Ketumpatan
• Ketumpatan sesuatu bahan ialah jisim per unit isi padu bahan
tersebut.
• Bahan yang kurang tumpat akan terapung dan berada di atas
bahan yang lebih tumpat daripadanya, manakala bahan yang lebih
tumpat akan tenggelam dan berada di bawah bahan yang kurang
tumpat daripadanya
Pengiraan Ketumpatan dengan Menggunakan
Rumus
Menentukan
Ketumpatan Objek
dengan Menggunakan
Kaedah Sesaran Air
• Ketumpatan objek tidak sekata boleh ditentukan dengan
menggunakan kaedah sesaran air.
• Kaedah sesaran air ialah kaedah yang digunakan bagi menyukat
isi padu sesuatu objek tidak sekata.
Perbezaan Ketumpatan dalam Kehidupan
Seharian
Inovasi Objek, Makanan
atau Minuman
Menggunakan Konsep
Ketumpatan
1.6 Langkah-langkah dalam
Penyiasatan Saintifik
Langkah-langkah dalam
Penyiasatan Saintifik
• Kaedah saintifik ialah kaedah
sistematik yang digunakan bagi
menyelesaikan masalah dalam
sains.
• Kaedah ini mempunyai
beberapa langkah penting bagi
membolehkan sesuatu
permasalahan itu diselesaikan
atau dijelaskan dengan kaedah
yang betul.
Kaedah Saintifik
• Mengenal pasti masalah
• Membina hipotesis
• Mengawal pemboleh ubah
• Merancang eksperimen
• Menjalankan eksperimen
• Mengumpul data
• Menganalisis dan mentafsirkan
data
• Membuat kesimpulan
• Menulis laporan
Mengenal pasti
masalah
• Mengenal pasti
masalah yang
boleh diuji dengan
penyiasatan
saintifik.
Membina hipotesis
• Kita perlu membina
satu hipotesis
sebagai penerangan
awal pemerhatian
atau fenomena yang
sedang dikaji.
• Hipotesis ini perlulah
diuji.
Mengawal pemboleh
ubah
• Kenal pasti jenis pemboleh ubah
yang terbabit
• Pemboleh ubah ialah kuantiti
fizik yang mempengaruhi
pemerhatian atau fenomena
sains dan terdiri daripada
pemboleh ubah yang
dimanipulasikan, bergerak balas
dan dimalarkan.
Merancang
eksperimen
• Kita perlu merancang reka
bentuk eksperimen terlebih
dahulu dengan betul. Kita juga
perlu memilih bahan-bahan dan
radas yang sesuai untuk
eksperimen.
Menjalankan
eksperimen
• Semasa menjalankan eksperimen, langkah berjaga-jaga mesti
diamalkan pada setiap masa untuk mendapatkan data yang lebih
tepat.
• Langkah keselamatan pula perlu untuk menghindari kemalangan.
Mengumpul
data
• Pengumpulan data dilakukan secara berhati-hati dengan
menggunakan alat yang sesuai dengan mengambil kira sebarang
ralat rawak atau sistematik yang mungkin berlaku.
• Pastikan ukuran diulang sekurang-kurangnya tiga kali untuk
mendapatkan nilai yang lebih tepat dan jitu.
• Gunakan jadual untuk merekod data.
Menganalisis dan
mentafsirkan data
• Analisis perlu disertakan
dengan bentuk komunikasi
yang berkesan seperti
penggunaan graf dan
jadual.
• Graf dan jadual membantu
kita untuk mentafsirkan
data dengan lebih mudah.
Membuat kesimpulan
• Kesimpulan dibuat berdasarkan
hasil analisis eksperimen; sama
ada hipotesis diterima atau
ditolak.
• Jika ditolak, kita perlu membuat
hipotesis baharu dan melakukan
eksperimen semula.
Menulis
laporan
Ketika menulis
laporan, semua data
dan maklumat yang
penting perlu
disertakan.
1.7 Sikap Saintifik dan Nilai
Murni dalam Menjalankan
Penyiasatan Saintifik
Sikap saintifik yang
perlu diamalkan
• Minat dan bersifat ingin tahu
tentang alam sekeliling
• Jujur dan tepat dalam merekod dan
mengesahkan data
• Bertanggungjawab terhadap
keselamatan diri dan rakan serta
terhadap alam sekitar
• Bertanggungjawab terhadap
keselamatan diri dan rakan serta
terhadap alam sekitar
Nilai murni
• Menyedari bahawa pengetahuan sains merupakan satu cara untuk
memahami alam
• Menghargai dan mengamalkan cara hidup bersih dan sihat
• Menghargai keseimbangan dalam alam semula jadi
• Berhemah tinggi dan hormat-menghormati
• Mensyukuri nikmat alam semula jadi kurniaan Tuhan
TAMAT