The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CG SUZILAH HMO, 2022-03-26 02:51:07

HIMPUNAN SOALAN KONTEKS SASTERA

HIMPUNAN SOALAN KONTEKS SASTERA

Keywords: SASTERA

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(c) Reaksi Siti Nur setelah kata-kata di atas dituturkan ialah dia akan berasa senang jika
ibunya dapat menemani dirinya di situ tetapi ibunya itu lebih diperlukan di Seria untuk
menjaga Hannah, datuk dan bapanya. Tetapi Dr Faisal mencadangkan agar diberitahu
saja. Siti Nur bersetuju dengan cadangan tersebut dan menyuruh Faisal untuk
memberitahu ibunya dan berpesan agar ibunya tidak khuatir dan tidak perlu ibunya datang
ke situ.

(d) Maksud bagi kata-kata tersebut ialah dalam keadaan diri kita untuk menjalani satu
pembedahan kita memerlukan sokongan terutama dari keluarga yang terdekat. Kerana
dengan ada sokongan tersebut akan menjadikan kita lebih kuat lagi untuk
menghadapinya.

(e) Aku’ berasa risau dengan keadaan Siti Nur kerana ‘aku’ iaitu Dr Faisal masih lagi
menyimpan persaan cinta terhadap Siti Nur.

101

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 2 BAHAGIAN 5
MAKTAB SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN

1. ...Terdengar Peter mengerang kesakitan. Nyonya Peter mendapatkan suaminya dengan
tangisnya. Dia terasa dada kiri suaminya basah oleh cecair panas. Di dalam gelap itu Nyonya
Peter memastikan suaminya tertikam. Dia cuba tidak panik. Dia berlari menuju telefon di
dekat tangga.
(muka surat 147)

(a) Siapakah Peter dan Nyonya Peter yang disebutkan di atas?

(b) Apakah yang terjadi kepada Peter sebelumnya dan apakah yang dimaksudkan dengan
cecair panas itu?

(c) Di manakah petikan di atas dituturkan dan siapa pula yang ditelefon oleh Nyonya Peter
menurut petikan di atas?

(d) Jelaskan apa yang terjadi kepada Peter seterusnya?

CONTOH JAWAPAN

1.
(a) Peter ialah ayah kepada Samuel / Faisal. Ia kaya dan mempunyai lebih 20 buah rumah sewa
yang disebut sebagai estet perumahan. Walaupun kaya, tetapi ia sangat berkira iaitu tamak
serta kedekut tentang soal kewangan. Ia tidak mahu isterinya mengambil anak angkat. Ia
juga masih menumpang di rumah kerajaan walaupun sudah mempunyai rumah sewa yang
banyak. Ia juga telah menyewakan bilik orang gaji di bawah rumah kerajaan yang disewanya
itu kepada orang. Isterinya pula masih dibiarkan bekerja sebagai bidan walaupun usianya
sudah meningkat. Begitu juga dengan dirinya yang masih meneruskan pekerjaannya sebagai
Tekniksyen X-Ray di rumah sakit, walaupun sudah mempunyai wang banyak. Ia juga masih
mahu mengambil kesempatan untuk menambahkan kekayaan yang ada pada dirinya dengan
berusaha untuk menyewa tanah T.O.L Marof untuk dibuat rumah sewa. Ia juga bercadang
untuk membangun rumah sakit swasta bersama rakan seniaganya dan meminta Samuel
berhenti bekerja dari Rumah Sakit Kerajaan bagi menguruskannya. Namun, Samuel menolak.
Untuk menjalankan projeknya itu, Peter telah mempertaruhkan segala kekayaannya dan akan
meminjam 2 juta ringgit dari bank. Peter mengharapkan agar rumah sakit itu bakal menjadi
rumah sakit paling moden dan menjadi tumpuan orang-orang besar, orang kenamaan dan ahli
perniagaan. Ia juga berharap rumah sakit tersebut akan dapat menandingi Hospital Mount
Elizabeth di Singapura. Walau bagaimanapun, Samuel tetap menolak rancangannya itu.

Manakala, Nyonya Peter ialah isteri Peter dan ibu kepada Samuel. Berketurunan Tiong Hua
dan bekerja sebagai bidan di rumah sakit. Ia menghidap penyakit tekanan darah tinggi.
Disebabkan penyakitnya ini, ia dinasihatkan oleh doktor agar tidak mengandung lagi. Ia
menyayangi anaknya Samuel. Ia berasa bimbang apabila mengetahui anaknya Samuel
mempunyai hubungan dengan Siti Nur kerana ditakuti anaknya akan memeluk agama Islam di
samping takut akan kehilangan anaknya jika anaknya itu memeluk agama Islam. Nyonya
Peter patuh kepada suaminya. Buktinya, walaupun kehidupan Nyonya Peter suami isteri kaya,
namun, ia tetap bekerja sebagai bidan walaupun sudah berusia. Di rumah, ia tidak
mempunyai orang gaji. Apabila Samuel hendak mengambilkan orang gaji untuknya, ia
menolak dan mengatakan yang semuanya itu tidak perlu kerana ia cuma akan membazirkan
wang sahaja. Tambahan pula, ia tidak mempunyai pekerjaan di rumah. Ia pernah bercadang
untuk mengambil anak perempuan sebagai anak angkat, namun, suaminya Peter menolak

102

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

kerana takut harta mereka diwarisi oleh orang lain. Nyonya Peter akur dengan kehendak
suaminya tersebut.
(b) Peristiwa yang berlaku sebelumnya ialah Peter dan Nyonya Peter baru balik dari menghadiri
majlis makan malam di rumah kawan. Mereka mendapati rumah mereka berkeadaan gelap.
Rupa-rupanya, rumah mereka dimasuki perompak dan meminta mereka untuk menyerahkan
harta benda mereka. Peter sempat bergelut dengan dua orang perompak yang menceroboh
masuk ke rumahnya di Kuala Belait yang menyebabkan Peter tertikam dan mengalami
kecederaan teruk.
Cecair panas yang dimaksudkan itu ialah darah yang panas mengalir di tubuh Peter.
(c) Peristiwa itu berlaku di rumah mereka di Kuala Belait dan Nyonya Peter telah menelefon pihak
ambulans, pihak polis dan anaknya Dr Faisal
(d) Selepas sahaja sampai pihak ambulans dan pihak polis, Peter telah dikejarkan ke kamar
kecemasan dan kehilangan darah yang banyak. Peter memerlukan darah jenis ‘O’ dan
memerlukan beberapa pain.

103

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 2 BAHAGIAN 6
MAKTAB SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN

1. “Siti, sebelum aku ke sini tadi, aku telah terlebih dahulu menemui Doktor Douglas dan ...”
“Kau sudah tahu!” potong Siti Nur sebelum Faisal sempat menghabiskan ucapannya.

Angguk dari Faisal.
“Siti, percayalah, aku benar-benar simpati dan berdukacita.”
Faisal meluahkan kata-kata itu begitu perlahan sekali. Terasa ringan jejarinya hendak memaut

jejari lancip Siti Nur yang kini terletak di atas dada tapi Faisal dapat mengawal perasaannya.

(muka surat 158)
(a) Apakah yang Faisal tahu mengikut petikan di atas? Jelaskan.
(b) Menurut pandangan kamu, bagaimanakah perasaan Faisal pada waktu itu?
(c) Bila dan di manakah petikan di atas dituturkan?
(d) Apakah yang berlaku selepas petikan di atas?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Faisal mengetahui keadaan Siti Nur yang menghidap penyakit kanser di pangkal rahimnya
yang kini semakin merebak ke nodus limpa.

(b) Perasaan Doktor Faisal pada ketika itu sangat simpati dan berdukacita terhadap Siti Nur yang
menghidap penyakit kanser.

(c) Petikan di atas dituturkan semasa Doktor Faisal melawat Doktor Siti Nur di bilik wad Kelas
Satu di Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan.

(d) Doktor Faisal menanyakan tentang rancangan Siti Nur setelah mengetahui penyakitnya
tersebut. Siti Nur memberitahu bahawa ia akan meneruskan tugasnya seperti biasa selagi
terdaya. Ia juga hendak meneruskan hajatnya untuk menunaikan fardhu haji ke Mekah
bersama keluarga dan merancang untuk menulis sebuah buku tentang “Kanak-kanak dan
Penyakit”. Menurutnya, ia akan memerlukan bantuan Faisal untuk mengendalikan bukunya itu
nanti. Faisal bersedia menghulurkan bantuannya. Faisal juga telah melamarnya Siti Nur
untuk dijadikan isteri yang sah walaupun dia mengetahui bahawa harapan untuk Dr Siti Nur
hidup adalah amat tipis. Siti Nur menerima lamarannya dengan hati yang terharu dan
gembira.

104

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 2 BAHAGIAN 7
SEKOLAH MENENGAH SUFRI BOLKIAH, TUTONG

1. “Jangan difikirkan diri abang. Fikirkan dirimu. Ketahuilah abang sangat menyintaimu
dan akan rela berkorban apa saja demi kesenangan dan kebahagiaanmu. Kalaulah bisa takdir
itu bertukar ganti, abang rela mengambil tempatmu.”

(muka surat 166)

(a) Siapakah “mu” dan “abang” dalam petikan di atas dan nyatakan apakah hubungan
mereka?

(b) Di manakah dan bilakah dialog itu dituturkan?

(c) Jelaskan apakah sebenarnya perkara yang mereka bincangkan sehingga terungkapnya
dialog petikan di atas?

(d) Buktikan maksud isi petikan berikut, “ketahuilah abang sangat menyintaimu dan akan rela
berkorban apa saja demi kesenangan dan kebahagiaanmu berdasarkan perhubungan
mereka.”

CONTOH JAWAPAN:

1.
(a) Berdasarkan petikan di atas, “Mu” ialah Siti Nur iaitu Isteri kepada Faisal, anak kepada
Marof dan Fatimah, Kakak kepada Hannah, Zul, Zain, Zamri, Hadi, dia merupakan
seorang doktor yang bertugas di rumah sakit Bandar Seri Begawan.

Manakala, abang ialah Faisal iaitu suami kepada Siti Nur, anak kepada Peter dan
Nyonya Peter, seorang doctor yang bertugas di rumah sakit Bandar Seri Begawan.
Hubungan mereka ialah suami isteri.

(b) Peristiwa itu berlaku di bilik tidur Siti Nur, semasa mereka berbaring di atas katil yang
beralaskan cadar baldu dan dikelilingi oleh kelambu putih jenis sutera yang bertempat di
Flat Bandar Seri Begawan.

Dialog tersebut dituturkan pada waktu malam, ketika mereka beristirehat dan hendak
tidur selepas selesai majlis pernikahan mereka.

(c) Perkara yang mereka bincangkan ialah Siti Nur menyatakan kepada Faisal bahawa dia
tidak dapat memenuhi tugasnya sebagai seorang isteri zahir dan batin. Faisal memahami
keadaan Siti Nur dan dia tidak meminta. Selain itu, Siti Nur mahu Faisal berkahwin lagi
bila dia sudah tidak ada nanti (meninggal dunia) kerana Siti Nur mahu Faisal Faisal
menjalani kehidupan berumahtangga yang sempurna dan Siti Nur meminta Faisal untuk
berjanji.

(d) Buktinya ialah pertama, Faisal menyayangi dan mencintai Siti Nur sehingga dia sanggup
mengahwini Siti Nur walaupun, Siti Nur menghidap ketumbuhan di sebelah kanan ovari
Siti Nur dan dia juga mengetahui jangka hayatnya tidak panjang.

Kedua, Faisal sering membantu Siti Nur merawat kanak-kanak (pesakit Siti Nur) bila-bila
masa dia tidak diperlukan di bilik bedah.

105

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

Ketiga, Faisal sering menemani Siti Nur membuat rujukan buku-buku setiap petang dan
hujung minggu serta hari-hari kelepasan awam bagi menghasilkan buku yang sedang
ditulisnya iaitu buku ilmiah yang bertajuk ‘Kanak-kanak dan Penyakit’.
Keempat, Faisal juga sering menasihati isterinya supaya tidak terlalu memaksa diri untuk
membuat kerja-kerjanya dan dia serta keluarganya (keluarga Marof dan Peter)
mencurahkan kasih sayang kepada Siti Nur.
Kelima, Faisal juga telah setia menemani Siti Nur serta keluarga Siti Nur untuk
menunaikan fardu Haji ke Mekah pada bulan Zulhijjah bagi menunaikan hasrat Siti Nur.
Keenam, Faisal juga setia menemani Siti Nur berehat sambil memicit-micit badan
isterinya yang sakit, setelah menerima kunjungan dari sanak saudara setelah mereka
pulang dari menunaikan haji dan setelah Siti Nur tertidur dibelainya rambut isterinya yang
ikal mayang, didakapnya badan isterinya yang kian kurus sambil hatinya menangis
melihat keadaan isterinya yang tercinta.
Ketujuh, demi pengorbanannya terhadap isterinya, dia sanggup mengangkat ke kereta
dan membawanya ke tepi pantai serta mendukungnya berlari ke gigi pantai bagi
meraikan kejayaan isterinya menyiapkan buku yang berjudul ‘Kanak-kanak dan
penyakit’.
Kelapan, setelah Faisal (setelah balik dari meraikan hari kemerdekaan) tahu bahawa
isterinya pening dan sempit nafasnya, dia tidak mahu meninggalkan isterinya dan
diletakkannya kepala isterinya di atas ribaannya, dengan air mata yang mengalir, Faisal
mendakap dan mengucup isterinya seolah-olah dia kesal telah meninggalkan isterinya.
Kesembilan, setelah Siti Nur meninggal, Faisal telah menguruskan percetakan dan
penjualan buku arwah isterinya dan hasil penjualannya itu telah didermakan ke tabung
anak-anak yatim.
Kesepuluh, sejak Siti Nur meninggal dunia, Faisal sering mengunjungi pusara isterinya
setiap petang sehingga senja baru dia beredar.
Kesebelas, selain itu, demi tugu kasihnya terhadap isterinya,Faisal juga telah mendirikan
sebuah yayasan yang bernama ‘Yayasan Siti Nur’

2. “Abang Faisal ! Esok ingatkan Siti meneruskan penulisan buku itu ya ?” Siti Nur
berkata dalam mengantuknya, Faisal sedang menutup pintu kamar mereka setelah Khalid dan
keluarganya beredar.
“Berehatlah, dulu. Perkara buku itu, esok kita fikirkan,” sahut Faisal.
“Tapi Siti takut tidak sempat. Sakit Siti ini sudah lain macam rasanya,” kata Siti Nur
lemah.
(muka surat 170)
(a) Di manakah konteks di atas dituturkan dan apakah hubungan Faisal dan Siti Nur?
(b) Penulisan buku apakah yang dimaksudkan oleh Siti Nur dalam konteks di atas?
Terangkan.

106

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(c) Dalam konteks di atas, Siti Nur ada mengatakan “Tapi Siti takut tidak sempat. Sakit Siti ini
sudah lain macam rasanya.” Apakah yang perkara yang terjadi kepada Siti Nur sehingga
membuatkan Siti Nur berkata sedemikian?

(d) Ceritakan peristiwa yang berlaku sebelum konteks di atas .
CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Konteks di atas dituturkan di kamar tidur Siti Nur dan Faisal di rumah mereka di Flat
Bandar Seri Begawan. Hubungan Faisal dan Siti Nur ialah antara suami isteri.

(b) Buku yang dimaksudkan oleh Siti Nur itu ialah buku yang berjudul “Kanak-Kanak dan
Penyakit” yang ingin didedikasikannya untuk kanak-kanak di tanah Darussalam.

(c) Dia ingin menyiapkan penulisan bukunya itu secepat yang mungkin sebelum ajalnya
sampai meskipun dia dalam keadaan yang kurang sihat. Siti Nur berkata sedemikian
kerana Siti Nur telah diserang penyakit tumor malignan dan sudah sampai ke peringkat
mengganas ke nodus limpa. Dia tidak ada harapan untuk sembuh dan cuma dapat hidup
tidak lebih dari setahun. Disebabkan penyakitnya itu, dia takut tidak sempat untuk
menyiapkan kerja penulisan bukunya yang ingin didedikasikannya untuk kanak-kanak di
tanah Darussalam.

(d) Peristiwa yang berlaku sebelum konteks di atas ialah Siti Nur dan Faisal baru pulang dari
menunaikan fardhu haji. Siti Nur berasa letih lalu meminta izin untuk berehat. Siti Nur dan
Faisal telah didatangi oleh ramai saudara mara yang datang untuk mengambil berkat
orang pulang dari haji. Usu Khalid, Azmil dan auntie Faridah juga turut menjenguk
mereka. Faisal dan Siti Nur berbual-bual dengan Khalid. Khalid memberitahu bahawa dia
ingin mendirikan bisnes dan Faisal meminta Khalid untuk berjumpa ayah Faisal iaitu Peter
jika memerlukan bantuan. Khalid bagaikan tidak percaya bahawa bangsa Faisal sanggup
untuk membantu bangsa Melayu. Faridah meminta Khalid untuk pulang kerana hari sudah
lewat malam.

107

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB PENUTUP
SEKOLAH MENENGAH SUFRI BOLKIAH, TUTONG

1. “Siti tidak akan apa-apa kalau sekadar untuk pagi ini. Tengok Siti telah boleh
bertahan sehingga hari kemerdekaan ini. Minta pada Tuhan.”

(muka surat 171)

(a) Kepada siapakah dialog di atas ditujukan?

(b) Di manakah sebenarnya dialog di atas diungkapkan?

(c) Apakah yang dimaksudkan “Siti telah boleh bertahan sehingga hari kemerdekaan ini”?

(d) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum dialog di atas diucapkan?

(e) Apakah peristiwa yang berlaku selepas dialog di atas?

CONTOH JAWAPAN:

1.
(a) Dialog di atas ditujukan kepada Faisal. Faisal ialah suami kepada Siti Nur. Namanya
sebelum memeluk agama Islam ialah Samuel. Faisal dan Siti Nur bekerja di tempat yang
sama, iaitu Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan.

(b) Dialog di atas dituturkan di tempat tinggal Siti Nur di Flat Bandar Seri Begawan.

(c) Maksud “Siti telah boleh bertahan sehingga hari Kemerdekaan ini” ialah Siti Nur masih
dapat menahan kesakitan yang dialaminya selepas menjalani pembedahan tersebut
sekurang-kurangnya ia masih boleh bernyawa kerana ia benar-benar ingin menyambut
hari kemerdekaan Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan ahli keluarganya.

(d) Perkara yang berlaku sebelum dialog di atas diucapkan ialah Siti Nur duduk menghadap
kaca televisyen bersama-sama dengan ahli keluarganya. Mereka menyaksikan siaran
langsung upacara menyambut hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang pertama
kali diadakan dengan perbarisan raksasa dan dipenuhi dengan beraneka warna. Dia
tercari-cari wajah suaminya di kaca televisyen itu tapi tak nampak.

(e) Perkara yang berlaku selepas dialog di atas diungkapkan ialah Siti Nur memandang di
sekelilingnya. Ayah, ibu, datuk, Mak Cik Hindon dan adik-beradiknya semua ada kecuali
Hannah dan Faisal serta ayah dan ibu mertuanya yang tiada kerana menghadiri upacara
perbarisan. Sakit Siti Nur semakin tenat dan ibunya Fatimah cukup mengkagumi
ketabahan anaknya itu. Siti Nur telah menyiapkan sebuah buku yang didedikasikannya
untuk kanak-kanak di Brunei Darussalam yang bertajuk “Kanak-kanak dan Penyakit”.
Urusan menaip manuskrip tersebut akan diuruskan oleh Faisal. Faisal telah membawa
isterinya Siti Nur untuk pergi ke tepi laut bersiar-siar. Siti Nur telah melontarkan
pandangannya ke laut dan ia merasakan segala beban yang dipikulnya selama ini telah
bebas seperti kerja, janji dan apa yang paling penting negaranya juga telah bebas.
Setelah hari senja, Faisal pun membawa isterinya pulang. Ketika berada di rumah,
mereka telah membincangkan tentang kad jemputan untuk menghadiri sambutan hari
kebangsaan tersebut. Akhirnya Siti Nur pun menyuruh Faisal untuk menghadirinya.
Walaupun Faisal berasa berat hati meninggalkannya akan tetapi kerana sayangnya
kepada Siti Nur, akhirnya ia pun bersetuju untuk pergi.

108

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. Semalam untuk kesekian kalinya Faisal telah bertanya kepadanya kalau dia ingin
untuk sama hadir ke majlis perbarisan pagi itu. Faisal bersedia mendukungnya. ...
“Pergilah. Abang saja sebagai wakil Siti.” Dia telah berkata.
(muka surat 173)
(a) Siapakah Faisal atau ‘abang’ dan Siti di dalam petikan di atas dan nyatakan hubungan
mereka berdua mengikut konteks?
(b) Sempena apakah ‘majlis perbarisan’ diadakan? Jelaskan.
(c) Pada pendapat kamu, mengapakah Siti mengamanahkan Faisal atau ‘abang’ sahaja
untuk hadir ke majlis perbarisan itu dan apakah pula reaksi Faisal atau ‘abang’ tentang
perkara tersebut? Jelaskan.
(d) Di manakah peristiwa dalam petikan di atas berlaku?
(e) Ceritakan apakah peristiwa yang berlaku seterusnya setelah majlis perbarisan selesai
diadakan?

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Faisal ialah nama Islam kepada Samuel, anak kepada Peter dan Nyonya Peter. Ia
merupakan seorang doktor pembedahan yang bertugas di Hospital Kerajaan Bandar Seri
Begawan.
Manakala, Siti ialah Siti Nur, anak sulung kepada Marof dan Fatimah. Mempunyai 5
orang adik iaitu Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah. Merupakan seorang doktor kanak-
kanak yang bertugas di Wad Pediatrik Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan. Tinggal
di Flat Bandar Seri Begawan.

(b) Majlis perbarisan diadakan sempena Hari Kebangsaan Brunei pada 23hb. Februari, 1984.
(c) Siti mengamanahkan Faisal untuk hadir kerana kesihatannya yang kurang mengizinkan

/tidak sihat. Tambahan pula, ia tidak mahu menyusahkan suami atau keluarganya jika ia
hadir ke majlis tersebut.
Respon Faisal: Menurutnya, ia kurang senang jika pergi tanpa Siti. Oleh itu, ia
mencadangkan agar mereka berdua sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan itu di
rumah saja.
(d) Peristiwa berlaku di Flat Bandar Seri Begawan tempat tinggal Siti Nur.
(e) Pukul 12 tengah hari itu, Siti Nur tiba-tiba berasa pening dan sempit nafas. Keluarganya
panik, lebih-lebih lagi apabila Faisal belum lagi balik dari acara perbarisan raksasa.
Setelah Faisal tiba dan tahu akan hal itu, ia tidak lagi mahu meninggalkan isterinya itu /
berada di sisi isterinya. Siti Nur semakin lemah dan akhirnya meninggal dunia tepat jam
12 tengah malam. Majlis pengkebumian diadakan pada keesokan harinya dengan dihadiri
oleh ramai orang sebagai tanda penghormatan, yang terdiri daripada rakan-rakan sejawat,
pesakit dan saudara-mara.

109

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

110

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

ANTOLOGI CERPEN MENITI WAKTU
CERPEN “TANAH”
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA ALI

1. “Roboh sajalah! Jangan takut saya ganti dengan wang.”
“Tapi di mana saya mahu dirikan rumah?”
“Itu senang saja. Saya boleh kasih empat puluh ribu, bikin rumah di tanah T.O.L atau

bikin rumah atas tanah kawan-kawan atau saudara-mara di kampung ini.”
(muka surat 4)

(a) Siapakah yang berkata di atas dan mengapakah si penutur berkata sedemikian?
Terangkan.

(b) Adakah cadangan si penutur merupakan satu cadangan yang baik atau sebaliknya?
Terangkan.

(c) Berikan pandangan kamu mengenai dengan cadangan si penutur. Huraikan.

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Orang yang berkata ialah Yong Hock Seng iaitu seorang tauke berbangsa Cina yang telah
membeli tanah Hj Kula. Dia merupakan penjual kain dan pembeli telur ayam di samping
mempunyai sifat yang pandai mengambil hati orang-orang kampung.
Yong Hock Seng berkata sedemikian kerana dia bercadang untuk membuka kebun sayur
di atas tanah seluas lima ekar tersebut.

(b) Cadangan Yong Hock Seng itu bukan satu cadangan yang baik kerana telah
menyebabkan penduduk kampung berasa marah kepada Haji Kula. Yong Hock Seng
pula mengambil kesempatan atas kebodohan Haji Kula dengan cara menawarkan wang
sebanyak lima puluh ribu ringgit untuk penukaran nama geran tanah. Akibatnya, Haji Kula
terpaksa menumpang di tanah sendiri.

(c) Pada pandangan saya, cadangan Yong Hock Seng merupakan cadangan yang tidak
berhati perut dan cuma mementingkan diri sendiri. Dia tidak menghiraukan kesusahan
orang lain iaitu Haji Kula yang terpaksa menumpang di tanah sendiri kerana nama geran
tanah telah ditukar atas nama Yong Hock Seng. Perkara ini perlu dipatuhi oleh Haji Kula
memandangkan sebelum ini Haji Kula telah menerima wang sebanyak lima puluh ribu
ringgit untuk penukaran nama geran tanah.

111

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “ Itu saya tak peduli. Ini tanah sudah register atas nama saya, perintah pun tak boleh
cakap.”

“ Dulu tauke janji sama saya boleh tinggal atas tanah ini sampai bila-bila, tapi
sekarang… “

“Itu dulu. Ketika itu belum ada rancangan pembangunan, zaman sekarang orang
business, bikin duit.”

(muka surat 5)

(a) Siapakah si penutur di atas dan ditujukan kepada siapa? Di manakah kata-kata itu
dilafazkan?

(b) Mengapakah si penutur ingin merobohkan rumah Hj Kula? Terangkan.

(c) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas kata-kata di atas dilafazkan?

(d) Berikan pendapat kamu tentang kehidupan masa kini yang lebih mementingkan wang
ringgit daripada maruah diri.

CONTOH JAWAPAN:

2.

(a) Si penutur ialah Yong Hock Seng iaitu seorang tauke berbangsa Cina yang telah membeli
tanah Haji Kula. Yong merupakan penjual kain dan pembeli telur ayam di samping
mempunyai sifat yang pandai mengambil hati penduduk kampung.

Kata-kata ditujukan kepada Haji Kula seorang penduduk Kampung Tanjung Bunga yang
mudah tertipu dengan janji manis mulut Yong dan mudah terpengaruh dengan wang
sehingga sanggup menukar nama geran tanahnya kepada Yong Hock Seng.

Kata-kata itu dilafazkan di rumah kediaman Haji Kula yang hendak dirobohkan oleh Yong
Hock Seng untuk dijadikan kebun sayur.

(b) Yong Hock Seng ingin merobohkan rumah Haji Kula kerana dia bercadang untuk
membuka kebun sayur di atas tanah seluas lima ekar. Namun, cadangannya itu tidak
dipersetujui oleh Haji Kula. Haji Kula kini menyedari bahawa sahabat karibnya yang
selama ini dianggap jujur telah membuat tipu muslihat dan menganiayanya. Haji Kula
telah terlanjur menjual tanahnya kepada Yong Hock See dan menukar nama geran tanah
tersebut kepada nama sahabatnya itu.

(c) Peristiwa sebelum, Yong Hock Seng berusaha memujuk Haji Kula untuk menjual
tanahnya seluas lima ekar itu kepadanya dengan harga lima puluh ribu ringgit. Hasilnya,
dia berjaya memujuk Haji Kula dan sekaligus telah menukar nama geran tanah tersebut
kepada nama Yong Hock Seng. Ini kerana Yong Hock Seng berjaya mengaburkan mata
Haji Kula dengan wang yang banyak.

Peristiwa selepas kata-kata ialah Haji Kula menyedari bahawa sahabat karibnya yang
selama ini dianggap jujur kini membuat tipu muslihat dan menganiayanya. Sejak
pertemuan itu Haji Kula tidak mahu berjumpa Yong Hock Seng hinggalah pada suatu
petang, dia menerima sepucuk surat yang berdaftar dari peguam Yong. Di dalam surat
tersebut, Haji Kula diarahkan untuk merobohkan rumah mereka dalam masa yang telah

112

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

ditetapkan. Borhan, anak kepada Haji Kula berasa marah lalu membawa enam orang
kawan-kawannya untuk pergi ke rumah Yong Hock Seng pada malam itu bagi membawa
Yong Hock Seng keluar dari rumah untuk dibunuh. Perkara tersebut dilaporkan oleh Yong
Hock Seng kepada pihak polis. Borhan serta kawan-kawannya ditangkap kerana didapati
bersalah cuba melakukan pembunuhan, lalu dihukum penjara selama empat tahun.
Borhan masih di penjara dan tidak lama lagi dibebaskan. Oleh kerana itu, Yong Hock
Seng sentiasa berhati-hati dan tidak senang apabila ada orang yang ingin mendekati
kawasan rumahnya.
(d) Saya berpendapat bahawa kehidupan masa kini lebih mementingkan wang ringgit
daripada maruah diri. Ini dapat kita lihat melalui kehidupan kita seharian. Ada yang
sanggup menggadaikan maruah diri untuk kesenangan hidup dan menyara kehidupan
sekeluarga. Ada pula yang sanggup menerima rasuah untuk kesenangan keluarga
kerana gaji tidak mencukupi.

113

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “PANTARAN”
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA ALI

1. “Untuk memudahkan lagi kerja-kerja itu nanti, sebahagian dari reban ayam abiskita
atu terpaksa dirobohkan jua,“
(muka surat 9)
(a) Siapakah yang berkata di atas dan ditujukan kepada siapa? Di manakah kata-kata itu
dilafazkan?
(b) Apakah tujuan penutur berkata demikian? Terangkan.
(c) Bagaimanakah reaksi orang yang dibawa bertutur itu? Jelaskan.
(d) Ceritakan peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata di atas dilafazkan. Huraikan.

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Kata-kata di atas dilafazkan oleh wakil Pegawai Daerah iaitu orang yang
bertanggungjawab untuk memata-matai pembinaan jambatan pail di kampung Haji Zaki.
Beliau merupakan wakil kerajaan untuk berunding dengan pembinaan jambatan dan
orang yang dapat membuat keputusan.
Kata-kata ditujukan kepada Ahmad iaitu biras kepada Haji Zaki dan seorang yang sangat
mementingkan diri tanpa memikirkan keperluan orang lain dan orang yang ingin
menyingkirkan Haji Zaki dari kampung tersebut.

(b) Wakil Pegawai Daerah itu berkata demikian kerana itu adalah salah satu cara atau jalan
untuk mendirikan tiang-tiang jambatan pail itu demi kesenangan penduduk kampung juga.
Walau bagaimanapun, Ahmad tidak mahu merobohkan sebahagian dari reban ayamnya
malah menyuruh agar pantaran Haji Zaki yang besar itu dirobohkan seperti yang telah
dipersetujui awal.

(c) Ahmad marah dengan kata-kata yang dilafazkan oleh wakil Pegawai Daerah. Bergemuruh
darahnya dan rasa hendak terkeluar biji matanya. Dia juga cuba untuk menutup mulut
wakil Pegawai Daerah yang petah itu tetapi tangannya tidak bergerak untuk berbuat
demikian. Ahmad tidak menyangka yang reban ayam juga terbabit sama dalam hal ini. Dia
beranggapan bahawa reban ayamnya itulah satu-satunya tapak bakal meluaskan
kawasan rumahnya kemudian hari. Rumahnya yang ada sekarang sudah terhimpit oleh
rumah sebelah-menyebelah dan susah untuk menambah pantaran. Itulah lumrah hidup di
Kampung Ayer yang cuma mengharapkan pantaran yang besar.

(d) Peristiwa sebelum kata-kata di atas dilafazkan ialah Haji Zaki teringat akan peristiwa
tentang persatuan nelayan dan kedai syarikat yang ditubuhkan dua tahun lalu oleh pihak-
pihak yang berkenaan, Ahmad yang berani membantah. Ahmad mengatakan bahawa
persatuan seperti itu hanya merugikan sahaja kerana orang kampung tidak tahu cara
untuk mengendalikan perniagaan. Walau bagaimanapun sangkaan Ahmad itu salah.
Persatuan tersebut telah berjalan dengan lancar dan baik.

114

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. Haji Zaki sampai ke rumah jam lima. Normah kelihatan masam dan murung. Haji Zaki
yang terasa penat dan letih itu terkejut melihat muka isterinya begitu. “Mah, kenapa ni? Apa
yang sudah terjadi sehingga muka macam cempedak buruk,” kata Haji Zaki cuba menggeletek
hati isterinya.

Tetapi Normah yang tidak tercuit hatinya dengan gurauan suaminya itu bertambah
marahnya.

“Abang haji ke mana saja, baru sekarang ada di rumah?”

(a) Apakah yang menyebabkan Normah bermasam muka? Jelaskan. (muka surat 10)

(b) Ke manakah Haji Zaki pergi dan apa tujuannya? Huraikan.

(c) Apakah ciri-ciri yang harus ada pada diri seseorang jika ia hidup berjiran? Berikan
pandangan kamu.

CONTOH JAWAPAN:

2.
(a) Normah bermasam muka kerana pantaran rumah mereka telah dirobohkan lebih dari tiga
keping seperti yang telah dipersetujui lebih awal bersama dengan wakil Pegawai Daerah.
Perkara ini juga membuat Haji Zaki naik berang dan sakit hati setelah melihat
pantarannya lebih dari tiga keping yang dirobohkan dan ingin berjumpa dengan Datuk
Penghulu kampung tersebut.

(b) Haji Zaki terus pergi ke rumah Datuk Penghulu dan menerangkan apa yang telah berlaku
kepada pantarannya. Datuk Penghulu menerangkan bahawa semasa kerja-kerja itu
dijalankan dia tidak ada di rumah, dia sekeluarga pergi ke Belait ada urusan majlis
perkahwinan anak saudaranya. Haji Zaki berharap supaya Datuk Penghulu dapat melihat
sendiri keadaan pantaran yang telah dirobohkan itu. Pada mulanya Datuk Penghulu
enggan pergi bersamanya memandangkan hari sudah malam tetapi setelah diterangkan
keadaan pantaran itu baharulah ia bergegas untuk sampai ke rumah Haji Zaki dan melihat
sendiri keadaan pantaran yang telah dirobohkan tersebut. Datuk Penghulu terkejut
dengan keadaan tersebut. Haji Zaki mengugut Datuk Penghulu untuk melaporkan
perkara tersebut kepada wakil Pegawai Daerah jika datuk tidak melakukan apa-apa.
Akhirnya, Haji Zaki dapat balik pantaran yang telah dirobohkan tersebut.

(c) Pada pendapat saya, ciri-ciri yang harus ada pada seseorang jika ia hidup berjiran ialah
mesti ada rasa belas kasihan, bertanggungjawab dan bekerjasama dalam apa jua yang
hendak dilakukan. Harus berkomunikasi dengan jiran tetangga dan janganlah selalu
mementingkan diri sendiri kerana sifat mementingkan diri sendiri akan menyusahkan diri
dan akan sentiasa dibenci oleh jiran tetangga. Dengan adanya sifat yang baik dan
sentiasa tolong-menolong antara jiran tetangga, orang akan sentiasa mengenang jasa
baik yang telah kita lakukan kepada mereka. Akhirnya kita tidak seharusnya bersifat
seperti Ahmad kerana perasaan dengki dan benci kepada Hj Zaki boleh memalukan
dirinya sendiri sama ada secara langsung atau sebaliknya. Jika sifat ini ada pada diri kita,
ia boleh menghancurkan diri kita sendiri.

115

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “ANAK-ANAK TASIM JALI”
SEKOLAH MENENGAH TANJONG MAYA

1. “San, tolong aku! Orang tua ini masih hidup. Adakah sesiapa orang yang telah
memanggil ambulans atau polis?” tanyanya ingin tahu pada orang ramai yang berdiri itu.
(muka surat 25)
(a) Siapakah gerangan San dan orang yang bertutur di atas? Apakah hubungan mereka?
(b) Apakah yang berlaku sehingga penuntur berkata seperti dalam petikan di atas?
(c) Terangkan dengan terperinci, selepas kata-kata di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) San ialah Hasan, iaitu adik kepada Badrol, yang juga merupakan calon seorang doktor.
(b) Badrol telah membawa lelaki tua bernama Pak Cik Tassim yang juga digelar sebagai

Husin Jali ke hospital kerana pak cik tersebut telah dilanggar oleh sebuah kereta.
(c) Badrol terus membawa Pak Cik Tassim ke hospital. Semasa berada di hospital, Badrol

telah menyerahkan sampul yang berisi wang dua ribu ringgit, pesanan daripada Nauyah
yang merupakan anak perempuan Pak Cik Tassim. Duit tersebut adalah untuk membaiki
rumah mereka di kampung. Buat kali kedua Badrol melawat ayah Nauyah, lelaki tua
tersebut akhirnya meninggal dunia kerana keadaan paru-parunya yang tidak dapat
diselamatkan lagi.

2. “Nah! Pak Cik, anitah duitnya sebanyak dua ribu atu,” katanya sambil
menghulurkan sampul surat yang berisi wang sebanyak dua ribu ringgit itu.
(muka surat 28)
(a) Siapakah yang berkata di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Siapakah orang yang memberikan Pak Cik itu duit? Apakah hubungan mereka berdua?
(c) Di manakah kata-kata di atas dituturkan?
(d) Apakah yang berlaku sehingga kata-kata di atas di tuturkan?

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Badrol yang berkata di atas. Dia merupakan calon seorang doktor. Kata-kata ditujukan
kepada Pak Cik Tassim iaitu ayah kepada kekasih Badrol iaitu Nauyah.

116

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(b) Nauyahlah orang yang memberikan Pak Cik Tassim duit. Nauyah merupakan anak
kepada Pak Cik Tassim.

(c) Kata-kata di atas dituturkan di wad hospital.

(d) Pak Cik Tasim telah dilanggar oleh kereta. Badrol telah membawanya ke hospital
menggunakan kereta Hasan adik kepada Badrol. Badrol juga telah menyerahkan sampul
surat yang berisi wang sebanyak dua ribu ringgit yang diberi oleh Nauyah untuk ayahnya.
Duit tersebutl juga merupakan untuk perbelanjaannya seharian dan membaiki rumah Pak
Cik Tassim.

3. “Aku sudah tua,” katanya kemudian. Kelihatan air matanya mengalir lagi. Anak
muda itu tunduk diam.

“Sabar tah pak cik. Pak cik akan baik. Insya-Allah. Pak cik baik.” (muka surat 29)

(a) Siapakah yang bertutur di atas dan ditujukan kepada siapa?

(b) Jelaskan peristiwa yang berlaku sehingga penutur mengalirkan air mata?

(c) Apakah yang berlaku selepas kata-kata di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) Pak Cik Tassim yang bertutur di atas dan ditujukan kepada Badrol, orang yang membawa
Pak Cik Tassim ke hospital setelah dilanggar kereta.

(b) Pak Cik Tassim berasa sedih mengenangkan dirinya yang tidak dipedulikan oleh anak-
anaknya. Dia berasa tersisih. Kehidupannya sunyi lebih-lebih lagi isterinya telah
meninggal dunia. Apa yang sangat menyedihkannya lagi, dia berasa takut kerana
mungkin tidak dapat berjumpa dengan anaknya Nauyah yang sedang belajar di luar
negeri.

(c) Selepas kata-kata tersebut dituturkan, Badrol tidak sempat berjumpa buat kali kedua
kerana Pak Cik Tassim telah meninggal dunia kerana paru-parunya tidak dapat
diselamatkan lagi.

4. “Yah! Ayahmu sudah pergi sayang … Adakah kau tau bahawa ayahmu
telah meninggalkan kau selama-lamanya?” Anak muda itu berdiri dan setelah berdiam diri
Hasan menghampirinya?
(muka surat 30)
(a) Siapakah yang bertutur di atas dan ditujukan kepada siapa? Apakah hubungan mereka
berdua?
(b) Di manakah kata-kata di atas dituturkan?
(c) Apakah yang berlaku sehingga si penuntur berkata demikian?

117

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CONTOH JAWAPAN:
4.

(a) Badrol yang bertutur di atas dan ditujukan kepada Nauyah yang berada di United
Kingdom. Mereka merupakan sepasang kekasih.

(b) Kata-kata di atas dituturkan di hospital, selepas Badrol melawat Pak Cik Tassim yang
telah meninggal dunia.

(c) Badrol berkata demikian kerana ia berasa sedih kerana kekasihnya Nauyah tidak sempat
berjumpa dengan ayahnya buat selama-lamanya.

118

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “BUAT SAJA”
SEKOLAH MENENGAH TANJONG MAYA

1. Diari itu ditutupnya. Matanya beralih pula ke arah kalendar meja yang diberikan oleh
kawannya dari Jabatan Penyiaran dan Penerangan. Tarikh 30 itu tinggal dua puluh satu hari
lagi dari sekarang. Dua puluh satu hari lagi! Dia menyandarkan belakangnya di kerusi empuk
pejabatnya. Tali leher dilonggarkannya sedikit. Terasa benar-benar mengikat tali leher itu.
Pendingin udara di bilik itu terasa pula kurang fungsinya.
(muka surat 31-32)

(a) Siapakah 'dia' yang dimaksudkan dalam konteks di atas?
(b) Mengapakah tarikh 30 itu begitu merisaukannya?
(c) Ceritakan secara terperinci apakah tugasan yang perlu diselesaikannya sebelum tarikh 30

itu?
(d) Adakah 'dia' dapat menyelesaikan tugasan tersebut?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) 'Dia' yang dimaksudkan dalam konteks di atas ialah Sudin.
(b) Pada tarikh 30 tersebut Sudin perlu menghadiri seminar, dan dia selaku ahli panel perlu

membentangkan kertas kerja yang diarahkan oleh penganjur seminar tersebut.
(c) Sebelum tarikh tersebut tiba, Sudin perlu mencari bahan untuk dimuatkan dalam kertas

kerja yang dibuatnya, iaitu mengenai tajuk seminar Perkembangan Cerpen Selepas
Merdeka. Walau bagaimanapun, Sudin tidak berkemampuan untuk menyiapkan tugasan
tersebut kerana, sudah lama Sudin tidak mengikuti perkembangan sastera tanah air.
(d) Sudin merasakan dia tidak berkemampuan untuk menyiapkan kertas kerja tersebut, dan
Sudin menhubungi pihak penganjur tentang ketidaksanggupan Sudin untuk hadir dalam
seminar tersebut, akan tetapi pihak penganjur mengatakan agar Sudin membuat saja
tugasan tersebut memandangkan masa masih lagi panjang.

2. “Sudah tuan baca antologi cerpen Burung-burung Pagi dan Semalam di perjalanan?”

“Siapa yang menulisnya? Penulis negara ini juga?”.
“Ya. Semuanya penulis baru tuan. Dan cerpen-cerpen itu telah mendapat sambutan
yang baik oleh pengkritik luar negara.” “Selepas merdeka penulis baru yang banyak
menulis ialah Nussati, Roha, Darahim, Ak.Hussain dan banyak lagi tuan termasuk
seorang penulis bukan Melayu.”
“Rajin juga kamu membaca ya,” pujinya.

119

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

“Saja tuan. Masa-masa lapang tu saya membacalah.”

(muka surat 37)

(a) Siapakah yang dimaksudkan 'tuan' dalam konteks di atas?
(b) Siapakah yang berkata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata itu ditujukan?
(c) Berdasarkan konteks di atas, apakah jenis cerpen yang diperlukan olehnya?
(d) Ceritakan secara ringkas apakah sebab-sebab timbulnya dialog di atas?

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Panggilan 'tuan' dalam konteks di atas merujuk kepada Sudin.
(b) Dialog di atas adalah di antara Sudin dan budak pejabat di pejabat Sudin.
(c) Berdasarkan konteks di atas, Sudin memerlukan jenis cerpen yang dihasilkan selepas

merdeka.
(d) Sebab-sebab timbulnya dialog di atas ialah, Sudin meminta pertolongan dari budak

pejabatnya untuk mencari buku-buku di perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu
buku yang berkaitan dengan cerpen selepas merdeka, akan tetapi budak pejabat tersebut
menyatakan beberapa antologi cerpen yang baru dan dihasilkan oleh penulis tanah air.
Akhirnya Sudin pun bersetuju dengan pendapat budak pejabat tersebut.

3. “Saya ingin meminta maaflah atas undangan ke seminar itu.”

“Eh, kenapa pula?”.

“Saya rasa tidak dapat menyiapkan kertas kerja itu pada masa yang ditetapkan.

“Saya sibuklah,” alasannya.

“Tidak apa, masa masih panjang lagi. Masih ada masa.”

“Lagipun saya rasa persoalan yang hendak saya buat itu sudah lama saya
tinggalkan. Berterus terang saya katakan, saya tidak lagi mengikuti perkembangan
sastera tanah air.”

“Alah buat sajalah.”

(muka surat 38)

(a) Siapakah 'saya' yang dimaksudkan dalam konteks di atas?
(b) Berdasarkan konteks di atas siapakah dengan 'saya' berdialog itu?
(c) Mengapakah 'saya' menolak undangan ke seminar tersebut?

120

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(d) Menurut pandangan kamu, adakah 'saya' tetap meneruskan membuat kertas kerja untuk
seminar tersebut?

CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) Saya' ialah Sudin.
(b) Dalam konteks di atas, Sudin berdialog bersama pihak penganjur yang menganjurkan

seminar tersebut
(c) Sudin menolak undangan ke seminar tersebut kerana dia merasakan dia tidak dapat

membuat kertas kerja yang diamanahkan kepadanya iaitu mengenai Perkembangan
Cerpen Selepas Merdeka. Sudin memberi alasan bahawa dia sudah lama tidak
mengikuti perkembangan sastera tanah air. Tambahan pula, dia sibuk bekerja dan tidak
mempunyai masa terluang untuk mencari bahan yang akan dimuatkan dalam kertas
kerjanya.
(d) Bagi pandangan saya, Sudin akan tetap meneruskan pembuatan kertas kerja untuk
seminar tersebut, memandangkan pihak penganjur memberi keyakinan kepadanya
bahawa masa masih panjang. Disebabkan desakan tersebut, kertas kerja yang dihasilkan
tidak berkualiti memandangkan Sudin tidak bersemangat untuk menyiapkannya. Pihak
penganjur pula telah menyuruh Sudin untuk membuat kertas kerja tersebut seadanya.

4. “Aku menulis cerpen, novel dan drama.”
“Banyak?”
“Adalah sikit, Novelku tiga buah sudah diterbitkan dan tidak lama lagi antologi

cerpenku pula akan diterbitkan.”
Selepas itu dia tidak ingin bertanya lagi. Dia malu jika dia pula ditanya. Oleh itu,

pada perjumpaan yang tidak diduga itu disingkatkan dengan alasan dia sibuk. Berakhirlah
pertemuan itu.

(muka surat 35)

(a) Siapakah 'aku' dan 'dia' yang dimaksudkan dalam konteks di atas?
(b) Apakah hubungan antara 'aku' dan 'dia' dalam cerpen ini?
(c) Ceritakan secara ringkas kisah 'aku' dan 'dia' semasa pengajian mereka di universiti?
(d) Mengapakah 'dia' berasa malu kepada 'Aku'?

121

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CONTOH JAWAPAN:
4.

(a) 'Aku' yang dimaksudkan dalam konteks di atas ialah kawan kepada Sudin. Manakala,
'dia' pula ialah Sudin.

(b) Sudin sudah lama berkawan dengan kawannya tersebut. Mereka mengenali antara satu
sama lain semenjak mereka berada di universiti lagi.

(c) Semasa di universiti, Sudin mengambil jurusan yang sama dengan kawannya. Sudin
sering kali meminta pertolongan kawannya tersebut untuk menyiapkan tesisnya kerana
kawannya ialah seorang yang rajin dan kuat berusaha. Semua kerja Sudin, kawannya
yang membuatnya. Sudin hanya memberikan upah yang lumayan kepada kawannya itu.

(d) Semasa pertemuan Sudin dengan kawannya tersebut, Sudin berasa malu kerana
kawannya telah menjadi seorang penulis yang disebut-sebut. Dia bukan sahaja pandai
mengkritik tetapi juga menghasilkan karya kreatif. Akan tetapi berlainan pula dengan
Sudin, walaupun Sudin sudah menjawat jawatan yang tinggi dan mempunyai kelulusan
yang berlatarbelakangkan kesusasteraan, namun Sudin sama sekali sudah lupa
mengenainya apatah lagi untuk menghasilkan karya-karya kreatif.

122

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “SALAM”
SEKOLAH MENENGAH PDSM MENTIRI

1. “Aku ke rumah Pak Japar, kak,’’ kataku tiba-tiba.
“Berehatlah dulu, Din. Kau pun baru sampai. Kau tunggulah Abang Saman.”
“Tidak kak. Aku mesti pergi menjumpainya”
(muka surat 42)

(a) Siapakah kedua-dua pendialog di atas dan apakah hubungan antara mereka?
(b) Jelaskan apakah tuduhan-tuduhan yang diterima oleh “kau” kerana tidak pulang ke

kampung?
(c) Mengapakah ‘kau’ tiba-tiba ingin pulang ke kampung dan apakah peristiwa yang berlaku

sebelum ini?
(d) Huraikan dengan ringkas apakah yang terjadi setelah ‘kau’ tiba di kampung halaman?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Kedua-dua pendialog ialah Saidin dan Kak Sinah. Saidin seorang pemuda yang tampan.
Beliau merupakan Pegawai Kerajaan dan guru sekolah menengah di Kuala Belait.
Seorang yang berfikiran terbuka (menerima pendapat Ustaz Zaini) dan peramah.
Seorang yang bertanggungjawab dan amanah. Kak Sinah pula adalah seorang wanita
muda dan kuat bekerja. Seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan suka bertanam
pokok bunga. Kak Sinah juga seorang yang baik terhadap jiran-jiran yang ada di
kampong tersebut. Hubungan mereka adalah antara adik dan kakak ipar. Saidin adalah
adik kepada suami kak Sinah.

(b) Tuduhan-tuduhan yang diterima oleh “kau” ialah pertama, dituduh berselisih faham
dengan Abang Saman. Kedua, dituduh merajuk kerana ayah tidak membahagikan tanah
diduduki oleh Abang Saman sekarang. Ketiga, diucap sudah sombong. Kadang-kadang
juga dikatakan kedekut dan akhir sekali disangkakan sayang membuang wang untuk
tambang pulang ke kampung.

(c) “Kau” tiba-tiba ingin pulang ke kampung kerana ingin menyampaikan pesan orang kepada
Pak Japar. Pesan salam Pak Cik Salleh kepada Pak Japar.
Peristiwa yang berlaku sebelum ini ialah “kau” dalam konteks di atas membenci Pak
Japar. Disebabkan Pak Japarlah ayah ‘kau’ tawar hati mengusahakan kebun sekoinya.
Sedangkan kebun sekoi ayah ‘kau’ di Tanah Tumpang Sementara seluas dua ekar itu
begitu subur. Buahnya banyak, hanya beberapa minggu sahaja lagi boleh dipetik tetapi
disebabkan hutan yang berdekatan dengan rumah Pak Japar tidak disiangi, maka di
situlah kera dan tikus bersembunyi.

(d) Setelah tiba di kampung “kau” melihat Kak Sinah sedang mencabut rumput di batas.
“Kau” memanggil Kak Sinah dari jauh. Kak Sinah berhenti mencabut rumput dan berdiri
sambil menggeser peluh di dahinya dengan lengan bajunya. Dia melangkah beberapa

123

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

tapak ke hadapan mendapatkan “kau” dan menjawab soalan yang dilontarkan oleh “Kau”.
Kak Sinah gembira melihat ketibaan “kau” dan memberitahu bahawa abang Saman “kau’’
pergi ke rumah Pak Japar yang sedang sakit. Kak Sinah juga memberitahu bahawa Pak
Japar sudah seminggu tidak bangun-bangun, sebelum sakit dua kali Pak Japar datang ke
rumah bertanyakan khabar “kau” dan meminta maaf kepada “kau”. “Kau” berasa terharu
mendengar penjelasan Kak Sinah dan tidak disedarinya menitis air jernih dari kelopak
mata “kau’’. “Kau” merasakan Pak Japar bagaikan berada di hadapannya.

124

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “MENITI WAKTU”
SEKOLAH MENENGAH PDSM MENTIRI

1. “Pak cik lebih suka dijemput sekarang.”
“Dijemput?”
“Pak cik sudah puas hidup. Sudah tibalah saat pak cik untuk berangkat.”
“Mengapa pula, pak cik?” Aku tidak mengerti sama sekali.
(muka surat 55)

(a) Siapakah orang yang berdialog di atas?
(b) Mengapakah watak ‘Aku’ tidak mengerti dengan keinginan ‘pak cik’ tersebut?
(c) Bezakan perwatakan pak cik dan aku.
(d) Apakah yang berlaku sebelumnya sehingga dialog ini dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Orang yang berdialog ialah Zat, seorang lelaki yang menghidap beberapa jenis penyakit
seperti kencing manis, darah tinggi dan lain lagi. Manakala, pak cik ialah seorang nelayan
tua.

(b) Watak ‘Aku’ tidak faham bagaimana boleh nelayan tua tersebut sudah bersedia untuk
dicabut nyawanya sedangkan pada pendapatnya dirinya yang hidup mewah dan
berpenyakit masih belum puas menikmati kehidupan dan ia mahu hidup lama tetapi pak
cik tersebut yang hidupnya serba kekurangan dan belum puas menikmati hidup serta
mempunyai tubuh badan yang sihat pula rela mati.

(c) Pak cik seorang yang miskin. Ia duda dan tidak menganggap wang sangat penting untuk
mendapat kebahagiaan, sudah bersedia untuk mati, memiliki badan yang sihat, bersyukur
dengan takdir kehidupannya sekarang.
Zat seorang lelaki yang kaya dan beristeri. Dia menganggap wang boleh memberikan
kebahagiaan, masih mahu hidup 1000 tahun lagi, mempunyai badan yang berpenyakit,
belum merasa puas dengan keadaannya sekarang dan merasa dunia ini tidak adil.

(d) Sebelumnya, Zat berjumpa dengan Dr. Kaz untuk pemeriksaan kesihatan. Setelah itu, dia
pergi ke pantai untuk menenangkan fikiran. Di sana, dia melihat seorang nelayan lalu
menjumpainy. Mereka berbual-bual tentang pekerjaan, keluarga dan kehidupan. Zat cuba
menghulurkan bantuan dengan memberikan wang seratus ringgit tetapi ditolak. Zat heran
dengan sikap nelayan tersebut sambil memikirkan dunia ini tidak adil.

125

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “DARI AWAN KE AWAN”
SEKOLAH MENENGAH PENGIRAN ISTERI HAJAH MARIAM

1. … “ Semalam saya dan penyelia berbincang-bincang mengenai kelas petang.”
(muka surat 58)

(a) Siapakah penutur petikan di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Jelaskan apakah hasil perbincangan ‘saya’ dan penyelianya itu?
(c) Bagaimanakah reaksi orang yang diajak penutur bertutur dan apakah tindakannya?
(d) Nyatakan dengan jelas perwatakan ‘orang yang diajak bertutur’ di atas.

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Penutur petikan di atas ialah Guru Besar iaitu guru besar di Sekolah Rendah Kampung
Baru. Kata-kata itu ditujukan kepada Cikgu Hashim iaitu guru yang bertugas sebagai guru
di Sekolah Rendah Kampung Baru. Dia juga mengajar pada sebelah malam iaitu “evening
class”.

(b) Hasil perbincangan yang dituturkan oleh ‘saya’ iaitu Guru Besar dan penyelianya ialah
mengenai “evening class” yang ditukar masanya kepada jam empat petang.

(c) Reaksi Cikgu Hashim ialah diam dan menenangkan fikirannya. Kemudian dia akur dengan
keputusan tersebut dan terpaksa mengundurkan diri dari mengajar pada ‘evening class’
kerana dia sendiri mengajar di sebelah petang dan balik pada pukul 5.45 petang. Ini
bermakna Cikgu Hashim tidak berkesempatan mengajar ‘evening class’nya jika bermula
pada pukul empat petang.

(d) ‘Orang yang diajak bertutur’ di atas ialah Cikgu Hashim. Dia merupakan tokoh utama
dalam cerpen ini. Cikgu Hashim merupakan seorang guru yang jujur, rajin dan dedikasi
walaupun telah menjadi guru selama dua puluh tahun. Dia mempunyai sikap tidak memilih
tempat walaupun ke mana pun diarahkan untuk bertugas. Dia mengadakan ‘evening
class’ yang memperlihatkan pelajarnya lebih ramai wanita berbanding lelaki.

2. ... Sesampainya di pangsapuri alangkah terkejut Cikgu Hashim apabila membaca surat dari
Hajah Latifah yang diterima petang tadi, isi surat itu lain dari biasa. Kali ini isinya sangat
menyayat hati dan perasaan.
(muka surat 60)

(a) Nyatakan hubungan Cikgu Hashim dengan Hajah Latifah?
(b) Mengapakah Cikgu Hashim terkejut apabila membaca surat tersebut?
(c) Jelaskan apakah maksudnya dengan ‘Kali ini…...’ dalam petikan di atas?

126

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(d) Huraikan perwatakan bagi watak yang terdapat dalam petikan di atas.
CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Hubungan di antara Cikgu Hashim dengan Hajah Latifah ialah antara guru dengan pelajar.
(b) Cikgu Hashim berasa terkejut apabila membaca surat tersebut kerana tindakan Hajah

Latifah yang tidak dapat meneruskan pelajarannya seperti yang dijanjikan kepada Cikgu
Hashim. Dia hanya membiarkan harapan dan cita-citanya itu tinggal harapan dan cita-cita
sahaja. Dia juga terharu meninggalkan bangku sekolah buat kali kedua dan tidak dapat
mendengar nasihat dari seorang guru seperti Cikgu Hashim. Dia juga menyatakan
bahawa keadaan tidak mengizinkannya kemudian mengucapkan jutaan terima kasih atas
budi Cikgu Hashim.
(c) Maksud ‘Kali ini..’ dalam petikan di atas ialah sebelum Cikgu Hashim menerima surat di
atas, dia pernah menerima surat yang pertama daripada Hajah Latifah yang menyatakan
bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.
(d) Cikgu Hashim. Dia merupakan tokoh utama dalam cerpen ini. Cikgu Hashim merupakan
seorang guru yang jujur, rajin dan dedikasi walaupun telah menjadi guru selama dua
puluh tahun. Dia mempunyai sikap tidak memilih tempat walaupun ke mana pun
diarahkan untuk bertugas. Dia mengadakan evening class yang memperlihatkan bahawa
pelajarnya lebih ramai wanita berbanding lelaki.
Hajah Latifah merupakan seorang penuntut Cikgu Hashim yang rajin, selalu bertanya dan
cepat faham pelajaran. Dia mempunyai kesedaran dan semangat yang tinggi dalam
pelajaran. Walau bagaimanapun kesedaran dan semangatnya yang tinggi itu lenyap
setelah Cikgu Hashim tidak lagi bertugas di Kampung Baru. Dalam cerpen ini dikisahkan
Cikgu Hashim sering mengahantar pulang Hajah Latifah kerana kasihan melihatnya
pulang sendirian.

127

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “ABDUL”
SEKOLAH MENENGAH PENGIRAN ISTERI HAJAH MARIAM

1. “Duduk”
“ Apa Cikgu Nayan suruh pada awak semalam?”
“Er…….”
“Eh! Mengapa diam?”

(muka surat 65)

(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata itu ditujukan?

(b) Mengapakah kata-kata itu diperkatakan, nyatakan dengan ringkas?

(c) Nyatakan perutusan dan nasihat yang hendak disampaikan oleh penulis melalui Cerpen
Abdul.

CONTOH JAWAPAN:

1.

(a) Penutur kata-kata di atas ialah Guru Besar dan kata-kata itu ditujukan kepada Abdul.

(b) Kata-kata itu diperkatakan sebab Abdul menjadi orang perantaraan dan menyampaikan
sebuah buku berisi surat daripada Cikgu Nayan kepada Ustazah Noni.

(c) Perutusan dan nasihat yang hendak disampaikan antaranya ialah: Seorang guru
hendaklah bertindak bukan mengikut perasaan dendam tetapi hendaklah mengikut
pemikiran yang waras agar pelajar tidak menjadi mangsa. Guru juga tidak boleh
menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan diri sendiri. Penulis
menasihatkan agar soal peribadi tidak boleh dicampuradukkan dengan tugas harian
sebagai pendidik. Guru mestilah menjadi model dan contoh yang terbaik kepada pelajar.
Guru seharusnya bertanggungjawab tentang kesejahteraan pelajar dan mengelakkan
mereka terlibat dengan masalah disiplin yang tidak baik.

2. “Eh, mengapa diam?”
“Tali Barut!”

(muka surat 65)

(a) Siapakah yang menuturkan kata-kata di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Mengapakah penutur di atas mengatakan “Tali Barut” kepada mangsa? Jelaskan.
(c) Nyatakan sebab atau punca penutur di atas berkata demikian.

128

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(d) Apakah kesudahan peristiwa tersebut? Huraikan.
CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Penutur di atas ialah Cikgu Lamat dan kata-kata itu ditujukan kepada Abdul.
(b) Cikgu Lamat mengatakan Abdul “Tali Barut” kerana Abdul menjadi penghubung anatara

Cikgu Nayan dengan Ustazah Noni. Cikgu Lamat menyimpan perasaan cinta kepada
Ustazah Noni tetapi tidak mendapat perhatian.
(c) Cikgu Lamat berkata demikian kepada Abdul kerana Abdul sering menjadi penghubung
antara Cikgu Nayan dan Ustazah Noni. Hal itu menyebabkan Cikgu Lamat cemburu
kerana tidak mendapat perhatian daripada Ustazah Noni. Sehubungan dengan itu Cikgu
Lamat melepaskan geram dan dendam kepada Abdul.
(d) Kesudahan peristiwa itu ialah Abdul didenda oleh Guru Besar dengan merotan Abdul tiga
kali di telapak tangan, dibawa keliling sekolah dengan slogan di leher “Saya Curi Jagus”
sehingga diketawakan oleh pelajar lain. Abdul berasa marah dan bertindak memecahkan
cermin sekolah, merosakkan kaca mata Cikgu Lamat, memecahkan beberapa biji pasu
bunga, membaling tikus mati ke kawasan sekolah dan akhirnya berhenti sekolah.

129

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “BISA”
SEKOLAH MENENGAH MENGLAIT

1. “Ah itu karut saja”, bantah Kassim. “Kau sajalah yang pakai gelang akar itu kalau
malang menjemput kita, di manapun boleh berlaku. Di laut, di darat, di rumah, di sungai, di
mana saja”.
(muka surat 72)
(a) Siapakah yang dimaksudkan ‘kau’ oleh Kassim?

(b) Apakah hubungan Kassim dengan ‘kau’?

(c) Bagaimanakah pandangan Kassim terhadap pemakaian gelang akar? Jelaskan.

(d) Apakah yang berlaku kepada Kassim setelah konteks di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:

1.

(a) ‘Kau’ yang dimaksudkan oleh Kassim ialah Udin. Seorang yang tidak mempercayai
pantang larang, suami kepada Melor dan bapa kepada 5 orang anak.

(b) Hubungan Kassim dengan Udin ialah teman sekampung dan temannya untuk pergi ke
laut.

(c) Kassim beranggapan bahawa memakai gelang akar hanyalah sebagai perkara karut
semata-mata. Bagi Kassim semua petua yang diberikan tidak mempunyai logik dan tidak
patut diikutkan. Pada pendapat Kassim bahaya itu boleh berlaku di mana-mana.

(d) Setelah konteks di atas dituturkan, Kassim tidak mengikut nasihat Udin untuk memakai
gelang akar. Setelah mereka turun ke laut hingga paras perut, Kassim berteriak kerana
kesakitan setelah disengat oleh ikan tuka-tuka. Kaki Kassim mengalir darah panas. Kaki
Kassim disiat sedikit oleh Udian untuk mengeluarkan darah.Kassim pengsan lalu diusung
oleh Udin dan pelaut-pelaut lain ke rumahnya..

2. ... Hati Kassim menjadi hiba. Sinar lampu minyak tanah di tengah rumah sudah menjadi lain
macam bila kelopak matanya digenangi air jernih. Betapa menderitanya keluarganya kelak
lantaran sakitnya yang belum sembuh. Fikirannya tambah berkecamuk.
(muka surat 71)
(a) Huraikan perwatakan Kassim.
(b) Jelaskan punca kesakitan yang dialami oleh Kassim.
(c) Nyatakan perkara yang menyebabkan fikiran Kassim berkecamuk.

130

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(d) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
CONTOH JAWAPAN:

(a) Kassim merupakan suami kepada Melor, bapa kepada 5 orang anak, bekerja sebagai
petani dan menjadi nelayan sambilan, berpendidikan sekolah dewasa, tidak mempercayai
petua atau pantang larang, bertanggungjawab, tabah menghadapi dugaan dalam
kehidupan.

(b) Punca kesakitan yang dialami oleh Kassim ialah dia disengat oleh seekor ikan tuka-tuka
yang berbisa semasa turun ke laut untuk memukat ikan bersama kawannya Udin.

(c) Perkara yang menyebabkan fikiran Kassim berkecamuk adalah kerana dia risau tentang
sawah dan keluarganya. Setelah Kassim jatuh sakit, tidak ada orang yang dapat
membantunya untuk menjaga sawahnya kerana anak-anaknya masih kecil dan isterinya
pula sedang sarat mengandung anak yang ke enam.

(d) Pengajarannya ialah pertama, sikap tolong-menolong antara satu dengan yang lain
merupakan sifat yang sangat terpuji .Kedua, Mempercayai pantang larang yang tidak
bertentangan dengan hukum syarak adalam baik untuk diikuti dalam melakukan sesuatu
perkara.

131

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “BERPAUT DI DAHAN REPUT”
SEKOLAH MENENGAH MENGLAIT

1. ...Semakin hari hubunganku dengan anak-anak tiriku semakin genting. Muka masam,
hempasan daun pintu menjadi amalan ketika bertembung denganku. Rumah yang besar dan
indah ini sudah tidak tenteram lagi bagiku berada di rumah ini seperti berpijak di atas duri. Aku
menyesali untukku. Adakah aku dilahirkan di dunia ni hanya semata-mata untuk menanggung
penderitaan seperi ini? Astaghfirullah, kenapa pula sampai ke sana fikiran hatiku.

(muka surat 82-83)

(a) Siapakah watak ‘aku’ dalam konteks di atas dan daripada cerpen manakah konteks ini
diambil?

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘seperti berpijak di atas duri”?

(c) Ceritakan peristiwa watak ‘aku’ selepas konteks di atas.

(d) Jelaskan unsur-unsur pengajaran daripada cerpen ini.

CONTOH JAWAPAN:

1.
(a) Nora seorang yang berumur lingkungan empat puluhan. Sudah mengalami dua kali janda.
Berkelulusan Senior Cambridge dengan pangkat tiga. Mempunyai kakak bernama kakak
Midah. Konteks di atas diambil daripada cerpen “Berpaut Di Dahan Reput”.

(b) Bermaksud keadaan yang tidak selesa walaupun tinggal di rumah yang besar dan mewah
kerana watak aku dianggap sebagai pengacau atau perampas. Anak-anak tirinya
mengelak untuk bersemuka dengannya dan tidak mahu makan bersama-sama.

(c) Watak aku telah membuat keputusan tanpa pengetahuan suaminya iaitu dato
meninggalkan rumah mewah tersebut. Tidak ada rasa benci watak aku terhadap
suaminya dan anak-anak tirinya. Kepergiannya adalah untuk kebahagiaan suaminya dan
anak-anak tirinya. Watak aku telah bersumpah tidak akan bersuami lagi hingga ke akhir
hayatnya.

(d) Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini antaranya :-

• Sebagai ibu tiri mestilah tabah menghadapi perangai anak-anak dan dapat
menyusulkan diri sebagai orang baru dalam keluarga.

• Pandai mengambil hati anak-anak walaupun berstatus sebagai ibu tiri.

• Berbincang dengan suami tentang masalah-masalah yang dihadapi iaitu mengenai
perangai-perangai anak-anak tiri danbersedia menghadapi masalah yang bakal
ditempuh.

• Berfikir dahulu sebelum membuat keputusan yang diambil dan sanggup menerima
risiko pada kemudian hari kelak.

132

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “Bila lagi kau berumahtangga Nora?” dia mengajukan pertanyaan kepadaku. Lantas
kujawab.
“Aku ini perempuan kak, takkan perigi mencari timba.”
“Itu memang benar tapi setahuku sudah tiga orang pemuda yang kautolak,” balasnya.
“Itu dulu kak, masa itu Nora belum mahu kahwin lagi,” kataku senghaja untuk

membalas kata kakakku.
“Itulah kau, pemilih sangat. Kita ni perempuan, lain dari lelaki.”
(muka surat 79)

(a) Siapakah yang mengajukan pertanyaan itu kepada Nora?
(b) Apakah yang dimaksudkan ‘takkan perigi mencari timba”?
(c) Siapakah pemuda-pemuda yang pernah ditolak oleh Nora, nyatakan dua daripadanya

dengan memberikan perwatakkan mereka.
(d) Huraikan dua pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis cerpen tersebut.

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Kak Midah ialah kakak kepada Nora yang sudah berkeluarga yang selalu mengambil
berat terhapad Nora.

(b) Bermaksud tidak manis jika seorang perempuan pula mencari dan melamar seorang lelaki
untuk pasangan hidupnya.

(c) Karim ialah seorang pegawai pentadbir. Mempunyai sifat yang angkuh dan lekas naik
darah. Kedua-dua sifatnya ini amat dibenci oleh Nora.
Kadir ialah seorang pemuda jujur, suka berterus terang dan ikhlas. Bekerja sebagai
penjual kereta di sebuah syarikat dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Nora
menolak kadir kerana dia tidak mempunyai kerja sepertinya. Nora mahu kadir berpakaian
kemas, bertali leher dan duduk di bilik berhawa dingin.
Ustaz Yakob – seorang pegawai agama berasal dari Malaysia. Tidak mempunyai cacat
celanya tetapi saying bukan orang Brunei. Kalau Nora berkahwin dengannya ia terpaksa
mengikuti suaminya ke tanah seberang sedangkan cinta nora terhadap tanahair sangat
mendalam.

(d) Dua pengajaran :-
1. Jangan bersifat terlalu pemilih dalam mencari pasangan kerana kita mesti ingat umur
kita semakin bertambah. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya supaya
mempunyai pasangan hidup (berkahwin) untuk mengelakkan perkara-perkara dosa.

133

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. Memperlihatkan tanggungjawab seorang kakak terhdapa adiknya yang belum
mempunyai pasangan hidup. Selalu melawat Nora sewaktu cuti sekolah dan mnyuruh
anak-anaknya menemaninya semasa cuti sekolah.

3. ... Aku merasakan masa itu terlalu cepat. Kini usiaku sudah menjangkau ke empat puluhan.
Masa remajaku sudah pun berlalu. Dalam usia begini aku sudah mengalami dua kali menjadi
janda. Kedua-dua pernikahanku berakhir dengan perceraian. “Kenapa nasibku begini
malang?” keluhku.
(muka surat 77)
(a) Siapakah ‘Aku’ yang dimaksudkan?
(b) Jelaskan perkara yang berlaku ketika ‘Aku’ remaja?
(c) Huraikan punca kegagalan kedua-dua perkahwinan ‘Aku’.
(d) Jelaskan teknk penceritaan yang digunakan bagi “Kenapa nasibku begini malang?”

CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) Aku ialah Nora, bekerja sebagai kerani, mempunyai seorang kakak bernama Midah, dan
tinggal seorang diri di rumah pusaka orang tuanya.

(b) Ketika remaja, aku telah dilamar oleh tiga orang pemuda tetapi semua lamaran ditolak.
Nora menolak lamaran Karim iaitu seorang pegawai pentadbir di jabatan tempat Nora
bekerja kerana karim seorang yang angkuh dan panas baran. Lamaran Kadir juga ditolak.
Kadir merupakan seorang pemuda yang jujur, suka berterus terang serta ikhlas tetapi
Kadir tidak pandai bergaya, berpakaian selekeh, bukan pegawai di pejabat. Nora juga
menolak lamaran ustaz Yakob iaitu seorang pegawai agama dari Malaysia, oleh kerana
Nora mencintai tanah air sebab itulah dia menolak lamaran ustaz Yakob.

(c) Aku iaitu Nora berkahwin dua kali. Perkahwinan pertama Nora bersama dengan seorang
pemuda kacak yang menolongnya membaiki kereta gagal kerana pemuda tersebut telah
menipu duit Nora sebanyak dua puluh ribu ringgit kemudian menghilangkan diri selepas
beberapa minggu perkahwinan mereka.
Perkahwinan Nora kedua bersama seorang Dato iaitu ketua pejabat Nora. Perkahwinan
tersebut gagal akibat anak-anak Dato yang dewasa tidak dapat menerima kehadiran Nora
dalam hidup mereka.

(d) Teknik penceritaan yang digunakan ialah teknik monolog dalaman.

134

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “KEPALA PERARAKAN”
SEKOLAH MENENGAH MASIN

1. ”Cikgu, maafkan saya, perkara itu hanya untuk beberapa jam sahaja, untuk
tontonan, untuk mendapat hadiah, tetapi yang saya timbulkan ini untuk mengemaskinikan
pentadbiran sekolah supaya rekod-rekod dan dokumen-dokumen yang ada di antaranya sulit
lebih selamat apabila tersimpan dalam satu bilik.”
(muka surat 88-89)
(a) Siapakah ‘Cikgu’ dan ‘saya’ dalam petikan di atas? Apakah hubungan mereka dan berikan
jodol cerpen yang berkenaan dengan petikan tersebut?
(b) Jelaskan dengan ringkas maksud ungkapan ‘perkara itu’ dan ‘yang saya timbulkan ini’
dalam petikan di atas.
(c) Huraikan dengan jelas, sebab ‘saya’ mengemukakan usulannya pada ketika itu.
(d) Apakah reaksi ‘Cikgu’ terhadap perkara yang ‘saya’ timbulkan itu? Jelaskan sama ada
‘perkara itu’ dapat mencapai objektifnya?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) 'Cikgu' ialah Guru besar dan 'saya' pula ialah Penolong Guru Besar. Hubungan antara
keduanya adalah Guru Besar Sekolah Rendah Simpang Lima Puluh Sembilan dan
Penolong Guru Besar merupakan penolongnya. Jodol cerpen berkenaan adalah Kepala
Perarakan.

(b) Ungkapan 'perkara itu' merujuk kepada Peraduan Perarakan Tanglung Sempena 30
Tahun Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan yang disertai oleh sekolah mereka.
Ungkapan 'yang saya timbulkan ini' adalah usul daripada Penolong Guru Besar supaya
dia yang berpangkat dan berkelulusan luar negeri itu dibuatkan satu bilik khas, lebih-lebih
lagi apabila dia memegang jawatan Penolong Guru Besar.

(c) 'Saya' mengemukakan usulnya kerana dia tahu bahawa peruntukan yang boleh
digunakan untuk membuat sebuah bilik pejabat Penolong Guru Besar, telah digunakan
untuk perkara lain iaitu untuk Perarakan Tanglung Sempena 30 Tahun Bahasa Melayu
dalam Perlembagaan. Dia juga sebenarnya merasa dirinya tersisih kerana Guru Besar
sepatutnya lebih rapat dengannya dan lebih banyak berunding dengannya sebagai
penolong berbanding dengan orang lain. Guru Besar lebih rapat dengan Guru Bahasa
Melayu di sekolahnya. Selain itu, dia berpendapat yang dia berkelulusan tinggi dari luar
negara dan mempunyai fikiran yang lebih baik dan bernas.

(d) Reaksi 'Cikgu' ialah mencadangkan supaya hal itu difikirkan tahun depan jika ada
peruntukan yang secukupnya. Namun 'perkara itu' tidak mencapai objektifnya kerana
peruntukan yang ada itu tetap digunakan untuk kegunaan perarakan.

135

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “Insya-Allah, siap sebelum hari perarakan cikgu. Huruf-huruf itu nanti diatur dengan
perda yang berwarna-warni.”

“Ditabur atas gam?”

“Yah, ditabur atas gam.”

“Gam apa?”

“Gam air sahaja cikgu. Rakat, asal jangan kena air.”

“Yah, awas-awas jangan kena air.” (muka surat 94)

(a) Siapakah yang menuturkan “Insya-Allah, siap sebelum hari perarakan cikgu”? Kepada
siapakah kata-kata itu ditujukan dan mengapakah penutur berkata demikian?

(b) Hubungan di antara penutur dengan orang yang diajaknya bertutur itu dikatakan sangat
akrab. Bincangkan.

(c) Apakah sebenarnya yang mereka lakukan dan berjayakah mereka menyiapkan kerja-kerja
itu? Jelaskan dengan secara ringkas.

(d) Ceritakan secara ringkas kejadian yang berlaku pada akhir cerpen ini.

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Kata-kata itu dituturkan oleh Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Simpang Lima
Puluh Sembilan. Ia dituturkan kepada Guru Besar sekolah tersebut. Penutur mengatakan
demikian untuk menjawab soalan Guru Besar yang bertanya kepadanya bilakah slogan
kata yang berbunyi 'Bahasa Melayu Lambang Maruah Bangsa' yang akan diletakkan pada
bahagian hadapan replika Masjid Omar Ali Saifuddien itu akan siap.

(b) Hubungan antara penutur dengan orang yang diajaknya bertutur itu sangat rapat sehingga
menimbulkan iri hati Penolong Guru Besar yang sepatutnya lebih rapat dengan Guru
Besar. Banyak hal yang sepatutnya menjadi tugas Penolong Guru Besar, atau yang
sepatutnya dirundingkan dengan Penolong Guru Besar telah diurus oleh Guru Bahasa
Melayu sedangkan Penolong Guru Besar yang lebih berkelayakan.

(c) Mereka sebenarnya sedang menyiapkan kepala perarakan dan tanglung-tanglung yang
akan digunakan dalam Perarakan Tanglung Sempena 30 Tahun Bahasa Melayu dalam
Perlembagaan. Mereka berjaya untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut sebelum hari
Perarakan.

(d) Sewaktu diadakan hari perarakan, barisan Sekolah Rendah Simpang Lima Puluh
Sembilan sudah berdiri megah di celah-celah ratusan barisan yang lain. Baru sahaja
perarakan dimulakan hujan telah turun dengan sangat lebat. Hal ini menyebabkan
barisan perarakan lari bertempiaran sambil menarik kepala perarakan ke tempat
berlindung. Cogan kata yang dilekatkan di hadapan masjid replika itu juga telah basah
satu demi satu meluncur ke bawah hingga tidak ada satu huruf pun yang tinggal.

136

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “GAJI”
SEKOLAH MENENGAH MASIN

1. "Ini adalah untuk merapatkan jurang perbezaan antara orang atas dengan orang
bawah supaya jangan terlalu jauh bezanya."
"Tidak adalah nanti syarikat ini orang yang merasa dirinya terlalu tinggi kerana
gajinya tinggi sangat atau orang merasa dirinya terlalu rendah kerana gajinya cukup makan
saja."
(muka surat 98-99)

(a) Siapakah yang menuturkan kata-kata di atas dan kepada siapakah kata-kata itu
ditujukan? Apa pula hubungan antara keduanya.

(b) Siapakah yang dimaksudkan oleh penutur dalam kata-kata "orang yang merasa dirinya
terlalu tinggi" dan siapa pula yang dimaksudkannya dengan 'orang yang merasa
dirinya terlalu rendah' dalam petikan di atas?

(c) Jelaskan secara ringkas, apakah yang dilakukan untuk merapatkan jurang perbezaan
seperti yang dalam kata-katanya itu?

(d) Apakah hubungan antara penutur dengan orang yang ditujukan kata-kata itu dalam
penghujung cerpen ini dan apakah puncanya?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Kata-kata itu dituturkan oleh Abdul Hamid dan ditujukan kepada Dollah. Hubungan antara
keduanya ialah rakan sekerja di sebuah syarikat swasta.

(b) Maksud "orang yang merasa dirinya terlalu tinggi itu” ialah orang yang berpangkat dan
bergaji tinggi dalam syarikat tempat mereka bekerja itu. Sebaliknya, "orang yang merasa
dirinya terlalu rendah" pula ialah pekerja-pekerja syarikat yang tidak berpangkat dan
hanya menerima gaji yang sekira-kira cukup perbelanjaan sahaja.

(c) Untuk merapatkan jurang perbezaan antara orang yang berpangkat dengan tidak
berpangkat ialah dengan menaikkan gaji pekerja-pekerja yang tidak berpangkat.
Manakala, pegawai-pegawai atasan yang sudah menerima gaji yang besar tidak perlu
lagi dinaikkan gajinya. Dengan kenaikan gaji pekerja-pekerja yang sudah tidak jauh
bezanya dengan pegawai atasan itu nanti akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

(d) Hubungan antara penutur dan orang yang ditujukannya itu seterusnya menjadi dingin.
Dollah tidak lagi mahu mengendahkan Abdul Hamid. Ini berpunca kerana Abdul Hamid
telah mencadangkan Dollah agar membeli kereta sebelum gaji naik dan harga barang
naik supaya harga kereta tetap sederhana. Namun setelah gaji mereka tidak juga naik
dan kereta sudah dibeli, Dollah merasa marah dan menyalahkan Abdul Hamid kerana
memberi cadangan yang hanya menyusahkannya. Sedangkan gaji mereka hanya cukup-
cukup makan malah minyak kereta juga harus difikirkan.

137

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

"Siapa yang celaka?"
"Gaji naik, harga kereta pun naik!"
"Dapatkan loan bank segera dan beli kereta sebelum harganya naik."

(muka surat 100)
(a) Siapakah yang terlibat dalam dialog di atas dan apakah hubungan antara keduanya?
(b) Huraikan secara ringkas apakah khabar yang tersebar di tempat kerja mereka sebelum

dialog di atas dituturkan? Apa pula rancangan Dollah jika benar khabar tersebut?
(c) Adakah pada pendapat awda, saranan untuk mendapatkan loan bank dengan segera dan

membeli kereta sebelum harga naik itu diusulkan secara serius atau tidak? Kenapa?
(d) Adakah usul tersebut diterima? Huraikan secara ringkas cerita selanjutnya dan apa pula

konflik yang terjadi selepas itu?

CONTOH JAWAPAN
2.

(a) Watak-watak yang terlibat dalam dialog di atas adalah Abdul Hamid dan Dollah.
Hubungan antara keduanya ialah rakan sekerja di sebuah syarikat swasta.

(b) Ada khabar yang tersebar di tempat mereka bekerja bahawa gaji pekerja-pekerja akan
dinaikkan. Tetapi kenaikan ini tidak melibatkan pegawai-pegawai atau orang atasan.
Dollah telah merancang, sekiranya gaji mereka benar-benar dinaikkan, dia akan membeli
sebuah kereta baru kerana kereta lamanya telah terlalu uzur.

(c) Saranan Abdul Hamid supaya Dollah mendapatkan loan bank dan membeli kereta baru itu
tidak serius kerana dia cuma memberi usul secara acuh tidak acuh sahaja. Tetapi
sekiranya Dollah bersetuju juga, Abdul Hamid akan mendapat sedikit habuan dari
salesman yang merupakan sepupunya itu.

(d) Usul tersebut telah diterima. Dollah mendapatkan pinjaman bank dan membeli kereta
baru dari sepupu Abdul Hamid. Abdul Hamid telah mendapat komisyen sebanyak lima
puluh ringgit dari sepupunya itu. Walau bagaimanapun, khabar tentang kenaikan gaji itu
tidak menjadi kenyataan. Ini menyebabkan terjadinya konflik antara Dollah dan Abdul
Hamid. Dollah berasa kesal dan menyalahkan Abdul Hamid kerana menyuruhnya
membeli kereta baru sebelum gaji mereka naik. Sedangkan gaji mereka tidak juga naik.
Akhirnya, untuk menampung beban itu, Dollah dan isterinya terpaksa mengusahakan dan
meluaskan kebun mereka untuk dijual hasilnya.

138

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “YAYASAN TERCICIR”
SEKOLAH MENENGAH SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM

1. “Sebenarnya saya masih belum punya pendapat apa-apa mengenai penubuhan
sekolah yang cikgu ura-urakan. Tapi selaku orang yang bertanggungjawab terhadap
kemajuan pelajaran anak bangsa kita, saya cuma dapat memberikan sedikit pandangan…,”
sambungnya.
(muka surat 106)

(a) Siapakah ‘saya’ dan ‘cikgu’ dalam petikan di atas? Jelaskan hubungan mereka berdua.

(b) Jelaskan apa pandangan yang ingin diberikan oleh ‘saya’ kepada ‘cikgu’ itu?

(c) Apakah tujuan ‘cikgu’ menubuhkan sekolah yang diura-urakannya itu? Bagi pendapat
kamu terlaksanakah hasrat ‘cikgu’ itu untuk menubuhkan sekolah itu?

(d) Bila dan di manakah petikan itu dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:

1.
(a) ‘Saya’ ialah seorang Pegawai Pelajaran muda. Berpendidikan tempatan dan lulusan
pengajian tinggi di Barat. Bekas penuntut ‘cikgu’. Seorang yang angkuh, ego, kurang
mengenang budi. Berwajah sawo matang,suka merokok, berpakaian dan sleng ala Barat.
Mempunyai sinar mata timur dan pro-Barat.

Manakala, ‘cikgu’ ialah seorang guru tua yang telah bersara. Dedikasi dan komited
sebagai pendidik dan dunia kependidikan. Masih mengabdikan diri dalam bidang
perguruan setelah bersara. Simpati dengan anak bangsa yang tercicir dan mangsa dasar
pelajaran negara yang cuma pentingkan murid yang tinggi mentalnya. Mudah mesra,
kasih sayang, dedikasi, simpatik, patriotic, penyabar, matang fikiran, pengorbanan, luas
pandangan, rendah diri dan peka. Berambut putih dan bermisai.

Hubungan mereka berdua adalah ‘saya’ merupakan bekas anak didik ‘cikgu’.

(b) ‘Saya’ mempersoalkan penubuhan sekolah sama ada ia akan mendapat sambutan di
kalangan ibu bapa atau pun sebaliknya. Selain itu, dia juga mempersoalkan tentang
dasar sekolah ‘cikgu’ yang dikhuatiri bertentangan dengan dasar pelajaran negara. Jika
semua itu dapat diatasi, mampukah ‘cikgu’ memberikan biasiswa kepada murid-murid
lepasannya nanti.

(c) ‘Cikgu’ ingin menubuhkan sekolah itu kerana ‘cikgu’ bersimpati dengan nasib anak
bangsa yang tercicir dan mangsa dasar pelajaran negara yang cuma pentingkan murid
yang tinggi mentalnya. Dengan menubuhkan sekolah ini, anak-anak yang tercicir tidak
akan terjerumus dengan gejala sosial. Mereka ini akan diberi didikan yang praktis dengan
menggunakan bahasa ibunda (Melayu) sebagai bahasa pengantar.

Bagi pendapat saya hasrat ‘cikgu’ itu akan tercapai kerana semangat dan sikap tidak
berputus asanya itu. Tambahan pula, dua orang anak lelakinya iaitu Kamal lepasan
Universitas Gajahmada dan Alif lulusan Universiti Malaya akan pulang dari pengajian
mereka dan diharap akan dapat meneruskan hasratnya itu nanti.

(d) Pada waktu siang, iaitu waktu pejabat, dalam bilik pejabat Pegawai Muda.

139

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “TITIAN”
SEKOLAH MENENGAH SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM

1. “Sepatutnya aku tidak meroboh titian itu kalau cuma fasal anak-anak…,” ujar
kesalnya sedikit lembut, ia cuba bertoleransi namun lebih memberatkan kesalahan pada Piah,
“Nasib baik Liau Bakar tidak tarik cakap, kalau tidak sudah pasti jadi pergaduhan. Malu…
malu aku!”
(muka surat 117)

(a) Jelaskan siapa ‘aku’, Piah dan Liau Bakar dalam petikan di atas? Apakah hubungan
mereka bertiga?

(b) Apakah yang terjadi kepada anak-anak mereka sehingga ‘aku’ merobohkan titian itu dan
kenapakah ‘aku’ berasa malu? Jelaskan.

(c) Bila dan di manakah petikan di atas dituturkan?
(d) Jelaskan peristiwa yang berlaku setelah petikan di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) ‘Aku’ ialah Liau Tangah. Seorang penduduk yang tinggal di Kampong Ayer. Mempunyai
isteri bernama Piah dan anak bernama Mahri. Seorang yang mudah tersinggung dan
sensitif. Menurut kemahuan isterinya untuk merobohkan titian’ dan merupakan orang
yang dihormati di kampungnya.
Piah ialah isteri Liau Tangah. Badannya kurus melidi, suaranya nyaring dan ringan.
Mempunyai anak bernama Mahri. Bersikap kasar, garang, suka memerintah dan
menengking suami di samping banyak bercakap. Memusuhi Liau Bahar dan tidak segan
dengan orang di sekelilingnya.
Liau Bakar ialah jiran Liau Tangah. Dia tinggal di Kampung Ayer dan dimusuhi oleh Piah.
Sering menolong keluarga Liau Tangah semasa mereka dalam kesusahan.

(b) Anak ‘aku’ patah tangan kerana jatuh ditolak oleh anak Liau Bakar sehingga isteri ‘aku’
iaitu Piah mengarahkan ‘aku’ merobohkan titian itu.
‘Aku’ berasa malu kerana tindakannya merobohkan titian telah mengakibatkan ramai yang
mendapat kesusahan kerana tiada titian untuk pergi ke sekolah, rumah, ke kedai dan
sebagainya. Hal tersebut juga telah memutuskan hubungan silaturahimnya dengan
penduduk-penduduk kampung. Selain itu, kewibawaannya sebagai orang tua di kampung
tersebut sedikit sebanyak tercalar.

(c) Petikan itu berlaku pada waktu siang, di rumah Liau Tangah.

(d) Liau Tangah terus mengheret kayu kulimpapa dan mengheretnya ke bawah rumah. Piah
marah dan tidak mengizinkan Liau Tangah membangun semula titian itu. Piah mengucap
Liau Tangah ‘bacul’. Liau Tangah marah dan mengarahkan Piah masuk ke dalam rumah.
Piah takut apabila melihat Liau Tangah marah. Tiang-tiang kulimpapa dipacakkan ke

140

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

dalam tanah untuk menongkat tepian pantaran Liau Tangah melihat anaknya Mahri baru
pulang dari kedai runcit Haji Damit. Semasa Mahri turun ke tanah, air sudah pasang. Liau
Tangah menyuruh Mahri berhati-hati semasa turun. Mahri disengat ikan tuka-tuka dan
jatuh pengsan. Liau Tangah tepaksa menghisap tapak kaki Mahri bekas sengatan
tersebut dan mengarahkan Piah untuk memanggil penambang untuk membawa Mahri ke
hospital. Piah menjerit meminta tolong kepada musuh-musuhnya dan mujurlah Liau
Bakar ada di rumah dan mengulurkan bantuan.

141

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “SUNGAI”
SEKOLAH MENENGAH AWANG SEMAUN

1. “Aku tidak tahu. Aku sama juga seperti kamu. Aku tidak boleh bersuara kerana
bilangan orang seperti aku di pekan itu terlalu sedikit. Belum sempat bersuara sudah
kehilangan kata-kata.”

“Kita sudah terlalu mengalah, sudah lama kita ditekan, ditindas. Walau dengan cara
yang terlalu lembut tepi terasa juga. Pak Lasim tahu sekarang, beberapa orang-orang kaya di
pekan ini membuka ladang di hulu sungai ini. Mereka menggunakan tenaga asing.

“Itu hak mereka.” (muka surat 121-122)

(a) Apakah peristiwa yang terjadi sehingga lahirnya petikan di atas?
(b) Bagaimanakah cara mereka mengatasi perkara di atas?
(c) Pada pandangan kamu, berjayakah mereka mengatasi perkara di atas seperti yang

terdapat di akhir cerita? Jelaskan.
(d) Bila dan di manakah petikan itu di tuturkan?

CONTOH JAWAPAN:

1.
(a) Peristiwa yang terjadi sehingga lahirnya petikan di atas ialah sungai telah dibabang oleh
orang-orang Badaruddin Bakri sehingga menyebabkan sungai kering, tanaman layu
kekuningan dan tanah merkah.

(b) Mereka mengatasi perkara di atas dengan bersatu tenaga merobohkan babang sungai itu
pada malam jumaat selepas sembahyang Isyak dan mesti siap sebelum menjelang waktu
subuh.

(c) Mereka berjaya membuka babang sungai itu dan mengairi tanaman / ladang mereka jika
Badaruddin Bakri tidak mengambil tindakan selepas babang itu dirobohkan. Tetapi jika
Badaruddin dan konco-konconya mengambil tindakan, besar kemungkinan penduduk
pekan Tani dan pekan Semawar akan lebih berani lagi bersemuka dan terus bersatu
tenaga.

(d) Petikan itu dituturkan pada waktu malam, setelah masuk waktu Maghrib, di rumah Pak
Lasim, Pekan Semawar sebelum sempat Pak Lasim menunaikan sembahyang Maghrib.

2. “Kerana itulah aku datang ke rumah Pak Lassim ini. Pak Lassim sajalah yang manjadi
harapan kami untuk mambantu manyelesaikan masalah ini.” Ketua Timbul memandang tepat ke
wajah Pak Lassim. “Kami akan datang lagi petang esok dan kami harap Pak Lassim akan
memberi kerjasama kerana ini menjadi kepentingan kita bersama.”

(muka surat 124)

142

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(a) Jelaskan siapakah Ketua Timbul dan Pak Lassim?
(b) Apakah masalah yang dihadapi oleh mereka?
(c) Berjayakah mereka mengatasi masalah tersebut? Jelaskan.
(d) Bila dan di mana kata-kata ini dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Ketua Timbul ialah ketua pekan Tani. Dia mengambil berat tentang masalah yang

dihadapi oleh anak-anak buahnya. Dia meminta pandangan Pak Lassim tentang
pergerakan orang-orang kaya yang memulaukan Tamu Pasar Tani dan memindah aliran
sungai sebelum membuat keputusan. Dia juga turut sama dalam membuka balik babang
sungai itu bersama-sama dengan anak-anak buahnya dan Pak Lassim. Pak Lassim ialah
orang tua yang tinggal di Pekan Semawar. Dia tidak suka mencampuri urusan orang lain
dan tidak suka diperintah. Dia menolak tawaran kerja sebagai kuil di syarikat kepunyaan
orang-orang kaya, walaupun ditawarkan dengan gaji yang besar. Dia berjumpa dengan
Ketua Timbul untuk memberikan cadangan dalam masalah yang mereka hadapi.
(b) Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah konco-konco Badaruddin Bakri telah menutup
sungai di kampung mereka. Sungai itu di babang dan alirannya dipindahkan ke tapak
ladang yang baru di buka oleh mereka dan menyebabkan sungai di kampung Pekan Tani
dan Pekan Semawar menjadi kering.
(c) Mereka berjaya membuka babang sungai itu dan mengairi tanaman / ladang mereka jika
Badaruddin Bakri tidak mengambil tindakan selepas babang itu dirobohkan. Tetapi jika
Badaruddin dan konco-konconya mengambil tindakan, besar kemungkinan penduduk
pekan Tani dan pekan Semawar akan lebih berani lagi bersemuka dan terus bersatu
tenaga.
(d) Kata-kata itu di tuturkan pada waktu malam di rumah Pak Lassim di Pekan Semawar.

143

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “PELABUHAN SENJA”
SEKOLAH MENENGAH AWANG SEMAUN

1. “Soal itu janganlah kau risaukan, itu semua urusanku. Yang penting kau beri dia
pekerjaan,”kata Jahal sungguh-sungguh. “Dia orang Islam dan kita perlu membantunya.”

Leman memandang wajah pemuda yang bernama Jahal. Leman merasa keberatan
untuk menerimanya. Tetapi Leman juga sebenarnya memerlukan pembantu. Pembantu yang
dapat kerja seharian. Sudah beberapa kali ia berusaha namun kejayaan belum juga timbul-
timbul.

(muka surat 130)

(a) Berikan tajuk cerpen di atas.

(b) Siapakah yang diperkenalkan oleh Jahal kepada Leman? Apakah masalah yang dihadapi
oleh Leman sehingga dia keberatan untuk menerimanya?

(c) Apakah pekerjaan Leman dan mengapakah dia memerlukan pembantu yang sanggup kerja
seharian?

(d) Huraikan perwatakan Jahal dalam cerpen ini.

(e) Ceritakan dengan ringkas peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas?

CONTOH JAWAPAN:

1.
(a) Tajuk cerpen di atas ialah Perlabuhan Senja karya Rosli H.A.

(b) Jahal memperkenalkan Yunus kepada Leman untuk membantu Leman di ladangnya.
Perkara yang menjadi masalah kepada Leman ialah apabila Yunus tidak ada
keterangan diri. Dia seorang pendatang haram yang masuk ke negeri ini tanpa melalui
jabatan kastam.

(c) Leman ialah seorang Pengusaha ladang dan menternak kerbau. Dia memerlukan
pembantu kerana untuk membantunya mengusahakan ladang dan menjaga
ternakannya yang sudah menampakkan hasil. Sebelum ini, dia pernah mengambil
pekerja tempatan tetapi mereka sering mencari helah untuk berhenti kerana tidak
tahan panas dan kerjanya terlalu berat.

(d) Jahal merupakan seorang yang bekerja dengan kerajaan dan bersifat sombong. Dia
jijik melihat dan mencium bau lumpur. Dia yang memperkenalkan Yunus kepada
Leman. Jahal tidak mahu bertanggungjawab dan campur tangan mengenai kematian
Yunus.

(e) Leman menerima Yunus bekerja dengannya kerana dia benar-benar memerlukan
pekerja memandangkan ramai anak tempatan yang diambilnya telah berhenti. Sejak
Yunus bekarja dengannya, Leman banyak masa terluang dan digunakannya untuk
merundingkan pasaran. Leman juga menghadapi masalah kemarau sehingga
menyebabkan kekurangan air, kebunnya bertukar warna dan kerbau merangkak
perlahan. Yunus bercadang untuk membeli sejenis alat untuk menarik air iaitu

144

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

Pengepam air yang menggunakan tenaga elektrik. Sejak ada alat itu Leman dapat
menyelesaikan masalah kekurangan air tetapi masalah timbul lagi apabila Yunus
meninggal dunia semasa menggunakan alat tersebut. Leman membuat aduan ke
balai polis dan mayat Yunus dibawa ke rumah sakit untuk dibedah siasat. Jahal tidak
mahu bertanggungjawab dan campur tangan dalam masalah itu. Akhirnya Leman
berasa lega kerana kematian Yunus bukan kerana dibunuh atau kejutan elektrik tetapi
disebabkan serangan penyakit jantung.

2. “Orang Melayu juga dan berasal dari negara jiran.”
“Baiklah. Tapi siapa pula yang menjadi penjaminnya? Leman merasa serba salah.

Leman pernah mendengar, siapa yang melindungi pendatang haram boleh di dakwa di
makahmah.

”Leman, dia tidak mempunyai keterangan diri,” jelas Jahal seperti berbisik.
(muka surat 129)

(a) Siapakah “Orang Melayu” yang dimaksudkan di atas?
(b) Apakah yang boleh dilakukan oleh “Orang Melayu” itu?
(c) Apakah yang terjadi kepada Leman seterusnya?
(d) Bagaimana pula dengan Jahal?

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Orang Melayu yang dimaksudkan di atas ialah Yunus yang datang dari negara jiran. Dia
masuk ke negara ini tanpa melalui jabatan Kastam dengan tujuan untuk mencari
pekerjaan dan mengubah hidupnya.

(b) Yunus boleh melakukan kerja-kerja berat yang tidak dapat dikendalikan oleh anak-anak
tempatan. Dia rajin bekerja dan tidak mengabaikan kerjanya dan sentiasa menurut
perintah. Dia juga selalu memberikan pandangan terutama ketika musim kemarau. Dia
telah mencadangkan agar mereka membeli mesin pengepam air yang menggunakan
tenaga elektrik untuk mengatasi kekurangan air.

(c) Semenjak Leman mengambil Yunus bekerja dengannya, dia mempunyai kelebihan masa
dari sebelumnya. Masa inilah digunakan untuk merunding pasaran yang selama ini tidak
pernah dirundingkan kerana sebelum itu Leman hanya dapat berjaja di tamu. Leman juga
menghadapi masalah kemarau sehingga menyebabkan tanaman dan binatang
ternakannya tidak cukup air. Yunus mencadangkan agar Leman membeli mesin
pengepam air yang menggunakan tenaga elektrik dan dari situ juga Leman terpaksa
berhadapan dengan masalah yang paling besar iaitu kematian Yunus. Leman dituduh
membunuh. Dia juga dituduh melindung pendatang haram untuk cepat kaya. Ternyata
kematian Yunus disebabkan penyakit jantung dan Leman terlepas dari tuduhan
membunuh tetapi masih menunggu ketentuan makahmah mengenai masalah pendatang
haram.

145

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(d) Setelah kematian Yunus, Leman cuba untuk menghubungi Jahal tetapi Jahal tidak mahu
bertanggungjawab dan campur tangan dalam kematian Yunus kerana baginya itu adalah
masalah kematian bukan masalah pendatang haram.

146

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CERPEN “AZAM KEMERDEKAAN”
SEKOLAH MENENGAH SHARIF ALI

1. “ Apa susahkan sangat, bukankah di zaman merdeka ini masing-masing kita ada hak.
Semua yang ada di Negara kita adalah milik kita. Kalau bukan kita siapa lagi?”
“Oh, ada suara, suara siapakah itu? Suara itu datangnya dari arah lain. Bukan dari
barisan yang berderap tadi”.
“Oii.. orang di sana, siapa kamu?”
“Kami adalah rakyat!”
“Aku juga rakyat. Tetapi mengapa kamu asyik berpesta dan bersuka ria saja!”
“Apa lagi yang disusahkan, bukankah sekarang kita sudah merdeka. Ini tanah air kita
punya.”
“Tetapi mengapa kamu tidak mahu berusaha segigih bangsa lain”
(muka surat 138)
(a) Dari cerpen apakah petikan di atas diambil dan siapakah penulisnya?
(b) Dalam situasi apakah perbualan itu berlaku dan ketika waktu bilakah ia berlaku?
(c) Gambarkan dengan ringkas kompleks jiwa yang dihadapi oleh perwatakan ‘aku’ pada
cerpen di atas?
(d) Bagi pendapat kamu apakah maksud kata-kata yang tersirat yang ditimbulkan oleh
‘rakyat ‘ sehingga rasa tidak puas hati pada watak ‘aku’ seperti petikan di atas “Tetapi
mengapa kamu asyik berpesta dan bersuka ria saja!”. “Apa lagi yang disusahkan, bukan
sekarang kita sudah merdeka. Ini tanah air kita punya.”. “Tetapi mengapa kamu tidak
mahu berusaha segigih bangsa lain”

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Cerpen itu dipetik dari Cerpen “Azam kemerdekaan” karya Shawal Rajab.
(b) Situasi perbualan itu berlaku ketika ‘aku’ dalam keadaan bermimpi dan masa berlaku

sebelum waktu subuh.
(c) ‘Aku’ digambarkan menghadapi mimpi dan di dalam mimpi berbagai-bagai persoalan

yang dihadapinya di antaranya ialah:

Pada permulaannya, aku digambarkan terperangkap di balik dinding-dinding kaca dan di
balik dinding kaca itu ia terlihat orang ramai berpusu-pusu menuju perkuburan.

147

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

Aku berjihad dan bertekad untuk tidak melakukan perkara-perkara mungkar yang
melanggar hukum-hukum agama Islam, kerana sekarang sudah diijabkabulkan
dengan kemerdekaan.
Aku juga pernah menyaksikan di zaman merdeka ini, ramai yang sanggup menerima
rasuah untuk mencapai kejayaan.
Aku melihat keluarga yang dahulunya sanggup menjual tanah dan nama kepada
bangsa asing untuk kepentingan dirinya dan sekarang di zaman merdeka ini tidak
ada tanah untuk mereka lagi.
Aku bersua dengan rakyat lalu menasihatkan rakyat yang cuma bersenang- lenang
tidak mahu berusaha, kerana bagi mereka kerajaan telah menyediakan segala
kemudahan dan aku begitu marah kepada rakyat yang anti nasionalisme.
(d) Rakyat ialah watak yang berkonflik dengan Aku. Aku mahu melihat bangsanya maju dan
tidak melakukan penyelewengan dan mahukan pemimpin sentiasa berjiwa rakyat beliau
mempunyai semangat nasionalisme kerana beliau bencikan rakyat yang anti nasionalisme
dan bencikan rakyat yang suka bersenang- lenang. Rakyat yang suka bersenang lenang
merupakan kerugian kepada bangsa dan negara. Contohnya saja rakyat dalam mimpi
Aku, Pada masa dulu rakyat ini suka menjual tanah pada orang asing dan sekarang
mereka sendiri tidak mempunyai tanah untuk mereka tinggal. Aku tidak mahu anak
cucunya nanti menjadi mangsa syaitan.

148


Click to View FlipBook Version