The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuepunye, 2022-02-19 10:13:36

MODUL ERPH HAKCIPTA TERPELIHARA

MODUL ERPH HAKCIPTA TERPELIHARA

Rajah 1

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 48

PENYEDIAAN e-RPH GOOGLE SHEETS OLEH
ADMIN e-RPH

1. Admin e-RPH cipta sebuah templat RPH melalui Google Sheets seperti
contoh yang diberikan.

2. Admin e-RPH menamakan dokumen tersebut sebagai
‘M01namacikgu2019’.

3. Admin e-RPH cipta tab hari sebagai contoh Ahad hingga Khamis,
catatan mingguan dan Data Validation.

4. Berikut adalah contoh templat catatan mingguan (pilihan):

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 49

5. Admin e-RPH perlu sediakan templat Data Validation seperti gambar
rajah di bawah.

*Nota:

1. Pengisian maklumat data validation ditugaskan kepada ketua panitia.
2. Ketua panitia perlu menyediakan maklumat data validation untuk ke

semua peringkat aliran. Data itu akan dikongsi kepada guru.
3. Guru import data berkenaan sahaja untuk dimuatkan dalam tab Data

Validation.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 50

KAEDAH PENGATURCARAAN RPH GOOGLE
SHEETS OLEH ADMIN e-RPH

TETAPAN DATA VALIDATION

Pengesahan Data (Data Validation) ini digunakan untuk membenarkan
pilihan dibuat pada medan oleh pengguna tanpa perlu menaip.

1. Pilih medan yang ingin diberi penetapan.

2. Klik kanan tetikus dan pilih Data Validation.

3. Pada Criteria pastikan pilihan List from a range dan klik pada kotak di
sebelah (Select data range)

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 51

4. Seterusnya paparan di bawah akan muncul.

5. Kemudian klik pada tab Data Validation.

6. Pilih dengan klik dan seret pada senarai data yang dikehendaki.
Kemudian pilih OK.

7. Pilih Save.

8. Tetapan dropdown menu anda telah berjaya.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 52

KAEDAH PENGATURCARAAN RPH GOOGLE
SHEETS OLEH ADMIN e-RPH

TETAPAN CONDITIONAL FORMATTING

Conditional Formatting ini digunakan untuk menetapkan pilihan warna
sekiranya berlaku perubahan pada medan.

1. Pilih medan yang ingin diberi penetapan.

2. Klik kanan tetikus dan pilih Conditional formatting.

3. Pada Format cells if..., sila pilih tetapan Cell is empty.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 53

4. Pada bahagian Formatting style pula pilih warna merah. Kemudian klik
Done.

5. Tetapan Conditional formatting anda telah berjaya.

*Nota:

Medan berwarna merah adalah perkara yang perlu diisi oleh guru. Setelah
pengisian dibuat pada medan berikut, ia akan berubah kepada warna putih
(telah diisi). Sekiranya tiada pilihan untuk digunakan, sila letakkan tanda ‘-‘
pada medan berikut.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 54

PANDUAN PENGURUSAN e-RPH OLEH
ADMIN e-RPH

1. Admin e-RPH memuat turun contoh templat pada pautan berikut:
http://tiny.cc/erphsheet1

2. Log masuk storan awan (Google Drive).

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 55

3. Cipta folder e-RPH sekolah.

Klik pada New > Klik pada Folder > Namakan folder. Contoh: ‘Panitia Matematik’ >
Klik Create.

4. Muat naik fail e-RPH yang dibina menggunakan templat sedia ada ke
dalam folder e-RPH sekolah yang dicipta. Untuk muat naik, seret dan
lepas (drag and drop) fail e-RPH ke dalam folder atau gunakan arahan
New > File upload > pilih fail dan klik Open.

5. Buka fail yang telah dimuat turun kepada bentuk Google Sheets.

Klik kanan tetikus > Open with > Google Sheets

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 56

6. Paparan e-RPH masih dalam bentuk Microsoft Excel. Sila simpan
dalam bentuk format Google Sheets.

Klik File > Save as Google Sheets

7. Templat e-RPH dalam bentuk Microsoft Excel boleh dipadamkan.

Klik kanan pada fail berformat .xlsx kemudian pilih Remove

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 57

8. Kongsi (Share) fail tersebut kepada ketua panitia.

Klik kanan pada fail > pilih Share > masukkan e-mel ketua panitia.
Pastikan proses Share tersebut kepada tetapan Can organize, add & edit

9. Admin e-RPH bersama dengan semua ketua panitia perlu mengemas
kini maklumat templat e-RPH di medan Data Validation terlebih dahulu
mengikut subjek masing-masing sebelum digunakan oleh guru.

10. Setelah proses pengemas kinian Data Validation selesai, fail tersebut
boleh dimuat naik oleh guru-guru.

*Nota:
1. Kongsikan fail kepada ketua panitia dengan ketetapan Can edit.
2. Kongsikan fail kepada guru dengan ketetapan Can view.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 58

KAEDAH PENGURUSAN e-RPH OLEH GURU

1. Guru log masuk ke dalam akaun Google Drive.

2. Wujudkan folder e-RPH.

Klik kemudian pilih Folder. Namakan folder berikut: ‘e-RPH (nama guru) 2019’

3. Pilih Shared with me dan kemudian pilih templat e-RPH, klik kanan dan
pilih Add to My Drive.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 59

4. Pergi ke My Drive dan pilih fail e-RPH. Klik kiri dan seret ke folder e-
RPH.

5. Masuk ke dalam folder e-RPH, kemudian klik kanan pada fail e-RPH
dan pilih Make a copy.

6. Proses ini dilakukan untuk menjadikan fail tersebut milik peribadi. Fail
milik Admin e-RPH boleh dipadamkan.

7. Ubah nama fail tersebut dengan mengklik kanan dan pilih Rename.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 60

8. Berikan nama fail tersebut seperti contoh ‘M01 Azhaar 2019’.
9. Buka fail templat e-RPH dan kemas kini Data Validation mengikut

subjek yang diajar dengan memadamkan subjek yang tidak berkaitan
sahaja.
10. Sekiranya guru mengajar lebih dari satu subjek, sila salin dan tampal
(copy & paste) di bahagian bawah e-RPH tersebut.

Subjek
Matematik

Subjek
Sains

Highlight pada kesemua e-RPH, tekan kekunci Ctrl+C (copy). Kemudian klik pada
bahagian bawah e-RPH dan tekan Ctrl+V (paste).

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 61

11. Buat pendua bagi minggu berikutnya.

12. Kongsikan e-RPH yang telah siap kepada pentadbir.

Masukkan e-mel pentadbir pada fungsi Share
dengan kebenaran Can edit.

*Nota:
Guru boleh menggunakan kata kunci tiga huruf awalan bagi mencari data
pada medan pilihan.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 62

KAEDAH SEMAKAN e-RPH OLEH PENTADBIR

1. Guru log masuk ke dalam akaun Google Drive.
2. Pilih tab Shared with me dan kemudian pilih fail e-RPH guru.

3. Klik pada ruang pengesahan pentadbir (warna kuning) untuk ulasan
atau komen pentadbir.

4. Nyatakan ulasan e-RPH yang disemak.
5. Google Sheets akan menyimpan ulasan atau kenyataan yang dibuat

secara automatik.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 63

KAEDAH PENGISIAN e-RPH OLEH SEMUA
GURU

1. Pilih tetapan SUBJEK.

2. Pilih tetapan KELAS.

3. Pilih tetapan BILANGAN MURID.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 64

4. Klik pilihan pada tetapan MASA, dari mula hingga akhir.
5. Klik pilihan tetapan MINGGU.
6. Klik pilihan tarikh pada tetapan TARIKH.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 65

7. Klik pilihan tetapan pada BIDANG.
8. Klik pilihan tetapan pada TAJUK.

9. Klik pilihan tetapan pada STANDARD PEMBELAJARAN.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 66

10. Pada ruangan OBJEKTIF PEMBELAJARAN, pilih pautan yang
ditetapkan.

11. Klik pada ruangan kosong, pada ruang SET INDUKSI, AKTIVITI dan
PENUTUP, guru perlu mengisi perkara berkaitan.

12. Klik dan pilih pada ruangan tab yang berkenaan.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 67

13. Pada ruangan PENILAIAN/PENTAKSIRAN, tanda pada KOTAK yang
berkaitan.

14. Pada ruangan IMPAK masukkan jumlah murid pada ruangan
berwarna merah.

15. Pada ruangan REFLEKSI/CATATAN, isikan jika perlu.
16. Guru perlu membuat pengesahan dengan memilih pada kotak merah

TIDAK dan pilih YA. Isikan tarikh pada kotak merah sebelah tarikh.
17. Pentadbir akan mengesahkan e-RPH yang dibuat oleh guru pada

ruangan PENGESAHAN PENTADBIR.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 68

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 69

e-RPH
MENGGUNAKAN

APLIKASI
e-RPH GENERATOR

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 70

PENGENALAN

Kaedah ketiga merupakan kaedah yang rumit dan sukar untuk
disediakan. Namun begitu, ianya dapat memudahkan pengguna akhir (end
user) di sekolah. Selain itu, penggunaan kaedah ketiga ini adalah lebih
sistematik berbanding dengan kaedah-kaedah sebelum ini yang diterangkan
di dalam modul ini.

Terdapat banyak aspek dan kriteria yang perlu diberikan perhatian
sekiranya sekolah benar-benar ingin mengaplikasikan sepenuhnya kaedah
ketiga ini. Aspek paling utama dalam kaedah ketiga ini adalah kemahiran
teknikal dalam memanipulasikan aplikasi-aplikasi Google seperti:

1. Google Forms
2. Google Sheets
3. Autocrat

Kaedah ini dinamakan e-RPH Generator kerana konsepnya yang
tersendiri mampu untuk menjana data-data Rancangan Pengajaran Harian.
Uniknya konsep ini adalah dengan memanfaatkan kaedah Mail Merge. e-
RPH Generator mempunyai kelebihannya yang tersendiri:

1. Mudah dan pantas digunakan.
2. Panitia mampu mengawal isi, ayat dan data

Rancangan Pengajaran Harian.
3. Pentadbir mudah untuk melakukan semakan.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 71

KONSEP AWAL

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 72

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 73

PROSES KERJA PELAKSANAAN e-RPH
GENERATOR

BIL. SASARAN AKTIVITI

 Mewujudkan e-mel utama e-RPH melalui

Gmail.

ADMIN  Penjanaan e-mel pentadbir bagi tujuan

1 UTAMA penyemakan.

e-RPH  Penyediaan folder panitia e-RPH.

 Penyediaan templat contoh ke Google Docs.

 Penyediaan templat contoh ke Google Forms.

 Perkongsian pautan folder panitia.

 Penyediaan Google Forms mengikut subjek.

GURU  Pemurnian kandungan Google Forms.

2 PANITIA  Penyediaan templat mengikut subjek.

SUBJEK  Pemurnian kandungan templat.

 Tetapan Autocrat ke atas Responses Sheet

(data daripada Google Forms).

 Guru mengisi Google Forms disediakan

GURU panitia.

3 (END  Guru terima e-mel pemberitahuan

USER) penghantaran dan semak e-mel peribadi

(Gmail).

 Pentadbir menerima e-mel pemberitahuan

penghantaran, menyemak e-mel (Gmail) bagi

tujuan semakan e-RPH.

4 PENTADBIR  Pentadbir mengesahkan e-RPH (Google

Docs).

 Pentadbir menanda borang pengesahan

penghantaran e-RPH mingguan.

5. GURU  Guru membuka e-RPH yang telah dihantar
(END bagi tujuan penulisan refleksi.
USER)
 Guru menanda borang pengesahan
penghantaran e-RPH mingguan.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 74

PERINCIAN PENYEDIAAN TEMPLAT e-RPH

1. Penyediaan templat e-RPH (format ditentukan sendiri oleh sekolah).

2. Penyediaan Google Forms oleh panitia.

3. Tetapan Autocrat ke atas Responses Sheet (data daripada Google
Forms).

4. Uji lari oleh guru-guru:

4.1 Guru isi Google Forms.
4.2 Guru semak e-mel (Gmail).
4.3 Pentadbir semak e-mel (Gmail) bagi tujuan semakan RPH.

Terdapat banyak templat e-RPH di atas talian yang boleh dijadikan
contoh oleh guru-guru dan sekolah. Namun begitu, ada sekolah yang lebih
gemar mencipta format RPH yang tersendiri tanpa mengubah suai isi-isi dan
data yang penting. Ianya lebih eksklusif bagi warga sekolah tersebut.

Templat e-RPH amat mudah untuk dihasilkan. Anda hanya perlu
kemahiran menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan seperti Microsoft
Word atau Google Docs yang percuma dan selamat.

TATACARA :

1. Hasilkan templat kosong e-RPH dengan MS Word.
2. Setelah selesai, muat naik ke dalam Google Drive.
3. Jika anda menggunakan Google Drive, anda tidak perlu memuat

naik semula templat yang telah dihasilkan.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 75

CONTOH TEMPLAT e-RPH

MUAT TURUN

http://tiny.cc/ERPGENERATOR1

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 76

CONTOH PAPARAN TEMPLAT e-RPH

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 77

PENYEDIAAN GOOGLE FORMS

1. Cipta satu borang kosong dengan Google Forms.

2. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti:

2.1 Alamat e-mel (Gmail) - mandatori
2.2 Hari
2.3 Tarikh
2.4 Masa
2.5 Darjah/Kelas
2.6 Tajuk/Topik
2.7 Kemahiran
2.8 Objektif Pengajaran
2.9 Aktiviti

3. Semua maklumat di atas perlu dibincangkan bersama panitia supaya
ada keseragaman isi dan data serta menepati kehendak DSKP dan
KSSR/KSSM.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 78

CARA MEMBINA GOOGLE FORMS e-RPH

1. Masukkan tajuk borang yang bersesuaian.
Contoh: e-RPH SRBM Tahun 5 SK Sierra Perdana. Hal ini supaya
guru-guru tahu dan tidak keliru.

2. Letakkan juga huraian (description) pada borang yang telah dihasilkan.

3. Minta alamat e-mel daripada pengguna (bagi tujuan penghantaran e-
RPH yang telah siap dijana kemudian dan semakan oleh pentadbir).
Hal ini adalah WAJIB jika ingin menggunakan e-RPH Generator.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 79

4. Bina pengumpulan maklumat HARI dengan menghasilkan soalan
berformat dropdown menu supaya guru hanya memilih maklumat yang
diperlukan.

5. Pastikan anda menandakan soalan ini dengan Required. Hal ini bagi
memastikan guru tidak tertinggal soalan ini mahu pun melangkau (skip)
soalan ini.

6. Pastikan huruf kecil dan huruf besar telah ditentukan formatnya oleh
panitia dan pentadbir sekolah.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 80

7. Bina pengumpulan maklumat TARIKH dengan menghasilkan soalan
berformat Date supaya guru hanya tinggal memilih maklumat yang
diperlukan.

8. Bina pengumpulan maklumat MASA dengan menghasilkan soalan
berformat Time supaya guru hanya tinggal memilih maklumat yang
diperlukan.

9. Bina pengumpulan maklumat DARJAH/KELAS dengan menghasilkan
soalan berformat dropdown menu supaya guru hanya tinggal memilih
maklumat yang diperlukan.

10. Pastikan anda menandakan soalan ini dengan Required. Hal ini bagi
memastikan guru tidak tertinggal soalan ini mahupun melangkau (skip)
soalan ini.

11. Pastikan huruf kecil dan huruf besar telah ditentukan formatnya oleh
panitia mahupun pentadbir sekolah.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 81

12. Bina pengumpulan maklumat TAJUK/TOPIK dengan menghasilkan
soalan berformat dropdown menu supaya guru hanya tinggal memilih
maklumat yang diperlukan. Pastikan maklumatnya tepat berdasarkan
DSKP atau buku teks yang terkini.

13. Bina pengumpulan maklumat KEMAHIRAN dengan menghasilkan
soalan berformat dropdown menu supaya guru hanya tinggal memilih
maklumat yang diperlukan. Pastikan maklumatnya tepat berdasarkan
DSKP atau buku teks yang terkini.

14. Pastikan anda menandakan soalan ini dengan Required. Hal ini bagi
memastikan guru tidak tertinggal soalan ini mahupun melangkau (skip)
soalan ini.

15. Pastikan huruf kecil dan huruf besar telah ditentukan formatnya oleh
panitia mahupun pentadbir sekolah.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 82

16. Bina pengumpulan maklumat OBJEKTIF dengan menghasilkan soalan
berformat Paragraph supaya guru boleh menaip sendiri maklumat yang
bersesuaian dengan sesi PdPc mereka. Di medan ini, mereka tidak lagi
terikat dengan maklumat yang disediakan tetapi mereka perlu
menggunakan ayat mereka sendiri.

17. Bina pengumpulan maklumat AKTIVITI dengan menghasilkan soalan
berformat Paragraph supaya guru boleh menaip sendiri maklumat yang
bersesuaian dengan sesi PdPc mereka. Di medan ini, mereka tidak lagi
terikat dengan maklumat yang disediakan tetapi mereka perlu
menggunakan ayat mereka sendiri.

18. Soalan yang boleh ditandakan dengan Required hanyalah OBJEKTIF
1 dan AKTIVITI 1 (di dalam sesebuah RPH mestilah mempunyai
sekurang-kurangnya satu objektif dan satu aktiviti PdPc). Disebabkan
kemungkinan ada sesi PdPc yang melibatkan lebih daripada satu
objektif dan aktiviti, maka medan untuk maklumat tersebut perlu
diwujudkan di dalam borang ini (namun begitu, jangan tandakan
Required).

19. Pastikan huruf kecil dan huruf besar telah ditentukan formatnya oleh
panitia mahupun pentadbir sekolah.

*

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 83

TETAPAN AUTOCRAT KE ATAS GOOGLE
SHEETS RESPONSES

1. Apakah Autocrat?

Autocrat adalah alat penggabungan dokumen (Merge Tools) pelbagai
guna yang membolehkan anda mengambil data dari hamparan dan
menggabungkannya menjadi dokumen melalui templat yang telah
disediakan atau ditetapkan.

2. Bagaimana Autocrat berfungsi?

Autocrat berfungsi dengan cara meletakkan tag penanda (marker tags)
seperti <<Tags>> pada dokumen atau templat yang hendak digunakan
untuk proses penggabungan.

3. Apakah alat yang sama dengan Autocrat ini?

Alat yang sama dengan Autocrat ini adalah seperti Mail Merge dalam
Microsoft Office.

4. Bagaimana kaedah penyediaan Autocrat ini?

Autocrat ini berfungsi dengan penggunaan Google Sheets dan boleh
digabungkan dengan templat Google Docs atau Google Slides.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 84

1. Buka Responses Sheet yang dijana daripada Google Forms e-RPH.

2. Sediakan templat kosong yang hendak digunakan untuk
menggabungkan data daripada Responses Sheet.

3. Masukkan tag penanda (marker tag) dengan tag << >> mengikut nama
yang sama dalam Responses Sheet.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 85

4. Setelah selesai mengisi tag penanda pada ruangan templat, kembali
semula ke paparan Responses Sheet. Klik pada menu Add-ons.

5. Setelah klik menu Add-ons, dropdown menu akan keluar seperti di
bawah. Klik pada menu Get add-ons.

6. Setelah klik Get add-ons, paparan popup di bawah akan keluar.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 86

7. Pada ruangan carian, taip autocrat dan tekan kekunci Enter.
8. Carian akan memaparkan add-ons yang dicari, seterusnya klik pada

kotak biru untuk menambah dalam Responses Sheet.

9. Setelah tool berkenaan ditambah, kotak tersebut akan bertukar menjadi
warna hijau dan boleh digunakan untuk menggabungkan data dari
Responses Sheet.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 87

10. Setelah selesai instalasi, kembali ke laman Responses Sheet. Klik ikon
Add-ons semula.

11. Pada dropdown menu bagi Add-ons tadi, Add-ons tools yang telah
ditambah daripada pilihan Tools akan dipaparkan di sini. Bagi
memulakan tetapan bagi tugasan penggabungan data daripada
Responses Sheet, pilih Autocrat dan klik Launch.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 88

12. Setelah itu, paparan popup Autocrat akan keluar. Untuk memulakan tetapan
penggabungan data, klik butang NEW JOB.

13. Untuk memulakan tetapan, namakan merge job yang akan dilakukan
mengikut kesesuaian. Setelah itu, klik butang Next.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 89

14. Setelah nama bagi tugasan dimasukkan, paparan kedua pula memilih templat
yang akan digunakan untuk penggabungan data daripada Responses Sheet.
Pada bahagian ini, untuk memilih templat yang telah disediakan, pilih From
drive atau jika mahu membina yang baharu klik Create example.

15. Untuk memilih templat yang telah disediakan dengan tag penanda
(marker tag). Paparan ini akan keluar dan pilih fail templat yang telah
disediakan. Setelah pilih templat yang dikehendaki, klik butang Next.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 90

16. Setelah nama fail templat yang dipilih dipaparkan, klik butang Next.

17. Setelah templat yang diletakkan dengan tag penanda dipilih, sistem
Autocrat akan memadankan tag penanda dalam fail templat dengan
medan yang ada dalam Responses Sheet. Sekiranya tiada perubahan
atau sepadan, klik butang Next.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 91

18. Pada tetapan ini, letakkan namakan fail yang akan dijana oleh Autocrat. Nama
fail adalah bebas tetapi perlu sama dengan medan yang ada dalam
Responses Sheet. Untuk penetapan nama ini, perlu diletakkan tag penanda
pada awal dan akhir perkataan. Jenis fail pula hendaklah ditetapkan pada
jenis Google Docs dan output fail yang akan dijana adalah Multiple output
mode (classic mode). Setelah itu, klik butang Next.

19. Tetapan seterusnya adalah memilih lokasi untuk menyimpan fail e-
RPH yang telah dijana. Klik Choose folder dan paparan lain akan
keluar.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 92

20. Pada paparan ini, ianya akan memaparkan folder yang ada dalam Google
Drive. Pilih folder yang telah dilabelkan atau folder yang sesuai untuk tujuan
penyimpanan fail yang telah dijana. Setelah itu, klik Select.

21. Setelah nama fail yang dipilih dipaparkan, klik butang Next.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 93

22. Pada paparan ini, tidak perlu diletakkan tetapan, hanya klik butang
Next.

23. Pada paparan ini, tidak perlu diletakkan tetapan, hanya klik butang
Next.

24. Pada paparan ini, perlu diletakkan tetapan yang mana e-mel pentadbir
diperlukan untuk penghantaran e-RPH. Letakkan tetapan seperti
berikut :
a. Share doc?, pilih yes.
b. Share doc as, pilih editable doc.
c. Allow collaborators to re-share, pilih no.
d. Send from generic no-reply address, pilih yes.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 94

25. Paparan yang sama seterusnya, perlu diletakkan e-mel pentadbir untuk
penghantaran e-RPH. Masukkan tetapan seperti berikut :

a. Ruangan To, masukkan tag penanda e-mel <<Email>>.
b. Ruangan Cc, masukkan e-mel rasmi pentadbir tanpa tag

penanda.
c. Letakkan tajuk e-mel.
d. Masukkan maklumat penghantaran dengan tag penanda yang

sama dengan tag penanda di medan Responses Sheet.
e. Setelah lengkap, klik butang Next.

26. Paparan ini adalah paparan untuk tetapan terakhir sebelum arahan
disimpan. Bagi tetapan ini:

a. Ruangan Run on form trigger, pilih Yes
b. Ruangan Run on time trigger, pilih No.
c. Setelah selesai, klik butang Save.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 95

27. Setelah tetapan disimpan, paparan ini akan keluar menandakan borang sedia
untuk berfungsi. Jika ingin menguji lari proses janaan fail, klik pada butang
Play atau Run job.

28. Setelah selesai, semak hasil janaan fail dalam folder yang telah
ditetapkan untuk fail tersebut disimpan.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 96

PENGGUNAAN e-RPH GENERATOR OLEH
GURU

1. Guru membuka Google Forms e-RPH yang dihasilkan oleh panitia.

2. Guru mengisi semua maklumat yang diperlukan dan wajib mengisi
maklumat e-mel peribadi.

3. Guru mengisi maklumat berdasarkan data sedia ada di dalam Google
Forms melalui fungsi seperti pilihan dropdown menu, mengisi ruang
kosong atau kotak aneka pilihan.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 97


Click to View FlipBook Version