The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mainordin5000, 2021-08-10 11:33:17

pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free

Modul : Modul 3

Minggu : Minggu 3
Aktiviti : Kempen Keselamatan Jalan Raya
- Pengenalan Tanda-Tanda Jalan Raya
Objektif : i. Mengenal dan menamakan tanda-tanda jalan raya
ii. Menyatakan kegunaan tanda-tanda jalan raya

Bahan : i. Video penggunaan jalan raya
ii. Tanda-tanda jalan raya
iii. Risalah jalan raya
iv. Peta lakar jalan raya
v. Kertas mahjung
vi. Pen penanda
Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : Menonton video tentang penggunaan jalan raya


Langkah 2 : i. Memperkenalkan tanda-tanda jalan raya
ii. Melabelkan nama-nama tanda jalan raya
iii. Menyatakan kegunaan tanda-tanda jalan raya

Langkah 3 : i. Murid dibahagikan dalam kumpulan
ii. Membuat satu lakaran peta jalan raya
iii. Melukis tanda-tanda jalan raya di tempat yang sesuai di
peta berkenaan
iv. Membuat pembentangan secara kumpulan

Langkah 4 : i. Memilih dua tanda jalan raya
ii. Membuat simulasi atau lakonan penggunaan tanda jalan
raya tersebut

Penutup : i. Mengimbas kad imbasan tanda-tanda jalan raya
ii. Murid menjawab secara spontan nama tanda jalan raya
Syarat Pelaksanaan :


Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi





Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.










43

Modul : Modul 4

Minggu : Minggu 4
Aktiviti : Penggunaan Jalan Raya Berhemah
- Pejalan Kaki
Objektif : i. Menamakan kemudahan lalulintas pejalan kaki
ii. Menyenaraikan langkah-langkah melintas jalan raya
dengan selamat

Bahan : i. Gambar kemudahan lalu lintas pejalan kaki
ii. Kad manila
iii. Pen penanda, gam dan gunting

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Memperkenalkan kemudahan lalu lintas pejalan kaki
dengan menunjukkan video dan gambar
ii. Murid memadankan nama dengan gambar kemudahan
lalu lintas

Langkah 2 : i. Murid dibahagikan dalam kumpulan
ii. Membincangkan langkah-langkah menggunakan
kemudahan lalu lintas pejalan kaki seperti jejantas, lorong
pejalan kaki, lintasan belang, lintasan berisyarat dan
laluan pejalan kaki orang buta
iii. Membuat kad ayat langkah-langkah menggunakan
kemudahan lalu lintas pejalan kaki dengan selamat di atas
kad manila
iv. Murid membuat perbentangan


Langkah 3 : i. Berbincang bersama rakan sebaya untuk membuat
simulasi
ii. Membuat simulasi cara-cara menggunakan kemudahan
lalu lintas pejalan kaki


Langkah 4 : i. Permainan kecil dalam kumpulan
ii. Murid menyusun gambar dan namakan kemudahan lalu
lintas pejalan kaki dan tanda-tanda lalu lintas untuk
pejalan kaki





















44

Modul : Modul 4

Minggu : Minggu 4
Penutup : i. Murid menjawab kuiz spontan yang disediakan oleh rakan
ii. Murid mempamerkan hasil pembentangan di sudut
keselamatan jalan raya











Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi

Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.





































45

Modul : Modul 5

Minggu : Minggu 5
Aktiviti : Penggunaan Jalan Raya Berhemah
- Pejalan Kaki



Objektif : Menyenaraikan kemudahan lalu lintas pejalan kaki

Bahan : Lembaran kerja

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : Murid dibawa ke lokasi kemudahan lalu lintas pejalan kaki:
i. Jejantas
ii. Lorong pejalan kaki
iii. Lintasan berisyarat
iv. Lintasan belang
v. Laluan pejalan kaki orang buta
Langkah 2 : Murid diberi penerangan tentang langkah-langkah
menggunakan kemudahan lalu lintas pejalan kaki yang betul
dan selamat

Langkah 3 : i. Murid dibahagikan dalam kumpulan
ii. Membuat simulasi melintas jalan di tempat yang
disediakan kemudahan lalu lintas pejalan kaki
iii. Mengaplikasi langkah-langkah melintas jalan raya yang
telah dipelajari
iv. Membuat dokumentasi (ambil gambar)

Langkah 4 : i. Mengedarkan lembaran kerja
ii. Cara-cara melintas yang betul dan salah


Penutup : Menceritakan semula maklumat apa yang telah dipelajari
sepanjang berada di lokasi kemudahan lalu lintas untuk

pejalan kaki dan langkah-langkah melintas jalan raya yang
betul


Syarat Pelaksanaan :
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.







46

Modul : Modul 6

Minggu : Minggu 6
Aktiviti : Kempen Keselamatan Jalan Raya Pengguna
- Pengguna Basikal



Objektif : i. Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan semasa
menunggang basikal
ii. Menunggang basikal dengan betul di laluan basikal atau
laluan pejalan kaki

: i. Video
Bahan ii. Gambar
iii. Basikal
iv. Alat keselamatan (topi keledar, pad lutut, jaket pemantul
cahaya dan lain-lain)

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran.
Langkah 1 : i. Memperkenalkan basikal dan bahagian-bahagian basikal
ii. Menonton video tentang maklumat yang perlu dilakukan
sebelum menunggang basikal.

Langkah 2 : i. Murid dibahagikan kepada kumpulan
ii. Murid memeriksa keadaan basikal seperti lampu, reflector,
tekanan angin tayar, brek dan brek dalam keadaan baik dan
selamat.
iii. Murid menyatakan kegunaan kompenan di bahagian
basikal tersebut.

Langkah 3 : i. Guru menunjukkan alat keselamatan semasa menunggang
basikal.
ii. Memakai alat keselamatan semasa menunggang basikal
dengan betul.
iii. Murid menyatakan cara kegunaan alat keselamatan
semasa menunggang basikal tersebut.
iv. Murid menonton video tentang cara menunggang basikal
yang betul di lorong basikal atau lorong pejalan kaki serta
menunggang menghadap laluan trafik sekiranya
menggunakan lorong basikal.


Langkah 4 : i. Murid melakukan simulasi menunggang basikal dengan
cara yang betul di kawasan sekolah.

ii. Murid menunggang basikal di tempat lorong khas basikal
atau laluan pejalan kaki di luar kawasan sekolah.

: Perbincangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan cara
Penutup mengatasinya





47

Modul : Modul 6

Minggu : Minggu 6
Syarat Pelaksanaan : Memerlukan pengawasan guru dan khidmat bantuan polis

Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi



Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.















































48

Modul : Modul 7

Minggu : Minggu 7
Aktiviti : Penggunaan Pengangkutan Awam
- Peraturan Menaiki Bas Awam
Objektif : i. Menaiki bas mengikut peraturan ditetapkan
ii. Menjaga keselamatan sebelum, semasa dan selepas
menaiki bas
Bahan : i. Risalah peraturan menaiki bas
ii. Bas awam
iii. Perhentian bas
iv. Tali pinggang keledar
Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Murid dibekalkan dengan risalah tentang peraturan
menaiki bas.
ii. Guru memberi penerangan tentang peraturan menaiki
bas.

Langkah 2 : i. Murid dibahagikan dalam tiga kumpulan.
ii. Murid beratur dalam kumpulan menuju ke perhentian bas.

Langkah 3 : i. Murid menunggu di tempat yang telah disediakan di
perhentian bas.
ii. Murid menunggu pada jarak yang selamat iaitu di
belakang penghadang di hentian bas.
iii. Murid menunggu sehingga bas berhenti sepenuhnya
sebelum naik.

langkah 4 : i. Murid menaiki bas secara teratur dalam satu barisan
mengikut kumpulan.
ii. Murid menggunakan pintu yang betul iaitu pintu hadapan
semasa menaiki.
iii. Murid duduk dan memasang tali pinggang keledar (jika
ada).
iv. Apabila tiba ke destinasi, murid turun mengikut pintu yang
betul dalam keadaan beratur.
v. Murid melintas jalan selepas bas beredar dan diterangkan
bahaya sekiranya melintas di hadapan bas.

Penutup : Murid bercerita semula pengalaman mereka















49

Modul : Modul 7

Minggu : Minggu 7
Syarat Pelaksanaan : i. Keselamatan murid diberi keutamaan
ii. Bilangan guru pengiring mestilah mencukupi dengan
nisbah bilangan murid
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.












































50

Modul : Modul 8

Minggu : Minggu 8
Aktiviti : Pameran dan Ceramah

Objektif : i. Mengetahui undang-undang dan peraturan jalan raya
yang sedang berkuat kuasa.
ii. Memahami peranan/ tanggungjawab agensi.
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan jalan
raya.
iii. Mengetahui hak-hak pengguna jalan raya.

Bahan : Bahan pameran dari Jabatan Polis Diraja Malaysia

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : Persiapan bahan pameran dari Jabatan Polis Diraja Malaysia

Langkah 2 : Ceramah:
i. Peranan dan tanggungjawab jabatan polis.
ii. Undang-undang dan peraturan jalan raya.
iii. Kesalahan dan denda yang dikenakan kepada pesalah
lalu lintas jalan raya.

Langkah 3 : Melawat tapak pameran

Langkah 4 : Sesi soal jawab

Penutup : Majlis penutupan


Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi



Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing

















51

Modul : Modul 9

Minggu : Minggu 9

Aktiviti : Khidmat Masyarakat
- Gotong Royong
Objektif : i. Mengenalpasti kawasan tempat letak kenderaan
ii. Mengecat garisan tempat letak kenderaan
iii. Menghias tempat letak kenderaan

: i. Sarung tangan
Bahan ii. Berus cat
iii. Cat putih
iv. Sellotape
v. Hadiah

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : Penerangan tentang kepentingan tempat letak kenderaan di
kawasan sekolah

Langkah 2 : i. Menerangkan tugasan mengecat kawasan tempat letak
kenderaan.
ii. Menerangkan pembahagian tugasan mengecat kawasan
tempat letak kenderaan.
iii. Membahagikan bahan-bahan gotong royong.

Langkah 3 : i. Murid membuat lakaran pada lot tempat letak kenderaan.
ii. Mengecat dan melukis tanda tempat letak kenderaan di
petak tempat letak kenderaan yang sesuai.

Langkah 4 : Mengumpul dan menyimpan semua peralatan yang
digunakan.

Penutup : i. Memilih kawasan parking tercantik.
ii. Pemberian hadiah kepada kumpulan yang memenangi
kawasan tempat letak kenderaan terbaik.
Syarat Pelaksanaan : Boleh melibatkan semua warga sekolah, ibu bapa atau
komuniti setempat.
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.







52

Modul : Modul 10

Minggu : Minggu 10
Aktiviti : Pertandingan Kelab Keselamatan Jalan Raya
- Buku skrap
- Kuiz


Objektif : i. Membuat buku skrap
ii. Menyenaraikan dan mengumpul maklumat
: i. Buku skrap
Bahan ii. Tayangan slaid
iii. Papan putih kecil dan pen penanda
Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran.
Langkah 1 : i. Menunjukkan contoh model buku skrap yang telah siap.
ii. Menggunting dan mengumpul keratan akhbar/ bahan
cetak yang berkaitan.


Langkah 2 : i. Membentuk kumpulan kerja.
ii. Perbincangan dalam kumpulan.
iii. Membina buku skrap secara kumpulan.
iv. Pembentangan hasil kerja buku skrap.

Langkah 3 : i. Penerangan syarat dan peraturan kuiz.
ii. Kuiz secara soal jawab berdasarkan tayangan slaid
(soalan kuiz).

Langkah 4 : i. Kuiz secara bertulis.
ii. Kertas soalan kuiz diedarkan kepada murid.

Penutup : i. Pertunjukan hasil kerja buku skrap ahli.
ii. Penyampaian hadiah kepada pemenang yang
menghasilkan buku skrap tercantik dan pemenang kuiz.

Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi



Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.












53

Modul : Modul 11

Minggu : Minggu 11
Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Polis Trafik

Objektif : i. Murid dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab
seorang polis trafik.
ii. Murid dapat mengenal pasti langkah keselamatan
semasa polis trafik menjalankan tugasan meronda di jalan
raya.
: i. Balai polis trafik
Bahan ii. Buku catatan

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : Guru memberi penerangan tugasan dan peraturan-peraturan
yang perlu diambil oleh murid sebelum memulakan lawatan
sambil belajar ke balai polis trafik.
Langkah 2 : i. Mendengar taklimat dari pegawai polis trafik tentang
pengguna dan keselamatan semasa berada di jalan raya.
ii. Menonton tayangan tragedi kemalangan jalan raya.


Langkah 3 : i. Mencatat maklumat tentang peranan seorang anggota
polis trafik.
ii. Mencatat langkah-langkah keselamatan semasa berada
di jalan raya yang dicadangkan oleh jabatan polis trafik.
iii. Melawat tempat-tempat/bilik yang menempatkan aset
polis trafik, kaunter bayaran saman jalan raya dan
sebagainya.

Langkah 4 : i. Perbincangan dalam kumpulan tentang hasil lawatan
tersebut.
ii. Membuat laporan ringkas tentang pengalaman dari
lawatan sambil belajar.

Penutup : i. Majlis ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
yang terlibat.
ii. Sesi bergambar dan bertukar cenderahati.


Syarat Pelaksanaan : Sangat memerlukan pengawasan guru.

Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi


Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.







54

Modul : Modul 12

Minggu : Minggu 12
Aktiviti : Projek Khas
- Pertandingan Kempen Keselamatan Jalan Raya
Objektif : i. Meningkatkan pengetahuan dan tahap kefahaman tentang
keselamatan jalan raya secara amali/pertandingan.
ii. Memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya dan
menyemai nilai hormat-menghormati
iii. Mengamalkan budaya selamat dan berhemah melalui
program kesedaran keselamatan jalan raya.
: i. Video Keselamatan Jalan Raya
Bahan ii. Laptop/ LCD/ skrin
iii. Tempat terbuka atau dewan (untuk dijadikan litar yang
lengkap dengan tanda-tanda jalan raya)
iv. Hadiah

Masa : 3 jam
Medium Komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : Penerangan syarat pertandingan melalui tontonan video tentang
keselamatan jalan raya yang mengandungi peraturan-peraturan
pengguna dan keselamatan jalan raya.

Langkah 2 : i. Murid menyatakan semula kesalahan-kesalahan yang
dilakukan di dalam video tadi.
ii. Murid menyatakan peraturan-peraturan keselamatan jalan
raya dan kegunaan tanda-tanda jalan raya.

Langkah 3 : i. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
yang berperanan sebagai pejalan kaki, berbasikal atau
berkereta.
ii. Pertandingan lalu lintas dijalankan mengikut tempoh masa
yang ditetapkan.
iii. Kumpulan akan dilepaskan mengikut giliran masing-masing.
Lankang 4 : Guru menerangkan kesalahan-kesalahan yang murid lakukan
dalam pertandingan tersebut dan peraturan-peraturan jalan raya
yang perlu dipatuhi.
Penutup : Majlis penyampaian hadiah.

Syarat Pelaksanaan : Dalam bentuk pertandingan lalu lintas berkumpulan.
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi


Catatan:Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran
aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta
bimbingan daripada guru pembimbing.








55

BAHAGIAN 3










BADAN BERUNIFORM





PENGAKAP


PENDIDIKAN KHAS






























56

Modul Pengakap Pendidikan Khas


Pengenalan



Murid Berkeperluan khas (MBK) digalakkan menyertai mana-mana pasukan unit
beruniform yang dianjurkan di sekolah masing-masing. Namun begitu, Unit beruniform

Pengakap menjadi keutamaan untuk disertai MBK kerana unit ini merupakan
pergerakan sedunia yang turut mengiktiraf golongan kelainan upaya (OKU). Ini dapat

dilihat melalui perkhemahan yang dianjurkan secara khusus untuk ahli-ahli pengakap
kelainan upaya yang dikenali sebagai ‘Agoonoree’. Dalam pada itu, ia secara langsung

membuka ruang dan peluang kepada MBK untuk mencapai tahap tertinggi dalam

penyertaan badan beruniform ini walaupun mengalami keupayaan intelektual yang
terhad.


Pergerakan Pengakap Malaysia (PPM) merupakan badan induk yang

bertanggungjawab dalam segala perihal berkaitan kepengakapan. Ini termasuklah skim
latihan yang telah disediakan bagi membolehkan ahli-ahli pengakap dalam segala

peringkat (unit) seperti Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Pengakap Muda (PM),

Pengakap Remaja (PR) dan lain-lain mengumpul dan memakai lencana berdasarkan
kejayaan mereka mengikuti kemahiran dan ujian dalam skim latihan tersebut. Dalam

pada itu, PPM telah menyelaras perlaksanaan skim latihan kepada setiap Ketua

Pesuruhjaya Pengakap Negeri bagi perlaksanaanya dengan penyeliaan oleh Pasukan
Latihan Pengakap Negara.


Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya Bahagian Pendidikan Khas

(BPKhas) telah berusaha membangunkan Modul Perjumpaan Mingguan Pengakap
khusus bagi memenuhi kehendak kumpulan pelaksana dan memenuhi aspirasi MBK

untuk mendapat sebaik-baik manfaat apabila menyertai pasukan badan beruniform

pengakap.


Modul Perjumpaan Mingguan Pengakap ini dibangunkan dengan mengambil kira ke
arah melahirkan MBK yang terdedah kepada ilmu dan kemahiran kepengakapan

sekaligus membolehkan MBK menjalani aktiviti berkhemah dan menyertai sebarang
peringkat agoonoree. Selain daripada itu, aktiviit ini dapat mendidik MBK ke arah







56

pengurusan kendiri dan menjalani kehidupan sebagai seorang yang berguna kepada

keluarga, rakan dan masyarakat.


Modul Perjumpaan Mingguan Pengakap ini dibina dengan mengambil kira keperluan

menyeluruh sebelum penglibatan kepada sesebuah perkhemahan yang di olah dari
skim latihan sedia ada. Ia dirangka secara kumulatif setiap pecahan ilmu dan kemahiran

kepada mingguan dalam tempoh setahun. Walau bagaimanapun, ia masih bersifat
fleksibel dan tidak semestinya terikat dengan aktiviti yang dicadangkan. Modul

Perjumpaan Mingguan Pengakap ini perlu mengambil kira kessesuaian tahap
intelektual dan tingkah laku termasuk kepelbagaian ketidakupayaan MBK.



Selari dengan skim latihan sedia ada, pemimpin juga boleh menganugerahkan lencana
dan sijil apabila penilaian di buat pada minggu-minggu tertentu yang melibatkan modul

kemahiran-kemahiran tersebut. Ini sekaligus memberi peluang kepada MBK untuk turut
sama memakai lencana seperti murid-murid lain.


Modul Perjumpaan Mingguan Pengakap dapat menjadi panduan kepada guru

pendidikan khas untuk menjayakan aktiviti pengakap setiap kali perjumpaan. Diharap

modul ini akan memberi impak yang lebih baik kepada pihak pelaksana iaitu guru-guru
pendidikan khas, guru arus perdana dan PPM. Dengan pelibatan semua pihak secara

berfokus, ia mampu menjayakan semua program yang dirancang dengan berkesan.




Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas
Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) ini telah diubah suai untuk membolehkan

ahli-ahli Pengakap PK mengikuti aktiviti-aktiviti kepengakapan dan dapat mengekalkan
minat dalam berpengakap. Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas dibahagikan

kepada tahap sekolah rendah dan sekolah menengah.















57

Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas sekolah rendah (Tahap 1)

Sekolah Rendah
a. Lencana Keahlian

b. Lencana Wajib

Dapatkan salah satu lencana
Ahli Renang
Penunggang Basikal

c. Lencana Keris Gangsa

Lencana Kegemaran
 Ahli Koleksi Hobi
 Ahli Kraftangan
 Peladang Kecil
 Pelukis Dapatkan dua lencana
 Pembaca Buku
 Penghibur




d. Lencana Keris Perak

Lencana Pengetahuan
 Ahli Olahraga
 Ahli Pasukan Permainan
 Ahli Sains
 Pencinta Alam Semulajadi
 Pembaca Peta
 Pemeliharaan Alam Sekitar Dapatkan dua lencana
 Pengembara

Lencana Perkhidmatan
 Pekerja Am
 Pengurus Rumah
 Penyelamat Nyawa
 Ahli Pertolongan Cemas

Lencana Keris Emas


TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK (BIRU)














58

Rajah 9 : Jenis-jenis lencana Pengakap Kanak-Kanak


Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas sekolah menengah rendah (Tahap 2)

Sekolah Menengah Rendah
a. Lencana Keahlian


b. Lencana Usaha


 Ahli Koleksi Hobi
 Ahli Muzik
 Ahli Pertahanan Diri
 Ahli Renang
 Ahli Sukan Dapatkan dua lencana
 Juru Masak Di Khemah
 Juru Perpustakaan
 Peladang Muda
 Pelukis
 Pengail
 Penunggang Basikal

c. Lencana Maju















59

Sekolah Menengah Rendah

Pengetahuan
 Ahli Berkhemah (Wajib)
 Ahli Elektronik
 Ahli Ilmu Perintis
 Ahli Komputer
 Ahli Mekanik
 Ahli Penukang Dapatkan tiga lencana
 Ahli Perahu Dayung
 Ahli Perhubungan
 Ahli Perhutanan
 Pelihat
 Pengembara
 Tukang Masak

Perkhidmatan
 Ahli Pertolongan Cemas (Wajib)
 Ahli Anti-Dadah
 Ahli Komuniti
 Jurubahasa
 Kuatermaster Dapatkan tiga lencana
 Pemadam Api
 Pemandu
 Pemelihara
 Pengawal Perkhemahan
 Penyelamat Nyawa
 Setiausaha
d. Lencana Jaya

TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP MUDA
ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA NEGERI (HIJAU)























60

Rajah 10 : Jenis-jenis lencana Pengakap Muda

































61

Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas Sekolah Menengah Atas (Tahap 3)
Sekolah Menengah Atas


Lencana Tertinggi Dari Sekolah Menengah Atas

Jaya diri

Kemahiran
Meneruskan Latihan ke Tahap 3 Selepas Lulus
Kegiatan
Semua Ujian di Tahap 2
Ekspedisi

Perkhidmatan

TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP REMAJA

(ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA NEGARA) (KUNING)













































Rajah 11 : Jenis-jenis lencana Pengakap Remaja











62

MODUL PENGAKAP PENDIDIDKAN KHAS BERDASARKAN MINGGU
PERJUMPAAN ( MINGGU 1 HINGGA 12 )


Modul : Modul 1

Minggu : Minggu 1

Aktviti : Mesyuarat Agung

Objektif : i. Membentuk jawatankuasa pengakap bagi tempoh
setahun
ii. Membentuk patrol/ sekawan
iii. Menyelaraskan perancangan tahunan
iv. Menerangkan keperluan dan persediaan umum setiap
kali perjumpaan
v. Membuat simpulan buku sila
vi. Mengenal asas kawad kaki

Bahan : i. Rajah simpulan buku sila
ii. Rajah asas kawad kaki
iii. Tali
iv. Salinan lirik
v. Buku log
Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara ringkas
pengisian aktiviti perjumpaan
iii. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa
iv. menjalankan aktiviti

Langkah 2 : i. Nyanyian lagu ‘Saya Pilih Pengakap’
ii. Menampal lirik lagu dalam buku log

Langkah 3 : i. Pencalonan AJK Unit:
- Pengerusi
- Naib pengerusi
- Setiausaha
- Bendahari
ii. Pembahagian patrol/ sekawan
iii. Pemilihan Jawatankuasa Kumpulan
- Ketua kumpulan
- Ketua patrol/ sekawan
- Penolong ketua patrol
- Quarter master
iv. Menulis senarai pemilihan yang dijalankan di dalam
buku log
v. Mengisi borang pendaftaran keahlian tahunan
vi. Membuat bayaran pendaftaran







63

Modul : Modul 1

Minggu : Minggu 1


Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat simpulan ‘buku sila’
- Menampal rajah ikatan di dalam buku log

Langkah 5 : i. Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Keluar baris
ii. Menampal rajah asas kawad kaki di dalam buku log

Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan

Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.













































64

Modul : Modul 2

Minggu : Minggu 2

Aktviti : Pengenalan asas pengakap

Objektif : i. Mengenal dan mengetahui lambang pengakap dunia
dan Malaysia
ii. Mengetahui maksud lambang pengakap dunia dan
Malaysia
iii. Mengamalkan isyarat pengakap
iv. Mengetahui cogan kata setiap unit Pengakap
Malaysia
v. Membuat simpulan ‘bunga geti’
vi. Mengenal asas kawad kaki

Bahan : i. Rajah lambang pengakap dunia
ii. Rajah lambang pengakap Malaysia
iii. Rajah simpulan ‘bunga geti’
iv. Tali
v. Salinan lirik
vi. Buku log

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara
ringkas pengisian aktiviti perjumpaan

Langkah 2 : i. Nyanyian lagu ‘Keluh Kesah’
ii. Menampal lirik lagu dalam buku log
Langkah 3 : i. Mengenal lambang pengakap dunia dan Malaysia
ii. Mewarna dan menampal lambang pengakap dunia
dan Malaysia di dalam buku log
iii. Memadankan maksud lambang pengakap dunia dan
Malaysia
iv. Mengetahui dan mengamal ‘Hormat Pengakap’
v. Menulis cogan kata setiap unit Pengakap Malaysia

Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat simpulan ‘bunga geti’
- Menampal rajah ikatan di dalam buku log

Langkah 5 : Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Keluar baris

Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan






65

Modul : Modul 2

Minggu : Minggu 2

Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.














































66

Modul : Modul 3
Minggu : Minggu 3
Aktviti : Pengenalan asas pengakap

Objektif : i. Mengenal dan mengetahui bendera Malaysia dan
negeri sendiri
ii. Mengetahui maksud bendera Malaysia dan negeri
sendiri
iii. Mengamalkan rukun negara
iv. Membuat simpul ‘manuk’ dan ‘lilit balak’
v. Mengenal asas kawad kaki

Bahan : i. Rajah bendera Malaysia
ii. Rajah negeri sendiri
iii. Rajah simpul ‘manuk’ dan ‘lilit balak’
iv. Rajah asas kawad kaki
v. Tali
vi. Buku log
vii. Kit permainan Kim’s
Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara
ringkas pengisian aktiviti perjumpaan

Langkah 2 : i. Permainan Kim’s (deria sentuh)
ii. Pertandingan mengikut patrol/ sekawan
Langkah 3 : i. Mengenal bendera Malaysia dan negeri sendiri
ii. Mewarna dan menampal bendera Malaysia dan
negeri sendiri di dalam buku log
iii. Memadankan maksud dalam bendera Malaysia dan
negeri sendiri
iv. Mengetahui dan mengamal rukun negara
v. Menulis rukun negara


Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat simpul ‘manuk’ dan ‘lilit balak’
- Menampal rajah ikatan di dalam buku log


Langkah 5 : i. Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Bergerak ke kanan
- Bergerak ke kiri
- Keluar baris
ii. Menampal rajah asas kawad kaki di dalam buku log


Penutup : i. Istiadat Laung Agung




67

Modul : Modul 3
Minggu : Minggu 3
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan
Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu

Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.




































































68

Modul : Modul 4

Minggu : Minggu 4

Aktviti : Asas kawad kaki

Objektif : i. Mengenal dan mengetahui persetiaan dan undang-
undang pengakap
ii. Mengetahui pemakaian lengkap uniform pengakap
iii. Membuat simpulan ‘tindih kasih’
iv. Mengenal asas kawad kaki

Bahan : i. Rajah uniform lengkap
ii. Rajah simpulan ‘tindih kasih’
iii. Tali
iv. Buku log
v. Salinan lirik

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara
ringkas pengisian aktiviti perjumpaan

Langkah 2 : i. Nyanyian lagu ‘Undang-Undang Pengakap’
ii. Menampal lagu di dalam buku log

Langkah 3 : i. Mengetahui dan mengamalkan Persetiaan Pengakap
ii. Menulis Persetiaan Pengakap di dalam buku log
iii. Mengetahui dan mengamal undang-undang
pengakap
iv. Menulis undang-undang pengakap di dalam buku log
v. Mengenal dan mewarna uniform lengkap ahli
pengakap
vi. Menampal uniform lengkap ahli pengakap di dalam
buku log


Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat simpulan ‘tindih kasih’
- Menampal rajah ikatan di dalam buku log

Langkah 5 : Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Bergerak ke kanan
- Bergerak ke kiri
- Keluar baris

Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan





69

Modul : Modul 4

Minggu : Minggu 4

Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu




Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.


































































70

Modul : Modul 5
Minggu : Minggu 5
Aktviti : Asas kawad kaki dan asas ikatan tali

Objektif : i. Mengenal dan mengetahui anatomi alatan tajam
ii. Mengetahui penggunaan alatan tajam
iii. Mengetahui asas bantu mula kecederaan akibat alatan
tajam
iv. Membuat ikatan ‘seraya’
v. Mengenal asas kawad kaki

Bahan : i. Rajah anatomi alatan tajam
ii. Rajah ikatan ‘tindih kasih’
iii. Tali
iv. Penampal luka
v. Buku log
vi. Salinan lirik

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara ringkas
pengisian aktiviti perjumpaan

Langkah 2 : i. Nyanyian lagu ‘Di Sini Senang’
ii. Menampal lagu di dalam buku log

Langkah 3 : i. Mengetahui pelbagai jenis alatan tajam
ii. Melabel anatomi kapak, parang dan pisau
iii. Mengetahui dan mengamal asas bantu mula untuk
kecederaan akibat alatan tajam
iv. Menulis urutan tindakan apabila berlaku kecederaan
v. Amali merawat luka kecil
vi. Menampal nota dan lembaran kerja di dalam buku log

Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat ikatan ‘seraya’
- Menampal rajah ikatan di dalam buku log

Langkah 5 : i. Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Bergerak ke kanan
- Bergerak ke kiri
- Menghadap ke hadapan
- Menghadap ke belakang
- Keluar baris
ii. Menampal rajah asas kawad kaki di dalam buku log

Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan




71

Modul : Modul 5
Minggu : Minggu 5
Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.








































































72

Modul : Modul 6
Minggu : Minggu 6
Aktviti : Asas kawad kaki, asas ikatan tali dan asas pertolongan
cemas
Objektif : i. Mengenal dan mengetahui jenis kecederaan patah
tulang
ii. Mengetahui penggunaan kain segitiga
iii. Mengetahui asas bantu mula kecederaan patah tulang
iv. Membuat ikatan ‘silang gunting’ dan ‘silang tungku’
v. Mengenal asas kawad kaki



Bahan : i. Rajah jenis kecederaan patah tulang
ii. Rajah ikatan’ silang gunting’ dan ‘silang tungku’
iii. Tali
iv. Kain segitiga
v. Kayu tuap
vi. Buku log

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara ringkas
pengisian aktiviti perjumpaan

Langkah 2 : i. Permainan ‘Pemburu dan Rusa’
ii. Pertandingan dalam kumpulan besar
Langkah 3 : i. Mengetahui pelbagai jenis kecederaan patah tulang
ii. Mengetahui dan mengamal asas bantu mula untuk
kecederaan patah tulang
iii. Menulis urutan tindakan apabila berlaku kecederaan
iv. Amali membuat balutan anduh dan balutan patah
v. Rawatan pendarahan hidung
vi. Menampal nota dan lembaran kerja di dalam buku log

Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat ikatan ‘silang gunting’ dan ‘silang tungku’
- Menampal rajah ikatan di dalam buku log

Langkah 5 : Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Bergerak ke kanan
- Bergerak ke kiri
- Menghadap ke hadapan
- Menghadap ke belakang
- Keluar baris









73

Modul : Modul 6
Minggu : Minggu 6
Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan
Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu

Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

































































74

Modul : Modul 7
Minggu : Minggu 7
Aktviti : Asas kawad kaki, asas ikatan tali dan asas berkhemah

Objektif : i. Mengenal dan mengetahui bahagian khemah
ii. Mengetahui aspek pemilihan tapak khemah
iii. Mendirikan dan menurunkan khemah
iv. Membuat ikatan lilit kacang/ ular
v. Mengenal asas kawad kaki

Bahan : i. Rajah bahagian khemah
ii. Rajah ikatan lilit kacang/ ular
iii. Tali
iv. Buluh/ kayu
v. Buku log
vi. Salinan lirik

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara
ringkas pengisian aktiviti perjumpaan

Langkah 2 : i. Nyanyian ‘Pek Pek Akela Panggil’
ii. Menampal lirik di dalam buku log


Langkah 3 : i. Mengetahui pelbagai aspek pemilihan tapak
perkhemahan
ii. Mengetahui dan mengamalkan cara memilih tapak
yang sesuai
iii. Mengenal bahagian dan alatan sebuah khemah
iv. Mendirikan khemah dengan kaedah yang betul
v. Menurunkan khemah
vi. Menampal nota dan lembaran kerja di dalam buku log


Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat ikatan ‘lilit kacang/ ular’
- Menampal rajah ikatan di dalam buku log

Langkah 5 : i. Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Bergerak ke kanan
- Bergerak ke kiri
- Menghadap ke hadapan
- Menghadap ke belakang
- Hentak kaki
- Keluar baris
ii. Menampal rajah asas kawad kaki statik







75

Modul : Modul 7
Minggu : Minggu 7
Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan

Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu



Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
































































76

Modul : Modul 8
Minggu : Minggu 8
Aktviti : Asas kawad kaki, asas berkhemah dan asas membina
tripod
Objektif : i. Mengenal dan mengetahui persediaan sebelum
berkhemah
ii. Mengetahui aspek pemilihan dan penyusunan
barang peribadi
iii. Membuat tripod
iv. Mengenal asas kawad kaki

Bahan : i. Rajah persediaan sebelum berkhemah
ii. Rajah tripod
iii. Tali
iv. Buluh/ kayu
v. Set keperluan untuk perkhemahan
vi. Buku log
vii. Salinan lirik


Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara
ringkas pengisian aktiviti perjumpaan

Langkah 2 : i. Nyanyian lagu ‘Mandolo’
ii. Menampal lirik di dalam buku log
Langkah 3 : i. Mengetahui pelbagai aspek perancangan
perkhemahan
ii. Mengetahui dan mengamalkan cara menyediakan
kelengkapan dan keperluan perkhemahan
iii. Mengamalkan cara menyusun barangan dalam beg
iv. Menampal nota dan lembaran kerja di dalam buku log

Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat tripod saiz sederhana
- Menampal rajah ikatan di dalam buku log

Langkah 5 : i. Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Bergerak ke kanan
- Bergerak ke kiri
- Menghadap ke hadapan
- Menghadap ke belakang
- Hentak kaki
- Buka baris
- Keluar baris
ii. Menampal rajah asas kawad kaki di dalam buku log

Penutup : i. Istiadat Laung Agung



77

Modul : Modul 8
Minggu : Minggu 8
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan
Syarat Pelaksanaan :
Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.





































































78

Modul : Modul 9
Minggu : Minggu 9
Aktviti : Kawad kaki, asas memasak dan asas membina gajet

Objektif : i. Mengenal dan mengetahui persediaan memasak
masakan ikhtiar hidup
ii. Mengetahui aspek penyediaan api dan kaedah
masakan
iii. Membuat gajet meja makan
iv. Mengenal asas kawad kaki
Bahan : i. Rajah masakan ikhtiar hidup
ii. Rajah gajet meja makan
iii. Tali
iv. Buluh/ kayu
v. Set keperluan masakan ikhtiar hidup
vi. Botol dan kapur
vii. Buku log
Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara ringkas
pengisian aktiviti perjumpaan
Langkah 2 : i. Permainan ‘Botol dan Kapur’
ii. Pertandingan mengikut patrol/sekawan

Langkah 3 : i. Mengetahui kaedah menghidupkan api
ii. Mengetahui dan mengamalkan cara menyediakan
masakan ikhtiar hidup:
- Roti lilit
- Kentang/ telur bakar
- Memasak nasi
iii. Mengamalkan langkah keselamatan
iv. Menampal nota dan lembaran kerja di dalam buku log

Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat gajet meja makan
- Menampal rajah gajet di dalam buku log
Langkah 5 : Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Bergerak ke kanan
- Bergerak ke kiri
- Menghadap ke hadapan
- Menghadap ke belakang
- Hentak kaki
- Buka baris
- Tutup baris
- Keluar baris




79

Modul : Modul 9
Minggu : Minggu 9
Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan
Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu



Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
































































80

Modul : Modul 10
Minggu : Minggu 10
Aktviti : Kawad kaki, asas memasak dan asas membina gajet

Objektif : i. Mengenal dan mengetahui persediaan memasak
masakan asas
ii. Mengetahui aspek memasak dan langkah
keselamatan
iii. Membuat gajet kecil
iv. Mengenal asas kawad kaki

Bahan : i. Rajah masakan perkhemahan
ii. Rajah gajet-gajet kecil
iii. Tali
iv. Buluh/ kayu
v. Set keperluan masakan perkhemahan
vi. Buku log
vii. Salinan lirik
Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara
ringkas pengisian aktiviti perjumpaan

Langkah 2 : i. Nyanyian lagu ‘Di Sini Kita Berkumpul’
ii. Menampal 81 salinan lirik

Langkah 3 : i. Mengetahui kaedah memasak dapur gas
ii. Mengetahui dan mengamalkan cara menyediakan
masakan perkhemahan
iii. Menyapu jem pada roti
iv. Menggoreng nasi/ ikan/ telur/ sardin/ sayur
v. Memasak nasi
vi. Mengamalkan langkah keselamatan
vii. Menampal nota dan lembaran kerja di dalam buku
log
Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Membuat gajet kecil dan mudah
- Menampal rajah gajet di dalam buku log

Langkah 5 : Asas kawad kaki:
- Rehatkan diri
- Senang diri
- Sedia
- Bergerak ke kanan
- Bergerak ke kiri
- Menghadap ke hadapan
- Menghadap ke belakang
- Hentak kaki
- Buka baris
- Tutup baris
- Ke kanan lurus



81

Modul : Modul 10
Minggu : Minggu 10
- Keluar baris
Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan
Syarat Pelaksanaan :
Latihan/ : i. Ansur maju
Pengukuhan/Intervensi ii. Bimbingan individu


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.


































































82

Modul : Modul 11

Minggu : Minggu 11

Aktviti : Perkhemahan
Objektif : i. Ulangkaji pembelajaran lepas
ii. Merancang dan membuat persediaan perkhemahan
iii. Agihan tugas dalam patrol
iv. Mengenal asas malam pengakap
v. Ulangkaji asas kawad kaki statik


Bahan : i. Rajah malam pengakap
ii. Buluh/ kayu
iii. Buku log
iv. Salinan lirik


Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara
ringkas pengisian aktiviti perjumpaan


Langkah 2 : i. Nyanyian lagu ‘Di Sini Senang’
ii. Menampal 83 salinan lirik

Langkah 3 : i. Mengetahui kaedah merancang persembahan
ii. Mengetahui dan mengamalkan persembahan
mudah:
- Asas tarian
- Nyanyian
- Pentomen
- Sketsa
iii. Amali ringkas
iv. Menampal nota dan lembaran kerja di dalam buku log
v. Perbincangan perancangan perkhemahan
Langkah 4 : Ikatan dan simpulan:
- Ulangkaji ikatan biasa dalam perkhemahan


Langkah 5 : Asas kawad kaki:
- Ulangkaji asas kawad kaki


Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan.









83

Modul : Modul 11

Minggu : Minggu 11

Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu



Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.





































































84

Modul : Modul 12
Minggu : Minggu 12
Aktviti : Post mortem Perkhemahan

Objektif : i. Post mortem perkhemahan
ii. Merancang dan membuat persediaan
penambahbaikan pada masa depan
Bahan : Laporan perkhemahan

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Istiadat mengibarkan bendera
ii. Pemimpin bertugas akan menerangkan secara
ringkas pengisian aktiviti perjumpaan
Langkah 2 : i. Nyanyian dan gerakan lagu ‘Laicikang’
ii. Menampal salinan lirik

Langkah 3 : i. Mengetahui kaedah merancang post morten selepas
sesuatu program
ii. Mengambil kira semua pendapat dan pandangan
dengan penambahbaikan
iii. Menampal nota di dalam buku log
iv. Perbincangan perancangan masa depan

Penutup : i. Istiadat Laung Agung
ii. Pemimpin bertugas merumuskan pengisian
perjumpaan yang telah dijalankan
iii. Jamuan akhir

Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : Bimbingan berkumpulan
Intervensi


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

























85

BAHAGIAN 4










SUKAN / PERMAINAN

-


MODUL OLAHRAGA

MODUL GOALBALL

MODUL BOLA JARING

MODUL BADMINTON

MODUL PETANQUE



MODUL BLIND FOOTBALL























86

Sukan Dan Permainan


Pendahuluan
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal selaras

dengan ungkapan “minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat”. Dalam konteks

ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang
sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan

sosial serta pembangunan ekonomi negara.


Modul sukan dan permainan ini mengandungi beberapa jenis sukan yang dipilih iaitu
olahraga, badminton, goalball, bola jaring, petanque dan blind football. Sukan ini

merupakan sukan yang mampu disertai oleh MBK dari peringkat sekolah hingga ke

peringkat antarabangsa. Melalui bidang sukan, bakat dan potensi minat MBK boleh
dicungkil dan digilap secara konsisten mengikut kemampuan dan keupayaan MBK.

Jenis-jenis sukan yang dipilih di dalam modul ini merupakan sukan yang dominan
untuk dimainkan oleh MBK masalah pembelajaran, kurang upaya pendengaran dan

kurang upaya penglihatan. Secara asasnya MBK akan bermain mengikut peraturan
yang sama seperti murid arus perdana, namun bagi MBK kurang upaya penglihatan

dan kurang upaya pendengaran memerlukan sedikit modifikasi dan bantuan

sokongan semasa permainan berlangsung.



Matlamat
Penyediaan modul sukan/ permainan ini adalah untuk membangunkan modal insan

melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan MBK bagi kegiatan sukan
sepanjang tahun selaras dengan Dasar 1M1S untuk memupuk budaya bersukan.

Dalam jangka masa panjang, MBK dapat mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan
berdaya saing tinggi melalui aktiviti sukan.











Objektif

86

Objektif modul sukan dan permainan adalah seperti berikut:

 Menjadi panduan dan rujukan kepada jurulatih sukan dan permainan
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum;

 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;

 Memupuk perpaduan di antara kaum;
 Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani;

 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan

fizikal; dan
 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.




































Modul Olahraga


87

Pengenalan
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa

acara berlainan yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat
dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali

berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Olahraga telah
bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan

kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa) dalam tahun 1912.

Sejak itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan dikembangkan.


Nama “olahraga” berasal daripada perkataan Greek “athlos” yang bermaksud

"bertanding". Tarikan yang ada pada acara sukan ini juga telah melahirkan istilah
olahraga (athletics) yang merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.




Acara-Acara Olahraga

 Larian

BIL. KEMAHIRAN ACARA ACARA OLAHRAGA
PENDIDIKAN KHAS
OLAHRAGA
PERDANA

1. Jarak Dekat (Pecut) 100 meter 100 meter

200 meter 200 meter

400 meter 400 meter

2. Jarak Sederhana 800 meter 800 meter
1500 meter 1500 meter

3000 meter

3. Jarak Jauh 5000 meter -

10000 meter

4. Lari Berhalangan 3000 meter -

5. Lari Berganti-Ganti 4 x 100 meter 4 x 100 meter
4 x 400 meter 4 x 400 meter


6. Lari Berpagar 80 meter -
100 meter


88

BIL. KEMAHIRAN ACARA ACARA OLAHRAGA
PENDIDIKAN KHAS
OLAHRAGA
PERDANA

110 meter
200 meter

400 meter

7. Merentas Desa 8 km -
6 km



 Lompatan

BIL. ACARA ACARA OLAHRAGA
PENDIDIKAN KHAS

1. Lompat Jauh Lompat Jauh


2. Lompat Tinggi Lompat Tinggi

3. Lompat Kijang -

4. Lompat Bergalah -



 Balingan

BIL. ACARA ACARA OLAHRAGA
PENDIDIKAN KHAS

1. Lontar Peluru Lontar Peluru

2. Lempar Cakera Lempar Cakera


3. Rejam Lembing Rejam Lembing

4. Melempar Tukul Besi -








Keperluan Dan Peralatan

Kebanyakan trek adalah berbentuk bujur 400 meter dalam lilitan. "Trek tartan" moden

atau "trek mondo" yang lebih baharu diperbuat dengan satu permukaan diturap
89

dengan getah; trek lebih lama adalah diliputi sinder. Trek biasanya terdiri daripada 6-

10 buah lorong (sehingga 12 lorong di 'front' straight) dan kebanyakan termasuk satu
lorong halangan lumba kuda dengan lubang air pada satu daripada selekoh. Pit

halangan lumba kuda ini boleh ditempatkan sama ada di dalam atau luar trek, untuk
membuat satu selekoh lebih ketat atau selekoh lebih luas.



Segala acara padang boleh dipertandingkan di kawasan dekat. Bagaimanapun rejam
lembing, membaling tukul besi dan melempar cakera kadangkala diadakan pada

padang luar daripada stadium trek kerana mereka memerlukan ruang yang besar,
alat-alat itu boleh merosakkan kawasan dekat, dan alat tersebut mungkin

berkesudahan mendarat pada trek. Bagaimanapun sebahagian padang digunakan

khas untuk acara ini, dan untuk rejam lembing seorang atlet mungkin mempunyai run-
up lebih panjang dengan memulakannya pada sebelah landasan yang lain dan

melintas apabila tiada atlet melalui.

Gelangang acara olahraga dan acara balapan

 Trek olahraga



















Rajah 12 : Trek olahraga

 Kawasan lompat jauh






90


Click to View FlipBook Version