The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mainordin5000, 2021-08-10 11:33:17

pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free

 Kawasan lontar peluru





















Rajah 14 : Kawasan lontar peluru






 Kawasan lempar cakera




91

 Kawasan merejam lembing

















Rajah 16 : Kawasan merejam lembing












Kemahiran Asas - Memanaskan Badan

Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal yang
bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekaligus

mengelakkan daripada kecederaan. Memanaskan badan merangkumi aktiviti

kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya
92

membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Sebagai contoh, jika anda ingin berlari panaskan badan dengan larian yang perlahan
dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Ia berbeza

dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan
badan. Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan.




















Rajah 17 : Teknik memanaskan badan



Menyejukkan badan
Aktiviti menyejukkan badan bertujuan untuk mengembalikan fungsi fisiologi ke paras

normal secara progresif. Proses menyejukkan badan melibatkan dua fasa utama iaitu

regangan dan aktiviti berintensiti rendah. Aktiviti regangan semasa menyejukkan
badan dapat mengurangkan kelesuan otot dan juga meningkatkan fleksibiliti otot,

tendon dan ligamen. Hal ini kerana, suhu dalaman masih tinggi sebaik sahaja selesai
melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti menyejukkan badan juga membantu percepatkan

pengedaran darah ke jantung, serta mengembalikan darah yang telah dipamkan oleh
jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan selepas beraksi.











93

Acara Larian


Larian Dekat / Pecut
Larian dekat/ pecut terdiri daripada tiga fasa larian iaitu fasa permulaan, fasa larian
dan fasa penamat.


Fasa permulaan
Fasa permulaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana,

dan gaya panjang.

i. Memulakan larian tanpa blok permulaan:

 Gaya peluru

- berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.
- hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan.
- ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.





 Gaya sederhana

- berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.

- lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan.
- ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.


94

 Gaya panjang

- berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.

- lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan.
- ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.


ii. Memulakan larian dengan blok permulaan:
 Gaya peluru

- blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan.
- blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

 Gaya sederhana
- letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan.

- blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
 Gaya panjang

- blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan.

- blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.


Fasa larian
i. Pecutan

- Selepas arahan ‘pelepas ke garisan’ diberi, pelari mengambil tempat di

blok permulaan.
- Tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka

dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan
di belakang garisan mula.

- Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari ‘torso’. Mata

memandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan
‘sedia’ diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke

hadapan.
- Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan

dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki.
- Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan

pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang

dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 90 darjah.


95

- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap

rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan
larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan

berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut
bertambah dalam fasa ini.



ii. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
- Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada

awal larian.
- 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kria-kira 18 meter.

- Apabila seseorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar

pecutannya ditentukan oleh tahap kecergasan fizikal atlet.


iii. Larian di selekoh
- Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari semakin kuat kuasa

‘centrifugal’.
- Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan

lariah selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa ‘centrifugal’.

- Tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.


Fasa penamat

i. Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya.
ii. Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat.

iii. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian adalah dengan

menonjolkan bahagian dada ke hadapan.




Lompat Jauh

Lompat jauh adalah suatu gerakan melompat ke depan atas dengan usaha agar
badan melayang di udara yang dilakukan dengan cepat dan dengan cara melakukan

tolakan satu kaki untuk memperoleh jarak sejauh-jauhnya.





96

Jarak lompatan diukur dari papan tolakan sampai ke jarak terdekat dari letak titik

pendaratan yang dihasilkan oleh bahagian tubuh. Terdapat empat teknik asas dalam
acara lompat jauh iaitu:

i. Tolakan
ii. Awalan

iii. Melayang di udara

iv. Pendaratan


Gaya Lompat Jauh

Gaya ini dilakukan ketika badan melayang di udara.











Rajah 19 : Gaya lompat jauh



Gaya Menggantung (Schnepper).












Rajah 20 : Gaya menggantung
Gaya Berjalan di Udara (Walking in the air).









97


Rajah 21 : Gaya berjalan di udara

Lompat Tinggi
Lompat tinggi merupakan acara yang memerlukan kemahiran melompat melepasi

palang dengan had tinggi yang tertentu. Lompat tinggi merupakan salah satu
daripada acara olahraga yang memerlukan kekuatan otot kaki dan otot perut serta

fizikal yang tinggi agar dapat mencapai sasaran ketinggian yang maksimum.


Fasa Lompat Tinggi

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan iaitu:
i. Penujuan – larian menghala ke palang

ii. Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
iii. Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas

palang.

iv. Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat
mendarat



Gaya Lompat Tinggi


Terdapat beberapa gaya lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling

barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
i. Gaya gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki
yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat

berada dalam keadaan duduk berlunjur.











98

Rajah 22 : Gaya gunting

ii. Gaya Timur

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa
melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan

pelompat melepasi palang secara mengiring.












Rajah 23 : Gaya timur


iii. Gaya Guling Barat

Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat
melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan

berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘berguling’ selari
dengan palang untuk membuat pelepasan.










Rajah 24 : Gaya guling barat
iv. Gaya Fosbury Flop

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury

Flop. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan
membelakangkan palang.






99

v. Gaya Pelana

Gaya ini hamper sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke
palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat

memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di
atas palang.













Rajah 26 : Gaya pelana

















Lontar Peluru
Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kemahiran melontar menggunakan
peluru mengikut berat yang ditetapkan. Lontaran itu akan dibuat di dalam gelanggang

yang khusus menggunakan sebelah tangan sahaja.


Teknik Lontar Peluru


100

Terdapat beberapa teknik lontar peluru antaranya adalah teknik berdiri, teknik

melunsur selankah dan teknik Perry O’Brein.


Teknik Berdiri

i. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30

cm;
ii. Tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan

tengkuk;

iii. Siku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar;
iv. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke

kanan;
v. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki

diluruskan dan peluru ditolak keluar;
vi. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakala tangan kiri

membantu mengimbang tangan.













Rajah 27 : Teknik berdiri







Teknik membelakangi kawasan lontaran

i. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran;

ii. Bengkokkan badan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang;
iii. Angkat kaki kiri sedikit;

iv. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan

lontaran;
101

v. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran;

vi. Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

















Rajah 28 : Teknik membelakangi kawasan lontaran



Teknik Pemindahan (O’Brien)

i. Peserta hendaklah berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki

kanan bersentuh dengan garisan belakang.
ii. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.

iii. Mulakan langkah dengan kaki kanan.
iv. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.

v. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat
yang boleh.

vi. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan

diimbangi dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi
dengan tangan kiri.











Rajah 29 : Teknik pemindahan O’Brien


102

Merejam lembing

Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua

dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di
dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu

acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan
mengikut kategori lelaki dan wanita. Matlamat acara ini ialah mendapatkan jarak

paling jauh berbanding dengan peserta lain yang mengambil bahagian, mengikut

peraturan yang ditetapkan. Pemenang acara ini ditentukan menerusi jarak balingan
terjatuh yang dicapai oleh seseorang peserta.


Teknik merejam lembing

Terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh perejam lembing. Satu dari atas dan
satu dari sisi bawah. Untuk mendpatkan satu rajaman yang baik dan sempurna selain

tenaga yang dipindahkan semasa larian dan momentum semasa rejaman dilakukan,

cara memgang (grip) juga perlu dititikberatkan dan diambil kira. Sekiranya pegangan
tidak kemas, lembing akan terlepas begitu sahaja dan rejaman tidak sejauh seperti

yang dikehendaki.













Rajah 30 : Teknik merejam lembing
MODUL SUKAN OLAHRAGA BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN

(MINGGU 1 HINGGAU 12)


Modul : Modul 1
Minggu : Minggu 1
Aktviti : Penggunaan dan Pentadbiran
- Mesyuarat Agung

Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu



103

Bahan : Minit mesyuarat yang lepas

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat
ii. Memperkenalkan guru penasihat
iii. Menjelaskan tentang peraturan sukan olahraga
iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa
menjalankan aktiviti

Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat
yang lepas
ii. Pengesahan minit mesyuarat
iii. Perkara berbangkit
Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu
ii. Membincangkan cadangan aktiviti sukan olahraga
sepanjang tahun

Penutup : Ucapan penutupan

Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci

Latihan/ Pengukuhan/ : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala
Intervensi




Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.






Modul : Modul 2

Minggu : Minggu 2

Aktiviti : Asas Acara Balapan dan Padang
Objektif : Mengenal dan mengetahui jenis sukan olahraga
- Acara balapan dan acara padang

Bahan : i. Buku kehadiran
ii. Buku log – catatan aktiviti




104

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan
ii. Mengagihkan murid dalam kumpulan untuk aktiviti
regangan

Langkah 2 : Memberi menerangan asas acara 100 meter dan 200 meter
(acara pecut)
Langkah 3 : i. Mengenal teknik acara 100 meter secara teori
ii. Mengenal teknik acara 200 meter secara teori

Langkah 4 : i. Menunjuk cara larian 100 meter
ii. Menunjuk cara larian 200 meter


Penutup : Membuat aktiviti menyejukkan badan (cooling down)

Syarat Pelaksanaan :

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Ansur maju
Intervensi ii. Bimbingan individu


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.










Modul : Modul 3

Minggu : Minggu 3
Aktviti : Balapan
- Acara Pecut
Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara 100 meter










105

Modul : Modul 3

Minggu : Minggu 3
Bahan : i. Kon
ii. Wisel
iii. jam randik
iv. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari
dan penutup mata
v. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan
putih

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara
berpasangan.
ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam
dua pusingan dan satu pusingan berjalan.

Langkah 2 : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(warming up).
ii. Guru membuat tunjuk cara aktiviti drilling seperti berlari
sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian
sambil sepak hadapan (front kick), dan larian sambil sepak
kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung
(back kick) pada jarak 10 – 15 meter.
Langkah 3 : i. Murid diminta melakukan larian pecut 10 meter sebanyak
tiga set, kemudian diberi rehat selama 10 minit.
ii. Murid diperkenalkan dengan trek 100 meter bagi acara
pecut jarak dekat.
iii. Murid diminta berlari sejauh 30 meter tanpa blok
permulaan dan dilepaskan dalam bilangan empat atau
berdasarkan kesesuaian murid.
iv. Larian dilakukan sebanyak empat set.

Langkah 4 : i. Murid diberikan rehat selama 5 minit bagi setiap set
sebelum langkah 6 diulangi untuk jarak 50 meter, 80 meter
dan seterusnya 100 meter.
ii. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(cooling down.)
Penutup : Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan kelemahan
yang dilakukan oleh murid.

Syarat Pelaksanaan : i. Murid perlu melakukan aktiviti regangan otot dengan betul
sebelum melakukan larian pecut.
ii. MBK kurang upaya penglihatan kategori B1 perlu
mempunyai pelari pemandu untuk melakukan semua
aktiviti.



106

Modul : Modul 3

Minggu : Minggu 3
Latihan/ Pengukuhan/ : Catatan dibuat untuk melihat keupayaan murid dan tindakan
Intervensi refleks berdasarkan arahan guru.



Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.


































































107

Modul : Modul 4

Minggu : Minggu 4
Aktviti : Balapan
- Acara Pecut
Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara 200 meter


Bahan : i. Kon
ii. Wisel
iii. Jam randik
iv. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan
penutup mata
v. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan
putih

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.

Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara
berpasangan.
ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam
dua pusingan dan satu pusingan berjalan.
Langkah 2 : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(warming up).
ii. Murid diminta melakukan aktiviti drilling seperti berlari
sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian
sambil sepak hadapan (front kick), larian sambil sepak
kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung
(back kick) dan movement lunges pada jarak 10 – 15
meter.

Langkah 3 i. Murid diminta melakukan larian pecut 15 meter sebanyak
tiga set, kemudian diberi rehat selama 10 minit.
ii. Murid diperkenalkan dengan trek 200 meter bagi acara
pecut jarak dekat.
Langkah 4 : i. Murid diminta berlari sejauh 80 meter tanpa blok
permulaan dan dilepaskan dalam bilangan empat atau
berdasarkan kesesuaian murid.
ii. Larian dilakukan sebanyak dua set.
iii. Murid diberikan rehat selama 10 minit bagi setiap set
sebelum langkah 6 diulangi untuk jarak 150 meter, 180
meter dan seterusnya 200 meter.
Penutup : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(cooling down).
ii. Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan
kelemahan yang dilakukan oleh murid.




108

Modul : Modul 4

Minggu : Minggu 4
Syarat Pelaksanaan : i. Murid perlu melakukan aktiviti regangan otot dengan betul
sebelum melakukan larian pecut.
ii. MBK Kurang Upaya Penglihatan kategori B1 perlu
mempunyai pelari pemandu untuk melakukan semua
aktiviti.

Latihan/ Pengukuhan/ : Catatan dibuat untuk melihat keupayaan murid dan tindakan
Intervensi refleks berdasarkan arahan guru.



Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
























































109

Modul : Modul 5

Minggu : Minggu 5
Aktviti : Balapan
- Acara pecut
Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara pecut jarak sederhana
(400 Meter dan 800 Meter)


Bahan : i. Kon
ii. Wisel
iii. Jam randik
iv. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan
penutup mata
v. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan
putih

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera

Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara
berpasangan.
ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam
dua pusingan dan satu pusingan berjalan.
iii. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru melakukan sesi regangan otot (warming
up.)

Langkah 2 : i. Murid diminta melakukan aktiviti drilling seperti berlari
sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian
sambil sepak hadapan (front kick), dan larian sambil sepak
kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung
(back kick), squat dan movement lunges sebanyak tiga set
atau berdasarkan keupayaan murid.
ii. Murid diperkenalkan dengan satu pusingan trek berjarak
400 meter dan 800 meter bagi acara pecut jarak
sederhana.
Langkah 3 : i. Murid diminta berlari sejauh 200 meter tanpa blok
permulaan dan dilepaskan dalam bilangan empat atau
berdasarkan kesesuaian murid.
ii. Larian dilakukan sebanyak dua set.
iii. Murid diberikan rehat selama 10 minit bagi setiap set
sebelum langkah 6 diulangi untuk jarak 300 meter dan
seterusnya 400 meter.

Penutup : Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap
guru untuk melakukan sesi regangan otot (cooling down)
Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan kelemahan
yang dilakukan oleh murid.






110

Modul : Modul 5

Minggu : Minggu 5
Syarat Pelaksanaan : i. Murid perlu melakukan aktiviti regangan otot dengan betul
sebelum melakukan larian pecut.
ii. MBK Kurang Upaya Penglihatan kategori B1 perlu
mempunyai pelari pemandu untuk melakukan semua
aktiviti.

Latihan/ Pengukuhan/ : Catatan dibuat untuk melihat keupayaan murid dan tindakan
Intervensi refleks berdasarkan arahan guru.



Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.























































111

Modul : Modul 6

Minggu : Minggu 6
Aktviti : Balapan
- Lari berganti-ganti
Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara lari berganti-ganti
4x100 meter dan 4x400 meter
Bahan : i. Kon
ii. Wisel
iii. Jam randik
iv. Baton
v. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan
penutup mata
vi. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan
putih

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.

Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara
berpasangan.
ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam
dua pusingan dan satu pusingan berjalan.
Langkah 2 : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan
menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot
(warming up).
ii. Murid diminta melakukan aktiviti drilling seperti berlari
sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian
sambil sepak hadapan (front kick), dan larian sambil sepak
kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung
(back kick), squat dan movement lunges sebanyak tiga set
atau berdasarkan keupayaan murid.

Langkah 3 : i. Murid ditunjukcara dan diterangkan acara lari berganti-
ganti 4x100 meter.
ii. Murid dibentuk kumpulan berempat dan disusun mengikut
tahap mereka.
Langkah 4 : i. Murid diminta menghantar baton kepada rakan dihadapan
dalam barisan tanpa bergerak.
ii. Orang terakhir akan meletakkan baton ke tanah selepas
menerima baton.
iii. Murid diminta menghantar baton kepada rakan dihadapan
dalam barisan secara larian perlahan.
iv. Orang terakhir akan meletakkan baton ke tanah selepas
menerima baton.
v. Proses berterusan untuk jarak 400 meter atau mengikut
kesesuaian murid.




112

Modul : Modul 6

Minggu : Minggu 6
Penutup : Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap
guru untuk melakukan sesi regangan otot (cooling down) dan
dilakukan secara berpasangan.
Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan kelemahan
yang dilakukan oleh murid.

Syarat Pelaksanaan : MBK kurang upaya penglihatan perlu melibatkan tiga orang
pelari kategori B2/3 dan seorang pelari kategori B1.


Latihan/ Pengukuhan/ : i. Guru sentiasa melihat proses penghantaran baton untuk
Intervensi melihat kesilapan yang dilakukan oleh murid.
ii. Satu pertandingan dijalankan untuk melihat keserasian
pasukan yang dibentuk dikalangan pelari dan mencari
penyelesaian bagi setiap kesilapan yang berlaku.




Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.




























113

Modul : Modul 7
Minggu : Minggu 7
Aktviti : Acara Padang
- Lompat Jauh
Objektif : i. Mengenal acara lompat jauh
ii. Mengetahui teknik-teknik lompat jauh

Bahan : i. Tali pengukur
ii. Bendera merah/ putih
iii. Kon penanda

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu.


Langkah 1 : i. Pemanasan badan
ii. Aktiviti regangan

Langkah 2 : i. Melatih kemahiran melangkah jarak jauh.
ii. Melatih dengan cara menjarakkan larian iaitu dari 8
langkah ke 12 langkah.
iii. Melatih dengan cara menjarakkan larian dari tempat
permulaan hingga ke tapak lompatan.

Langkah 3 : i. Melatih kemahiran melenturkan badan untuk membuat
lompatan.
ii. Melatih kemahiran melenturkan badan sambil berlari
untuk membuatkan lompatan.
iii. Melatih kemahiran berlari sambil melenturkan badan
untuk membuat lompatan jarak jauh.

Langkah 4 : i. Melatih kemahiran membuat lompat jauh dengan cara
untuk mendarat dengan betul.
ii. Melatih kemahiran membuat lompatan dengan cara larian
yang sempurna dan mendarat dengan betul.
Penutup : Membuat 18 hingga 20 langkah untuk mendapatkan lompatan
jarak jauh yang terbaik.

Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan di tapak acara lompat jauh iaitu yang
mempunyai papan kayu mula, ke bahagian yang diisi pasir
atau tanah yang bertindak bagi menyerap lompatan dan juga
sebagai penanda tempat jatuh.
Latihan/ Pengukuhan/ : Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci
Intervensi lompatan yang jauh.

Catatan:







114

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
Modul : Modul 8

Minggu : Minggu 8

Aktviti : Acara Padang
- Lompat Tinggi
Objektif : i. Mengenal acara lompat tinggi.
ii. Mengetahui teknik-teknik lompat tinggi.

Bahan : i. Tilam ketangkasan
ii. Tali menggantung bola (latih melonjak)
iii. Bendera merah/ putih
iv. Skitel
v. Tandaan
vi. Tali palang
vii. Tiang

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu.
Langkah 1 : i. Pemanasan badan
ii. Aktiviti regangan

Langkah 2 : i. Melatih kemahiran melompat dengan aras ketinggian
yang rendah.
ii. Melatih dan membetulkan teknik lari untuk mendapatkan
lompatan yang betul.
iii. Melatih dengan cara membuat lonjakan yang betul.
iv. Melatih dengan cara menjarakkan larian dari tempat
permulaan hingga ke tiang lompatan.

Langkah 3 : i. Melatih kemahiran melenturkan badan untuk membuat
lompatan.
ii. Melatih kemahiran melayangkan badan sambil berlari
untuk membuatkan lompatan.
iii. Melatih kemahiran berlari sambil melayangkan badan
untuk membuat lompat tinggi.
Langkah 4 : i. Melatih kemahiran membuat lompat tinggi dengan cara
untuk mendarat dengan betul.
ii. Melatih kemahiran membuat lompatan dengan cara larian
yang sempurna, lonjakan, melayangkan badan dan
mendarat dengan betul.

Penutup : Membuat lompatan dengan yakin untuk mendapatkan
ketinggian yang terbaik.





115

Modul : Modul 8

Minggu : Minggu 8

Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk
memastikan tahap keselamatan yang maksimum.
Latihan/ Pengukuhan/ : Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci
Intervensi lompatan yang tinggi.




Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.






































Modul : Modul 9


116

Minggu : Minggu 9
Aktviti : Acara Padang
- Latar Belakang Balingan
Objektif : i. Mengenal acara balingan
ii. Mengenal peraturan acara balingan
Bahan : i. Alat balingan (peluru, cakera dan lembing)
ii. Bendera merah/ putih
iii. Skitel
iv. Tandaan
v. Tali pengukur
Masa : 3 jam

Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu.

Langkah 1 : Pengenalan acara balingan:
- Lontar peluru
- Lontar cakera
- Rejam lembing

Langkah 2 : i. Memperkenalkan alatan balingan.
ii. Memperkenalkan peraturan permainan.

Langkah 3 : Mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran
yang baik melalui ansur maju dan kaedah yang bersistemetik
bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan
terbaik.

Langkah 4 : i. Melatih kemahiran memegang alatan balingan lontar
peluru dengan cara yang betul.
ii. Melatih kemahiran anggota badan dan anggota lain
terutamanya tangan, pinggang dan kaki yang merupakan
peranan utama dalam acara balingan.
iii. Memastikan aktiviti balingan dilakukan dengan sempurna
semasa melakukan aktiviti melontar iaitu sebelum,
semasa dan selepas balingan.

Penutup : Membuat balingan dengan yakin untuk mendapatkan jarak
yang terbaik.
Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk
memastikan tahap keselamatan yang maksimum.

Latihan/ Pengukuhan/ : Koordinasi pelontar yang tepat dan sempurna akan membantu
Intervensi untuk mencapai kejayaan.


Catatan:Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran
aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta

bimbingan daripada guru pembimbing.
Modul : Modul 10


117

Minggu : Minggu 10
Aktviti : Acara Padang
- Lontar Peluru
Objektif : i. Mengenal acara balingan
ii. Mengenal teknik-teknik lontar peluru

Bahan : i. Alat balingan (peluru, cakera dan lembing)
ii. Bendera merah/ putih
iii. Skitel
iv. Tandaan
v. Tali pengukur

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu.

Langkah 1 : Pengenalan acara balingan:
- Lontar peluru
- Lontar cakera
- Rejam Lembing

Langkah 2 : i. Memperkenalkan teknik-teknik balingan.
ii. Memperkenalkan peraturan permainan.

Langkah 3 : Mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran
yang baik melalui ansur maju dan kaedah yang bersistemetik
bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan
terbaik.

Langkah 4 : i. Melatih kemahiran memegang alatan balingan lontar
peluru dengan cara yang betul.
ii. Melatih kemahiran anggota badan dan anggota lain
terutamanya tangan, pinggang dan kaki yang merupakan
peranan utama dalam acara balingan.
iii. Memastikan aktiviti balingan dilakukan dengan sempurna
semasa melakukan aktiviti melontar iaitu sebelum,
semasa dan selepas balingan.
Penutup : Membuat aktiviti pertandingan mini lontar peluru.

Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk
memastikan tahap keselamatan yang maksimum.

Latihan/ Pengukuhan/ : Koordinasi pelontar yang tepat dan sempurna akan membantu
Intervensi untuk mencapai kejayaan.



Catatan:Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran
aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta
bimbingan daripada guru pembimbing.
Modul : Modul 11




118

Minggu : Minggu 11

Aktviti : Pengelolaan Kejohanan

Objektif : i. Mengenal acara pertandingan
ii. Mengenal peraturan acara pertandingan

Bahan : i. Alat tulis
ii. Alat balingan (peluru, cakera dan lembing)
iii. Bendera merah/ putih
iv. Skitel
v. Tandaan
vi. Tali pengukur

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu.
Langkah 1 : Penerangan dan perbincangan bersama ahli kelab tentang
pengurusan pengelolaan sesuatu kejohanan serta sistem
pertandingan yang boleh dijalankan.
Langkah 2 : i. Memperkenalkan peraturan permainan.
ii. Memperkenalkan cara-cara permainan.

Langkah 3 : i. Penerangan secara teori mengenai asas peraturan
ii. permainan
iii. Bilangan pemain
iv. Tempoh permainan
v. Pengadil
vi. Mulakan permainan
vii. Menamatkan permainan

Langkah 4 : i. Melatih kemahiran mengadakan aktiviti pertandingan
dengan cara yang betul.
ii. Menguji kemahiran untuk mengadakan mini pertandingan.
Penutup : Amali pertandingan

Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk
memastikan tahap keselamatan yang maksimum.
Latihan/ Pengukuhan/ : Koordinasi anggota yang tepat dan sempurna akan membantu
Intervensi untuk mencapai kejayaan.



Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.





119

Modul : Modul 12

Minggu : Minggu 12

Aktviti : Mini Pertandingan

Objektif : i. Mengenal acara mini pertandingan
ii. Mengenal peraturan pertandingan

Bahan : i. Alat olahraga
ii. Alat lompatan
iii. Alat balingan (peluru, cakera dan lembing)
iv. Bendera merah/ putih
v. Skitel
vi. Tandaan
vii. Tali pengukur
Masa : 3 jam

Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran, arahan menggunakan bendera.
ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu.
Langkah 1 : Pengenalan acara balingan:
- Lontar peluru
- Lontar cakera
- Rejam Lembing

Langkah 2 : i. Memperkenalkan teknik-teknik permainan.
ii. Memperkenalkan peraturan permainan.

Langkah 3 : Guru membantu murid untuk mengelolakan mini
pertandingan. Contoh pertandingan:
- Antara Kelab/ Persatuan
- Antara Rumah Sukan
- Antara Tingkatan

Langkah 4 : Amali permainan

Penutup : Memberi hadiah/ galakan

Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk
memastikan tahap keselamatan yang maksimum.

Latihan/ Pengukuhan/ : Kerjasama antara semua peserta akan membantu untuk
Intervensi mencapai objektif pertandingan.


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.


Modul Goalball


120

Pengenalan

Goalball merupakan salah satu permainan yang dimainkan oleh pemain yang

menghadapi masalah penglihatan. Permainan ini juga memerlukan kekuatan fizikal
dan mental. Selain itu, ia juga memerlukan daya pendengaran yang tajam. Bola yang

digunakan mengandungi tiga biji loceng di dalamnya. Berat bola kira-kira 1.25
kilogram. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri

daripada enam orang pemain. Daripada enam orang pemain, hanya tiga pemain

utama dalam permainan ini. Selebihnya hanyalah sebagai pemain simpanan sahaja.
Setiap pemain mempunyai peranannya sendiri.


Permainan ini pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada sekitar awal tahun 1984

oleh Malaysia Association for the Blind (MAB). Pada tahun 1997 dengan kerjasama
MBSA Malaysia, 11 orang pengadil peringkat pertama berserta beberapa orang

pegawai teknikal telah berjaya diwujudkan.



Cara Permainan Goalball

 Permainan ini dimainkan oleh tiga orang pemain bagi setiap pasukan.
 Bilangan pemain gantian bergantung kepada pengelolaan pertandingan

sama ada 1, 2 atau 3 pemain gantian.

 Ketiga-tiga pemain berperanan untuk menjaringkan gol serta menjaga
gawang gol sendiri.

 Ketiga-tiga pemain yang berada di dalam gelanggang wajib ditutup mata

mereka dengan ‘eyes patch’ serta wajib memakai ‘goggle’ atau ‘blindfold’
.

 Bola khas berloceng digunakan dalam permainan dan pemain perlu
menghantar bola ke gawang pihak lawan untuk menjaringkan gol.

 Untuk mengelakkan perlanggaran semasa bermain, kedudukan pemain

telah ditetapkan dan garisan bertali timbul digunakan untuk memudahkan
mobiliti serta pergerakan pemain.





Keperluan Dan Peralatan Sukan Goalball


121

 Gelanggang Permainan

- Lantai gelanggang mestilah rata dan material antarabangsa yang standard
digunakan sekarang adalah dibuat daripada tarafleks. Sebelum ini lantai

yang dibuat daripada pakir sering digunakan dalam pertandingan.

- Namun begitu lantai yang diperbuat daripada simen juga boleh digunakan
bergantung kepada kemudahan sedia ada di sekolah.

- Garisan gelanggang yang bertali timbul digunakan untuk memudahkan
pemain merasa dan mengetahui kedudukan mereka. Tali benang kasar

yang digunakan ditampal menggunakan pita pelekat atau pelekat yang
bersesuaian.

- Kebiasaannya gelanggang bertutup adalah digunakan untuk memastikan

tiada gangguan kesan bunyi lain semasa permainan.
- Saiz gelanggang yang berukuran 18 meter panjang dan sembilan meter

lebar diperlukan.
- Gelanggang terbahagi kepada tiga bahagian utama yang sama besar iaitu:

 Kawasan Pasukan (Team Area)

Kawasan Pasukan (Team Area) yang berukuran sembilan meter
panjang dan tiga meter lebar.

 Kawasan Mendarat (Landing Area)
Kawasan Mendarat (Landing Area) bersebelahan Team Area

(Kawasan Pasukan) dan berukuran sembilan meter panjang dan tiga

meter lebar.
 Kawasan Neutral (Neutral Area)

Kawasan Neutral (Neutral Area) terletak di antara dua Landing Area
(Kawasan Mendarat) berukuran sembilan meter panjang dan tiga

meter lebar.














122

Rajah 31 : Ukuran gelanggang Goalball


























Peralatan Serta Kelengkapan Permainan
Bola Goalball 2 : Contoh garisan penanda dan keperluan gelanggang goalball
Rajah 3



123

Berat bola 1.25 kg. Mempunyai lapan lubang serta mempunyai dua biji loceng di
dalamnya. Ukur lilit bola adalah 76 cm. Bola boleh diperolehi dari MBSA atau MAB.



















Rajah 33 : Bola goalball



Gawang Gol

Tiang gol berukuran 9 meter panjang (+/- 0.05 m) dan (1.3 meter tinggi ) (+/- 0.02 m)
dan berbentuk bulat. Tiang gol diletakkan di luar garisan gol. Diameter tiang gol tidak

melebihi 0.15 meter. Kebiasaannya, tiang akan dibalut dengan span pelapik untuk
mengelakkan kecederaan pemain.














Rajah 34 : Gawang gol goalball



Blindfold atau goggle
Blindfold atau goggle adalah alat penutup mata untuk semua pemian semasa

pertandingan. Penutup mata diperbuat daripada kain hitam dan plastik yang lembut.

124

Blindfold
Goggle
(dibuat daripada kain) (dibuat daripada plastik lembut)


Rajah 35 : Blindfold atau Google

Kapas Penutup Mata (tisu pembalut luka)

Kapas yang berbentuk empat segi atau bulat digunakan untuk menutup mata pemain

sebelum memakai ‘goggle’ atau ‘bilidfold.












Rajah 36 : Kapas penutup mata (tisu pembalut luka)


Plaster pembalut luka

Plaster pembalut luka digunakan untuk menampal kapas penutup mata sebelum
‘goggle’ dipakai.









Rajah 37 : Plaster pembalut luka

Benang kasar

Benang bersaiz nombor dua atau tiga sesuai digunakan, untuk membuat tanda
garisan timbul seluruh gelanggang dan ditampal menggunakan ‘binding tape’. Hal ini





125

sangat perlu bagi membantu mobiliti serta pergerakan pemain semasa dalam

gelanggang.












Pita pelekat

Digunakan untuk menampal benang kasar untuk menghasilkan garisan timbul. Saiz
2.5 inci sangat sesuai digunakan.












Rajah 39 : Pita pelekat


Wisel
Pelbagai jenis wisel yang ada di pasaran boleh digunakan oleh pengadil. Dua wisel

(dua pengadil) digunakan untuk setiap kali permainan.










Rajah 40 : Wisel


Alat pelindung keselamatan lutut dan siku

Alatan seperti pelindung siku dan lutut bertujuan untuk mengurangkan risiko
kecederaan semasa bermain. Contoh, alatan seperti gambar di bawah:


126

Alat pelindung lutut Alat pelindung siku


Rajah 41 : Alat pelindung keselamatan lutut dan siku


Pakaian Pemain

Baju penjaga gol adalah paling sesuai digunakan kerana kebiasaannya mempunyai
span pelindung pada bahagian dada dan siku. Alat pelindung siku tidak diperlukan

lagi sekiranya pemain menggunakan baju seperti di rajah di bawah.














Rajah 42 : Pakaian pemain


Pelindung Kemaluan (Groind Guard)

Pelbagai jenis alat pelindungan kemaluan yang boleh didapati di pasaran. Alat ini

sangat penting untuk mengelakkan kecederaan, terutamanya kepada pemain lelaki.
Untuk pemain perempuan terdapat juga alat khas yang boleh digunakan untuk

menahan dada dan kemaluan.








127

Undang-Undang Dan Peraturan Permainan
Undang-undang asas


Bil Perkara Huraian

1. Peralatan penutup Pemaian wajib menutup mata mengunakan kapas mata
mata pemain dan memakai ‘goggles’ atau ‘blindfold’.


Bilangan pemaian Tiga orang pemain bagi sebuah pasukan.
2.

Kedudukan bola Bola perlu dileretkan tidak melepasi garisan kawasan
3.
mendarat, sekiranya melepasi garisan tersebut, penalti
akan dikenakan.


Bola leret Pemain dibenarkan meleret bola seberapa banyak kali
4.
yang mereka kehendaki tetapi bola yang telah disentuh
perlu dileretkan semula tidak melebihi 10 saat, sekiranya

melebihi 10 saat, penalti akan dikenakan.


Landing area Pemain tidak dibenarkan menahan bola melebihi garisan
5.
kawasan mendarat.


Sentuhan pada Pemain tidak dibenarkan menyentuh ‘goggles’ atau
6.
‘goggles’ ‘blindfold’ semasa dalam permainan.


Tempoh Masa permainan yang standard adalah 24 minit (12:3:12),
7.
permainan tetapi boleh diubah suai mengikut kesesuaian dan
persetujuan dalam satu-satu penganjuran.


Pemain Sekiranya terdapat sebarang masalah pemain
8.
mengangkat dikehendaki berdiri menghadap gawang gol sambil
tangan





128

Bil Perkara Huraian

mengangkat tangan dan pastikan bola berada di pihak
sendiri semasa berbuat demikian.


Pengadil Dua pengadil digunakan semasa permainan atau
9.
pertandingan dijalankan.


Penjaga masa Beberapa pegawai meja diperlukan untuk membantu
10.
pengadil untuk mencatat masa permainan, masa 10 saat
dan scoring (semak) terutama untuk sesi pertandingan.



Semua undang-undang dan peraturan lengkap permainan boleh didapati dengan

melayari laman web di bawah:

 (IBSA Goalball rule 2018-2021)
 http://www.ibsasport.org/sports/goalball/rules/

 http://www.ibsasport.org/sports/files/733-Rules-2018-2021-IBSA-Goalball-

Rules-and-Regulations-(v-1.1.10.pdf



Kemahiran Asas Serta Teknik-Teknik Permainan
Orentasi Gelanggang (Team area dan Landing area)















Rajah 44 : Orientasi gelanggang 1


Setiap pemain perlu peka dengan kedudukan mereka ketika di gelanggang. Tetulang
di belakang gawang gol boleh dijadikan ‘tanda’ untuk mengetahui kedudukan mereka

sama ada di kiri, di kanan atau di tengah kawasan pasukan. Orientasi memegang





129

tetulang belakang gawang gol boleh membantu pemain mengesan kedudukan

mereka seterusnya mencari arah tempat kedudukan bersedia mereka.














Rajah 45 : Orientasi gelanggang 2



Setelah memegang belakang gawang gol, pemain akan ke hadapan beberapa

langkah untuk mencari kedudukan untuk mereka bersedia menanti bola dari pihak
lawan. Langkah gerakan ke hadapan bergantung kepada kedudukan pemain sama

ada di tepi atau di tengah gelanggang.



Teknik memegang bola
























Rajah 46 : Teknik memegang bola

Teknik meleret bola 1
Bola dileret secara lurus ke hadapan selepas larian ke hadapan dibuat. Bola

hendaklah dirapatkan di lengan untuk mengelakkan bola terlepas semasa ayunan
dibuat.



130

Teknik meleret bola 2
Pemain yang mahir boleh membuat putaran badan 360 darjah sebelum bola dileret

ke hadapan. Lontaran cara ini adalah lebih laju sekiranya pemain dapat melakukan

dengan baik.

















Rajah 48 : Teknik meleret bola 2

Teknik bersedia menahan bola

Gaya bersedia untuk menahan bola seperti gambar di atas boleh digunakan. Gaya
ini boleh digunakan mengikut keselesaan pemain terutama ketika pergerakan
mencari arah bola.



131

Teknik menahan bola

Menahan bola menggunakan lengan. Tangan dan kaki diluruskan ketika menahan
bola. Kepala pemain sebaik-baiknya berada di belakang lengan untuk mengelakkan

bola terkena muka pemain.





















Rajah 50 : Teknik menahan bola

Teknik menahan dan meleret bola mengikut posisi pemain

Setelah pemain berjaya menahan bola, pemain perlu undur ke belakang mencari
gawang gol untuk mendapatkan posisi tegak sebelum meleretkan semula bola ke

gawang gol lawan. Pergerakan ini bertujuan mengelakkan bola yang dileret tidak





132

tersasar dari goal lawan. Bola boleh juga dileretkan secara melintang bergantung

kepada kemahiran pemain semasa dalam gelanggang.














Rajah 51 : Teknik menahan bola dan meleret bola





Pengelolaan Pertandingan
 Pengelolaan sesuatu pertandingan adalah bergantung kepada berapa bilangan

pasukan yang mengambil bahagian dalam satu-satu pertandingan.

 Pertandingan boleh dijalankan sama ada secara liga, separuh-liga atau kalah
mati bergantung kepada pihak penganjur dan persetujuan pasukan yang

bertanding.

 Masa keseluruhan permainan ialah 24 minit (12:3:12). Walau bagaimanapun,
masa permainan boleh juga diubah suai mengikut peringkat umur dan mengikut

kesesuaian pengelolaan pertandingan dijalankan.













MODUL GOALBALL BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN
(MINGGU 1 HINGGA 12)



Modul : Modul 1

133

Minggu : Minggu 1

Aktviti : Penggunaan dan Pentadbiran
- Mesyuarat Agung

Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu

Bahan : Minit mesyuarat yang lepas

Masa : 3 jam
Medium komunikasi :
Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat
ii. Memperkenalkan guru penasihat
iii. Menjelaskan tentang peraturan sukan goalball
iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa
menjalankan aktiviti

Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat
yang lepas
ii. Pengesahan minit mesyuarat
iii. Perkara berbangkit

Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu
ii. Membincangkan cadangan aktiviti sukan goalball
sepanjang tahun
Penutup : Ucapan penutupan

Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci

Latihan/ Pengukuhan/ : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala
Intervensi

Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.










Modul : Modul 2
Minggu : Minggu 2
Aktviti : Pengenalan Permainan Goalball

Objektif : i. Pengenalan ringkas sejarah permainan
ii. Pengenalan ringkas asas permainan goalball


134

Bahan : i. Laptop
ii. LCD dan skrin
iii. Klip video permainan goalball
(contoh-contoh pertandingan goalball di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa)

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Audio permainan goalball terutama kepada murid B1 (buta)

Langkah 1 : i. Guru menyediakan bahan berhubung sejarah ringkas
permainan goalball bermula
ii. Guru menyediakan bahan-bahan klip video contoh-
contoh permainan/ perlawanan goalball samada di
dalam atau di luar negara (bahan boleh diperolehi
Youtube)
Langkah 2 : i. Guru menerangkan sejarah permainan goalball
ii. Guru menanyangkan contoh-contoh video klip
permainan atau pertandingan goalball
iii. Guru menerangkan secara ringkas cara permainan
goalball

Langkah 3 : i. Guru bersoal jawab tentang sejarah permainan goalball
ii. Guru bersoal jawab bagaimana cara atau kaedah
permainan dijalankan

Penutup : Guru membuat rumusan apa yang telah disampaikan

Syarat Pelaksanaan : Guru perlu menerangkan dari masa ke semasa
menayangkan klip video permainan terutama kepada murid
B1 (buta) untuk menambah kefahaman

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Membuat tayangan semula kepada murid tentang
Intervensi sejarah ringkas permainan bermula secara lisan
ii. Meminta murid menerangkan secara ringkas cara
permainan dijalankan


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.



Modul : Modul 3

Minggu : Minggu 3
Aktviti : Cara Permainan Goalball






135

Modul : Modul 3

Minggu : Minggu 3

Objektif : i. Murid dapat menerangkan asas permainan dijalankan (
meleret dan menahan bola).
ii. Murid dapat menyatakan keperluan-keperluan asas yang
perlu ada untuk menjalankan aktiviti permainan.

Bahan : i. Bola goalball
ii. ‘Blindfold’ atau penutup mata
iii. Wisel
iv. Kon (sekiranya tiada gawang gol)

Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Suara dan wisel

Langkah 1 : Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B dengan
menempatkan kumpulan setiap kumpulan di 2 gawang gol (A
dan B).

Langkah 2 : i. Kumpulan A - meleret bola manakala Kumpulan B -
menahan bola secara bergilir dan bertukar-tukar murid
ii. Setelah semua ahli kumpulan A habis meleret dan
Kumpulan B menahan bola, pertukaran dibuat di mana
Kumpulan B- meleret bola sementara kumpulan A pula
menahan bola secara bertukar-tukar murid (bagi
memastikan setiap murid dapat menjalankan aktiviti
berterusan).
iii. Guru bolehlah mengamalkan salah satu peraturan
permainan pada waktu ini iaitu pemain perlu mendengar
tiupan wisel dan sebutan ‘play’ sebelum leretan dibuat.
iv. Murid yang menahan bola perlu ditutup mata dan
dibenarkan menahan menggunakan cara tersendiri.
Langkah 3 : Giliran meleret dan menahan bola boleh dijalankan beberapa
kali mengikut masa yang sesuai.

Langkah 4 : Guru membuat rumusan hasil dapatan aktiviti yang
dijalankan (kemahiran merelet dan menahan bola setiap
murid.

Penutup : i. Guru menerangkan semula peraturan permainan
terutama ketika memulakan leretan bola.
ii. Guru menerangkan beberapa teknik yang baik yang
perlu dipelajari untuk perjumpaan seterusnya.

Syarat Pelaksanaan : Murid yang menahan bola perlu ditutup mata bagi menguji
kemahiran serta kecekapan mereka mendengar arah bola.








136

Modul : Modul 3

Minggu : Minggu 3

Latihan/ Pengukuhan/ : Soal jawab lisan tentang peraturan sebelum meleret bola
Intervensi serta perlakuan yang perlu dibuat oleh pengadil.





Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.














































137

Modul : Modul 4

Minggu : Minggu 4

Aktviti : Keperluan dan Peralatan Sukan Goalball
Objektif : i. Murid mengetahui saiz gelanggang permainan goalball
serta garisan-garisan penandaan dalam gelanggang.
ii. Murid mengetahui keperluan asas serta peralatan-
peralatan yang perlu ada untuk menjalankan permainan.

Bahan/ Alatan : i. Gawang gol
ii. Bola goalball
iii. ‘Blindfold’ dan ‘eyes patch’
iv. Wisel
v. ‘Stop watch’
vi. Tali benang
vii. ‘Binding tape’ (untuk membuat garisan timbul bersama tali
benang

Masa : 3 jam

Medium komunikasi : Garisan berbenang untuk memudahkan pemain mengetahui
kedudukan/ posisi pemain.

Langkah 1 : Guru menunjukkan serta menerangkan berkenaan bola
goalball:
- Berat (1.25 kg)
- Saiz (Diemeter)
- Harga pasaran
- Negara pengeluar
Langkah 2 : i. Guru menerangkan tentang keperluan gelanggang serta
saiz gelanggang goalball:
- Saiz gelanggang ( 9m x 18 m )
- Pecahan petak-petak gelanggang (rujuk butiran
gelanggang dari IBSA Goalball rule 2018-2021)
ii. Menyediakan garisan-garisan bertali dalam gelanggang
untuk mengetahui kedudukan pemain.

Langkah 3 : Guru menerangkan/ menunjukkan saiz sebenar gawang gol
(rujuk butiran gawang gol dari IBSA Goalball rule 2018-2021)




Langkah 4 : Guru menerangkan serta menunjukkan keperluan peralatan
serta bahan sebenar yang lain untuk menjalankan aktiviti
permainan:
- ‘Blindfold’ dan ‘eyes patch’
- Wisel
- ‘Stop watch’
- Tali benang
- ‘Binding tape’ (untuk membuat garisan timbul bersama
tali benang




138

Modul : Modul 4

Minggu : Minggu 4

Penutup : Guru membuat rumusan semula keperluan-keperluan dalam
permainan goalball dengan menyelitkan soal jawab bersama
muird secara lisan.

Syarat Pelaksanaan : Sekolah perlu menyediakan keperluan asas permainan
seperti:
- Bola goalball
- ‘Blindfold’ dan ‘eyes patch’
- Wisel
- Gelanggang yang bertanda garisan timbul
- Kun boleh digunakan sekiranya tiada gawang gol


Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi


Catatan:

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

































139

Modul : Modul 5

Minggu : Minggu 5


Aktviti : Kemahiran Asas Permainan
- Orientasi Gelanggang
- Teknik Memeggang dan Menahan Bola

Objektif : i. Menerapkan kemahiran-kemahiran asas bagi
meningkatkan kebolehan murid semasa bermain.
ii. Murid dapat mengamalkan teknik yang terbaik ketika
memeggang dan menahan bola.

Bahan : Peralatan permainan
- Bola goalball (seeloknya lebih daripada satu biji bola,
lebih banyak bola lebih baik).
- Wisel
Masa : 3 jam


Medium komunikasi :

Langkah 1 : Aktiviti pemanasan badan dan regangan yang bersesuaian
dengan aktiviti permainan
(contoh : Regangan jari, bahu, tangan, pinggang dan kaki)

Langkah 2 : i. Guru menunjukkan teknik memeggang bola dengan betul.
ii. Guru menunjukkan teknik menghayun bola yang betul.
untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi (Blindfold tidak
diperlukan ketika ini kerana aspek kemahiran memegang
dan menghayun bola diutamakan).


Langkah 3 : i. Sekiranya sekolah dapat menyediakan bola yang banyak
contohnya empat biji bola, murid boleh diagihkan kepada
beberapa kumpulan kecil (empat orang satu kumpulan).
ii. Pecahkan setiap kumpulan kepada dua bahagian (A dan
B), satu kumpulan di gawang A dan satu kumpulan di
gawang B.


Langkah 4 : i. Aktiviti latihan memeggang dan menghayun bola
dijalankan serentak dan secara bergilir mengikut
kumpulan dan berpandukan tiupan wisel dari guru.
ii. Giliran meleret bola dijalankan dari masa ke semasa
untuk semua kumpulan yang ada.
iii. (contoh: lima minit bagi setiap kumpulan dan giliran dibuat
untuk semua kumpulan yang dibentuk).
Penutup : Guru membuat rumusan daripada aktiviti yang dijalankan
dengan menekankan pencapaian setiap individu.








140


Click to View FlipBook Version