The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CG SUZILAH HMO, 2022-03-26 02:51:07

HIMPUNAN SOALAN KONTEKS SASTERA

HIMPUNAN SOALAN KONTEKS SASTERA

Keywords: SASTERA

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

3. “Sudah diperiksa pertenungan perguruan diri?” Kata Dang Kumala.
“Sudah dang. Sedikit pun nda ada cala-calanya, sedikit pun nda ada cacat-

cacatnya.”
“Iya, baiktah sudah itu.”
“Bah dang, mohontah aku keluar berjalan sementara awal.”
“Iya, baiktah. Baik-baik saja kak.”
“Iya”.
(muka surat 98)

(a) Siapakah yang berdialog dengan Dang Kumala di atas? Huraikan perwatakannya.
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan “sudah diperiksa pertenungan diri” di atas?

Mengapakah Dang Kumala berkata demikian?
(c) Ke manakah perdialog kedua pergi dalam petikan di atas dan apa pula tujuannya?
(d) Di manakah petikan di atas berlaku?

CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) Orang yang berdialog dengan Dang Kumala dalam petikan di atas ialah Awang
Kamaruddin.
Perwatakannya adalah seperti berikut:
Ia seorang yang berilmu pengetahuan, berguru daripada Raja Jin Tujuh Seperadian di
Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Ilmu-ilmunya ialah seperti ilmu kebal kuat serta sakti,
ilmu persilatan, ilmu besi-besian, ilmu alat senjata dan ilmu kata menurut kata. Namun
demikian, tidak semua ilmu diajarkan kepadanya iaitu dikurangi sepatah. Dengan
menggunakan ilmu kesaktiannya, ia berkebolehan melihat Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa di Negeri Jawa dari Negeri Timur. Pada ketika itu, ia nampak rakyat jelata di Negeri
Jawa sedang sibuk mengadakan persiapan majlis perkahwinan antara Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Ia juga mempunyai sikap mementingkan diri sendiri. Contohnya, ia telah menemui ibunya
dan menyatakan niat hatinya untuk pergi ke Negeri Jawa bagi mendapatkan Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa dari tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Ibunya
melarang kerana tuan puteri tersebut sudah bertunang, namun, Awang Kamaruddin tetap
dengan pendiriannya. Ia tidak gentar menghadapi tunang tuan puteri malahan itulah yang
sebenarnya yang dikehendakinya.

(b) “Sudah diperiksa pertenungan diri” bermaksud “sudah mempersiapkan diri dengan ilmu
yang telah dipelajari”.
Dang Kumala berkata demikian supaya abangnya bersedia menghadapi segala
kemungkinan dan juga kesukaran semasa mengambil buah pinang, tapaan kedua-dua
adiknya yang berlainan ibu tersebut kerana mereka ditempatkan dalam buah pinang si

51

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

Gangga Wari yang pokoknya sangat tinggi. Disebabkan ketinggian pokok pinang
tersebut, ia akan mencecah ke laut apabila ditiup angin timur, manakala apabila ditiup
angin barat, ia akan mencecah ke gunung. Selain itu, pokok pinang tersebut juga
dikelilingi dengan kesaktian.
(c) Pendialog kedua pergi ke tepi laut untuk mengambil buah pinang iaitu tapaan kedua-dua
adiknya yang berlainan ibu untuk membuka tapaan adik-adiknya itu sebagaimana yang
diamanakan oleh ayahnya bagi meramai-ramaikan majlis perkahwinannya dengan Dang
Siti Noralam. Kebetulan pula tempoh pertapaan kedua adik-adiknya tamat pada hari itu
juga.
(d) Petikan di atas berlaku di Panggau Gading 9 ringkat di Istana Besar Bukit Sinarubai di
negeri Timur.

52

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 10
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA ABU BAKAR

1. “Dui kakak, baiktah duduk.”
“Iya dang, andang-andangku kan duduk.” Maka ia pun sudah mengatur sila

panggungnya di atas tikar putih.

“Sigat kakak.”
“Iya dang, pulang hari. Hajat baik, baik lekas-lekaskan, hajat jahat, baik lengah-
lengahkan.”

Tekidum Dang Kumala. “Bah kakak, bukatah ia tapaan ayah kita. Jangan lagi
dibatah akan.”

“Iya dang, membukatah aku ini.”

(muka surat 101-102)
(a) Siapakah yang dimaksudkan “kakak” di atas? Huraikan perwatakannya.
(b) Di manakah petikan di atas berlaku?

(c) Apakah yang dimaksudkan mereka dengan “hajat baik” di atas sehingga hendak dilekas-
lekaskan?

(d) Apakah yang dimaksudkan dengan “tapaan” di atas dan bagaimanakah cara “kakak”
membukanya?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) “Kakak” ialah Awang Kamaruddin.
Perwatakannya adalah seperti berikut:
Ia seorang yang berilmu pengetahuan, berguru daripada Raja Jin Tujuh Seperadian di
Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Ilmu-ilmunya ialah seperti ilmu kebal kuat serta sakti,
ilmu persilatan, ilmu besi-besian, ilmu alat senjata dan ilmu kata menurut kata. Namun
demikian, tidak semua ilmu diajarkan kepadanya iaitu dikurangi sepatah. Dengan
menggunakan ilmu kesaktiannya, ia berkebolehan melihat Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa di Negeri Jawa dari Negeri Timur. Pada ketika itu, ia nampak rakyat jelata di Negeri
Jawa sedang sibuk mengadakan persiapan majlis perkahwinan antara Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Ia juga mempunyai sikap mementingkan diri sendiri. Contohnya, ia telah menemui ibunya
dan menyatakan niat hatinya untuk pergi ke Negeri Jawa bagi mendapatkan Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa dari tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Ibunya
melarang kerana tuan puteri tersebut sudah bertunang, namun, Awang Kamaruddin tetap
dengan pendiriannya. Ia tidak gentar menghadapi tunang tuan puteri malahan itulah yang
sebenarnya yang dikehendakinya.

53

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(b) Petikan di atas berlaku di Panggau Gading 9 Ringkat di tempat kediaman Dang Kumala
Istana Besar Bukit Sinarubai Negeri Timur.

(c) “Hajat baik” itu ialah membuka tapaan kedua-dua adiknya berlainan ibu [iaitu Sultan
Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu] yang ditapakan di dalam buah pinang Si
Gangga Wari oleh ayah mereka Lamang Labai dan jangkanya tamat pertapaan pada hari
itu.

(d) “Tapaan” itu ialah tapaan buah pinang Si Gangga Wari. Di dalam buah pinang ini tinggal
Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu yang ditapakan oleh ayah mereka
Lamang Labai semenjak kecil lagi. Pohon pinang ini sangat tinggi dan
dikawal/berambatkan kesaktian. Awang Kamaruddin pun membukanya dengan
menggunakan segala ilmu yang dipelajarinya daripada Raja Jin 7 Beradik dengan
menitikkan minyak si lompat pagar tujuh serantai dan air mawar sebanyak 3 kali titik.
Titikan pertama, timbul aluk manusia, titikan kedua selajur bernyawa dan titikan ketika,
selanjur terpondok Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu. Kedua-dua mereka
segera diberi minum air mawar.

2. ... Maka ia pun sudah mengatur sila panggungnya. Maka ia pun sudah bersedia-sedia
akan memerah langirnya itu.

“Bismillah aku memerah langirku,” katanya.

“Langir dari ayahku: langir bertapa akan sembilan tahun, sembilan bulan,
sembilan hari, jangkanya bongkas sehari ini. Bismillah.”

(muka surat 103)

(a) Siapakah watak-watak yang terlibat dalam konteks di atas?

(b) Apakah yang dilakukan oleh watak di atas dan jelaskan tujuannya?

(c) Terangkan siapa pemilik langir di atas dan apkah fungsi langir tersebut berdasarkan
Hikayat Awang Kamaruddin?

(d) Bila dan di mana petikan di atas berlaku?

CONTOH JAWAPAN:

2.
(a) Watak yang terlibat ialah Awang Kamaruddin, Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala
Bongsu. Awang Kamaruddin ialah anak kepada Lamang Labai dan Dang Kasuma dan
juga merupakan seorang raja di Negeri Timur yang tinggal di Istana Besar Bukit Sinarubai.
Manakala Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu ialah anak Lamang Labai
dengan isterinya yang lain. Jadi mereka adalah adik beradik sebapa berlainan ibu
dengan Awang Kamaruddin.

(b) Dia memerah langir dengan membaca mantera untuk memandikan adik-adiknya berlainan
ibu iaitu Sultan Bongu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu kerana mereka berdua baru balik
atau baru tamat dari pertapaan mereka.

(c) Pemilik langir tersebut ialah Lamang Labai yang ditapakannya selama 9 tahun 9 bulan 9
hari kemudian diwariskan kepada Awang Kamaruddin.

54

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

Fungsinya adalah untuk memandikan seseorang sebelum pergi ke mana-mana.
Contohnya, Awang Kamaruddin telah menggunakannya untuk membersihkan diri setelah
balik berguru dengan Raja Jin Tujuh Beradik sebelum pergi ke Negeri Jawa.
Ia juga digunakan sebelum seseorang itu melangsungkan perkahwinan atau dengan
tujuan untuk memikat seseorang. Contohnya, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa
dimandikan dengan langir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinannya dengan Tuan
Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Ketika Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dimandi
langirkan oleh Awang Kamaruddin, Awang Kamaruddin mengambil kesempatan untuk
membaca ilmu pemikat untuk memikat Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Setelah
dimandi langirkan, wajah Tuan Puteri pun kelihatan berseri-seri dan bercahaya.
(d) Petikan di atas berlaku di Pasu Gadung Istana Besar Bukit Sinarubai di Negeri Jawa.

3. “Iya adiku dangansanak,” kata Awang Kamaruddin.
“Baiktah bersalin. Sejuk. Baiktah berpakaian. Setagal lagi kita ke arah babu, di

Panggau tujuh Gading,” katanya.
“Di sana karang kita bertangas lagi dengan kemenyan.”
(muka surat 103-104)

(a) Kepada siapakah Awang Kamaruddin menujukan kata-katanya di atas?
(b) Apakah yang berlaku kepada orang yang ditujukan sebelumnya sehingga menyebabkan

mereka diarahkan untuk bersalin dan berpakaian?
(c) Di manakah dan bilakah kata-kata di atas dituturkan?
(d) Pada pendapat kamu, mengapakan orang yang ditujukan kata-kata di atas perlu ditangas

dengan kemenyan?
(e) Apakah sifat positif yang ada pada watak Awang Kamaruddin yang boleh diambil

berkaitan dengan konteks di atas? Jelaskan.

CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) Awang Kamaruddin menujukan kata-kata di atas kepada adik-adiknya berlainan ibu iaitu
Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu. Mereka ialah anak kepada Lamang
Labai dengan isterinya yang lain [yang tidak dinyatakan namanya].

(b) Orang yang ditujukan iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu telah
ditapakan di dalam buah pinang Si Gangga Wari oleh ayah mereka Lamang Labai
semenjak mereka kecil lagi. Mereka kemudiannya telah dimandikan oleh abang mereka
Awang Kamaruddin dengan menggunakan langir pertapaan atau warisan peninggalan
ayah mereka Lamang Labai.

(c) Kata-kata di atas dituturkan di Pasu Gadung Istana Besar Bukit Sinarubai Negeri Timur
ketika Awang Kamaruddin selesai memandikan kedua-dua adiknya tersebut dengan
menggunakan air langir pertapaan peninggalan ayahnya Lamang Labai.

55

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(d) Mereka perlu ditangas dengan kemenyan kerana mereka baru pulang dari bertapa jadi
untuk menghalau segala benda-benda yang tidak baik semasa pertapaan agar tidak
mengikut mereka ke Bukit Sinarubai.

(e) Sifat positif Awang kamaruddin ialah: Menyayangi adik walaupun berlainan ibu dengan
membuka pertapaan mereka kerana tempoh pertapaan mereka tamat. Selain itu, ia juga
mementingkan saudara kerana memerlukan kehadiran mereka bagi meramai-ramaikan
majlis perkahwinannya dengan Dang Siti Noralam di samping mengambil berat terhadap
adik-adiknya dengan memandikan adik-adiknya dengan langir warisan dan menyuruh
mereka berpakaian.

56

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 11
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA ABU BAKAR

1. ... Maka dilawatlah pengantin laki oleh dayang-dayang.
“Iya kamu awangku bungaku, awangku adi seorang. Sudah simpankah

pulang?” kata dayang-dayang.
“Iya kamu dayang-dayang, simpantah ini, “ kata Awang Sukaim.
“Apa khabar pengantin bini? Simpankah pulang sudah?’
“Iya, simpantah ini karang.”
(muka surat 108)

(a) Siapakah ‘pengantin laki’ dan ‘pengantin bini’ yang dimaksudkan di atas?
(b) Peristiwa apakah yang berkaitan dengan konteks di atas?
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘simpankah pulang’ di atas?
(d) Apakah kaitan Awang Sukaim dengan ‘pengantin bini’ sehingga dia menanyakan

tentangnya?
(e) Bilakah terjadinya konteks di atas dan di mana pula tempatnya?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Pengantin laki yang dimaksudkan ialah Awang Kamaruddin, iaitu anak kepada Lamang
Labai dan Dang Kasuma, seorang raja di Negeri Timur yang tinggal di Istana Besar Bukit
Sinarubai Negeri Timur. Pengantin Perempuan pula ialah Dang Siti Noralam, anak
kepada Dang Kasuma Mata dan adik kepada Awang Sukaim yang tinggal di Kampong
Bukit Surau.

(b) Peristiwa yang berkaitan dengan konteks di atas ialah peristiwa perkahwinan antara
Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam. Pada ketika itu, pengantin sedang dihiasi
iaitu pengantin lelaki dihias oleh Awang Sukaim, sementara pengantin perempuan dihiasi
oleh dayang-dayang istana.

(c) ‘Simpantah pulang’ bermaksud sudah selesai dihias dan bersedia untuk disandingkan/
bersiap sedia untuk bersanding.

(d) Kaitannya ialah, Awang Sukaim merupakan abang kepada ‘pengantin bini’ iaitu Dang Siti
Noralam. Mereka ialah anak kepada Dang Kasuma Mata.

(e) Konteks di atas berlaku sebelum persandingan Awang Kamaruddin dan Dang Siti
Noralam berlangsung di Istana Besar Bukit Sinarubai di Negeri Timur.

57

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “Dui awangku bungaku, awangku anak buah hatiku,” kata Dang Kasuma.
“Simpantah ia itu. Selesaitah ia itu pekerjaan kamu.”
“Iya babu, selesaitah ini sudah,” kata Awang Kamaruddin.
(muka surat 112)
(a) Apakah kaitan antara Dang Kasuma dan Awang Kamaruddin di atas? Huraikan
perwatakan mereka berdua.
(b) Jelaskan masksud perkataan ‘simpantah’ di atas.
(c) Apakah pekerjaan Awang Kamaruddin yang selesai yang dimaksdukan di dalam konteks
di atas? Terangkan.
(d) Apakah pekerjaan-pekerjaan Awang Kamaruddin sebelumnya iaitu sebelum
menyelesaikan pekerjaan yang dimaksudkan di atas?
(e) Bila dan di manakah konteks di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Kaitan antara Dang Kasuma dan Awang Kamaruddin di atas ialah antara ibu dan anak
iaitu Dang Kasuma merupakan ibu kepada Awang Kamaruddin.
Perwatakan Dang Kasuma ialah seperti berikut:
Ia bersifat amanah. Ia telah melaksanakan wasiat suaminya (Lamang Labai) untuk
menghantar anak-anak mereka Awang Kamaruddin dan Dang Kumala berguru kepada
bekas guru suaminya, iaitu Raja Jin Tujuh Seperadian. Ia juga telah membekalkan anak-
anaknya dengan cincin permata “Mutika Bumi” seperti yang diwasiatkan oleh suaminya.

Ia juga mempunyai sifat penyayang dan mengambil berat terhadap keselamatan anaknya.
Ia melarang Awang Kamaruddin pergi ke Negeri Jawa untuk merebut Tuan Puteri Bongsu
Kumala Jawa kerana tuan puteri tersebut sudah bertunang. Larangan tersebut adalah
didasari atas pertimbangan keselamatan anaknya yang mungkin terjebak dengan
peperangan dan akhirnya membawa kematian lebih-lebih lagi apabila mengetahui
tunangan tuan puteri iaitu Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti diketahui telah
bertapa semenjak kecil lagi.
Perwatakan Awang Kamaruddin ialah seperti berikut:
Ia seorang yang berilmu pengetahuan, berguru daripada Raja Jin Tujuh Seperadian di
Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Ilmu-ilmunya ialah seperti ilmu kebal kuat serta sakti,
ilmu persilatan, ilmu besi-besian, ilmu alat senjata dan ilmu kata menurut kata. Namun
demikian, tidak semua ilmu diajarkan kepadanya iaitu dikurangi sepatah. Dengan
menggunakan ilmu kesaktiannya, ia berkebolehan melihat Tuan Puteri Bongsu Kumala
Jawa di Negeri Jawa dari Negeri Timur. Pada ketika itu, ia nampak rakyat jelata di Negeri
Jawa sedang sibuk mengadakan persiapan majlis perkahwinan antara Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

58

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

Ia juga mempunyai sikap mementingkan diri sendiri. Contohnya, ia telah menemui ibunya
dan menyatakan niat hatinya untuk pergi ke Negeri Jawa bagi mendapatkan Tuan Puteri
Bongsu Kumala Jawa dari tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Ibunya
melarang kerana tuan puteri tersebut sudah bertunang, namun, Awang Kamaruddin tetap
dengan pendiriannya. Ia tidak gentar menghadapi tunang tuan puteri malahan itulah yang
sebenarnya yang dikehendakinya.
(b) ‘Simpantah’ bermaksud selesai sudah.

(c) Pekerjaan Awang Kamaruddin ialah menunaikan hasrat ibunya untuk mengahwini Dang
Siti Noralam kerana Dang Siti Noralam adalah tunangnya sejak kecil. Awang Kamaruddin
juga telah mengahwini Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa iaitu perempuan yang
ditandakan oleh ayahnya Lamang Labai ketika dalam kandungan. Ia juga perlu
menyelamatkan Dang Siti Noralam yang telah melarikan diri dan meminta telan kepada
Tuan Puteri Si Raksasa kerana merajuk. Selain itu, ia juga telah mengambil dan
membuka buah pinang tapaan ayahnya Lamang Labai sebagaimana wasiat ayahnya.

(d) Konteks di atas dituturkan selepas persandingan antara Awang Kamaruddin dengan Dang
Siti Noralam di Istana Besar Bukit Sinarubai Negeri Timur.

3. “Iya dangsanak, baik-baik mulih,” kata Awang Kamaruddin.
“Iya, dayangku tinggal sini ini,” kata Awang Sukaim.
“Iya kakak, bisai-bisai mulih,” kata Dang Siti Noralam.
“Iya dayang, jangantah dikusut akan, kau saja bisai-bisai tinggal sini ini. Kami

ganya lagi jamu di Bukit Surau akan dangan babuku,” Kata Awang Sukaim.
(muka surat 113)

(a) Apakah hubungan ketiga-tiga pendialog di atas?
(b) Ke manakah Awang Sukaim ‘mulih’ itu dan kenapa?
(c) Apakah yang dimaksudkan oleh Awang Sukaim, “kami ganya lagi jamu di Bukit Surau

akan dangan babuku” itu?
(d) Bila dan di manakah konteks di atas berlaku?

CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) Hubungan mereka ialah, Awang Kamaruddin ialah sepupu sebelah ibu kepada Awang
Sukaim dan Dang Siti Noralam, sementara Awang Sukaim dan Dang Siti Noralam pula
adalah adik-beradik. Dang Siti Noralam pula merupakan isteri kedua Awang Kamaruddin
dan pernah ditunangkan oleh Dang Kasuma semenjak mereka kecil lagi. Dengan
sendirinya Awang Sukaim juga merupakan abang ipar kepada Awang Kamaruddin.

(b) Awang Sukaim ‘mulih’ ke Bukit Surau di Negeri Timur kerana majlis perkahwinan antara
Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam sudah selesai. Lagipun semua yang hadir
sudah pulang ke tempat masing-masing.

59

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(c) Maksud Awang Sukaim ialah hanya dia seorang sahaja yang tinggal di Bukit Surau untuk
menemani ibunya Dang Kasuma Mata kerana Dang Siti Noralam tidak lagi tinggal
bersama mereka setelah berkahwin dengan Awang Kamaruddin tetapi sebaliknya tinggal
bersama suaminya di Bukit Sinarubai, Negeri Timur.

(d) Petikan di atas berlaku setelah majlis perkahwinan antara Awang Kamaruddin dan Dang
Siti Noralam dilangsungkan bertempat di Istana Besar Bukit Sinarubai, Negeri Timur.

60

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

61

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

NOVEL PENGABDIAN

BAB 1 BAHAGIAN 1
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HUSSAIN

1. “Hairan Udin ini, doktor. Budak-budak lain umur lapan bulan sudah pandai berbatak.
Barangkali Udin ini paingan kura-kura. Semuanya lambat. Mamanya bilang, dulu masa
mengandungkan Udin, dia ada memelihara kura-kura. Barangkali terjangkit perangai kura-
kura pada Si Udin ini.” Perempuan itu menyambung lagi dengan dengan nada yang lantang.
(muka surat 3)
(a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan ditujukan kepada siapa?

(b) Siapakah Udin dan apa yang terjadi kepada Udin sebenarnya?

(c) Bila dan di mana kata-kata di atas dituturkan?

(d) Apakah peristiwa yang berlaku sebelum petikan di atas? Huraikan.

(e) Ceritakan peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas.

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Penutur kata-kata ialah seorang mak cik atau seorang perempuan tua iaitu ibu angkat
kepada Udin yang mengasuh dan memelihara Udin sejak dari kecil lagi.
Kata-kata itu ditujukan kepada Doktor Siti Nur, seorang doktor kelulusan M.B.B.S. dari
United Kingdom dan sudah bertugas lima tahun di Hospital Kerajaan Bandar Seri
Begawan. Dia seorang doktor tempatan dan bertugas di Klinik Pediatrik. Dia merawat
Udin yang menghidap penyakit Sindrom Down.

(b) ‘Dia’ ialah Udin bin Mat iaitu seorang bayi yang berusia 8 bulan. Dia menghidap penyakit
Sindrom Down atau dikenal dengan istilah ‘kanak-kanak mongol’ atau terencat otak.
Perkembangan fizikal dan mental Udin tidak seimbang dengan perkembangan usianya.
Dia belum boleh bertiarap dan lebih suka tidur. Tulang lehernya masih lembut sehingga
menyebabkan kepalanya terkulai dan perlu dipegang. Udin tidak akan dapat hidup normal
seperti kanak-kanak lain dan terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain dalam
mengendalikan hidupnya. Udin perlu menjalani pemeriksaan doktor setiap tiga bulan
sekali. Udin diasuh oleh ibu angkatnya seorang perempuan yang agak berusia. Udin
merupakan pengisi kekosongan hidup perempuan itu suami isteri.

(c) Kata-kata di atas dituturkan sebelum jam 12 suku tengah hari iaitu semasa Doktor Siti Nur
berjumpa (ada perjanjian) dengan Udin yang dibawa oleh seorang perempuan tua untuk
menerima rawatan.
Kata-kata di atas dituturkan di Klinik Pediatrik, Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan.

(d) Peristiwa yang berlaku sebelum petikan di atas ialah seorang perempuan tua datang ke
Klinik Pediatrik dengan membawa anak angkatnya untuk berjumpa dengan Doktor Siti
Nur. Doktor Siti Nur memeriksa tubuh Udin yang masih lembut dan belum boleh berdiri

62

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

tegak. Udin membuka matanya apabila ditimang-timang oleh Doktor Siti Nur. Doktor Siti
Nur bertanya beberapa soalan kepada perempuan itu. Perempuan itu menjawab soalan
Siti Nur dengan suara yang parau dan lantang.
(e) Peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas ialah jururawat muda berasa geli hati
apabila mendengar cerita perempuan tua itu tetapi Siti Nur berasa simpati dengan
perempuan itu. Perempuan itu bercerita lagi mengenai ibu bapa kandung Udin dengan
panjang lebar sehingga jururawat muda merungut dalam hati kerana hendak pulang
tengah hari. Kemudian perempuan itu bertanya kepada Siti Nur adakah peluang untuk
Udin sembuh, namun, Siti Nur menyembunyikan kenyataan yang sebenarnya kepada
perempuan tua itu. Siti Nur menyuruh jururawat Dayang membuat perjanjian untuk Udin.
Selesai memeriksa Udin, Doktor Siti Nur masih menunggu dan menelefon Auntie Faridah
yang belum datang untuk perjanjian Azmil pada hari itu.

2. “Itu saja doktor?” tanya perempuan itu.
Siti Nur mengangguk.
“Dayang tolong buatkan perjanjian untuk Udin tiga bulan dari sekarang.” Siti Nur

mengarahkan jururawat muda tadi.
“Terima kasih doktor,” kata perempuan tua itu sambil keluar diikuti oleh jururawat

muda yang untuk sekian kalinya melihat jam tangannya.
Siti Nur termangu dan bertopang dagu di mejanya. Sebuah fail masih terletak di atas

mejanya belum dibuka. Tapi dia tahu pasien itu tidak akan datang hari itu. Hatinya tertanya-
tanya. Dia mengangkat gagang telefon dan mendail angka-angka yang memang terpampang
di ingatannya. Dia menunggu deringan telefon di sebelah sana berbunyi sebanyak lima belas
kali sebelum meletakkan gagang telefon itu semula. Takkan Auntie Faridah lupa perjanjian
Azmil? Bisiknya dalam hati.

Tiba-tiba telefon di mejanya berdering. Dengan cepat dia mengangkat gagang
telefon.

“Hello, klinik pediatrik. Siti Nur bercakap. Oh, Sam!” Siti Nur cuba menyembunyikan
kehampaannya. “Sorrylah Sam. Saya pulang ke rumah hari ini. Ada janji dengan mama.
Lain kali saja ya?”

(muka surat 5)

(a) Mengapakah Siti Nur mengarahkan jururawat muda membuat perjanjian untuk Udin tiga
bulan dari sekarang dan jelaskan penyakit yang dihidapi oleh Udin?

(b) Apakah hubungan perempuan tua dengan Udin?
(c) Apakah perwatakan Siti Nur dalam konteks di atas?
(d) Mengapakah Siti Nur berbisik dalam hatinya ‘Takkan Auntie Faridah lupa perjanjian Azmil’

dan apakah hubungan mereka?
(e) Huraikan siapakah ‘Sam’ yang berdialog dengan Siti Nur tersebut?

63

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Siti Nur mengarahkan jururawat muda membuat perjanjian untuk Udin tiga bulan dari
sekarang agar Siti Nur dapat membuat pemeriksaan lanjut ke atasnya. Udin sebenarnya
menghidap penyakit ‘Sindrom Down’ atau lebih biasa diistilahkan sebagai kanak-kanak
‘mongol’, melalui ujian kromoson yang dilakukan di Australia.

(b) Udin merupakan anak angkat kepada perempuan tua. Udin berusia 8 bulan. Perempuan
tua telah diamanahkan oleh ibu Udin untuk menjaga Udin kerana ibunya terpaksa mencari
pekerjaan setelah bapa Udin meninggalkannya untuk berkahwin dengan perempuan lain.
Mereka mempunyai ramai anak. Suaminya tidak mahu ambil tahu tentang anak-anaknya.
Perempuan tua dan suaminya tidak mempunyai seorang anak pun. Udin sajalah pengisi
kekosongan hidup mereka.

(c) Siti Nur merupakan seorang doktor yang berkelulusan M.B.B.S dari United Kingdom.
Nama sebenarnya ialah Siti Nur binti Marof. Dia bertugas di Klinik Pediatrik di Hospital
Kerajaan Bandar Seri Begawan. Wajahnya cantik, bujur sirih, begitu jernih dan seulas
bibir yang merekah melahirkan sebuah senyuman yang manis. Memakai tudung hingga
sehelai rambut pun tidak kelihatan. Dia seorang yang berbudi bahasa dan baik hati.

(d) Siti Nur berbisik dalam hatinya kerana sepatutnya Auntie Faridah membawa Azmil untuk
berjumpanya bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Perjanjian perjumpaan itu telah
dibuat lebih awal lagi. Sebelum itu, Siti Nur telah menghubungi atau menelefon
Auntie Faridah tetapi tiada jawapan.
Hubungan mereka adalah Azmil sebagai pesakit yang dirawat oleh Doktor Siti Nur.

(e) Sam ialah Samuel. Ia merupakan seorang pakar bedah muda yang baru kembali dari
United Kingdom sebulan yang lalu. Itulah kali pertama dia menghubungi dan mengajak
Siti Nur untuk keluar bersamanya. Sam berasa hampa apabila Siti Nur tidak dapat berbuat
demikian memandangkan dia sudah berjanji dengan ibunya untuk balik pada tengah hari
itu. Sam adalah anak tunggal kepada Peter dan Nyonya Peter. Berumur 30 tahun.

3. “Ada apa?” Dia bertanya pada seorang jururawat Cina yang bertugas.
“Ini budak Shamsul. Dia tidak mahu kami mengambil darahnya.
“Dia hendakkan doktor juga.” Suara jururawat itu mengandung geram.
(muka surat 6)

(a) Siapakah penutur pertama dalam petikan di atas?
(b) Siapakah ‘ budak Shamsul’ yang dimaksudkan dalam petikan di atas?
(c) Bila dan di manakah petikan di atas dituturkan?
(d) Jelaskan peristiwa yang berlaku sebelum petikan di atas.
(e) Ceritakan secara ringkas perkara yang berlaku selepas petikan di atas.

64

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) Penutur pertama dalam petikan di atas ialah Siti Nur. Siti Nur merupakan seorang doktor
yang bertugas di Klinik Pediatrik, Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan dan usianya
telah menjangkau 30 tahun. Dia merupakan seorang wanita yang cantik dan baik hati.

(b) ‘Budak Shamsul’ yang dimaksudkan dalam petikan di atas ialah seorang pesakit kanak-
kanak penghidap leukimia yang berumur 5 tahun. Dia seorang yang petah bercakap dan
cerdas tetapi disebabkan penyakitnya, pergerakannya terbatas. Dia tidak mahu jururawat
lain mengambil darahnya untuk diuji kecuali Doktor Siti Nur. Dia selalu memakai songkok
hitam yang agak lusuh kerana dia tidak mahu kawan-kawannya di Darjah Pra di Sekolah
Melayu tempatnya belajar mengetahui bahawa dia tidak mempunyai rambut dan
dikatakan Si Botak akibat penyakitnya itu.

(c) Petikan di atas dituturkan setelah Siti Nur merawat Udin bin Mat dan sebelum dia bersiap-
siap untuk pulang ke rumah iaitu kira-kira pukul 12.20 tengah hari setelah dia mendapat
panggilan daripada jururawat Cina di wad empat yang memintanya untuk ke sana.
Petikan di atas dituturkan di wad empat, di Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan
tempat Siti Nur bertugas.

(d) Sebelum petikan di atas terjadi, Siti Nur berada di klinik pediatrik merawat dan membuat
perjanjian untuk seorang pesakit kanak-kanak iaitu Udin bin Mat yang menghidap penyakit
Sindrom Down. Setelah merawat dan membuat perjanjian Udin, Siti Nur menelefon Auntie
Faridah bagi mengingati perjanjian Azmil tetapi panggilannya tidak dijawab. Tiba-tiba
telefonnya bordering, Sam mengajaknya keluar bersama akan tetapi ditolak oleh Siti Nur
kerana dia ada temujanji bersama ibunya. Sebelum pulang ke rumah, Siti Nur menerima
panggilan jururawat Cina dari wad empat memintanya ke sana untuk mengambil darah
Shamsul.

(e) Selepas petikan di atas, Siti Nur pun menuju ke katil Shamsul dan dengan mudah sahaja
dia dapat mengambil darah Shamsul untuk diuji. Shamsul sedikit pun tidak menangis dan
teronta-ronta ketika Siti Nur mengambil darahnya, tidak seperti ketika jururawat
mengambilnya. Selesai merawat Shamsul, Siti Nur memastikan bahawa tidak ada lagi
yang memerlukannya dan seterusnya dia pun pulang ke rumah

4. “Tak ada telefon?”
“Tak ada.”
“Tak mengapalah. Biar Siti sembahyang zuhur dulu.” Siti terus menuju kamarnya.

Selesai sembahyang zuhur, ibunya belum juga sampai. Siti cuba telefon ke Seria tetapi telefon
di rumah itu sedang dipakai. Dicubanya lagi sepuluh minit kemudian, begitu juga keadaannya.

“Tentu Hannah yang punya kerja ni,” katanya sendirian.
(muka surat 8)

(a) Kepada siapakah petikan ini dilafazkan? Jelaskan.
(b) Panggilan telefon dari siapakah yang dinantikan oleh Doktor Siti Nur?

65

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(c) Siapakah dia ‘Hannah’ yang disebut oleh Doktor Siti Nur dalam petikan di atas? Jelaskan
perwatakan Hannah?

(d) Jelaskan apakah peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas dilafazkan?
CONTOH JAWAPAN
4.

(a) Petikan ini dilafazkan oleh Doktor Siti Nur kepada Hindon. Hindon ialah pembantu rumah
(orang gaji) Doktor Siti Nur, dia sudah berumur setengah abad (lebih kurang 50 tahun)
namun masih lagi cergas bekerja. Dia tinggal bersama-sama Doktor Siti, di Flat yang
terletak di Bandar Seri Begawan.

(b) Doktor Siti Nur sedang menantikan panggilan telefon daripada ibunya iaitu Fatimah dan
bapanya iaitu Marof, yang telah berjanji hendak datang ke Bandar Seri Begawan.

(c) Hannah ialah adik bongsu kepada Doktor Siti Nur. Anak bongsu kepada Marof dan
Fatimah. Berusia 17 tahun. Masih menuntut dan tinggal bersama keluarga di Pekan
Seria, Kuala Belait. Ia mempunyai seorang kakak (Siti Nur) dan mempunyai empat orang
abang (Zul, Zain, Hadi dan Zamri). Ia merupakan seorang gadis cantik. Memang diakui
kecantikannya sejak dari kecil lagi. Ramai yang menggilainya tetapi dia hanya menerima
Wardi. Ia seorang yang sosial, selalu keluar dan balik lewat malam bersama teman
lelakinya Wardi. Sering berpakaian seksi jika hendak ke pesta. Ia juga bersifat manja,
tidak pernah dimarahi sepenuhnya oleh keluarga. Semua jenis pakaian sesuai untuknya.

(d) Peristiwa yang berlaku selepas petikan itu dilafazkan ialah Doktor Siti Nur tidak berselera
hendak makan kerana memikirkan kedua orang tuanya yang masih belum sampai ke
rumahnya. Namun, Doktor Siti Nur makan juga demi mengisi perutnya yang kosong.
Kerana terlalu lama menanti akhirnya Doktor Siti Nur bertolak semula ke pejabatnya dan
mendoakan agar kedua orang tuanya selamat diperjalanan.

66

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 2
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HUSSAIN

1. “Itulah awak, kalau untuk orang lain, menyanggup saja. Kalau untuk anak bini, bukan
main tabiat. Awak tu lebih pentingkan keperluan orang dari keluarga awak sendiri.”
(muka surat 10)
(a) Siapakah yang melafazkan petikan di atas dan kepada siapakan petikan itu ditujukan?
(b) Apakah punca yang menyebabkan petikan di atas dilafazkan? Jelaskan.
(c) Berikan pendapat kamu, adakah wajar seseorang itu mementingkan keperluan orang lain
daripada keperluan keluarganya sendiri?
(d) Ceritakan perkara yang berlaku selepas petikan di atas dilafazkan.

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Orang yang melafazkan petikan di atas ialah Fatimah iaitu ibu kepada Doktor Siti Nur,
seorang suri rumah tangga. Tinggal di Seria bersama suami, anaknya Hannah dan
mertuanya yang sudah tua.
Dialog dilafazkan kepada ayah doktor Siti Nur iaitu Marof. Mempunyai 6 orang anak iaitu
Siti Nur, Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah.

(b) Punca yang menyebabkan petikan di atas dilafazkan ialah kerana Marof ingin menjadi
umpire dalam perlawanan tennis bagi menggantikan umpire yang tidak dapat hadir.
Sebelum pergi ke rumah Doktor Siti Nur Marof terlebih dahulu pergi ke rumah kawannya
di Limau Manis iaitu Haji Salam untuk menghantar barang. Perbuatan Marof ini telah
menyebabkan mereka terlewat sampai ke rumah Doktor Siti Nur.

(c) Menolong orang lain yang dalam kesusahan adalah dituntut dalam agama Islam. Namun,
kita perlu mengutamakan keperluan keluarga terlebih dahulu daripada keperluan orang
lain. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu adalah ketua keluarga yang sememangnya wajib
melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Contohnya, Marof tidak sepatutnya
membiarkan Fatimah sahaja yang berbincang dengan Doktor Siti Nur tentang hal Zul,
sedangkan dia sibuk dengan aktivitinya sendiri.

(d) Selepas petikan itu dilafazkan, Fatimah tidak henti-henti berleter dan marah di dalam hati.
Disebabkan kelewatan mereka ke rumah Doktor Siti Nur, Marof telah mencadangkan agar
Fatimah bermalam saja di rumah Doltor Siti Nur untuk berbincang mengenai masalah Zul.

2. “Itulah yang awak patut rundingkan dengan Siti, bagaimana nak dapatkan duit dua
ribu ringgit itu.”
“Oh, kalau fasal duit tu sayalah yang berunding saja, awak lepas tangan. Betul-betul
bertanggungjawablah awak ni.”
(muka surat 11)

67

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(a) Siapakah penutur pertama dan kedua dalam petikan di atas?

(b) Jelaskan perwatakan penutur kedua tadi.

(c) Apakah perkara yang hendak mereka rundingkan dengan Siti?

(d) Siapakah ‘Siti’ yang dimaksudkan dalam petikan di atas?

(e) Bila dan di manakah petikan di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:

2.
(a) Penutur pertama dalam petikan di atas ialah Marof iaitu suami kepada Fatimah dan bapa
kepada Siti Nur, Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah.

Manakala penutur kedua ialah Fatimah iaitu isteri kepada Marof dan ibu kepada Siti Nur,
Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah.

(b) Penutur kedua ialah Marof. Marof merupakan suami kepada Fatimah dan ayah kepada
Siti Nur, Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah.

Dia lebih mementingkan orang lain daripada keluarganya sendiri hinggakan masalah Zul
diserahkannya kepada Fatimah seorang diri dan dia juga telah menyebabkan mereka
lewat sampai ke rumah Siti Nur di Bandar Seri Begawan kerana telah singgah ke
Kampong Limau Manis bagi menghantar barang kepada kawannya iaitu Haji Salam. Dia
juga telah menyuruh isterinya (Fatimah) pulang ke Seria dengan menaiki bas dan telah
pulang semula ke Seria setelah menghantar isterinya ke rumah Siti Nur.

Marof juga merupakan seorang yang aktif bersukan; jaguh bermain badminton, hoki, juara
perlawanan tenis sedaerah, refree bola sepak yang handal dan lain-lain lagi.

Marof mempunyai tanah TOL seluas setengah ekar dan merancang sesuatu
mengenainya dengan Si Peter, perkara ini membuatkan Fatimah berasa marah.

(c) Marof dan Fatimah menghadapi masalah tentang duit tambang kepulangan Zul (adik Siti
Nur) sebanyak dua ribu ringgit. Perkara inilah yang hendak mereka rundingkan dengan
Siti.

Selain daripada itu, Fatimah juga memperkatakan tentang Marof yang hendak
menyewakan tanah TOL mereka kepada Peter serta membincangkan tentang Hannah
yang sering lewat balik pada malam hari.

(d) ‘Siti’ yang dimaksudkan dalam petikan di atas ialah Siti Nur iaitu anak kepada Marof dan
Fatimah dan kakak kepada Zul dan Hannah. ‘Siti’lah dengan mereka untuk berunding
tentang duit kepulangan Zul. ‘Siti’ sanggup membiayai perbelanjaan tiket dan perkahwinan
Zul dan Marina. ‘Siti’ digambarkan sebagai seorang yang baik hati dan suka menolong
iaitu dia pernah menolong Fatimah dan Marof menulis surat ke Pejabat Tanah bagi
mendapatkan tanah TOL untuk mereka sekeluarga memandangkan kedua ibu bapanya
belum mempunyai sekeping tanah. Di samping itu, dia juga membantu sanak saudaranya
yang berada di Miri dan Limbang dari segi kewangan. Ketika Fatimah dan Marof sampai di
rumah tumpangan ‘Siti’, dia tidak ada di rumah kerana telah pergi ke pejabat (hospital)
untuk bekerja.

68

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(e) Petikan di atas berlaku pada pukul 1.30 petang, dan ia berlaku di Jalan Gadong iaitu
ketika Marof dan Fatimah dalam perjalanan dari Seria menuju ke rumah tumpangan Siti
Nur di Bandar Seri Begawan. Sebelum ke rumah Siti Nur, mereka sempat singgah ke
Kampong Limau Manis untuk menghantar barang Haji Salam iaitu kawan kepada Marof.

3. “Itulah saya sudah kata tadi, kalau untuk orang lain awak menyanggup saja.”
“Awak nak berunding tergesa-gesa ni mengapa? Kalau awak bermalam di rumah Siti

tu kan baik? Kan awak punya banyak masa untuk berunding. Lagipun senang juga hati Siti
dibuatnya.”

“Saya bukan segan tidur tempat Siti tu, cuma yang saya fikirkan awak, bapa awak
dan Hannah tu. Kalau tak ada saya di rumah tu, biskita macam anak kehilangan indung.”

“Kalau hanya semalam, pandailah kami tu mah.”
“Baguslah kalau begitu. Tapi….. fasal Zul ni awak tak hendak berunding sama?”

(muka surat 11)
(a) Siapakah kedua-dua penutur kata-kata di atas? Di mana dan bila peristiwa di atas

berlaku?
(b) Apakah yang hendak dirundingkan ‘fasal Zul’ itu? Jelaskan.
(c) Apakah maksud ‘kalau untuk orang lain awak menyanggup saja’? Huraikan.
(d) Apakah yang dimaksudkan oleh penutur ‘macam anak ayam kehilangan indung’?
(e) Apakah yang berlaku seterusnya setelah kata-kata di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) Kedua-dua penutur yang dimaksudkan dalam petikan di atas ialah Fatimah dan Marof.
Fatimah ialah isteri kepada Marof, ibu kepada Siti Nur dan tinggal di Seria. Marof pula
ialah suami kepada Fatimah, ayah kepada Siti Nur dan dia juga tinggal di Seria.
Petikan di atas dituturkan ketika mereka dalam perjalanan memasuki Jalan Gadong untuk
menuju ke rumah tumpangan Siti Nur. Petikan itu berlaku selepas waktu tengah hari dan
sebelum pukul dua petang.

(b) Perkara yang hendak dirundingkan itu ialah pertama rundingan mengenai duit untuk
tambang balik Zul dari United Kingdom ke Brunei kerana Zul tidak mempunyai wang
langsung. Kedua, mereka mahu merundingkan tentang Zul dan Marina supaya mereka
dinikahkan segera kerana ibu bapa Marina telah berjumpa Marof dan Fatimah dan
meminta agar Zul pulang untuk bernikah dengan Marina. Ketiga, rundingan mengenai
belanja pernikahan Zul nanti kerana Fatimah dan Marof sudah tidak ada duit simpanan
lagi setelah membeli sebuah kereta.

(c) Maksud petikan ‘kalau untuk orang lain awak menyanggup saja’ ialah Marof sanggup
melakukan urusan bukan keluarga seperti sanggup menghantar barang Haji Salam ke
Kampong Limau Manis, sedangkan sebenarnya Fatimah ingin berjumpa dan berunding

69

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

dengan anaknya Siti Nur pada waktu tengah hari tetapi akhirnya tidak sempat dan
terpaksa bermalam di rumah Siti Nur. Begitu juga apabila Marof sanggup menjadi hakim
perlawanan tennis untuk menggantikan orang lain, sehingga dia terpaksa balik ke Seria
pada petang itu dan membiarkan isterinya berunding sendiri dengan Siti Nur tentang hal
Zul.
(d) Maksud Fatimah ‘macam anak ayam kehilangan indung’ itu ialah jika Fatimah tidak ada
di rumah, tiada siapa yang akan menguruskan rumah dan makan minum mereka (Marof,
datuk dan Hannah) di Seria kerana mereka terlalu bergantung kepada Fatimah dalam
melakukan tugas rutin rumah tangga itu.
(e) Setelah kata-kata di atas dituturkan, Marof menyuruh Fatimah berunding dengan Siti Nur
mengenai Zul (perbelanjaan tiket dan perbelanjaan nikahnya), kerana dia terpaksa
pulang ke Seria petang itu. Fatimah telah menuduh Marof sebagai seorang yang lepas
tangan dari tanggongjawab kerana tidak mahu sama-sama merundingkan urusan
keluarganya sendiri. Fatimah juga mengatakan bahawa Marof seorang yang tidak
mengambil berat hal keluarganya. Setelah itu mereka sampai ke kawasan Gadong dan
masuk ke Jalan Kumbang Pasang. Fatimah marah kerana Marof menyuruhnya pulang
besok dengan menaiki bas kerana dia bekerja esok dan tidak dapat menjemput isterinya.
Fatimah terkenang masa lalunya, dulu dia seorang yang penyabar tetapi kini dia sudah
pandai marah-marah. Dia juga marah ketika Marof memberitahu tentang Peter yang
hendak menyewa tanah TOL mereka. Kemudian mereka sampai ke rumah Siti Nur tetapi
Siti Nur sudah pergi bekerja.

4. Tanpa disedarinya mereka telah sampai di kawasan rumah tumpangan Siti. Fatimah tidak
nampak kereta Siti di bawah flat itu.
“Sudah turun bekerjalah Siti,” katanya hampa.
“Siti tu kan sibuk. Takkanlah dia dapat ponteng kerja kerana nak berunding dengan
awak,” kata Marof sambil mematikan enjin kereta. Fatimah tidak berkata apa-apa. Dia keluar
dari kereta menjinjing sebiji beg yang sederhana besarnya dan menaiki tangga flat itu seolah-
olah tidak bermaya.

“Bapanya Siti tidak bermalam di sini, Mah?” Hindon bertanya.
“Tidak, kak. Dia ada hal mustahak di Seria,” jawab Fatimah.
(muka surat 14)
(a) Apakah hubungan Marof dan Fatimah dengan Siti dalam petikan di atas?
(b) Ceritakan peristiwa yang berlaku sebelum mereka sampai di kawasan rumah tumpangan
Siti
(c) Apakah perkara yang menyebabkan Fatimah bermalam di rumah tumpangan Siti?
(d) Siapakah ‘dia ada hal mustahak di Seria’ dalam petikan di atas?
(e) Jelaskan perwatakan Hindon.

70

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

CONTOH JAWAPAN:
4.

(a) Marof dan Fatimah merupakan bapa dan ibu kepada Siti Nur.
(b) Sebelumnya, Marof dan Fatimah singgah di Kampong Limau Manis untuk menghantar

barang Haji Salam. Hal ini menyebabkan Fatimah marah kepada Marof di samping
merungut ketika perjalanan mereka ke Flat Bandar Seri Begawan kerana mereka terlewat
sampai ke tempat Siti Nur.
(c) Ini kerana Marof sibuk menjadi hakim perlawanan tenis.
(d) Dia yang dimaksudkan itu ialah Marof, suami kepada Fatimah.
(e) Hindon ialah pembantu rumah Siti Nur, namun dianggap seperti keluarga sendiri oleh Siti
Nur. Tinggal bersama Siti Nur di flat Bandar Seri Begawan. Merupakan orang tempatan
dan berusia kira-kira 50 tahun tetapi masih cergas bekerja. Ia masih belum berkahwin.
Gemar menonton rancangan Melayu di televisyen yang bercorak hiburan dan tayangan
gambar.
Ia juga kadang-kadang bersikap melatah contohnya, ketika lampu elektrik di rumah Siti
Nur terpadam. Walaupun hanya bekerja sebagai pembantu, Hindon mempunyai
hubungan yang mesra dengan Siti Nur. Ia akan duduk makan dan bercerita bersama-
sama meluahkan kisah silamnya kepada Siti Nur ketika lampu elektrik di rumah Siti Nur
terpadam.
Hindon menghormati dan menyayangi majikannya. Contohnya, walaupun kakaknya di
Kampong Lumapas memintanya beberapa kali untuk menolong menjaga cucu-cucunya
yang ramai kerana menantu dan anak perempuannya bekerja di luar rumah, Hindon
menolak kerana ia tidak tergamak meninggalkan Siti Nur. Malah, ia menyuruh kakaknya
menggaji orang lain sahaja. Hindon begitu sayang kepada Siti Nur memandangkan Siti
Nur tidak pernah berlaku kasar terhadapnya. Walaupun diberi kebebasan oleh Siti Nur,
Hindon tahu batasnya sebagai orang gaji. Ia tetap menjalankan tugasnya dengan jujur
seperti membangkit pakaian di jemuran dan menyediakan makanan untuk Siti Nur.
Pada zaman pemberontakan, Hindon berusia 30 tahun. Pada ketika itu, ia menetap di
rumah kakaknya di Kampong Lumapas. Ia pernah jatuh cinta dengan seorang
pemberontak bernama Harun yang pada ketika itu kebetulan bersembunyi di rumah
kakaknya di Kampong Lumapas. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian apabila Harun
meneruskan perjuangannya di Kalimantan dan terbunuh sewaktu serang hendap di
sempadan dua bulan berikutnya.

71

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 3
MAKTAB ANTHONY ABELL, SERIA

1. “Bayangkan diri you menjadi orang tua Junaidah. Anak enam orang. Lima
daripadanya telah meninggal dunia ketika kecil-kecil dan cuma Junaidah ini saja anak mereka
yang dapat hidup ke usia begini. Apakah tergamak kau mematikan saja anakmu itu demi
generasi masa depan. Fikirkanlah itu! Atau mungkin orang-orang seperti you berpendapat
bahawa dunia ini hanya untuk orang yang normal saja.”
(muka surat 17)
(a) Siapakah yang menuturkan kata-kata di atas dan kepada siapakah ia dituturkan?
(b) Bila dan dimanakah kata-kata tersebut dituturkan?
(c) Apakah penyakit yang dihidapi oleh Junaidah?
(d) Apakah masalah yang ingin diketengahkan oleh penutur di atas hingga menyebabkan
kata-kata itu dituturkan olehnya?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Siti Nur binti Marof yang menuturkan kata-kata itu. Dia merupakan seorang doktor kanak-
kanak yang bertugas di Klinik Pediatrik di Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan. Ia
juga merupakan anak kepada Marof dan Fatimah. Tinggal di Flat Bandar Seri Begawan
bersama dengan orang gajinya bernama Hindon.
Kata-kata itu dituturkan kepada Samuel iaitu seorang doktor pakar bedah yang
mempunyai kelulusan dari United Kingdom. Anak kepada Peter dan Nyonya Peter.
Sama-sama bertugas dengan Siti Nur di Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan.

(b) Kata-kata itu dituturkan pada waktu petang Hari Isnin iaitu selepas berlangsungnya
perjumpaan di antara doktor-doktor dan pegawai-pegawai rumah sakit.
Kata-kata tersebut telah dituturkan oleh Siti Nur di Bilik Kuliah/Persidangan Hospital
Kerajaan Bandar Seri Begawan.

(c) Junaidah menghidapi penyakit yang dikenali sebagai Thalassaemia Beta, sejenis penyakit
keturunan. Penghidap yang menghidap penyakit ini akan mengalami paras hemoglobin
yang rendah di dalam darah.

(d) Siti Nur menuturkan kata-kata tersebut kerana tidak bersetuju dengan pendapat Doktor
Jones yang mahu memberhentikan rawatan terhadap penyakit Junaidah. Doktor Jones
beralasan penyakit Junaidah itu boleh tersebar di kalangan masyarakat lain.
Kata-kata tersebut juga diungkapkan kerana Samuel telah sependapat dengan Doktor
Jones tersebut dengan alasan masyarakat akan pincang kerana penyakit itu dan rawatan
bagi penyakit itu akan merosotkan ekonomi.

72

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “Aku ingin pendapatmu sama ada perlu dioperasi dia untuk di remove spleen nya
yang kembang itu.”

“O.K. Lusa jangan lupa bawa gambar x-ray nya sekali.”

(muka surat 20)

(a) Siapakah yang menuturkan kata-kata di atas dan kepada siapakah ia dituturkan?

(b) Bila dan di manakah kata-kata tersebut dituturkan?

(c) Siapakah yang perlu dioperasi untuk di remove spleen nya yang kembang seperti yang
dimaksudkan di atas?

(d) Apakah penyakit sebenar yang dihidapi oleh orang yang perlu dioperasi untuk di remove
spleennya tersebut?

CONTOH JAWAPAN:

2.
(a) Kata-kata itu dituturkan oleh Siti Nur binti Marof, seorang doktor yang merawat kanak-
kanak dan bertugas di Klinik Pediatrik Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan

Kata-kata itu dituturkan kepada Samuel iaitu seorang doktor pakar bedah yang
mempunyai kelulusan dari United Kingdom. Anak kepada Peter dan Nyonya Peter.
Sama-sama bertugas dengan Siti Nur di Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan.

(b) Kata-kata itu dituturkan pada waktu petang Hari Isnin iaitu selepas berlangsungnya
perjumpaan antara doktor-doktor dan pegawai-pegawai rumah sakit.

Kata-kata tersebut telah dituturkan oleh Siti Nur di Hospital Bandar Seri Begawan.

(c) Junaidah perlu dioperasi untuk di remove spleennya yang kembang. Ia merupakan
seorang pesakit perempuan yang berumur enam tahun yang dirawat oleh Siti Nur.

(d) Junaidah menghidapi penyakit yang dikenali sebagai Thalassaemia Beta iaitu mempunyai
paras hemoglobin yang rendah di dalam darah. Dia tidak mempunyai harapan untuk
sembuh tetapi masih ada harapan untuk meneruskan hidup selagi rawatan ke atasnya
masih lagi dijalankan.

73

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 4
MAKTAB ANTHONY ABELL

1. “Jadi masalahnya sekarang ialah kewangan, ya ma?”
“Begitulah. Ini jugalah yang mama fikirkan. Wang simpanan mama dari duit yang kau

beri setiap bulan tu baru saja mama keluarkan untuk membeli kereta. Kau pun tahu kereta
abahmu yang lama tu sudah teruk sangat, tak dapat dibawa berjalan jauh.”

(muka surat 22)
(a) Siapakah mereka yang berkata dalam petikan di atas dan di manakah petikan itu

dituturkan?
(b) Apakah masalah yang menyebabkan kata-kata di atas dituturkan?
(c) Apakah kesudahan terhadap masalah kewangan yang dimaksudkan di atas?
(d) Ceritakan secara ringkas mengenai ‘mama’ yang tersebut di atas.

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Orang yang berkata di atas ialah Siti Nur dan Fatimah. Siti Nur ialah anak kepada Marof
dan Fatimah. Seorang doktor yang bertugas di Klinik Pediatrik Hospital Kerajaan Bandar
Seri Begawan. Manakala, Fatimah ialah ibu kepada Siti Nur dan isteri kepada Marof.
Beliau merupakan seorang suri rumah tangga dan mempunyai 6 orang anak iaitu Siti Nur,
Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah.
Kata-kata itu dituturkan di rumah tumpangan Siti Nur iaitu di dalam bilik tidur Siti Nur.

(b) Kata-kata di atas dituturkan kerana Zul disuruh untuk mengahwini Marina oleh keluarga
Marina sendiri kerana didapati telah melakukan perbuatan sumbang hingga menyebabkan
Marina hamil. Zul akur untuk mengahwini Marina asalkan tambang perjalanan pulang dari
United Kingdom serta perbelanjaan kahwinnya ditanggung oleh keluarganya kerana ia
tidak mempunyai wang.

(c) Masalah kewangan yang dimaksudkan di atas dapat diselesaikan oleh Fatimah melalui
pertolongan Siti Nur. Siti Nur sendiri telah menanggung segala perbelanjaan Zul untuk
pulang ke Brunei dan perbelanjaan untuk melangsungkan perkahwinan Zul dengan
Marina.

(d) Mama yang dimaksudkan itu adalah Fatimah iaitu ibu kepada Siti Nur dan isteri kepada
Marof. Fatimah merupakan seorang yang bertanggung jawab terhadap anak-anaknya. Ini
terbukti melalui perkara yang dilakukan olehnya iaitu menguruskan masalah yang
ditimbulkan oleh anaknya Zul.
Selain itu, Fatimah juga merupakan seorang yang suka berleter/pemarah. Ini boleh dilihat
ketika dalam perjalanannya menuju ke rumah Siti Nur. Dia asyik berleter kepada
suaminya iaitu Marof atas sebab-sebab yang tertentu.

74

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 5
MAKTAB SAINS PADUKA SERI BEGAWAN SULTAN BSB

1. “Kenapa Az? Kenapa Az begitu takut untuk dibedah? Kan Kak Siti sudah bilang
pembedahan itu tidak sakit?

(muka surat 37)

(a) Siapakah yang mengucapkan kata-kata tersebut ?

(b) Apakah hubungan orang yang mengucapkan kata-kata tersebut dengan Az?

(c) Apakah penyakit yang menyebabkan Az mesti menjalani pembedahan?

(d) Terangkan peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata itu dituturkan?

(e) Terangkan peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu dituturkan?

(f) Secara ringkas, terangkan watak dan perwatakan yang mengucapkan kata-kata tersebut?

CONTOH JAWAPAN:

1.
(a) Orang yang mengucapkan kata-kata di atas ialah Faridah. Faridah bukan berasal dari
Brunei tetapi berhijrah ke Brunei setelah beberapa tahun mencari rezeki di sana. Asalnya
beragama Kristian Katholik dan kemudian memeluk agama Islam setelah menemui jodoh
dengan seorang pemuda Islam di Brunei bernama Khalid. Mempunyai seorang anak
angkat bernama Azmil setelah disahkan tidak dapat hamil kerana keabnormalan pada
peranakannya. Dahulunya pernah bertunang dengan Edward Humphrey tetapi
pertunangan mereka terputus apabila Faridah ingin menetap di Brunei untuk selama-
lamanya. Faridah bertugas sebagai seorang guru di Brunei yang lulus dari maktab
pergurusan sebagai siswazah terbaik di negerinya (negeri jiran Brunei).

(b) Faridah ialah ibu angkat kepada Azmil.

(c) Az ialah Azmil Ia menghidap penyakit jantung berlubang yang memerlukan ia menjalani
pembedahan secepat mungkin iaitu dalam tempoh 9 bulan.

(d) Peristiwa yang berlaku sebelumnya ialah Azmil mengamuk kerana enggan berjumpa
dengan Doktor Siti Nur kerana Siti Nur menghendakinya untuk menjalani pembedahan
jantung secepat mungkin dalam tempoh 9 bulan. Disebabkan itu, ia tidak membenarkan
ibunya membuat panggilan dan menerima panggilan telefon kepada/daripada Siti Nur
sehingga enggan berganjak dari tempat letak telefon. Azmil juga tidak mahu makan
walaupun dipujuk-pujuk oleh ibunya dan akhirnya tertidur di sana.

(e) Faridah mengesat air mata Azmil. Azmil lalu mengatakan tentang sebab keenggannya
menjalani pembedahan. Menurutnya, ia tidak mahu mati dan ingin menanti kepulangan
ayahnya Khalid dari penjara. Faridah berasa kasihan melihat Azmil. Ia seperti anaknya
juga memang mengharapkan agar Khalid kembali ke pangkuan mereka.

(f) Watak dan perwatakan Faridah Pada masa mudanya, ia digambarkan sebagai seorang
gadis yang pendiam, tidak banyak bicara, bersuara lunak, manja dan sangat

75

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

understanding. Sifat-sifat inilah yang telah membuatkan Khalid terpikat kepadanya.
Tambahan pula, mereka bertugas sebagai guru di maktab yang sama. Bibit-bibit
percintaan mereka bermula ketika mereka ditugaskan membawa peserta-peserta dari
Daerah Belait ke Bandar Brunei untuk menyertai pertandingan bahas senegeri. Untuk
menjimatkan minyak kereta, mereka telah memutuskan menggunakan sebuah kereta
sahaja. Dari usikan murid-murid, telah terjalinlah satu kemesraan pada hari-hari
berikutnya dan akhirnya membawa kepada perkahwinan mereka.
Faridah merupakan seorang ibu yang penyayang. Ia sayang kepada anaknya Azmil
walaupun Azmil cuma anak angkatnya dengan sentiasa menjaga makan minum Azmil. Ia
akan berasa khuatir jika sekiranya Azmil enggan makan dan minum. Contohnya, ketika
Azmil mengamuk kerana enggan bertemu dengan doktor sehingga tidak mahu makan,
Faridah berulang-ulang kali memujuk Azmil kerana khuatir dengan kesihatan Azmil.
Tambahan pula, berat badan Azmil semakin susut sejak kebelakangan itu.
Faridah juga merupakan seorang isteri yang penyabar. Ini boleh dibuktikan seminggu
setelah ia berkahwin dengan Khalid. Khalid yang merupakan seorang pejuang kembali ke
perangai lamanya sering keluar rumah. Namun, Faridah tetap setia dengan Khalid.

76

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 6
MAKTAB SAINS PADUKA SERI BEGAWAN SULTAN

1. “Aku akan pinjam kereta abah saja.”

“Kalau you tukar fikiran dan ingin pulang petang ini telefon saja I di rumah.”

“O.K”

“Bye!”

“Bye!”

(muka surat 45)

(a) Siapakah yang mengucapkan kata-kata tersebut dan ditujukan kepada siapa?

(b) Jelaskan sebab pertemuan di antara orang yang mengucapkan kata-kata dan yang
ditujukan tersebut?

(c) Secara ringkas, terangkan hubungan di antara penutur di atas.

(d) Terangkan peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata itu dituturkan?

(e) Terangkan peristiwa yang berlaku selepas kata-kata itu dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:

1.
(a) Siti Nur mengucapkan kata-kata di atas kepada Samuel.

Siti Nur ialah anak kepada Marof dan Fatimah, seorang doktor yang bertugas di Wad
Pediatrik, merawat kanak-kanak di Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan. Manakala,
Samuel / Sam ialah anak kepada Peter dan Nyonya Peter. Seorang doktor pakar bedah
yang bertugas di hospital yang sama dengan Siti Nur di Hospital Kerajaan Bandar Seri
Begawan.

(b) Mereka bertemu sewaktu Siti Nur menumpang kereta Samuel untuk balik ke rumahnya di
Seria kerana keretanya rosak dan berada di bengkel kereta pada ketika itu.

(c) Hubungan di antara mereka ialah rakan sejawat. Mereka juga pernah menjadi pasangan
kekasih secara tidak rasmi sewaktu mereka sama-sama menuntut di United Kingdom.

(d) Peristiwa yang berlaku ialah Siti Nur menumpang kereta Samuel untuk balik ke rumahnya
di Seria kerana keretanya rosak dan berada di bengkel kereta pada ketika itu. Sewaktu
dalam perjalanan, Samuel memasang muzik instrumental. Mereka tidak banyak
bercakap. Siti Nur pula terkenangkan peristiwa lalu yang berlaku di antaranya dengan
Samuel. Semenjak kecil hingga dewasa, ia memang rapat dengan Samuel. Hubungan
mereka bertambah erat lagi ketika mereka sama-sama belajar di luar negeri sehingga

77

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

akhirnya menjadi pasangan kekasih. Namun Siti Nur kecewa dengan pegangan Samuel
tentang agama. Samuel yang beragama Kristian kononnya sanggup memeluk agama
Islam demi kasihnya terhadap Siti Nur. Siti Nur kecewa kerana baginya, Samuel tidak
ikhlas dengan agama Islam. Perhubungan mereka terputus tanpa kata setamatnya
pengajian Siti Nur di luar negeri. Sedangkan, Samuel pada ketika itu menyambung
pengajiannya dalam bidang pembedahan selama setahun. Samuel selalu juga
menghubungi Siti Nur setamat pengajiannya di luar negeri, namun Siti Nur hanya
menganggapnya sebagai seorang kawan. Sehingga kini, Siti Nur masih menganggapnya
seperti kawan biasa.
(e) Peristiwa yang berlaku selepasnya ialah Siti Nur melangkah kaki tanpa menoleh ke
belakang. Samuel memerhatikannya sehingga dia lesap di antara deretan bilik-bilik barek
kerajaan yang hanya punya dua buah bilik tidur itu. Setelah itu, barulah Samuel bergerak
meninggalkan kewasan itu.

78

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 7
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA ABU BAKAR

1. “Sampai bilakah bangsa kita mahu mengasingkan dirinya dari anak-anak tempatan?
Sedangkan setahun dari saat ini negeri kita ini akan mencapai kemerdekannya. Kita mahukan
satu rakyat Brunei yang bersatu padu dan berganding bahu dalam satu ekonomi, bahasa
mahupun kebudayaan. Ayah dan saya telah dilahirkan di sini. Keturunan kita telah ada di sini
dari sejak datuk meninggalkan tanah besar China dengan sehelai kain di badan dan sebiji
bantal. Tengok sekarang ayah telah pun punya sebuah estet perumahan. Apakah itu belum
mencukupi?”
(muka surat 50)
(a) Siapakah ‘ayah’ dan ‘saya’ dalam petikan di atas dan di manakah petikan itu dituturkan?
(b) Apakah peristiwa yang menyebabkan kata-kata di atas dituturkan?
(c) Nyatakan jawapan ‘ayah’ kepada pertanyaan ‘saya’ dalam petikan di atas.
(d) Apakah rancangan ‘ayah’ selanjutnya dan bagaimanakah reaksi ‘saya’ terhadap
rancangan itu?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) ‘Ayah’ ialah Peter, iaitu suami kepada Nyonya Peter yang bekerja sebagai Teknisyen X-
Ray. Manakala, ‘saya’ ialah Samuel, anak kepada Peter dan Nyonya Peter yang bekerja
sebagai doktor bedah di Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan.
Petikan itu dituturkan di ruang makan, rumah tumpangan/sewa kerajaan kepunyaan
Peter di Belait.

(b) Peristiwa yang menyebabkan kata-kata di atas dituturkan ialah Peter menyuruh Samuel
berhenti kerja di rumah sakit kerajaan untuk mengendalikan rumah sakit swasta yang
bakal didirikan olehnya dan rakan-rakan seniaganya. Ia memberitahu Samuel mengenai
kebimbangannya tentang perniagaan yang dulunya dimonopoli oleh orang Cina, kini telah
dimonopoli oleh orang Melayu yang boleh mengugat kepentingan dan hak-hak mereka
sebagai bangsa pendatang [bangsa Cina].

(c) Menurut ‘ayah’ mereka tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada kerana orang yang
cepat berpuas hati itu mudah ketinggalan zaman dan dia mahu agar mereka tidak
membiarkan kesempatan berlalu tetapi sebaliknya merebut semua peluang yang ada.

(d) Rancangan ‘ayah’ selanjutnya ialah hendak menyewa tanah TOL Marof, ayah Siti Nur,
kerana untuk membangunkan sebuah rumah sewa lagi untuk menambah kekayaannya.
Reaksi ‘saya’ ialah menentang/tidak setuju dan marah dengan sikap ayahnya yang
keterlaluan dan memalukan kerana sikap tamak Peter.

79

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “Terima kasih saja atas susah payah ayah itu. Kalau ayah berminat dalam projek itu
ayah teruskanlah bersama-sama rakan-rakan ayah yang lain. Saya tidak akan melibatkan diri.
Saya sudah tetap dengan pendirian saya.”
(muka surat 47)
(a) Siapakah yang menuturkan dialog di atas dan huraikan perwatakannya?
(b) Apakah projek yang dimaksudkan oleh ayah dan apakah tujuan sebenar projek tersebut?
(c) Mengapakah penutur tidak bersetuju dengan projek itu? Terangkan.
(d) Apakah rancangan ayah selanjutnya?

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Orang yang menuturkan dialog di atas ialah Samuel.
Perwatakan Samuel ialah dia anak tunggal kepada Peter dan Nyonya Peter, yang
berumur 31 tahun, berbangsa Tionghua dan bekerja sebagai doktor bedah di rumah sakit
kerajaan Bandar Seri Begawan. Dia mengambil berat tentang kesihatan dan menjaga
badannya yang sasa dengan rapi, dia tidak merokok, tidak meminum minuman keras dan
mengamalkan sukan. Dulu, makanan kegemarannya ialah daging babi masak kicap tetapi
sekarang menjadi vegetarian@makan sayur-sayuran.

(b) Projek yang dimaksudkan oleh ayah ialah Peter hendak membina sebuah rumah sakit
prebet yang bakal didirikan oleh rakan-rakan seniaga Peter. Tujuan sebenar projek itu
ialah untuk menjadi sebuah rumah sakit yang paling moden kalaupun tidak paling besar.
Bakal menjadi tumpuan orang-orang besar dan kenamaan; ahli-ahli niaga yang ulung; dan
bakal menandingi rumah sakit Mount Elizabeth di Singapura. Ia juga menjadikan Samuel
sebagai pengendali yang akan mempunyai kuasa, disegani dan terkenal; di samping akan
menghasilkan keuntungan yang banyak.

(c) Penutur tidak bersetuju dengan projek itu kerana Samuel terkenang akan kepedihan
wajah dan kekecewaan Siti Nur apabila dia memberitahu niatnya untuk berhenti dari
bekerja dengan pihak kerajaan (2 tahun lalu). Setelah Samuel mengambil kursus pakar
pembedahan, dia merasakan dirinya lebih dikehendaki di rumah sakit kerajaan.

(d) Rancangan ayah selanjutnya ialah hendak menyewa tanah TOL Marof, ayah Siti Nur,
kerana untuk membangunkan sebuah rumah sewa lagi bagi menambah kekayaannya.

3. “Tanah TOL?” hampir tersedak Sam dari air yang sedang diminumnya.
“Iya. Daripada tanah itu terbiar begitu saja.”
“Tapi tahukah ayah tanah TOL bukan untuk rumah sewa?”
“Ini rundingan secara luar Sam. Marof pun sangat berkenan dengan rancangan aku

itu?”
(muka surat 51)

80

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(a) Siapakah Sam dan ayah dalam petikan di atas dan di manakah peristiwa tersebut
berlaku?

(b) Siapakah Marof dalam petikan di atas dan huraikan perwatakannya?
(c) Bagi pendapat kamu, berjayakah ayah mendirikan rumah sewa di atas tanah TOL Marof?

Jelaskan.
CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) ‘Sam’ ialah Samuel, anak tunggal kepada Peter dan Nyonya Peter yang bekerja sebagai
doktor bedah, berumur 31 tahun. ‘Ayah’ ialah Peter, iaitu suami kepada Nyonya Peter
yang bekerja sebagai Teknisyen X-Ray.
Petikan itu dituturkan di ruang makan, rumah tumpangan/sewa kerajaan kepunyaan Peter
di Belait.

(b) Marof ialah ayah kepada Doktor Siti Nur dan suami kepada Fatimah.
Perwatakannya ialah dia bekerja sebagai buruh di Jabatan Kerja Raya di Seria yang
berumur 50 tahun dan aktif dalam bidang sukan. Dia seorang kawan yang baik dan sering
membantu sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadapnya terhadap keluarga. Dia
juga tidak suka berfikir panjang sehingga hendak menyewakan tanah TOL kepunyaannya
kepada Peter.

(c) Bagi pendapat saya, ayah tidak berjaya mendirikan di atas tanah TOL Marof kerana
Samuel telah membantah rancangan Peter tersebut. Samuel berasa Peter keterlaluan dan
tamak sehingga mengungkit perbuatan Peter yang memalukannya, iaitu menyewakan bilik
amah, masih menumpang di rumah kerajaan walau mempunyai rumah sewa lebih 20
buah.

81

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 8
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA ABU BAKAR

1. “Apakah kau mahu termasuk ke dalam golongan orang-orang yang tidak diredai
Allah? Orang-orang yang dimurkai Allah? Na’uzubillah!”

“Seberat-berat masalah di dunia ini masih boleh diselesaikan. Tidak ada masalah
yang tidak dapat diatasi. Dan mengatasinya bukan dengan membunuh diri. Tapi dengan
perasaan insaf dan ingatkan Tuhan. Bertaubatlah! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun
dan menerima taubat hamba-hamba-Nya.”

(muka surat 58-59)

(a) Siapakah yang berkata itu dan siapakah pula ‘kau’ yang dimaksudkan?

(b) Mengapakah penutur berkata demikian dan bagaimanakah pula ia boleh bersua dengan
‘kau’?

(c) Apakah peristiwa yang berlaku kepada ‘kau’ sehingga konteks di atas dituturkan?

(d) Huraikan perwatakan ‘kau’ dengan jelas?

CONTOH JAWAPAN:

1.
(a) Orang yang berkata itu ialah Ustaz, orang yang diminta oleh ayah Marina untuk
menasihatinya untuk memberi petunjuk-petunjuk agama.

‘Kau’ ialah Marina, kekasih kepada Zul dan anak tunggal kepada pasangan suami isteri.

(b) Penutur berkata sedemikian untuk memberi nasihat dan menyedarkan Marina yang
bertindak hendak membunuh diri dengan cara memakan panadol secara berlebihan
kerana malu mengandung anak luar nikah disebabkan Zul tidak mahu bertanggungjawab
pada dirinya.

Ia boleh bersua dengan ‘kau’ kerana Ustaz diminta oleh bapa Marina untuk menasihati
Marina dengan petunjuk-petunjuk agama semasa Marina ditahan di rumah sakit Kuala
Belait.

(c) Peristiwa yang berlaku kepada ‘kau’ ialah Marina telah cuba membunuh diri dengan cara
memakan pandol secara berlebihan setelah mendapati dirinya mengandung anak luar
nikah bersama Zul, Marina dapat diselamatkan tetapi kandungannya telah gugur. Oleh
itu, ayahnya telah meminta seorang Ustaz untuk menasihati Marina supaya bertaubat
dan insaf atas semua dosa-dosa yang dilakukannya.

(d) Perwatakan ‘kau’ ialah Marina anak tunggal. Masih bersekolah. Ia melakukan
hubungan luar nikah bersama Zul. Ia juga hendak membunuh diri dengan menelan
panadol secara berlebihan sehingga menyebabkan ia ditahan di rumah sakit Kuala Belait
kerana mengalami pendarahan yang banyak. Ia terlalu menyintai Zul sehingga sanggup
mengorbankan harga dirinya sendiri dan berasa cemburu setelah mengetahui Zul
berkawan dengan gadis Inggeris bernama Sandra. Ia juga seorang yang jahil dalam hal
agama kerana kesibukan orang tuanya yang memenuhi kehendak duniawi. Akhirnya
timbul keinsafan dan menyesali segala perbuatan yang dilakukannya.

82

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “Mengapa menangis, Rina? Kau tidak senang dengan kunjungan kakak?”

Marina menggeleng-geleng kepala. Dia mengesat air matanya dengan lengannya.

“Sudahlah. Jangan lagi diingat yang telah terjadi. Yang pentingnya kau harus
memandang ke hadapan sekarang.”

“Tapi...Saya malu, kak!”

“Malu?”

(muka surat 60)

(a) Siapakah kakak dan apakah hubungannya dengan Marina?

(b) Di manakah kata-kata itu dituturkan dan mengapakah Marina berada di situ?

(c) Mengapakah Marina malu kepada kakak dan apakah nasihat kakak kepadanya?

(d) Berikan gambaran ringkas keadaan rumah tangga Marina setelah dia berkahwin dengan
Zul?

CONTOH JAWAPAN:

2.
(a) Kakak ialah Doktor Siti Nur binti Marof, anak kepada Marof dan Fatimah. Hubungannya
dengan Marina ialah bakal kakak ipar Marina, iaitu kakak kepada kekasih Marina, Zul.

(b) Kata-kata itu dituturkan di wad 10, iaitu wad untuk pesakit-pesakit perempuan di rumah
sakit Kuala Belait.

Marina berada di situ kerana setelah menerima rawatan selama seminggu akibat
perbuatannya hendak membunuh diri dengan cara menelan panadol secara berlebihan.
Pada mulanya, dia dimasukkan ke wad 5 untuk merawat ibu-ibu yang keguguran
kandungan, setelah itu menjalani pencucian raham di bilik bedah selama 3 hari 3 malam
dan akhirnya dihantar di wad 10.

(c) Marina malu kepada kakak kerana dulu Marina pernah berjanji kepada Siti Nur untuk
belajar bersungguh-sungguh sampai peringkat universiti dan untuk menjadi manusia yang
berguna tetapi sekarang hidup Marina seolah-olah tidak mempunyai apa-apa makna lagi
untuk hidup.

Nasihat kakak kepadanya ialah Siti Nur memberi kata-kata perangsang kepada Marina.
Menurutnya, Marina masih belum terlambat dan boleh sampai ke universiti asalkan
Marina mahu bekerja keras. Bahkan Siti Nur memberitahu bahawa untuk menjadi
manusia berguna tidak memerlukan kertas ijazah asalkan Marina menjalankan
tanggungjawab dengan ikhlas, jujur dan amanah. Ia juga menyuruh Marina mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Persekolahan Tinggi secara persendirian dan bekerja yang
bersangkutan dengan pemulihan cacat anggota.

(d) Keadaan rumah tangga Marina setelah dia berkahwin dengan Zul ialah sering bertengkar /
perang mulut setiap malam selepas seminggu perkahwinan mereka. Ini berpunca kerana
Zul sering keluar bersama kawan-kawannya, bahkan Zul juga tidak mempunyai sebarang
pekerjaan sedangkan Marina pergi bekerja dan Marina cemburu setelah membaca surat

83

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

daripada Sandra, iaitu kawan Zul ketika di London. Tetapi akhirnya, rumah tangga mereka
bahagia setelah Zul berubah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan
menguruskan hal ehwal rumah tangga.

3. “Kau tahu Zul akan pulang minggu depan?”
...
“Kakak dan keluarga kakak akan uruskan pernikahanmu dengan Zul. Janganlah kau

khuatir. Jika kau ada rancangan lain beritahu kakak. Kakak akan cuba menolong sedaya
upaya.”

(muka surat 61)
(a) Siapakah “kau” dan “Kakak” dalam petikan di atas dan huraikan perwatakan mereka

secara ringkas.
(b) Huraikan perwatakan Zul dalam petikan di atas dan apa hubungannya dengan kedua-

dua penutur di atas?
(c) Bila dan di manakah petikan di atas berlaku?
(d) Apakah rancangan ‘Kau’ seterusnya mengikut petikan di atas?

CONTOH JAWAPAN:
3.

(a) “Kau” ialah Marina. Manakala, “kakak” ialah Siti Nur binti Marof.
Perwatakan Marina ialah anak tunggal kepada pasangan suami isteri, seorang anak yang
manja, dia merupakan kekasih kepada Zul, seorang gadis yang kurang didikan agama
Islam sehingga sanggup menyerahkan harga dirinya semata-mata menyintai Zul. Marina
juga tidak berfikir panjang kerana cuba membunuh diri dengan menelan panadol secara
berlebihan sehingga kandungannya gugur. Akhirnya Marina insaf dan berkahwin dengan
Zul.
Perwatakan Siti Nur ialah anak kepada Marof dan Fatimah, dia merupakan anak yang
sulung dalam keluarga. Dia bekerja sebagai doktor di Klinik Pediatrik Hospital Kerajaan
Bandar Seri Begawan yang baik dan bertanggungjawab. Siti Nur merupakan seorang
anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dengan memberi ibunya duit
sebanyak $1000 sebulan. Siti Nur juga sanggup membayar tiket kepulangan Zul dari
London sebanyak $2000 dan membiayai semua perbelanjaan perkahwinan Zul dan
Marina.

(b) Perwatakan Zul ialah anak kedua kepada Fatimah dan Marof, dia belajar di London dalam
bidang teknikal. Dia seorang anak yang memalukan keluarga kerana mengakibatkan
Marina mengandung dan tidak mahu bertanggungjawab atas kandungan Marina. Ketika
belajar di luar negeri, dia sering ponteng kuliah kerana terikut-ikut dengan kawan-
kawannya yang terdiri daripada anak orang-orang kaya sehingga tidak dibawa dalam
peperiksaaan. Akhirnya, Zul berkahwin dengan Marina dan dia tidak mempunyai
pekerjaan.
Hubungan Zul dengan kedua-dua penutur di atas ialah Zul adalah kekasih kepada Marina
dan adik kepada Siti Nur.

84

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(c) Peristiwa di atas berlaku pada waktu petang Jumaat bertempat di wad sepuluh, rumah
sakit Kuala Belait, iaitu tempat Marina dirawat.

(d) Rancangan ‘kau’, iaitu Marina ialah mahu bekerja yang berkaitan dengan orang ramai
terutama kanak-kanak seperti jururawat.

85

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 9
SEKOLAH MENENGAH MUDA HASHIM, TUTONG

1. “Mengapakah kau tak pernah mengenakan baju yang sopan sedikit seperti
kakakmu?" Ibunya selalu bertanya kalau melihat dia mengenakan pakaian-pakaian moden
orang-orang muda masa ini.
“Sebab saya bukan kakak, ma.” Dia selalu menjawab. Ibunya akan menggeleng-
gelengkan kepala.
(muka surat 63)
(a) Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘kau’, ‘kakak’ dan ‘ibu’ di dalam petikan di atas?
(b) Apakah peristiwa yang berlaku sehingga pertuturan di atas berlaku?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) ‘Kau’ ialah Hannah. Anak bongsu kepada Marof dan Fatimah. Berusia 16 tahun. Masih
menuntut dan tinggal bersama keluarga di Pekan Seria, Kuala Belait. Ia mempunyai
seorang kakak (Siti Nur) dan mempunyai empat orang abang (Zul, Zain, Hadi dan Zamri).
Ia merupakan seorang gadis cantik. Memang diakui kecantikannya sejak dari kecil lagi.
Ramai yang menggilainya tetapi dia hanya menerima Wardi. Ia pandai bersosial tetapi
pandai menjaga diri dan maruah. Ia juga bersifat manja, tidak pernah dimarahi
sepenuhnya oleh keluarga. Semua jenis pakaian sesuai untuknya. Ia juga tidak pernah
meninggalkan suruhan agama. Pernah mengalami koma akibat kemalangan jalan raya
ketika hendak pergi ke parti kawannya di Batu Satu Jalan Tutong.
Kakak ialah Siti Nur. Merupakan anak sulung kepada Marof dan Fatimah. Ia mempunyai
5 orang adik. Seorang doktor kanak-kanak yang bekerja di Rumah Sakit Kerajaan
Bandar Seri Begawan.
Ibu pula ialah Fatimah. Ia merupakan isteri kepada Marof. Ibu kepada enam orang anak
(Siti Nur, Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah). Merupakan seorang ibu yang tabah, baik
hati dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keluarga. Berusia sekitar 50-an.
Tinggal di Seria, Kuala Belait dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Ia
pandai mengasuh dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya dalam pelajaran.

(b) Pertuturan tersebut berlaku kerana ibunya (Fatimah) melihat Hannah bersiap-siap dengan
pakaian yang tidak sepatutnya bagi seorang muslimah untuk pergi ke parti bersama
temannya Wardi. Ketika itu waktu Maghrib telah tiba tetapi Hannah sibuk mendandan
dirinya. Dia menyarungkan baju gaun jenis ‘rock’ yang ramping dan mengembang hingga
ke paras lutut. Baju tersebut berwarna putih berbola-bola merah dan hitam. Rambutnya
yang dipotong pendek menampakkan tengkuk dan kedua cuping telinganya telah disapu
dengan gel supaya apabila disikat nanti akan berdiri tegak. Ada sedikit rambut tinggal
panjang di tengkuknya dan ditocang halus persis ekor tikus. Dahinya diikat dengan
sehelai kain hitam selebar seinci dan terus mengemaskan mekapnya. Hal itulah yang
menyebabkan ibunya menuturkan kata-kata tersebut kerana dia merasa tidak senang hati
dan gelisah.

86

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “Tak boleh kompromiskah kak?”
“Astaghfirullah! Itu hukum-hukum Tuhan Nah. Bukannya hukum yang dibuat oleh

kita manusia. Kalau hukum kita bolehlah kita kompromi. Mengucap!”
(muka surat 75)

(a) Siapakah yang berkata-kata di atas dan di manakah pertuturan tersebut berlaku?
(b) Apakah perkara yang dipersoalkan dan tidak boleh kompromi itu? Jelaskan.
CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) Orang yang bertutur ialah Hannah dan Siti Nur. Hannah ialah anak bongsu kepada
Fatimah dan Marof. Masih menuntut dan berusia 16 – 17 tahun. Manakala, Siti Nur pula
merupakan anak sulung kepada Fatimah kepada Marof.
Ia bertugas sebagai doktor di Klinik Pediatrik Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan.
Pertuturan tersebut berlangsung di rumah Marof di Seria.

(b) Perkara-perkara tersebut ialah tentang soal keagamaan. Antaranya ialah tentang
kepentingan menunaikan sembahyang lima waktu dan kepentingan berpakaian menutup
aurat untuk melindungi diri dari kemaksiatan, persengketaan dan pembunuhan. Selain itu,
Siti Nur juga memperkatakan tentang keistimewaan wanita yang dijadikan oleh Tuhan
sebagai ibu yang baik kepada anak-anak. Wanita dengan sifat-sifat yang lemah lembut
dan tenaga fizikal yang kurang dari kaum lelaki adalah diamanahkan untuk menjadi
seorang suri rumah tangga, menjaga kepentingan suami dan anak-anak. Wanita juga
mempunyai keistimewaan dari segi kekuatan mental kerana mereka telah diberi
kebolehan untuk mengandung selama sembilan bulan. Selain itu, dari segi lain pula,
sudah ramai kaum wanita yang berjaya memonopoli bidang kerjaya yang pada suatu
ketika dahulu dimonopoli oleh golongan lelaki sahaja.

87

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 10
SEKOLAH MENENGAH MUDA HASHIM, TUTONG

1. “Waktu gelap-gelap begini, mak cik teringat kisah zaman pemberontakan
dulu.”
“Apakah ini yang dikatakan telepati?”
“Masih ingat betulkah mak cik tentang peristiwa itu?
“Mengapa pula tidak? Mak cik dah besar panjang ketika itu. Dah berumur tiga
puluh tahun seperti umur Siti masa ini.”
(muka surat 78-79)
(a) Huraikan dengan jelas perwatakan mak cik dalam perbualan di atas?
(b) Apakah peristiwa yang dikenang oleh Siti setelah mendengar kisah mak cik tersebut?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) “Mak cik” ialah Hindon. Ia merupakan pembantu rumah Dr. Siti Nur. Sudah lama bekerja
dengan Siti Nur. Ia pernah tinggal dengan kakaknya yang sulung (tua) di Lumapas. Ia
juga pernah jatuh hati dengan seorang pemuda (pemberontak dalam buruan) bernama
Harun tetapi Harun tewas di sempadan. Dia merana kerana hanya Harun sahaja lelaki
yang dicintainya.

(b) Siti Nur terkenang peristiwa dua puluh tahun dulu (semasa zaman pemberontakan) iaitu
pada 8 Disember. Pada ketika itu, dia masih kecil. Dia teringat pemberontak dapat
ditewaskan oleh kedatangan tentera British. Manakala, negeri telah diisytiharkan darurat.
Ketika itu, ayahnya juga terlibat kerana terikut-ikut (menguburkan senjata di belakang
rumah sewa mereka) dan telah didapati oleh pihak polis dan ditahan oleh pihak polis di
Panggung Roxana di Lorong Tujuh, Seria. Siti Nur tidak dapat pergi ke sekolah kerana
hujan lebat dan hujan tersebut dianggap sebagai petanda tuhan tidak merestui
pemberontakan.
Selain daripada itu, Siti Nur juga terkenangkan Usu Khalidnya yang meringkuk di penjara
Jerudong kerana menegakkan prinsip perjuangannya (yang sia-sia). Usunya tidak pernah
menyuruh Siti Nur datang menjenguknya di penjara selepas beberapa kali Siti Nur cuba
memujuknya untuk memohon kemaafan daripada pihak kerajaan. Siti Nur berusaha
memujuknya melalui surat sahaja (mungkin dibaca atau tidak oleh Usu Khalid) dan
berharap dan berdoa agar usunya segera sedar dan berubah demi anak dan isterinya
yang setia.

88

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “Pujuklah Usu Khalid untuk mengubah sikapnya. Supaya dapat dibebaskan dan
Azmil akan mahu dibedah. Ini pun untuk keselamatan Azmil juga.” Siti Nur mencadangkan.

“Kau pun tahu usumu itu Siti. Dia tetap dengan prinsipnya itu,” kata Faridah
sedih.

“Walaupun untuk Azmil?” Siti Nur bertanya.

(muka surat 83)

(a) Siapakah Azmil dan Faridah dalam dialog di atas? Huraikan.

(b) Jelaskan perwatakan Usu Khalid dan apakah prinsipnya.

CONTOH JAWAPAN:

2.
(a) Azmil berusia 11 tahun. Digambarkan mempunyai rambut yang tajam bagai duri landak.
Kulitnya sawo matang. Merupakan anak angkat Faridah dan suaminya Khalid. Ibu bapa
kandungnya berada di luar negara. Berbadan kecil dan kurus. Ia menghidap penyakit
jantung berlubang. Salah seorang pesakit Dr. Siti Nur. Perlu dibedah dalam tempoh 9
bulan (jika mahu diselamatkan). Ia bersikap degil (tidak mahu dibedah) kerana takut mati.
Lagi pula dia mahu ayahnya ada bersamanya ketika pembedahan dijalankan. Dia sering
keletihan jika bermain kerana penyakitnya itu.

Faridah merupakan seorang muallaf (Elvianna Abraham). Asalnya beragama Katolik
sebelum memeluk agama Islam. Memeluk agama Islam seminggu sebelum berkahwin
dengan Khalid. Ia merupakan isteri kepada Khalid. Perkahwinannya berlangsung pada
1969. Ia tidak dapat melahirkan anak kerana menghidap keabnormalan pada
peranakannya. Ia sangat kasih dan sayang kepada Azmil (anak angkat). Ia menderita
akibat perlakuan suaminya yang turut menjadi pemberontak negara. Taat dan setia
kepada suami walaupun suami meringkuk di penjara dan tidak diketahui bila akan
dibebaskan. Dia telah lulus dari maktab pengurusan dengan menyandang gelaran
siswazah terbaik. Pernah bertunang dengan seorang peguam muda (Edward Humphrey)
tetapi telah diputuskan pertunangan selepas kembali bercuti dari tugasnya di Brunei
Darussalam. Alasannya dia tidak pernah dan tidak akan dapat menyintai Edward. Ketika
usianya menjangkau 30 tahun, dia bertemu dengan Khalid (seorang guru Bahasa Melayu)
ketika mereka sama-sama diarahkan membawa peserta dari Daerah Belait ke Bandar
Brunei untuk pertandingan bahas senegeri. Untuk menjimatkan minyak kereta, mereka
telah menggunakan sebuah kereta sahaja dan telah menjadi usikan murid-murid mereka
sehingga terjalinlah kemesraan dan berkahwin.

(b) Khalid ialah bekas guru Bahasa Melayu di Kuala Belait. Merupakan pangkat bapa
saudara (sepupu dua kali) dengan Siti Nur. Suami kepada Faridah (Elvianna Abraham).
Ayah angkat kepada Azmil. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Sikapnya inginkan
kebebasan. Disebabkan itulah ia tidak hiraukan sama ada isterinya dapat melahirkan
anak atau sebaliknya tetapi mengasihi Azmil setelah lama di bawah jagaan mereka
suami-isteri. Sikapnya ego dan tetap dan teguh dengan pendiriannya di samping tidak
mendengar nasihat.
Sifat perjuangannya / prinsipnya ialah memperjuangkan kebebasan dan cintakan tanah air
ketika zaman pemberontakan. Prinsip tersebut telah menyebabkannya meringkuk dalam
penjara (hukumannya dipenjara selama 20 tahun). Ia suka mencipta sajak yang berbau
politik dan menyebarkan risalah-risalah bersifat anti-kerajaan. Akhirnya, beliau berubah
pendirian dan prinsipnya hasil pujukan Siti Nur dan juga rasa simpatinya dan sayang
terhadap Azmil.

89

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 11
SEKOLAH MENENGAH BERAKAS

1. “Saudara lelakinya yang mana satu pulang bulan Disember ini?” tanyanya
sendirian.
Dia menekan lagi punat intercom. “Kamariah, tolong carikan line keluar dengan
nombor ini 32091.”
“Baik, man.” Kerani sulit tahu nombor itu adalah nombor telepon rumah
Doktor Siti Nur.
(muka surat 88)

(a) Siapakah ‘tuan’ yang dimaksudkan di atas? Jelaskan dengan ringkas perwatakannya.
(b) Jelaskan kenapa ‘tuan’ menyuruh Kamariah menghubungi Doktor Siti Nur?
(c) Siapakah ‘saudara lelakinya’ yang di maksudkan di atas?
(d) Apakah hubungan Siti Nur dengan ‘tuan’? Jelaskan bagaimanakah mereka berkenalan

dan apakah perasaan ‘tuan’ terhadap Siti Nur?

CONTOH JAWAPAN
1.

(a) ‘Tuan’ yang dimaksudkan di atas ialah Syukri. Syukri merupakan ketua operasi Cawangan
Khas, Pegawai Polis Kanan.

(b) ‘Tuan’ iaitu Syukri menyuruh Kamariah menghubungi Doktor Siti Nur disebabkan
persidangan yang diadakan oleh Syukri mengenai kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah
berkenan supaya komiti yang ditugaskan menelaah masalah pengampunan tahanan-
tahanan politik itu diadakan semula setelah dibubarkan untuk beberapa seketika. Komiti
ini akan dapat mempertimbangkan nasib orang-orang tahanan politik seperti Khalid [usu
Siti Nur] menjelang hari kemerdekaan. Pengampunan akan dapat diberikan kepada
mereka yang bersumpah memberikan taat setia kepada raja dan negara. Syukri pasti Siti
Nur akan gembira mendengar berita yang akan disampaikannya kerana dia tahu Siti Nur
sangat mengambil berat tentang Khalid dan Syukri pernah berjanji akan mengusahakan
komiti pengampunan bagi tahanan-tahanan politik.

(c) Saudara lelaki yang dimaksudkan di atas ialah Zul, adik kepada Siti Nur yang telah
pulang dari United Kingdom. Siti Nur telah pergi menjemputnya di lapangan terbang
antarabangsa Berakas.

(d) Hubungan Syukri dengan Siti Nur hanya sekadar kawan. Mereka berdua berkenalan
ketika di England pada enam tahun yang lalu. Syukri pada ketika itu mengikuti kursus
yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang Timbalan Penguasa Polis di Hendon.
Dia telah pergi ke Nottingham untuk melawat kawannya dan di sanalah dia bertemu
dengan Siti Nur. Perasaan Syukri terhadap Siti Nur ialah dia telah jatuh hati pandang
pertama terhadap Siti Nur kerana terpikat dengan kehalusan budi bicara Siti Nur dan dia

90

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

mengimpi-impikan Siti Nur sebagai calon isterinya. Dia pernah meminta izin kepada Siti
Nur untuk menghantar rombongan meminang Siti Nur tetapi Siti Nur membantahnya
secara lemah lembut bahawa dia tidak mempunyai hak untuk diberikan kepada sesiapa
lagi. Namun Syukri tidak akan berputus asa dan tetap menanti.

2. “Tengok adik-adik kau itu. Semua sudah selamat berumah tangga. Sudah
beranak -pinak. Tapi kau, anak ibu yang tua sekali kekasih pun belum ada,”

Sambung orang tua itu lagi. ”Betul kau belum ada kekasih lagi kan?” Tanya
orang tua itu ingin tahu.

(muka surat 89)

(a) Siapakah ‘kau’ yang dimaksudkan di atas?

(b) Apakah jawapan yang diberikan oleh ‘kau’ kepada ibunya?
(c) Apakah sebabnya ‘kau’ masih belum ada kekasih?

(d) Jelaskan perisitiwa yang berlaku sebelum konteks di atas dituturkan?
(e) Jelaskan perisitiwa yang berlaku selepas konteks di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:
2.

(a) ‘Kau’ adalah Syukri. Dia adalah anak yang paling sulung dan sudah berusia 38 tahun.
(b) Syukri tidak berminat untuk berkahwin kerana hatinya belum terbuka lagi. Dia hanya

berserah kepada jodoh sahaja.

(c) Syukri belum ada kekasih kerana cintanya atau lamarannya ditolak secara lemah lembut
oleh Siti Nur kerana Syukri tahu Siti Nur masih ada perasaan dengan Samuel. Syukri tidak
berputus asa kerana dia tahu satu hari nanti Siti Nur akan mengerti cintanya terhadap
Samuel hanya sia-sia dan akan menyedari dia juga setia kepadanya. Syukri juga
menunggu Siti Nur sehingga menerimanya.

(d) Peristiwa yang berlaku sebelum konteks di atas ialah Syukri, ketua operasi cawangan
khas telah berjaya menubuhkan komiti pengampunan pesalah politik. Dia gembira kerana
memenuhi hasrat Siti Nur yang dicintainya. Berita gembira itu ingin disampaikan kepada
Siti Nur, malangnya Siti Nur sedang bercuti dan sukar untuk dihubungi. Walaupun sudah
berumur 38 tahun dia tetap menunggu Siti Nur dan ingin memperisterikannya. Layanan
yang telah diberikan semasa berada di kota London itu menyebabkan Syukri terhutang
budi kepada Siti Nur. Baginya Siti Nur adalah wanita terbaik sepanjang hidupnya.

(e) Peristiwa yang berlaku selepas konteks di atas ialah Syukri terkenangkan peristiwa
perjumpaannya dengan Siti Nur di England 6 tahun yang lalu. Dia mengikuti satu kursus
yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang Timbalan Penguasa Polis di Hendon.
Dia telah pergi ke Nottingham untuk melawat temannya dan di situlah dia telah bertemu
dengan Siti Nur. Dia telah terpikat dan jatuh hati kepada Siti Nur kerana kehalusan budi
bicara Siti Nur. Kembali ke Brunei Syukri melamar Siti Nur tetapi ditolak dengan lemah
lembut oleh Siti Nur. Syukri tidak akan berputus asa dan akan tetap menanti.

91

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 1 BAHAGIAN 12
SEKOLAH MENENGAH BERAKAS

1. “Budak-budak sekarang ini bukan nak dengar cakap orang tua!”
“Zul tu bukan budak lagi, Mah. Umur dua puluh lima tahun itu sudah patut tahu

mengendalikan hidupnya sendiri. Tidak perlu ditunjuk ajar lagi.”
“Tapi anak awak yang seorang ni lain, bapanya. Bukan pandai nak berfikir

sendiri. Kalau tak silap, sama macam perangai awak masa muda-muda dulu.”
(muka surat 98)

(a) Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Mah’ dan bapanya dalam petikan di atas?
(b) Apakah peristiwa yang berlaku sehingga timbulnya konteks di atas?
(c) Jelaskan secara ringkas siapa Zul yang dibualkan di atas dan adakah Zul dapat

mengendalikan hidupnya sendiri?
(d) Apakah perangai bapanya ketika muda-muda yang menyerupai Zul?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) ‘Mah’ yang dimaksudkan ialah Fatimah, ibu kepada Zul dan bapanya ialah Marof, ayah
kepada Zul.

(b) Peristiwa yang berlaku sehingga timbulnya konteks di atas ialah Zul telah menyimpan
rambut panjang dan memakai anting-anting yang membuatkan Fatimah bising pada hari
itu namun Zul cuma ketawa dan berjanji akan menanggalkan anting-antingnya di hari
persandingannya. Fatimah juga naik radang dengan sikap Marof yang tidak menegur
akan keadaan anaknya yang tidak senonoh itu.

(c) Zul ialah anak kepada Fatimah dan Marof dan adik kepada Siti Nur. Zul menuntut di
United Kingdom tetapi Zul tidak dapat mengendalikan hidupnya sendiri kerana dia mudah
terpengaruh, contohnya dia telah terikut-ikut sikap kawannya ketika menuntut di United
Kingdom. Dia memakai anting-anting dan menyimpan rambut panjang yang dianggapnya
fesyen. Selain itu Zul juga telah melakukan hubungan luar nikah dengan Marina dan tidak
mahu bertanggungjawab dengan alasan tidak mempunyai wang. Semua perbelanjaan
seperti tiket kepulangannya dan belanja pernikahan ditanggung oleh kakaknya, Siti Nur.

(d) Ketika muda-muda, bapanya iaitu Marof kurang bertanggungjawab dan tidak berfikir.
Contohnya, ia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan sering bertukar kerja. Kadang-
kadang Marof tidak mempunyai pekerjaan langsung sehingga menyebabkan anaknya Siti
Nur dan isterinya Fatimah hidup dalam kemiskinan dan terpaksa berusaha sendiri untuk
menampung perbelanjaan hidup. Mereka sekeluarga pernah makan nasi dengan
berkuahkan air garam. Pernah sekali, Marof didapati bermain terup di belakang kedai
Cina. Perangai inilah menyerupai Zul yang juga tidak bertanggungjawab terhadap
perbuatannya dan tidak berfikir dengan baik.

92

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

2. “Lain kali kalau tidak ada orang nak buat kerja, kahwin yang ringkas saja, ma.
Panggil saudara-mara yang dekat dan jiran-jiran sebelah rumah. Tidak payah dirikan
kem, tak payah masak berkawah-kawah. Kan dalam agama yang penting adalah
nikah.”
(muka surat 99)
(a) Siapakah yang berkata dan ditujukan kepada siapa?
(b) Apakah puncanya kata-kata di atas dituturkan?
(c) Mengapakah upacara kahwin dalam konteks di atas tidak dibuat secara ringkas?
(d) Di manakah kata-kata di atas dituturkan?
(e) Jelaskan peristiwa yang berlaku selepas konteks di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN
2.

(a) Zul yang berkata-kata dalam konteks ini, dan kata-kata tersebut ditujukan kepada
kakaknya iaitu Siti Nur. Zul merupakan anak kedua bagi Marof dan Fatimah. Siti Nur pula
anak sulung dan bekerja sebagai doktor.

(b) Punca percakapan di atas dituturkan ialah mengenai majlis bergotong-royong semasa
perkahwinan. Pada ketika itu, Fatimah teringat bahawa ramai saudara yang akan
bertandang ke rumah sebelum majlis perkahwinan berlangsung pada zamannya. Kalau
ada acara bergotong-royong daripada pihak saudara-mara terasa seolah-olah satu
kehilangan, tetapi Zul tidak mahu majlis perkahwinannya dibuat dengan sebegitu rupa.
Dia hanya mahu secara ringkas iaitu nikah saja mengikut pandangan dan tuntutan ugama.

(c) Perkahwinan tidak dibuat dengan ringkas kerana mereka hidup bermasyarakat, serta ia
merupakan pertama kali Fatimah dan Marof mengahwinkan anaknya. Selain itu, ia
diadakan kerana permintaan ibu bapa Marina yang mahu majlis perkahwinan diadakan
mengikut adat, tambahan pula Marina merupakan anak perempuan serta anak tunggal di
dalam keluarga mereka.

(d) Kata-kata ini dituturkan di rumah kediaman Fatimah dan Marof iaitu di Seria.
(e) Selepas konteks di atas dituturkan Siti Nur sempat menyiapkan sepasang pakaian teluk

belanga untuk Sam kerana Sam akan mengadakan majlis pengislamannya di rumah
Marof ketika majlis berbedak Zul diadakan. Sebelum majlis berdikir, Sam telah
melafazkan dua kalimah syahadat dan menukarkan namanya menjadi Muhammad Faisal
bin Abdullah. Nyonya Peter turut hadir menyaksikan majlis pengislaman Sam. Selesai
sembahyang Jumaat, majlis bersanding antara Zul dan Marina telah dilangsungkan
dengan sempurna.

93

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 2 BAHAGIAN 1
SEKOLAH MENENGAH PAP HAJAH MASNA

1. “Untuk apa!!! Untuk apa!!!” Perkataan ini mendenging di telinganya. Begitu nyaring.
Berserabut dalam benaknya. Tapi dia masih terdengar suara yang nyaring itu berkata “Untuk
apa?!!!
(muka surat 114)
(a) Siapakah yang berkata dalam konteks di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Apakah yang dimaksudkan “untuk apa!!!” dalam petikan itu?
(c) Jelaskan peristiwa yang berlaku sehingga konteks di atas dituturkan?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Dalam konteks di atas Siti Nur yang berkata “untuk apa!!!” yang tertulis dalam surat dan
ditujukan kepada Usu Khalid yang ditahan di penjara Jerudong sebagai tahanan politik.
Siti Nur adalah anak saudara Usu Khalid dan anak Marof dan Fatimah. Manakala, Usu
Khalid adalah suami Faridah dan mereka ini memiliki seorang anak angkat yang
menderita penyakit jantung berlubang yang bernama Azmil. Siti Nur telah mengirim surat
melalui Faridah untuk diberikan kepada Usu Khalid yang berada di penjara bertujuan
untuk menginsafkan bapa saudaranya itu.

(b) “Untuk apa!!!” dalam petikan di atas bermaksud dalam surat yang ditulis Siti Nur itu Siti
Nur mempertikaikan perjuangan Usu Khalid. Bapa saudaranya itu rela berada di penjara
daripada bersama isterinya (Faridah) dan anak angkatnya (Azmil). Usu Khalid rela
mengabdikan diri pada cita-cita politik yang merugikan dirinya sendiri kerana perjuangan
yang selama ini dianggap hebat adalah sia-sia belaka. Usu Khalid telah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai suami dan sekali gus ayah kerana dia telah membiarkan
kehidupan Faridah merana dan Azmil sendiri mengharapkan kasih sayang daripada
seorang ayah.

(c) Siti Nur menulis surat untuk Usu Khalid yang berada sebagai tahanan politik di penjara
Jerudong. Biasanya surat yang dikirim oleh Siti Nur yang dibawa Faridah apabila Faridah
melawat suaminya itu tidak dibaca oleh Usu Khalid dan terus saja dibuang ke dalam bakul
sampah. Tetapi kali ini ada suatu kelainan dalam jiwa Usu Khalid iaitu dia mengingat
wajah Siti Nur yang bersih dan ikhlas itu dan isterinya juga berpesan supaya dibaca surat
itu. Usu Khalid terpesona dengan kata-kata Siti Nur yang sopan dan berdiplomasi itu
sehingga dia tetap meneruskan membaca surat itu. Akhirnya Usu Khalid pun menginsafi
akan kesilapannya selama ini iaitu berada dalam tahanan selama enam tahun (Usu Khalid
dipenjara selama 20 tahun) semata-mata untuk perjuangan politik adalah bodoh dan sia-
sia.

2. Azmillah yang menjadi persoalan sekarang. Azmil memerlukan pengorbanan darinya.
Pengorbanan yang paling berat dirasakannya.
(muka surat 108)

94

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(a) Siapakah Azmil dan “nya” yang dimaksudkan dalam petikan di atas?
(b) Mengapakah Azmil menjadi persoalannya sekarang?
(c) Terangkan apakah yang berlaku sesudah konteks di atas?
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Azmil adalah anak angkat Usu Khalid dan Faridah yang menghidap penyakit jantung
berlubang dan “nya” pula adalah Usu Khalid iaitu ayah angkat Azmil yang dijatuhi hukuman
penjara selama 20 tahun sebagai tahanan politik. Usu Khalid berada di penjara Jerudong
sudah enam tahun.
(b) Azmil menjadi persoalan Usu Khalid kerana Usu Khalid berada dalam dilema sama ada
hendak menginsafi perjuangan politik yang diperjuangkannya selama ini atau tetap berdegil
memperjuangkan politiknya yang sia-sia itu. Sebenarnya Azmil menghidap penyakit jantung
berlubang dan perlu segera dibedah. Akan tetapi Azmil tidak mahu dibedah kerana dia mahu
ayahnya berada di sampingnya ketika pembedahan jantung itu dilaksanakan. Usu Khalid
berada di antara dua persimpangan sama ada membiarkan Azmil mati atau tetap
memperjuangkan cita-citanya itu.
(c) Usu Khalid menjadi serba salah sama ada hendak mengorbankan prinsip politiknya dan
menginsafi kesilapannya. Sekarang Azmil yang selalu berlegar dalam ruang fikirannya. Apa
Usu Khalid membiarkan Azmil terus sakit, menderita dan mati begitu saja tanpa ada usaha
untuk mengubatinya dan membiarkan Faridah terkatung-katung tanpa belaian kasih sayang
dari seorang suami atau bagaimana. Jelas terbayang dalam mindanya wajah Siti Nur yang
selalu mengirim surat supaya dia sedar dan insaf. Usu Khalid dapat merasakan bahawa surat
yang ditulis Siti Nur itu benar-benar ikhlas untuk dia kembali ke pangkal jalan.

95

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 2 BAHAGIAN 2
SEKOLAH MENENGAH PAP HAJAH MASNA

1. “Dia mahu kau memujuknyalah tu. Baguslah kalau hatinya sudah sejuk. Balik abahmu
karang kau boleh pakai kereta kita untuk menjemputnya.”
(muka surat 124)
(a) Siapakah yang berkata dalam konteks di atas dan ditujukan kepada siapa?
(b) Siapakah “dia” dan mengapakah “kau” perlu memujuk “dia”?
(c) Jelaskan apakah punca pertengkaran Zul dan Marina?

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Dalam konteks di atas Fatimah yang berkata dan ditujukan kepada anaknya iaitu Zul.
Fatimah adalah isteri Marof yang berusia 50 tahun dan seorang suri rumah tangga. Sudah
32 tahun Fatimah mendirikan rumah tangga bersama Marof dan mereka memperoleh
enam orang anak. Zul pula adalah anak kedua Fatimah dan Marof. Zul tidak seperti
kakaknya Siti Nur yang lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.

(b) Dalam petikan tersebut dia ialah Marina iaitu isteri Zul yang hamil di luar nikah akibat
perbuatan zina bersama Zul. Marina nekad menggugurkan kandungannya dan mahu
membunuh diri kerana Zul tidak bertanggungjawab. Mujur ada Siti Nur (kakak Zul) yang
membantu menguruskan pernikahan Zul dan Marina. Siti Nur juga membelikan tiket untuk
Zul yang berada di England supaya Zul dapat pulang ke Brunei. Sejak mendirikan rumah
tangga, Zul dan Marina asyik bergaduh. Pada suatu hari mereka bergaduh lagi dan kini
Marina merajuk dan pulang ke rumah orang tuanya. Sesudah pergaduhan mereka reda
Marina ada menelefon Zul supaya suaminya itu menjemput dia pulang.

(c) Punca pertengkaran Zul dan Marina adalah disebabkan Marina cemburu dengan gadis
kulit putih yang bernama Sandra. Marina mengoyak surat yang ditulis oleh Sandra itu dan
dari sini pergaduhan semakin hebat hingga terbawa-bawa pada perkara lain. Marina mula
mempertikaikan peranan Zul sebagai suami. Pada Marina Zul itu seorang suami yang
pemalas dan suka melepak dan tidak mahu berusaha untuk mencari pekerjaan. Marina
membalingkan buku ke arah muka Zul dan mujur Zul dapat mengelaknya. Zul seorang
lelaki yang panas baran dan tidak mahu mengalah. Marina menyuruh Zul menceraikannya
saja kerana tiada guna bersuamikan seorang lelaki yang tidak jujur seperti Zul. Bertikam
lidah di antara mereka itu sampai kemuncaknya dan terkeluar dari mulutnya perkataan
yang menyuruh Marina keluar dari rumah itu. Marina berasa sedih dan dia pun merajuk
pulang ke rumah orang tuanya.

2. “Zul, cuba kau bercakap dengan orang ini katanya Hannah...” Zul bingkas bangun
mengambil gagang telefon dari tangan ibunya.
(muka surat 125)

96

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

(a) Siapakah Zul dan siapakah ibu yang dimaksudkan dalam konteks di atas?
(b) Siapakah Hannah dan apakah yang terjadi kepada dirinya?
(c) Jelaskan peristiwa yang berlaku selepas konteks di atas dituturkan?
CONTOH JAWAPAN:
2.
(a) Dalam konteks di atas Zul adalah anak Marof dan Fatimah. Dia telah pun mendirikan

rumah tangga dengan Marina. Zul juga adalah adik Siti Nur.
Manakala, ibunya adalah Fatimah. Fatimah adalah seorang ibu yang penyayang terhadap
anak-anaknya dan dia juga mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab sebagai suri
rumah tangga dan sebagai seorang ibu.
(b) Hannah adalah anak bungsu Marof dan Fatimah yang berumur 16 tahun dan masih
bersekolah. Hannah tidak seperti kakaknya Siti Nur. Siti Nur adalah seorang anak yang
bertanggungjawab dan menghormati ibu bapa berlainan dengan Hannah yang merupakan
seorang anak manja, suka berfoya-foya dan tidak mahu mendengar nasihat orang tua.
Kejadian yang menimpa Hannah ialah Hannah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
(c) Fatimah tertanya-tanya pada dirinya apa yang berlaku pada diri Hannah itu. Selepas Zul
meletakkan gagang telefon itu dia pun memberitahu pada ibunya bahawa Hannah terlibat
dalam kemalangan jalan raya. Mendengar berita buruk itu Fatimah pun terduduk sambil
menangis. Fatimah berdoa supaya Hannah berada dalam keadaan yang selamat dan
menyuruh Zul menelefon Marof dan Siti Nur. Fatimah menyuruh Zul menelefon Marof
supaya cepat pulang kerana hendak ke rumah sakit melihat keadaan Hannah.

97

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 2 BAHAGIAN 3
SEKOLAH MENENGAH RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA, TUTONG

1. “Nasibnya memang baik.”
“Kalau belum ajal berpantang mati.”
“Itulah kuasa Tuhan.”
“Kalau aku, aku akan kenduri besar-besaran. Kan sama juga seperti mati hidup

semula.”
“Ya. Tanda bersyukur. Bayangkan kemalangan yang teruk begitu dan masih boleh

hidup tanpa kecacatan.”
(muka surat 134)

(a) Di manakah kata-kata ini dituturkan dan mengapakah hal tersebut menjadi perbualan
yang hangat?

(b) Jelaskan bagaimanakah kemalangan tersebut terjadi?
(c) Apakah peristiwa yang berlaku setelah kata-kata di atas dituturkan.
(d) Huraikan dengan ringkas perwatakan orang yang menerima nasib yang baik itu.

CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Kata-kata tersebut telah dituturkan di Rumah Sakit Kerajaan Bandar Seri Begawan dan
hal tersebut telah menjadi perbualan hangat kerana Hannah telah mengalami kemalangan
jalan raya yang teruk sehingga menyebabkan dia koma selama seminggu dan doktor
meramalkan dia kemungkinan mengalami kecacatan otak.

(b) Kemalangan tersebut terjadi ketika Hannah dan rakan-rakannya iaitu Rahimah, Junaidi,
Zainab, Sofiah, Rafeah dan Irwan dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah pesta di
Batu Satu Jalan Tutong. Keadaan kereta yang mereka tumpangi begitu sarat sekali dan
pada ketika itu Junaidi telah memandu kereta tersebut dengan laju dan terlibat dengan
kemalangan sewaktu sampai di satu selekoh. Pada ketika itu, sebuah kereta meluru
menuju ke hadapan kereta mereka. Junaidi secepat kilat cuba memusing steering kereta
ke kiri tapi kereta dari hadapan itu sudah menghentam mereka.

(c) Peristiwa yang berlaku setelah kata-kata di atas dituturkan itu ialah Doktor Douglas
mengatakan peristiwa tersebut merupakan satu keajaiban. Hal ini telah menguatkan
kepercayaan Doktor Faisal terhadap kekuasaan tuhan dan Siti Nur mengatakan hal itu
merupakan mukjizat Tuhan. Mereka berasa bersyukur kerana Hannah telah sedar dan
selamat. Hannah telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki tua yang berjubah putih
dan berjanggut panjang melalui satu jalan yang panjang. Hannah telah menyaksikan
beberapa hukuman yang diterima oleh mereka yang ingkar dengan perintah Tuhan di
dunia dan akhirnya lelaki itu mengatakan yang belum tiba masanya lagi untuk Hannah
meneruskan perjalanan tersebut. Hannah telah terjaga dan mendapati ibunya berada
sisinya dan dia telah membisikkan sesuatu kepadanya. Siti Nur dan Fatimah dapat
menangkap yang Hannah memanggil mama. Hal ini telah menggembirakan Siti Nur dan

98

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

Hannah. Hannah berasa insaf dan ingin meminta maaf pada ibunya atas segala
kesalahan yang telah dilakukannya selama ini.
(d) Watak orang yang menerima nasib yang baik itu ialah Hannah. Hannah merupakan anak
bongsu bagi pasangan Marof dan Fatimah. Dia adalah adik Siti Nur. Hannah berusia 16
tahun. Dia memiliki wajah yang cantik mukanya bujur sirih, matanya hitam bundar,
hidungnya mancung bibirnya kecil molek dan lehernya jinjang. Kulitnya halus dan putih
melepak dan bila terkena cahaya akan nampak kemerah-merahan. Dia mengatakan
dirinya lebih cantik dari kakaknya dan sejak kecil lagi dia telah menjadi tumpuan orang.
Hannah cerdas dalam pelajaran dan berbakat dalam seni suara, tarian, drama, syarahan
dan sukan. Dia telah menjadi pujaan pemuda-pemuda dan Wardi yang telah berjaya
memiliki hatinya. Hannah mempunyai masalah sosial . Dia hidup lebih senang dan
mewah dalam keluarga dan lebh manja berbanding Siti Nur dan adik-beradiknya yang
lain. Tetapi sikapnya yang baik ialah dia sentiasa menghormati ibu bapa, mengerjakan
sembahyang lima waktu dan berpuasa. Hannah telah mengalami kemalangan jalan raya
yang teruk dan menyebabkan dia koma selama seminggu. Ketika dia koma dia telah
bermimpi bertemu dengan seorang lelaki tua dan dia telah menyaksikan hukuman-
hukuman bagi dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Berkat doa ibu dan bapanya dia
telah pulih dari koma tersebut. Hannah telah insaf dan sedar akan kesalahan yang telah
dilakukannya. Hannah telah mengikuti keluarganya untuk mengerjakan Haji.

99

BANK SOALAN [SOALAN KONTEKS] BAGI BUKU-BUKU TEKS SASTERA
KOMITI SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU 2010/2011

BAB 2 BAHAGIAN 4
SEKOLAH MENENGAH RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA, TUTONG

1. “Mau aku beritahu keluargamu di Seria?”
“Apa kaufikir perlu?”
“Penjagaan di rumah sakit ini pun mungkin sudah cukup. Kau tak perlu khuatir. Kami

akan sediakan seorang jururawat tetap menjagamu. Tetapi aku kira ada kalanya di saat
seperti ini pasien akan memerlukan kehadiran kalaupun tak semua tetapi salah seorang
keluarganya yang dekat.”

(muka surat 139)
(a) Siapakah yang bertutur kata-kata di atas, kepada siapakah kata-kata itu ditujukan dan di

manakah kata-kata itu dituturkan?
(b) Jelaskan apakah yang menyebabkan orang yang dibawa bertutur itu perlu ditahan di

rumah sakit?
(c) Bagaimanakah reaksi orang yang dibawa bertutur itu setelah kata-kata itu dituturkan?
(d) Apakah maksud kata-kata ini ‘di saat seperti ini pasien akan memerlukan kehadiran

kalaupun tak semua tetapi salah seorang keluarganya yang dekat.”?
(e) Kenapakah ‘aku’ kelihatan begitu risau sekali dengan keadaan orang yang dibawa

bertutur itu.
CONTOH JAWAPAN:
1.

(a) Doktor Muhammad Faisal bin Abdullah yang menuturkan kata-kata di atas. Ia berbangsa
Tiong Hua dan merupakan seorang muallaf. Nama sebelum Islam ialah Samuel.
Merupakan doktor bedah yang bertugas di Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan.
Kata-kata itu ditujukan kepada Dr Siti Nur, iaitu seorang doktor kanak-kanak yang
bertugas di Klinik Pediatrik Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan. Merupakan anak
kepada Fatimah dan Marof.
Kata-kata itu dituturkan di wad kelas satu Kamar Satu Rumah Sakit Kerajaan Bandar Seri
Begawan.

(b) Dr Siti Nur telah mengalami sakit yang tajam dan menyucuk-nyucuk di bahagian bawah
perutnya di sebelah kanan. Tajamnya seperti ditikam dengan pisau hinggakan dia
terpaksa duduk untuk beberapa minit. Tetapi sakitnya itu hilang dan datang menyerang
kembali petang itu ketika dia berada di wad empat. Jururawat Dayang yang bertugas
pada petang itu melihat keadaan Siti Nur lalu dia merasa panik setelah melihat keringat
yang sedang mengalir di dahi Siti Nur dan bibirnya yang pucat. Jururawat Dayang telah
memberitahu kepada Doktor Faisal. Dr Faisal telah menyuruh jururawat menyediakan
sebuah katil buat Siti Nur di kamar VIP. Setelah menjalani pemeriksaan X-Ray ternyata Dr
Siti Nur telah menghidapi kanser ovari dan memerlukan pembedahan dengan segera. Dr
Siti Nur telah memilih Dr Faisal untuk melakukan pembedahan tersebut.

100


Click to View FlipBook Version