BAB 1 PENGENALAN
KEPADA PENYIASATAN
SANTIFIK
SainsTingkatan 1 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
1.1 Sains adalah
Sebahagian daripada
Kehidupan Seharian
Sains
• Sains ialah disiplin ilmu yang melibatkan
pemerhatian dan eksperimen yang
sistematik terhadap fenomena alam
semula jadi.
Kepentingan sains dalam kehidupan seharian
• Menyumbang kepada bidang kejuruteraan seperti pembinaan bangunan
pencakar langit yang canggih.
• Penciptaan satelit menyebabkan komunikasi menjadi lebih cepat dan efektif.
• Meningkatkan hasil tanaman dengan penemuan baja, racun serangga dan
penggunaan kaedah hidroponik.
• Penemuan vaksin dan antibiotik dalam bidang perubatan membantu
mengawal penyakit berjangkit dan mengurangkan kadar kematian
Menyumbang kepada bidang
kejuruteraan seperti pembinaan
bangunan pencakar langit yang canggih.
•Penciptaan satelit
menyebabkan
komunikasi menjadi
lebih cepat dan
efektif.
Meningkatkan hasil tanaman dengan penemuan
baja, racun serangga dan penggunaan kaedah
hidroponik.
•Penemuan vaksin dan
antibiotik dalam bidang
perubatan membantu
mengawal penyakit berjangkit
dan mengurangkan kadar
kematian
•Fizik
Biologi
Kimia
Geologi
Astronomi
Meteorologi
Fizik
Biologi
Kimia
Geologi
Inovasi Teknologi
• Kebanyakan mesin dan alat yang kita
gunakan setiap hari ialah hasil reka cipta
sains, contohnya kereta, kapal terbang,
telefon, komputer dan sebagainya.
• Mesin dan alat tersebut membantu kita
menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian kita.
Hadiah Nobel
• Hadiah Nobel
diberikan kepada
ahli sains yang
cemerlang dalam
beberapa bidang
sains setiap tahun
di Stockholm,
Sweden.
1.2 Makmal Sains Anda
Radas makmal dan
fungsinya
Tabung didih
Memanaskan bahan kimia
dalam kuantiti yang kecil
Tabung uji
Mengisi bahan kimia dalam
kuantiti yang kecil
Bikar
Mengisi bahan kimia
dalam kuantiti yang
besar
Kelalang kon
Mengisi bahan kimia dalam
kuantiti yang besar
Kelalang dasar
leper
Mengisi bahan kimia dalam
kuantiti yang besar
Silinder penyukat
Menyukat isi padu cecair
Buret
Menyukat isi padu cecair
dengan tepat
Pipet
Menyukat isi padu cecair yang
tetap
Tungku kaki tiga
Menyokong radas semasa
pemanasan
Kasa dawai
Membantu menyebarkan haba
dengan sekata semasa
pemanasan
Corong turas
Menuras atau menapis pepejal
tidak larut daripada campuran
Balang gas
Untuk mengumpul gas
Kaki retort
Untuk memegang atau
menyokong sesuatu radas
Piring sejat
Untuk tujuan penyejatan
Simbol Bahan Berbahaya di
dalam Makmal
• Kebanyakan bahan kimia yang
kita gunakan di dalam
makmal sains berbahaya.
• Kita mesti perhatikan simbol
amaran pada botol bahan
kimia dengan teliti sebelum
menggunakannya untuk
mengelakkan kemalangan.
Simbol Bahan
Berbahaya di
dalam Makmal
• Sesetengah bahan
kimia seperti kalium
dan litium boleh
bertindak balas jika
terdedah kepada udara.
• Oleh itu, bahan kimia
tersebut perlu disimpan
di dalam minyak
parafin.
Simbol-simbol Amaran
• Bahan merengsa
• Bahan radioaktif
• Bahan mengakis
• Bahan beracun / toksik
• Bahan mudah meletup
• Bahan mudah terbakar
Bahan merengsa
• Bahan kimia yang merengsa boleh
menghasilkan wap atau wasap yang dapat
memedihkan mata, hidung dan tekak.
• ELAKKAN daripada menghidu wap atau
wasap
• Gunakan bahan kimia tersebut di dalam
kebuk wasap
• Contoh: kloroform dan ammonia
Bahan radioaktif
• Bahan radioaktif mengeluarkan sinaran
radioaktif yang dapat menyebabkan
kanser.
• Contoh: uranium dan plutonium.
Bahan mengakis
• Bahan kimia ini bersifat mengakis.
• JANGAN sentuh bahan ini kerana
akan melecurkan kulit. Sekiranya
terkena pada kulit, cuci bahagian
tersebut dengan air yang banyak.
• Contoh: asid dan alkali pekat.
Bahan beracun / toksik
• Bahan kimia ini beracun atau
toksik.
• JANGAN minum, makan, menghidu
atau merasa bahan ini.
• Contoh: merkuri dan klorin.
Bahan mudah
meletup
• Bahan kimia ini mudah
meletup.
• Gunakan bahan ini
mengikut arahan dengan
CERMAT.
• Contoh: gas hidrogen dan
gas butana.
Bahan mudah terbakar
• Bahan yang mudah mengewap dan
terbakar.
• JAUHKAN bahan ini daripada sumber api
atau haba.
• Gunakan bahan ini mengikut arahan
dengan cermat.
• Contoh: alkohol dan petrol.
Peraturan dan
Langkah-Langkah
Keselamatan di dalam
Makmal
• Untuk mengelakkan
kejadian yang tidak diingini,
kita perlu sentiasa
mematuhi peraturan dan
langkah-langkah
keselamatan di dalam
makmal.
Peraturan di dalam makmal
• Jangan masuk ke dalam makmal tanpa
kebenaran.
• Jangan mulakan eksperimen sebelum
diarahkan oleh guru.
• Baca arahan dan fahami arahan
eksperimen terlebih dahulu.
• Gunakan semua bahan kimia dan
peralatan dengan betul dan cermat
Peraturan di dalam
makmal
• Dilarang minum, makan dan
bermain-main di dalam makmal.
• Dilarang mengeluarkan
peralatan dan bahan kimia dari
makmal.
• Kembalikan peralatan dan
bahan kimia ke tempat
simpanan asal jika dialihkan.