4. Susunan Mengikut Keutamaan (Rank
Order)
Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan
penilaian responden kepada semua aspek yang
disenaraikan dengan memberi pemberatnya.
Susunan aspek ini adalah mutually exclusive
mengikut keutamaan iaitu nombor 1
menunjukkan peringkat tertinggi, nombor 2
kedua dan seterusnya hingga nombor terakhir
yang menunjukkan paling rendah peringkat
Contoh :
Sila beri ranking mengikut keutamaan teknik
pengajaran guru yang paling anda sukai bermukla
dengan nombor 1 sebagai sangat suka, diikuti dengan
nombor 2 bagi teknik pengajaran yang kedua disukai
dan seterusnya sehingga nombor 5. Sila tulis
pemeringkatan (ranking) anda pada kotak yang diberi.
Teknik Pengajaran Guru Pemeringkatan (Rangking)
Kuliah
Latih tubi
Syarahan
Lakonan
Simulasi
6. Maklumat Demografi
Sesuatu soal selidik pada kebiasaannya mempunyai
satu bahagian yang mengandungi maklumat
demografi responden. Adanya bahagian demografi
membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci
lagi seperti berdasarkan dimensi yang lebih terperinci
seperti mengikut jantina pelajar, peringkat sosio-
ekonomi murid dan sebagainya.
Contoh :
1. Nama Sekolah
2. Lokasi sekolah Bandar
Luar Bandar
3. Umur 12 – 15 tahun
16 - 18 tahun
Soal Selidik Terbuka
Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk
mengemukakan pendapat dan memberi huraian lanjut
berhubung dengan soalan yang dikemukakan.
Contoh :
1. Apakah yang menyebabkan anda datang lewat ke sekolah?
2. Pukul berapakah anda bertolak dari rumah
ke sekolah?
Analisis Data
Analisis Soal Selidik
Mengira kekerapan, peratusan serta purata
bagi setiap item
Boleh dipersembahkan mengikut kesesuaian
seperti carta bar, graf palang, graf garis
Membuat intepretasi dan kesimpulan
POPULASI DAN SAMPEL
Populasi
Populasi ialah kumpulan orang, perkara, benda
yang dikaji
Jika bilangan populasi tidak besar (kurang dari 100) maka
diambil semua populasi tersebut.
Populasi hendaklah relevan dengan kajian
Sampel dan Pensampelan
Sampel sebahagian daripada populasi
Sampel yang dipilih mesti bersifat representatif
Pensampelan adalah satu proses memilih individu
bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu
supaya mereka mewakili populasi di mana mereka
dipilih
Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian
tersebut
Sampel hendaklah terdiri daripada populasi
JENIS-JENIS PENSAMPELAN
Pensampelan Rawak Mudah
(Simple Random Sampling)
Pensampelan Rawak Berlapis
(Stratified Random Sampling)
Pensampelan Bersistematik
(Sistematic Sampling)
Pensampelan Bertujuan
(Purposive Sampling)
JENIS-JENIS PENSAMPELAN
Pensampelan Rawak Mudah (SimpleRandom
Sampling)
1. Pensampelan yang paling asas
2. Menjadi dasar kepada reka bentuk
pensampelan yang lain
3. Memastikan setiap individu mempunyai
peluang yang sama untuk diambil bagi
mewakili populasi
Pensampelan rawak mudah
Lima tahap permilihan sampel rawak mudah
1. Dapatkan satu rangka persampelan yang
lengkap
2. Berikan tiap-tiap ahli satu nombor khas
3. Tentukan saiz persampelan
4. Pilih ikut saiz yang telah ditentukan
berdasarkan jadual nombor rawak (atau
cabutan loteri)
5. Pilih ahli daripada angka rawak tersebut (Pilih
rawak dengan ganti dan pilih rawak tanpa
ganti)
CONTOH SAMPEL RAWAK
MUDAH
KATAKAN AHLI POPULASI IALAH 500
ORANG DALAM SEBUAH INSTITUSI.
Setiap ahli diberi nombor 1 hingga 500.
NOMBOR DILETAKKAN DALAM SATU
KOTAK DAN DICAMPUR, CABUTAN
DIBUAT SEPERTI LOTERI.
Setiap ahli mempunyai peluang dipilih
1/500 (berganti jika nombor
dikembalikan dalam kotak). JIKA
NOMBOR DIPILIH DIKELUARKAN DARI
KOTAK, PELUANG DIPILIH 1/499, 1/498,
1/497 DAN SETERUSNYA (TIDAK
BERGANTI)
JENIS-JENIS PENSAMPELAN
Pensampelan Rawak Berlapis (Stratified Random
Sampling)
1. Sesuai digunakan bagi populasi yang tidak
seragam (heterogenous)
2. Sesuai digunakan untuk membuat perbandingan
di antara beberapa populasi
Pensampelan berlapis
Dipilih secara berkadar ATAU tidak berkadar
asingkan unsur asas dalam populasi kepada
kumpulan berasingan.
- pilih sampel daripada setiap lapisan (seperti
rawak mudah)
CONTOH SAMPEL RAWAK
BERLAPIS
Pensampelan rawak berlapis Berkadar (contoh:
30 :70 – YANG MANA 30% lelaki; 70%
perempuan - dipilih mengikut kadar saiz
populasi
Jadi, jika perlukan 500 sampel (perlu 150 lelaki
dan 350 perempuan)
Pensampelan Rawak Berlapis Tidak berkadar:
Pensampelan yang sama (Contoh: walaupun
populasi mengandungi 30% lelaki dan 70%
perempuan; pengkaji menetapkan 50:50. Jadi,
jika perlukan 500 sampel, pengkaji perlu 250
lelaki dan 250 perempuan)
JENIS-JENIS PENSAMPELAN
Pensampelan Bersistematik(Systematic
Sampling)
1. Satu teknik yang mudah dan ringkas
2. Memerlukan rangka pensampelan yang
lengkap
Pensampelan sistematik
1. Tentukan jarak langkau apabila
memilih responden, mulai dengan
sampel pertama.
2. Permulaan (angka pertama) dibuat
secara rawak.
Contoh, jika perlukan 100 orang
daripada 1000 orang. Tentukan jarak:
1000 bahagi 100 = 10. Jika nombor
pertama ialah 5 (dipilih secara rawak)
maka responden kedua ialah 15, ketiga,
25, keempat 35…..
JENIS-JENIS PENSAMPELAN
Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling)
1. Tentukan responden agar sesuai dengan tujuan kajian
(Populasi yang khusus: orang portugis; Baba-Nyonya;
kumpulan khusus)
2. Sesuai untuk kajian awal.
3. Sesuai untuk penerokaan
4. Uji soal selidik
5. Untuk dapatkan maklum balas segera
Pendekatan Kualitatif
Penyelidikan yang datanya
adalah bersifat subjektif yang
diperoleh melalui percakapan,
pemerhatian dan penyemakan
perkara-perkara yang berkaitan
dengan fenomena yang dikaji.
Kaedah kajian kualitatif
• Kebiasaannya kaedah kajian kualitatif yang
digunakan terutamanya dalam kajian tindakan
adalah:
1. Pemerhatian
2. Analisis dokumen
3. Temubual
Kaedah, Alat dan Teknik Mengumpul Data
Pemerhatian
Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal
seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu,
keadaan persekitaran dan sebagainya.
Dijalankan secara sistematik (ada tujuan, mengikut
masa yang ditentukan, mengikut peraturan dsb)
Mencatat nota (nota lapangan) dan membuat
rakaman (video) terhadap pemerhatian yang
dijalankan (Teknik kajian)
Buku catatan, borang pemerhatian, senarai semak
adalah contoh Alat kajian
Boleh dilakukan melalui dua cara:
1. Pemerhatian Berstruktur
Aspek yang hendak diperhatikan dikenal
pasti terlebih dahulu
Penyelidik memerhati,mendengar dan
merekod maklumat berdasarkan set aktiviti
yang telah dikenal pasti
1. Pemerhatian Berstruktur
Contoh :
Memerhati tingkah laku murid yang menumpukan atau tidak
menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
Jadual pemerhatian digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti
yahg dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kod nombor 1 hingga 9 berikut
menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan.
•Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi
•Pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas
•Berangan-angan
•Berjalan dari satu tempat ke tempat lain
•Membuat kerja lain
•Menganggu murid lain secara fizikal
•Mencuba untuk menarik perhatian
•Mengasah pensel
•Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)
2. Pemerhatian Tidak Berstruktur
Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti yang
telah dikenal pasti. Penyelidik perlu menentukan
fokus pemerhatian.
Perlu juga tentukan tingkahlaku responden yang
ada kaitan dengan perkara yang dikaji.
Temu Bual dan Protokol Temu Bual
Temu bual merupakan kaedah pengutipan
data yang melibatkan interaksi bersemuka
(face-to face) atau melalui percakapan
telefon antara penyelidik dengan orang yang
ditemu bual (responden).
Protokol temu bual adalah senarai soalan
yang akan dikemukakan dalam sesi temu
bual yang dijalankan.
Alat kajian
Teknik temu bual berstruktur –
Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual
dilaksanakan secara formal
Setiap subjek hendaklah diberi soalan yang sama
Contoh :
• Sudah berapa lama tuan menjadi Guru Besar/Penolong
Kanan?
• Berapa bilangan muri-murid di sekolah ini?
Teknik temu bual separa berstruktur –
Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkan
jawapan responden.
Contoh :
Penyelidik :Bagaimana tanggapan guru-guru sekolah
ini terhadap tuan sejak menjadi Guru Besar /
Penolong Kanan di sekolah ini?
Responden:Baik
Penyelidik :Boleh tuan jelaskan maksud baik?
Teknik temu bual tidak berstruktur (Temu bual terbuka)
Temu bual ini tidak menggunakan soalan yang disediakan
terlebih dahulu, temu bual ini selalunya secara spontan. Hal
ini bertujuan meneroka idea atau perasaan responden.
Contoh :
Peperiksaan UPSR dan PMR,akan dimansuhkan apa
pandangan tuan tentang cadangan tersebut?
Analisis Dokumen
Proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan,
penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan
penganalisisan terperinci yang dibuat terhadap bahan
bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji
Dokumen adalah sumber data yang paling mudah,
murah dan cepat untuk diperoleh kerana ia telah ada
Contoh dokumen adalah diari, jurnal, sukatan
pelajaran, Buku Rancangan Mengajar Harian, kertas
peperiksaan, ujian bulanan, buku kedatangan, gambar,
carta dan sebagainya
Penyelidik hanya perlu menyaring maklumat yang
perlu diperoleh. Jika perlu minta kebenaran untuk
membuat salinan bagi memudahkan kerja
ANALISIS DOKUMEN
Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji juga merupakan
sumber paling mudah kerana maklumat yang diperlukan
telah sedia ada.
Contoh jenis dokumen yang boleh digunakan dalam kajian
tindakan termasuklah :
•Sukatan pelajaran
•Minit mesyuarat panitia
•Kertas peperiksaan dan ujian
•Tugasan dan latihan murid
•Bahagian yang berkaitan dalam buku teks
•Keputusan peperiksaan bulanan, semester dan
peperiksaan awam
Analisis Data
Pemerhatian berdasarkan sembilan (9) aktiviti direkodkan dalam
bentuk jadual. Dalam jadual yang ditunjukkan pemerhatian terhadap
murid dilakukan sebanyak 10 kali untuk melihat apakah aktiviti yang
dilakukan. (Sebagai contoh murid ‘Q’ didapati telah menjalankan
paling banyak aktiviti 80%) dan aktiviti-aktiviti ini merangkumi
i. pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas. ii. Berangan-
angan. iii. Berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat lain.
Jadual Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik
Darjah
Murid Pemerhatian (skan)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 %
P3 4 38 40
Q2 3 2 80
R6 2 33 42
S 50
T1 7 66 7 5 50
8 1 60
55 55
11 8
Pemerhatian : Penggunaan nota lapangan (field notes)
Contoh : Jadual pemerhatian berdasarkan kronologi peristiwa guru lewat masuk ke kelas
penggunaan nota lapangan
Peristiwa (Event) Catatan
Jam menunjukkan pukul 7.35 pagi, murid-murid kelas 3A masih beratur di luar Guru lewat masuk kelas
kelas kerana guru masa pertama masih belum datang.
10 minit kemudian guru A datang dengan tergesa-gesa dan menyuruh murid-
murid masuk ke kelas. Sambil berdiri murid-murid member i salam kepada guru
A. Guru A menjawab salam dan menyuruh murid-murid duduk. Begitu juga
dengan guru A juga duduk.
Guru A menyuruh murid-murid membuka buku teks sambil bertanya kepada Berfikir dan mengingat
murid-murid pelajaran yang lepas. Guru A masih lagi duduk sambil membelek- semula
belek buku teks di tangannya.
Guru A sekali lagi bertanya kepada murid-murid tentang pelajaran lepas. Murid- Termenung
murid berbisik sesama sendiri. Seorang murid angkat tangan dan memberitahu
guru tidak masuk kelas minggu lepas.
Jam telah menunjukkan jam 7.55 pagi, guru A menyuruh murid-murid membuka
halaman 15 dan membuat latihan yng terdapat dalam buku teks berkenaan. Ada
murid yang mengeluarkan buku nota dan ada yang tidak berbuat apa-apa. Guru
A masih lagi duduk di kerusinya.
Loceng sekolah berbunyi jam 8.05 pagi, guru A bangun dari kerusi sambil
mengemas bukunya kemudian menyuruh murid-murid terus membuat latihan dan
guru A berjalan keluar meninggalkan kelas 3A.
Koding Temu Bual
Jadual 1 : Faktor-faktor Murid-murid Tahun 5 C Ponteng Kelas
Respond Murid Kod
Soalan : Apakah yang menyebabkan kamu tidak masuk kelas 1
Guru X setiap kali masa pengajarannya? 1
1
Murid 1 Boringlah cikgu setiap kali masa cikgu x dia suka membebel.
Bukannya sekejap lama pula tu.
Yang silap seorang saja, tetapi yang kena marah satu kelas
Cikgu tak mengajar bukannya menarik, mata saya mengantuk,
itu yang saya keluar dari kelas.
Murid 2 Saya tak fahamlah cikgu x mengajar. Dia seorang sahaja yang 3
bercakap, lepas itu dia tanya. Saya tak minat sebab itu saya 3
keluar kelas cikgu x
3
Murid 3 Saya tak faham cikgu x mengajar sebab kelas selalu bising dan 2
cikgu x diamkan saja
Penentuan Kod
1. Faktor Guru
Guru suka membebel
Guru selalu marah
Pengajaran tidak menarik
2. Suasana Kelas
Kelas bising
3. Faktor Murid
Tidak faham
Tidak berminat
Contoh Proses Analisis:
Analisis Dokumen Kehadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari – Mac
2010
Bil Nama Ketidakhadiran Dalam Bulan Januari – Mac 2010
1A 15
2B 10
3C 16
4D 12
5E 13
6F 10
7G 15
8H 17
9I 10
10 J 12
Analisis Dokumen Ketidakhadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari – Jun 2010
Bil Nama Ketidakhadiran Sebelum Ketidakhadiran Selepas
Tindakan Jan-Mac 2010 Tindakan April-Jun 2010
1A
2B 15 2
3C 10 0
4D 16 5
5E 12 0
6F 13 0
7G 10 0
8H 15 2
9I 17 3
10 J 10 1
12 1
Sekian, terima kasih
Intervensi Dalam
Kajian Tindakan
Intervensi
• Intervensi adalah proses yang dikenalpasti
untuk tujuan mengubah pemikiran, perasaan
dan tingkahlaku seseorang.
Ciri-Ciri Intervensi
• Dirancang – melibatkan proses membuat
keputusan dan analisis data.
• Berkekalan – dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat.
• Disasarkan atau difokuskan kepada individu
atau kumpulan tertentu
• Berorientasikan matlamat
• Berdasarkan prosedur tertentu
(Howell, 2009)
Intervensi Kajian Tindakan
• Tindakan yang dirancang berasaskan
fokus, isu atau masalah yang
dikenalpasti hasil daripada proses
refleksi berasaskan prosedur
tertentu.
Langkah-langkah Perancangan
Intervensi
1. Analisis masalah dan perancangan tindakan
2. Pengumpulan maklumat dan sintesis
3. Reka bentuk intervensi
4. Pembangunan awal dan ujian rintis
5. Penilaian eksperimen dan pembangunan
tindakan
7. Penyebaran
Rothman & Thomas (1994)
REFLEKSI
ISU/MASALAH
FOKUS
INTERVENSI
Proses
Refleksi Awal
Untuk Kenalpasti Intervensi
Isu/Masalah
Aduan ibubapa Disiplin murid
tidak ditangani
Pelajar tak faham
trigonometri
Guru Lewat
Contoh peta minda sumbangsaran kumpulan
tidak memahami tidak kuasai sifir tidak bimbing
konsep asas
pelajar malas ibubapa miskin
ponteng tidak buat kerja Pelajar Tidak ambil berat
tidak minat rumah/latihan Lemah pelajaran anak
Math
Penerangan tidak jelas guru gejala negatif persekitaran
Pengajaran tidak menarik Tidak kondusif
cepat untuk habiskan sukatan
garang tidak dapat
kawal kelas
ANALISIS TULANG IKAN
GURU PELAJAR
LEMAH CEMERLANG
MATH MATH
PERSEKITARAN IBUBAPA
ANALISIS TULANG IKAN
GURU PELAAJJAR tiada duit belanja
Tidak Tidak beri tiada pakaian
mesra perhatian seragam lengkap
Ponteng Tidak Mata tak % Ponteng
Sekolah kisah dapat lihat Berkurangan
papan hitam
Tidak peduli
Berkawan dengan persekolahan
mereka yang anak
sudah bekerja Berkerja Selalu tiada
PERSEKIITTAARRAAN IIBBUUBAPA di rumah
Contoh-Contoh Intervensi
• Inovasi
• Program
• Modul
• Aktiviti
• Borang
• Inisiatif berasaskan ICT
• Dan lain-lain.