[Taip tajuk dokumen]
[Taip subtajuk dokumen]
Jay
[Pilih tarikh]
MODUL
Rancangan Pengajaran
Harian Elektronik
e-RPH 4.0
Terbitan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Johor
Tahun 2019
CETAKAN PERTAMA 2019
Hak Cipta Terpelihara @ 2019 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor,
81300 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.
ISBN 978-967-17329-1-5
Diterbitkan oleh:
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
81300 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.
Tel : 07-558 1893
Faks : 07-556 9659
MODUL INI HANYALAH SATU PANDUAN, MUNGKIN TERDAPAT
PERBEZAAN ANTARA MUKA APABILA MENGIKUT MODUL INI
KERANA PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN YANG BERLAKU.
Penafian : Nama produk dan nama syarikat atau logo yang dipaparkan
dalam modul ini adalah hak milik pendaftar masing-masing.
ISI KANDUNGAN
Apa itu e-RPH 2
Kajian Literatur 3
Mengapa e-RPH? 5
7
Kerangka Konsep Modul e-RPH 4.0 8
Gambaran Idea e-RPH 4.0 8
10
1. Kaedah Satu 12
2. Kaedah Dua 15
3. kaedah Tiga 15
Tujuan 16
Latar Belakang dan Rasional 17
Asas Pertimbangan / Justifikasi 17
Pelaksanaan 18
Peranan Pelbagai Pihak 18
Skop Kerja Penyelaras e-RPH 19
Fungsi e-RPH 19
Syor Keselamatan 19
Aduan
Kesimpulan 20
Garis Panduan Pengguna Pelaksanaan Sistem Rancangan Pengajaran
Harian Elektronik (e-RPH) 22
23
BAB 1 25
e-RPH Menggunakan Aplikasi Google Docs 26
Pengenalan 27
Carta Alir e-RPH Menggunakan Google Docs 28
Contoh Templat e-RPH 28
Perincian Penyediaan e-RPH Menggunakan Kaedah 1 (Google Docs) 29
30
1a. Penyediaan e-RPH Menggunakan Microsoft Word 32
1b. Penyediaan e-RPH Menggunakan Templat Sedia Ada
Contoh Paparan Templat e-RPH 1
2. Muat Naik e-RPH ke Google Drive
3. Berkongsi Pautan e-RPH Kepada Pentadbir
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0
4. Membuka Pautan Fail e-RPH Guru 33
5. Penandaan e-RPH Guru 34
6. Mencetak dan Menyimpan e-RPH Yang Telah Disemak 35
BAB 2 37
e-RPH Menggunakan Aplikasi Google Sheets 38
Pengenalan 40
Jadual Pelaksanaan 41
Perincian Kaedah 2 42
Penyediaan Templat e-RPH 43
Contoh Templat e-RPH 45
Penyediaan E-RPH Google Sheets Oleh Admin e-RPH 47
Kaedah Pengaturcaraan RPH Google Sheets Oleh Admin e-RPH 47
49
Tetapan Data Validation 51
Tetapan Conditional Formatting 55
Panduan Pengurusan e-RPH Oleh Admin e-RPH 59
Kaedah Pengurusan e-RPH Oleh Guru 60
Kaedah Semakan e-RPH Oleh Pentadbir
Kaedah Pengisian e-RPH Oleh Semua Guru 66
67
BAB 3 68
e-RPH Menggunakan Aplikasi e-RPH Generator 70
Pengenalan 71
Konsep Awal 72
Proses Kerja Pelaksanaan e-RPH Generator 73
Perincian Penyediaan Templat e-RPH 74
Contoh Templat e-RPH 75
Contoh Paparan Templat e-RPH 80
Penyediaan Google Forms 93
Cara Membina Google Forms e-RPH 96
Tetapan Autocrat Ke Atas Google Sheets Responses 98
Penggunaan e-RPH Generator Oleh Guru
Perincian Pentadbir Menyemak e-RPH
Pengurusan e-RPH Guru Setelah Pengesahan Pentadbir
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 2
BAB 4 101
Arkib RPH Secara Atas Talian 102
Mengapa Perlu Diarkib? 103
Kaedah Mengarkib e-RPH
Bagaimana Jurulatih Utama e-RPH Mengurus Folder Utama e-RPH 104
Sekolah
Bagaimana Guru Menyimpan Dan Menguruskan e-RPH Di Dalam Storan 107
Awan (Google Drive) 111
Penutup 112
Panel Modul
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 3
KATA PENGANTAR
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 4
KATA ALU-ALUAN
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah kerangka kerja dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pemudahcaraan, dilakukan oleh guru di dalam atau di luar bilik darjah untuk
suatu tempoh masa yang ditetapkan.
Pengajaran perlu dirancang berdasarkan Sukatan Pelajaran dan guru harus menentukan
keputusan berkaitan matlamat, objektif, keperluan serta strategi pengajaran menjurus ke arah
pencapaian objektif. Objektif yang perlu dicapai dan dikuasai murid berperanan menentukan
keberkesanan pengajaran.
Fenomena dan trend penggunaan peralatan komunikasi serta Internet mengubah perspektif
rancangan kerja bagi persediaan guru mengajar. Rancangan kerja mingguan dan rancangan
kerja harian masih selari dengan keperluan pengajaran namun peranti seperti telefon bimbit,
tablet, komputer meja dan komputer riba menjadi perantara penyampaian dan storan bahan.
Warga pengurusan pendidikan Johor mengorak langkah menyediakan modul tutorial
memudahkan tugas guru membina rancangan pengajaran. Usaha yang harus disambut baik
dengan melaksanakannya dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah selari dengan konsep
pengurusan tanpa kertas.
Modul ini harus ada di setiap sekolah dan diamalkan oleh warga pendidik agar perancangan
pengajaran menjadi rapi, teratur dan sistematik. Mobiliti dan kemudahcapaian e-RPH
membolehkan para pendidik mempelbagaikan kaedah pembelajaran mengikut objektif yang
ingin dicapai.
AZIZAN BIN HJ. A.RAZAK
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 5
APA ITU e-RPH?
Rancangan Pengajaran Harian ialah penulisan wajib bagi setiap guru
sebelum sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) meliputi rangka
pengajaran yang akan dilaksanakan dan sasaran pencapaian yang
dijangkakan.
Kaedah semasa bagi penulisan RPH adalah secara manual, iaitu guru-
guru mencatatkan rancangan mereka di dalam buku Rancangan Pengajaran
Harian sebelum setiap sesi PdPc dimulakan dan akan disemak secara
manual oleh pentadbir sekolah pada hari akhir persekolahan setiap minggu.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan Revolusi Industri 4.0,
terdapat keperluan untuk memindahkan kaedah manual ini ke bentuk
elektronik agar masa dan fokus guru dapat diuruskan dengan lebih efisien.
Istilah e-RPH merujuk kepada kaedah penulisan RPH yang dihasilkan
dengan menggunakan medium atau pelantar elektronik. Akses kepada e-
RPH memerlukan komputer atau peranti yang bersesuaian.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 6
KAJIAN LITERATUR
Kajian Penggunaan e-Rekod yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor pada tahun 2018 yang mengumpulkan data penggunaan e-
Rekod sekolah-sekolah negeri Johor mendapati, hanya 0.73% sekolah telah
menggunakan e-Rekod dalam pengurusan RPH masing-masing dengan
0.1% penggunaan adalah daripada kalangan sekolah menengah.
Hasil penelitian mendapati tiga bentuk RPH yang sedia ada digunakan
iaitu penulisan buku RPH, simpanan RPH dalam fail, dan e-Rekod. Majoriti
sekolah sedang berada pada tahap penggunaan dan penyimpanan RPH
dalam fail, iaitu tahap pertengahan antara kaedah konvensional (buku) dan
kaedah baharu (e-Rekod).
Trend peralihan penulisan RPH ke e-Rekod juga mencatatkan graf
menaik setiap tahun sejak tahun 2015. Ini dilihat daripada bancian melalui
11 Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Johor melibatkan semua sekolah di
negeri Johor secara keseluruhannya.
Hasil kajian juga mendapati sekolah-sekolah telah mempunyai
kesedaran untuk mengubah dimensi penulisan RPH sedia ada kepada
bentuk baharu yang lebih sistematik dan efisien. Disebabkan beberapa
kekangan, sekolah-sekolah ini tidak mampu berubah sepenuhnya kepada
bentuk e-Rekod di atas talian, dan kekal pada kelompok pertengahan iaitu
melaksanakan kedua-dua kaedah sekaligus; atas dan luar talian. Terdapat
beberapa kekangan dalam pelaksanaan penuh e-Rekod secara atas talian
yang mendorong kepada permasalahan ini.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 7
Antara kekangan penggunaan e-Rekod yang dinyatakan oleh sekolah-
sekolah tersebut ialah, guru-guru tidak dapat mengemukakan RPH jika
pelayan atau talian mengalami kegagalan. Ini akan menyusahkan mereka
sekiranya pemantauan PdPc oleh pihak atasan dilaksanakan dan mereka
gagal mengemukakan RPH bagi PdPc tersebut. Selain itu, guru-guru juga
lebih terdorong untuk menggunakan jalan singkat bagi menyiapkan RPH
seperti kaedah salin dan tampal tanpa membuat pengubahsuaian terlebih
dahulu. Peluang untuk bertindak sedemikian lebih mudah dan terbuka untuk
mereka. Akhirnya, RPH yang disiapkan tidak menepati format dan
menjejaskan integriti seorang guru. Ini merupakan sisi negatif e-Rekod yang
perlu diperhalusi.
Disebabkan isu-isu yang timbul ini, kumpulan pembangun modul
melihat adanya keperluan untuk menghasilkan panduan membina e-RPH
yang lebih bersistematik dan mematuhi kehendak pengurusan tertinggi
pendidikan. Modul e-RPH yang dibina ini dapat meminimakan isu-isu
pemantauan, kebolehcapaian, semakan, dan integriti dalam penulisan RPH,
seterusnya menjamin pengurusan PdPc yang lebih berkesan dan berkualiti.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 8
MENGAPA e-RPH?
Perubahan suasana pembelajaran serta dunia pekerjaan seorang
guru telah melalui satu evolusi hebat sepanjang 10 tahun kebelakangan ini.
Permintaan kepada perubahan dunia pendidikan masa kini bukan sahaja
dialami oleh negara kita, malah di seluruh dunia. Justeru itu, terdapat
lonjakan dalam dunia pendidikan yang membabitkan penggunaan pelbagai
media dan peranti elektronik masa kini.
Tidak hairanlah mengapa Kementerian Pendidikan Malaysia
mengambil keputusan untuk mengubah corak proses Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas pada masa ini. Pengenalan terhadap
pelantar pembelajaran maya (Virtual Learning Environment) sebagai contoh
terbaik bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia cuba membawa
pendidikan kita ke satu tahap yang lebih tinggi.
Melalui proses perubahan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun
begitu, akhirnya kita telah berjaya melepasi halangan ini dengan baik.
Terdapat perubahan sikap yang begitu ketara dan besar sekali terhadap
minat serta komitmen guru-guru terhadap kemajuan dan perkembangan
proses Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di seluruh sekolah di Malaysia.
Semakin hari semakin ramai guru yang berlumba-lumba untuk meningkatkan
pengetahuan mereka terhadap corak PdPc masa kini selain daripada
pengetahuan mereka terhadap ICT.
Maka dengan inilah, e-RPH adalah sesuatu yang amat penting dan
relevan pada masa kini. Kaedah guru menghasilkan Rancangan Pengajaran
Harian turut berubah mengikut peredaran zaman.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 9
Kaedah e-RPH menjadi pilihan yang lebih baik berbanding
konvensional atas beberapa kelebihan. Pertama, ia kaedah menghasilkan
RPH yang lebih efisien. Berbanding RPH konvensional, guru-guru tidak perlu
menulis dan mengulang tulis menggunakan tulisan tangan. Ini menjimatkan
masa dan tenaga, memastikan pengurusan yang lebih efisien, dan
membantu guru-guru memberikan fokus kepada perkara lain dalam PdPc.
Kedua, e-RPH dapat menjimatkan sumber (kertas). Cetakan hanya
dilakukan apabila ada keperluan sahaja, dan bukannya sepanjang masa
seperti kaedah yang diamalkan sekarang.
Selain itu, kaedah semakan juga akan menjadi lebih sistematik.
Penyemakan oleh pihak pentadbir atau pengurusan tertinggi dapat dilakukan
pada masa yang sama tanpa mengambil kira kekangan tempat dan situasi.
Seterusnya, penggunaan e-RPH juga dapat menyeragamkan
rancangan mengajar di dalam sekolah. Sekolah boleh menetapkan format
dan ciri-ciri yang ingin diletakkan di dalam rancangan mengajar guru-guru di
sekolah sendiri mengikut keperluan dan justifikasi.
Akhir sekali, penulisan RPH di atas platform elektronik adalah suatu
trend dan kaedah bercirikan teknologi masa kini. Seiring dengan pendidikan
abad ke-21 terhadap pelajar, penulisan RPH guru juga seharusnya pada
aras yang sama.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 10
Kerangka Konsep Modul e-RPH 4.0
Kerangka konsep kajian ini adalah merujuk kepada beberapa model
berkaitan dengan elemen Revolusi Industri 4.0 adalah berdasarkan tujuh
elemen berdasarkan kajian Ahmad Zainal et.all., (2019) iaitu; Literasi
Informasi, Pengetahuan Teknologi, Akses Data, Integrasi Perisian, Industri
Internet, Keselamatan Cyber dan Integrasi Data yang merupakan pemboleh
ubah bebas (independent variable). Manakala indikator e-RPH 4.0 adalah
berdasarkan kajian literatur Herman et al (2015), Hoedi Prasetyo & Wahyudi
Stopo (2017), Muhammad Nizam (2018), Mohd Aiman et al. (2018), Kadri-
Liis (2018) iaitu: garis panduan, grafik dan manual yang merupakan
pemboleh ubah bersandar (dependent variable). Kerangka konseptual ini
adalah berasaskan konstruk dan dimensi yang telah diperoleh dari analisis
dokumen literatur dan temu bual serta pengesahan pakar (rating given) dan
seterusnya dianalisis bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan
data kualitatif yang empirikal.
e-RPH 4.0
Rajah 1: Kerangka Konseptual Modul e-RPH 4.0
Adaptasi: Ahmad Zainal et.all., (2019), Herman et al (2015),
Hoedi Prasetyo & Wahyudi Stopo (2017), Muhammad Nizam (2018),
Mohd Aiman et al. (2018), Kadri-Liis (2018)
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 11
GAMBARAN IDEA
ERPH 4.0
1. Kaedah Satu
1.1 Penggunaan Google Docs @ Microsoft
Word
1.2 Muat Naik Ke Storan Awan (Google Drive)
1.3 Kongsikan Kepada Pentadbir
1.4 Semakan Oleh Pentadbir
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 12
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 13
2. Kaedah Dua
2.1 Penggunaan Google Sheets (Data
Validation)
2.2 Penghasilan templat e-RPH oleh Jurulatih
Utama (JU) peringkat sekolah
2.3 Penentuan data-data dan maklumat e-
RPH oleh panitia sekolah dengan
kerjasama JU
2.4 Guru hasilkan e-RPH dengan templat dan
data yang telah disediakan
2.5 Guru simpan e-RPH (pdf) di dalam Google
Drive masing-masing
2.6 Guru kongsi e-RPH kepada pentadbir
2.7 Semakan oleh pentadbir
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 14
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 15
3. Kaedah Tiga
3.1 Penggunaan Google Forms dan kaedah
Mail Merge (Doc Studio @ Autocrat)
3.2 Penghasilan Templat e-RPH oleh JU
peringkat sekolah
3.3 Penentuan data-data dan maklumat e-
RPH oleh panitia sekolah dengan
kerjasama JU
3.4 Guru hasilkan e-RPH dengan Google
Forms
3.5 Guru hantar e-RPH terus kepada
pentadbir dan diri sendiri (salinan)
3.6 Semakan oleh pentadbir
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 16
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 17
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 18
TUJUAN
Manual dan Garis Panduan Pengguna ini diwujudkan untuk
memudahkan pelaksanaan Sistem Rancangan Pengajaran Harian
Elektronik (e-RPH) oleh guru-guru. Kewujudan kemudahan ini mampu
mengimbangi beban tugas harian guru terutamanya melibatkan kreativiti dan
inovasi keberhasilan guru. Di samping itu, e-RPH ini mampu merealisasikan
harapan KPM untuk merealisasikan transformasi ICT sebagai pengupaya
pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
LATAR BELAKANG DAN RASIONAL
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1998: Akta Pendidikan 1996
dan Peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996, Para 2.6
Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Perkara 8:
Buku Rekod Guru, “Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah
gaya pos atau PJJ, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku
rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir
persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian
atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar
pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku
rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan”.
Sehubungan itu, e-RPH dicadangkan pelaksanaannya susulan
perkembangan teknologi maklumat selaras dengan Anjakan ke-7, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, “Memanfaatkan
ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia”. Setelah lima (5)
tahun pelaksanaan PPPM berlangsung, Gelombang 2: Memacu
Peningkatan Sistem disesuaikan dengan peredaran zaman ke arah Revolusi
Industri 4.0 untuk meringankan beban tugas guru.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 19
Di samping itu, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999: Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran, pada Para 4 menyatakan “Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk
munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa”. Punca kuasa ini
memberikan peluang dan ruang kepada guru memanfaatkan Teknologi ICT
dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) serta rekod persediaan
mengajar mereka selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Selaras dengan konsep penerapan inovasi dan kreativiti di kalangan
guru secara atas talian, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
mengambil langkah mencadangkan tiga (3) kaedah pelaksanaan sistem e-
RPH yang boleh diguna dan diaplikasi di peringkat sekolah sebagai
pemusatan data buku rekod guru. Pelaksanaan e-RPH ini dibangunkan
secara mesra pengguna dengan Pilot Test atau Program Rintis dilaksanakan
di dua (2) buah jenis sekolah iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Selesai proses Pilot Test, sistem ini diperluaskan ke semua sekolah Negeri
Johor mulai tahun 2020 dan penambahbaikan sistem akan sentiasa dikemas
kini untuk memberikan keselesaan kepada pengguna berdasarkan
perubahan semasa kurikulum pembelajaran Malaysia.
ASAS PERTIMBANGAN / JUSTIFIKASI
Pelaksanaan Sistem Rancangan Pengajaran Harian Elektronik (e-RPH)
dibangunkan kerana:
i. Menjimatkan masa penulisan buku rekod guru melalui pautan bahan
bantu mengajar.
ii. Mengurangkan penggunaan kertas (cetakan apabila diperlukan).
iii. Kaedah semakan dan penilaian daripada Pegawai Penilai
(Pentadbir) lebih bersistematik dan pemusatan rekod.
iv. Mengoptimumkan sumber manusia dan teknologi ke arah Internet of
Things (IoT) dan kepintaran buatan (Artificial Intelligence).
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 20
PELAKSANAAN
Mengambil kira keperluan peralatan dan rangkaian Internet serta ilmu
pengetahuan menangani masalah semasa di persekitaran sekolah,
pelaksanaan sistem e-RPH ini mengambil masa selama satu (1) tahun
untuk tempoh percubaan.
Pelaksanaan dilakukan secara berperingkat bermula dari 110 buah
sekolah rintis Pendidikan Abad ke 21 (PAK21) sebelum diperluaskan
ke semua sekolah negeri Johor.
PERANAN PELBAGAI PIHAK
Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)/PPD
a. Memilih, menentu dan menyemak keberkesanan pelaksanaan e-
RPH di sekolah-sekolah.
b. Memantau dan melaporkan proses kerja penghasilan e-RPH guru
dan pentadbir sekolah.
c. Pemantauan dan galak guna pelaksanaan e-RPH.
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ)/PKG
a. Melaksanakan program kesedaran dan latihan penggunaan e-RPH.
b. Menyediakan kumpulan khidmat bantu teknikal penggunaan e-RPH.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Johor
a. Melakukan semakan kepatuhan kaedah penulisan e-RPH supaya
selari dengan kehendak PdPc.
b. Menyelaras taraf penulisan e-RPH bagi tujuan pencerapan.
Sekolah
a. Melantik seorang Penyelaras e-RPH di peringkat sekolah.
b. Mentadbir pengarkiban e-RPH secara berpusat dan berstruktur.
c. Membangunkan dokumen prosedur dan tatacara kawalan dalaman
penggunaan e-RPH di samping memastikan prosedur tersebut
dipatuhi.
d. Menyediakan latihan kepada guru.
e. Memastikan templat e-RPH yang diguna pakai selaras dengan
dasar semasa dan pengurusan perubahan.
f. Menggalakkan kreativiti dan inovasi guru ke arah Sekolah Bestari
dan Sekolah Lestari.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 21
SKOP KERJA PENYELARAS e-RPH
Bertanggungjawab menyelia dan menyelaras keperluan maklumat
asas untuk dikongsikan kepada semua pengguna e-RPH di sekolah.
Menyelaras prosedur teknikal dan tatacara membina, menulis,
menghantar dan mengemas kini e-RPH yang disediakan guru.
Menyediakan ruangan simpanan awan (cloud storage) pengarkiban
yang selamat dan boleh diakses sekiranya diperlukan.
Membimbing pengguna e-RPH melaksanakan proses pengisian dan
pengemas kinian e-RPH.
Membimbing panitia membina Data Validation bagi memudahkan
pengguna e-RPH.
Membimbing pengguna berkaitan kesedaran dan keselamatan data
dan maklumat berkaitan e-RPH.
Menyediakan laporan penghantaran dan semakan e-RPH secara
bulanan bagi tujuan semakan dan makluman semua.
FUNGSI e-RPH
Mengubah persepsi penulisan RPH daripada sesuatu yang maujud
kepada suatu penulisan di atas talian dengan pengurusan simpanan
awan secara kendiri.
Memanfaatkan peluang membestari dan melestarikan sekolah.
Memanfaatkan teknologi sebagai alat memudahkan urusan.
Menjimatkan kertas, memanfaatkan masa penulisan dan perekodan
serta memberikan lebih banyak pilihan kaedah kreativiti penulisan.
Memberikan kesedaran terhadap langkah keselamatan pelindungan
data dan maklumat peribadi.
Menyediakan pilihan pengarkiban bukan secara fizikal.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 22
SYOR KESELAMATAN
Akaun e-mel peribadi perlu dikemas kini ciri-ciri keselamatan seperti
kata laluan, pilihan keselamatan bergambar dan pendaftaran peranti
yang dibenarkan untuk mengakses e-mel.
Penggunaan perisian Internet Security dan antivirus digalakkan bagi
tujuan mengurangkan risiko serangan phishing, malware dan spam.
Mendapatkan bimbingan serta pengetahuan berkaitan kesedaran dan
keselamatan ICT daripada pihak yang bertanggungjawab.
Menandatangani Surat Pematuhan Dasar Keselamatan ICT KPM
berdasarkan Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2012.
Memahami tatacara pengurusan keselamatan dokumen di bawah Akta
Rahsia Rasmi 1972.
ADUAN
Sebarang aduan, cadangan dan masalah yang berkaitan pelaksanaan
sistem e-RPH hendaklah dimajukan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG)
berhampiran sama ada melalui e-mel atau panggilan telefon dan
sebagainya.
KESIMPULAN
Manual dan garis panduan pengguna ini adalah sesuai untuk
digunakan pada masa ini sahaja dan sebarang perubahan dan
penambahbaikan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Manual dan
garis panduan pengguna ini juga bertujuan untuk membantu Bahagian KPM,
JPN, PPD dan sekolah dalam melancarkan pelaksanaan Sistem Rancangan
Pengajaran Harian Elektronik (e-RPH) oleh guru-guru.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 23
GARIS PANDUAN PENGGUNA
PELAKSANAAN SISTEM RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK (e-RPH)
KEPERLUAN PERALATAN/PERKAKASAN
1. Komputer
2. Pencetak (jika perlu)
3. Perkakasan input → papan kekunci, tetikus
4. Tablet/telefon pintar
5. Talian Internet
KEPERLUAN PERISIAN / APLIKASI
1. Google Apps (Drive, Docs, Data Studio, Sheets, Forms, Gmail)
2. Microsoft (Word, Excel, OneNote, OneDrive, Outlook)
3. AutoCrat (Third Party Add-ons)
KEPERLUAN KEMAHIRAN
1. Penggunaan komputer, tablet atau telefon pintar
2. Sambungan talian Internet (wired, Wi-Fi, hotspot, mobile connection)
3. Penggunaan perisian dan aplikasi
4. Penggunaan e-mel berasaskan Google (Gmail atau Yes Mail)
KAEDAH 1: e-RPH ASAS (Google Docs)
KAEDAH 2: e-RPH PERTENGAHAN (Google Sheets)
KAEDAH 3: e-RPH LANJUTAN (Google Forms, Google Docs/Google
Sheets, Data Studio, AutoCrat)
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 24
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 25
e-RPH
MENGGUNAKAN
APLIKASI
GOOGLE DOCS
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 26
PENGENALAN
Rancangan Pengajaran Harian Elektronik (e-RPH) merupakan suatu
penulisan rancangan pengajaran harian guru secara digital. Kaedah ini
digunakan bagi menggantikan tatacara penulisan buku rekod pengajaran
harian (RPH) secara tradisional ke penyediaan rancangan pengajaran harian
secara digital.
Kaedah ini merupakan kaedah pertama penulisan RPH secara digital
yang mudah dilaksanakan oleh guru. Ia memudahkan guru menyediakan
RPH dalam bentuk digital tanpa perlu menulis secara kaedah tradisional
kerana guru hanya perlu menyediakan RPH tersebut menggunakan perisian
pemprosesan perkataan atau menggunakan templat (template) yang
disediakan. Ia juga dapat menjimatkan masa penyediaan RPH dan boleh
diakses di mana-mana sahaja.
Penyediaan e-RPH bagi tahap ini tidak memerlukan Kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang tinggi. e-RPH ini disediakan
hanya menggunakan kemahiran perisian pemprosesan perkataan,
kemahiran memuat naik bahan dan kemahiran berkongsi bahan secara
maya. Oleh itu, bagi kaedah ini, perkakasan yang diperlukan dalam
penyediaan e-RPH ini adalah seperti berikut:
1. Perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word, OpenOffice,
Kingsoft Writer, SSuite Wordgraph, AbiWord, AbleWord, LibreOffice
Writer, dsb.)
2. Google Drive
3. Google Docs
4. Google Mail
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 27
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 28
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 29
CONTOH TEMPLAT e-RPH
MUAT TURUN
http://tiny.cc/erphGDocs
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 30
PERINCIAN PENYEDIAAN e-RPH
MENGGUNAKAN KAEDAH 1
(GOOGLE DOCS)
Terdapat banyak templat (template) e-RPH di atas talian yang boleh
dijadikan contoh oleh guru-guru dan sekolah. Namun begitu, ada sekolah
yang lebih gemar mencipta format RPH yang tersendiri tanpa mengubah
suai isi-isi dan data yang penting. Ianya lebih eksklusif bagi warga sekolah
tersebut.
Templat e-RPH amat mudah untuk dihasilkan. Anda hanya perlu
kemahiran menggunakan perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft
Word atau Google Docs yang percuma dan selamat.
Seterusnya, berdasarkan carta alir sebelum ini, anda akan
melaksanakan penyediaan e-RPH bermula dari awal hingga proses akhir
penyimpanan e-RPH.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 31
1a. PENYEDIAAN e-RPH MENGGUNAKAN MICROSOFT
WORD
Guru membuat e-RPH menggunakan perisian pemprosesan
perkataan
1. Hasilkan templat kosong e-RPH sendiri menggunakan Microsoft Word.
2. Setelah selesai, muat naik ke dalam Google Drive.
3. Jika anda telah memuat naik templat ke Google Drive, anda tidak perlu
muat naik semula templat yang telah dihasilkan bagi RPH seterusnya.
1b.PENYEDIAAN e-RPH MENGGUNAKAN TEMPLAT SEDIA
ADA
Guru melengkapkan e-RPH menggunakan templat e-RPH
1. Muat turun templat sedia ada (contoh pada halaman 26).
2. Namakan fail tersebut mengikut tarikh, kelas dan subjek (contoh:
20181031 1A Bahasa Melayu).
3. Lengkapkan isi-isi pembelajaran dalam templat yang dimuat turun
tersebut.
4. Setelah selesai, muat naik ke dalam Google Drive.
Contoh fail yang dinamakan semula
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 32
CONTOH PAPARAN TEMPLAT e-RPH
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 33
2. MUAT NAIK e-RPH KE GOOGLE DRIVE
Guru muat naik e-RPH dalam storan awan (Google Drive)
1. Log masuk storan awan (Google Drive).
2. Cipta folder untuk simpanan e-RPH dan dinamakan e-RPH <NAMA
GURU>. Contohnya e-RPH AZMAN.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 34
3. Buka folder simpanan e-RPH tersebut.
4. Muat naik fail e-RPH yang dibina menggunakan Microsoft Word atau
dari templat sedia ada ke dalam folder e-RPH yang dicipta. Untuk muat
naik, seret dan lepas (drag and drop) fail e-RPH ke dalam folder atau
gunakan arahan New > File upload.
Muat naik fail melalui arahan New > File upload.
Muat naik fail melalui arahan seret dan lepas (drag and drop).
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 35
3. BERKONGSI PAUTAN e-RPH KEPADA PENTADBIR
Guru kongsi pautan fail / folder e-RPH kepada pentadbir
1. Klik pada fail e-RPH guru (single share) ATAU folder e-RPH guru (bulk
share).
2. Klik pada butang Share.
3. Masukkan e-mel pentadbir.
4. Beri kebenaran pentadbir untuk mengedit fail (klik Anyone with the link
can edit).
5. Klik Send.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 36
4. MEMBUKA PAUTAN FAIL e-RPH GURU
Pentadbir membuka pautan fail e-RPH guru
1. Buka perisian e-mel pentadbir (Google Mail).
2. Buka e-mel yang dihantar guru.
3. Klik pada pautan yang dikongsikan dalam e-mel guru tersebut.
4. Buka fail melalui Google Docs.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 37
5. PENANDAAN e-RPH GURU
Pentadbir membuat semakan dan ulasan e-RPH guru
1. Klik pada ruang untuk ulasan atau komen pentadbir.
2. Nyatakan ulasan e-RPH yang disemak.
3. Google Docs akan menyimpan ulasan atau kenyataan yang dibuat
secara automatik.
Contoh ulasan yang telah dibuat oleh pentadbir.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 38
6. MENCETAK DAN MENYIMPAN e-RPH YANG TELAH
DISEMAK
Guru mencetak e-RPH yang telah disemak dan simpan dalam fail jika
perlu
1. Setelah disemak, guru akan log masuk semula ke dalam Google Drive
peribadi.
2. Guru akan mengakses semula fail e-RPH yang telah disemak.
3. Buka fail e-RPH tersebut dengan mengetik dua kali fail tersebut.
4. Klik ikon cetak.
5. Fail e-RPH yang dicetak perlu disimpan dalam fail keras atau fail
peribadi untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 39
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 40
e-RPH
MENGGUNAKAN
APLIKASI
GOOGLE SHEETS
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 41
PENGENALAN
Rancangan Pengajaran Harian merupakan perkara asas yang perlu
disediakan oleh guru di sekolah. Selaras dengan matlamat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memartabatkan penggunaan ICT
(Information Communication Technology) dalam dunia pendidikan, inovasi
dalam perancangan pengajaran oleh guru perlu dibuat dengan menekankan
konsep ICT dalam untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Salah satu kaedah untuk menjayakan hasrat ini ialah dengan melatih
guru–guru supaya menggunakan ‘e-Lesson Plan’ dalam menyiapkan
perancangan pengajaran mereka. Penggunaan ‘e-Lesson Plan’ menjurus
kepada penyediaan rancangan pengajaran harian secara atas talian di mana
guru akan menyediakan rancangan pengajaran menggunakan komputer dan
rancangan pengajaran ini boleh disemak oleh Guru Panitia, Guru Ketua
Bidang, Pengetua, malah Pengarah Pendidikan.
Di dalam kaedah pertama yang dijelaskan itu, ianya lebih merujuk
kepada Google Docs. Manakala bagi kaedah kedua ini, penggunaan e-RPH
melalui Google Sheets akan digunakan. Ianya akan menyediakan tapak
sheet, yang mana guru hanya perlu menyiapkan di ruangan yang telah
disediakan. Antara kelebihan menggunakan e-RPH melalui Google Sheets
ini adalah:
1. Mudah bagi guru dalam penyediaan e-RPH secara pantas.
2. Tapak atau pautan telah disediakan.
3. Pentadbir mudah untuk semak apabila e-RPH dihantar.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 42
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 43
JADUAL PELAKSANAAN
ADMIN e-RPH GURU PENTADBIR (PGB)
1. Admin membina
5. Guru Add to drive 9. Pentadbir buka
templat e-RPH fail yang telah file di ‘Shared
mengikut modul. dikongsikan oleh with me’ dan
admin. melakukan
2. Admin meletakkan proses
templat tadi di 6. Guru menghasilkan penyemakan dan
dalam folder khas. salinan pendua pengesahan.
daripada salinan
3. Admin berkongsi templat asal e-RPH
(share) folder tadi (proses Make a
kepada semua copy).
guru.
7. Guru menghasilkan
4. Admin dan Guru e-RPH pada salinan
Panitia kemas kini pendua kemudian
fail e-RPH pada menamakan
bahagian Data dokumen sebagai
Validation. RPH mingguan.
Cth:
(M01 cikguFara 2019)
(M02 cikguFara 2019)
8. Kongsikan RPH
yang telah siap
kepada pentadbir
(masukkan e-mel
pentadbir pada
fungsi Share
dengan kebenaran
Can edit).
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 44
PERINCIAN KAEDAH 2
1. Penyediaan templat e-RPH.
2. RPH (format ditentukan sendiri oleh sekolah).
3. Penyediaan Google Sheets (Rajah 1) oleh admin e-RPH, merujuk
kepada panitia masing-masing.
4. Tetapan pautan telah disediakan oleh admin e-RPH, juga melalui
panitia masing-masing.
5. Uji lari oleh guru-guru:
5.1 Guru buka Gmail.
5.2 Guru buka Google Sheets.
5.3 Guru isi maklumat yang diperlukan di dalam RPH.
5.4 Guru semak dan pastikan semua telah diisi.
5.5 Guru perlu mengesahkan status siap dan hantar kepada
pentadbir.
5.6 Pentadbir semak dan mengesahkan RPH guru tersebut.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 45
PENYEDIAAN TEMPLAT e-RPH
Terdapat banyak templat e-RPH di atas talian yang boleh dijadikan
contoh oleh guru-guru dan sekolah. Namun begitu, ada sekolah yang lebih
gemar mencipta format RPH yang tersendiri tanpa mengubah suai isi-isi dan
data yang penting. Ianya lebih eksklusif bagi warga sekolah tersebut.
Templat e-RPH yang akan diterangkan ini amat mudah untuk
dihasilkan. Anda hanya perlu kemahiran menggunakan aplikasi
pemprosesan perkataan seperti Microsoft Excel atau Google Sheets yang
percuma dan selamat.
TATACARA :
1. Admin e-RPH akan menyediakan templat e-RPH melalui Google
Sheets.
2. Admin e-RPH akan bekerjasama dengan panitia, bagi penyediaan
pautan bahan-bahan yang diperlukan di dalam e-RPH tersebut.
3. Guru akan mengisi maklumat yang berwarna sahaja. (Rajah 1)
4. Setelah selesai, guru perlu mengesahkan dan akan dimuat naik
ke dalam Google Drive.
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 46
CONTOH TEMPLAT e-RPH
MUAT TURUN
http://tiny.cc/erphsheet1
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 47