BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
1
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
2
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
BUNGA RAMPAI MELAYU KUNO
HIKAYAT BAKHTIAR
SEKOLAH MENENGAH RIMBA
1. ... “Ya Tuanku, adapun hukum Allah, Subhanahu wa-Taala itu, apabila ia membunuh, maka
dibunuh juga hukumnya dan jika ia memalu, maka akan dipalu juga akan dia. Sekarang patik
ini terpenjara tujuh belas hari, akan dipenjarakan pula ia tujuh belas hari, kemudian maka
kita jadikan dia menteri yang besar, supaya sampai hukumnya itu dan seperti sabda Nabi,
sallallahu wasallam, “Adapun yang sabar itu anak kunci pintu syurga.” Di dalam pada itu pun
lebih maklumlah tuanku.”
(muka surat 41)
(a) Siapakah yang berkata di atas dan siapa yang dimaksudkan dengan ‘tuanku’?
(b) Selepas kata-kata di atas dituturkan, apakah reaksi dan tindakan yang dibuat oleh orang
yang ditujukan itu?
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan “Adapun yang sabar itu anak kunci pintu syurga”?
(d) Berdasarkan petikan di atas, orang yang bertutur telah dipenjarakan selama 17 hari.
Apakah yang terjadi sehingga ia dihukum penjara?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang berkata ialah Bakhtiar, anak angkat kepada Saudagar Idris dan Siti Sara. Dia
merupakan putera kepada Raja Tu(h)a dan Permaisuri yang ditinggalkan di dalam hutan.
Manakala, ‘tuanku’ ialah Raja Tu(h)a iaitu raja yang memerintah negeri Semantera Indera
pada ketika itu.
(b) Raja Tu(h)a terus memeluk dan mencium Bakhtiar. Baginda memerintahkan agar Menteri
Tahkim dipenjarakan selama 17 hari sama seperti yang telah dialami oleh Bakhtiar. Jika
Menteri Tahkim sanggup menjalani hukuman tersebut, dia akan dilantik semula menjadi
menteri besar. Bakhtiar pun dilantik menjadi raja untuk menggantikan ayahandanya dan
digelar Sultan Bakhtiar. Akhirnya, Menteri Tahkim dibebaskan dan dilantik semula menjadi
Perdana Menteri.
(c) Ia bermaksud sifat sabar merupakan sifat yang paling mulia. Mereka yang mengamalkan
sifat ini akan dapat masuk ke Syurga.
(d) Hasad dengki merupakan punca kepada masalah ini. Bakhtiar telah dijadikan anak angkat
raja setelah dia berjaya menyelesaikan masalah seorang menteri yang sukar dijawab.
Setelah Bakhtiar menjadi anak angkat dan tinggal di istana, raja kurang mengambil
perhatian kepada menteri-menteri lain. Salah seorang menteri iaitu Menteri Tahkim sangat
iri hati kepada Bakhtiar lalu bercadang untuk menyingkirkan Bakhtiar. Dia memfitnah
Bakhtiar telah berlaku sumbang dengan dayang kesayangan raja. Baginda murka lalu
menuduh Bakhtiar mengkhianatinya dan meminta tuan kadi untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Akhirnya, tuan kadi mencadangkan agar Bakhtiar dipenjarakan
sementara waktu untuk membuat siasatan lanjut.
3
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
HIKAYAT SI MISKIN
SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN RAJA ISTERI
1. ... “Ya, tuanku, matilah rasaku ini, sangatlah sakit rasa tubuhku ini, maka tiadalah berdaya lagi,
hancurlah rasanya anggotaku ini.” Maka ia pun tersedu-sedu menangis.
Maka terlalu belas rasa hati isterinya melihat laku suaminya demikian itu.
(muka surat 45)
(a) Siapakah yang bertutur di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Bila dan di manakah petikan di atas dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang menyebabkan sehingga kata-kata di atas dituturkan?
(d) Ceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas.
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang bertutur ialah Si Miskin. Asalnya seorang raja keinderaan/kayangan bernama
Indera Angkasa tetapi telah disumpah oleh Batara Indera lalu dibuang ke bumi. Kata-kata
di atas ditujukan kepada isteri Si Miskin (yang tidak dinyatakan namanya).
(b) Ia berlaku pada waktu pagi ketika Si Miskin dan isteri berada di dalam hutan.
(c) Pada hari sebelumnya, Si Miskin berada di pasar untuk mencari rezeki (meminta sedekah.
Di sana, dia telah dilempar dengan batu dan dipukul dengan kayu oleh orang-orang yang
berada di pasar.
(d) Isteri Si Miskin berasa sangat sedih melihat keadaan suaminya pada ketika itu. Dia
mengubati suaminya dengan menggunakan daun kayu. Daun kayu tersebut dimamahnya
terlebih dahulu sebelum disapukan ke tubuh suaminya. Setelah beberapa lama, isteri Si
Miskin pun hamil tiga bulan. Dia mengidam untuk makan buah mempelam yang ada di
dalam taman raja. Si Miskin pun pergi mencarinya di pasar, tempat orang menjual buah
mempelam. Di sana, Si Miskin memohon supaya orang-orang di pasar dapat
memberikannya sebiji buah mempelam yang sudah busuk. Si Miskin berasa hairan
kerana orang-orang di pasar telah memberikan buah mempelam dan pelbagai jenis
makanan. Si Miskin terus pulang dan memberikan buah mempelam kepada isterinya.
Namun, isterinya tidak mahu makan kerana dia tetap berkehendakkan buah mempelam
yang ada di dalam taman raja. Setelah melihat kelakuan isterinya itu, Si Miskin pun
terpaksa pergi berjumpa dengan raja (Maharaja Indera Dewa) untuk meminta buah
mempelam. Raja telah memberikannya setangkai buah mempelam.
2. ... “Hai, segala ahlil nujum, lihat apalah di dalam nujum tuan-tuan sekalian apakah untung
malangnya anak dua bersaudara itu daripada baiknya dan jahatnya. Jikalau baik, engkau
katakan dan jikalau tiada baik, engkau katakan juga kepadaku, jangan takut mengatakan dia
dengan sebenarnya.”
4
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
Maka segala ahlil nujum pun menyembahlah dan sekaliannya maka lalu ia membuka
nujumnya sekaliannya itu. Maka masing-masing menggerakkan kepalanya serta dengan
tangisnya. ...
“Betapa halnya? Katakanlah olehmu dengan sebenarnya, jangan takut kepadaku,
kerana aku hendak mengetahui akan dia.”
...“Ya tuanku, syah alam, adapun selagi hidup anakanda dua bersaudara itu, nescaya duli
yang dipertuan tiada lalu sangat besar celakanya.”
(muka surat 54)
(a) Siapakah yang bertanya kepada ahli nujum?
(b) Bilakah dan di manakah peristiwa itu berlaku?
(c) Jelaskan peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata di atas dituturkan?
(d) Ceritakan dengan ringkas peristiwa yang berlaku selepas kata-kata di atas dituturkan.
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Maharaja Indera Angkasa bertanya kepada ahli nujum. Baginda ialah seorang maharaja /
raja di Negeri Puspa Sari. Sebelumnya, dikenali sebagai Si Miskin.
(b) Petikan di atas berlaku setelah Si Miskin menjadi raja. Pada ketika itu, ahli nujum datang
bersembah ke istana bagi menyatakan ramalan kedua-dua anak baginda yang bernama
Marakarmah dan Nila Kesuma.
(c) Ahli nujum telah diupah oleh Raja Negeri Antah Berantah untuk membuat ramalan palsu
mengenai kedua-dua orang anak Maharaja Indera Angkasa. Mereka menyatakan kedua-
dua anak raja itu akan membawa kecelakaan dan malapetaka yang besar kepada
baginda dan Negeri Puspa Sari.
(d) Maharaja Indera Angkasa mempercayai kata-kata ahli nujum itu. Baginda bertemu
isterinya dan menyatakan ramalan ahli nujum. Baginda mengambil keputusan untuk
membunuh kedua-dua anaknya iaitu Marakarmah dan Nila Kesuma. Namun, isteri
baginda mencadangkan agar mereka dibuang negeri sahaja. Baginda bersetuju dengan
cadangan isterinya lalu mengarahkan putera dan puterinya itu meninggalkan istana tanpa
membawa harta. Setelah kedua-dua anaknya meninggalkan istana, negeri Puspa Sari
ditimpa musibah dan menjadi miskin kerana terbakar tidak lama selepas itu.
Marakarmah dan Nila Kesuma pula mengembara dan tinggal di dalam hutan. Pada suatu
hari, Marakarmah menangkap seekor burung dan meminta api di sebuah dusun namun
dia dianggap pencuri lalu dilemparkan ke laut dan terdampar di pantai. Di sana, dia telah
ditemui oleh seorang puteri yang telah menjadi tawanan raksasa. Marakarmah berjaya
melepaskan puteri itu lalu mengahwininya. Adiknya pula telah ditemui oleh seorang
putera raja (Mengindera Sari) yang sedang berburu lalu dibawa pulang dan dijadikan isteri
dan Permaisuri.
Marakarmah dan isteri meneruskan perjalanan dan diselamatkan oleh nakhoda sebuah
kapal. Namun, nakhoda kapal terpikat kepada isteri Marakarmah. Dia lalu mengarahkan
anak buah kapal melemparkan Marakarmah ke laut. Marakarmah ditelan oleh ikan Nun
dan terdampar di pantai Negeri Palinggam Cahaya (negeri adik iparnya). Ikan Nun
5
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
tersebut ditemui oleh Nenek Kebayan. Nenek Kebayan membelah perut ikan Nun dengan
menggunakan daun padi. Setelah membelah perut ikan tersebut, Nenek Kebayan terkejut
melihat Marakarmah. Akhirnya, Marakarmah bertemu kembali isteri dan adiknya di Istana
Puspa Indera. Nakhoda kapal itu dihukum atas perbuatannya.
3. “Tinggallah baik-baik, jangan bersusah hati, bonda jangan bermuram durja, kelak
dimurkai oleh ayahanda. Adapun akan anakanda kedua ini sudahlah dengan untung
anakanda hendak menanggung duka nestapa dan melarat percintaan seumur hidup.
Tetapi adalah salah anakanda kepada bonda dan ayahanda sedikit, jikalau sekiranya dari
kecil mula anakanda kedua jangan dihidupkan, alangkah baiknya itu.”
(muka surat 57)
(a) Siapakah yang bertutur dalam petikan di atas dan siapakah yang dimaksudkan
dengan “anakanda yang kedua” itu?
(b) Siapakah yang yang dimaksudkan dengan “bonda” dan “ayahanda” dalam petikan di
atas?
(c) Apakah yang menyebabkan peristiwa di atas berlaku?
(d) Ceritakan dengan ringkas apakah peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas?
CONTOH JAWAPAN:
3.
(a) Orang yang bertutur ialah Maharaja Marakarmah iaitu anak kepada Maharaja Indera
Angkasa (Si Miskin) dan Tuan Puteri Ratna Dewi.
“Anakanda kedua” yang dimaksudkan ialah kedua-dua putera dan puteri Maharaja
Indera Angkasa iaitu Maharaja Marakarmah dan Tuan Puteri Nila Kesuma.
(b) “Bonda” ialah Tuan Puteri Ratna Dewi, manakala “ayahanda” ialah Maharaja Indera
Angkasa (Si Miskin). Mereka berdua ialah ibu dan ayah kepada Maharaja
Marakarmah dan Tuan Puteri Nila Kesuma.
(c) Pada suatu hari, Maharaja Indera Angkasa (Si Miskin) memanggil ahli-ahli nujum
seluruh negeri untuk datang dan membuat ramalan terhadap kedua-dua orang putera
dan puteri baginda iaitu Maharaja Marakarmah dan Tuan Puteri Nila Kasuma. Ahli
nujum dari negeri Antah Berantah telah membuat fitnah dan memberikan ramalan
palsu tentang kedua-dua anak baginda. Ahli nujum tersebut mengatakan bahawa
kedua-dua anak baginda akan membawa malang kepada negeri tersebut. Maharaja
Indera Angkasa mempercayai ramalan tersebut dan berhajat untuk membunuh
kedua-dua anaknya itu. Namun isterinya iaitu Puteri Ratna Dewi melarang baginda
untuk melakukan hal demikian dan merayu agar kedua-dua anak mereka itu tidak
dibunuh. Maharaja Indera Angkasa menghalau Maharaja Marakarmah dan Tuan
Puteri Nila Kesuma dari istana dan negeri tersebut.
(d) Marakarmah dan Nila Kesuma pula mengembara dan tinggal di dalam hutan.
Setelah tiga hari, Negeri Puspa Sari terbakar dan tiada apa-apa yang tinggal.
Maharaja Indera Angkasa sedar akan kesalahannya dan masuk ke dalam hutan
bersama isterinya untuk mencari kedua-dua orang anaknya.
6
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
Pada suatu hari, Marakarmah menangkap seekor burung dan meminta api di sebuah
dusun namun dia dianggap pencuri lalu dilemparkan ke laut dan terdampar di pantai.
Di sana, dia telah ditemui oleh seorang puteri yang telah menjadi tawanan raksasa.
Marakarmah berjaya melepaskan puteri itu lalu mengahwininya. Adiknya pula telah
ditemui oleh seorang putera raja (Mengindera Sari) yang sedang berburu lalu dibawa
pulang dan dijadikan isteri dan Permaisuri dengan nama Tuan Puteri Mayang
Mengurai.
Marakarmah dan isterinya meneruskan perjalanan dan diselamatkan oleh nakhoda
sebuah kapal. Namun, nakhoda kapal terpikat kepada isteri Marakarmah. Dia lalu
mengarahkan anak buah kapal melemparkan Marakarmah ke laut. Marakarmah
ditelan oleh ikan Nun dan terdampar di pantai Negeri Palinggam Cahaya (negeri adik
iparnya). Ikan Nun tersebut ditemui oleh Nenek Kebayan. Nenek Kebayan
membelah perut ikan Nun dengan menggunakan daun padi. Setelah membelah
perut ikan tersebut, Nenek Kebayan terkejut melihat Marakarmah. Akhirnya,
Marakarmah bertemu kembali isteri dan adiknya di Istana Puspa Indera. Nakhoda
kapal itu dihukum atas perbuatannya.
7
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
HIKAYAT HANG TUAH
SEKOLAH MENENGAH LAMBAK KIRI DAN
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB
1. Maka kata Hang Mahmud pada bininya “Adapun anak kita ini peliharakan baik-baik,
jangan diberi bermain jauh-jauh, kerana ia sangat nakal. Hendak pun kuserahkan mengaji,
mualim pun tiada. Lagi pula ia tiada tahu bahasa. Akan sekarang baiklah kita pindah ke
Bintan, kerana negeri besar, mualim pun banyak di sana.”
(muka surat 71)
(a) Siapakah “bini Hang Mahmud” dan “anak kita ini” dalam petikan di atas?
(b) Apakah peristiwa yang berlaku kepada Hang Mahmud sehingga menuturkan kata-kata di
atas?
(c) Nyatakan sebab-sebab Hang Mahmud mengajak “bini”nya berpindah ke Bintan.
(d) Jelaskan peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu, dan perkembangan “anak kita ini”
setelah berpindah ke Bintan.
CONTOH JAWAPAN
1.
(a) “Bini” Hang Mahmud ialah Dang Merdu. “Anak kita” ialah Hang Tuah.
(b) Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit dan cahayanya memenuhi kepala Hang
Tuah. Dia telah menceritakan mimpi itu kepada Hang Tuah dan Dang Merdu. Dang
Merdu telah melangiri dan memandikan Hang Tuah. Dia kemudian dipakaikan kain baju
dan destar serba putih serta diberi makan nasi kunyit dan telur. Hang Tuah juga telah
dibacakan doa selamat.
(c) Di Sungai Duyung, kehidupan Hang Mahmud dan keluarganya sangat miskin. Dia telah
mendengar mengenai raja di Bintan yang terlalu baik kepada rakyatnya. Bintan pula
sebuah negeri yang besar. Hal ini menyebabkan dia telah mengajak isterinya berpindah
ke sana supaya senang mencari makan. Sebab lain, di Sungai Duyung tidak ada mualim
yang dapat mengajar Hang Tuah. Dengan berpindah ke Bintan, Hang Tuah dapat belajar
kerana di sana ramai mualim.
(d) Hang Mahmud dan isterinya menyediakan kelengkapan dan belayar menuju ke Bintan. Di
Bintan dia membina rumah berhampiran dengan perkampungan Bendahara Paduka Raja.
Dia membuka kedai berjual makanan. Manakala Hang Tuah telah besar. Dia membantu
ayahnya mengambil dan menjual kayu api. Setelah berumur sepuluh tahun, dia
bersahabat baik dengan Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Hang
Tuah bersama 4 orang sahabatnya ini ke Pulau Tinggi dengan menggunakan perahu
lading. Dalam perjalanan, mereka terjumpa perahu musuh dan dapat menewaskan
musuh. Berita kehandalan mereka sampai ke pengetahuan Batin Singapura lalu
disampaikan kepada Bendahara Paduka Raja sewaktu mereka ke Bintan.
8
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
2. ...“Ya, tuanku, shah alam, sembah patik ini sembah derhaka. Hendak pun patik tiada
persembahkan perbuatan itu, akhirnya diketahui juga, lambat-laun jadi jahatlah nama patik
sekalian ke bawah duli yang dipertuan.”
(muka surat 91)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan apakah maksud petikan di atas?
(b) Siapakah yang dihubungkaitkan oleh penutur di atas dan apakah hubungannya dengan
“ke bawah duli yang dipertuan”?
(c) Apakah punca sehingga penutur di atas berkata demikian?
(d) Huraikan peristiwa-peristiwa yang berlaku setelah petikan di atas diungkapkan.
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Penutur ialah Pateh Kerma Wijaya, bekas Menteri Ratu Lasem dan berpindah ke Melaka
dan meminta perlindungan dan berkhidmat dengan Raja Melaka.
Maksud petikan ialah Pateh Kerma Wijaya hendak menyampaikan berita kepada Raja
Melaka tentang sesuatu perkara buruk yang berlaku di dalam istana. Perkara tersebut
perlu dikhabarkan kerana dia tidak mahu bersubahat. Dia juga tidak mahu membiarkan
perkara itu tanpa pengetahuan raja kerana dia pasti raja akan mengetahui juga perkara
tersebut akhirnya.
(b) Orang yang dimaksudkan ialah Hang Tuah. Hang Tuah ialah Laksamana. Dia merupakan
orang kepercayaan Raja Melaka dan sangat dikasihi oleh raja sehingga setiap keputusan
yang dibuat oleh raja dirujuk kepadanya.
(c) Pateh Kerma Wijaya sangat dengki kepada Hang Tuah kerana Raja Melaka sangat kasih
kepadanya. Raja tidak menghiraukan Pateh Kerma Wijaya dan para pembesar istana dan
segala masalah dirujuk kepada Hang Tuah. Perkara ini yang telah menimbulkan sakit dan
iri hati / dengki kepada Pateh Kerma Wijaya dan para pembesar istana sehingga mereka
membuat fitnah dan menganiaya Hang Tuah supaya Hang Tuah segera dibuang dari
Melaka.
(d) Pateh Kerma Wijaya memberitahu kepada Raja Melaka bahawa dia terlihat Hang Tuah
telah berbual-bual dengan seorang perempuan istana dan perkara itu berulang empat
hingga kelima kali. Raja Melaka murka dan memanggil Bendahara. Baginda menyuruh
Bendahara supaya membuang Hang Tuah kerana menderhaka kepada raja. Bendahara
menyempurnakan titah baginda. Akhirnya, Hang Tuah tahu bahawa dia telah difitnah oleh
Pateh Kerma Wijaya. Hang Tuah membawa diri ke Inderapura dan ingin melarikan Tun
Teja untuk dipersembahkan kepada Raja Melaka supaya Raja Melaka tidak lagi murka
kepadanya.
9
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
3. “Ya, tuanku, syah alam, sembah patik ini sembah derhaka. Hendakpun patik tiada
persembahkan perbuatan itu, akhirnya diketahui juga, lambat-laun jadi jahatlah nama patik
sekalian ke bawah duli yang dipertuan. Hendak patik persembahkan pun, patik takut, kata
orang banyak ke bawah duli yang dipertuan: Lihatlah Pateh Kerma Wijaya dengki akan
seorang hamba raja, melihat duli yang dipertuan sangat kasih akan hambanya itu. Maka
sebab itulah patik tiada berani berdatang sembah. Akan sekarang, adalah seperti pantun
orang: Pagar makan padi.”
(muka surat 91)
(a) Siapakah “tuanku, syah alam” dan “hamba raja” serta apakah yang dimaksudkan “pagar
makan padi” dalam konteks di atas?
(b) Jelaskan dengan ringkas dua perkara yang berlaku sebelum kata-kata di atas dituturkan.
(c) Ceritakan reaksi “tuanku syah alam” selepas kata-kata tersebut.
(d) Nyatakan cara/strategi “hamba raja” itu menebus kemurkaan “tuanku syah alam” sehingga
beliau diterima kembali oleh “tuanku syah alam” di istana.
CONTOH JAWAPAN:
3.
(a) “Tuanku syah alam’ ialah Raja Melaka. “Hamba raja” ialah Laksamana Hang Tuah.
“Pagar makan padi” pula bermaksud orang yang diharapkan telah berlaku curang, tiada
amanah.
(b) Pateh Kerma Wijaya memanggil beberapa orang menteri dengan tujuan untuk memfitnah
Hang Tuah. Beliau meminta semua menteri itu mengiyakan tentang apa yang akan
dipersembahkannya kepada raja. Mereka akan menyembahkan perkara itu kepada raja
ketika ketiadaan Bendahara dan sahabat-sahabat Hang Tuah.
(c) Ketika Raja Melaka duduk di bendul, Pateh Kerma Wijaya menyembahkan bahawa Hang
Tuah bermain-main dengan dayang kesayangan raja. Sembah Pateh Kerma Wijaya
disokong oleh para menteri yang hadir dengan mengatakan mereka sering bertemu Hang
Tuah berbual-bual dengan seorang perempuan (dayang yang paling dikasihi raja).
(d) Raja Melaka sangat murka setelah mengetahui yang Hang Tuah berbuat curang di istana,
lalu menitahkan Bendahara Paduka Raja membunuh Hang Tuah.
(e) Hang Tuah telah membawa diri ke Inderapura untuk memikat Tun Teja dan
mempersembahkannya kepada Raja Melaka kerana Raja Melaka sangat menginginkan
Tun Teja menjadi permaisurinya tetapi ditolak kerana dia sudah bertunang. Di sana Hang
Tuah tinggal bersama inang Tun Teja sehingga dia berjaya memikat Tun Teja. Beliau
berjaya membawa lari Tun Teja secara sukarela dan membawa ke Melaka. Di Melaka,
Tun Teja dipersembahkan kepada Raja Melaka lalu dijadikan permaisuri. Atas
kebaktiannya itu Hang Tuah diterima kembali di istana dan dikasihi oleh Raja Melaka.
10
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
4. ...“Ada pun aku ini dimurkai oleh duli yang dipertuan Melaka. Jika demikian, baiklah aku
mencari sesuatu kebaktian supaya aku boleh kembali ke Melaka, kerana duli yang dipertuan
Melaka terlalu amat berahi akan Tun Teja itu, malah keturunan Melaka. Jika demikian,
baiklah Tun Teja ini aku perdayakan, kubawa pulang ke Melaka, kupersembahkan kepada
baginda itu, supaya aku boleh kembali”.
(muka surat 104)
(a) Siapakah penutur kata-kata tersebut dan mengapakah kata-kata itu dituturkan?
(b) Apakah peristiwa yang telah berlaku sehingga si penutur berkata demikian?
(c) Siapakah Tun Teja? Jelaskan.
CONTOH JAWAPAN:
4.
(a) Penutur kata-kata tersebut ialah Hang Tuah, Laksamana Melaka.
Kata-kata itu dituturkan kerana Hang Tuah masih taat kepada Raja Melaka walaupun
baginda murka kepadanya akibat dianiayai oleh Pateh Kerma Wijaya. Hang Tuah juga
ingin berbakti kepada raja dengan membawa Tun Teja ke Melaka untuk dijadikan
permaisuri Raja Melaka. Dengan cara itu raja boleh memaafkan dan mengasihinya.
(b) Hang Tuah telah difitnah dan dianiaya oleh Pateh Kerma Wijaya sehingga menyebabkan
Raja Melaka murka. Hang Tuah disuruh oleh Bendahara Paduka Raja untuk
meninggalkan Melaka. Di perantauan, dia masih ingin berbakti kepada Raja Melaka
walaupun beliau telah dimurkai oleh raja dengan memujuk dan membawa lari Tun Teja
dari Inderapura ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja Melaka.
(c) Tun Teja ialah puteri kepada Bendahara Seri Buana di Inderapura. Tun Teja menolak
pinangan Raja Melaka. Dia telah bertunang dengan Megat Panji Alam Terengganu tetapi
dia tidak menyukainya. Tun Teja jatuh kasih kepada Hang Tuah dan mengikut Hang Tuah
lari ke Melaka. Hang Tuah menggunakan ilmunya supaya Tun Teja membencinya dan
menyukai Raja Melaka dan akhirnya berkahwin dengan Raja Melaka.
11
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
LEBAI MALANG
SEKOLAH MENENGAH SULTAN SHARIF ALI
1. “Baik aku balik mengambil tali kail, supaya dapat ikan. Lebih-lebih dijual, boleh dibuat
lauk. Serta aku bawa anjing perburuan, kalau tak dapat ikan, aku berburu pelanduk”.
(muka surat 169)
(a) Siapakah yang berkata-kata itu dan ketika bilakah kata-kata itu dituturkan?
(b) Apakah sebabnya si penutur berkata-kata demikian?
(c) Selepas si penutur berkata-kata itu, di manakah dia hendak pergi?
(d) Ceritakan dengan ringkas apakah berhasil maksud kata-katanya itu atau tidak?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang berkata-kata ialah Lebai Malang, yang dituturkan ketika dia berkayuh dengan
menggunakan sampan untuk pulang ke rumahnya selepas menghadiri kenduri.
(b) Dia telah kecewa kerana tidak dapat menghadiri kenduri di kedua buah tempat yang telah
menjemputnya. Dia tidak sempat menghadiri kenduri kerana gagal membuat keputusan
yang tegas untuk memilih tempat yang akan dihadirinya kerana sifat tamak dan
kebodohannya sendiri.
(c) Dia pun berkayuh pulang ke rumahnya. Di rumah, Lebai Malang pun mengambil nasi
sejuk yang dibungkus dengan upih pinang, kemudian sambal belacan yang disimpannya
di dalam tabong. Dia juga membawa tali kail dan membawa anjing perburuannya.
Kononnya, dia hendak memancing, tetapi, jika tidak beroleh ikan, dia akan berburu.
(d) Keinginan Lebai Malang untuk mengail ikan dan memburu binatang tidak berhasil kerana
nasibnya cukup malang. Nasi sejuk bekalannya telah dimakan oleh anjing, manakala,
sambal belacannya telah jatuh ke dalam air ketika dia hendak menyeluk nasinya ke dalam
air. Lebai Malang pun lapar. Segala maksudnya untuk mendapatkan ikan dan memburu
binatang terlepas begitu saja.
12
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
ABU NAWAS
SEKOLAH MENENGAH PERDANA WAZIR
1. ... “Hamba ini datang dari negeri Masir membawa dagangan masuk ke dalam negeri Baghdad
ini. Tiba-tiba hamba mendapat fitnah yang besar. Segala harta hamba habislah dirampas oleh
tuan kadi di dalam negeri ini.”
(muka surat 171)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapa kata-kata itu dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata itu dituturkan?
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Penutur kata-kata ialah anak Masir, seorang saudagar dari negeri Masir. Kata-kata
ditujukannya kepada seorang perempuan tua yang tinggal di Negeri Baghdad tidak jauh
dari tempat tinggal Abu Nawas.
(b) Kata-kata dituturkan di luar rumah perempuan tua, di Negeri Baghdad.
(c) Anak Masir datang ke Negeri Baghdad dan tinggal di sebuah kampung. Pada suatu
malam, ia bermimpi telah berkahwin dengan anak tuan kadi dengan mas kahwinnya
sekian-sekian. Berita tentang mimpinya itu telah sampai ke pengetahuan tuan kadi. Tuan
kadi lalu merampas harta anak Masir kerana kononnya untuk membayar mas kahwin
anaknya seperti yang dimimpikan. Anak Masir jatuh miskin. Dia lalu berjalan-jalan
meminta sedekah dan akhirnya sampai ke rumah seorang perempun tua.
(d) Perempuan tua pun membawa anak Masir berjumpa Abu Nawas. Setelah mengetahui
kedudukan sebenar, Abu Nawas pun menyuruh anak-anak muridnya pulang ke rumah
dan meminta agar mereka dapat membawa tukul, kapak, kayu, batu dan peralatan yang
lainnya pada malam itu. Setelah hari malam, Abu Nawas pun menyuruh mereka
memecahkan rumah kadi dan berpesan, jika sekiranya ada orang bertanya tentang
perkara tersebut, katakan Abu Nawas yang menghendaki mereka berbuat demikian.
Pada keesokan harinya, kadi pun mengadu hal tersebut kepada Sultan Baghdad. Abu
Nawas pun dipanggil dengan membawa anak Masir bersamanya. Setelah baginda sultan
bertanya, Abu Nawas pun menerangkan yang ia bermimpi bahawa kadi telah
menyuruhnya untuk memecahkan rumahnya. Abu Nawas juga menerangkan yang hukum
tersebut merupakan hukum kadi juga. Abu Nawas menceritakan perihal anak Masir yang
teraniaya itu. Sultan pun murka lalu melucutkan jawatan kadi. Semua harta kadi
dirampas dan diberikan kepada pedagang Masir. Pedagang Masir itu pun kembali ke
negerinya dengan selamat.
2. “Adapun hamba ini datang dari negeri Masir membawa dagangan masuk ke dalam
negeri Baghdad ini, maka alih-alih hamba mendapat fitnah yang besar sekali, tuan kadi itu
mengambil harta hamba semuanya.”
(muka surat 172)
13
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata itu dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata dituturkan?
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Penutur kata-kata ialah anak Masir, seorang saudagar dari Negeri Masir. Kata-kata
ditujukannya kepada Abu Nawas, anak kepada bekas kadi di Negeri Baghdad.
(b) Kata-kata itu dituturkan di rumah Abu Nawas yang terletak di Negeri Baghdad.
(c) Anak Masir datang ke Negeri Baghdad dan tinggal di sebuah kampung. Pada suatu
malam, ia bermimpi telah berkahwin dengan anak tuan kadi dengan mas kahwinnya
sekian-sekian. Berita tentang mimpinya itu telah sampai ke pengetahuan tuan kadi. Tuan
kadi lalu merampas harta anak Masir kerana kononnya untuk membayar mas kahwin
anaknya seperti yang dimimpikan. Anak Masir jatuh miskin. Dia lalu berjalan-jalan
meminta sedekah dan akhirnya sampai ke rumah seorang perempun tua. Perempuan tua
pun membawa anak Masir berjumpa Abu Nawas.
(e) Abu Nawas menyuruh perempuan tua dan anak Mesir pulang kerana ia sudah ada ikhtiar
untuk mengambil semula harta anak Mesir dari kadi. Abu Nawas pun menyuruh anak-
anak muridnya pulang ke rumah dan meminta agar mereka dapat membawa tukul, kapak,
kayu, batu dan peralatan yang lainnya pada malam itu. Setelah hari malam, Abu Nawas
pun menyuruh mereka memecahkan rumah kadi dan berpesan, jika sekiranya ada orang
bertanya tentang perkara tersebut, katakan Abu Nawas yang menghendaki mereka
berbuat demikian.
Pada keesokan harinya, kadi pun mengadu hal tersebut kepada Sultan Baghdad. Abu
Nawas pun dipanggil dengan membawa anak Masir bersamanya. Setelah baginda sultan
bertanya, Abu Nawas pun menerangkan yang ia bermimpi bahawa kadi telah
menyuruhnya untuk memecahkan rumahnya. Abu Nawas juga menerangkan yang hukum
tersebut merupakan hukum kadi juga. Abu Nawas menceritakan perihal anak Masir yang
teraniaya itu. Sultan pun murka lalu melucutkan jawatan kadi. Semua harta kadi
dirampas dan diberikan kepada pedagang Masir. Pedagang Masir itu pun kembali ke
negerinya dengan selamat.
3. “Baiklah engkau sekalian bersimpan kitab-kitab kamu ini dan pulanglah engkau
sekalian masing-masing ke rumahmu. Sediakan olehmu cangkul dan penggalu dan kapak dan
bakul dan batu dan datanglah engkau pada malam ini kepada kau serta membawa perkakas
itu sekalian.”
(muka surat 172)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapa kata-kata dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata di atas dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata dituturkan?
14
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
3.
(a) Penutur kata-kata ialah Abu Nawas, anak bekas kadi di Negeri Baghdad. Kata-kata
ditujukannya kepada anak-anak muridnya.
(b) Kata-kata dituturkan di rumah Abu Nawas, yang terletak di Negeri Baghdad.
(c) Anak Masir dan perempuan tua datang berjumpa dengannya meminta pertolongan. Anak
Masir itu menceritakan peristiwa malang yang berlaku kepadanya akibat perbuatan kadi
itu.
(f) Abu Nawas pun menyuruh anak-anak muridnya pulang ke rumah dan meminta agar
mereka dapat membawa tukul, kapak, kayu, batu dan peralatan yang lainnya pada malam
itu. Setelah hari malam, Abu Nawas pun menyuruh mereka memecahkan rumah kadi dan
berpesan, jika sekiranya ada orang bertanya tentang perkara tersebut, katakan Abu
Nawas yang menghendaki mereka berbuat demikian.
Pada keesokan harinya, kadi pun mengadu hal tersebut kepada Sultan Baghdad. Abu
Nawas pun dipanggil dengan membawa anak Masir bersamanya. Setelah baginda sultan
bertanya, Abu Nawas pun menerangkan yang ia bermimpi bahawa kadi telah
menyuruhnya untuk memecahkan rumahnya. Abu Nawas juga menerangkan yang hukum
tersebut merupakan hukum kadi juga. Abu Nawas menceritakan perihal anak Masir yang
teraniaya itu. Sultan pun murka lalu melucutkan jawatan kadi. Semua harta kadi
dirampas dan diberikan kepada pedagang Masir. Pedagang Masir itu pun kembali ke
negerinya dengan selamat.
4. “Ya, tuanku syah Alam, sebab pun patik suruh pecahkan rumah kadi, pada suatu
malam patik bermimpi, bahawasanya kadi datang kepada patik menyuruh patik memecahkan
rumahnya. Itulah sebabnya rumah itu patik pecahkan, ya tuanku syah Alam.”
(muka surat 173)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata dituturkan?
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata di atas dituturkan?
15
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
CONTOH JAWAPAN:
4.
(a) Penutur kata-kata ialah Abu Nawas, anak kepada bekas kadi di Negeri Baghdad. Kata-
kata ditujukannya kepada Sultan Harun Al Rasyid, seorang raja di Negeri Baghdad.
(b) Kata-kata itu dituturkan di istana Sultan Harun Al Rasyid, yang terletak di Negeri Baghdad.
(c) Abu Nawas pun menyuruh anak-anak muridnya pulang ke rumah dan meminta agar
mereka dapat membawa tukul, kapak, kayu, batu dan peralatan yang lainnya pada malam
itu. Setelah hari malam, Abu Nawas pun menyuruh mereka memecahkan rumah kadi dan
berpesan, jika sekiranya ada orang bertanya tentang perkara tersebut, katakan Abu
Nawas yang menghendaki mereka berbuat demikian. Pada keesokan harinya, kadi pun
mengadu hal tersebut kepada Sultan Baghdad. Abu Nawas pun dipanggil dengan
membawa anak Masir bersamanya.
(d) Setelah baginda sultan bertanya, Abu Nawas pun menerangkan yang ia bermimpi bahawa
kadi telah menyuruhnya untuk memecahkan rumahnya. Abu Nawas juga menerangkan
yang hukum tersebut merupakan hukum kadi juga. Abu Nawas menceritakan perihal
anak Masir yang teraniaya itu. Sultan pun murka lalu melucutkan jawatan kadi. Semua
harta kadi dirampas dan diberikan kepada pedagang Mesir. Pedagang Mesir itu pun
kembali ke negerinya dengan selamat.
5. “Ya, tuanku, Syah Alam, bahawa saya adalah seorang anak Masir datang ke dalam
negeri ini berniaga, sambil membawa hartanya terlalu banyak sekali. Pada suatu malam, ia
bermimpi kahwin dengan anak kadi ini dengan maharnya sekian-sekian. Khabar itu
terdengarlah kepada kadi, lalu ia pergi mendapatkan anak Masir itu meminta mahar anaknya
itu. Maka tiadalah mahu anak Masir memberi mahar anaknya itu, lalu dirampasnya segala
harta bendanya, hanyalah kain di badannya sahaja yang lepas.”
(muka surat 174)
(a) Siapakah penutur di atas dan kepada siapakah kata-kata di atas dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata itu dituturkan?
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
5.
(a) Penutur kata-kata di atas ialah Abu Nawas, anak kepada bekas kadi di Negeri Baghdad.
Kata-kata ditujukan kepada Sultan Harun Al Rasyid, seorang raja di Negeri Baghdad.
(b) Kata-kata itu dituturkan di istana Sultan Baghdad yang terletak di Negeri Baghdad.
(c) Sultan Baghdad bertanya tentang sebab Abu Nawas menghendaki anak muridnya
memecahkan rumah kadi. Abu Nawas mengatakan itu adalah ajaran kadi.
16
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
(d) Sultan pun murka lalu melucutkan jawatan kadi. Semua harta kadi dirampas dan
diberikan kepada pedagang Masir. Pedagang Masir itu pun kembali ke negerinya dengan
selamat.
17
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
HIKAYAT PANJI SEMIRANG
SEKOLAH MENENGAH PERDANA WAZIR
1. “Inilah persembahan Paduka Liku yang tiada dengan sepertinya yang diiringkan
dengan sembah sujud, disuruh Paduka Liku persembahkan Kebawah Duli Tuanku.”
(muka surat 178)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata itu dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata itu dituturkan?
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata di atas dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Penutur kata-kata ialah dayang-dayang Paduka Liku dan kata-kata itu dituturkan kepada
Permaisuri, isteri pertama kepada Raja Daha.
(b) Kata-kata itu dituturkan di istana permaisuri yang terletak di Negeri Daha.
(c) Paduka Liku berasa sakit hati kerana anak permaisuri, iaitu Galuh Cendera Kirana
dipinang oleh Raden Inu Kertapati. Anaknya, Galuh Ajeng menangis kerana cemburu dan
dengki kepada Galuh Cendera Kirana. Paduka Liku pun membuat tapai yang dibubuhnya
racun dan disusun di dalam bokor emas lalu menyuruh dayang-dayangnya menghantar
tapai itu kepada permaisuri.
(d) Permaisuri pun menerima tapai tersebut dan menyuruh dayang-dayangnya menyalin
bokor itu dan dayang-dayang Paduka Liku pun pulang ke istana. Setelah permaisuri
makan tapai tersebut, dia pun jatuh sakit. Tidak lama kemudian, permaisuri mangkat.
Raja Daha pengsan setelah mengetahui permaisuri mangkat, manakala, puterinya Galuh
Cendera Kirana berasa sedih. Setelah sedar dari pengsan, Raja Daha hendak
menyelidiki perkara sebenar daripada dayang-dayang istana. Baginda murka dan hendak
membunuh Paduka Liku. Namun, apabila terpandang wajah Paduka Liku, Raja Daha
menjadi lembut hati kerana terkena ilmu guna-guna Paduka Liku.
2. “Jikalau permaisuri memakan tapai itu, tak dapat pada hari itu juga ia akan mati.”
(muka surat 178)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata di atas dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata itu dituturkan?
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu dituturkan?
18
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Penutur kata-kata di atas ialah Paduka Liku, isteri ketiga kepada Raja Daha. Dia juga
merupakan ibu kepada Raden Galuh Ajeng.
Kata-kata itu dituturkan kepada dirinya sendiri.
(b) Kata-kata itu dituturkan di tempat kediamannya sendiri iaitu di istana Negeri Daha.
(c) Paduka Liku membuat tapai yang dibubuh racun dan menyuruh dayang-dayangnya untuk
memberikan tapai tersebut kepada permaisuri. Setelah dayang-dayang pulang, ia pun
menyuruh mereka menyembunyikan diri mereka. Hanya Galuh Ajeng dan Paduka Liku
sahaja di dalam puri itu.
(d) Peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu dituturkan ialah Paduka Liku memanggil
saudaranya, Menteri. Dia menyuruh Menteri mencarikannya ubat guna-guna agar tidak
dimurkai oleh Ratu Daha.
3. “Wah, anakku, baik-baik! Piatulah tuan pada hari ini dan pandai-pandailah tuan
memeliharakan diri dan tahu-tahulah tuan membawa tingkah-laku dan budi bahasa yang
lemah lembut dan janganlah membesarkan diri. Wah, anakku, ke manakah tuan tempat
mengadu?”
(muka surat 182)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata itu dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata dituturkan?
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
3.
(a) Penutur kata-kata ialah Mahadewi, isteri kedua kepada Raja Daha. Ia ditujukan kepada
Galuh Cendera Kirana, anak kepada Raja Daha bersama isteri pertamanya Permaisuri.
(b) Kata-kata itu dituturkan di istana Negeri Daha.
(c) Permaisuri, iaitu bonda Galuh Cendera Kirana telah mangkat akibat perbuatan khianat
Paduka Liku yang telah memberikan tapai yang dibubuh racun di dalamnya.
(d) Selepas kata-kata itu dituturkan, Sang Ratu (Raja Negeri Daha) murka setelah
mengetahui permaisuri mangkat. Sang Ratu hendak membunuh Paduka Liku tetapi
membatalkan hasratnya setelah dikenakan ilmu guna-guna oleh Paduka Liku.
19
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
4. “Pada hari inilah aku mengeluarkan nyawa Paduka Liku itu, supaya jangan hidup lagi.
Aku hendak memenggal kepalanya dan memotong tiga badannya, supaya puas rasa hatiku!”
(muka surat 184)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata itu dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata itu dituturkan?
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
4.
(a) Penutur kata-kata ialah Raja Daha, yang tinggal di Negeri Daha. Kata-kata dituturkan
kepada dirinya sendiri.
(b) Kata-kata itu dituturkan di istana Negeri Daha.
(c) Peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata itu dituturkan ialah permaisuri mangkat. Raja
Daha berasa marah lalu membuang bokor tapai tersebut. Segala binatang yang memakan
tapi itu pun mati di situ juga. Raja Daha pun segera mengambil pedang serta dihunusnya
lalu berjalan ke istana Paduka Liku.
(d) Paduka Liku mengambil sepah sirih itu. Apabila Sang Ratu melihat Paduka Liku, perasaan
marahnya bertukar menjadi sayang kepada Paduka Liku dan tidak ingat lagi akan
permaisuri yang sudah mangkat itu.
5. “Aduh, mamanda, tiada tahan rasanya anakanda ini menanggung sakit hati siang dan
malam dengan tiada terhingga. Sekarang anakanda berfikir hendak menghiburkan hati dengan
membuang diri, hendak pergi mengembara barang ke mana ditakdirkan Allah Subhanahu Wa
Taala, pada malam ini juga, tetapi jangan diketahui oleh isi negeri. Anakanda meminta kepada
mamanda menteri dan bonda sudi menyimpan rahsia ini, supaya jangan diketahui oleh
ayahnda Sang Ratu dan Paduka Liku, supaya Sang Ratu dengan Paduka Liku itu boleh hidup
manis bersama-sama dengan Galuh Ajeng yang sangat dikasihinya itu.”
(muka surat 186)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata itu dituturkan?
(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata itu dituturkan?
(d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu dituturkan?
20
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
CONTOH JAWAPAN:
5.
(a) Penutur kata-kata ialah Galuh Cendera Kirana, anak kepada Raja Daha bersama
Permaisuri (isteri pertamanya) dan dituturkan kepada Mahadewi dan memanda menteri.
(b) Kata-kata itu dituturkan di istana baginda di Negeri Daha.
(c) Raja Daha (Sang Ratu) tidak menyayangi dan mengendahkan puterinya, Galuh Cendera
Kirana setelah kemangkatan isteri pertamanya permaisuri.
(d) Ramai yang menyertai Galuh Cendera Kirana melarikan diri dari istana. Mereka membuat
khemah di antara negeri Daha dengan negeri Kuripan. Di situ, Galuh Cendera Kirana
menyamar menjadi lelaki dengan menggunakan nama Panji Semirang Asmarantaka.
21
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
HIKAYAT SERI RAMA
SEKOLAH MENENGAH PJN HAJI ABU BAKAR
1. “Ya, tuanku, tangkaplah kijang dua ekor itu akan permainan hamba.”
“Adapun kijang itu tiada dapat ditangkap hidup, nantilah, hamba panah keduanya.”
“Tiada hamba mahu akan dia mati, hanya hamba hendak dengan hidupnya juga.”
(muka surat 191)
(a) Siapakah “tuanku” dan “hamba” yang bertutur di atas serta apakah hubungan mereka
berdua?
(b) Apakah yang menyebabkan dialog di atas dituturkan?
(c) Terangkan perwatakan “Kijang Dua Ekor” tersebut?
(d) Adakah ‘tuanku’ menurut kehendak hamba tersebut? Ceritakan tindakan tuanku
seterusnya.
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) “Tuanku” ialah Seri Rama dan “hamba” ialah Sita Dewi. Hubungan mereka berdua ialah
suami isteri. Mereka tinggal di rimba Dandaka kerana dibuang negeri oleh Raja
Dasaratha selama 14 tahun. Mereka ditemani oleh saudara tiri bernama Laksamana.
(b) Mereka melihat ada dua ekor kijang yang sedang menari-nari dan melompat-lompat di
hadapan rumah Seri Rama sehinggakan Sita Dewi tertarik akan dua kijang tersebut dan
memujuk suaminya menangkap kijang tersebut hidup-hidup. Dia melarang suaminya
memanahnya kerana hendak menjadikannya sebagai permainan.
(c) “Dua ekor kijang” tersebut merupakan jelmaan kepada orang suruhan Maharaja Rawana
iaitu Mahaloka dan Perjangga Sura. Mereka dikehendaki untuk pergi ke rumah Seri
Rama dengan menjelmakan diri mereka menjadi kijang emas dan kijang perak. Maharaja
Rawana juga menyuruh mereka pergi ke hadapan rumah Seri Rama dengan menari-nari
dan berlompat-lompat di hadapan rumah Seri Rama.
(d) Seri Rama akhirnya mengikut kehendak Sita. Dia segera mengambil panah lalu turun dari
rumahnya untuk menangkap dua ekor kijang tersebut. Apabila Rama turun dari rumahnya,
dia pun memanggil Laksamana dan berpesan kepadanya supaya menjaga isterinya Sita
Dewi baik-baik. Setelah kijang tersebut melihat Seri Rama mengikuti mereka, kijang
tersebut pun lari dan terus diikuti oleh Seri Rama.
22
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
2. “Hai, menantu Dasaratha Maharaja, berilah palah kiranya barang yang
dianugerahkan kepada hambamu, kuambil.”
“Aku seorang berahmana terlalu miskin dan tiada aku dapat lalu dari sini kerana garis
Laksamana ini. Jikalau ada kurnia tuan puteri, mintalah hamba, unjukkan olehmu keluar garis
itu sedikit, terlalu besar pahalanya tuan puteri.”
(muka surat 193-194)
(a) Siapakah “aku” dan “tuan puteri” di atas? Di manakah dialog ini dituturkan?
(b) Mengapakah “aku” meminta “barang” tersebut?
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan “tiada aku dapat lalu dari sini kerana garis Laksamana
ini”? Siapakah yang dimaksudkan dengan “Laksamana” itu?
(d) Ceritakan peristiwa yang berlaku selepas itu.
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) “Aku” ialah Maharaja Rawana dan “tuan puteri” ialah Sita Dewi. Maharaja Rawana
menyerupai seorang berahmana dengan tujuan untuk membawa lari Sita Dewi. Sita Dewi
ialah isteri Seri Rama.
Dialog tersebut dituturkan di hadapan rumah Sita Dewi di dalam rimba Dandaka.
(b) “Aku” meminta barang (bunga yang ada di tangan Sita Dewi) tersebut kerana Maharaja
Rawana mengakui dirinya sebagai seorang pengemis. Tujuan lain adalah untuk
memperalatkan Sita Dewi agar Sita Dewi dapat mengeluarkan tangannya dari garisan
tersebut. Ini akan memudahkan Maharaja Rawana untuk membawa Sita Dewi lari.
(c) Maharaja Rawana tidak dapat merentasi garis yang dibuat oleh telunjuk Laksamana
kerana Laksamana telah berpesan kepada bumi untuk menangkap kaki orang yang
hendak melangkah garis yang dibuatnya itu.
Laksamana ialah adik tiri suami Sita Dewi yang dipesan oleh Seri Rama supaya menjaga
Sita Dewi ketika ketiadaannya. Disebabkan Maharaja Rawana meniru suara Seri Rama
yang meminta tolong dan menimbulkan kesusahan hati pada Sita Dewi, Sita Dewi pun
memujuk Laksamana agar dapat melihat keadaan Seri Rama walaupun Laksamana berat
hati untuk meninggalkannya seorang diri di dalam hutan. Ini kerana dia percaya bahawa
orang gagah dan berani seperti Seri Rama mustahil untuk meminta tolong. Akhirnya,
Laksamana pun pergi dengan air mata disebabkan pesan abangnya dan ia ditemani 4
orang hambanya.
(d) Sita Dewi pun berdiri di dalam garisan tersebut, tetapi apabila tangannya hendak
menyerahkan bunga tersebut, berahmana pun mengambil kesempatan untuk menangkap
tangan Sita Dewi, ditariknya dan dibawanya terbang ke udara. Maharaja Rawana dan Sita
Dewi pun diterbangkan oleh rata sakti hingga sampai ke Langkapura.
23
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
HIKAYAT AMIR HAMZAH
SEKOLAH MENENGAH SULTAN SHARIF ALI
1. “Hai Khoja Abdul Muttalib, budak inilah, yang membukakan ugama Nabi Muhammad,
Rasulullah, sallallahu alaihi wasallam dan ialah, yang menghukumkan tujuh penjuru dunia dan
ialah yang mengalahkan negeri yang besar-besar, semuanya negeri dalam hukumnya dan
takluk kepadanya, lagi semuanya memberi ufti kepadanya dan ialah, yang mengenakan
anting-anting kepada telinga segala pahlawan yang gagah-gagah, semuanya jadi hambanya
dan ialah seperti harimau lakunya di hadapan seterusnya.”
(muka surat 197)
(a) Siapakah orang yang bercakap dalam konteks ini dan ditujukan kepada siapa?
(b) Jelaskan siapakah “budak” yang dimaksudkan oleh penutur konteks ini?
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan “yang mengenakan anting-anting kepada telinga
segala pahlawan yang gagah-gagah” yang terdapat dalam konteks di atas?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang bercakap ialah Khoja Buzurjmir Hakim, iaitu menteri besar kepada raja Kobad
Syahriar yang dikhabarkan telah diarahkan oleh Raja Kobad untuk membunuh semua
perempuan yang mengandung dengan kandungan mereka sekali. Dia ialah seorang yang
dihormati dan dilayan sebagai seorang bijaksana di kebanyakan negeri.
Kata-kata ditujukan kepada Khoja Abdul Muttalib, iaitu seorang yang taat menjaga
Ka’abah Allah. Dia telah lama berdoa kepada Allah agar suatu hari nanti dia dikurniakan
seorang anak lelaki perkasa yang akan menegakkan agama Islam dan menentang
kekafiran.
(b) “Budak” yang dimaksudkan ialah Amirul-mukminin Hamzah atau lebih dikenali sebagai
Amir Hamzah. Dia merupakan anak lelaki kepada Khoja Abdul Muttalib. Namanya
diberikan kepadanya oleh Khoja Buzurjmir Hakim setelah mendapati terdapat tanda (tahi
lalat hijau) di antara kedua kening ‘budak itu’, yang menunjukkan dia memiliki tanda anak
cucu Nabi Ibrahim. Khoja Buzurjmir Hakim telah dapat meramalkan masa depan kanak-
kanak itu dan dia enggan membunuh Amir Hamzah malah menganggapnya sebagai
anaknya sendiri.
(c) Maksudnya, segala pahlawan yang gagah akan tunduk kepadanya atau menuruti segala
perintahnya mahupun memperhambakan diri kepadanya. Amir Hamzah bakal menjadi
pemimpin kepada tentera-tentera Islam yang memperjuangkan dan menyebarkan ajaran
Islam dan berperang untuk menentang kekafiran.
2. Kalakian Hamzah dan Umar Umaiyah pun pergilah bermain. Maka datang kepada
suatu rumah berhala, maka kata Umar Umaiyah:
“Hai Amir, tahukah engkau rumah apa ini?”
Maka kata Hamzah: “Aku tiada tahu.”
24
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
Maka kata Umar Umaiyah: “Rumah berhala. Kerana dalam rumah ini banyak berhala
emas, delapan puluh banyaknya.”
Maka kata Hamzah: “Mari kita melihat dia.”
(muka surat 199)
(a) Siapakah Hamzah dan Umar Umaiyah yang dimaksudkan dalam petikan di atas?
(b) Apakah yang dilakukan oleh Hamzah dan Umar Umaiyah selepas petikan di atas?
(c) Apakah reaksi Khoja Muttalib setelah mengetahui tentang perkara ini?
(d) Apakah tujuan Umar Umaiyah membakar rumah berhala itu?
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Hamzah ialah Amir Hamzah iaitu anak kepada Khoja Abdul Muttalib yang telah diberi
nama oleh Khoja Buzurjmir Hakim yang telah nampak bakat kepimpinan yang dimiliki
olehnya tatkala melawatnya sewaktu dia masih kecil. Dia merupakan watak penting dalam
hikayat ini dan bersama dengannya ialah Umar Umaiyah, iaitu anak kepada hamba Khoja
Abdul Muttalib iaitu Umar Umaiyah Zamhari. Mereka berdua sama-sama membesar dari
kecil sehingga mereka berusia 7 tahun.
(b) Amir Hamzah dan Umar Umaiyah pun mula membincangkan tentang apa yang akan
mereka lakukan terhadap berhala-berhala itu. Tetapi sebelum mengapa-apakan berhala
itu, mereka terlebih dahulu menangkap ajar-ajar yang menyembah berhala itu dan
menghentakkan mereka ke bumi sehingga retak tulang-tulangnya sampai semua ajar-ajar
itu terbunuh. Setelah Umar Umaiyah mencuri beberapa berhala emas dan memasukkan
ke dalam kocek, diapun membakar rumah berhala itu dan mereka berdua menikmati
temasya berhala dimakan api.
(c) Khoja Abdul Muttalib pun mulanya bertanya kepada Amir Hamzah untuk kepastian, lalu
dia pun memarahi Umar Umaiyah kerana telah beberapa kali diperingatkan agar tidak
memberikan ajaran yang salah kepada Amir Hamzah dan dia hampa kerana Umar
Umaiyah malah menunjukkan Amir Hamzah berbuat bencana.
(d) Bagi Umar Umaiyah, dia menunjukkan contoh yang baik iaitu menghentikan
penyembahan berhala berterusan iaitu perlakuan bukan orang beragama. Agar orang
tidak lagi menyembah berhala, kerana itulah mereka berdua membakar rumah berhala itu.
Umar Umaiyah dan Amir Hamzah sama-sama telah diramalkan akan menjadi orang yang
akan banyak berjasa di dalam dunia keislaman menentang kekafiran. Perbuatan mereka
itu jelas ditunjukkan oleh mereka kebenaran ramalan itu.
25
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
26
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN
BAB 1
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA OTHMAN, TUTONG
1. ... “Aku Ini bukannya dusta. Aku ini akan membuatkan isteri, bukannya akan mendustai saja,”
katanya. “Mun dayangku itu akan dibawa mulih, hindaku menyuruh, hindaku melepas akan.
Bila belum tentu hujung pohonnya, hindaku melepas mulih,” katanya lagi.
(muka surat 4)
(a) Siapakah yang berkata di atas dan siapakah yang dimaksudkan “dayangku” itu?
(b) Kepada siapakah kata-kata di atas ditujukan dan di mana?
(c) Ceritakan peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata di atas dilafazkan.
(d) Ceritakan peristiwa yang terjadi selepas kata-kata di atas dilafazkan.
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang berkata ialah Lamang Labai yang tinggal di Kampung Bukit Sinarubai. Dia
bekerja sebagai petani, berpadi bukit dan berkebun buah-buahan seperti biabas, jambu
dan sebagainya.
“Dayangku” ialah Dang Kasuma yang dikhabarkan cantik dan sering bertamu atau
berniaga di Tamu Pangkalan Tunan. Dang Kasuma merupakan tunangan kepada
Anggayan Damit.
(b) Kata-kata di atas ditujukan kepada orang-orang tua di kampung Dang Kasuma yang ingin
berunding dengan Lamang Labai untuk melepaskan Dang Kasuma.
Kata-kata di atas dilafazkan di tempat tinggal Lamang Labai di Kampung Bukit Sinarubai.
(c) Lamang Labai terdengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa terdapat seorang
gadis yang sangat cantik bernama Dang Kasuma. Setelah mendengar cerita itu, Lamang
Labai ingin mengetahui sejauhmana kecantikan Dang Kasuma lalu mengintai di hujung
titian Jalan Setapak yang dikatakan kerap dilalui oleh Dang Kasuma untuk pergi ke Tamu
Pangkalan Tunan. Lamang Labai juga melukis pelbagai lukisan di atas tanah untuk
menarik perhatian Dang Kasuma dengan membacakan ilmu pemikat bernama ilmu
Penuduh Burung, agar berjaya memikat dan menawan hati Dang Kasuma. Ketika Dang
Kasuma dan kawan-kawannya melintasi di titian itu, Dang Kasuma terpandang lukisan
yang dilukis oleh Lamang Labai. Ia berasa tertarik dan memuji lukisan tersebut. Sewaktu
asyik memerhatikan lukisan itu, Lamang Labai pun segera keluar dari tempat
persembunyiannya lalu melarikan Dang Kasuma ke rumahnya di Kampung Bukit
Sinarubai. Kawan-kawan Dang Kasuma yang melihat kejadian itu pun balik lalu
memberitahu orang tua-tua di kampung. Orang tua-tua di kampung pun pergi ke Bukit
Sinarubai untuk berunding dengan Lamang Labai agar dapat melepaskan Dang Kasuma.
27
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
(d) Orang tua- tua di kampung memberitahu Anggayan Damit bahawa tunangnya Dang
Kasuma telah dirampas oleh Lamang Labai. Akibatnya, terrjadilah peperangan di antara
Lamang Labai dengan Anggayan Damit yang bertujuan untuk mempertahankan hak dan
maruah masing-masing. Dalam peperangan tersebut, kedua-duanya menggunakan ilmu
dan senjata hikmat masing-masing tetapi Anggayan Damit tewas di dalam peperangan.
Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Anggayan Damit sempat berwasiat
kepada Lamang Labai agar dapat menjaga Dang Kasuma dengan baik dan jika mereka
beroleh anak lelaki dinamakan Awang kamaruddin dan anak perempuan Dang Kumala.
Setelah mengetahui abangnya Anggayan Damit meninggal dunia, Dang Kumala
memohon Lamang Labai membunuhnya. Lamang Labai akur dengan permintaan Dang
Kumala. Lamang Labai telah berkabung selama 40 hari 40 malam bagi menghormati
Anggayan Damit dan adiknya Dang Kumala.
28
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
BAB 2
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA OTHMAN, TUTONG
1. “Babu, pengantin sadang-sadang bersiap itutah akan kuhaga. Mun belum dayangku
itu bertunang, mun belum dayangku itu berpengantin, maka belumtahku kan ke sana”
“Awang! Jangantah kau ke sana awang. Di sini, arah kita ini bukannya kurang
kembang di taman, bukannya kurang mekar menawan. Suka hatimu saja, awang, memilih
menyunting. Suka hatimu saja, awang, menggatas menyeri.”
(muka surat 23)
(a) Siapakah “awang” dan “babu” yang dimaksudkan di atas dan di manakah kata-kata di atas
dituturkan?
(b) Apakah yang dimaksudkan “arah kita ini bukannya kurang kembang di taman, bukannya
kurang mekar menawan” dan siapakah “dayangku” yang dimaksudkan di atas?
(c) Jelaskan mengapakah babu melarang “awang” pergi mendapatkan “dayangku” itu?
(d) Ceritakan secara terperinci peristiwa yang berlaku selepas kata-kata di atas dilafazkan
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) “Awang” ialah Awang Kamruddin, seorang raja di Negeri Timur. Anak kepada Lamang
Labai dan Dang Kasuma.
Manakala, “babu” ialah Dang Kasuma, isteri kepada Lamang Labai dan ibu kepada
Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.
Kata kata dituturkan di Panggau Gading Tujuh Ringkat/Tingkat Istana Besar Bukit
Sinarubai, Negeri Timur.
(b) Maksudnya ialah di Negeri Timur tempat tinggal Awang Kamaruddin, memang terdapat
ramai gadis yang cantik dan telah meningkat remaja.
“Dayangku” ialah Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, seorang puteri dari Negeri Jawa,
anak kepada Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai dan tunang kepada Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti.
(c) Dang Kasuma melarang Awang Kamaruddin pergi ke negeri Jawa untuk mendapatkan
Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa kerana Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sudah
bertunang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan akan melangsungkan
perkahwinannya tidak lama lagi dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Dang Kasuma juga tidak mahu sesuatu perkara buruk berlaku kepada anaknya itu
(peperangan) memandangkan tunang kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa itu
merupakan seorang pendekar dan bertapa semenjak kecil lagi di Bukit Si Guntang-
guntang dan berguru dengan Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu.
(d) Walaupun dilarang oleh ibunya Dang Kasuma, Awang Kamaruddin masih tetap berkeras
untuk pergi ke negeri Jawa dengan alasan untuk menguji kekuatannya. Akhirnya, Dang
29
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
Kasuma mengalah dan menurut sahaja kemahuan Awang Kamaruddin. Dang Kasuma
juga memberikan Awang Kamaruddin pakaian persalinan dan langir pertapaan Lamang
Labai yang ditapakan selama sembilan tahun, sembilan bulan dan sembilan hari. Dang
Kasuma mengarahkan Awang Kamaruddin mandi menggunakan langir pertapaan itu.
Selepas berhias, Awang Kamaruddin pun pergi menemui adiknya Dang Kumala di
Panggau Gading Sembilan Ringkat/Tingkat bagi memaklumkan pemergiannya ke Negeri
Jawa itu di samping mengarahkan Dang Kumala untuk membuatkannya sirih pinang
sekapur dan sigup bergulung sebagai bekalannya ke Negeri Jawa nanti.
30
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
BAB 3
SEKOLAH MENENGAH PAP HAJAH RASHIDAH, LUMUT
1. “Bah dangansanak, maritah, “ katanya. “Iya dangansanak, maritah. Tinggi sudah
matahari. Karang nda kita datang ke tanah subarang. Batah maka kita datang.”
(a) Siapakah penutur dan ditujukan kepada siapa? (muka surat 33-34)
(b) Ke manakah mereka pergi dan apa tujuan mereka ke sana?
(c) Mengapakah dialog ini dituturkan, berikan alasannya?
(d) Apakah perasaan ibu Awang Kamaruddin (Dang Kasuma) apabila mengetahui Awang
Kamaruddin tetap dengan pendirian ke Negeri jawa untuk merampas tunangan orang dan
berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (tunangan Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa)?
(e) Apakah yang mereka lakukan setiba mereka di Kuala Negeri Jawa?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Penuturnya ialah Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin ialah anak Lamang Labai dan
Dang Kasuma. Adiknya Dang Kumala. Tinggal di Bukit Sinarubai. Dia seorang yang
tampan, bujang, tubuhnya bidang nipis, kelakuannnya lemah lembut, suka menolong
orang bila diperlukan, kegemarannnya bermain gasing di Bukit Pergasingan. Berguru
daripada Raja Jin Tujuh Beradik di Gadung Batu di Bukit Si Guntang atas wasiat ayahnya
Lamang Labai.
Ditujukan kepada Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu. Awang Sukaim sepupu
sebelah ibunya, tinggal Bukit Surau dan Si Bujang Laila Bongsu ialah sepupu sebelah
ayahnya, tinggal di hulu Sungai Sunda.
(b) Mereka pergi ke Negeri Jawa, tempat tinggal Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Tujuan mereka ke sana adalah untuk membantu Awang Kamaruddin merampas Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa dari tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan
seterusnya ingin menguji kekuatan ilmu Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti
dengan cara berperang dengan Tuan Pemagat dan pengikut-pengikutnya.
(c) Dialog ini dituturkan kerana Awang Kamaruddin ingin mereka segera berangkat ke Negeri
Jawa supaya mereka tidak lewat sampai. Selain itu, mereka juga tidak boleh melengah-
lengahkan masa yang ada kerana mereka ada hajat tertentu.
(d) Dang Kasuma berasa risau dan khuatir kerana bimbang akan keselamatan anaknya
Awang Kamaruddin. Lebih-lebih lagi, dia tahu tunangan Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa adalah seorang pendekar yang kuat, hebat, sakti serta bertapa dengan Tuan Puteri
Si Raksasa Anak Hantu. Awang Kamaruddin juga pergi ke sana dalam jangka masa yang
panjang iaitu selama tiga bulan sepuluh hari.
(e) Mereka telah meruntuhkan dan membinasakan Bantang Mara Baginda Wari Tujuh lapis di
Kuala Negeri Jawa dengan menggunakan ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti.
31
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
Setelah itu barulah mereka masuk ke dalam Istana Besar di Negeri Jawa. Di sana,
mereka telah sampai di anjung pembujangan Raja Muda Indera Bongsu. Kedatangan
mereka disambut oleh Raja Muda Indera Bongsu. Setelah itu, Awang Kamaruddin
berhasrat untuk menemui Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
2. “Dayangku, bungaku, “ katanya dengan sangau-sangau manis suara. “Tidurtah
pulangkau di dalam ini. Jikalau tidur, jagatah dari Bantal Suraga. Jikalau bangun, banguntah
dari bantal Anggunan”.
“Maka tatkala kedatangan itu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sedang berbedak
berpacar di dalam panggau kerana esok harinya dia akan pengantin. Maka dia pun menyahut,”
Munku nda salah dengar, kakakku Raja Muda,” katanya.
“Iya, aku dayangku.”
“Masuktah kak, ke mari. Bila ada hati kan naik, baik tah naik.”
(muka surat 38)
(a) Siapakah yang berkata selaku Raja Muda dan ditujukan kepada siapa? Jelaskan bilakah
dan di manakah peristiwa itu berlaku?
(b) Nyatakan, mengapakah Awang Kamaruddin itu melakukan penyamaran dengan cara
meniru suara Raja Muda dan jelaskan hubungannya dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa?
(c) Nyatakan bagaimanakah cara Awang Kamaruddin tersebut menukar atau meniru suara
Raja Muda Indera Bongsu?
(d) Jelaskan mengapakah Awang Kamaruddin itu membacakan ungkapan ‘menimbulkan
akan hati yang suka menimbulkan hati yang kasih’? Jelaskan fungsinya.
(e) Ceritakan dengan terperinci peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas.
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Awang Kamaruddin berkata selaku Raja Muda dan ditujukan kepada Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa. Peristiwa berlaku di Panggau Gading Sembilan Ringkat, Istana Besar
Negeri Jawa, iaitu di bilik peraduan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
(b) Awang Kamaruddin berbuat demikian agar dibenarkan masuk oleh Tuan Puteri Bongsu
kerana jika dia menggunakan suaranya, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sudah
setentunya tidak akan membenarkannya masuk memandangkan Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa tidak begitu mengenalinya.
Awang Kamaruddin ialah sepupu dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
(c) Awang Kamaruddin menggunakan ilmu kesaktiannya. Ia berdeham-deham sebanyak 3
kali berturut-turut serta menghentakkan kakinya. Kemudian Awang Kamaruddin pun
membuat penyamaran dengan meniru suara Raja Muda Indera Bongsu agar dia dapat
masuk ke bilik Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
32
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
(d) Ungkapan ini digunakan oleh Awang Kamaruddinuntuk memikat Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa. Fungsi menteranya adalah untuk menghilangkan rasa benci dan marah
orang lain terhadapnya. Akhirnya orang yang terkena itu akan menyukai, jatuh hati serta
kasih apabila melihat orang yang membacakan mantera itu.
(e) Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa terkejut apabila terlihat Awang Kamaruddin. Pada
mulanya dia berasa sopan dan malu serta gugur rasa tangkai hatinya apabila melihat
Awang Kamaruddin selajur pengsan. Tetapi, apabila ia sedar dari pengsannya,
perasaannya itu telah berubah (timbul kasih sayangnya) kerana Awang Kamaruddin telah
membacakan ilmu pemikat iaitu penuduh burungnya. Disebabkan itu, dia telah sanggup
duduk bermesra-mesraan iaitu duduk bertemu kepala lutut bersama Awang Kamaruddin
sambil bersigup sehinggalah lewat malam.
33
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
BAB 4
SEKOLAH MENENGAH PAP HAJAH RASHIDAH, LUMUT
1. “Bismillah aku memerah langirku,” katanya membaca kesaktiannya dalam hati, langir
dari ayahnya: langir bertapa akan sembilan tahun sembilan bulan sembilan hari, jangkanya
bongkas sehari ini. “Bismillah bukanku memerah langirku, aku memerah jantung tangkai hati
dangankusanak di Tanjung Keinderaan; akukan mengambil, akan menggatas bunganya,
temannya; aku kan menjunjung, aku kan mengambil temannya!”
(muka surat 49)
(a) Siapakah yang berkata dalam petikan di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Mengapakah ‘aku’ memerah langir pertapaan dengan menyebut nama “dangansanak’?
(c) Apakah yang berlaku sebelum dan selepas dialog di atas dilafazkan?
(d) Adakah Awang Kamaruddin berpuas hati dengan hasil uasahanya memikat Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang berkata ialah Awang Kamaruddin. Dia ialah anak kepada Lamang Labai dan
Dang Kasuma. Adiknya Dang Kumala. Tinggal di Kampong Bukit Sinarubai. Awang
Kamaruddin seorang yang tampan, bujang, tubuhnya bidang nipis, kelakuannya lemah
lembut, suka menolong orang apabila diperlukan. Kegemarannya bermain gasing di Bukit
Pergasingan. Berguru daripada Raja Jin Tujuh Beradik di Gadung Batu di Bukit Si
Guntang atas wasiat bapanya Lamang Labai.
Ditujukan kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Dia ialah anak kepada Tuan Puteri
Permaisuri Intan Mas Surai dan Raja Jawa di Negeri Jawa. Abangnya Raja Muda Indera
Bongsu. Seorang yang cantik dan menjadi tunangan kepada Tuan Pemagat Bongsu
Baginda Indera Sakti.
(b) ‘Aku’ memerah langir pertapaan menyebut nama “dangansanak’ kerana ia (Awang
Kamaruddin) hendak memikat hati “dangansanak’ yang bernama Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa. Ia berharap agar ‘dangansanak’ itu menyukai, jatuh hati serta kasih
kepadanya.
(c) Sebelum dialog diucapkan, Raja Muda Indera Bongsu memandikan Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa. Selepas itu, ia lalu mengarahkan Awang Kamaruddin untuk memandikan
adiknya tersebut. Awang Kamaruddin mengikut sahaja perintah Raja Muda Indera
Bongsu tersebut. Selepas dialog di atas, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menggigil
kesejukan akibat terkena ilmu pemikat Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin menegur
perbuatan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa tersebut kerana ditakuti kononnya Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa tidak akan jadi melangsungkan perkahwinannya. Padahal,
Awang Kamaruddin berkata sedemikian untuk menyembunyikan perbuatannya (yang
hendak merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa). Raja Muda Indera Bongsu
tersenyum apabila melihat Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menggigil kesejukan kerana
34
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
mengetahui niat Awang Kamaruddin hendak mendapatkan Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa.
(d) Dia berpuas hati dengan hasil usahanya tersebut kerana segala rancangan telah dibuat
dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan hasilnya juga ada.
2. “Dui, mengapa kau dayang?” kata Awang Kamaruddin bertanya.
“Iya kakak, dingin!”
“Iya dayang, jangan dingin-dinginan, jangan sejuk-sejukan. Ndakan bukan-bukan.
Ndakan berpengantinan kamu karang.”
“Iya kaka, nda berlaku, sejuk!”
Maka terus tekidum Raja Muda Indera Bongsu.
(muka surat 50)
(a) Jelaskan hubungan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Awang Kamaruddin dan Raja
Muda Indera Bongsu.
(b) Bila dan di manakah peristiwa ini berlaku?
(c) Mengapakah Awang Kamaruddin memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan
jelaskan mengapa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa berasa sangat sejuk?
(d) Apakah fungsi langir yang digunakan oleh Awang Kamaruddin itu?
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Mereka bertiga ialah saudara bersepupu kerana ibu Awang Kamaruddin (iaitu Dang
Kasuma) dan ibu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Raja Muda Indera Bongsu (iaitu
Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai) adalah adik- beradik.
(b) Peristiwa ini berlaku ketika acara mandi langir diadakan sebelum Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Tuan Pemagat Bongsu
Baginda Indera Sakti. Ia diadakan di bilik permandian kepunyaan Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa, di Istana Besar Negeri Jawa.
(c) Awang Kamaruddin memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa kerana disuruh oleh
Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai (ibu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa) dan Raja
Muda Indera Bongsu. Awang Kamaruddin menurut sahaja kehendak mereka bagi
memudahkan hasratnya untuk merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa berasa kesejukan kerana Awang Kamaruddin telah
menggunakan langir yang dibawanya sendiri dari negeri Timur untuk memandikan Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa tersebut. Ia juga telah membacakan ilmu
pemikat/pengasihnya ketika memerah langir di atas kepala Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa tersebut.
35
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
(d) Langir itu berfungsi untuk memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sebelum
berlangsungnya majlis perkahwinan di antara Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Ia juga digunakan untuk memikat hati Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa.
36
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
BAB 5
SEKOLAH MENENGAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG
1. “Iya dangansanak! Andang-andang hajatku dari tanah subarang ke mari akan
menggatas kembang di tapak tangan bigar di hujung jari.”
(muka surat 57)
(a) Siapakah yang menuturkan kata–kata di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Nyatakan dengan jelas tempat kata–kata di atas dituturkan.
(c) Apakah hajat sebenar penutur kata-kata di atas?
(d) Ceritakan peristiwa yang berlaku selepas kata-kata di atas dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang menuturkan ialah Awang Kamaruddin iaitu anak kepada Lamang Labai dan
Dang Kasuma, seorang raja di Negeri Timur dan tinggal di Istana Besar Kampung Bukit
Sinarubai, Negeri Timur.
Kata-kata ditujukan kepada Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti iaitu tunang
kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Berasal dari Tanjung Keinderaan tetapi
tinggal dan bertapa semenjak kecil lagi di Bukit Si Guntang-guntang dan berguru dengan
Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu.
(b) Kata-kata di atas dituturkan di tempat duduk di ruang persandingan di Panggau
Penganggunan, Istana Besar Negeri Jawa. Ia berlaku ketika Awang Kamaruddin duduk di
sebelah kanan pengantin perempuan iaitu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti pula didudukkan oleh Awang Kamaruddin di
sebelah kiri.
(c) Hajat sebenar Awang Kamaruddin adalah untuk merebut tunangan Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti iaitu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa untuk dijadikan
isterinya. Selain itu, Awang Kamaruddin juga berhajat untuk menguji sejauh mana
kekuatan ilmu yang dipelajarinya daripada Raja Jin Tujuh Beradik dengan beradu tenaga
dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
(d) Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti berasa amat marah kepada Awang
Kamaruddin sehingga berlangsungnya peperangan di antara mereka berdua.
Peperangan bermula di dalam istana. Mereka kemudiannya beralih ke halaman istana
setelah dikehendaki berbuat demikian oleh Raja Muda Indera Bongsu kerana ditakuti
ramai yang tercedera. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti bertambah marah
dan memaki-maki Awang Kamaruddin serta mengarahkan Awang Kamaruddin untuk
turun ke tanah bagi meneruskan peperangan. Sebagai persediaan, Awang Kamaruddin
pun berhias dan memakai pakaian persalinan sebelum turun ke tanah. Peperangan
diteruskan di beberapa buah tempat iaitu di Bukit Perhentian, Gunung Mega Berangkat,
Bukit Tunan dan di Gunung Mahabiru. Sewaktu berperang, mereka sempat berehat
kerana kehausan.
37
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
2. “Dangansanak, jangan kamu bertikam di sini ini, di halaman. Banyak orang mati
karang. Baik kita keluar.”
(muka surat 60)
(a) Siapakah yang bertutur dalam petikan di atas dan siapakah yang dimaksudkan dengan
“kamu” tersebut?
(b) Nyatakan di manakah tempat apabila kata-kata tersebut dituturkan?
(c) Mengapakah penutur tidak menyuruh “kamu” untuk bertikam di tempat itu?
(d) Mengapakah penutur seolah-olah tidak mahu terlibat dalam pertengkaran tersebut?
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Orang yang bertutur ialah Raja Muda Indera Bongsu iaitu abang kepada Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa dan anak kepada Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai yang
tinggal di Negeri Jawa.
“Kamu” ialah Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
(b) Tempat kata-kata dituturkan ialah di Panggau Penganggunan, Istana Besar Negeri Jawa
semasa majlis persandingan berlangsung di antara Tuan Pemagat Bongsu Baginda
Indera Sakti dan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
(c) Raja Muda Indera Bongsu tidak mahu rakyat jelata yang tidak berdosa akan terkorban.
Selain itu, perkelahian itu juga akan menyebabkan harta benda di dalam istana
mendapat kerosakan yang teruk.
(d) Raja Muda Indera Bongsu seolah-olah tidak mahu terlibat dalam pertengkaran tersebut
kerana dia mempunyai pertalian saudara dengan kedua-duanya. Awang Kamaruddin
ialah sepupunya, manakala,Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti pula ialah
tunang kepada adiknya.
3. “Hey! Nda adaku memberi aying. Kau anjing binatang! Jangan kau berpinta aying ke
mari. Aying kami ini.”
(muka surat 62)
(a) Siapakah yang menuturkan kata-kata di atas dan ditujukan kepada siapa? Siapakah pula
yang dimaksudkan dengan “kami” ini?
(b) Jelaskan tempat kata-kata tersebut dituturkan?
(c) Mengapakah penutur kata-kata di atas tidak mahu memberikan air kepada orang yang
ditujukan?
(d) Apakah yang dilakukan oleh orang yang ditujukan dalam usahanya untuk mendapatkan
air tersebut?
38
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
CONTOH JAWAPAN:
3.
(a) Orang yang menuturkan kata-kata ialah Tuan Puteri Raksasa Anak Hantu iaitu guru
kepada Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang tinggal di Bukit Si Guntang-
guntang Hulu Negeri Jawa.
Kata-kata ditujukan kepada Awang Kamaruddin iaitu abang kepada Dang Kumala dan
anak kepada Lamang Labai dan Dang Kasuma.
“Kami” ialah Tuan Puteri Raksasa Anak Hantu dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti.
(b) Tempat bagi kata-kata di atas dituturkan ialah di wasai yang dijaga oleh Tuan Puteri
Raksasa Anak Hantu yang terletak tidak jauh dari tempat tinggal Tuan Puteri Si Raksasa
di Bukit Si Guntang-guntang di Hulu Negeri Jawa.
(c) Tuan Puteri Raksasa Anak Hantu tidak mahu memberikan air tersebut kepada Awang
Kamaruddin kerana dia berasa amat marah kepada Awang Kamaruddin yang sedang
beradu tenaga dengan anak murid didikannya iaitu Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti. Dengan memberikan air tersebut seolah-olah dia telah memberikan bantuan
kepada Awang Kamaruddin. Oleh itu, dia sama sekali tidak mahu memberikan air
tersebut kepada Awang Kamaruddin yang dianggapnya sebagai musuh kerana dia tidak
mahu Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti tewas dalam peperangan tersebut.
(d) Awang Kamaruddin telah berusaha untuk memujuk Tuan Puteri Raksasa Anak Hantu bagi
mendapatkan air tersebut. Namun, Tuan Puteri Si Raksasa tetap enggan memberikan air
tersebut kepada Awang Kamaruddin. Oleh itu, Awang Kamaruddin mengambil inisiatif
untuk menanggalkan cincin Permata Mutika Buminya sebagai pembayaran/pertukaran
kepada air tersebut. Malangnya Tuan Puteri Raksasa Anak Hantu tidak mahu menjual air
tersebut kerana baginya air tersebut tiada nilainya dan adalah kepunyaannya serta anak
murid kesayangannya iaitu Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Setelah gagal
memujuk Tuan Puteri Raksasa Anak Hantu, Awang Kamaruddin akhirnya mengambil
gayung lalu meminum air tersebut sebanyak 3 kali teguk sehingga terasa kenyang.
Badannya yang lemah telah menjadi kuat bertenaga semula walaupun tanpa kebenaran
Tuan Puteri Si Raksasa.
39
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
BAB 6
SEKOLAH MENENGAH SULTAN HASSAN BANGAR TEMBURONG
1. “Aduh! Kakak palah bermain perang di kampung orang. Baiktah dangansanak kita ke
sana, membantu perang kakakku. Mangkali kakakku matitah ia pakah,” katanya. Maka ia pun
berhias seperampun pahlawan. Bertambah baik bertambah bisai rupa parasnya, imbas-
imbasan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa jua.
(muka surat 66)
(a) Siapakah yang menuturkan kata-kata di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Jelaskan tempat kata-kata dalam konteks di atas dituturkan?
(c) Bagaimanakah dia mengetahui “kakak” bermain perang di sana?
(d) Ceritakan secara ringkas bagaimanakah dia dan mereka membantu “kakak” dalam
peperangan tersebut?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang menuturkan kata-kata ialah Dang Kumala iaitu adik kepada Awang
Kamaruddin yang mempunyai ilmu yang lebih hebat daripada Awang Kamaruddin. Dia
merupakan anak kepada Lamang Labai dan Dang Kasuma yang tinggal di Istana Besar
Bukit Sinarubai Negeri Timur.
Kata-kata ditujukan kepada sepupu-sepupunya iaitu Dang Siti Noralam, Dang Siti Kumala
Indera Sakti, Dang Dara, Dang Darni, Dang Bongsu dan Dang Indah Bulan.
(b) Tempat bagi kata-kata dalam konteks di atas ialah di dalam Panggau Gading Sembilan
Ringkat/Tingkat di Istana Besar Bukit Sinarubai di Negeri Timur.
(c) Dang Kumala mengetahui Awang Kamaruddin bermain perang dengan Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti melalui ilmu kesaktiannya. Ketika itu dia mempunyai
firasatnya bahawa kakandanya (abangnya) Awang Kamaruddin telah memanggilnya
untuk meminta pertolongan dalam peperangan tersebut dengan cara menghentakkan
kakinya sebanyak 3 kali ke bumi.
(d) Dang Kumala dan sepupu-sepupunya dapat membantu Awang Kamaruddin dengan
mencari kelemahan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Kelemahan Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang dimaksudkan ialah tentang nyawanya yang
terdapat pada Anak Batu Pertapaan. Anak Batu Pertapaan ini disimpan oleh Tuan Puteri
Si Raksasa Anak Hantu di Bukit Si Guntang-guntang di Hulu Negeri Jawa.
Dang Kumala menjelma menjadi angin, manakala sepupunya Dang Bongsu pula
menjelma menjadi hujan untuk menuju ke Istana Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu di
Bukit Si Guntang-Guntang bagi mendapatkan Anak Batu Pertapaan. Apabila sampai di
sana mereka melalui Lawangan Sembilan Satar yang berumbai-rumbai dengan tabir Dasu
sederhana Kudandang Kuning Sembilan lapis, setelah itu terus menuju ke tirai kelambu
Tuan Puteri Si Raksasa yang sedang tidur di tepi Bantal Keturunan dengan Anak Batu
Pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
40
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
Selepas itu Dang Bongsu pun mengambil Anak Batu Pertapaan tersebut tanpa disedari
oleh Tuan Puteri Si Raksasa, lalu hujan dan angin pun berhenti dan mereka berdua pun
menuju semula ke Gunong Maha Biru. Apabila sampai di sana mereka meminta kepada
Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti untuk berehat
dahulu dan berdamai, akan tetapi Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti enggan
berbuat demikian kerana berasa amat malu dan terhina jika berdamai dengan Awang
Kamaruddin.
Tanpa disedari oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan Awang
Kamaruddin, Dang Kumala pun mengambil keris senjata aluk sembilan dari punggung
Awang Kamaruddin. Keris tersebut lalu diasah dengan menggunakan Anak Batu
Pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin pun dapat
menewaskan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti apabila tusukan kerisnya
terkena ke tangkai hati Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti pun lalu tumbang ke arah paha Awang Kamaruddin.
2. “Kamu anjing binatang! Bukan kami kan menyambut. Kenapa kami jua. Mun ganya
kamu, belum kami mati.”
(muka surat 69)
(a) Siapakah yang berkata di dalam petikan ini dan siapakah yang dimaksudkan dengan
“kamu” itu?
(b) Jelaskan tempat bagi kata-kata tersebut dituturkan?
(c) Mengapakah “kami” berkata dengan takbur kepada “kamu”?
(d) Ceritakan apa yang terjadi kepada “kami” selepas menuturkan kata-kata tersebut?
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Orang yang berkata ialah Anak Raja Betara Kala Tiga beradik iaitu pengikut Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
“Kamu” ialah Dang Siti Noralam. Dang Siti Noralam merupakan sepupu kepada Dang
Kumala yang tinggal di Kampong Bukit Surau. Anak kepada Dang Kasuma Mata dan juga
merupakan adik kepada Awang Sukaim.
(b) Tempat bagi kata-kata tersebut dituturkan ialah di kawasan Gunong Maha Biru iaitu
tempat berlakunya peperangan di antara pengikut-pengikut Awang Kamaruddin dengan
pengikut-pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
(c) Anak Raja Betara Kala tiga beradik berkata dengan takbur kepada Dang Siti Noralam
kerana merasakan yang Dang Siti Noralam tidak sekuat dan sehandal mereka.
Tambahan pula, Dang Siti Noralam seorang perempuan dan amat mudah untuk
ditewaskan oleh 3 orang lelaki seperti mereka.
(d) Anak Raja Betara Kala tiga beradik tidak mahu mengaku kalah walaupun dipujuk oleh
Dang Siti Noralam. Dang Siti Noralam pun tidak mempunyai pilihan lain lalu
41
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
menghunuskan parangnya dan mengenakan kerisnya tersebut di hujung jari manis
mereka. Bulu roma mereka pun terus meremang dan kesejukan lalu terus jatuh ke tanah
serta meninggal dunia di tempat tersebut.
3. “Kakak, bangunitah ia, Pemagat. Hidup akantah ia, kakakku itu. Jangantah
dibatah akan, dibantang akan di sini ini,”.
(muka surat 73)
(a) Siapakah yang menuturkan kata-kata dalam konteks di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Nyatakan dengan jelas tempat kata-kata di atas dituturkan?
(c) Bagaimanakah Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti boleh tewas di dalam
peperangan tersebut?
(d) Mengapakah “kakak” di awal dialog tersebut menghidupkan semula musuh perangnya
itu?
CONTOH JAWAPAN:
3.
(a) Orang yang menuturkan kata-kata ialah Dang Kumala iaitu adik kepada Awang
Kamaruddin dan anak kepada Lamang Labai dan Dang Kasuma.
Ia ditujukan kepada Awang Kamaruddin iaitu orang yang telah merampas Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa daripada tunangannya Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti. Awang Kamaruddin juga merupakan anak kepada Lamang Labai dan Dang
Kasuma, seorang raja di Negeri Timur yang tinggal di Istana Besar Bukit Sinarubai Negeri
Timur.
(b) Kata-kata dituturkan di kawasan Gunong Maha Biru di tempat Awang Kamaruddin dan
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti sedang berperang.
(c) Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti tewas di dalam peperangan tersebut apabila
ilmu kekebalannya telah diketahui oleh Dang Kumala dan Dang Bongsu. Mereka telah
menjelma menjadi angin dan hujan dengan mengambil Anak Batu Pertapaan miliknya
daripada Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu yang sedang tidur di Istananya di Bukit Si
Guntang-guntang. Setelah itu Dang Kumala mengasah Anak Batu Pertapaan tersebut
kepada keris Awang Kamaruddin iaitu Keris senjata aluk sembilan tanpa disedarinya.
Kemudian, keris tersebut digunakan oleh Awang Kamaruddin untuk menusuk tangkai hati
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
(d) Awang Kamaruddin menghidupkan semula musuh perangnya itu iaitu Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti atas permintaan adiknya Dang Kumala yang menghendaki
mereka berdamai. Selain itu, Awang Kamaruddin juga ingin menuntut janji Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti yang kononnya hanya akan menyerahkan isterinya jika ia
mati dahulu. Hal inilah yang menyebabkan Awang Kamaruddin menghidupkan Tuan
Pemagat semula dan ternyata janjinya tersebut ditunaikan oleh Tuan Pemagat Bongsu
Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin juga berbuat demikian hanya untuk
membuktikan kepada Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti bahawa ia lebih
kuat/sakti daripada Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
42
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
BAB 7
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASSAN
1. “Dui awangku, bungaku! Matitah pakah Awangku Tanjung Keinderaan.”
“Babu, hinda. Balik sudah ia.”
“Iya awang, jangan dimatihi benar.”
“Iya babu,hinda. Iya sipun jua berperang.”
“Iya, kebilangan bunyinya awangku di Tanjung Keinderaan, besar-besar di
pertapaan. Mengapa tersingkir jua beperang?”
(muka surat 76)
(a) Siapakah yang berdialog dan di manakah dialog di atas dituturkan?
(b) Siapakah ‘Awangku Tanjung Keinderaan’ dalam konteks di atas?
(c) Jelaskan peristiwa yang berlaku sebelum dialog di atas dituturkan.
(d) Ceritakan dengan ringkas peristiwa yang berlaku selepas konteks di atas.
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang berdialog ialah Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai iaitu ibu Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa dan Raja Muda Indera Bongsu yang tinggal di Istana Besar Negeri
Jawa.
Ditujukan kepada Awang Kamaruddin, iaitu anak kepada Lamang Labai dan Dang
Kasuma, seorang raja di Negeri Timur yang tinggal di Istana Besar Bukit Sinarubai di
Negeri Timur. Ia juga merupakan anak saudara Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai.
Dialog di atas dituturkan di dalam Panggau Gading Sembilan Ringkat iaitu bilik Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa di Istana Besar Negeri Jawa.
(b) “Awangku Tanjung Keinderaan” ialah Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti iaitu
anak kepada Raja Pemagat dan Tuan Puteri Permaisuri Kumala Bongsu. Dia juga
merupakan abang kepada Tuan Puteri Kumala Bongsu (Dang Bongsu) . Berasal dari
negeri Tanjung Keinderaan tetapi tinggal di Bukit Si Guntang-guntang kerana berguru
dengan Tuan Puteri Si Raksasa anak Hantu semenjak kecil lagi. Tunang kepada Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa semenjak kecil.
(c) Awang Kamaruddin hendak merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa daripada Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Ketika majlis persandingan di antara Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Sakti dan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa berlangsung,
Awang Kamaruddin telah melapiskan jari manisnya di bawah tapak tangan Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Indera Sakti dengan tujuan agar dialah yang berkahwin dengan Tuan
Puteri Bongsu Kumala Jawa dan bukannya Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Awang Kamaruddin juga telah mendudukkan Tuan Pemagat Bongsu Indera Sakti di
43
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
sebelah kiri Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa manakala dia sendiri duduk di sebelah
kanan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti
berasa marah kerana dia mengetahui niat sebenar Awang Kamaruddin. Terjadilah
peperangan di antara Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Sakti.
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti tewas dalam peperangan tersebut dan
dihidupkan kembali oleh Awang Kamaruddin. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera
Sakti menyerahkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa kepada Awang Kamaruddin dan
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti balik ke negeri Tanjung Keinderaan. Awang
Kamaruddin balik ke Istana Besar Negeri Jawa dan disuruh berjumpa dengan Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa di Panggau Gading Sembilan Ringkat.
(d) Awang Kamaruddin bergurau senda bersama Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa di dalam
panggau. Awang Kamaruddin dan Tuan Puteri Kumala Bongsu hendak pulang ke negeri
Timur. Raja Muda Indera Bongsu juga turut serta ke negeri Timur. Mereka menggunakan
Ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti. Setelah sampai di Bukit Sinarubai, mereka
masuk ke Istana Besar dan terus berjumpa dengan ibunya Dang Kasuma di Panggau
Gading Tujuh Ringkat/Tingkat.
2. “Iya dayangku, bungaku, dayangku adi seorang. Maritah kita mulih ke Negeri
Timur.”
“ Kakakku hinda dibawa?”
“Iya dayang, dibawa.”
“Babuku?”
“Babumu biartah sini. Sini tinggal di Negeri Jawa. Kita mulih. Mulih berdatang jua
kita ke mari.”
“Iya kakak, jangan batah mulih ke sana.”
“Iya dayang, hinda. Kala-kala ke mari jua.”
(muka surat 77)
(a) Siapakah yang berdialog dalam konteks di atas dan di manakah dialog itu dituturkan?
(b) Siapakah ‘kakakku’ dalam konteks di atas dan mengapakah ‘kakakku’ dibawa balik?
(c) Ceritakan dengan ringkas peristiwa sebelum dialog di atas dituturkan.
(d) Ceritakan dengan ringkas kesudahan cerita di atas.
44
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Orang yang berdialog ialah Awang Kamaruddin dan isterinya Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa.
Awang Kamaruddin ialah anak kepada Lamang Labai dan Dang Kasuma, seorang raja di
Negeri Timur yang tinggal di Istana Besar Bukit Sinarubai Negeri Timur.
Manakala, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa ialah seorang puteri dari Negeri Jawa dan
merupakan anak kepada Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai.
Dialog dituturkan di Panggau Gading Sembilan Ringkat iaitu bilik peraduan Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa di Istana Besar Negeri Jawa.
(b) “Kakakku” ialah Raja Muda Indera Bongsu anak kepada Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas
Surai. Abang kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Tinggal di negeri Jawa.
“Kakakku” dibawa balik ke negeri Timur kerana dia hendak meminang adik Awang
Kamaruddin iaitu Dang Kumala.
(c) Awang Kamaruddin berada di Negeri Jawa kerana hendak merampas Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa dari tunangnya Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Hal ini telah
menyebabkan berlakunya peperangan di antara Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat
Bongsu Baginda Sakti. Dalam peperangan tersebut, Tuan Pemagat Bongsu Baginda
Indera Sakti telah tewas dan mati terbunuh, tetapi telah dihidupkan kembali oleh Awang
Kamaruddin. Setelah dihidupkan semula, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti
telah mengaku kalah dan telah menyerahkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa kepada
Awang Kamaruddin seperti yang dijanjikan. Selesai peperangan, Awang Kamaruddin
telah mengajak isterinya Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pulang ke Bukit Sinarubai iaitu
di negeri Timur.
(d) Awang Kamaruddin, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Raja Muda Indera Bongsu
pun balik ke Negeri Timur. Mereka menggunakan ajung Awang Kamaruddin iaitu Ajung Si
Lancang Kuning Si Naga Sakti. Mereka melintasi Bantang Mara Baginda Wari tujuh lapis
di kuala Negeri Jawa ketika mereka keluar dari Istana Besar Negeri Jawa. Mereka juga
telah melintasi laut sejata ombak si labu. Setelah sampai di Bukit Sinarubai, mereka
terus masuk ke dalam Istana Besar. Awang Kamaruddin mempelawa Raja Muda Indera
Bongsu dan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa untuk berjumpa dengan ibunya Dang
Kasuma di Panggau Gading Tujuh Ringkat/Tingkat.
45
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
BAB 8
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASSAN
1. “Iya dayang, keluar akan padah akan bila ada. Tunjuk akan, kami menghaga.
Bandar mana, negeri mana pebaik, kami menghaga.”
“Iya kakak, nda ada.”
“Bila hinda ada, dayangku kubunuh.”
“Bunuhtahku tu. Mana ingin hati. Nda ada. Nda belaku.”
“Iya, bila dayangku pandai ia membesar akan dirinya.”
(muka surat 90)
(a) Namakan watak-watak yang sedang berbual serta di manakah tempat berlakunya
peristiwa di atas?
(b) Jika diperhatikan melalui konteks di atas, berlaku satu konflik yang melibatkan watak yang
lain. Siapakah watak tersebut dan ceritakan apakah kejadian yang berlaku sehingga
membawa kepada konflik di atas?
(c) Huraikan dengan ringkas pertengkaran yang bakal berlaku selepas konteks ini dituturkan.
(d) Selepas berlakunya pertengkaran, salah seorang watak berjaya mengharungi
pertengkaran. Namun adakah misi beliau sudah selesai? Cuba terangkan.
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) Watak-watak yang sedang berbual itu ialah Awang Kamaruddin iaitu anak kepada
Lamang Labai dan Dang Kasuma, seorang raja di Negeri Timur yang tinggal di Istana
Besar Bukit Sinarubai Negeri Timur.
Watak seterusnya ialah Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu iaitu anak kepada Raja
Betara Kala dan merupakan guru kepada Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti
yang tinggal di Bukit Si Guntang-guntang di Hulu Negeri Jawa.
Peristiwa di atas berlaku di Istana Besar Bukit Si Guntang-guntang di Hulu Negeri Jawa,
kepunyaan Tuan Puteri Si Raksasa.
(b) Watak tersebut ialah Dang Siti Noralam, iaitu anak kepada Dang Kasuma Mata yang
berasal di Kampong Bukit Surau.
Kejadian yang berlaku sehingga membawa kepada konflik ialah Awang Kamaruddin
bercadang untuk menunaikan permintaan Dang Kasuma untuk mengahwini Dang Siti
Noralam di Bukit Surau. Lalu, Awang Kamaruddin menyuruh hamba-hambanya iaitu
Awang Abd Mumin dan Awang Si Mutaram untuk meminang ke Bukit Surau bagi
pihaknya. Setibanya mereka di Bukit Surau diberitakan oleh Awang Sukaim bahawa
adiknya, Dang Siti Noralam telah lari ke hulu Negeri Jawa kerana merajuk. Awang
Kamaruddin telah mendapat berita tersebut dan merancang untuk mencari Dang Siti
46
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
Noralam ke Hulu Negeri Jawa bersama Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu.
Akhirnya mereka telah di sambut oleh Tuan Puteri Si Raksasa di Istana Besar lalu Awang
Kamaruddin menyatakan hasratnya untuk menemui Dang Siti Noralam, tetapi dinafikan
oleh Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu akan kelibat Dang Siti Noralam sehinggalah
membawa kepada perbalahan di antara keduanya.
(c) Tuan Puteri Si Raksasa membesarkan dirinya lalu Awang Kamaruddin membuat helah
agar Tuan Puteri Si Raksasa mengecilkan dirinya. Apabila Tuan Puteri Si Raksasa
mengecilkan dirinya, Awang Kamaruddin mengambil kesempatan untuk memenggal
badannya dengan menggunakan pedang Sulindayan. Mayat Tuan Puteri Si Raksasa
disungkit oleh Awang Kamaruddin dengan hujung pedangnya kemudian sepenggal
dibuang ke laut menjadi seekor naga berkepala tujuh dan sepenggal lagi di darat menjadi
harimau jantan garang di tanah subarang/Negeri Jawa.
(d) Selepas berlakunya pertengkaran, Awang Kamaruddin belum berjaya menyelesaikan
misinya iaitu untuk mencari Dang Siti Noralam. Ketika Awang Sukaim sedang berbaring di
bantal di dalam panggau, dia terjumpa sebiji bangsi yang di dalamnya terdapat tompok-
tompok berwarna putih. Kemudian apabila diletakkan tompok putih tersebut di atas tangan
Awang Kamaruddin, dia segera mengeluarkan minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai
beserta tiga titik air mawar untuk menghidupkan Dang Siti Noralam iaitu titikan pertama
timbul aluk manusia, titikan kedua bernyawa dan titikan ketiga terus terpondok Dang Siti
Noralam. Akhirnya Awang Kamaruddin memujuk Dang Siti Noralam untuk pulang ke
negeri Timur dan bersiap-siap untuk hari persandingannya.
2. “Iya kau anjing binatang! Apa gunanya aku dihaga? Apa gunanya aku diturut
akan?” katanya. “Aku nda ada kegunaan! Aku nda ada kepedulian! Aku hitam! Aku
lanjak keulahan, lagi aku beripil!”
“Dui dayangku, bungaku, dayangku adi seorang. Salah sekali minta timbangi,
salah sekali minta ampuni.”
(muka surat 91-92)
(a) Siapakah watak-watak yang berbual dalam konteks di atas?
(b) Terangkan hubungan sebenar mereka berdua dan di manakah latar tempat ketika
peristiwa ini berlaku?
(c) Terdapat perbalahan mengenai sesuatu sehingga salah seorang watak di atas melahirkan
kata-kata kesat. Cuba terangkan punca perbalahan tersebut dan kesan daripadanya?
(d) Bagaimanakah kesudahan peristiwa ini? Terangkan dengan terperinci.
47
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Watak-watak yang berbual ialah di antara Dang Siti Noralam iaitu anak kepada Dang
Kasuma Mata yang tinggal di Bukit Surau dan juga Awang Kamaruddin iaitu anak kepada
Lamang Labai dan Dang Kasuma, seorang raja di Negeri Timur yang tinggal di Istana
Besar Bukit Sinarubai Negeri Timur.
(b) Hubungan sebenar di antara Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam adalah sepupu
kerana bonda mereka iaitu Dang Kasuma dan Dang Kasuma Mata merupakan pasangan
adik-beradik. Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam telah ditunangkan sewaktu kecil.
Latar tempat ketika peristiwa ini berlaku ialah di dalam panggau kepunyaan Tuan Puteri Si
Raksasa iaitu di Istana Besar Bukit Si Guntang-guntang di Hulu Negeri Jawa
(c) Punca perbalahan di antara Awang Kamaruddin dengan Dang Siti Noralam adalah
disebabkan oleh penghinaan Awang Kamaruddin terhadap Dang Siti Noralam sewaktu
mereka masih kecil iaitu sewaktu Dang Kasuma berhasrat untuk mengikat tali
pertunangan di antara keduanya. Penghinaan yang dimaksudkan itu ialah Awang
Kamaruddin mengatakan rambut Dang Siti Noralam pendek seperti janggut bubuk,
berkulit hitam, lanjak keolahan dan beripil atau berhingus. Kesan atau akibat daripada
hinaan Awang Kamaruddin kepada Dang Siti Noralam telah menyebabkannya merajuk
dan ketika dewasa Dang Siti Noralam telah melarikan diri ke Hulu Negeri Jawa meminta
telan kepada Tuan Puteri Si Raksasa.
(d) Awang Kamaruddin cuba memujuk Dang Siti Noralam dan menyuruhnya berhias
kemudian didukung oleh Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin memberitahu kepada
Dang Siti Noralam bahawa mereka akan pulang ke Bukit Sinarubai. Dengan
menggunakan Ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti mereka meninggalkan dengan
pantas Istana Besar Tuan Puteri Si Raksasa. Setibanya mereka di Negeri Timur iaitu
Istana Besar Bukit Sinarubai, Awang Kamaruddin memasuki Panggau Gading Tujuh
Ringkat kepunyaan Dang Kasuma untuk memperkenalkan Dang Siti Noralam sambil
dipeluk cium oleh Dang Kasuma.
48
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
BAB 9
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA ABU BAKAR
1. “Babu, lain juga kataku. Bukan kata membilang hari, bukan kata membilang
bulan.”
Menyahut babunya Dang Kasuma: “Dui awangku, bungaku. Apa kian akan
kaukatakan?”
“Lain jua kadiaku, babu. Bercerita benartah babuku kediaku. Adakah lagi adiku?
Selain dayangku Dang Kumala?”
(muka surat 95)
(a) Siapakah “awangku” yang dimaksudkan di atas? Nyatakan hubungan ‘awangku’ dengan
Dang Kasuma.
(b) Di manakah dialog di atas dituturkan?
(c) Siapa pula ‘dua lagi adiku’ di atas? Di manakah mereka berada?
(d) Ceritakan dengan lanjut, apakah yang dilakukan oleh ‘awangku’ setelah mengetahui
tentang kedua-dua adiknya itu?
CONTOH JAWAPAN:
1.
(a) “Awangku” yang dimaksudkan di atas ialah Awang Kamaruddin iaitu anak kepada Lamang
Labai dan Dang Kasuma dan merupakan seorang raja di Negeri Timur yang tinggal di
Istana Besar Bukit Sinarubai Negeri Timur.
Hubungannya dengan Dang Kasuma ialah antara anak dengan ibu.
(b) Dialog di atas dituturkan di Panggau Gading 7 Ringkat Istana Besar, Bukit Sinarubai di
Negeri Timur.
(c) “Dua lagi adiku” iaitu ialah Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu. Mereka berada
dan ditapakan semenjak kecil lagi oleh ayah mereka Lamang Labai di dalam buah Pinang
si Gangga Wari yang terletak di tepi laut
(d) “Awangku” pun meminta izin kepada ibunya untuk mendapatkan adik-adiknya yang
terdapat pada buah pinang Si Gangga Wari bagi meramai-ramaikan lagi majlis
perkahwinannya dengan Dang Siti Noralam. ‘Awangku’ memaklumkan pemergiannya
kepada adiknya Dang Kumala atas arahan ibunya. ‘Awangku’ pun menukarkan diri
menjadi lalat kuning di bilik adiknya Dang Kumala. Kemudian ‘awangku’ terbang melalui
tabuk rancangan Dang Kumala menujuk ke tepi laut. Awang Kamaruddin menggunakan
kesaktiannya dan juga segala ilmu yang dipelajarinya daripada Raja Jin Tujuh Beradik
untuk membuka sedikit sahaja kawalan kesaktian yang mengelilingi pokok pinang
tersebut, lalu mengambil buah pinang dan membawanya ke Bukit Sinarubai iaitu di
kediaman adiknya Dang Kumala. Setelah itu ‘awangku’ menukarkan diri menjadi manusia
seperti sedia kala lalu membuka tapaan kedua-dua adiknya menggunakan air mawal dan
minyak si lompat pagar Tujuh Serantai sebanyak 3 kali titikan.
49
BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011
2. “Babu di Panggau Tujuh Gading sudahkah tahu?”
“Sudah dang.”
“Iya kak, iatah ini saatnya. Iatah ini ketikanya. Apa lagi dinanti, apa lagi ditunggu?
Andang-andangnya sudah diamanahkan oleh ayah kita kadikau sedari dahulu. Siapa kian lagi
dangan kakakku ke sana?”
“Sendirian saja, dang.”
(muka surat 97)
(a) Siapakah yang pendialog pertama dan kedua di atas? Apakah hubungan mereka berdua?
Jelaskan.
(b) Siapa pula yang dimaksudkan dengan ‘babu’ di atas?
(c) Siapakah ‘ayah kita’ di atas dan apa pula yang diamanahkan oleh ‘ayah kita’ kepada
pendialog kedua di atas?
(d) Di manakah konteks di atas berlaku?
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Pendialog pertama ialah Dang Kumala iaitu anak kepada Lamang Labai dan Dang
Kasuma yang tinggal di Istana Besar Bukit Sinarubai di Negeri Timur.
Pendialog kedua pula ialah Awang Kamaruddin, iaitu anak kepada Lamang Labai dan
Dang Kasuma, seorang raja di Negeri Timur yang tinggal di Istana Besar Bukit Sinarubai
Negeri Timur.
Hubungan di antara mereka berdua ialah antara adik dengan abang atau adik- beradik
seibu dan sebapa.
(b) “Babu” yang dimaksudkan di atas ialah Dang Kasuma. Ia merupakan isteri kepada
Lamang Labai dan ibu kepada 2 orang anak iaitu Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.
Sewaktu mudanya, pernah bertunang dengan Anggayan Damit tetapi dirampas oleh
Lamang Labai dengan menggunakan ilmu kesaktiannya.
(c) ‘Ayah kita’ yang dimaksudkan dalam petikan di atas ialah Lamang Labai. Ia merupakan
seorang petani yang tinggal di Kampong Bukit Sinarubai. Mempunyai 2 orang isteri iaitu
Dang Kasuma dan ibu kepada Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu [yang
tidak dinyatakan namanya].
“Ayah kita’/Lamang Labai telah mengamanahkan agar anaknya Awang Kamaruddin dapat
membuka tapaan adik-adiknya yang berlainan ibu di dalam buah pinang si Gangga Wari
di tepi laut.
(d) Kontek di atas berlangsung di Panggau Gading 9 Ringkat Istana Besar Bukit Sinarubai, di
Negeri Timur.
50