The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuepunye, 2022-02-19 10:13:36

MODUL ERPH HAKCIPTA TERPELIHARA

MODUL ERPH HAKCIPTA TERPELIHARA

Contoh dropdown menu

Contoh kotak aneka pilihan

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 98

Contoh mengisi ruang kosong

4. Setelah mengisi maklumat Google Forms, guru menekan butang
Submit bagi mengesahkan penghantaran e-RPH ke e-mel peribadi
guru dan e-mel pentadbir.

5. Satu e-mel makluman penghantaran e-RPH akan diterima oleh guru
dan pentadbir.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 99

PERINCIAN PENTADBIR MENYEMAK e-RPH

1. Pentadbir terima pemberitahuan (notification) e-mel pengesahan
penghantaran e-RPH dalam akaun Gmail.

2. Pentadbir membuka e-mel dan memeriksa kandungan e-mel di mana
terkandung satu fail Google Docs e-RPH.

3. Pentadbir membuka Google Docs e-RPH tersebut dan menyemak e-
RPH yang telah dijana.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 100

4. Google Docs e-RPH yang dibuka akan memaparkan butang tambah
komen pada bahagian kanan e-RPH tersebut.

5. Pentadbir perlu Select dan Highlight baris atas e-RPH sebelum
menekan butang tambah komen dan menambah komen.

6. Pentadbir menambah komen tentang e-RPH pada ruang yang
disediakan.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 101

PENGURUSAN e-RPH GURU SETELAH
PENGESAHAN PENTADBIR

1. Guru akan menerima pemberitahuan (notification) e-mel pengesahan
penghantaran e-RPH dalam akaun Gmail peribadi.

2. Guru membuka e-mel dan memeriksa kandungan e-mel di mana
terkandung satu fail Google Docs e-RPH.

3. Guru membuka Google Docs e-RPH tersebut dan menyemak e-RPH
yang telah dijana.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 102

4. Semua e-RPH yang telah disemak oleh pentadbir akan terpapar
pemberitahuan (notification) komen pada bahagian kanan e-RPH
tersebut.

5. Guru menulis refleksi pengajaran pada ruang refleksi yang tersedia.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 103

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 104

ARKIB RPH
SECARA

ATAS TALIAN

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 105

MENGAPA PERLU DIARKIB?

Buku Rekod Pengajaran Harian seorang guru adalah penting bagi
membuktikan kerja seorang guru. Kerja paling utama bagi seseorang guru di
sekolah adalah mengajar. Oleh kerana itu, setiap bukti kerja seorang guru
perlu disimpan dengan baik.

Jika diperlukan, seorang guru mestilah mampu untuk menunjukkan
RPH dengan pantas dan berkesan. Oleh kerana e-RPH dihasilkan secara
atas talian, kaedah menyimpan dan mengarkibkannya tentu sahaja berbeza
dengan kaedah sedia ada apabila seorang guru menggunakan buku rekod
pengajaran harian secara fizikal.

Buku rekod pengajaran harian seorang guru perlulah disimpan dengan
baik (sekurang-kurangnya 5 tahun sebelumnya) agar mudah untuk diakses
sekiranya diperlukan. Tidak terkecuali bagi guru yang menggunakan e-RPH,
mereka juga perlu menyimpan dengan baik segala rekod dan dokumen
secara atas talian.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 106

KAEDAH MENGARKIB e-RPH

Ketiga-tiga kaedah e-RPH yang dinyatakan sebelum ini mempunyai
kaedah pengarkiban yang sama. Sekolah perlu memastikan terdapat
seorang guru yang dilantik sebagai Jurulatih Utama e-RPH agar dapat
menjalankan tanggungjawab mengarkib kesemua Rancangan Pengajaran
Harian milik guru-guru di sekolahnya. Berikut adalah gambaran kaedah
pengarkiban e-RPH menggunakan Google Drive.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 107

BAGAIMANA JURULATIH UTAMA e-RPH
MENGURUS FOLDER UTAMA e-RPH
SEKOLAH

1. JU mewujudkan folder utama di dalam Google Drive

2. Di dalam folder utama tadi, wujudkan subfolder (cadangan nama
subfolder adalah nama guru).

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 108

3. Folder utama perlu dikongsikan kepada semua guru (cadangan akses
kepada Public - Can organise, add and edit). Lihat contoh di bawah.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 109

4. Salin pautan Sharing. Simpan dan hebahkan kepada semua guru
bertujuan supaya guru-guru dapat melaksanakan proses Add to drive
masing-masing.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 110

BAGAIMANA GURU MENYIMPAN DAN
MENGURUSKAN e-RPH DI DALAM STORAN

AWAN (GOOGLE DRIVE)

1. Guru membuka pautan folder utama yang telah dikongsikan oleh JU.
Pilih Add to My Drive.

Folder telah wujud di dalam Google Drive anda
MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 111

2. Di dalam folder guru masing-masing, wujudkan folder mengikut bulan
dalam setahun.

3. Di dalam folder bulan, wujudkan folder mingguan (sebagai contoh, M1
adalah Minggu 1).

Nota:
Bagi guru yang menghasilkan e-RPH Kaedah 2, abaikan langkah mencipta
folder mingguan kerana fail anda telah sedia ada merujuk kepada mingguan.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 112

4. Pada fail RPH yang telah disiapkan, klik kanan, dan pilih Move to...
untuk mengubah lokasi fail. Cari folder utama sekolah anda yang telah
dikongsikan oleh JU. Rujuk gambar di bawah.

Sebagai contoh, Kaedah 1 dan 3 menggunakan format .doc. Oleh kerana
itu, kaedah yang ditunjukkan adalah sama.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 113

5. Pilih folder utama sekolah anda, pilih folder anda. MOVE HERE untuk
memindahkan RPH anda ke dalam subfolder anda. (Nama > Minggu)

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 114

PENUTUP

Modul Rancangan Pengajaran Harian Elektronik ini mempunyai
komposisi tiga cadangan e-RPH; Kaedah 1, Kaedah 2, dan Kaedah 3 bagi
menyokong kepelbagaian kepakaran dan kesesuaian mengikut sekolah.

Penggunaan e-RPH dalam pengurusan PdPc selari dengan
perkembangan pendidikan di Malaysia yang menuju ke arah Pendidikan
Abad ke-21 (PAK21) di mana kemenjadian pelajar menjadi tunjang utama
yang diberi fokus dan kemahiran guru di dalam bidang pengajaran
diperkasa. Justeru, penggunaan e-RPH akan dapat menjimatkan masa guru
dan menyokong kejayaan PAK21 di sekolah.

Revolusi Industri 4.0 yang sedang rancak berlaku di seluruh dunia
memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan
pesat ke arah revolusi Internet of Things (IoT). Dalam mengejar dunia
pendidikan di ambang Revolusi Industri 4.0, inilah peranan dan pelaksanaan
e-RPH dilihat besar untuk dilaksanakan.

Besarlah harapan kumpulan pembangunan modul ini agar modul yang
dibangunkan akan dapat membantu guru-guru dalam memudahkan
pengurusan PdPc seterusnya memacu kecemerlangan pendidikan secara
keseluruhannya.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 115

PANEL MODUL

Penasihat

Azizan bin A. Razak Ketua Penolong Pengarah
BTPN Johor

Penulis

Mokhtar bin Omar Pegawai Teknologi Pendidikan
BTPN Johor

Mohd Hairil Fitri bin Ja’afar Pegawai Teknologi Pendidikan
BTPN Johor

Haslinda binti Hassan Pegawai Teknologi Pendidikan
BTPN Johor

Khairil Firmansyah bin Pegawai Teknologi Pendidikan
Anuar PKG Bandar Mersing

Mohd. Kamal Iskandar bin Pegawai Teknologi Pendidikan
Mohd. Shafri PKG Pengerang

Firdaus bin Abdullah Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Seri Medan

Mohd Naquedeen bin Abdul Pegawai Teknologi Pendidikan
Shukor PKG Tongkang Pechah

Azhaar bin Md. Ali Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Tasek Utara

Mohd Yazid bin Abd. Hamid Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Majidee

Nahrul Khair bin Othman Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Permas Jaya

Azman bin Buangsi Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Pasir Gudang

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 116

Penilai Ketua Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Profesionalisme Keguruan
Dr. Ahmad bin Zainal IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Dr. Ngau Chai Hong Penolong Ketua Jabatan
Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

En. Sulaiman bin Shahadan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia

Reka Bentuk Kulit

Azman bin Buangsi Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Pasir Gudang

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 117

Kaedah e-RPH menjadi pilihan yang lebih baik berbanding konvensional atas
beberapa kelebihan. Pertama, ia kaedah menghasilkan RPH yang lebih efisien.
Berbanding RPH konvensional, guru-guru tidak perlu menulis dan mengulang tulis
menggunakan tulisan tangan. Ini menjimatkan masa dan tenaga, memastikan
pengurusan yang lebih efisien, dan membantu guru-guru memberikan fokus
kepada perkara lain dalam PdPc.
Kedua, e-RPH dapat menjimatkan sumber (kertas). Cetakan hanya dilakukan
apabila ada keperluan sahaja, dan bukannya sepanjang masa seperti kaedah
yang diamalkan sekarang.
Selain itu, kaedah semakan juga akan menjadi lebih sistematik. Penyemakan oleh
pihak pentadbir atau pengurusan tertinggi dapat dilakukan pada masa yang sama
tanpa mengambil kira kekangan tempat dan situasi.
Seterusnya, penggunaan e-RPH juga dapat menyeragamkan rancangan
mengajar di dalam sekolah. Sekolah boleh menetapkan format dan ciri-ciri yang
ingin diletakkan di dalam rancangan mengajar guru-guru di sekolah sendiri
mengikut keperluan dan justifikasi.
Modul ini diharapkan dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas dengan
lebih berkesan dan sistematik. Ruang, masa dan kos yang dapat dijimatkan
dengan bantuan penggunaan teknologi pastinya dapat dimanfaatkan untuk tujuan
program dan aktiviti yang lain.

MODUL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ELEKTRONIK: E-RPH 4.0 118


Click to View FlipBook Version