The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

32_10_buku_lembaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elkesuzanne, 2019-12-19 00:39:02

brosur

32_10_buku_lembaran

Cetakan Pertama 2015
OC Kementerian Kesihatan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Aras 3, Blok E10,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya.

IMFReeBUKU LEMBARAN KERJA

BAGI MURID TAHUN 1

Kandungan

Panduan Penggunaan Buku Lembaran Kerja

Skop 1 APA ITU ROKOK ? 3
Skop 2
Skop 3
Skop 4 MENGAPA MEROKOK ? 11


PEROKOK PASIF 18



KANDUNGAN RACUN DALAM ROKOK 33

Skop 5 B AHAY A ROK OK K EPADA TUBUH BADAN 40
Skop 6 FAEDAH TIDAK MEROKOK 56

Prakata

Menurut kajan Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia yang dijalankan pada
tahun 2011, prevalen merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan
ke atas adalah sebanyak 23.1% atau seramai 4.7 juta orang. Secara keseluruhannya,
kategori umur 25 hingga 44 tahun mencatatkan peratusan perokok yang tertinggi
iaitu sebanyak 29.0% dan kaum lelaki dari kategori umur ini mencatatkan peratusan
merokok yang tertinggi iaitu sebanyak 54.9%.

“Global NCD Target by 2025” oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mensasarkan
9 indikator yang perlu dicapai termasuk indikator berkaitan merokok iaitu penurunan
peratusan merokok sebanyak 30% menjelang tahun 2015. Bagi mencapai hasrat ini,
Kementerian Kesihatan Malaysia perlu merangka 2 program utama dan salah satunya
adalah program pencegahan bagi tujuan mencegah golongan bukan perokok
daripada terjebak ke dalam masalah ini.

Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS) telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Uniti dan Fakulti
Perkembangan Kanak-kanak, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam
pelaksanaan Pakej IMFree di sekolah rendah dan Pra Sekolah melalui sisipan dalam
Tunas Doktor Muda.

Melalui Pakej ini, kanak-kanak di didik dengan kemahiran yang sesuai dan persepsi
yang betul tentang bahaya serta kesan buruk tabiat merokok dan kemahiran menjaga
diri daripada terdedah kepada asap rokok.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
telah bekerjasama dalam pembangunan dan pelaksanaan program ini. Sumbangan
dan komitmen semua amat dihargai dan diharapkan kerjasama baik ini dapat
diteruskan pada masa akan datang.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Oktober 2015

Buku Lembaran Kerja IMFree

Panduan penggunaan buku lembaran kerja
Buku ini dapat digunakan sebagai panduan semasa aktiviti IMFree dalam PPDa
merentasi kurikulum dan pelan pengajaran sebagai panduan bersama dalam
pelaksanaan program. Guru dapat menggunakan aktiviti-aktiviti dalam buku ini
untuk membantu mengukuhkan pemahaman kanak-kanak mengenai bahaya
tabiat merokok dan asap rokok dalam program pencegahan amalan merokok
dalam kalangan murid sekolah rendah (IMFree).
Kandungan buku lembaran kerja
Buku ini mengandungi perkara-perkara berikut :

a. Objektif pembelajaran
b. Topik utama bagi skop
c. Subtopik

1 Buku Lembaran Kerja IMFree

BAHAN BANTU MENGAJAR IMFree BAGI MURID TAHUN 1

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Murid Tahun 1 memahami akan bahaya tabiat merokok.

TOPIK UTAMA BAGI SKOP

1. Kenali Rokok
2. Kandungan Racun Dalam Rokok
3. Rokok Merosakkan Tubuh Badan

SUB TOPIK :

1. Kenali Rokok

• Apa itu Rokok?
• Perokok Pasif
2. Kandungan Racun Dalam Rokok

• Jenis-jenis Racun

3. Rokok Merosakkan Tubuh Badan

• Bahaya Rokok Kepada Tubuh Badan
• Faedah Tidak Merokok

2 Buku Lembaran Kerja IMFree

MELALUI BAHAN BANTU MENGAJAR INI MURID AKAN DIDEDAHKAN
DENGAN SEGALA MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN ROKOK SEPERTI :
Skop 1 APA ITU ROKOK?

• Siapa itu Perokok?
• Rokok sangat berbahaya.
• Rokok menyebabkan ketagihan
• Rokok membazirkan wang

3 Buku Lembaran Kerja IMFree

LAMPIRAN
BAHAN BANTU MENGAJAR

IMFree BAGI MURID
TAHUN 1

4 Buku Lembaran Kerja IMFree

KAD IMBASAN 1 (Racun Dalam Rokok)

Objektif : Pendedahan awal kepada murid sekolah mengenai rokok /
jenis rokok.

Panduan : Menggunakan Kad Imbasan yang terdapat gambar rokok.
Masa : 15 minit
Sumber : Kad Imbasan
Tempat : Di dalam kelas atau di luar kelas

5 Buku Lembaran Kerja IMFree

Keterangan
Asap Kereta
1. Racun dalam asap kereta juga terkandung di

dalam asap rokok .
2. Namanya ialah gas Karbon Monoksida.
3. Kesan kepada kesihatan :

• Beracun apabila dihidu
• Boleh menyebabkan kematian
4. Elakkan menghidu asap rokok kerana ia
mengandungi gas Karbon Monoksida yang
berbahaya.

Keterangan
Racun Anai-anai
1. Bahan kimia di dalam rokok juga sama dengan

bahan kimia yang digunakan untuk membuat
racun anai - anai.
2. Ia juga berbahaya kepada tubuh manusia.

Keterangan
Ubat Gegat
1. Berbentuk biji yang mengandungi bahan kimia

yang dinamakan naftalin.
2. Racun dalam ubat gegat juga terkandung di

dalam asap rokok .
3. Ia boleh menyebabkan kegagalan sistem

penghadaman dan sistem saraf pusat pada tubuh
manusia.

Keterangan
Pencuci Lantai (Ammonia)
1. Cecair pencuci lantai yang digunakan untuk

membersihkan lantai mengandungi bahan kimia
beracun yang dikenali sebagai ammonia.
2. Ia juga berbahaya dan sangat beracun kepada
tubuh manusia.
3. Kandungan ammonia juga terdapat di dalam
asap rokok dan sebab itulah kita mesti
mengelakkan diri daripada menyedut atau
menghidu asap rokok.

Keterangan
Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
1. Tar yang ada dalam rokok sama seperti tar yang

digunakan untuk membuat jalan raya.
2. Tar mempunyai bahan kimia beracun yang boleh

menyebabkan kanser.
3. Tar yang ada di dalam rokok juga jika dihisap akan

memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh
kita.

6 Buku Lembaran Kerja IMFree

MARI MEWARNA

Skop : Apa Itu Rokok?
Tajuk : Ayah, Jangan Hisap Rokok Di hadapan Saya
Aktiviti : Mewarna gambar yang menunjukkan langkah pencegahan
menjauhkan diri daripada perokok.
Masa : 30 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i. Menyatakan bahaya menghisap rokok kepada kesihatan dan
kehidupan.

Isi :
i. Merokok menyebabkan penyakit.
ii. Asap rokok menyebabkan pencemaran.
iii. Asap rokok berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak.
v. Merokok membazirkan wang.

Langkah Pelaksanaan :
1. Guru mengedarkan kertas bergambar yang bertajuk “Ayah, Jangan
hisap rokok di hadapan saya”dan menerangkan tentang aktiviti.
2. Murid mewarna bahagian-bahagian gambar tersebut.
3. Soal jawab tentang asap rokok pasif.
4. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan dan
kehidupan.

7 Buku Lembaran Kerja IMFree

S1 MM1

MARI MEWARNA

8 Buku Lembaran Kerja IMFree

AKTIVITI SUAI PADAN 1

Tajuk : Kandungan Racun dalam Rokok
Aktiviti : Suai padan perkataan dengan gambar
Masa : 30 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyatakan pelbagai jenis racun yang terdapat di dalam
rokok.

Isi : Rokok mengandungi racun yang berikut :
• Ubat gegat
• Pencuci lantai
• Racun anai-anai
• Ubat nyamuk

Langkah :


1. G uru menerangkan tentang aktiviti.
2. M urid melakukan suai padan kepada setiap perkataan

dengan gambar.
3. S oal jawab tentang kandungan bahan di dalam rokok.
4. G uru merumuskan jenis-jenis racun dalam rokok yang boleh

menjejaskan kesihatan dan kehidupan.

9 Buku Lembaran Kerja IMFree

S1 SP1

Nama:_________________________ Kelas: __________________
Suaikan racun yang terkandung dalam rokok

Racun anai-anai
Pencuci lantai

Ubat gegat
Ubat nyamuk

10 Buku Lembaran Kerja IMFree

Skop 2 MENGAPA MEROKOK?

• Tidak tahu merokok adalah berbahaya.
• Terpengaruh dengan promosi jualan rokok yang menarik.
• Pengaruh daripada orang lain yang merokok.

11 Buku Lembaran Kerja IMFree

LAMPIRAN
BAHAN BANTU MENGAJAR

IMFree BAGI MURID
TAHUN 1

12 Buku Lembaran Kerja IMFree

TAYANGAN VIDEO “JANGAN MULAKAN”

Skop : Mengapa Merokok
Tajuk : Jangan Mulakan
Aktiviti : Tayangan video
Masa : 15 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i. Mengetahui bahaya merokok dan asap rokok pada diri dan
orang lain.
ii. Mengetahui merokok sangat berbahaya.
iii. Mengelak daripada terpengaruh dengan tabiat buruk
merokok.
Isi:
i. Merokok menyebabkan penyakit.
ii. Asap rokok menyebabkan pencemaran.
iii. Tidak cuba meniru perlakuan merokok orang dewasa.
Langkah Pelaksanaan :

1. Guru menayangkan video “Jangan Mulakan” berdurasi 3 minit
kepada murid.
2. Soal jawab tentang tayangan video serta kefahaman murid
terhadap mesej video yang ditayangkan.
3. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan
dan kehidupan.

13 Buku Lembaran Kerja IMFree

PAPAN CERITA VIDEO “JANGAN MULAKAN”

14 Buku Lembaran Kerja IMFree

PAPAN CERITA VIDEO “JANGAN MULAKAN” (SAMBUNGAN)

15 Buku Lembaran Kerja IMFree

SAMBUNG TITIK BERNOMBOR DAN MEWARNA

Objektif :

• Mengenali simbol larangan merokok
• Memahami dan mematuhi maksud dalam simbol lambang

rokok
Sumber : Lembaran Kerja, Pensel, Warna, Maklumat Sokongan Fasilitator.
Masa : 30 Minit
Tempat : Semasa program transisi tahun 1, Minggu PPDA, bahan

pengajaran guru dalam mata pelajaran matematik/seni visual.
Panduan Pelaksanaan :

1. Beri murid helaian yang mengandungi gambar tidak merokok.
2. Minta murid sambung titik dan mewarna.
3. Minta murid menerangkan mengenai gambar.
4. Guru membuat penerangan dan kesimpulan.

16 Buku Lembaran Kerja IMFree

S2 ST1

SAMBUNG TITIK BERNOMBOR & MEWARNA

17 Buku Lembaran Kerja IMFree

Skop 3 PEROKOK PASIF

• Kita akan berdepan dengan risiko penyakit jika terdedah pada
asap rokok.

• Jangan hidu sebarang asap rokok.
• Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
• Hidu asap rokok akan menyebabkan lelah / susah bernafas.

18 Buku Lembaran Kerja IMFree

LAMPIRAN
BAHAN BANTU MENGAJAR

IMFree BAGI MURID
TAHUN 1

19 Buku Lembaran Kerja IMFree

KAD IMBASAN 2 (Asap Rokok Pasif)

Objektif : Pendedahan awal kepada murid sekolah mengenai rokok/
jenis rokok.
Panduan : Menggunakan Kad Imbasan yang terdapat gambar rokok.
Masa : 15 minit
Sumber : Kad Imbasan
Tempat : Di dalam kelas atau di luar kelas

20 Buku Lembaran Kerja IMFree

Keterangan Keterangan
Kesan asap rokok pasif kepada orang Kesan asap rokok pasif kepada ibu
sekeliling yang mengandung
1. Asap rokok memberi kesan buruk 1. Ibu mengandung yang terdedah

kepada orang sekeliling terutama ahli kepada asap rokok boleh
keluarga. menyebabkan kelahiran anak yang :
• Tidak cukup bulan.
• Kurang berat badan.
• Mati selepas kelahiran.

Keterangan Keterangan

Kesan asap rokok pasif kepada kanak- Tindakan mencegah asap rokok pasif :
kanak
1. Kanak - kanak yang terdedah kepada Jauhi diri daripada perokok
1. Menjauhkan diri daripada orang yang
asap rokok boleh :
• Sakit dengan mengalami batuk, sedang merokok.

selesema serta jangkitan telinga,
hidung dan tekak.
• Mengalami asma.
• Mengalami masalah dalam
perkembangan paru - paru.

21 Buku Lembaran Kerja IMFree

Keterangan
Tindakan mencegah asap rokok pasif :
Tidak menghidu asap rokok
1. Menutup hidung

Keterangan
Tindakan mencegah asap rokok pasif :
Menegur perokok / memberi mesej
kepada perokok supaya tidak merokok
kerana asap rokok mengancam
kesihatan orang lain.
1. Menggunakan simbol “Katakan Tidak

Kepada Asap Rokok Pasif/ Sign of
Time”

22 Buku Lembaran Kerja IMFree

TAYANGAN VIDEO ANIMASI “ ASAP ROKOK SEKUNDER” (Second Hand
Smoke)

Skop : Perokok Pasif
Tajuk : “Asap Rokok Sekunder” (Second Hand Smoke)
Aktiviti : Tayangan video
Masa : 15 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i. Mengetahui bahaya asap rokok kepada diri dan orang lain.
ii. Mengetahui penyakit akibat asap rokok.
iii. Mengetahui kesan merokok kepada tubuh badan manusia.
iv. Mengekspresikan hak sebagai bukan perokok.
Isi :

i. Merokok menyebabkan penyakit.
ii. Pendedahan kepada asap rokok boleh mengundang

penyakit berbahaya.
iii. Kesan rokok kepada tubuh badan seperti paru-paru.
Langkah Pelaksanaan :

1. Guru menayangkan video “Asap Rokok Sekunder”
(Second Hand Smoke) berdurasi 15 minit kepada murid.
2. Soal jawab tentang tayangan video serta kefahaman murid

terhadap mesej video yang ditayangkan.
3. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan

dan kehidupan.

23 Buku Lembaran Kerja IMFree

PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “ ASAP ROKOK SEKUNDER ”

24 Buku Lembaran Kerja IMFree

PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “ ASAP ROKOK SEKUNDER ” (SAMBUNGAN)

25 Buku Lembaran Kerja IMFree

TAYANGAN VIDEO ANIMASI “ASAP ROKOK TERTIER” (Third Hand Smoke)

Skop : Perokok Pasif
Tajuk : “Asap Rokok Tertier” (Third Hand Smoke)
Aktiviti : Tayangan video
Masa : 15 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i. Mengetahui “Asap Rokok Tertier” (Third Hand Smoke)”

bahaya kepada manusia.
ii. Mengetahui bagaimana “Asap Rokok Tertier” (Third Hand

Smoke)” terjadi.
iii. Mengetahui tiada pendedahan yang selamat kepada asap
rokok.
Isi :

i. Asap rokok berbahaya kepada kesihatan.
ii. Partikel asap rokok sangat halus dan boleh memasuki rongga

pernafasan yang paling kecil.
Langkah Pelaksanaan :

1. Guru menayangkan video “Asap Rokok Tertier” (Third Hand

Smoke) berdurasi 3 minit kepada murid.
2. Soal jawab tentang tayangan video serta kefahaman murid

terhadap mesej video yang ditayangkan.
3. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan

dan kehidupan.

26 Buku Lembaran Kerja IMFree

PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “ASAP ROKOK TERTIER”

27 Buku Lembaran Kerja IMFree

AKTIVITI SUAI PADAN 2

Tajuk : Kesan Merokok Terhadap Kesihatan
Aktiviti : Suai padan gambar aktiviti merokok dengan gambar kesan

merokok.
Masa : 10 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i. Menyatakan bahaya menghisap rokok kepada kesihatan dan

kehidupan.
Isi :
i. Merokok menyebabkan penyakit.
ii. Asap rokok menyebabkan pencemaran.
iii. Asap rokok berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak.
iv. Merokok membazirkan wang.

Langkah :


1. Guru menerangkan tentang aktiviti.
2. Murid menyesuaikan setiap gambar aktiviti merokok dengan

gambar kesan merokok.
3. Soal jawab tentang perbuatan merokok dan kesannya.
4. Guru merumuskan kesan berbahaya merokok terhadap

kesihatan dan kehidupan.

28 Buku Lembaran Kerja IMFree

S3 SP2

Suaikan gambar dengan gambar tentang aktiviti merokok dan kesannya.

okok enutu idung
erokok atuk

sa rokok asi

e abisan ang

emba ir ang atu sakit
i arang erokok
SEKO LAH
29 Buku Lembaran Kerja IMFree
RUMAH

Seko a

MARI MEWARNA

Skop : Perokok Pasif
Tajuk : Asap Rokok Pasif
Aktiviti : Mewarna gambar yang menunjukkan langkah pencegahan
menjauhkan diri daripada perokok.
Masa : 30 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i. Menyatakan bahaya menghisap rokok kepada kesihatan dan

kehidupan.
Isi :
i. Merokok menyebabkan penyakit.
ii. Asap rokok menyebabkan pencemaran.
iii. Asap rokok berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak.
iv.Merokok membazirkan wang.
Langkah Pelaksanaan :
1. Guru mengedarkan kertas bergambar yang bertajuk “Jauhi diri

anda daripada asap rokok” atau ”Saya benci rokok” dan
menerangkan tentang aktiviti.
2. Murid mewarna bahagian-bahagian gambar tersebut.
3. Soal jawab tentang asap rokok pasif.
4. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan dan
kehidupan.

30 Buku Lembaran Kerja IMFree

S3 MM2

MARI MEWARNA

31 Buku Lembaran Kerja IMFree

S3 MM3

MARI MEWARNA

32 Buku Lembaran Kerja IMFree

Skop 4 KANDUNGAN RACUN DALAM ROKOK

• Ubat gegat
• Pencuci lantai
• Racun anai-anai
• Ubat nyamuk

33 Buku Lembaran Kerja IMFree

LAMPIRAN
BAHAN BANTU MENGAJAR

IMFree BAGI MURID
TAHUN 1

34 Buku Lembaran Kerja IMFree

TAYANGAN VIDEO ANIMASI “RACUN DALAM SEBATANG ROKOK”

Skop : Kandungan Racun Dalam Rokok
Tajuk : Racun Dalam Sebatang Rokok
Aktiviti : Tayangan video
Masa : 15 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
i. Mengetahui sekurang-kurangnya empat jenis racun

dalam rokok.
ii. Memahami racun rokok berbahaya kepada kesihatan.
Isi :
i. Murid diberi pendedahan tentang kandungan racun dalam

rokok.
ii. Kandungan racun yang terdapat dalam rokok seperti asap

kereta, ubat gegat, pencuci lantai dan tar.
Langkah Pelaksanaan :

1. Guru menayangkan video animasi “Racun Dalam Sebatang

Rokok” berdurasi 3 minit kepada murid.
2. Soal jawab tentang tayangan video serta kefahaman murid

terhadap mesej video yang ditayangkan.
3. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan

dan kehidupan.

35 Buku Lembaran Kerja IMFree

PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “RACUN DALAM SEBATANG ROKOK”

36 Buku Lembaran Kerja IMFree

PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “RACUN DALAM SEBATANG ROKOK”
(SAMBUNGAN)

37 Buku Lembaran Kerja IMFree

AKTIVITI SUAI PADAN 1

Tajuk : Kandungan Racun dalam Rokok
Aktiviti : Suai padan perkataan dengan gambar
Masa : 15 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyatakan pelbagai jenis racun yang terdapat di dalam
rokok.

Isi : Rokok mengandungi racun yang berikut :

• Ubat gegat
• Pencuci lantai
• Racun anai-anai
• Ubat nyamuk

Langkah :


1. Guru menerangkan tentang aktiviti.
2. Murid melakukan suai padan kepada setiap perkataan

dengan gambar.
3. Soal jawab tentang kandungan bahan di dalam rokok.
4. Guru merumuskan jenis-jenis racun di dalam rokok yang boleh

menjejaskan kesihatan dan kehidupan.

38 Buku Lembaran Kerja IMFree

S4 SP3

Nama:_________________________ Kelas: __________________

Namakan jenis-jenis racun yang terkandung di dalam rokok.

Racun anai-anai Ubat nyamuk

Ubat gegat Pencuci lantai

39 Buku Lembaran Kerja IMFree

Skop 5 BAHAYA ROKOK KEPADA TUBUH BADAN

• Nafas berbau
• Pakaian dan rambut busuk
• Gigi dan jari menjadi kuning
• Mata kemerah-merahan
• Ketagihan
• Mengantuk

40 Buku Lembaran Kerja IMFree

LAMPIRAN
BAHAN BANTU MENGAJAR

IMFree BAGI MURID
TAHUN 1

41 Buku Lembaran Kerja IMFree

KOMIK “SANG KANCIL YANG CERDIK”

Skop : Bahaya Rokok Kepada Tubuh Badan
Tajuk : Sang Kancil Yang Cerdik
Aktiviti : Sesi penceritaan di dalam kelas
Masa : 30 minit
Tahun : 1
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i. Memahami bahaya merokok
ii. Mengetahui kesan buruk merokok
Isi :

i. Murid diberi pendedahan tentang bahaya tabiat merokok.
ii. Murid diberi pendedahan tentang kesan buruk merokok kepada

tubuh badan manusia.
Langkah Pelaksanaan :

1. Guru mengadakan sesi bercerita dengan murid.
2. Soal jawab tentang cerita yang diceritakan serta kefahaman

murid terhadap mesej ceritayang hendak disampaikan.
3. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan

dan kehidupan.

42 Buku Lembaran Kerja IMFree

PAPAN CERITA KOMIK “SANG KANCIL YANG CERDIK”

43 Buku Lembaran Kerja IMFree

PAPAN CERITA KOMIK “SANG KANCIL YANG CERDIK” (SAMBUNGAN)

44 Buku Lembaran Kerja IMFree

AKTIVITI SUAI PADAN 2

Tajuk : Kesan Merokok Terhadap Kesihatan

Aktiviti : Suai padan gambar aktiviti merokok dengan gambar kesan
merokok.

Masa : 10 minit

Tahun : 1

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i. Menyatakan bahaya menghisap rokok kepada kesihatan

dan kehidupan.

Isi : • Merokok menyebabkan penyakit.
• Asap rokok menyebabkan pencemaran.
• Asap rokok berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak.
• Merokok membazirkan wang.

Langkah :


1. Guru menerangkan tentang aktiviti.
2. Murid menyuaipadan setiap gambar aktiviti merokok

dengan gambar kesan merokok.
3. Soal jawab tentang tabiat merokok dan kesannya.
4. Guru merumuskan kesan berbahaya merokok terhadap
kesihatan dan kehidupan.

45 Buku Lembaran Kerja IMFree


Click to View FlipBook Version