerangkan beberapa salah tanggap yang lazim dalam kalangan ibu. Jadual 8.2: Persepsi ibu dan penerangan yang bersesuaian. Persepsi ibu Penerangan kepada ibu Puting kelihatan leper atau tenggelam menyebabkan bayi tidak boleh melekap • Hanya segelintir sahaja yang benar-benar mengalami masalah tersebut. • Ibu yang mengalami masalah tersebut masih boleh menyusukan bayi dengan bantuan dan sokongan. • Terangkan kepada ibu bahawa bayi melekap pada bahagian areola dan bukan hanya bahagian puting sahaja. Susu yang dihasilkan tidak cukup untuk memenuhi keperluan bayi • Tanggapan ini boleh terjadi apabila ibu merasa risau: a. Tidak mengetahui jumlah susu yang diambil oleh bayi. b. Jumlah susu yang diperah sedikit. c. Bayi kelihatan tidak puas dan menangis. • Untuk mengetahui tanda bayi mendapat cukup susu, sila rujuk bahagian 6.5. • Jika ibu menyusu sepenuhnya dan bayi menunjukkan tanda cukup susu, yakinkan ibu bahawa beliau menghasilkan susu secukupnya. Galakkan ibu untuk meneruskan penyusuan. Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 49 Persepsi ibu Penerangan kepada ibu Susu sedikit sebab payudara kecil • Saiz payudara tidak mempengaruhi penghasilan susu. Rujuk bahagian 4.3.3. Susu kurang khasiat kerana cair • Khasiat susu ibu tidak dipengaruhi oleh kepekatan dan warna susu. • Kepekatan susu ibu berubah-ubah mengikut kekerapan, tempoh sesi penyusuan dan waktu menyusu. Susu awal rosak kerana berwarna kuning • Kolostrum berwarna kuning kerana ia mengandungi beta-karotene berwarna kuning jingga yang bagus untuk perkembangan mata Bayi asyik menangis sebab tidak puas menyusu • Bayi menangis boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Rujuk bahagian 9. 8.4. Nota Penting • Keadaan pada puting dan payudara ibu mungkin boleh mengganggu penyusuan susu ibu. • Teknik penyusuan berkesan boleh mencegah dan mengatasi cabaran penyusuan ibu. • Persepsi ibu terhadap sesuatu keadaan atau situasi juga boleh mempengaruhi keyakinan ibu untuk menyusu. • Bantu ibu dengan memberi sokongan dan membina keyakinan diri untuk meneruskan penyusuan. 8.5. Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. sambungan Jadual 8.2
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. Lampiran B: Teknik picagari Teknik picagari yang telah diubahsuai untuk rawatan puting tenggelam Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 50
69Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Bagaimana Mengenal Ragam Bayi Dan Cara Mengatasinya? Tajuk 9
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 52 9.1. Pengenalan Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai tingkahlaku dan ragam yang pelbagai. Ibu yang memahami bayi mereka akan lebih mudah menguruskan keperluan bayi. Situasi ini akan membantu ibu untuk menyusukan dengan lebih lancar. Terdapat tiga (3) jenis ragam bayi yang boleh dikenali iaitu bayi kerap menangis/ merengek, bayi mudah tertidur (sleepy baby) dan bayi enggan menyusu. 9.2. Bayi kerap menangis/merengek 9.2.1. Antara sebab bayi kerap menangis/merengek adalah: 9. Bagaimana Mengenali Ragam Bayi Dan Cara Mengatasinya? i. Kelaparan ii. Keletihan iii. Tidak selesa iv. Tidak mendapat perhatian v. Kesakitan vi. Bayi yang memang kerap menangis Ahli keluarga yang kurang sabar dengan tangisan atau kurang mahir dalam mengendalikan keadaan tersebut boleh menyebabkan punca sebenar bayi menangis disalah tafsir. Oleh itu, masalah bayi menangis tidak dapat ditangani. 9.2.2. Cara menangani bayi yang kerap menangis. i. Ibu dan ahli keluarga perlu bertenang dan dapatkan bantuan jika perlu. ii. Bayi boleh ditenangkan dengan cara: a) Memeriksa lampin bayi untuk memastikan bayi selesa. b) Meletakkan bayi di payudara jika bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. c) Mengamalkan sentuhan kulit ke kulit bagi mententeramkan bayi d) Melakukan urutan lembut pada bahagian tangan, kaki dan belakang bayi. iii. Bawa bayi ke klinik sekiranya bayi disyaki tidak sihat atau sakit. Nota:
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 53 9.3. Bayi Mudah Tertidur (sleepy baby) Lazimnya bayi yang lahir cukup bulan, selepas dilahirkan akan aktif dalam masa dua (2) jam pertama. Justeru itu, penyusuan susu ibu perlu dimulakan seawal satu (1) jam pertama untuk mengelakkan berlakunya masalah penyusuan. Selepas dua (2) jam, corak tidur bayi berbeza-beza mengikut keadaan bayi. 9.3.1. Berikut adalah sebab bayi mudah tertidur: i. Jenis ubat penahan sakit yang digunakan semasa proses bersalin. ii. Bayi pramatang iii. Bayi jaundis iv. Bayi kurang berat lahir v. Bayi yang mengalami masalah kesihatan. 9.3.2. Cara menangani bayi yang mudah tertidur i. Buka kain bedung supaya kaki dan tangannya bebas bergerak. ii. Ibu perlu pastikan bayi tidak tertidur semasa menyusui dengan berinteraksi dengan bayi, mengusap dan mengurut perlahan bahagian tapak kaki serta tangannya. 9.4. Bayi Enggan Menyusu Bayi kelihatan seperti ingin menyusu tetapi apabila dimulakan penyusuan, dia menolak atau menangis. Kadangkala bayi hanya menyusu sekejap, menangis dan menolak untuk disusui lagi. Hal ini merunsingkan ibu, walaupun ianya adalah sementara. Oleh itu, ibu perlu sokongan untuk memujuk bayinya dengan penuh kesabaran. 9.4.1. Antara sebab bayi enggan menyusu: i. posisi dan kedudukan ibu dan bayi ketika menyusu tidak selesa. ii. bayi tidak dapat melekap dengan kemas pada payudara. Rujuk bahagian 6.4.2. iii. bayi merajuk kerana aliran susu kurang, tidak lancar atau terlalu laju. iv. bayi keliru puting kerana sudah diberikan susu melalui botol. v. bayi yang tidak selesa seperti tumbuh gigi, kembung perut, selsema (hidung tersumbat). vi. bayi yang tidak sihat seperti demam, sakit mulut, batuk sehingga sukar bernafas dan terdapat kesakitan di bahagian badan. vii. bayi yang sensitif dengan perubahan keadaan sekeliling seperti bunyi bising atau bau-bauan pada ibu seperti menukar minyak wangi. viii. bayi sudah kenyang tetapi ibu merasakan bayi masih lapar kerana bayi memasukkan jari ke dalam mulut atau merengek untuk mendapatkan perhatian.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 54 9.4.2. Cara menangani bayi yang enggan menyusu i. Membetulkan posisi ibu dan bayi serta pelekapan bayi. ii. Ibu perlu memastikan keadaan sekeliling yang selesa dan tidak menggunakan bau-bauan yang berbeza ketika menyusukan bayi. iii. Jika payudara terlalu bengkak, galakkan ibu memerah sedikit susu sebelum menyusukan bayi bagi memudahkan perlekapan. iv. Jika bayi tidak boleh menyusu di payudara, gunakan cawan atau sudu untuk memberi susu perahan. v. Bayi yang kesakitan dan tidak sihat perlu dirujuk kepada pengamal perubatan atau anggota kesihatan untuk rawatan yang diperlukan. vi. Elakkan memaksa bayi menyusu. Ibu perlu memahami kehendak bayinya. vii. Elakkan penggunaan botol susu kerana ini menyebabkan masalah keliru puting. viii. Elakkan pemberian susu formula kerana boleh menyebabkan bayi kekenyangan. 9.5. Nota Penting • Ibu perlu mengenal pasti sebab bayi kerap menangis dan kaedah menenangkan bayi untuk menjayakan penyusuan susu ibu. • Corak tidur bayi berbeza-beza mengikut keadaan. Namun jika bayi mudah tertidur, ia perlu diatasi untuk melancarkan penyusuan susu ibu. • Ibu memerlukan kesabaran dan sokongan untuk menangani bayi yang enggan menyusu. 9.6. Rujukan • Pusat Laktasi Kebangsaaan. Modul Pengajar Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Dari Ibu ke Ibu, 2015.
73Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Jaundis Dan Penyusuan Tajuk 10
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 56 10.1. Pengenalan Jaundis adalah keadaan kuning yang disebabkan oleh bilirubin (sejenis bahan pigmen). Mendapan bilirubin pada tisu badan menyebabkan bahagian mata, dalam mulut dan kulit kelihatan kekuningan. Terdapat beberapa jenis jaundis yang boleh terjadi kepada bayi. Bab ini menerangkan jenis jaundis dan rawatan serta pengendalian penyusuan. 10.2. Jenis Jaundis Terdapat dua (2) jenis jaundis iaitu patologikal dan fisiologikal. 10.2.1. Jaundis patologikal boleh terjadi sama ada: i. Bermula dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran, atau ii. Berpanjangan melebihi dua (2) minggu dan penyebabnya diketahui melalui ujian tertentu. 10.2.2. Jaundis fisiologikal pula boleh terjadi sama ada: i. Bermula hari kedua dan berakhir pada hari ke 14, atau ii. Berpanjangan melebihi dua (2) minggu dan bayi disahkan sihat melalui ujian tertentu. Jadual 10.1 menerangkan jenis jaundis dan tindakan yang boleh diambil. 10. Jaundis Dan Penyusuan Jadual 10.1: Jenis jaundis dan cadangan tindakan Jenis jaundis Penerangan Cadangan tindakan Jaundis patologikal Keadaan ini merupakan situasi yang memerlukan perhatian dan rawatan segera. Bayi perlu diperiksa bagi mengetahui punca jaundis tersebut. Ianya boleh disebabkan oleh faktor berikut: • Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. • Kekurangan enzim G6PD. • Jangkitan kuman pada bayi. • Bayi mengalami lebam kerana komplikasi kelahiran. • Paras hormon tiroid bayi rendah. • Yakinkan ibu untuk membawa bayi berjumpa pengamal perubatan dengan segera. • Jika bayi didapati mengalami kekurangan enzim G6PD, sila rujuk senarai makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD (Lampiran C). • Nasihatkan ibu untuk menjaga kebersihan tali pusat dan teruskan penyusuan susu ibu.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 57 Jenis jaundis Penerangan Cadangan tindakan Jaundis fisiologikal • Hampir dua per tiga bayi baru lahir mengalami jaundis fisiologikal. • Keadaan ini bermula sama ada pada hari kedua atau ketiga dan memuncak pada hari keempat atau kelima. • Jaundis biasanya berkurangan sekitar hari ke 10 hingga hari ke 14 untuk bayi yang lahir cukup bulan, manakala untuk bayi pramatang sekitar minggu kedua atau ketiga. • Bayi mestilah sihat dan tiada sebab lain yang menyebabkan jaundis. • Paras bilirubin yang melebihi kadar tertentu mungkin memerlukan bayi diberi rawatan di hospital. • Jika jaundis berpanjangan melebihi dua (2) minggu, sila rujuk 10.3.2 • Yakinkan ibu untuk membawa bayi berjumpa pengamal perubatan untuk menentukan paras bilirubin. • Bayi yang mengalami jaundis kebiasaannya sering kelihatan mengantuk. Oleh itu, ibu perlu mengejutkan bayi untuk menyusu lebih kerap. • Elakkan amalan berikut kerana kurang bukti saintifik menyokong keberkesanannya: a. Mendedahkan bayi di bawah sinar matahari. b. Memberi cecair lain selain susu ibu (seperti air kosong, susu kambing atau susu gantian) c. Mandian dan sapuan daun atau herba. • Jika jaundis berpanjangan lebih dari dua minggu, yakinkan ibu untuk membawa bayi berjumpa pengamal perubatan untuk pemeriksaan lanjut. sambungan Jadual 10.1 10.3. Jaundis Yang Dikaitkan Dengan Penyusuan Bayi juga boleh mengalami jaundis yang dikaitkan dengan penyusuan. Berikut adalah keadaan yang boleh berlaku: 10.3.1. Jaundis kekurangan susu i. terjadi apabila bayi kurang mendapat susu, sama ada susu gantian atau susu ibu. Keadaan ini boleh terjadi seawal hari kedua dan disebabkan oleh penyusuan yang kurang berkesan sejurus kelahiran.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 58 ii. Jaundis kekurangan susu gantian terjadi akibat penyediaan dan pemberian yang tidak mengikut sukatan dan kekerapan yang disarankan. Oleh itu, rujuk kepada sukatan dan kekerapan yang disarankan. iii. Breastfeeding jaundice merujuk kepada bayi yang menyusu badan secara kurang berkesan. Oleh itu, ibu dinasihatkan untuk memperbaiki teknik dan meneruskan penyusuan ibu dengan lebih kerap. 10.3.2. Jaundis berpanjangan i. Jaundis berpanjangan ini merupakan jaundis fisiologikal melebihi dua (2) minggu dan boleh menjangkau sehingga satu (1) ke dua (2) bulan. ii. Secara amnya, bayi yang mengalami jaundis ini adalah bayi yang cukup bulan dan sihat, peningkatan berat badannya normal, tiada masalah penyusuan, dan menunjukkan tanda cukup susu. iii. Bayi juga perlu disahkan bebas dari punca jaundis patologikal melalui ujian tertentu. Nota: Jaundis berpanjangan boleh terjadi kepada bayi yang diberikan sama ada susu gantian atau susu ibu. Bagi bayi yang diberi susu ibu, keadaan ini disebut sebagai breastmilk jaundice. Ibu tidak perlu bimbang untuk meneruskan penyusuan ibu. 10.4. Bahaya Jaundis Jaundis yang tidak dirawat boleh mendatangkan komplikasi kepada bayi seperti berikut: i. Masalah pendengaran ii. Kerosakan otak (kernikterus) iii. Maut Nota: Kebiasannya, kejadian jaundis dikaitkan dengan breastfeeding jaundice. Hal ini adalah salah tanggap kerana jaundis boleh terjadi bukan sahaja oleh kekurangan pengambilan susu ibu tetapi ia juga boleh terjadi kepada bayi yang mengambil susu gantian yang tidak mencukupi.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 59 10.5. Pengendalian Jaundis Pengendalian jaundis bergantung kepada paras bilirubin di dalam darah bayi, umur dan keadaan bayi. 10.5.1. Pemantauan paras bilirubin Setiap bayi yang dikesan mengalami jaundis perlu menjalani ujian darah untuk menentukan paras bilirubinnya. Ibu perlu meneruskan penyusuan dan mematuhi jadual pemantauan paras bilirubin mengikut saranan pengamal perubatan. 10.5.2. Rawatan Terdapat dua (2) jenis rawatan jaundis iaitu fototerapi dan rawatan pertukaran darah (exchange transfusion) yang akan ditentukan oleh pengamal perubatan. i. Rawatan fototerapi Bayi diletakkan di bawah rawatan fototerapi (Rajah 10.1) untuk menurunkan paras bilirubin. Pemantauan paras bilirubin melalui ujian darah perlu dibuat secara berkala untuk memastikan keberkesanan rawatan ini. Sepanjang waktu rawatan ini dibuat, penyusuan ibu boleh diteruskan. ii. Rawatan Pertukaran Darah (Exchange Transfusion) Ia adalah rawatan yang diperlukan bagi menghindari komplikasi jaundis terutamanya kerosakan otak. 10.6. Nota Penting • Terdapat dua (2) jenis jaundis iaitu fisiologikal dan patologikal yang berbeza kaedah pengendaliannya. • Terdapat keadaan jaundis yang dikaitkan dengan penyusuan. • Rawatan jaundis diberikan kepada bayi mengikut paras bilirubin dalam darah. 10.7. Rujukan • Dr Faridah Idris. Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, 2012. • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. • Ling, LN. Jaundis Neonat., 2001. Dimuat turun daripada Persatuan Pediatrik Malaysia mpaweb. org.my/article.php?aid=104. (Capaian pada 21 Nov, 2016). Rajah 10.1 : Fototerapi
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 60
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Bagaimana Membantu Ibu yang Memerlukan Bantuan Khusus? Tajuk 11
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 62 11.1. Pengenalan Ibu yang memerlukan bimbingan khusus adalah ibu yang mempunyai masalah perubatan atau bayi yang memerlukan perhatian tertentu. Ibu tersebut juga memerlukan sokongan emosi selain sokongan praktikal. Bab ini menerangkan bimbingan penyusuan untuk ibu yang mempunyai masalah perubatan atau bayi yang berkeperluan khas.. 11.2. Bimbingan Untuk Ibu Yang Mempunyai Masalah Perubatan 11. Bagaimana Membantu Ibu Yang Memerlukan Bimbingan Khusus? Ibu yang mempunyai masalah perubatan perlu mematuhi nasihat dan rawatan yang disarankan oleh pengamal perubatan. Ibu perlu mendapat rehat yang cukup, makan makanan seimbang dan minum air mengikut keperluan untuk membantu proses penyembuhan. Sekiranya ibu perlu diberikan ubat, nasihatkan ibu untuk mendapatkan ubat yang tidak mengganggu penyusuan. Berikut adalah masalah perubatan yang dihadapi oleh ibu dan bimbingan yang diperlukan untuk meneruskan penyusuan (Jadual 11.1). Jadual 11.1: Masalah perubatan ibu dan cadangan tindakan Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Meroyan (Baby Blu • Meroyan adalah satu situasi perasaan sedih atau pun murung bercampur-baur dengan perasaan gembira. • Kebiasaannya bermula pada hari ke dua atau ke tiga selepas kelahiran. • Antara gejala yang dialami oleh ibu adalah seperti berikut : a. Kelesuan/ keletihan b. Perasaan sedih c. Mudah menangis d. Kebimbangan e. Perubahan emosi / keresahan f. Kecelaruan perasaan g. Terlalu sensitif h. Susah tidur i. Berasa keseorangan ● Yakinkan ibu dan keluarganya untuk berjumpa dengan pengamal perubatan untuk pemeriksaan lanjut. • Galakkan ibu mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga untuk mengurus hal penjagaan bayi. • Galakkan ibu melakukan aktiviti yang boleh melegakan gejala yang dihadapinya. • Yakinkan ibu untuk meneruskan penyusuan. • Memberitahu suami atau orang yang dipercayai mengenai keadaan ibu.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 63 Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Kemurungan posnatal ● Kemurungan posnatal terjadi apabila keadaan meroyan berterusan melebihi dua (2) minggu atau tanda-tanda yang disebut di atas bertambah buruk. ● Ia sering berlaku pada minggu ke empat (4) hingga ke lapan (8) selepas bersalin. ● Jika rawatan tidak diberikan, kemurungan posnatal boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi serta hubungan dengan orang sekeliling. ● Semua nasihat untuk keadaan meroyan, sesuai untuk keadaan kemurungan posnatal. Selain daripada itu, berikut adalah nasihat tambahan untuk ibu yang mengalami keadaan ini. a. Pastikan ibu mendapatkan rawatan kemurungan daripada pengamal perubatan. b. Pastikan ibu mematuhi nasihat dan rawatan yang diberikan. c. Utamakan memberi sokongan dengan mendengar keluhan ibu, memberi keyakinan pada ibu, menunjukkan empati dan menyelami perasaan ibu supaya ibu dapat memulihkan emosinya. d. Sekiranya ibu tidak mampu untuk menyusui bayi, galakkan ibu memerah susu untuk mengelakkan bengkak susu. e. Galakkan ahli keluarga menemani ibu pada bila-bila masa sambungan Jadual 11.1
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 64 Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Psikosis • Psikosis boleh berlaku sekiranya kemurungan tidak dirawat dengan sewajarnya. • Pesakit psikosis berisiko untuk mencederakan atau membunuh diri sendiri dan/ atau bayinya. ● Antara gejala psikosis adalah seperti berikut: a. Halusinasi dan atau delusi b. Hiperaktif c. Tidak boleh tidur (insomnia) d. Emosi yang tidak stabil e. Keliru f. Tidak boleh menumpukan perhatian g. Tidak rasional • Ibu yang mengalami psikosis perlu mendapat rawatan khusus dan pemantauan rapi oleh pengamal perubatan. • Kebanyakkan kes psikosis memerlukan rawatan dalam hospital. • Utamakan memberi sokongan dengan mendengar keluhan ibu, memberi keyakinan pada ibu, menunjukkan empati dan menyelami perasaan ibu supaya ibu dapat memulihkan emosinya. • Bantuan dan sokongan penyusuan ibu boleh diberi sekiranya keadaan ibu lebih stabil dan bersedia untuk menyusukan. Diabetes semasa hamil (Gestational Diabetes Mellitus – GDM) • Diabetes semasa hamil boleh mendatangkan risiko kepada bayi seperti: a. Paras glukosa rendah dalam darah (hipoglisemia) selepas lahir. b. Bayi bersaiz besar. c. Kesukaran bernafas. • Walau bagaimanapun, ibu yang mengidap diabetes masih boleh meneruskan penyusuan. • Galakkan ibu untuk melakukan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran. Kaedah ini membantu menstabilkan suhu badan dan paras glukosa dalam darah bayi. • Galakkan ibu untuk memulakan penyusuan awal sejurus selepas kelahiran dan meneruskan penyusuan mengikut kehendak bayi. • Bagi bayi yang dipisahkan daripada ibu, nasihatkan ibu untuk terus penyusuan dengan susu perahan. sambungan Jadual 11.1
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 65 sambungan Jadual 11.1 Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Penyakit berjangkit • Bayi berisiko dijangkiti semasa penyusuan. • Kesesuaian ibu untuk meneruskan penyusuan bergantung kepada jenis penyakit seperti berikut: a. Contoh penyakit di mana penyusuan ibu boleh diteruskan: - Jangkitan paru-paru - Sakit tekak - Cirit birit - Tuberkulosis - Hepatitis B - Hepatitis C - Radang payudara - Denggi - Cacar air (chicken pox) b. Contoh penyakit di mana penyusuan ibu boleh ditangguhkan sementara ibu menjalani rawatan: - Sepsis yang teruk, - Herpes Simplex Virus Type 1 (HSV-1). c. Contoh penyakit di mana penyusuan ibu tidak sesuai diteruskan: - HIV - HTLV-I (Human T-cell Leukemia Virus) Untuk semua penyakit berjangkit, berikut adalah nasihat umum: • Galakkan ibu untuk berjumpa dengan pengamal perubatan untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan. Nasihat umum untuk ibu yang boleh meneruskan penyusuan: • Ibu meneruskan penyusuan mengikut kehendak bayi. • Ibu perlu menjaga kebersihan diri dengan membasuh tangan setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi, memakai penutup mulut dan hidung sekiranya mengalami batuk dan selsema. • Sekiranya ibu perlu dipisahkan sementara, nasihatkan ibu untuk terus penyusuan dengan susu perahan. • Untuk penyakit (b), sementara penyusuan ditangguhkan, ibu dinasihatkan untuk meneruskan perahan supaya penghasilan susu dapat dikekalkan. • Untuk penyakit (c), perah sekadar untuk mengelakkan bengkak susu. Bagi ibu yang ingin bayinya disusukan dengan susu ibu, ibu susuan merupakan alternatif dalam keadaan ini.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 66 Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Kanser ● Rawatan kanser bergantung kepada jenis dan tahap kanser. ● Jenis rawatan kanser adalah: a. Pembedahan b. Rawatan hormon c. Kemoterapi d. Radioterapi ● Bergantung kepada jenis ubatan yang digunakan semasa rawatan, ibu mungkin perlu menangguhkan penyusuan. ● Sekiranya penyusuan perlu ditangguhkan semasa menjalani rawatan dan ibu ingin mengekalkan penghasilan susu, nasihatkan ibu untuk memerah dan membuangnya. Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Pramatang, kurang berat lahir atau bayi yang sakit ● Penyusuan susu ibu secara terus boleh dilakukan bergantung kepada keadaan bayi. ● Sekiranya bayi tidak boleh disusukan secara terus, ibu dinasihatkan untuk memerah dan memberi bayi susu perahan. ● Galakkan ibu untuk kerap melakukan sentuhan kulit ke kulit apabila pengamal perubatan membenarkannya. 11.3. Bimbingan Untuk Ibu Kepada Bayi Berkeperluan Khas Pembimbing perlu mengutamakan sokongan emosi seperti mendengar keluhan ibu, memberi keyakinan pada ibu, menunjukkan empati dan menyelami perasaan ibu supaya emosi ibu stabil. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan untuk semua keadaan bayi berkeperluan khas seperti berikut (Jadual 11.2). Jadual 11.2: Keadaan bayi berkeperluan khas dan cadangan tindakan. sambungan Jadual 11.1
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 67 sambungan Jadual 11.2 Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Bibir dan / atau lelangit sumbing Bayi yang mengalami sumbing bibir/lelangit berisiko mendapat jangkitan telinga dan jangkitan saluran pernafasan. Penyusuan ibu dapat mengurangkan risiko ini. • Maklumkan ibu penyusuan untuk bayi sumbing biasanya mengambil masa yang lama kerana bayi mudah penat. • Bergantung kepada keadaan bayi, penyusuan ibu boleh diberikan dengan cara: a) Menyusu pada payudara. b) Menggunakan cawan atau sudu. c) Menggunakan alat penyusuan khas seperti Haberman feeder. • Untuk bayi yang mengalami sumbing bibir, bahagian sumbing boleh ditutup dengan jari atau payudara atau keduaduanya sekali • Untuk bayi yang mengalami sumbing lelangit, pastikan posisi bayi tegak semasa menyusu untuk mengelakkan susu termasuk ke rongga hidung. • Galakkan keluarga untuk menyertai program yang dianjurkan oleh CLAPAM (Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia)
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 68 Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Sindrom Down Bayi Sindrom Down biasanya mempunyai otot badan dan anggota yang lemah. Hal ini boleh menyukarkan proses penyusuan. Akan tetapi dengan galakan dan sokongan, ibu masih boleh menyusukan bayi. • Galakkan ibu untuk memulakan penyusuan awal dan kerap. • Lekapan bayi boleh diperbaiki dengan menggunakan kaedah Dancer Hand Position untuk menyokong rahang bayi. • Galakkan keluarga untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Persatuan Down Syndrome Malaysia atau Yayasan Sindrom Down KIWANIS. 11.4. Nota Penting • Ibu yang mempunyai masalah perubatan perlu mematuhi nasihat dan rawatan yang disarankan oleh pengamal perubatan. • Ibu yang mempunyai bayi berkeperluan khas memerlukan sokongan emosi terlebih dahulu sebelum diberikan sokongan praktikal. 11.5. Rujukan • Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Portal Rasmi Pendidikan Pesakit MyHealth. Rawatan untuk Ibu Mengandung dan Ketika Penyusuan. Dimuat turun daripada http:// pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/rawatan-untuk-ibu-mengandung-dan-ketika-penyusuan.Capaian pada 10 Mei 2016. • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. • Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari. Manual Penjagaan Postnatal Bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal, Edisi Pertama 2015. sambungan Jadual 11.2
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 75
88Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
89Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Salah Tanggap Dan Kepercayaan Berkaitan Penyusuan Susu Ibu Tajuk 12
72 12.1. Pengenalan Kebanyakan komuniti mempunyai kepercayaan dan budaya yang boleh mempengaruhi cara ibu menyusukan bayi. Kepercayaan tersebut diterima pakai berdasarkan pengalaman generasi terdahulu walaupun ada di antaranya yang memberi kesan negatif kepada amalan penyusuan ibu. Bab ini menerangkan beberapa salah tanggap ini mengenai penyusuan ibu dan cara menanganinya. 12.2. Salah Tanggap Masyarakat Terhadap Penyusuan 12. Salah Tanggap Dan Kepercayaan Berkaitan Penyusuan Susu Ibu Berikut adalah beberapa salah tanggap berkaitan susu ibu (Jadual 12.1), jaundis (Jadual 12.2) dan ibu (Jadual 12.3). Jadual 12.1: Salah tanggap berkaitan susu ibu dan cadangan tindakan. Bil. Salah tanggap berkaitan SUSU IBU Fakta sains Cadangan tindakan 1. Payudara yang kecil tidak boleh menghasilkan susu yang cukup. • Saiz payudara bergantung pada tisu lemak tetapi penghasilan susu bergantung kepada kekerapan penghisapan, pelekapan yang betul dan tempoh masa bayi menghisap. Rujuk bahagian 4.2. • Terangkan kepada ibu, berkenaan konsep permintaan dan penghasilan. Rujuk bahagian 4.4.3. 2. Tidak ada susu dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. • Kolostrum adalah sedikit, pekat dan melekit. • Maklumkan ibu tidak perlu memerah susu untuk memastikan kewujudan kolostrum. Penghasilan kolostrum yang sedikit sudah mencukupi untuk perut bayi yang masih kecil. 3. Kolostrum dikatakan susu basi kerana warnanya kelihatan kekuningan. • Kehadiran beta-carotene di dalam kolostrum menjadikan warnanya kekuningan. Ia baik untuk perkembangan mata bayi. • Yakinkan ibu, kolostrum selamat diberikan kepada bayi malah mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi. Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 73 Bil. Salah tanggap berkaitan SUSU IBU Fakta sains Cadangan tindakan 4. Susu ibu berwarna putih sahaja yang selamat diminum • Warna susu ibu boleh dipengaruhi oleh: a. Fasa penyusuan (kolostrum vs susu matang) b. Lebih cair berbanding susu akhir c. Diet ibu yang berwarna seperti lobak merah, sayuran hijau d. Rusty pipe syndrome menyebabkan susu warna berkarat • Lazimnya, warna susu ibu yang pelbagai tidak perlu dirisaukan. Sekiranya ibu masih risau, rujuk kepada pengamal perubatan atau kaunselor laktasi. 5. Pemberian susu formula sebagai tambahan kepada penyusuan ibu dipercayai lebih mengenyangkan. • Susu ibu cepat dihadamkan kerana kehadiran enzim (bahan yang membantu pencernaan) dalam susu ibu. Jadi bayi lebih cepat mahu menyusu semula. • Nasihatkan ibu untuk menyusukan bayi mengikut kehendak bayi. Pemberian susu formula akan menyebabkan penghasilan susu semakin berkurangan sambungan Jadual 12.1 Jadual 12.2: Salah tanggap berkaitan jaundis dan cadangan tindakan. Bil. Salah tanggap berkenaan JAUNDIS Fakta sains Cadangan tindakan 1. Ibu memberi cecair tambahan seperti air masak, gripe water, susu kambing dan lain-lain untuk mengatasi masalah bayi jaundis. • Susu ibu mengandungi bahan pelawas (laxative) yang membantu pembuangan najis yang kerap. Bilirubin lebih banyak dinyahkan melalui najis berbanding air kencing bayi. • Nasihatkan ibu bahawa pemberian susu ibu secara eksklusif dengan teknik penyusuan berkesan dapat menyahkan bilirubin dengan lebih efektif melalui pembuangan najis tersebut. 2. Rawatan untuk “jaundis susu ibu” (breastmilk jaundice) adalah berhenti menyusu selama 48 jam. • Jaundis susu ibu tidak membawa kemudaratan kepada bayi. Diagnosa jaundis susu ibu dibuat selepas tumbesaran bayi serta semua keputusan ujikaji terhadap darah dan kencing bayi adalah normal. . • Nasihatkan ibu untuk meneruskan penyusuan ibu. Memberhentikan penyusuan ibu dan memberikan susu formula hanya akan menyebabkan bayi lebih meragam, mendedahkan bayi kepada banyak penyakit termasuk jangkitan kuman dan menggagalkan penyusuan ibu.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 74 Jadual 12.3: Salah tanggap berkaitan ibu dan cadangan tindakan. Bil. Salah tanggap berkaitan IBU Fakta sains Cadangan tindakan 1. Ibu yang menyusukan bayi tidak boleh makan makanan tertentu untuk mengelakkan penyakit kembung perut (colic) pada bayi. • Colic adalah keadaan di mana bayi meragam tanpa sebab yang boleh dikenal pasti. • Kembung perut pula adalah keadaan bayi yang tidak selesa apabila perut bayi telah dimasuki angin akibat menangis berpanjangan, pelekapan cetek, pemberian puting tiruan, pemberian susu gantian dan lain-lain. • Bantu ibu mengenal pasti bantuan dan sokongan yang ada di sekelilingnya untuk meringankan beban kerja rumah. • Maklumkan ibu keadaan colic biasanya akan hilang sendiri apabila membesar. Ibu hendaklah mengenal pasti penyebab perut kembung dan cuba menanganinya. • Sekiranya ibu mendapati ada makanan yang mungkin menyebabkan masalah tersebut, maka ibu berhenti mengambilnya selama seminggu atau lebih sebelum ibu mencubanya semula. 2. Menyusu badan menyebabkan ibu susah membuat kerja rumah • Ibu yang baru menimang cahaya mata memerlukan sokongan dan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan rutin yang baru sebagai ibu. • Perancangan yang rapi diperlukan kerana menyusu badan satu tugas yang memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. • Nasihatkan ibu untuk membuat kerja rumah apabila bayi sudah tertidur kekenyangan. • Untuk bayi yang tidak mahu ditinggalkan, maka ibu boleh melakukan kerja rumah ringan sambil mengendong bayi di dalam alat gendongan. 3. Ibu bekerja sukar untuk meneruskan penyusuan. • Ibu yang bekerja masih boleh meneruskan penyusuan dengan menyediakan susu perahan. • Perancangan dan persediaan awal penting untuk memastikan stok susu perahan mencukupi apabila ibu kembali bekerja. • Rujuk bahagian 14 (Persediaan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja). • Galakkan ibu untuk buat persediaan awal sejak dari kehamilan. • Rujuk bahagian 14.3 (Penjagaan bayi semasa ibu bekerja). • Rujuk bahagian 14.4 (Perancangan pemerahan susu ibu di tempat kerja).
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 75 Bil. Salah tanggap berkaitan IBU Fakta sains Cadangan tindakan 4. Ibu yang sakit dan/ atau mengambil ubat harus berhenti menyusu • Umumnya ibu yang sakit boleh menyusukan kecuali ibu tidak berupaya atau mengalami penyakit yang teruk. • Kebanyakan ubat-ubatan yang diambil oleh ibu tidak mengganggu penyusuan kerana sedikit sahaja ubat tersebut yang memasuki susu ibu. • Terdapat beberapa ubat yang tidak boleh diambil seperti ubat kemoterapi (rawatan barah), ubat radioaktif dan sebagainya. • Nasihatkan ibu untuk berbincang dengan pengamal perubatan sebelum meneruskan penyusuan. • Nasihatkan ibu untuk berbincang dengan pengamal perubatan sebelum mengambil sebarang ubat. Jika ibu memerlukan ubat, mohon preskripsi ubat yang tidak menggangu penyusuan. 5. Ibu menyusu bayi akan cepat menjadi gemuk kerana perlu makan lebih banyak untuk menghasilkan susu yang cukup. • Proses penghasilan susu ibu membakar sebanyak 85 kalori untuk menghasilkan 100ml susu. Secara purata, seorang ibu akan menghasilkan 750 ml susu sehari (550-1200ml), bergantung kepada kekerapan hisapan. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak kalori yang dibakar. • Nasihatkan ibu untuk menyusu kerap dan makan makanan seimbang mengikut keperluan dan bukan berlebihan. Sila rujuk bab 13 (Pemakanan ibu menyusu). 6. Penyusuan menyebabkan payudara akan menjadi kendur • Proses kehamilan dan penuaan adalah faktor payudara menjadi kendur bukannya proses penyusuan. • Cadangkan pada ibu untuk menggunakan pakaian dalam yang bersesuaian yang boleh menyokong payudaranya. 7. Puting leper dan tenggelam menyebabkan bayi sukar melekap dan menghisap. • Semua bayi menghisap pada areola bukan pada puting sahaja. • Terangkan kepada ibu, pelekapan pada puting sahaja akan menyebabkan puting luka dan sakit. Posisi yang selesa dapat membantu menjayakan penyusuan. sambungan Jadual 12.3
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 76 Bil. Salah tanggap berkaitan IBU Fakta sains Cadangan tindakan 8. Syarikat pengeluar susu gantian mendakwa bahawa produk susu mereka hampir menyerupai susu ibu. • Semasa proses pengeluaran susu gantian, bahan nutrien dan enzim asli telah termusnah. Penambahan bahan yang diperkaya dalam susu tersebut, tidak dapat dipastikan keberkesanan penyerapannya oleh tubuh bayi. ● Nasihatkan ibu agar tidak mudah terpedaya dengan strategi pengiklanan susu gantian yang mempamerkan kehebatan susu tersebut. 12.3. Nota Penting • Semua ibu perlu sokongan moral dari keluarga, suami, majikan dan kawan untuk menangani tanggapan dan kepercayaan yang salah dalam penyusuan bagi mengelakkan kegagalan dalam penyusuan susu ibu. 12.4. Rujukan • Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Peranan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu - Modul Pengajar Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu dari Ibu ke Ibu, 2012 (terbitan dalaman). sambungan Jadual 12.3
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 Pemakanan Ibu Menyusu Tajuk 13
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 78 13.1. Pengenalan Semua ibu memerlukan makanan dan minuman yang mencukupi dan seimbang supaya sentiasa sihat. Ibu menyusu tidak memerlukan makanan khas atau mengelak dari mengambil makanan tertentu. Bab ini menerangkan keperluan pemakanan ibu menyusu, bilangan sajian yang disarankan, contoh menu seharian dan makanan penggalak susu ibu. 13.2. Keperluan Pemakanan Ibu Menyusu Ibu memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu daripada sumber makanan ibu (80%) dan daripada simpanan lemak ibu (20%). Pemakanan seimbang penting untuk memenuhi keperluan zat ibu dan penghasilan susu untuk bayi. Perbezaan diet ibu dari pelbagai latar belakang sosial dan budaya tidak mempengaruhi komposisi nutrien susu ibu yang dihasilkan. Kuantiti dan kualiti susu ibu HANYA akan terjejas apabila ibu mengalami kurang zat makanan yang teruk (severe malnourished). Wanita tidak menyusu memerlukan tenaga sebanyak 1500 hingga 2000 kkal sehari (NCCFN, 2020). Manakala ibu menyusu memerlukan tenaga tambahan sebanyak 500 kkal sehari untuk enam (6) bulan pertama usia bayi. Jika ibu berlebihan berat badan atau obes maka tidak perlu ditingkatkan pengambilan kalori tambahan sehingga 500 kkal sehari (Jadual 13.1). 13. Pemakanan Ibu Menyusu Jadual 13.1: Keperluan tenaga dan nutrien harian mengikut kategori Nutrien Keperluan Mengikut Kategori Normal Hamil Menyusu Trimester 1 Trimester 2 Trimester 3 6 bulan pertama 6 bulan kedua Tenaga (Kkal) 1500 - 2000 +80* +280* +470* +500* Protein (g) 52 - 53 +0.5** +8** +25** +19** +13** Kalsium (mg) 1000 1000 1000 1000 1000 1000 Vitamin A (mcg) 600 800 800 800 850 850 Vitamin C (mg) 70 80 80 80 95 95 Folate (mcg) 400 600 600 600 500 500 Thiamin, B1 (mg) 1.1 1.4 1.4 1.4 1.5 1.5 Riboflavin, B2 (mg) 1.1 1.4 1.4 1.4 1.6 1.6 Niasin, B6 (mcg) 14 18 18 18 17 17 ** Tambahan protein (g) yang diperlukan berdasarkan keadaan semasa. Rujukan: Recommended Nutrient Intake for Malaysian, 2017 *Tambahan kalori yang diperlukan berdasarkan keadaan semasa.
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 79 13.3. Saiz Sajian Yang Disarankan Untuk Ibu Menyusu Rajah 13.1: Piramid Makanan Malaysia
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 80 Ibu perlu mengambil makanan seimbang berdasarkan Piramid Makanan Malaysia (Rajah 13.1). Bagi ibu yang menyusu dengan indeks jisim tubuh (IJT) normal, mereka boleh mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan mengikut sajian yang dicadangkan (Jadual 13.2). Bagi ibu yang mempunyai IJT di luar julat normal, dapatkan nasihat daripada pegawai pemakanan. Jadual 13.2 Cadangan pembahagian bilangan sajian untuk sehari Kumpulan Makanan Sarapan Minum Pagi Makan Tengahari Minum petang Makan malam Minum malam Jumlah sajian sehari Sayur-sayuran 1 1 1 ≥3 Buah-buahan 1 1 2 Beras, bijirin lain, produk berasaskan bijirin gandum dan ubi 1 1 1 1 1 3-5 Legum, kacang dan bijian 1 1 Ikan dan makanan laut 1 1 Daging atau ayam 1 1 1 - 2 Susu dan produk tenusu 1 1 2
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 81 Terdapat beberapa pilihan makanan dalam setiap kumpulan yang boleh diambil oleh ibu menyusu (Jadual 13.3). Jadual 13.3: Cadangan pilihan makanan dan contoh saiz sajian dalam setiap kumpulan makanan Kumpulan Makanan Saiz satu sajian Sayur-sayuran ≥3 sajian sehari) • ½ cawan sayuran berdaun hijau (telah dimasak) atau • ½ cawan sayur campur (telah dimasak) • 1 cawan ulam mentah Buah-buahan (2 sajian sehari) • 1 potong besar Guava atau • 1 biji pisang berangan (bersaiz sederhana) atau • 2 biji pisang emas (bersaiz sederhana) atau • 1 biji epal, lai, ciku (bersaiz sederhana) atau • 1 biji oren – limau manis (bersaiz sederhana) atau 4 biji prun (bersaiz kecil) atau • 8 biji anggur atau • 1 sudu besar kismis • 1 potong betik, nenas atau • 1 potong besar tembikai Beras, bijirin lain, produk berasaskan bijirin gandum dan ubi (3-5 sajian sehari) • 1 cawan / Nasi, (beras perang) / multigrain / unpolished / parboiled atau • 1 cawan nasi putih, dimasak atau • 2 cawan bubur nasi (putih/ beras perang) dimasak atau • 1 cawan laksa (yang telah direndam) atau • 1 cawan mi basah atau kuey-teaw atau • 1 ½ cawan Pasta / spageti / makaroni, dimasak atau • 2 keping putu mayam • 5 keping biskut krim kraker/ Marie/ bersusu atau • 2 biji kentang tanpa kulit (bersaiz sederhana) atau Legum, kacang dan bijian (1 sajian sehari) • 1 cawan kacang dhal / lentil pelbagai pecahan (chana dal / kadalai • 1½ cawan/ 1 tin sederhana kacang hijau atau kacang panggang dalam tin (kacang sahaja) • 2 keping segi empat tepat tempeh atau • 1 ½ keping tau-kua atau tau-hoo • 1 ½ gelas susu soya tanpa gula Ikan dan makanan laut (1 sajian sehari) • 1 ekor ikan kembong (bersaiz sederhana) atau • 2/3 dari keseluruhan saiz sederhana ikan selar atau • 1 ketul ikan tenggiri (mentah) atau • ⅔ cawan ikan bilis (dibuang kepala) • 12 ekor saiz kecil udang, tanpa kepala & kulit, mentah • 1 ekor saiz sederhana sotong, tanpa kulit & isi perut, mentah Daging atau ayam (1-2 sajian sehari) • 1 ketul peha ayam tanpa kulit atau • 1 keping daging lembu tanpa lemak (saiz 1 tapak tangan) atau • 2 biji telur ayam (gred A) atau • 2 biji telur itik atau • 12 biji telur puyuh
Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 2.0 82 Kumpulan Makanan Saiz satu sajian Susu dan produk tenusu (2 sajian sehari) • 1 gelas susu, krim penuh / segar / rendah lemak atau • 1 cawan (pot) yogurt (greek style) atau • 2 cawan (pots) yogurt natural, tanpa lemak, rendah lemak (tanpa perisa) • Dua keping keju atau • 4 sudu makan susu tepung penuh krim/ skim (membumbung) 13.4. Menu Seharian Untuk ibu Menyusu Ibu digalakkan untuk mempelbagaikan jenis makanan mengikut kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jadual 13.4 menunjukkan contoh menu yang sesuai untuk ibu menyusu. Jadual 13.4: Contoh menu sehari untuk ibu menyusu (2000kkal) Waktu Menu Sarapan (8.00 pagi) ● 2 keping (60 g) roti gandum penuh (whole grain) ● 2 keping keju ● 1 keping telur dadar (omellete) ● 1 cawan susu Minum pagi (10.00 pagi) ● 1 cawan (pot) yoghurt biasa Makan tengahari (12.30 tengahari) ● 2 senduk beras perang ● 1 senduk (60 g) bayam goreng bersama tauhu ● 1 senduk (30 g) kacang buncis + brinjal ● 1 ekor ikan goreng bersama cili (80 g) ● 1 biji epal sederhana ● 1 gelas air kosong Minum petang (4.00 petang) ● 4 keping biskut gandum penuh (20 g) ● 1 ½ keping (158 g) tauhu sumbat Makan malam (6.30 petang) ● 2 senduk beras perang ● 1 senduk (60 g) kangkung goreng ● 1 mangkuk (250 g) rebusan ayam, taukua dan lobak merah ● 1/2 keseluruhan (80 g) saiz sederhana mangga ● 1 gelas air kosong Minum malam (9.00 malam) ● 1 cawan bijirin sarapan gandum tanpa gula tambahan ● Air kosong (1 gelas) sambungan Jadual 13.3